33
Apa itu Islam Liberal ? Apakah itu Islam Liberal? Siapakah Islam Liberal? o Islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri,merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam. o Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai “1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas. 2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).” o Merujuk kepada definisi di atas, Islam sememangnya sebuah agama yang liberal. Ia membebaskan manusia daripada belenggu penyembahan sesama makhluk, bahkan juga membebaskan manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Islam juga memiliki dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagi mana ia tidak melibatkan syirik yang menyekutukan Allah, perbuatan yang menyalahi syari‘at-Nya dan kepercayaan kurafat yang merendahkan kedudukan manusia sehingga ke taraf kebinatangan. o Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Islam Liberal?Maksudnya penambahan kata ‘Liberal’ pada Islam yang sudah sememangnya liberal adalah sesuatu yang diada-adakan,bersifat tidak tulen dan meniru-niru pengaruh luar serta menunjukkan unsur-unsur tidak memahami seluruh konsep dalam Islam itu sendiri. Apakah yang dimahukan oleh fahaman ini? o Jawapannya dapat kita lihat sendiri pada penambahan perkataan “Liberal” kepada Islam yang sememangnya sudah liberal. Ertinya fahaman ini mengkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang sedia ada dalam syari‘at Islam yang asli lagi tulen.

Apa Itu Islam Liberal

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Apa Itu Islam Liberal

Apa itu Islam Liberal ?

Apakah itu Islam Liberal? Siapakah Islam Liberal?

o Islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri,merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam.

o Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai “1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas. 2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).”

o Merujuk kepada definisi di atas, Islam sememangnya sebuah agama yang liberal. Ia membebaskan manusia daripada belenggu penyembahan sesama makhluk, bahkan juga membebaskan manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Islam juga memiliki dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagi mana ia tidak melibatkan syirik yang menyekutukan Allah, perbuatan yang menyalahi syari‘at-Nya dan kepercayaan kurafat yang merendahkan kedudukan manusia sehingga ke taraf kebinatangan.

o Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Islam Liberal?Maksudnya penambahan kata ‘Liberal’ pada Islam yang sudah sememangnya liberal adalah sesuatu yang diada-adakan,bersifat tidak tulen dan meniru-niru pengaruh luar serta menunjukkan unsur-unsur tidak memahami seluruh konsep dalam Islam itu sendiri.

Apakah yang dimahukan oleh fahaman ini?

o Jawapannya dapat kita lihat sendiri pada penambahan perkataan “Liberal” kepada Islam yang sememangnya sudah liberal. Ertinya fahaman ini mengkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang sedia ada dalam syari‘at Islam yang asli lagi tulen.

Sejarah dan Asal-usul Islam Liberal

Golongan ini muncul hasil dari jangkamasa penjajahan yang lama daripada pihak Barat ke atas umat Islam.Penjajahan yang lama ini telah mempengaruhi psikologi umat Islam amnya.Terdapat dua fenomena psikologi yang mempengaruhi umat Islam ketika jangkamasa kemunduran dan penjajahan.

Pertama adalah fenomena ‘penjajahan’ oleh negara-negara Barat ke atas hampir seluruh negara umat Islam. Kedua adalah fenomena ‘ketinggalan’ dari sudut sains dan teknologi di belakang kebanyakan negara-negara Barat. Apabila berhadapan dengan dua fenomena di atas, sikap umat Islam boleh dibahagikan kepada empat:

Page 2: Apa Itu Islam Liberal

o Pertama adalah mereka yang merasa putus asa secara keseluruhan dan duduk diam menerimanya sebagai satu ketentuan yang sememangnya merendah dan memundurkan mereka.

o Kedua adalah mereka berpendapat agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Justeru untuk menjadi umat yang berkuasa dan maju, Islam perlu dipisahkan daripada kehidupan harian. Formula pemisahan ini yang digelar sekularisme terbukti berkesan mengingatkan bahawa semua negara Barat yang berkuasa lagi maju mempraktikkannya.

o Ketiga adalah mereka yang juga berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Namun untuk menyelesaikan faktor penghalang ini, mereka berpendapat caranya ialah membuka dan membebaskan agama daripada ajaran dan tafsirannya yang sekian lama telah menjadi pegangan umat. Kelemahan dan kemunduran umat Islam dianggap berpunca daripada belenggu kejumudan umat dalam menafsir dan mempraktikkan agama Islam. Kumpulan ketiga inilah yang digelar sebagai aliran Islam Liberal.

o Kelompok terakhir adalah mereka yang mengakui akan hakikat kelemahan dan kemunduran yang dialami umat. Namun hakikat ini tidak mereka persalahkan kepada agama atau selainnya kecuali terhadap diri mereka sendiri dan umat Islam seluruhnya yang telah leka daripada berpegang dan mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu untuk kembali kuat dan maju, umat Islam perlu mempelajari, memahami dan mempraktikkan semula secara sepenuhnya ajaran Islam yang asli lagi tulen. Formula ‘Islam Sekular’ atau ‘Islam Liberal’ tidak menjadi pilihan kelompok keempat ini kerana ia bukan cara untuk mencapai kekuatan dan kejayaan yang sebenarnya. Kekuatan dan kejayaan yang sebenar hendaklah diukur dengan necara wahyu Illahi yakni Islam yang berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan neraca peradaban Barat yang berteraskan materialisme dan hawa nafsu. Golongan keempat inilah yang benar. Insya-Allah dengan kesungguhan mereka, kekuatan dan kejayaan akan kembali ke tangan umat Islam.

Yang paling menjauhi kebenaran adalah kelompok ketiga, iaitu kelompok Islam Liberal. Secara lebih terperinci, kelompok Islam Liberal adalah aliran yang muncul kerana kesan psikologi kekerdilan diri (inferiority complex) yang dihadapi oleh sebahagian umat Islam hasil penjajahan dan kemunduran yang dihadapi oleh mereka. Kesan kekerdilan ini diburukkan lagi dengan sikap tergiur lagi menyembah kepada negara-negara Barat yang menjajah lagi maju sehingga menyebabkan mereka sendiri terasa hina, *****, diperbudak dan hilang kejatian serta kebanggaan diri. Semua ini menghasilkan satu rumusan bahawa untuk mencapai kekuatan dan kemajuan, caranya adalah meniru segala formula peradaban yang dipraktikkan oleh negara Barat. Rumusan ini tidak akan berjaya selagi mana tidak dibuka dan dibebaskan tafsiran Islam daripada kejumudan pegangan umat selama ini.

Kenapa golongan ini paling berbahaya? Berbanding kelompok kedua,golongan ini bagaikan parasit yang memusnahkan Islam dari dalam.Kelompok kedua iaitu golongan sekular tidak menyentuh ajaran agama sebaliknya cuba memisahkan pengaruh agama ke dalam politik ataupun urusan kehidupan dunia

Page 3: Apa Itu Islam Liberal

mereka.Apabila mereka memerlukan kehidupan ritual,spiritual mahupun pandangan agama barulah mereka merujuk kembali kepada agama itu tanpa mengganggu hukum-hakam apatah lagi mengubah syariat agama.Tetapi jika terdapat hukum agama yang mengganggu kehidupan sekular mereka,mereka akan tolak. Jadi golongan sekular akan mengambil mana-mana hukum agama yang sesuai dengan selera mereka dan membuang mana-mana yang tidak sesuai pada pandangan mereka.

Namun golongan Islam Liberal yang rata-ratanya terdiri dari lulusan agama, pengamal undang-undang dan cendekiawan ini cuba mengubah konsep di dalam ajaran Islam itu sendiri. Mereka bagaikan ‘mengedit’ syariat Islam di sana-sini sesuka hati berdasarkan hujah-hujah mereka yang terhasil dari gabungan fahaman sekular dan Darwinisme yang berdasarkan logik akal semata. Golongan ini akan berusaha menghapuskan unsur-unsur bersifat ritual (tawaf,solat,mencium batu Hajar Aswad) dan mistik (ghaib-seperti syurga dan neraka,azab kubur dll) dalam Islam malah mengatakan itu semua karut dan tahyul serta menjadi penyebab fikiran menjadi jumud dan mundur, padahal pada masa yang sama mereka menghormati unsur-unsur ritual agama lain seperti Hindu dan Buddha.Mereka lama kelamaan seolah-olah bersikap ateis apabila hanya mengambil bahagian-bahagian yang pada mereka sesuai dengan pandangan sekular Barat dan kehidupan moden hari ini.Unsur-unsur mistik seperti Tuhan,syurga dan neraka, azab kubur, padang mahsyar, kiamat dan lain-lain akhirnya dikatakan sekadar simbolik sahaja.

Page 4: Apa Itu Islam Liberal

Gejala Hedonisme menulari remaja

Posted on 29 Julai, 2008 by admin

HEDONISME itu ringkasnya satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Hedonismelah yang melanda generasi belia kini. Ia menimbulkan kebimbangan negara terutama ketika Malaysia berhasrat menjadi negara maju.

Berdasarkan sejarah, amalan hedonisme berasal dari Eropah selepas zaman Ratu Victoria. Beliau yang begitu fanatik dengan ajaran Kristian melarang segala perbuatan yang dianggap boleh menghina agama.

Antara arahan yang dikeluarkannya ialah mewajibkan penggunaan penutup meja bertujuan menutup kaki meja. Kebanyakan kaki meja pada zaman itu mempunyai ukiran berbentuk kaki perempuan yang mengghairahkan. Oleh kerana perbuatan itu dianggap menghina perempuan dan bertentangan dengan agama, beliau mengeluarkan arahan supaya kaki meja ditutup menggunakan kain.

Selain itu, pelbagai arahan dikeluarkan bagi menyekat kebebasan rakyat seperti larangan mengenai seks yang dianggap keterlaluan oleh masyarakatnya, hiburan dan sebagainya.

Selepas pemerintahan Ratu Victoria, keadaan mula berubah. Penggantinya membenarkan semua perkara yang sebelum ini dilarang. Dengan itu bermulalah era dunia moden yang membenarkan semua amalan yang dulunya dilarang.

Kebebasan itu menular di kalangan masyarakat hingga melampaui batas susila dan agama. Pergaulan bebas, seks luar nikah, hiburan yang melampau dan seumpamanya. Pemerintah turut menggalakkan pelbagai pesta dan diadakan secara besar-besaran.

Hasilnya masyarakat hanyut dibuai hawa nafsu dan mengetepikan agama daripada kehidupan. Rakyat mula mengejar kepuasan nafsu semata-mata. Mereka sentiasa leka mencari kepuasan jasmani tanpa didasari asas pemikiran dan batas susila yang seharusnya dipelihara.

Melalui perkembangan masa, pengaruh budaya itu kemudiannya menular ke negara lain di dunia termasuk negara ini.

Secara umumnya, hedonisme itu boleh dianggap neokolonialisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh Barat. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti cara hidup ‘happy go lucky’, melepak, mengunjungi pesta liburan, seks bebas dan sebagainya adalah termasuk dalam tabiat ini.

Secara jelas, konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan kepuasan nafsu tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama.

Gejala ini timbul berikutan kegagalan manusia memahami konsep ajaran agama yang menekankan keseimbangan antara nafsu dan akal fikiran demi kesejahteraan manusia.

Page 5: Apa Itu Islam Liberal

Budaya ini begitu cepat menular di kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar.

Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan kebebasan media yang tidak dikawal ketat, hedonisme merebak dengan pantas tanpa disedari mereka. Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa. Ini termasuk penggunaan pil Eecstasy yang banyak digunakan oleh remaja kota.

Selain itu, peningkatan kelahiran anak luar nikah dan kes pembuangan bayi adalah akibat gejala negatif di kalangan remaja yang terpengaruh dengan hedonisme.

Islam awal-awal lagi menolak gejala negatif ini. Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sewaktu fasa pertama dakwahnya di Makkah menekankan keburukan hawa nafsu dan menyeru manusia mengamalkan akhlak terpuji.

Sewaktu Islam mula berkembang di tanah Arab, gejala buruk seperti minum arak, pelacuran dan berfoya-foya di kalangan masyarakat Arab Jahiliyah begitu ketara. Hanya selepas Islam bertapak kukuh perkara itu dapat dibendung dan diatasi. Islam juga mengajar penganutnya melakukan perkara yang berfaedah dan menjauhi perkara yang sia-sia dengan mengemukakan konsep semua perbuatan akan dihitung oleh Allah di akhirat kelak.

Malah dalam hadis yang diriwayatkan, Rasulullah bersabda yang bermaksud bahawa Islam itu adalah pekerti yang terpuji. Hadis itu dengan jelas mengajar umat Islam bahawa sebarang pekerjaan atau sikap yang bertentangan dengan nilai dan norma agama akan mendapat balasan seksaan di akhirat dan terkeluar dari ajaran agama.

Punca gejala ini timbul akibat kurang didikan agama. gejala negatif di kalangan belia terutama remaja Islam. Didikan agama yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman generasi muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada mereka.

Pendidikan Islam negara perlu dirombak semula bagi memastikan keberkesanannya dalam jiwa pelajar. Walaupun semua komponen pendidikan agama sudah dimasukkan dalam kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran tetapi pendekatannya kurang menarik minat mereka.

Realiti pelajar masa kini mempelajari agama semata-mata untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Pelajaran yang diberikan hanya untuk memberi pengetahuan bukan untuk diamalkan. Akibatnya walaupun pelajar Islam mendapat pendidikan agama tetapi daripada statistik yang dikeluarkan majoriti mereka yang terjebak dalam gejala negatif.

Ketika ini dianggarkan lebih 400,000 remaja Islam terjebak dengan penagihan dadah dan ini bermakna negara kehilangan 400,000 pemimpin generasi akan datang. Keadaan bertambah buruk apabila kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk memulihkan mereka kembali. Ini tidak termasuk mereka yang ketagih arak, melacur, terbabit dengan kegiatan kongsi gelap, punk dan gejala sosial lain.

Pusat Islam harus memikul tanggungjawab bersama menggerakkan semua agensi agama di seluruh negara termasuk pegawai majlis agama negeri menjalankan gerak gempur memberi kesedaran kepada

Page 6: Apa Itu Islam Liberal

semua pihak mengenai bahaya gejala ini. Malah semua agensi kerajaan seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Belia dan Sukan akan menggembleng tenaga membina sahsiah generasi muda.

Page 7: Apa Itu Islam Liberal

Khurafat (Bahasa Arab: خرافة) ialah kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan

kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.

Contoh amalan khurafat di kalangan masyarakat Melayu:

1. Bertawasul kepada si mati dengan harapan niat dan hajat akan dikabulkan melalui si mati

terutamanya jika si mati tadi dari kalangan orang-orang soleh.

2. Melalui di bawah si mati iaitu si mayat akan diangkat dan semua ahli waris akan lalu di bawah

bertujuan supaya ahli waris tidak lagi akan mengingati si mati.

PENGERTIAN KHURAFAT DALAM ISLAM, FAKTOR KEJADIAN TERSEBUT SERTA JALAN PENYELESAIANNYA

1. Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.

2. Di antara faktor-faktor yang mendorong berlakunya khurafat ialah :

a). Mudah mempercayai benda-benda tahyul

b). Kecetekan ilmu agama

c). Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda

3. Manakala jalan penyelesiannya ialah setiap umat Islam hendaklah mendalami ilmu agama sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis nabi S.A.W yang bermaksud :

" Aku telah tinggalkan kamu 2 perkara selama mana kamu berpegang teguh dengannya, tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan sunnahku"

Page 8: Apa Itu Islam Liberal

PENJELASAN KHURAFAT KE 2:- (Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi)

AKIDAH Islam adalah antara cabang ilmu Islam yang penting dalam kehidupan setiap umat kerana ia berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah. Malah, ilmu akidah, ilmu fardu ain yang wajib dituntut dan dipelajari.

Biarpun konsep akidah Islam mudah difahami dan dihayati, masih ramai umat Islam terpengaruh dengan kepercayaan khurafat yang karut-marut yang diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang terdahulu.

Pada hal, amalan khurafat adalah bertentangan dengan akidah Islam sekali gus menjejaskan iman seseorang atau menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa yang tidak diampuni Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar." Surah al-Nisa’, ayat 48)

Oleh demikian, setiap Muslim wajib berhati-hati ketika menelusuri pentas kehidupan global supaya tidak mudah terjerumus ke kancah khurafat dengan memperkukuhkan ilmu akidah di samping mengenal pasti ciri amalan khurafat.

Khurafat ditakrifkan sebagai cerita mempesonakan yang dicampur-adukkan dengan perkataan dusta. Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula menyimpulkan khurafat, semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam.

Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat, ia tidak bersumberkan nas syarak sama ada daripada al-Quran mahu pun hadis; cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut; didasarkan

Page 9: Apa Itu Islam Liberal

kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam; berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam; mengguna objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada akidah dan syariat Islam.

Demikianlah antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat jika dihalusi secara mendalam, memang banyak berlaku dalam masyarakat Islam masa kini. Bahkan, ia masih lagi menebal dalam tradisi dan kepercayaan umat Islam dalam kehidupan seharian.

Contohnya, kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu atau batu hikmat yang kononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh nenek moyang, kubur wali keramat dan sebagainya.

Begitu juga kepercayaan kepada sial seperti adat mandi Safar, adat mandi membuang sial, bunyi burung hantu pada waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat.

Masih ada orang Islam yang tergamak memohon bantuan dari jin seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat main pantai dan seumpamanya.

Tidak kurang petani dan nelayan yang masih percaya kepada bertambah dan berkurangannya rezeki sehingga ada yang memuja semangat padi seperti bersemah dan membuang ancak di sungai atau laut (nelayan).

Orang Melayu pada dasarnya kaya dengan warisan pantang larang yang sebahagiannya jelas bertentangan hukum syarak seperti anak gadis dilarang menyapu pada waktu malam dikhuatiri menjadi andartu, tidak boleh keluar rumah ketika gagak berbunyi dan adat melenggang perut.

Itulah antara kepercayaan serta amalan khurafat yang masih wujud dan berakar umbi dalam setiap sendi masyarakat Islam.

Page 10: Apa Itu Islam Liberal

Justeru, Islam sebagai agama menitik beratkan aspek akidah dan syariah menjelaskan bahawa segala amalan, adat, kepercayaan, perkataan dan perbuatan tidak berdasarkan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan Qias dilarang sama sekali.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam bab akidah Islam, setiap Muslim hanya wajib beriman dan percaya kepada Allah Yang Maha Berkuasa Mutlak menguasai dan mentadbir alam semesta terbentang luas ini.

Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa. Ini bermakna kepercayaan kepada benda yang dijadikan keramat yang dipercayai mempunyai kuasa selain daripada Allah, bertentangan dengan konsep kepercayaan tauhid kepada Allah.

Selain itu, kepercayaan kepada sial juga menjejaskan akidah seseorang dan Rasulullah SAW melarang keras perbuatan itu melalui sabdanya yang bermaksud:"Bukan dari golongan kami sesiapa yang berasa sial atau meminta diramalkan kesialannya, ditenung nasib atau minta ditenung nasibkan, menyihir atau minta disihirkan." (Hadis riwayat Tabrani)

Amalan memuja jin dan memohon pertolongan daripadanya seperti lazim dilakukan oleh bomoh dan dukun adalah perbuatan syirik. Begitu juga bersahabat dan menggunakan jin seperti tukang sihir dan tukang tenung.

Oleh demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat yang menyesatkan.

Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat.

Page 11: Apa Itu Islam Liberal

Allah berfirman bermaksud: "Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)." (Surah Yunus, ayat 106)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menemui tukang tilik dan menanyakan sesuatu kepadanya, lalu terus percaya terhadap apa yang dikatakannya, maka dia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad." (Hadis riwayat Ahmad dan Hakim)

Islam melarang keras sebarang amalan khurafat sama ada melalui perkataan, perbuatan, adat mahu pun kepercayaan yang tidak selari dengan konsep akidah Islam.

Amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun di sisi Allah.

Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat yang menyesatkan.

Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat.

Page 12: Apa Itu Islam Liberal

 3. AJARAN SESAT

 PENGERTIAN AJARAN SESAT

Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN AJARAN SESAT Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan

kedudukan, harta, dan sebagainya. Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan

akidah orang Islam.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah,

mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.

Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.

Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.

Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.

Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.

Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.

Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat.

Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampiansebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.

Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.

Page 13: Apa Itu Islam Liberal

KESAN BURUK MENGAMALKAN AJARAN SESAT

1. Kesan terhadap individu:(a)    akidah seseorang akan rosak. Orang

Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepadaajaran Islam;

(b)    masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat;

(c)    minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik;

(d)    kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.

2. Kesan terhadap masyarakat:(a)    keruntuhan institusi kekeluargaan.

Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka;

(b)    perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat;

(c)    berlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

3. Kesan terhadap negara:(a)    negara akan mundur. Penglibatan dalam

ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu;

(b)    negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa

Page 14: Apa Itu Islam Liberal

dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.

  CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT

Qadiani

1.       Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.

2.       Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.

3.       Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.4.       Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada

tahun 1949 Masihi.5.       Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:

(a)    beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);

(b)    beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;

(c)    beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;(d)    menghapuskan jihad;(e)    mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan

ayat pertama surah Al-Qadr;(f)     mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;(g)    mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;(h)    mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar,

India;(i)      menghukum kafir selain penganut Qadiani.

Bahai

1.       Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.

2.       Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah.3.       Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali

Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.4.       Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.5.       Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.6.       Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:

(a)    beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.;(b)    beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran

Bahai;(c)    beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);(d)    beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab

samawi;(e)    beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;(f)     mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod

tersebut;(g)    menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;(h)    memansukhkan agama Islam;(i)      menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;

Page 15: Apa Itu Islam Liberal

(j)     mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.

Taslim

1.       Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari.

2.       Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

3.       Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:(a)    beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur

Muhammad;(b)    beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;(c)    mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;(d)    mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;(e)    menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;(f)     solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan);(g)    menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.

 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT

1.       Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.

2.       Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium.

3.       Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.

4.       Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor

Page 16: Apa Itu Islam Liberal

ANCAMAN LIBERALISME DAN PLURALISME

ANCAMAN LIBERALISME DAN PLURALISME[1]

Oleh :Hj Zamihan Hj Mat Zin al-GhariAJK Persatuan Ulamak Malaysia (PUM)Cawangan Wilayah PersekutuanKuala Lumpur

1.0 LATARBELAKANG

Nabi SAW telah mengingatkan kita tentang kemunculan pelbagai fitnah diakhir zaman. Hal ini terbukti apabila kita menelusuri kitab-kitab hadis yang memuatkan pelbagai karenah fitnah samada bermula sekecil-kecil fitnah sehinggalah menumpahkan darah. Walauapapun fitnah yang melanda, pegangan yang bersumberkan kepada petunjuk Al-Qur’an, al-Sunnah serta bimbingan ulamak ahli al-Bayt sentiasa berdiri di atas

Page 17: Apa Itu Islam Liberal

kebenaran. Hal ini jelas sebagaimana jaminan Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Ku tinggalkan kepada kalian dua pusaka. Pertamanya Kitab Allah. Padanya terdapat petunjuk dan cahaya. Ambillah dan berpeganglah dengannya. Dan (keduanya) ialah sanak saudara keturunanku. Semoga Allah mengingatkan kamu terhadap kaum keluargaku…(3x)”[2]

Selain itu, terdapat juga hadis lain menuntut kita supaya mengikuti autoriti al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai sumber pegangan utama. Bahkan kewujudan golongan yang membela agama juga sentiasa mengatasi apa jua bentuk kesesatan, keadaan dan cabaran yang mendatang. Lebih meyakinkan kita bahawa Allah sendiri memberi jaminan bahawa agama Islam ini tetap teguh terpelihara walaupun cuba diancam dan diserang oleh musuh-musuhnya. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan ucapan mereka. Dan allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membencinya.”[3]

Walaupun kemunculan fahaman sesat sering berlaku setiap zaman, namun kita perlu menyedari bahawa ancaman di zaman ini bukan sekadar berhadapan dengan kesesatan aliran pemikiran tauhid dan metafizik Yunani. Akan tetapi, kita sebenarnya berhadapan dengan aliran pemikiran moden yang berjaya mensinonimkan Islam dengan falsafah pemikiran barat. Tuntasnya, mereka mengaku beragama Islam dan mengamalkan isi kandungannya akan tetapi menurut perspektif barat. Sedarlah, firman Allah SWT : “Orang-orang kafir itu merancang tipu daya. Dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.”[4]

2.0 PENGENALAN ISLAM LIBERAL DAN PLURALISME

Fahaman Islam Liberal merupakan satu fahaman yang berteraskan prinsip kebebasan individu tanpa sempadan. Fahaman ini muncul pada kurun ke-16 dan ke-17 ketika zaman Renaissance. Iaitu zaman golongan intelektual menyerang penyelewengan pihak gereja.

Zaman itu, agama Kristian di kawal oleh Roman Katolik. Pihak gerja berkuasa penuh dalam menafsirkan Injil. Manakala orang awam tidak sesekali dibenarkan untuk menafsirkannya. Mereka yang didapati menentang akan disiksa dengan pelbagai bentuk siksaan. Akibatnya, muncul pelbagai mazhab dalam Kristian seperti Protestan, Anglican, Prebisyterian, Lutheran dan lain-lain.

Pendapat ini mempunyai jurang perbezaan yang luas antara satu sama lain sehingga menjelmakan kaedah “kebenaran itu tidak selamanya benar dan perlu dinilai semula.” Tindakan ini benar-benar menjadikan Injil sebagai unsur manusia. Iaitu masing-masing memahami injil dengan bahasa dan tafsiran sendiri. Oleh itu pengolahan dan penggubahan dalam memahaminya terus berlaku apabila dirasakan intisarinya tidak releven lagi dengan keadaan semasa. Rentetan dari idea di atas, muncul pula John Hick mempelopori pendapat bahawa semua agama boleh diterima kerana tujuannya yang satu. Cuma cara dan pendekatan sahaja yang berbeza. Maka lahirlah apa yang dinamakan pluralisme.

Apabila menyedari serangan fizikal tidak mampu menggugat umat Islam, maka

Page 18: Apa Itu Islam Liberal

timbulnya alternative baru untuk menyerang Islam dari dalam. Iaitu menerusi serangan pemikiran. Maka pihak barat yang diterajui Yahudi dan Kristian berusaha menggali ilmu Islam dan mengkaji sumbernya serta mencari apa jua kelemahan umat Islam yang boleh diserang. Akhirnya mereka menubuhkan bahagian pengajian Islam di Universiti-universiti di Eropah dengan menggula-gulakan beberapa ulamak sebagai pensyarah jemputan bagi menarik minat umat Islam mendapat pendidikan di sana. Apa yang penting bagi mereka ialah ‘racun’ pemikiran yang dihidangkan dapat ditelan dengan sempurna.

Lantaran itu, tidak hairanlah kita dikejutkan dengan kemunculan golongan Jamaah al-Qur’an Malaysia (JAM) yang dipelopori oleh Kassim Ahmad dan Osman Ali satu waktu dahulu. Mereka begitu gigih mengajak masyarakat kembali kepada Al-Qur’an dengan pengolahan yang baru. Dalam masa yang sama mereka cuba menilai kembali kedudukan al-Hadis. Mereka sebenarnya adalah anti hadis.

Mutakhir ini, muncul pula Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia yang dipimpin oleh Ulil Absar Abdullah. Kerancakkan pemikiran ini seterusnya merebak ke negara kita setelah pengharaman fahaman ini di buat oleh Majlis Ulamak Islam Indonesia (MUI). Maka lahirlah fahaman-fahaman yang senada dan seirama dengan pemikiran Ulil Absar oleh beberapa individu seperti Farish A. Noor[5], Akbar Ali[6], Zainah Anwar[7] yang menunjangi Sister In Islam (SIS). Walaupun tidak segagah gelora kemunculan Islam Liberal di Indonesia (JIL), namun dalam beberapa hal mereka dilihat begitu agresif mengkritik dan mencabar kedudukan agama Islam itu sendiri dengan pelbagai gaya dan ruang. Maka perhatilah dengan sebaik-baiknya.

3.0 DEFINISI ISLAM LIBERAL

Sebelum metodologi Islam Liberal dibongkar dengan lebih mendalam, sayugianya definisi terhadap Islam Liberal perlu diambil kira supaya semua pihak jelas dengan maksud tersurat dan tersirat di sebalik penjenamaannya. Dalam kes ini, penulis cuba memecahkan definisi kepada dua komponen utama. Iaitu :

3.1 Lafaz Islam Liberal :

Perkataan Islam Liberal sebenarnya terdiri dari dua cantuman lafaz yang berbeza. Iaitu antara lafaz Islam dan lafaz Liberal. Islam dari sudut bahasa bermaksud taat dan patuh, menyerah diri dan selamat. Manakala dari sudut istilahnya pula Islam merujuk kepada satu cara hidup yang perkenankan oleh Allah melalui syariatNya yang dibawakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk seluruh manusia dan Jin. Ternyata lafaz Islam begitu harmoni dengan kehidupan insani.

Menurut kamus Dewan, Liberal bermaksud condong kepada kebebasan dan fahaman yang demokratik atau berfahaman bebas. Ia juga dimaksudkan dengan bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka Iaitu tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya[8]. Lafaz ini membuka seluas-luasnya ruang kepada akal dan nafsu untuk menerawang kebebasan mutlak. Ternyata cantuman lafaz dan pengertiannya terlalu sembrono.

4.2 Maksud Islam Liberal :Apabila kita mengakses laman web Jaringan Islam Liberal didapati mereka menafsirkan maksud liberal seperti berikut : “Nama "Islam liberal" menggambarkan prinsip-prinsip

Page 19: Apa Itu Islam Liberal

yang kami anut, yaitu Islam yang menekankan kebebasan pribadi dan pembebasan dari struktur sosial-politik yang menindas. "Liberal" di sini bermakna dua: kebebasan dan pembebasan. Kami percaya bahwa Islam selalu dilekati kata sifat, sebab pada kenyataannya Islam ditafsirkan secara berbeda-beda sesuai dengan kebutuhan penafsirnya. Kami memilih satu jenis tafsir, dan dengan demikian satu kata sifat terhadap Islam, yaitu "liberal". Untuk mewujudkan Islam Liberal, kami membentuk Jaringan Islam Liberal (JIL)[9].” Demikian tafsiran dan alasan mereka.Berdasarkan kepada tafsiran ini dapatlah disimpulkan bahawa Islam Liberal bermaksud sekumpulan golongan[10] yang memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional yang bersifat menyeluruh tanpa sebarang had.

Sebenarnya, mereka mencipta istilah ini bagi membuktikan bahawa kononnya golongan merekalah yang memperjuangkan keterbukaan dan kebebasan yang sebenar. Sedangkan mereka menuntut satu kebebasan yang melampaui batasan syariat Islam itu sendiri. Iaitu kebebasan dalam memberikan pandangan secara terbuka yang tidak terikat kepada pemikiran Islam bahkan melebihi had ajaran Islam itu sendiri. Sedangkan Islam mempunyai prinsip al-Hurriyyah yang tersendiri berasaskan wahyu.

Apa yang dituntut oleh golongan Islam Liberal ialah al-Hurriyyah al-Fikriyyah wa al-I’tiqadiyyah. Iaitu satu konsep kepercayaan yang mengatakan tiap-tiap individu mesti diberi kebebasan (supreme importance) dalam kehidupan social. Suara dan hak kebebasan ini cuba diperoleh mereka melalui prinsip peluang sama rata (equality of opportunity). Mereka berpendapat semua orang memiliki hak mutlak untuk memerintah, mencari harta, bercakap dan mengemukakan kepentingan masing-masing.

Kita melihat, apabila kedua lafaz yang berbeza ini (Islam – Liberal) cuba disatukan maka ia membawa cantuman yang songsang. Bahkan saling bertentangan antara kedua lafaz tersebut. Justeru di dapati bahawa lafaz sebegini tidak pernah digunakan dalam bahasa arab. Malah penggunaan tidak berpijak kepada sebarang dalil bahasa. Bahkan pertentangan maksud antara kedua lafaz ini memberikan kita satu petunjuk bahawa lafaz ini sengaja direka bagi membebaskan Islam dari keterikatan sumbernya. Situasi ini dilihat cuba menjatuhkan imej Islam itu sendiri. Maka sebarang rekaan yang tidak berpaksikan kepada dalil agama bahkan bertentangan dengan dalil-dalilnya merupakan satu bid’ah yang sesat lagi menyesatkan.

Jelas kepada kita bahawa istilah Islam Liberal merupakan istilah rekaan yang menyimpang dari landasan Islam. kedudukan istilah bagi melambangkan kebebasan yang mutlak sebenarnya bertentangan dengan Islam yang menghadkan kebebasan berasaskan prinsip-prinsipnya yang tertentu. Berdasarkan kepada tafsiran dan alasan mereka juga dapatlah dirumuskan bahawa sandaran liberal kepada Islam merupakan sandaran kosmetik belaka. Hakikatnya perjuangan mereka mempunyai racun yang berbisa.

3.2 Klasifikasi Islam Liberal :

Secara umumnya, terdapat dua jenis liberal. Iaitu liberal yang bercorak klasik dan modern. Liberal klasik lebih menekankan hak asasi dan undang-undang semulajadi merangkumi moral, politik, ekonomi dan sosial. Manakala liberal moden lebih menekankan dasar-dasar awam melalui pengalaman, penelitian dan praktis. System liberal moden selalu menumpang dalam corak pemerintahan demokrasi. Manakala

Page 20: Apa Itu Islam Liberal

liberal klasik pula lebih bersikap koservatif yang membantak pengawalan kerajaan dalam aktiviti ekonomi.

Paling tuntas, status Islam liberal semuanya menyeleweng samada liberal klasik mahupun moden kerana ideology yang diperjuangkan bertentangan dengan prinsip islam itu sendiri. Iaitu idea memperjuangkan kebebasan melebihi batasan syariat Allah. Justeru, penisbahan ini tidak sepatutnya dibiarkan.

4.0 FENOMENA KEMUNCULAN

Terdapat beberapa factor utama yang menunjangi kemunculan golongan Islam Liberal. Antaranya ialah :

4.1 Cabaran Terhadap Umat Islam Sendiri.

Situasi ini telah dibuktikan oleh Rasulullah SAW sendiri yang mengingatkan kita tentang fitnah yang berlaku di akhir zaman. Antaranya berdasarkan kepada riwayat al-Syaikhan dari Huzaifah bin Yaman yang bermaksud: “Aku (Huzaifah) bertanya, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya kami dahulunya berada dalam jahiliah dan kejahatan maka Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Apakah selepas ini akan ada kejahatan?’ Nabi menjawab, ‘Ya’. Aku bertanya lagi, ‘Apakah selepas kejahatan itu akan datang pula kebaikan?’ Nabi menjawab, ‘Ya, tetapi akan ada bersamanya dakhnun (asap).’ Aku bertanya lagi, ‘Apakah asap itu ya Rasulullah?’ Baginda bersabda, ‘Golongan yang tidak lagi mengikut landasan sunnahku dan mereka tidak menggunakan petunjuk yang aku bawa. Kamu akan mengenali dan mengingkari mereka’. Aku seterusnya bertanya, ‘Apakah selepas kebaikan ini akan ada pula kejahatan?’ Nabi bersabda, ‘Ya, akan datang pendakwah-pendakwah di pintu neraka. Sesiapa yang mengikut mereka akan dicampakkan ke dalamnya.”

Al-`Allamah Syeikh Said Hawa mengaitkan hadis ini dengan zaman kita sekarang. Beliau berkata, “Marhalah dakhnun atau ‘asap’ berterusan hingga ke zaman kita hari ini dan era kita sekarang ialah era lahirnya penyeru-penyeru ke pintu neraka.”[11]

Berdasarkan kepada hadis di atas dan selainnya membuktikan kepada kita bahawa Islam dan umatnya sentiasa dicabar oleh musuh-musuhnya. Ia bukan bermaksud Allah sengaja ingin menyusahkan umat Islam itu sendiri. Sebaliknya, kewujudan musuh membuatkan kita sentiasa berwaspada dalam mengatur langkah agar tidak terperangkap dalam jerangkap mereka. Malahan memberi kesedaran kepada para ulamak supaya lebik proaktif dalam memainkan peranan mereka.

Di samping itu, kewujudan cabaran dilihat mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Cabaran sebenarnya penting bagi umat ini kembali merenung kekuatan dan kelemahan mereka. Tanpa cabaran tentunya kita tidak menyedari di mana kedudukan kita yang sebenarnya. Apatah lagi untuk memainkan peranan dan tanggungjawab yang lebih aktif dalam memacu kekuatan dan menerajui pembangunan manusia.

Selain itu, khabar di atas juga menggambarkan kepada kita betapa pandangan Rasulullah SAW merentasi masa, tempat dan keadaan. Maka situasi ini menuntut kita untuk berpegang teguh dengan sunnah Baginda SAW yang terpancar daripada hidayah Allah.

Page 21: Apa Itu Islam Liberal

4.2 Usaha Pembaratan Terhadap Umat Islam Melalui Pengaruh Orientalis.

Sebenarnya usaha pembaratan bermula semenjak Perang Salib lagi. Mereka mendapati bahawa Umat Islam tidak dapat dikalahkan secara berhadapan selagi mereka berpegang dengan al-Kitab dan al-Sunnah. Akhirnya satu strategi dilaksanakan bagi memesongkan perhatian umat ini terhadap intisari al-Qur’an. Lantaran itu mereka mencipta pelbagai terminology bagi mengelirukan umat Islam. Maka muncullah istilah seperti Islam Tradisional–Modern, Islam Moderate–Fundamentalis, Islam Legalistik, Islam formalistic Subtantif, Islam Cultural, Islam Inklusif-Eksklusif dan lain-lain lagi.

Selain itu, mereka juga memperkenalkan pemikiran nasionalisme, demokrasi, pluralisme politik, hak asasi manusia, feminisme, kebebasan, globalisasi dan muncul pula Islam Liberal.

Sebenarnya pemikiran liberal di barat berasal dari tradisi pemikiran Yahudi. Buktinya Leonard Binder[12] telah memperincikan beberapa agenda penting dalam bukunya Islamic Liberalisme : A Critique of Development Ideologies. Dalam buku ini beliau menjelaskan bahawa pergerakan Islam liberal perlu didukung dan disebarluaskan berasaskan kepada rational discouse. Gerakan ini digunakan sebagai alat untuk mencapai tujuan politik. Iaitu menjelmakan satu pemerintahan ala barat bagi sesuah Negara sebagai penyambung lidah Yahudi. Buktinya Leonard menjelaskan : “Liberal government is the product of a continuous process of rational discourse. Political Liberalism in this sense, is indivisible. It will either prevail worldwide, or it will have to be defended by nondiscursive action.”[13]

Selain Leonard, muncul pula Charles Kurzman[14]memperkenalkan istilah dan gerakan baru kepada dunia Islam di dalam bukunya yang berjudul Liberal Islam : A Sourcebook.[15] Buku ini menghimpunkan karya 32 orang penulis dari 19 negara termasuk artikel Nurkholis Madjid yang berjudul Penyegaran Kembali Pemahaman Keagamaan di Kalangan Umat Islam Indonesia.[16] Walaupun ditulis dengan gaya pemkiran falsafah moden dan terbuka ia sedikit sebanyak mampu menerapkan liberalisasi pemikiran dikalangan masyarakat.

Di dalam buku ini juga, Charles secara jelas mengatakan bahawa para penulis buku ini kesemuanya berorientasikan fahaman liberal. Di mana secara khususnya mereka menentang kebangkitan Islam secara halus.[17]

4.3 Kelemahan pemimpin Islam, kejumudan ulamak dan kejahilan masyarakat.

Dalam mengupas factor ini, penulis mendatangkan contoh Khilafah Uthmaniyyah sebagai bahan renungan dan tauladan buat semua. Sebagai contoh, dasar pembangunan kerajaan Uthmaniyyah pada abad ke-16 yang lebih berorientasikan pembangunan fizikal dan ketenteraan menyebabkan pegembangan bahasa arab terabai. Pengabaian ini menyebabkan usaha memahami dan mengkaji Islam secara mendalam terbantut. Banyak ruang pemikiran dan pelaksanaan agenda pembangunan Islam tertutup. Ramai dari pemimpin umat islam hidup dibuai mimpi indah.

Manakala para alim ulamak pula kebanyakkannya memfokuskan kepada permasalahan tekstual yang lebih bersifat feqhiyyah. Malah terdapat sebilangan dari mereka yang selesai dengan kehidupannya tanpa mengambil berat permasalahan ummat. Apatah lagi untuk melahirkan idea-idea yang bernas yang dapat disumbangkan bagi pembangunan Negara.

Page 22: Apa Itu Islam Liberal

Kemajuan tamadun Eropah juga memperlihatkan kemajuan antara abad ke-16 hingga ke 18M turut menjadi factor. Situasi ini menyebabkan dunia Islam terpencil. Kerajaan Uthmaniyyah mula tertarik dengan kejelitaan Eropah. Manakala umat Islam pula merasakan ilmu pengetahuan di eropah perlu diintegrasikan supaya Uthmaniyyah mendapat standard yang sama. Maka selaras dengan revolusi di Perancis, pada tahun 1816 didapati bahawa sekolah-sekolah di mesir sudah menerima pakai pemikiran-pemikiran Voltaire, Rostow, Montesquieu dan lain-lain. Maka bermulalah pergeseran tamadun civilisasi dengan Islam. Dan akhirnya memunculkan fahaman nasionalisme yang menggalakkan pembebasan wilayah Uthmaniyyah mengikut identity bangsa masing-masing.

Imperialis barat pula berhasil meletakkan penguasa-penguasa tempatan bagi mengukuhkan cengkaman mereka dalam mengukuhkan penjajahan bentuk moden. Dan inilah hakikat yang berlaku dan terpaksa diterima walau amat pahit untuk ditelan.

Kini, isu kelemahan pemimpin Islam, kejumudan para alim ulamak dan kejahilan masyarakat kembali menghantui kita. Ya, ketidakpekaan pemimpin terhadap isu-isu sensitive umat Islam menyebabkan kemasukan idea liberal dan pluralisme dipandang sepi. Kelembapan para ulamak untuk bersuara, berhujah dan menjadi penggerak ilmu masyarakat mengakibatkan umat ini berada dalam kegelapan dan ketandusan idea. Apatah lagi untuk mengenal sesuatu aliran pemikiran yang ada. Umat yang lemah hanya menyaring sahaja apa jua pemikiran yang mendatang asalkan dilihat rasional dengan gaya dan keperluan hidup mereka. Justeru, semua pihak harus menyedari hakikat ini. Bahkan meningkatkan keprihatinan dan tanggungjawab yang tinggi dalam mendokong pegangan dan pemahaman yang benar.

5.0 DASAR-DASAR PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL

Sebelum kita menerokai dasar-dasar pemikiran Liberal, maka asas umum yang menjadi momentum kepada ideanya perlu di ambil kira. Antara gagasan pemikiran Islam Liberal sebagaimana yang dikemukakan Charles Kurzman adalah seperti berikut :

a) Syariat liberal, “liberal shari’a” argues that the revelations of the Quran and the practices of the Prophet command Muslims to follow liberal positions;

b) Syariat diam, the “silent shari`a,"holds that coexistence is not required by the shari`a, but is allowed. This trope argues that the shari`a is silent on certain topics-not because divine revelation was incomplete or faulty, but because the revelation intentionally left certain issues for humans to choose;

c) Penafsiran syariat (interpreted shari’a), this third trope suggests that religious diversity is inevitable, not just among religious communities but within Islam itself

Secara ringkas, idea-idea ini dijadikan bahan anjakkan dalam melahirkan beberapa dasar pemikiran Islam Liberal. Antara dasar-dasar pemikiran Islam Liberal adalah seperti berikut :

5.1 Pluralisme Agama (Kesatuan Agama)

Golongan Islam Liberal berpendapat Islam bukan satu-satunya agama yang benar.

Page 23: Apa Itu Islam Liberal

Bahkan semua agama di dunia ini adalah sama dan benar berdasarkan kepada konsep keseluruhan. Iaitu semua agama memiliki Tuhan dan menganjurkan kebaikan. Justeru, mereka menganggap masyarakat beragama Islam perlu menerima teologi pluralis dan kefahaman yang menghubungkan semua agama (Lintas agama).

Sebagai contoh, Nurkholis Majid berpendapat bahawa pluralisme sesungguhnya adalah sebuah aturan tuhan (sunnatullah) yang tidak akan berubah, sehingga juga tidak mungkin ditentang dan diingkari. Beliau mengibaratkan pluralisme seperti roda, pusat roda itu adalah tuhan dan jarring-jaring adalah simbolik dari perbagai agama. [18]Demikian juga pendapat yang dikemukan oleh Alwi Shihab di dalam bukunya Islam Inklusif : Menuju Sikap Terbuka Dalam Beragama. Beliau berpendapat bahawa ayat 62 surah al-Baqarah dan ayat 69 surah al-Ma’idah itu bersifat inklusif bukannya eksklusif untuk umat Islam sahaja. Pendapat ini disokong oleh Abd Rahman Wahid, Djohan Effendi, Arief Budiman dan ramai lagi.

Ulil absar Abdalla pula mengatakan : “Semua agama sama. Semuanya menuju kebenaran. Jadi Islam bukanlah yang paling benar.”[19]

Bertitik tolak dari fahaman ini, mereka menyimpulkan bahawa semua agama adalah sama. Dengan itu mereka begitu mudah menghalalkan perkahwinan antara penganut yang berbeza agamanya. Mereka mendakwa inilah sebahagian dari hasil ijtihad dan pembaharuan hukum pada dimensi Islam. Paling tuntas, dasar inklusif-pluralis ini sebenarnya menyimpang dari kebenaran. Bahkan mengutamakan kehendak akal dan nafsu semata-mata.

5.2 Al-Qur’an sebagai produk budaya.

Penganut Islam Liberal enggan menyebutkan “Allah berfirman” disebabkan mereka mendakwa al-Qur’an merupakan susunan kata-kata Muhammad atau merupakan karya bersama. Mereka berhujah bhawa teks al-Qur’an dalam bentuk apapun pada hakikatnya adalah produk budaya. Sebagai contoh, Nasr Hamid Abu Zayd menganggap hukum-hakam di dalam al-Qur’an hanyalah sesuai dengan sosio-budaya, ekonomi dan politik masyarakat arab abad ke-7 sahaja. Oleh itu, adalah tidak sesuai jika ia hendak dipraktikkan tanpa sebarang kajian dan menilai hikmah disebalik penurunan ayat tersebut.[20]

Tidak cukup dengan teori logic di atas, Nasr Hamid Abu Zayd dengan keras mengkritik metodologi ulamak tafsir Ahli Sunnah wal Jamaah. Beliau mendakwa autoriti tafsir bukannya dimiliki oleh mufassirin terdahulu. Bahkan beliau berpendapat bahawa para mufassir telah melakukan satu kesilapan besar kerana menafsirkan sesuatu ayat dengan unsur kenabian dan penurunan wahyu.

Selain itu, muncul pula Hassan Hanafi[21] dari Mesir yang mempelopori pemikiran Islam Berhaluan Kiri. Beliau berpendapat bahawa nas al-Qur’an adalah dilalah dzanniyyah. Manakala akal merupakan pemutus (al-Qat’iyyah) terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan Ketuhanan, Kenabian dan Hari akhirat.[22]

Manakala Muhammad Arkoun[23] menggunakan pendekatan sejarah dalam menafsirkan al-Qur’an. Dan beliau berkeyakinan bahawa sebarang kajian kritis sejarah terhadap al-qur’an merupakan satu bentuk ijtihad zaman kini. Lantaran itu, dia telah mengintegrasikan bahan sejarah dari pelbagai agama seperti Hindu, Budhha, injil Perjanjian Lama dan Injil Perjanjian Baru. Beliau juga berpendapat bahawa al-Qur’an itu

Page 24: Apa Itu Islam Liberal

lebih suci ketika berada di peringkat pertama jika dibandingkan dalam bentuk bertulis.[24]

5.3 Kritikan dan Penghinaan terhadap Rasulullah SAW

Golongan Islam Liberal menganggap bahawa kenabian Rasulullah SAW hanyalah menggambarkan kemampuan seseorang manusia yang memimpin kelompok tertentu. Sesiapa sahaja mampu mengambil alih sifat Nubuwwah apabila memimpin manusia ke arah kebaikan.[25]

Di samping itu mereka juga menganggap bahawa Rasulullah SAW sebagai manusia yang biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Dan umat ini pula dituduh berpura-pura kerana mempercayai kesempurnaan yang ada pada Baginda SAW. Bahkan apabila kita mengikuti teks al-Qur’an dan al-Sunnah dianggap sebagai menyembah teks berkenaan dan melupuskan fungsi akal.

Maka tidak hairanlah jika terdapat tokoh-tokoh tertentu di Negara kita yang lantang melemparkan kritikan dan penghinaan kepada Baginda SAW. Antaranya mereka menuduh Baginda tidak mencukur janggut kerana dahulunya tida ada pisau cukur. Baginda memakai serban kerana bentuk muka bumi Makkah dan Madinah berpasir. Lebih sadis lagi mereka menuduh Baginda sebagai bernafsu seks yang kuat dengan memiliki ramai gundik. Malah sebahagian mereka menganggap kepimpinan Baginda hanyalah sekadar Pegawai Daerah sahaja. Maka perhatikanlah alangkah hitamnya hati dan betapa busuknya pula mulut-mulut jahat mereka.

5.4 Penafsiran semula Agama Islam.

Tajdid dan Ijtihad merupakan dua perkara yang saling berkait antara satu sama lain. Sayangnya, ia disalah tafsir oleh golongan Islam Liberal. Hal ini terbukti apabila mereka menganggap bahawa ilmu-ilmu Usul Tafsir, Usul al-Hadis, al-Jarh wa Ta’dil adalah ilmu buatan manusia yang tidak terlepas dari kesilapan dan kecacatan. Oleh itu, mereka sesekali tidak menggunakan ilmu ini. Bahkan penggunaannya dilihat mampu mengekang tafsiran bebas mereka terhadap Islam.

Golongan ini juga tidak menghormati para ulamak Islam. bagi mereka ulamak hanyalah manusia biasa yang terikat kepada pentafsiran jumud ulamak sebelumnya. Para ulamak dianggap menyembah teks. Apabila pendapat mereka dilihat bercanggah dengan para ulamak, mereka mengatakan bahawa pendapat ulamak boleh diterima dan ditolak. Demikianlah seni putar belit yang hebat yang ditunjukkan oleh penyeleweng zaman moden. Maka berhati-hatilah.

5.5 Mentafsir Al-Qur’an secara Hermeunatika.

Kaedah pentafsiran al-Qur’an secara hermeunatika seringkali diwar-warkan orientalis dan pemikir Muslim modern seperti Aminah Wadud, farid esack, Asghar ali Engineer, Hassan Hanafi, nasr hamid Abu Zayd dan lain-lain.

Sebenarnya, hermeunatika merupakan satu kaedah pengkajian prinsip umum yang terdapat dalam Bible. Golongan ini cuba memperkenalkan hermeunatika sebagai kaedah baru bagi merungkai penyembahan teks sekaligus membuka ruang penafsiran yang lebih luas dan bebas mengikut citaras mereka. Timbul persoalan, apakah umat Islam memerlukan bantuan hermeunatika dalam memahami tuntutan sebenar al-

Page 25: Apa Itu Islam Liberal

Qur’an.

Ternyata, tidak sesekali. Ini kerana metodologi penafsiran al-Qur’an sebenarnya jelas berdasarkan beberapa factor seperti kaedah bacaan, sebab-sebab turun ayat, I’rab al-Qur’an, Gharib al-Qur’an, mufradaat, I’jaz al-Qur’an, kelebihan al-Qur’an dan lain-lain yang berkenaan. Sedangkan kaedah hermeunatika diasaskan kepada tafsiran relative, disulami sangkaan, keraguan dan pengalaman kehidupan semata-mata. Justeru, bagaimana sesuatu yang kukuh hendak digantikan dengan sesuatu yang lumpuh. Perhatikanlah.

5.6 Menilai semua hadis-hadis Rasulullah SAW.

Golongan ini menganggap bahawa hadis-hadis Rasulullah SAW perlu dinilai semula sekalipun ianya tercamtum di dalam kitab-kitab sahih. Mereka tanpa segan silu mengatakan bahawa sebahagian besar hadis bukan dari Nabi SAW. Sebaliknya hanya ciptaan individu tertentu yang jelas mempunyai kepentingan.

Hadis-hadis mutawattir hanyalah melambangkan sejarah peradaban zaman awal Islam sahaja. Ia tidak sesuai lagi untuk diamalkan di zaman ini. Masya Allah.

Selanjutnya, hadis-hadis yang berkaitan dengan al-Sam’iyyat dan al-Ghaibiyyat dianggap sebagai bahan rekaan perawi hadis. Bahkan perkhabaran ini dianggap sebagai cerita-cerita rekaan berunsur tahyul dan mistik belaka.[26]

5.7 Menilai semula hukum feqah

Aliran ini mempunyai kaedah yang tersendiri dalam menilai hukum feqah. Iaitu apa yang diambil adalah tujuan hukum iaitu maslahat bukannya bentuk hukum berkenaan. Justeru, ketentuan hukum boleh diubah berdasarkan maslahat manusia.

Sebagai contoh, pembahagian harta fara’idh boleh diubahsuai mengikut keadilan ahli waris, hak suami menjatuhkan talak boleh dilupuskan dan kes-kes perceraian hanya boleh diputuskan hakim mahkamah biasa, poligami dilarang, wanita diberikan hak samarata dalam persaksian jenayah, kes hudud boleh diubahsuai mengikut peradaban zaman, arak tidak haram jika tidak memabukkan, masa ibadat seperti solat, haji dan puasa boleh diubahsuai mengikut keperluan individu dan menutup aurat hanyalah peradaban di zaman awal islam sahaja.

Selain isu-isu yang difokus di atas, golongan ini juga turut memperjuangkan isu kesetaraan gender dan feminisme. Sebenarnya banyak lagi isu-isu agama yang telah, sedang dan akan diketengahkan mereka. Dan kita melihat 11 tuntutan yang yang dikemukakan oleh IFC sebenarnya didalangi oleh golongan Islam Liberal. Dan sebahagian dari pemimpin kita memberi sokongan kepada perjuangan mereka. Situasi ini sebenarnya amat melukai hati kita. Maka sedar dan bangkitlah wahai pencinta agama Allah!

Justeru, kita perlu melipatgandakan usaha untuk menangkis idea-idea yang gila ini dari mempengaruhi masyarakat dan anak-anak cucu kita. Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada kita untuk membongkar setiap inci penyelewengan mereka.

Page 26: Apa Itu Islam Liberal

6.0 KESIMPULAN

Setelah kita memahami dan menhayati dasar-dasar pemikiran golongan ini, maka jelaslah kepada kita bahawa aliran ini memberi ancaman yang besar terhadap ketulinan agama islam itu sendiri. Antaranya ialah :

6.1 Aliran pemikiran Islam Liberal merupakan produk barat yang jelas bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan boleh menjadikan seseorang itu sesat, dan terkeluar dari agama Islam. Maka tidak hairanlah jika Panel Kajian Syariah JAKIM dan Muzakarah Ulamak Ipoh 2006 mengklasifikasikan fahaman ini sebagai sesat dan menyesatkan.

6.2 Pemikiran Liberal ternyata menyumbang kepada perpecahan umat Islam sesebuah Negara. Bahkan meragut kesucian akidah umat Islam sedikit demi sedikit sebagaimana yang berlaku di Indonesia. Lantaran itu Majlis Ulamak Islam (MUI) telah memfatwakan pengharaman pemikiran Islam Liberal pada 25 Julai 2005.

6.3 Kehadiran Muslim Liberal memberi ruang dan peluang kepada musuh-musuh Islam bagi menyuntik perancangan jahat mereka untuk melemahkan umat Islam supaya umatnya drop-out dari arus perdana. Dan tidak syak lagi bahawa kemunculan IFC yang mempertikai keistimewaan Islam sebagai agama rasmi adalah hasil anjakan pemikiran Liberalisme.

6.4 Kehadiran Muslim Liberal juga sebenarnya satu usaha menghidupkan watak-watak munafiq zaman awal islam untuk disesuaikan dengan peradaban zaman kini. Maka berwaspadalah dengan tokoh-tokoh munafiq moden ini.

6.5 Pihak berwajib seperti JAKIM, Kerajaan Negeri, JAIN, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah, NGO Islam, cendikiawan Islam dan masyarakat perlu bergabung tenaga dalam usaha menangkis dan membongkar penyelewengan golongan Islam Liberal. Bahkan tindakan bersepadu dan menyeluruh perlu diambil bagi menyekat penularannya