8
MyCukai Aplikasi Mudah Alih Utama Pengumuman Panduan Soalan Lazim Hubungi Kami Daftar Akaun Log Masuk Seterusnya MyCukai Support [email protected] +603-8890 6514 mycukai.treasury.gov.my MyCukai Support [email protected] +603-8890 6514 Aplikasi Mudah Alih Malaysian Government Tax Management And Information System (MyCukai) merupakan satu inisiatif dan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi membolehkan pengguna (pemohon) membuat semakan kepada maklumat permohonan yang dikemukakan kepada Kementerian Kewangan. Buletin ICT PENYEBAR BERITA, MAKLUMAT SEMASA & ILMU ICT KEPADA WARGA PERBENDAHARAAN Ringkasan Pencapaian Enterprise Architecture Artikel Penuh : Muka Surat 3 Internet of Things Artikel Penuh : Muka Surat 5 Penjajaran Dengan GovEA Artikel Penuh : Muka Surat 6 PENAUNG Cik Tan Siew Mooi PENASIHAT Pn. Norazah bt Ab Latif En. Hasri b Ibrahim SIDANG EDITOR Pn. Azlina bt Muhd Yassin (K) Pn. Norihan bt Muhammad Pn. Rohani bt Omar Pn. Hazmi Rohaini bt Makhtar SUMBANGAN BAHAN Munirah bt Mokhtar@ Mohtar Azlina bt Muhd Yassin Mohd Saffuan b Suntong Khaizalisma bt Miskan Robina bt Hassan REKA BENTUK En. Saidi b Murtada EDARAN En. Md Syafaril b Md Isa DITERBITKAN OLEH Bahagian Teknologi Maklumat, Aras 7, Blok Selatan, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya T : 603-8882 3448 F : 603-8882 4052 P : www.treasury.gov.my DICETAK OLEH Institut Penilaian Negara (INSPEN) Persiaran INSPEN, 43000 Kajang, Selangor Artikel Penuh : Muka Surat 2 EDISI 1/2018

Aplikasi Mudah Alih MyCukai - treasury.gov.my · Paparan surat keputusan permohonan Memapar dan menyemak profil pengguna (pemohon) Antara faedah yang diperolehi daripada Aplikasi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Aplikasi Mudah Alih MyCukai - treasury.gov.my · Paparan surat keputusan permohonan Memapar dan menyemak profil pengguna (pemohon) Antara faedah yang diperolehi daripada Aplikasi

MyCukaiAplikasi Mudah Alih

Utama Pengumuman Panduan Soalan Lazim Hubungi Kami Daftar Akaun Log Masuk

Seterusnya

MyCukai Support

[email protected]

+603-8890 6514

mycukai.treasury.gov.my

MyCukai Support

[email protected]

+603-8890 6514

Aplikasi Mudah Alih Malaysian Government TaxManagement And Information System (MyCukai)merupakan satu inisiatif dan kemudahan yangdisediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysiabagi membolehkan pengguna (pemohon) membuatsemakan kepada maklumat permohonan yangdikemukakan kepada KementerianKewangan.

BuletinICTPENYEBAR BERITA, MAKLUMAT SEMASA & ILMU ICT KEPADA WARGA PERBENDAHARAAN

Ringkasan Pencapaian Enterprise Architecture

Artikel Penuh : Muka Surat 3

Internet ofThings

Artikel Penuh : Muka Surat 5

PenjajaranDengan GovEA

Artikel Penuh : Muka Surat 6

PENAUNG Cik Tan Siew Mooi

PENASIHATPn. Norazah bt Ab LatifEn. Hasri b Ibrahim

SIDANG EDITORPn. Azlina bt Muhd Yassin (K)Pn. Norihan bt MuhammadPn. Rohani bt OmarPn. Hazmi Rohaini bt Makhtar

SUMBANGAN BAHANMunirah bt Mokhtar@MohtarAzlina bt Muhd YassinMohd Saffuan b SuntongKhaizalisma bt MiskanRobina bt Hassan

REKA BENTUKEn. Saidi b Murtada

EDARANEn. Md Syafaril b Md Isa

DITERBITKAN OLEH Bahagian Teknologi Maklumat, Aras 7, Blok Selatan, Kompleks Kementerian Kewangan,

No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya

T : 603-8882 3448 F : 603-8882 4052 P : www.treasury.gov.my

DICETAK OLEH Institut Penilaian Negara (INSPEN)

Persiaran INSPEN, 43000 Kajang, Selangor

Artikel Penuh : Muka Surat 2

EDISI 1/2018

Page 2: Aplikasi Mudah Alih MyCukai - treasury.gov.my · Paparan surat keputusan permohonan Memapar dan menyemak profil pengguna (pemohon) Antara faedah yang diperolehi daripada Aplikasi

02 www.treasury.gov.my Oleh : MUNIRAH BINTI MOKHTAR@MOHTAR

BULETIN ICT EDISI 1/2018

Aplikasi Mudah Alih Malaysian Government Tax Management And Information System (MyCukai) merupakan satu inisiatif dan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi membolehkan pengguna (pemohon) membuat semakan kepada maklumat permohonan yang dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.

Fungsi yang telah dibangunkan di dalam Aplikasi Mudah Alih MyCukai adalah:

• Menyemak status permohonan pengecualian cukai/duti

• Menyemak status permohonan dan pembaharuan lesen ejen cukai (pendapatan)

• Paparan surat keputusan permohonan

• Memapardanmenyemakprofilpengguna(pemohon)

Antara faedah yang diperolehi daripada Aplikasi Mudah Alih ini adalah:

i. Semakan maklumat profil dan status permohonan dapat dilakukan secara mobile melalui peralatan mudah alih. Ini dapat menjimatkan masa dan kos di pihak pemohon.

ii. Surat kelulusan yang dipaparkan dengan QR Code boleh digunakan di kaunter Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tujuan pelepasan atau pengecualian cukai/duti bagi barangan yang berkaitan. Ini dapat menjimatkan kos cetakan surat kelulusan tersebut.

Fungsi aplikasi ini akan ditambah lagi dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan pengguna.

Aplikasi Mudah Alih ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pemohon dan juga kepada pegawai pemproses serta pelulus di Kementerian Kewangan Malaysia, seterusnya sebagai medium penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efektif.

Aplikasi Mudah Alih MyCukai boleh dimuat turun menerusi Portal Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) di URL berikut:

Pengguna aplikasi ini adalah terdiri daripada orang awam, Badan Bukan Kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat Swasta dan Agensi Kerajaan.

Pengguna perlu mendaftar masuk terlebih dahulu ke dalam Aplikasi Mudah Alih ini untuk kali pertama dan boleh terus log masuk selepas itu.

gamma.malaysia.gov.my

Sistem ini telah dibangunkan secara outsource oleh pembekal pada tahun 2017. Aplikasi ini telah dibangunkan secara hybrid iaitu kombinasi menggunakan teknologi web untuk membangunkan aplikasi (perisian open source Ionic Framework) dan kemudiannya diletakkan di native appstore bagi versi Android.

APLIKASI MUDAH ALIHmycukai.treasury.gov.my

Page 3: Aplikasi Mudah Alih MyCukai - treasury.gov.my · Paparan surat keputusan permohonan Memapar dan menyemak profil pengguna (pemohon) Antara faedah yang diperolehi daripada Aplikasi

03BULETIN ICT EDISI 1/2018www.treasury.gov.myOleh : AZLINA

BINTI MUHD YASSIN

RINGKASAN PENCAPAIAN ENTERPRISEARCHITECTURE (EA) PERBENDAHARAAN

Target Area 2014 2015 2016 2017

Enhancing Treasury’s Knowledgebase and Business Intelligence• Support core

analytics• Better access to

information

Improving Infrastructure management• Reduce complexity

of infrastructure environment andeffortsinmaintenance workload

• Resource optimization, investment and maintenance costs savings

Delivering Increased Productivity and Efficiency• Automate processes

and improve decision making

• Eliminate duplication ofdataandefforts

• Enable sharing and collaboration

• MobileaccesstotheTreasuryPortal

• AccesstoonlinedatabaseviaSATUID

• Insightfuleconomicsinformation(CEIC)

• Simplifiedcircularsreferenceandaccess(1PP)

• EnhanceBIcapabilitiesofTIMS

• EAknowledgerepository

• Standardizeinfrastructurepatternsforapplicationhosting

• Betterbackupmanagement

• DRCservicesforcriticalapplications

• MOFcloudsforfilesharing

• Provisioninginfrastructureasaservice

• Governmentfleetmanagement(eKereta)

• Monitoringandtrackingperformanceofstatutorybodies(SBSys)

• GSTagentsprocessingandapproval(SEC-GST)

• BlueOceanStrategyprojectsmonitoringandtracking(eNBOS)

• Automatetransmissionoffiscalrelateddatafromexternalsources

• Centralizedhelpdeskservices(SPAB)

• EnhancedonlineprocessingandrepositoryofParlimentaryQ&A(SSJP)

• NewTreasuryPortalwithenhancedUIforcontentownerstoupdateinformation

• Uptodatefederallandinformation(FLIM)

• Costoflivingsentimentanalysisandfiscalreporting(BDAPOC)

• MOFmobileapplication(MyProcurement)

• Increasevirtualizationandcloudusage

• ExpediteGovernmentprocurementprocessing(eGPA)

• Betterstakeholdersrelationshipmanagement(SRM)

• Easierdocumentandinformationmanagement(eDMS-PAM)

• Marketintelligence,businessinsightsandmarketplace-virtualplatformforenterpreneurs

• MOFmobileapplication(MyEconomicData)

• IdeasourcingforBudgetdiscourseandconsultation

• Singledatagatewayforintegration

• Bettermanagementofcontractstaff

• Enhancedtrainingmanagement

• Improvedauditcompliance

• BettermanagementofGSTappealprocess

• BettersecuritycontrolandtrackingoflibraryassetsusingRFID

• CreditReportingAgencies(PhaseI)

• Onlinebookingoftrainingfacilities

• Mobileapplications(MyDailyIndicators)

-

• MonitoringandtrackingperformanceofGovernmentInvestmentCompanies(PhaseI)

• ManagementofCreditReportingAgencies(PhaseII)

ENTERPRISE ARCHITECTURE

Page 4: Aplikasi Mudah Alih MyCukai - treasury.gov.my · Paparan surat keputusan permohonan Memapar dan menyemak profil pengguna (pemohon) Antara faedah yang diperolehi daripada Aplikasi

04 www.treasury.gov.my Oleh : AZLINA BINTI MUHD YASSIN

BULETIN ICT EDISI 1/2018

Sepanjang tahun 2014-2017, pelaksanaan projek-projek ICT Perbendaharaan di bawah EA telah menyasarkan pencapaian keberhasilan (outcome) berikut :

1. Memperkasa Business Intelligence dan sumber maklumat Perbendaharaan melalui projek-projek:

3. Menambah baik pengurusan infrastruktur ICT dengan aktiviti-aktiviti:

2. Menghasilkan produktiviti dan kecekapan yang lebih tinggi menerusi aplikasi:

Statutory Body System (SBSys), Federal Land Information System (FLIM), Electronic Government Procurement Application (eGPA), MyAudit, Building Security Management System (BSMS), Sistem Agensi Pelaporan Kredit (eAPK), e-Booking dan Government Company Information System ((GCIS) -Fasa 1)

Proof-of-Concept bagi Data Raya (Big Data Analytics (BDA)), Portal Global Entrepreneur Platform (GEP) - BAHTERA, aplikasi mobile seperti MyProcurement, MyEconomicData, MyDailyIndicator, akses kepada pangkalan data seperti Census and Economic Information Center (CEIC), Economic Intelligence Unit (EIU) dan Lexis Nexis

Penyeragaman infrastruktur untuk application hosting, file-sharing, peningkatan penggunaan “virtualization” dan “cloud”

Projek BDA membantu proses analitis dalam memahami sentimen rakyat melalui media sosial. Saluran media sosial kerap digunakan oleh rakyat untuk menyuarakan pendapat/aduan/cadangan. Aplikasi mobile yang dibangunkan dan langganan pangkalan data telah meluaskan sumber rujukan bagi warga Perbendaharaan mendapat akses kepada data-data untuk membantu dalam kerja-kerja mereka seharian.

Semua usaha ini telah mengoptimumkan penggunaan infrastruktur ICT dan meningkatkan tahap keselamatan ICT di Perbendaharaan.

Projek-projek ini berjaya mengautomasikan kerja-kerja yang dilakukan secara manual selama ini seperti eGPA, MyAudit, eAPK atau menambah baik aplikasi sedia ada seperti BSMS, eBooking, GCIS atau memanfaatkan perkongsian pintar dengan agensi lain agar tiada duplikasi sistem dan data dapat dikongsi bersama seperti SBSys (ICU) dan FLIM(JKPTG).

Satu Pelan Tindakan akan dikeluarkan bagi tahun 2018-2020 untuk kesinambungan perancangan projek-projek ICT Perbendaharaan. Pelan ini akan dijajarkan dengan keperluan Pelan Strategik Perbendaharaan, Government Enterprise Architecture (GovEA), Pelan Strategik Sektor Awam, Pelan Pendigitalan Kerajaan dan lain-lain dokumen strategik yang berkaitan dengan mengambil kira teknologi ICT yang bersesuaian.

ENTERPRISE ARCHITECTURE

Page 5: Aplikasi Mudah Alih MyCukai - treasury.gov.my · Paparan surat keputusan permohonan Memapar dan menyemak profil pengguna (pemohon) Antara faedah yang diperolehi daripada Aplikasi

Oleh : MOHD SAFFUAN BIN SUNTONG

Pernah anda bayangkan pada masa akan datang, kehidupan kita sentiasa terhubung dalam talian Internet bermula daripada bangun pagi sehinggalah tidur pada malam hari?

Pada pukul 6 pagi, jam anda membunyikan loceng lalu anda menyemak kalendar di Internet untuk memberitahu jadual kerja pada hari ini. Saat anda menekan ON pada suis lampu, pemanas air, seterika dan lain-lain peranti elektronik di rumah anda, maklumat kepenggunaan tenaga elektrik akan disimpan di Internet untuk rujukan.

Anda pun mencapai telefon pintar yang memang sudah sentiasa terhubung ke Internet lalu masuk ke dalam kereta untuk ke tempat kerja. Ketika memulakan enjin, kereta terus berhubung ke Internet untuk menetapkan lokasi dengan Global Positioning System (GPS), mengemas kini keadaan trafik dan seterusnya menyemak kondisi kenderaan.

Setibanya di pejabat, anda mendaftar masuk kehadiran dengan sistem pengecaman jari. Sistem tersebut akan menyemak identiti di server yang berada di ibu pejabat melalui Internet. Sejurus selepas itu, komputer riba dibuka lalu anda memulakan kerja harian menggunakan pelbagai aplikasi di Internet.

Pada waktu makan tengah hari, anda ke sebuah kafe yang menggunakan kiosk skrin sesentuh layan diri. Semua menu yang tertera di skrin tersebut dikemas kini secara terpusat di semua rangkaian kafe, malah dengan menggunakan pembayaran tanpa tunai, semua transaksi berlaku melalui Internet.

Apabila di rumah, semua peralatan elektronik boleh dikawal secara jarak jauh melalui aplikasi di telefon pintar. Anda boleh membuka pagar, membuka lampu, menonton rakaman CCTV, merekodkan rancangan TV, memanaskan air, menyemak kandungan peti ais dan sebagainya hanya melalui telefon pintar anda.

Jam tangan yang dipakai sentiasa memantau tahap kesihatan tekanan darah, denyutan nadi, tahap glukosa dalam badan dan lain-lain, lalu menyarankan jenis makanan dan nutrisi yang sesuai diambil. Data tersebut terus dihantar ke peti ais anda dan mencadangkan resipi yang boleh digunakan, yang dimuat turun terus dari Internet.

Sebelum tidur, lampu dan penghawa dingin akan membuat semakan masa, cuaca dan suhu kawasan setempat di Internet lalu menetapkan tahap kecerahan lampu dan juga suhu penghawa dingin secara automatik.

Walaupun ia mungkin belum lagi menjadi kenyataan sepenuhnya, namun tanpa kita sedar, kemudahan jalur lebar Internet sekarang semakin digunakan dengan meluas, dengan kos pembangunan dan kos penggunaan teknologi yang semakin rendah, kadar penembusan telefon pintar yang semakin meningkat, semakin banyak peralatan dan peranti elektronik yang dicipta dengan kebolehan Wi-Fi dan sensor. Semua faktor ini mencipta sesuatu konsep yang secara istilahnya digelar “Internet of Things”.

“Internet of Things” atau pun lebih mudah dikenali sebagai IoT merupakan satu konsep yang mempunyai potensi dalam mempengaruhi bagaimana kita hidup dan juga bagaimana kita bekerja.

Konsep mudahnya adalah menghubungkan semua peranti yang mempunyai butang ON dan OFF ke talian Internet. Ini termasuk telefon bimbit, mesin basuh, lampu dan apa saja yang kita fikirkan. Juga termasuk komponen mesin seperti enjin kereta, enjin jet dalam kapal terbang dan lain-lain. Sebuah firma analisis Gartner menyatakan bahawa pada tahun 2020 nanti akan terdapat lebih 26 billion peranti yang terhubung ke Internet!

Realitinya IoT membolehkan peluang dan hubungan tanpa had, yang mana mungkin kita belum pernah terfikir sebelum ini. Malah, ia bukan sekadar dapat digunakan dalam kehidupan peribadi, malah jika dilihat pada konteks yang lebih besar, ia boleh digunakan dalam pelbagai sektor dan bidang seperti pentadbiran kerajaan, pengurusan syarikat, pendidikan, pengangkutan, keselamatan, perniagaan, pelancongan, logistik, ekonomi, perubatan, hiburan dan sebagainya.

Akan tetapi apabila jutaan peranti telah pun terhubung, bukankah ia akan membuka lebih banyak ruang berkaitan isu keselamatan dan perkongsian data? Adakah maklumat kita selamat? Apa yang kita boleh lakukan bagi memastikan setiap maklumat adalah selamat? Maka sebab itu antara cabaran dan isu besar dalam pelaksanaan IoT adalah tentang privasi dan keselamatan data serta maklumat.

Internet of Things (IoT): Teknologi yang bakal mendominasi masa depan

05BULETIN ICT EDISI 1/2018www.treasury.gov.my

Page 6: Aplikasi Mudah Alih MyCukai - treasury.gov.my · Paparan surat keputusan permohonan Memapar dan menyemak profil pengguna (pemohon) Antara faedah yang diperolehi daripada Aplikasi

Oleh : KHAIZALISMA BINTI MISKAN

06 www.treasury.gov.myBULETIN ICT EDISI 1/2018

ENTERPRISE ARCHITECTURE (EA) PERBENDAHARAAN:PENJAJARAN DENGAN GovEA

(BAHAGIAN 1)

Sebagai agensi peneraju ICT Sektor Awam, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mengambil langkah membangunkan Pelan Induk Government Enterprise Architecture (GovEA).

Pelan Induk GovEA

Dokumen ini merupakan rujukan utama agensi sektor awam bagi mengaplikasikan pendekatan EA dan seterusnya menerapkan amalan EA dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Dokumen ini telah menyediakan rangka kerja dan metodologi yang standard bagi memastikan pembangunan EA di sektor awam menepati standard dan konsisten. Pelan GovEA telah dilancarkan pada 8 Oktober 2015.

Metodologi GovEA

Mula

Pantau Bangun/Operasi

Nilai Takrif

Metodologi GovEA

Penjajaran EA Perbendaharaan dengan GovEA

Bertepatan dengan inisiatif ini, Perbendaharaan akan menjajarkan semula EA Perbendaharaan yang telah dibangunkan pada tahun 2014 dengan GovEA. Penjajaran ini melibatkan proses mengemas kini dan menyelaras arkitektur domain EA Perbendaharaan iaitu bisnes (B), data (D), aplikasi (A) dan teknologi (T) – BDAT, berpandukan metodologi GovEA. Proses ini adalah berterusan mulai 2018 agar selari dengan pelaksanaan EA Perbendaharaan sedia ada.

ENTERPRISE ARCHITECTURE

Page 7: Aplikasi Mudah Alih MyCukai - treasury.gov.my · Paparan surat keputusan permohonan Memapar dan menyemak profil pengguna (pemohon) Antara faedah yang diperolehi daripada Aplikasi

POLISI ICTPERBENDAHARAAN 6.0

Oleh : KHAIZALISMA BINTI MISKAN

07BULETIN ICT EDISI 1/2018www.treasury.gov.my

Dalam memperkasakan kawalan terhadap teknologi maklumat, BTM telah mengambil inisiatif untuk mengemaskini Polisi ICT Perbendaharaan daripada versi 5.1 kepada versi 6.0.

Polisi ICT Perbendaharaan ini boleh dimuat turun dari Portal Rasmi Kementerian Kewangan:

Bagi memastikan penjajaran dilakukan dengan sistematik, pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) dan Bahagian-bahagian di Perbendaharaan telah menghadiri program latihan GovEA melalui Pelan Latihan EA Sektor Awam Tahun 2018 mulai Februari 2018 sehingga Mei 2018. Pelan latihan ini bertujuan membina keupayaan peserta bagi membangunkan EA dan memantapkan kefahaman mengenai pelaksanaan GovEA. Senarai latihan adalah seperti berikut:

Diharapkan dengan penjajaran semula EA Perbendaharaan akan meningkatkan lagi tahap perkhidmatan Perbendaharaan sejajar dengan inisiatif GovEA.

• BusinessITSkillsets–BusinessITArchitectureFundamental(BITAF)

• EAModelling–ArchiMate3.0

• Specialization(Mengikut4domainBDAT)

• KursusCustomisedGovEA(AsasdanLanjutan)

• PemindahanTeknologi(CoachingGovEAMethodology)

www.treasury.gov.my

ENTERPRISE ARCHITECTURE

Page 8: Aplikasi Mudah Alih MyCukai - treasury.gov.my · Paparan surat keputusan permohonan Memapar dan menyemak profil pengguna (pemohon) Antara faedah yang diperolehi daripada Aplikasi

Oleh : ROBINA BINTI HASSAN

SISTEM APLIKASI DIPERBENDAHARAAN MALAYSIA

63

03

02

Bahagian Fiskal dan Ekonomi (BFE) Bahagian Pengurusan Strategik (BPS)

Bahagian Pengurusan Aset (BPA)

eIM, EIDS, Laman Khas Bajet, MyEconomic Data*, Mydaily Indicators* LMS

e-Kereta, FLIM, Pampasan, SPPA, SPLOWA

Pejabat Belanjawan Negara (PBN) Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun (BSBB)

Bahagian Cukai (BC) Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan (BDSP)

Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi (BSKK)

Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK)

Unit Strategi Nasional (USN) Bahagian Teknologi Maklumat (BTM)

Unit Audit Dalam Perbendaharaan (ADP)

Perbendaharaan Malaysia Sabah (PM Sabah)

Tribunal Rayuan Kastam (TRK) Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PM Sarawak)

Sehingga kini terdapat 63 sistem aplikasi di

Perbendaharaan Malaysia

Tribunal Rayuan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (TRCBP)

MARRIS, MyResults, SPBSBSys

MyCukaie-Booking, e-Selenggara, ExGratia, ILMU, MyCourse, Portal Psikologi, SPSF, SKNP, TRACE

Sektor Dasar

* = Aplikasi Mudah Alih

Sektor Pengurusan

Sektor Pelaburan Sektor Lain-lain

Portal MOF, Portal 1PP, SMJM, SSJP eGPA, ePerolehan, ePerunding, Portal ePerunding, GPIS, Portal MyProcurement, MyProcurement*

Portal GEP, Portal NBOSeDMS, e-Daftar, e-Mel, Portal Latihan, Laman Web MBJ, SATUID, SPP

iPPAD, MyAudit e-Surat, Daftar Surat Kaunter, Info Kewangan, Info Pemantauan, Kursus, Portal PM Sabah

e-TRK, My e-TRKeKereta, eRekod, Portal PM Sarawak, TAS

Laman Web TRCBP

Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit (PPK)

Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan (BSPK)

eAPK, Laman Web PPK GCIS

05

01

04

02

02

02

01

05

01

01

01

07

09

07

06

04

08BULETIN ICT EDISI 1/2018www.treasury.gov.my