26
Angka dan Lambang Bilangan Disediakan oleh: Siaw Mei Yee Lau Ung Hong

Angka Dan Lambang Bilangan

Embed Size (px)

Citation preview

Angka dan Lambang Bilangan

Disediakan oleh:

Siaw Mei Yee

Lau Ung Hong

Angka dipakai untuk menyatakan lambang bilangan atau nombor.

Angka Arab

Angka Romawi

Angka

Angka Arabbentuk angka biasa0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9

Angka RomawiI, II, III, IV, V, VI, VII, VIII, IX, X, L(50),

C(100), D(500), M(1000),V(5000)Penulisan angka Romawi ◦Tambahan di belakang atau depan

bilangan sebelumnya hanya dapat dilakukan paling banyak tiga kali.

◦Tolakan di belakang atau depan bilangan sebelumnya hanya dapat dilakukan satu kali.

FUNGSI ANGKA

• menyatakan ukuran panjang, ukuran berat, ukuran isi, satuan waktu, nilai wang dan kuantiti.• melambangkan alamat sesuatu tempat.• menombori karangan atau bahagian-bahagiannya.

Angka digunakan untuk menyatakan:

Ukuran panjangUkuran beratUkuran isiSatuan waktuNilai wangKuantiti

Ukuran panjang

Contoh ukuran panjang :10 sentimeter (10 cm)7 kilometer (7 km)15 meter (15 m)

Ukuran berat

Contoh ukuran berat :3 kilogram (3 kg)150 gram (150 g)

Ukuran isi

Contoh ukuran isi : 6 liter (6 l )48 kubik 150 mililiter (150 ml)

Satuan waktu

Contoh satuan waktu : 2 jam 38 minit pukul 2 petang 30 November 1988 tahun 1928

Nilai wang

Contoh nilai wang :• 1000 rupiah• 50 dolar Amerika• 100 yen

Kuantiti

Contoh kuantiti :o 10 orango 5 kalio 7 peratus

Angka digunakan untuk melambangkan nombor jalan, rumah, tempat kediaman, atau bilik pada alamat.

Contoh :i. Jalan Pahlawan No. 140ii. Hotel Mesra, Kamar 500iii. Jalan Sulaksana III No. 54

Angka digunakan untuk menombori karangan atau bahagian-bahagiannya.

Misalnya :i. Bab V, Pasal 8, halaman 34ii. Bab XII, Pasal 23, halaman 4iii. Surah Yasin; 9

PENULISAN ANGKA DAN LAMBANG BILANGAN

•Lambang bilangan dengan huruf•Lambang bilangan tingkat•Lambang bilangan yang mendapat akhiran -an

Penulisan Lambang Bilangan Dengan Huruf dilakukan dengan cara memisahkan tiap-tiap bahagian kata.

a. Bilangan Utuh

23 dua puluh tiga222 dua ratus dua puluh dua

b. Bilangan pecahan

½ setengah¾ tiga perempat3.2 tiga perpuluhan dua1% satu peratus

Penulisan Lambang Bilangan Tingkatdilakukan dengan cara memakai angka biasa, angka Romawi, atau dengan mempergunakan huruf.

a. Angka Biasa1. Dia anak ke-2 dari keluarga Paman.2. Sila baca Bab 3.

b. Angka Romanwi1. Beliau adalah keturunan Hamengku

Buwono IX.2. Semua pelajar diminta membuat

latihan topik II.

c. Huruf3. Di keluarganya dia merupakan anak

ketiga.4. Siti mendapat tempat keempat dalam

peperiksaan akhir semester.

Penulisan Lambang Bilangan Dengan Akhiran -an

a. Angka Biasa

1. Seniman itu terkenal pada tahun 80-an.

b. Huruf

2. Usia orang tua itu sekitar tujuh puluhan.

3. Wangnya jutaan.

PENULISAN LAMBANG BILANGAN DALAM AYAT

Lambang bilangan yang dapat dinyatakan dengan satu atau dua kata ditulis dengan huruf kecuali jika beberapa lambang bilangan digunakan secara berurutan, seperti dalam bentuk paparan dan pemerician.

Contoh:

1. Dia makan dua kali dalam sehari.

2. Usianya lapan belas tahun.

3. Terdapat 72 anggota yang hadir.

4. 52 orang yang menyetujui cadangan tersebut, 10 orang yang tidak menyetujui cadangan, dan 3 orang tidak menyuarakan pendapat.

Lambang bilangan pada awal ayat ditulis dengan huruf.

Contoh:

Tiga orang pencuri telah ditangkap oleh polis. (betul)

3 orang pencuri telah ditangkap oleh polis. (salah)

Pak Sako mengundang 250 orang tetamu. (betul)

250 orang tetamu diundang (oleh) Pak Sako/ Dua ratus lima puluh orang tetamu diundang (oleh) Pak Sako.

Angka yang menunjukkan bilangan yang nilainya besar dapat dieja sebahagian agar lebih mudah dibaca.

Contoh :

1. Modal industri kecil mencapai 200 juta rupiah.

2. Hartawan itu mempunyai harta sebanyak 100 juta ringgit.

Bagi dokumen rasmi, seperti akta dan undang-undang, bilangan tidak perlu ditulis dengan angka dan huruf sekali gus dalam teks.

Contoh :

Syarikat itu terdapat dua puluh orang pegawai.

Syarikat itu terdapat 20(puluh) orang pegawai. (bukan)

Penulisan lambang bilangan dengan mempergunakan angka dan huruf pada dokumen atau akta harus secara tepat menunjukkan nilai (jumlah) yang sama.

Contoh :

Saya telah mendapat elaun sejumlah RM 430.00 ( empat ratus tiga puluh ringgit sahaja).