Apa Itu Retorik

Embed Size (px)

Citation preview

http://ipm.upsi.edu.my Oleh Prof. Emeritus Abu Bakar A HamidPA ITU RETORIK?

Tanggapan orang awam tentang retorik sering lebih negatif daripada positif. Apabila sesuatu ucapan atau tulisan itu lebih hebat gayanya dan kurang bernas kandungannya maka dikatakan kaya dengan retorik tetapi miskin dari segi isi. Ini tanggapan yang popular. Sebenarnya retorik bermula dari zaman tamadun Yunani kira-kira 3000 tahun yang lalu. Pada waktu itu demokrasi bukan bercorak perwakilan; maksudnya, sesiapa yang pandai berpidato dan boleh menguasai fikiran khalayaknya, maka dia mendapat ikutan dan menjadi pemimpin. Dia boleh pergi ke Kolesium dan menyuarakan pendapatnya di sana. Maka penguasaan retorik dianggap ciri utama seorang terpelajar dan berpengaruh. Tokoh filsafat Yunani tersohor, Plato dan Aristotle merupakan peneraju ilmu ini. Aristotle (384-322 BC) telah mengangkat retorik menjadi sains terpenting dalam zamannya dan huraiannya tentang retorik masih terus diterima dan diperbincangkan oleh para sarjana. Sehingga hari ini, definisi Aristotle bahawa retorik itu seni dan sains membujuk masih terpakai walaupun telah dipinda dan dilestarikan oleh pakar retorik yang kemudian.

Secara klasiknya, tiap komunikasi bercorak bujukan, sama ada lisan ataupun tulisan, boleh dikaji dari sudut retorik. Bagaimanapun, definisi ini telah diperluas dalam zaman moden. Seorang tokoh retorik moden, Kenneth Burke, telah meluaskan tujuan retorik daripada bujukan kepada identifikasi. Apabila seseorang menyatakan sesuatu kepada orang lain misalnya menanyakan, Apa khabar? tujuannya bukanlah untuk membujuk atau mempengaruhi yang diajak berbicara itu. Dalam hal ini tujuannya mungkin mahu berbasa-basi, mahu memperagakan dirinya sebagai seorang yang bersopan santun, bukan seorang pendiam atau sombong. Sebenarnya dalam hal ini pembicara itu telah berusaha mengidentifikisikan dirinya dengan khalayaknya. Maka pada ucapan sesederhana ini pun terdapat aspek retorik yang sesuai dan menarik dikaji.

Hari ini ruang lingkup retorik bukan saja lebih luas daripada bujukan malahan ia tidak lagi terbatas kepada komunikasi lisan atau seni pidato. Sama ada komunikasi itu bercorak lisan mahu pun tulisan, sama ada bujukan mahu pun pertanyaan yang sederhana, sama ada tujuannya politik mahu pun sosial, terdapat padanya unsur retorik yang boleh jadi menarik untuk diperkatakan. Demikianlah ringkasnya, retorik itu sains dan seni berkomunikasi dengan berkesan.

Sehingga ini retorik dianggap sebagai salah satu kaedah mengkaji bahasa seperti linguistik, semantik dan stilistik atau ilmu gaya. Jika linguistik menekankan aspek tatabahasa atau kaedah pengunaan bahasa yang betul, semantik mengkaji aspek makna sementara stilistik berhubungan dengan keindahan penggunaan bahasa maka retorik menumpukan perhatian kepada aspek keberkesanan komunikasi. Kenneth Burke melihat retorik sebagai penggunaan bahasa secara simbolik untuk mendapatkan kerjasama daripada insan yang secara nalurinya menyahut kepada simbol. (1966;)

Bagaimanapun, pada hari ini kajian retorik dianggap melampaui aspek penggunaan bahasa; termasuk padanya penggunaan alat-alat yang lain seperti simbol, bunyi, muzik, gerak laku, mimik muka dan lain-lain lagi. Penggunaan alat bantu komunikasi ini dikatakan tergolong ke dalam fungsi retorik. Dalam hal ini, Sonja dan Karen Foss mengatakan,Retorik ialah tindakan yang dilakukan oleh insan apabila menggunakan simbol untuk berkomunikasi antara satu sama lain