Apa Kontroversinya Dr Zakir Naik

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/18/2019 Apa Kontroversinya Dr Zakir Naik

    1/3

    Apa kontroversinya Dr Zakir Naik?

    Abdul Jalil Ali

    14 April 2016

    KALAULAH bukan kerana minda tertutup dan sikap dungu sesetengah pihak, tiada apa yang

     perlu dibimbangkan dengan kehadiran Dr Zakir Abdul Karim Naik. Pendakwah Islam

    kelahiran Mumbai itu bukan tokoh kontroversi.

    Lagi pun ini bukan kali pertama ulama tersohor antarabangsa itu datang ke tempat kita. Pada

    2012 beliau pernah berceramah di hadapan puluhan ribu audiens di Johor Bahru, UiTM

    Kuantan, dan PWTC Kuala Lumpur. Semua berlangsung aman.

    Malah, pendakwah berijazah doktor perubatan itu datang lagi ke Malaysia pada 2013, kali ini

    untuk menerima pengiktirafan negara daripada Yang di-Pertuan Agong, sebagai Tokoh Maal

    Hijrah.

    Tetapi, entah siapa yang berfikiran sempit, kunjungan beliau awal minggu ini sengaja

    dikontroversikan. Meski beliau diterima baik dalam siri-siri ceramah di Terengganu Negeri

    Penyu, program di tempat lain mendapat halangan.

    Polis mengeluarkan larangan untuk pendakwah berkenaan bercakap di Universiti Teknikal

    Malaysia Melaka (UTeM). Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid

    Abu Bakar ceramah bertajuk ‘Persamaan Antara Hinduisme dan Islam’ dibimbangi

    mencetuskan sensitiviti beragama di negara ini.

    Program di UTeM itu akhirnya mendapat kelulusan dengan syarat tajuk berkenaan tidak

    digunakan. Memang, kita selalu fobia apabila ada tajuk menyentuh agama lain. Kita takut itu

    mencetuskan kontroversi, sekali gus menggugat ketenteraman awam. Tetapi apabila pihak lain

    menyentuh agama Islam, tidak pula kita bertindak.

  • 8/18/2019 Apa Kontroversinya Dr Zakir Naik

    2/3

    Lagi pun seperti diketahui, Dr Zakir adalah cendekiawan Islam yang mengkaji bidang

     perbandingan agama. Jadi apa kontroversinya jika beliau berbicara mengenai tajuk tersebut, di

    tempat tertutup, bukan di Dataran Merdeka atau di Danga Bay!

    Dalam siri-siri ceramah beliau di seluruh dunia yang turut disiarkan oleh stesen TV tempatan

    isu mengenai perbandingan agama sentiasa disentuh, malah menjadi bahan debat terbuka

    dengan audiens, tidak pula tercetus huru-hara.

    Audiens kita, khasnya yang mengikuti pemikiran dan pencerahan pendakwah berkenaan,

    semuanya matang lagi rasional –  bukan seperti segelintir penonton bola sepak di padang yang

    sikit-sikit bertindak mengikut emosi.

    Tetapi, seperti biasa dalam kebanyakan hal di tempat kita, ada sahaja hantu-hantu yang sengaja

    hendak menonjolkan seolah-olah pendakwah luar itu sebagai tokoh kontroversi, pengganas.

    Ada NGO bukan Islam memprotes kononnya Dr Zakir berpotensi untuk mengadu domba

    masyarakat berbilang kaum dan agama, dan dibimbangi akan mengganggu ketenteraman

    awam.

    Malang sekali ada individu dan kumpulan Islam sendiri turut mencemburui kehadiran

     pendakwah itu atas alasan konon ilmu agama dan pencerahan yang diceramahkan tidak

    sehaluan dengan amalan Islam di tempat kita.

    Lebih mendukacitakan lagi ada pemimpin DAP yang begitu celopar meluahkan perasaan di

    Facebook. Pemimpin parti berkenaan, Dr P Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II

    Pulau Pinang menggelar Dr Zakir ‘setan’. 

    “Halau setan Dr Zakir Naik keluar dari negara ini!” tulis Dr Ramasamy dalam Facebook. YB

    itu kemudian memadamkan posting berkenaan dari Facebook, tetapi sudah terlewat sebab

    keceloparan beliau telah viral di media sosial.

    Pemimpin DAP itu mengakui telah menggelar ulama tersebut setan, dan menyatakan kesal atas

    keterlanjuran tersebut. Tetapi dalam kenyataan media, beliau tidak meminta maaf.

  • 8/18/2019 Apa Kontroversinya Dr Zakir Naik

    3/3

    Waimma, sekiranya beliau tabik spring, melutut, menonggeng, dan memohon sejuta maaf pun

    tiada guna lagi sebab ‘setan’ yang viral itu telah dikongsi oleh berjuta warga maya di seluruh

    alam.

    Setakat rencana ini ditulis  –  semalam –  dua tiga NGO telah menyatakan kekesalan terhadap

    YB berkenaan. Tetapi belum ada apa-apa reaksi dan tindakan daripada pihak berkuasa.

    Hatta, para ulama yang sepatutnya menjerit dan menentang kebiadaban itu pun masih menyepi,

     bagaikan terkancing gigi. Mungkin mereka sedang berfikir, dan harap-harap sehari dua ini

    mereka sepakat menghukum Timbalan Ketua Menteri itu.

    Kita sasau bagai nak rak, hanya kerana seorang pendakwah berwibawa hendak berhujah  –  

    secara ilmiah  –   mengenai perbandingan agama. Tetapi ada pihak lain menyamakan ulama

    dengan syaitan, dan kita masih tidak berbuat apa-apa!

    Padahal sifirnya mudah sangat: memperlekeh ulama bersamaan dengan memperlekeh agama.

    Mana lebih kontroversi, Dr Zakir atau Dr Ramasamy? Siapa yang patut dihukum, Dr dari

    Mumbai atau Dr di Pulau Mutiara?

    Dipetik daripada Sinar Harian Online (http://www.sinarharian.com.my/)