Apa Itu Pengurusan Sumber Manusia

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 Apa Itu Pengurusan Sumber Manusia

    1/13

    Apa itu pengurusan sumber manusia?

    Pengurusan sumber manusia ialah melibatkan proses melibatkan tenaga manusia secara sebaik-

    baiknya dan melibatkan proses seperti perancangan organisasi,mendapatkan pekerja danmembangunkan kumpulan.Perancangan organisasi ialah mengenalpasti,mendokumenkan dan

    membahagikan peranan projek dan melapor hubungan.Output dan proses termasuk cartaorganisasi projek,definisi kerja dan proses pembahagian,matriks pembahagian tanggungjawabdan histgram sumber.Perancangan pengambilan kakitangan atau pekerja ialah pengambilan

    kakitangan dan prosedur mengupah yang baik penting dalam mendapatkan staf,sama seperti

    intensif untuk pengambilan dan pemantapan pekerja.Pembangunan kumpulan ialah kerjakumpulan yang dilakukan secara bersama dan latihan dalam kerja berkumpulan ialah mampu

    membantu pekerja memahami diri sendiri dan melihat bagaimana kerja dalam kumpulan.Melalui

    kerja kumpulan pekerja dapat bekerjasama dan saling bantu-membantu antara satu sama yang

    lain.

    UNGSI PENGURUSAN PENDIDIKAN

    Pengenalan

    Pengurusan merupakan satu perkara yang yang sangat penting di dalam sesebuah organisasi.Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga

    tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia. Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang

    pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan

    pentadbiran dan pengurusan.

    Stoner ( 1984 ) dalam buku Management mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang,mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Campbell ( 1983 ) pula, dalam bukunya

    Introduction to Educational Administration menjelaskan proses pentadbiran sebagai satu cara

    anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk

    mencapai matlamat

    Definisi Pengurusan

    Secara am, pengurusan merujuk kepada proses pencapaian matlamat organisasi mengikut cara

    yang berkesan dan cekap. Ini dilakukan melalui proses perancangan, pengorganisasian,

    kepimpinan dan pengawalan sumber-sumber organisasi ( Daft, 1997 ). Dua idea penting yangterkandung dalam definisi ini ialah pertama, fungsi pengurusan ada empat iaitu perancangan,pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan. Kedua, matlamat organisasi dicapai mengikut

    cara yang berkesan dan cekap. Semua organisasi pula mempunyai orang yang bertanggungjawab

    untuk membantu mencapai matlamat dan orang ini digelar pengurus. Menurut Griffin (1993 ),pengurus merupakan individu yang membuat perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan

    pengawalan ke atas sumber-sumber manusia, kewangan, fizikal dan maklumat-maklumat

    organisasi.

  • 7/28/2019 Apa Itu Pengurusan Sumber Manusia

    2/13

    Pengurus juga menggunakan pelbagai jenis kemahiran untuk melaksanakan peranannya.

    Pengurus yang gagal pula menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dangan berkesan dan cekapakan menjejaskan kejayaan organisasinya. Terdapat tiga peringkat pengurus iaitu pengurus

    atasan, pertengahan dan bawahan. Pengurus atasan adalah seorang pengurus yang berada pada

    peringkat atasan dalam hierarki organisasi dan bertanggungjawab ke atas keseluruhan organisasi.Nama-nama jawatan yang sering dikaitkan adalah Presiden, Pengarah Eksekutif, Ketua PegawaiEksekutif dan sebagainya. Pengurus pertengahan pula bekerja pada peringkat pertengahan dalam

    organisasi dan bertanggungjawab ke atas unit perniagaan dan jabatan-jabatan utama. Nama-nama

    jawatan yang dikaitkan seperti Ketua Jabatan, Ketua Bahagian, Pengurus Loji dan sebagainya.Pengurus bawahan pula bertanggungjawab secara langsung ke atas pengeluaran produk atau

    perkhidmatan organisasi. Nama-nama jawatan yang dikaitkan seperti Penyelia, Ketua seksyen

    dan sebagainya.

    Dua kategori pengurus yang dikenalpasti ialah pengurus fungsian yang bertanggungjawab ke

    atas jabatan yang melaksanakan aktiviti-aktiviti yang ada kaitan dengan suatu bidang fungsian

    dan mempunyai pekerja yang mempunyai latihan dan kemahiran yang serupa. Jabatan-jabatanfungsian adalah seperti Kewangan, Sumber Manusia, Pengeluaran dan sebagainya. Kategori

    pengurus seterusnya ialah Pengurus besar yang bertanggungjawab ke atas operasi unit yang lebih

    kompleks, seperti sebuah syarikat atau bahagian yang meliputi beberapa jabatan yang

    melaksanakan fungsi yang berbeza. Dalam erti kata lain, pengurus besar akan menyelia kerja-kerja pengurus fungsian.

    Fungsi- fungsi Pengurusan

    Seorang pengurus yang berjaya berupaya melaksanakan keempat-empat fungsi asas pengurusan

    iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan di dalam organisasinya.Kebanyakan pengurus terlibat lebih daripada satu aktiviti pada masa yang sama.

    Perancangan

    Perancangan bermaksud ke arah mana organisasi ingin berada pada masa akan datang dan

    bagaimana untuk mencapai matlamat ini. Pada amnya, perancangan bermaksud mendefinisikanmatlamat organisasi untuk masa akan datang dan membuat keputusan mengenai tugas dan

    penggunaan sumber yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus melakukan

    perancangan untuk tiga tujuan iaitu pertama, menetapkan arah yang hendak dituju oleh

    organisasi pada masa akan datang seperti meningkatkan keuntungan, meluaskan pasaran ataumemperjuangkan tanggungjawab sosial. Kedua, mengenalpasti sumber-sumber yang diperlukan

    untuk mencapai matlamat dan akhir sekali membuat keputusan mengenai aktiviti-aktiviti yang

    diperlukan bagi mencapai matlamat.

    Secara umum, perancangan merujuk kepada proses formal yang merangkumi aktiviti seperti

    memilih misi dan matlamat keseluruhan organisasi untuk jangka masa panjang dan pendek,

    membentuk matlamat bahagian, jabatan dan individu berasaskan matlamat organisasi, memilihstrategi dan taktik untuk mencapai matlamat tersebut dan memperuntukkan sumber seperti

  • 7/28/2019 Apa Itu Pengurusan Sumber Manusia

    3/13

    manusia, wang dan peralatan bagi mencapai pelbagai matlamat, strategi dan taktik.

    Dalam pengorganisasian, matlamat adalah penting kerana ia menyediakan panduan dan memberikesatuan arah kepada ahli organisasi, menyelaraskan usaha dan aktiviti ahli organisasi, memandu

    pelan dan keputusan, serta membantu menilai kemajuan yang telah dicapai. Penetapan matlamat

    juga mestilah berpandukan kepada misi organisasi.

    Sepuluh langkah yang menjadi panduan dalam proses perancangan formal ialah menetapkan

    matlamat, menilai faktor persekitaran, membentuk andaian, melibatkan pengurusan dan staf,

    membentuk alternatif, memeringkat pelan, menyalurkan pelan, membentuk pelan sokongan,melaksanakan pelan tindakan dan akhir sekali menilai dan mengulangi proses perancangan.

    Dalam bidang pengurusan pendidikan, perancangan merupakan satu perkara yang diberi

    keutamaan. Sebagai contoh di sekolah, pihak pentadbir akan menyediakan satu perancangansebelum bermulanya suatu sesi baru persekolahan. Oleh sebab itu, semua pentadbir sekolah akan

    mengadakan mesyuarat dengan semua guru-guru termasuk menyediakan takwim sekolah untuk

    sesi seterusnya serta perancangan pada sesi tersebut. Dengan cara ini, semua pentadbir dan guru-guru telah mendapat gambaran awal tentang matlamat yang hendak dicapai pada tahun tersebut.

    Selain itu, perancangan yang ada juga membolehkan guru menyediakan strategi atau bahan-

    bahan yang diperlukan bagi mencapai sesuatu matlamat tersebut. Pihak pentadbir sekolah juga

    secara tidak langsung boleh mendapatkan sumber-sumber seperti sumber manusia, sumberkewangan, sumber fizikal dan lain-lain bagi melaksanakan perancangan tersebut.

    Pengorganisasian

    Setelah pelan disediakan oleh pengurus atau pentadbir, langkah seterusnya ialah menterjemahkan idea-

    idea abstrak yang terdapat dalam pelan tadi kepada realiti. Tindakan ini memerlukan fungsi

    pengorganisasian. Pengorganisasian melibatkan pengagihan tugas-tugas, pengumpulan tugas-tugas ke

    dalam jabatan, pembentukan deskripsi kerja, pengagihan sumber-sumber kepada jabatan dan

    penstafan. Aktiviti ini memerlukan pembentukan struktur perhubungan yang akan membolehkan

    pekerja melaksanakan pelan yang telah dibentuk oleh pengurus. Pengorganisasian yang dilakukan

    dengan berkesan dapat membantu pengurus dalam menyelaraskan sumber-sumber manusia dan bahan

    dengan lebih baik. Kejayaan organisasi bergantung ke atas kebolehan pihak pengurusan untuk

    menggunakan sumber-sumber organisasi secara cekap dan berkesan.

    Pengorganisasian ini sebenarnya boleh dijelaskan sebagai proses membuat keputusan tentang cara

    terbaik untuk mengumpulkan, mengagihkan dan menyelaraskan kesemua aktiviti dan sumber organisasi

    agar matlamat keseluruhan organisasi dapat dicapai. Melalui fungsi pengorganisasian ini juga pengurus

    akan menentukan tugas mana yang perlu disiapkan, bagaimana tugas-tugas tersebut boleh digabungkan

    secara terbaik ke dalam pekerjaan yang spesifik dan bagaimana pekerja boleh dikumpulkan ke dalamunit-unit yang berbeza bagi membentuk struktur organisasi.

    Pembahagian kerja yang merupakan sebahagian daripada proses pengorganisasian merujuk kepada

    pemecahan tugas yang kompleks kepada komponen yang lebih kecil agar individu hanya

    bertanggungjawab ke atas sebilangan aktiviti yang terhad. Pembahagian kerja akan membawa kepada

    pengkhususan.

  • 7/28/2019 Apa Itu Pengurusan Sumber Manusia

    4/13

    Di dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, terutamanya organisasi sekolah, pengorganisasian ini

    perlu dilaksanakan dengan lebih teratur. Apabila sesuatu perancangan telah dibuat, maka pihak

    pentadbir sekolah akan membentuk satu jawatankuasa bagi mengurus setiap perancangan yang dibuat.

    Oleh sebab itu didapati, di setiap sekolah banyak jawatankuasa telah ditubuhkan bagi melaksanakan

    sesuatu perancangan tersebut. Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga lebih mudah untuk mengagihkan

    sumber-sumber yang ada dan diperoleh sekiranya pengorganisasian ini dibentuk dengan lebih teratur.

    Sebagai contoh di setiap sekolah mempunyai Jawatankuasa Kurikulum yang antara tugasnya memantau

    dan melaksanakan panitia-panitia matapelajaran yang ada di sekolah tersebut. Jawatankuasa ini juga

    akan memastikan setiap panitia pula mempunyai perancangan dan aktiviti bagi melaksanakan matlamat

    panitia tersebut. Oleh itu sumber kewangan dan sumber fizikal boleh diagihkan dengan lebih berkesan.

    Kepimpinan

    Kepimpinan merupakan fungsi pengurusan yang semakin penting setelah pelan dibentuk, struktur

    perhubungan dalam organisasi diwujudkan, dan pekerja yang berkebolehan direkrutkan. Kepimpinan

    bukan sahaja dilakukan selepas proses perancangan dan pengorganisasian. Ia juga penting kepada

    kejayaan fungsi-fungsi berkenaan. Kepimpinan merujuk kepada penggunaan pengaruh untuk

    memotivasikan pekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi. Kepimpinan bermaksud mewujudkanbudaya dan nilai yang dikongsi bersama, menyalurkan maklumat mengenai matlamat kepada semua ahli

    organisasi melalui proses komunikasi dan menanamkan dalam diri pekerja semangat berusaha ke arah

    tahap prestasi yang tinggi. Kepimpinan melibatkan proses memotivasikan keseluruhan jabatan,

    bahagian dan individu yang bekerja rapat dengan seseorang pengurus. Kebolehan untuk membentuk

    budaya, menyalurkan matlamat dan memotivasikan pekerja adalah kritikal kepada kejayaan perniagaan

    terutama dalam era ketidakpastian, pengecilan saiz organisasi, persaingan antarabangsa dan

    kepelbagaian dalam tenaga pekerja.

    Kepimpinan merupakan proses mempengaruhi gelagat orang lain ke arah pencapaian matlamat

    tertentu. Tema utama dalam kepimpinan ialah bagaimana untuk mendapatkan bantuan orang lain

    dalam melaksanakan dan menyiapkan sesuatu tugas. Kepimpinan bertujuan untuk melengkapkan danmemperjelaskan struktur organisasi, membentuk misi dan strategi baru disebabkan berlakunya

    perubahan dalam persekitaran luaran, menyelaraskan usaha pelbagai unit dalam organisasi serta

    memotivasikan pekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi. Untuk berjaya sebagai pemimpin pula

    seseorang pengurus itu perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai aspek

    perhubungan interpersonal seperti komunikasi, motivasi dan dinamik kumpulan.

    Dalam sesebuah organisasi, kepimpinan boleh wujud dalam dua bentuk iaitu kepimpinan formal yang

    dikatakan wujud apabila seseorang individu atau kumpulan memainkan peranan kepimpinan ke atas

    pengikutnya berdasarkan autoriti formal yang diperolehi lanjutan daripada posisi beliau dalam hierarki

    organisasi. Kepimpinan tidak formal dikatakan wujud dalam sesuatu situasi apabila seseorang individu

    tanpa sebarang autoriti formal berjaya mempengaruhi gelagat orang lain. Penghormatan dan seterusnya

    ikutan yang diberikan oleh orang lain kepada pemimpin tidak formal mungkin disebabkan oleh tarikan

    karisma yang beliau miliki atau kerana sesuatu tindakan yang telah beliau tunjukkan. Untuk memimpin,

    seseorang pengurus itu memerlukan kuasa. Lima jenis kuasa yang telah dikenalpasti ialah kuasa

    ganjaran, paksaan, sah, kepakaran dan rujukan.

    Di dalam organisasi sekolah, pengetua atau guru besar merupakan seorang pemimpin yang perlu ada

    ciri-ciri kepimpinan yang berkesan supaya matlamat organisasi sekolah dapat dicapai. Seorang pengetua

    atau guru besar perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran sebagai pemimpin supaya kepimpinan

  • 7/28/2019 Apa Itu Pengurusan Sumber Manusia

    5/13

    lebih teserlah dan menjadi ikutan ahli-ahli organisasi yang lain.

    Pengawalan

    Pengawalan merupakan fungsi keempat dalam proses pengurusan. Menurut Hellriegel & Slocum (1996),

    pengawalan merujuk kepada proses dalam mana seseorang individu, kumpulan mahupun organisasi,

    secara sedar mengawasi prestasi dan mengambil tindakan-tindakan pembaikan. Pengurus mestilah

    memastikan organisasi bergerak ke arah matlamatnya.

    Arah aliran baru yang membabitkan perkongsian kuasa (empowerment) dan peningkatan kepercayaan

    pihak pengurusan terhadap golongan pekerja bawahan telah mengurangkan aktiviti kawalan yang

    bercorak atas ke bawah (top down). Sebaliknya tumpuan yang lebih banyak diberikan ke atas aktiviti

    latihan bagi membolehkan pekerja bawahan mengawasi dan memperbaiki prestasi kerja mereka sendiri.

    Dalam proses pengawalan, pengurus akan menetapkan piawaian (standard) prestasi, kedua, mengukur

    prestasi masa kini berbanding dengan piawaian yang telah ditetapkan, ketiga, mengambil tindakan

    untuk memperbaiki apa-apa penyimpangan dan keempat, mengubahsuai piawaian jika perlu.

    Pengawalan boleh diterangkan sebagai proses mengawasi aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan,

    membandingkan hasil atau prestasi dengan piawaian yang telah ditetapkan untuk memastikan hasil atauprestasi yang diperolehi itu adalah konsisten dengan piawaian. Andaikata prestasi yang diperolehi tidak

    memenuhi piawaian, maka tindakan pembaikan perlu diambil agar matlamat organisasi yang

    dirancangkan dapat dicapai. Pengawalan membantu para pengurus mengawasi keberkesanan fungsi

    perancangan, pengorganisasian dan kepimpinan mereka.

    Pengawalan dan perancangan sebenarnya saling berkait di mana pengawalan menyediakan halacara

    bagi mengawasi dan memperbaiki prestasi agar matlamat yang dirancangkan dapat dicapai. Kawalan

    memainkan peranan bagi membantu pengurus mengendalikan ketidakpastiandan perubahan dalam

    persekitaran, meningkatkan kualiti produk atau servis organisasi, mengesan peluang, mengendalikan

    situasi yang kompleks serta memudahkan tindakan mendesentralisasikan autoriti kepada peringkat yang

    lebih rendah dalam hierarki organisasi.

    Secara umum, proses kawalan melibatkan enam langkah yang merangkumi tindakan menentukan

    bidang untuk dikawal, menetapkan piawaian, mengukur prestasi, membandingkan prestasi dengan

    piawaian, mengambil tindakan mengiktiraf prestasi yang positif atau mengambil tindakan pembaikan

    jika wujud penyimpangan yang negative dan akhir sekali mengubahsuai piawaian dan ukuran jika

    didapati keadaan sudah berubah. Kawalan boleh difokuskan ke atas sumber-sumber organisasi seperti

    sumber kewangan, fizikal, manusia dan maklumat.

    Sistem kawalan yang berkesan sepatutnya dapat memenuhi kesemua lima kriteria iaitu mempunyai

    perkaitan dengan matlamat yang diinginkan, bersifat objektif, menyeluruh, menepati masa dan boleh

    diterima oleh ahli organisasi.

    Rumusan

    Pengurusan merujuk kepada proses pencapaian matlamat mengikut cara yang berkesan dan cekap

    melalui fungsi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan ke atas sumber-sumber

    organisasi. Pengurus pula merupakan individu yang bertanggungjawab melaksanakan proses

    pengurusan. Pengurus yang gagal menjalankan keempat-empat fungsi pengurusan dengan berkesan dan

    cekap akan menjejaskan kejayaan organisasinya.

  • 7/28/2019 Apa Itu Pengurusan Sumber Manusia

    6/13

    Terdapat empat fungsi asas pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan

    pengawalan. Kebanyakan pengurus terlibat dengan lebih daripada satu aktiviti fungsian pada masa yang

    sama. Perancangan bermaksud mendefinisikan matlamat organisasi untuk masa akan datang, membuat

    keputusan mengenai tugas dan sumber yang diperlukan bagi mencapai matlamat tersebut.

    Pengorganisasian pula melibatkan aktiviti mengagihkan tugas, mengumpulkan pelbagai tugas ke dalam

    jabatan, membentuk deskripsi kerja, mengagih sumber kepada jabatan dan melakukan penstafan.

    Kepimpinan pula merujuk kepada penggunaan pengaruh untuk memotivasikan pekerja ke arah

    pencapaian matlamat organisasi. Kepimpinan membabitkan aktiviti membentuk budaya organisasi,

    berkomunikasi dan memotivasi pekerja. Pengawalan pula merujuk kepada proses dalam mana individu,

    kumpulan mahu pun organisasi secara sedar mengawasi prestasi dan mengambil tindakan-tindakan

    pembaikan.

    Kesimpulannya , kempat-empat fungsi ini sangat penting dalam aspek pengurusan. Maka seharusnya

    setiap organisasi seperti organisasi pendidikan melaksanakan fungsi-fungsi tersebut dalam

    melaksanakan matlamat dalam pendidikan di negara ini.

    KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

    Masyarakat yang maju dan saintifik adalah hasrat Wawasan 2020. Masyarakat yang maju

    dan saintifik sentiasa bersedia menerima perubahan untuk menjadi lebih baik.

    Kemajuan pula bererti berubah daripada keadaan sedia ada kepada keadaan yang

    lebih baik. Fikiran terbuka untuk menerima idea baru dan berubah mengikut objektif

    yang dikehendaki amat penting.

    Agen perubahan utama ialah pendidikan. Pendidikan dan latihan merupakan wahana

    terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat

    pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau `world class? akan menentukan

    kejayaan perubahan insan. ( Mohd Najib , 1997 )

    Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan. Masa dan pelbagai faktor lain

    menuntut perubahan dalam pendidikan. Perubahan ialah salah satu fakta yang wujud

    dalam pendidikan. Ada faktor luaran dan dalaman yang mendesak dan menekan

    untuk melakukan perubahan.

    Perubahan ialah satu pola penukaran kelakuan ataupun status yang stabil kepada satu

    pola kelakuan dan status stabil yang lain. Ini bermakna perubahan tidak dapat

    dielakkan apabila sudah tiba masanya (Carzo dan Yanouzas)

  • 7/28/2019 Apa Itu Pengurusan Sumber Manusia

    7/13

    ( "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikan")

    Menurut Oliver (1996) dalam Buku The Management of Educational Change : A Case

    Study Approach, perubahan didapati lebih mengambarkan ciri-ciri pendidikan

    berbanding dengan kestabilan.

    2)OBJEKTIF PERUBAHAN PENDIDIKAN

    Berikut ialah beberapa objektif perubahan pendidikan

    1. Mengurangkan konflik -Persekitaran masyarakat dalam sesebuah negara semakinkompleks. Pelbagai faktor yang ada akan menimbulkan persaingan sengit untuk merebut

    peluang-peluang dan sumber yang terhad. Faktor-faktor seperti ekonomi, teknologi,

    politik dan sosio budaya akan meningkatkan konflik di dalam masyarakat. Kecekapan

    menguruskan masyarakat majmuk dan kompleks seperti di Malaysia memerlukan

    perubahan pendidikan kerana pendidikan merupakan agen perubahan masyarakat yang

    penting.

    2. Meningkatkan Daya Pengeluaran - Pengetahuan dan kemahiran rakyat sesebuah negaraperlu ditingkatkan mengikut peredaran masa. Apabila ilmu setiap warga negara

    meningkat , produktiviti akan meningkat. Dalam sesebuah organisasi , kecekapan danprestasi pekerja akan meningkat . Hasilnya ialah proktiviti meningkat dan pendapatan

    negara akan bertambah.James Worthy menyatakan kerjasama di kalangan pekerja akan

    bertambah sekiranya perubahan struktur dilakukan. Perlu ada tindakan pengurangan

    pengkhususan individu .

    3. Meningkatkan motivasi. Motivasi luaran dan dalaman menyumbang kepada peningkatanpenerimaan perubahan. Semakin besar motivasi dalaman semakin tinggi percubaan untuk

    menerima perubahan.

    Peranan pentadbir adalah memberikan motivasi yang tinggi dan sentiasa memastikan setiap

    pekerjanya bermotivasi tinggi. Perubahan sukar dilakukan jika pekerja mempunyai motivasi

    yang rendah.

    ("http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikan)

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikan
  • 7/28/2019 Apa Itu Pengurusan Sumber Manusia

    8/13

    3)JENIS-JENIS PERUBAHAN

    Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan iaitu

    1)

    Perubahan ke arah peningkatan

    Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti

    berlakunya perubahan dalam struktur organisasi, memperkenalkan teknologi baru dan

    mengadakan program pembangunan staf untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti

    staf.

    2)Perubahan strategik organisasi.

    Perubahan yang dilakukan mengikut persekitaran dan melibatkan keseluruhan organisasi

    seperti mendefinisikan semula peranan organisasi, perubahan nilai teras organisasi,

    pembentukan semula misi dan visi serta perubahan struktur dan strategi organisasi.

    3)Perubahan reaktif (ada tindakbalas)

    Perubahan ini berlaku akibat tindakbalas langsung daripada pelanggan dan pihak

    berkepentingan (stakeholders). Kepekaan pelanggan dan stakeholders terhadap isu-isu

    persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan. Contoh perubahan

    PPSMI (Pengajian matematik dan sains daripada bahasa melayu kepada bahasa inggeris).

    4)Perubahan akibat daripada jangkaan (kesedaran).

    Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya

    kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan

    organisasi memperoleh kebaikan kompetetif.

    5)PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

    Perubahan dikaitkan dengan proses Evolusi dan Revolusi

  • 7/28/2019 Apa Itu Pengurusan Sumber Manusia

    9/13

    Evolusi perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang

    dan menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.

    Revolusiperubahan yang pantas dan meninggalkan kesan yang membinasakan.

    Kompleksiti perubahan merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang

    perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplementasikan perubahan.

    6)PERUBAHAN ADALAH MULTIDIMENSI

    Keputusan untuk melakukan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan iaitu dengan

    mengenalpsti semua dimensi perubahan.

    Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami iaitu:

    1)Tujuan perubahan. Perubahan yang dirancang adalah untuk mencapai tujuan tertentu.

    Antara tujuannya adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu

    keadaan atau sistem.

    2) Unit perubahan. Merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang. Ia

    terdiri daripada individu, kumpulan, jabatan, organisasi, sistem organisasi dan

    komuniti. Dalam melaksanakan perubahan, unit perubahan daripada unit yang

    kecil (individu) kepada unit yang besar (komuniti).

    3) Sifat perubahan. Daft (1983) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit

    yang besar perlu dilakukan perubahan pada peringkat yang lebih kecil dahu lu.

    4) Magnitud perubahan. Merujuk kepada sejauhmanakah perubahan yang dirancang

    akan diimplementasikan. Menurut Chambers (1977), perubahan dalam skala yang

    besar akan memberi kesan yang menarik tetapi sukar untuk diimplementasikan

    dan sebaliknya.

  • 7/28/2019 Apa Itu Pengurusan Sumber Manusia

    10/13

    5) Skop perubahan. Skop terhadap sejauhmanakah penambahbaikan dalam perubahan

    dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian seperti interview,

    pemerhatian dan analisa dokumen.

    6) Jangkamasa perubahan. Terdapat pandangan yang berbeza dari segi hubungan masa

    dan kesan perubahan. Kottler (2001) dalam kajian terapi jangka pendek telah

    mengenalpasti 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya. Pertama,

    perubahan yang berlaku secara spontan tidak memberi kesan yang mendalam.

    Kedua, perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal. Ketiga,

    perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal.

    6)MODEL-MODEL PERUBAHAN

    1)Model Penggabungan Roger

    Menurut model Roger, proses bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenalpasti.

    Masalah ini dikenalpasti melalui penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal atau jangkaan

    pembangunan akan datang. Rogers mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil

    daripada penyelidikan semata-mata tetapi mungkin terhasil daripada amalan praktik dimana

    pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul.

    2)Model Kanter

    Kanter (1998) menegaskan bahawa struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik

    jika proses inovasi dibahagikan kepada 4 tugas utama iaitu penjanaan idea, membina idea,

    realisasi idea dan pemindahan idea.

    3)Model Rand

    Model ini berasaskan kajian yang dijalankan oleh Rand Corperation pada tahun 1973-1978

    dengan sokongan Pejabat Pendidikan Amerika Syarikat mengenai perubahan pendidikan.

    Menurut Berman dan Mc Laughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah iaitu

    daya usaha, impementasi dan penggabungan.

  • 7/28/2019 Apa Itu Pengurusan Sumber Manusia

    11/13

    4)Model ACOT

    Model yang berdasarkan Projek Apple Classroom of Tomorrow(ACOT), kajian pengenalan

    komputer di dalam bilik darjah. Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam P & P

    iaitu kemasukan, memilih, meyesuaikan, penggunaan dan merekacipta.

    7) PUNCA PENOLAKAN PERUBAHAN

    Zaman sentiasa berubah dan beredar dengannya. Mareka yang gagal untuk berubah akan

    ketinggalan zaman. Tidak ada bangsa atau negara yang boleh mengasingkan diri daripada

    melakukan perubahan, menerima perubahan, baik perubahan dari luar, mahupun

    perubahan dari dalam.

    Terdapat banyak sebab mengapa manusia menolak perubahan pendidikan. Penolakan

    perubahan pendidikan ini dapat dikategorikan kepada faktor masyarakat , kepentingan

    politik dan agama.

    1. Apa yang tidak diketahui akan menyebabkan ketakutan dan mendorong penolakan.Penstrukturan semula organisasi, perubahan dasar pendidikan dan lain-lain akan

    menyebabkan seseorang tidak pasti akan kesannya kepada pekerjaan mereka. Manusia

    mahu rasa terjamin dan boleh mengendalikan perubahan itu.2. Tidak mengetahui sebab perubahan itu juga akan menyebabkan perubahan tidak dapat

    diterima. Malahan , seringkali tidak jelas kepada mereka yang terbabit mengapa

    perubahan itu perlu.

    3. Perubahan mungkin juga menghasilkan pengurangan faedah atau kehilangan kuasa.4. Zon Selesa. Seringkali ahli organisasi berada dalam zon selesa. Zon selesa ialah suatu

    keadaan di mana individu berada dalam keadaan tenang, terjamin dan selamat. Rasa

    selamat dan perasaaan serba cukup itu menyebabkan seseoarang itu tidak mahu

    melakukan perubahan. Hanya tekanan yang jitu sahaja dapat meransang motivasinya

    untuk berubah.

    Berfikirlah secara positif dan kreatif. Anggaplah dan lihatlah setiap situasi yang muncul

    dengan tiba-tiba dan memerlukan perubahan sebagai satu peluang.

  • 7/28/2019 Apa Itu Pengurusan Sumber Manusia

    12/13

    Sebarang perubahan memerlukan keseimbangan baru di dalam sistem itu , ia akan ditentang

    tetapi secara relatif tidak sering berlaku. Apabila perubahan berlaku, haluan perubahan

    itu akan ditentang dengan kuat. ("http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikan")

    AKTIVITI 3

    Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara

    penyelesaiannya.

    1) 8 SEBAB MENGAPA ORANG MENENTANG PERUBAHAN

    1. Perubahan dilakukan adalah secara drastik

    2. Perubahan dilakukan tanpa mengambil kira kesan jangka panjang

    3. Sesuatu perubahan yang dilakukan dianggap sebagai perosak apa yang sedia ada

    4. Sikap sesetengah individu yang ortodok terhadap sesuatu perubahan yang ingin

    dilakukan

    5. Penyalahtafsiran terhadap tujuan sesuatu perubahan

    6. Perubahan yang sedikit tetapi melibatkan semua organisasi

    7. Perubahan dalam skala yang besar memerlukan perancangan yang rapi dan sukar

    dilakukan/dilaksanakan

    8. Perubahan yang dilakukan tidak memenuhi tuntutan/keperluan komuniti

    2) CARA PENYELESAIAN

    1. Perubahan yang dilakukan mestilah dirancang secara teliti dan mengambil kira kesan

    jangka masa pendek dan jangka masa panjang

    2. Menunjukkan perlaksanaan kepada perubahan yang dilakukan memberi impak yang

    positif dan menguntungkan semua pihak

    3. Perlu mengambil kira pandangan/pendapat orang di sekeliling yang akan menerima

    perubahan

    4. Individu yang ortodok perlu merubah sikap supaya lebih bersikap terbuka dan

    menerima perubahan yang hendak dilakukan

    5. Bagi mengelakkan penyalahtafsiran terhadap tujuan sesuatu perubahan,

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikan
  • 7/28/2019 Apa Itu Pengurusan Sumber Manusia

    13/13

    tujuan/matlamat mestilah jelas dan terang

    6. Perlu mengambil kira tentang semua organisasi yang terlibatwalaupun perubahan yang

    sedikit dilaksanakan

    7. Perubahan yang akan dibuat memerlukan perancangan yang rapid an menyeluruh

    8. Sebelum melakukan perubahan, perlu membuat kajian terlebih dahulu seperti

    mengenalpasti jenis-jenis perubahan yang boleh memenuhi tuntutan/keperluan komuniti

    pada masa itu.