Upload
tranque
View
255
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
1
Antonim ialah perkataan berlawanan erti Pilih perkataan berlawanan erti dengan perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini. 1 Selepas Tan berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas.
A kabur
B pudar
C terang
D senang
2 �Kevin sering datang ke rumah saya,� kata Muniandy.
A jarang-jarang
B kadangkala
C selalu
D kerap 3 Persembahan budak itu mendapat pujian daripada orang ramai.
A sokongan
B galakan
C sindiran
D cacian 4 Orang yang berbaju merah itu gila.
A baik
B waras
C berguna
D sempurna
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
2
5 Barang-barang itu telah diambil oleh tuannya semalam.
A diserahkan
B dirampas
C dipinjam
D diterima 6 Nada suara ayah tegang sahaja ketika memarahi abang.
A longgar
B lembut
C kendur
D ringan 7 Persahabatan mereka memang rapat semenjak kecil .
A renggang
B lama
C jauh
D baik 8 Vellu meluahkan makanan yang sudah basi.
A menghabiskan
B mengunyah
C menyimpan
D menelan 9 Cuaca malam ini panas.
A hangat
B sejuk
C suam
D merah
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
3
10 Ceramah yang disampaikannya agak hambar .
A elok
B lucu
C tepat
D menarik 11 Aqila tidak suka menonton filem jenaka.
A sedih B lasak C ganas D rencana
12 Kerja-kerja menurap jalan itu terpaksa ditangguhkan atas arahan pihak
berkuasa. A diabaikan B diteruskan C ditundakan D diselesaikan
13 Budak lelaki yang diculik itu telah dikurung olehpenculiknya.
A dilepaskan
B dipenjara
C dibunuh
D diperap 14
Projek pembinaan rumah pangsa itu terbengkalai sejak setahun yang lalu.
A tertangguh
B separuh
C selesa
D siap
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
4
15 Hasil tenunan kain sutera itu sangat halus.
A kasar
B Kesat
C keras
D ketat
16 Hubungan Fiza dengan Arni menjadi renggang selepas peristiwa itu..
A akrab B baik C putus D mesra
17 Saya meluat akan sikapnya yang mengada-ngada.
A suka B benci C terpesona D menyampah
18 Kanak-kanak yang tidak siuman itu berlari-lari di hadapan pusat beli belah.
A gila B waras C mabuk D terencat
19
Anis mempelawa bapa saudaranya yang baru tiba dari Ipoh. A mempersilakan B mengundang C menjemput D menghalau
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
5
20 Sebagai ketua pasukan, Hafiz masih yakin bahawa pasukannya akan menang dalam perlawanan itu.
A tulus B setuju C sangsi D berharap
21 Pisau yang tajam itu diasah oleh datuk.
A tebal B karat C rosak D tumpul
22 Lee Lian berasa amat gembira setelah mendengar keputusan yang diumumkan
oleh juruacara.
A seronok
B marah
C sedih
D ceria 23 Kapal terbang itu akan mendarat dua jam lagi.
A tiba
B sampai
C berlepas
D bergerak 24 Rumah mereka berdekatan dengan sekolah.
A berjauhan B berhampiran C bersebelahan D bertentangan
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
6
25 Baju-baju yang basah itu dimasukkan ke dalam baldi oleh Amira.
A kuat B tebal C kering D lembap
26 Saya tidak suka memakai baju yang tebal.
A nipis B lebat C padat D sendat
27 Helmi merupakan murid yang paling pandai di dalam kelasnya.
A bijak B bodoh C cerdik D pintar
Soalan 28 berdasarkan gambar 1
Gambar 1
28 Pilih kata lawan bagi keadaan bunga di atas.
A mekar B kuncup C kempis D kembung
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
7
29 Mei Lan gemar akan durian.
A suka B duka C Benci D sayang
30 Rumah saya terletak di belakang pasar raya.
A kiri B sisi C tepi D hadapan
31 Rapi sungguh rambut budak berbaju biru itu.
A kusut
B buruk
C hodoh
D kemas 32 �Pujian itu khusus untuk murid-murid Tahun Enam Mawar, �kata guru besar.
A khas
B biasa
C umum
D tertentu 33 Biskut yang baru dibelinya lemau .
A garing
B keras
C rapuh
D rangup
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
8
34 Pokok sentul di hujung kampung itu condong.
A tegak
B lurus
C senget
D tumbang 35 Bunga itu layu di bawah terik cahaya matahari.
A kembang
B cantik
C mekar
D subur 36 Pada hari tertentu, semua ibu bapa dipelawa hadir ke sekolah.
A diajak
B ditegah
C diherdik
D dijemput 37 Murid kelas Enam Jaya sungguh biadap.
A patuh
B lemah
C sopan
D gemalai 38 Kapal yang sedang belayar itu milik Syarikat Teguh.
A mendarat
B berlabuh
C berhenti
D bergerak
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
9
39 Sejak akhir-akhir ini, perniagaannya mengalami kerugian.
A kekayaan
B kemajuan
C kemewahan
D keuntungan 40 Rumah sementara dibina bagi menempatkan penduduk setinggan di Johor.
A lama
B kekal
C sekejap
D sekarang 41 Anak warganegara asing itu berpakaian selekeh.
A kotor B harum C comot D kemas
42 Masalah itu menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.
A sukar B payah C susah D senang
43 Siti agak cuak untuk menyaksikan pameran hantu di ekspo itu.
A kuat B cemas C berani D gementar
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
10
44 Pengawal keselamatan melarang Rashid memasuki pejabat itu.
A membenarkan
B menghalau
C menegah
D memberi 45
Kamal tergesa-gesa mengenakan pakaian untuk menghadiri temu duga. A tergopoh �gapah B kelam-kabut C senang D tenang
46 Fikiran Mak Senah semakin kusut sejak akhir-akhir ini.
A tenteram B serabut C bahagia D risau
47 Akhirnya pemuda itu mengaku bahawa dia yang mencuri motosikal itu.
A membangkang B membenar C menyetujui D menafikan
48
Faisal sebenarnya berpura-pura sakit perut pagi tadi.
A olok-olok
B main-main
C betul-betul
D diam-diam
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
11
49 Penerangan penceramah agak kabur dalam sesi motivasi itu.
A samar B keliru C ceria D jelas
50 Bilik yang disewa itu agak luas.
A kecil B lebar C selesa D sempit
51 Ibu menanam pokok bunga ros di halaman rumah.
A menyemai B mencabut C membaja D menjirus
52 Perniagaan Encik Sham semakin merosot sejak sebulan yang lalu.
A mengecil B meningkat C membesar D meluas
53 Dia kelihatan resah apabila menerima berita sedih itu.
A tenang B gelisah C bimbang D dukacita
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
12
Soalan 54 berdasarkan gambar 2
Gambar 2 54 Pilih perkataan berlawanan yang sesuai dengan jenis haiwan tersebut.
A liar B buas C jinak D ganas
55 Hujan lebat telah turun tidak berhenti-henti sejak malam tadi.
A banyak B gerimis C sedikit D deras
56 Air sungai itu menjadi tohor pada waktu-waktu tertentu.
A banyak B sedikit C dalam D cetek
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
13
57 Shamini membangkang cadangan abangnya untuk makan angin ke Melaka.
A menolak B membantah C menyokong D membidas
58
Kakaknya gemar memakai pakaian yang berwarna gelap. A putih B pudar C cerah D terang
59 Pencemaran sungai tersebut berpunca daripada kilang yang beroperasi di hulu
sungai tersebut. A hilir B muara C hujung D tebing
60 Ibu menegah abang mandi pada waktu pagi untuk menjaga kesihatannya.
A melarang B mendorong C menghalang D menyuruh
61 Pada musim ini pokok buah-buahan di dusun Pak Ali melawas.
A menjadi
B berlambak
C menimbun
D berkurangan
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
14
62 Mei Ling berasa dukacita apabila mengetahui bahawa dia gagal dalam peperiksaan itu.
A riang�lulus
B sedih�berjaya
C sukacita�kalah
D gembira�tumpas 63 Kata-kata yang diucapkan oleh Abang Shazni benar-benar mengecewakan
Ai Ling.
A mendamaikan
B menambahkan
C menyenangkan
D menggembirakan 64 Aminah kecundang dalam pertandingan itu.
A gagal
B tewas
C berjaya
D meningkat 65 Banyak manfaat jika kita melibatkan diri dalam kegiatan itu.
A sia-sia
B keburukan
C kerosakan
D kesilapan 66 Suzana amat kagum melihat suasana perkampungan tradisional di Kampung
Chendering,Terengganu.
A klasik
B moden
C dinamik
D kontemporari
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
15
67 Seramai 51 orang telah terperangkap dalam operasi yang dijalankan semalam.
A sekat
B timpa
C bebas
D kurung 68 Cadangan pembinaan lebuh raya bertingkat dibantah oleh penduduk kampung.
A disukai
B dihalang
C disenangi
D dipersetujui 69 Shafiq bercadang untuk melipatgandakan aktiviti berpersatuan.
A meredakan
B menurunkan
C menyingkatkan
D mengurangkan 70 Semakin hari semakin maju perniagaannya.
A mundur
B lembap
C malas
D lesu 71 Ezad berhasrat berhenti menjadi kelasi kapal kerana tidak sanggup berpisah
begitu lama dengan keluarganya.
A anak kapal
B awak-awak
C jurumudi
D nakhoda
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
16
72 Mangsa kemalangan itu mengalami kecederaan serius.
A Biasa B Parah C ringan D Berat
73 Pintu kereta itu kelihatan rapat.
A kuat
B Ketat
C Kejap
D renggang 74 Ketika kami sampai, kapal tangki itu sedang berlabuh
A belayar B bergerak C mendarat D bertambat
75 Pihak pembangkang memenangi pertandingan perbahasan itu.
A pencadang B penyokong C pembahas D penonton
76 Nadirah makan dengan sopan sekali.
A lahap B bising C gemuruh D rakus
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
17
77 Anak pasangan itu sering mengingati jasa ibu bapanya.
A mengeji B melupai C menolak D membiarkan
78 Persengketaan antara negara itu terus berpanjangan.
A Permusuhan B Persahabatan C Perundingan D Perdamaian
79 John fasih berbahasa Melayu.
A petah B gugup C gagap D lancar
80 Wajah Noni kelihatan berseri apabila menerima berita itu.
A muram B suram C masam D ceria
81 Pihak polis berjaya membongkar kes pembunuhan itu.
A menyembunyikan B mengeluarkan C membuka D menutup
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
18
82 Penyerahan kuasa tersebut akan dijalankan pada petang ini di Dewan Orang Ramai Kampung Sentosa.
A Penutupan B Pengambilan C Penyampaian D Penganugerahan
83 Mangsa bot karam yang terapung di laut sejak semalam telah diselamatkan.
A tenggelam B hilang C hanyut D timbul
84 Pertelagahan antara kedua-dua pihak itu telah lama berlaku.
A Pergaduhan B Perdamaian C Permusuhan D Pertengkaran
85 Saya amat jahil dalam bidang astronomi.
A prihatin B pintar C asing D arif
86 Kebanyakan penduduk kampung itu amat daif kehidupannya.
A fakir B mewah C melarat D merempat
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
19
87 Adik menyedut air dengan penyedut minuman.
A menghembus B membuang C menghisap D meniup
88 Helmi mendongak apabila terdengar deruman kapal terbang.
A mengangguk B menggeleng C menunduk D memaling
89 Pemuda itu meluahkan hasrat hatinya untuk memperisteri gadis yang cantik itu.
A mengumumkan B memberitahu C memendam D merendam
LATIH TUBI TATABAHASA : ANTONIM
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
20
ANTONIM
1 A 2 A 3 D 4 B 5 A
6 B 7 A 8 D 9 B 10 D
11 A 12 B 13 A 14 D 15 A
16 A 17 A 18 B 19 D 20 C
21 D 22 C 23 C 24 A 25 C
26 A 27 B 28 B 29 C 30 D
31 A 32 C 33 D 34 A 35 C
36 B 37 C 38 B 39 D 40 B
41 D 42 D 43 C 44 A 45 D
46 A 47 D 48 C 49 D 50 D
51 B 52 B 53 A 54 C 55 B
56 C 57 C 58 C 59 A 60 B
61 A 62 A 63 D 64 C 65 A
66 B 67 C 68 D 69 D 70 A
71 D 72 C 73 D 74 A 75 A
76 A 77 B 78 D 79 C 80 A
81 D 82 B 83 A 84 B 85 D
86 B 87 A 88 C 89 C