Upload
others
View
6
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Mengikut seksyen 13 Akta Bank Negara Malaysia 2009, Bank Negara Malaysia dengan ini menerbitkan dan telah mengemukakan kepada Menteri Kewangan satu naskhah Laporan Tahunan 2017 ini berserta dengan satu salinan Penyata Kewangan Tahunannya bagi tahun berakhir 31 Disember 2017, yang telah diperiksa dan disahkan oleh Ketua Audit Negara. Penyata Kewangan Tahunan ini akan juga diterbitkan di dalam Warta.
Bagi maksud seksyen 115 Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002, laporan tahunan berhubung dengan pentadbiran Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 dan perkara lain yang berkaitan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 dimasukkan ke dalam Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2017 yang merupakan satu bahagian penting Laporan Tahunan 2017.
Keperluan Berkanun
Gabenor Muhammad bin Ibrahim, FCBPengerusi
Lembaga Pengarah28 Mac 2018
Perutusan Gabenor
Sorotan Penting
Ringkasan Eksekutif
Perkembangan Ekonomi pada Tahun 2017
13 Persekitaran Ekonomi Antarabangsa 16 Ekonomi Malaysia 27 Sektor Luaran39 Rencana: Kesan Herotan Pekerja Asing Berkemahiran Rendah terhadap Ekonomi48 Rencana: Penilaian Kritis Pelaburan Langsung Luar Negeri (DIA) dan Pelaburan Langsung Asing (FDI)
Keadaan Monetari dan Kewangan pada Tahun 2017
61 Keadaan Monetari dan Kewangan Antarabangsa 65 Keadaan Monetari dan Kewangan Domestik
Dasar Monetari pada Tahun 2017
77 Dasar Monetari 78 Operasi Monetari
Kandungan
Prospek dan Dasar pada Tahun 2018
85 Prospek Ekonomi Antarabangsa86 Ekonomi Malaysia90 Sektor Luaran92 Prospek Infl asi93 Dasar Monetari95 Dasar Fiskal98 Rencana: Gaji Kehidupan Wajar: Bukan Sekadar Menampung Keperluan Asas
109 Rencana: Kecanggihan dan Pertumbuhan: Kedudukan Malaysia dan Implikasi Dasar
119 Rencana: Merungkaikan Masa Hadapan Ekonomi Digital Malaysia: Peluang, Cabaran dan Tindak Balas Dasar
Kandungan
Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Bank
155 Ahli-Ahli Lembaga Pengarah157 Jawatankuasa Pengurusan 159 Jawatankuasa Dasar Monetari 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan 163 Majlis Penasihat Shariah 165 Jawatankuasa Kestabilan Kewangan
Penyata Kewangan Tahunan
175 Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017176 Penyata Pendapatan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017177 Nota-nota bagi Penyata Kewangan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017
Tadbir Urus, Pembangunan Organisasi dan Komunikasi
131 Ringkasan Eksekutif132 Tadbir Urus136 Pembangunan Organisasi144 Komunikasi 148 Rencana: Pelan Urusan 2018-2020: Mencorakkan Masa Hadapan Menerusi Bakat
dan Teknologi151 Struktur Organisasi152 Senarai Pegawai Kanan
Tambahan
Glosari, Akronim dan Singkatan
Tahun 2017 menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang lebih memberangsangkan. Kemajuan dalam ekonomi global dan dalam negeri jauh melebihi jangkaan awal dengan pertumbuhan yang menyeluruh, kukuh dan terselaras. Prestasi ini dicapai meskipun terdapat ketidakpastian politik dan dasar yang terus membelenggu ekonomi utama, ancaman daripada perkembangan geopolitik dan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan, serta volatiliti dalam harga komoditi. Ekonomi global mencatat pertumbuhan tertinggi sejak tahun 2011, disokong oleh aktiviti pelaburan yang lebih giat dalam kebanyakan ekonomi dan prestasi eksport yang berkembang pesat, terutamanya di Asia. Keadaan ekonomi kini jauh lebih baik berbanding dengan ramalan pertumbuhan yang dibuat pada akhir tahun 2016.
Pemulihan dalam ekonomi negara-negara maju utama telah mencapai tahap pengembangan yang memberangsangkan. Ini menandakan bahawa keadaan monetari yang selama ini longgar bagi tempoh yang berpanjangan akan melalui proses normalisasi untuk dikembalikan ke paras yang wajar. Walaupun kesan daripada proses normalisasi masih terkawal dalam pasaran kewangan, tindakan yang terlalu awal untuk mengetatkan keadaan monetari yang akomodatif berpotensi untuk mengakibatkan risiko aliran modal yang tidak stabil dan gangguan terhadap pertumbuhan ekonomi. Sejajar dengan keadaan yang bertambah baik ini, ekonomi sedang pesat membangun terus mencatat pertumbuhan yang lebih mantap dan akan terus memperoleh manfaat daripada pemulihan global yang berterusan.
Bagi Malaysia, ekonomi negara telah mempamerkan prestasi yang kukuh pada tahun 2017. Kepelbagaian struktur ekonomi Malaysia bukan sahaja meningkatkan daya tahannya, bahkan juga telah meletakkan negara pada kedudukan yang baik untuk memperoleh manfaat daripada peningkatan pertumbuhan global. Sektor luaran mendapat manfaat yang ketara daripada peningkatan global ini, dengan eksport kasar berkembang pada kadar yang terpantas sejak tahun 2004, dipacu oleh permintaan yang lebih besar daripada rakan perdagangan utama Malaysia dan harga komoditi yang bertambah baik. Permintaan dalam negeri terus menjadi penyumbang utama kepada prestasi ekonomi yang kukuh pada tahun itu, bersandarkan asas-asas ekonomi yang baik dan disokong oleh sentimen perniagaan serta isi rumah yang bertambah baik.
Pertumbuhan ekonomi yang telah berkembang pesat merupakan suatu asas yang baik untuk kita berasa optimis, tetapi ini tidak seharusnya menyebabkan kita terlalu berpuas hati dan leka. Kita perlu belajar daripada krisis-krisis masa silam dan berusaha untuk
Perutusan Gabenor
mengelakkan ketidakseimbangan melampau yang boleh menyebabkan tekanan terhadap ekonomi dan kewangan. Walaupun kemajuan dan pembaharuan besar yang telah dicapai sejak beberapa dekad yang lalu membolehkan kita memperkukuh daya tahan, meningkatkan perkembangan asas ekonomi dan memperdalam pasaran kewangan, masih banyak cabaran yang perlu diatasi. Bagi menjamin prospek pertumbuhan, kita perlu berwaspada serta mempunyai keupayaan dan tekad yang tinggi untuk bertindak melalui langkah-langkah awalan dalam mengatasi tanda-tanda kelemahan, risiko dan ketidakseimbangan. Pertumbuhan yang kukuh pada ketika ini merupakan waktu yang amat sesuai untuk mempercepatkan langkah-langkah pembaharuan. Kekukuhan ekonomi pada masa ini tidak seharusnya melengahkan kita daripada melaksanakan tindakan dasar. Kita perlu memanfaatkan keadaan ekonomi yang sedang giat berkembang ini untuk membina ruang bagi meningkatkan fl eksibiliti dasar, memperkukuh sistem kewangan, menyokong pembaharuan sistem dan struktur dalam negeri, menangani halangan pertumbuhan jangka panjang, dan memperkasa keupayaan rakyat kita.
Memandangkan prestasi makroekonomi yang positif dan prospek yang mantap, Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) mengambil keputusan untuk mengembalikan dasar akomodatif monetari ke paras yang wajar pada mesyuarat MPC bulan Januari 2018. Keputusan ini diambil untuk memastikan bahawa pendirian dasar monetari terus akomodatif dan bersesuaian dengan prospek pertumbuhan yang mampan. Pada masa yang sama, langkah tersebut juga mengurangkan risiko yang mungkin timbul daripada kadar faedah rendah yang berlanjutan untuk tempoh masa yang lama.
Bank juga telah memulakan beberapa langkah awalan untuk memperteguh ekonomi pada masa hadapan. Jawatankuasa Pasaran Kewangan (Financial Markets Committee, FMC) telah melaksanakan beberapa langkah untuk membangunkan, memperkukuh dan meliberalisasikan pasaran kewangan domestik. Langkah-langkah ini khususnya ditumpukan pada usaha untuk meningkatkan mudah tunai dalam pasaran bon domestik dan menyediakan fl eksibiliti tambahan untuk perlindungan nilai. FMC juga mengumumkan inisiatif untuk menggalakkan pasaran kewangan yang senantiasa dipercayai, berdaya saing, dan berdaya tahan menerusi penerapan prinsip panduan untuk pasaran kewangan yang adil dan berkesan, serta memperkenalkan kod etika yang baharu untuk pasaran kewangan borong. Langkah ini akan terus disokong oleh tindakan tegas di pihak Bank untuk mengekalkan kestabilan pasaran kewangan. Spekulasi dan tingkah laku yang tidak rasional memerlukan pengawalan yang tegas dan lebih rasional. Terdapat tanda-tanda yang jelas bahawa langkah-langkah yang dilaksanakan telah mencapai hasil yang dikehendaki. Menjelang akhir tahun, volatiliti kadar pertukaran ringgit telah menurun dengan ketara, dan aktiviti spekulatif terhadap ringgit, khususnya dalam pasaran luar pesisir, telah berkurang. Pemegangan bon Kerajaan oleh bukan pemastautin berada pada tahap yang lebih mampan dan aliran perdagangan juga lebih sejajar dengan lebihan perdagangan Malaysia. Ini telah memastikan permintaan dan penawaran ringgit serta pertukaran asing dalam pasaran kini lebih menggambarkan aktiviti ekonomi asas Malaysia.
Selain kestabilan monetari dan kewangan, sumber yang diperlukan akan disalurkan dengan secukupnya untuk menangani pelbagai halangan dalam ekonomi. Pelaburan berkualiti akan terus digalakkan bagi memastikan Malaysia meraih faedah ekonomi dan kewangan yang maksimum daripada pelaburan itu. Salah satu usaha untuk menggalakkan pelaburan dalam negeri dan pelaburan asing yang berkualiti lebih tinggi ini adalah melalui penilaian semula ke atas rangka kerja insentif pelaburan. Dasar pelaburan juga perlu mengambil kira peralihan yang sedang berlaku dalam rantaian nilai global dan kemajuan teknologi, serta menggalakkan kemajuan ekonomi negara ke tahap kompleksiti yang lebih tinggi. Dalam pasaran
pekerja, terdapat usaha bersepadu untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja, terutamanya dalam sektor kewangan, bagi memenuhi tuntutan ekonomi yang pesat berubah. Lebih penting lagi, usaha ini perlu dipadankan dengan pewujudan peluang pekerjaan yang berkualiti. Penyertaan Bank secara aktif dan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan utama untuk menubuhkan Biro Statistik Buruh Malaysia (Malaysian Bureau of Labour Statistics) membuktikan komitmen Bank dalam usaha untuk menambah baik statistik pasaran pekerja, termasuk pewujudan pekerjaan, upah dan tempoh masa bekerja, serta kadar pusing ganti dan pengambilan pekerja. Pembangunan penunjuk yang mempunyai kekerapan tinggi dan boleh diyakini ini akan dapat membantu penggubalan dasar berasaskan data yang lebih informatif bagi menangani isu-isu yang membabitkan tenaga kerja. Secara kolektif, usaha ini membentuk visi sebagai sebuah ekonomi yang lebih maju dan seterusnya menyokong aspirasi negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju.
Selain meletakkan sasaran untuk mencapai pertumbuhan yang mantap dan mampan, Bank sedar akan kepentingan untuk mencapai pertumbuhan yang saksama dan inklusif. Bank terus memberikan tumpuan pada beberapa usaha penting untuk menggalakkan rangkuman kewangan yang mendorong penyertaan yang lebih besar dalam segmen masyarakat yang terpinggir daripada perkhidmatan kewangan. Di samping itu, langkah-langkah terus dilaksanakan dengan kerjasama agensi lain untuk memperluas penyelesaian pembiayaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), khususnya, dalam menyokong inovasi dan automasi bagi meningkatkan daya saing mereka.
Bank turut akur tentang jurang perbezaan antara angka agregat makroekonomi yang kukuh dengan sentimen dan pengalaman yang dialami oleh rakyat. Pencapaian satu perkara sahaja tanpa manfaat yang menyeluruh mungkin akan mengurangkan keberkesanan dasar. Oleh itu, tumpuan yang lebih utama telah diberikan pada usaha untuk meningkatkan komunikasi dan interaksi dengan orang ramai bagi memberikan maklumat yang lebih jelas dan seterusnya dapat diguna pakai untuk merumus dasar. Keperluan terhadap penilaian dasar yang berterusan juga perlu diutamakan. Hal ini juga mustahak untuk memastikan agar dasar dapat menjana hasil yang dihasratkan. Misalnya, dasar yang membabitkan isu kos sara hidup tidak sewajarnya tertumpu hanya pada penyelesaian berkaitan dengan kos, tetapi harus juga meliputi langkah-langkah yang meningkatkan pendapatan rakyat. Pemberian gaji kehidupan wajar yang setara dengan produktiviti boleh menjadi suatu langkah ke arah mencapai taraf hidup yang lebih tinggi dan berkualiti. Tindakan dasar yang terselaras untuk menangani isu perumahan mampu milik dan kenaikan kos penjagaan kesihatan boleh meningkatkan kesejahteraan hidup. Namun begitu, tidak ada laluan pintas untuk menyelesaikan cabaran-cabaran yang sudah berakar umbi. Oleh itu, Bank akan terus aktif memberikan sumbangan dan menggiatkan usaha untuk menyokong apa jua bentuk penyelesaian bagi mencapai matlamat pertumbuhan yang akan memberikan manfaat kepada semua segmen masyarakat.
Fleksibiliti dan pragmatisme dasar juga amat penting. Apabila ekonomi dan pasaran kewangan berkembang, rangka kerja dasar yang terlalu tegar akan bersifat mengekang dan tidak fl eksibel. Dalam persekitaran yang berdaya saing dan pesat berubah ini, Bank akan sentiasa menilai kembali, menjajarkan semula dan memperkemas dasar untuk memastikannya kekal relevan. Bank akan terus terbuka kepada idea yang mungkin di luar pemikiran yang lazim; bersemangat untuk membuat inovasi; dan bersedia untuk bertindak dengan tegas bagi mengatasi kelemahan dasar demi manfaat ekonomi.
Meskipun dasar yang tepat merupakan sesuatu yang amat penting untuk menyediakan persekitaran yang mendorong kepada perkembangan ekonomi, namun sektor swasta seharusnya menjadi
penggerak utama dalam perubahan dan memacu ekonomi ke arah yang lebih canggih dengan aktiviti nilai tambah yang meningkat dan produktiviti yang lebih tinggi. Dalam konteks ini, penampan, kapasiti dan keupayaan perlu diperkukuh untuk mengharungi arus perubahan ekonomi. Pelaburan strategik, baik dalam bentuk modal insan berkemahiran mahupun dalam prasarana moden, harus diberi keutamaan untuk meningkatkan daya saing ketika negara meneruskan usaha untuk mencapai pertumbuhan yang dipacu oleh inovasi.
Sebagai sebuah institusi, Bank perlu senantiasa melaksanakan pembaharuan untuk kekal relevan dan berkesan. Penekanan yang tinggi ditumpukan pada pembangunan profesional dan pelaburan yang berterusan ke atas warga kerja Bank. Dalam berdepan dengan ketidakpastian pada masa hadapan, Bank akan melaksanakan pelan urusan tiga tahun yang baharu. Pelan urusan ini merupakan satu siri strategi berimpak tinggi yang menyeluruh untuk menjana hasil yang boleh diukur di samping meningkatkan keupayaan Bank untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan, pendigitalan perkhidmatan kewangan dan pembangunan sosioekonomi. Selain meningkatkan akauntabiliti Bank untuk menyampaikan perkhidmatan, penekanan juga akan diberikan pada usaha untuk memupuk budaya inovasi, kreativiti dan ketangkasan. Atribut ini menggalakkan kepelbagaian dan meningkatkan produktiviti dalam persekitaran pekerjaan yang membolehkan pencetusan idea dan inovasi dengan memanfaatkan platform baharu seperti makmal inovasi.
Pada peringkat antarabangsa, Bank terus komited untuk mengukuhkan kerjasama serantau dan antarabangsa. Bank meneruskan interaksinya dalam platform utama seperti ASEAN, ASEAN+3, Mesyuarat Eksekutif Bank-bank Pusat Asia Timur dan Pasifi k (Executives’ Meeting of East Asia-Pacifi c Central Banks, EMEAP) dan Pusat Penyelidikan dan Latihan Bank-bank Pusat Asia Tenggara (South East Asian Central Banks (SEACEN) Research and Training Centre). Pihak Bank juga telah mengambil langkah-langkah perlu untuk memperluas kesalinghubungan ekonomi dan integrasi kewangan di rantau ini. Misalnya, penambahbaikan rangka kerja penyelesaian ringgit-baht dan operasi rangka kerja penyelesaian ringgit-rupiah merupakan usaha untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Rangka kerja ini sangat berguna untuk membolehkan negara-negara yang terlibat membuat penyelesaian perdagangan dan pelaburan dalam mata wang tempatan masing-masing, dengan itu memberikan lebih banyak pilihan kepada perniagaan untuk menyelesaikan urus niaga mereka. Dengan memanfaatkan kelompok institusi intelek yang bertempat di Sasana Kijang, kedudukannya sebagai pusat kecemerlangan antarabangsa dan serantau bagi perkhidmatan kewangan dapat dipertingkatkan. Hasrat ini direalisasikan melalui penganjuran beberapa wacana berimpak dan berprofi l tinggi, termasuklah Persidangan Musim Panas Bank Negara Malaysia (BNM) - Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF) - Kajian Ekonomi IMF (IMF Economic Review), iaitu persidangan yang pertama di Asia Tenggara, Persidangan Dasar Monetari BNM, Simposium Global mengenai Institusi Kewangan Pembangunan, dan Sidang Kemuncak Pencegahan Pembiayaan Keganasan yang ke-3. Acara-acara yang dianjurkan dengan kerjasama institusi kewangan antarabangsa dan badan penetapan piawaian global seperti IMF dan Kumpulan Bank Dunia (World Bank Group) ini adalah selaras dengan dasar Bank untuk bekerjasama pada peringkat antarabangsa. Kepimpinan Malaysia dalam kewangan Islam terus diperkukuh dengan terbitan sukuk hijau yang pertama di dunia menerusi perkongsian dengan Kumpulan Bank Dunia dan Suruhanjaya Sekuriti.
Pada masa hadapan, terdapat tiga risiko utama yang mungkin boleh menggugat kekukuhan pertumbuhan ekonomi. Pertama, risiko pelarasan keadaan akomodasi monetari global yang terlalu
awal atau terlalu ketat. Banyak kemajuan telah dicapai sejak tercetus Krisis Kewangan Global (Global Financial Crisis, GFC) yang telah mengembalikan ekonomi global pada landasan yang sewajarnya. Namun begitu, usaha untuk mencari keseimbangan antara dasar monetari yang diketatkan terlalu awal dengan pelonggaran yang berpanjangan akan terus menjadi cabaran kepada pembuat dasar. Kedua, risiko pembetulan pasaran kewangan global secara mendadak boleh mencetuskan semula volatiliti pasaran yang melampau, seterusnya menjejaskan momentum pertumbuhan global. Dalam keadaan persekitaran volatiliti yang amat rendah pada tahun 2017, pasaran kewangan global menunjukkan prestasi yang kukuh dan mencapai tahap yang paling tinggi dalam sejarah dalam beberapa pasaran utama. Namun begitu, keadaan volatiliti yang rendah tidak bermakna risiko juga turut rendah. Ketiga, risiko peningkatan ketegangan perdagangan. Kesan daripada risiko dasar perlindungan berikutan peningkatan ketegangan berpotensi menjejaskan pertumbuhan global yang mampan.
Meskipun risiko-risiko ini secara umumnya agak mencabar, pihak Bank percaya terdapat banyak peluang dan harapan bagi Malaysia untuk terus maju. Teknologi akan terus menjadi pemangkin utama pertumbuhan. Penggunaan pendigitalan bukan lagi merupakan satu pilihan tetapi satu kemestian. Perbincangan mengenai dasar semasa sememangnya telah memberikan tumpuan pada usaha untuk memaksimumkan manfaat ekonomi dalam mengatasi ancaman yang mungkin timbul daripada perkembangan ini. Usaha bagi mengelakkan daripada berlakunya jurang digital di samping memastikan manfaat daripada ekonomi digital menjangkaui semua segmen masyarakat merupakan sebahagian daripada inisiatif ini. Negara kita telah membuktikan keupayaannya untuk terus berkembang dalam persekitaran yang pantas berubah. Saya yakin bahawa kekuatan secara kolektif yang kita ada membuatkan kita mampu berhadapan dengan persekitaran persaingan yang sengit demi manfaat terbesar negara dan rakyat.
Sesungguhnya tahun 2017 penuh dengan cabaran. Namun, kejayaan yang telah kita capai terus menyemarakkan semangat kita bersama. Kejayaan ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa dedikasi dan profesionalisme warga kerja Bank yang cemerlang. Saya amat bersyukur dengan pencapaian ini. Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada Lembaga Pengarah atas bimbingan dan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Sebagai sebuah institusi, Bank diamanahkan dengan tanggungjawab yang mencabar. Namun, usaha yang kita lakukan demi kesejahteraan rakyat memberikan kepuasan yang amat besar kepada kita semua. Bank Negara Malaysia beriltizam untuk terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh cemerlang, telus dan berintegriti.
Gabenor Muhammad bin Ibrahim, FCB
28 Mac 2018
Sorotan PentingPerkembangan dan Prospek Ekonomi
Pertumbuhan KDNK kekal mampan pada tahun 2018
Inflasi keseluruhan dijangka menjadi sederhana pada tahun 2018
Pengembangan yang berterusan dalam permintaan dalam negeri dan sektor ekonomi utama
Pertumbuhan KDNK benar (Perubahan tahunan, %)
Sumbangan yang lebih kecil daripada faktor kos global Sebahagian besarnya bergantung pada:
Lebihan akaun semasa yang mampandidorong oleh lebihan akaun barangan
Pemacu utama pertumbuhan ekonomi pada tahun 2018(Perubahan tahunan, %)
2014 2016
5.9 6.0
5.5
2018r
Perkhidmatan
Pen
awar
an
+6.1%
Perkilangan+5.9%
Penggunaan swasta
Pelaburanswasta
Per
min
taan
+7.2%
+9.1%
Eksport dan lebihan akaun semasa kekal kukuh pada tahun 2018
Eksport dijangka meningkat melebihi trendpurata jangka panjang
2014 2016
3.73.0
2.0
2018r
Harga minyak mentahPeningkatan harga minyak
mentah Brent yanglebih sederhana
Kadar pertukaranKadar pertukaran ringgitlebih kukuh berbanding
dengan tahun 2017
Inflasi keseluruhan (Pertumbuhan tahunan, %)
Permintaan mampandaripada rakanperdagangan utama
2007-16purata
2017a
3.3%
18.9%
8.4%
2018r
Pengembangan kitaran teknologi globalyang berterusan
Peningkatan kapasitipengeluaran domestik
Pertumbuhan eksport kasar (Perubahan tahunan, %) Imbangan akaun semasa (RM bilion)
Barangan Perkhidmatan PendapatanPrimer
ImbanganAkaun Semasa
PendapatanSekunder
40.338.9
118.1120.5
2017a 2018r
-23.1 -23.2 -36.1-39.1
-18.6 -19.3
2018r: 2-3%daripada PNK(2017a: 3.1%)
Merungkaikan Masa HadapanEkonomi Digital Malaysia:Peluang, Cabaran dan Tindak Balas Dasar
Kecanggihan dan Pertumbuhan:Kedudukan Malaysia dan Implikasi Dasar
Kesan Herotan Pekerja Asing BerkemahiranRendah kepada Ekonomi
Gaji Kehidupan Wajar:Bukan Sekadar Menampung Keperluan Asas
Penilaian Kritis Pelaburan LangsungLuar Negeri (DIA) dan Pelaburan Langsung Asing (FDI)
Malaysia memerlukan pendekatan yang meluas untukmempertimbangkan kos dan manfaat pelaburan
Kebergantungan tidak terkawal kepada pekerja asing berkemahiran rendah membebankan ekonomi
Gaji kehidupan wajar membolehkan isirumah menanggung taraf hidup ‘minimum yang boleh
diterima’, iaitu termasuk:
Pelan urusan sebagai alat perancanganmasa hadapan
Pelan Urusan 2018 - 2020:Mencorakkan Masa Hadapan MenerusiBakat dan Teknologi
03
04
05
0201
5
Interaksidalam
masyarakat
Kebebasandaripada tekanankewangan yang
teruk
Peluangpembangunan diri
& keluarga
Anggaran Awal Gaji Kehidupan Wajardi Kuala Lumpur pada Tahun 2016 (RM sebulan)
RM2,700 RM4,500 RM6,500
Dewasabujang
Pasangantanpa anak
Pasangan dengandua orang anak
Transformasi digital mampu menjanaKDNK sebanyak USD100-136 bilionmenjelang tahun 2025
Pemodenan pengawalseliaan, pemerkasaan bakat dan akses sejagatkepada infrastruktur digital akan memacu pendigitalan di Malaysia
3 faktor utama yang perlu ditanganiJalur lebar yang
pantas padaharga berpatutan
Tahap penerapandigital yang tinggi
Bakat tenaga kerjayang digilap untukkemajuan digital
Mengekangpeningkatanproduktiviti
Menekanupah secarakeseluruhan
Menggalakkanpewujudanpekerjaan
berkemahiranrendah
Menggambarkan MY sebagai destinasipelaburan kos rendah
dan berintensifkanpekerja
Trend mega global
Kos dan manfaat yang tidak ketara
Gangguanteknologi
Kos dan manfaat yang ketaraPembangunanindustri
Rantaianhadapan &
rantaianbelakang
Manfaatdan
limpahanpositif
Kos danketirisan
Kesan dasaryang tidak
dikehendaki
Peningkatankemahiran
tenaga kerja
Reputasiantarabangsa
Pemindahanpengetahuan
Akses pasarankewangan
Penerapanteknologi
Perubahanpengawal
seliaanglobal
Trendindustri
Rintangansektor luaran
Perubahanpilihan
pengguna
Perubahanmodel
perniagaan
Peristiwageopolitik
Mengehadkanlimpahan domestik(contoh: pengiriman
wang)
Kelajuan jalur lebar 3 kalilebih perlahan berbandingdengan jalur lebar negara
peneraju
Hanya 1 daripada 5graduan dalambidang STEM
KR
CN
MY
TH
PH
2006 2016+1.53
+0.63 +0.94
+0.61
+0.44
-0.16 +0.42
+0.75
+0.82
+1.79
Pempelbagaian sektor amat penting untuk meningkatkancampuran dan kecanggihan produk
Sumber: The Atlas of Economic Complexity
Indeks Kecanggihan Ekonomisisihan piawaian daripada purata global
Kecanggihan ekonomi Malaysia bertambah baik tetapi negara lain pantas menghampiri
Organisasi yang tertumpu padastrategi, berpaksikan hasil dan
kekal lestari
Elemenrisiko
Pengurusanbakat
KeupayaanIT
Pelan urusanjangka
sederhana 3tahun Bank
Pelan urusan bertindak sebagai:Alat bagi tujuan perancangan masa hadapan
untuk mengungkap dengan jelas keutamaanBank dari sudut hasil pencapaian yang boleh
diukur untuk memberikan panduan dalam pelaksanaan dasar yang berkesan
Sumberkewangan
Strategiurusan
Sorotan PentingRencana
< 40% daripada populasi menggunakan
perbankan internet dane-dagang
kos
utama
3Laporan Tahunan 2017
Ringkasan Eksekutif
Tahun 2017 menyaksikan ekonomi kembali kukuh, dengan ekonomi global mencatat pertumbuhan yang tertinggi sejak tahun 2011. Pertumbuhan perdagangan dunia melebihi pertumbuhan KDNK global untuk kali pertama dalam tempoh tiga tahun. Pertumbuhan ekonomi melonjak secara menyeluruh merentas ekonomi maju dan ekonomi yang sedang pesat membangun. Dalam ekonomi maju, pertumbuhan ekonomi dipacu terutamanya oleh aktiviti pelaburan yang teguh dalam keadaan permintaan dalam negeri yang lebih kukuh. Sementara itu, ketidakpastian dalam senario politik yang berlaku sepanjang tahun 2017 tidak meninggalkan banyak kesan terhadap trajektori pertumbuhan. Di Asia, momentum pertumbuhan disokong oleh pemulihan dalam perdagangan global dan diperkukuh oleh permintaan dalam negeri yang mantap. Prestasi pasaran kewangan antarabangsa menjadi kukuh, mencerminkan kebangkitan pertumbuhan global. Manakala, volatiliti pasaran pula kekal rendah meskipun ketidakpastian dalam ketegangan geopolitik masih wujud. Sungguhpun kadar infl asi keseluruhan global meningkat pada tahun itu sejajar dengan keadaan permintaan global yang bertambah baik serta pemulihan dalam harga komoditi, infl asi teras di kebanyakan negara kekal rendah.
Walaupun pemulihan pertumbuhan global tampak selaras, pendirian dasar monetari pula berbeza-beza pada peringkat global. Dalam ekonomi maju, dasar monetari secara amnya cenderung ke arah pengembalian ke tahap wajar secara beransur-ansur, disokong oleh keadaan pertumbuhan ekonomi yang kukuh. Federal Reserve AS dan Bank of England telah menaikkan kadar dasar, manakala European Central Bank mengumumkan pengurangan pembelian asetnya. Berbeza daripada ekonomi maju, beberapa ekonomi Asia, seperti Indonesia dan India, beralih kepada pendirian yang lebih akomodatif dalam keadaan infl asi yang semakin menurun. Di samping dasar monetari, beberapa ekonomi maju juga menggunakan dasar fi skal untuk memperkukuh asas-asas makroekonomi.
Di Asia, pembuat dasar terus melaksanakan pembaharuan struktur bagi meningkatkan daya tahan dan mengukuhkan prospek pertumbuhan yang mampan.
Berdepan dengan pemulihan global yang menyeluruh dan volatiliti yang secara relatifnya rendah dalam pasaran kewangan antarabangsa, ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang kukuh pada tahun 2017. Laporan Tahunan ini memberikan analisis tentang perkembangan ekonomi Malaysia dan menggariskan cabaran masa depan. Laporan ini juga memaparkan usaha Bank yang berterusan untuk memperkukuh tadbir urus, pembangunan organisasi dan komunikasinya.
Ekonomi Malaysia pada Tahun 2017
Pada tahun 2017, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang kukuh sebanyak 5.9% (2016: 4.2%), disokong oleh pengembangan yang lebih pesat dalam perbelanjaan sektor swasta dan awam. Pencapaian penting pada tahun itu ialah peningkatan eksport kasar, ekoran permintaan global yang semakin kukuh. Keadaan ini disebabkan terutamanya oleh permintaan yang lebih tinggi daripada rakan perdagangan utama berikutan peningkatan pesat dalam kitaran teknologi global, pengembangan pelaburan dalam negara maju dan pemulihan harga komoditi. Pada keseluruhannya, peningkatan teknologi global menyebabkan permintaan terhadap produk elektronik dan elektrik (E&E) menjadi lebih kukuh, manakala permintaan serantau yang lebih teguh dan pemulihan aktiviti pelaburan dalam ekonomi maju turut meningkatkan eksport produk bukan E&E. Eksport komoditi juga mengalami pemulihan pada tahun 2017, disokong terutamanya oleh pemulihan harga komoditi utama.
Meskipun pertumbuhan KDNK benar dirangsang oleh sektor luaran, namun permintaan dalam negeri terus menjadi teras kepada pertumbuhan. Khususnya, pertumbuhan penggunaan swasta
4 Laporan Tahunan 2017
Ring
kasan Eksekutif
meningkat kepada 7.0% pada tahun 2017 (2016: 6.0%), disokong terutamanya oleh pertumbuhan berterusan upah dan guna tenaga, dengan rangsangan tambahan daripada langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan. Pertumbuhan penggunaan awam berkembang sebanyak 5.4% (2016: 0.9%), disebabkan oleh perbelanjaan yang lebih tinggi untuk bekalan dan perkhidmatan oleh Kerajaan Persekutuan dalam keadaan pertumbuhan emolumen yang mampan. Pembentukan modal tetap kasar (PMTK) meningkat pada kadar yang lebih cepat sebanyak 6.2% (2016: 2.7%), didorong oleh pelaburan awam dan swasta yang meningkat. Pelaburan awam mencatat pemulihan dan meningkat pada kadar 0.1% (2016: -0.5%), disokong oleh perbelanjaan yang berterusan oleh Kerajaan Am dan syarikat awam. Pertumbuhan pelaburan swasta meningkat dengan pesat kepada 9.3% (2016: 4.3%), kerana syarikat berjaya memanfaatkan persekitaran operasi luaran dan dalam negeri yang kondusif.
Dari segi penawaran, kebanyakan sektor mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi pada tahun 2017. Prestasi dua sektor terbesar, iaitu perkhidmatan dan perkilangan, mendapat manfaat daripada peningkatan keadaan dalam negeri dan luaran yang pesat, masing-masing berkembang pada kadar 6.2% dan 6.0% (2016: 5.6% dan 4.4%). Sektor pembinaan pula mencatat pertumbuhan yang sederhana sebanyak 6.7% (2016: 7.4%), manakala pertumbuhan pengeluaran pertanian melonjak kepada 7.2% (2016: -5.1%). Walau bagaimanapun, pertumbuhan dalam sektor perlombongan menjadi sederhana kepada 1.1% (2016: 2.2%), mencerminkan pelarasan sukarela bekalan minyak mentah oleh PETRONAS, sejajar dengan perjanjian Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Organization of Petroleum Exporting Countries, OPEC) untuk membataskan pengeluaran minyak mentah sehingga akhir tahun 2018.
Keadaan pasaran pekerja bertambah baik dengan pertambahan guna tenaga yang lebih kukuh seiring dengan pengembangan tenaga kerja. Tenaga kerja berkembang sebanyak 303,000 pekerja, sementara pewujudan pekerjaan bersih berjumlah 295,000 pekerjaan, kebanyakannya dipacu oleh pekerja berkemahiran tinggi dan pertengahan. Kadar pengangguran kekal stabil pada 3.4% (2016: 3.4%). Kadar penyertaan tenaga kerja meningkat kepada 67.8% (2016: 67.7%) dan guna tenaga berkembang tiga kali ganda kepada 2.1% (2016: 0.7%), disebabkan keyakinan majikan tentang prospek perniagaan dan
dengan itu, terus mengembangkan tenaga kerja mereka mengikut keperluan. Bilangan pekerja asing tidak mahir dan separuh mahir yang berdaftar di Malaysia telah menurun, dengan bahagiannya dalam tenaga kerja turut menurun kepada 12.0% daripada 12.7% pada akhir tahun 2016. Upah nominal agregat dalam sektor swasta dan sektor awam masing-masing berkembang sebanyak 6.4% dan 6.2% pada tahun 2017 (2016: 4.3% dan 6.4%).
Inflasi keseluruhan meningkat kepada 3.7% pada tahun 2017 (2016: 2.1%). Inflasi masih mengalami volatiliti dan didorong terutamanya oleh harga bahan api dalam negeri yang lebih tinggi. Harga komoditi global yang meningkat dan gangguan bekalan makanan dalam negeri juga menyumbang kepada inflasi yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, tekanan inflasi ini dikurangkan oleh kadar pertukaran ringgit yang lebih kukuh sejak bulan April 2017, yang membantu mengawal peningkatan dalam kos pengeluaran bagi barangan dalam negeri. Inflasi teras juga lebih tinggi pada tahun 2017, dengan kadar purata 2.3% (2016: 2.1%). Tekanan inflasi yang didorong oleh permintaan sebahagian besarnya kekal stabil, memandangkan pengurangan dalam stok modal tidak berterusan dan ketiadaan tekanan gaji yang ketara.
Kedudukan luaran Malaysia meningkat dengan ketara pada tahun 2017, dengan mendapat manfaat daripada landskap ekonomi global yang menggalakkan dan volatiliti yang secara relatifnya lebih rendah dalam pasaran kewangan antarabangsa. Akaun semasa mencatat lebihan yang lebih besar, disebabkan terutamanya oleh lebihan barangan yang lebih tinggi berikutan prestasi eksport yang kukuh. Ini lebih daripada mengimbangi defi sit yang bertambah dalam akaun perkhidmatan dan akaun pendapatan primer. Eksport kasar melonjak dengan ketara sebanyak 18.9% (2016: 1.2%), dipacu terutamanya oleh jumlah eksport, khususnya eksport perkilangan. Import kasar juga mencatat pertumbuhan dua angka sebanyak 19.9% (2016: 1.9%), mencerminkan terutamanya import yang lebih tinggi bagi barangan pengantara, barangan modal, dan barangan untuk eksport semula. Pertambahan dalam import ini selaras dengan eksport perkilangan yang mantap, pelaburan yang lebih pesat dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, serta permintaan global yang kukuh.
Pada tahun 2017, akaun kewangan dalam imbangan pembayaran mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM2.3 bilion (2016: aliran keluar bersih sebanyak
5Laporan Tahunan 2017
Ring
kasan Eksekutif
RM1.1 bilion). Aliran masuk ini dipacu terutamanya oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (foreign direct investment, FDI) yang berterusan, dan pelaburan portfolio oleh bukan pemastautin yang masuk semula, dalam keadaan pemerolehan aset asing yang berterusan dan pelaburan jangka panjang oleh bank pemastautin, pelabur institusi dan pengurus dana. Perkembangan ini mencerminkan aliran modal merentas sempadan yang ketara, didorong oleh pertumbuhan dalam negeri yang kukuh, prospek pertumbuhan global yang bertambah baik dan volatiliti yang lebih rendah dalam pasaran kewangan pada tahun itu.
Pada akhir tahun 2017, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD102.4 bilion berbanding dengan USD94.5 bilion pada akhir tahun 2016. Pada 15 Mac 2018, rizab antarabangsa berjumlah USD103.9 bilion. Rizab antarabangsa ini kekal mencukupi untuk memudahkan urus niaga antarabangsa dan cukup untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek. Yang penting, kepelbagaian instrumen dasar monetari, kadar pertukaran yang fl eksibel dan pasaran kewangan yang berdaya tahan telah menyebabkan ekonomi negara mampu mengurangkan pergantungan pada rizab antarabangsa Bank dalam menguruskan tekanan luaran.
Hutang luar negeri Malaysia menurun kepada RM883.4 bilion pada akhir tahun 2017, bersamaan dengan USD215.5 bilion atau 65.3% daripada KDNK (2016: RM916.1 bilion, bersamaan dengan USD202.3 bilion atau 74.5% daripada KDNK). Penurunan ini disebabkan terutamanya oleh kesan penilaian berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan kebanyakan mata wang pada tahun itu. Tidak termasuk kesan penilaian ini, hutang luar negeri Malaysia meningkat sebanyak 1.4% daripada KDNK, disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam peminjaman antara bank dan deposit oleh bukan pemastautin. Risiko yang timbul daripada hutang luar negeri kekal terurus, dengan risiko dikurangkan oleh profi l mata wang dan tempoh matangnya. Lebih daripada satu pertiga daripada hutang luar negeri adalah dalam denominasi ringgit (34.3%), terutamanya dalam bentuk pemegangan sekuriti hutang ringgit domestik dan deposit ringgit dalam institusi perbankan domestik yang dipegang oleh bukan pemastautin. Liabiliti ini tidak tertakluk pada perubahan penilaian akibat turun naik kadar pertukaran. Bahagian selebihnya daripada jumlah
hutang luar negeri sebanyak RM580.7 bilion (65.7% bahagian) adalah dalam mata wang asing, yang tertakluk pada keperluan kehematan dan perlindungan nilai terhadap institusi perbankan dan entiti korporat. Dari perspektif tempoh matang, lebih daripada separuh jumlah hutang luar negeri cenderung ke arah tempoh berjangka sederhana hingga panjang (57.3% daripada jumlah hutang luar negeri), yang menggambarkan risiko pelanjutan yang terhad. Di samping itu, bukan semua hutang luar negeri jangka pendek mempunyai tuntutan ke atas rizab.
Secara keseluruhan, asas-asas ekonomi Malaysia terus kukuh. Dasar struktur yang dilaksanakan selama ini telah menghasilkan ekonomi yang sangat terbuka dan pelbagai, dengan beberapa sumber pertumbuhan. Keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik dalam keadaan pertumbuhan upah yang lebih cepat terus menyokong perbelanjaan isi rumah. Institusi kewangan yang kukuh dan mudah tunai dalam negeri yang mencukupi juga memastikan pengantaraan kewangan yang teratur. Selain itu, kedudukan luaran Malaysia kekal kukuh dan dilindungi dengan baik daripada susut nilai kadar pertukaran yang mendadak, disokong oleh rizab antarabangsa yang kekal mencukupi dan paras hutang luar negeri yang terurus.
Meskipun pertumbuhan yang kukuh pada tahun 2017, pembaharuan struktur kekal menjadi keutamaan bagi mengukuhkan asas-asas ekonomi dan bagi memelihara kemampanan momentum pertumbuhan. Pembaharuan ini termasuk usaha meningkatkan nilai ditambah dalam negeri dalam pengeluaran dan eksport, menggalakkan pelaburan dalam negeri dan pelaburan asing yang lebih berkualiti, meningkatkan produktiviti dan membentuk tenaga kerja yang bersedia untuk masa hadapan.
Pengurusan Ekonomi dan Monetari pada Tahun 2017
Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 3.00% sepanjang tahun 2017, dengan penumpuan pada usaha memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal kukuh dalam keadaan infl asi yang terkawal. Pada tahun itu, MPC dengan aktifnya membuat penilaian dari semasa ke semasa ke atas pendirian dasar monetari bagi memastikan pendirian itu konsisten dengan prospek pertumbuhan dan infl asi. Khususnya, risiko pertumbuhan ekonomi domestik yang lebih perlahan
6 Laporan Tahunan 2017
Ring
kasan Eksekutif
yang kelihatan lebih ketara pada awal tahun itu disebabkan oleh faktor luaran, telah menjadi semakin berkurang dalam keadaan peningkatan pertumbuhan global yang lebih meluas dan terselaras. Keadaan ini menghasilkan pertumbuhan ekonomi domestik yang lebih tinggi berbanding dengan ramalan awal. Infl asi kekal terkawal memandangkan permintaan dalam negeri yang kukuh masih diimbangi oleh lebihan kapasiti dalam pasaran pekerja dan stok modal.
MPC juga sentiasa berwaspada terhadap pertambahan risiko yang mungkin timbul daripada kadar faedah yang terlalu rendah untuk tempoh yang berpanjangan. Sepanjang tahun 2017, keadaan ekonomi yang mendorong pengurangan OPR pada tahun 2016 telah menjadi jauh lebih baik. Oleh yang demikian, pada bulan November, MPC menyatakan dalam Pernyataan Dasar Monetari pertimbangannya untuk mengkaji semula tahap akomodatif monetari. Pelarasan ini akan mencerminkan pengembalian keadaan monetari ke tahap akomodatif yang ada sebelum penurunan OPR pada bulan Julai 2016, dan bukannya untuk mengetatkan keadaan monetari.
Sejajar dengan prestasi kebanyakan mata wang utama dan serantau, ringgit menjadi kukuh berbanding dengan dolar AS pada tahun 2017. Ringgit menambah nilai sebanyak 10.4% untuk mengakhiri tahun tersebut pada RM4.0620 berbanding dengan dolar AS, selepas mengalami penyusutan nilai selama empat tahun berturut-turut. Ringgit juga merupakan salah satu daripada mata wang serantau yang menunjukkan prestasi terbaik meskipun menyusut nilai beberapa kali disebabkan oleh peristiwa penghindaran risiko oleh pelabur (risk-off) pada tahun itu. Kekukuhan ringgit juga mencerminkan prestasi pertumbuhan KDNK yang lebih baik daripada jangkaan, sentimen pelabur yang positif berikutan langkah susulan liberalisasi pasaran kewangan, dan perkembangan global yang positif. Pada suku pertama tahun 2017, penambahan nilai ringgit adalah terhad akibat kebimbangan pelabur mengenai prospek pasaran kewangan Malaysia. Kebimbangan itu didorong terutamanya oleh persepsi yang salah mengenai langkah liberalisasi yang diperkenalkan oleh Jawatankuasa Pasaran Kewangan (Financial Markets Committee, FMC) pada bulan Disember 2016 dan kurangnya pemahaman mengenai kemudahan perlindungan nilai dalam negeri dalam kalangan pelabur asing. Dalam tempoh yang berikutnya, sentimen terhadap ringgit dan pasaran kewangan Malaysia menjadi bertambah baik, dipacu terutamanya oleh
perkembangan dalam negeri yang positif. Ringgit menambah nilai sebanyak 9.0% berbanding dengan dolar AS mulai suku kedua dan seterusnya.
Selain itu, ringgit juga merupakan antara mata wang serantau yang paling stabil, meskipun terdapat beberapa tempoh tekanan penyusutan nilai yang disebabkan oleh sentimen penghindaran risiko dalam pasaran kewangan global. Kestabilan ringgit menunjukkan dengan jelas keberkesanan langkah-langkah pembangunan pasaran kewangan yang diperkenalkan oleh FMC pada lewat tahun 2016 dan 2017. Hasil daripada langkah-langkah ini, mudah tunai dalam pasaran pertukaran asing domestik bertambah baik dan volatiliti ringgit berbanding dengan dolar AS juga menurun. Ringgit juga mengalami permintaan dan penawaran yang lebih seimbang selepas pengenalan langkah pertukaran hasil eksport dalam mata wang asing. Bank juga telah mengambil langkah untuk menangani beberapa persepsi salah dan kebimbangan tentang Malaysia yang telah menyebabkan berlakunya pergerakan ringgit yang berlebihan, khususnya berhubung dengan kebergantungan ekonomi Malaysia kepada sektor minyak, kecukupan rizab antarabangsa dan kedudukan fi skal Kerajaan.
Pada tahun 2017, kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (Malaysian Government Securities, MGS) menurun didorong oleh aliran masuk bukan pemastautin yang berterusan dan sokongan yang kuat daripada pelabur institusi domestik. Perkembangan tersebut didorong oleh prestasi ekonomi yang kukuh. Pada suku pertama tahun 2017, pasaran bon mengalami aliran keluar bukan pemastautin yang besar, disebabkan terutamanya oleh pelupusan kedudukan spekulatif jangka pendek yang dipegang oleh institusi kewangan dan pengurus aset bukan pemastautin, berikutan pengenalan langkah-langkah FMC dan keputusan pilihan raya presiden AS pada lewat tahun 2016. Pada suku-suku tahun yang seterusnya, aliran masuk bukan pemastautin ke dalam pasaran bon domestik kembali pulih dalam keadaan sentimen pelabur yang bertambah baik hasil daripada prestasi ekonomi yang kukuh sepanjang tahun. Inisiatif FMC siri kedua yang diumumkan pada bulan April 2017 untuk membuka lagi akses kepada pasaran dan memberikan fl eksibiliti perlindungan nilai yang lebih baik, berserta perbincangan aktif antara Bank dengan peserta industri dan pasaran untuk mengurangkan salah anggap mengenai langkah-langkah FMC yang diumumkan sebelum ini, turut menyokong pasaran bon. Keadaan ini menyebabkan kadar hasil MGS menurun pada tempoh itu.
7Laporan Tahunan 2017
Ring
kasan Eksekutif
Operasi monetari pada tahun 2017 kekal menjurus kepada usaha mengekalkan kestabilan dalam pasaran antara bank. Pada suku pertama tahun itu, tekanan penguncupan terhadap mudah tunai domestik akibat aliran keluar modal telah diimbangi oleh operasi suntikan mudah tunai menerusi kemudahan repo berbalik dan swap pertukaran asing. Berikutan kemasukan semula aliran modal dari suku kedua dan seterusnya, Bank dapat mengurangkan operasi suntikan mudah tunainya. Mudah tunai sistem perbankan secara keseluruhannya kekal mencukupi untuk menyokong proses pengantaraan kewangan.
Pembiayaan bersih kepada sektor swasta berkembang pada kadar yang lebih cepat sebanyak 6.4% pada tahun 2017 (2016: 5.5%), didorong oleh pembiayaan melalui pasaran bon korporat, yang mencatat pertumbuhan paling tinggi sejak tahun 2012. Pertumbuhan pinjaman terkumpul bagi isi rumah dan perniagaan menurun pada tahun 2017. Pertumbuhan pinjaman perniagaan yang lebih rendah adalah menyeluruh, mencerminkan peningkatan yang lebih besar dalam pembayaran balik pinjaman berbanding dengan peningkatan dalam pengeluaran pinjaman. Pertumbuhan hutang isi rumah terus mencatat trend menurun.
Prospek Ekonomi Malaysia pada Tahun 2018
Ekonomi global diunjurkan berkembang pada kadar yang lebih cepat pada tahun 2018, dipacu terutamanya oleh penggunaan swasta dan dirangsang oleh aktiviti pelaburan dalam ekonomi maju. Di Asia, aktiviti perdagangan akan terus berkembang, walaupun pada kadar yang lebih sederhana. Keadaan pembiayaan akan kekal akomodatif meskipun usaha berterusan untuk mengembalikan dasar monetari global ke paras yang wajar. Dalam ekonomi maju, kekukuhan pelaburan akan berterusan sepanjang tahun 2018 dan ekonomi Asia akan terus meraih manfaat daripada limpahan positif daripada sektor luaran. Ekonomi sedang pesat membangun yang lain juga akan menyaksikan peningkatan pertumbuhan, manakala pengeksport komoditi akan melihat peningkatan semula permintaan dalam negeri disebabkan oleh harga minyak mentah global yang lebih tinggi. Secara keseluruhan, risiko terhadap prospek global dijangka lebih seimbang. Walau bagaimanapun, beberapa risiko dari tahun 2017 masih wujud. Risiko tersebut termasuklah ketidakpastian berhubung dengan impak pengembalian dasar monetari ke paras yang wajar secara serentak merentas ekonomi
utama, dasar perdagangan pandang ke dalam yang mengancam perdagangan antarabangsa, serta risiko geopolitik yang boleh menjejaskan sentimen pasaran kewangan global.
Dalam keadaan ekonomi global yang lebih kukuh, ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 5.5% – 6.0% pada tahun 2018. Permintaan dalam negeri akan terus kekal sebagai pemacu pertumbuhan, disokong oleh aktiviti sektor swasta. Pertumbuhan penggunaan swasta dijangka kekal mampan, disokong oleh pertumbuhan yang berterusan dalam guna tenaga dan pendapatan, infl asi yang lebih rendah dan sentimen yang bertambah baik. Pertumbuhan pendapatan akan didorong oleh prestasi eksport yang mantap dan langkah-langkah Kerajaan berterusan, seperti pindahan tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diteruskan, pengurangan cukai pendapatan individu, dan bayaran khas kepada semua penjawat awam dan pesara. Pertumbuhan pelaburan swasta juga akan kekal mampan, disokong oleh perbelanjaan modal yang berterusan dan baharu dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, serta diperkukuh oleh sentimen perniagaan yang terus positif. Perbelanjaan sektor awam diunjurkan merosot disebabkan oleh penguncupan dalam pelaburan awam dalam keadaan pertumbuhan penggunaan awam yang lebih sederhana. Selain permintaan dalam negeri, pertumbuhan KDNK juga akan disokong oleh keadaan permintaan luaran yang menggalakkan. Eksport kasar dan import kasar diramalkan meningkat pada kadar yang lebih tinggi daripada trend purata pada tahun 2018. Eksport akan didorong oleh permintaan yang menggalakkan daripada rakan perdagangan utama, pengembangan berterusan dalam kitaran menaik teknologi global, peningkatan dalam kapasiti produktif dalam negeri dan harga komoditi global yang terus mampan. Meskipun lebihan barangan bagi akaun semasa diunjurkan lebih tinggi, defi sit dalam akaun perkhidmatan dan pendapatan akan terus mempengaruhi imbangan akaun semasa. Secara keseluruhannya, imbangan akaun semasa dijangka mencatat lebihan sebanyak 2.0% – 3.0% daripada PNK pada tahun 2018.
Keadaan pasaran pekerja dijangka kekal menggalakkan dan menyokong pertumbuhan, didorong oleh aktiviti ekonomi yang terus kukuh dan sentimen pengambilan pekerja yang bertambah baik. Guna tenaga akan terus berkembang manakala pertumbuhan pewujudan pekerjaan akan cukup teguh untuk menerima
8 Laporan Tahunan 2017
Ring
kasan Eksekutif
pengambilan tenaga kerja baharu dalam tenaga kerja. Oleh itu, jangkaan kadar pengangguran secara relatifnya tidah berubah. Pada masa hadapan, beberapa pembaharuan yang dijalankan seperti pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan (Employment Insurance System) dan Aku Janji Majikan (Employers Undertaking), serta kajian semula yang bakal dijalankan terhadap upah minimum, akan meletakkan pasaran pekerja negara pada landasan yang lebih berdaya saing dan berdaya tahan, serta meningkatkan kesejahteraan keseluruhan tenaga kerja di Malaysia.
Dari segi penawaran, semua sektor ekonomi diramalkan berkembang pada tahun 2018. Sektor perkhidmatan dan perkilangan akan kekal menjadi pendorong utama pertumbuhan keseluruhan. Sektor pembinaan dijangka mencatat perkembangan yang lebih kukuh, dipacu oleh projek kejuruteraan awam berbilang tahun yang berskala besar yang baharu dan sedia ada. Pertumbuhan sektor perlombongan juga diunjurkan lebih tinggi, mencerminkan peningkatan pengeluaran gas asli yang berterusan. Sektor pertanian dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih sederhana, berikutan pemulihan pengeluaran minyak sawit mentah yang luar biasa selepas kejadian El Niño pada tahun 2017.
Infl asi keseluruhan dijangka menjadi sederhana pada tahun 2018, berpurata antara 2.0% – 3.0%. Infl asi yang lebih rendah berbanding dengan tahun 2017 disebabkan terutamanya oleh sumbangan yang lebih kecil daripada harga tenaga dan komoditi global. Pengukuhan kadar pertukaran ringgit berbanding dengan tahun 2017 juga akan mengurangkan kos import. Tekanan infl asi daripada faktor permintaan dalam negeri akan dibendung oleh produktiviti pekerja yang bertambah baik dan pelaburan yang berterusan untuk menambah kapasiti. Namun begitu, prospek infl asi bergantung pada trajektori harga minyak global yang amat tidak menentu.
Secara keseluruhan, prospek ekonomi dicirikan oleh beberapa risiko dari aspek positif. Ini termasuklah permintaan global yang lebih kukuh daripada jangkaan, yang seterusnya akan mencerahkan prospek bagi industri berorientasikan eksport. Potensi peningkatan dalam upah minimum, dan peningkatan kemudahan pengeluaran yang sedia ada dan baharu dalam pelbagai industri yang lebih cepat daripada jangkaan, juga akan menyokong prospek pertumbuhan yang lebih menggalakkan.
Namun begitu, beberapa risiko pertumbuhan menjadi perlahan masih wujud. Kekukuhan eksport Malaysia terhadap rakan perdagangan utama mungkin terkesan oleh anjakan dasar monetari dan kawal selia yang tidak menggalakkan dalam ekonomi maju, perlindungan perdagangan yang meningkat oleh rakan perdagangan utama dan pertumbuhan RR China yang lebih sederhana daripada jangkaan. Selain itu, ketidaktentuan harga komoditi global yang timbul semula atau pembetulan yang mendadak dalam pasaran kewangan global boleh menjejaskan sentimen, yang seterusnya melemahkan kekukuhan aktiviti ekonomi dalam negeri.
Namun begitu, Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi rintangan ini sekiranya risiko pertumbuhan yang perlahan menjadi kenyataan. Pembaharuan struktur yang telah dilaksanakan selama ini telah mengurniakan ekonomi negara dengan pelbagai sumber pertumbuhan, penampan yang lebih daripada mencukupi, dan rangka kerja dasar yang teguh. Pada masa hadapan, persekitaran ekonomi yang positif akan menyediakan ruang dasar yang cukup banyak kepada penggubal dasar untuk meneruskan pembaharuan yang diperlukan. Pasaran kewangan dalam negeri mempunyai daya tahan dan berada pada kedudukan yang baik untuk mengantara perubahan aliran modal yang besar, sekiranya berlaku peningkatan volatiliti dalam pasaran kewangan. Pada asasnya, penggubal dasar mempunyai instrumen, keupayaan dan fl eksibiliti untuk melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan bagi mengemudi ekonomi ke arah pertumbuhan yang stabil.
Pengurusan Ekonomi dan Monetari pada Tahun 2018
Pada tahun 2018, dasar monetari akan tertumpu pada usaha untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dengan kestabilan harga. Memandangkan prospek makroekonomi yang kekal positif dan kadar pertumbuhan yang kukuh, MPC mengambil keputusan untuk mengembalikan dasar akomodatif monetari ke paras yang wajar pada mesyuarat MPC pada bulan Januari 2018. MPC menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25%. MPC juga menyedari akan perlunya untuk mengelak daripada berlakunya pertambahan risiko yang mungkin timbul daripada kadar faedah yang terlalu rendah untuk tempoh masa yang lama, meskipun risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa ini masih terkawal. MPC akan memantau dengan teliti prospek ekonomi, termasuklah
9Laporan Tahunan 2017
Ring
kasan Eksekutif
impak pelarasan OPR pada bulan Januari 2018. Operasi monetari Bank akan terus memastikan mudah tunai sistem kewangan dalam negeri kekal mencukupi untuk menyokong pasaran kewangan domestik untuk berfungsi dengan teratur.
Dasar fi skal pada tahun 2018 akan terus memberikan tumpuan pada pengukuhan kedudukan fi skal Kerajaan, di samping memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan lebih inklusif. Defi sit fi skal Kerajaan Persekutuan dijangka terus mengecil, disokong oleh inisiatif untuk mengoptimumkan perbelanjaan dan meningkatkan hasil. Seperti yang digariskan dalam Bajet 2018, perbelanjaan fi skal akan mengutamakan projek-projek infrastruktur yang berimpak tinggi, serta inisiatif yang membina keupayaan serta meningkatkan produktiviti. Selaras dengan usaha untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif, program peningkatan kebajikan dan bantuan fi skal akan memberi sokongan kepada segmen berpendapatan rendah dan sederhana untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
Tadbir Urus, Pembangunan Organisasi dan Komunikasi
Cabaran sosioekonomi, kemajuan teknologi, risiko geopolitik, dan ketidakpastian yang berhubung dengan pertumbuhan ekonomi global terus mempengaruhi perancangan dan pelaburan Bank. Pada tahun 2017, evolusi peranan tadbir urus, pembangunan organisasi dan komunikasi Bank diteruskan untuk mewujudkan keupayaan baharu bagi menghadapi cabaran-cabaran ini.
Lembaga Pengarah Bank (Lembaga Pengarah), yang disokong oleh tiga jawatankuasa Lembaga, telah terlibat secara aktif untuk meneguhkan pengawasan terhadap aspek-aspek pengurusan, operasi dan prestasi Bank. Pada tahun 2017, saiz dan komposisi Lembaga Pengarah kekal dengan 11 ahli. Lembaga Pengarah terdiri daripada empat pengarah ex-officio, iaitu Gabenor sebagai Pengerusi, dua Timbalan Gabenor dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Ahli selebihnya merangkumi tujuh pengarah bebas bukan eksekutif. Pelantikan Chew Cheng Lian (Jessica), CB sebagai Timbalan Gabenor berkuat kuasa pada 1 Januari 2018 berikutan persaraan Dr. Sukudhew Singh sebagai Timbalan Gabenor pada 31 Disember 2017.
Bank menilai amalan pengurusan risikonya secara proaktif untuk memupuk budaya risiko yang sentiasa peka terhadap risiko-risiko yang muncul di seluruh
organisasi. Pada tahun 2017, inisiatif baharu diperkenalkan dengan melantik Pegawai Risiko Jabatan (Departmental Risk Offi cer), yang ditugaskan untuk mempelopori amalan pengurusan risiko pada peringkat operasi. Bank juga memasukkan sesi kesedaran risiko dalam program on-boarding Bank untuk kakitangan baharu, dan menyiarkan pengemaskinian maklumat secara berkala ke seluruh Bank untuk memperteguh dasar dan garis panduannya. Bank menjalankan latihan simulasi, termasuk senario krisis yang kukuh, untuk menguji kesediaan menangani krisis, dan mengkaji semula secara berterusan piawaian pengurusan kesinambungan perniagaan (business continuity management) untuk mencerminkan faktor risiko dan strategi terkini. Jabatan Audit Dalam telah menjalankan kajian semula secara teliti terhadap pengurusan keselamatan siber untuk mengenal pasti potensi kelemahan dan ancaman dalam sistem IT Bank, serta mengambil tindakan untuk mengetatkan kawalan dan mengurangkan risiko keselamatan siber di Bank.
Pelan urusan jangka sederhana Bank menyepadukan strategi dengan elemen-elemen risiko, sumber-sumber kewangan, pengurusan bakat, keupayaan IT dan pengurusan operasi yang mantap. Perumusan Pelan Urusan (Business Plan) 2018-2020 akan memberikan tumpuan pada usaha menangani kebimbangan domestik yang mendesak sambil mencekup peluang serantau, dan dengan penekanan pada hasil berimpak tinggi yang boleh diukur. Strategi jangka sederhana ini menyediakan pelan kerangka yang akan memastikan persekitaran yang kondusif bagi mencapai pertumbuhan makroekonomi yang mampan dan keadaan monetari yang stabil, meningkatkan ketersediaan dalam mengurus ketidakpastian masa hadapan, dan membangunkan pengupayaan melalui pelaburan yang berterusan terhadap kakitangan dan pembangunan sistem baharu.
Berdasarkan jangkaan akan berlakunya peningkatan risiko dan tuntutan kerja, inisiatif transformasi IT Bank pada tahun 2017 tertumpu pada usaha untuk membina keupayaan IT dalaman dan memperkukuh piawaian dan alat pengurusan keselamatan siber. Usaha pembangunan organisasi yang lain termasuk penambahbaikan terhadap perkhidmatan sokongan dan pengurusan projek, yang berjaya mengurangkan kelewatan projek dan mendisiplinkan penggunaan belanjawan yang dirancang pada tahun itu. Bank telah mengambil langkah segera untuk memberi tumpuan pada latihan semula dan membentuk barisan bakat yang mampan bagi jawatan yang kritikal, dan mengisi
10 Laporan Tahunan 2017
Ring
kasan Eksekutif
bakat dengan kemahiran kritikal, seperti IT dan sains data. Pelaburan bersasaran Bank dalam pembelajaran dan pembangunan yang tertumpu pada usaha meningkatkan kecekapan teknikal dan kepimpinan akan memastikan bakat berpotensi tinggi mempunyai kemahiran yang bertepatan dengan pelbagai peranan dan jawatan yang diperlukan di Bank.
Pada tahun 2017, Bank terus menambah baik strategi komunikasinya untuk memantapkan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sentimen rakyat, dan mengenal pasti sumber maklumat yang salah. Bank terus menggunakan saluran media arus perdana, bersama-sama saluran komunikasi baharu seperti media sosial dan media alternatif yang telah mengubah corak penggunaan media dalam kalangan segmen penduduk tertentu. Penggunaan platform media sosial secara meluas dalam kalangan orang ramai menyebabkan perlunya penyebaran maklumat yang cepat, dan respons yang pantas terhadap situasi dan perkembangan yang terhasil berikutan berlakunya peristiwa di luar kawalan Bank. Penyediaan data dan fakta penting pada masa yang tepat adalah mustahak untuk membetulkan salah tanggapan atau salah tafsiran, sebelum timbulnya salah faham yang menular, persepsi yang negatif atau spekulasi yang berlebihan.
Pada tahun 2017, strategi baharu Bank dalam program jangkauan mencapai kejayaan cemerlang dalam meningkatkan interaksi dan hubungan dengan orang ramai. Program-program ini menyumbang ke arah mewujudkan sistem kewangan yang lebih inklusif dan meningkatkan tahap celik kewangan. Inisiatif jangkauan dan interaksi yang ketara pada tahun itu termasuk Karnival Kewangan untuk meningkatkan pengetahuan dan tahap celik kewangan, laman sesawang Peringatan kepada Pengguna Kewangan (Financial Consumer Alert) untuk meningkatkan kesedaran mengenai jenayah kewangan, dan program “Train-the-Trainers” untuk memberikan khidmat nasihat tentang pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana.
Penyata Kewangan Bank Negara Malaysia yang Diaudit bagi Tahun 2017
Seperti yang diaudit dan disahkan oleh Ketua Audit Negara, kedudukan kewangan Bank Negara Malaysia kekal kukuh pada tahun 2017. Aset Bank Negara Malaysia berjumlah RM449.8 bilion, dengan keuntungan bersih sebanyak RM7.5 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017. Bank Negara Malaysia mengumumkan dividen sebanyak RM2.5 bilion kepada Kerajaan bagi tahun 2017.
13 Persekitaran Ekonomi Antarabangsa 16 Ekonomi Malaysia 27 Sektor Luaran39 Rencana: Kesan Herotan Pekerja Asing Berkemahiran Rendah terhadap Ekonomi48 Rencana: Penilaian Kritis Pelaburan Langsung Luar Negeri (DIA) dan Pelaburan Langsung Asing (FDI)
Perkembangan Ekonomi pada Tahun 2017
Perkembangan Ekonomi pada Tahun 2017
PERSEKITARAN EKONOMI ANTARABANGSA
Ekonomi dunia bertambah baik secara menyeluruh dan serentak
Tahun 2017 menyaksikan aktiviti ekonomi kembali pulih dengan kukuh, lantas mendorong ekonomi global mencatat kadar pertumbuhan tertinggi sejak tahun 2011. Pertumbuhan perdagangan dunia melebihi pertumbuhan KDNK global buat kali pertama sejak tahun 2014. Aktiviti ekonomi bertambah baik secara menyeluruh, merentas ekonomi maju dan ekonomi sedang pesat membangun. Perkembangan ini mendorong organisasi antarabangsa dan pihak berkuasa negara untuk menaikkan semakan beberapa kali terhadap unjuran pertumbuhan sepanjang tahun. Keutuhan pertumbuhan KDNK yang baru ini didorong terutamanya oleh pelaburan yang mantap dalam ekonomi maju, yang menyumbang pula kepada permintaan luaran yang menggalakkan, terutamanya untuk Asia. Berikutan keadaan permintaan yang bertambah baik, beberapa bank pusat utama menaikkan kadar dasar utama sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengembalikan dasar monetari ke tahap wajar. Infl asi keseluruhan mencatat kenaikan, infl asi teras dalam banyak ekonomi maju kekal rendah, mencerminkan pertumbuhan upah yang lemah lantaran kelembapan pertumbuhan produktiviti. Pasaran kewangan global mencatat prestasi yang kukuh, sejajar dengan kepesatan pertumbuhan global. Walaupun terdapat ketidaktentuan ekoran ketegangan geopolitik, turun naik pasaran kewangan kekal rendah dan keadaan ini adalah di luar jangkaan. Keraguan mengenai proses globalisasi yang tercetus pada tahun sebelumnya semakin berkurang. Ini berdasarkan beberapa keputusan pilihan raya utama di EU yang menunjukkan risiko pergolakan yang timbul daripada pergerakan populis adalah lebih rendah. Dalam persekitaran ini, pembuat dasar terus melaksanakan pelbagai tindakan dasar, termasuk
pembaharuan monetari, fi skal dan struktur, bagi mencapai matlamat khusus untuk sesebuah negara seperti memperkukuh asas-asas makroekonomi dan memastikan pertumbuhan yang lebih mampan untuk jangka sederhana.
Pertumbuhan dunia yang lebih kukuh
Ekonomi global mencatat pertumbuhan terpantas sejak tahun 2011. Unjuran pertumbuhan global oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk tahun 2017 disemak semula dengan menaikkan kadar pertumbuhan daripada 3.4% kepada 3.7% antara bulan Oktober 2016 hingga bulan Januari 2018. Semakan menaik oleh IMF ini mengubah satu rentetan panjang yang membabitkan sebelas semakan menurun sejak tahun 2010.
Ekonomi maju mengalami pertumbuhan ekonomi yang mantap, disokong oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh. Di AS, pertumbuhan KDNK yang bertambah baik didorong oleh perbelanjaan pengguna yang semakin pulih, dalam keadaan pasaran pekerja yang lebih ketat dan sentimen pengguna yang lebih positif. Penyertaan dalam tenaga kerja yang semakin meningkat telah dipenuhi oleh pewujudan peluang pekerjaan yang banyak serta pertumbuhan pekerjaan yang kukuh. Perkembangan ini menurunkan kadar pengangguran ke paras terendah sejak tahun 2001. Di kawasan euro, pertumbuhan KDNK berkembang pada kadar yang lebih pantas. Ini disokong oleh keyakinan perniagaan dan pengguna yang bertambah baik serta keadaan pembiayaan yang menggalakkan yang seterusnya meningkatkan pendapatan dan perbelanjaan. Yang penting, ketidakpastian yang berterusan sepanjang tahun berhubung dengan beberapa pilihan raya utama di kawasan euro dan hasil rundingan Brexit memberikan kesan yang terhad terhadap trajektori pertumbuhan yang menaik.
Dalam persekitaran permintaan pengguna yang lebih kukuh, pelaburan di AS dan kawasan euro
13Laporan Tahunan 2017
14 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
juga meningkat serentak. Ini disokong oleh sentimen perniagaan yang memberangsangkan, keuntungan yang meningkat dan keperluan untuk menambahkan stok modal sedia ada merentas ekonomi utama. Aktiviti pelaburan yang kembali pulih dalam ekonomi maju merupakan satu perkembangan yang penting memandangkan terdapatnya kelemahan pada tahun sebelumnya, terutamanya dalam pelaburan jentera dan peralatan di AS. Lebih penting lagi, peningkatan pelaburan yang menyeluruh memainkan peranan yang lebih besar dalam memacu perdagangan global (Constantinescu dll., 2015). Oleh itu, perdagangan global mencatat pertumbuhan terpantas sejak tahun 2011 (2017: 4.2%; 2011: 7.1%). Peningkatan semula perdagangan yang memberangsangkan pada tahun 2017 adalah menyeluruh dan merentas kategori produk serta pasaran. Sektor teknologi yang terus meningkat turut membantu menyokong pemulihan jumlah perdagangan yang kukuh.
Pemulihan dalam perdagangan global sedemikian memberikan dorongan tambahan kepada pertumbuhan dalam banyak ekonomi utama di Asia. Permintaan yang lebih kukuh terhadap produk elektronik dan elektrik (E&E), terutamanya semi konduktor yang digunakan dalam cip memori untuk telefon pintar dan komputer peribadi merupakan faktor utama yang mendorong kepada meningkatnya perdagangan di Asia. Ini berikutan dedahan beberapa negara di rantau ini kepada kitaran teknologi global. Kesannya, pertumbuhan KDNK dalam ekonomi-ekonomi Asia adalah berdasarkan kekukuhan prestasi eksport yang mencatat pertumbuhan dua angka.
Di samping persekitaran luaran yang menggalakkan, permintaan dalam negeri terus menjadi tunjang bagi kebanyakan negara di Asia. Di RR China, masih terdapat pertumbuhan walaupun pembaharuan struktur terus dilaksanakan untuk mengimbangi semula ekonomi ke arah model pertumbuhan yang diterajui oleh penggunaan. Pendapatan isi rumah yang meningkat, khususnya di kawasan luar bandar, dan pewujudan peluang pekerjaan yang tinggi telah meningkatkan pertumbuhan penggunaan. Pelaburan keseluruhan kekal kukuh disokong oleh perbelanjaan perkilangan dan infrastruktur yang bertambah baik. Perbelanjaan modal oleh pengilang didorong oleh permintaan luaran yang lebih baik. Pelaburan harta tanah kediaman menjadi sederhana berikutan beberapa langkah yang dilaksanakan untuk menstabilkan pasaran harta tanah. Di rantau
ASEAN, perbelanjaan infrastruktur yang lebih tinggi oleh sektor awam dan swasta menjadi pemacu utama pertumbuhan. Negara-negara di rantau ini mempertingkatkan mobiliti luar bandar dan bandar melalui kesalinghubungan pengangkutan bagi meneruskan pembangunan ekonomi. Sokongan fi skal, ditambah dengan langkah-langkah yang besar oleh kerajaan untuk menyokong aktiviti ekonomi isi rumah berpendapatan rendah, juga menjadi pencetus tambahan kepada permintaan dalam negeri di Asia.
Ekonomi Dunia: Penunjuk Ekonomi Utama
PertumbuhanKDNK Benar (Perubahan tahunan, %)
Infl asi (Perubahan tahunan, %)
2016 2017a 2016 2017a
Pertumbuhan Dunia 3.2 3.7 - -
Perdagangan Dunia 2.5 4.7 - -
Ekonomi Maju
Amerika Syarikat 1.5 2.3 1.3 2.1
Jepun 0.9 1.7 -0.1 0.4
Kawasan euro 1.8 2.3 0.2 1.5
United Kingdom 1.9 1.7 0.7 2.6
Negara Maju Asia lain
Korea 2.8 3.1 1.0 1.9
China Taipei 1.4 2.9 1.4 0.6
Singapura 2.0 3.6 -0.5 0.6
Hong Kong SAR 2.1 3.8 2.4 1.5
Republik Rakyat China
6.7 6.9 2.0 1.6
ASEAN-4
Malaysia 4.2 5.9 2.1 3.7
Thailand 3.3 3.9 0.2 0.7
Indonesia 5.0 5.1 3.5 3.8
Filipina 6.9 6.7 1.8 3.0
India1 7.1 6.6 5.0 3.3
1 Data KDNK bagi India ditunjukkan berdasarkan tahun fi skal a Anggaran
Sumber: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Pihak Berkuasa Negara
Jadual 1.1
Infl asi keseluruhan global menunjukkan peningkatan tetapi infl asi teras kekal rendah
Kadar infl asi global meningkat lebih tinggi pada tahun 2017 disebabkan keadaan permintaan global yang bertambah baik dan harga komoditi yang
15Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Tindakan dasar yang pelbagai
Walaupun pertumbuhan global kembali pulih secara serentak, pendekatan dasar monetari dalam ekonomi maju dan Asia telah mengambil haluan berbeza. Tindakan dasar yang berbeza ini telah diambil berdasarkan faktor-faktor yang khusus untuk sesebuah ekonomi. Secara umumnya, pendirian dasar monetari dalam kalangan ekonomi maju lebih cenderung untuk kembali ke tahap yang wajar secara beransur-ansur. Federal Reserve AS terus bertindak mengembalikan dasar monetarinya ke tahap yang wajar dengan menaikkan sasaran kadar dana persekutuan sebanyak tiga kali pada tahun 2017 dengan jumlah 75 mata asas untuk mengakhiri tahun itu pada julat 1.25% -1.50%. Buat pertama kalinya dalam satu dekad Bank of England telah menaikkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak 25 mata asas memandangkan kenaikan pantas kadar inflasi. European Central Bank pula mengumumkan pengurangan pembelian aset dengan mengurangkan kadar pembelian bulanannya kepada EUR30 bilion sehingga bulan September 2018. Dalam kalangan ekonomi maju persekitaran pertumbuhan ekonomi yang kukuh membolehkan pengembalian dasar monetari ke tahap wajar dapat dilaksanakan secara teratur. Berbeza daripada ekonomi maju, kadar inflasi yang semakin menurun di beberapa ekonomi Asia, seperti Indonesia dan India, telah mendorong bank-bank pusat menurunkan kadar faedah dasar. Begitu juga, Bank of Japan yang telah mengekalkan program rangsangan besar-besaran dalam usaha untuk mendorong inflasi yang lebih tinggi, setelah gagal mencapai sasaran rasminya sebanyak 2% sejak suku pertama tahun 2015.
kembali pulih pada separuh tahun kedua. Walau bagaimanapun, kadar infl asi teras kekal sederhana di kebanyakan negara.
Pada separuh pertama tahun 2017, trend indeks harga komoditi IMF menurun, disebabkan terutamanya oleh pengeluaran syal di AS yang lebih tinggi daripada jangkaan dan peningkatan pengeluaran makanan pertanian yang mendorong kepada penurunan harga komoditi. Walau bagaimanapun, indeks ini kembali ke trend menaik pada separuh tahun kedua berikutan kenaikan indeks minyak mentah. Ini susulan pengumuman oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) dan beberapa pengeksport minyak bukan OPEC untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran minyak sehingga akhir tahun 2018. Harga minyak mentah Brent melebihi USD60 setong, iaitu harga tertinggi dalam tempoh dua tahun. Harga logam seperti tembaga, besi dan zink juga bertambah baik, disokong oleh permintaan global yang kukuh, berserta usaha RR China untuk mengurangkan kapasiti lebihan dengan menyasarkan pengeluaran yang tidak cekap dan tidak sah. Harga komoditi pertanian, termasuk makanan, juga meningkat pada tahun 2017 mencerminkan permintaan dunia yang lebih kukuh dan kekurangan bekalan.
Pemulihan harga komoditi pada tahun 2017 menyumbang kepada infl asi keseluruhan yang lebih tinggi dalam ekonomi maju, dengan kadar purata 1.9% pada tahun 2017 (2016: 0.8%). Trend yang serupa diperhatikan di beberapa ekonomi Asia, contohnya di Filipina dan Thailand yang mengalami infl asi yang lebih tinggi disebabkan oleh peningkatan kos pengangkutan dan utiliti.
Walaupun inflasi keseluruhan meningkat, keadaan inflasi teras masih rendah. Beberapa penjelasan telah diberikan bagi menggambarkan persekitaran inflasi yang rendah ini. Antaranya meningkatnya pengaruh produk, pekerja dan pasaran modal global yang lebih bersepadu; pertumbuhan produktiviti pekerja yang lemah yang memberikan kesan terhadap upah; dan peranan teknologi dalam meningkatkan kecekapan sambil menurunkan kos barangan. Walau bagaimanapun, terputusnya perkaitan antara pertumbuhan yang kukuh dengan tekanan inflasi yang rendah terus menimbulkan kerumitan bagi bank-bank pusat utama dunia. Dalam kalangan ekonomi maju, hanya United Kingdom terkecuali daripada trend ini. Penyusutan nilai paun sterling secara mendadak telah mengakibatkan kenaikan harga.
Rajah 1.1: Indeks Harga Komoditi Utama
0
50
100
150
200
250
2005 2007 2009 2011 2013 2015 2017
Indeks (2005 = 100)
Trend indeks harga komoditi utama menaik semula pada separuh tahun kedua 2017
Minyak mentah Makanan Logam
Sumber: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
16 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Di samping dasar monetari, beberapa ekonomi maju juga menggunakan dasar fiskal dan struktur tahun itu untuk memperkukuh asas-asas makroekonomi. Di AS, Akta Potongan Cukai dan Pekerjaan diluluskan oleh kedua-dua dewan Kongres pada 20 Disember 2017, dengan membawa perubahan besar pada kadar cukai individu dan syarikat, serta percukaian perniagaan antarabangsa. Di kawasan Euro, usaha disasarkan untuk memaksimumkan kesan pembaharuan pasaran pekerja dan produk. Sebagai contoh, perubahan undang-undang di Perancis berkaitan rundingan kolektif desentralisasi (decentralised collective bargaining) telah menyebabkan pelarasan pasaran pekerja yang lebih cepat melalui tahap fleksibiliti yang lebih besar dalam proses pengambilan, penetapan upah dan mobiliti pekerja.
Bagi memperkukuh asas-asas makroekonomi dan mempertingkatkan tahap mampan prospek pertumbuhan jangka sederhana, pembuat dasar di Asia meneruskan pembaharuan struktur. Di RR China, usaha difokuskan pada pembaharuan dasar untuk mengurangkan lebihan kapasiti dan hutang, di samping mengekalkan peralihan secara beransur-ansur ke arah model pertumbuhan yang didorong oleh penggunaan yang lebih mampan. Kerajaan China juga memperhebatkan usaha menggalakkan pelaburan di bawah Belt and Road Initiative, khususnya untuk rangkaian infrastruktur. Ekonomi negara ASEAN khususnya telah mengumumkan beberapa langkah untuk mempercepatkan pelaburan infrastruktur, dengan mengutamakan infrastruktur fi zikal dan “soft” (modal insan dan institusi). Langkah-langkah yang dijalankan termasuk menaik taraf rangkaian pengangkutan, meningkatkan rangka kerja perkongsian awam-swasta yang sedia ada, dan meningkatkan kadar penembusan jalur lebar.
Selepas tujuh tahun pertumbuhan yang lembab berikutan Krisis Kewangan Global, peningkatan kitaran membolehkan banyak ekonomi terus teguh melaksanakan pelbagai dasar untuk mencapai pertumbuhan yang lebih inklusif dan mampan. Walaupun pertumbuhan yang kukuh dicatat pada tahun 2017, pembuat dasar terus menghadapi pelbagai cabaran termasuk pertambahan penuaan penduduk, hutang global yang lebih tinggi, gangguan teknologi dan ketidaksamaan dalam pendapatan yang semakin meningkat. Pengubahsuaian dasar secara aktif dan konsisten adalah penting untuk melaksanakan pembaharuan struktur bagi meneguhkan asas-asas ekonomi dan mengekalkan momentum pertumbuhan semasa.
EKONOMI MALAYSIA
Gambaran Keseluruhan
Pada tahun 2017, Malaysia menunjukkan prestasi yang kukuh dengan mencatat pertumbuhan sebanyak 5.9% (2016: 4.2%). Pertumbuhan ini disokong oleh permintaan dalam negeri, mencerminkan pengembangan yang lebih pesat dalam perbelanjaan sektor swasta dan awam. Seperti ekonomi lain di rantau ini, Malaysia meraih manfaat daripada pemulihan global yang menyeluruh dengan peningkatan eksport kasar paling pesat sejak tahun 2004. Limpahan positif daripada sektor luaran juga telah memperkukuh permintaan dalam negeri.
Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 5.9% pada tahun 2017, berikutan kekukuhan permintaan dalam negeri yang turut dirangsang oleh peningkatan eksport yang ketara
Pencapaian penting pada tahun 2017 ialah peningkatan eksport kasar, yang melonjak dengan ketara sebanyak 18.9% (2016: 1.2%). Prestasi yang lebih kukuh ini disebabkan terutamanya oleh permintaan yang lebih tinggi daripada rakan dagang utama seperti RR China, ASEAN, Kesatuan Eropah, AS dan Jepun, berikutan peningkatan yang pesat dalam kitaran teknologi global, pengembangan pelaburan dalam ekonomi maju dan pemulihan harga komoditi.
Rajah 1.2: Pertumbuhan KDNK Benar
Perubahan tahunan (%)
Prestasi KDNK benar yang kukuh pada tahun 2017
6.05.1
5.9
7.66.7 6.5
8.0
1.0
9.6
0
2
4
6
8
10
12
2003-2007 2012-2016 2017a
a Awalan
Nota: Tidak termasuk pertumbuhan KDNK benar semasa tempoh Krisis Kewangan Global
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
KDNK benar Permintaan dalam negeri benar Eksport benar
17Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Peningkatan pesat sektor teknologi global yang disokong oleh pelancaran beberapa peranti pintar jenama utama pada tahun 2017, mencetuskan gelombang pesanan baharu untuk syarikat di sepanjang rantaian bekalan produk ini. Malaysia yang merupakan pengeksport semikonduktor ketujuh terbesar di dunia dengan pertalian yang meluas dalam rantaian nilai global (global value chain, GVC) menerima kesan yang positif. Peningkatan kitaran teknologi (technology upcycle) menyumbang kepada permintaan yang mantap terhadap produk E&E daripada ekonomi serantau dan ekonomi maju. Hasilnya, eksport peranti semikonduktor melonjak sebanyak 23.1% pada tahun 2017 (2016: 5.2%). Persekitaran yang menggalakkan mendorong permintaan yang kukuh, khususnya daripada ekonomi serantau, dan pemulihan aktiviti pelaburan dalam ekonomi maju. Hal ini turut meningkatkan eksport produk bukan E&E (18.6%; 2016: 3.0%), seperti petroleum, bahan kimia, getah serta produk besi dan keluli. Setelah merosot selama dua tahun berturut-turut, eksport komoditi pulih pada tahun 2017 dengan mencatat pertumbuhan positif yang kukuh, sebahagian besarnya disokong oleh pemulihan harga komoditi utama, khususnya minyak mentah dan gas asli cecair (liquefi ed natural gas, LNG).
Walaupun pertumbuhan KDNK benar dipertingkatkan oleh permintaan luaran, permintaan dalam negeri terus menyokong pertumbuhan pada tahun 2017, didorong oleh asas yang kukuh serta keadaan pasaran pekerja dan sentimen yang lebih baik. Limpahan positif daripada sektor luaran kepada sektor
dalam negeri mula kelihatan pada separuh pertama tahun 2017. Permintaan luaran yang lebih kukuh ini memberi manfaat khususnya kepada pelaburan swasta, kerana syarikat dalam industri berorientasikan eksport dan dalam negeri mula mengembangkan kapasiti, termasuk penggantian dan perolehan jentera dan peralatan bagi memenuhi permintaan yang lebih tinggi. Perkembangan ini secara langsung memberikan manfaat kepada pasaran pekerja dengan pertumbuhan guna tenaga dan upah yang lebih pesat. Faktor ini, berserta dengan langkah Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna, terus meningkatkan perbelanjaan isi rumah. Perbelanjaan sektor awam terus menyokong pertumbuhan dengan perbelanjaan lebih tertumpu pada infrastruktur yang kritikal dan perkhidmatan awam yang penting. Berikutan pengembangan permintaan dalam dan luar negeri, import kasar mencatat pertumbuhan dua angka sebanyak 19.9% (2016: 1.9%). Import yang lebih tinggi ini disebabkan oleh barangan pengantara dan barangan modal, sejajar dengan eksport perkilangan yang mantap dan aktiviti pelaburan yang lebih pesat dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan. Secara keseluruhan, lebihan perdagangan meningkat kepada RM97.2 bilion (2016: RM88.1 bilion), disokong oleh pertumbuhan eksport yang pesat. Akaun semasa imbangan pembayaran mencatat lebihan yang lebih tinggi, disebabkan terutamanya oleh lebihan akaun barangan yang lebih besar. Malaysia juga terus mengalami pergerakan aliran modal dua hala yang ketara. Sejajar dengan sentimen pelabur antarabangsa yang bertambah baik, aliran masuk portfolio bukan pemastautin diteruskan semula pada suku kedua 2017, manakala aliran masuk pelaburan langsung asing
Rajah 1.3: Prestasi Eksport Kasar Mengikut Produk
4.1
1.2
18.9
-5
0
5
10
15
20
2011-2015 2016 2017a
E&E Komoditi Eksport lain Eksport ( perubahan tahunan, %)
Permintaan yang kukuh untuk produk E&E meningkatkan prestasi eksport
a Awalan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Perubahan tahunan (%), sumbangan kepada pertumbuhan (mata peratusan)
Rajah 1.4: Indeks Sentimen Pengguna dan Keadaan Perniagaan MIER
79.3
107.9
50
60
70
80
90
100
110
120
2014 2015 2016 2017
Mata (purata tahunan)
Sentimen pengguna dan perniagaan bertambah baik pada tahun 2017
Had keyakinan = 100 mata
Sumber: Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)
Indeks Sentimen Pengguna Indeks Keadaan Perniagaan
18 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Jadual 1.2
Malaysia - Penunjuk Ekonomi Utama
2015 2016 2017a 2018r
Populasi (juta orang) 31.2 31.6 32.1 32.9Tenaga kerja (juta orang) 14.5 14.7 15.0 15.3Guna tenaga (juta orang) 14.1 14.2 14.5 14.8Pengangguran (% daripada tenaga kerja) 3.1 3.4 3.4 3.2 ~ 3.5Pendapatan Per Kapita (RM) 36,093 37,792 41,072 42,834
(USD) 9,242 9,110 9,551 10,8853
KELUARAN NEGARA (% perubahan)
KDNK benar pada harga tahun 2010 5.0 4.2 5.9 5.5 ~ 6.0 (RM bilion) 1,063.4 1,108.2 1,173.6 1,240.1Pertanian, perhutanan dan perikanan 1.3 -5.1 7.2 3.6Perlombongan dan pengkuarian 5.3 2.2 1.1 1.8Perkilangan 4.9 4.4 6.0 5.9Pembinaan 8.2 7.4 6.7 7.3Perkhidmatan 5.1 5.6 6.2 6.1PNK nominal 5.2 6.2 10.1 6.9 (RM bilion) 1,125.6 1,195.5 1,316.3 1,407.6PNK benar 6.8 4.4 6.1 5.6 (RM bilion) 1,039.0 1,084.9 1,150.8 1,215.0Agregat permintaan dalam negeri benar1 5.1 4.3 6.5 5.7Perbelanjaan swasta 6.1 5.6 7.5 7.6
Penggunaan 6.0 6.0 7.0 7.2 Pelaburan 6.3 4.3 9.3 9.1Perbelanjaan awam 2.1 0.4 3.3 -0.9 Penggunaan 4.4 0.9 5.4 0.6 Pelaburan -1.1 -0.5 0.1 -3.2Tabungan negara kasar (% daripada PNK) 29.0 29.1 29.2 28.8
IMBANGAN PEMBAYARAN (RM bilion)
Imbangan barangan 109.2 101.4 118.1 120.5 Eksport 681.3 686.1 808.9 865.9 Import 572.1 584.7 690.8 745.3Imbangan perkhidmatan -20.6 -19.1 -23.1 -23.2Pendapatan primer, bersih -32.1 -34.6 -36.1 -39.1Pendapatan sekunder, bersih -21.3 -18.6 -18.6 -19.3Imbangan akaun semasa 35.2 29.0 40.3 38.9 (% daripada PNK) 3.1 2.4 3.1 2.0 ~ 3.0Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia, bersih2 409.1 423.9 414.6 - (dalam bulan import tertangguh) 8.4 8.7 7.2 -
HARGA (% perubahan)
IHP (2010=100) 2.1 2.1 3.7 2.0 ~ 3.0IHPR (2010=100) -7.4 -1.1 6.7 -Upah benar bagi setiap pekerja dalam sektor perkilangan 3.7 4.1 2.2 -
1 Tidak termasuk stok 2 Semua aset dan liabiliti dalam mata wang asing telah dinilai semula kepada ringgit mengikut kadar pertukaran pada tarikh kunci kira-kira dan penambahan/
pengurangan nilai juga ditunjukkan dengan sewajarnya dalam akaun Bank 3 Berdasarkan kadar pertukaran purata dolar AS bagi tempoh Januari-Februari 2018 a Awalan r Ramalan Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
19Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Malaysia - Penunjuk Kewangan dan Monetari
KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN (RM bilion) 2015 2016 2017a
Hasil 219.1 212.4 220.4
Perbelanjaan mengurus 217.0 210.2 217.7
Perbelanjaan pembangunan bersih 39.3 40.6 43.0
Imbangan keseluruhan -37.2 -38.4 -40.3
Imbangan keseluruhan (% daripada KDNK) -3.2 -3.1 -3.0
Perbelanjaan pembangunan bersih sektor awam 140.4 158.1 146.7
Imbangan keseluruhan sektor awam (% daripada KDNK) -7.7 -7.3 -4.7
HUTANG LUAR NEGERI
Jumlah hutang (RM bilion) 837.0 916.1 883.4
Hutang jangka sederhana dan panjang 485.1 539.1 506.3
Hutang jangka pendek 351.9 377.0 377.1
Nisbah khidmat bayaran hutang1
(% daripada eksport barangan dan perkhidmatan)
Jumlah hutang 22.7 24.8 22.1
Hutang jangka sederhana dan panjang 22.5 24.6 21.9
WANG DAN PERBANKANPerubahan 2015 Perubahan 2016 Perubahan 2017
RM bilion % RM bilion % RM bilion %
Bekalan wang M1 14.0 4.1 20.4 5.7 41.9 11.0 M3 41.3 2.7 49.3 3.1 76.7 4.7
Deposit sistem perbankan 28.8 1.8 26.5 1.6 67.8 4.0
Pinjaman sistem perbankan2 105.4 7.9 76.4 5.3 62.9 4.1
Nisbah pinjaman kepada dana (%, pada akhir tahun)3&4 83.0 84.3 84.0
Nisbah pinjaman kepada dana dan ekuiti (%, pada akhir tahun)3,4&5 74.6 75.3 73.7
KADAR FAEDAH (%, PADA AKHIR TAHUN) 2015 2016 2017
Kadar Dasar Semalaman (OPR) 3.25 3.00 3.00
Kadar antara bank (1 bulan) 3.45 3.10 3.08
Bank perdagangan
Deposit tetap 3 bulan 3.13 2.92 2.94
12 bulan 3.31 3.06 3.10
Deposit tabungan 1.04 0.99 0.97
Kadar asas (BR) purata berwajaran 3.77 3.62 3.64
Kadar pinjaman asas (BLR) 6.79 6.65 6.68
Bil perbendaharaan (3 bulan) 2.74 3.06 2.86
Sekuriti Kerajaan Malaysia (1 tahun)6 2.59 3.26 2.89
Sekuriti Kerajaan Malaysia (5 tahun)6 3.47 3.70 3.56
KADAR PERTUKARAN (PADA AKHIR TAHUN) 2015 2016 2017
Pergerakan Ringgit (%)
Perubahan berbanding dengan SDR -15.1 -0.8 5.2
Perubahan berbanding dengan USD -18.6 -4.3 10.4
1 Termasuk prabayaran hutang jangka sederhana dan panjang 2 Termasuk pinjaman yang dijual kepada Cagamas 3 Deposit tidak termasuk deposit yang diterima daripada institusi perbankan. Pinjaman tidak termasuk pinjaman yang dijual kepada Cagamas dan pinjaman yang diberikan kepada institusi perbankan. Mulai Julai 2015, pinjaman tidak temasuk pembiayaan oleh akaun Pelaburan Islam 4 Dana terdiri daripada deposit dan semua instrumen hutang (termasuk hutang subordinat, sijil hutang/sukuk yang diterbitkan, kertas komersial dan nota berstruktur) 5 Ekuiti terdiri daripada saham biasa dan saham keutamaan, premium saham dan keuntungan tertahan 6 Merujuk data daripada Fully Automated System for Issuing/Tender (FAST), Bank Negara Malaysia
a Awalan
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
Jadual 1.3
20 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
(foreign direct investment, FDI) melebihi aliran keluar pelaburan langsung luar negeri (direct investment abroad, DIA) pada tahun 2017. Prestasi cemerlang sektor luaran pada tahun 2017 mencerminkan kejayaan struktur dasar yang dilaksanakan selama ini yang membolehkan ekonomi menjadi lebih terbuka, pelbagai dan disokong oleh banyak sumber pertumbuhan. Misalnya, syarikat pengeluaran Malaysia sangat bersepadu dengan rantaian nilai global. Hasilnya, Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan ekonomi global yang menyeluruh. Pelaburan penting yang dibuat dalam sektor perkilangan, termasuk dalam subsektor E&E, dan infrastruktur yang kondusif seperti pengangkutan, logistik dan perkhidmatan komunikasi, juga membolehkan syarikat perniagaan untuk segera mengambil peluang daripada peningkatan permintaan global. Satu lagi faktor kritikal ialah wujudnya rantaian belakang (backward linkages) dan rantaian hadapan (forward linkages) daripada eksport kepada pelbagai industri dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan. Hubungan yang rapat dalam ekonomi Malaysia ini menguatkan limpahan positif daripada pesanan eksport yang lebih tinggi. Berserta dengan sentimen perniagaan yang bertambah baik, kesan ini juga telah mempertingkat aktiviti perniagaan, perbelanjaan pelaburan, pengambilan pekerja dan pertumbuhan pendapatan.
Pertumbuhan pesat dan perdagangan aktif yang terhasil daripada persekitaran ekonomi yang positif telah menyediakan peluang yang berharga untuk melaksanakan langkah awalan pembaharuan kritikal dan pelarasan struktur dalam ekonomi Malaysia.
Langkah konsolidasi fi skal berjalan lancar, manakala dasar monetari kekal akomodatif. Pelaburan berkualiti, contohnya dalam perkilangan berteknologi tinggi dan sektor perkhidmatan canggih, terus diberikan keutamaan untuk memastikan Malaysia bersedia pada masa hadapan. Ini dilakukan dengan memanfaatkan koridor ekonomi serantau yang sedia ada menurut bidang tumpuan masing-masing.
Inisiatif juga diambil untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran dan menghapuskan kekangan pertumbuhan. Inisiatif ini termasuk menggalakkan ekonomi perkongsian (sharing economy) dan membuat pelaburan yang berterusan dalam usaha meningkatkan kemahiran dan latihan tenaga kerja. Pada tahun 2017, guna tenaga bertambah selaras dengan peningkatan tenaga kerja, dengan guna tenaga yang lebih kukuh didorong oleh pekerja berkemahiran tinggi dan sederhana. Pertumbuhan produktiviti juga meningkat pada tahun 2017, kebanyakannya didorong oleh sektor perkilangan dan perkhidmatan. Pada masa hadapan, usaha ke arah pertumbuhan yang dipacu oleh produktiviti menekankan kepentingan pengukuran dan pemantauan metrik dan penunjuk yang relevan untuk membantu penggubalan dasar. Bagi tujuan itu, Biro Statistik Buruh Malaysia1 (Malaysian Bureau of Labour Statistics, MBLS) telah ditubuhkan untuk menyepadukan pengumpulan maklumat tentang pasaran pekerja, termasuk data tentang produktiviti pekerja dan jurang kemahiran. Secara kolektif, langkah-langkah ini bertujuan untuk memaksimumkan sumber pertumbuhan baharu ekonomi melalui peningkatan produktiviti dan kecekapan aset sedia ada.
Permintaan Dalam Negeri Memacu Pertumbuhan pada Tahun 2017
Pada tahun 2017, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang mantap sebanyak 5.9% (2016: 4.2%). Permintaan dalam negeri terus memacu pertumbuhan, disokong oleh pengembangan pesat dalam perbelanjaan sektor swasta dan awam. Bagi sektor luaran, eksport benar mencatat kadar pertumbuhan yang paling teguh sejak tahun 2010, disokong oleh pengembangan global yang kukuh, khususnya yang melibatkan rakan dagangan utama Malaysia, dan harga komoditi global yang lebih tinggi. Pertumbuhan penggunaan swasta meningkat kepada 7.0% pada tahun 2017 (2016: 6.0%), disokong terutamanya oleh pertumbuhan upah dan guna tenaga yang berterusan dengan rangsangan tambahan daripada langkah-langkah Kerajaan. Upah nominal agregat1 dalam sektor swasta dan awam meningkat masing-masing sebanyak 6.4% dan 6.2% pada tahun 2017 (2016: 4.3% dan 6.4%). Penjawat awam terus mendapat manfaat daripada kenaikan gaji mereka yang dibuat pada bulan Julai 2016. Perbelanjaan pengguna terus disokong oleh langkah-langkah Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah, seperti pengurangan caruman
1 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Rencana ‘Biro Statistik Buruh Malaysia’.
1 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Rencana 'Keadaan Pasaran Pekerja Bertambah Baik'.
21Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja sebanyak tiga mata peratusan (11% kepada 8%) dan peningkatan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Beberapa langkah ini dilaksanakan pada bulan Mac 2016 untuk menyokong ekonomi disebabkan oleh prospek yang lebih mencabar. Pemulihan sentimen pengguna daripada tahap terendahnya pada tahun 2015 juga menyumbang kepada kekukuhan pertumbuhan penggunaan swasta pada tahun 2017.
Pertumbuhan penggunaan awam berkembang sebanyak 5.4% (2016: 0.9%) disebabkan oleh perbelanjaan yang lebih tinggi untuk bekalan dan perkhidmatan oleh Kerajaan Persekutuan dalam keadaan pertumbuhan emolumen yang mampan. Peningkatan perbelanjaan untuk bekalan dan perkhidmatan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh perbelanjaan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kecil.
Pembentukan modal tetap kasar (PMTK) meningkat dengan kadar yang lebih cepat sebanyak 6.2% pada tahun 2017 (2016: 2.7%), didorong oleh pelaburan awam dan swasta yang meningkat.
Pelaburan awam kembali pulih untuk mencatat pertumbuhan yang kecil sebanyak 0.1% pada tahun 2017 (2016: -0.5%). Pemulihan ini disokong oleh perbelanjaan yang berterusan oleh Kerajaan Am dan syarikat awam, sebahagian besarnya disalurkan kepada subsektor minyak dan gas hiliran serta pengangkutan dan utiliti. Pelaburan yang berterusan juga adalah untuk mempercepat pembangunan bandar dan luar bandar.
Pertumbuhan pelaburan swasta meningkat kepada 9.3% (2016: 4.3%), kerana syarikat berjaya memanfaatkan persekitaran operasi luaran dan dalam negeri yang kondusif. Pertumbuhan eksport yang kukuh memberi limpahan positif kepada ekonomi dalam negeri, apabila syarikat melaksanakan pengembangan kapasiti bagi memenuhi pesanan yang bertambah. Kedudukan pembiayaan, keberuntungan dan sentimen perniagaan juga semakin baik pada tahun itu. Mengikut sektor, pertumbuhan pelaburan swasta terus disokong oleh pelaksanaan projek yang baharu dan yang sedang dijalankan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan.
Jadual 1
KDNK Benar Mengikut Perbelanjaan (2010=100)
2017a 2016 2017a 2016 2017a
% daripadaKDNK
Perubahan tahunan (%)Sumbangan kepada
pertumbuhan (mata peratusan)
Permintaan Dalam Negeri1 92.2 4.3 6.5 3.9 6.0
Perbelanjaan sektor swasta 71.2 5.6 7.5 3.8 5.3
Penggunaan 53.7 6.0 7.0 3.1 3.7
Pelaburan 17.4 4.3 9.3 0.7 1.6
Perbelanjaan sektor awam 21.0 0.4 3.3 0.1 0.7
Penggunaan 13.0 0.9 5.4 0.1 0.7
Pelaburan 8.0 -0.5 0.1 0.0 0.0
Pembentukan Modal Tetap Kasar 25.4 2.7 6.2 0.7 1.6
Perubahan dalam stok 0.0 0.2 0.0
Eksport Bersih Barangan dan Perkhidmatan 7.8 1.5 -1.1 0.1 -0.1
Eksport 72.9 1.1 9.6 0.8 6.7
Import 65.1 1.1 11.0 0.7 6.8
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Benar 100.0 4.2 5.9 4.2 5.9
1 Tidak termasuk stoka Awalan
Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
22 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Dari segi aset, pelaburan dalam jentera dan peralatan meningkat sebanyak 11.3% (2016: 1.1%), disebabkan sebahagiannya oleh peningkatan pengeluaran dan kapasiti oleh syarikat berikutan permintaan yang lebih kukuh. Pertumbuhan pelaburan dalam struktur, yang mencakupi 54.7% daripada jumlah PMTK, kekal sederhana sebanyak 4.0% (2016: 4.9%), mencerminkan terutamanya pelaburan harta tanah kediaman yang menjadi perlahan. Pertumbuhan pelaburan dalam aset lain kekal menguncup pada -0.8% (2016: -4.3%) disebabkan oleh perbelanjaan modal yang lebih rendah dalam pembangunan produk harta intelek, khususnya penerokaan mineral.
Pada tahun 2017, tabungan negara kasar (TNK) meningkat sebanyak 10.8% (2016: 6.6%), dan bahagian TNK daripada pendapatan negara kasar (PNK) meningkat sedikit kepada 29.2% (2016: 29.1% daripada PNK). Ini berikutan pertumbuhan yang lebih pesat dalam tabungan swasta (11.5%; 2016: -1.9%) dan pertumbuhan tabungan awam kembali ke paras yang wajar (8.1%; 2016: 52.2%). Pembentukan modal kasar bertambah sebanyak 8.2% (2016: 9.5%), menyebabkan jurang tabungan-pelaburan melebar kepada 3.1% daripada PNK (2016: 2.4% daripada PNK).
Keadaan Pasaran Pekerja Bertambah Baik
Kadar pengangguran kekal stabil pada 3.4% pada tahun 2017 (2016: 3.4%, purata 2011-2016: 3.1%), berikutan tambahan guna tenaga berkadaran dengan pengembangan tenaga kerja. Tenaga kerja berkembang sebanyak 303,000 pekerja, sementara pewujudan pekerjaan bersih berjumlah 295,000 pekerjaan. Hasilnya, kadar penyertaan tenaga kerja meningkat kepada 67.8% (2016: 67.7%) dan guna tenaga berkembang tiga kali ganda kepada 2.1% (2016: 0.7%). Perbincangan dan interaksi Bank dengan industri1 sepanjang tahun 2017 telah mengesahkan bahawa sentimen perniagaan bertambah baik. Majikan berasa optimistik tentang prospek perniagaan dan dengan itu terus mengembangkan tenaga kerja mengikut keperluan.
Pada peringkat makro, pertambahan guna tenaga dipacu terutamanya oleh pekerja berkemahiran tinggi dan pertengahan, dengan pertambahan masing-masing sebanyak 121,100 dan 150,700 pekerja. Pekerja berkemahiran tinggi sebagai bahagian daripada jumlah pekerja menokok kepada 27.6% (2016: 27.3%), manakala pekerja berkemahiran pertengahan masih menguasai bahagian terbesar sebanyak 59.5%. Bahagian pekerja berkemahiran rendah kekal pada 13.0%. Data terkini2 menunjukkan bahawa pekerja berkemahiran tinggi mengalami pertumbuhan upah median terendah, iaitu sebanyak 3.1% kepada RM3,994, berbanding dengan pekerja berkemahiran pertengahan (5%, RM1,447) dan pekerja berkemahiran rendah (10%, RM1,100). Bilangan pekerja asing tidak mahir dan separuh mahir yang berdaftar di Malaysia telah menurun kepada 1.8 juta pada tahun 2017 (2016: 1.9 juta). Oleh itu, bahagiannya dalam tenaga kerja turut menurun kepada 12.0% daripada 12.7% pada akhir tahun 2016, di bawah ambang 15% yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.
Jadual 1
Penunjuk Pasaran Pekerja Terpilih
2013 2014 2015 2016s 2017a
Guna tenaga ('000 orang) 13,545 13,853 14,068 14,164 14,459
Tenaga kerja ('000 orang) 13,981 14,264 14,518 14,668 14,971
Kadar pengangguran (% daripada tenaga kerja) 3.1 2.9 3.1 3.4 3.4
Pemberhentian pekerja1 (bil. orang) 33,086 25,917 38,499 37,699 35,097
Pekerja asing (‘000 orang) 2,250 2,073 2,135 1,866 1,797
a Awalans Angka-angka telah disemak semula bagi menunjukkan anggaran populasi terkini1 Merupakan pekerja yang terlibat dalam pemberhentian pekerja dan skim pemberhentian pekerja secara sukarela (VSS)
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri dan anggaran Bank Negara Malaysia
1 Sebagai sebahagian daripada penilaian ekonomi Malaysia, Bank melaksanakan pengawasan ekonomi dan industri wilayah melalui pejabatnya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu. Untuk maklumat lanjut, lihat Rencana ‘Memperluas Pengawasan Ekonomi melalui Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia’ dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2013.
2 Berdasarkan Penyiasatan Gaji dan Upah 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
23Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Trend pemberhentian pekerja yang dilaporkan pada tahun 2017 semakin menurun (35,097 pekerja; 2016: 37,699 pekerja), menghampiri purata jangka panjang3 30,000 pekerja setahun. Pemberhentian pekerja ini tertumpu pada sektor perkilangan, mencerminkan usaha penstrukturan semula industri khusus, kerana syarikat multinasional menyusun semula rantaian nilai global mereka untuk mencerminkan perubahan keperluan perniagaan. Walau bagaimanapun, prestasi sektor itu yang lebih kukuh telah menambah pekerjaan bersih sebanyak 23,709 pekerja dalam tempoh yang sama. Yang ketara, pemberhentian pekerja adalah sangat khusus dan sebahagiannya mencerminkan fl eksibiliti pasaran pekerja untuk berubah mengikut perubahan dalam persekitaran operasi, seperti peningkatan kecekapan dan penggunaan teknologi yang lebih meluas. Oleh itu, pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) pada 1 Januari 2018 merupakan tindakan penting untuk mengurangkan impak pemberhentian tanpa rela terhadap pekerja dengan melindungi kebajikan dan memastikan mereka menjalani latihan dan peningkatan kemahiran dalam tempoh peralihan kerja.
Upah nominal agregat dalam sektor swasta4 dan sektor awam meningkat masing-masing sebanyak 6.4% dan 6.2% pada tahun 2017 (2016: masing-masing sebanyak 4.3% dan 6.4%). Pertumbuhan upah dalam sektor swasta dipacu terutamanya oleh sektor perkhidmatan. Secara khusus, pertumbuhan upah yang lebih kukuh dalam subsektor perkhidmatan utama5 (5.4%; 2016: 3.6%) disebabkan oleh subsektor perkhidmatan dagangan borong dan runcit serta perkhidmatan profesional. Dalam sektor perkilangan, pertumbuhan upah yang lebih tinggi (8.6%; 2016: 6.2%) adalah sejajar dengan pengeluaran yang kukuh dalam subsektor berorientasikan eksport dan dalam negeri. Impak positif yang berterusan daripada kenaikan gaji penjawat awam pada bulan Julai 2016 juga menyumbang kepada pertumbuhan upah secara keseluruhan.
Produktiviti pekerja, seperti yang diukur mengikut nilai ditambah benar bagi setiap pekerja, meningkat sebanyak 3.6% pada tahun 2017 (2016: 3.5%), dipacu terutamanya oleh peningkatan produktiviti dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan (masing-masing sebanyak 4.7% dan 4.2%; 2016: masing-masing sebanyak 4.1% dan 3.6%). Prestasi yang lebih baik dalam kedua-dua sektor ini adalah disebabkan oleh peningkatan produktiviti dalam subsektor perdagangan runcit, perkhidmatan kerajaan dan perkilangan peralatan pengangkutan.
3 Purata jangka panjang ialah purata pemberhentian pekerja tahunan dari 2000-2016, tidak termasuk tempoh krisis pada 2008-2009.4 Upah sektor swasta diperoleh daripada data gaji dan upah yang diterbitkan dalam Perangkaan Pembuatan Bulanan dan Perangkaan
Perkhidmatan Suku Tahunan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang mencakupi 62% jumlah pekerjaan.5 ‘Subsektor perkhidmatan utama’ termasuk subsektor perdagangan (borong dan runcit, penginapan serta makanan dan minuman,
maklumat dan komunikasi, pengangkutan dan penyimpanan, kesihatan, pendidikan, kesenian, hiburan dan riadah, serta perkhidmatan profesional dan hartanah).
Rajah 1: Peningkatan Guna Tenaga Bersih Mengikut Tahap Kemahiran, 2013-2017
a Awalan1 Merujuk kepada beza tahap guna tenaga antara satu tahun dengan tahun sebelumnya
Peningkatan guna tenaga bersih1 didorong oleh pewujudan pekerjaan kemahiran pertengahan dan kemahiran tinggiPeningkatan guna tenaga tahunan('000 orang)800
700
600
500
400
300
200
100
0
-100
-2002013 2014 2015 2016 2017a
Berkemahiran tinggi Berkemahiran pertengahan
Berkemahiran rendah Jumlah
Rajah 2: Pemberhentian Kerja, 2012-2017
Pemberhentian pekerja yang dilaporkan terus turun sejak tahun 2015
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia dan anggaranBank Negara Malaysia
34.0 33.1
44.3
37.7
35.1
25.9
2012
Pemberhentian kerja ('000 orang)
2013 2015 2016 20172014
Purata jangka masa panjang:30,000 orang
24 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Biro Statistik Buruh Malaysia (MBLS)
Selepas krisis kewangan pada tahun 2008-2009, lebih banyak tumpuan telah diberikan terhadap isu berkaitan dengan kualiti pertumbuhan ekonomi dan kesannya terhadap masyarakat dan komuniti. Semua perbincangan tentang pekerjaan, ketidaksamaan, mobiliti sosial dan kos sara hidup telah membawa kepada peningkatan permintaan daripada penggubal dasar dan komuniti penyelidikan untuk statistik pekerja yang terperinci dan kekerapan yang tinggi. Tujuannya adalah untuk menyerlahkan isu-isu ini bagi meningkatkan kualiti perbincangan awam serta pertimbangan dan pembentukan dasar yang lebih bermaklumat dapat dipertingkatkan.
Sepanjang dekad yang lalu, Malaysia telah mempertingkatkan landskap statistik pekerja. Penerbitan KDNK mengikut pendekatan pendapatan dan keadaan upah dalam industri perkhidmatan utama telah meningkatkan pengawasan dasar struktur dan dasar kitaran. Walaupun kemajuan telah dicapai, namun masih terdapat ruang untuk penambahbaikan. Landskap ekonomi telah berubah dengan pesat dan jumlah aliran data turut meningkat dengan banyaknya. Pendekatan untuk mengumpul, mengurus dan menganalisis data juga telah diperbaharui secara menyeluruh.
Kerajaan sedar akan cabaran yang bakal ditempuh dan mengambil keputusan untuk menubuhkan Biro Statistik Buruh Malaysia (Malaysian Bureau of Labour Statistics, MBLS) di bawah seliaan Jabatan Perangkaan Malaysia. MBLS ditugaskan untuk menyediakan data pasaran pekerja yang berkualiti, tepat pada masanya dan menyeluruh. Maklumat yang tinggi permintaannya, seperti gaji, pewujudan pekerjaan dan kos pekerja mengikut industri akan dapat diakses oleh penggubal dasar dan orang awam secara lebih kerap (contohnya, secara bulanan atau suku tahunan berturut-turut) dan mempunyai perincian yang mencukupi (contohnya, pecahan mengikut sektor utama dan industri). Antara jurang besar (Rajah 1) yang terdapat dalam perangkaan rasmi semasa yang cuba diatasi oleh MBLS termasuklah kekurangan maklumat tentang “jumlah jam bekerja” dalam ekonomi. Hal ini akan menjadi penambahbaikan penting kepada statistik produktiviti pekerja sedia ada, yang diukur sebagai nilai ditambah benar bagi setiap orang yang bekerja. Meskipun data ini berguna, namun data ini berdepan dengan risiko terlebih anggaran terhadap peningkatan produktiviti, khususnya jika pengeluaran yang lebih tinggi diperoleh
daripada masa bekerja yang lebih panjang. Butiran seperti ini tidak dapat diperoleh daripada angka guna tenaga sahaja. Berdasarkan data yang berkaitan dengan jumlah jam bekerja yang dikumpulkan, MBLS boleh mengukur produktiviti pekerja dengan lebih tepat. Selain itu, pemahaman yang lebih mendalam tentang kos pekerja yang berskala dengan pengeluaran oleh industri utama akan membolehkan pemantauan yang lebih terperinci terhadap tekanan gaji dalam ekonomi. Tindakan ini boleh membantu penggubal dasar menilai dengan lebih jelas sama ada tekanan gaji adalah menyeluruh atau dalam industri tertentu sahaja. Maklumat tersebut penting untuk menjadi penentu pilihan tindakan dasar, jika ada, melalui pelarasan dasar monetari atau campur tangan dalam industri yang disasarkan.
Penggunaan konsep dan metodologi terkini untuk mengambil kira bidang pertumbuhan baharu seperti
ekonomi perkongsian (Airbnb, Uber) dan ekonomi digital (e-dagang) akan membolehkan penyesuaian dan penjajaran semula dasar yang berkaitan supaya dapat mencapai hasil yang dikehendaki. Penunjuk seperti guna tenaga jangka panjang mengikut pelbagai tempoh masa dan guna tenaga tidak penuh boleh menghasilkan analisis yang lebih mendalam tentang kelemahan yang wujud dalam ekonomi. Pada tempoh selepas Krisis Kewangan Global
Rajah 1: Jurang Semasa Dalam Perangkaan PasaranPekerja Terpilih
MBLS ditugaskan untuk menangani jurang semasadalam landskap perangkaan pekerja
Data tidak diperoleh Data diperoleh Beberapa penunjuk diperoleh
BulananSuku
tahunan TahunanPenunjuk Pekerja Terpilih mengikut
Sektor Ekonomi Utama
Gaji dan upah
Pemberhentian pekerja, kekosongan jawatandan perletakan jawatan, mengikut pekerjaan
Tempoh Bekerja (Jam)1
Sentimen pengambilan pekerja
1Data tahunan boleh diperolehi daripada Laporan Penyiasatan Tenaga Pekerja (pecahanmengikut jantina). Pecahan mengikut industri tidak diperolehi.
Sumber: Penilaian Bank Negara Malaysia
Pengangguran jangka panjang(keseluruhan ekonomi)
25Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
(Global Financial Crisis, GFC), penunjuk-penunjuk ini banyak digunakan oleh penggubal dasar dalam ekonomi maju untuk mengukur kedudukan pasaran pekerja dan risiko kemerosotan kemahiran akibat lama menganggur. Dari segi bekalan pekerja, reka bentuk dan pelaksanaan program latihan semula boleh disesuaikan supaya dapat mencapai hasil yang lebih baik.
Terdapat keperluan yang jelas untuk meningkatkan lagi maklumat pasaran pekerja menerusi pemodenan pengumpulan dan pengurusan data. Bagi mencapai matlamat ini, penggunaan e-kajian dan penggunaan data pentadbiran daripada pelbagai agensi perlu ditingkatkan. Tindakan ini boleh dimajukan lagi dengan memanfaatkan analitis Data Raya untuk mendapatkan perangkaan yang diperlukan. Sebagai contoh, data yang diperoleh berkenaan dengan gaji dan upah daripada iklan kerja kosong dan portal kerja dalam talian boleh memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang perkembangan gaji mengikut tempat atau jawatan. Pada keseluruhannya, proses ini memerlukan kerjasama, piawaian dan perkongsian data yang lebih banyak dalam kalangan pihak-pihak berkepentingan.
Menyedari akan perlunya perkongsian data yang lebih banyak dan penggunaan amalan perangkaan yang lebih moden, Jawatankuasa Perancang Statistik Buruh (Labour Statistics Planning Group, LSPG) ditubuhkan untuk memantau penubuhan dan operasi MBLS. LSPG yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (Economic Planning Unit, EPU), adalah teras dan platform penting untuk perkongsian data antara agensi pada masa depan dengan memanfaatkan data pentadbiran daripada lima ahli teras1 dan sepuluh ahli satelit2. Data pentadbiran yang sedia ada (contohnya pendaftaran, urus niaga dan penyimpanan rekod) daripada pelbagai kementerian dan agensi, boleh digabungkan dan digunakan dengan berkesan melalui kaedah perangkaan terkini. Gabungan dan penggunaan ini berpotensi untuk mengubah analisis data bagi pembentukan dasar menerusi pendekatan yang lebih berfokus dan berasas. Data ini termasuklah data pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang boleh digunakan untuk mengukuhkan statistik guna tenaga bulanan. Selain itu, maklumat yang diambil daripada Sistem Insurans Pekerjaan (Employment Insurance System, EIS) yang baru dilaksanakan ini membolehkan keadaan pengangguran dalam ekonomi dikemas kini dengan kerap.
Meskipun masih pada peringkat awal penubuhannya, MBLS telah pun menerbitkan data tentang produktiviti pekerja, guna tenaga serta gaji dan upah berdasarkan Banci Ekonomi 2016, dengan matlamat jangka panjang yang merangkumi perangkaan daripada sektor tidak rasmi dan kos pekerja. Hal ini juga dijangka mendorong ke arah penyelidikan yang lebih mendalam oleh ahli akademik, kumpulan pemikir dan penganalisis, sementara menyumbang terhadap pengenalpastian perumusan dan campur tangan dasar yang lebih baik (contohnya, menambah baik program latihan dan pembangunan tenaga mahir, pembaharuan pendidikan).
MBLS merupakan kesinambungan usaha yang dibuat sebelum ini untuk mengukuhkan landskap perangkaan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk data yang lebih pelbagai, lebih kerap dan lebih terperinci. Inisiatif ini bukan sesuatu yang boleh dilaksanakan secara bersendirian, namun usaha ini perlu dilakukan sejajar dengan kajian semula perangkaan dalam sektor awam untuk mengukuhkan tadbir urus semasa dan aturan institusi. Hal ini bertujuan untuk memastikan sistem perangkaan di Malaysia terus relevan, progresif dan berkesan untuk mendepani zaman yang cepat berubah.
1 Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Sumber Manusia (MOHR).
2 Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (Institute of Labour Market Information and Analysis, ILMIA), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (AGD).
26 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Kebanyakan Sektor Ekonomi Mencatat Pertumbuhan Lebih Tinggi
Dari segi penawaran, kebanyakan sektor mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi pada tahun 2017. Prestasi pertumbuhan Malaysia tetap dipacu terutamanya oleh sektor perkhidmatan dan perkilangan, yang memperoleh manfaat daripada keadaan dalam dan luar negeri yang bertambah baik dengan ketara.
Sektor perkhidmatan berkembang pada kadar yang lebih pesat sebanyak 6.2% (2016: 5.6%) berikutan peningkatan prestasi dalam kebanyakan subsektor. Dari sudut pengguna, keadaan pasaran pekerja dan sentimen pengguna yang bertambah baik telah membantu pertumbuhan subsektor runcit, makanan & minuman dan penginapan serta kenderaan bermotor. Subsektor kewangan dan insurans mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi berikutan peningkatan yang kukuh dalam aktiviti pasaran modal, khususnya daripada tawaran awam awal. Pertumbuhan subsektor pengangkutan dan penyimpanan disokong oleh pertumbuhan yang lebih mantap dalam perdagangan dan trafi k penumpang udara. Pertumbuhan subsektor maklumat dan komunikasi juga lebih tinggi, mencerminkan permintaan yang meningkat terhadap perkhidmatan komunikasi data dan komputer.
Sektor perkilangan terus berkembang pada tahun 2017 (6.0%; 2016: 4.4%), dipacu oleh pertumbuhan industri berorientasikan dalam negeri yang lebih tinggi serta peningkatan yang berterusan dalam industri berorientasikan eksport. Dalam industri berorientasikan dalam negeri, pengeluaran kelengkapan pengangkutan komersial dan pengguna kembali pulih, setelah mengalami kemerosotan dalam pengeluaran kenderaan bermotor pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan industri berorientasikan dalam negeri terus disokong oleh permintaan yang stabil terhadap produk berkaitan makanan dan bahan berkaitan pembinaan. Pertumbuhan industri berorientasikan eksport berkadaran dengan pemulihan menyeluruh dalam permintaan global, yang menyokong peningkatan pengeluaran E&E dan produk berasaskan sumber seperti produk berkaitan minyak sawit dan petroleum.
Sektor pembinaan mencatat pertumbuhan yang sederhana sebanyak 6.7% (2016: 7.4%). Pertumbuhan ini sebahagian besarnya disokong oleh subsektor kejuruteraan awam, disebabkan oleh kemajuan yang mantap dalam projek petrokimia, pengangkutan dan utiliti yang berskala besar. Subsektor pertukangan khas mendapat manfaat daripada peningkatan aktiviti projek yang berada pada peringkat awal pembinaan, seperti kerja pembersihan tanah, kerja cerucuk dan kerja penambakan tanah. Pertumbuhan subsektor harta tanah kediaman menjadi sederhana, sejajar dengan rekod tertinggi bilangan harta tanah kediaman yang tidak terjual. Dalam subsektor harta tanah bukan kediaman, pertumbuhan disokong oleh peningkatan aktiviti pembangunan campuran serta projek industri dan sosial seperti taman tema dan kompleks sukan, yang mengimbangi kelemahan yang berterusan dalam segmen komersial disebabkan oleh lebihan bekalan ruang pejabat dan kompleks beli-belah.
Pertumbuhan pengeluaran pertanian melonjak kepada 7.2% (2016: -5.1%), dipacu terutamanya oleh pemulihan pengeluaran minyak sawit mentah (crude palm oil, CPO), berikutan pemulihan kadar hasil selepas mengalami kesan negatif El Niño pada tahun 2016.
Jadual 1
KDNK Benar Mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi (2010=100)
2017a 2016 2017a 2016 2017a
% daripada KDNK
Perubahan tahunan (%)Sumbangan kepada
pertumbuhan (mata peratusan)1
Perkhidmatan 54.4 5.6 6.2 3.0 3.4
Perkilangan 23.0 4.4 6.0 1.0 1.4
Perlombongan dan pengkuarian 8.4 2.2 1.1 0.2 0.1
Pertanian 8.2 -5.1 7.2 -0.4 0.6
Pembinaan 4.6 7.4 6.7 0.3 0.3
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Benar 100.01 4.2 5.9 4.2 5.9
1 Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan dan pengecualian komponen duti inport a Awalan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
27Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
SEKTOR LUARAN
Prestasi sektor luaran Malaysia kukuh, disokong oleh peningkatan ketara pertumbuhan dan aktiviti perdagangan global, serta sentimen pelabur antarabangsa yang bertambah baik Pada tahun 2017, sektor luaran Malaysia meningkat dengan ketara di persekitaran ekonomi global yang bertambah baik secara menyeluruh dan volatiliti pasaran kewangan antarabangsa yang secara relatif rendah. Sebagai sebuah ekonomi yang sangat terbuka terhadap aliran perdagangan dan pelaburan antarabangsa, Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk meraih manfaat daripada keadaan yang menggalakkan ini. Seterusnya, keadaan ini menyumbang kepada prestasi eksport yang memberangsangkan, lebihan akaun semasa yang lebih tinggi, aliran masuk FDI yang berterusan dan aliran masuk semula pelaburan portfolio oleh pelabur antarabangsa. Hutang luar negeri Malaysia menurun, dengan risikonya dikurangkan oleh profil mata wang dan tempoh matang yang memuaskan. Rizab antarabangsa yang mencukupi terus menjadi penampan daripada sebarang potensi kejutan dan volatiliti sektor luaran.
Eksport yang mantap, didorong oleh pertumbuhan dua angka dalam jumlah eksport dan harga eksport yang kembali pulih Berlatarkan pertumbuhan yang segerak dan semakin nyata di negara maju dan negara yang sedang pesat membangun, aktiviti perdagangan global meningkat semula, terutamanya di rantau Asia. Malaysia memperoleh manfaat yang besar daripada peningkatan semula permintaan luaran rakan-rakan perdagangannya, disokong oleh integrasi ekonomi Malaysia yang mendalam dengan rantaian nilai global, serta komposisi produk dan pasaran eksport yang sangat pelbagai.
Dalam sektor perlombongan, pertumbuhan menjadi sederhana kepada 1.1% (2016: 2.2%), mencerminkan pelarasan sukarela bekalan minyak mentah oleh PETRONAS, sejajar dengan perjanjian OPEC untuk membataskan pengeluaran minyak mentah sehingga akhir tahun 2018. Pertumbuhan ini terus disokong oleh peningkatan pengeluaran dalam subsektor gas asli yang mencerminkan pertambahan kemudahan kapasiti gas asli.
Kenaikan eksport kasar yang pesat pada tahun 2017 didorong terutamanya oleh jumlah eksport (Rajah 1.5), yang mencatat pertumbuhan dua angka buat kali pertama sejak tahun 2004 (11.1%, 2016: 2.6%). Pertumbuhan yang lebih cepat dalam jumlah eksport didorong oleh eksport perkilangan, berikutan permintaan global berwajaran eksport yang lebih tinggi (3.6%, 2016: 3.1%). Pemulihan perbelanjaan pengguna dan perniagaan global, sejajar dengan pelancaran peranti pintar utama yang popular dan pelaburan dalam jentera dan peralatan, telah mendorong peningkatan pesat kitaran teknologi global. Perkembangan ini menyebabkan permintaan yang lebih kukuh terhadap produk E&E, dengan jumlah eksport meningkat sebanyak 16.8% pada tahun 2017 (2016: 3.4%), didorong terutamanya oleh eksport semikonduktor. Hasilnya, bahagian pasaran global bagi eksport semikonduktor Malaysia meningkat kepada 5.9%2 (2016: 5.7%). Jumlah eksport produk perkilangan bukan E&E juga kembali pulih dengan ketara (11.4%; 2016: -0.9%),
Rajah 1.5: Sumbangan Jumlah Eksport, Harga Produk dan Kadar Pertukaran kepada Pertumbuhan Eksport Kasar
Pertumbuhan eksport kasar yang kukuh didorong oleh jumlah eksport
a Awalan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
1.6 1.2
18.9
-30
-20
-10
0
10
20
30
2015 2016 2017a
Jumlah eksport Harga produk Kadar pertukaranEksport nominal
Perubahan tahunan (%), sumbangan kepada pertumbuhan (mata peratusan)
2 Angka bagi bulan Januari-November 2017, seperti yang disiarkan oleh Global Trade Atlas.
28 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
dipacu oleh permintaan yang teguh terhadap keluaran petroleum, kimia dan getah serta besi dan keluli. Walau bagaimanapun, jumlah eksport komoditi meningkat sederhana kepada 2.2% (2016: 9.5%). Pengeluaran LNG daripada kemudahan pengeluaran baharu di Sarawak yang lebih tinggi. Ini sebahagiannya telah diimbangi oleh eksport minyak mentah yang lebih rendah berikutan persetujuan OPEC untuk mengehadkan pengeluaran minyak.
Harga produk eksport yang secara keseluruhan pulih (4.3%; 2016: -7.4%) memberikan dorongan tambahan kepada pertumbuhan eksport kasar. Ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya bagi eksport komoditi, yang meraih manfaat daripada pemulihan harga minyak mentah (+21.7%) dan LNG (+13.6%) pada tahun 2017 (2016: masing-masing sebanyak -16.1% dan -26.9%). Harga eksport perkilangan pada amnya kekal mampan selepas menurun selama tiga tahun berturut-turut (2014-2016: -9.2%), disokong sebahagiannya oleh harga jualan purata yang lebih tinggi bagi komponen elektronik seperti semikonduktor dan cip memori untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat dan keadaan penawaran yang lebih ketat. Hal ini ditunjukkan oleh kadar penggunaan kapasiti yang sangat tinggi dalam sektor perkilangan di kebanyakan ekonomi utama seperti EU, AS dan RR China, yang mencatat paras tertinggi selepas Krisis Kewangan Global (Global Financial Crisis, GFC).
Dengan mengetepikan kesan pergerakan kadar pertukaran mata wang, Malaysia muncul sebagai pengeksport ketiga terbaik di rantau ini dalam nilai dolar AS selepas Indonesia dan Korea, dengan peningkatan eksport kasar sebanyak 14.9% (2016: -4.8%, Rajah 1.6). Hal ini menunjukkan bahawa kadar pertukaran mata wang bukanlah pemacu utama bagi prestasi pertumbuhan eksport kasar yang kukuh. Import kasar mencatat pertumbuhan dua angka sebanyak 19.9% (2016: 1.9%), mencerminkan terutamanya import yang lebih tinggi untuk barangan pengantara, barangan modal, dan barangan untuk eksport semula. Import barangan pengantara dan barangan modal yang lebih kukuh (masing-masing sebanyak 20.0% dan 15.3%) adalah sejajar dengan eksport perkilangan yang mantap dan pelaburan yang lebih pesat dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan. Import barangan bernilai tinggi, termasuk struktur terapung, kapal minyak dan gas serta pesawat udara memberi dorongan tambahan kepada import modal, terutamanya pada suku pertama tahun 2017. Aktiviti eksport semula yang lebih baik didorong terutamanya oleh produk petroleum dan E&E, bagi memenuhi terutamanya permintaan serantau.
Secara keseluruhan, imbangan perdagangan Malaysia meningkat kepada RM97.2 bilion
Rajah 1.7: Imbangan Perdagangan Mengikut Komoditi
Imbangan perdagangan yang lebih tinggi disokong oleh lebihan dalam E&E dan komoditi yanglebih besar RM bilion
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Perkilangan
Keluaran petroleumPetroleum mentah
Gas asli cecair (LNG)
Minyak sawit
Lain-lain
Imbangan perdagangan
a Awalan
2013 2014 2015 2016 2017a-50
0
50
100
150
Rajah 1.6: Prestasi Eksport Serantau dalam Nilai Dolar AS
Pertumbuhan eksport kasar yang lebih teguh (dalam nilai dolar AS) selaras dengan negara-negara serantau
2016 2017a
a Awalan*Eksport dalam negeri bukan minyak
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bloomberg
-3.5-5.9
-4.8
-1.7 -2.4
16.4 15.814.9
13.2
10.1
0.5
-3.1
-7.7
9.9 9.5
7.9
-10
-5
0
5
10
15
20
Indonesia Korea Malaysia China Taipei Thailand Singapura*Filipina RR China
Perubahan tahunan (%)
29Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Perkembangan Kadar Syarat Perdagangan Malaysia
Kadar syarat perdagangan merujuk kepada harga eksport sesebuah negara berbanding dengan harga importnya. Kadar syarat perdagangan boleh ditafsirkan sebagai jumlah barangan yang diimport yang boleh dibeli oleh sesebuah negara untuk satu unit barangan yang dieksportnya. Kadar syarat perdagangan diwakili oleh suatu indeks, yang dikira dengan membahagikan indeks harga eksport dengan indeks harga import dan didarab dengan 100. Kadar syarat perdagangan yang bertambah baik menunjukkan bahawa bagi setiap unit eksport yang dijual, lebih banyak unit barangan import yang boleh dibeli. Sebagai perbandingan, apabila kadar syarat perdagangan bertambah buruk, negara perlu mengeksport lebih banyak unit untuk paras import yang sama.
Kadar syarat perdagangan Malaysia bertambah baik pada tahun 2017, tetapi kadar ini mengalami trend yang menurun sejak tahun 2011. Ini disebabkan terutamanya oleh:• Kemerosotan harga komoditi; dan• Harga eksport perkilangan yang lemah disebabkan oleh persaingan yang lebih tinggi dan konsolidasi industri, terutamanya dalam sektor E&E.
Pada asas tahun ke tahun, kadar syarat perdagangan Malaysia mengukuh pada tahun 2017. Sejak mencatat paras terendah pada bulan Mac 2016 sebanyak 96.0 mata, kadar syarat perdagangan bertambah baik berikutan pemulihan harga komoditi dan harga yang lebih tinggi untuk eksport perkilangan. Kadar syarat perdagangan mencapai paras kemuncak pada 98.0 mata pada bulan Februari 2017, sebelum menjadi sederhana sedikit kepada 97.7 mata pada bulan Disember 2017.
Kadar syarat perdagangan yang bertambah baik menjana kesan limpahan yang positif kepada aktiviti ekonomi dalam negeri. Pertama, permintaan terhadap produk eksport Malaysia yang meningkat mendorong permintaan yang lebih tinggi terhadap pekerja dan peningkatan upah. Trend ini sangat ketara terutamanya dalam sektor perkilangan, yang mencatat pertumbuhan guna tenaga dan upah yang mantap. Pencerahan yang diperoleh daripada pengawasan yang dijalankan oleh pejabat wilayah Bank juga menunjukkan bahawa firma-firma dalam sektor perkilangan yang berorientasikan eksport melaporkan jumlah kerja lebih masa yang bertambah untuk meningkatkan pengeluaran dan memenuhi pesanan. Seterusnya, keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik ini menghasilkan pendapatan isi rumah dan perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi. Kedua, pesanan eksport yang meningkat dan kadar penggunaan kapasiti yang lebih tinggi1 (82.6%; 2016: 77.5%) menyebabkan lebih banyak firma menjalankan aktiviti pelaburan. Hasil dan keuntungan yang lebih besar juga dijana kerana firma-firma memperoleh manfaat daripada harga jualan purata yang lebih tinggi dan jumlah jualan yang meningkat.
Rajah 1: Kadar Syarat Perdagangan Malaysia
Harga eksport Harga import Kadar syarat perdagangan
a Awalan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
95
100
105
110
115
120
Indeks
Kadar syarat perdagangan bertambah baik padatahun 2017
2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017a
1 Sumber: Kadar penggunaan kapasiti daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
(2016: RM88.1 bilion), disokong oleh lebihan E&E dan komoditi yang lebih tinggi, yang mengimbangi defi sit yang berterusan dalam barangan perkilangan bukan E&E, seperti jentera, peralatan dan alat ganti, peralatan pengangkutan serta keluaran besi dan keluli.
Imbangan akaun semasa meningkat kepada RM40.3 bilion, atau 3.1% daripada PNK, berbanding dengan tahun sebelumnya (2016: RM29.0 bilion atau 2.4% daripada PNK). Akaun semasa mencatat lebihan yang lebih tinggi, terutamanya disebabkan
30 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
oleh lebihan barangan yang lebih besar3 berikutan prestasi eksport yang kukuh. Ini lebih daripada mengimbangi defisit yang bertambah dalam akaun perkhidmatan dan akaun pendapatan primer. Sejajar dengan aktiviti perdagangan yang mantap dan pelaburan dalam negeri yang lebih tinggi, akaun perkhidmatan mencatat defisit yang lebih besar, terutamanya disebabkan oleh pertambahan defisit dalam perkhidmatan pengangkutan dan insurans (masing-masing sebanyak -RM29.7 bilion dan -RM8.9 bilion). Defisit pengangkutan mencerminkan pergantungan yang tinggi terhadap penyedia perkhidmatan asing terutamanya dalam segmen pengangkutan laut dan udara. Walau bagaimanapun, segmen penumpang udara dan pelabuhan terus mencatat lebihan imbangan bersih. Lebihan yang lebih tinggi dicatat dalam akaun perjalanan (RM33.0 bilion; 2016: RM31.5 bilion), didorong terutamanya oleh perbelanjaan per kapita yang lebih besar oleh pelancong di Malaysia. Ini mengimbangi jumlah ketibaan pelancong yang lebih rendah (25.9 juta pelancong; 2016: 26.8 juta pelancong), yang mencerminkan penurunan jumlah pelancong terutamanya dari ASEAN, India, UK dan Australia.
Dalam akaun pendapatan, defi sit pendapatan primer bertambah kepada RM36.1 bilion (2016: -RM34.6 bilion). Ini disebabkan oleh pendapatan pelaburan yang lebih besar terakru kepada FDI di Malaysia terutamanya dalam sektor perkilangan berikutan prestasi entiti multinasional yang berorientasikan eksport yang sangat memberangsangkan. Defisit ini sebahagiannya diimbangi oleh pendapatan yang lebih tinggi daripada pelaburan langsung di luar negeri (direct investment abroad, DIA) oleh syarikat Malaysia terutamanya dalam sektor kewangan & insurans dan perkilangan, yang disokong oleh persekitaran ekonomi global yang lebih baik. Pulangan FDI terus mengatasi pulangan DIA, dengan masing-masing mencatat pulangan sebanyak 10.6% dan 5.1% (2016: masing-masing sebanyak 9.3% dan 3.7%). Akaun pendapatan sekunder mencatat defisit yang besar (-RM18.6 bilion: 2016: -RM18.6 bilion) didorong oleh pengiriman wang oleh pekerja asing.
Aliran modal rentas sempadan yang ketara
Akaun kewangan mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM2.3 bilion (2016: aliran keluar bersih RM1.1 bilion), disebabkan oleh aliran masuk pelaburan jangka panjang yang berterusan oleh bukan pemastautin dalam bentuk FDI, dan pelaburan semula portfolio oleh bukan pemastautin. Keadaan ini didorong oleh pertumbuhan dalam negeri yang teguh, prospek pertumbuhan global yang bertambah baik, dan keadaan volatiliti dalam pasaran kewangan yang berkurang. Aliran masuk ini sebahagiannya diimbangi oleh DIA, meskipun pada kadar yang lebih sederhana, dan pelaburan portfolio di luar negeri oleh bank pemastautin dan pelabur institusi.
Akaun pelaburan langsung mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM12.4 bilion (2016: aliran masuk bersih RM14.1 bilion), disebabkan aliran masuk FDI bersih yang melebihi aliran keluar bersih DIA. Prestasi pertumbuhan dan prospek ekonomi yang bertambah baik memberi sokongan kepada daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan oleh pelabur antarabangsa. Hal ini mendorong aliran masuk pelaburan langsung jangka panjang yang berterusan oleh bukan pemastautin. Aliran masuk FDI berjumlah RM39.2 bilion, bersamaan dengan 3.0% daripada PNK (2016: aliran masuk bersih RM47.2 bilion atau 3.9% daripada PNK),
3 Perbezaan antara lebihan barangan dengan lebihan perdagangan mungkin timbul berikutan pengecualian untuk barangan pemprosesan, penyimpanan dan pengagihan dalam akaun barangan mengikut Manual Imbangan Pembayaran dan Kedudukan Pelaburan Antarabangsa (BPM6) Edisi Keenam oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
-80
-40
0
40
80
120
160
2013 2014 2015 2016 2017a
RM bilion % daripada PNK
Pendapatan primer
Barangan Perkhidmatan
Pendapatan sekunder
Rajah 1.8: Imbangan Akaun Semasa
Lebihan akaun semasa yang lebih tinggi pada tahun 2017 disebabkan terutamanya oleh lebihan barangan yang lebih besar
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
a Awalan
Imbangan akaun semasa, % daripada PNK (skala kanan)
-8
-4
0
4
8
12
16
31Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
terutamanya dalam bentuk suntikan modal ekuiti daripada syarikat induk di luar negeri dan keuntungan tertahan untuk pelaburan semula dalam ekonomi domestik berikutan keuntungan korporat yang lebih tinggi. Dari segi sektor ekonomi, FDI kekal menyeluruh. Sektor penerima terbesar ialah perkhidmatan bukan kewangan, terutamanya subsektor harta tanah dan maklumat dan komunikasi. FDI dalam sektor perlombongan juga lebih tinggi, dengan peningkatan sebanyak 54% daripada tahun sebelumnya untuk menyokong aktiviti penerokaan dan pengekstrakan minyak dan gas huluan yang berterusan berikutan pemulihan harga minyak global. Dari segi negara sumber, Eropah dan Asia merupakan penyumbang FDI yang besar, terutamanya Hong Kong SAR, RR China dan UK. DIA oleh syarikat Malaysia mencatat aliran keluar bersih yang lebih sederhana sebanyak RM26.8 bilion, bersamaan dengan 2.0% daripada PNK (2016: aliran keluar bersih RM33.1 bilion atau 2.8% daripada PNK). Punca pelaburan adalah terutamanya dalam bentuk pendapatan tertahan dan pemberian pinjaman antara syarikat kepada subsidiari di luar negeri. Berdasarkan sektor, DIA disalurkan terutamanya kepada subsektor kewangan dan insurans. DIA dalam sektor perlombongan pula merosot, berikutan penurunan dalam aktiviti pelaburan minyak dan gas huluan di luar negeri oleh syarikat minyak negara. ASEAN dan
Eropah merupakan penerima utama DIA daripada syarikat Malaysia, terutamanya Singapura, Indonesia serta UK.
Rizab mencukupi dan hutang luar negeri terurus, sementara aliran modal besar disalurkan secara cekap dalam pasaran kewangan domestik Akaun pelaburan portfolio mencatat aliran keluar bersih yang lebih rendah sebanyak RM9.2 bilion (2016: aliran keluar bersih RM15.4 bilion). Ini disebabkan terutamanya oleh perubahan aliran pelaburan portfolio oleh bukan pemastautin yang mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM7.3 bilion (2016: aliran keluar bersih sebanyak RM0.4 bilion), dalam keadaan pemerolehan aset asing bersih oleh pengurus dana pemastautin (aliran keluar bersih RM16.5 bilion; 2016: aliran keluar bersih sebanyak RM15.0 bilion). Meskipun berlaku volatiliti pada suku pertama, aliran pelaburan portfolio oleh bukan pemastautin telah kembali semula ke dalam pasaran modal domestik, mencerminkan pembelian sekuriti ekuiti domestik, yang sebahagiannya diimbangi oleh pelupusan bersih sekuriti hutang domestik jangka pendek pada suku pertama tahun 2017. Khususnya, pegangan asing Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) menurun pada suku pertama berikutan pengimbangan semula dedahan aset dalam ekonomi pasaran sedang pesat membangun oleh pengurus aset antarabangsa.
Rajah 1.9: Pelaburan Langsung Asing Bersih Mengikut Sektor
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
a Awalan
1 Pelaburan langsung asing seperti yang ditakrifkan mengikut Manual Imbangan Pembayaran Edisi Kelima (BPM5) oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
2017a: RM39.2 bilion
Perkhidmatanbukan kewangan
40.0%
Perlombongan32.3%
Perkilangan15.6%
Perkhidmatankewangan
7.2%
Pembinaan4.6%
Pertanian0.2%
Pelaburan langsung asing1 disalurkan kebanyakannya ke dalam sub-sektor perkhidmatanbukan kewangan
Rajah 1.10: Pelaburan Langsung Luar Negeri BersihMengikut Sektor
Pelaburan langsung luar negeri1 disalurkan kebanyakannya ke dalam sektor perkhidmatan
1 Pelaburan langsung luar negeri seperti yang ditakrifkan mengikut Manual Imbangan Pembayaran Edisi Kelima (BPM5) oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
a Awalan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Perkhidmatankewangan 45.8%
Perkhidmatan bukankewangan
22.5%
Perlombongan10.3%
Perkilangan14.2%
Pertanian5.6%
Pembinaan1.7%
2017a:RM26.8 bilion
32 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Hal ini berlaku pada bulan Mac 2017, apabila pasaran menjangkakan bahawa Federal Reserve AS akan mengembalikan dasar monetarinya ke tahap wajar. Di samping itu, berlaku semula volatiliti dalam harga minyak global dan pengurangan yang ketara terhadap wajaran Malaysia dalam Indeks GBI-EM JP Morgan berikutan penyertaan Argentina, Republik Czech dan Uruguay dalam indeks tersebut. Akibatnya, pemegangan instrumen hutang awam oleh bukan pemastautin menurun kepada 16.4% pada akhir suku pertama (akhir bulan Disember 2016: 20.8%). Pasaran kewangan Malaysia yang mendalam dan pelbagai, serta sistem perbankan negara dengan permodalan dan mudah tunai yang tinggi telah menyalurkan dengan baik aliran dana yang besar itu. Kehadiran pelabur institusi domestik telah menyokong permintaan semasa tempoh tekanan pasaran kewangan dan aliran keluar modal. Walaupun sekuriti hutang mencatat aliran keluar bersih, pelabur asing kembali membeli sekuriti ekuiti pada suku pertama tahun 2017 (akhir bulan Mac 2017: bukan pemastautin memegang 22.4% daripada jumlah permodalan pasaran; akhir bulan Disember 2016: 22.3%), dalam keadaan pendapatan korporat yang lebih kukuh serta prestasi ringgit dan prospek ekonomi yang lebih baik. Aliran pelaburan portfolio bukan pemastautin masuk semula ke dalam pasaran kewangan domestik dalam keadaan volatiliti pasaran kewangan yang lebih rendah pada tahun 2017. Sentimen pelabur yang bertambah baik telah disokong oleh jangkaan pendapatan korporat yang lebih baik, pertumbuhan eksport yang terus kukuh, prestasi ekonomi
yang lebih baik daripada jangkaan dan prospek pertumbuhan ekonomi dalam negeri. Faktor-faktor ini menyokong aliran masuk pelaburan portfolio oleh bukan pemastautin ke dalam pasaran ekuiti dan hutang, walaupun terdapat beberapa bahagian MGS dan GII yang telah matang. Hasilnya, pemegangan sekuriti ekuiti dan instrumen hutang awam domestik masing-masing meningkat 23.2% dan 17.7% pada akhir bulan Disember 2017.
Akaun pelaburan lain mencatat aliran keluar bersih sebanyak RM1.3 bilion (2016: aliran masuk bersih RM1.0 bilion), disebabkan terutamanya oleh aliran keluar bersih dalam sektor korporat. Hal ini mencerminkan terutamanya penempatan mata wang dan deposit di luar negeri serta pembayaran balik bersih pinjaman kepada bukan pemastautin. Aliran keluar ini sebahagiannya diimbangi oleh aliran masuk bersih dalam sektor perbankan, disebabkan terutamanya oleh penempatan mata wang dan deposit dalam institusi kewangan domestik, pemberian pinjaman kepada bank-bank Malaysia oleh institusi kewangan di luar negeri dan pembayaran balik pinjaman yang sebelum ini diberikan oleh bank tempatan. Urus niaga antara bank ini, yang berbeza dari segi magnitud dan arah pada setiap suku tahun, menekankan strategi pengurusan perbendaharaan oleh institusi perbankan individu. Sektor awam mencatat aliran keluar bersih, disebabkan oleh pembayaran balik pinjaman jangka panjang oleh kerajaan. Kesilapan dan ketinggalan (errors and omissions, E&O) berjumlah -RM51.9 bilion, atau -2.9% daripada jumlah perdagangan (2016: -RM13.2 bilion atau -0.9% daripada jumlah perdagangan), sebahagiannya disebabkan oleh kerugian penilaian semula pertukaran asing ke atas rizab antarabangsa yang timbul daripada peningkatan nilai ringgit pada tahun 2017. Tidak termasuk kerugian penilaian semula, E&O menurun kepada -RM26.3 bilion, atau -1.5% daripada jumlah perdagangan.
Berikutan perkembangan ini, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD102.4 bilion pada akhir tahun 2017 berbanding dengan USD94.5 bilion pada akhir tahun 2016. Di samping sokongan daripada lebihan akaun semasa yang lebih tinggi dan aliran masuk FDI yang berterusan, paras rizab juga mencerminkan perubahan penilaian semula pertukaran asing. Penyusutan nilai dolar AS berbanding dengan kebanyakan mata wang dalam aset rizab pelbagai mata wang asing pada tahun 2017, kecuali pada suku tahun pertama, menyumbang kepada kenaikan paras rizab. Pada 15 Mac 2018, rizab antarabangsa
Rajah 1.11: Pelaburan Portfolio
Aliran masuk semula pelaburan portfolio oleh pelabur bukan pemastautin
a Awalan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
RM bilion
Bukan pemastautin Pemastautin Pelaburan portfolio bersih
2016
-40
-30
-20
-10
0
10
20
30
1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 3Q 4Q
2017 a
33Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
berjumlah USD103.9 bilion. Rizab antarabangsa ini kekal mencukupi untuk memudahkan urus niaga antarabangsa dan cukup untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, Malaysia telah membangunkan pelbagai instrumen dasar monetari dan meneruskan fl eksibiliti kadar pertukaran yang lebih tinggi melalui pengurangan kawal selia dan liberalisasi. Ini telah membolehkan ekonomi mengurangkan pergantungan pada rizab antarabangsa Bank dalam menguruskan tekanan luaran. Yang penting, rizab antarabangsa bukan satu-satunya cara bagi negara untuk memenuhi obligasi luarannya. Dianggarkan 75% aset luaran dipegang oleh syarikat, bank dan pelabur institusi tempatan. Aset luaran ini membolehkan entiti-entiti ini memenuhi obligasi luaran tanpa perlu membuat tuntutan ke atas rizab antarabangsa.
Hutang luar negeri terurus
Pada akhir tahun 2017, hutang luar negeri Malaysia menurun kepada RM883.4 bilion bersamaan dengan USD215.5 bilion atau 65.3% daripada KDNK (2016: RM916.1 bilion, bersamaan dengan USD202.3 bilion atau 74.5% daripada KDNK). Hutang luar negeri yang lebih rendah ini disebabkan terutamanya oleh kesan penilaian berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan kebanyakan mata wang pada tahun 2017. Tidak termasuk kesan penilaian, kedudukan hutang luar negeri Malaysia meningkat 1.4% daripada KDNK, disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam peminjaman antara bank dan deposit oleh bukan pemastautin.
Risiko daripada hutang luar negeri kekal terurus. Risiko ini dikurangkan oleh profi l mata wang dan tempoh matang. Lebih satu pertiga daripada hutang luar negeri adalah dalam denominasi ringgit (34.3%), yang terdiri terutamanya dalam bentuk pemegangan sekuriti hutang ringgit domestik dan deposit ringgit dalam institusi perbankan domestik. Oleh itu, liabiliti ini tidak tertakluk pada perubahan penilaian akibat turun naik kadar pertukaran. Sepanjang tahun 2017, jumlah pemegangan sekuriti hutang domestik oleh bukan pemastautin menurun 3.2% kepada RM207.4 bilion (akhir 2016: RM214.2 bilion). Keadaan ini sebahagian besarnya mencerminkan tempoh matang MGS dan GII, serta Nota Monetari Bank Negara (BNMN). Sebaliknya, pemegangan deposit dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin dalam institusi perbankan domestik
meningkat sebanyak RM0.8 bilion atau 1.6% kepada RM50.1 bilion, bersamaan dengan 55.0% daripada jumlah deposit oleh bukan pemastautin.
Bahagian hutang luar negeri selebihnya yang berjumlah RM580.7 bilion (65.7%) adalah dalam mata wang asing, yang tertakluk pada keperluan kehematan dan lindung nilai terhadap institusi perbankan dan entiti korporat. Kebanyakan obligasi merupakan peminjaman luar pesisir4, yang diperoleh terutamanya untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan menguruskan sumber kewangan dengan lebih baik dalam kumpulan korporat. Pada akhir tahun 2017, peminjaman luar pesisir adalah lebih rendah pada 37.5% daripada KDNK berbanding dengan 60.0% daripada KDNK semasa Krisis Kewangan Asia.
Daripada jumlah hutang luar negeri dalam denominasi mata wang asing, kira-kira satu pertiga ialah peminjaman antara bank dan deposit mata wang asing dalam sistem perbankan domestik, yang meningkat sebanyak RM9.9 bilion sejak akhir tahun 2016. Hal ini mencerminkan pengurusan mudah tunai antara kumpulan bank dan penempatan deposit oleh syarikat induk asing, yang tertakluk pada amalan pengurusan mudah tunai berhemat, seperti had dalaman bagi pendanaan dan kematangan yang tidak sepadan. Komponen
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
1 Perubahan setiap instrumen hutang tidak termasuk kesan penilaian kadar pertukaran2 Terdiri daripada kredit perdagangan, peruntukan SDR IMF dan liabiliti hutang lainNota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan
Rajah 1.12: Perubahan Jumlah Hutang Luar Negeri padaTahun 2017
- 51.1
- 6.9- 2.3 - 0.1
0.5 2.77.8
16.6
-60
-50
-40
-30
-20
-10
0
10
20
RM bilionPositif menunjukkan peminjaman bersih atau terbitan sekuriti hutang
Kesanpenilaian
kadarpertukaran
Pemegangansekuritihutang
domestikoleh bukanpemastautin
Pinjamanantara
syarikat
Lain-lain2 Bon dannota
Pinjaman Depositbukan
pemastautin
Peminjamanantarabank
Hutang luar negeri lebih rendah pada tahun 2017 Perubahan bersih1: -RM32.8 bilion
4 Merangkumi terutamanya pinjaman serta bon dan nota dalam mata wang asing yang diperoleh dan diterbitkan di luar pesisir.
34 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017terbesar seterusnya ialah bon dan nota jangka panjang yang diterbitkan di luar pesisir (26.6% bahagian atau RM154.2 bilion), terutamanya untuk membiayai pemerolehan aset di luar negeri yang akan menjana pendapatan akan datang. Pinjaman antara syarikat dalam denominasi mata wang asing adalah lebih rendah sebanyak RM12.9 bilion pada tahun itu, disebabkan oleh pembayaran balik bersih. Obligasi ini biasanya tertakluk pada syarat yang fleksibel dan berkonsesi, contohnya pinjaman yang
mempunyai jadual pembayaran balik yang fleksibel atau pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang lebih rendah.
Dari perspektif tempoh matang, lebih separuh daripada jumlah hutang luar negeri cenderung ke arah tempoh berjangka sederhana hingga panjang (57.3% daripada jumlah hutang luar negeri), yang menggambarkan risiko pelanjutan yang terhad. Di samping itu, bukan semua hutang luar negeri jangka pendek memerlukan tuntutan terhadap rizab. Pada tahun 2017, Malaysia mencatat lebihan akaun semasa yang lebih tinggi berikutan persekitaran permintaan luaran yang menggalakkan, dan terus mengalami kedudukan aset luaran jangka pendek bersih. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan peminjam mempunyai aliran pendapatan mata wang asing yang stabil melalui aktiviti perdagangan dan telah mengumpul aset luaran yang membolehkan mereka memenuhi obligasi luaran. Pada akhir tahun 2017, Malaysia mencatat kedudukan aset jangka pendek bersih berjumlah RM268.1 bilion. Kedudukan aset jangka pendek bersih yang mampan ini mencerminkan keupayaan ekonomi untuk membayar hutang luar negeri jangka pendek apabila tempoh pembayarannya tiba. Selain itu, Malaysia mempunyai kedudukan aset mata wang asing bersih, disebabkan kebanyakan liabiliti adalah dalam ringgit dan aset pula kebanyakannya adalah dalam denominasi mata wang asing. Ini bermakna kedudukan luaran negara dilindungi dengan baik daripada susut nilai kadar pertukaran yang mendadak.
Rajah 1.13: Butiran Hutang Luar Negeri Malaysia (% bahagian)
Profil hutang luar negeri menggalakkan
Sumber: Bank Negara Malaysia
1 Termasuk kredit perdagangan, peruntukan SDR IMF dan pelbagai, seperti tuntutan insurans yang belum dibayar and faedah belum bayar untuk bon dan nota
Lain-lain1
8.8% Pemegangan sekuritihutang domestik olehbukan pemastautin
23.5%
Jangka pendek42.7%
Hutang dalamdenominasi ringgit
34.3%
Hutang dalam denominasimata wang asing
65.7%
Jangka sederhanadan panjang
57.3%
Peminjamanantara bank
19.5%
Bon dan nota17.6%
Pinjamanantara syarikat
14.3%
Pinjaman6.0%
Deposit bukanpemastautin
10.3%
Peminjamanluar pesisir
Risiko pembiayaansemula terhad
Tertakluk kepadakeperluan kehematandan lindung nilai
Mengikut instrumen Mengikut tempoh matang Mengikut mata wang
Rajah 1.14: Butiran Hutang Luar Negeri dalam DenominasiMata Wang Asing (% bahagian)
Hutang dalam denominasi mata wang asing tertakluk kepada keperluan amalan pengurusan mudah tunaiyang berhemat dan keperluan perlindungan nilai
Pinjaman antarasyarikat17.2%
Pinjaman8.9%
Lain-lain1 10.9%
Deposit bukanpemastautin
7.1%
Peminjamanantara bank
29.3%
Bon dan nota26.6%
Peminjamanluar pesisir
1 Termasuk kredit perdagangan dan pelbagai, seperti tuntutan insurans yang belum dibayar dan faedah belum bayar untuk bon dan nota
Sumber: Bank Negara Malaysia
35Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
RM bilion % daripada PNK
Rajah 1.15: Kedudukan Pelaburan Antarabangsa (IIP) Bersih
IIP mencatat liabiliti bersih pada tahun 2017
IIP bersih % daripada PNK (skala kanan)
d Disemak
a Awalan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
-10
-5
0
5
10
15
-100
-50
0
50
100
150
2011 2012 2013 2014 2015 2016d 2017a
sebagai penyerap kejutan dalam mempengaruhi IIP. Peningkatan nilai ringgit telah mengurangkan aset luaran negara, yang sebahagian besarnya adalah dalam denominasi mata wang asing, apabila dinilai dalam ringgit. Impak ringgit yang lebih kukuh ke atas liabiliti luaran adalah lebih kecil memandangkan bahagian liabiliti dalam denominasi ringgit yang tinggi, iaitu dalam bentuk pemegangan sekuriti hutang domestik dan ekuiti serta penempatan deposit dalam sistem perbankan domestik oleh bukan pemastautin.
Infl asi keseluruhan meningkat pada tahun 2017
Infl asi keseluruhan, seperti yang diukur oleh perubahan peratusan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), meningkat kepada 3.7% pada tahun 2017 (2016: 2.1%). Walaupun kadar infl asi ini berada dalam julat unjuran Bank, infl asi pada tahun 2017 masih mengalami volatiliti dan didorong terutamanya oleh harga bahan api dalam negeri yang lebih tinggi. Kos luar negeri dan kos dalam negeri yang lebih tinggi akibat harga komoditi global yang meningkat dan gangguan bekalan makanan dalam negeri juga menyumbang kepada infl asi pada tahun 2017. Walau bagaimanapun, kadar pertukaran ringgit yang lebih kukuh sejak bulan April 2017 membantu mengawal peningkatan dalam kos pengeluaran bagi barangan dalam negeri. Infl asi asas, seperti yang diukur oleh infl asi teras, juga lebih tinggi pada tahun 2017, dengan kadar purata 2.3% (2016: 2.1%).
Di luar negeri, harga komoditi global adalah lebih tinggi pada tahun 2017, didorong oleh kenaikan harga minyak
Sumber: Bank Negara Malaysia
Rajah 1.16: Kedudukan Pelaburan Antarabangsa (IIP) Mengikut Mata Wang
Aset luar negeri dalam mata wang asing melebihi liabiliti luar negeri dalam mata wang asing
Ringgit Mata wang asing
Aset Liabiliti0
200
400
600
800
1,000
1,200
1,400
1,600
1,800
RM billion
1,687.8 1,707.1
Inflasi terasInflasi keseluruhan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
Pertumbuhan tahunan (%)
J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O S O N D
2015 20172016
Rajah 1.17: Inflasi Harga Pengguna
Inflasi keseluruhan meningkat kepada 3.7% pada tahun 2017
0.0
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
Pada akhir tahun 2017, Malaysia mencatat kedudukan liabiliti bersih yang kecil sebanyak RM19.3 bilion, bersamaan dengan -1.5% daripada PNK, berbanding dengan kedudukan aset bersih RM70.1 bilion, atau 5.9% daripada PNK pada tahun 2016. Peningkatan kadar pertukaran (pada akhir tahun 2017) merupakan pemacu utama dalam perubahan kedudukan pelaburan antarabangsa (international investment position, IIP) bersih Malaysia. Ini menekankan peranan kadar pertukaran
36 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
dan makanan. Harga minyak global meningkat berikutan perjanjian OPEC untuk mengurangkan pengeluaran yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017. Permintaan minyak global yang lebih tinggi daripada jangkaan sejak suku kedua tahun 2017, di samping keadaan pengeluaran yang berkurangan menyebabkan inventori menyusut, lantas turut membantu menaikkan harga minyak. Kenaikan harga minyak global juga diburukkan lagi oleh gangguan bekalan yang tidak dijangka di kawasan Pantai Teluk Amerika Syarikat (AS) akibat Taufan Harvey pada akhir bulan Ogos dan ketegangan geopolitik di Timur Tengah menjelang akhir tahun 2017. Harga makanan global juga meningkat pada tahun tersebut, didorong terutamanya oleh permintaan
global yang lebih tinggi dalam keadaan kekurangan bekalan. Indeks Harga Makanan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Food and Agriculture Organisation of the United Nations, FAO) meningkat sebanyak 8% pada tahun 2017 (2016: -1.5%). Selain bijirin, kadar kenaikan harga tahunan bagi kategori makanan lain, terutamanya kategori daging, minyak dan tenusu, meningkat dengan cepat pada suku ketiga tahun 2016, sebelum beransur perlahan pada suku kedua tahun 2017. Khususnya harga minyak sawit turut meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh empat tahun pada suku keempat tahun 2016 akibat kekangan bekalan sebelum menyusut pada bulan Mac 2017. Harga bijirin hanya mula naik pada separuh kedua tahun 2017, sebahagiannya didorong oleh harga gandum yang lebih tinggi berikutan kebimbangan mengenai hasil tanaman susulan kemarau yang bertambah buruk di rantau AS dan Kanada. Harga komoditi global yang lebih tinggi, ditambah pula dengan kenaikan yang sedikit dalam infl asi di negara-negara rakan import, menyebabkan kos menjadi lebih tinggi bagi pengeluar dalam negeri. Di dalam negeri, kos yang lebih tinggi berpunca daripada gangguan bekalan dan penyelarasan harga yang telah berlaku sejak akhir tahun 2016. Pada tahun 2017, terdapat gangguan berselang-selang terhadap bekalan makanan segar disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk semasa musim tengkujuh pada bulan Januari, wabak selesema burung pada bulan Februari dan keadaan laut yang bergelora pada bulan Mei. Hal ini menyebabkan infl asi bagi barangan yang harganya tidak menentu kekal tinggi secara relatif
Inflasi teras Lain-lain*GSTBahan apiInflasi keseluruhan
Mata peratusan
* Lain-lain termasuk barangan yang harganya tidak menentu dan barangan harga ditadbir lain.Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
Rajah 1.18: Sumbangan kepada Inflasi Keseluruhan Mengikut Komponen
Inflasi keseluruhan didorong terutamanya oleh harga bahan api dalam negeri yang lebih tinggi
-2.0
-1.0
0.0
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O S O N D2015 2016 2017
Rajah 1.19: Sumbangan kepada Inflasi Mengikut Kategori
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
Mata peratusan
Lain-lain*
Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain
Makanan dan minuman bukan alkohol
Pengangkutan
2016 2017
* Lain-lain termasuk kategori pakaian dan kasut, minuman alkohol dan tembakau, kesihatan, pendidikan, komunikasi, perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan, hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah, restoran dan hotel serta pelbagai barangan dan perkhidmatan.
-1.0 -0.5 0.0 0.5 1.0 1.5 2.0
Sumbangan daripada kategori pengangkutan dan makanan dan minuman bukan alkohol lebih tinggi
Rajah 1.20: Indeks Harga Makanan FAO
Pertumbuhan tahunan (%)
-40
-30
-20
-10
0
10
20
30
40
50
60
J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O S O N D2016 2017
Indeks Harga Bijirin
Indeks Harga Daging
Indeks Harga Makanan
Indeks Harga Tenusu
Indeks Harga Minyak
Sumber: Indeks Harga Makanan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Harga makanan global meningkat sebanyak 8%
37Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
pada 4.9% (2016: 5.6%, 2011 – 2015: 4.4%). Beberapa kenaikan harga yang berlaku pada separuh kedua tahun 2016 memberikan kesan yang berterusan kepada infl asi hingga tahun 2017, termasuk kenaikan caj TV satelit pada bulan Ogos 2016 dan penghapusan subsidi minyak masak pada bulan November 2016. Walau bagaimanapun menjelang hujung tahun 2017, kesan kenaikan harga ini berakhir dan kadar infl asi menjadi sederhana pada suku keempat.
Dari segi impak terhadap IHP, harga minyak global yang lebih tinggi pada tahun 2017 memberikan kesan langsung terhadap harga bahan api dalam negeri. Harga petrol RON 97, petrol RON 95 dan diesel diselaraskan lebih tinggi masing-masing sebanyak 34 sen, 41 sen dan 47 sen. Kesan terhadap infl asi diburukkan lagi dengan harga minyak global yang ketara lebih rendah dalam tempoh asas pada tahun 2016. Akibatnya, infl asi pengangkutan meningkat kepada 13.2% (2016: -4.6%). Kos luar negeri dan kos dalam negeri yang lebih tinggi memberikan kesan pindahan tidak langsung terhadap harga barangan dan perkhidmatan. Berdasarkan perbincangan dan interaksi industri yang dijalankan oleh Bank5, syarikat-syarikat didapati mengambil peluang atas permintaan yang secara relatifnya lebih kukuh pada tahun 2017 untuk meningkatkan harga runcit mereka lalu mengurangkan kemampatan (compression) margin, terutamanya bagi syarikat dalam kategori makanan di luar rumah serta hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah. Sebagai contoh, makanan segera dan produk makanan berasaskan gandum mengalami semakan harga menaik pada tahun 2017. Peningkatan harga minyak sawit global juga menyebabkan peningkatan harga bagi barangan isi rumah yang tidak tahan lama, seperti serbuk pencuci dan bahan cuci. Walau bagaimanapun, penyelarasan telah dibuat secara sederhana kerana syarikat masih mengambil langkah berhati-hati. Impak tersebut juga agak terkawal disebabkan oleh pengukuhan kadar pertukaran ringgit sejak bulan April 2017. Kesemua semakan harga ini, di samping infl asi sewa yang naik sedikit, menyebabkan infl asi teras meningkat kepada 2.3% pada tahun 2017. Tekanan infl asi dalam ekonomi yang didorong oleh permintaan sebahagian besarnya kekal stabil pada tahun 2017, memandangkan pengurangan dalam stok modal tidak berterusan dan ketiadaan tekanan gaji yang ketara. Pada tahun 2017, fi rma
dalam sektor perkilangan beroperasi pada kadar penggunaan kapasiti yang secara relatifnya tinggi, iaitu sebanyak 82.6% (2016: 77.5%), disokong oleh peningkatan perbelanjaan sektor swasta dan eksport yang lebih tinggi. Walaupun kapasiti lebihan mengecil, keadaan ini tidak menyebabkan tekanan harga yang menyeluruh. Dari segi stok modal, penggunaan kapasiti yang lebih tinggi dijangka menyebabkan keupayaan pengeluaran fi rma berkurangan. Walau bagaimanapun, keadaan yang sebegini dijangka tidak akan berterusan dan tidak akan meningkatkan tekanan infl asi kerana pelaburan yang meningkat, terutamanya dalam
5 Perbincangan dan interaksi industri dijalankan oleh pasukan Pengawasan Ekonomi Wilayah (RES) Bank.
Tenaga kerja Guna tenaga Kadar pengangguran (skala kanan)
2.0
2.5
3.0
3.5
4.0
14,000
14,200
14,400
14,600
14,800
15,000
15,200
S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4
% daripada tenaga kerja'000 orang
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
2016 2017
Rajah 1.22: Kadar Pengangguran, Guna Tenaga dan Tenaga Kerja
Kadar pengangguran kekal stabil kerana pertumbuhan guna tenaga sepadan dengan pertumbuhan dalam tenaga kerja
Rajah 1.21: Pelaburan Swasta di Malaysia dan Kadar Penggunaan Kapasiti dalam Sektor Perkilangan
Kadar penggunaan kapasiti Pelaburan swasta (skala kanan)
0
5
10
15
20
25
30
40
50
60
70
80
90
100
S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4
Kadar (%) Pertumbuhan tahunan (%)
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)
2016 2017
Pertumbuhan pelaburan swasta yang lebih tinggi akan meningkatkan keupayaan pengeluaran firma dalam sektor perkilangan
38 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
jentera dan peralatan, akan meningkatkan keupayaan pengeluaran fi rma dalam jangka panjang bagi memenuhi permintaan yang semakin kukuh. Dalam pasaran pekerja, masih terdapat kapasiti lebihan, meskipun berlaku penurunan pada kadar kurang penggunaan pekerja. Kadar pengangguran pada tahun 2017 kekal stabil (3.4%; 2016: 3.4%) kerana pertumbuhan guna tenaga (2.1%; 2016: 0.7%)
sepadan dengan pertumbuhan dalam tenaga kerja (2.1%; 2016: 1.0%). Meskipun kadar upah pekerja sektor perkilangan meningkat, hal ini diimbangi oleh produktiviti yang lebih tinggi yang menyebabkan kos pekerja seunit menurun. Dalam sektor perkhidmatan, kos pekerja seunit juga lebih rendah berikutan kenaikan kadar upah setiap pekerja yang stabil di samping produktiviti yang meningkat.
39Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Kesan Herotan Pekerja Asing Berkemahiran Rendah1 terhadap Ekonomi
Oleh Ang Jian Wei, Athreya Murugasu, Chai Yi Wei
Pengenalan
Satu prasyarat untuk mencapai status negara maju yang berpendapatan tinggi adalah peralihan kepada tenaga kerja yang 'berproduktiviti tinggi, berpendapatan tinggi'. Pada dasarnya, Malaysia akan memperoleh manfaat dengan peralihan yang jelas daripada ekonomi berasaskan input dan bergantung pada pengurangan kos sebagai sumber kekuatan persaingan, kepada ekonomi yang bersaing berasaskan kualiti tenaga kerja, kemahiran teknikal dan penawaran produk. Peralihan yang sedemikian memerlukan pelaksanaan dasar awam yang selaras, sejajar dan konsisten. Dasar-dasar ini merangkumi pembangunan bakat, penyelidikan dan pembangunan, serta inisiatif penaiktarafan industri. Yang penting, dasar-dasar ini hendaklah berhubungan, disampaikan dengan baik, serta saling memperkukuh antara satu sama lain.
Wawasan negara adalah untuk menjadi sebuah ekonomi yang berlandaskan pengetahuan dan berdaya saing bagi menghasilkan barangan dan perkhidmatan canggih yang berupaya memperoleh harga pasaran pada tahap premium. Walaupun pada masa ini Malaysia telah mencapai kemajuan dalam beberapa bidang, namun ia masih bergantung kuat pada model pengeluaran berkos rendah yang cenderung kepada penggunaan pekerja berkemahiran rendah yang mengekang upah bagi mengekalkan margin perniagaan. Kecenderungan ini berlaku disebabkan sebahagiannya oleh mudahnya pengambilan pekerja asing berkemahiran rendah di Malaysia.
Rencana ini bertujuan memaparkan kos yang ditanggung akibat kebergantungan yang tidak terkawal terhadap pekerja asing berkemahiran rendah dan menghuraikan bagaimana keadaan ini telah menjejaskan usaha Malaysia untuk meningkatkan produktiviti serta mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi serta pendapatan yang lebih baik. Beberapa teras dasar diterangkan bagi meneruskan kemajuan yang telah dicapai dan untuk memastikan dasar ini diselaraskan dengan matlamat ekonomi jangka panjang Malaysia.
Sejarah dan Konteks
Ekonomi Malaysia telah lama mendapat manfaat daripada pendirian mesra imigrasi. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai nisbah penghijrah yang tinggi berbanding dengan jumlah penduduk di Asia Pasifi k (Rajah 1).
1 Merujuk pekerja yang diambil bekerja di bawah Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). Istilah ‘warga asing’ yang digunakan dalam rencana ini merujuk ‘bukan warganegara’ yang diambil daripada Penyiasatan Tenaga Buruh.
Rajah 1: Bahagian Jumlah Penghijrah kepada Populasi
Sumber: Conference Board, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, CEIC,'The World Factbook' CIA
Nisbah penghijrah kepada populasi di Malaysia lebihtinggi berbanding dengan kebanyakan negara serantau 55.3
44.539.5
28.9 25.922.6
8.85.3
2.2 1.8 0.9 0.7 0.6 0.5 0.2 0.1 0.1 0.1 0.1
Mac
au S
AR
Sin
gapu
ra
Hon
g K
ong
SA
R
Aus
tral
ia
Bru
nei
New
Zea
land
Mal
aysi
a
Thai
land
Kor
ea S
elat
an
Jepu
n
Tim
or-L
este
Laos
Mon
golia
Kem
boja
Filip
ina
Mya
nmar
Indo
nesi
a
Vie
tnam
RR
Chi
na
40 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Kebanyakan penghijrah ke Malaysia memiliki pencapaian pendidikan yang rendah. Hanya 5.2%2 daripada penghijrah yang berpendidikan tinggi. Sebaliknya, ekonomi lain seperti Australia, Singapura dan Hong Kong pula memang merancang untuk menarik lebih banyak penghijrah yang berkemahiran3. Pada tahun 1970-an, pekerja asing di Malaysia kebanyakannya diambil bekerja dalam sektor perladangan dan pembinaan di luar bandar dalam jumlah yang kecil bagi memenuhi permintaan bermusim. Proses perindustrian dan pertumbuhan ekonomi yang pesat pada tahun 1980-an telah mengubah situasi daripada kadar pengangguran yang tinggi pada pertengahan tahun 1980-an sehingga mencapai tahap guna tenaga penuh menjelang awal 1990-an, dengan kekurangan tenaga kerja dan kemahiran yang meluas, serta upah yang meningkat4. Ini telah menarik sejumlah besar pekerja asing yang masuk secara berdaftar mahupun tanpa izin. Golongan pekerja ini meringankan tekanan pengeluaran dan serasi dengan pengeluaran nilai ditambah yang rendah di Malaysia pada waktu tersebut. Walau bagaimanapun, langkah yang pada awalnya bersifat sementara5 untuk membantu meringankan kekangan pengeluaran dan membolehkan fi rma mendaki rantaian nilai, kini telah berakar umbi dalam ekonomi Malaysia.
Peratusan pekerja asing yang berdaftar dalam tenaga kerja meningkat dengan ketara daripada 10.8% pada tahun 2002 kepada paras tertinggi 18.8% pada tahun 2007 (Rajah 2). Trend ini hanya mula menurun sejak 2013 meskipun industri kuat menentangnya. Warga asing menguasai lebih satu perlima daripada pekerjaan dalam sektor pertanian, pembinaan dan perkilangan (Rajah 3).
Walaupun Malaysia mendapat manfaat pada masa lampau dengan keadaan ini, peralihan kepada ekonomi berpendapatan tinggi memerlukan anjakan yang besar daripada model perniagaan yang berintensifkan pekerja kepada model ekonomi yang didorong oleh peningkatan produktiviti, kelebihan teknologi dan pengetahuan teknikal yang canggih. Lambakan pekerja kurang mahir pada kos yang rendah ini telah mewujudkan gangguan mendalam yang mengurangkan minat fi rma untuk berubah sikap.
Kos Makroekonomi daripada Pekerja Asing
Yang pentingnya, ketersediaan kumpulan pekerja asing yang berkemahiran rendah dan lebih murah yang mengherot harga faktor domestik adalah amat kritikal kerana keadaan ini tidak menggalakkan industri untuk berkembang. Firma
2 Merujuk pekerja bukan warganegara yang bekerja di Malaysia (Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia)3 8.8% daripada bukan warganegara yang bekerja di Malaysia merupakan pekerja berkemahiran tinggi. Bagi kumpulan yang sama di
Singapura, Hong Kong dan Australia, masing-masing adalah sebanyak 14.0%, 11.6% dan 58.5%.4 Vijayakumari Kanapathy, 2001. International Migration and Labour Market Adjustments in Malaysia: The Role of Foreign Labour
Management Policies. Asian and Pacifi c Migration Journal, Jilid 10, No. 3-4. Filipina.5 Carpio, X. et. al., 2015. Foreign Workers in Malaysia: Labour Market and Firm-Level Analysis.
Rajah 2: Bahagian Pekerja Asing Berdaftar (% daripada tenaga kerja)
Sumber: Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perangkaan Malaysia
Bahagian pekerja asing berdaftar daripada tenaga kerja menurun sejak kebelakangan ini
10.8
18.8
12.0
2002 2005 2008 2011 2014 2017
Had tertinggi 15% yangditetapkan dalam RMK-11
Rajah 3: Bahagian Warga Asing* kepada Guna TenagaMengikut Sektor, 2016 (%)
*Merujuk kepada bukan warganegara dalam Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2016
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Warga asing membentuk lebih daripada satu perlima guna tenaga dalam sektor pertanian, pembinaan dan perkilangan
37.3
22.4 21.2
9.24.9
Pertanian Pembinaan Perkilangan Perkhidmatan Perlombongan
41Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
6 Sheng, A. 2009. From Asian to Global Financial Crisis: An Asian Regulator’s View of Unfettered Finance in the 1990s and 2000s.7 World Bank 2015. Malaysia Economic Monitor: Immigrant Labour; Athukorala, P. et. al. 2012. The Impact of Foreign Labor on Host
Country Wages: The Experience of a Southern Host, Malaysia; Ismail, R. et. al. 2014. The Impact of Foreign Workers on Wages: A Case Study of Malaysian Firms.
8 International Monetary Fund (IMF) 2016. Economic Diversifi cation in Oil-Exporting Arab Countries.
kurang minat untuk menggantikan tenaga kerja dengan teknologi, atau untuk meningkatkan lagi aktiviti nilai ditambah menerusi pengambilan tenaga kerja berkemahiran tinggi kerana tenaga kerja adalah lebih murah berbanding modal. Walaupun pemberian geran dan insentif untuk automasi dan penggunaan teknologi dapat membantu, pakej ini sahaja tidak mencukupi untuk melonjakkan fi rma ke tahap lebih tinggi dalam rantaian nilai. Sejak tahun 2008, sekitar RM8 bilion telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk membantu fi rma dalam usaha mengadaptasi teknologi dan komersialisasi.
Pemerhatian terhadap ekonomi lain yang maju serta ekonomi Asia yang sedang pesat membangun boleh membantu menerangkan hal ini. Walaupun sokongan sektor awam untuk dasar automasi dan kemahiran adalah perkara biasa, usaha meningkat kecekapan dan kecanggihan keupayaan kerap diiringi oleh tekanan kenaikan kos, yang sebahagiannya disebabkan oleh dasar itu sendiri. Faktor-faktor inilah yang telah merangsang gelombang awal pelaburan Jepun ke bahagian lain di Asia pada tahun 1980-an6 dan pelaburan RR China ke Vietnam sejak kebelakangan ini. Walaupun pelaburan ini bertujuan untuk mengambil peluang daripada kos pekerja dan tanah yang lebih murah di negara tempat pelaburan dibuat, segmen perniagaan lain di Jepun dan RR China terpaksa meningkatkan produktiviti dengan mendadak dan menaik taraf industri mereka untuk terus berdaya saing.
Peralihan Malaysia ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju akan terhalang selagi fi rma masih berlumba-lumba untuk mengurangkan kos pekerja dan tidak sanggup membayar lebih, walaupun produktiviti boleh ditingkatkan sekiranya terdapat perubahan. Penggajian pekerja asing yang lebih murah berbanding dengan pekerja tempatan membolehkan majikan mengekalkan upah yang rendah dan dengan itu majikan tiada tekanan untuk mengubah status quo. Hal ini mengganggu mekanisme penetapan upah semula jadi yang sepatutnya boleh menaikkan upah. Kajian7 menunjukkan beberapa jenis tekanan pada upah keseluruhan, khususnya terhadap upah pekerja tempatan berkemahiran rendah. Upah median bagi pekerja asing pada umumnya lebih rendah daripada pekerja tempatan (Rajah 4), terutamanya bagi pekerjaan kemahiran sederhana yang 60.8% daripadanya dikuasai oleh pekerja tempatan. Tidak mustahil dengan kehadiran pekerja asing yang terlalu ramai di sektor swasta dapat melebarkan jurang perbezaan upah dan menghalang peluang pewujudan pekerjaan untuk pekerja tempatan. Keadaan ini boleh dilihat dengan jelas dalam ekonomi Majlis Kerjasama Teluk (Gulf Cooperation Council, GCC), dengan 88% daripada pekerjaan sektor swasta yang diwujudkan dari tahun 2000-2010 terdiri daripada pekerja asing, dan 85% daripada mereka berkemahiran rendah8.
Rajah 4: Gaji Bulanan Median Firma Mengikut Pekerjaan*dan Kewarganegaraan, RM
Penggunaan tenaga pekerja asing dengan upah yang rendah membolehkan majikan mengekalkan kadar gaji yang rendah
Warga tempatan Warga asing
*Berkemahiran tinggi: Klasifikasi Pekerjaan 1 hingga 3; Berkemahiran pertengahan: 4 hingga 8; Berkemahiran rendah: 9
Nota: 1: Pengurus , 2: Profesional, 3: Juruteknik dan profesional bersekutu, 4. Pekerja sokongan perkeranian, 5. Pekerja perkhidmatan dan jualan, 6. Pekerja mahir pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan, 7. Pekerja kraf dan pekerja pertukangan yang berkaitan, 8. Operator dan pemasang mesin dan loji, 9. Pekerjaan asas
Sumber: National Employment Returns 2016
5,00
0
3,65
3
2,58
1
1,75
0
1,48
8
1,50
0
1,70
0
1,53
0
1,02
5
10,0
00
5,05
6
3,65
0
1,44
0
1,00
0
1,00
0
1,16
5
1,00
6
970
1 2 3 4 5 6 7 8 9
Pekerjaan Kemahiran pertengahan
42 Laporan Tahunan 2017
Perkembangan Ekonom
i pada Tahun 2017
4 Laporan Tahunan 2017
Banyak yang telah diperkatakan tentang keengganan pekerja tempatan untuk melakukan kerja 'kotor, berbahaya dan sukar' (dirty, dangerous and diffi cult, 3D). Walaupun faktor budaya dan sifat kerja itu sendiri berperanan dalam menghalang penglibatan pekerja tempatan, namun keadaan upah tempatan juga boleh menjadi penyebab. Daripada kira-kira 200,000 penduduk Malaysia yang berulang-alik setiap hari ke Singapura untuk bekerja, 40% bekerja dalam kategori pekerjaan kemahiran sederhana dan rendah. Keadaan ini didorong terutamanya oleh upah yang lebih tinggi9. Pekerjaan yang dilakukan sama seperti kerja-kerja yang tidak diminati di Malaysia seperti operator dan pemasang jentera dan mesin, tukang cuci dan pekerja kasar. Dengan kata lain, dengan paras upah yang lebih menarik, tenaga kerja Malaysia akan sanggup membuat kerja 3D.
Walaupun ini hanyalah satu contoh, keadaan ini menunjukkan bahawa upah semasa di Malaysia mungkin terlalu rendah untuk menarik minat pekerja tempatan. Para majikan juga enggan menaikkan kadar upah dengan adanya alternatif yang lebih murah dan banyak. Selagi upah untuk pekerja kolar biru terus menghadapi tekanan yang menurun, majikan tidak akan terdesak untuk mengambil langkah meningkatkan produktiviti. Akibatnya, Malaysia berisiko untuk terperangkap dalam kemelut upah dan kemahiran yang rendah.
Buktinya boleh dilihat melalui analisis pewujudan pekerjaan mengikut kemahiran pada tahun 2011-2017. Apabila semua faktor diambil kira, peratusan pekerjaan kemahiran rendah yang diwujudkan di Malaysia pada tahun 2002-2010 meningkat kepada 16% daripada 8% (Rajah 5). Malah, 73% pekerjaan baharu bersih yang diwujudkan pada tahun 2015-2016 diisi oleh warga asing (Rajah 6), dengan kebanyakan mereka mempunyai pendidikan setakat sekolah menengah sahaja. Sebaliknya, pada tempoh yang sama, bilangan graduan di Malaysia meningkat sekitar 880,000 orang, manakala pekerjaan kemahiran tinggi diwujudkan hanya untuk 650,000 orang. Ini bermakna kadar pengangguran dalam kalangan graduan semakin meningkat dari tahun 2011-2016, mengatasi pengangguran dalam kalangan bukan graduan (Rajah 7). Diperhatikan juga bahawa industri yang mempunyai produktiviti rendah juga mempunyai peratusan pekerja asing berkemahiran rendah yang tinggi (Rajah 8), dengan pergantungan yang lebih tinggi pada waktu kerja yang lebih panjang untuk menghasilkan output. Satu kajian10 mendapati bahawa KDNK benar sejam bagi Korea Selatan bertambah daripada USD4.7 pada tahun 1980 kepada USD25.4 pada tahun 2010, manakala Malaysia hanya mencatat kenaikan daripada USD5.3 pada tahun 2000 kepada USD7.1 pada tahun 2010. Jumlah waktu kerja mingguan di Korea Selatan telah berkurang daripada 49 jam kepada 44 jam dari tahun 2000–2008, sementara
9 Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh 2017. A Study on Malaysians Working in Singapore.10 Rasiah, R. et. al. 2015. Industrialization and Labour in Malaysia.
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan anggaran Bank Negara Malaysia*Ditakrifkan sebagai perubahan tenaga kerja bersih
Kemahiran tinggi Kemahiran pertengahan Kemahiran rendah
Rajah 5: Bahagian Pekerjaan Baharu* Mengikut TahapKemahiran
Semakin banyak pekerjaan baharu bersih yang diambil oleh pekerja bekemahiran rendah sejak kebelakangan ini
8% 16%
47%47%
45% 37%
2002-2010 2011-2017
Rajah 6: Bahagian Pekerjaan Baharu* MengikutKewarganegaraan (%)
Sepanjang dua tahun yang lepas, sebahagian besar pekerjaan baharu bersih diambil oleh warga asing
95.5 94.9 87.998.2
35.618.5
4.5 5.112.1
1.8
64.481.5
2011 2012 2013 2014 2015 2016
Warga tempatan Warga asing
Sumber: Anggaran Bank Negara Malaysia dengan menggunakan data Jabatan Perangkaan Malaysia
*Ditakrifkan sebagai perubahan tenaga kerja bersih
43Laporan Tahunan 2017
Perkembangan Ekonom
i pada Tahun 2017
5Laporan Tahunan 2017
Malaysia kekal pada 49 jam. Kaedah berintensifkan pekerja dan waktu kerja yang lebih panjang di Malaysia jelas kurang efi sien berbanding dengan kaedah yang menggunakan kemajuan teknologi dan automasi. Buktinya dapat dilihat melalui jurang purata penggunaan robot dalam industri perkilangan antara Malaysia dengan Asia (Rajah 9). Hal ini menimbulkan persoalan penting. Kemunculan rantaian nilai global (global value chain, GVC) dan sifat teknologi yang menggugat kelaziman boleh menimbulkan dua kemungkinan. Pertama, persaingan dalam segmen nilai ditambah rendah dan yang berintensifkan pekerja berkemungkinan meningkat apabila lebih banyak negara
11 Merujuk bukan warganegara daripada Penyiasatan Tenaga Buruh (Labour Force Survey, LFS) 2016. Meskipun angka ini turut termasuk penghijrah berkemahiran tinggi, 94.6% daripada bukan warganegara ini mempunyai pendidikan setakat sekolah menengah sahaja, menjadikannya penunjuk yang berguna untuk mewakili pekerja asing berkemahiran rendah. LFS juga mengumpulkan maklumat pekerja asing berdaftar dan pekerja asing tanpa izin. Namun begitu, LFS tidak mengumpulkan maklumat pekerja yang tinggal di rumah kongsi, yang mungkin menyebabkan kurang anggaran bagi data pekerja dalam sektor pertanian dan perladangan. Sebaliknya, data Kementerian Dalam Negeri mengenai bilangan pekerja di bawah Pas Lawatan (Pekerjaan Sementara) hanya mengukur bilangan pekerja asing yang berdaftar.
Rajah 8: Bahagian Produktiviti dan Warga Asing11 Mengikut Industri
Produktiviti industri berhubung kait secara negatif dengan bahagian pekerja warga asing
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan anggaran Bank Negara Malaysia
0
20
40
0 100 200 300 400
Perkilangan
Perkhidmatan kewangan
Pertanian
Pembinaan
Maklumat dan komunikasi
Elektrik & gas
Tahap produktiviti, RM ribu
Peratusan pekerja asing, %
Rajah 7: Kadar Pengangguran Graduan dan Bukan Graduan (%)
Kadar pengangguran graduan telah meningkat secara mendadak sejak tahun 2011
4.1
3.3
20122000 2002 2004 2006 2008 2010 2014 2016
Graduan Bukan graduan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan anggaran Bank Negara Malaysia
*Bilangan robot bagi setiap 10,000 pekerja
Rajah 9: Kepadatan Robot* dalam Sektor Perkilangan (2016)
Sumber: International Federation of Robotics
Kepadatan robot di Malaysia adalah lebih rendah berbanding dengan purata Asia
631
488
309 303
189
6834
5
KoreaSelatan
Singapura Jerman Jepun AS RR China Malaysia Indonesia
Purata Asia: 63
44 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
menyertai GVC. Kedua, sifat kitaran teknologi yang pantas berubah apabila digandingkan dengan penurunan harga, akan memberi lebih banyak peluang kepada negara lain untuk memintas dan mengecilkan jurang kemajuan dengan cepat. Dalam dekad yang lalu, kos pekerja di Asia telah meningkat sebanyak 10–15%12, yang mengecilkan jurang kos pekerja dan automasi. Setiap tahun, tempoh yang diperlukan fi rma untuk memperoleh kembali pelaburan dengan penggunaan robot (atau "tempoh bayaran balik") semakin berkurang secara mendadak13. Negara saingan Malaysia juga aktif dalam menaik taraf industri. Pergantungan pada kaedah pengeluaran berasaskan upah dan kos yang rendah adalah strategi jangka panjang yang tidak dapat dipertahankan, dan boleh menyebabkan risiko negara akan tercicir ke belakang.
Kebergantungan Malaysia pada pekerja asing berkemahiran rendah mewujudkan reputasi dalam kalangan pelabur asing sebagai destinasi yang berintensifkan pekerja berkos rendah. Reputasi ini memberi kesan yang semakin besar terhadap jenis pelaburan awal yang dicadangkan oleh pelabur asing ke Malaysia. Kemungkinan besar pelaburan yang dibawa adalah dalam segmen yang kurang kompleks dalam rantaian pengeluaran yang dapat memanfaatkan pengambilan pekerja asing yang mudah diperolehi dan kos pekerja yang lebih rendah. Hal ini menyebabkan entiti multinasional asing memindahkan proses nilai ditambah yang lebih rendah ke Malaysia, dan memindahkan proses dengan produktiviti dan nilai ditambah lebih tinggi ke negara jiran seperti Singapura dan RR China. Akhirnya, reputasi ini dengan sendirinya terus mengikat Malaysia sebagai pusat kos rendah yang akan memerlukan sumber yang besar untuk diperbetulkan. Keadaan ini juga diburukkan lagi oleh penghijrahan bakat tempatan ke negara-negara lain dengan gaji yang lebih tinggi, lantas mengakibatkan berlakunya ‘brain-drain’ (penghijrahan profesional ke luar negara).
Walaupun pengambilan lebih banyak pekerja asing yang berkemahiran rendah mewujudkan pekerjaan kemahiran sederhana dan berbentuk penyeliaan, kesesuaian kaedah ini boleh dipertikaikan. Automasi dan penggunaan teknologi canggih juga boleh mewujudkan permintaan terhadap pekerja berkemahiran lebih tinggi. Keadaan ini biasanya disertai upah yang lebih baik dan boleh diisi oleh graduan menganggur yang dilatih semula.
Terdapat juga beberapa implikasi bukan ekonomi yang perlu dipertimbangkan. Penumpuan pekerja asing yang lebih ramai di kawasan bandar mungkin membebankan kemudahan dan infrastruktur awam, serta menambahkan kos fi skal kepada kerajaan. Sebahagian besar pekerja asing mengirimkan jumlah besar pendapatan mereka ke luar negeri, dan ini mengurangkan jumlah kesan limpahan kepada ekonomi dalam negeri. Pada tahun 2017, jumlah pengiriman wang ke luar negeri kekal besar sebanyak RM35.3 bilion, dengan pekerja asing mencakupi sebahagian besar daripada jumlah pengiriman tersebut.
Kehadiran banyak pendatang tanpa izin ke Malaysia juga menekan dan membimbangkan. Perbezaan anggaran jumlah mereka sangat besar14. Perkara ini menghalang perbincangan dasar dan proses membuat anggaran mengenai impak penuh pengambilan pekerja asing terhadap ekonomi Malaysia. Selain itu, pendatang tanpa izin yang mengelakkan pemeriksaan kesihatan wajib berpotensi menjadi punca pelbagai penyakit berjangkit15.
Perubahan Dasar
Sejak awal tahun 2000, Malaysia, melalui Rancangan Malaysia ke-8, telah berusaha mengurangkan pergantungannya terhadap pekerja asing. Walaupun sukar, ia bukan sesuatu yang tidak dapat diatasi. Sejak Rancangan Malaysia ke-11, usaha untuk menyelesaikan isu ini lebih jelas dan tertumpu. Ikhtiar ini telah menghasilkan penurunan dalam peratusan pekerja asing yang berdaftar daripada 16.1% pada tahun 2013 kepada 12.0% daripada tenaga kerja pada tahun 2017.
12 RBC Global Asset Management. Global Megatrends: Automation In Emerging Markets. 13 Sirkin, H. et.al. 2015. The Robotics Revolution: The Next Great Leap in Manufacturing.14 Julat anggaran adalah antara angka rasmi sebanyak 600,000 orang oleh Jabatan Imigresen (2017) dengan sumber-sumber alternatif
seperti 1.3 juta pekerja tanpa dokumen yang didaftarkan di bawah program 6P pada tahun 2013 (tidak termasuk Sabah dan Sarawak serta pekerja asing tidak berdaftar) dan anggaran 1.7 juta orang yang diumumkan oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) pada tahun 2017.
15 Kanapathy, V. 2004. International Migration and Labour Market Adjustments in Malaysia: Economic Recovery, The Labour Market, and Migrant Workers in Malaysia.
45Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Pada masa hadapan, banyak lagi daya usaha yang boleh dilakukan untuk mencapai kemajuan yang dikehendaki. Matlamat akhir adalah untuk memastikan sistem pengurusan pekerja asing masa hadapan disampaikan dengan jelas, dilaksanakan dengan tegas, dan lebih sejajar dengan matlamat ekonomi negara yang perlu dicapai. Untuk tujuan ini, terdapat lima perkara utama yang perlu dilakukan (Rajah 10).
Pertama, perlu ada pendirian yang jelas mengenai peranan pekerja asing berkemahiran rendah dalam senario ekonomi Malaysia. Walaupun pekerja-pekerja ini akan terus memainkan peranan yang penting dalam menyokong ekonomi, perlu ada maklumat yang jelas tentang industri yang paling memerlukan pekerja asing dan cara yang terbaik untuk menyokong pertumbuhan produktiviti dan penaiktarafan industri. Ini termasuk garis masa yang jelas untuk perubahan dasar atau kemudahan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai rangka kerja sedia ada. Lebih penting lagi, dasar-dasar mengenai perkara ini perlu dilakukan selaras dengan inisiatif lain yang dilaksanakan oleh Kerajaan, termasuklah pembangunan bakat, pembaharuan pasaran pekerja, atau penambahbaikan struktur insentif sedia ada untuk menarik pelaburan langsung asing (foreign direct investment, FDI)
Kedua, pelaksanaan dan perubahan dasar perlu dilakukan secara beransur-ansur dan dimaklumkan kepada industri dengan jelas. Walaupun pembaharuan terhadap dasar pekerja asing diperlukan untuk manfaat jangka panjang, tidak dapat dinafi kan bahawa hal ini akan menyebabkan pelarasan jangka pendek kepada ekonomi. Akan timbul tentangan daripada industri, dan lama-kelamaan, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang berintensifkan pekerja dan bernilai tambah yang rendah akan berpindah ke negara lain yang mempunyai pekerja yang ramai dan murah. Hal ini akan membolehkan sumber bakat dan fi skal yang diperlukan bebas untuk dialihkan ke industri yang lebih produktif dan kompleks. Pentingnya, keadaan ini akan membolehkan industri dan pekerja yang terjejas membuat persediaan untuk berhadapan dengan perubahan yang mendatang. Ini mengurangkan risiko pembalikan dasar dan membantu pembuat dasar dalam menguruskan peralihan yang rumit ini.
Pembalikan dasar yang kerap telah merumitkan penguatkuasaan dan meningkatkan ketidakpastian perniagaan. Satu contoh yang melibatkan beberapa perubahan peraturan dalam levi pekerja asing adalah dalam menentukan pihak mana yang harus menanggung kos, sama ada majikan atau pekerja itu sendiri. Sejak levi diperkenalkan pada tahun 1992, Malaysia telah mengubah pendiriannya mengenai perkara ini sebanyak tiga kali, semuanya berlaku dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Pengenaan semula levi ke atas majikan baru-baru ini melalui Aku Janji Majikan (berkuat kuasa 1 Januari 2018) merupakan satu langkah yang wajar. Tindakan ini sejajar dengan matlamat Kerajaan untuk membangunkan kaedah yang lebih berkesan bagi menguruskan permintaan terhadap pekerja asing dan menggalakkan peningkatan produktiviti dalam kalangan fi rma. Levi yang dikenakan ke atas pekerja tidak menyumbang kepada hasil ini.
Ketiga, instrumen pengurusan permintaan yang sedia ada (seperti kuota, had maksimum pergantungan dan levi) boleh diubah menjadi lebih didorong oleh kuasa pasaran, sambil menggalakkan penjanaan hasil yang sejajar
Rajah 10: Pelan Tindakan Menyeluruh Lima Perkara
Sumber: Bank Negara Malaysia
Pendekatan Mengurus Pekerja Asing:
1
2
4
5
3
Pendirian jelas mengenai peranan pekerja asing
Pelaksanaan dasar yang berperingkat dan komunikasi dasar yang jelas
Instrumen pengurusan permintaanyang didorong pasaran
Layanan adil terhadap pekerjaasing
Pemantauan dan penguatkuasaanyang berkesan
Prinsip Levi Ke Atas Pekerja Asing
Pariti: Mengecilkan jurang upah antara pekerja asing denganpekerja tempatan
Produktiviti: Levi disalurkankembali kepada industri bagimenyokong usaha automasi
Progresif: Firma/industridengan pergantungan yanglebih tinggi terhadap pekerjaasing dikenakan caj levi yanglebih tinggi
46 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
dengan matlamat ekonomi. Instrumen ini harus dapat mengesan masalah kekurangan pekerja dan kemahiran yang berasaskan bukti seperti yang terdapat di Australia dan Kanada yang bergantung pada gabungan metrik untuk memaklumkan usaha pengubahsuaian dasar imigresen mereka. Beberapa langkah berkaitan dengan pekerja asing, seperti had maksimum kebergantungan yang sedia ada, telah dipersoalkan kerana tidak mengikut keperluan sebenar industri, tidak cukup ketat, atau sukar untuk dilaksanakan dan dikuatkuasakan (Jadual 1). Pembaharuan terhadap sistem levi sedia ada boleh membantu menyekat insentif operasi berkos rendah dan menggalakkan fi rma untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dari semasa ke semasa. Terdapat tiga cara untuk melakukannya. Yang pertama melibatkan pengurangan jurang upah sejam antara pekerja tempatan dengan pekerja asing, yang timbul daripada pengecualian berkanun. Anggaran dalaman mengesyorkan bahawa kos purata menggaji pekerja asing bagi setiap jam ialah 30% lebih rendah daripada pekerja tempatan. Walaupun kos awalan (seperti pemeriksaan perubatan wajib, dan perjalanan) pengambilan pekerja asing mungkin kelihatan besar, mereka ini biasanya tertakluk pada waktu kerja yang lebih panjang dan mereka juga tidak menikmati faedah berkanun biasa (contohnya, sumbangan KWSP dan PERKESO oleh majikan) yang dinikmati oleh pekerja tempatan. Hasilnya, struktur kos yang lebih rendah meningkatkan daya tarikan majikan terhadap pekerja asing berbanding dengan pekerja tempatan. Memasukkan kos berkanun dalam pengiraan levi akan membantu mengurangkan jurang ini ke arah nilai yang setara.
Tindakan ini kemudiannya boleh diikuti dengan menjadikan sistem levi lebih progresif, supaya industri atau fi rma yang lebih bergantung pada pekerja asing akan menghadapi jumlah kos levi yang lebih tinggi. Pengiraannya boleh dibuat secara lebih terperinci, dengan mengambil kira kemungkinan automasi, pertumbuhan upah dan penambahbaikan produktiviti untuk setiap industri. Pelaksanaan levi berbilang peringkat yang akan dilaksanakan pada tahun 2019 merupakan perkembangan yang dialu-alukan, kerana ini membolehkan mekanisme pencegahan yang boleh membezakan antara fi rma, berdasarkan profi l tenaga kerja mereka. Sebagai amalan terbaik, levi yang dikutip perlu disalurkan semula kepada industri untuk menyokong usaha automasi.
Keempat, masih ada ruang untuk memastikan layanan terhadap pekerja asing yang lebih baik, sama ada penambahbaikan dalam keadaan pekerjaan atau memastikan mereka dibayar seperti yang dipersetujui. Keadaan pekerjaan dan tempat tinggal pekerja asing yang kurang menyenangkan dalam industri tertentu bukan sahaja membangkitkan kebimbangan terhadap kebajikan pekerja, malah suasana ini memberi gambaran budaya perniagaan yang tidak sihat oleh majikan tertentu yang tidak bertanggungjawab, untuk mengurangkan kos daya saing. Terdapat usaha berterusan oleh Kerajaan untuk memperluas penguatkuasaan terhadap standard minimum perumahan dan kemudahan pekerja, daripada industri perlombongan dan perladangan kepada semua sektor yang berkaitan. Di samping itu, pengumuman Belanjawan 2018 untuk memastikan pembayaran gaji pekerja asing dilakukan melalui akaun bank akan memanfaatkan teknologi dengan lebih baik bagi mengelakkan majikan daripada menahan upah atau membuat potongan daripada gaji mereka secara tidak adil.
Jadual 1
Had Kebergantungan* Terpilih Mengikut Industri
Industri Penentu kuota Penentu Bil. pekerja asing
Restoran Bilangan kerusi
70-139 kerusi 11 pembantu dapur, 12 pembantu am
140-250 kerusi 12 pembantu dapur, 20 pembantu am
> 250 kerusi 20 pembantu dapur, 30 pembantu am
Pertanian Hektar
Kelapa Sawit: 8 hektar 1
Getah: 4 hektar 1
Koko: 3.7 hektar 1
*Penetapan had atas pengambilan pekerja asing mengikut industri
Sumber: Kementerian Dalam Negeri
47Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Akhir sekali, pembaharuan yang dicadangkan ini mestilah dilengkapi dengan pemantauan dan penguatkuasaan yang berkesan di tempat kerja, terutamanya berkaitan dengan pekerja asing tanpa izin. Jika cabaran ini tidak ditangani dengan baik, sebarang usaha tambahan untuk memperketat dasar pekerja asing hanya akan menghukum majikan yang mematuhi undang-undang. Hal ini juga boleh meningkatkan risiko gejala rasuah dan majikan melanggar peraturan yang wujud dengan menggunakan kumpulan pekerja asing tanpa izin yang sedia ada.
Kesimpulan
Walaupun Malaysia jelas memperoleh manfaat daripada kehadiran pekerja asing pada masa lalu, peranan yang dimainkan oleh mereka dalam ekonomi negara perlu sejajar dengan keperluan semasa. Dasar pengurusan pekerja asing masa hadapan, jika tidak dirancang dengan baik dan tidak dilaksanakan dengan konsisten, hanya akan merencatkan kemajuan yang telah dicapai selama ini untuk mengurangkan pergantungan pada pekerja asing secara beransur-ansur.
Kebergantungan yang tinggi pada pekerja asing, jika dibiarkan tanpa sekatan, akan melemahkan usaha ke arah automasi, menekan upah secara keseluruhan, dan menghalang penerapan usaha untuk meningkatkan produktiviti. Keadaan ini juga akan menghalang pewujudan pekerjaan kemahiran tinggi dan mencorakkan reputasi yang tidak diingini terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan berkemahiran rendah dan berintensifkan pekerja. Apabila semua faktor ini diambil kira, negara akan terperangkap dalam kemelut upah dan produktiviti yang rendah. Kehadiran pekerja asing tanpa izin yang besar di Malaysia memburukkan lagi kos sosioekonomi.
Walaupun cabaran ini kelihatan agak sukar untuk diatasi, Malaysia cukup berupaya untuk melakukan pembaharuan yang kritikal. Komunikasi yang jelas dan pelaksanaan yang tegas akan membantu mengurangkan risiko pembalikan dasar, dan akan membantu peralihan kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Sekiranya sejarah boleh dijadikan panduan, kekuatan semasa ekonomi negara adalah hasil daripada pembaharuan berani yang diambil pada waktu yang paling kritikal. Malaysia perlu merebut peluang ini sekarang untuk meletakkannya di landasan pertumbuhan ekonomi yang lebih produktif, canggih dan mampan untuk generasi masa hadapan.
48 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Penilaian Kritis Pelaburan Langsung Luar Negeri (DIA) dan Pelaburan Langsung Asing (FDI)1
Pengenalan
Berlandaskan rencana terdahulu mengenai prestasi pelaburan langsung luar negeri (direct investments abroad, DIA)2 Malaysia dan rangka kerja insentif pelaburan3, rencana ini membentangkan penilaian kritis mengenai manfaat dan cabaran dasar DIA dan FDI terhadap ekonomi Malaysia. Rangka kerja yang menyeluruh untuk menilai kos dan manfaat DIA dan FDI digunakan dengan menggabungkan perspektif kuantitatif dan kualitatif. Ini termasuklah impak yang boleh diukur seperti pelaburan, eksport, nilai ditambah, dan guna tenaga, serta kos yang berkaitan seperti hasil cukai yang dilepaskan, dan pembayaran pendapatan pelaburan. Manfaat dan kos kurang ketara yang berkaitan dengan DIA dan FDI, serta latar belakang menyeluruh dalam trend ekonomi, industri dan teknologi global yang cepat berubah juga diambil kira. Rencana ini dirumuskan dengan perbincangan mengenai strategi dasar dengan tujuan untuk memastikan negara dapat memaksimumkan manfaat ekonomi dan kewangan daripada DIA dan FDI, di samping mengurangkan potensi pendedahan kepada risiko.
I. Perkembangan dan Pemacu Pelaburan Langsung Luar Negeri (DIA) DIA syarikat Malaysia telah meningkat dengan ketara, mencerminkan kematangan syarikat domestik, sumber semula jadi domestik yang terhad, dan dibantu oleh inisiatif dasar strategik negara. Sejak tahun 2001, stok DIA Malaysia meningkat secara purata sebanyak 20.7% setahun, daripada RM31.7 bilion pada tahun 2001, untuk mencatat DIA terkumpul berjumlah RM522.5 bilion pada akhir tahun 2017. Dari tahun 2005 sehingga tahun 2014, aliran DIA berpurata sebanyak RM39.1 bilion setahun, atau 4.7% daripada KDNK nominal. Namun begitu, sejak tahun 2015, aliran DIA telah menjadi agak sederhana, dengan aliran purata berjumlah RM33.7 bilion setahun, atau 2.7% daripada KDNK antara tahun 2015 hingga tahun 2017. Keadaan ini mencerminkan pendekatan yang lebih berhati-hati berikutan ketidakpastian yang lebih ketara dalam persekitaran pertumbuhan global dan harga minyak serta komoditi global yang rendah sejak bulan Disember 2014. Penyusutan nilai ringgit pada tempoh ini, yang menyebabkan pelaburan di luar negeri menjadi lebih mahal untuk syarikat dalam negeri, juga mungkin menyumbang kepada aliran yang sederhana ini. Pada akhir tahun 2017, bahagian terbesar DIA terkumpul dalam subsektor perkhidmatan kewangan (34.7% daripada DIA terkumpul), diikuti oleh sektor perlombongan dan pertanian (masing-masing sebanyak 15.8% dan 7.8%), dan subsektor perkhidmatan maklumat dan komunikasi (9.1%). Dari segi destinasi4, DIA disalurkan terutamanya kepada ekonomi Asia Tenggara, khususnya Singapura dan Indonesia, diikuti oleh negara Eropah, dan Amerika Utara, terutamanya Kanada (Rajah 1)5.
DIA pada asalnya didorong oleh pencarian sumber semula jadi pada tahun 1980-an dan 1990-an, dan dijalankan terutamanya oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Kerajaan (Government-linked companies, GLC) dalam industri minyak dan gas dan minyak sawit. Namun begitu, sejak pertengahan tahun 2000-an, syarikat swasta, terutamanya dalam industri perkhidmatan kewangan dan telekomunikasi, mula menunjukkan minat yang lebih mendalam dan berkeupayaan untuk keluar negeri bagi mendapatkan pasaran dan pelanggan baharu, mencapai ekonomi bidangan besar, dan memperoleh aset strategik. Perkembangan ini berlaku dalam keadaan peningkatan kerjasama ekonomi serantau menerusi persetujuan dua hala dan serantau, dan diperlengkap oleh inisiatif dasar negara, terutamanya liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing (foreign exchange administration, FEA) yang progresif terhadap pelaburan pemastautin di luar negeri pada tahun 2005. Fleksibiliti untuk menggerakkan dana mata wang asing merupakan pendorong utama bagi syarikat di Malaysia untuk mencari peluang di luar negeri dan mewujudkan kerjasama strategik dengan peserta industri antarabangsa yang telah lama bertapak di negara tuan rumah, memasuki pasaran baharu, memperoleh kepakaran teknikal, dan mendapat manfaat daripada pemindahan teknologi yang pantas pada pelbagai peringkat proses
1 Rencana ini dikarang hasil kerjasama Jabatan Ekonomi dan Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing.2 Laporan Tahunan BNM, 2016. ‘Manfaat Pelaburan ke Luar Negeri: Menilai Pulangan Pelaburan Langsung Malaysia di Luar Negeri’.3 Buletin Suku Tahunan BNM, S3 2017. ‘Menilai Semula Insentif Pelaburan’.4 Sejajar dengan Manual Imbangan Pembayaran dan Kedudukan Pelaburan Antarabangsa Edisi Keenam (BPM6) oleh Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF), data DIA Malaysia dicatat berasaskan destinasi terdekat, dan bukan destinasi negara terakhir.5 Pengantaraan DIA melalui Pusat-pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (International Offshore Financial Centres, IOFC) menyumbang
29% daripada stok DIA terkumpul. Pelaburan melalui IOFC yang mengumpulkan dana boleh labur sebelum disalurkan kepada sektor ekonomi di pelbagai lokasi, merupakan amalan global yang lazim bagi syarikat yang beroperasi di peringkat antarabangsa.
49Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Rajah 1: Pelaburan Langsung Luar Negeri Terkumpul
Nota: Bank dan syarikat insurans menyumbang 23% daripada stok DIA dalam subsektorperkhidmatan kewangan (atau 8% daripada stok DIA keseluruhan). Baki sebanyak 77% (27% daripada stok DIA keseluruhan) syarikat pemegangan pelaburan. Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan.
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Nota: Pusat-pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC) termasuklah Mauritius (7%) ,Kepulauan Cayman (6%), Isle of Man (5%), Bermuda (5%), Kepulauan Virgin British (3%),Netherland Antilles (2%), Kepulauan Marshall (1%), Bahamas (1%), Jersey dan Seychelles (1%). Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan.
i) Mengikut sektor ekonomi: DIA tertumpu kebanyakannya dalam sektor perkhidmatan
ii) Mengikut destinasi negara terdekat: Asia Tenggara,Eropah dan Amerika Utara merupakan destinasi terbesarbagi DIA daripada Malaysia
Perlombongan16%
Pertanian8%
Perkilangan7%
Pembinaan2%
Perkhidmatan kewangan35%
Maklumat dan komunikasi9%
Harta tanah6%
Perkhidmatan lain-lain17%
Perkhidmatan67%
IOFCs1
29%
Singapura18%
Indonesia9%
Kanada5%
United Kingdom5%
Australia5%
India3%
Hong Kong SAR3%
Turkmenistan3%
Thailand2%
PR China1%
Lain-lain17%
pengeluaran. Selain itu, dasar industri dalam negeri telah membentuk peneraju pasaran yang berada pada kedudukan yang baik untuk memajukan kepentingan strategik negara dalam industri utama. Tambahan lagi, pembangunan sistem kewangan di Malaysia juga telah membentuk sistem perbankan yang kukuh dan kumpulan pelabur institusi domestik yang besar dan berkeupayaan, termasuklah kumpulan wang simpanan dan kumpulan wang pencen, serta pengurus aset swasta dan awam, yang melaburkan simpanan negara di luar negeri untuk memaksimumkan pulangan dan mempelbagaikan dedahan risiko. DIA juga disokong oleh dorongan faktor makro ekonomi yang telah menyebabkan aset asing dinilai dengan lebih menarik. Ini termasuk pengukuhan nilai ringgit antara tahun 2005 dan 2013, dan persekitaran kadar faedah yang lebih rendah serta kadar pertumbuhan pasaran sedang pesat membangun yang kukuh secara relatif selepas Krisis Kewangan Global.
II. Limpahan daripada DIA kepada Ekonomi Malaysia(i) Pengukuhan Jenama Malaysia dalam Pasaran Global
Sejak beberapa tahun yang lalu, limpahan positif daripada DIA dapat dilihat menerusi pengukuhan jenama Malaysia dalam pasaran global, dan peningkatan manfaat kepada konglomerat negara yang besar. Syarikat-syarikat ini yang sememangnya peneraju pasaran dalam industri masing-masing mempunyai pelaburan di seluruh dunia dan sudah terkenal sebagai peserta industri yang berkeupayaan. Hasilnya, empat belas konglomerat Malaysia berada dalam senarai “2017 Forbes Global 2000” syarikat awam terbesar di dunia6. Seperti yang dijangka, syarikat minyak dan gas negara adalah syarikat ke-125 terbesar dari segi jumlah hasil dalam senarai “Fortune Global 500”, iaitu kedudukan tertinggi bagi Malaysia. Perbincangan dan interaksi Bank dengan pihak industri juga telah mengenal pasti beberapa kes tentang manfaat tidak langsung, dalam bentuk pemindahan teknologi dan pengetahuan dalam industri terpilih seperti utiliti, perkhidmatan kewangan, riadah dan hospitaliti, dan pelancongan (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Rencana bertajuk ‘Kajian Kes tentang Pelabur Pemastautin Terbesar’ di hujung rencana ini).
(ii) Bukti Limpahan Dalam Negeri dan Rantaian ke Hadapan yang TerhadDIA di Malaysia telah menjana pulangan aset (return on assets, ROA) terkumpul sebanyak 5.2% setahun antara tahun 2010 hingga tahun 2017. Berbanding dengan syarikat seangkatan dengannya di rantau ini, syarikat Malaysia telah menunjukkan prestasi yang agak baik hasil daripada pelaburan mereka di luar negeri (Rajah 2). Pendapatan pelaburan yang dihasilkan daripada DIA telah membantu mengimbangi pembayaran pendapatan primer dalam akaun semasa. Meskipun defi sit pendapatan primer kekal besar (secara purata berjumlah RM32.1 bilion antara
6 Mengikut urutan, syarikat ini ialah Malayan Banking Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Public Bank Berhad, CIMB Group Holdings Berhad, Sime Darby Berhad, Genting Berhad, Petronas Chemicals Group Berhad, RHB Bank Berhad, Hong Leong Financial Group Berhad, Axiata Group Berhad, MISC Berhad, Maxis Berhad, AmBank Group dan Petronas Gas Berhad, seperti yang disenaraikan.
50 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
tahun 2010 dengan tahun 2017), tanpa pendapatan yang diterima daripada DIA, defi sit ini akan meningkat hampir satu kali ganda (pada RM63 bilion setahun). Daripada perspektif kedudukan pelaburan antarabangsa (international investment position, IIP), DIA juga telah mempelbagaikan komposisi aset luaran Malaysia. Pada tahun 2004, bahagian aset luaran didominasi oleh rizab antarabangsa rasmi (60.6% daripada jumlah aset dalam IIP; bahagian DIA: 11.7%). Namun begitu, pada akhir tahun 2017, bahagian DIA daripada jumlah aset luaran meningkat kepada 31%, dengan rizab antarabangsa mencakupi bahagian yang lebih kecil (24.6%). Kepelbagaian aset luar negeri ini penting, memandangkan bahawa syarikat tempatan dan bank mencakupi sebahagian besar daripada liabiliti luaran. Portfolio risiko yang lebih seimbang dari segi komposisi aset dan liabiliti luaran memastikan negara tidak bergantung sepenuhnya pada aset rizab untuk mengimbangi dedahan liabiliti luaran.
Nota:1. Data bagi China Taipei adalah pulangan atas DIA purata antara tahun 2010 hingga 20162. Stok DIA bagi Indonesia dan Filipina adalah pada akhir suku ketiga 20173. Data bagi Filipina adalah pendapatan tahunan 2017 yang dianggarkan
5.4% 5.2%
2.4%2.0% 2.0%
Korea Malaysia China Taipei Indonesia Filipina
Rajah 2: Pulangan Aset bagi Pelaburan Langsung ke Luar Negeri
Prestasi DIA Malaysia adalah antara yang terbaik di rantau ini
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Pihak Berkuasa Negara dan anggaran Bank Negara Malaysia
Namun begitu, teori ekonomi menyatakan bahawa pelaburan di luar negeri sepatutnya meningkatkan hubungan dan prestasi perdagangan dan pelaburan, memupuk syarikat supaya mempunyai daya saing di peringkat antarabangsa, meningkatkan kelompok industri berteknologi tinggi dan pekerjaan berkemahiran tinggi di dalam negeri, malah meningkatkan hasil cukai Kerajaan melalui pertumbuhan yang lebih kukuh dan mampan. Kajian tentang kesan DIA dalam negeri ke atas negara asal agak terhad, berbanding dengan kajian mengenai kesan FDI ke atas negara tuan rumah. Hal ini disebabkan sebahagiannya oleh kekurangan data yang boleh dibandingkan dan boleh diyakini, terutamanya untuk ekonomi baru muncul dan ekonomi membangun. Bagi ekonomi maju, walaupun dapatan (fi ndings) secara umumnya bercampur-campur, kajian menunjukkan bahawa DIA cenderung untuk mempunyai limpahan positif di negara asal, dari segi pertumbuhan ekonomi dan pelaburan dalam negeri, pewujudan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, pemindahan teknologi, dan prestasi eksport. Baru-baru ini, beberapa kajian melaporkan bahawa DIA Korea mempunyai hubung kait positif dengan eksport, produktiviti, dan pekerjaan dalam negeri. Trend ini mungkin berlainan mengikut sektor DIA yang berbeza, bahkan mungkin berbeza mengikut destinasi pelaburan7.
Bagi Malaysia, limpahan ekonomi dalam negeri bagi DIA belum dapat dilihat dengan jelas. Dapatan daripada kajian empirikal menunjukkan DIA tidak lagi mempunyai hubung kait positif kepada pertumbuhan atau prestasi perdagangan Malaysia. Hal ini menimbulkan kebimbangan bahawa DIA mungkin menjejaskan pertumbuhan dalam negeri. Limpahan dalam negeri yang rendah juga boleh menunjukkan pembentukan yang terhad bagi rantaian belakang yang lebih mendalam8. Perkara ini mungkin disebabkan oleh struktur DIA yang sebahagian besarnya tertumpu pada sektor perkhidmatan, yang mungkin menawarkan kurang peluang untuk membentuk rantaian belakang, berbanding dengan sektor seperti perkilangan. Pandangan daripada perbincangan dan interaksi Bank dengan industri menunjukkan kekangan struktur yang lain, seperti keupayaan syarikat domestik yang lebih rendah
7 Kim, S (2000) dan Ahn et al (2005). Hubung kait positif dengan perdagangan adalah lebih ketara dari segi statistik bagi industri ‘berteknologi tinggi’ dan ‘berteknologi pertengahan’. Walaupun hubung kait DIA adalah positif dengan produktiviti faktor menyeluruh dan pekerjaan secara umum, DIA ke dalam RR China memaparkan kesan yang negatif.
8 Goh dan Wong (2014), Goh et al (2013), Wong (2013) dan Chen et al (2012).
51Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
dalam menyediakan produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan syarikat Malaysia yang menjalankan perniagaan di luar negeri dan syarikat asing yang beroperasi di Malaysia. Yang penting, dapatan daripada kajian ini juga menunjukkan kesukaran untuk membuat penilaian kuantitatif terhadap kesan domestik daripada pelaburan di luar negeri oleh syarikat pemastautin. Meskipun terdapat kesan ketara seperti eksport, pelaburan dan pekerjaan, namun kekangan data mungkin mengehadkan analisis kuantitatif yang lebih mendalam. Tambahan pula, penunjuk kualitatif seperti pemindahan teknologi dan pengetahuan, serta peningkatan rantaian nilai, menimbulkan cabaran yang lebih besar.
Penghantaran balik perolehan pendapatan dan dividen yang rendah daripada pelaburan di luar negeri merupakan satu lagi faktor yang mengurangkan kesan DIA terhadap ekonomi dalam negeri (untuk maklumat lanjut, sila rujuk Rencana bertajuk ‘Kajian Kes Pelabur tentang Pemastautin Terbesar’). Antara tahun 2010 hingga tahun 2017, DIA telah memperoleh pendapatan terkumpul sebanyak RM149.4 bilion, dengan 30.1% daripadanya dikekalkan di luar negeri untuk pelaburan semula dan 51.8% diisytiharkan sebagai dividen. Anggaran yang menggunakan data dalaman pada aliran perbankan rentas sempadan menunjukkan bahawa hanya 51% pendapatan dihantar balik ke Malaysia. Daripada jumlah ini, bahagian yang lebih kecil dikekalkan dalam negeri dan disalurkan untuk pengembangan lanjut operasi dalam negeri atau pelaburan dalam aktiviti domestik. Paling penting, penilaian analisis kos dan faedah DIA perlu mengambil kira set pertimbangan yang lebih luas, dan bukan sekadar pertimbangan keuntungan untuk pelabur.
(iii) Cabaran dan Kebimbangan yang Timbul Mengenai DIA Ada kalanya, beberapa projek DIA juga telah menghadapi rintangan luaran dan dedahan kepada ketidakpastian peraturan pengawalseliaan, yang mungkin telah menjejaskan daya maju dan keberuntungan pelaburan DIA, dan mendapat perhatian media yang meluas. Hal ini termasuklah perubahan dan sekatan peraturan pengawalseliaan di negara tuan rumah, persaingan yang sengit dalam sektor tertentu, pemerolehan pelaburan pada nilaian yang tinggi, dan penerokaan aset di luar sektor perniagaan teras. Selain itu, pengembangan pesat kumpulan perbankan domestik merentas sempadan telah menyumbang kepada kesalinghubungan yang lebih luas dan keadaan yang lebih kompleks dalam menangani potensi risiko kepada kestabilan kewangan. Hal ini termasuklah keadaan yang bertambah rumit untuk memastikan pematuhan kepada perkembangan pengawalseliaan, mengurus permodalan di seluruh perusahaan, risiko mudah tunai dan perniagaan, dan menjalankan perancangan pemulihan dan penyelesaian. Namun begitu, pemerhatian ini tidak boleh dianggap sebagai mencerminkan keseluruhan DIA Malaysia. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, DIA Malaysia telah menunjukkan prestasi yang agak baik secara amnya. Antara tahun 2010 dengan tahun 2017, ROA pada 5.2% adalah lebih tinggi sedikit daripada purata pertumbuhan global sebanyak 3.9% pada tempoh yang sama, dan setanding dengan purata kadar pertumbuhan serantau9, iaitu 5.3%.
III. Pembangunan dan Pemacu Pelaburan Langsung Asing (FDI)Pelaburan langsung asing telah menjadi pemacu utama yang memudahkan pengembangan produktif Malaysia daripada negara berasaskan pertanian yang bergantung pada komoditi menjadi ekonomi perindustrian dengan asas perkilangan yang bertenaga dan kedudukan yang baik dalam rantaian nilai dan struktur perdagangan serantau dan global. Pembangunan industri yang pesat bagi negara-negara membangun pada tahun 1970an -1980an merupakan tempoh yang sangat penting, dengan pelaburan yang besar oleh syarikat multinasional di Malaysia, terutamanya dalam sektor perkilangan dan perlombongan. Perkembangan ini dibentuk oleh rantaian nilai perkilangan global yang menjadi bertambah hebat, kemajuan teknologi, profi l demografi yang menggalakkan, dan infrastruktur dalam negeri yang moden. Pada masa yang sama, dasar-dasar domestik utama seperti Akta Penggalakan Pelaburan 1986, liberalisasi peraturan ekuiti asing dalam sektor perkilangan, dan liberalisasi secara beransur-ansur peraturan ekuiti asing dalam subsektor perkhidmatan yang terpilih terus menarik pelaburan asing dan meningkatkan persekitaran yang kompetitif bagi industri dalam negeri. Dalam tempoh 16 tahun yang lalu, FDI terkumpul di Malaysia meningkat sebanyak 9.9% setahun, daripada RM129.1 bilion pada tahun 2001 kepada RM565 bilion pada akhir tahun 2017. Dari segi sektor ekonomi, FDI telah disalurkan terutamanya ke dalam sektor perkilangan (41% daripada FDI terkumpul), diikuti oleh perkhidmatan kewangan, perdagangan borong dan runcit, dan sektor perlombongan (masing-masing sebanyak 21.3%, 7.2% dan 6.9%). Kebanyakan aliran FDI adalah dari ekonomi serantau seperti Singapura, Jepun, dan Korea, sekali lagi menekankan kepentingan hubungan perdagangan dan pelaburan serantau; diikuti oleh pelaburan dari Eropah dan Amerika Utara (Rajah 3).
9 Negara serantau merujuk kepada Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand, yang mencakupi 29% daripada stok DIA terkumpul.
52 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
IV. Manfaat dan Kos yang Berkaitan dengan FDI (i) Daya Pemangkin dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia
FDI diakui secara meluas sebagai pencetus perubahan dalam pembangunan ekonomi Malaysia dan keadaan ini membolehkan Malaysia untuk turut serta dalam gelombang globalisasi yang bermula pada tahun 1980an. Peningkatan FDI, yang mencapai kemuncaknya, mencatat aliran yang berjumlah 10.5% daripada KDNK pada tahun 1990an, telah membawa kenaikan yang sepadan terhadap hasil eksport perkilangan, pekerjaan bagi rakyat Malaysia, dan pendapatan per kapita. Menurut Statistik Affi liate Asing di Malaysia (Inward Foreign Affi liates Statistics) 2016 (Inward FATS 2016) yang baru diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, eksport yang dijana oleh fi rma asing berjumlah RM292.8 bilion, atau 31.8% daripada eksport kasar barangan dan perkhidmatan pada tahun 2016. Firma asing juga telah mewujudkan peluang pekerjaan secara langsung mengguna khidmat 847,300 pekerja (kira-kira 5% daripada jumlah guna tenaga)10. Produktiviti syarikat FDI juga jauh lebih tinggi daripada purata negara, dengan nilai ditambah setiap pekerja kira-kira tiga kali lebih tinggi daripada aras produktiviti negara, pada RM237,000 setiap pekerja setahun secara purata antara tahun 2010 hingga 2016, berbanding dengan RM72,520 setiap pekerja di peringkat negara. Pelaburan ini telah memudahkan pempelbagaian dan mengelakkan negara daripada pergantungan kepada sektor pertanian dan galian. Seterusnya, pencapaian ini telah menyumbang kepada kekuatan asas ekonomi. Dengan bantuan FDI dan ekosistem kemudahan pengeluaran, infrastruktur, perkhidmatan sokongan dan bakat dalam negeri yang kaya dan mendalam, Malaysia kini telah kukuh dalam rantaian nilai perdagangan serantau dan global.
(ii) Manfaat yang Semakin Berkurangan kepada EkonomiWalau bagaimanapun, terdapat petanda bahawa manfaat kepada negara telah mengecil. Kaedah pengeluaran yang berintensifkan pekerja dan kos yang rendah telah mengakibatkan perkembangan yang perlahan bagi rantaian nilai dan perkhidmatan bantuan dalam negeri dan menyebabkan pergantungan yang tinggi kepada barangan dan perkhidmatan yang diimport serta pekerja asing. Hal ini terbukti dengan pertumbuhan kandungan domestik yang lebih perlahan dalam eksport dan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan yang lebih rendah oleh syarikat-syarikat asing. Mengikut data yang dikumpulkan oleh OECD, kandungan domestik dalam eksport kasar Malaysia adalah lebih rendah daripada purata serantau dan ekonomi serantau (60.9% pada tahun 2014; purata serantau: 69%; Filipina: 76.3%; RR China: 70.7%). Perbelanjaan R&D oleh syarikat-syarikat FDI Amerika Syarikat di Malaysia
10 Perbezaan utama antara FATS dengan data pelaburan langsung daripada BOP ialah ambang ekuiti yang digunakan. Di bawah BOP, hubungan langsung telah ditetapkan pada 10% kepentingan ekuiti minimum dalam perusahaan yang berkaitan. Di bawah FATS, kawalan gabungan oleh syarikat induk utama timbul apabila kepentingan ekuiti adalah melebihi 50%.
Rajah 3: Pelaburan Langsung Asing Terkumpul
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
i) Mengikut sektor ekonomi: FDI disalurkan terutamanyake dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan
ii) Mengikut negara sumber terdekat: Pelabur FDIterbesar adalah daripada ekonomi serantau, Eropahdan Amerika Utara
Perkilangan41%
Perlombongan7%
Pertanian2% Pembinaan
2%
Singapura21%
Jepun13%
IOFC1
12%Hong Kong
SAR 9%
Belanda7%
Amerika Syarikat6%
Switzerland5%
Jerman4%
Norway3%
United Kingdom3%
RR China3%
Korea2%
Lain-lain11%
Nota:Pusat-pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC) termasuklah Kepulauan Virgin British (4%); Bermuda (3%); Jersey (2%); Kepulauan Cayman (1%); Bahamas (1%); dan Mauritius, Barbados, Panama, Samoa dan Isle of Man (1%). Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan
Nota: Bank dan syarikat insurans menyumbang 63% daripada stok FDI dalam subsektor perkhidmatan kewangan (atau 13% daripada stok keseluruhan FDI). Baki sebanyak 37% (8% daripada stok keseluruhan FDI) terdiri daripada syarikat pemegangan pelaburan. Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan
Perkhidmatan kewangan21%
Borong dan runcit7%
Maklumat dan komunikasi8%
Perkhidmatan lain-lain13%
Perkhidmatan49%
53Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
juga merosot sejak tahun 2012 (4.6% daripada jumlah keluaran; 3.6% bahagian keluaran pada tahun 2014), dan lebih rendah daripada ekonomi serantau (India: 11.1%; China Taipei: 4.9%; RR China: 4.5%)11, menunjukkan bahawa pemindahan teknologi oleh syarikat asing telah mencapai tahap yang mendatar. Inward FATS juga menunjukkan beberapa bukti manfaat yang semakin merosot kepada ekonomi dalam negeri, contohnya penurunan nilai ditambah daripada syarikat asing (2010: 19.5% daripada jumlah nilai ditambah; 2016: 18%), dan pelaburan (2010: 22.4% pembentukan modal tetap kasar; 2016: 20.1%). Syarikat asing juga telah menyumbang kepada trend umum peningkatan penyertaan pekerja asing berkemahiran rendah dalam industri dalam negeri12. Walaupun trend ini juga disumbangkan oleh syarikat tempatan, pergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah yang berlebihan juga telah membawa kepada kesan herotan yang mendalam, seperti pewujudan peluang pekerjaan berkemahiran rendah dan upah yang tertekan dalam ekonomi Malaysia.
Lebih membimbangkan, impak yang lebih luas daripada isu-isu ini seperti gaji dan upah yang kekal tidak berubah dalam keadaan kemelut peningkatan kos sara hidup, mempunyai impak yang lebih besar kepada anggota masyarakat yang paling mudah terjejas. Sebagai contoh, pergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah cenderung untuk menggantikan pekerja tempatan dalam kategori berkemahiran rendah, yang juga kebanyakannya ahli isi rumah dalam kumpulan 40% terendah dalam pengagihan pendapatan isi rumah (B40). Trend industri seperti ini menyebabkan perkembangan pembentukan nilai yang perlahan dalam kalangan pembekal dan penyedia perkhidmatan dalam negeri, kadar yang rendah dalam inovasi dan penyerapan teknologi, dan herotan upah dan harga yang boleh menghilangkan sebahagian daripada manfaat FDI.
(iii) Kos dan Ketirisan kepada EkonomiKebimbangan ini amat ketara apabila mengambil kira kos mengundang pelaburan asing ke negara ini. Selama ini, Kerajaan telah menggunakan pelbagai insentif pelaburan untuk membangunkan industri strategik terpilih dan menggalakkan aktiviti ekonomi yang dikehendaki. Seperti anggaran Bank Negara Malaysia sebelum ini, kos insentif adalah antara RM10 bilion hingga RM15 bilion setahun dalam tempoh lima tahun yang lalu, bersamaan kira-kira 9% daripada jumlah hasil cukai Kerajaan. Ini adalah sumber-sumber yang boleh disalurkan untuk meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan awam, yang merupakan daya tarikan yang penting untuk meningkatkan pelaburan ke negara ini. Mungkin juga terdapat ketidakpadanan antara pelaburan yang diterima dengan bidang pertumbuhan baharu yang sepatutnya dipupuk oleh negara. Misalnya, terdapat bukti baharu tentang peningkatan FDI dalam sektor yang kurang produktif seperti pembangunan harta tanah dan pembinaan, terutamanya dalam segmen yang dikenal pasti sebagai sektor yang menghadapi ketidakseimbangan. FDI dalam sektor harta tanah dan pembinaan telah meningkat dari segi bahagian, daripada purata 6.3% aliran FDI tahunan pada tahun 2010-2015, kepada 19.1% pada tahun 2016 dan 2017. Perbincangan dan interaksi dengan wakil industri menunjukkan bahawa pelaburan ini disalurkan terutamanya dalam segmen harta tanah bernilai lebih tinggi. Ketirisan lain termasuk limpahan dalam negeri yang rendah kerana kadar penghantaran balik pendapatan yang tinggi oleh syarikat-syarikat asing dan kiriman wang yang tinggi daripada pekerja asing, kedua-duanya merupakan faktor struktur yang menjejaskan imbangan akaun semasa Malaysia.
Tambahan pula, insentif fi skal yang digunakan secara meluas sebagai salah satu cara untuk menarik pelaburan telah mendapat lebih perhatian daripada pertubuhan antarabangsa, berikutan kebimbangan atas fenomena ‘perlumbaan ke bawah’ dan perubahan yang pelbagai dalam keadaan peraturan pengawalseliaan yang bertujuan untuk menghalang amalan cukai yang memudaratkan. Hal ini juga memberikan syarikat-syarikat multinasional kelebihan apabila membuat keputusan mengenai destinasi pelaburan, dan memberi tekanan kepada negara penerima pelaburan untuk tunduk kepada tuntutan segera industri, yang boleh mengorbankan hala tuju dasar strategik.
11 Untuk keterangan yang lebih terperinci, sila rujuk rencana bertajuk ‘Menilai Semula Insentif Pelaburan’ dalam Buletin Suku Tahunan BNM, S3 2017.
12 Untuk keterangan yang lebih terperinci, sila rujuk rencana bertajuk ‘Kesan Herotan Pekerja Asing Berkemahiran Rendah terhadap Ekonomi’.
54 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
V. Implikasi Dasar: Rangka Kerja Baharu untuk Menilai PelaburanPersekitaran ekonomi semasa semakin dinamik dan kompleks. Globalisasi dan gangguan teknologi pantas mengubah pilihan pengguna, trend industri dan model perniagaan. Pendekatan baharu diperlukan, dan penggubal dasar mestilah dapat menyesuaikan diri dengan rangka kerja baharu untuk menilai pelaburan. Walaupun penggubal dasar biasanya cenderung memberikan lebih banyak penekanan pada FDI, Malaysia sekarang berhadapan dengan titik perubahan yang menarik. Selain memastikan FDI kekal sebagai penyumbang penting kepada perkembangan ekonomi, penggubal dasar juga mesti mempertimbangkan strategi untuk memaksimumkan limpahan ke belakang dan ke hadapan daripada DIA. Mandat ini mencabar, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Cara untuk maju ke hadapan adalah dengan memikirkan semula strategi pelaburan negara dan menggunakan pendekatan baharu terhadap rangka kerja analisis kos dan manfaat bagi pelaburan masuk dan keluar. Arah tuju dasar tenaga kerja juga perlu lebih jelas, terutamanya yang berkaitan dengan peranan pekerja asing berkemahiran rendah dalam ekonomi. Komunikasi tentang strategi Kerajaan mengenai pekerja asing perlu dipertingkatkan, bersama-sama kemudahan untuk mendapatkan maklumat tentang peraturan semasa, dan menawarkan garis masa yang ditakrifkan dengan jelas mengenai pelaksanaan yang berperingkat bagi kawal selia masa depan. Namun begitu, pada peringkat tertinggi, penggubal dasar perlu bersetuju tentang cara terbaik DIA dan FDI Malaysia dapat disesuaikan dengan trend industri global dan merangka strategi sewajarnya, sebagaimana yang telah dilakukan oleh negara serantau seperti RR China dan Singapura.
Bagi mencapai matlamat ini, rangka kerja yang luas dalam menilai manfaat bersih DIA dan FDI diperlukan dengan menggabungkan perspektif kuantitatif dan kualitatif, serta latar belakang yang sebahagian besarnya merangkumi trend ekonomi, perindustrian dan teknologi global yang berubah dengan pantas (Ilustrasi 1). Kos dan manfaat yang berkaitan dengan FDI dan DIA termasuk impak yang boleh diukur seperti pelaburan, eksport, nilai ditambah, pekerjaan, serta kos yang berkaitan seperti hasil cukai yang terlepas dan bayaran pendapatan pelaburan. Manfaat dan kos yang kurang ketara yang berkaitan dengan DIA dan FDI juga diambil kira, seperti manfaat yang dibawa oleh penggunaan teknologi, pembangunan kluster perindustrian, dan herotan tingkah laku industri yang mungkin berlaku akibat sekatan peraturan dan kawal selia terdahulu.
Ilustrasi 1: Rangka Kerja Analisis Kos-Manfaat Aspirasi
Pertimbangan untuk pelaburan perlu lebih meluas daripada kesan segera serta keuntungan
Nota: Penunjuk-penunjuk yang disebut dalam rangka kerja di atas bukan senarai lengkap dan bertujuan sebagai gambaran perspektif yang komprehensif dalam menilai kosdan manfaat DIA dan FDI
Kos dan manfaat yang tidak ketara
Trend mega ekonomi dan pelaburan global
Kos dan manfaat yang ketara Perubahandalam modelperniagaan
Evolusiperubahanpengawal
seliaanglobal
Rintangansektorluaran
Pilihanpengguna
Gangguanteknologi
Trendindustri
Peristiwageopolitik
Perkembanganindustri
Penerapanteknologi
Rantaianke hadapandan rantaianke belakang
Peningkatankemahiran
tenagakerja
Kesan dasaryang tidak
diingini
Pemindahanpengetahuan
Reputasiantarabangsa
Akses kepadapasaran kewangan
Kos dan Ketirisan
Produktiviti dan inovasi yang rendah
Insentif pelaburan
Pekerja asing yang berkemahiran rendah
Manfaat dan Limpahan Positif
Pelaburan Domestik
Kecanggihan ekonomi
Nilai ditambah dan eksport
Pewujudan pekerjaandan pendapatan
Hasil cukai yang dilepaskan
55Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Rangka kerja baharu dalam memberi pertimbangan kos dan manfaat ini memberikan beberapa implikasi dasar. Pertama, keberkesanan strategi semasa untuk menarik pelaburan perlu dikaji semula. Peraturan mestilah mendorong pelabur supaya berinovasi, menggunakan teknologi baharu, serta memenuhi pilihan pengguna baru muncul dan trend industri. FDI dan pelaburan prospektif hendaklah berfungsi mengukuhkan hubungan dalam rantaian bekalan domestik dan membina kluster nilai baharu. Pelaburan ini juga hendaklah memperlihatkan ciri yang diingini seperti mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi, serta meningkatkan kecanggihan ekonomi dan produk13. Bagi mencapai matlamat ini, rangka kerja insentif pelaburan perlu difi kirkan semula14. Keputusan untuk memberikan atau tidak memberikan insentif pelaburan hendaklah seimbang antara pendekatan berasaskan prinsip yang cerdas dan fl eksibel dengan pendekatan berasaskan prestasi dan hasil yang lebih tegas. Insentif-insentif yang diberikan hendaklah terikat pada masa dan penunjuk inovasi, produktiviti, pekerjaan berkualiti, dan kecanggihan ekonomi. Malaysia tidak boleh terus bergantung pada strategi kos rendah untuk menarik pelaburan asing dalam persekitaran persaingan yang semakin sengit dari negara lain di rantau ini.
Kedua, dan mungkin lebih mencabar untuk dicapai, ialah objektif memaksimumkan limpahan domestik daripada DIA. Usaha untuk menggalakkan aliran dua hala daripada aktiviti pelaburan serta rantaian ke belakang dan ke hadapan dalam ekonomi domestik hendaklah diperkukuh. Sebahagian daripada usaha ini termasuk mengoptimumkan prestasi syarikat Malaysia yang membuat pelaburan di luar negeri. Contohnya, Korea memudahkan syarikat dan PKS tempatannya menjalankan penerokaan di luar negeri dengan menawarkan khidmat perundingan pelaburan, yang memberikan konteks yang berkaitan tentang latar belakang sosial dan politik negara tempat syarikat membuat pelaburan. Menerusi agensi penggalakan pelaburan, Kerajaan memberikan khidmat nasihat dari segi undang-undang dan peraturan, dan cabaran yang biasanya dihadapi oleh syarikat asing yang memasuki pasaran ini. Perkhidmatan ini bertujuan untuk mengurangkan insiden syarikat mengalami kesulitan yang tidak diduga dari segi undang-undang dan peraturan yang mungkin dapat dielakkan, dan persiapan untuk menghadapi cabaran yang khusus dalam sektor yang diceburi. Komunikasi tentang rancangan pelaburan secara strategik dan telus, terutamanya dalam kalangan GLC dan pelabur institusi negara, juga akan mendatangkan manfaat, memandangkan peranan penting yang dimainkan oleh syarikat-syarikat ini dalam ekonomi Malaysia. Seperti yang dibincangkan, rangka kerja insentif pelaburan yang lebih dinamik diperlukan untuk menyokong objektif ini, disertai dengan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan bagi memastikan ukuran prestasi dicapai, selaras dengan keperluan kelulusan pelaburan dan undang-undang FEA. Hal ini menjadi bertambah rumit apabila limpahan domestik daripada DIA mungkin tidak boleh diukur dengan mudah disebabkan kekurangan data dan rangka kerja semasa untuk menilai daya maju pelaburan di luar negeri. Oleh itu, senarai keperluan berasaskan prinsip yang jelas bagi melengkapi petunjuk kuantitatif adalah penting untuk menilai secara komprehensif impak kewangan dan ekonomi pelaburan di luar negeri oleh syarikat tempatan. Penggunaan dasar ini perlu dilaksanakan dengan cara yang benar-benar selaras dan bersepadu bagi memaksimumkan keberkesanan sokongan institusi untuk DIA.
Akhir sekali, persatuan-persatuan industri juga boleh memainkan peranan yang lebih membina dalam dialog tentang dasar, sama ada dengan memberikan pemahaman berkenaan industri kepada agensi negara atau dengan mengambil bahagian dalam pembentukan dasar. Syarikat yang beroperasi dalam ekonomi Malaysia mestilah berbuat demikian dengan tujuan untuk membina ekosistem industri yang lebih membantu, mempertingkat fungsi pasaran pekerja domestik dan meningkatkan produktiviti secara berterusan. Inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan, seperti Sistem Insurans Pekerjaan yang diperkenalkan baru-baru ini, dianggap perlu untuk menjadikan pasaran pekerja lebih fl eksibel dan menggalakkan saluran penjimatan sosial yang lebih cekap. Diperhatikan bahawa dengan terdapat banyak model kos rendah, sering kali berlaku penolakan yang hebat daripada industri apabila Kerajaan memperkenalkan peningkatan standard industri dan perburuhan yang lebih tinggi. Persetujuan syarikat dan penyertaan yang bermakna adalah amat penting dalam memastikan inisiatif pembaharuan ekonomi utama ini dilaksanakan dengan jayanya. Penting untuk diingati bahawa pelaburan dan kemajuan dalam ekonomi mestilah, pada akhirnya, mendatangkan manfaat kepada rakyat dan bukan sahaja membawa pembangunan ekonomi, tetapi juga kemajuan sosial.
13 Untuk keterangan lebih terperinci, sila rujuk rencana bertajuk ‘Kecanggihan dan Pertumbuhan: Kedudukan dan Implikasi Dasar Malaysia’. 14 Untuk keterangan lebih terperinci, sila rujuk rencana bertajuk ‘Menilai Semula Insentif Pelaburan’ dalam Buletin Suku Tahunan S3 2017 BNM.
56 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Kesimpulan dan Bidang Penyelidikan Pada Masa Depan
Ringkasnya, DIA terbukti menguntungkan syarikat tertentu dalam negeri, dengan beberapa bukti beranekdot tentang limpahan dalam negeri bagi sektor terpilih. Namun begitu, bukti tentang manfaat ekonomi DIA yang meluas masih belum jelas. Berkenaan FDI, walaupun manfaatnya kepada ekonomi adalah lebih jelas, manfaat tersebut bukanlah secara tetap atau automatik. Terdapat semakin banyak bukti bahawa manfaat bersih kepada ekonomi semakin berkurang, berikutan kos yang semakin meningkat untuk menarik pelaburan asing. Dasar pelaburan perlu disusun semula sedemikian rupa sehingga negara tidak bergantung semata-mata pada faktor tarikan kos untuk menarik pelaburan asing disamping mengurangkan kebocoran ekonomi. Rangka kerja dasar berhubung dengan pelaburan perlu dipertimbangkan semula, untuk kedua-dua DIA dan FDI, bagi memastikan negara kekal berada pada landasan yang betul dalam aspirasinya untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Bagi mencapai hasrat itu, negara perlu terus membuat pelaburan dalam infrastruktur dan modal insan serta menghapuskan halangan dalam negeri supaya ia sentiasa berada pada kedudukan yang baik untuk menempuh gelombang gangguan teknologi dan megatrend ekonomi global yang seterusnya. Pada masa hadapan, usaha yang lebih bersepadu perlu dilakukan untuk membuat pengukuran dan menilai dengan lebih baik kos dan manfaat FDI dan DIA. Usaha ini termasuk menjalankan lebih banyak penyelidikan tentang bidang DIA dalam negeri yang saling melengkapi dan kurang diterokai, menambah baik kaedah pengumpulan dan penyusunan maklumat supaya impak tak ketara diambil kira dan kuantitinya dapat dinyatakan dengan lebih baik, serta memperkenalkan disiplin yang lebih ketat dalam menguatkuasakan rangka kerja analisis kos-manfaat lebih menyeluruh yang memberikan tumpuan pada impak pelaburan yang lebih meluas. Penyesuaian dasar bagi mempertingkat rantaian ke belakang dan limpahan daripada DIA dan FDI ini adalah penting, dan ia merupakan ikhtiar yang saling melengkapi dalam usaha jangka panjang untuk menjadi pasaran ekonomi yang cekap dan berfungsi serta infrastruktur berkualiti tinggi. Penyelarasan yang dipertingkat antara agensi Kerajaan dan kerjasama yang lebih baik antara sektor awam dengan swasta sangat perlu untuk menguatkan daya tarikan ekosistem pelaburan dalam negeri, demi prospek jangka panjang ekonomi Malaysia yang mampan.
Kajian Kes tentang Pelabur Pemastautin Terbesar
Satu siri perbincangan industri dan kaji selidik bersama syarikat DIA besar yang terdiri daripada 52 syarikat yang menyumbang kepada 60% daripada jumlah terkumpul stok DIA pada separuh tahun pertama 20171 telah dijalankan. Kaji selidik tersebut bukan sahaja bertujuan untuk memperoleh pemahaman tentang prestasi kewangan DIA Malaysia, tetapi juga untuk menilai manfaat tidak ketara DIA kepada ekonomi dalam negeri.
Penghantaran balik pulangan kewangan hasil DIA sederhana• Meskipun persekitaran ekonomi global semakin mencabar, pendapatan DIA kekal stabil selama enam tahun yang
lalu sejak tahun 2012 mencerminkan daya tahan pelaburan ini. Daripada pendapatan DIA yang diperoleh, 51% (RM44.0 bilion)2 telah dihantar balik, dengan GLC dan syarikat swasta membuat sumbangan yang sama. Baki 49% (RM41.8 bilion)3 daripada pendapatan DIA yang disimpan di luar negeri telah digunakan untuk pelaburan semula atau untuk membayar balik pinjaman. Kaji selidik juga menunjukkan bahawa penukaran hasil pendapatan yang dihantar balik kepada ringgit adalah minimum4 kerana kebiasaannya pendapatan ini disimpan dalam mata wang asing untuk disalurkan semula ke dalam pelaburan baharu di luar negeri, dan mengakibatkan hanya jumlah kecil ditinggalkan untuk kegunaan dalam negeri.
• Pertumbuhan yang sederhana dalam pendapatan pelaburan juga mencerminkan DIA Malaysia yang, secara relatif, masih berada pada peringkat awal. Pada permulaannya, kebanyakan DIA dilaksanakan melalui usaha greenfi eld yang mempunyai tempoh bayar balik yang agak panjang, iaitu antara tiga hingga 18 tahun. Berikutan tempoh gestasi yang panjang, sesetengah DIA hanya mula menghasilkan pulangan baru-baru ini. Dari semasa ke semasa, syarikat Malaysia yang semakin matang mula mengembangkan pelaburan di luar negeri melalui usaha brownfi eld yang mempunyai tempoh gestasi yang lebih pendek, iaitu antara tiga hingga lima tahun.
1 Bagi tujuan rencana ini, syarikat yang diperbadankan di Wilayah Persekutuan Labuan diklasifi kasikan sebagai bukan pemastautin, selaras dengan olahan di bawah peraturan FEA.
2 Angka tidak termasuk pendapatan oleh institusi kewangan dan olahan FEA terhadap Labuan sebagai bukan pemastautin.3 Sumber: Bank Negara Malaysia.4 Sumber: Maklum balas daripada syarikat yang dikaji.
57Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Manfaat DIA lebih ketara dalam industri terpilih berikutan pemindahan teknologi kepada sesetengah sektor • DIA berkemungkinan boleh mempercepat pemindahan teknologi ke Malaysia, terutamanya dalam sektor
tenaga diperbaharui yang masih di peringkat permulaan. Usahasama dalam dua projek brownfi eld di United Kingdom dan Turki oleh syarikat utiliti negara boleh memacu pembangunan penjanaan tenaga suria dan angin di Malaysia menerusi pemindahan teknologi daripada syarikat tenaga global. Usaha ini selaras dengan strategi negara untuk menghasilkan sumber tenaga diperbaharui, seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Teknologi Hijau Malaysia 2017 – 2030.
• Begitu juga, DIA dalam sektor riadah dan hospitaliti telah membantu membangunkan sebuah taman tema bertaraf antarabangsa yang unik di Malaysia menerusi penyertaan penerbit dan pengedar fi lem antarabangsa. Ini sejajar dengan usaha Malaysia untuk menggalakkan industri pelancongan.
DIA belum lagi menjadi pemangkin untuk eksport Malaysia • Walaupun sering diakui bahawa DIA sepatutnya memudahkan akses yang lebih besar kepada pasaran global,
sumbangan DIA kepada eksport Malaysia belum lagi menjadi kenyataan. Hanya sektor perladangan sahaja merekodkan eksport seperti peralatan, jentera dan baja berjumlah RM121 juta antara tahun 2014 hingga 20165. Amaun ini amat kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan eksport dari negara ini, iaitu sebanyak RM2,330 bilion dalam tempoh yang sama6. Dari perspektif ini, DIA telah gagal memacu eksport Malaysia.
DIA dalam projek infrastruktur di luar negara mempromosikan jenama dan nama baik Malaysia• Kejayaan syarikat Malaysia melaksanakan projek berskala besar di luar negeri seperti projek lebuh raya,
loji jana kuasa, serta projek kediaman dan komersil membantu mewujudkan dan meningkatkan reputasi syarikat Malaysia di luar negeri. Setakat bulan Mac 2017, syarikat Malaysia berjaya menyiapkan 866 projek antarabangsa bernilai RM92 bilion dan terdapat 55 projek bernilai RM25 bilion yang kini sedang dilaksanakan7.
Manfaat DIA masih belum direalisasikan sepenuhnya • Aliran DIA pada umumnya adalah satu hala, kerana pendapatan yang dihantar balik akan dilaburkan semula
ke dalam pelaburan baharu, dan proses ini sekali gus menjejaskan mudah tunai domestik dalam negeri secara berterusan. Perkara yang perlu dititikberatkan bukan sahaja penghantaran balik pendapatan DIA tetapi yang lebih penting lagi adalah peningkatan penukaran kepada ringgit untuk menambah semula mudah tunai domestik dalam negeri dan menyumbang ke arah aliran yang lebih seimbang dalam pasaran pertukaran asing dalam negeri. Berdasarkan bukti anekdot, walaupun GLC dan syarikat swasta melaksanakan projek berskala besar dan membuat pelaburan besar di luar negeri, eksport negara masih belum menunjukkan peningkatan yang sepadan dengan DIA.
Sumber: Bank Negara Malaysia
Pendapatan dijana Pendapatan dihantar balik
0
2
4
6
8
10
12
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
2012 2013 2014 2015 2016 2017
RM bilion
Rajah 1: Pendapatan Dijana dan Dihantar Balik
Pendapatan daripada DIA adalah stabil secara relatif RM bilion
5 Sumber: Maklum balas daripada syarikat yang dikaji.6 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.7 Sumber: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Construction Industry Development Board, CIDB).
58 Laporan Tahunan 2017
Perkem
bang
an Eko
nom
i pad
a Tahun 2017
Rujukan
Ahn, S., Lee, D., Lee, S. and Woo, C., 2005, November. ‘The Economic Impacts of Outbound FDI and Trade: The Case of Korea’. In OECD Workshop on the Globalisation of Production: Impacts on Employment, Productivity and Economic Growth, Paris.
Bank Negara Malaysia. 2017. ‘Annual Report. Complexity and Growth: Malaysia’s Position and Policy Implications’. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia.
______ 2017. ‘Low-Skilled Foreign Workers and Its Distortions to the Economy’. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia.
______ 2017. ‘Rethinking Investment Incentives’. Buletin Suku Tahunan Bank Negara. (3Q 2017).
______ 2016. ‘Payoffs from Going Global: Assessing the Returns from Malaysia’s Direct Investment Abroad’. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia.
______ 2009. ‘Nature and Trends of Capital Flows in Malaysia’. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia.
Chen, J.E. and Zulkifl i, S.A.M., 2012. ‘Malaysian Outward FDI and Economic Growth’. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 65, pp.717-722.
Goh, S.K. and Wong, K.N., 2014. ‘Could Inward FDI Offset the Substitution Effect of Outward FDI on Domestic Investment? Evidence from Malaysia’. Prague Economic Papers, 23(4).
Goh, S.K. and Tham, S.Y., 2013. ‘Trade Linkages of Inward and Outward FDI: Evidence from Malaysia’. Economic Modelling, 35, pp.224-230.
Kim, S., 2000. ‘Effects of Outward Foreign Direct Investment on Home Country Performance: Evidence from Korea’. In The Role of Foreign Direct Investment in East Asian Economic Development, NBER-EASE Volume 9 (pp. 295-317). University of Chicago Press.
Knoerich, J., 2017. ‘How Does Outward Foreign Direct Investment Contribute to Economic Development in Less Advanced Home Countries?’. Oxford Development Studies, 45(4), pp.443-459.
Wong, K.N., 2013. ‘Outward FDI and Economic Growth in Malaysia: An Empirical Study’. International Journal of Business and Society, 14(1), pp.163-172.
59Laporan Tahunan 2017
Kead
aan Monetari d
an Kew
angan pad
a Tahun 201761 Keadaan Monetari dan Kewangan Antarabangsa 65 Keadaan Monetari dan Kewangan Domestik
Keadaan Monetari dan Kewangan pada
Tahun 2017
Keadaan Monetari dan Kewangan pada Tahun 2017
KEADAAN MONETARI DAN KEWANGAN ANTARABANGSA
Keadaan kewangan global bertambah baik berikutan prospek ekonomi global yang lebih cerah
Keadaan kewangan global bertambah baik sejajar dengan prospek ekonomi global yang lebih cerah. Keadaan yang tidak menentu dalam pasaran kewangan berikutan ketidakpastian keputusan pilihan raya di AS dan perkembangan politik di Eropah pada tahun 2016 sebahagian besarnya telah reda. Pelabur lebih optimistik dan semakin berkeyakinan untuk mengambil risiko yang lebih tinggi. Ini didorong oleh keadaan ekonomi global yang bertambah baik, jangkaan dasar monetari ekonomi negara maju akan kembali ke paras yang wajar secara beransur-ansur berikutan keadaan infl asi yang rendah, serta pemulihan harga komoditi global. Tanda-tanda yang menunjukkan peningkatan aktiviti ekonomi semakin jelas dilihat di AS dan RR China sepanjang tahun 2017 melalui perkembangan aktiviti permintaan, perdagangan dan pelaburan global. Namun, prestasi pasaran ekuiti global yang mengalami peningkatan pesat mengatasi aktiviti ekonomi benar mula menimbulkan kebimbangan mengenai potensi lebihan nilai (overvaluation) dalam beberapa aset kewangan. Meskipun dasar monetari mula kembali ke paras yang wajar dalam beberapa ekonomi maju, kadar hasil bon kerajaan jangka panjang masih kekal pada paras yang rendah disebabkan oleh penurunan tekanan infl asi pada peringkat global.
Pada separuh pertama tahun 2017, pasaran kewangan global didorong oleh peningkatan prospek pertumbuhan global yang dipacu oleh data ekonomi yang positif daripada ekonomi maju dan RR China1. Keputusan yang dibuat oleh
bank-bank pusat dalam ekonomi maju untuk mengekalkan tahap akomodatif dasar monetari telah memperkukuh keyakinan pasaran kewangan bahawa momentum pertumbuhan global akan berterusan. Kenaikan kadar dasar oleh Federal Reserve AS (Fed) pada bulan Mac, dan diikuti oleh kenyataan yang lebih cenderung kepada pengekalan kadar dasar, telah mendorong pasaran menjangka dasar monetari akan kembali ke paras yang wajar secara beransur-ansur. Perkembangan ini telah membawa kepada penurunan kadar hasil bon jangka panjang2 dan penyusutan nilai indeks dolar AS sebanyak 6.4% pada tempoh itu. Sentimen pelabur bertambah baik dengan jangkaan pakej dasar yang mesra pasaran oleh kerajaan AS yang meliputi perbelanjaan infrastruktur yang besar, pembaharuan dasar cukai dan penyahkawalseliaan pasaran. Pencarian pulangan seterusnya bertambah giat dan pasaran kewangan global telah mengalami momentum kenaikan yang ketara. Pulangan hasil yang lebih tinggi dan prospek ekonomi yang positif
2 Bagi tempoh bulan Januari hingga Jun 2017, kadar hasil nota Perbendaharaan AS 10 tahun menurun sebanyak 14.1 mata asas.
1 IMF meningkatkan unjuran prospek kadar pertumbuhan global daripada 3.4% kepada 3.5% bagi tahun 2017, dan mengekalkan unjuran 3.6% bagi tahun 2018 (Sumber: IMF World Economic Outlook, Oktober 2016 dan April 2017).
Rajah 2.1: Indeks Dolar AS
Indeks
Sumber: Bloomberg
90
92
94
96
98
100
102
104
J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O S O N D
20172016
Indeks dolar AS menyusut nilai pada separuh pertama tahun 2017
61Laporan Tahunan 2017
62 Laporan Tahunan 2017
Kead
aan Monetari d
an Kew
angan pad
a Tahun 2017dalam ekonomi sedang pesat membangun telah mendorong kemasukan semula aliran modal dengan jumlah sebanyak USD86.3 bilion3 pada separuh pertama tahun itu.
Disebabkan oleh perkembangan ini, volatiliti pasaran kewangan telah menurun, dengan indeks Chicago Board Options Exchange Volatility (VIX) dan Merril Lynch Option Volatility Estimates (MOVE) telah
0
10
20
30
40
50
60
70
0
50
100
150
200
250
300
2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017
Indeks
Indeks Ketidakpastian Dasar Ekonomi Global (GEPU)
Indeks MOVE
Indeks VIX (skala kanan)
Sumber: Bloomberg, www.policyuncertainty.com
Indeks
Terputusnya perkaitan antara ketidakpastian dasar dengan volatiliti pasaran kewangan pada awal tahun 2017
Rajah 2.4: Penunjuk Ketidakpastian Dasar dan Volatiliti
4 VIX, ukuran yang lazim digunakan untuk mengukur volatiliti pasaran ekuiti, turun di bawah 10, paras paling rendah sejak tahun 1993 manakala Indeks MOVE, ukuran volatiliti yang tersirat dalam pasaran Perbendaharaan AS turun kepada 50 pada bulan Jun 2017, paras paling rendah sejak bulan Ogos 2014.
5 Pada amnya, infl asi menurun dalam ekonomi maju pada separuh pertama tahun 2017. Infl asi di AS menurun daripada 2.5% pada bulan Januari 2017 kepada 1.6% pada bulan Jun 2017 dan infl asi di kawasan euro menurun daripada 1.8% kepada 1.3% pada tempoh yang sama.
3 Bagi tempoh bulan Januari hingga Jun 2017 (Sumber: EPFR Global).
Indeks (2016 = 100)
95
100
105
110
115
120
125
130
135
J F M A M J J O S O N D
2017
Indeks S&P 500 Indeks MSCI Pasaran Pesat Membangun
* Indeks penanda aras berdasarkan permodalan pasaran yang mengukur prestasi pasaran ekuiti dalam 24 ekonomi pasaran sedang pesat membangun.
Sumber: Bloomberg
Rajah 2.2: Indeks S&P 500 dan Indeks MSCI Pasaran Sedang Pesat Membangun*
Pasaran ekuiti global menunjukkan prestasi yang kukuh pada tahun 2017
Spread EMBI JP Morgan Kadar Hasil Nota Perbendaharaan AS 10 tahun (skala kanan)
2.0
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6
2.7
300
310
320
330
340
350
360
370
J F M A M J J O S O N D
Mata asas
2017
Indeks
* Spread ini menunjukkan perbezaan kadar hasil antara bon kerajaan pasaran sedang pesat membangun dalam dominasi dolar AS dengan nota perbendaharaan AS.
Sumber: Bloomberg
Spread EMBI mengecil berikutan permintaan kukuh terhadap bon pasaran sedang pesat membangun
Rajah 2.3: Spread Indeks Bon Pasaran Sedang Pesat Membangun (EMBI) JP Morgan* dan Kadar Hasil Nota Perbendaharaan AS 10 tahun
mencecah paras paling rendah dalam sejarah pada separuh pertama tahun 20174. Pasaran ekuiti global turut mencecah paras tertinggi sejajar dengan pasaran ekuiti AS. Indeks S&P 500 AS meningkat sebanyak 8.2% pada tempoh itu dan melepasi paras 2,300 buat julung kalinya pada bulan Februari. Indeks Morgan Stanley Capital International (MSCI) Pasaran Sedang Pesat Membangun juga mencatat paras paling tinggi dalam sejarah dengan peningkatan sebanyak 17.2%. Dalam pasaran bon kerajaan, pendirian dasar monetari akomodatif yang berterusan dan volatiliti pasaran yang rendah telah menyebabkan penurunan terma premium dalam ekonomi maju. Selain itu, kadar inflasi yang rendah mendorong kadar hasil bon jangka panjang dalam ekonomi maju turut kekal pada paras yang rendah5. Suasana ini mengakibatkan pelabur beralih kepada bon kerajaan dalam ekonomi sedang pesat membangun untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik, dan seterusnya meningkatkan permintaan terhadap aset ini. Hasilnya, spread Indeks Bon Pasaran Sedang Pesat Membangun (EMBI) JP Morgan mengecil sebanyak 37.1 mata asas pada tempoh tersebut.
63Laporan Tahunan 2017
Kead
aan Monetari d
an Kew
angan pad
a Tahun 2017
Meskipun pelabur dalam pasaran kewangan semakin optimistik, perkembangan politik telah menyumbang kepada beberapa tempoh ketidaktentuan yang ketara pada separuh pertama tahun 2017. Sebahagian besar perkembangan ini berkisar tentang kemampuan AS melaksanakan cadangan pembaharuan fi skal dan ketegangan geopolitik yang berterusan antara AS dengan Korea Utara. Walau bagaimanapun, ketidakpastian ini tidak menjejaskan keyakinan pelabur untuk mengambil risiko dalam pasaran kewangan global. Perkembangan ini telah menyebabkan jurang yang semakin besar antara ketidakpastian terhadap perkembangan dasar yang meningkat dan volatiliti pasaran kewangan yang kekal rendah. Jurang yang besar ini jelas dapat dilihat pada awal tahun 2017, di mana berlakunya pencapahan yang berterusan antara penunjuk ketidakpastian dasar dengan VIX6. Dikotomi sedemikian menimbulkan kebimbangan sama ada pasaran kewangan terdedah kepada penentuan harga risiko yang tersasar (mispricing of risk).
Pada separuh kedua tahun 2017, pengembalian semula dasar monetari ke paras yang wajar oleh beberapa bank pusat dalam ekonomi maju telah mendorong pelarasan ke atas jangkaan pasaran dan kadar hasil bon kerajaan. Sejajar dengan jangkaan pasaran, Fed menaikkan kadar dasar sebanyak 25 mata asas sebanyak dua kali, pada bulan Jun dan Disember. Fed juga memberi isyarat bahawa tiga kenaikan akan dibuat pada tahun 2018. Bank of England (BOE) juga menaikkan kadar dasar sebanyak 25 mata asas pada bulan November. Selain kenaikan kadar dasar, Fed juga telah memulakan proses menormalisasikan penyata kewangan dengan mengurangkan saiznya (balance sheet reduction) pada bulan Oktober manakala European Central Bank (ECB) mengumumkan akan mengurangkan program pembelian asetnya daripada EUR60 bilion kepada EUR30 bilion sebulan mulai Januari 2018. Meskipun tindakan dasar sedemikian telah diambil, pasaran kewangan kekal cergas ekoran jaminan yang berterusan oleh bank-bank pusat ini bahawa dasar monetari akan kekal akomodatif dan langkah untuk mengembalikan dasar monetari ke paras yang wajar akan dibuat secara beransur-ansur. Ini turut disokong oleh komitmen bank-bank pusat untuk meneruskan
program pembelian aset7. Perkembangan ini telah menyebabkan kadar hasil bon jangka panjang meningkat walaupun kadar hasil bon itu masih di tahap yang rendah dalam ekonomi negara maju8. Perbezaan kadar pulangan yang berterusan menggalakkan peningkatan aktiviti pelaburan leveraj (carry trade) merentas sempadan. Ini telah menyebabkan ekonomi pasaran sedang pesat membangun menerima aliran masuk modal berjumlah USD66.7 bilion pada separuh kedua tahun 2017.
Pasaran kewangan global terus meningkat ke paras tertinggi yang baharu berikutan satu lagi kenaikan dalam unjuran bagi prospek pertumbuhan global pada separuh kedua tahun 2017, ekoran petunjuk yang lebih jelas dalam pelaksanaan pembaharuan dasar cukai di AS serta pemulihan harga minyak mentah global9,10,11. Indeks S&P 500 AS meningkat sebanyak 10.3% dan mencapai pelbagai rekod tertinggi pada tempoh ini dan ditutup melebihi 2,600 mata buat julung kalinya pada bulan November. Indeks MSCI Pasaran Sedang Pesat Membangun meningkat lagi sebanyak 14.6% dan turut mencatat paras paling tinggi yang baharu dalam sejarah. Permintaan yang berterusan terhadap aset kewangan pasaran sedang pesat membangun juga menyebabkan kadar hasil bon kerajaan menurun dan spread EMBI JP Morgan semakin mengecil sebanyak 17.3 mata asas.
Kepesatan aktiviti pasaran kewangan global menimbulkan kebimbangan mengenai lebihan nilai aset kewangan dan penentuan harga risiko yang tersasar. Pasaran ekuiti global terus mencecah
6 VIX mencecah paras paling rendah dalam sejarah pada tahun 2017, meskipun pada tempoh yang sama Indeks Ketidakpastian Dasar Ekonomi Global kekal pada paras yang tinggi berikutan keputusan pilihan raya presiden AS pada tahun sebelumnya.
7 Sebagai contoh, BOE tidak mengubah program pembelian asetnya meskipun kadar dinaikkan. ECB juga melanjutkan programnya sekurang-kurangnya sehingga bulan September 2018, walaupun merancang untuk mengecilkan pembelian aset.
8 Antara bulan Oktober hingga Disember 2017, kadar hasil nota Perbendaharaan AS 10 tahun meningkat sebanyak 7.2 mata asas manakala kadar hasil bon 10 tahun kawasan euro dan UK masing-masing menurun sebanyak 3.7 mata asas dan 17.5 mata asas.
9 Pada bulan Oktober 2017, IMF membuat peningkatan unjuran bagi pertumbuhan global kepada 3.6% pada tahun 2017 dan 3.7% pada tahun 2018. Seterusnya, pada bulan Januari 2018, anggaran pertumbuhan global dinaikkan lagi kepada 3.7% pada tahun 2017 dan 3.9% pada tahun 2018 (Sumber: IMF World Economic Outlook, Oktober 2017 dan Januari 2018).
10 Akta Pemotongan Cukai dan Pekerjaan (Tax Cuts and Jobs Act) rasmi menjadi undang-undang pada bulan Disember 2017.
11 Harga minyak mentah global pulih selepas merosot pada enam bulan pertama tahun 2017 dan mencecah USD66.8 setong, iaitu paras tertingginya pada bulan Disember. Pemulihan dipacu oleh pengurangan pengeluaran yang berterusan oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Rusia, serta permintaan global yang lebih tinggi terhadap minyak.
64 Laporan Tahunan 2017
Kead
aan Monetari d
an Kew
angan pad
a Tahun 2017
paras tertinggi yang baharu manakala komponen terma premium dalam kadar hasil bon kerajaan, terutamanya dalam ekonomi maju, kekal negatif12. Sebagai contoh, di AS, purata nisbah harga kepada perolehan (price-to-earnings ratio) bagi pasaran ekuiti telah melebihi median jangka panjang13. Saham teknologi khususnya menunjukkan pertumbuhan nilai yang berlebihan dan meningkat sebanyak 37% pada tahun itu14. Tinjauan pasaran yang melibatkan pengurus dana menunjukkan bahawa hampir separuh mempercayai pasaran ekuiti AS terlebih nilai15. Kebimbangan terhadap lebihan nilai ekuiti juga timbul dalam pasaran ekonomi sedang pesat membangun dipacu oleh keyakinan pelabur yang tinggi untuk mengambil risiko dan aliran masuk modal yang besar. Walau bagaimanapun, kebimbangan terhadap lebihan nilai ini masih terkawal berbanding dengan situasi di pasaran ekonomi maju. Di Asia, kebanyakan indeks ekuiti serantau meningkat sebanyak dua angka pada tahun itu. Walau bagaimanapun, purata nisbah harga kepada perolehan kekal hampir dengan purata jangka panjang. Dalam pasaran bon, tanda lebihan nilai sangat ketara dalam ekonomi maju. Ini menunjukkan pasaran bon masih terdedah kepada risko harga bon yang tidak selaras dengan perubahan dasar monetari ke paras yang lebih wajar. Kadar hasil bon kerajaan jangka panjang dalam ekonomi maju utama masih rendah, dan terma premium kekal negatif. Keluk kadar hasil nota Perbendaharaan AS hampir mendatar seperti kedudukannya sebelum Krisis Kewangan Global (Global Financial Crisis, GFC). Selain itu, aktiviti pengambilan risiko turut memberi
kesan kepada bon korporat, dan bon-bon yang mempunyai kadar hasil tinggi (high-yield segment) juga telah menunjukkan pengecilan spread16. Dalam pasaran sedang pesat membangun, kadar hasil bon kerajaan turut menurun disebabkan oleh aliran masuk modal yang besar, tetapi masih hampir dengan purata jangka panjang.
Tempoh lebihan nilai yang berlarutan boleh menyebabkan pasaran kewangan global terdedah kepada pembetulan pasaran yang mendadak. Ini boleh mengakibatkan pasaran kewangan menjadi lebih tidak menentu. Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh mencetuskan pembetulan sedemikian. Pertama, kadar pengembalian dasar monetari ke paras yang wajar dalam ekonomi maju yang lebih pantas dan melebihi jangkaan pasaran boleh mencetuskan semula volatiliti dalam pasaran kewangan17. Kedua, ketidakpastian mengenai perkembangan politik di AS berpotensi menjejaskan beberapa pakej dasar yang mesra pasaran yang telah diambil kira dalam penilaian aset kewangan AS. Ini boleh memberikan impak besar kepada harga ekuiti, yang penilaiannya berdasarkan jangkaan peningkatan dalam keuntungan korporat ekoran pelaksanaan penyahkawalseliaan pasaran dan dasar pengembangan fiskal. Ketiga, paras leveraj yang tinggi dalam ekonomi sedang pesat membangun yang berada pada kadar 187% daripada KDNK pada tahun 201618, masih kekal sebagai risiko yang boleh melemahkan kestabilan kewangan global kerana krisis hutang akan mengakibatkan limpahan negatif yang ketara kepada ekonomi dan pasaran kewangan global. Keempat, peningkatan ketegangan geopolitik semasa boleh mencetus semula penghindaran risiko dalam kalangan pelabur dan akan mengakibatkan kebalikan (reversal) aliran modal yang mendadak daripada aset kewangan, khususnya dalam ekonomi sedang pesat membangun. Berdasarkan perkembangan semasa setakat ini, pasaran hanya terjejas buat sementara waktu kerana ketegangan geopolitik ini tidak mempunyai implikasi yang besar pada ekonomi dan pasaran kewangan global.
12 Terma premium ialah pampasan yang dituntut oleh pelabur untuk risiko yang diambil apabila memegang bon jangka lebih panjang, khususnya terhadap risiko kadar faedah yang lebih tinggi pada masa hadapan. Terma premium yang menurun atau negatif mencerminkan persepsi pelabur mengenai risiko kadar faedah yang lebih rendah.
13 Pada akhir tahun 2017, purata nisbah harga kepada perolehan Shiller (Shiller price-to-earnings ratio), iaitu ukuran penilaian yang lazimnya diguna pakai pada Indeks S&P 500 AS, ialah 32.4 kali. Nisbah ini lebih tinggi daripada paras median jangka panjang (2000-2017), iaitu 25.6 kali (Sumber: Yale University).
14 Indeks S&P Information Technology meningkat sebanyak 36.9% dan mencapai paras paling tinggi, iaitu 1128.9 mata pada tahun 2017.
15 Menurut kajian “Global Fund Manager Survey” yang dijalankan oleh Bank of America Merrill Lynch pada bulan November 2017, sebanyak 48% daripada pengurus dana memberi maklum balas bahawa pasaran ekuiti AS terlebih nilai.
16 Menurut Bank for International Settlements (BIS), spread bon korporat berada pada paras yang paling kecil sejak permulaan tahun 2008. Spread bon korporat kadar hasil tinggi di AS dan Eropah, berbanding bon kerajaan terus mengecil pada tahun 2017 disebabkan oleh sentimen yang bertambah baik dan permintaan kukuh terhadap bon berisiko tinggi (Sumber: BIS Quarterly Review, Disember 2017)
17 Berikutan mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC) pada bulan Disember 2017, Fed telah memberi isyarat bahawa akan berlaku tiga kenaikan kadar faedah pada tahun 2018. Perubahan dalam pendirian ini mungkin boleh menyebabkan kenaikan volatiliti pasaran kewangan.
18 Merujuk Pasaran Sedang Pesat Membangun G20. Tidak termasuk RR China, jumlah hutang dalam Pasaran Sedang Pesat Membangun G20 ialah 108% daripada KDNK pada akhir tahun 2016 (Sumber: IMF Global Financial Stability Report, Oktober 2017).
65Laporan Tahunan 2017
Kead
aan Monetari d
an Kew
angan pad
a Tahun 2017
KEADAAN MONETARI DAN KEWANGAN DOMESTIK
Kekukuhan ringgit dipacu terutamanya oleh perkembangan dalam negeri yang positif
Ringgit menambah nilai berbanding dengan dolar AS pada tahun 2017, sejajar dengan kebanyakan mata wang utama dan serantau. Setelah mengalami penyusutan nilai selama empat tahun berturut-turut, ringgit menambah nilai sebanyak 10.4% berbanding dengan dolar AS pada tahun 2017, iaitu prestasi paling baik dalam tujuh tahun. Ringgit juga merupakan salah satu daripada mata wang serantau yang menunjukkan prestasi terbaik meskipun menyusut nilai beberapa kali disebabkan oleh peristiwa penghindaran risiko oleh pelabur (risk-off) pada tahun itu. Kekukuhan ringgit didorong terutamanya oleh prestasi ekonomi dalam negeri yang teguh dan sentimen pelabur yang positif berikutan langkah susulan liberalisasi pasaran kewangan. Ringgit juga turut disokong oleh perkembangan global yang positif pada tahun itu. Ini termasuklah pemulihan pertumbuhan dan perdagangan global, kadar pengembalian dasar monetari dalam ekonomi maju ke paras yang wajar secara lebih perlahan daripada jangkaan, dan kelemahan dolar AS19.
Setelah mencecah paras terendah pada kadar RM4.4995 berbanding dengan dolar AS pada 4 Januari 2017, ringgit menjadi stabil dan kembali pulih berbanding dengan dolar AS pada suku pertama. Pada mulanya, penambahan nilai ringgit adalah terhad akibat kebimbangan pelabur mengenai prospek pasaran kewangan Malaysia. Kebimbangan itu didorong terutamanya oleh persepsi yang salah mengenai langkah liberalisasi yang diperkenalkan oleh Jawatankuasa Pasaran Kewangan (Financial Markets Committee, FMC) pada bulan Disember 2016 dan kurangnya pemahaman mengenai kemudahan perlindungan nilai dalam negeri dalam kalangan pelabur asing.
Walau bagaimanapun, sentimen terhadap ringgit dan pasaran kewangan Malaysia menjadi bertambah baik mulai suku kedua dan tempoh seterusnya. Pada tempoh ini, ringgit merupakan mata wang yang menunjukkan prestasi terbaik di rantau ini, dengan penambahan nilai sebanyak 9.0% berbanding dengan dolar AS. Aliran masuk portfolio ke dalam pasaran bon kerajaan domestik juga bermula semula pada tempoh ini. Meskipun perkembangan luaran terus mempengaruhi perkembangan mata wang serantau, penambahan nilai ringgit pada tempoh ini turut dipacu oleh daya tahan ekonomi Malaysia. Hal ini dicerminkan oleh pertumbuhan KDNK yang lebih baik daripada jangkaan pada tiga suku pertama tahun 2017 dan pertumbuhan dua angka yang berterusan dalam eksport Malaysia. Pengumuman inisiatif siri kedua untuk membangunkan pasaran kewangan dalam negeri oleh FMC pada bulan April 2017 yang mengumumkan langkah untuk menggalakkan pasaran kewangan yang adil dan berkesan, meningkatkan mudah tunai pasaran bon, memudahkan aktiviti perlindungan nilai, dan meningkatkan maklumat dan ketelusan pasaran, turut memberikan dorongan tambahan kepada ringgit menjadi bertambah kukuh lagi. Pemulihan permintaan global dan sentimen yang positif mengenai prospek ekonomi global dan Malaysia berikutan peningkatan unjuran pertumbuhan bagi tahun 2017 dan 2018 oleh IMF dan Bank Dunia20 telah menarik minat pelabur antarabangsa kepada aset kewangan Malaysia.
Selain menjadi salah satu mata wang serantau yang menunjukkan prestasi terbaik, ringgit juga adalah antara mata wang yang paling stabil. Sisihan piawai ringgit bagi 30 hari pusingan berpurata pada 3.1% pada tahun 2017 manakala mata wang serantau yang lain, termasuklah renminbi China, rupiah Indonesia, won Korea, peso Filipina, dolar Singapura, dolar Taiwan Baharu dan baht Thailand, berpurata dalam julat 3.2% dan 7.8%. Volatiliti ringgit kekal rendah meskipun terdapat beberapa tempoh tekanan penyusutan nilai yang disebabkan oleh kewujudan sentimen penghindaran risiko dalam pasaran kewangan global, seperti kebimbangan geopolitik ekoran ketegangan antara AS dan Korea Utara. Kestabilan ringgit menunjukkan dengan jelas keberkesanan langkah-langkah yang diperkenalkan oleh FMC
19 Pada tahun 2017, dolar AS bermula kukuh untuk mencecah paras paling tinggi dalam tempoh 14 tahun pada bulan Januari disebabkan oleh sentimen yang lebih optimis dalam ekonomi AS. Namun demikian, pada tempoh selanjutnya, dolar AS diselubungi sentimen negatif berikutan ketidakpastian mengenai pembaharuan fi skal AS dan prospek AS mengembalikan dasar monetari ke paras yang wajar. Akibatnya, indeks dolar AS yang mengukur prestasi dolar AS berbanding dengan enam mata wang utama, menurun sebanyak 9.9% pada tahun 2017 (Sumber: Bloomberg).
20 Bank Dunia meningkatkan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi tahun 2017 buat kali ketiga pada bulan Disember, kepada 5.8% (sebelum ini 5.2%, 4.9% dan 4.3%). Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi tahun 2018 juga dinaikkan kepada 5.2% pada bulan Disember.
66 Laporan Tahunan 2017
Kead
aan Monetari d
an Kew
angan pad
a Tahun 2017
pada bulan Disember 2016 dan April 2017 untuk menjajar semula pasaran ringgit dalam negeri dan mengimbangi semula permintaan dan penawaran antara ringgit dan pertukaran asing dalam pasaran domestik. Hasil daripada langkah-langkah ini, mudah tunai dalam pasaran pertukaran asing domestik bertambah baik, dengan jumlah harian urus niaga pertukaran asing mencatat peningkatan yang ketara sejak akhir tahun 2016. Volatiliti ringgit berbanding dengan dolar AS, seperti yang ditunjukkan oleh perbezaan antara kadar ringgit tertinggi dan terendah intrahari, juga menurun berikutan pengenalan langkah-langkah ini. Selain itu, imbangan antara aliran pertukaran asing daripada eksport dan import menjadi lebih baik selepas pengenalan langkah pertukaran hasil eksport dalam mata wang asing21, dengan permintaan terhadap ringgit disokong oleh lebihan akaun semasa Malaysia.
Pada keseluruhan tahun 2017, ringgit menambah nilai sebanyak 10.4% untuk mengakhiri tahun tersebut pada RM4.0620 berbanding dengan dolar AS. Ringgit turut menambah nilai berbanding dengan yen Jepun dan paun sterling tetapi menyusut nilai berbanding dengan euro. Berbanding dengan mata wang serantau, ringgit pada umumnya lebih kukuh. Hasilnya, Kadar Pertukaran Efektif Nominal (Nominal Effective Exchange Rate, NEER) ringgit, iaitu ukuran prestasi ringgit berbanding mata wang rakan perdagangan utama Malaysia, menambah nilai sebanyak 4.0%.
Meskipun penambahan nilai ringgit pada tahun 2017 telah mendorong ringgit untuk lebih selaras dengan kekukuhan asas ekonomi Malaysia, sebarang pelarasan mata wang, sama ada penambahan atau penyusutan nilai, wajar berlaku secara teratur. Malaysia sebagai ekonomi yang sangat terbuka, pelarasan kadar pertukaran secara beransur-ansur menyediakan asas untuk pelarasan yang teratur dalam sektor luaran. Memandangkan Malaysia amat bersepadu dengan sistem ekonomi dan kewangan global, ini merupakan satu cabaran sejak beberapa tahun yang lalu. Dalam persekitaran pasaran kewangan global yang sangat tidak menentu, aliran modal merentas sempadan lebih dipacu oleh faktor sentimen berbanding dengan
faktor berkaitan asas-asas ekonomi dalam negeri. Ini boleh mengakibatkan berlakunya lebihan pelarasan dalam ringgit. Meskipun ketidaktentuan ini telah reda pada tahun 2017 berikutan pemulihan ekonomi global, cabaran masih terserlah kerana peningkatan berterusan dalam sentimen pengambilan risiko boleh mengakibatkan aliran masuk modal spekulatif ke dalam pasaran kewangan domestik. Ini mungkin mengakibatkan risiko pergerakan mata wang yang boleh menjejaskan kestabilan. Oleh itu, amat penting bagi pembuat dasar untuk memastikan sebarang pelarasan kadar pertukaran adalah secara beransur-ansur dan sejajar dengan perubahan dalam asas-asas ekonomi.
Dalam jangka masa terdekat, ringgit akan terus dipengaruhi oleh keadaan volatiliti dalam pasaran kewangan global memandangkan persekitaran global yang senantiasa berubah dengan pantas. Di persekitaran pemulihan global yang semakin kukuh, bank-bank pusat utama selain daripada Fed juga akan beralih daripada dasar kewangan akomodatif yang keterlaluan. Selepas beberapa tahun dasar monetari antara Fed dengan bank pusat utama yang lain bercapah, pergerakan yang segerak ke arah mengembalikan dasar monetari ke paras yang wajar pada tahun 2018 merupakan suatu perkembangan yang baharu dalam pasaran kewangan sejak GFC. Ini boleh menyebabkan kenaikan volatiliti dalam pasaran kewangan apabila peserta pasaran kewangan membentuk pandangan yang berbeza mengenai kadar, masa dan tahap pengembalian dasar ke paras yang wajar oleh bank-bank pusat utama ini. Pada masa yang sama, percambahan perkembangan geopolitik sejak beberapa tahun yang lalu akan terus menimbulkan risiko yang ketara kepada landskap global. Oleh yang demikian, pembuat dasar perlu terus pragmatik dan merangka pelbagai alat dasar untuk mengurus risiko ini. Asas-asas ekonomi yang kukuh, kadar pertukaran yang fl eksibel, rizab antarabangsa yang lebih daripada mencukupi, pasaran kewangan yang lebih mendalam dan lebih pelbagai serta sistem perbankan yang kukuh akan terus menyumbang kepada daya tahan Malaysia untuk menghadapi pergerakan aliran modal yang berubah-ubah dan volatiliti dalam kadar pertukaran.
Pada jangka yang lebih panjang, ringgit harus mencerminkan asas-asas ekonomi Malaysia yang teguh. Memandangkan bahawa pertumbuhan ekonomi dalam negeri mampan dan prospek pertumbuhan meningkat, trend tambah nilai ringgit seharusnya berterusan. Namun demikian, untuk ringgit terus
21 Salah satu langkah FMC yang diperkenalkan pada bulan Disember 2016 ialah memastikan pengkesport menukar hasil eksport mata wang asing kepada ringgit. Ini adalah untuk menangani ketidakseimbangan apabila sebahagian besar hasil eksport disimpan dalam akaun mata wang asing dalam pasaran luar pesisir.
67Laporan Tahunan 2017
Kead
aan Monetari d
an Kew
angan pad
a Tahun 2017
menambah lagi kepada pergerakan ringgit yang berlebihan. Faktor-faktor struktur dan sentimen negatif ini yang berpunca daripada pandangan yang kadangkala tidak berasas, boleh mengakibatkan ketidakseimbangan yang berterusan dalam pasaran pertukaran asing, dan menghalang ringgit daripada mencerminkan aktiviti ekonomi benar Malaysia dengan tepat.
Bagi Bank, ikhtiar yang berterusan akan tertumpu pada usaha untuk memastikan urusan pasaran pertukaran asing adalah teratur. Bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia, kadar pertukaran yang stabil yang menyelaras secara beransur-ansur adalah penting untuk menyokong isi rumah dan perniagaan untuk merancang keperluan penggunaan, pelaburan dan perlindungan nilai mereka. Walau bagaimanapun, Bank menyedari langkah dasar yang bersasaran untuk menangani persepsi yang salah dan ketidakseimbangan, serta usaha yang berterusan oleh Bank untuk memastikan pergerakan kadar pertukaran ringgit secara teratur hanya dapat memberikan penyelesaian sementara dalam jangka pendek. Namun usaha menangani punca sebenar isu-isu menerusi pengenalan dasar struktur jangka panjang untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing ekonomi Malaysia harus terus menjadi tumpuan pada masa hadapan. Hal ini akan memastikan kadar pertukaran ringgit kekal berdaya saing dalam persekitaran global.
mencerminkan dengan lebih baik asas-asas ekonomi Malaysia yang kukuh, langkah-langkah bagi mengatasi halangan struktur yang telah menjejaskan prestasi ringgit sejak beberapa tahun yang lalu perlu dipertimbangkan. Faktor-faktor struktur ini meliputi:
• Pertumbuhan perbelanjaan perjalanan keluar (iaitu perjalanan dan perbelanjaan pelancong dari Malaysia di luar negara) yang telah melebihi perbelanjaan perjalanan masuk
• Pergantungan kepada penyedia perkhidmatan asing yang berterusan dalam perkhidmatan pengangkutan, pembinaan dan insurans disebabkan oleh kekurangan keupayaan dalam negeri; dan
• Pengiriman wang yang meningkat oleh pekerja asing di Malaysia.
Selain itu, pergerakan ringgit kerap terganggu disebabkan oleh persepsi yang salah tentang Malaysia, khususnya persepsi bahawa ekonomi Malaysia bergantung tinggi kepada sektor minyak. Meskipun Bank telah mengambil langkah untuk menangani persepsi yang salah ini dengan menangkis perkaitan antara pergerakan ringgit dan harga minyak, langkah ini memerlukan masa untuk dilihat hasilnya. Kecukupan rizab antarabangsa Malaysia juga merupakan kebimbangan yang biasa ditimbulkan oleh pakar analisis berdasarkan penilaian yang ringkas dan tidak menyeluruh. Kebimbangan terhadap kedudukan fi skal Kerajaan mungkin
Sumber: Bank Negara Malaysia
Indeks (Dis 2016=100)
* Mata wang serantau: renminbi China, rupiah Indonesia, won Korea, peso Filipina, dolar Singapura, dolar Taiwan Baharu dan baht Thailand. Setiap mata wang seimbang dari segi wajaran.
Nota: Peningkatan indeks menunjukkan penambahan nilai ringgit atau mata wang serantau terpilih berbanding dengan dolar AS
RM
98
100
102
104
106
108
110
112
D J F M A M J J O S O N D
Indeks mata wang serantau terpilih berbanding dengan dolar AS*
2016 2017
Rajah 2.5: Kadar Pertukaran Ringgit Malaysia (RM) dan Mata Wang Serantau Terpilih Berbanding denganDolar AS (USD)
Ringgit mencatatkan prestasi yang lebih baik daripada mata wang serantau pada tahun 2017
Nota: (+) menunjukkan penambahan nilai ringgit berbanding dengan mata wang asing
Sumber: Bank Negara Malaysia
-2.6-2.1
0.70.8
1.72.12.5
3.66.7
10.411.411.4
-10 -5 0 5 10 15 20
EURKRWTHBGBPTWDSGDAUDCNYJPY
USDIDR
PHP
Perubahan tahunan, %
20162017
Rajah 2.6: Ringkasan Prestasi Ringgit Malaysia (RM) Berbanding dengan Mata Wang Utama dan Serantau
Ringgit menambah nilai berbanding dengan kebanyakan mata wang utama dan serantau pada tahun 2017
68 Laporan Tahunan 2017
Kead
aan Monetari d
an Kew
angan pad
a Tahun 2017
Kadar faedah nominal stabil pada tahun 2017, mencerminkan keadaan mudah tunai dan pasaran kewangan yang stabil
Kadar faedah nominal domestik kekal stabil pada tahun 2017. Kos pendanaan telah disokong oleh mudah tunai agregat yang mencukupi dalam pasaran borong dan runcit sistem perbankan. Keadaan pendanaan yang stabil sebahagiannya dikekalkan juga oleh aliran masuk semula modal sejak suku tahun kedua.
Selaras dengan paras Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) yang tidak berubah pada tahun 2017, kadar pasaran wang kekal stabil pada sepanjang tahun itu. Purata kadar antara bank semalaman (average overnight interbank rate, AOIR) bergerak dalam julat yang kecil 2.90%-3.00%. Kadar antara bank bagi tempoh yang pendek dan sederhana yang lain juga secara relatifnya tidak berubah. Oleh itu, Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Interbank Offered Rate, KLIBOR) turut stabil pada tahun itu, mencerminkan jangkaan pasaran bahawa OPR kekal tidak berubah pada tahun 2017.
Kestabilan dalam pasaran antara bank membawa kepada trend yang secara umumnya stabil dalam kadar pemberian pinjaman runcit dan deposit. Pada separuh pertama tahun 2017, purata wajaran bagi kadar asas (base rate, BR) bank perdagangan adalah 3.61% (akhir tahun 2016: 3.62%). Walau bagaimanapun, pada separuh kedua tahun, BR meningkat sedikit iaitu sebanyak 3 mata asas kepada 3.64%. Peningkatan kecil ini disebabkan oleh pelarasan menaik beberapa bank perdagangan selaras dengan perubahan dalam komposisi pendanaan mereka kepada liabiliti jangka lebih
panjang yang mempunyai kos lebih tinggi. Meskipun BR lebih tinggi, kadar pinjaman efektif kepada isi rumah dan perniagaan secara umumnya kekal stabil. Purata kadar deposit tetap (FD) yang disebut oleh bank perdagangan secara relatifnya tidak berubah pada tahun 2017, dengan kadar FD bertempoh 1-12 bulan ditawarkan dalam julat 2.87% - 3.10% pada sepanjang tahun.
Infl asi keseluruhan yang lebih tinggi pada tahun 2017 menyebabkan kadar FD benar berubah menjadi negatif pada bulan Januari dan kekal begitu sepanjang tahun. Tempoh kadar deposit benar yang negatif ini adalah tidak unik bagi persekitaran operasi semasa sistem perbankan. Episod-episod kadar deposit benar negatif yang lalu adalah berpunca daripada perkembangan infl asi akibat faktor penawaran yang lazimnya bersifat sementara. Pada tahun 2018, kadar deposit benar dijangka akan berubah menjadi positif disebabkan oleh kenaikan kadar faedah nominal berikutan kenaikan kadar OPR pada bulan Januari, bersama-sama dengan unjuran infl asi yang menjadi sederhana.
Kadar deposit korporat kekal stabil pada sepanjang tahun 2017. Ini berbeza daripada trend pada tahun-tahun yang lalu apabila kadar deposit korporat akan meningkat menjelang hujung tahun. Kadar deposit korporat stabil pada tahun 2017 kerana kekurangan tekanan persaingan untuk deposit dalam kalangan bank untuk tujuan aktiviti mengemas akaun (window dressing) pada akhir tahun dan aliran masuk semula modal yang telah membantu untuk mengawal potensi tekanan pendanaan dalam sistem perbankan.
Jadual 2.1: Kadar Dasar, Kadar Antara Bank dan Kadar Pinjaman
Dis-15 Jul-16 Dis-16 Dis-17
%, pada akhir tempoh
Kadar Dasar Semalaman (OPR)
3.25 3.00 3.00 3.00
KLIBOR 3 bulan 3.84 3.40 3.41 3.44
Kadar asas (BR) purata berwajaran
3.77 3.62 3.62 3.64
Kadar pinjaman purata (ALR) berwajaran
5.40 5.27 5.22 5.22
Sumber: Bank Negara Malaysia
Rajah 2.7: Kadar Deposit Tetap Benar
Sumber: Bank Negara Malaysia
Nota: Anak panah menunjukkan tempoh deposit tetap benar berada pada kadar negatif (dalam bulan)
Deposit tetap benar 1 bulan Deposit tetap benar 12 bulan
-8.0
-6.0
-4.0
-2.0
0.0
2.0
4.0
6.0
8.0
2000
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015
2016
2017
%
12 bulan
9 bulan11 bulan
13 bulan
17 bulan
2 bulan
2 bulan
Tempoh kadar deposit benar yang negatif pada tahun 2017 pernah berlaku sebelum ini
69Laporan Tahunan 2017
Kead
aan Monetari d
an Kew
angan pad
a Tahun 2017
Berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, kadar deposit korporat kekal stabil pada akhir tahun 2017, kerana kekurangan tekanan persaingan untuk deposit dalam kalangan bank untuk tujuan aktiviti mengemas akaun dan aliran masuk semula modal
Pasaran kewangan domestik menunjukkan prestasi yang kukuh pada tahun 2017
Pasaran bon dan ekuiti domestik di Malaysia mempamerkan prestasi yang kukuh pada tahun 2017. Kadar hasil bon Kerajaan terus menurun berikutan permintaan yang mampan daripada pelabur bukan pemastautin dan domestik. Indeks pasaran ekuiti domestik mengakhiri tahun 2017 dengan pulangan yang positif setelah mengalami pulangan negatif selama tiga tahun berturut-turut. Prestasi ekonomi dalam negeri yang kukuh merupakan faktor asas yang memacu perkembangan positif ini. Walau bagaimanapun, kedua-dua pasaran bon dan ekuiti mengalami perkembangan tersendiri yang berbeza sepanjang tahun 2017, didorong oleh faktor-faktor dalam negeri yang spesifik terhadap pasaran.
Kadar hasil MGS menurun didorong oleh aliran masuk bukan pemastautin yang berterusan dan sokongan kuat daripada pelabur institusi domestik
Pada tahun 2017, keluk kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (Malaysian Government Securities, MGS) mengalami anjakan menurun yang mencerminkan kadar hasil yang lebih rendah bagi semua tempoh matang. Permintaan yang berterusan terhadap bon Kerajaan Malaysia disokong oleh prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh pada tahun itu. Perkembangan dalam negeri yang positif disamping volatiliti yang lebih rendah dan peningkatan keyakinan pelabur mengambil risiko dalam pasaran kewangan global telah memacu permintaan daripada pelabur bukan pemastautin. Perkembangan penting dalam pasaran bon pada tahun itu adalah reaksi pelabur kepada pengenalan langkah-langkah pembangunan pasaran kewangan oleh FMC pada lewat tahun 2016 yang menyebabkan berlakunya aliran keluar bukan pemastautin dan tekanan menaik
terhadap kadar hasil MGS. Namun demikian, kesan tekanan ini hanya sementara. Pada tahun 2017, kadar hasil MGS 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun, masing-masing menurun sebanyak 16.4, 13.8 dan 31.4 mata asas.
Pada suku pertama tahun 2017, pasaran bon mengalami aliran keluar bukan pemastautin yang besar, khususnya dari pasaran MGS, berjumlah RM32.6 bilion. Aliran keluar ini dipacu terutamanya oleh pelupusan kedudukan spekulatif jangka pendek yang dipegang oleh institusi kewangan dan pengurus aset bukan pemastautin, berikutan pengenalan langkah-langkah FMC dan keputusan pilihan raya presiden AS pada lewat tahun 2016. Pemegangan MGS oleh pelabur bukan pemastautin dengan tempoh matang kurang daripada tiga tahun menurun sebanyak RM31.9 bilion, mencakupi 98% daripada aliran keluar dari MGS pada suku tahun itu. Meskipun aliran keluar jangka pendek ini merupakan kesan yang dikehendaki daripada langkah FMC, tanggapan yang salah dalam kalangan pelabur mengenai langkah-langkah itu telah mengakibatkan aliran keluar yang lebih ketara. Selain itu, penebusan MGS yang besar turut berlaku pada suku pertama, khususnya pada bulan Februari dan Mac. Sebanyak RM11.5 bilion daripada jumlah ini dipegang oleh pelabur bukan pemastautin. Namun demikian, aliran keluar bukan pemastautin ini mempunyai impak yang terhad atas kadar hasil MGS kerana pelabur institusi domestik pada umumnya meningkatkan pemegangan MGS mereka sebanyak RM25.5 bilion pada tempoh yang sama. Oleh itu, kadar hasil MGS 3 tahun dan 5 tahun, masing-masing meningkat sebanyak 6.4 dan 12.4 mata asas, manakala kadar hasil MGS 10 tahun menurun sebanyak 7.9 mata asas22.
Pada suku tahun yang seterusnya, kadar hasil MGS menunjukkan trend menurun berikutan aliran masuk semula bukan pemastautin ke dalam pasaran bon domestik dan sokongan yang berterusan daripada pelabur institusi domestik23. Hal ini sebahagian besarnya dipacu oleh sentimen pelabur yang bertambah baik hasil daripada prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh, termasuklah pertumbuhan KDNK yang lebih baik daripada jangkaan, pertumbuhan
22 Pada tempoh antara bulan Januari hingga Mac 2017.23 Pada tempoh antara bulan April hingga Disember 2017, aliran
masuk bukan pemastautin ke dalam pasaran MGS berjumlah RM28.5 bilion, manakala pelabur institusi domestik, khususnya dana persaraan, menambahkan pemegangan MGS mereka sebanyak RM13.5 bilion.
70 Laporan Tahunan 2017
Kead
aan Monetari d
an Kew
angan pad
a Tahun 2017
dua angka yang berterusan dalam eksport dan ringgit yang lebih kukuh. Pada tempoh ini, Bank juga turut aktif berbincang dan berinteraksi dengan peserta industri dan pasaran untuk mengurangkan salah anggap mengenai langkah-langkah FMC. Langkah-langkah yang diperkenalkan pada bulan April yang membuka lagi akses kepada pasaran dan memberikan fl eksibiliti perlindungan nilai yang lebih baik telah memperbaharui semula minat pelabur kepada bon Malaysia. Selain itu, perkembangan dalam negeri yang positif ini berlaku serentak dengan jangkaan pasaran bahawa dasar monetari dikembalikan ke paras yang wajar secara beransur-ansur dalam ekonomi maju, dan seterusnya membawa kepada aliran masuk modal ke dalam pasaran kewangan serantau. Oleh itu, kadar hasil MGS 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun, masing-masing menurun sebanyak 22.8, 26.2 dan 23.5 mata asas. Pada tahun 2017, jumlah pemegangan bon Kerajaan24 oleh bukan pemastautin menurun ke paras yang lebih mampan sebanyak 27.7% pada akhir tahun 2017 (2016: 30.6%). Pemegangan ini mencerminkan komposisi pemegang yang stabil dan lebih pelbagai, terdiri terutamanya daripada pelabur jangka panjang seperti dana persaraan, syarikat insurans, kerajaan dan bank pusat.
Pasaran bon korporat domestik mencatat pertumbuhan yang kukuh pada tahun 2017. Aktiviti memperoleh dana meningkat dengan
ketara apabila terbitan bon korporat baharu mencecah paras tertinggi dalam tempoh lima tahun sebanyak RM175.7 bilion25 (2016: RM137.3 bilion). Perkembangan ini telah didorong oleh keadaan sentimen yang lebih baik dan kos pembiayaan yang menggalakkan. Penurunan dalam kadar hasil bon korporat adalah menyeluruh, sejajar dengan penurunan kadar hasil MGS, dengan kadar hasil bon korporat dengan penarafan AAA, AA dan A dengan tempoh matang 5 tahun, masing-masing menurun sebanyak 7.6, 14.1 dan 30.3 mata asas pada tahun itu. Keadaan mudah tunai dan kredit juga masih kukuh pada tahun 2017 dengan jumlah urus niaga sebanyak RM120.5 bilion (2016: RM159.5 bilion).
Pasaran ekuiti domestik bertambah baik, dipacu oleh keyakinan pelabur tentang prospek ekonomi yang kukuh
Berbeza dengan pasaran bon, pasaran ekuiti domestik memulakan tahun 2017 dengan mencatat momentum menaik yang kukuh selepas mengalami pulangan negatif selama tiga tahun berturut-turut. Perubahan arah Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) dipacu terutamanya oleh sentimen pelabur yang bertambah baik hasil daripada prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh dan peningkatan keyakinan pelabur mengambil risiko dalam pasaran ekuiti global, yang seterusnya menyokong permintaan terhadap ekuiti Malaysia. Bagi tahun 2017, indeks FBM KLCI meningkat sebanyak 9.4% (2016: -3.0%).
Pada separuh pertama tahun 2017, indeks FBM KLCI meningkat sebanyak 7.4%. Sentimen dalam pasaran ekuiti domestik disokong oleh prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh dan pendapatan korporat yang bertambah baik, khususnya bagi sektor perbankan, perladangan dan berorientasikan eksport. Trend positif ini juga sejajar dengan indeks pasaran ekuiti serantau yang mengikuti prestasi pasaran ekuiti AS. Pada tempoh ini, Malaysia merekodkan pembelian bersih oleh pelabur asing berjumlah RM10.7 bilion.
Daripada bulan Julai hingga November, indeks FBM KLCI mengalami kejatuhan disebabkan oleh ketidakpastian global yang meningkat dan faktor-faktor yang khusus kepada pasaran ekuiti Malaysia.
Rajah 2.8: Keluk Kadar Hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia
Sumber: Bank Negara Malaysia
2.5
2.7
2.9
3.1
3.3
3.5
3.7
3.9
4.1
4.3
4.5
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
%
Dis 2016
Dis 2017
Tahun hingga matang
Kadar hasil MGS menurun berikutan permintaan yang mampan daripada pelabur bukan pemastautin dan pelabur domestik
24 Merujuk Sekuriti Kerajaan Malaysia (Malaysian Government Securities, MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (Malaysian Government Investment Issues, MGII) dan Sukuk Perumahan Kerajaan (SPK).
25 Merujuk sekuriti yang diterbitkan di Malaysia oleh syarikat tempatan dan asing, sama ada dalam bentuk kertas jangka pendek, jangka sederhana atau jangka panjang dan berprinsip Konvensional atau Islam.
71Laporan Tahunan 2017
Kead
aan Monetari d
an Kew
angan pad
a Tahun 2017Trend menaik dalam pasaran ekuiti global terjejas akibat ketegangan geopolitik yang meningkat serta beberapa tempoh ketidakpastian mengenai perkembangan pembaharuan dasar cukai di AS. Perkembangan ini melembapkan permintaan terhadap ekuiti global. Apabila risiko geopolitik menjadi reda dan ketidakpastian berkurangan, pasaran ekuiti global kembali meneruskan trend menaik. Namun demikian, indeks pasaran ekuiti domestik kekal lembap pada tempoh ini. Indeks FBM KLCI terjejas akibat sentimen berhati-hati, khususnya dalam sektor pembinaan dan perkilangan berikutan kenaikan harga bahan mentah. Pelabur
juga lebih berhati-hati terhadap sektor hartanah disebabkan oleh kebimbangan mengenai isu kemampuan yang rendah dan lebihan penawaran26. Pada tempoh ini Indeks Pembinaan dan Hartanah di Bursa Saham Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Stock Exchange, KLSE) masing-masing merosot sebanyak 8.0% dan 6.3%. Faktor-faktor dalam negeri ini menyebabkan indeks FBM KLCI menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan berbanding dengan negara serantau. Pada tempoh ini, indeks FBM KLCI merosot sebanyak 2.6% manakala indeks serantau kebanyakannya meningkat antara 2.1% dan 13.2%. Pada bulan Disember, indeks FBM KLCI pulih dengan lebih kukuh, dengan indeks meningkat sebanyak 4.6%, hasil dari sentimen pasaran yang lebih baik. Hal ini berikutan peningkatan unjuran terhadap prospek pertumbuhan Malaysia oleh IMF dan Bank Dunia dan peningkatan hasil pendapatan korporat pada suku ketiga, terutamanya dalam sektor perbankan, perladangan dan minyak dan gas. Kekukuhan harga minyak mentah global pada bulan tersebut yang dipacu oleh permintaan global yang lebih kukuh dan pemotongan pengeluaran yang berterusan turut memberikan sokongan tambahan kepada sektor minyak dan gas27. Bagi tahun 2017, indeks FBM KLCI meningkat sebanyak 9.4% (2016: -3.0%) dan ditutup pada 1796.8 mata. Dalam keadaan kebimbangan yang meningkat mengenai lebihan nilai bagi ekuiti global, pasaran ekuiti Malaysia terus menunjukkan nilai yang lebih wajar dengan purata nisbah harga kepada perolehan sebanyak 16.2 kali, menghampiri purata 10 tahun sebanyak 16.5 kali28.
Keadaan mudah tunai keseluruhan kekal mencukupi
Pada tahun 2017, mudah tunai sistem perbankan keseluruhan kekal mencukupi untuk menyokong proses pengantaraan kewangan. Pada peringkat sistem, agregat mudah tunai terkumpul di Bank meningkat berikutan
26 Pada suku ketiga tahun 2017, jumlah hartanah kediaman tidak terjual adalah sebanyak 129,052 unit (2016: 120,802 unit, Purata 2004-2016: 72,239 unit).
27 Pada 30 November 2017, OPEC dan Rusia bersetuju untuk melanjutkan tempoh pemotongan pengeluaran minyak selama sembilan bulan sehigga akhir tahun 2018, yang sepatutnya berakhir pada bulan Mac 2018.
28 Nisbah harga kepada perolehan (price-to-earnings, P/E) mencerminkan betapa tingginya pelabur menilai saham sesebuah syarikat berdasarkan perolehannya. Nisbah P/E yang menunjukkan trend yang lebih tinggi daripada purata jangka panjangnya mungkin menandakan lebihan nilai.
Sumber: Bloomberg
95
100
105
110
115
120
125
130
135
J F M A M J J O S O N D
Indeks FBM KLCI Indeks MSCI Dunia Indeks MSCI PasaranSedang Pesat Membangun
2017
Indeks (Dis 2016 =100)
Indeks FBM KLCI meningkat sejajar dengan prestasi pasaran ekuiti global yang mengukuh
Rajah 2.9: Indeks FBM KLCI Berbanding dengan Indeks Ekuiti MSCI
Indeks (Dis 2013=100)
70
80
90
100
110
120
130
140
150
2014 2015 2016 2017J J JFM MA OS NDO J J JFM MA OS NDO J J JFM MA OS NDO J JJFM MA OS NDO
Sumber: Bloomberg
Rajah 2.10: Indeks Ekuiti Serantau
Malaysia Singapura Indonesia Thailand Filipina
Indeks FBM KLCI ditutup lebih tinggi pada tahun 2017 selepas mengalami pulangan negatif selama tiga tahun berturut-turut
72 Laporan Tahunan 2017
Kead
aan Monetari d
an Kew
angan pad
a Tahun 2017
aliran masuk modal, khususnya sejak suku tahun kedua. Pada peringkat institusi, kebanyakan institusi perbankan terus mengekalkan kedudukan lebihan mudah tunai.
Pada tahun 2017, operasi monetari Bank kekal menjurus kepada usaha mengekalkan kestabilan dalam pasaran antara bank. Pada suku pertama tahun itu, tekanan penguncupan terhadap mudah tunai domestik akibat aliran keluar modal telah diimbangi oleh operasi suntikan mudah tunai menerusi kemudahan repo berbalik dan swap pertukaran asing. Berikutan kemasukan semula aliran modal dari suku kedua dan seterusnya, Bank dapat mengurangkan operasi suntikan mudah tunainya. Berikutan ini, aktiviti dalam pasaran wang domestik kekal tidak terganggu sepanjang tahun.
Mudah tunai sektor swasta yang diukur oleh wang secara luas (broad money, M3) berkembang pada kadar yang
lebih cepat sebanyak 4.7% pada tahun 2017 (2016: 3.1%). Pengembangan M3 terus disokong dengan pemberian kredit oleh bank kepada sektor swasta dalam bentuk pinjaman dan pembelian bon korporat. Jumlah deposit dalam sistem perbankan juga mencatat kadar pertumbuhan tahunan yang lebih tinggi sebanyak 4.0%, disebabkan terutamanya oleh perubahan arah dalam pertumbuhan deposit yang disimpan oleh perniagaan, yang meningkat sebanyak 7.9% pada tahun 2017 (2016: -2.3%). Walau bagaimanapun, pertumbuhan deposit isi rumah meningkat dengan kadar yang sederhana kepada 3.9% (2016: 5.1%) pada tempoh itu.
Pembiayaan kepada sektor swasta didorong oleh pertumbuhan terbitan bon korporat yang lebih kukuh
Pembiayaan bersih melalui sistem perbankan, institusi kewangan bukan bank29 dan pasaran bon korporat berkembang pada kadar tahunan sebanyak 6.4% pada tahun 2017 (2016: 5.5%). Kadar pertumbuhan pembiayaan bersih yang lebih cepat pada tahun itu didorong oleh pembiayaan
Sumber: Bank Negara Malaysia
RM bilion
Lain-lain
Statutory Reserve Requirement (SRR)Repo
Nota Monetari Bank Negara dan Bil Antara Bank BNM
Peminjaman pasaran wang(tidak termasuk repo)
50
100
150
200
250
J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O S O N D2016 2017
Mudah tunai ringgit terkumpul di Bank Negara Malaysia kekal mencukupi
Rajah 2.11: Mudah Tunai Ringgit Terkumpul di Bank Negara Malaysia (pada akhir tempoh)
Rajah 2.12: Pertumbuhan M3
Pertumbuhan M3 meningkat pada tahun 2017
Sumber: Bank Negara Malaysia
Pertumbuhan tahunan M3
Mata peratusan
0
2
4
6
8
J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O S O N D
20172016
M3:4.7%
-2
0
2
4
6
8
10
J F M A M J J O S O N D J F M A M J J O S O N D
Lain-lain2
Institusi kewangan bukan bank
Perusahaan perniagaan
Individu
Mata peratusan
Sumber: Bank Negara Malaysia
2016 2017
1 Tidak termasuk deposit yang diterima daripada institusi perbankan2 Termasuk entiti domestik lain dan entiti asing bukan bank
Pertumbuhandeposit: 4.0%
Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun
Jumlah tidak termasuk institusi perbankan
Pertumbuhan deposit sistem perbankan meningkat pada tahun 2017
Rajah 2.13: Sumbangan kepada Pertumbuhan Deposit Sistem Perbankan1 mengikut Penyimpan
29 Institusi kewangan bukan bank terdiri daripada institusi kewangan pembangunan (IKP) dan institusi kewangan bukan bank utama.
73Laporan Tahunan 2017
Kead
aan Monetari d
an Kew
angan pad
a Tahun 2017
melalui pasaran bon korporat30, yang mencatat pertumbuhan tahunan dua angka sebanyak 15.4% (2016: 6.3%), iaitu kadar yang paling tinggi sejak tahun 2012. Dari segi sumbangan kepada pertumbuhan pembiayaan bersih, bon korporat mendahului pinjaman31 buat julung kalinya meskipun wajarannya yang lebih kecil32. Pertumbuhan tahunan pinjaman terkumpul menurun kepada 3.9% (2016: 5.3%) apabila pinjaman perniagaan berkembang pada kadar yang lebih perlahan, disebabkan oleh pertumbuhan pembayaran balik melebihi pengeluaran pinjaman.
33 Tidak termasuk terbitan oleh Cagamas dan bukan pemastautin.34 Termasuk pinjaman terkumpul perusahaan awam, tetapi
tidak termasuk pinjaman terkumpul institusi kewangan domestik, institusi kewangan bukan bank domestik, Kerajaan, entiti domestik lain, dan entiti asing dengan sistem perbankan dan IKP. Perubahan dalam paras pinjaman terkumpul ialah jumlah pinjaman yang dikeluarkan tolak jumlah pinjaman yang dibayar balik.
35 Termasuk pengeluaran pinjaman kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan perniagaan selain daripada PKS.
Sumber: Bank Negara Malaysia
Bon korporat terkumpul*
Pinjaman terkumpul sistem perbankan dan institusi kewangan bukan bank
Jumlah pertumbuhan pembiayaan bersih (skala kanan)
* Tidak termasuk terbitan oleh Cagamas dan bukan pemastautin.
0
2
4
6
8
10
0
2
4
6
8
10
S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4
2015 2016 2017
Mata peratusan Pertumbuhan tahunan (%)
Peningkatan dalam jumlah pembiayaan bersih didorong oleh bon korporat
Rajah 2.14: Jumlah Pembiayaan Bersih kepada Sektor Swasta melalui Bank, Institusi Kewangan Bukan Bank dan Bon Korporat
Rajah 2.15: Terbitan Kasar Bon Korporat*
Terbitan meningkat dengan ketara pada tahun 2017
Sumber: Bank Negara Malaysia
* Tidak termasuk terbitan oleh Cagamas dan bukan pemastautin
0
20
40
60
80
100
120
2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017
RM bilion
Perkembangan ini juga mencerminkan kepelbagaian sumber pembiayaan di Malaysia dengan dana tambahan diperoleh daripada pasaran modal dalam keadaan pasaran dan ekonomi yang memberangsangkan.
Permintaan perniagaan terhadap pendanaan daripada pasaran modal meningkat dengan ketara, dengan terbitan bon korporat33 mencecah paras tertinggi dalam tempoh lima tahun sebanyak RM 112.2 bilion pada tahun 2017 (2016: RM 79.2 bilion). Sebahagian besar daripada terbitan bon adalah daripada sektor kewangan, insurans dan harta tanah; elektrik, gas dan bekalan air; serta pembinaan, dan digunakan untuk membiayai projek infrastruktur serta untuk keperluan modal kerja. Pembiayaan melalui pasaran ekuiti juga meningkat dengan ketara kepada RM 12.2 bilion (2016: RM 7.0 bilion), yang mencerminkan terbitan beberapa tawaran awam awal (initial public offerings, IPOs) yang besar, sejajar dengan sentimen pasaran yang bertambah baik. Pertumbuhan tahunan pinjaman perniagaan terkumpul34 yang lebih rendah (2017: 1.3%; 2016: 4.7%) adalah menyeluruh merentas kebanyakan sektor, khususnya dalam sektor perkilangan; perdagangan borong dan runcit, restoran dan hotel; pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi; kewangan, insurans dan perkhidmatan perniagaan; dan harta tanah. Pertumbuhan pinjaman perniagaan yang lebih rendah disebabkan oleh pertumbuhan pembayaran balik pinjaman yang lebih tinggi sebanyak 7.9% (2016: 2.2%) berbanding dengan pengeluaran pinjaman sebanyak 6.2% (2016: -0.3%). Pembayaran balik yang lebih besar oleh perniagaan mencerminkan pembayaran balik berjadual dan pendapatan perniagaan yang lebih kukuh pada tahun itu. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran pinjaman35 meningkat (2017: RM 750.0 bilion; 2016: RM706.2 bilion) sejajar dengan pertumbuhan permintaan dalam negeri. Peningkatan dalam pengeluaran pinjaman diagihkan kepada pelbagai sektor, khususnya sektor perkilangan; pembinaan; perdagangan borong dan runcit, restoran dan hotel; dan pertanian utama.
30 Tidak termasuk terbitan oleh Cagamas dan bukan pemastautin. 31 Termasuk pinjaman terkumpul yang diberikan oleh sistem
perbankan (iaitu perbankan konvensional dan perbankan Islam) dan institusi kewangan bukan bank.
32 Bahagian bon korporat dan pinjaman dalam pembiayaan bersih masing-masing sebanyak 25% dan 75%.
74 Laporan Tahunan 2017
Kead
aan Monetari d
an Kew
angan pad
a Tahun 2017
Pertumbuhan hutang isi rumah36 terus menurun pada tahun 2017 kepada 4.9% (2016: 5.4%), disebabkan oleh pinjaman yang lebih rendah untuk pembelian harta bukan kediaman dan pembiayaan peribadi. Pertumbuhan pinjaman harta kediaman, yang mencakupi 52.0% daripada jumlah hutang isi rumah,
adalah mampan iaitu sebanyak 8.5% pada tahun 2017 (2016: 9.1%). Akses kepada pembiayaan perumahan kekal mampan bagi peminjam yang berkeupayaan membayar balik hutang mereka, disokong oleh kadar kelulusan yang berterusan untuk pinjaman harta kediaman.
36 Pinjaman yang diberikan oleh bank, institusi kewangan pembangunan, dan institusi kewangan bukan bank utama.
Perniagaan Isi rumah Lain-lain Jumlah pertumbuhan(skala kanan)
Pertumbuhan tahunan jumlah pinjaman terkumpul yang lebih perlahan disebabkan terutamanya oleh pinjaman perniagaan
Mata peratusan Pertumbuhan tahunan (%)
Sumber: Bank Negara Malaysia
* Terdiri daripada pinjaman terkumpul sistem perbankan dan institusi kewangan bukan bank.
0
2
4
6
8
10
0
2
4
6
8
10
S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4
2015 2016 2017
Rajah 2.16: Pinjaman Terkumpul mengikut Peminjam*
2015 2016 2017
Bayaran balik pinjaman perniagaan melebihipengeluaran pinjaman perniagaan pada tahun 2017
RM bilion
Sumber: Bank Negara Malaysia
* Terdiri daripada pinjaman sistem perbankan dan institusi kewangan pembangunan (IKP).
Rajah 2.17: Bayaran Balik Pinjaman dan PengeluaranPinjaman Perniagaan*
Bayaran balik pinjaman Pengeluaran pinjaman
150
160
170
180
190
200
S1 S2 S3 S4S1 S2 S3 S4S1 S2 S3 S4
75Laporan Tahunan 2017
Dasar M
onetari pad
a Tahun 2017
77 Dasar Monetari 78 Operasi Monetari
Dasar Monetari padaTahun 2017
77Laporan Tahunan 2017
Dasar Monetari pada Tahun 2017
DASAR MONETARI
Dasar monetari pada tahun 2017 tertumpu pada usaha untuk memastikan pertumbuhan ekonomi kekal kukuh dalam keadaan infl asi yang terkawal
Dasar monetari pada tahun 2017 tertumpu pada usaha untuk memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal kukuh dalam keadaan infl asi yang terkawal. Pada awal tahun 2017, risiko pertumbuhan ekonomi domestik yang lebih perlahan adalah lebih ketara disebabkan oleh faktor luaran. Namun begitu, peningkatan pertumbuhan dan perdagangan global sepanjang tahun 2017 menyebabkan momentum pertumbuhan ekonomi menjadi lebih teguh dengan prospek yang lebih baik. Infl asi kekal terkawal memandangkan permintaan dalam negeri yang kukuh masih diimbangi oleh lebihan kapasiti dalam pasaran pekerja dan stok modal. Walaupun Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) dikekalkan pada 3.00% pada tahun 2017, Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) menyatakan pada bulan November bahawa tahap akomodatif monetari mungkin dikaji semula memandangkan prospek pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan infl asi yang terkawal sepanjang tahun itu. Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.9% pada tahun 2017 (2016: 4.2%), melebihi unjuran awal sebanyak 4.3% - 4.8%. Pada awal tahun 2017, pertumbuhan dijangka meningkat sedikit sahaja berbanding dengan tahun 2016 berikutan risiko yang boleh memperlahankan pertumbuhan ekonomi yang berpunca daripada faktor luaran. Pada tempoh berikutnya, trajektori dan prospek pertumbuhan ekonomi telah menunjukkan kemajuan yang semakin baik. Pertumbuhan ekonomi global menunjukkan peningkatan serta pengukuhan secara lebih meluas dan terselaras. Permintaan global yang terus berkembang mendorong perdagangan global dan
seterusnya memberikan manfaat kepada Malaysia dan ekonomi serantau yang lain. Pertumbuhan eksport kasar Malaysia menunjukkan prestasi melebihi jangkaan dengan mencatat pertumbuhan dua angka bagi tahun 2017. Ini menyebabkan limpahan yang besar kepada ekonomi dalam negeri dari segi pendapatan dan pelaburan apabila firma meningkatkan pelaburan dalam kapasiti produktif, menaikkan upah dan mengambil lebih ramai pekerja. Hasilnya, aktiviti penggunaan swasta dan pelaburan swasta meningkat dengan lebih giat. Menjelang suku ketiga tahun 2017, penilaian yang dibuat menunjukkan pertumbuhan bagi keseluruhan tahun itu dijangka lebih tinggi1 daripada ramalan awal. Paling utama, risiko kemerosotan ekonomi global semakin berkurang, dan potensi peningkatan pertumbuhan ekonomi global menjadi lebih jelas. Namun begitu, risiko terhadap pertumbuhan masih wujud, bergantung pada pergerakan dasar, politik dan geopolitik ekonomi utama.
1 Berdasarkan unjuran pertumbuhan bagi tahun 2017 yang dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia, iaitu antara 5.2% - 5.7%, dalam Laporan Ekonomi 2017/2018 yang diterbitkan pada bulan Oktober 2017.
Rajah 3.1: KDNK dan Inflasi
Pertumbuhan ekonomi kukuh dalamkeadaan inflasi yang terkawal
Pertumbuhan tahunan (%)Pertumbuhan tahunan (%)
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
KDNK benar
Inflasi keseluruhan(skala kanan)
0
1
2
3
4
5
0
2
4
6
8
2016 2017S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4
78 Laporan Tahunan 2017
Dasar M
onetari pad
a Tahun 2017
Unjuran infl asi keseluruhan bagi tahun 2017 ialah 3.0% - 4.0% (2016: 2.1%). Dari segi jangkaan trajektori, infl asi diramalkan memuncak pada awal tahun sekitar 4.0%, dan menjadi sederhana secara beransur-ansur selepas itu, berdasarkan jangkaan bahawa faktor kos global akan semakin berkurang. Namun begitu, permintaan minyak mentah dunia yang meningkat melebihi jangkaan dalam keadaan pengeluaran yang berkurangan, cuaca yang buruk2 dan kebimbangan geopolitik di Timur Tengah telah menyebabkan harga minyak global meningkat. Peningkatan ini seterusnya mengakibatkan harga bahan api dalam negeri meningkat. Harga minyak global dan harga bahan api dalam negeri dijangka kekal pada paras lebih tinggi. Berdasarkan perkembangan dalam harga minyak, MPC membuat penilaian bahawa purata infl asi bagi tahun 2017 akan mencapai paras yang lebih tinggi dalam julat yang diramalkan. Namun begitu, pengukuhan kadar pertukaran ringgit sejak bulan April 2017 membantu mengawal peningkatan kos pengeluaran. Infl asi yang lebih tinggi pada tahun 2017 dijangka bersifat sementara, dan trend ini akan menyederhana pada tahun 2018 kerana analisis menunjukkan kesan faktor kos global dijangka lebih kecil berbanding dengan tahun sebelumnya.
Walaupun infl asi teras disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh, trend keseluruhan infl asi teras dijangka terkawal. Ini berikutan masih terdapatnya lebihan kapasiti dalam pasaran pekerja dan stok modal, serta peningkatan berterusan dalam kapasiti produktif, yang dijangka membolehkan ekonomi memenuhi permintaan yang lebih tinggi tanpa mengalami tekanan harga yang berlebihan.
Keadaan monetari dan pembiayaan kekal stabil serta menyokong aktiviti ekonomi sepanjang tahun itu. Pertumbuhan pembiayaan kepada sektor swasta terus berkembang dan jumlah mudah tunai sistem perbankan kekal mencukupi. Ringgit bertambah kukuh pada tahun tersebut, disokong oleh prestasi pertumbuhan KDNK yang lebih baik daripada jangkaan. Permintaan dan penawaran ringgit juga lebih seimbang berikutan langkah pembangunan pasaran kewangan yang diperkenalkan oleh Jawatankuasa Pasaran Kewangan (Financial Markets Committee, FMC). Risiko ketidakseimbangan kewangan juga terkawal. Langkah kehematan mikro dan makro semasa, termasuk standard pemberian pinjaman yang lebih berhemat terus berkesan dalam mengehadkan keadaan kredit yang melampau dan tahap ketidakseimbangan dalam sektor harta tanah.
Sepanjang tahun 2017, MPC dengan aktifnya membuat penilaian dari semasa ke semasa pendirian dasar monetari bagi memastikan pendirian itu konsisten dengan prospek pertumbuhan dan infl asi. Walaupun dasar monetari yang akomodatif tetap diperlukan bagi memastikan prospek pertumbuhan yang menggalakkan dapat dikekalkan, kesesuaian tahapnya juga penting bagi mengelakkan pertambahan risiko yang mungkin timbul daripada kadar faedah yang terlalu rendah untuk tempoh yang berpanjangan. MPC menyedari bahawa imbangan risiko kepada prospek pertumbuhan dan infl asi telah berubah dengan ketara, dengan lebih banyak tanda-tanda bahawa pertumbuhan dalam negeri kekal kukuh. Oleh itu, MPC mula mempertimbangkan sama ada keadaan makroekonomi yang menggalakkan ini mewajarkan pelarasan tahap akomodatif monetari. Selain itu, keadaan ekonomi yang mendorong OPR dikurangkan pada tahun 2016 telah menjadi jauh lebih baik. Oleh yang demikian, pada bulan November, MPC menyatakan dalam Pernyataan Dasar Monetari pertimbangannya untuk mengkaji semula tahap akomodatif monetari. Dalam penilaian MPC, sebarang pelarasan yang mungkin dibuat adalah untuk mengembalikan keadaan monetari ke tahap akomodatif yang ada sebelum penurunan OPR pada bulan Julai 2016, dan bukannya untuk mengetatkan keadaan monetari.
Meskipun di luar skop dasar monetari, MPC sedar bahawa dalam menilai asas kekuatan ekonomi Malaysia, kesan pengagihan pertumbuhan ekonomi yang lebih meluas juga perlu diberi pertimbangan. MPC berpandangan bahawa isu seperti ketaksamaan pendapatan, produktiviti yang rendah, dan pewujudan pekerjaan berkualiti adalah lebih bersifat struktur. Langkah untuk mengatasi isu-isu ini memerlukan kerjasama daripada pembuat dasar yang lain dalam menggerakkan dasar bersasaran dengan lebih khusus. Hal ini adalah di luar keupayaan dasar monetari, yang merupakan instrumen makroekonomi yang berperanan untuk memastikan ekonomi yang mampan dan infl asi yang stabil secara agregat (blunt instrument).
OPERASI MONETARI
Operasi monetari terus tertumpu pada usaha untuk memastikan pengantaraan kewangan dalam sistem perbankan dalam negeri berjalan lancar
Pada tahun 2017, operasi monetari Bank terus tertumpu pada usaha untuk memastikan pengantaraan kewangan berjalan lancar dalam sistem perbankan domestik meskipun terdapat aliran modal yang tidak
2 Kejadian Taufan Harvey pada akhir bulan Ogos 2017 menyebabkan gangguan bekalan yang tidak dijangka di Amerika Syarikat.
79Laporan Tahunan 2017
Dasar M
onetari pad
a Tahun 2017
menentu. Mudah tunai keseluruhan sistem perbankan dalam negeri kekal mencukupi, dengan agregat mudah tunai ringgit terkumpul yang ditempatkan di Bank meningkat daripada RM184.8 bilion pada tahun 2016 kepada RM189.1 bilion pada tahun 2017.
Pasaran kewangan domestik dipengaruhi oleh volatiliti dalam aliran modal sepanjang tahun 2017. Pada suku pertama, terdapat aliran keluar berpunca daripada pelupusan kedudukan spekulatif jangka pendek yang dipegang oleh institusi kewangan bukan pemastautin dan pengurus aset jangka pendek, khususnya dalam pasaran Sekuriti Kerajaan Malaysia (Malaysian Government Securities, MGS). Perkembangan ini berlaku berikutan langkah yang diperkenalkan oleh FMC pada bulan Disember 2016. Namun demikian, terdapat aliran masuk modal sejak suku kedua dan tempoh berikutnya, disokong oleh sentimen pelabur yang positif berikutan pemulihan permintaan global, peningkatan prospek ekonomi global dan prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh. Pengumuman FMC tentang inisiatif susulan yang akan diambil untuk membangunkan pasaran kewangan tempatan pada bulan April 2017 juga menarik semula minat pelabur bukan pemastautin terhadap aset kewangan Malaysia.
Meskipun terdapat perubahan aliran modal, kadar pasaran wang antara bank kekal stabil bagi semua tempoh matang dan diniagakan dalam spread agak kecil berbanding dengan OPR. Purata kadar antara bank semalaman (average overnight interbank rate, AOIR) bergerak selaras dengan OPR, iaitu antara 2.90% dan 3.00%.
Kadar tawaran antara bank Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Interbank Offered Rate, KLIBOR) turut stabil sepanjang tahun 2017. Kadar deposit korporat yang sejak beberapa tahun lalu menghadapi tekanan menaik menjelang akhir tahun3, kekal stabil pada tahun 2017. Pada bulan Disember 2017, kadar deposit korporat 3 bulan tidak berubah pada 4.00%, berbanding dengan kenaikan 40 mata asas kepada 4.20% pada tahun sebelumnya. Namun, swap kadar faedah (interest rate swaps, IRS) meningkat pada bulan November 2017, berikutan jangkaan pasaran bahawa OPR akan dinaikkan selepas Pernyataan Dasar Monetari bulan November diterbitkan.
Bagi memastikan operasi monetari terus cekap dan pengantaraan kewangan berjalan lancar, Bank mengoptimumkan penggunaan instrumen penyerapan dan suntikan mudah tunai. Bank menggunakan pelbagai instrumen mudah tunai konvensional dan Islam untuk menyerap mudah tunai. Peminjaman langsung pasaran wang dan penerimaan Qard merupakan instrumen utama bagi institusi kewangan konvensional dan Islam. Permintaan untuk repo yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang telah merosot pada tahun 2017 berbanding tahun 2016, iaitu daripada 5.0% kepada 0.5% daripada jumlah terkumpul mudah tunai ringgit yang diserap melalui operasi monetari. Ini mencerminkan permintaan yang lebih tinggi daripada institusi kewangan terhadap instrumen jangka pendek untuk memenuhi keperluan mudah tunai pelabur mereka. Peningkatan penerimaan
3 Sejak tahun 2014, kadar deposit korporat lazimnya menunjukkan trend menaik menjelang akhir tahun disebabkan oleh persaingan untuk deposit dalam kalangan bank bagi tujuan aktiviti mengemas akaun (window dressing). Persaingan ini mengakibatkan kesan limpahan pada kadar pasaran wang jangka pendek.
Rajah 3.2: Perubahan Bulanan dalam Pemegangan Bon Kerajaan oleh Bukan Pemastautin*
Sumber: Bank Negara Malaysia
* Merujuk Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Sukuk Perumahan Kerajaan (SPK)
RM bilion
Perubahan bulanan (RM bilion) % bahagian pemegangan bukan pemastautin daripada jumlah bon Kerajaan (skala kanan)
%
J F M A M J J O S O N D
2017
22
23
24
25
26
27
28
29
30
-30
-25
-20
-15
-10
-5
0
5
10
15
Aliran masuk dari suku kedua, disokong oleh sentimenpelabur yang positif
Rajah 3.3: OPR dan Kadar Antara Bank
Kadar antara bank kekal stabil
OPR Semalaman 1 minggu 1 bulan
Sumber: Bank Negara Malaysia
2.50
2.75
3.00
3.25
3.50
J F M A M J J O S O N D
%
2017
Kadar tertinggi koridor bagi OPR
Kadar terendah koridor bagi OPR
80 Laporan Tahunan 2017
Dasar M
onetari pad
a Tahun 2017
Qard daripada 20.3% pada tahun 2016 kepada 26.1% pada tahun 2017 daripada jumlah terkumpul mudah tunai ringgit yang diserap melalui operasi monetari adalah disebabkan oleh kenaikan lebihan mudah tunai Islam yang meningkatkan permintaan untuk instrumen mudah tunai Islam.
Operasi suntikan mudah tunai oleh Bank juga memberikan sokongan kepada keadaan mudah tunai dalam negeri ketika berlakunya aliran keluar modal pada suku pertama tahun 2017. Operasi ini dijalankan terutamanya melalui kemudahan repo berbalik dan swap pertukaran asing. Namun begitu, operasi suntikan mudah tunai ini menurun ekoran aliran masuk semula modal mulai suku kedua dan tempoh seterusnya.
Bagi meningkatkan lagi pengurusan mudah tunai yang cekap dan fl eksibel dalam pasaran antara bank, Bank memperkenalkan instrumen Bil Antara Bank BNM (Bank Negara Interbank Bills, BNIB) pada bulan November 2017. BNIB hanya disediakan dan boleh diniagakan antara bank tempatan dan diiktiraf sebagai aset mudah tunai berkualiti tinggi Tahap 1 (high-quality liquid assets, HQLA). Pada akhir tahun 2017, sejumlah RM5.0 bilion BNIB diterbitkan menerusi lapan terbitan. BNIB dijangka akan memainkan peranan yang lebih besar pada masa hadapan untuk melengkapi peminjaman langsung oleh Bank. Selain itu, Bank juga mengumumkan bahawa skop cagaran untuk
operasi monetari akan meliputi penerimaan jurubank (banker’s acceptance, BA) dan instrumen deposit boleh niaga (negotiable instrument of deposits, NID) yang diterbitkan oleh institusi kewangan bertaraf AAA. Ini akan memberikan institusi kewangan rangkaian sekuriti yang lebih luas yang boleh dicagarkan untuk mendapatkan mudah tunai di bawah Kemudahan Tersedia (Standing Facilities) oleh Bank. Inisiatif ini juga dijangka akan memberi dorongan kepada perdagangan dan penentuan harga NID dan BA dalam pasaran sekunder. Dari segi urus niaga pasaran wang dalam pasaran antara bank, instrumen konvensional dan Islam, yang mencakupi deposit, NID, dan BA, mencatat jumlah yang lebih rendah, iaitu RM2.1 trilion (2016: RM2.5 trilion). Deposit pasaran wang konvensional kekal sebagai instrumen utama mudah tunai, mewakili 62.5% daripada jumlah yang diniagakan, diikuti oleh deposit Islam dan NID (konvensional dan Islam).
Pada bulan Mei 2017, Bank mengeluarkan Kod Tatakelakuan bagi Pasaran Kewangan Borong Malaysia (Code of Conduct for Malaysia Wholesale Financial Markets, CoC) sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan tahap profesionalisme dan integriti peserta dalam pasaran wang dan pasaran pertukaran asing. Kod baharu ini menggantikan versi sebelumnya yang dikeluarkan pada tahun 1994. Kod ini adalah konsisten dengan prinsip Kod Model oleh Persatuan Pasaran Kewangan
RM184.8 bilion
Rajah 3.4: Komposisi Mudah Tunai Ringgit Terkumpul yang Ditempatkan di Bank Negara Malaysia (pada akhir tempoh)
Penerimaan Qard26.1%
Repo 0.5%
SRR23.0%
Lain-lain7.1%
Peminjaman langsungpasaran wang
38.5%
Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan
2016 2017
Lain-lain5.4%
KeperluanRizab Berkanun (SRR)
23.4%
Nota Monetari Bank Negara
(BNMN)4.7%
Program Komoditi Murabahah (CMP)
1.2%
Peminjaman langsung pasaran wang
39.9%
Repo 5.0%
Penerimaan Qard 20.3%
CMP 0.9%
Konvensional: RM134.7 bilionIslam: RM 50.1 bilion
Konvensional: RM123.8 bilionIslam: RM65.3 bilion
BNMN / Bil Antara Bank BNM
(BNIB)3.9%
Sumber: Bank Negara Malaysia
Peminjaman langsung pasaran wang dan penerimaan Qard merupakan instrumen utama untuk penyerapan mudah tunai
RM189.1 bilion
81Laporan Tahunan 2017
Dasar M
onetari pad
a Tahun 2017
ACI (ACI Financial Markets Association (ACI) Model Code) dan Kod Global FX (FX Global Code) oleh Bank for International Settlements (BIS). Selain itu, sebagai usaha yang berterusan untuk merangsang pembangunan pasaran, Bank telah meluaskan rangka kerja Jualan Singkat yang Dikawal Selia (Regulated Short Selling, RSS) untuk turut mencakupi Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (Malaysian Government Investment Issues, MGII)
yang dipegang oleh institusi kewangan konvensional dan kewangan Islam berdasarkan konsep janji yang mengikat kedua-dua belah pihak (muwa’adah mulzimah). Rangka kerja yang dikaji semula ini akan menggalakkan aktiviti repo dan meningkatkan mudah tunai untuk MGII dalam pasaran sekunder serta mengurangkan jurang penentuan harga dan perbezaan hasil antara kertas konvensional dan Islam.
Rajah 3.5: Butiran Urus Niaga Pasaran Wang Antara Bank
Urus niaga pasaran wang antara bank terutamanya dalam deposit konvensional dan Islam
Sumber: Bank Negara Malaysia
Deposit62.5%
BA0.1%
Jumlah:RM2.1 trilion
Deposit Islam29.7%
NID5.5%
2017
Deposit67.3%
Penerimaan jurubank (BA)0.4%
Jumlah:RM2.5 trilion
Deposit Islam23.7%
Instrumen depositboleh niaga (NID)
6.5%
2016
NID Islam2.1%
NID Islam2.2%
83Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
85 Prospek Ekonomi Antarabangsa86 Ekonomi Malaysia90 Sektor Luaran92 Prospek Infl asi93 Dasar Monetari95 Dasar Fiskal98 Rencana: Gaji Kehidupan Wajar: Bukan Sekadar Menampung Keperluan Asas109 Rencana: Kecanggihan dan Pertumbuhan: Kedudukan Malaysia dan Implikasi Dasar 119 Rencana: Merungkaikan Masa Hadapan Ekonomi Digital Malaysia: Peluang, Cabaran dan Tindak Balas Dasar
Prospek dan Dasarpada Tahun 2018
85Laporan Tahunan 2017
Prospek dan Dasar pada Tahun 2018
PROSPEK EKONOMI ANTARABANGSA
Pertumbuhan meningkat segerak bagi kebanyakan ekonomi utama pada tahun 2018
Ekonomi global diramalkan berkembang pada kadar yang lebih cepat pada tahun 2018, dengan mendapat manfaat daripada momentum positif yang kukuh dari tahun sebelumnya. Pertumbuhan akan dipacu terutamanya oleh penggunaan swasta dan terus disokong oleh aktiviti pelaburan dalam ekonomi maju. Di Asia, aktiviti perdagangan akan terus berkembang, walaupun pada kadar yang lebih sederhana berbanding dengan tahun 2017. Prospek ini akan terus dirangsang oleh sokongan dasar dari segi monetari dan fi skal. Walaupun dasar monetari global mungkin akan terus kembali ke paras yang wajar secara beransur-ansur, keadaan pembiayaan dijangka secara relatif kekal akomodatif. Selain itu, perbelanjaan tambahan terhadap infrastruktur dalam ekonomi seperti Thailand, Korea dan Filipina dijangka merangsang pertumbuhan serantau. Memandangkan prospek pada umumnya positif, penilaian adalah bahawa trajektori pengembangan semasa akan kekal.
Kekukuhan pelaburan dalam ekonomi maju dijangka berterusan sepanjang tahun 2018. Sentimen perniagaan kekal memberangsangkan dan keuntungan kekal kukuh dalam persekitaran permintaan global yang lebih baik. Data ekonomi menunjukkan bahawa masih terdapat keperluan untuk meningkatkan stok modal sedia ada. Selain itu, Akta Potongan Cukai dan Pekerjaan di AS yang diluluskan baru-baru ini dijangka menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam jangka masa terdekat kerana perniagaan mendapat manfaat daripada potongan cukai korporat dan potongan perbelanjaan modal yang lebih besar. Di RR China, pembaharuan dasar yang berterusan bagi mengimbangi semula ekonomi dijangka menjadi penyebab kepada pertumbuhan yang lebih sederhana.
Walau bagaimanapun, ekonomi di rantau Asia akan terus meraih manfaat daripada permintaan dalam negeri yang kukuh dalam ekonomi maju melalui saluran perdagangan.
Pertumbuhan dalam ekonomi sedang pesat membangun yang lain dari Asia, Timur Tengah dan Amerika Latin juga diunjurkan meningkat. Bagi pengeksport komoditi, harga yang lebih tinggi, terutamanya bagi minyak mentah, akan menyokong peningkatan semula permintaan dalam negeri berikutan beberapa tahun pertumbuhan di bawah trend. Selain itu, aktiviti dalam beberapa ekonomi diunjurkan pulih daripada impak negatif dasar pembaharuan pada tahun 2016 dan 2017, contohnya India yang menerima kesan penyahwangan dan pelaksanaan GST.
Secara umumnya, risiko terhadap prospek pertumbuhan global dijangka lebih seimbang. Ini berbeza daripada penilaian selama beberapa tahun lalu tentang tersebar luasnya risiko yang boleh menyebabkan pertumbuhan lebih perlahan. Dari aspek positif, dalam ekonomi maju, terdapat kemungkinan pelaburan akan terus meningkat, dan kadar upah bertambah disebabkan oleh pasaran pekerja yang semakin kukuh. Keadaan ini akan memberikan kesan positif kepada perbelanjaan perniagaan dan isi rumah, dan menjana lebih banyak limpahan kepada ekonomi global melalui perdagangan. Di samping itu, rancangan pentadbiran AS baru-baru ini untuk meningkatkan perbelanjaan bantuan bencana dan infrastruktur pada tahun fi skal 2018-2019 juga boleh menyebabkan risiko positif yang lebih tinggi terhadap prospek. Walau bagaimanapun, masih wujud beberapa risiko yang kekal dari tahun 2017. Pertama, terdapat ketidakpastian berhubung dengan impak pengembalian dasar monetari ke paras yang wajar secara serentak merentas ekonomi utama. Ekonomi global kini beralih daripada tahap keadaan monetari akomodatif yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pasaran kewangan mungkin mengalami pembetulan secara mendadak
86 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
jika tindakan dasar tidak sejajar dengan jangkaan pelabur. Kedua, dasar perdagangan pandang ke dalam kekal menjadi ancaman terhadap perdagangan global. Risiko timbul terutamanya daripada langkah perlindungan oleh pentadbiran AS dan ketidakpastian di Eropah disebabkan oleh perjanjian perdagangan baharu UK-EU yang belum selesai serta pembentukan kerajaan-kerajaan utama. Akhir sekali, risiko geopolitik berhubung dengan konfl ik dalam negeri, serangan pengganas dan pertikaian wilayah masih menjadi isu. Keadaan ini boleh menjejaskan sentimen pasaran kewangan global dan melembapkan aktiviti ekonomi.
EKONOMI MALAYSIA
Dalam persekitaran yang positif ini, Malaysia diunjurkan terus berada pada landasan pertumbuhan yang stabil sebanyak 5.5% – 6.0% (2017: 5.9%).
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 5.5% - 6.0% pada tahun 2018
Asas ekonomi yang kukuh, kepelbagaian struktur, dan dinamisme yang wujud terus menjadi faktor utama mendorong pertumbuhan ekonomi Malaysia. Bagi tahun 2018, prospek pertumbuhan ditingkatkan lagi dengan pengukuhan keadaan ekonomi global. Pertumbuhan akan disokong oleh pengembangan yang berterusan dalam aktiviti sektor swasta. Momentum pertumbuhan yang kukuh juga akan disokong oleh limpahan positif yang berterusan daripada sektor luaran kepada aktiviti ekonomi
dalam negeri. Prestasi perdagangan Malaysia akan mendapat manfaat daripada permintaan global yang menggalakkan, dedahan kepada kitaran teknologi global, dan kapasiti pengeluaran eksport baharu. Di dalam negeri, pertumbuhan pendapatan dan guna tenaga yang berterusan akan mengekalkan perbelanjaan isi rumah yang mampan, yang disokong pula oleh langkah-langkah Kerajaan yang berterusan dan sentimen pengguna yang bertambah baik. Aktiviti pelaburan swasta juga dijangka dapat dikekalkan melalui perbelanjaan modal bagi projek yang sedang dilaksanakan dan projek baharu, dalam keadaan sentimen perniagaan yang meningkat. Sebaliknya, perbelanjaan sektor awam dijangka sederhana berikutan usaha konsolidasi fi skal yang berterusan dan beberapa projek utama oleh syarikat awam yang hampir siap.
Prospek ekonomi juga dipengaruhi oleh beberapa risiko dari aspek positif yang berpunca daripada faktor-faktor luaran dan dalam negeri. Permintaan global yang lebih kukuh daripada jangkaan akan mencerahkan prospek bagi industri berorientasikan eksport. Keadaan ini boleh meningkatkan hasil dan keuntungan perniagaan dan pendapatan isi rumah, yang mengukuhkan lagi sentimen perniagaan dan pengguna. Potensi peningkatan dalam gaji minimum dan pelaksanaan kemudahan pengeluaran yang sedia ada dan baharu yang lebih cepat daripada jangkaan dalam pelbagai industri, termasuk minyak dan gas, perkilangan berasaskan sumber dan E&E, akan turut menyokong prospek pertumbuhan yang lebih baik. Namun begitu, risiko pertumbuhan menjadi perlahan masih wujud. Anjakan dasar monetari dan kawal selia yang tidak
Permintaan Dalam Negeri Kekal sebagai Pemacu Pertumbuhan
Pada tahun 2018, ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 5.5% – 6.0%. Perbelanjaan sektor swasta akan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan, disokong terutamanya oleh pertumbuhan upah dan guna tenaga yang berterusan, keyakinan perniagaan dan permintaan yang menggalakkan. Perbelanjaan sektor awam dijangka merosot disebabkan oleh penguncupan dalam pelaburan awam dalam keadaan pertumbuhan penggunaan awam yang lebih sederhana. Sektor luaran dijangka mendapat manfaat daripada pertumbuhan global yang lebih baik, dan akan menjana limpahan positif kepada aktiviti ekonomi dalam negeri.
Pertumbuhan penggunaan swasta dijangka kekal mampan pada 7.2% pada tahun 2018. Faktor utama yang akan menyokong perbelanjaan penggunaan sepanjang tahun ini termasuklah pertumbuhan yang berterusan dalam guna tenaga dan pendapatan, infl asi yang lebih rendah, dan sentimen yang bertambah baik. Khususnya, prestasi eksport yang kukuh dijangka menyokong upah dalam industri berorientasikan eksport dalam suasana pertumbuhan aktiviti ekonomi dalam negeri yang berterusan. Langkah-langkah Kerajaan yang berterusan juga akan meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah pada tahun 2018. Langkah-langkah ini termasuk pindahan tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diteruskan, pengurangan cukai pendapatan individu sebanyak dua mata peratusan bagi pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000 setahun, dan bayaran khas kepada semua penjawat awam dan pesara.
87Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Pada tahun 2018, keadaan pasaran pekerja dijangka kekal menggalakkan dan menyokong pertumbuhan. Keadaan ini disokong oleh aktiviti ekonomi yang terus kukuh dan sentimen pengambilan pekerja yang bertambah baik. Guna tenaga dijangka terus berkembang, dan pertumbuhan pekerjaan akan cukup teguh untuk menyerap pekerja baharu ke dalam tenaga kerja. Oleh itu, kadar pengangguran secara relatifnya dijangka tidak berubah (3.2% - 3.5%; 2017a: 3.4%). Berkuat kuasa pada 1 Januari 2018, Malaysia telah melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan (Employment Insurance System, EIS) dan Aku Janji Majikan (Employers Undertaking). Tindakan ini kemudiannya akan disusuli oleh kajian semula upah minimum. Walaupun pembaharuan ini mungkin memerlukan sedikit pelarasan jangka pendek, tetapi langkah-langkah ini dianggap perlu untuk meletakkan pasaran pekerja Malaysia pada landasan yang lebih berdaya saing, berdaya tahan dan fl eksibel untuk masa depan.
Pertumbuhan pelaburan swasta dijangka kekal mampan pada 9.1% pada tahun 2018, disokong oleh perbelanjaan modal yang berterusan dan baharu dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, dan diperkukuh oleh sentimen perniagaan yang terus positif. Pelaburan perlombongan, walaupun kekal sederhana, dijangka kurang memberi tekanan kepada pertumbuhan berikutan peningkatan harga komoditi. Pelaburan dalam industri yang berorientasikan eksport (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat manfaat daripada pengembangan yang dijangka dalam pertumbuhan global. Mengikut jenis aset, pelaburan dalam jentera dan kelengkapan dijangka terus mendapat manfaat daripada langkah-langkah Kerajaan baru-baru ini untuk menggalakkan automasi dan inovasi. Pelaburan dalam struktur akan disokong terutamanya oleh projek berbilang tahun yang sedang dijalankan dalam sektor harta tanah secara umum.
Penggunaan awam dijangka mencatat pengembangan kecil sebanyak 0.6% pada tahun 2018 disebabkan oleh pertumbuhan emolumen yang lebih sederhana dalam keadaan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan yang berhemat. Perkara ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan untuk menyusun semula keutamaan dan merasionalisasikan perbelanjaan tidak kritikal.
Pelaburan awam diunjurkan menguncup sebanyak 3.2% disebabkan oleh perbelanjaan modal yang lebih rendah oleh syarikat awam berikutan projek berskala besar yang hampir siap. Pelaburan oleh Kerajaan Am dijangka meningkat, mencerminkan terutamanya pelaburan yang lebih tinggi untuk menambah baik infrastruktur awam dan rangkaian pengangkutan.
Jadual 1
KDNK Benar Mengikut Perbelanjaan (2010=100)
2017a 2017a 2018r 2017a 2018r
% daripadaKDNK
Perubahan tahunan (%)Sumbangan kepada pertumbuhan
(mata peratusan)
Permintaan Dalam Negeri1 92.2 6.5 5.7 6.0 5.3
Perbelanjaan sektor swasta 71.2 7.5 7.6 5.3 5.4
Penggunaan 53.7 7.0 7.2 3.7 3.8
Pelaburan 17.4 9.3 9.1 1.6 1.6
Perbelanjaan sektor awam 21.0 3.3 -0.9 0.7 -0.2
Penggunaan 13.0 5.4 0.6 0.7 0.1
Pelaburan 8.0 0.1 -3.2 0.0 -0.3
Perubahan dalam stok 0.0 0.0 0.0
Eksport Bersih Barangan dan Perkhidmatan 7.8 -1.1 5.5 -0.1 0.4
Eksport 72.9 9.6 8.8 6.7 6.4
Import 65.1 11.0 9.1 6.8 5.9
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Benar 100.0 5.9 5.5 ~ 6.0 5.9 5.5 ~ 6.0
1 Tidak termasuk stoka Awalanr Ramalan
Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
88 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Pengembangan Berterusan Merentas Semua Sektor Ekonomi
Semua sektor ekonomi diunjurkan berkembang pada tahun 2018. Sektor perkhidmatan dan perkilangan kekal menjadi pendorong utama pertumbuhan keseluruhan.
Sektor perkhidmatan dijangka mencatat pengembangan yang mampan. Subsektor perdagangan borong dan runcit, makanan & minuman dan penginapan dijangka mendapat manfaat daripada keadaan pasaran guna tenaga yang menggalakkan. Pertumbuhan dalam subsektor maklumat dan komunikasi juga dijangka kekal kukuh, mencerminkan permintaan yang mampan terhadap perkhidmatan telekomunikasi dan komputer. Dalam subsektor pengangkutan dan penyimpanan, pertumbuhan akan didorong oleh kekukuhan aktiviti perdagangan yang berterusan.
Pertumbuhan dalam sektor perkilangan diunjurkan mampan. Dalam industri berorientasikan eksport, pertumbuhan akan disokong terutamanya oleh permintaan yang berterusan untuk keluaran berkaitan bahan kimia dalam kelompok keluaran berkaitan sumber asas. Pengeluaran produk E&E akan terus mampan, sejajar dengan jangkaan permintaan semikonduktor global akan kembali normal. Pertumbuhan juga akan disokong oleh kapasiti pengeluaran baharu dalam industri berasaskan sumber seperti petrokimia dan sarung tangan getah. Dalam industri berorientasikan dalam negeri, pertumbuhan akan didorong oleh pengeluaran bahan berkaitan pembinaan yang lebih tinggi untuk projek infrastruktur baharu dan yang sedang dijalankan serta kekuatan yang berterusan dalam permintaan untuk produk berkaitan makanan.
Sektor pembinaan dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh. Pertumbuhan ini akan dipacu terutamanya oleh projek kejuruteraan awam berbilang tahun yang berskala besar yang baharu dan sedia ada. Projek-projek ini sebahagian besarnya adalah dalam segmen pengangkutan dan utiliti.
Dalam sektor komoditi, sektor perlombongan dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi, mencerminkan peningkatan pengeluaran gas asli yang berterusan dari medan dan fasiliti pengeluaran gas baharu. Sektor pertanian dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih sederhana. Ini mencerminkan terutamanya pertumbuhan pengeluaran minyak sawit mentah akan kembali normal susulan peningkatan luar biasa selepas El Niño pada tahun 2017.
Jadual 1
KDNK Benar Mengikut Sektor (2010=100)
2017a 2017a 2018r 2017a 2018r
% daripadaKDNK
Perubahan tahunan(%)
Sumbangan kepada pertumbuhan
(mata peratusan)
Perkhidmatan 54.4 6.2 6.1 3.4 3.3
Perkilangan 23.0 6.0 5.9 1.4 1.4
Perlombongan dan pengkuarian 8.4 1.1 1.8 0.1 0.2
Pertanian 8.2 7.2 3.6 0.6 0.3
Pembinaan 4.6 6.7 7.3 0.3 0.3
KDNK Benar 100.01 5.9 5.5 ~ 6.0 5.91 5.5 ~ 6.0
1Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan dan pengecualian komponen duti import a Awalanr Ramalan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
89Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Keluaran Potensi dan Jurang Keluaran Ekonomi Malaysia
Keluaran potensi ialah paras keluaran maksimum yang boleh dihasilkan oleh sesebuah ekonomi dengan sumber sedia ada yang merangkumi modal, pekerja dan teknologi, tanpa mewujudkan tekanan infl asi. Keluaran yang melangkaui potensi ini menunjukkan kemungkinan akan wujudnya tekanan infl asi, manakala keadaan sebaliknya mencerminkan tekanan disinfl asi. Memandangkan matlamat Bank adalah untuk mengekalkan kestabilan harga1, keluaran potensi dan perbezaan antara paras keluaran sebenar dengan keluaran potensi (juga dikenali sebagai jurang keluaran2) merupakan penunjuk infl asi yang penting.
Bank menganggarkan bahawa keluaran potensi Malaysia berkembang sebanyak 5.4% pada tahun 2017 (2016: 5.3%; purata 2010-2015: 5.0%), berikutan perbelanjaan modal yang lebih tinggi dalam sektor swasta dan sektor awam. Kadar pengembangan modal yang lebih cepat adalah selaras dengan permintaan yang lebih tinggi untuk sumber sedia ada, apabila pertumbuhan global yang mantap menghasilkan limpahan kepada ekonomi dalam negeri. Keadaan permintaan yang lebih kukuh dicerminkan oleh penggunaan kapasiti yang lebih tinggi dalam sektor perkilangan pada tahun 2017 (kadar purata penggunaan kapasiti yang diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia pada tahun 2017: 82.6%; 2016: 77.5%).
Meskipun pertumbuhan KDNK lebih cepat (2017: 5.9%; 2016: 4.2%), jurang keluaran kekal pada saiz yang sangat kecil pada tahun 2017 (2016: -0.6%), disebabkan oleh pertumbuhan lebih cepat ini berlaku serentak dengan peningkatan keluaran potensi. Kenaikan infl asi kepada 3.7% (2016: 2.1%) pada tahun 2017 sebahagian besarnya disebabkan oleh faktor kos (khususnya harga bahan api dalam negeri yang lebih tinggi dan harga komoditi global yang kembali pulih) dan dijangka menjadi sederhana selepas ini.
Melihat ke hadapan, jurang keluaran dijangka menjadi sedikit positif pada tahun 2018, selaras dengan momentum pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Namun demikian, pertumbuhan tenaga kerja yang berterusan dan pengembangan modal akan menghasilkan peningkatan keluaran potensi, lalu mengurangkan peningkatan tekanan infl asi yang didorong oleh permintaan.
Dalam jangka masa yang lebih panjang, kewujudan dasar-dasar yang seterusnya akan meningkatkan keluaran potensi, dan selanjutnya mengekalkan pertumbuhan ekonomi pada paras yang lebih tinggi. Beberapa dasar yang ada ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja dan menggalakkan penggunaan modal yang lebih cekap. Sebagai contoh, dasar untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan menggalakkan aktiviti ekonomi perkongsian akan meningkatkan penggunaan aset yang sebelum ini terbiar. Selain itu, inisiatif Kerajaan untuk mempercepat pembangunan ekonomi digital akan meningkatkan produktiviti. Antara lain, inisiatif ini termasuklah pelaksanaan Zon Perdagangan Bebas Digital (Digital Free Trade Zone, DFTZ) yang akan menyediakan platform digital bersepadu bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (Small and Medium Enterprises, SMEs) untuk membolehkan mereka mendapat akses ke pasaran global. Pembaharuan seperti ini akan menjamin kemampanan jangka panjang dan kualiti pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Rajah 1: Keluaran Sebenar dan Keluaran Potensi
Jurang keluaran menjadi sedikit positif pada tahun 2018
a Anggaranr Ramalan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan anggaran Bank Negara Malaysia
Jurang keluaran (skala kanan)
Keluaran sebenar Keluaran potensi
Tahun Pertumbuhan Tahunan Keluaran Potensi (%)
2016 5.32017a 5.42018r 5.0 ~ 5.5
-10
-5
0
5
0
50
100
150
200
250
300
350
1998 2002 2006 2010 2014 2018r
RM bilion % Potensi
Krisis Kewangan Asia
Krisis Kewangan GlobalLetusan GelembungTeknologi
Keluaran Potensi (skala kiri)
Keluaran Sebenar (skala kiri)
1 Akta Bank Negara Malaysia 2009.2 Defi nisi rasmi jurang keluaran ialah (Keluaran sebenar - Keluaran potensi)
Keluaran potensix 100%
90 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
menggalakkan dalam ekonomi maju, peningkatan perlindungan perdagangan oleh rakan dagangan utama serta pertumbuhan yang lebih sederhana daripada jangkaan di RR China, boleh memberi kesan kepada kekuatan eksport Malaysia ke rakan perdagangan utama. Kemunculan semula ketidaktentuan harga komoditi atau pembetulan yang mendadak dalam pasaran kewangan antarabangsa juga boleh menjejaskan sentimen, seterusnya melemahkan kekuatan aktiviti ekonomi dalam negeri.
Malaysia masih berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi rintangan ini sekiranya risiko pertumbuhan yang perlahan menjadi kenyataan. Pengalaman masa lalu telah memperlihatkan bahawa Malaysia mempunyai keupayaan membuat penyesuaian dalam mengurus risiko-risiko ekonomi dan kewangan ini. Dasar strategik yang sangat mustahak dan pembaharuan struktur yang telah dilaksanakan selama ini telah mengurniakan ekonomi Malaysia dengan pelbagai sumber pertumbuhan, penampan yang lebih daripada mencukupi, dan rangka kerja dasar yang teguh. Pada masa hadapan, persekitaran ekonomi yang positif akan menyediakan ruang dasar yang cukup banyak kepada penggubal dasar untuk meneruskan pembaharuan yang diperlukan. Pasaran kewangan dalam negeri mempunyai daya tahan dan berada pada kedudukan yang baik untuk mengantara perubahan aliran modal yang besar, sekiranya berlaku peningkatan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan, dengan itu memelihara keadaan pasaran untuk menjadi lebih teratur bagi menyokong ekonomi sebenar. Pada asasnya, penggubal dasar mempunyai instrumen, keupayaan dan fl eksibiliti untuk melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan bagi mengemudi ekonomi ke arah pertumbuhan yang stabil.
SEKTOR LUARAN
Eksport dan lebihan akaun semasa Malaysia diunjur kekal kukuh pada tahun 2018
Sektor luaran dijangka terus berdaya tahan berikutan pengukuhan ekonomi global pada tahun 2018. Prestasi eksport Malaysia akan disokong oleh permintaan yang menggalakkan daripada rakan perdagangan utama, peningkatan yang berterusan dalam kitaran teknologi global, dan harga komoditi yang terus mampan. Eksport dan import kasar diunjurkan meningkat pada kadar yang lebih tinggi daripada trend purata, namun pada kadar yang lebih mampan, iaitu masing-masing
sebanyak 8.4% dan 8.6%. Dalam keadaan aktiviti perdagangan yang terus kukuh, lebihan barangan bagi akaun semasa dijangka meningkat. Walau bagaimanapun, defi sit dalam akaun perkhidmatan dan pendapatan akan terus mempengaruhi imbangan akaun semasa. Secara keseluruhannya, imbangan akaun semasa Malaysia dijangka mencatat lebihan 2.0 – 3.0% daripada PNK.
Eksport mendapat manfaat daripada permintaan luaran yang menggalakkan
Pertumbuhan eksport kasar Malaysia akan disokong oleh permintaan daripada rakan dagangan utama Malaysia, seperti AS, EU dan ekonomi serantau. Penambahbaikan secara meluas dalam penunjuk masa depan seperti indeks keyakinan perniagaan rakan perdagangan utama, indeks pengeluaran perkilangan dalam ekonomi maju dan serantau, serta indeks US Technology Pulse menunjukkan kekuatan eksport perkilangan yang berterusan pada suku awalan tahun 2018. Khususnya, pelaburan yang berterusan ekonomi maju akan memberi sokongan kepada kitaran elektronik global sewaktu rangsangan permintaan terhadap telefon pintar menurun. Eksport semikonduktor Malaysia (2017: 19.0% bahagian eksport kasar) akan mendapat manfaat yang besar daripada penggunaan meluas semikonduktor dalam automobil dan barangan elektronik pengguna seperti peranti berangkaian dan peralatan pintar. Maklumat yang diperoleh
Jadual 4.1
Perdagangan Luar Negeri
Purata 2012-2016
2017a 2018r
Perubahan tahunan (%)
Eksport kasar 2.5 18.9 8.4
antaranya:
Perkilangan 5.0 18.9 9.5
Pertanian -5.4 10.9 3.5
Mineral -5.7 23.9 3.7
Import kasar 4.1 19.9 8.6
antaranya:
Barangan modal 4.9 15.3 3.4
Barangan pengantara 0.8 20.0 5.8
Barangan penggunaan 10.5 6.1 2.5
Imbangan perdagangan (RM bilion)
85.9 97.2 104.2
a Awalanr Ramalan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
91Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
daripada pengawasan ekonomi serantau oleh Bank membayangkan eksport semikonduktor untuk pasaran automotif berkemungkinan kekal kukuh disebabkan oleh pertambahan kandungan semikonduktor dalam kenderaan dan permintaan yang meningkat untuk sistem keselamatan kenderaan yang canggih, serta sistem maklumat hibur (infotainment) dan keselesaan. Bagi eksport bukan E&E seperti petroleum, bahan kimia dan produk logam, pertumbuhan akan disokong oleh permintaan yang mantap daripada kebanyakan negara serantau. Walau bagaimanapun, usaha pengimbangan semula oleh RR China (2017: 13.5% bahagian eksport kasar) mungkin memperlahankan eksport produk-produk ini.
Peningkatan dalam kapasiti produktif dalam negeri akan menyokong pertumbuhan eksport
Pengembangan kapasiti terutamanya dalam sektor perkilangan dan perlombongan berorientasikan eksport juga dijangka menyokong pertumbuhan eksport. Permulaan beberapa pelaburan yang diluluskan, termasuk sebuah talian pengeluaran E&E yang besar ke Malaysia akan menyumbang kepada eksport cip komunikasi tanpa wayar yang bernilai tinggi. Syarikat dalam industri perkilangan berasaskan sumber, seperti petrokimia dan sarung tangan getah, telah mengumumkan permulaan operasi loji pengilangan baharu. Peningkatan yang dijangkakan dalam pengeluaran minyak mentah dan LNG daripada kemudahan yang sedia ada dan baru bermula juga sedikit sebanyak akan memberikan sokongan kepada pertumbuhan jumlah eksport komoditi. Hasil daripada perkembangan ini, pertumbuhan dalam eksport perkilangan Malaysia dijangka kekal pada trend yang lebih tinggi daripada purata, walaupun kadarnya dijangka menurun. Sejajar dengan prestasi eksport perkilangan, import bagi input barangan pengantara akan terus berkembang untuk menampung pengeluaran perkilangan yang berorientasikan eksport.
Import disokong oleh pengembangan yang berterusan dalam permintaan dalam negeri
Import untuk input pengantara bagi pengeluaran dalam negeri1 akan disokong oleh perbelanjaan sektor swasta yang mampan. Import penggunaan juga akan
berkembang, mencerminkan permintaan isi rumah yang stabil untuk pakaian, makanan dan minuman yang diimport. Namun begitu, penurunan perbelanjaan modal oleh syarikat awam, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada import barangan modal memandangkan projek-projek utama hampir siap. Pertumbuhan yang sederhana dalam import barangan modal juga mencerminkan asas yang tinggi pada tahun 2017, disebabkan oleh penghantaran platform minyak dan gas pada suku pertama 2017.
Pertumbuhan harga komoditi yang lebih sederhana
Harga eksport komoditi utama dijangka mengambil haluan berbeza pada tahun 2018, selepas meningkat segerak dan melonjak dengan kukuh pada tahun 2017. Harga sumber galian akan terus meningkat, tetapi pada kadar yang lebih kecil berbanding dengan tahun 2017. Peningkatan harga yang secara relatif kecil akan menyumbang kepada pertumbuhan eksport minyak mentah yang lebih perlahan. Begitu juga kenaikan dalam harga LNG yang lebih perlahan akan menyebabkan pengembangan yang lebih sederhana dalam eksport LNG. Berbeza pula daripada harga eksport pertanian utama, terutamanya minyak sawit mentah (CPO) yang mungkin menurun mencerminkan paras inventori yang tinggi ekoran pemulihan output CPO yang berterusan selepas El Niño. Pertumbuhan yang lebih perlahan dalam harga komoditi juga akan ditunjukkan dalam eksport yang lebih rendah bagi hasil perkilangan berasaskan sumber (seperti petrokimia dan oleokimia) dan import barangan pengantara (seperti bahan api dan pelincir) yang menggunakan komoditi mentah ini sebagai bahan mentah.
Secara keseluruhannya, prospek eksport Malaysia akan terus kukuh, disokong oleh kekuatan yang berterusan dalam jumlah eksport dalam keadaan pertumbuhan harga eksport yang sederhana. Walaupun kadar pengembangan eksport dan import keseluruhan dijangka menyederhana, pertumbuhan ini masih melebihi prestasi purata lima tahun yang lalu. Hasilnya, lebihan akaun barangan dalam Imbangan Pembayaran diramalkan meningkat kepada RM120.5 bilion.
Akaun sektor perkhidmatan dijangka mencatat defisit yang lebih besar sebanyak RM23.2 bilion, berikutan pembayaran pengangkutan bersih
1 Berdasarkan jadual input-output 2010 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 51.7% daripada keseluruhan import kasar adalah untuk penggunaan domestik.
92 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
yang lebih tinggi, kerana syarikat tempatan terus bergantung kepada penyedia tambang muatan asing untuk mengangkut barangan. Di samping itu, bayaran bagi perkhidmatan profesional dan teknikal juga dijangka meningkat apabila syarikat menggunakan khidmat kepakaran asing untuk pembinaan projek komersial mewah dan projek kejuruteraan awam yang menggunakan teknologi yang kompleks. Akaun perjalanan, yang merupakan akaun perkhidmatan yang mencatat lebihan terbesar, akan meningkat dengan jangkaan ketibaan pelancong yang lebih tinggi dan perbelanjaan per kapita yang meningkat. Tourism Malaysia menyasarkan ketibaan pelancong akan melonjak kepada 33.1 juta pada tahun 2018, daripada 25.9 juta pada tahun 2017.
Akaun pendapatan juga dijangka mencatat defisit yang lebih besar. Defisit pendapatan utama akan meningkat kepada RM39.1 bilion kerana syarikat multinasional yang diperbadankan di Malaysia dijangka terus memperoleh keuntungan yang besar, terutamanya dalam sektor perkilangan, selaras dengan permintaan global yang bertambah baik. Hal ini akan lebih daripada mengimbangi peningkatan pendapatan yang terakru kepada syarikat Malaysia yang melabur di luar negeri, khususnya dalam sektor perlombongan yang mencakupi lebih daripada satu pertiga daripada penerimaan pendapatan pelaburan. Akaun pendapatan sekunder dijangka mencatat defisit yang lebih besar sebanyak RM19.3 bilion disebabkan oleh pengiriman wang ke luar negeri yang lebih tinggi oleh pekerja asing.
PROSPEK INFLASI
Infl asi keseluruhan akan menjadi sederhana pada tahun 2018 berikutan kesan daripada faktor kos global yang lebih kecil
Inflasi keseluruhan dijangka berpurata antara 2.0%–3.0% pada tahun 2018 (2017: 3.7%). Walaupun harga tenaga dan komoditi global dijangka meningkat pada tahun 2018, tahap inflasinya yang lebih tinggi pada tahun 2017 akan menyebabkan kesan peningkatan harga ini menjadi lebih kecil kepada inflasi keseluruhan. Selain itu, kadar pertukaran ringgit yang lebih kukuh berbanding dengan tahun 2017 akan mengimbangi sebahagian kesan kenaikan harga tenaga dan komoditi global. Pengukuhan kadar pertukaran ringgit juga akan membendung kenaikan dalam kos import. Memandangkan inflasi dalam negeri bergantung pada trajektori harga minyak global, masih wujud banyak ketidakpastian tentang unjuran inflasi. Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, juga dijangka menurun pada tahun 2018 disebabkan oleh kesan pindahan kos yang lebih kecil kepada harga runcit berbanding dengan tahun sebelumnya. Tekanan inflasi daripada faktor permintaan dalam negeri akan dikekang oleh peningkatan produktiviti pekerja dan pelaburan berterusan untuk pengembangan kapasiti.
Harga minyak global dijangka meningkat pada tahun 2018 disokong oleh keadaan pasaran minyak global yang terus ketat berikutan pelanjutan perjanjian pengurangan pengeluaran minyak global antara Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dengan beberapa pengeluar bukan OPEC, terutamanya Rusia, sehingga akhir tahun 2018. Harga minyak juga akan disokong oleh permintaan minyak global yang lebih tinggi ekoran pertumbuhan ekonomi global yang bertambah baik. IMF mengunjurkan harga purata minyak mentah akan berada pada paras USD60 setong pada tahun 20182, peningkatan sebanyak 11.7% berbanding dengan tahun 2017 (2017: +23.1%). Walaupun harga minyak global yang lebih tinggi akan menyebabkan harga bahan api dalam negeri meningkat pada tahun 2018, asas yang lebih
2 Unjuran IMF disiarkan dalam IMF World Economic Outlook pada bulan Januari 2018. Harga ini merupakan harga purata bagi minyak mentah Dated Brent, West Texas Intermediate (WTI) dan Dubai Fateh, menggunakan wajaran yang sama.
Jadual 4.2
Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran1
Butiran (Bersih)2017a 2018r
RM bilion
Barangan 118.1 120.5
Perkhidmatan -23.1 -23.2
Pendapatan primer -36.1 -39.1
Pendapatan sekunder -18.6 -19.3
Imbangan akaun semasa 40.3 38.9
% daripada PNK 3.1 2.0 ~ 3.0
1 Data disusun mengikut Manual Imbangan Pembayaran dan Kedudukan Pelaburan Antarabangsa Edisi Keenam (BPM6) oleh Tabung
Kewangan Antarabangsa (IMF) a Awalan r Ramalan
Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
93Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
tinggi bagi harga bahan api dalam negeri pada tahun 2017 dan pengukuhan kadar pertukaran ringgit pada tahun 2018 mungkin akan menyebabkan sumbangan harga bahan api dalam negeri kepada infl asi keseluruhan dalam negeri menjadi kecil.
Seperti harga minyak global, faktor kos luaran lain juga dijangka mencatat sedikit peningkatan. Permintaan makanan global yang lebih tinggi dalam keadaan bekalan yang mencukupi dijangka menyebabkan harga makanan meningkat sedikit pada tahun 2018. Selain itu, kadar infl asi berwajaran rakan import Malaysia diunjurkan meningkat sedikit pada tahun 2018, berikutan pemulihan dalam permintaan global yang berterusan. Walau bagaimanapun, bagi beberapa ekonomi utama, masih terdapat risiko berlakunya infl asi yang lebih tinggi daripada jangkaan kerana keadaan pasaran pekerja yang semakin ketat, yang mungkin akan mempercepat pertumbuhan upah dan seterusnya mewujudkan tekanan infl asi.
Peningkatan yang lebih kecil dalam faktor kos luaran ini dan pengukuhan kadar pertukaran ringgit dijangka menyebabkan persekitaran kos bagi fi rma menjadi lebih rendah. Walau bagaimanapun, dalam keadaan pertumbuhan permintaan dalam negeri yang mampan, sesetengah fi rma yang masih belum memindahkan sepenuhnya kos lebih tinggi yang ditanggung pada tahun-tahun sebelum ini mungkin akan terus menaikkan harga runcit pada tahun 2018. Namun begitu, tahap kenaikan harga yang disebabkan oleh faktor ini dijangka lebih kecil. Pasukan Pemantauan Ekonomi Wilayah (Regional Economic Surveillance, RES) Bank melaporkan bahawa dalam keadaan persaingan yang lebih sengit, fi rma merasakan lebih sukar untuk memindahkan kos yang lebih tinggi kepada harga runcit, kerana pengguna kini lebih peka pada perkembangan harga.
Pengembangan keadaan permintaan yang berterusan dijangka menyebabkan jurang keluaran menjadi sedikit positif pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, tekanan harga yang timbul daripada faktor permintaan dijangka terhad, kerana dikekang oleh peningkatan produktiviti pekerja dan pelaburan berterusan untuk meningkatkan kapasiti. Dalam pasaran pekerja, kadar pengangguran dijangka kekal stabil kerana tenaga kerja akan mengembang pada kadar yang sama dengan pertumbuhan guna tenaga yang tinggi. Selain itu, pertumbuhan upah dijangka kekal stabil. Persekutuan Majikan Malaysia3 (Malaysian Employers Federation,
MEF) melaporkan bahawa majikan menjangkakan purata kenaikan gaji sekitar 5.5% bagi tahun 2018 (2017: 5.5%). Keadaan stok modal yang ketat pada tahun 2017 juga dijangka tidak akan berterusan, ekoran peningkatan dalam keupayaan produktif fi rma. Pelaburan swasta meningkat 9.3% pada tahun 2017 (2016: 4.3%) dan dijangka terus berkembang pada tahun 2018, dengan itu meningkatkan lagi keupayaan produktif fi rma.
Walau bagaimanapun, prospek infl asi tertakluk kepada dua risiko utama. Dari segi luaran, peningkatan dalam harga minyak global yang lebih kukuh daripada jangkaan mungkin akan menyebabkan infl asi keseluruhan berpurata lebih tinggi. Pergerakan harga minyak global masih tidak menentu dan tertakluk kepada risiko geopolitik dan perkembangan dalam industri minyak syal di AS. Dalam negeri pula, pertumbuhan permintaan yang lebih kukuh daripada jangkaan mungkin akan mendorong kesan pindahan kos yang lebih besar kepada harga, dan menimbulkan risiko tekanan harga yang didorong oleh permintaan yang lebih tinggi.
DASAR MONETARI
Dasar monetari pada tahun 2018 akan tertumpu pada memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan dengan kestabilan harga
Prospek pertumbuhan ekonomi global dijangka lebih kukuh berbanding dengan setahun yang lalu. Pertumbuhan dijangka terus meluas, kukuh dan terselaras merentas rantau. Aktiviti ekonomi global yang bertambah mantap akan disokong oleh pelaburan yang lebih memberangsangkan dalam ekonomi maju. Ekonomi di Asia, termasuk Malaysia, akan terus mendapat manfaat daripada keteguhan perdagangan global biarpun pertumbuhan diramalkan menjadi sederhana sedikit berbanding dengan pertumbuhan kukuh yang dicatat pada tahun 2017.
Pada masa ini, prospek pertumbuhan global adalah lebih baik, berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini yang lebih dipengaruhi oleh risiko pertumbuhan yang lebih perlahan. Peningkatan besar dalam potensi yang lebih baik ini sebahagian besarnya dipengaruhi oleh prospek pertumbuhan upah yang meningkat dalam ekonomi maju dan limpahan besar daripada pertumbuhan yang kukuh dalam
3 Merujuk Kaji Selidik Gaji MEF untuk Eksekutif dan Bukan Eksekutif 2017. Angka kenaikan gaji yang digunakan ialah purata jangkaan majikan bagi kenaikan gaji eksekutif dan bukan eksekutif.
94 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
ekonomi maju ke dalam ekonomi global menerusi perdagangan. Walau bagaimanapun, prospek akan terus dipengaruhi oleh kemungkinan bertambahnya ketidakpastian mengenai perkembangan geopolitik, kesan yang timbul berikutan ketegangan perdagangan, harga minyak dan komoditi global, serta peralihan aliran modal disebabkan oleh pengembalian dasar monetari ke paras yang wajar dalam beberapa ekonomi maju. Selain itu, kemungkinan berulangnya volatiliti dalam pasaran kewangan antarabangsa menimbulkan kebimbangan besar. Perkara ini mungkin tercetus sekiranya haluan dasar monetari dalam ekonomi maju untuk kembali ke paras yang wajar tersasar daripada jangkaan asal, risiko geopolitik yang meningkat dan pembetulan aset kewangan yang terlebih nilai pada peringkat global. Setelah mengambil kira kesemua faktor tersebut, risiko kepada prospek pertumbuhan global pada keseluruhannya adalah seimbang.
Ekonomi Malaysia dijangka mengalami momentum pertumbuhan yang berterusan pada tahun 2018 dalam julat 5.5% – 6.0%, selepas mencatat kadar perkembangan yang di luar jangkaan pada tahun 2017. Permintaan dalam negeri akan terus memacu pertumbuhan, disokong oleh keadaan pendapatan dan guna tenaga yang memberangsangkan, serta projek infrastruktur yang baharu dan yang sedang dilaksanakan dan perbelanjaan modal. Pertumbuhan eksport dijangka menjadi sederhana4, tetapi masih melebihi purata jangka panjang5. Ekonomi dalam negeri akan terus mendapat manfaat daripada limpahan positif daripada sektor luaran, terutamanya daripada pelaburan yang berterusan oleh firma untuk mengembangkan kapasiti produktif mereka bagi memenuhi permintaan global.
Sentimen pengguna dan perniagaan yang bertambah baik juga memberi petanda pertumbuhan perbelanjaan swasta yang lebih kukuh. Namun begitu, sentimen pengguna masih belum mencecah ambang optimis6, dan ini boleh menjejaskan prospek
penggunaan swasta. Sentimen pengguna yang lembap mungkin sebahagiannya mencerminkan isu pengagihan pertumbuhan dan pendapatan yang perlu ditangani oleh dasar struktur. Namun begitu, Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) menyedari akan pentingnya usaha untuk memantau bagaimana dasar monetari boleh saling mempengaruhi isu-isu sedemikian. Setelah memberi pertimbangan pada faktor-faktor ini dengan prospek pertumbuhan global yang optimistik dan permintaan dalam negeri yang mampan, prestasi keseluruhan pertumbuhan dalam negeri dijangka berada pada landasan pertumbuhan yang mapan.
Purata inflasi keseluruhan diunjurkan lebih rendah, dalam julat 2.0% – 3.0% pada tahun 2018. Inflasi yang lebih rendah berbanding dengan tahun 2017 disebabkan terutamanya oleh sumbangan yang lebih kecil daripada harga tenaga dan komoditi global. Pengukuhan kadar pertukaran ringgit berbanding tahun 2017 juga akan mengurangkan kos import. Tekanan inflasi daripada faktor permintaan dalam negeri akan dibendung oleh produktiviti pekerja yang bertambah baik dan pelaburan yang berterusan untuk menambah kapasiti. Namun begitu, prospek inflasi bergantung pada trajektori harga minyak global yang amat tidak menentu.
Memandangkan prospek makroekonomi yang kekal positif dan kadar pertumbuhan yang kukuh, MPC mengambil keputusan untuk mengembalikan dasar akomodatif monetari ke paras yang wajar pada mesyuarat MPC bulan Januari 2018. MPC menaikkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25%. Ini adalah sejajar dengan tumpuan dasar monetari untuk tahun ini, iaitu bagi memastikan pendirian dasar monetari adalah sesuai untuk prospek pertumbuhan mampan pada masa hadapan. MPC juga menyedari akan perlunya untuk mengelak daripada berlakunya pertambahan risiko yang mungkin timbul daripada kadar faedah yang terlalu rendah untuk tempoh masa yang lama, meskipun risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa ini masih terkawal.
Paras OPR semasa akan terus menyokong ekonomi Malaysia. MPC akan memantau dengan teliti prospek ekonomi, termasuklah impak pelarasan OPR pada bulan Januari 2018. Operasi monetari Bank akan terus memastikan mudah tunai sistem kewangan dalam negeri kekal mencukupi untuk menyokong pasaran kewangan domestik supaya berfungsi secara teratur.
4 Pertumbuhan eksport yang dijangka menjadi sederhana sebahagiannya disebabkan oleh asas yang tinggi pada tahun 2017 dan sokongan yang merosot daripada harga komoditi.
5 Merujuk kepada purata 5 tahun (2012-2016: 2.5%) dan purata 10 tahun (2007-2016: 3.3%).
6 Indeks Sentimen Pengguna Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (Malaysian Institute of Economic Research (MIER) Consumer Sentiments Index) pada suku keempat tahun 2017, Indeks Keyakinan Pengguna Nielsen (Nielsen Consumer Confi dence Index) pada suku ketiga tahun 2017 dan Indeks Keyakinan Pengguna Mastercard (Mastercard Index of Consumer Confi dence) pada separuh kedua tahun 2017, kesemuanya di bawah ambang optimis.
95Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
DASAR FISKAL
Sasaran defi sit fi skal yang lebih rendah sebanyak 2.8% daripada KDNK pada tahun 2018
Dasar fiskal pada tahun 2018 akan terus memberikan tumpuan pada pengukuhan kedudukan fiskal Kerajaan, di samping memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan lebih inklusif. Selaras dengan persekitaran pertumbuhan yang mantap, defisit fiskal Kerajaan Persekutuan dijangka terus mengecil kepada 2.8% daripada KDNK pada tahun 2018 (2017: -3.0%, dari paras defi sit tertinggi 6.7% daripada KDNK pada tahun 2009), disokong oleh hasil yang meningkat dengan lebih tinggi. Konsolidasi fi skal bagi tahun kesembilan berturut-turut ini mencerminkan komitmen Kerajaan ke arah pembaharuan fi skal.
Pembaharuan fi skal sejak beberapa tahun yang lalu telah memastikan Kerajaan mengekalkan kedudukan fi skalnya pada landasan konsolidasi. Pembaharuan ini dicapai melalui inisiatif untuk mengoptimumkan perbelanjaan dan meningkatkan hasil. Pertumbuhan yang sederhana bagi item utama perbelanjaan mengurus mencerminkan usaha Kerajaan untuk mengawal perbelanjaan. Bahagian perbelanjaan mengurus sebagai peratusan KDNK menurun kepada 16.1% pada tahun 2017 berbanding dengan 17.1% pada tahun 2016 disebabkan oleh rasionalisasi subsidi dan pengurangan perbelanjaan yang tidak kritikal untuk geran dan pindahan. Bagi tahun 2018, bahagian perbelanjaan mengurus dijangka berjumlah 16.2% daripada KDNK. Kerajaan juga terus mempelbagaikan sumber hasilnya melalui pengenalan langkah-langkah baharu yang termasuk lelongan spektrum7, permit masuk kenderaan dan cukai pelancongan. Langkah untuk menambah baik pematuhan cukai telah diperkukuh lagi oleh Pengaturan Perisikan Kutipan (Collection Intelligence Arrangement, CIA) melalui perkongsian maklumat bersepadu merangkumi Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Seperti yang digariskan dalam Bajet 2018, sumber fi skal pada tahun 2018 akan mengutamakan projek-projek
infrastruktur dengan kesan pengganda yang besar, program yang membina keupayaan dan inisiatif untuk meningkatkan produktiviti. Antara projek tersebut ialah projek infrastruktur awam seperti lebuh raya, landasan kereta api dan pengangkutan awam di kawasan bandar8. Bagi memperkukuh revolusi perindustrian keempat (Revolusi Perindustrian 4.0) dan ekonomi digital, Kerajaan akan terus menggalakkan langkah-langkah untuk memberikan insentif bagi mendorong
7 Lelongan spektrum ialah proses yang dilakukan oleh Kerajaan dengan cara melelong hak kepada syarikat untuk menggunakan frekuensi radio atau gelombang radio tertentu, untuk pelbagai tujuan termasuk telekomunikasi, aeronautik, dan penggunaan industri. Lelongan yang dirangka dengan baik boleh menguntukkan sumber dengan cekap kepada pihak yang paling menghargai sumber tersebut, di samping menjana hasil untuk Kerajaan.
8 Projek infrastruktur awam termasuk Lebuhraya Pan Borneo, Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (East Coast Rail Link, ECRL), Rel Berkelajuan Tinggi (High Speed Rail, HSR) dan Transit Aliran Massa Laluan 2 (Mass Rapid Transit Line 2, MRT2).
RM bilion
Rajah 4.1: Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan
RM bilion
% daripada KDNK
Bahagian perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan sebagai peratusan daripada KDNK telah menurun secara beransur-ansur sejak tahun 2012
% daripada KDNK (skala kanan)
a Awalan
B Bajet
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
153.5
217.7 234.3
19.9
16.1 16.2
0
5
10
15
20
25
0
50
100
150
200
250
2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017a 2018B
RM bilion
Rajah 4.2: Hasil Kerajaan Persekutuan
% daripada jumlah hasil
Bahagian hasil berkaitan minyak telah menurun didorong oleh langkah mempelbagaikan hasil
Lain-lainHasil berkaitan minyak
GSTCukai pendapatan individuCukai pendapatan syarikat
Bahagian hasil berkaitanminyak (skala kanan)
a Awalan
B Bajet
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
159.8
220.4239.9
40.2
15.7 15.7
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
0
50
100
150
200
250
2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017a 2018B
96 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
inovasi dan automasi9 untuk meningkatkan daya saing Malaysia. Penekanan juga diberikan pada pembangunan modal insan melalui peningkatan pelbagai program pasaran pekerja aktif10 selaras dengan aspirasi Transformasi Nasional 205011, supaya sumber ditumpukan pada pembangunan kemahiran yang berkaitan dengan masa depan.
Bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif, Bajet ini juga menyalurkan bantuan kepada segmen berpendapatan rendah dan sederhana melalui program peningkatan kebajikan dan bantuan fi skal12. Program ini akan memberikan sokongan kepada perbelanjaan penggunaan swasta memandangkan
9 Insentif ini termasuk geran yang sepadan di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik untuk meningkatkan kemudahan perkilangan pintar dan skim Pembiayaan Teknologi Hijau untuk menggalakkan pelaburan dalam industri teknologi hijau.
10 Contoh termasuk pelaksanaan Pelan Induk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical Vocational Education Training, TVET), penubuhan pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (Science, Technology, Engineering, and Mathematics, STEM), serta program perantisan dan temu duga terbuka di bawah Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).
11 Transformasi Nasional 2050 (TN50) ialah inisiatif untuk merancang masa depan Malaysia dalam tempoh antara tahun 2020 hingga 2050.
12 Program peningkatan kebajikan dan bantuan fi skal termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pengurangan 2 mata peratusan dalam cukai pendapatan bagi kumpulan pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000.
Tahun ini merupakan tahun kesembilan berturut-turut bagi konsolidasi fiskal
% daripada KDNK% daripada KDNK
Hutang luar negeri1Hutang dalam negeri Imbangan keseluruhan(skala kanan)
-4.6
-6.7
-5.3-4.7 -4.3
-3.8 -3.4 -3.2 -3.1 -3.0 -2.8
-8
-6
-4
-2
0
2
4
6
8
-60
-40
-20
0
20
40
60
2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017a 2018B
52.7% 50.8%
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
1 Hutang luar negeri terdiri daripada hutang mata wang asing (peminjaman luar pesisir) dan pemegangan hutang Kerajaan Persekutuan dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin (Sekuriti Kerajaan Malaysia, Terbitan Pelaburan Kerajaan, Bil -bil Perbendaharaan dan Sukuk Perumahan Kerajaan)
a AwalanB Bajet
Rajah 4.3: Imbangan Fiskal dan Hutang Kerajaan Persekutuan
RM bilion Perubahan tahunan (%)
2017a 2018B 2017a 2018B
Harga minyak (USD/tong) 50 52
Hasil 220.4 239.9 3.8 8.8
Jumlah perbelanjaan 262.6 280.3 4.1 6.7
Perbelanjaan mengurus 217.7 234.3 3.6 7.6
Perbelanjaan pembangunan kasar 44.9 46.0 6.9 2.5
Terimaan balik pinjaman 1.9 0.6
Imbangan keseluruhan -40.3 -39.8
% daripada KDNK -3.0 -2.8
Sumber pembiayaan:
Peminjaman dalam negeri bersih 40.8 -
Peminjaman luar negeri bersih -0.3 -
Harta boleh jual1 dan pelarasan -0.1 -
1 Tanda negatif (-) menunjukkan pertambahan dalam aseta AwalanB BajetNota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
Jadual 4.3: Kewangan Kerajaan Persekutuan
97Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
kecenderungan mengguna sut (marginal propensity to consume) yang lebih tinggi bagi segmen ini. Bagi menampung keupayaan kumpulan yang kurang mendapat perkhidmatan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, bantuan sosioekonomi juga disalurkan melalui pelbagai program, termasuk program perumahan mampu milik13 dan sokongan pendidikan14.
Kerajaan telah menunjukkan komitmennya terhadap rancangan konsolidasi fi skal untuk mencapai bajet yang hampir seimbang dalam jangka masa sederhana. Bagi mencapai matlamat ini, penerapan Kerangka Fiskal
13 Skim perumahan mampu milik termasuk Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mesra Rakyat, PR1MA dan PPA1M.
14 Kerajaan telah mengumumkan geran sepadan sebanyak RM500 bagi pencarum berumur antara 7-12 tahun di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M).
Jangka Sederhana sejak tahun 2015 dapat menambah baik komunikasi dan meningkatkan ketelusan mengenai haluan dasar fi skal. Walau bagaimanapun, penambahbaikan selanjutnya terhadap Kerangka Fiskal Jangka Sederhana adalah kritikal. Penambahbaikan ini adalah untuk memastikan bahawa perbelanjaan bagi pelbagai program dan projek, terutamanya yang melebihi tempoh perancangan tahunan, akan kekal dalam lingkungan perbelanjaan yang diperuntukkan. Usaha ini akan memberikan fl eksibiliti fi skal dan menyokong Jawatankuasa Dasar Fiskal dalam memastikan kemampanan kewangan awam dan keberkesanan dasar fi skal Kerajaan.
98 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Gaji Kehidupan Wajar: Bukan Sekadar Menampung Keperluan Asas
Oleh Eilyn Chong dan Farina Adam Khong
Pengenalan
Konsep taraf hidup ‘minimum yang boleh diterima’ melangkaui kemampuan untuk menampung keperluan asas, seperti makanan, pakaian, dan tempat berlindung1. Taraf hidup ini harus merangkumi keupayaan untuk berinteraksi dalam masyarakat secara bermakna, peluang untuk pembangunan diri dan keluarga, dan kebebasan daripada tekanan kewangan yang teruk. Pada masa yang sama, taraf hidup ini harus mencerminkan keperluan dan bukannya kemahuan. Oleh itu, taraf hidup ini tidak mengambil kira kos gaya hidup, yang merupakan perbelanjaan untuk memenuhi keinginan taraf hidup idaman (Rajah 1).
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, banyak pekerja yang bergaji rendah di beberapa negara mengalami kesukaran untuk mencapai taraf hidup minimum yang boleh diterima oleh masyarakat setempat. Perkembangan ini telah mendorong pelaksanaan gaji kehidupan wajar (the living wage), iaitu tahap gaji yang mampu menanggung taraf hidup tersebut. Rencana ini akan menerangkan motivasi untuk memperkenalkan gaji kehidupan wajar, anggaran aras gaji kehidupan wajar yang sesuai bagi Kuala Lumpur, pengalaman antarabangsa yang menerima pakai gaji kehidupan wajar, dan impak potensi terhadap ekonomi, majikan, dan pekerja. Gaji kehidupan wajar ialah istilah yang digunakan dalam pengajian untuk menerangkan tahap pendapatan yang diperlukan oleh isi rumah agar mampu memperoleh taraf hidup minimum yang boleh diterima. Secara praktiknya, taraf hidup ini boleh dicapai melalui pelbagai sumber pendapatan selain gaji, seperti manfaat kerja bukan gaji dan bantuan sosial. Bagi memudahkan perbincangan, rencana ini akan menggunakan istilah ‘gaji kehidupan wajar’ untuk membawa makna pendapatan daripada semua sumber; iaitu gaji, manfaat, dan juga pendapatan daripada sumber lain.
Pada tahun 2016, keluarga yang terdiri daripada dua orang dewasa bekerja dan dua kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) perlu membuat hampir empat pekerjaan sepenuh masa yang membayar gaji minimum untuk mencapai gaji kehidupan wajar (Glasmeier dan Nadeau, 2017). Pada tahun 2017, lebih satu perlima daripada pekerja di United Kingdom (UK) masih berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar (IHS Markit, 2017).
Di Malaysia, purata pendapatan bulanan isi rumah dalam kumpulan pendapatan 40% terendah telah menunjukkan peningkatan yang ketara sebanyak 6% setahun antara tahun 2014 dengan tahun 2016. Namun begitu, pertumbuhan 6% ini dari segi amaun tidaklah banyak kerana asas yang rendah. Dalam nilai
1 Bank Dunia menghitung garis kemiskinan global berdasarkan kos makanan, pakaian, dan tempat tinggal yang asas.
Rajah 1: Konsep Taraf Hidup yang Berlainan
Gaji kehidupan wajar ialah tahap gaji yang mampu menanggung taraf hidup minimum yang boleh diterima
Sumber: Bank Negara Malaysia
Idaman
Minimum yang boleh diterima
Asas
Taraf hidup yang lebih tinggi
Kualiti kehidupan yang lebih baik
Interaksi dalam masyarakat
Pembangunan diri dan keluarga
Kebebasan daripada tekanan kewangan yang teruk
Keperluan asas (makanan, pakaian, dan tempat berlindung)
99Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
mutlak, pendapatan bulanan bagi kumpulan ini meningkat daripada RM2,537 kepada RM2,848, yang bersamaan dengan peningkatan purata yang kecil kira-kira RM150 setahun berbanding dengan kumpulan pendapatan lain2. Selepas mengambil kira kenaikan kos sara hidup, isi rumah dalam kumpulan pendapatan 40% terendah mengalami pertumbuhan dalam pendapatan sebenar sebanyak 3.8%. Bagi sesetengah isi rumah, terutamanya yang mempunyai tanggungan tambahan, peningkatan pendapatan yang kecil ini mungkin mencukupi untuk menampung kenaikan harga keperluan asas tetapi tidak dapat mencapai taraf hidup minimum yang boleh diterima3.
Memandangkan Malaysia semakin hampir untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, sudah sampai masanya negara menanam hasrat supaya rakyat sekurang-kurangnya dapat mencapai taraf hidup minimum yang boleh diterima. Peruntukan gaji kehidupan wajar merupakan satu langkah ke arah matlamat tersebut. Dengan menggunakan gaji kehidupan wajar ini sebagai penanda aras untuk menilai kecukupan gaji semasa dan bantuan sosial, pengalaman antarabangsa menunjukkan bahawa gaji kehidupan wajar berpotensi untuk memberi maklumat, mencabar, dan menambah baik dasar ke arah mencapai taraf hidup minimum yang boleh diterima. Oleh itu, pertimbangan yang besar diperlukan untuk mengira aras gaji kehidupan wajar yang sesuai.
Motivasi gaji kehidupan wajar
Pelbagai ketidaksempurnaan pasaran, seperti kuasa pasaran yang tidak seimbang dan kekangan mobiliti buruh, boleh merendahkan gaji dengan memihak kepada majikan. Sokongan terhadap gaji kehidupan wajar adalah sangat kuat semasa Revolusi Perindustrian British pada abad ke-18, sebagai tindak balas kepada gaji yang rendah dan keadaan kerja yang buruk untuk buruh kasar. Tuntutan terhadap gaji kehidupan wajar sejak dua dekad yang lalu mencerminkan usaha yang diperbaharui untuk membolehkan para pekerja mampu memperoleh taraf hidup minimum yang boleh diterima. Ini berlaku dalam keadaan sejumlah besar pekerja sepenuh masa yang dibayar gaji yang rendah memohon bantuan sosial (Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organization, ILO), 2014). Tumpuan kekayaan yang meningkat dalam kalangan mereka yang berpendapatan tinggi dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang teguh telah meluaskan jurang ketidaksamaan dalam banyak negara maju. Dalam negara ini, ketidaksamaan pendapatan itu menjadi salah satu faktor utama yang mendorong kepada perlunya satu rangka kerja gaji kehidupan wajar.
Masyarakat moden mengakui bahawa taraf hidup minimum yang boleh diterima bukanlah hanya sekadar mampu memenuhi keperluan asas, tetapi juga harus menyediakan peluang untuk turut serta dalam masyarakat dari segi sosial dan perlindungan kewangan. Dari segi sosial, tahap minimum yang boleh diterima termasuk kemampuan untuk menziarah keluarga dan sahabat handai semasa musim perayaan, dan berupaya membeli hadiah sekali-sekala untuk ahli keluarga, misalnya semasa sambutan hari jadi atau berziarah. Di samping itu, beban kewangan tidak seharusnya menjadi punca tekanan yang berterusan. Rajah 2 merumuskan beberapa motivasi yang menyokong pelaksanaan gaji kehidupan wajar di beberapa negara.
Selain membolehkan pekerja mendapat taraf hidup yang minimum yang boleh diterima, gaji kehidupan wajar juga boleh memberi kesan positif kepada ekonomi yang lebih meluas. Ini termasuk pengurangan dalam kadar pusing ganti pekerja dan peningkatan semangat dan produktiviti pekerja4.
2 Isi rumah dalam kumpulan pendapatan 40% pertengahan dan 20% teratas masing-masing mengalami peningkatan purata dalam pendapatan bulanan sebanyak RM420 setahun dan RM892 setahun. Sumber: Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia.
3 Sebagai contoh, peningkatan dalam pendapatan mungkin tidak dapat menampung peningkatan dalam perbelanjaan berikutan pengembangan saiz keluarga.
4 Beberapa kajian di AS menunjukkan kadar pusing ganti pekerja syarikat jatuh dengan ketara berikutan pelaksanaan gaji kehidupan wajar yang menghasilkan peningkatan produktiviti (Brenner dan Luce, 2005; Reich, Hall dan Jacobs, 2005; Fairris, 2005). Satu kajian di AS juga mendapati bahawa bayaran gaji kehidupan wajar meningkatkan semangat pekerja dan merangsang produktiviti (Brenner dan Luce, 2005).
100 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Menganggarkan gaji kehidupan wajar yang wajar di Kuala Lumpur
Salah satu proses penting dalam membentuk rangka kerja gaji kehidupan wajar adalah dengan menganggarkan satu aras gaji yang mewakili taraf hidup minimum yang boleh diterima. Walaupun pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menganggar gaji kehidupan wajar, kaedah-kaedah ini biasanya mengikuti pendekatan standard seperti yang digambarkan dalam carta aliran (Rajah 3). Langkah pertama adalah untuk menentukan sama ada terdapat variasi yang ketara dalam harga dan taraf hidup merentas lokasi dan komposisi isi rumah, yang boleh dijadikan faktor untuk mengira anggaran yang berbeza bagi gaji kehidupan wajar. Langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan satu bakul barangan dan perkhidmatan yang mewakili taraf hidup minimum yang boleh diterima oleh masyarakat umum. Biasanya maklumat diambil daripada standard keperluan asas yang diiktiraf secara umum, pendapat pakar, maklum balas orang ramai, dan data tentang perbelanjaan isi rumah. Disebabkan keperluan isi rumah yang pelbagai, sesi
Perbezaan antara gaji kehidupan wajar, gaji minimum, dan pendapatan idaman
Pada praktiknya, gaji kehidupan wajar berbeza daripada gaji minimum dalam beberapa aspek. Pertama, gaji kehidupan wajar lazimnya bukanlah satu keperluan berkanun kepada ekonomi, tidak seperti gaji minimum5. Kedua, gaji kehidupan wajar tidak hanya merujuk kepada aras ganjaran minimum, tetapi juga taraf hidup minimum yang boleh diterima (ILO, 2014). Maka, kadar gaji kehidupan wajar biasanya lebih tinggi daripada kadar gaji minimum, terutamanya jika kadar gaji minimum jarang dikemas kini selaras dengan peningkatan kos sara hidup. Ketiga, penentuan gaji kehidupan wajar adalah bersandarkan terutamanya pada kos sara hidup, manakala gaji minimum memberi pertimbangan kepada faktor tambahan, seperti kesannya kepada guna tenaga dan pewujudan pekerjaan (ILO, 2014) kerana gaji minimum merupakan suatu keperluan perundangan.
Dari segi kemampuan mencapai taraf hidup tertentu, gaji kehidupan wajar adalah bertujuan untuk mengekalkan taraf hidup minimum yang diterima oleh masyarakat, bukan sekadar memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan tempat berlindung. Pendapatan idaman adalah lebih daripada itu: pendapatan idaman dapat memenuhi gaya hidup melebihi tahap minimum yang boleh diterima oleh masyarakat, termasuk perbelanjaan untuk membeli alat teknologi terkini atau melancong ke luar negara.
5 Kerajaan UK memperkenalkan Gaji Kehidupan Wajar Kebangsaan (National Living Wage) yang wajib, iaitu kadar gaji minimum yang lebih tinggi untuk pekerja berusia 25 tahun ke atas. Kadar Gaji Kehidupan Wajar Kebangsaan adalah lebih rendah daripada anggaran Kadar Gaji Kehidupan Wajar Sebenar yang dihitung oleh Living Wage Foundation UK.
Kanada New Zealand United Kingdom
Rajah 2: Motivasi Gaji Kehidupan Wajar di Kanada, New Zealand dan United Kingdom
Taraf hidup minimum yang boleh diterima juga harus menyediakan peluang untuk berinteraksi dalam masyarakat dan perlindungan kewangan
Sumber: Living Wage Canada; Living Wage New Zealand; dan Living Wage Foundation, United Kingdom
yang munasabah asas hidup
101Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
interaksi dengan isi rumah daripada latar belakang yang berlainan adalah mustahak bagi menentukan item yang dianggap sebagai keperluan dan bagi membezakannya daripada item yang dianggap sebagai idaman. Interaksi dengan isi rumah lazimnya dijalankan melalui perbincangan kumpulan fokus (focus group discussions), seperti yang dilakukan secara meluas di UK untuk 11 jenis isi rumah (Bradshaw et. al., 2008).
1
2
3
Mengemas kini anggaran gaji kehidupan wajar secara berkala4
Sumber: Bank Negara Malaysia
Rajah 3: Pendekatan Standard untuk Menganggar Aras Gaji Kehidupan Wajar
Pendekatan standard yang digunakan untuk menganggar gaji kehidupan wajar melibatkan empat langkah-langkah berikut
Menentukan sama ada terdapat variasi yang ketara dalam harga dan taraf hidup merentas lokasi dan komposisi isi rumah
Mendapatkan bakul barangan dan perkhidmatan yang mewakili taraf hidup minimum yang boleh diterima
Mengira jumlah kos bagi bakul barangan dan perkhidmatan tersebut
Langkah seterusnya adalah untuk mengira jumlah kos bagi bakul barangan dan perkhidmatan tersebut berdasarkan aras harga semasa. Statistik harga rasmi biasanya digunakan untuk tujuan tersebut. Anggaran ini dan andaian asas akan disahkan melalui perbincangan kumpulan fokus. Akhir sekali, anggaran gaji kehidupan wajar dikemas kini secara berkala untuk mengambil kira kadar infl asi. Anggaran tersebut juga akan dikaji semula untuk mempertimbangkan perubahan dalam norma-norma sosial, memandangkan tahap pembandaran yang semakin meningkat boleh mempengaruhi komposisi bakul barangan dan perkhidmatan isi rumah dengan ketara. Sebagai contoh, isi rumah di UK baru-baru ini telah menyatakan betapa sukarnya untuk tinggal berhampiran dengan tempat kerja mereka kerana pilihan perumahan yang terhad, menyebabkan peningkatan dalam kos perjalanan ke tempat kerja dan untuk aktiviti sosial yang lain (Davis, Hill, Hirsch dan Padley, 2016).
Bagi mendapatkan anggaran awal gaji kehidupan wajar di Kuala Lumpur pada tahun 2016, pendekatan yang standard digunakan untuk tiga jenis isi rumah: dewasa bujang, pasangan tanpa anak, dan pasangan dengan dua orang anak. Pertama, suatu bakul barangan dan perkhidmatan dibentuk yang mencerminkan corak penggunaan purata bagi setiap jenis isi rumah di Kuala Lumpur. Kedua, kos bakul barangan dan perkhidmatan ini dianggar dengan menggunakan data yang sedia ada daripada pelbagai sumber, seperti Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), dan Pusat Maklumat Harta Nasional (NAPIC). Seterusnya, wakil daripada tiga jenis isi rumah dirujuk melalui perbincangan kumpulan fokus untuk mengenal pasti bakul barangan dan perkhidmatan yang mencerminkan dengan lebih tepat taraf hidup minimum yang boleh diterima oleh mereka. Mereka juga diminta untuk menganggarkan belanjawan yang diperlukan untuk mendapatkan bakul barangan dan perkhidmatan tersebut. Anggaran dalaman disahkan dengan maklum balas daripada perbincangan kumpulan fokus.
102 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
6 Isi rumah yang mempunyai lebih daripada dua orang diandaikan berkongsi beberapa perbelanjaan, seperti utiliti. Oleh yang demikian, anggaran gaji kehidupan wajar untuk isi rumah yang lebih besar bukanlah hasil pendaraban anggaran bagi isi rumah dewasa bujang.
7 Kereta keluaran tempatan mampu milik biasanya kecil dan direka untuk mempunyai kos operasi yang rendah. Contoh termasuk Perodua Axia.
Jadual 1: Anggaran Awal Gaji Kehidupan Wajar di Kuala Lumpur pada Tahun 2016
Di Kuala Lumpur, anggaran awal gaji kehidupan wajar adalah antara RM2,700 dan RM6,500 sebulan
Dewasa bujang Pasangan tanpa anak Pasangan dengan dua orang anak
Anggaran gaji kehidupan wajar di Kuala Lumpur (RM/bulan)
2,700 4,500 6,500
Andaian utama untuk bakul barangan dan perkhidmatan
• Menyewa sebuah bilik• Lebih kerap makan di luar,
sesekali memasak• Lebih banyak
menggunakan pengangkutan awam
• Menyewa pangsapuri satu bilik
• Kerap makan di luar rumah• Memiliki dua kenderaan
(motosikal dan kereta)
• Menyewa pangsapuri tiga bilik• Kerap memasak, makan di luar
pada hujung minggu• Memiliki dua kenderaan• Membayar yuran kelas
tambahan swasta dan penjagaan kanak-kanak
Nota: Anggaran di atas merupakan anggaran awal dan tertakluk pada semakan semula apabila andaian asas dan anggaran kos diperbaharui. Isi rumah dewasa bujang termasuk orang dewasa yang hidup bersendirian serta yang hidup bersama ahli isi rumah lain yang tiada pertalian persaudaraan.
Sumber: Anggaran Bank Negara Malaysia menggunakan data daripada Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah 2014 dan 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, dan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara
Jadual 1 membentangkan anggaran gaji kehidupan wajar di Kuala Lumpur yang dikira berdasarkan andaian tertentu dan aras harga pada tahun 2016. Anggaran ini adalah antara RM2,700 dengan RM6,500 sebulan6. Bakul barangan dan perkhidmatan tersebut termasuk item yang mencerminkan pembelian biasa isi rumah di Kuala Lumpur, yang disahkan melalui perbincangan kumpulan fokus. Andaian yang dibuat adalah seperti berikut:• Makanan, perumahan, dan pengangkutan merupakan bahagian perbelanjaan terbesar dalam bakul
barangan dan perkhidmatan bagi ketiga-tiga jenis isi rumah ini;• Disebabkan oleh gaya hidup yang sibuk di bandar raya, isi rumah diandaikan lebih kerap makan di luar
rumah, di kedai yang bukan mewah. Kekerapan makan di luar rumah menurun apabila saiz keluarga bertambah besar memandangkan kosnya yang lebih tinggi;
• Isi rumah dewasa bujang diandaikan lebih banyak menggunakan pengangkutan awam, manakala isi rumah pasangan diandaikan memiliki kereta keluaran tempatan mampu milik7;
• Peruntukan juga disediakan untuk keperluan rekreasi, seperti peralatan sukan dan menonton wayang, satu percutian dalam negeri yang tidak mahal setiap tahun, serta perjalanan dan keraian pada musim perayaan;
• Anggaran juga merangkumi caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan cukai pendapatan yang perlu dibayar, dan juga simpanan yang boleh digunakan untuk memenuhi perbelanjaan kecemasan, termasuk bil rawatan kesihatan yang tidak dijangka; dan
• Jumlah minimum diperuntukkan bagi pendidikan dan penjagaan kesihatan kerana perkhidmatan ini disediakan hampir percuma oleh Kerajaan.
Terdapat beberapa kaveat penting dalam anggaran ini. Anggaran ini adalah anggaran awal dan tertakluk pada semakan semula apabila andaian asas dan anggaran kos diperbaharui. Bakul barangan dan perkhidmatan yang dibentuk dalam rencana ini adalah berasaskan maklum balas daripada perbincangan kumpulan fokus yang dijalankan di Kuala Lumpur pada tahun 2016 oleh Bank Negara Malaysia. Anggaran ini mungkin akan jauh berbeza bagi kawasan lain di Malaysia disebabkan variasi corak perbelanjaan dan harga, yang perlu disahkan melalui perbincangan kumpulan fokus tambahan dengan isi rumah yang menetap di kawasan berkenaan. Sebagai contoh, isi rumah bandar mempunyai akses yang lebih baik kepada pengangkutan awam untuk memenuhi keperluan minimum pengangkutan mereka, sementara isi rumah di luar bandar mungkin perlu
103Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
memiliki kenderaan persendirian. Dari segi variasi kos mengikut lokasi, yang paling ketara ialah kos perumahan (sama ada kos rumah yang didiami oleh pemilik atau sewa) yang kemungkinan lebih murah di kawasan luar bandar dan kawasan kurang pembandaran. Anggaran gaji kehidupan wajar di Kuala Lumpur juga mungkin berubah dari masa ke masa disebabkan kadar inflasi dan perubahan gaya hidup, dan hanya akan kekal relevan jika bakul barangan dan perkhidmatan dikemas kini secara berkala.
Anggaran gaji kehidupan wajar di Kuala Lumpur untuk ketiga-tiga jenis isi rumah yang dipilih adalah di bawah pendapatan median di Kuala Lumpur sebanyak RM9,0738. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4, sehingga 27% isi rumah di Kuala Lumpur berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar. Bahagian isi rumah yang berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar yang dianggarkan pada tahun 2016 adalah lebih besar dalam kalangan isi rumah dewasa bujang dan isi rumah pasangan dengan dua orang anak, berbanding isi rumah pasangan tanpa anak. Penemuan bagi isi rumah dewasa bujang adalah selaras dengan fakta bahawa graduan dengan ijazah pertama atau diploma memperoleh secara purata, gaji permulaan masing-masing sebanyak RM2,207 dan RM1,346 sebulan9. Dalam kalangan isi rumah berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar, hampir 70% terdiri daripada isi rumah yang hanya mempunyai seorang ahli keluarga yang bekerja. Mereka yang berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar kebanyakannya lulusan sekolah menengah dengan pekerjaan berkemahiran rendah hingga pertengahan, manakala mereka yang berpendapatan di atas gaji kehidupan wajar kebanyakannya graduan pengajian tinggi dengan pekerjaan berkemahiran tinggi (Rajah 5). Sesungguhnya, gaji bulanan median pada tahun 2016 untuk pengurus dan profesional di Malaysia – masing-masing RM5,500 dan RM4,450 – jauh melebihi anggaran gaji kehidupan wajar untuk isi rumah dewasa bujang (Rajah 6). Penemuan ini menekankan kepentingan mewujudkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia yang dilengkapi dengan kecekapan yang diperlukan untuk pekerjaan berpendapatan tinggi.
8 Sumber: Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia.9 Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi dan anggaran Bank Negara Malaysia.
Rajah 4: Agihan Pendapatan Isi Rumah di Kuala Lumpur
Sehingga 27% isi rumah di Kuala Lumpurberpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar
0
2
4
6
8
10
<1,000 10,000 20,000 30,000 40,000 >50,000
Pendapatan Isi Rumah Bulanan (RM)
% daripada isi rumah Sehingga 27% isi rumah berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar di Kuala Lumpur pada tahun 2016
Pendapatan isi rumah penengah di Kuala Lumpur pada tahun 2016: RM9,073
Sumber: Anggaran Bank Negara Malaysia berdasarkan Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia
104 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Rajah 5: Latar Belakang Isi Rumah di Kuala Lumpur Berpendapatan Di Bawah dan Di Atas Gaji Kehidupan Wajar
7 4
71
55
20
39
2 2
0%
20%
40%
60%
80%
100%
312
2
58
24
2
1
25
72
0%
20%
40%
60%
80%
100%
145
15
1
52
22
19
71
0%
20%
40%
60%
80%
100%
0
1
2
≥ 3
Nota: Pekerjaan dikategorikan mengikut tahap kemahiran menurut Pengelasan Pekerjaan Standard Malaysia 2013 (Malaysia Standard Classification of Occupations, MASCO 2013). Pekerjaan kemahiran tinggi termasuk pengurus, profesional, dan juruteknik dan profesional bersekutu; pekerjaan kemahiran pertengahan termasuk pekerja sokongan perkeranian, pekerja perkhidmatan dan jualan, pekerja mahir pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan, pekerja kemahiran dan pekerja pertukangan yang berkaitan, dan operator mesin dan loji dan pemasang; dan pekerjaan kemahiran rendah termasuk pekerja asas
Sumber: Anggaran Bank Negara Malaysia berdasarkan Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia
Isi rumah yang berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar kebanyakannya lulusan sekolah menengah dengan pekerjaan berkemahiran rendah hingga pertengahan
Bilangan ahli keluarga yang bekerja
Di Bawah GajiKehidupan Wajar
Di Atas GajiKehidupan Wajar
Di Bawah GajiKehidupan Wajar
Di Atas GajiKehidupan Wajar
Di Bawah GajiKehidupan Wajar
Di Atas GajiKehidupan Wajar
Tiada pendidikan
Pendidikan rendah
Pendidikan menengah
Prauniversiti
Pendidikan tinggi
Tahap pendidikan tertinggi (ketua keluarga)
Pekerjaan kemahiran tinggi
Pekerjaan kemahiran pertengahan
Pekerjaan kemahiran rendah
Pekerjaan tanpa klasifikasi
Tahap kemahiran pekerjaan(ketua keluarga)
Sumber: Laporan Penyiasatan Gaji & Upah Malaysia 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia
RM5,500
RM4,450
RM2,760
Pengurus Profesional Juruteknik dan profesionalbersekutu
Anggaran gaji kehidupan wajar untuk dewasabujang di Kuala Lumpur (RM 2,700)
Rajah 6: Gaji dan Upah Bulanan Median pada Tahun 2016 untuk Pekerjaan Berkemahiran Tinggi di Malaysia
Gaji bulanan median untuk pekerjaan berkemahiran tinggi adalah lebih tinggi daripada anggaran gaji kehidupan wajar untuk isi rumah dewasa bujang di Kuala Lumpur
105Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Pengalaman antarabangsa dalam melaksanakan gaji kehidupan wajar
Gerakan gaji kehidupan wajar kontemporari biasanya diterajui oleh organisasi kesatuan sivil, yang terdiri daripada kesatuan sekerja, kumpulan berasaskan masyarakat dan kepercayaan, akademik, dan majikan (Heery, Hann dan Nash, 2017). Mereka juga merupakan pihak yang lazimnya menganggar kadar gaji kehidupan wajar. Institusi-institusi formal juga boleh mengawasi anggaran ini, misalnya di Eropah, Suruhanjaya Eropah (European Commission, EC) membiayai projek untuk menghasilkan anggaran belanjawan rujukan yang diperlukan untuk mencapai taraf hidup yang boleh diterima10.
Di Kanada, New Zealand, dan UK, organisasi kesatuan sivil memainkan peranan aktif dalam menyokong majikan di sektor awam dan majikan yang besar di sektor swasta untuk secara sukarela membayar gaji kehidupan wajar. Sebagai balasan, mereka menerima akreditasi dalam bentuk plak, tanda dagangan Living Wage, atau penyenaraian nama syarikat di laman sesawang Living Wage. Di AS, gaji kehidupan wajar dimulakan oleh sektor awam, dengan ordinan diluluskan di lebih 140 bandar dan daerah, dan disasarkan kepada pekerja perniagaan swasta yang mempunyai kontrak perkhidmatan dengan kerajaan tempatan. Oleh itu, gaji kehidupan wajar ini tidak meliputi pekerja berpendapatan rendah yang berada di luar bidang kuasa ordinan tersebut. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan ordinan gaji kehidupan wajar di AS dikatakan lemah (Luce, 2004)11. Malah di beberapa bandar, ordinan ini akhirnya dimansuhkan (Holzer, 2008)12. Beberapa kerajaan tempatan di Korea Selatan juga telah mewujudkan ordinan gaji kehidupan wajar untuk pekerjanya dan pekerja organisasi yang dibiayai oleh kerajaan tempatan, sama seperti di AS. Walaupun terdapat usaha untuk menganggarkan gaji kehidupan wajar terutama di bandar raya, desakan untuk gaji kehidupan wajar bagi pekerja sektor swasta di Asia tidak begitu meluas seperti di Kanada, New Zealand, dan UK13.
Kesan makroekonomi dan pengagihan daripada pelaksanaan gaji kehidupan wajar
Berbeza dengan gaji minimum, pelaksanaan gaji kehidupan wajar tidak begitu meluas dan sebahagian besarnya terbatas kepada beberapa negara maju. Kajian empirikal berdasarkan bandar-bandar di AS14 mendapati bahawa pembayaran gaji kehidupan wajar memberikan manfaat kepada pekerja dan majikan15. Kesan kepada guna tenaga juga nampaknya lebih sederhana daripada ramalan teori lantai gaji pengikat (binding wage floor)16.
Walau bagaimanapun, kesimpulan daripada kajian-kajian ini tidak boleh diterima pakai secara bulat-bulat. Kesan makroekonomi mungkin berbeza mengikut negara disebabkan oleh perbezaan dari segi ciri pasaran pekerja dan persekitaran ekonomi semasa. Sebagai contoh, pembayaran gaji kehidupan wajar adalah lebih mudah semasa ekonomi sedang berkembang, apabila kurang desakan untuk majikan mengurangkan kos tenaga kerja.
Selain itu, gaji kehidupan wajar hanya akan berkesan sekiranya gaji tersebut ditetapkan pada aras yang realistik dan mampan. Justeru itu, pengiraan anggaran gaji kehidupan wajar secara teliti sangat penting
10 Maklumat lanjut boleh didapati di Rangkaian Belanjawan Rujukan Eropah (European Reference Budgets Network) (http://www.referencebudgets.eu/).
11 Undang-undang negeri dan persekutuan tidak memerlukan majikan memberi butiran terperinci tentang masa bekerja dan gaji kepada kerajaan.
12 Sebagai contoh, ordinan gaji kehidupan wajar di Omaha, Nebraska telah dibatalkan pada bulan Ogos 2001 selepas pemilihan majoriti ahli majlis baharu yang komited untuk memansuhkan undang-undang ini (Luce, 2004).
13 Berikutan peningkatan perdagangan antarabangsa, inisiatif beretika di negara pengimport telah menggalakkan bayaran gaji kehidupan wajar bagi pekerja pakaian di negara pengeksport di Asia (Hirsch dan Valadez, 2017).
14 Undang-undang gaji kehidupan wajar yang tidak berjaya di beberapa bandar di AS juga memberikan kumpulan kawalan atau fakta bertentangan untuk anggaran kesan undang-undang gaji kehidupan wajar.
15 Lihat Brenner dan Luce (2005), Reich et al. (2003), dan Sokol et al. (2006).16 Lihat Brenner dan Luce (2005), Lester (2011) dan London Economics (2009). Teori meramalkan bahawa lantai gaji yang melebihi aras
gaji pasaran akan menyebabkan pemberhentian pekerja. Walau bagaimanapun, ramalan ini mengandaikan bahawa semua pekerja adalah sama dan mempunyai produktiviti yang tetap, dan majikan hanya boleh bergerak balas dengan mengurangkan bilangan pekerja. Di samping itu, ramalan itu juga bergantung pada andaian bahawa aras gaji sedia ada berada pada keseimbangan. Akan tetapi, jika aras gaji semasa berada di bawah tahap keseimbangan disebabkan ketidaksempurnaan pasaran pekerja misalnya, mewajibkan aras gaji yang lebih tinggi boleh meningkatkan guna tenaga.
106 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
supaya dapat mengimbangi antara memastikan pekerja mampu mencapai taraf hidup minimum, dan majikan berupaya untuk membayar gaji yang sepadan dengan produktiviti pekerja. Menetapkan kadar gaji kehidupan wajar yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan majikan menyalurkan kos gaji tambahan kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Tekanan gaji ke atas majikan juga boleh meningkat sekiranya pekerja yang bergaji tinggi menuntut untuk mengekalkan perbezaan yang sama antara gaji mereka dengan pekerja berpendapatan rendah seperti sebelum gaji kehidupan wajar dilaksanakan. Manfaat gaji kehidupan wajar mungkin menurun jika tekanan gaji membawa kepada peningkatan inflasi dan kos sara hidup yang lebih cepat.
Tambahan pula, gaji kehidupan wajar secara tidak langsung boleh memudaratkan golongan yang disasarkan dalam jangka masa terdekat17. Sebagai contoh, majikan boleh bertindak balas terhadap gaji kehidupan wajar dengan mengguna khidmat pekerja yang lebih mahir dengan memberhentikan pekerja berkemahiran rendah, yang mungkin merupakan kumpulan pekerja yang berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar, sebelum mereka dapat menaikkan kemahiran diri (Hirsch dan Valadez, 2017). Walau bagaimanapun, persekitaran pertumbuhan yang kukuh dapat menampung permintaan tenaga kerja dan mengurangkan kemungkinan majikan memberhentikan pekerja yang berkemahiran rendah.
Perlunya penambahbaikan produktiviti yang sepadan
Kemungkinan terhasilnya kesan buruk daripada pelaksanaan gaji kehidupan wajar memberi penekanan bahawa peningkatan yang sepadan dalam produktiviti dan pergerakan ke arah tenaga kerja berkemahiran tinggi adalah penting. Penambahbaikan produktiviti dan output bernilai tambah yang lebih tinggi menjadikan majikan lebih mampu untuk membayar gaji kehidupan wajar, dan seterusnya membolehkan mereka terus membayar gaji kehidupan wajar untuk jangka panjang. Ekonomi yang mempunyai produktiviti tinggi dan bernilai tambah tinggi akan menggalakkan persekitaran kondusif yang dapat mengurangkan risiko pemberhentian dan penggantian tenaga kerja.
Ekonomi Malaysia sedang menghadapi cabaran pertumbuhan produktiviti yang sederhana berbanding dengan negara saingannya. Berdasarkan data daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa, antara tahun 2011 dengan 2017, pertumbuhan KDNK Malaysia bagi setiap orang bekerja – ukuran untuk produktiviti tenaga kerja – hanyalah 1.7%, kurang separuh daripada pertumbuhan produktiviti tenaga kerja purata dalam ekonomi berpendapatan pertengahan-tinggi (3.8%)18. Pertumbuhan produktiviti lemah yang berterusan boleh menurunkan pertumbuhan gaji, yang akhirnya boleh membantut kemampuan isi rumah untuk mencapai sekurang-kurangnya taraf hidup minimum yang boleh diterima.
Langkah ke arah pertumbuhan gaji yang didorong oleh produktiviti bergantung pada sokongan yang meluas daripada semua pihak. Kerajaan boleh memupuk persekitaran yang kondusif kepada majikan untuk meningkatkan produktiviti dengan memastikan adanya sokongan institusi yang baik, kawal selia yang minimum terhadap aktiviti pelaburan produktif, dan latihan dan pendidikan peringkat tinggi yang mampu dibayar. Majikan boleh melatih pekerja sedia ada dan memberikan insentif kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran mereka. Semangat yang lebih tinggi dan kadar pusing ganti pekerja yang lebih rendah yang dijana oleh gaji kehidupan wajar boleh mencetuskan kitaran bermanfaat, iaitu gaji yang lebih tinggi akan mendorong produktiviti yang lebih tinggi, begitu juga sebaliknya, produktiviti yang tinggi boleh menghasilkan kenaikan gaji. Pekerja juga harus sedar akan kepentingan kemajuan diri untuk mencapai aras gaji yang lebih tinggi yang dapat mengekalkan taraf hidup minimum yang boleh diterima, dan seterusnya mengambil inisiatif untuk meningkatkan kemahiran diri.
17 Lihat sebagai contoh, Neumark dan Adams (2003). 18 Untuk perbandingan antarabangsa, komponen KDNK bagi ukuran ini ialah KDNK yang ditukar kepada dolar antarabangsa malar 2011
menggunakan kadar pariti kuasa beli. Anggaran pertumbuhan produktiviti tenaga kerja purata pada tahun 2011 - 2017 hampir dengan purata yang berasaskan data produktiviti tenaga kerja yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2.3%).
107Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Kesimpulan
Memandangkan Malaysia sedang mengorak langkah ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang progresif, semua segmen masyarakat harus meraih manfaat dan tidak ketinggalan dalam proses tersebut. Dengan itu, penting bagi Malaysia untuk mengatasi cabaran pertumbuhan produktiviti yang sederhana, dan berusaha ke arah mewujudkan pekerjaan yang berproduktiviti tinggi serta bergaji tinggi yang mampu mencapai taraf hidup minimum yang boleh diterima. Gaji kehidupan wajar boleh menjadi instrumen yang berpotensi untuk memberi maklumat, mencabar serta menambah baik dasar ke arah itu.
Sekiranya gaji kehidupan wajar berjaya dilaksanakan, manfaatnya dapat dinikmati oleh pekerja dan majikan, dengan kesan buruk yang terhad terhadap ekonomi. Ini bergantung pada beberapa prasyarat. Anggaran gaji kehidupan wajar mestilah sesuai dan cukup munasabah untuk mendorong majikan supaya membayar gaji yang berpatutan kepada pekerja. Gaji kehidupan wajar juga perlu diiringi dengan produktiviti yang lebih tinggi, dan ini memerlukan usaha bersama daripada majikan, pekerja, kesatuan sivil, dan sektor awam.
Rujukan
Bradshaw, Jonathan, Sue Middleton, Abigail Davis, Nina Oldfi eld, Noel Smith, Linda Cusworth, dan Julie Williams, “A Minimum Income Standard for Britain: What People Think”, 2008.
Brenner, Mark dan Stephanie Luce, “Living Wage Laws in Practice”, Political Economy Research Institute, 2005.
Davis, Abigail, Katherine Hill, Donald Hirsch, dan Matt Padley, A Minimum Income Standard for the UK in 2016, Joseph Rowntree Foundation, 2016.
Fairris, David, “The Impact of Living Wages on Employers: A Control Group Analysis of the Los Angeles Ordinance,” Industrial Relations: A Journal of Economy and Society, 2005, 44.
Glasmeier, Amy K. dan Carey A. Nadeau, “Results from the 2016 Data Update”, Didapati daripadahttp://livingwage.mit.edu, 2017.
Heery, Edmund, Deborah Hann, dan David Nash, “The Living Wage campaign in the UK”, Employee Relations, 2017, 39 (6), 800–814.
Hirsch, Donald dan Laura Valadez, The Living Wage, Agenda Publishing, 2017.
Holzer, Harry J., “Living Wage Laws: How Much Do (Can) They Matter?”, IZA Discussion Papers 3781, Institute for the Study of Labour (IZA), 2008.
IHS Markit, “Living Wage Research for KPMG - 2017 Report”, Technical Report, KPMG, 2017.
International Labour Organization, “General Survey on Minimum Wage Systems”, International Labour Conference 103rd Session, 2014.
Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah 2014, 2015.
———, Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah 2016, 2017.
———, Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016, 2017.
Lemos, Sara, “A Survey of the Effects of the Minimum Wage on Prices”, Journal of Economic Surveys, 2008, 22 (1), 187–212.
108 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Lester, T. William, “The Impact of Living Wage Laws on Urban Economic Development Patterns and the Local Business Climate: Evidence From California Cities”, Economic Development Quarterly, 2011, 25 (3), 237–254.
Living Wage Aotearoa New Zealand, http://www.livingwage.org.nz/. Diakses: 2 Januari, 2018.
Living Wage Canada, http://www.livingwagecanada.ca/. Diakses: 2 Januari, 2018.
Living Wage Foundation United Kingdom, http://www.livingwage.org.uk/. Diakses: 2 Januari, 2018.
London Economics, “An Independent Study of the Business Benefi ts of Implementing a Living Wage Policy in London”, Final Report for GLA Economics, 2009.
Luce, S., Fighting for a Living Wage, Cornell University Press, 2004.
Neumark, David dan Scott Adams, “Do Living Wage Ordinances Reduce Urban Poverty?”, Journal of Human Resources, 2003, 38 (3).
Reich, Michael, Peter Hall, dan Ken Jacobs, “Living Wage Policies at the San Francisco Airport: Impacts on Workers and Businesses”, Industrial Relations: A Journal of Economy and Society, 2005, 44 (1), 106–138.
Sokol, Martin, Jane Wills, Jeremy Anderson, Marg Buckley, Yara Evans, Claire Frew, dan Paula Hamilton, “The Impact of Improved Pay and Conditions on Low-Paid Urban Workers”, The Case of the Royal London Hospital, Queen Mary College, London, 2006.
Wadsworth, Jonathan, “Did the National Minimum Wage Affect UK Prices?”, Fiscal Studies, 2010, 31 (1), 81–120.
109Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Kecanggihan dan Pertumbuhan: Kedudukan Malaysia dan Implikasi Dasar
Oleh Brenda Cheah Wenn Jinn dan Mohd Shazwan Shuhaimen
Pengenalan
Persekitaran global yang baik memberikan peluang yang sesuai kepada Malaysia untuk melaksanakan pembaharuan struktur yang penting. Walaupun pertumbuhan yang lebih tinggi boleh dicapai menerusi pengumpulan modal dan peningkatan produktiviti, kemajuan teknologi dan inovasi adalah kritikal bagi sesebuah ekonomi sedang pesat membangun seperti Malaysia untuk merintis batasan pengeluaran negara dan meningkatkan potensi pertumbuhan jangka panjang. Kajian yang dijalankan oleh Hausmann dll. (2013) meneliti peranan teknologi dan inovasi sebagai peramal penting bagi pertumbuhan masa hadapan, iaitu menerusi kecanggihan ekonomi. Kecanggihan ekonomi menzahirkan keupayaan produktif keseluruhan sesebuah negara menerusi gabungan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan teknologinya. Oleh itu, penunjuk ini berguna untuk menjejaki perubahan struktur. Rencana ini memperkenalkan konsep utama kecanggihan ekonomi dan seterusnya memaparkan tentang evolusi kecanggihan ekonomi Malaysia dan kedudukannya berbanding dengan negara serantau. Rencana ini juga menggariskan beberapa strategi untuk meningkatkan kecanggihan ekonomi Malaysia, dengan menggunakan peta ruang produk perintis dan kebolehlaksanaan yang dipelopori oleh Hausmann dll. Peta ruang produk ini membentangkan tahap kemudahan untuk meningkatkan kepelbagaian produk menjadi lebih canggih. Rencana ini diakhiri dengan anggaran potensi pertumbuhan KDNK Malaysia berdasarkan keupayaannya untuk mencapai tahap pendapatan negara-negara lain yang mempunyai kecanggihan ekonomi yang serupa.
Memahami Kecanggihan Ekonomi
‘Kecanggihan ekonomi’ ialah ukuran ringkas keupayaan produktif sesebuah negara, seperti yang dicerminkan oleh kepelbagaian dan kecanggihan produk yang dihasilkan dan dieksport. Ekonomi canggih lazimnya dicirikan oleh kemahiran dan pengetahuan yang meluas sebagai prasyarat yang diperlukan untuk mengeluarkan produk yang sangat pelbagai dan canggih. Sebaliknya, ekonomi yang kurang canggih hanya mampu menghasilkan produk yang lebih ringkas dan kurang pelbagai disebabkan asas kemahiran dan pengetahuannya yang terhad. Negara yang mempunyai tahap kecanggihan lebih tinggi turut melibatkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan ekosistem sokongan yang lebih kompleks. Oleh yang demikian, ekonomi yang lebih canggih pada lazimnya menikmati KDNK per kapita yang lebih tinggi.
Pempelbagaian sektor merupakan kaedah penting untuk meningkatkan kecanggihan ekonomi. Apabila sesebuah negara mempelbagaikan asas pengeluarannya, individu dan fi rma mengumpul pengetahuan dan kepakaran yang tinggi, dengan itu meningkatkan kecanggihan dan tahap pendapatan dalam jangka masa panjang. Ekonomi maju seperti Jepun boleh mengilang pelbagai keluaran yang kompleks, daripada bahan kimia kepada produk robotik dan kereta autonomi, hasil daripada inovasi yang berterusan dan kemajuan teknologi selama ini.
Tahap kecanggihan ekonomi sesebuah negara dapat diukur menerusi Indeks Kecanggihan Ekonomi (Economic Complexity Index, ECI). ECI dihitung dengan mengambil kira bilangan produk eksport yang memberikan kelebihan bandingan bagi sesebuah negara (kepelbagaian produk), dan bilangan negara yang menghasilkan produk tersebut1 (kecanggihan produk). Kecanggihan produk tertentu yang dihasilkan oleh sesebuah negara diwakili oleh Indeks Kecanggihan Produk (Product Complexity Index, PCI). Berdasarkan PCI, produk yang paling canggih ialah jentera dan bahan kimia (contohnya, turbin stim dan bahan kimia fotografi ), manakala produk yang paling kurang canggih kebanyakannya merupakan komoditi mentah (contohnya, bijih timah dan kapas). ECI dan PCI diukur sebagai sisihan piawai yang lebih atau kurang daripada purata dunia (masing-masing diwakili oleh nilai positif atau negatif). Asas untuk menganalisis kecanggihan ekonomi adalah dengan melihat peta ‘ruang produk’, iaitu alat perintis yang dibangunkan oleh Hausmann dll. Peta ini menunjukkan kepelbagaian produk sesebuah negara dan tahap kemudahan untuk mempelbagaikan keluaran pada masa hadapan bagi meningkatkan kecanggihan ekonomi keseluruhan (Butiran diberikan dalam Kotak Pandangan 1: Ruang Produk).
1 Produk yang dihasilkan oleh hanya beberapa negara boleh dianggap sebagai barangan ‘canggih’ kerana penghasilan produk ini mencerminkan keupayaan lebih tinggi yang diperlukan untuk mengeluarkannya (contohnya, mesin sinar-X).
110 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Ruang produk menggambarkan kumpulan produk yang boleh dieksport oleh sesebuah negara. Setiap titik atau nod mewakili produk eksport yang berbeza. Warna-warna yang berbeza mewakili sektor yang lebih luas yang terkandung produk-produk ini. Nod yang diwarnakan dalam ruang produk menunjukkan produk yang mempunyai kelebihan bandingan jika dieksport, manakala nod yang berwarna kelabu mewakili produk di mana sesebuah negara yang mempunyai pendedahan yang terhad. Terdapat dua ciri utama ruang produk yang menggambarkan tahap kecanggihan ekonomi sesebuah negara. Pertama, kepelbagaian produk boleh dilihat daripada bilangan titik berwarna yang terdapat pada ruang produk. Semakin banyak jumlah titik dengan warna yang berbeza, semakin pelbagai produk eksport negara itu. Kedua, lokasi nod produk (iaitu titik) merupakan sesuatu yang penting. Jumlah produk yang banyak terletak di tengah-tengah ruang produk mencerminkan keberkaitan yang tinggi produk tersebut dengan banyak produk yang lain. Selain itu, ruang produk juga memberikan pemahaman tentang kemudahan mempelbagaikan produk yang baharu dan produk yang lebih canggih. Tahap kemudahan sesebuah negara meningkatkan kecanggihannya bergantung pada tahap saling kaitan ruang produk sesebuah negara. Ini diwakili oleh jarak di antara nod produk. Lebih dekat nod produk, maka lebih mudah untuk meningkatkan kecanggihan. Produk yang mempunyai hubungan erat berkongsi sebahagian besar keupayaan yang diperlukan. Oleh itu, fi rma boleh melakukan pempelbagaian dengan mudah daripada satu produk kepada produk lain dengan memanfaatkan keupayaan sedia ada. Sebaliknya pula, ruang produk yang renggang menandakan kesukaran untuk meningkatkan kecanggihan kerana pengeluar tidak mempunyai keupayaan sedia ada yang secukupnya untuk membuat produk baharu. Mereka perlu mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan produk ini, yang akan mengambil masa dan usaha yang banyak.
Rajah 1: Ruang Produk
Sumber: The Atlas of Economic Complexity
Jentera Elektronik Besi Mineral PertanianTekstil,Perabot
Batu,Gelas
Bahan Kimia,Plastik
`Ruang Produk´ menggambarkan kepelbagaian produk yang dihasilkan dan mudahnya produk dipelbagaikan menjadi produk yang berbeza dan lebih canggih
Kotak Pandangan 1: Ruang Produk
111Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Evolusi Kecanggihan Ekonomi Malaysia
Sejak dua dekad yang lepas, kecanggihan ekonomi Malaysia telah meningkat daripada +0.39 pada tahun 1996 kepada +0.82 pada tahun 2016 (Rajah 2), menjadikannya ekonomi ke-29 paling canggih di dunia. Peningkatan ini bukan sahaja mencerminkan keupayaan Malaysia untuk mengeluarkan pelbagai barang yang lebih canggih selama ini, malahan mencerminkan keupayaan Malaysia untuk meningkatkan kecanggihannya dengan kadar yang lebih cepat berbanding dengan negara lain.
Evolusi ruang produk Malaysia selama ini menunjukkan tiga perkembangan penting (Rajah 3). Perkembangan ini termasuk:1. Hubungan yang lebih rapat dalam kluster jentera dan elektronik (diwakili oleh titik biru yang lebih padat); 2. Pembangunan produk baharu, seperti bahan kimia dan plastik (kemunculan titik ungu baharu); dan 3. Pengurangan pengeluaran produk kurang canggih, seperti tekstil (pengurangan titik hijau), yang membolehkan
sumber digunakan untuk mewujudkan kelebihan bandingan bagi barangan lebih canggih.
Peningkatan kecanggihan ekonomi Malaysia bermula pada tahun 1980-an dan 1990-an berikutan fasa perindustrian yang pesat. Pada ketika itu, komposisi eksport Malaysia beralih daripada kebanyakannya komoditi kepada eksport barangan perkilangan2 (1975: 22% bahagian eksport; 1995: 80%). Inisiatif dasar yang komprehensif dilaksanakan untuk mempertingkat ekosistem sokongan perniagaan bagi memastikan kewujudan persekitaran yang kondusif untuk sektor perkilangan berkembang maju3. Inisiatif ini termasuk peningkatan latihan dan pembangunan kemahiran, sokongan pembiayaan, infrastruktur fi zikal dan peraturan berkaitan aktiviti perdagangan dan pelaburan. Antara inisiatif terpenting ialah penggubalan Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dan pengurangan sekatan perdagangan yang memudahkan pelaksanaan aktiviti pengeluaran, perdagangan dan pelaburan. Pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investment, FDI) dalam sektor perkilangan dan perlombongan meningkat dengan mendadak disebabkan iklim perniagaan yang baik. FDI ini menandakan titik peralihan yang kritikal dalam pembangunan Malaysia kerana pelaburan ini merangsang pewujudan pekerjaan dan produktiviti di samping meningkatkan kecanggihan ekonomi negara (Rajah 4).
Hal ini jelas dilihat terutamanya dalam kluster jentera dan elektronik. Pada tahun 1990-an, terdapat peralihan secara beransur-ansur daripada perkhidmatan pengujian asas dan pemasangan litar bersepadu kepada pengeluaran kelengkapan pejabat dan peralatan komputer yang lebih canggih. Peralihan ini membolehkan pengilang multinasional dan domestik membangunkan dan mengasah pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai standard pengeluaran
2 Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Rencana tentang ‘Perubahan Struktur Eksport Malaysia’ dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2011.
3 Yusoff dll. (2000) Globalisasi, Dasar Ekonomi dan Ekuiti; Wong (2013). Industri Keluaran Elektrik dan Elektronik (E&E): Pada Titik Fleksi.
Rajah 2: Trend Indeks Kecanggihan Ekonomi Malaysia
0.39
0.61
0.82
0.00
0.20
0.40
0.60
0.80
1.00
1.20
1996 1998 2000 2002 2004 2006 2008 2010 2012 2014 2016
Sumber: The Atlas of Economic Complexity
Kecanggihan ekonomi Malaysia telah meningkat sejak dua dekad yang lepasMalaysia: Indeks Kecanggihan Ekonomi (1996-2016)sisihan piawai daripada purata dunia
112 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
global. Peningkatan keupayaan menjadi mangkin untuk pempelbagaian selanjutnya dalam penghasilan produk elektronik yang lebih canggih, terutamanya semikonduktor dalam segmen pengguna dan automotif yang berkembang pesat4. Pengilang domestik kini lebih bersepadu dalam rantaian nilai global E&E, dan berupaya mengeluarkan sendiri bahagian dan komponen untuk jenama antarabangsa, seperti Apple, Samsung, Intel, BMW dan Airbus.
Selama ini, keupayaan Malaysia untuk mengeluarkan produk bahan kimia, plastik dan getah yang lebih canggih mencerminkan peluasan aktiviti hiliran dalam sektor perlombongan dan pertanian. Penubuhan syarikat tempatan dan asing yang besar dalam sektor ini merangsang keupayaan Malaysia untuk mengilang produk hiliran, seperti petrokimia, oleokimia dan sarung tangan getah. Loji penapis dan saluran paip gas dibina untuk tujuan pengeluaran, disokong pula oleh ketersediaan input bahan mentah memandangkan negara dianugerahi banyak sumber semula jadi5. Pada masa hadapan, pengeluaran hiliran Malaysia dalam industri petroleum dan gas bakal meraih manfaat daripada operasi Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang hampir siap dibina.
4 Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Rencana tentang ‘Peralihan ke Arah Teknologi Baharu, Meniti Arus Perubahan: Evolusi Industri Elektronik dan Elektrik (E&E) Malaysia’ dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2015.
5 Foo, 2015. Industri Kimia Malaysia: Dari Komoditi ke Perkilangan.
Rajah 3: Gambar Ruang Produk Malaysia pada Tahun 1995 dan 2016
Sumber: The Atlas of Economic Complexity
Jentera
2016
1995
Elektronik
Bahan Kimia/Plastik
Minyak Sayuran/Makanan
Mineral
Tekstil
Besi
1
2
3
Peningkatan kecanggihan ekonomi disokong oleh pempelbagaian mengikut sektor yang menjadikan produk bertambah canggih
113Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Walaupun aktiviti hiliran berkembang dalam tempoh dua dekad yang lalu, ruang produk juga menunjukkan bahawa Malaysia terus mengeksport galian mentah dan produk pertanian (masing-masing diwakili oleh titik perang dan jingga). Bahagian tengah ruang produk juga agak renggang, yang menunjukkan bahawa Malaysia belum lagi mewujudkan kelebihan bandingan bagi sesetengah produk. Perkara ini memberikan peluang untuk penghiliran selanjutnya dalam sektor komoditi dan pewujudan kelebihan bandingan bagi produk baharu.
Perbandingan antara Kecanggihan Ekonomi Malaysia dengan Negara Serantau
Walaupun kecanggihan ekonomi Malaysia telah meningkat selama ini, Malaysia masih mengekori negara serantau yang maju dan yang berkembang pesat (Rajah 5). Antara negara serantau yang terpilih, Korea dianggap sebagai ekonomi yang paling canggih, dengan ECI +1.79 pada tahun 2016, diikuti oleh Singapura (+1.61) dan Republik Rakyat China (+0.94).
Rajah 4: Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan IndeksKecanggihan Ekonomi (ECI) di Malaysia
FDI menjadi pendorong kepada perkembangan kecanggihan ekonomi Malaysia
Indeks Kecanggihan Ekonomisisihan piawai daripada purata dunia RM bilion
-10
0
10
20
30
40
50
-0.20
0.00
0.20
0.40
0.60
0.80
1.00
Indeks Kecanggihan Ekonomi(Skala Kiri)
Jumlah FDI(skala kanan) FDI Perkilangan
dan Komoditi*
*Data rasmi untuk FDI menurut sektor bermula tahun 2003 sahaja dan seterusnya
Sumber: The Atlas of Economic Complexity, United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD), Jabatan Perangkaan Malaysia
Korelasi (2003-16)Jumlah antara FDI dengan ECI:+0.69FDI Perkilangan dan Komoditi: +0.66
Korelasi (1981-95)Jumlah antara FDI dengan ECI: +0.54
FDI
1981-85 1986-90 1991-95 1996-2000 2001-05 2006-10 2011-16
Kecanggihan ekonomi Malaysia berada di belakang negara serantau yang maju dan yang berkembangpesat, manakala kecanggihan ekonomi negara serantau lain pantas menghampiriIndeks Kecanggihan Ekonomisisihan piawai daripada purata dunia
2006 2016 Perubahan dalam ECI, skala kanan
Sumber: The Atlas of Economic Complexity
Perubahan dalam ECI (2006-2016)
Nota: CN = RR China, ID = Indonesia, JP = Jepun, KR = Republik Korea, MY = Malaysia, PH = Filipina, SG = Singapura, TH = Thailand, VN = Vietnam
KR SG CN MY TH PH VN ID
1.531.33
0.63 0.61
-0.16
-0.58
Rajah 5: Indeks Kecanggihan Ekonomi (Malaysia danEkonomi Serantau Terpilih)
-0.43
1.791.61
0.94 0.82 0.75
0.42
-0.28 -0.31
0.26 0.28 0.31 0.21
0.31
0.580.30
0.13
-1.00
-0.50
0.00
0.50
1.00
1.50
2.00
2.50
-1.00
-0.50
0.00
0.50
1.00
1.50
2.00
2.50
0.44
114 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Melihat pada perubahan ECI sejak sepuluh tahun kebelakangan ini, kebanyakan negara serantau mengalami peningkatan kecanggihan yang lebih tinggi berbanding dengan peningkatan +0.21 yang dialami Malaysia. Perbandingan ini menunjukkan bahawa terdapat lebih banyak pempelbagaian dalam campuran produk atau terdapat peralihan yang lebih cepat dalam penghasilan produk sangat kompleks bagi negara-negara serantau. Yang nyata, kecanggihan ekonomi Filipina meningkat sebanyak +0.58, peningkatan tertinggi di rantau ini. Peningkatan itu merubah tahap kecanggihannya daripada berada di bawah purata global kepada kedudukan di atas purata global dalam tempoh sepuluh tahun. Rajah 6 membandingkan perubahan struktur dalam komposisi eksport Filipina dan Malaysia sepanjang dekad yang lalu. Bermula daripada tahap ECI yang lebih rendah, peningkatan kecanggihan tercetus oleh pempelbagaian campuran produk keluaran eksport Filipina. Negara tersebut mengurangkan pendedahannya dalam produk elektronik, dicerminkan oleh penurunan bahagiannya daripada 55% pada tahun 2006 kepada 48% pada tahun 2016. Sebaliknya, terdapat lebih banyak tumpuan terhadap bahan kimia, plastik dan kenderaan pengangkutan yang lebih canggih memandangkan bahagian produk ini meningkat daripada 4% kepada 7%. Bahagian produk pertanian turut meningkat daripada 7% kepada 12%. Yang lebih penting lagi, terdapat
Rajah 6: Gambar Komposisi Struktur Eksport Filipina dan Malaysia (% bahagian jumlah eksport)
Sumber: The Atlas of Economic Complexity
Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan
Malaysia: Komposisi Struktural Eksport
Filipina: Komposisi Struktural Eksport
2006(ECI: +0.61)
2006(ECI: -0.16)
2016(ECI: +0.82)
2016(ECI: +0.42)
Elektronik
55.5%
18.0%
5.3% 2.0%
1.5%2.1%
1.3%
6.7%4.8% 2.9%
Jentera
Sayuran,makanandan kayu
Besi
Tekstildanperabot
Lain-lain
Mineral
Kimiadanplastik
Kenderaan
Batudangelas
Elektronik
37.2%
22.3% 3.2%
1.3%1.4%
8.2%
1.3%
9.4%
3.5%
12.3%
Jentera
Sayuran,makanandan kayu
Besi Tekstildanperabot
Lain-lain
Mineral
Kimiadanplastik
KenderaanBatudangelas
Elektronik
44.0%
14.4%
2.4%1.3%
0.7%
8.6%
1.8%11.0% 3.9%
12.0%
Jentera
Sayuran,makanandan kayu
Besi Tekstildanperabot
Lain-lain
Mineral
Kimiadanplastik
Kenderaan
Batu dangelas
Elektronik
48.0%
18.5%
3.2%3.3%
2.6%3.6% 0.9%
12.2%
3.3%
4.4%
Jentera Sayuran,makanandan kayu
Besi
Tekstildanperabot
Lain-lain
Mineral Kenderaan
Kimiadanplastik
Batudangelas
Peningkatan ECI Malaysia secara relatif lebih perlahan berbanding dengan Filipina
115Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
peralihan pempelbagaian daripada item dalam sektor pertanian, seperti pisang (PCI: -2.28), kepada pertukangan kayu yang lebih canggih (PCI: +0.09).
Sebaliknya, peningkatan ECI Malaysia secara relatif lebih perlahan memandangkan tahap pempelbagaian campuran eksport Malaysia adalah lebih rendah dan usaha menceburi penghasilan produk baharu belum berhasil sepenuhnya. Profi l produk yang dieksport menawarkan beberapa pandangan. Pertama, tumpuan Malaysia dalam produk elektronik (PCI: +0.76) meningkat daripada 37% kepada 44% bahagian daripada jumlah eksport sepanjang dekad yang lalu memandangkan negara kekal berada dalam rantaian nilai global. Pada masa yang sama, bahagian pendedahan dalam kluster jentera yang mempunyai PCI lebih tinggi sebanyak +1.00 dikurangkan separuh daripada 22% kepada 14%. Dalam kluster jentera, walaupun fi rma mengalihkan tumpuan daripada komputer peribadi (personal computers, PC) dan bahagian PC (PCI: +0.64) sejajar dengan perubahan teknologi global ke arah peranti yang menunjangi internet, kemajuan dalam pengembangan asas peralatan perubatan dan saintifi k yang lebih canggih (PCI: +0.94) masih agak terhad, membentuk 4% bahagian daripada jumlah eksport. Akhir sekali, Malaysia hanya berjaya mengembangkan penghasilan bahan kimia dan plastik yang lebih canggih secara berperingkat seperti yang digambarkan oleh peningkatan yang kecil dalam bahagian eksportnya daripada 8.2% pada tahun 2006 kepada 8.6% pada tahun 2016.
Strategi Meningkatkan Kecanggihan
Kemunculan trend mega yang menyeluruh seperti gangguan teknologi, pembandaran pesat dan perubahan iklim memerlukan setiap negara memikirkan semula strategi pertumbuhan semasa masing-masing dan yang sesuai dengan realiti baharu. Dalam hal ini, terdapat ruang bagi Malaysia untuk terus mempelbagaikan campuran produk dan meningkatkan kecanggihan produk bagi memaksimumkan peluang dalam persekitaran global yang amat dinamik. Seperti yang dikenal pasti sebelum ini, ruang produk semasa Malaysia secara relatif agak renggang di tengah, menunjukkan terdapat ruang untuk negara membangunkan kelebihan bandingan dalam beberapa produk yang amat canggih memandangkan produk tersebut terletak di tengah-tengah ruang produk dengan nod yang berkait rapat. Malaysia boleh memanfaatkan pengalaman luas serta keupayaan produktif yang ketara yang telah dibangunkan khususnya dalam sektor elektronik dan komoditi selama ini, serta industri kimia dan plastik kebelakangan ini, untuk menceburi pengeluaran produk baharu yang lebih kompleks.
Peta kebolehlaksanaan produk ini merupakan alat yang berguna untuk mengenal pasti pilihan dan kebolehlaksanaan penghasilan produk berpotensi (Rajah 7, halaman sebelah). Peta ini menunjukkan kemungkinan untuk menghasilkan produk tertentu, berdasarkan keupayaan sedia ada (paksi-x) dan kecanggihan produk yang sepadan (paksi-y). Peningkatan kecanggihan Malaysia memerlukan penghasilan produk yang lebih canggih dengan PCI yang melebihi ECI semasa Malaysia, iaitu +0.82. Produk sedemikian terdiri daripada tiub plumbum, mesin laser, bahan kimia fotografi sehinggalah kepada radas makmal dan peralatan ortopedik. Produk sebegini juga amat canggih dan boleh menjadi mangkin kepada pengeluaran produk lain yang lebih canggih. Berasaskan peta dan pengalaman negara lain, secara relatifnya adalah lebih mudah untuk Malaysia menghasilkan tiub plumbum, mesin laser dan kimia fotografi dalam tempoh terdekat memandangkan kesemua produk ini lebih berkait rapat dengan produk sedia ada yang dihasilkan oleh Malaysia pada masa ini.
Bagi membolehkan pempelbagaian dan penerokaan selanjutnya dalam industri yang lebih canggih, tumpuan perlu diberikan kepada pemodenan dan pengukuhan ekosistem sokongan bagi industri yang penting. Strategi ini perlu menitikberatkan empat tonggak utama yang telah terbukti sebagai pendorong pempelbagaian pesat sebelum ini; iaitu modal insan, pembiayaan, infrastruktur dan pengawalseliaan.
Pertama, kelestarian bekalan modal insan yang berkemahiran dan berpengalaman membentuk asas untuk penyebaran pengetahuan di dalam dan juga merentas industri. Kemunculan trend baharu seperti Industri 4.0 akan mempunyai kesan yang ketara ke atas pasaran pekerja, memerlukan tenaga kerja yang boleh disesuaikan dan dapat diberikan kemahiran semula. Walaupun institusi diwujudkan pada masa lalu untuk menangani kekurangan kemahiran, institusi kini perlu secara proaktif melibatkan elemen industri-akademik dalam kurikulum kursus dan latihan serta program penyelidikan yang baharu dan yang sedia ada. Kaedah ini akan memastikan bakat yang terhasil menepati keperluan dinamik industri yang dilengkapi sepenuhnya dengan kemahiran penyelidikan yang tinggi untuk memacu perubahan inovatif. Bagi memenuhi keperluan Industri 4.0, beberapa kemajuan telah dibuat
116 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
untuk menggalakkan penyelidikan berasaskan industri dan perkongsian latihan di Malaysia. Contoh yang ketara termasuklah penubuhan Pusat Kolaborasi Penyelidikan Dalam Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (CREST) pada tahun 2012, dan baru-baru ini pelancaran Pusat Pembangunan Kompetensi Termaju MIMOS-NCIA pada tahun 2017. Pada masa ini, usaha-usaha yang dijalankan tertumpu pada sektor elektronik dan elektrik (E&E). Pelanjutan inisiatif tersebut kepada industri bukan E&E dan komoditi, yang menyumbang kepada bahagian eksport yang lebih besar pada 62%, dan 23% daripada jumlah guna tenaga pada tahun 20176, akan meningkatkan kemahiran bahagian yang lebih besar tenaga buruh. Usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat berkemahiran tinggi yang sedia ada juga tidak kurang pentingnya. Selain usaha Kerajaan mutakhir ini, sektor swasta juga boleh memainkan peranan dengan memastikan saraan pekerja, termasuk upah dan gaji yang bersesuaian dengan tahap produktiviti.
Kedua, pengawal selia dan peserta sektor swasta perlu bekerjasama untuk menggalakkan penggunaan platform kewangan alternatif dengan lebih meluas, seperti pemerolehan dana daripada orang ramai melalui internet (crowdfunding), pemberian pinjaman rakan ke rakan, serta modal usaha niaga. Platform ini boleh menjadi sumber dana yang penting untuk perniagaan, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana yang terlibat dalam bidang inovatif atau pertumbuhan baharu yang mempunyai risiko yang lebih tinggi7. Pembiayaan berasaskan bank mungkin bukan cara yang terbaik untuk membiayai aktiviti sebegini. Bagi penilaian risiko kredit yang komprehensif, bank memerlukan sejarah kredit yang terbukti berserta cagaran, yang lazimnya jarang dimiliki oleh syarikat yang baru memulakan perniagaan dalam bidang pertumbuhan baharu. Keutamaan dasar yang pelbagai telah dikenal pasti untuk menggalakkan lagi pembiayaan alternatif. Hal ini termasuk antara lain, meningkatkan pengaturan institusi untuk menyelaras, memperkemas dan menegarkan dasar dalam membangunkan kewangan alternatif, dan meningkatkan kualiti, liputan dan kredibiliti data pembiayaan alternatif untuk menyokong keputusan kredit.
Ketiga, infrastruktur fi zikal mesra pengguna tetap menjadi komponen penting dalam ekosistem industri. Dengan bertambahnya penggunaan platform digital untuk perkongsian ilmu dan maklumat secara berkesan, lebih perhatian perlu diberikan untuk menaik taraf infrastruktur maya dan digital di Malaysia. Penaiktarafan ini merangkumi integrasi analitis data raya ke dalam pangkalan data negara, penggunaan lebih meluas operasi komputer kawalan jauh dan perbaikan sambungan jalur lebar. Memanfaatkan inisiatif sedia ada untuk memaksimumkan potensi platform digital
6 Guna tenaga dalam sektor bukan E&E dianggarkan menggunakan nisbah guna tenaga dalam sektor perkilangan berdasarkan Penyiasatan Pembuatan Bulanan untuk Pertubuhan, Jabatan Perangkaan Malaysia.
7 Sila rujuk Rencana ‘Peranan Kewangan Alternatif untuk Membiayai Keperluan Ekonomi Baharu’ dalam Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran Bank Negara Malaysia 2016.
Rajah 7: Peta Kebolehlaksanaan Produk Malaysia
Peta kebolehlaksanaan produk menunjukkan jeniskepelbagaian produk yang berpotensi bagi Malaysia
Indeks Kecanggihan Produk
0
1
2
3
-3
-2
-1
0.74 0.76 0.78 0.80 0.82 0.84 0.86 0.88 0.90 0.92Jarak
Tiub plumbumRadas makmal
Bahan kimiafotografi
Peralatan ortopedik
Mesin laser
Lebi
h ca
nggi
h
Lebih sukar dicapai
Sumber: The Atlas of Economic Complexity
PCI > 0.82
PCI < 0.82
117Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
di Malaysia, mempercepat penyepaduan data sektor swasta ke dalam Platform Lautan Data Kebangsaan (National Data Ocean Platform) oleh MAMPU adalah tindakan yang penting. Penggabungan kumpulan data yang lebih luas (contohnya, pilihan pelanggan yang disingkap melalui pangkalan data enjin carian), dilengkapi dengan penggunaan analisis data mampu mencipta pemahaman yang berharga untuk analisis dan membuat keputusan perniagaan berdasarkan maklumat yang mencukupi untuk meningkatkan jenis, kualiti dan kecanggihan produk.
Akhir sekali, persekitaran kawal selia perlu membuat penyesuaian dan memanfaatkan kepesatan perubahan teknologi yang sedang berlaku. Usaha yang berterusan untuk mengurangkan birokrasi kawal selia dan mengorientasikan semula insentif (contohnya cukai, subsidi) akan menggalakkan pelaburan berkualiti dalam industri yang lebih inovatif dan canggih, khususnya industri yang terlibat dalam aktiviti hiliran dan R&D, serta pemindahan teknologi. Pada masa lalu, pelaksanaan cukai pendapatan petroleum huluan pada 38% dalam sektor perlombongan telah mendorong kepelbagaian ke dalam produk petroleum hiliran yang lebih canggih. Dengan mengambil kira struktur pasaran dan persekitaran operasi fi rma, strategi yang sama dapat dipertimbangkan untuk merangsang industri minyak sawit mentah (crude palm oil, CPO) bagi mempercepat pengembangan aktiviti hiliran dengan mengkaji cukai korporat pada pendapatan huluan fi rma CPO. Hak harta intelek dan standard pensijilan juga boleh diperkukuh bagi memastikan persekitaran yang selamat untuk inovasi.
Hasil yang dikehendaki daripada strategi ini ialah meningkatkan ketangkasan, kecekapan dan kecanggihan peserta tempatan untuk merintis batasan dan kekal relevan dalam persekitaran yang pantas berubah. Penyelarasan dan kerjasama padu antara sektor awam dan swasta akan memastikan objektif ini tercapai.
Kecanggihan Ekonomi dan Impak terhadap Prospek Pertumbuhan Ekonomi Malaysia
Memandangkan kecanggihan ekonomi mencerminkan keupayaan yang terkandung dalam struktur produktif ekonomi, Hausmann dll. (2013) mendapati bahawa kecanggihan ekonomi memberikan kesan positif terhadap tahap pendapatan (Rajah 8). Jurang antara kecanggihan negara dengan tahap pendapatan per kapita boleh digunakan untuk meramalkan pertumbuhan KDNK masa hadapan. Jika tahap pendapatan negara adalah lebih rendah daripada paras purata ECI tertentu, pendapatan dijangka meningkat dengan kadar yang lebih cepat pada masa hadapan. Peningkatan ini berlaku kerana negara sudah mempunyai keupayaan produktif yang diperlukan untuk memudahkan penghasilan keluaran yang lebih canggih dalam jangka masa yang singkat. Oleh itu, pendapatan negara akan menghala ke tahap yang konsisten dengan negara-negara lain yang mempunyai tahap kecanggihan ekonomi yang serupa.
Rajah 8: Indeks Kecanggihan Ekonomi dan KeluaranDalam Negeri Kasar (KDNK) Per Kapita (2016)
Kecanggihan ekonomi mempunyai kesan positif terhadap tahap pendapatan negara
Sumber : The Atlas of Economic Complexity, The World Bank
5
6
7
8
9
10
11
12
13
-2.50 -2.00 -1.50 -1.00 -0.50 0.00 0.50 1.00 1.50 2.00 2.50Indeks Kecanggihan Ekonomi
sisihan piawai daripada purata dunia
Logaritma asli KDNK per kapita, 2016(harga malar 2011, dolar antarabangsa)
JPKR
Nota: CN = RR China, ID = Indonesia, JP = Jepun, KR = Republik Korea, MY = Malaysia, PH = Filipina, SG = Singapura, TH = Thailand, VN = Vietnam
SG
CNTH
MY
PH
ID
VN
118 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Memandangkan KDNK per kapita semasa dan kecanggihan di Malaysia mempunyai jurang yang kecil, kajian mengunjurkan bahawa KDNK sebenar Malaysia akan berkembang sebanyak 4.8% setiap tahun sehingga tahun 2025 (lebih rendah berbanding dengan purata jangka panjang 5.9% bagi tahun 1990-2017). Dengan unjuran kadar pertumbuhan ini dan dengan andaian pertambahan penduduk yang stabil pada 1.3% (kadar 2017), Malaysia dijangka mencapai tahap pendapatan per kapita kira-kira USD11,900 menjelang tahun 2020, kekal sedikit di bawah ambang pendapatan tinggi terkini iaitu USD12,236 seperti yang ditakrifkan oleh Bank Dunia. Dalam erti kata lain, menerusi teknik ini, tahap semasa kecanggihan ekonomi Malaysia pada masa ini tidak mencukupi untuk menggerakkan ekonomi bagi mencapai status pendapatan tinggi secara mampan menjelang tahun 2020. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan strategi sewajarnya yang akan meningkatkan kecanggihan keseluruhan bukan sahaja untuk mengekalkan persaingan dengan negara serantau, tetapi juga bagi memenuhi aspirasi negara untuk mencapai pendapatan tinggi.
Kesimpulan
Sebagai penunjuk ringkas bagi keseluruhan keupayaan produktif negara, konsep ‘kecanggihan ekonomi’ merupakan alat penting untuk memahami perubahan struktur negara dan kelebihan bersaingan di samping berfungsi sebagai panduan yang berguna untuk menyusun strategi pembangunan masa hadapan. Sepanjang dua dekad lepas, Malaysia telah berjaya meningkatkan tahap kecanggihannya, hasil daripada pembaharuan struktur, ekosistem perniagaan sokongan dan FDI yang lebih tinggi. Walaupun dengan pencapaian sedemikian, negara lain yang sedang membangun di rantau ini pantas merapatkan jurang, dan mengikut kadar semasa, terdapat risiko Malaysia mungkin terlewat mencapai aspirasi pendapatan tinggi yang menjadi sasarannya. Oleh itu, usaha perlu dipercepat bagi mempelbagaikan campuran produk dan memantapkan kecanggihan keluaran produk. Peta kebolehlaksanaan produk menunjukkan julat pilihan pempelbagaian yang boleh dikeluarkan dengan memanfaatkan pengetahuan dan keupayaan yang telah dibangunkan oleh negara selama ini. Terdapat kesedaran tersirat bahawa asas perkilangan yang dinamik dan kukuh kekal menjadi aspek penting dalam ekonomi yang canggih. Oleh itu, teras dasar utama perlu menjurus ke arah pembaharuan struktur secara berterusan dan mendalam, terutamanya dalam pemodenan dan pengukuhan sistem sokongan bagi industri yang berkaitan. Ini termasuk, antara lain, (i) memperluas elemen industri dan akademik dalam program penyelidikan dan latihan di luar sektor E&E, (ii) mempromosikan kewangan alternatif melalui usaha yang diselaraskan antara institusi yang relevan, (iii) menaikkan Platform Lautan Data Kebangsaan, (iv) mengkaji cukai huluan untuk mempromosikan aktiviti hiliran dalam industri minyak sawit, dan (v) memasukkan kecanggihan sebagai kriteria insentif secara jelas. Pembaharuan ini akan menggalakkan pelaburan dalam negeri serta pelaburan asing yang berkualiti dalam bidang pertumbuhan canggih yang baharu, merangsang inovasi dan kecanggihan, mewujudkan peluang pekerjaan tambahan serta meningkatkan prospek pendapatan. Peningkatan kecanggihan ekonomi akan membolehkan Malaysia bersaing dan berkembang maju dalam persekitaran global yang pantas berubah, seterusnya merintis laluan ke arah kemakmuran hakiki.
Rujukan
Foo, D.C.Y (2015), The Malaysian Chemicals Industry: From Commodities to Manufacturing, CEP Magazine: An American Institute of Chemical Engineers Publication, New York: American Institute of Chemical Engineers.
Hausmann, R., et al. (2013), The Atlas of Economic Complexity: Mapping Paths to Prosperity 2nd ed., Cambridge: MIT Press.
Wong, S.H. (2013), The Malaysian Electrical and Electronics (E&E) Industry: At an Infl exion Point, Jurutera: The Monthly Bulletin of the Institution of Engineers, Malaysia, Selangor: The Institution of Engineers, Malaysia.
Yusoff, M. B., Abu Hasan, F., Abdul Jalil, S. (2000), Globalisation, Economic Policy and Equity: The Case of Malaysia. Paris: OECD.
119Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Merungkaikan Masa Hadapan Ekonomi Digital Malaysia: Peluang, Cabaran dan Tindak Balas Dasar
Oleh Punithaa Kylasapathy, Tng Boon Hwa dan Ahmad Haris Mohd Zukki
Pengenalan
Impak pendigitalan terhadap ekonomi global sangat besar namun tidak sekata, dalam negara dan juga negara-negara lain. Implikasinya yang meluas dan pelbagai memberikan kesan terhadap pembangunan ekonomi, kewujudan dan kehilangan peluang pekerjaan secara serentak serta tahap pendapatan dan taraf sosial yang tidak sama rata. Perdebatan dasar tidak lagi menyentuh tentang keperluan pendigitalan, namun tumpuan lebih diberikan pada usaha untuk memaksimumkan penggunaannya dalam ekonomi sambil menangani kelemahan yang ada. Kemajuan pesat pendigitalan jelas terbukti dalam aliran data global yang meningkat 45 kali ganda (McKinsey Global Institute, 2016), berbanding dengan perdagangan barangan global yang hanya meningkat 1.5 kali ganda, antara tahun 2005 hingga 2016.
Rencana ini memberikan gambaran keseluruhan tentang transformasi digital pada masa ini, menilai landskap digital di Malaysia dan menimbangkan implikasi dasar utama Malaysia dalam penerapan pendigitalan dengan jayanya sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan ekonomi negara.
Memahami Ekonomi Digital
Masih belum ada kesepakatan tentang takrif ekonomi digital. Malahan, takrif ekonomi digital berubah apabila muncul trend digital baharu dan mengganggu keadaan yang sedia ada. Ciri-ciri ekonomi digital bermula pada tahun 1980-an dengan pengeluaran komputer peribadi secara besar-besaran pada masa itu, diikuti pula oleh perkilangan berkomputer yang canggih pada tahun 1990-an serta e-dagang dan kepesatan aktiviti perpindahan operasi perkhidmatan dan perkilangan ke luar pesisir (off-shoring) pada tahun 2000-an (UNCTAD, 2017). Trend digital semasa tertumpu pada aspek menyatukan teknologi digital dalam kehidupan harian dan operasi perniagaan. Schwab (2016) menyatakan dengan ringkas dan jelas bahawa fasa pendigitalan masa kini merupakan adunan dunia digital, fi zikal dan biologi yang meresap ke seluruh industri dan ekonomi. Fasa ini disokong oleh pelbagai trend teknologi, khususnya Objek Rangkaian Internet (Internet of Things, IoT), Analitis Data Raya (Big Data Analytics, BDA), Kecerdasan Buatan (Artifi cial Intelligence, AI) dan Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) (Jadual 1).
Trend Teknologi yang Mendorong Ekonomi Digital
Takrif Contoh Aplikasi Peneraju
Analitis Data RayaAnalisis masa nyata menggunakan kuantiti data yang tinggi
• Analisis transaksi untuk pengiklanan bersasar• Pengurusan trafi k
• IBM (AS)• SAP (AS)• Oracle (AS)
Objek Rangkaian Internet
Objek berpenderia yang terhubung melalui Internet
• Pemantauan jarak jauh• Peranti boleh dipakai (wearables) dan kereta
boleh bergerak sendiri (autonomous cars)
• Google (AS)• Samsung (Korea)• Intel (AS)• Siemens (Jerman)
Pengkomputeran Awan
Data yang disimpan dalam perisian web dan bukan dalam perkakasan
• Alternatif untuk memperoleh dan menguruskan infrastruktur IT
• Aplikasi berasaskan web
• Microsoft (AS)• Amazon (AS)• Alibaba (RR China)
Kecerdasan BuatanPerisian yang mampu swabelajar dan boleh beradaptasi
• Pengecaman imej untuk pengesanan risiko awal dan rawatan dalam bidang perubatan
• Merangka dan melaksanakan strategi pelaburan
• NVIDIA (AS)• Google (AS)• Baidu (RR China)• IBM (AS)
Jadual 1
120 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Perspektif Makroekonomi Landskap Digital di Malaysia
Di Malaysia, isi rumah, perniagaan dan Kerajaan telah mengamalkan pendigitalan. Antara tahun 2005 hingga 2016, pengguna internet bertambah sekali ganda menjadi 21 juta; penembusan telefon mudah alih turut meningkat sekali ganda kepada 44 juta pelanggan; dan pengguna jalur lebar talian tetap juga meningkat sekali ganda menjadi 3 juta (International Telecommunication Union, 2016). Setakat tahun 2015, 83% daripada perkhidmatan Kerajaan disediakan melalui platform dalam talian (MAMPU, 2016).
Tahap pendigitalan di Malaysia sukar diukur memandangkan platform digital digunakan secara meluas. Prestasi sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)1, iaitu sektor yang tinggi intensiti teknologi dan tertumpunya aktiviti digital, mungkin boleh dijadikan sebagai permulaan asas pengukuran. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1, antara tahun 2011 hingga 2016, pertumbuhan nilai ditambah dalam sektor ICT jauh mengatasi sektor bukan ICT (ICT: 7.8% berbanding dengan bukan ICT: 6.9%). Aktiviti e-dagang pula ternyata meningkat hampir sekali ganda dalam tempoh yang sama (2016: RM74.6 bilion; 2011: RM44.6 bilion). Peningkatan ini mencerminkan penerimaan platform digital yang semakin bertambah, dan secara meluas, peranan teknologi dalam memacu aktiviti ekonomi. Seperti yang digambarkan dalam Rajah 1 juga, walaupun peningkatan nilai tambah dalam sektor ICT telah jauh mengatasi sektor bukan ICT, pekerjaan dalam bidang ICT masih ketinggalan berbanding dengan sektor bukan ICT. Dari satu aspek, perbezaan ini menandakan bahawa produktiviti sektor ICT mungkin lebih tinggi berbanding dengan sektor bukan ICT. Dari aspek lain pula, keadaan ini mungkin juga mencerminkan perubahan keperluan pekerja dalam ekonomi. Maka, transformasi digital dan automasi boleh menjadikan beberapa segmen pekerja tidak diperlukan lagi dan menuntut keperluan kemahiran baharu dalam pekerjaan.
Memandangkan perkembangan sektor ICT yang meluas dalam ekonomi keseluruhan, hubungan antara sektor ICT dengan sektor-sektor lain dalam ekonomi perlu dinilai menggunakan rangka kerja Struktur Pengeluaran Terkumpul (Cumulative Production Structure, CPS) input-output untuk menganggarkan rantaian ke belakang dan rantaian ke hadapan2. Rajah 2 menunjukkan pengganda rantaian ke belakang dan rantaian ke hadapan antara Perkhidmatan ICT dan Komputer3 dengan sektor lain dalam ekonomi. Dua trend utama dapat diperhatikan: Pertama, pengganda rantaian ke belakang yang telah meningkat, menunjukkan perkembangan pesat rangkaian perkhidmatan ICT dan komputer sejak tahun 2005, begitu juga sumber yang diperoleh daripada sektor lain untuk menyediakan perkhidmatan tersebut. Kedua, rantaian ke hadapan juga telah meningkat, yang mencerminkan peningkatan penggunaan internet, e-dagang dan perkhidmatan lain dalam talian oleh fi rma sebagai aspek utama dalam operasi perniagaan mereka.
Rajah 1: Nilai Ditambah dan Guna Tenaga dalam ICT dan Bukan-ICT Malaysia (Purata Pertumbuhan 2011-2016)
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2017)
Produktiviti lebih tinggi dalam aktiviti ICT
7.8
1.9
6.9
3.0
0
2
4
6
8
10
Nilai Ditambah Guna Tenaga
ICT Bukan-ICT
Perubahan tahunan (%)
1 ICT merujuk nilai ditambah daripada perkilangan ICT, perkhidmatan ICT, dagangan ICT, kandungan dan media serta industri lain.2 “Rantaian ke belakang” menerangkan penggunaan sumber sektor lain oleh sektor perkhidmatan digital sebagai input pengeluaran. “Rantaian ke hadapan” menerangkan penggunaan sumber sektor perkhidmatan digital oleh sektor lain sebagai input pengeluaran.3 Merujuk perkhidmatan seperti internet, program dan perkhidmatan komputer yang disediakan melalui platform dalam talian.
Rajah 2: Rantaian ke Belakang dan Rantaian ke Hadapan antara Perkhidmatan ICT & Komputer Dengan Sektor Laindalam Ekonomi Malaysia
Sumber: Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia
Kesan limpahan daripada sektor ICT kepada ekonomi keseluruhan semakin meningkat
1.7
2.4
1.8
2.4
1.9
2.5
0.0
0.5
1.0
1.5
2.0
2.5
3.0
Rantaian ke Belakang Rantaian ke Hadapan
2005 2010 2014
Pengganda
121Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Kedudukan Daya Saing Malaysia dalam Ekonomi Global
Bagi menganalisis sama ada kemajuan digital Malaysia bergerak seiring dengan kemajuan peringkat global, penandaarasan perlu dibuat antara Malaysia dengan negara-negara lain. Rajah 3 memaparkan ringkasan penerapan digital dan pendorong pelengkap utama (key complementary enablers) yang menyokong aktiviti digital. Kesemua ukuran ini diambil daripada Indeks Penerapan Digital (Digital Adoption Index, DAI) Bank Dunia, yang mencerminkan tahap akses dan penggunaan perkhidmatan digital oleh pengguna, perniagaan dan Kerajaan. Antara pendorong pelengkap utama ialah terdapatnya kumpulan modal insan yang kukuh, persekitaran kawal selia yang memberikan ruang pada persaingan perniagaan, wujudnya standard tadbir urus dan organisasi yang berpandangan ke hadapan. Negara-negara ini dikategorikan sebagai “peneraju”, “penerap” dan “penyusul”4. Dalam analisis ini, Malaysia dikenal pasti sebagai negara “penerap”. Meskipun analisis ini menunjukkan kemajuan digital Malaysia yang setanding dengan beberapa ekonomi maju dari beberapa sudut, namun ekonomi negara masih belum mencapai tahap “peneraju” seperti Amerika Syarikat, Estonia, Korea Selatan, Jepun dan Singapura.
4 Dalam DAI, negara peneraju berada dalam julat 20% teratas, manakala negara penerap berada dalam julat 20-50% dan negara penyusul berada dalam julat 50% terbawah.
Rajah 3: Perbandingan Skor Penerapan dan Pelengkap Digital
Malaysia sebagai negara “penerap” menyusul di belakang negara-negara “peneraju”
Sumber : Bank Dunia (2016)
Nota: Peneraju terpilih merangkumi Amerika Syarikat (AS), Estonia (EE), Korea Selatan (KR), Jepun (JP) and Singapura (SG). Penerap terpilih merangkumi Australia (AU), RR China (CN), Brazil (BR), Rusia (RU) dan Thailand (TH) .Penyusul terpilih merangkumi Mexico (MX) Vietnam (VN), Filipina (PH), Indonesia (ID) dan India (IN).
Sko
r P
elen
gkap
Dig
ital (
0-1)
Skor Indeks Penerapan Digital (0-1)
KR
SG
NL
LU
NO
CH
JP
ES
AT
SEASEEDE
AE
BE
FR
IL
FI
DK
IS
MT
IT
BH
UK
PT
CL
UY
RU
AU
LVLT
NZ
MYCZ
CA
QA
SKRO
PL
IE
AM
TR
SI
SA
BR
HU
KZCOBN
KWCN
RS
AR
CY
BGHR
MN
MK
GE
CR
AL
MU
GR
EG
JO
TH
PA
TT
VE
EC
ZA
TN
DO
MAMX
UA
PE
BB
SV
IN
SC
LK
KG
GT
BO
PY
IRHN
VN
KE
UZ
ID
NG
PH
BD
KH
NI
DZ
RW
NP
TJ
BW
BZ
PK
GH
NA
LY
YEMR
SN
GYZM
ZW
AO
CM
HT
GM
LS
TZ
UG
GA
SZLA
ML
MZSL
ET
BJ
MW
BI
LR
0.1
0.2
0.3
0.4
0.5
0.6
0.7
0.8
0.9
1.0
0.1 0.2 0.3 0.4 0.5 0.6 0.7 0.8 0.9 1.0
PenerajuPenerapPenyusul
122 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Malaysia perlu berazam untuk menjadi “peneraju” dalam bidang digital bagi meraih manfaat bidang ini kepada ekonomi. E-dagang memberi firma dan pengguna akses kepada pasaran global. Peralihan ke platform sedemikian juga boleh menyebabkan struktur harga yang lebih rendah, disebabkan oleh penemuan harga yang dipertingkatkan dan berkurangnya kebergantungan pada pengantara (“orang tengah”) untuk mengedarkan barangan dan perkhidmatan. Ekonomi Gig memudahkan pengaturan kerja secara fleksibel, sementara platform kerja dalam talian pula mengurangkan ketidakpadanan permintaan-penawaran dalam tenaga kerja. Kapasiti analitis data raya dan kecerdasan buatan memanfaatkan maklumat yang tidak digunakan sebelum ini untuk menghasilkan pandangan baharu yang membantu proses membuat keputusan. Secara keseluruhan, perkembangan teknologi ini akan memberikan hasil ekonomi yang lebih cekap dan produktif. Semua teknologi ini dianggarkan mampu menyumbang antara USD15 trilion-USD33 trilion setahun kepada ekonomi global menjelang tahun 2025 (McKinsey, 2013). Bagi Malaysia, peralihan ekonomi kepada tahap “peneraju” mampu menjana tambahan dividen pertumbuhan yang ketara antara USD100 bilion-USD136 bilion setahun menjelang tahun 2025.
Penelitian lanjut terhadap faktor-faktor yang menggerakkan kepesatan ekonomi ke arah status “peneraju” memperlihatkan bahawa ekonomi-ekonomi ini telah berjaya menangani tiga ciri struktur utama yang menyokong kemajuan mereka. Pertama, jalur lebar yang pantas dengan harga yang berpatutan. Kedua, bakat tenaga kerja yang digilap untuk kemajuan digital. Ketiga, tahap penerapan digital yang tinggi dalam kalangan pengguna dan perniagaan.
Jalur Lebar yang Pantas dengan Harga yang BerpatutanKepantasan jalur lebar sangat penting untuk memajukan teknologi digital seperti IoT, AI dan Pengkomputeran Awan. Struktur pasaran yang menggalakkan persaingan dalam kalangan penyedia perkhidmatan internet memastikan jalur lebar yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Rajah 4 menunjukkan meskipun harga jalur lebar di Malaysia agak berpatutan, kelajuan puratanya hanya setaraf dengan kelajuan purata jalur lebar dalam ekonomi negara yang berstatus “penyusul”.
Rajah 4: Perbandingan Kelajuan dan Kemampuan MemilikiJalur Lebar
Purata Kelajuan Jalur Lebar (Mbps)
Sumber: Bank Dunia (2016) dan Ookla (2017)
Kos Jalur Lebar/PNK per Kapita sebulan (%)
Kos jalur lebar di Malaysia berpatutan namun kelajuannya amat perlahan
Peneraju
Penerap
Penyusul
Malaysia
0
10
20
30
40
50
60
70
0% 2% 4% 6% 8%
Bakat Tenaga Kerja yang Digilap untuk Kemajuan Digital Transformasi digital akan mewujudkan kesan polarisasi dalam pasaran pekerja, dan bukan semua pekerja mendapat manfaat daripadanya. Pekerja yang memiliki kemahiran yang diperlukan untuk menyertai transformasi ini akan mendapat premium upah antara 10-16% (Lim, Wong, Rasep dan Selvarajan, 2017). Walau bagaimanapun, kajian juga menunjukkan bahawa 54% pekerjaan di Malaysia, dengan 80% daripadanya ialah pekerjaan separa mahir, berisiko tinggi digantikan dengan automasi dalam tempoh 10-20 tahun yang akan datang (Ng, 2017). Sebahagian besar pekerjaan dalam tempoh satu dekad akan datang juga memerlukan kemahiran ICT (Berg dan Frey, 2016).
123Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Pembangunan kemahiran yang diperlukan dalam ekonomi digital mewajarkan asas yang kukuh dalam mata pelajaran teknikal seperti Sains dan Matematik. Pada masa ini, tahap pencapaian Malaysia dalam mata pelajaran teknikal bertambah baik namun masih ketinggalan berbanding dengan kebanyakan ekonomi maju (Rajah 5). Rajah 6 menunjukkan bahawa pada masa hadapan, universiti-universiti di Malaysia akan melahirkan semakin banyak graduan dalam bidang Sastera dan Sains Sosial berbanding dengan graduan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Science, Technology, Engineering and Mathematics, STEM) serta bidang-bidang teknikal. Jika keadaan ini tidak ditangani, ketidakpadanan kemahiran ini akan berterusan tatkala aktiviti ekonomi semakin menerapkan teknologi dan pendigitalan yang lebih maju.
Rajah 6: Anggaran Trend Graduan
Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi dan anggaran staf
2010 2015 2020 2025
STEM Seni & Sains Sosial Kajian Teknikal
0
50
100
150
200
250
'000 graduan
Rajah 5: Perbandingan Skor PISA
Transformasi bakat di Malaysia perlu disesuaikan untuk berkembang maju dalam ekonomi digital
Nota: PISA merujuk kepada Programme for International Student Assessment
Sumber: OECD (2014)
Nota: Graduan STEM merujuk kepada graduan Sains dan ICT
SG
SGKR
KRCHCHEE
EE
Purata OECDPurata OECDUK UK
USUS
THTH
MY MY
IDID
350
400
450
500
550
600
Matematik Sains
73 81
Skor PISA
Penerapan Digital yang TinggiPenerapan digital di Malaysia perlu dipertingkatkan demi kemajuan ekonomi digital. Walaupun terdapat peningkatan trend dalam penggunaan perkhidmatan digital seperti e-dagang dan perbankan internet, angka ini secara relatifnya kekal rendah (Rajah 7). Majoriti penggunaan internet di Malaysia juga lebih tertumpu pada penggunaan kandungan (misalnya memuat turun fi lem/muzik, media sosial dan permainan maya) berbanding dengan aktiviti yang produktif seperti penciptaan kandungan baharu (misalnya aplikasi mudah alih). Sebagai contoh, 81.2% pengguna internet di Malaysia memuat turun media dan berhibur dengan permainan maya. Sebaliknya, penggunaan internet dalam aktiviti yang lebih produktif – interaksi dengan rangkaian profesional (9.1%), penciptaan kandungan (11.8%) dan pembelajaran menerusi kursus formal dalam talian (4.8%) – adalah amat rendah.
Perniagaan di Malaysia belum memanfaatkan sepenuhnya potensi e-dagang dan penggunaan laman sesawang untuk pemasaran. Hanya sebilangan kecil perniagaan yang boleh ditemui dalam talian. Sambungan jalur lebar talian tetap masih terkebelakang berbanding dengan ekonomi maju (Rajah 8).
124 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Implikasi Dasar bagi Malaysia
Akur akan kepentingan ekonomi digital, Kerajaan sedang melaksanakan usaha bersepadu untuk merangsang transformasi digital. Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (Malaysia Digital Economy Corporation, MDEC) ditugaskan untuk menerajui Hab Digital Malaysia dan melaksanakan pelbagai program Usahawan Teknologi (Technopreneurship) untuk menarik fi rma teknologi global dan tempatan memulakan perniagaan. Pelaburan yang terhasil daripada usaha ini berjumlah RM16.3 bilion pada tahun 2016. Inisiatif Zon Perdagangan Bebas Digital (Digital Free Trade Zone, DFTZ) yang dilancarkan pada tahun 2017 di bawah Pelan Hala Tuju Strategik eDagang Kebangsaan (National eCommerce Strategic Roadmap) bertujuan untuk meningkatkan sumbangan eksport PKS kepada USD38 bilion dan mewujudkan 60,000 pekerjaan menjelang tahun 2025. Bagi mempercepat kemajuan dalam Analitis Data Raya, inisiatif Bursa Analitis Data ASEAN (ASEAN Data Analytics eXchange, ADAX) melatih fi rma-fi rma dan memudahkan cara eksperimen bagi penyelesaian yang baharu. Dari sudut bakat, MDEC telah membangunkan perkongsian yang diterajui universiti dan industri bagi memantapkan kemahiran pakar data dan keselamatan siber.
Pengetahuan yang ditimba daripada pengalaman ekonomi “peneraju” baru-baru ini dari segi penerapan digital menyerlahkan beberapa keutamaan dasar yang perlu disegerakan di Malaysia. Pertama, sistem pendidikan perlu menekankan pembelajaran sepanjang hayat, mendorong minat yang lebih mendalam untuk memperoleh ijazah dalam bidang STEM dan mewajibkan kemahiran ICT (misalnya matematik pengkomputeran, robotik, pembelajaran sesama rakan). Thomas Jefferson High School for Science and Technology di AS sebagai contoh, dilengkapi dengan makmal penyelidikan dan para saintis komputer berpengalaman dalam semua bidang mata pelajaran (contohnya, bidang astrofizik dan kajian lautan). Dengan perubahan dalam keperluan kemahiran, dasar Kerajaan dan firma mesti memberikan galakan yang menyokong usaha meningkatkan kemahiran, dengan menyediakan dan memberikan ganjaran kepada peningkatan kemahiran melalui kursus dalam talian dengan akses terbuka dan penyertaan meluas (Massive Open Online Courses, MOOC). Rangka kerja peringkat kebangsaan yang diselaraskan untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja secara berterusan, seperti yang diterapkan oleh Program Kemahiran Masa Hadapan (Skills Future Programme) di Singapura, bagi membantu penempatan semula pekerja berisiko. Pada masa kini, hanya 13% tenaga kerja sedia ada yang menerima latihan peningkatan kemahiran (HRDF, 2016).
Kedua, infrastruktur digital sejagat diperlukan untuk menggalakkan lebih banyak penerapan dan penyertaan digital. Infrastruktur ini terdiri daripada sambungan rangkaian berkelajuan tinggi, kaedah pengenalan diri digital (Digital ID), rangkaian pembayaran digital yang cekap dan sistem data yang terbuka. Infrastruktur asas ini membolehkan pengenalpastian dan pengesahan digital secara selamat dalam penyampaian perkhidmatan
% perniagaan
28.4
59.7
79.774.8
99.3 95.5
0
20
40
60
80
100
Malaysia Korea Selatan Estonia
Rajah 7: Penerapan Digital Pengguna (2017)
Penerapan digital perlu dipertingkatkan demi kemajuan ekonomi digital
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
80.1
69.8
23.2
37.6
% individu
PerbankanInternet
e-Dagang
Komputer
Internet
Rajah 8: Penerapan Digital Perniagaan (2015)
Perniagaan yang memiliki laman sesawang
Perniagaan yang memiliki sambungan jalur lebar tetap
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan OECD
125Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Sistem pembayaran yang terjamin dan mekanisme pembiayaan yang cekap sangat penting untuk ekonomi digital yang maju. Bagi memacu peralihan negara kepada e-pembayaran, Bank Negara Malaysia telah memperkukuh strategi untuk menggantikan wang tunai dan cek, dengan menggalakkan pindahan kredit dalam talian dan menggalakkan penggunaan kad debit secara lebih meluas. Pihak Bank juga sedang merumuskan Rangka Kerja Pemindahan Kredit Saling Boleh Kendali (Interoperable Credit Transfer Framework, ICTF) untuk memastikan pemindahan dana berjalan lancar antara bank dengan dompet e-wang, bagi memacu penerapan pembayaran mudah alih yang lebih tinggi5. Pembiayaan antara individu (peer-to-peer financing) yang dibina berasaskan menurut skor kredit alternatif dan ekosistem modal teroka yang aktif telah berjaya membiayai fi rma digital permulaan, seperti yang terbukti di RR China dan UK.
Sektor swasta juga memainkan peranan penting dalam merangsang inovasi. Ini boleh dicapai melalui kerjasama dalam perkongsian data dan penyelesaian masalah lazim seperti saling boleh kendali, piawaian teknikal umum dan keselamatan siber. Contoh yang baik ialah penubuhan Konsortium Perindustrian Internet (Industrial Internet Consortium), yang diterajui oleh syarikat-syarikat teknologi utama global seperti Intel, Cisco, AT&T, IBM dan General Electric, yang menghimpunkan peserta industri, ahli akademik dan entiti Kerajaan untuk memodenkan sektor perkilangan, penjagaan kesihatan, tenaga dan pertanian.
Ketiga, pengawalseliaan hendaklah terus dimodenkan untuk mendorong inovasi, pelaburan serta penyertaan dalam ekosistem digital. Isu privasi dan keselamatan siber mesti dikendalikan untuk memupuk keyakinan. Di EU, Peraturan Perlindungan Data Umum (General Data Protection Regulation, GDPR)6 telah meningkatkan kawalan pengguna terhadap penggunaan data dalam pengurusan hal privasi. Semua fi rma termasuk fi rma di luar EU yang berurusan
Kejayaan Digital Estonia - Inisiatif “X-Road”
Hampir semua aktiviti kehidupan di Estonia dilaksanakan secara bersepadu dalam bentuk digital, daripada menandatangani dan berkongsi dokumen hak milik perundangan, mendapatkan rekod data perubatan, menubuhkan syarikat, mendapatkan perkhidmatan perbankan, menyertai perkara berkaitan undang-undang, sehinggalah urusan yang paling mudah seperti pembayaran tempat letak kereta. Negara ini berhasrat menjadi negara tanpa sempadan. Sesiapa sahaja boleh memohon untuk menjadi e-residen Estonia secara digital. Kemudahan ini membolehkan aktiviti penciptaan nilai yang dilaksanakan di mana-mana sahaja di dunia didaftarkan di Estonia dan menikmati keistimewaan seperti akses kepada Pasaran Digital Perdana Eropah (Europe Digital Single Market).
Infrastruktur digital Estonia, iaitu X-Road, memanfaatkan pendekatan tidak berpusat. Sistem rantaian blok (blockchain) menyediakan platform umum untuk pelbagai pangkalan data untuk berkongsi data secara terbuka melalui satu ID digital yang unik. Entiti persendirian dan awam yang ingin membangunkan penyelesaian dalam talian boleh memohon untuk menyertai X-Road dan memanfaatkan perkhidmatan sistem umum (misalnya ID elektronik yang unik) (Vassil, K., 2015). Teras pegangan pada inisiatif ini adalah untuk membina keyakinan dalam kalangan masyarakat melalui pemerkasaan pemilikan data individu. Warga Estonia boleh menyemak sesiapa yang telah mengakses data mereka. Rekod prestasi yang terbukti dalam inovasi keselamatan siber juga memperkukuh kepercayaan terhadap sistem ini melalui penggunaan teknologi blockchain proprietari, ujian tekanan keselamatan siber dan tempat perlindungan data yang selamat.
5 Rujuk kepada Perkembangan Merentas Sektor dalam Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2017 untuk perbincangan terperinci mengenai kemajuan yang dicapai oleh Bank Negara Malaysia dalam inisiatif sistem pembayaran dan fi ntech.
6 Peraturan ini menggariskan penalti ketidakpatuhan yang akan dikenakan ke atas fi rma yang mencakupi 4-10% daripada pendapatan global atau €10-20 juta, bergantung pada tahap ketidakpatuhan.
digital (termasuk perkhidmatan perundangan bagi pemindahan harta, teleperubatan dan perkhidmatan kewangan) yang akan mengurangkan kos penyampaian perkhidmatan. Satu kajian kes yang menarik perhatian ialah di Estonia, iaitu melalui kerjasama antara sektor awam dengan sektor swasta untuk membangunkan Inisiatif “X-Road” di negara itu (Lihat rencana di bawah).
126 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
dengan warga EU perlu mendapatkan persetujuan yang jelas tentang penggunaan data (“senarai yang ditandakan awal atau tiada aktiviti” tidak diiktiraf sebagai persetujuan), menjelaskan penggunaannya dan memelihara hak pengguna supaya maklumat peribadi mereka boleh “dilupuskan” selepas digunakan. Lebih penting lagi, pengguna boleh memindahkan data mereka kepada penyedia perkhidmatan dalam talian yang lain (iaitu, kemudahalihan data), lantas mendorong persaingan. Meskipun prinsip-prinsip ini mempertingkat kebertanggungjawaban fi rma, terdapat potensi implikasi dalam pengeksportan perkhidmatan dan aliran data rentas sempadan. Implikasi ini termasuk peningkatan kos menjalankan perniagaan disebabkan pematuhan dan halangan yang lebih tinggi kepada persaingan (contohnya keperluan bagi data dijadikan data setempat (data localisation) boleh memberikan kesan kepada pembekal perkhidmatan pengkomputeran awan bukan negara EU). Negara-negara seperti New Zealand dan Switzerland telah membangunkan rangka kerja undang-undang pelengkap perlindungan data untuk saling diiktiraf sebagai satu bidang kuasa dengan undang-undang privasi yang ‘mencukupi’.
Pencerobohan keselamatan siber mempunyai implikasi ekonomi, sosial dan kedaulatan yang meluas. Perkara ini terbukti oleh serangan siber terhadap sistem SWIFT Bank Bangladesh pada tahun 2016, Equifax (biro kredit utama di AS) pada tahun 2017 dan grid kuasa eletrik Ukraine pada tahun 2015. Kos global jenayah siber pada tahun 2014 dianggarkan antara USD375 bilion hingga USD575 bilion, atau kira-kira 0.6 peratus daripada KDNK global (McAfee, 2014). Di Malaysia, pencerobohan keselamatan siber meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh lapan tahun yang lalu (2017: 7,962 kes; 2009: 3,564 kes) (MyCERT, 2018). Kejadian besar yang berlaku pada tahun 2014 melibatkan pencerobohan data utama lebih 46.2 juta pelanggan mudah alih yang mengkompromikan maklumat rahsia peribadi. Menyedari akan bahayanya ancaman ini, Malaysia merancang untuk memperkenalkan undang-undang keselamatan siber bagi mengatasi kejadian jenayah siber yang semakin meningkat. Tindakan seperti pelaporan mandatori pencerobohan dan ujian tekanan terhadap kendalian keselamatan siber perlu diambil untuk meningkatkan piawaian keselamatan dan mempengaruhi perkembangan sewajarnya dalam pasaran insurans keselamatan siber. Data adalah penting. Pengetahuan yang terbatas terhadap pencerobohan data dan kerugian yang ditanggung menyulitkan anggaran kos aktuari ke atas risiko digital.
Pengawalan dalam pasaran jalur lebar adalah kritikal untuk struktur pasaran yang kompetitif bagi membolehkan penyediaan infrastruktur digital yang berkualiti dengan harga berpatutan. Struktur ini termasuk tahap persaingan yang wajar dalam pasaran borong dan mekanisme penentuan harga saksama antara pasaran borong dengan pasaran runcit. Akses saksama kepada infrastruktur antara penyandang dengan peserta baharu boleh mendorong pelaburan. Pelancaran Nationwide Fiberisation Plan (2017-2019) bagi menyediakan hubungan jalur lebar berkelajuan tinggi merupakan langkah yang wajar.
Kesimpulan
Pada masa ini, penggunaan teknologi digital semakin pesat berkembang. Munculnya teknologi yang membawa peluang baharu melangkaui e-dagang, seperti robot dan AI yang tidak dapat dinafi kan kepentingan dan kegunaannya dalam sesetengah industri. Malaysia telah mencapai bibit-bibit kejayaan. Pemodenan pengawalan, pemerkasaan bakat dengan kemahiran masa hadapan dan akses sejagat kepada infrastruktur bertaraf dunia akan mempercepat kadar pendigitalan dan seterusnya membuka sempadan baharu penambahan produktiviti, peningkatan pendapatan dan transformasi sosial. Sebagai ekonomi terbuka yang kecil, daya saing Malaysia tidak lagi terhad kepada kekayaan faktor fi zikal lazim iaitu tanah, modal dan pekerja, tetapi juga akan cenderung untuk memanfaatkan idea dan inovasi dalam ekonomi digital. Malaysia akan berkembang maju dengan peluang yang wujud dalam ruang lingkup digital pada masa hadapan.
127Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
Rujukan
Berger, T. and Frey, C. (2016). ‘Structural Transformation in the OECD: Digitalization, Deindustrialization and the Future of Work’, OECD Social, Employment and Migration Working Papers, OECD Publishing, Paris.
Bukht, R. and Heeks, R. (2017). ‘Defi ning, Conceptualising and Measuring the Digital Economy’ GDI Development Informatics Working Papers, no. 68, Global Development Institute, The University of Manchester, Manchester pp 1-24.
Human Resource Development Fund (HRDF) (2016). ‘Annual Report 2016’, HRDF, Kuala Lumpur.
International Telecommunication Union (ITU), 2016, Country ICT Data, [online] Available at: https://www.itu.int/en/ITU-D/Statistics/Pages/stat/default.aspx [Accessed 7 Mar. 2018].
Jabatan Perangkaan Malaysia, (2018). ‘Laporan Penyiasatan Penggunaan dan Capaian ICT oleh Individu dan Isi Rumah 2017’, Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya.
____ (2017). ‘Akaun Satelit Teknologi Maklumat dan Komunikasi 2016’, Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya.
____ (2017). ‘Penerbitan Penggunaan ICT oleh Perniagaan dan E-dagang Banci Ekonomi 2016’, Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya.
Lim, J., Wong, K., Rasep, R. and Selvarajan, S. (2017). ‘Wage Premiums in the Digital Economy: Evidence from Malaysia’ Conference Paper BNM Economic Research Workshop.
McAfee, Inc and Center for Strategic and International Studies. (2014). ‘Net Losses: Estimating the Global Cost of Cybercrime Report Economic Impact of Cybercrime II’, McAfee Inc, Santa Clara.
McKinsey Global Institute, (2016). ‘Digital Globalization: The New Era of Global Flows’, McKinsey Global Institute, New York City. _____ (2013). ‘Disruptive technologies: Advances that will transform life, business, and the global economy’ (Vol. 180) McKinsey & Company, New York City.
Mycert.org.my. (2018). MyCERT - The Malaysian Computer Emergency Response Team Incident Statistics. [online] Available at: https://www.mycert.org.my/statistics/2017.php [Accessed 6 Mar. 2018].
Ng, A. (2017). ‘The Times They Are A-Changin’: Technology, Employment and the Malaysian Economy’, KRI Discussion Paper 28 April 2017, Khazanah Research Institute, Kuala Lumpur.
Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) (2016). ‘Stimulating Digital Innovation for Growth and Inclusiveness’, OECD, Paris.
_____ (2014). ‘PISA 2012 Results in Focus’ OECD, Paris.
Schwab, K. (2016). ‘The Fourth Industrial Revolution’ World Economic Forum, Geneva.
Stats.oecd.org. (2018). ICT Access and Usage by Businesses in 2015. [Online] Available at: https://stats.oecd.org/Index.aspx?DataSetCode=ICT_BUS [Accessed 6 Mar. 2018].
UNCTAD (2017). ‘The New Digital Economy and Development,’ United Nations, New York and Geneva.
128 Laporan Tahunan 2017
Prosp
ek dan D
asar pad
a Tahun 2018
_____ (2017). ‘Data protection regulations and international data fl ows: Implications for trade and development,’ United Nations, New York and Geneva.
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (2016). ‘The Malaysian Public Sector ICT Strategic Plan 2016-2020’, MAMPU, Putrajaya.
Vassil, K. (2015). ‘Estonian e-Government Ecosystem: Foundation, Applications, Outcomes,’ Background paper for the World Development Report 2016, The World Bank, Washington DC.
Woetzel, J., Seong, J., Wang, K., Manyika, J., Chui, M., Wong, W. (2017). ‘China’s Digital Economy a Leading Global Force,’ McKinsey Global Institute, New York City.
World Bank (2016). ‘World Development Report 2016: Digital Dividends,’ The World Bank, Washington DC.
World Trade Organization (2018). ‘WTO Statistics Database’ [online] Available at: http://stat.wto.org/Home/WSDBHome.aspx?Language=E [Accessed 17 Mar. 2018].
129Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
131 Ringkasan Eksekutif132 Tadbir Urus136 Pembangunan Organisasi144 Komunikasi 148 Rencana: Pelan Urusan 2018-2020: Mencorakkan Masa Hadapan Menerusi Bakat dan Teknologi151 Struktur Organisasi152 Senarai Pegawai Kanan
Tadbir Urus, Pembangunan Organisasi
dan Komunikasi
131Laporan Tahunan 2017
Tadbir Urus, Pembangunan Organisasidan Komunikasi
RINGKASAN EKSEKUTIF
Perbankan pusat kekal dinamik walaupun dilanda pelbagai aspek perubahan yang dapat disaksikan pada tahun 2017. Tahun tersebut juga menandakan berakhirnya dekad dengan kadar faedah yang rendah apabila ekonomi-ekonomi utama mula mengetatkan dasar monetari secara beransur-ansur. Cabaran sosioekonomi yang timbul berikutan ketidaksamaan ekonomi, simpanan persaraan yang tidak mencukupi dan usia masyarakat yang semakin tua kian mendapat perhatian penggubal dasar di seluruh dunia. Kemajuan teknologi telah melahirkan trend baharu bagi mata wang digital dan saluran penyampaian pembayaran mudah alih. Risiko geopolitik di Timur Tengah, Asia dan bahagian-bahagian lain di dunia terus mempengaruhi keputusan dasar. Meskipun terdapat tanda bahawa ekonomi global semakin baik, keadaan yang tidak menentu tetap menimbulkan kesan pada pertumbuhan serta mempengaruhi keputusan perancangan dan pelaburan.
Sebagai reaksi terhadap cabaran dinamik sedemikian, evolusi peranan tadbir urus, pembangunan organisasi dan komunikasi Bank diteruskan untuk mewujudkan keupayaan baharu bagi menghadapi cabaran baharu ini. Transformasi organisasi terus berkembang bagi memenuhi keperluan baharu di Bank dari segi tenaga mahir, keupayaan IT, operasi sokongan dan piawaian keselamatan fi zikal.
Paling penting dalam tempoh perubahan yang kritikal ini, Lembaga Pengarah Bank (Lembaga Pengarah), yang disokong oleh tiga jawatankuasa Lembaga, telah terlibat secara aktif untuk meneguhkan pengawasan terhadap aspek-aspek pengurusan, operasi dan prestasi Bank. Pengurusan daya tahan dan tahap kesediaan organisasi kekal menjadi keutamaan disebabkan kepantasan perubahan yang berlaku dalam organisasi, dan juga pada peringkat domestik dan antarabangsa. Data dan analisis risiko yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Risiko Lembaga secara terperinci dan meluas memberikan
penekanan kepada risiko yang muncul. Dari aspek ini, Lembaga Pengarah telah menetapkan asas budaya pengurusan risiko yang mantap.
Pelan urusan jangka sederhana Bank menyepadukan strategi dengan elemen-elemen risiko, sumber-sumber kewangan, pengurusan bakat, keupayaan IT dan pengurusan operasi yang mantap. Walaupun keperluan Bank semakin meningkat, bilangan kakitangan tetap secara keseluruhannya masih kekal jumlahnya sejak tiga tahun yang lalu. Bank menggunakan strategi serampang dua mata untuk mencapai objektif ini. Pertama, melalui penggunaan jawatan kontrak yang disasarkan untuk kepakaran khusus bagi isu-isu urusan yang berada para peringkat peralihan. Kedua, melalui pelaburan bersasaran dalam pembelajaran dan pembangunan untuk mengembangkan kecekapan teknikal dan kepimpinan. Pelaburan bersasaran ini memastikan kemahiran individu yang bertepatan dengan pelbagai peranan dan jawatan yang diperlukan di Bank.
Bank terus memacu program transformasi IT empat tahunnya. Fokus pada tahun 2017 adalah untuk membina keupayaan IT dalaman dan memperkukuh piawaian dan alat pengurusan keselamatan siber. Perhatian yang teliti telah diberikan kepada pengurusan perubahan yang berkesan ketika platform teknologi yang berbeza dipindahkan secara berperingkat kepada platform yang berdasarkan kepada seni bina baharu.
Bank terus menambah baik strategi komunikasinya untuk memantapkan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi memahami situasi di lapangan dengan lebih baik. Saluran media arus perdana seperti akhbar, televisyen dan radio terus digunakan. Namun begitu, saluran komunikasi baharu seperti media sosial dan media alternatif yang telah mengubah corak penggunaan media dalam kalangan segmen penduduk tertentu, telah mendorong Bank untuk meningkatkan ketangkasan komunikasinya. Media sosial yang lumrahnya mengutamakan berita yang ringkas dan padat serta
132 Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
interaksi yang pantas telah menjadikannya platform komunikasi lebih meluas dan berpengaruh. Media sosial juga menghadapi kurang kekangan dari segi masa dan ruang berbanding dengan media arus perdana, lantas membolehkan reaksi yang lebih pantas terhadap situasi dan perkembangan yang selalunya terhasil berikutan berlakunya peristiwa di luar kawalan Bank. Penyediaan data dan fakta penting pada masa yang tepat adalah mustahak untuk membetulkan salah tanggapan atau salah tafsiran, sebelum timbulnya salah faham yang menular, persepsi yang negatif atau spekulasi yang berlebihan. Ciri utama pendekatan ini secara keseluruhannya adalah kesediaan pihak Bank untuk mendedahkan fakta dan data yang relevan untuk meningkatkan kesedaran orang
Gambar Rajah 5.1
Tadbir Urus Bank Negara Malaysia
Sumber: Bank Negara Malaysia
mesyuarat pada tahun 2017 mesyuarat pada tahun 2017 mesyuarat pada tahun 2017
Lembaga Pengarah
Pengerusi: Gabenor Muhammad bin Ibrahim, FCBBilangan mesyuarat pada tahun 2017: 14Tanggungjawab: Pengawasan terhadap pentadbiran Bank Skop: 1. Mengkaji semula pengurusan, operasi dan prestasi Bank dalam melaksanakan mandat Bank2. Membincangkan isu yang timbul daripada perkembangan ekonomi global dan dalam negeri serta sektor kewangan, disamping inisiatif dasar Bank untuk menangani risiko yang timbul
Jawatankuasa Tadbir UrusLembaga
Jawatankuasa Audit Lembaga
Jawatankuasa RisikoLembaga
Dipengerusikan oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Sulaiman bin Mahbob (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
Bertanggungjawab mengawasi prinsip dan amalan tadbir urus Bank
Menilai semula belanjawan dan pelan operasi Bank
Mengemukakan cadangan kepada Lembaga Pengarah berhubung dengan pelantikan dan pelantikan semula ahli-ahli Lembaga Pengarah dan jawatankuasa Bank yang lain
Dipengerusikan oleh Datuk Chin Kwai Yoong (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
Bertanggungjawab terhadap integriti akaun dan penyata kewangan Bank
Mengkaji semula dan meluluskan semakan terhadap rangka kerja audit Bank, piagam audit dan pelan audit dalaman Bank
Mengesyorkan tindakan pemulihan berdasarkan hasil penemuan Audit Dalaman dan/atau Jabatan Audit Negara
Dipengerusikan oleh Dato’ N Sadasivan a/l N.N. Pillay (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
Bertanggungjawab mengawasi pengurusan risiko kewangan, operasi dan reputasi Bank
Mengkaji semula dan memantau pengurusan risiko organisasi oleh Bank
Mengesyorkan strategi pengurangan risiko yang membentuk budaya risiko di Bank
Memberikan jaminan tentang kecukupan kawalan dalaman dan pematuhan terhadap keperluan undang-undang
ramai tentang isu-isu kewangan dan ekonomi. Dalam banyak keadaan, Bank memanfaatkan media sosial untuk mengukuhkan lagi interaksi dengan pelbagai lapisan pihak berkepentingan, termasuk agensi awam, badan-badan bukan kerajaan dan agensi sejawat antarabangsa.
TADBIR URUS
Lembaga Pengarah memainkan peranan penting dalam pengawasan prestasi dan penggunaan sumber Bank
Saiz dan komposisi Lembaga Pengarah pada tahun 2017 kekal dengan 11 ahli seperti pada tahun sebelumnya.
133Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
Lembaga Pengarah terdiri daripada empat pengarah ex-officio, iaitu Gabenor sebagai Pengerusi, dua Timbalan Gabenor dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Ahli selebihnya merangkumi tujuh pengarah bebas bukan eksekutif. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melantik Gabenor, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan tujuh pengarah bebas bukan eksekutif manakala Menteri Kewangan melantik para Timbalan Gabenor. Pelantikan Chew Cheng Lian (Jessica), CB sebagai Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 Januari 2018 berikutan persaraan Dr. Sukudhew Singh pada 31 Disember 2017.
Lembaga Pengarah diberikan kuasa menurut Seksyen 14 Akta Bank Negara Malaysia 2009. Pengawasan yang ketat oleh Lembaga Pengarah ke atas prestasi Bank dan penggunaan sumber oleh Bank telah mengukuhkan keyakinan tentang keberkesanan pentadbiran Bank. Pengawasan ini meliputi kelulusan belanjawan dan rancangan operasi Bank, serta pemakluman laporan prestasi dan audit secara berkala kepada ahli Lembaga Pengarah.
Lembaga Pengarah disokong oleh tiga jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga, Jawatankuasa
Audit Lembaga dan Jawatankuasa Risiko Lembaga. Semua ahli ketiga-tiga jawatankuasa Lembaga ini hanya terdiri daripada pengarah bebas bukan eksekutif.
Pada tahun 2017, Lembaga Pengarah membincangkan isu-isu yang timbul berikutan perkembangan ekonomi global dan domestik serta hal ehwal sektor kewangan dan kestabilan kewangan. Lembaga Pengarah memberikan sudut pandangan yang saksama tentang inisiatif dasar Bank dalam menangani risiko yang muncul. Isu-isu ini termasuk paras hutang isi rumah, kesan kos sara hidup yang meningkat terhadap kumpulan B40, risiko yang berkaitan dengan lebihan penawaran harta tanah komersial, cabaran untuk memastikan kemampanan fi skal, peluang yang terbuka melalui fi ntech dan perspektif tentang masa hadapan mata wang digital. Kesan kebergantungan Malaysia yang berlebihan kepada pekerja asing dan trend ekonomi digital yang baru muncul juga telah dibincangkan. Untuk memastikan daya ketahanan Bank, Lembaga Pengarah telah membincangkan pengurusan rizab antarabangsa, pembangunan organisasi dan hal ehwal kakitangan, serta pengurusan risiko yang mempengaruhi operasi dan kewangan Bank.
Rangka Kerja Pengurusan Risiko Organisasi Bank Negara Malaysia
Prinsip 1: Struktur tadbir urus dengan peranan dan tanggungjawab yang jelas berkenaan pengurusan risiko
Prinsip 2: Mekanisme pelaporan risiko untuk proses membuat keputusan yang berkesan
Prinsip 3: Dasar yang jelas sebagai panduan untuk proses pengurusan risiko
Prinsip 4:Pendekatan seragam untuk pengenalpastian risiko; penilaian dan pengukuran; keutamaan serta tindakan; pemantauan dan pelaporan
Prinsip 5: Alat pengurusan risiko yang seragam untuk memudahkan proses dan pelaksanaan amalan ERM
Prinsip 6: Piawaian yang jelas untuk membentuk dan menilai strategi pengurusan risiko dan kawalan dalaman
Prinsip 7: Pengurusan risiko yang mantap sebagai sebahagian daripada budaya korporat
Prinsip 8:Mekanisme dan pendekatan komunikasi dengan pihak berkepentingan dalaman dan luaran bagi memastikan tahap ketelusan yang tinggi
Prinsip 9:Rangka kerja dan dasar pengurusan kesinambungan perniagaan untuk memastikan kesinambungan operasi apabila berlakunya krisis
Prinsip 10:Pelaporan efektif dan tepat pada masanya bagi membolehkan pengurusan kanan memantau keberke-sanan pengurusan risiko; serta membantu peranan pengawasan oleh Lembaga Pengarah
Sumber: Bank Negara Malaysia
Jadual 5.1
Tad
bir
Uru
sD
asar
&
Pro
ses
Ala
t &
Kae
dah
Am
alan
Ber
kesa
n
134 Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
Pengurusan risiko yang holistik
Budaya risiko yang responsif terhadap dunia yang sentiasa berubah
Bank menguruskan risiko secara bersepadu melalui rangka kerja Pengurusan Risiko Organisasi (Enterprise Risk Management, ERM) (Jadual 5.1). Rangka kerja tersebut telah melalui proses penandaarasan dengan bank-bank pusat lain dalam Kumpulan Kerja Risiko Operasi Antarabangsa (International Operational Risk Working Group, IORWG) dan juga piawaian ISO. Rangka kerja ini bertujuan untuk memastikan pendekatan yang mantap dalam kerja-kerja pengurusan risiko.
Rangka kerja tadbir urus risiko Bank merangkumi Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Risiko Lembaga, Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Jawatankuasa Pengurusan Rizab. Rangka kerja ini menerapkan amalan pengurusan risiko dalam fungsi urusan, amalan kesinambungan perniagaan dan pengurusan projek. Secara kolektif, pendekatan tadbir urus ini membolehkan penilaian risiko yang lebih holistik dan berpandangan jauh dapat dilakukan. Rangka kerja tadbir urus ini dijelaskan dalam Rajah 5.1.
Bagi memastikan tadbir urus yang berkesan, Bank melaksanakan model tiga barisan pertahanan, iaitu melalui jabatan-jabatan seperti yang berikut; Jabatan Pengurusan Risiko (Risk Management Department, RMD)
dan Jabatan Audit Dalam (JAD). Jabatan-jabatan ini bertanggungjawab mengenal pasti, mengurang dan mengurus risiko dalam bidang urusan masing-masing. RMD melaksanakan fungsi pengawasan bebas terhadap hal ehwal risiko operasi, termasuk proses keselamatan maklumat dan kesinambungan perniagaan. RMD dipertanggungjawabkan terhadap penerapan dan pengamalan piawaian pengurusan risiko di Bank. Alat-alat pengurusan risiko, termasuk penunjuk risiko utama, pelaporan insiden dan penilaian kendiri kawalan risiko, digunakan untuk memantau dan menguatkuasakan amalan pengurusan risiko yang baik. Akhir sekali, JAD sebagai barisan pertahanan ketiga memberikan jaminan bebas atas keberkesanan dasar, alat dan kaedah pengurusan risiko.
Bank menilai amalan pengurusan risikonya secara proaktif untuk memupuk budaya risiko yang sentiasa peka dengan risiko-risiko yang muncul di seluruh organisasi. Langkah-langkah ini dijelaskan secara ringkas dalam Gambar Rajah 5.2.
Pada tahun 2017, inisiatif baharu diperkenalkan dengan melantik Pegawai Risiko Jabatan (Departmental Risk Offi cer, DRO), yang ditugaskan untuk mempelopori amalan pengurusan risiko pada peringkat operasi. Komuniti DRO yang aktif akan menyuburkan perbincangan yang lebih telus dan teratur tentang hal ehwal risiko untuk menggalakkan percambahan ilmu dan pembangunan budaya risiko. DRO diberikan bimbingan untuk memainkan
Lembaga Pengarah
Jawatankuasa Risiko Lembaga*
Jawatankuasa Pengurusan Rizab** Jawatankuasa Pengurusan Risiko **
Jawatankuasa PengurusanRisiko Operasi***
Jawatankuasa PengurusanRisiko Kewangan***
Pasukan PengurusanKrisis***
Struktur Tadbir Urus Pengurusan Risiko Bank
135Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
Gambar Rajah 5.2
Mengukuhkan Amalan Pengurusan Risiko padaTahun 2017
Sumber: Bank Negara Malaysia
Surat berita suku tahunantentang trend risiko
yang timbul danpenggunaan alatpengurusan risiko
Latihan "Red Teaming"secara kerap untuk
menguji kawalan Bank
Pelantikan PegawaiRisiko Jabatan sebagai
barisan pertahananpertama terhadap
hal ehwal risiko
Latihan simulasiPengurusan Kesinambungan
Urusan (BCM) berkaladengan senario
krisis yang kukuh
Peneguhan daya tahansiber menerusi pelaksanaan
Pelan Respons InsidenKeselamatan Siber
(Cyber Security IncidentResponse Plan, CSIRP)
Persekitaran keselamatanmaklumat yang berkembang
dan bersepadu
Gambar Rajah 5.3
Evolusi Amalan Pengurusan Risiko di Bank
Urus
2009 2012 2017
StrukturTadbir Urus
BidangTumpuan
Pengawasan dan pengurusan risiko organisasi Tadbir urus risiko rentas lintang (transversal risk)
Pengurusan risiko urusan di peringkat jabatan
Jawatankuasa Risiko Lembaga (BRC), pelbagai Jawatankuasa Risiko*, Jabatan Pengurusan Risiko** ( RMD )
Pemilik Dasar Risiko (Risk Policy Owners, RPO)
Pegawai Risiko Jabatan (Departmental Risk Officers, DRO)
Penentuan hala tuju oleh pihak atasanPenekanan terhadap struktur tadbir
urus dan dasar
Merumus strategi bagi risiko tematikJalinan kerjasama dalam kalangan RPO
sebagai barisan pertahanan kedua
Meningkatkan kesedaran dan kebertanggungjawaban pada setiap peringkat
Memperkukuh kesalinghubungan antara jabatan
* Tahun-tahun penubuhan pelbagai jawatankuasa risiko – Jawatankuasa Pengurusan Risiko: 2002, Pasukan Pengurusan Krisis: 2003, Jawatankuasa Pengurusan Risiko Operasi: 2008,Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kewangan: 2008.
** Diwujudkan sejak tahun 1996.
Sumber: Bank Negara Malaysia
RMD RMD
RPO
RPO
RPO
RPO
RPO
RPO
RMD
RPO
RPO
RPO
RPO
RPO
DRODRO
DRO
DRO
DRO
DRO
DRO
JawatankuasaRisiko Lembaga
JawatankuasaRisiko
JawatankuasaRisiko Lembaga
JawatankuasaRisiko
JawatankuasaRisiko Lembaga
JawatankuasaRisiko
peranan mereka dalam latar operasi yang berlainan. Evolusi amalan pengurusan risiko diperlihatkan dalam Gambar Rajah 5.3.
Sesi kesedaran risiko terkandung dalam program on-boarding Bank untuk kakitangan baharu, manakala pengemaskinian maklumat secara berkala disiarkan ke seluruh Bank untuk memperteguh dasar dan garis panduannya. Maklumat melibatkan peringatan perjalanan dan keselamatan (travel and safety alerts), serta tatacara penggunaan media sosial dan perlindungan kata laluan. Langkah ini bertujuan untuk melindungi keselamatan maklumat sambil membolehkan kakitangan memanfaatkan teknologi untuk melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan.
Pengurusan kesinambungan perniagaan
Piawaian pengurusan kesinambungan perniagaan (Business Continuity Management, BCM) terus mematuhi piawaian ISO 22301, dan sentiasa ditanda aras dengan amalan terbaik kumpulan industri dan bank-bank pusat yang lain. Bank menjalankan latihan simulasi, termasuk senario krisis yang kukuh, untuk menguji kesediaan menangani krisis. Pelan BCM dikaji semula secara berterusan untuk mencerminkan faktor
136 Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
risiko yang muncul dan strategi terkini untuk memastikan Bank berupaya membendung kemungkinan krisis daripada merebak dari awal, dan berkemampuan untuk memulihkan keadaan. Rancangan ini membabitkan pelaksanaan Pelan Respons Insiden Keselamatan Siber (Cyber Security Incident Response Plan, CSIRP), iaitu salah satu kawalan wajib menurut keperluan Masyarakat Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Sedunia (Society for Worldwide Interbank Financial Transaction, SWIFT). Bank juga terus menjadi peserta yang aktif dalam latihan simulasi keselamatan siber negara.
Memperkukuh kawalan dalaman dan jaminan
Jawatankuasa Audit Lembaga (BAC) mengawasi ketepatan pelaporan kewangan Bank, dan juga keberkesanan kawalan dalaman serta pematuhan terhadap keperluan undang-undang dan kawal selia. BAC juga menyelia fungsi audit dalam Bank. Pada tahun 2017, BAC mengadakan enam mesyuarat.
JAD memberikan jaminan kepada pihak pengurusan dan juga BAC tentang hal ehwal berkaitan proses tadbir urus, pengurusan risiko, kawalan dalaman dan keberkesanan operasi. Jaminan ini termasuk memastikan pelaporan kekal cekap dan dasar dan prosedur serta keperluan undang-undang dan kawal selia terus dipatuhi, dan juga memenuhi mandat Bank.
JAD sering melaksanakan penilaian terhadap jabatan, cawangan dan entiti yang berkaitan dengan Bank untuk mengenal pasti sebarang risiko dalam aktiviti penting. Pada tahun 2017, perhatian diberikan kepada bidang-bidang yang kritikal seperti keselamatan siber dan pengurusan kesinambungan perniagaan serta bidang operasi untuk menguruskan risiko yang berkaitan dengan penipuan. JAD telah menjalankan kajian semula secara teliti terhadap pengurusan keselamatan siber untuk mengenal pasti potensi kelemahan dan ancaman dalam sistem IT Bank. Beberapa tindakan telah diambil untuk mengetatkan kawalan dan mengurangkan risiko keselamatan siber di Bank. Di samping itu, JAD juga melaksanakan penilaian terhadap projek-projek baharu, seperti Kampus Pendidikan Kewangan, Automated Cash Centre, keperluan baharu untuk SWIFT dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat Elektronik yang baharu.
Disamping itu, JAD juga menyiasat kes-kes dalaman yang melibatkan pelanggaran Kod Etika Bank dan memberikan nasihat sebagai pemerhati bebas dalam pelbagai jawatankuasa pengurusan dan projek Bank. Langkah ini diambil untuk memastikan pematuhan sewajarnya
terhadap kawalan dalaman dan tadbir urus. JAD terus memberikan jaminan kepada Menteri Kewangan menerusi penyediaan laporan suku tahunan secara bebas tentang aktiviti pengurusan rizab antarabangsa Bank. Selaras dengan ketelusan yang lebih meluas, juruaudit dari Jabatan Audit Negara diundang menghadiri semua mesyuarat BAC.
Untuk memperlengkap tugas audit yang dijalankan oleh JAD, perundingan berkala dan lawatan sambil belajar diadakan dengan pihak berkuasa pengawalseliaan tempatan dan Ketua Audit Dalam Ahli-ahli Bank Pusat ASEAN. Fokus perundingan ini adalah untuk bertukar-tukar idea dan amalan terbaik dalam pengauditan.
Prinsip-prinsip yang didukung oleh rangka kerja Committee of Sponsoring Organizations of the Treadway Commission (COSO) diterapkan dalam pendekatan audit untuk menilai persekitaran kawalan, penilaian risiko, aktiviti kawalan, komunikasi dan aktiviti pemantauan oleh Bank. Sebagai sebahagian daripada komitmen JAD untuk terus menambah baik proses audit dalam, JAD juga menjalankan program-program jaminan dan peningkatan kualiti dalaman secara berterusan. Bidang-bidang yang dikenal pasti untuk penambahbaikan dimaklumkan kepada pihak pengurusan Bank dan dilaporkan kepada BAC pada setiap suku tahun. Amalan audit dalaman Bank sentiasa mematuhi keperluan Piawaian Antarabangsa Profesional Pengauditan Dalam (International Standards for the Professional Practice of Internal Auditing, Standards) yang ditetapkan oleh Institute of Internal Auditors.
Bagi memastikan juruaudit menyempurnakan tanggungjawab mereka dengan berkesan, kemahiran juruaudit dalam bidang teknikal terus dipertingkatkan, seperti dalam bidang perbendaharaan dan penyelesaian, pembayaran, perolehan, keselamatan IT dan pengesanan penipuan. Budaya pembelajaran dan pembangunan profesional yang berterusan terhasil dengan pengambilan sijil profesional yang ditawarkan oleh Institute of Internal Auditors (IIA), Information Systems Audit and Control Association (ISACA), Business Continuity Management (BCM) dan badan-badan profesional yang lain.
PEMBANGUNAN ORGANISASI
Bank memberikan penekanan pada usaha mencapai hasil berimpak tinggi yang boleh diukur, seperti yang digariskan dalam Pelan Urusan 2018–2020
137Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
Gambar Rajah 5.4
Liputan Audit Dalaman pada Tahun 2017
Aktiviti Audit Dalaman dilaksanakan bagi memastikan
Bank mencapai:
Tumpuan AktivitiAudit Dalaman
Liputan Aktiviti Audit Dalaman
Mandat & Matlamat Strategik
MatlamatOperasi
MatlamatPelaporan
MatlamatPematuhan
Persekitaran Kawalan
Penilaian Risiko
Aktiviti Kawalan
Maklumat & Komunikasi
Aktiviti Pemantauan
Risiko dan Operasi IT: Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat RENTAS Rangka Kerja Kawalan Keselamatan Pelanggan (SWIFT) Sistem Pengurusan Kesinambungan Urusan ISO 22301 Keselamatan Siber Sistem Pengurusan Pelaburan dan Perbendaharaan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat Elektronik (Electronic Central Credit
Reference Information System, eCCRIS)
Operasi Perbendaharaan dan Pasaran: Operasi Pertukaran Asing Pelaksanaan Dasar Monetari Pengurusan Rizab Pengurusan Risiko Perbendaharaan Pejabat Pentadbiran dan Penyelesaian
Perumusan Dasar: Pentadbiran Pertukaran Asing
Entiti Berkaitan: Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Islam (IFSB) Pusat Penyelidikan dan
Latihan Bank Pusat Asia Tenggara (SEACEN) Asia School of Business (ASB)
Fungsi Sokongan Automated Cash Centre (ACC) Pengurusan Pemerolehan Operasi Pengurusan Mata Wang dan
Pejabat-Pejabat BNM Perkhidmatan Statistik Pengurusan Risiko Pengurusan Strategik Modal Insan Strategik Perkhidmatan Undang-undang Perkhidmatan Hospitaliti Pelbagai Projek
Sumber: Bank Negara Malaysia
Memperbaharui keupayaan organisasi secara strategik merupakan tindakan yang penting untuk terus efektif dalam persekitaran yang pesat berubah. Perubahan yang transformatif juga menjadi lebih optimum apabila perubahan itu dilaksanakan ketika organisasi berada dalam kedudukan yang kukuh. Tahun 2018 merupakan kali keempat Bank melaksanakan pelan urusan organisasi jangka sederhana untuk tiga tahun
seterusnya. Perumusan Pelan Urusan 2018–2020 akan memberikan tumpuan pada usaha menangani kebimbangan domestik yang mendesak sambil mencekup peluang serantau. Pendekatan Pelan Urusan kali ini akan menekankan hasil berimpak tinggi yang boleh diukur. Menerusi perancangan senario dan analisis risiko, strategi jangka sederhana Bank menyediakan pelan kerangka yang akan
138 Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
menangani tiga isu. Pertama, penyelesaian untuk memastikan persekitaran yang kondusif bagi mencapai pertumbuhan makroekonomi yang mampan dan keadaan monetari yang stabil. Kedua, elemen-elemen penting dasar untuk meningkatkan ketersediaan dalam mengurus ketidakpastian masa hadapan, seperti ancaman siber dan ketidakpastian geopolitik. Ketiga, inisiatif pembangunan pengupayaan, terutamanya pelaburan yang berterusan terhadap kakitangan dan pembangunan sistem baharu bagi memastikan hasil yang efektif dan produktif. Pendekatan dan tumpuan utama Pelan Urusan ini diterangkan dengan jelas dalam rencana bertajuk ‘Pelan Urusan 2018–2020: Mencorakkan Masa Hadapan Menerusi Bakat dan Teknologi’.
Peranan pembangunan Bank yang luas membolehkan perluasan sempadan bagi keperluan pengetahuan dan sistem organisasinya. Berdasarkan jangkaan akan berlakunya peningkatan risiko dan tuntutan kerja, Bank sedang melakukan perubahan transformatif dalam bidang IT dan pengurusan keselamatan fi zikal, termasuk penggunaan sistem digital baharu untuk arkitektur IT, pengawasan keselamatan, dan automasi fungsi urusan.
Usaha pembangunan organisasi termasuk penambahbaikan terhadap perkhidmatan sokongan dan pengurusan projek. Penambahbaikan dalam pengurusan projek dan kewangan berjaya mengurangkan kelewatan projek dan mendisiplinkan penggunaan belanjawan yang dirancang pada tahun itu. Hal ini memberi sumbangan positif kepada penyampaian hasil kerja dan budaya berbelanjawan secara bertanggungjawab dalam Bank.
Gambar Rajah 5.5
Komposisi Jantina
Bilangan kakitangan : 3,047
51%49%
Tahap pekerjaan Komposisi jantinaBilangankakitangan
168
583
1,207
Pengurusan Kanan
1,089
Pengurus
Eksekutif
Bukan Eksekutif
58% 42%
44% 56%
62% 38%
Sumber: Bank Negara Malaysia
42% 58%
Pengurusan pemerolehan
Pada tahun 2017, beberapa langkah tambahan telah diperkenalkan seperti semakan terhadap Kod Tatalaku Vendor bagi memastikan proses pemerolehan lebih efi sien dan berintegriti. Vendor Bank kini dikehendaki membuat perakuan amalan bebas penipuan bagi meningkatkan ketelusan dan integriti pembayaran berkaitan pemerolehan. Selain itu, pengenalan ikrar integriti vendor bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pihak berkepentingan luar dan dalam Bank tentang amalan perniagaan yang beretika oleh Bank. Pengurusan serahan tender turut diperkemas bagi memastikan maklumat tender lebih selamat dan mempercepat tempoh memberi respons kepada vendor. Langkah-langkah lain yang diambil termasuklah menyeragamkan arahan variasi pada kontrak bagi membolehkan pemantauan dan penilaian kontrak pemerolehan secara lebih objektif. Usaha sedang dilaksanakan untuk mengkaji semula landskap vendor IT, dengan tujuan mewujudkan Pusat Kecemerlangan dalaman untuk pengurusan pembekal. Langkah ini bertujuan untuk memastikan Bank terus meraih manfaat yang optimum daripada pelaburannya dalam IT melalui pengurusan vendor yang lebih berkesan dan menambah baik lagi proses pemerolehan yang sedia ada.
Membangunkan tenaga kerja
Bank telah mengambil langkah segera untuk memberi tumpuan pada latihan semula dan membentuk barisan bakat yang mampan bagi menyahut cabaran masa depan yang kian berubah
139Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
Prestasi Bank yang berterusan bergantung pada kualiti tinggi dan daya tahan tenaga kerjanya. Pengetahuan dan kemahiran baharu berubah saban hari. Kos bakat yang semakin meningkat memerlukan tahap produktiviti yang lebih tinggi, menerusi automasi dan kerjasama strategik, bagi membendung kos sumber manusia.
Bagi mengukuhkan kumpulan bakat sedia ada, Bank telah membangunkan barisan yang mampan bagi jawatan yang kritikal, dan mengisi bakat dengan kemahiran kritikal yang lain seperti IT dan sains data. Pelaburan Bank dalam perkakasan dan metodologi bagi penilaian serta proses memprofi l kepimpinan telah menghasilkan pulangan yang lumayan. Pelaburan ini telah membantu Bank membentuk pandangan holistik tentang bakat institusi dari segi kesesuaian dalam tugas, tahap kompetensi, gaya kepimpinan, dan suasana bekerja. Bakat berpotensi tinggi yang telah dikenal pasti daripada kumpulan dan barisan pengganti, yang disokong data profi l kepimpinan dan prestasi, lebih berupaya memegang peranan yang baharu dan biasanya lebih penting dalam Bank.
Budaya yang menghargai kepelbagaian
Secara relatifnya, profi l bakat dalam Bank berada di tahap yang seimbang dan stabil. Hal ini disebabkan oleh kepelbagaian yang signifi kan dan peluang yang mencukupi untuk berkembang. Persekitaran ini adalah kondusif untuk menimba ilmu baharu, mahupun untuk berkongsi pengalaman unik. Ekosistem pengurusan bakat membolehkan keadaan ini dimanfaatkan menerusi pelbagai platform perkongsian ilmu dan pengiktirafan, dan terus memperkaya ilmu pengetahuan dalam Bank. Bank telah mengenal pasti inovasi, pemikiran tangkas, dan kesedaran tentang risiko sebagai sifat yang membolehkan kepelbagaian dalam persekitaran kerja berkembang maju. Penglibatan kakitangan kini jauh lebih tinggi kerana pencarian idea yang diadakan secara aktif di seluruh organisasi melalui intranet komuniti dan media sosial.
Pelan penggantian yang jelas lagi mantap
Bank melaksanakan putaran kerja agar kakitangan dapat memperluas pengetahuan, kemahiran dan perspektif mereka, di samping membentuk kefahaman yang lebih mendalam tentang tugas dasar yang saling berhubungan di Bank. Semakin ramai pegawai kanan diberi tanggungjawab untuk berkhidmat sebagai jurucakap bagi pihak Bank dalam bidang kepakaran
masing-masing. Peranan komunikasi tambahan ini bertujuan menyerlahkan lagi agenda strategik Bank dan memastikan ketelusan aktiviti perbankan pusat.
Bank juga telah mengguna pakai pelbagai strategi pencarian tenaga kerja yang lebih luas untuk merekrut bakat yang mempunyai kepakaran. Bakat tersebut merangkumi bidang keselamatan siber, sains data, fi ntech, IT, pengurusan inovasi, pengurusan pemerolehan dan pengurusan risiko. Bank membuat pelaburan dalam usaha mengkodifi kasikan set kemahiran yang diperlukan pada masa kini dan pada masa depan, untuk membangunkan kompetensi secara berstruktur, selaras dengan perkembangan pasaran dan jangkaan peranan Bank pada masa depan. Hasil pelaburan tersebut dapat dilihat dari segi kestabilan jumlah kakitangan pada semua peringkat dan kadar pelepasan jawatan yang agak rendah, yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2 dan 5.3.
Sumber: Bank Negara Malaysia
Rajah 5.2
Jawatan Kakitangan di Bank (2013 - 2017)
153
535
1,123
195149
515
1,087
77
2013 2014 2015 2016 2017
Pengurusan Kanan Pengurus
Eksekutif Kakitangan kontrak/sementara
Rajah 5.3
Trend Perlepasan Jawatan di Bank (2013 - 2017)
2.9
3.36 3.343.00
3.7
4.6
3.6
4.4
4.00
4.9
2013 2014 2015 2016 2017
Kadar perletakan jawatan (%)
Sumber: Bank Negara Malaysia
Kadar perlepasan jawatan (%)
140 Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
Membangunkan tenaga kerja yang kompeten
Pelaburan yang berterusan dalam pembelajaran dan pembangunan mencerminkan keutamaan tinggi yang diberikan kepada usaha mengembangkan kumpulan bakat. Belanjawan keseluruhan untuk pembelajaran meningkat kepada 6.02% daripada jumlah gaji kasar (2016: 4.6%), yang merangkumi pembangunan kepimpinan dan teknikal, serta biasiswa untuk pengajian pascasiswazah. Peluang pembelajaran yang lain adalah menerusi pendedahan melalui penyertaan dalam mesyuarat antarabangsa dan dalam pasukan projek yang meneliti isu-isu kritikal yang berkaitan dengan Bank.
Memandangkan demografi kakitangan Bank sedang melalui peralihan, tempoh untuk menjadi kompeten
9%
5%
86%
Gambar Rajah 5.6
Kursus STC untuk Kakitangan Baharu
119 120
244
2015 2016 2017
STC Pengawalan STC Pelaburan STC Penyeliaan Bilangan kakitangan baharu yang telah menghadiri kursus STC
Komposisi peserta
Sumber: Bank Negara Malaysia
Rajah 5.4
Pelaburan dalam Pembelajaran dan Pembangunan
Biasiswa Kakitangan untukPeringkat Pascasiswazah
16%
PembangunanKepimpinan
26%
PembangunanTeknikal
58%
Sumber: Bank Negara Malaysia
adalah sangat mustahak untuk mengekalkan produktiviti Bank. Bagi memastikan kakitangan baharu mendapat pengetahuan asas tentang perbankan pusat, Kurikulum Teknikal Berstruktur (Structured Technical Curriculum, STC) asas untuk sektor Penyeliaan, Pelaburan dan Pengawalan telah direka bentuk dan dilaksanakan. Pada tahun 2017, 21 program STC dilaksanakan untuk 381 peserta dengan 244 (64%) daripada mereka merupakan pekerja baharu yang mempunyai kurang daripada tiga tahun pengalaman di Bank. Komposisi peserta bagi setiap kurikulum diperincikan dalam Rajah 5.6. Bank juga memberikan tumpuan pada usaha membangunkan kemahiran teknikal baharu dalam bidang keutamaan seperti fi ntech, sains data, keselamatan siber, serta pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan.
Bank berpegang pada prinsip pembangunan profesional secara berterusan. Pada tahun 2017, Bank menyediakan peluang pembangunan profesional kepada kakitangannya untuk menjadi ahli Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) dan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW). Kelayakan ini melakarkan laluan yang jelas ke arah membangunkan tahap kemahiran teknikal dan pengkhususan yang lebih tinggi dalam kalangan kakitangan Bank.
Bagi meningkatkan kualiti dan kepelbagaian kepimpinan, Bank mengutamakan pembangunan barisan pemimpin kanan menerusi Program Pendidikan Eksekutif di institusi pendidikan yang terbaik di dunia dalam bidang perniagaan. Selain itu, bagi memupuk pemimpin yang ‘siap bersedia’, Bank membuat pelaburan dalam kumpulan pengganti (feeder) menerusi Program
141Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
Pembangunan Kepimpinan berstruktur. Kumpulan ini didedahkan kepada tugasan merentas fungsi dan putaran kerja bagi meningkatkan ketangkasan pembelajaran mereka. Selain itu, sebagai sebahagian daripada langkah pembangunan kakitangan, Bank mewujudkan peluang untuk barisan pemimpin kanan dan tenaga pengajar dalaman berkongsi kepakaran serta pengalaman mereka menerusi sesi perbualan dengan kumpulan kecil kakitangan dan program ‘pemimpin mengajar pemimpin’.
Pembinaan keupayaan untuk industri kewangan domestik
Satu lagi dimensi pembinaan keupayaan ialah usaha secara kolektif bersama industri kewangan untuk meningkatkan standard profesional dan membuat pembaharuan dalam perkhidmatan kewangan. Bank telah memulakan usaha untuk mewujudkan kawasan khas dan bersepadu, yang dikenali sebagai Hab Pendidikan Kewangan, bagi menggalakkan serta memastikan pembelajaran dan pembangunan bertaraf dunia yang berterusan. Hab pendidikan ini akan merangkumi kompleks Asia School of Business yang baharu dan Pusat Latihan Industri Kewangan yang masih dalam pembinaan. Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa (ISRA) juga akan dipindahkan ke kawasan yang bersebelahan dengan kompleks Sasana Kijang ini. Hab tersebut berwawasan untuk menjadi pusat pembelajaran dan penyelidikan antarabangsa, yang
Gambar Rajah 5.7
Sumber: Bank Negara Malaysia
EROPAH0.4%
ASIA67.2%
AMERIKA2.6%
Negara-NegaraAsean60.4%TIMUR
TENGAH5.2%
AFRIKA23.0%
OCEANIA1.6%
Program Kerjasama Teknikal Bank 2017
akan memupuk kumpulan bakat tempatan yang mampan bagi menyokong pembangunan industri kewangan domestik.
Interaksi dan hubungan antarabangsa untuk perkongsian ilmu
Sasana Kijang Bank Negara Malaysia terus menjadi pusat kecemerlangan untuk kepimpinan berwawasan, serta pusat pembelajaran dan pembangunan untuk perbankan pusat dan perkhidmatan kewangan, melalui penganjuran aktiviti yang mendorong kerjasama dan pengembangan pengetahuan dalam perbankan pusat. Bank menganjurkan Persidangan Tahunan International Association of Insurance Supervisors (IAIS) 2017 dan persidangan tersebut merupakan platform yang efektif bagi penyelia insurans dari seluruh dunia untuk saling bertukar pandangan tentang isu yang berkaitan dengan penyeliaan dan pembangunan pasaran insurans. Bank juga telah menganjurkan Global Symposium on Development Financial Institutions bagi Institusi Kewangan Pembangunan (Development Financial Institutions, DFI) dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan untuk mendapatkan dan saling bertukar idea tentang isu kontemporari dalam bidang kewangan pembangunan.
Bank juga diberi penghormatan untuk menganjurkan BNM-IMF Summer Conference yang menyaksikan kertas penyelidikan mengenai perdagangan
142 Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
antarabangsa, impak dasar perlindungan, dan penghijrahan buruh dibincangkan dalam persidangan tersebut. Dasar perdagangan baharu dan inovatif turut disyorkan dalam persidangan tersebut. BNM Monetary Policy Conference juga diadakan pada tahun 2017, yang memberikan tumpuan pada penilaian semula rangka kerja dasar monetari, dan bagaimana pembangunan teknologi yang pesat boleh mengubah dan berpotensi mengganggu sistem kewangan.
Pada tahun 2017, program kerjasama teknikal Bank dalam bidang perbankan pusat terus menyokong integrasi serantau dan meningkatkan kerjasama antara bank pusat dengan agensi pengawalseliaan. Selain itu, Bank bekerjasama dengan institusi-institusi latihan Islam untuk melaksanakan program yang direka khusus untuk memenuhi permintaan daripada negara-negara yang sedang memajukan agenda kewangan Islam masing-masing.
500 pegawai dari 65 negara telah menyertai pelbagai program kerjasama teknikal yang dianjurkan oleh Bank
Program kerjasama teknikal tersebut mengumpulkan pelbagai pakar dari Bank Negara Malaysia, Bank Dunia, Alliance for Financial Inclusion (AFI), Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), United Nations Capital Development Fund (UNCDF), serta Behavioural Insights Team dan Financial Conduct Authority dari United Kingdom. Bank juga meneruskan kerjasamanya dengan Bank Pembangunan Asia, Islamic Research and Training Institute (IRTI) dan Statistical, Economic Research and Training Centre for Islamic Countries (SESRIC).
Transformasi keselamatan fi zikal
Keselamatan kakitangan dan aset Bank adalah paling utama. Kajian semula dan penambahbaikan yang komprehensif terhadap pengurusan keselamatan Bank bertujuan mengukuhkan dasar dan keupayaannya berikutan perubahan tahap wujudnya potensi ancaman. Skop transformasi termasuklah melatih semula bakat, merekayasa semula proses, melaksanakan peranti dan teknologi keselamatan baharu, dan memupuk budaya yang lebih mementingkan keselamatan.
Inisiatif utama meliputi pelaksanaan sistem kawalan akses tercanggih, pemasangan pengimbas bagasi sinar-X dan pengesan logam seluruh badan, penambahbaikan sistem pengawasan CCTV dan
pembangunan kurikulum latihan berstruktur untuk Polis Bantuan Bank. Selain itu, Bank terus mengukuhkan keupayaan pasukan pengurusan keselamatan untuk menjalankan penilaian risiko, perancangan strategik, pengumpulan maklumat perisikan, dan analisis data yang efektif.
Pelan Transformasi Keselamatan juga memberikan tumpuan pada penambahbaikan teknologi menerusi pelaksanaan sistem pengurusan dan pengawasan pintar dan bersepadu bagi pemantauan yang efektif dan tindak balas tepat pada waktunya. Infrastruktur rangkaian keselamatan telah dinaik taraf dengan jalur lebar yang lebih besar dari segi kelajuan dan penghantaran data yang diyakini. Kebolehubahan skala untuk keperluan pada masa depan merupakan antara ciri yang diambil kira.
Suatu inisiatif penting juga telah dilaksanakan merentas semua pihak berkepentingan di Bank bagi memupuk budaya keselamatan yang dikehendaki. Keselamatan telah diiktiraf sebagai tanggungjawab bersama dan diperkukuh menerusi kesedaran, pendidikan, dan amalan keselamatan yang lebih baik. Khususnya, dasar, prosedur dan program kesedaran keselamatan telah dipertingkatkan bagi menambah baik budaya keselamatan dalam kalangan semua kakitangan, vendor dan penyewa di premis Bank bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan perlindungan aset Bank yang efektif.
Bank sentiasa memberikan perhatian yang sewajarnya kepada kebajikan kakitangan sebagai satu nilai teras organisasi. Pada tahun 2017, salah satu inisiatif yang diambil ialah memulakan projek untuk menggantikan beberapa kuarters kakitangan keselamatan yang sedia ada di beberapa lokasi utama dengan kemudahan baharu yang akan menyediakan kualiti tempat tinggal yang lebih baik untuk kakitangan keselamatan dan keluarga mereka.
Bergerak ke hadapan dengan transformasi IT
Kemajuan yang ketara dalam keperluan teknologi yang didorong oleh ekonomi digital dan inovasi teknologi kewangan telah membentuk inisiatif transformasi IT Bank.
Teras yang memacu transformasi IT adalah kakitangannya. Pada tahun 2017, Bank menjalankan usaha mengenal pasti dan menyerap bakat tertentu untuk menangani kekurangan kemahiran IT khusus. Struktur organisasi baharu ini menggalakkan akauntabiliti yang jelas dalam bidang arkitektur
143Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
Gambar Rajah 5.8
Sumber: Bank Negara Malaysia
Pelan Transformasi Empat Tahun Jabatan Perkhidmatan IT
Peningkatankecekapan
dan produktiviti
Memanfaatkan kecekapan, mencapai tahap yang disasarkan dan penambahbaikanyang berterusan
Mengoptimumdan menambah
baik
Menstabilkanoperasi
Mencapaikelayakan danmenetapkan
kuantiti
Penambah-baikanyang berterusan
Memulakanprogram pengurusan
perubahan
Memulakanprogram
transformasi
Mewujudkan pembentukan pengurusan perubahan dan memulakan inisiatif penting
Pengambilanaktif sumber
luar
Menetapkan garisasas keupayaan
semasa
Menggerakkaninisiatif paling
utama
2017Fasa 1: Permulaan
2018Fasa 2: Pelaksanaan
2019Fasa 3: Operasi
2020Fasa 4:Penstabilan
Menetapkan keupayaan dan realisasi manfaat
Menetapkan modeloperasi sasaran
Keupayaanditetapkan
Menerapkan prosesdan dasar
Mengukur prestasi
Meningkatkankeberkesanan IT
Membangunkan dan melaksanakan siri inisiatif berkepentingan tinggi yang seterusnya
Melaksanakan inisiatifgelombang pertama
Menambahkan bilangankontraktor yang dilantik
Menetapkankeupayaan awal
Melaksanakan inisiatifgelombang kedua
IT organisasi, pembangunan dan pelaksanaan penyelesaian, perancangan dan pengurusan sumber, bantuan dan penyelenggaraan, serta pengurusan dan sokongan infrastruktur.
Bagi memastikan penjajaran dengan keperluan urusan, Bank telah mula mengguna pakai struktur pengurusan portfolio IT yang sejajar dengan urusannya. Inisiatif diberi penjajaran berdasarkan sektor yang berbeza dan bertujuan mencapai kebolehskalaan, fl eksibiliti dan kebolehsuaian IT pada masa depan.
Meningkatkan daya tahan siber
Inisiatif untuk meningkatkan lagi daya tahan siber bagi ekosistem IT Bank terus menunjukkan kemajuan yang baik pada tahun 2017. Penyelesaian Pengurusan Maklumat dan Peristiwa Keselamatan (Security Information and Events Management, SIEM) dilaksanakan untuk membantu menganalisis kejadian keselamatan dalam persekitaran IT masa nyata. Apa-apa ancaman terhadap sistem maklumat
organisasi (laman sesawang, aplikasi, pangkalan data, pusat data dan pelayan, rangkaian, komputer, dan titik akhir yang lain) akan dinilai dan dihapuskan. Risikan ancaman siber Bank terus diperkukuh bagi memastikan infrastruktur IT Bank mendahului perisian malware yang lebih canggih.
Memperluas sempadan inovasi
Lembaga Pengarah dan pihak Pengurusan Bank terus memberi penekanan pada manfaat strategik IT. Usaha ini termasuk membangunkan kepakaran yang lebih mendalam dalam sains data dan analisis kumpulan data besar, serta meningkatkan produktiviti menerusi peningkatan inovasi. Untuk tujuan itu, Bank telah menubuhkan satu pasukan projek untuk menerajui penyelidikan dalam kumpulan data besar. Pendekatan ini membolehkan pasukan tersebut menghasilkan idea dan mencipta inovasi dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada pelbagai individu berkemahiran bagi membolehkan perubahan dan hasil diperoleh dengan lebih cepat.
144 Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
Persekitaran IT yang sentiasa berubah memerlukan Bank menerapkan dua pendekatan teknologi yang berbeza (pendekatan IT dua mod) dalam memberikan respons terhadap peluang baharu, iaitu (i) satu pendekatan yang bergantung pada kestabilan dan kecekapan rangka kerja pengurusan maklumat tradisional, dan (ii) pendekatan yang memberikan tumpuan pada ketangkasan dan fl eksibiliti, serta responsif terhadap keperluan segera pihak berkepentingan untuk inovasi digital. Perubahan strategik ini melibatkan operasi IT dalam dua gaya kerja yang jauh berbeza tetapi bersangkut-paut, yang membuka peluang untuk inovasi digital.
Infrastruktur ICT yang mantap
Pembaharuan sijil Bank di bawah semakan standard Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (Information Security Management System, ISMS) ISO/IEC 27001 bagi infrastruktur IT untuk Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (Real-Time Electronic Transfer of Funds and Securities, RENTAS) mengesahkan bahawa infrastruktur IT dan aset maklumat kritikal Bank adalah setanding dengan piawaian dan amalan terbaik antarabangsa. Ia juga mematuhi keperluan piawaian ISO bagi pengurusan dan tadbir urus keselamatan maklumat yang holistik.
KOMUNIKASI
Penggunaan platform media sosial secara meluas dalam kalangan orang ramai menyebabkan perlunya penyebaran maklumat yang cepat, serta respons yang pantas terhadap isu baharu dan berita yang tular
Pada tahun 2017, pendekatan Bank terhadap komunikasi berubah secara dinamik dari segi respons yang pantas. Perkara ini mendorong kepada pengembangan kaedah dan saluran, respons yang lebih cepat dan penyampaian mesej yang lebih mantap, serta interaksi dan hubungan yang lebih rapat dengan orang ramai. Penggunaan platform media sosial secara meluas dalam kalangan orang ramai memerlukan pendekatan langsung yang lebih cepat. Saluran ini, berserta media alternatif, bukan sahaja digunakan untuk berkomunikasi secara lebih mesra dengan rakyat, tetapi juga sebagai alat mengumpul maklumat dalam mengesan sentimen rakyat dan mengenal pasti sumber maklumat yang salah. Pada
tahun 2017, Bank telah beberapa kali memberikan respons yang pantas terhadap salah lapor oleh media dan pihak lain menerusi penggunaan video berfakta dan infografi k yang mudah dibaca. Dalam hal ini, Bank melancarkan HousingWatch.my and FactWatch.my untuk menyediakan sumber semakan fakta berpusat. Bank juga berkongsi lebih banyak gambar tentang aktivitinya menerusi pelbagai saluran bagi menyerlahkan lagi kegiatannya kepada orang ramai. Bank terus menggunakan saluran media tradisional untuk menjangkau dan memaklumkan kepada orang ramai, serta memaparkan jurucakap yang berkepakaran dalam bidang masing-masing untuk mendepani isu-isu penting.
Meningkatkan interaksi dan hubungan dengan pihak berkepentingan
Taklimat mengenai Laporan Tahunan dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Kewangan Bank kepada pelbagai pihak berkepentingan merupakan platform penting untuk memastikan semua pihak berkepentingan utama memahami tindakan dasar Bank. Demikian juga, terdapat sesi komunikasi bersama pengilang, pengeksport, dewan perdagangan, syarikat multinasional (MNC) dan ahli ekonomi/penganalisis tentang langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Pasaran Kewangan untuk membangunkan pasaran kewangan domestik negara. Taklimat Lembaga Pengarah yang diberikan kepada Menteri Kewangan, Menteri dan pegawai ekonomi kanan memudahkan perbincangan yang lebih teliti diadakan supaya Bank dapat menyampaikan cadangan dan pemerhatian kepada penggubal dasar ekonomi utama dalam Kerajaan. Selain itu, wajah baharu Buletin Suku Tahunan pada tahun 2017 mempertingkat komunikasi dengan signifi kan dengan pihak berkepentingan Bank melalui liputan yang lebih meluas dan maklumat yang lebih berorientasikan visual.
Komunikasi Bank terus memberikan tumpuan pada usaha menangani isu kepentingan orang ramai. Ini termasuk isu-isu seperti perumahan mampu milik melalui laman sesawang HousingWatch.my; draf pendedahan untuk mengurangkan risiko berkaitan spekulasi tanpa maklumat dalam mata wang digital; manfaat langkah liberalisasi insurans motor; dan kepentingan menukar tandatangan kepada Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) untuk pengesahan pembayaran kad. Sejajar dengan minat yang berkembang terhadap aplikasi mudah alih, Bank telah memperkenalkan MyLink, MyBNM, MyRinggit
145Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
Gambar Rajah 5.10
Sumber: Bank Negara Malaysia
YouTube
MyBNM
MyTabung
MyLINK
MyRinggit
LamanSesawang BNM
Laman SesawangBertujuan Khusus
PemberitahuanMenerusi E-mel
Media Cetak
Radio
TV
Bank berinteraksidengan orang
ramai menerusipelbagai saluran
komunikasi
Komunikasi menerusi Pelbagai Saluran Media
Laman
sesaw
ang Platform media sosialAp
likasi mudah alih Media arus p
erda
na
dan MyTabung untuk memudahkan pengguna membuat keputusan kewangan berdasarkan maklumat, dengan memberikan perkembangan terkini dalam hal kewangan yang sentiasa dikemas kini. Khususnya, BNM MyLink merupakan aplikasi mudah alih sehenti yang menghubungkan pengguna dengan institusi kewangan di Malaysia untuk mengemukakan pertanyaan, mendapatkan nasihat, dan membuat aduan.
Bank juga menjalankan Tinjauan Persepsi Awam untuk mengukur kesedaran dan pemahaman orang ramai tentang peranan dan fungsi Bank. Tinjauan ini memberikan ukuran asas untuk menilai keberkesanan kempen pendidikan dan kesedaran Bank. Bank
Gambar Rajah 5.9
Sumber: Bank Negara Malaysia
Ucapan oleh Pegawai Kanan
1
1
2
33
3
4
4
8
15
1519
Celik & Sokongan Kewangan
Insurans
Perniagaan Perkhidmatan Wang
Kewangan Pembangunan
Perisikan & Penguatkuasaan Kewangan
Program Seni & Muzium
Sistem Pembayaran & Mata Wang
Teknologi Kewangan (Fintech)
Kewangan Islam
Program Jangkauan
Acara Pelancaran/Peringatan
Ekonomi & Kestabilan Kewangan
Jumlah Ucapan oleh
Gabenor 49
Timbalan-timbalanGabenor
14
Penolong-penolongGabenor
14
Pengarah 1
Gambar Rajah 5.11
Aktiviti dan Pengunjung Muzium pada Tahun 2017
PAMERAN SENI
4 Mempamerkan hasil karyawan seni tempatan
PROGRAM
68 Dianjurkan termasuk program pendidikan dan ceramah
PENGUNJUNG TAHUN 2017
94% daripada jumlah ini merupakan pengunjung tempatan
KARYA SENI
2,182 67,735Dalam koleksi; 87% merupakan karya seni karyawan seni tempatan
Sumber: Bank Negara Malaysia
menggunakan pelbagai saluran komunikasi, seperti yang dijelaskan dalam Rajah 5.9 untuk berinteraksi dengan pihak berkepentingan Bank yang pelbagai.
Meningkatkan kesedaran orang ramai menerusi program jangkauan
Pada tahun 2017, strategi baharu Bank dalam program jangkauan mencapai kejayaan cemerlang dalam meningkatkan interaksi dan hubungan dengan orang ramai. Program ini dijalankan dengan kerjasama agensi awam lain, NGO dan juga rakan kongsi antarabangsa. Manfaat kumulatif yang diperoleh dijangka besar, terutamanya dalam mewujudkan sistem kewangan yang lebih inklusif
146 Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
dan meningkatkan tahap celik kewangan. Jadual 5.2 menyediakan sorotan inisiatif baharu dan program yang sedang dilaksanakan.
Memupuk kesedaran kewangan menerusi Muzium dan Galeri Seni
Bank terus memainkan peranannya sebagai penaung seni dan warisan Malaysia menerusi Muzium dan Galeri Seni (Muzium) Bank. Peranan Muzium pula terus berkembang dalam bidang pendidikan kewangan, dan sebagai penaung seni dalam menyokong karyawan seni tempatan. Pada tahun 2017, Muzium menganjurkan pameran dengan pelbagai tema,
daripada pemeliharaan alam hinggalah penggalakan kesedaran kewangan. Pameran yang mempamerkan hasil karyawan seni tempatan secara eksklusif ialah ‘Lestari Alam/Nature Nurtured’, ‘The Unreal Deal’, ‘Art Bazaar’ dan ‘Mini Art Bazaar’. Muzium juga semakin dikenali selepas mendapat liputan meluas dalam media tradisional dan media sosial. Hasilnya, bilangan pengunjung tempatan dan antarabangsa meningkat masing-masing sebanyak 13.4% dan 29.8%. Muzium juga telah diiktiraf oleh Tourism Malaysia sebagai ‘Must-See’ Museum in Kuala Lumpur dan telah menerima Anugerah Sijil Kecemerlangan TripAdvisor selama tiga tahun berturut-turut, dari tahun 2015 hingga 2017.
147Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
Inisiatif Jangkauan dan Interaksi
Sasaran Komunikasi Saluran & rakan kerjasama Hasil
Meningkatkan pengetahuan dan tahap celik kewangan dalam kalangan pengguna
• Karnival Kewangan di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak
• Karnival Kewangan Mini di 70 daerah kecil
• 76 program Pendidikan Kewangan untuk kakitangan kerajaan
• Interaksi menerusi program “Train-the-Trainers”
• Menarik minat lebih 75,000 pengguna kewangan daripada pelbagai kelompok masyarakat
• Memberikan manfaat kepada 8,893 penduduk komuniti luar bandar serta meningkatkan tahap celik kewangan sebanyak 28% dan kadar penerimaan produk kewangan asas sebanyak 14%
• Memberikan manfaat kepada 8,000 kakitangan kerajaan
• 181 program Pendidikan Kewangan dorongan kendiri yang memberikan manfaat kepada 9,224 peserta
Pendekatan pelbagai saluran untuk kesedaran yang lebih tinggi tentang jenayah kewangan
• Laman sesawang Peringatan kepada Pengguna Kewangan (Financial Consumer Alert, FCA) untuk memberitahu orang ramai senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberikan kuasa mahupun diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh Bank
• Saluran media sosial, TV dan radio, contohnya, “Forum Perdana Hal Ehwal Islam”
• Organisasi yang mewakili wanita• Kumpulan agama • Dewan perniagaan
• 132 entiti disenaraikan dalam senarai FCA pada tahun 2017 (2016: 31 entiti)
• Senarai FCA telah dirujuk oleh 255,605 orang pada tahun 2017
• Menjangkau lebih 1.9 juta pengguna menerusi media sosial, TV, radio dan kerjasama strategik
Meningkatkan kesedaran tentang pelbagai skim pembiayaan dan bantuan yang disediakan untuk PKS
• Acara yang dianjurkan oleh kementerian, agensi kerajaan yang utama dan institusi kewangan
• Saluran media sosial
• Memberikan manfaat kepada 14,000 PKS• 65,000 risalah maklumat diedarkan untuk
memberikan maklumat tentang pelbagai inisiatif pembiayaan.
Menjalankan program “Train-the-Trainers” untuk memberikan khidmat nasihat tentang pembiayaan PKS
• SME Corporation Malaysia• Persatuan Institusi Kewangan
[Persatuan Bank Bank dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM)]
• 17,043 PKS telah mendapat manfaat daripada 341 sesi latihan tentang pembiayaan PKS yang dijalankan oleh institusi kewangan
• 26,125 kakitangan institusi kewangan di seluruh negara dilatih untuk memberikan khidmat nasihat yang berkualiti kepada PKS
Memperkenalkan Skim Penyelesaian Hutang Kecil untuk PKS berdaya maju yang pembiayaannya terjejas
• Media cetak • Temu ramah radio dan TV
• Meningkatkan kesedaran dalam kalangan PKS yang mengalami tekanan kewangan supaya mendapatkan bantuan
Mewujudkan kesedaran tentang ketersediaan Kemudahan Bantuan Bencana untuk membantu PKS yang terjejas akibat banjir di negeri di utara Semenanjung Malaysia
• Institusi Kewangan (FI)• Syarikat insurans• Taklimat industri• Sesi dialog bersama PKS serta
persatuan dan gabungan perniagaan berkaitan PKS
• E-mel ledakan maklumat yang dihantar kepada persatuan dan perniagaan
• Pengedaran risalah kepada institusi kewangan
• Saluran dalam talian dan media sosial
• Pada 8 November 2017, Bank mengumumkan kemudahan sebanyak RM500 juta untuk meringankan beban kewangan dan mempercepat penyambungan semula perniagaan PKS yang terjejas akibat banjir
• Setakat akhir Disember 2017, FI telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM21 juta di bawah Kemudahan tersebut.
• Selain pembiayaan ini, FI juga telah memberikan bantuan lain kepada PKS yang terjejas, seperti: ¤ penstrukturan semula dan penjadualan semula pinjaman/pembiayaan;
¤ moratorium terhadap pembayaran semula pinjaman/pembiayaan; dan
¤ penepian bayaran bagi penggantian kad ATM, buku cek dan buku simpanan
Memulakan impak kolektif terbesar bagi tanggungjawab sosial korporat bersama industri kewangan di Malaysia menerusi Financial Industry Collective Outreach (FINCO)
• 107 institusi kewangan • Tertumpu pada usaha meningkatkan tahap literasi bahasa Inggeris dan memberikan aspirasi hidup kepada kanak-kanak kurang bernasib baik daripada keluarga berpendapatan rendah
Sumber: Bank Negara Malaysia
Jadual 5.2
148 Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
Pelan Urusan 2018-2020: Mencorakkan Masa Hadapan Menerusi Bakat dan Teknologi
Oleh Kalaiselvi Somasundaram dan A. Kanagalingam
Pengenalan
Pelan Urusan 2018-2020 Bank dengan slogan ‘Mencorakkan Masa Hadapan Menerusi Bakat dan Teknologi’ memberikan panduan dalam menentukan keutamaan Bank pada masa hadapan. Kombinasi bakat dan teknologi telah menjana beberapa tema umum yang bakal memberikan impak besar kepada organisasi abad ke-21. Tema-tema ini termasuk inovasi, produktiviti, ketangkasan dan akauntabiliti. Tema-tema ini juga mencerminkan ciri-ciri baharu taraf prestasi yang diperlukan oleh organisasi hari ini bagi mendepani persekitaran operasi perniagaan yang dinamik.
Gambar Rajah 1
Pembentukan Pelan Urusan 2018-2020
Sumber: Bank Negara Malaysia
Mandat Bank Senario Jangka Sederhana Faktor Risiko Strategikdan Operasi
- Secara khususnya, kestabilan sistem monetari, kewangan dan pembayaran
- Dari segi trend pasaran makroekonomi, sosioekonomi dan kewangan dalam negeri dan global
- Faktor risiko yang boleh memberikan impak yang besar kepada prestasi Bank
Pembentukan Pelan Urusan 2018-2020 berdasarkan:
Pelan urusan jangka sederhana Bank ini dirangka sebagai alat bersepadu bagi tujuan perancangan masa hadapan. Pelan ini mengungkap keutamaan Bank dari sudut kebolehukuran hasil pencapaian. Seterusnya, ini akan menjadi panduan dalam pelaksanaan dasar yang efektif, dan melaraskan keupayaan organisasi dengan keutamaan Bank yang lain.
Gambar Rajah 2
Pelan Urusan Sebagai Alat Perancangan ke Hadapan
Strategiurusan
Organisasi yang tertumpu pada strategi,berpaksikan hasil dan kekal lestari
Elemenrisiko
Pengurusanbakat
KeupayaanIT
Sumberkewangan
Pelan urusan bertindak sebagai:Alat bagi tujuan perancangan masa hadapan yangmengungkap dengan jelas keutamaan Bank dari suduthasil pencapaian yang boleh diukur untuk memberikanpanduan dalam perlaksanaan dasar yang berkesan
Sumber: Bank Negara Malaysia
Pelanurusan jangkasederhana 3tahun Bank
149Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
Objektif pelan urusan ini bertujuan untuk memastikan Bank menjadi organisasi yang tertumpu pada strategi, berpaksikan hasil pencapaian dan terus kekal lestari. Sehubungan dengan itu, proses pembaharuan organisasi menjadi prasyarat penting dalam menentukan kejayaan Bank dari segi penambahbaikan proses, teknologi dan penyelesaian baharu dalam bidang-bidang lain. Perkara ini dijangka akan memberi kesan yang besar terhadap pembangunan sosioekonomi negara, sejajar dengan mandat dan objektif Bank.
Pelan Urusan dalam Persekitaran Sistem Ekonomi dan Kewangan yang Semakin Berubah
Pelan urusan jangka sederhana Bank berteraskan empat bidang tumpuan, iaitu:
Empat bidang tumpuan ini merangkumi mandat Bank seperti yang dituntut undang-undang, dan juga memfokuskan terhadap agenda pembangunan dalam memupuk sistem kewangan yang progresif dan mampu menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi yang mampan. Bidang-bidang tumpuan ini disokong oleh Matlamat Strategik yang memberikan penjelasan lebih terperinci terhadap sasaran pencapaian Bank dalam jangka sederhana hingga jangka panjang. Matlamat Strategik ini juga bertujuan untuk membina teras dalam pembaharuan struktur dan memupuk inovasi secara berterusan bagi memanfaatkan ekonomi masa hadapan termasuk peserta sektor kewangan untuk generasi yang akan datang.
Gambar rajah yang berikut memberikan sorotan terhadap matlamat- strategik dan strategi- utama yang boleh mencetuskan perubahan kepada ekonomi, sistem kewangan dan masyarakat Malaysia. Kesemua strategi ini memberi fokus terhadap dasar-dasar Bank yang menawarkan peluang signifi kan dalam mewujudkan pekerjaan dan menjana kekayaan, atau untuk mencegah kelemahan yang berkemungkinan menjejaskan kemajuan sosioekonomi negara.
Tumpuan terhadap usaha memupuk budaya yang mendukung inovasi, ketangkasan, produktiviti dan akauntabiliti merupakan sebahagian daripada proses untuk memperbaiki cara Bank dikendalikan dalam persekitaran baharu. Kecekapan dan perilaku baharu perlu diterapkan dengan kadar segera agar dapat disesuaikan dan dimanfaatkan mengikut rentak perkembangan teknologi di samping mengurangkan risiko baharu. Kesimpulannya, pelan urusan ini bertujuan untuk mencapai hasil dari segi pertumbuhan ekonomi, kestabilan kewangan serta mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan secara meluas. Pelan urusan juga bertujuan memenuhi kehendak orang ramai, perniagaan-perniagaan dan pihak berkepentingan yang terlibat dalam menentukan kesejahteraan ekonomi dan sosial negara.
Seperti mana-mana pelan urusan yang baik, prestasi pelan ini akan melalui proses kajian semula dan akan dimaklumkan menerusi pelbagai saluran penerbitan dan komunikasi Bank, dengan tujuan untuk membuat penambahbaikan yang sewajarnya apabila perlu.
Tatkala negara kita terus berkembang menuju ke arah negara maju, sektor kewangan dan struktur ekonomi yang lain perlu terus menyokong agenda pertumbuhan dan mengekalkan ketahanan terhadap risiko-risiko yang mungkin berlaku. Pelan urusan ini bermatlamat untuk mencapai sebaik-baik keseimbangan antara keperluan Bank untuk mengawal selia dengan keperluan menerapkan inovasi teknologi dalam sistem kewangan negara.
Gambar Rajah 3
Bidang Tumpuan Pelan Urusan
1
3
2
4
Kestabilan Monetari, Antarabangsadan Penasihat Ekonomi
Sumber: Bank Negara Malaysia
Sistem Pembayaran danPengurusan Mata Wang
PembaharuanStrategik Organisasi
Kestabilan danPembangunan Kewangan
150 Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
Gambar Rajah 4
Hasil StrategikP
ertu
mb
uhan
Eko
nom
i yan
gM
amp
an
Pen
dig
itala
nP
erkh
idm
atan
Kew
ang
an
Bud
aya
Ino
vasi
dan
Pen
dek
atan
Tang
kas
Memastikan persekitaran makroekonomi yang kondusif untuk pertumbuhan yang mampan Memastikan pasaran perumahan yang mampan dan seimbang Berusaha mengatasi kemunculan risiko ketidakseimbangan pada peringkat awal
Penyebaran teknologi yang lebih meluas dalam perkhidmatan kewanganMempercepat perpindahan kepada e-pembayaran dengan menggantikan wang tunai dan cekMemaksimumkan kesan rangkaian melalui piawaian terbuka dan saling kendalian, dan
infrastruktur awam yang kekal relevan pada masa hadapan
Mengukuhkan daya tahan dan integriti sistem kewanganMemberikan keutamaan pada pembangunan pasaran kewangan untuk pengantaraan dan
pengurusan risiko yang cekapMemastikan bekalan yang berkesan dari segi kos bagi wang kertas dan syiling yang berkualiti
dan selamat
pembiayaan sosial yang mampan untuk meningkatkan aktiviti penjanaan pendapatan dan memajukan mobiliti sosioekonomi masyarakat
bersikap adil dalam berurusan dengan pengguna kewangan
Akta Kredit Pengguna untuk menetapkan keperluan perlindungan pengguna yang konsisten terhadap penyedia kredit bank dan bukan bank
profesionalisme tenaga kerja sektor kewangan termasuk pengantara merekaamalan pengambilan pekerja dan memperkenalkan rangka kerja
akauntabiliti bagi industri kewangan"Hab Pendidikan Kewangan" sebagai pusat tumpuan pembelajaran dan
penyelidikan antarabangsa untuk memupuk kumpulan bakat tempatan yang mampan
Kepimpinan yang aktif menggalakkan pembaharuan strategik yang berterusan dengan menggalakkan inovasi dan pemikiran kreatif
Menerapkan pendekatan tangkas untuk membolehkan penyelesaian pantas, termasuk pembangunan set kemahiran yang diperlukan
Pendigitalan tempat kerja untuk membolehkan pergerakan yang bebas, pengurusan maklumat yang cekap dan kerjasama yang lancar
Sumber: Bank Negara Malaysia
Kes
tab
ilan
Sis
tem
Kew
ang
an
Men
ing
katk
anP
rofe
sio
nalis
me
dan
Kem
ahir
an
Kes
ejah
tera
anS
osi
oek
on
om
iD
alam
Neg
eri
151Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
*
Mel
apo
r ke
pad
a G
aben
or
**
Tim
bal
an P
eng
arah
Naz
rul H
isya
m b
in M
ohd
No
h
Set
iaus
aha
Lem
bag
a P
eng
arah
Naz
rul H
isya
m b
in M
ohd
No
h
Ket
ua S
taf
BA
NK
NE
GA
RA
MA
LA
YS
IAS
tru
ktu
r O
rga
nis
asi
LEM
BA
GA
PE
NG
AR
AH
Jaw
atan
kuas
a R
isik
o L
emb
aga
Do
nald
Jo
shua
Jag
anat
han,
FC
B
Set
iaus
aha
Jaw
atan
kuas
a
Ab
u H
assa
n A
lsha
ri b
in Y
ahay
a
Set
iaus
aha
Jaw
atan
kuas
a
Mo
ham
ad M
uhsi
n b
in M
ohd
Ana
s
Aud
it D
alam
Jaw
atan
kuas
a Ta
db
irU
rus
Lem
bag
aJa
wat
anku
asa
Aud
it L
emb
aga
GA
BE
NO
R
Muh
amm
ad b
in Ib
rahi
m, F
CB
Set
iaus
aha
Jaw
atan
kuas
a
Ong
Li M
ing
Ong
Li M
ing
Pen
gur
usan
Ris
iko
Pej
abat
Gab
eno
r
Ko
mun
ikas
i Str
ateg
ik
Pen
gur
usan
Str
ateg
ik
PE
NO
LON
G G
AB
EN
OR
Dr.
No
rhan
a b
inti
End
ut
Das
ar M
one
tari
Mo
hd F
razi
ali b
in Is
mai
l
Eko
nom
i
Sha
msu
dd
in b
in M
ohd
Mah
ayid
in
Ant
arab
ang
sa
Toh
Ho
ck C
hai
Per
khid
mat
an S
tati
stik
No
rzila
bin
ti A
bd
ul A
ziz
Do
nald
Jo
shua
Jag
anat
han,
FC
B
PE
NO
LON
G G
AB
EN
OR
Mo
ham
ed R
ezw
anb
in A
bd
ulla
h Is
mai
l
Pen
yelia
an K
ong
lom
erat
Kew
ang
an
Pen
yelia
an In
sura
ns d
an T
akaf
ul
Hew
Ee-
Lu
Cin
dy
Sia
h H
oo
i Ho
on
Pen
yelia
an P
erb
anka
n
Dan
iel C
hin
She
n Li
Uni
t P
akar
Ris
iko
Mad
elen
a b
inti
Mo
ham
ed
Mar
zuni
sham
bin
Om
ar
PE
NO
LON
G G
AB
EN
OR
Mo
hd Z
abid
i bin
Md
No
r
Per
ban
kan
Isla
m d
an T
akaf
ul
Pem
anta
uan
dan
Pen
gaw
asan
Kew
ang
an
Das
ar K
ewan
gan
Pru
den
Jere
my
Lee
Eng
Hua
t
Ko
nsum
er d
an A
mal
an P
asar
an
Pen
tad
bir
an P
eng
awal
and
an P
enye
liaan
Azi
lah
bin
ti A
hmad
**PE
NO
LON
G G
AB
EN
OR
Azn
an b
in A
bd
ul A
ziz
Pem
ban
gun
an S
ekto
r K
ewan
gan
Kew
ang
an P
emb
ang
unan
dan
Ent
erp
ris
Tan
Nya
t C
huan
Das
ar S
iste
m P
emb
ayar
an
Nik
Mo
ham
ed D
in b
in N
ik M
usa
Mar
ina
bin
ti A
bd
ul K
ahar
Pen
gaw
alan
Per
niag
aan
Per
khid
mat
an W
ang
Yoo
n Ye
w K
huen
Pem
ban
gun
an In
sura
ns
Sha
ik A
bdul
Ras
heed
bi
n A
bdul
Gha
ffou
r, C
B
TIM
BA
LAN
GA
BE
NO
R
Sha
zmee
r b
in M
okh
tar*
*
Uni
t P
rom
osi
MIF
CChe
w C
heng
Lia
n (J
essi
ca),
CB
TIM
BA
LAN
GA
BE
NO
R
Ab
d. R
ahm
an b
in A
bu
Bak
ar
Per
isik
an K
ewan
gan
dan
Pen
gua
tkua
saan
Arl
ina
bin
ti A
riff
LIN
K d
an P
ejab
at B
NM
PE
NO
LON
G G
AB
EN
OR
—
Kew
ang
an
Ab
u H
assa
n A
lsha
ri b
in Y
ahay
a
Pen
tadb
iran
Per
tuka
ngan
Asi
ng
PE
NO
LON
G G
AB
EN
OR
Op
eras
i Pel
abur
an d
anP
asar
an K
ewan
gan
Ab
dul
Rah
man
bin
Hus
sein
Pen
gur
usan
dan
Op
eras
iM
ataw
ang
Tho
mas
Tan
Ko
on
Pen
g
Wan
Mo
hd N
azri
bin
Wan
Osm
an
Und
ang
-Und
ang
Azm
an b
in M
at A
li
Ahm
ad H
izza
d b
in B
ahar
udd
in
Faiz
al b
in M
uham
mad
Sud
in**
Per
khid
mat
an A
m d
anS
umb
er M
anus
ia
PE
NO
LON
G G
AB
EN
OR
Kri
stin
a R
ai a
/p H
akik
at R
ai
Per
khid
mat
an IT
Pus
at P
emb
ang
unan
Mo
dal
Insa
n
Suh
aim
i bin
Ali
Ruz
iana
bin
ti M
ohd
Mo
khta
r**
Per
khid
mat
an P
erb
anka
n P
usat
Mo
dal
Insa
n S
trat
egik
*
Inta
n S
hahi
ra b
inti
Mo
hd S
hahr
u
Mo
hd A
dha
ri b
in B
elal
Din
Mo
hd N
or
bin
Mas
hor
PE
NG
UR
US
BE
SA
R
Per
khid
mat
an S
okon
gan
Ber
pusa
t
Lim
Fo
o T
hai
Joha
r b
in M
okh
tar
Per
khid
mat
an P
eng
urus
an F
asili
ti
Yuso
ff b
in S
ulo
ng
Pen
gur
usan
Kes
elam
atan
O
rgan
isas
i
Hai
ri b
in A
dam
Per
khid
mat
an H
osp
ital
iti
Muz
ium
, Gal
eri S
eni d
an P
erkh
idm
atan
P
usat
Pen
guru
san
Ilmu
Pen
geta
huan
Pej
abat
Pen
guru
san
Per
khid
mat
an
Sok
onga
n B
erpu
sat
—
—
Qai
ser
Iska
ndar
bin
Anw
arud
in
152 Laporan Tahunan 2017
Tadb
ir Urus, P
emb
angunan Organisasi d
an Kom
unikasi
Gabenor
Timbalan GabenorTimbalan Gabenor
Setiausaha Lembaga Pengarah
Penolong GabenorPenolong GabenorPenolong GabenorPenolong GabenorPenolong GabenorPenolong Gabenor
Ketua Staf Pejabat GabenorKomunikasi StrategikPengurusan Strategik
Pengarah Audit Dalam Pengurusan Risiko
EkonomiEkonomiDasar MonetariAntarabangsaPerkhidmatan Statistik
PengawalanPembangunan Sektor KewanganPerbankan Islam dan TakafulPemantauan dan Pengawasan KewanganDasar Kewangan PrudenKewangan Pembangunan dan EnterprisDasar Sistem PembayaranKonsumer dan Amalan PasaranPengawalan Perniagaan Perkhidmatan WangPembangunan Insurans
PenyeliaanPenyeliaan Konglomerat KewanganPenyeliaan Insurans dan TakafulPenyeliaan PerbankanUnit Pakar Risiko
Pentadbiran Pengawalan dan Penyeliaan
Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan
Pelaburan dan OperasiOperasi Pelaburan dan Pasaran KewanganPentadbiran Pertukaran AsingPengurusan dan Operasi Matawang
Pembangunan OrganisasiModal Insan StrategikKewanganUndang-UndangPerkhidmatan ITPusat Pembangunan Modal Insan
Perkhidmatan Perbankan PusatPerkhidmatan Am dan Sumber Manusia
LINK dan Pejabat BNMUnit Promosi MIFC
Perkhidmatan Sokongan BerpusatPengurus BesarPejabat Pengurusan Perkhidmatan Sokongan BerpusatPerkhidmatan Pengurusan FasilitiPerkhidmatan HospitalitiPengurusan Keselamatan OrganisasiMuzium, Galeri Seni dan Perkhidmatan Pusat Pengurusan Ilmu Pengetahuan
Ketua PerwakilanPejabat Perwakilan BeijingPejabat Perwakilan LondonPejabat Perwakilan New York
Ketua Pejabat BNM Johor BahruBNM Pulau PinangBNM KuchingBNM Kota KinabaluBNM Kuala Terengganu
* Timbalan Pengarah** Pengurus
Muhammad bin Ibrahim, FCB
Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour, CBChew Cheng Lian (Jessica), CB Nazrul Hisyam bin Mohd Noh
Norzila binti Abdul AzizDonald Joshua Jaganathan, FCBAbu Hassan Alshari bin YahayaMarzunisham bin Omar Ahmad Hizzad bin Baharuddin Mohd Adhari bin Belal Din
Nazrul Hisyam bin Mohd Noh
Mohamad Muhsin bin Mohd Anas Ong Li Ming
Mohd Fraziali bin Ismail Dr. Norhana binti EndutShamsuddin bin Mohd MahayidinToh Hock Chai
Aznan bin Abdul Aziz Mohd Zabidi bin Md Nor Qaiser Iskandar bin Anwarudin Madelena binti Mohamed Marina binti Abdul Kahar Tan Nyat Chuan Jeremy Lee Eng Huat Nik Mohamed Din bin Nik Musa Yoon Yew Khuen
Mohamed Rezwan bin Abdullah Ismail Hew Ee-Lu Cindy Siah Hooi Hoon Daniel Chin Shen Li Azilah binti Ahmad*
Abd. Rahman bin Abu Bakar
Abdul Rahman bin Hussein Azman bin Mat AliThomas Tan Koon Peng
Intan Shahira binti Mohd Shahru – Wan Mohd Nazri bin Wan Osman Suhaimi bin AliKristina Rai a/p Hakikat RaiRuziana binti Mohd Mokhtar*Faizal bin Muhammad Sudin*
Arlina binti Ariff Shazmeer bin Mokhtar*
Mohd Nor bin Mashor Lim Foo Thai Johar bin Mokhtar Hairi bin Adam Yusoff bin Sulong – Albert See Choon Kwang* Raja Syamsul Anwar bin Raja Mohammed Affandi* Harris bin Hassan**
Raman a/l Krishnan* Hasjun binti Hashim* Rosnani binti Mahamad Zain* Zambre bin Ismail* Adlis Khairil Sazli bin Mohd Zaini*
Ahli-AhliLembaga Pengarah dan
Jawatankuasa Bank
155 Ahli-Ahli Lembaga Pengarah157 Jawatankuasa Pengurusan 159 Jawatankuasa Dasar Monetari 161 Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan 163 Majlis Penasihat Shariah 165 Jawatankuasa Kestabilan Kewangan
Ahli-A
hli Lemb
aga Pengarah d
an Jawatankuasa B
ank
155Laporan Tahunan 2017
Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma binti Yaakob
Ahli Jawatankuasa
Tadbir Urus Lembaga
Dato Sri Lim Haw Kuang
Pengerusi, Jawatankuasa
Risiko Lembaga
Muhammad bin Ibrahim, FCB
Gabenor dan Pengerusi
Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah
Ketua Setiausaha
Perbendaharaan
Dato’ N. Sadasivan a/l N.N. Pillay
Ahli Jawatankuasa
Tadbir Urus Lembaga
Ahli Jawatankuasa Audit
Lembaga
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sulaiman bin Mahbob
Pengerusi, Jawatankuasa
Tadbir Urus Lembaga
Ahli Jawatankuasa Audit
Lembaga
Datuk Chin Kwai Yoong
Pengerusi, Jawatankuasa
Audit Lembaga
Ahli Jawatankuasa
Tadbir Urus Lembaga
Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour, CB
Timbalan Gabenor
Lembaga Pengarah ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Datuk Dr. Yusof bin Basiran dan Dato’ Lee Yeow Chor yang tamat tempoh perkhidmatan mereka pada 28 Februari 2018, dan Dr. Sukudhew Singh yang bersara sebagai Timbalan Gabenor pada 31 Disember 2017.
Ahli-Ahli Lembaga Pengarah
Chew Cheng Lian (Jessica), CB
Timbalan Gabenor
Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jaw
atankuasa Bank
157Laporan Tahunan 2017
Jawatankuasa Pengurusan
Ahmad Hizzad bin Baharuddin, FCBPenolong Gabenor
Abu Hassan Alshari bin YahayaPenolong Gabenor
Norzila binti Abdul AzizPenolong Gabenor
Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour, CBTimbalan Gabenor
Muhammad bin Ibrahim, FCBGabenor
Chew Cheng Lian (Jessica), CB Timbalan Gabenor
Donald Joshua Jaganathan, FCBPenolong Gabenor
Marzunisham bin OmarPenolong Gabenor
Mohd. Adhari bin Belal DinPenolong Gabenor
Ahli-ahli dari kiri ke kanan
Ahli-A
hli Lemb
aga Pengarah d
an Jawatankuasa B
ank
159Laporan Tahunan 2017
Jawatankuasa Dasar Monetari
Dasar monetari dirumuskan secara bebas oleh Jawatankuasa Dasar Monetari berasaskan rangka kerja tadbir urus yang mantapMatlamat utama dasar monetari di Malaysia adalah untuk mengekalkan kestabilan harga dengan mengambil kira perkembangan dalam ekonomi. Di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Central Bank of Malaysia Act 2009, CBA 2009), Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia diberi tanggungjawab untuk merumuskan dasar monetari dan dasar bagi mengendalikan operasi dasar monetari1. Dalam hal ini, MPC membuat keputusan mengenai kadar faedah dasar iaitu Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) untuk mempengaruhi kadar faedah lain dalam ekonomi.
Dalam melaksanakan mandat ini, MPC menentukan hala tuju dasar monetari berasaskan penilaian terhadap imbangan risiko kepada prospek pertumbuhan dan infl asi domestik. MPC juga memantau risiko ketidakseimbangan kewangan berdasarkan implikasinya terhadap prospek ekonomi. Jawatankuasa ini bermesyuarat sekurang-kurangnya enam kali setahun untuk membuat keputusan mengenai OPR. Selepas setiap mesyuarat, Pernyataan Dasar Monetari (Monetary Policy Statement, MPS) diterbitkan bagi memberikan penjelasan mengenai keputusan yang telah dibuat.
Ahli-ahli MPC terdiri daripada Gabenor, Timbalan-Timbalan Gabenor, dan antara tiga hingga tujuh orang ahli lain, termasuk ahli dari luar Bank yang dilantik oleh Menteri Kewangan atas syor Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga Bank. Pada masa ini, MPC mempunyai enam orang ahli, dua daripadanya adalah ahli dari luar Bank. Keahlian MPC bertujuan untuk menggabungkan pelbagai kepakaran dan pengalaman yang kritikal dalam membuat keputusan yang mantap mengenai dasar monetari.
Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlanbin GhazaliNaib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia
Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour, CBTimbalan Gabenor
Muhammad bin Ibrahim, FCBGabenor dan Pengerusi
Chew Cheng Lian (Jessica), CBTimbalan Gabenor
Prof. Dr. Yeah Kim LengProfesor Ekonomi, Sunway University Business School,
Sunway University
Norzila binti Abdul AzizPenolong Gabenor
Ahli-ahli dari kiri ke kanan
1 Untuk keterangan terperinci tentang evolusi MPC, dan tadbir urus serta prosesnya, sila rujuk rencana ‘Evolusi Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia: Peristiwa Penting Sejak Penubuhannya’ dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2015.
Ahli-A
hli Lemb
aga Pengarah d
an Jawatankuasa B
ank
161Laporan Tahunan 2017
Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan
Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan (Jawatankuasa Eksekutif) ditubuhkan pada tahun 2010 menurut Seksyen 37 Akta Bank Negara Malaysia 2009 (CBA 2009). Tujuan utama jawatankuasa ini adalah untuk membantu Bank melaksanakan mandat berkanunnya bagi memelihara kestabilan kewangan, melalui kuasa yang dipegang untuk menentukan langkah-langkah dasar tertentu yang boleh diambil oleh Bank bagi menghindari atau mengurangkan risiko terhadap kestabilan kewangan. Langkah-langkah tersebut adalah:
• Mengeluarkan arahan kepada individu atau institusi kewangan yang tidak dikawal selia oleh Bank untuk mengambil langkah-langkah tertentu;
• Memberikan bantuan mudah tunai kepada institusi kewangan yang tidak dikawal selia oleh Bank, atau kepada operasi luar negeri institusi kewangan berlesen di Malaysia; dan
• Memberikan sokongan modal kepada institusi kewangan berlesen di Malaysia yang tidak berdaya maju.
Jawatankuasa Eksekutif merupakan komponen utama rangka kerja akauntabiliti yang telah diinstitusikan untuk melaksanakan kuasa kestabilan kewangan yang luas yang diberikan kepada Bank di bawah CBA 2009. Jawatankuasa ini bertindak untuk memastikan langkah-langkah yang dicadangkan dalam bidang kuasanya adalah wajar, mantap dan menyeluruh untuk menangani risiko sistemik yang dikenal pasti. Jawatankuasa Eksekutif bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Jawatankuasa Eksekutif ini terdiri daripada tujuh orang ahli, dengan majoriti daripada mereka mestilah terdiri daripada ahli bukan eksekutif yang tidak terlibat dengan Pengurusan Bank. Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ini tertakluk pada Kod Etika dan Konfl ik Kepentingan, yang bertujuan untuk memelihara integriti dalam keputusan yang dibuat.
Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan
Yoong Sin Min
Pakar Luar
Muhammad bin Ibrahim, FCB
Gabenor dan Pengerusi
Rafi z Azuan Abdullah
Ketua Pegawai Eksekutif,Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Datuk Johan bin Idris
Pakar Luar
Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour, CB
Timbalan Gabenor
Tan Sri Dato’ Seri Ranjit Ajit Singh
Pengerusi, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Ahli-A
hli Lemb
aga Pengarah d
an Jawatankuasa B
ank
163Laporan Tahunan 2017
Burhanuddin bin LukmanKetua Unit Takaful, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA)
Prof. Dr. Asmadi bin Mohamed NaimDekan, Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia
Prof. Dr. Mohamad Akram bin LaldinPengarah Eksekutif, ISRA
Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifl i bin Mohamad Al-BakriMufti Wilayah Persekutuan
Prof. Dr. Ashraf bin Md. Hashim (Timbalan Pengerusi)Ketua Pegawai Eksekutif, ISRA Consultancy
Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar (Pengerusi)Pengasas dan Pengerusi Eksekutif, Amanie Group
Dato’ A. Aziz bin A. RahimPengerusi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Tan Sri Sheikh Ghazali bin Abdul RahmanPenasihat Undang-undang Syariah, Jabatan Peguam Negara
Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah binti Engku AliProfesor, Institut Perbankan dan Kewangan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM Institute of Islamic Banking and Finance, IIiBF)
Dr. Shamsiah binti MohamadPenyelidik Kanan, ISRA
Ahli-ahli dari kiri ke kanan
Majlis Penasihat Shariah
Majlis Penasihat Shariah
Majlis Penasihat Shariah (MPS) Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada bulan Mei 1997 sebagai badan berautoriti Syariah tertinggi dalam perbankan Islam dan takaful di Malaysia. Berdasarkan peruntukan Akta Bank Negara Malaysia 2009 (CBA 2009), peranan dan fungsi MPS telah diperkukuh lagi sebagai badan berautoriti dalam menentukan hukum Syarak bagi aktiviti kewangan Islam yang dikawal selia oleh Bank.
MPS memegang peranan penting untuk memastikan ketekalan keputusan Syariah yang diterima pakai dalam industri perbankan Islam dan takaful. Keputusan Syariah yang dibuat oleh MPS merupakan sumber rujukan utama institusi kewangan Islam bagi memastikan pematuhan Syariah yang menyeluruh dalam struktur dan pelaksanaan produk dan perkhidmatan kewangan mereka. Di samping itu, CBA 2009 memperuntukkan bahawa apa-apa kemusykilan berkenaan hal ehwal Syariah di mahkamah atau prosiding timbang tara hendaklah dirujuk kepada MPS, dan keputusan MPS adalah mengikat.
MPS menyediakan asas Syariah untuk pembangunan rangka kerja pengawalseliaan berasaskan kontrak Syariah yang komprehensif untuk perbankan Islam dan takaful di Malaysia. Dalam hal ini, MPS menggariskan ciri-ciri penting kontrak dengan mengambil kira pelbagai pandangan Syariah, dapatan penyelidikan, serta adat kebiasaan dan amalan pasaran. Melangkah ke hadapan, ahli-ahli MPS, secara individu dan secara kolektif, akan memperluas lingkungan pengaruhnya untuk menyokong lebih banyak inovasi produk dan menggalakkan pengharmonian tafsiran Syariah di peringkat tempatan dan global.
Pelantikan ahli-ahli MPS dibuat setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Menteri Kewangan selepas mendapat maklum balas Bank. Pada masa ini, MPS mempunyai sepuluh (10) orang ahli yang terdiri daripada pakar Syariah dan undang-undang terkemuka.
Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Jaw
atankuasa Bank
165Laporan Tahunan 2017
Jawatankuasa Kestabilan Kewangan
Jawatankuasa Kestabilan Kewangan (Financial Stability Committee, FSC) adalah jawatankuasa dalaman peringkat tinggi Bank. Jawatankuasa ini bertanggungjawab memantau dan mengambil tindakan untuk mengurangkan atau mengelakkan risiko kepada kestabilan kewangan yang berpunca daripada perkembangan sistem keseluruhan dan institusi. Seksyen 29 Akta Bank Negara Malaysia 2009 mentakrifkan “risiko kepada kestabilan kewangan” sebagai “risiko yang pada pendapat Bank boleh menggugat, atau berkemungkinan untuk menggugat, proses pengantaraan kewangan termasuk operasi pasaran wang dan pasaran pertukaran asing yang teratur, atau boleh menjejaskan, atau berkemungkinan untuk menjejaskan, keyakinan orang ramai terhadap sistem kewangan atau kestabilan sistem”.
FSC menilai dan memutuskan:• dasar kehematan makro untuk mengurangkan atau mengelakkan risiko yang dikenal pasti kepada sistem kewangan secara
keseluruhannya;• tindak balas pengawalseliaan penting untuk menangani risiko yang timbul dalam setiap institusi kewangan yang dikawal selia
oleh Bank;• tindakan penyelesaian suatu institusi kewangan yang tidak lagi berdaya maju, atau akan tidak berdaya maju. Ini termasuk
memaklumkan kepada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) bagi tujuan tindakan penyelesaian oleh PIDM, jika berkenaan; dan
• saranan kepada Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan mengenai perlaksanaan mandat di bawah bidang kuasanya.
Peranan penting FSC ialah untuk memantau keberkesanan dasar dan tindakan yang diambil; dan memastikan mereka tetap relevan, dengan mengambil kira perkembangan risiko.
FSC dipengerusikan oleh Gabenor dan anggotanya terdiri daripada semua Timbalan Gabenor dan Penolong Gabenor yang bertanggungjawab terhadap pengawalseliaan, pengawasan, operasi perbendaharaan dan sistem pembayaran. Mesyuarat ini secara amnya dijalankan empat kali setahun. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pegawai kanan Bank yang terpilih.
Jawatankuasa Kestabilan Kewangan
Marzunisham bin OmarPenolong Gabenor
Ahmad Hizzad bin Baharuddin, FCBPenolong Gabenor
Muhammad bin Ibrahim, FCBGabenor dan Pengerusi
Donald Joshua Jaganathan, FCBPenolong Gabenor
Shaik Abdul Rasheed bin Abdul Ghaffour, CBTimbalan Gabenor
Chew Cheng Lian (Jessica), CBTimbalan Gabenor
Laporan Tahunan 2017
Penyata K
ewang
an Tahunan
167
175 Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017176 Penyata Pendapatan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017177 Nota-nota bagi Penyata Kewangan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017
PenyataKewangan
Tahunan
Laporan Tahunan 2017 169
Penyata Kewangan Tahunan
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN
BANK NEGARA MALAYSIABAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2017
Laporan Mengenai Penyata Kewangan
Pendapat
Saya telah mengaudit Penyata Kewangan Bank Negara Malaysia yang merangkumi Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017 dan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut, ringkasan dasar perakaunan yang signifi kan dan nota penjelasan yang lain.
Pada pendapat saya, Penyata Kewangan ini memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Bank Negara Malaysia pada 31 Disember 2017 dan prestasi kewangan serta hasil operasi bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut, dalam semua aspek yang ketara, selaras dengan Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan piawaian pelaporan kewangan yang diluluskan di Malaysia setakat mana Lembaga Pengarah berpendapat wajar berbuat demikian dengan mengambil kira matlamat dan fungsinya. Penyediaan Penyata Kewangan ini adalah berbeza dalam beberapa aspek daripada piawaian perakaunan yang diluluskan di Malaysia.
Asas Kepada Pendapat
Saya telah melaksanakan pengauditan berdasarkan Akta Audit 1957 dan The International Standards of Supreme Audit Institutions. Tanggungjawab saya dihuraikan selanjutnya di perenggan Tanggungjawab Juruaudit Terhadap Pengauditan Penyata Kewangan dalam laporan ini. Saya percaya bahawa bukti audit yang diperoleh adalah mencukupi dan bersesuaian untuk dijadikan asas kepada pendapat saya.
Kebebasan dan Tanggungjawab Etika Lain
Saya adalah bebas daripada Bank Negara Malaysia dan telah memenuhi tanggungjawab etika lain berdasarkan The International Standards of Supreme Audit Institutions.
Laporan Tahunan 2017
Penyata K
ewang
an Tahunan
170
Perkara Utama Audit
Perkara Utama Audit adalah perkara yang pada pertimbangan profesional saya, merupakan perkara paling signifi kan dalam pengauditan terhadap Penyata Kewangan Bank Negara Malaysia bagi tahun 2017. Saya telah menentukan bahawa tiada Perkara Utama Audit yang perlu dikomunikasikan dalam laporan saya.
Maklumat Lain Selain Daripada Penyata Kewangan dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenainya
Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia bertanggungjawab terhadap maklumat lain dalam Laporan Tahunan. Pendapat saya terhadap Penyata Kewangan Bank Negara Malaysia tidak meliputi maklumat lain selain daripada Penyata Kewangan dan Laporan Ketua Audit Negara mengenainya dan saya tidak menyatakan sebarang bentuk kesimpulan jaminan mengenainya.
Tanggungjawab Lembaga Pengarah Terhadap Penyata Kewangan
Lembaga Pengarah bertanggungjawab terhadap penyediaan Penyata Kewangan yang memberi gambaran benar dan saksama selaras dengan Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan piawaian pelaporan kewangan berkaitan yang diluluskan di Malaysia setakat mana Lembaga Pengarah berpendapat wajar berbuat demikian dengan mengambil kira matlamat dan fungsinya. Lembaga Pengarah juga bertanggungjawab terhadap kawalan dalaman yang ditetapkan perlu oleh Lembaga Pengarah bagi membolehkan penyediaan Penyata Kewangan yang bebas daripada salah nyata atau ketinggalan yang ketara sama ada disebabkan oleh fraud atau kesilapan.
Semasa penyediaan Penyata Kewangan Bank Negara Malaysia, Lembaga Pengarah bertanggungjawab untuk menilai keupayaan Bank Negara Malaysia untuk beroperasi sebagai satu usaha berterusan, mendedahkannya jika berkaitan serta menggunakannya sebagai asas perakaunan.
Tanggungjawab Juruaudit Terhadap Pengauditan Penyata Kewangan
Objektif saya adalah untuk memperoleh keyakinan yang munasabah sama ada Penyata Kewangan Bank Negara Malaysia secara keseluruhannya adalah bebas daripada salah nyata yang ketara, sama ada disebabkan fraud atau kesilapan, dan mengeluarkan Laporan Ketua Audit Negara yang merangkumi pendapat saya. Jaminan yang munasabah adalah satu tahap jaminan yang tinggi, tetapi bukan satu jaminan bahawa audit yang dijalankan mengikut The International Standards of Supreme Audit Institutions akan sentiasa mengesan salah nyata yang ketara apabila ia wujud. Salah nyata boleh wujud daripada fraud atau kesilapan dan dianggap ketara sama ada secara individu atau agregat sekiranya boleh dijangkakan dengan munasabah untuk mempengaruhi keputusan ekonomi yang dibuat oleh pengguna berdasarkan Penyata Kewangan ini. Sebagai sebahagian daripada pengauditan mengikut The International Standards of Supreme Audit Institutions, saya menggunakan pertimbangan profesional dan mengekalkan keraguan profesional sepanjang pengauditan. Saya juga:
a. Mengenal pasti dan menilai risiko salah nyata ketara dalam Penyata Kewangan Bank Negara Malaysia, sama ada disebabkan fraud atau kesilapan, merangka dan melaksanakan prosedur audit yang responsif terhadap risiko berkenaan serta mendapatkan bukti audit yang mencukupi dan bersesuaian untuk memberikan asas kepada pendapat saya. Risiko untuk tidak mengesan salah nyata ketara akibat daripada fraud adalah lebih tinggi daripada kesilapan, kerana fraud mungkin melibatkan pakatan, pemalsuan, ketinggalan yang disengajakan, representasi yang salah, atau mengatasi kawalan dalaman.
b. Memahami kawalan dalaman yang relevan untuk merangka prosedur audit yang bersesuaian tetapi bukan untuk menyatakan pendapat mengenai keberkesanan kawalan dalaman Bank Negara Malaysia.
Laporan Tahunan 2017
Penyata K
ewang
an Tahunan
171
c. Menilai kesesuaian dasar perakaunan yang diguna pakai, kemunasabahan anggaran perakaunan dan pendedahan yang berkaitan oleh Lembaga Pengarah.
d. Membuat kesimpulan terhadap kesesuaian penggunaan asas perakaunan untuk usaha berterusan oleh Lembaga Pengarah dan berdasarkan bukti audit yang diperoleh, sama ada wujudnya ketidakpastian ketara yang berkaitan dengan peristiwa atau keadaan yang mungkin menimbulkan keraguan yang signifi kan terhadap keupayaan Bank Negara Malaysia sebagai satu usaha berterusan. Jika saya membuat kesimpulan bahawa ketidakpastian ketara wujud, saya perlu melaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara terhadap pendedahan yang berkaitan dalam Penyata Kewangan Bank Negara Malaysia atau, jika pendedahan tersebut tidak mencukupi, pendapat saya akan diubah. Kesimpulan saya dibuat berdasarkan bukti audit yang diperoleh sehingga tarikh Laporan Ketua Audit Negara.
e. Menilai sama ada keseluruhan persembahan termasuk pendedahan Penyata Kewangan Bank Negara Malaysia memberi gambaran yang saksama.
Saya telah berkomunikasi dengan Lembaga Pengarah, antaranya mengenai skop dan tempoh pengauditan yang dirancang termasuk kawalan dalaman serta penemuan audit yang signifi kan.
Laporan Mengenai Keperluan Perundangan dan Peraturan Lain
Selaras dengan keperluan Seksyen 9 Akta Bank Negara Malaysia 2009, saya juga melaporkan bahawa pada pendapat saya, rekod perakaunan dan rekod lain yang dikehendaki Akta untuk disimpan oleh Bank Negara Malaysia telah disimpan dengan teratur menurut peruntukan Akta.
Hal-hal Lain
Laporan ini dibuat untuk Lembaga Pengarah dan bukan untuk tujuan lain. Saya tidak bertanggungjawab terhadap pihak lain bagi kandungan laporan ini.
(TAN SRI DR. MADINAH BINTI MOHAMAD)KETUA AUDIT NEGARAMALAYSIA
PUTRAJAYA8 MAC 2018
Laporan Tahunan 2017
Penyata K
ewang
an Tahunan
173
Kami, Muhammad bin Ibrahim dan Chin Kwai Yoong, yang merupakan Pengerusi dan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia, dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat Lembaga Pengarah, penyata kewangan ini disediakan untuk memberikan pandangan yang benar dan saksama berkenaan kedudukan Bank Negara Malaysia pada 31 Disember 2017 dan hasil operasinya bagi tahun yang berakhir pada tarikh itu, mengikut Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia setakat yang, pada pendapat Lembaga Pengarah, adalah wajar, dengan mengambil kira matlamat dan fungsi Bank.
PENYATA PENGERUSI DAN SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH
Bagi pihak Lembaga Pengarah,
CHIN KWAI YOONGPENGARAH
28 FEBRUARI 2018KUALA LUMPUR
Bagi pihak Lembaga Pengarah,
GABENOR MUHAMMAD BIN IBRAHIM, FCBPENGERUSI
28 FEBRUARI 2018KUALA LUMPUR
BANK NEGARA MALAYSIA
Laporan Tahunan 2017
Penyata K
ewang
an Tahunan
174
Saya, Affendi bin Rashdi, pegawai utama yang bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan Bank Negara Malaysia dengan sesungguhnya dan seikhlasnya mengakui bahawa penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017, mengikut sebaik-baik pengetahuan dan kepercayaan saya, adalah betul dan saya membuat ikrar ini dengan sebenarnya mempercayai bahawa ia adalah benar dan atas kehendak Akta Akuan Berkanun, 1960.
Sebenarnya dan sesungguhnya diakui )oleh penama di atas di Kuala Lumpur )pada 28 Februari 2018. )
PENGAKUAN OLEH PEGAWAI UTAMA YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN BANK NEGARA MALAYSIA
Di hadapan saya,
BANK NEGARA MALAYSIA
Laporan Tahunan 2017
Penyata K
ewang
an Tahunan
175
BANK NEGARA MALAYSIA
PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN PADA 31 DISEMBER 2017
2017 2016
RM juta RM juta
ASET Nota
Emas dan Pertukaran Asing 3 406,798 415,506
Kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa 4 3,116 3,467
Milikan Hak Pengeluaran Khas 4 4,737 4,956
Kertas Kerajaan Malaysia 5 4,226 4,265
Deposit dengan Institusi Kewangan 6 8,913 1,528
Pinjaman dan Pendahuluan 7 7,593 7,740
Tanah dan Bangunan 8 4,180 2,114
Aset-aset Lain 9 10,283 11,403
Jumlah Aset 449,846 450,979
LIABILITI DAN MODAL
Mata Wang dalam Edaran 103,585 97,752
Deposit oleh: Institusi Kewangan 181,718 170,249
Kerajaan Persekutuan 7,479 9,441
Lain-lain 10 1,456 534
Kertas Bank Negara 7,268 8,602
Peruntukan Hak Pengeluaran Khas 4 7,759 8,118
Liabiliti-liabiliti Lain 11 3,762 11,446
Jumlah Liabiliti 313,027 306,142
Modal Berbayar 12 100 100
Kumpulan Wang Rizab Am 13 14,744 14,666
Rizab Risiko 14 118,657 126,741
Rizab Penilaian Semula Tanah 15 752 752
Keuntungan Sebelum Agihan 16 2,566 2,578
Jumlah Modal 136,819 144,837
Jumlah Liabiliti dan Modal 449,846 450,979
Nota-nota pada muka surat yang berikut merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini.
Laporan Tahunan 2017
Penyata K
ewang
an Tahunan
176
BANK NEGARA MALAYSIA
PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2017
2017RM juta
2016RM juta
Nota
Jumlah Pendapatan 17 10,043 9,024
Tolak:
Perbelanjaan Berulang 18 (1,287) (1,124)
Perbelanjaan Pembangunan 19 (1,247) (1,373)
Jumlah Perbelanjaan (2,534) (2,497)
Untung Bersih Sebelum Perbelanjaan Cukai 7,509 6,527
Tolak: Cukai 20 (43) (49)
Untung Bersih Selepas Perbelanjaan Cukai 7,466 6,478
Tolak: Pengagihan Pindahan kepada Rizab Risiko 14 (4,900) (3,900)
Keuntungan Sebelum Agihan tahun semasa 2,566 2,578
Nota-nota pada muka surat yang berikut merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini.
Laporan Tahunan 2017
Penyata K
ewang
an Tahunan
177
NOTA-NOTA BAGI PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2017
1. Maklumat Am Bank Negara Malaysia (Bank) merupakan badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara
Malaysia 1958. Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Bank Negara Malaysia 2009. Ibu pejabat Bank terletak di Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur.
Matlamat utama Bank adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan. Sehubungan dengan itu, fungsi utama Bank adalah seperti yang berikut:
(a) untuk merumuskan dan mengendalikan dasar monetari di Malaysia; (b) untuk mengeluarkan mata wang di Malaysia;
(c) untuk mengawal selia dan menyelia institusi kewangan yang tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank;
(d) untuk mengawasi pasaran wang dan pasaran pertukaran asing; (e) untuk mengawasi sistem pembayaran; (f) untuk menggalakkan sistem kewangan yang kukuh, progresif dan inklusif; (g) untuk memegang dan menguruskan rizab asing Malaysia; (h) untuk menggalakkan rejim kadar pertukaran yang selaras dengan asas-asas ekonomi negara; dan (i) untuk bertindak sebagai penasihat kewangan, jurubank dan ejen kewangan Kerajaan. Lembaga Pengarah telah meluluskan penyata kewangan tahunan ini pada 28 Februari 2018.
2. Dasar Perakaunan Dasar perakaunan utama yang digunakan dalam penyediaan penyata kewangan ini dihuraikan di bawah.
Dasar perakaunan ini digunakan secara konsisten untuk kedua-dua tahun kewangan yang dikemukakan, kecuali dinyatakan sebaliknya.
2.1 Asas Penyediaan Penyata Kewangan
(a) Penyata kewangan ini telah disediakan mengikut Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (Malaysian Financial Reporting Standards, MFRS) yang berkaitan. Seksyen 10 Akta Bank Negara Malaysia 2009 memperuntukkan bahawa, dalam penyediaan penyata kewangannya, Bank hendaklah mematuhi piawaian perakaunan setakat yang, pada pendapat Lembaga Pengarah, adalah wajar, dengan mengambil kira matlamat dan fungsi Bank. Dengan mengambil kira tanggungjawabnya untuk merumuskan dan mengendalikan dasar monetari yang berkesan serta menggalakkan kestabilan pasaran kewangan, Lembaga Pengarah berpendapat bahawa penyediaan penyata kewangan ini wajar berbeza daripada MFRS dalam beberapa aspek tertentu.
BANK NEGARA MALAYSIA
Laporan Tahunan 2017
Penyata K
ewang
an Tahunan
178
(b) Penyediaan penyata kewangan mengikut dasar yang dinyatakan pada para 2.1 (a) menghendaki pihak pengurusan membuat pertimbangan, anggaran dan andaian berdasarkan maklumat yang ada yang mungkin memberikan kesan kepada penggunaan dasar perakaunan dan jumlah aset dan liabiliti yang dilaporkan, termasuk pendedahan aset dan liabiliti luar jangka pada tarikh penyata kewangan, dan jumlah pendapatan dan perbelanjaan yang dilaporkan pada tahun kewangan. Walaupun anggaran ini berasaskan pengetahuan terbaik pihak pengurusan mengenai peristiwa dan tindakan semasa, hasil sebenar mungkin berbeza daripada anggaran yang dibuat.
2.2 Asas Pengukuran dan PerakaunanPenyata kewangan ini disediakan pada asas akruan, menggunakan konvensyen kos sejarah, kecuali dinyatakan sebaliknya.
2.3 Penukaran Mata Wang Asing(a) Penyata kewangan ini disediakan mengikut nilai Ringgit Malaysia, iaitu mata wang bagi
persekitaran ekonomi utama tempat Bank beroperasi.(b) Aset dan liabiliti dalam mata wang asing telah dinilai semula dalam Ringgit Malaysia
menggunakan kadar pertukaran semasa tarikh tahun kewangan berakhir. Urus niaga dalam mata wang asing pada tahun ini telah dinilai dalam Ringgit Malaysia menggunakan kadar pertukaran semasa pada tarikh urus niaga.
(c) Semua keuntungan atau kerugian belum realis yang disebabkan oleh penilaian semula kadar pertukaran mata wang asing bagi aset dan liabiliti diiktiraf dalam Rizab Risiko, manakala keuntungan atau kerugian realis semasa tarikh penjualan bagi aset-aset lain dan liabiliti-liabiliti lain diiktiraf dalam Penyata Pendapatan.
2.4 Emas Emas direkodkan pada nilai saksama. Keuntungan atau kerugian belum realis yang disebabkan oleh perubahan nilai saksama emas diiktiraf dalam Rizab Risiko. Keuntungan atau kerugian daripada penjualan emas diiktiraf dalam Penyata Pendapatan.
2.5 Sekuriti Asing Sekuriti asing dinyatakan pada kos terlunas atau pada nilai saksama. Perubahan nilai saksama diiktiraf dalam Rizab Risiko atau dalam Penyata Pendapatan. Setelah penyahiktirafan, keuntungan atau kerugian realis diiktiraf dalam Penyata Pendapatan.
2.6 Untung BersihUntung bersih Bank diagihkan mengikut seksyen 7 Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan hanya untung direalisasikan layak diagihkan kepada pemegang saham.
2.7 Perjanjian Belian Balik (Repo) dan Repo Berbalik Amaun yang dipinjam di bawah perjanjian repo dilaporkan di bawah Liabiliti-liabiliti Lain dan perbezaan antara harga jualan dengan harga belian balik diiktiraf sebagai perbelanjaan faedah dalam Penyata Pendapatan. Sebaliknya, amaun yang dipinjamkan di bawah perjanjian repo berbalik dilaporkan di bawah Aset-aset Lain dan perbezaan antara harga belian dengan harga jualan balik diiktiraf sebagai pendapatan faedah dalam Penyata Pendapatan.
BANK NEGARA MALAYSIA
Laporan Tahunan 2017
Penyata K
ewang
an Tahunan
179
2.8 Tanah dan Bangunan(a) Bank telah mempermodalkan semua tanahnya, manakala bangunan kekal dinyatakan pada
nilai kos nominal RM10 setiap satu.(b) Pada pengiktirafan awal, kos asal tanah yang dipermodalkan adalah termasuk harga belian
berserta sebarang kos tambahan yang ditanggung untuk menjadikan tanah tersebut kepada keadaan semasa.
(c) Selepas pengiktirafan awal, tanah dinyatakan pada nilai penilaian semula. Penilaian profesional terhadap tanah milik Bank akan dilaksanakan sekali setiap 10 tahun dengan sebarang lebihan daripada penilaian semula diiktiraf secara terus dalam Rizab Penilaian Semula Tanah.
(d) Keuntungan atau kerugian daripada jualan tanah dikira berdasarkan perbezaan antara hasil jualan bersih dengan jumlah nilai bawaan tanah itu. Selepas dijual, lebihan sebelum ini yang direkodkan dalam Rizab Penilaian Semula Tanah akan dipindahkan ke Keuntungan Sebelum Agihan.
(e) Tanah (pegangan bebas dan pajakan) tidak dilunaskan tetapi dinilaikan semula setiap 10 tahun. Nilai saksama ditentukan berasaskan bukti daripada pasaran yang dilaksanakan oleh penilai profesional yang bertauliah. Bangunan tidak disusut nilai tetapi dinilai semula kepada nilai nominal semasa tahun pembelian.
2.9 Aset Tetap Lain Semua aset tetap lain dihapus kira sepenuhnya pada tahun pembelian.
3. Emas dan Pertukaran Asing
2017RM juta
2016RM juta
Emas 6,348 6,411
Sekuriti Asing 373,925 345,024
Deposit Asing 4,999 6,306
Baki di Bank Pusat Lain 9,507 41,415
Lain-lain 12,019 16,350
406,798 415,506 4. Kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Milikan Hak Pengeluaran Khas (SDR)
dan Peruntukan Hak Pengeluaran KhasObjektif IMF adalah untuk memupuk kerjasama kewangan global, menjamin kestabilan kewangan, memudahkan perdagangan antarabangsa, menggalakkan lebih banyak peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta mengurangkan kemiskinan di seluruh dunia. IMF juga memberikan khidmat nasihat dan pembiayaan sementara kepada negara anggota sekiranya berlaku kesukaran imbangan pembayaran.
BANK NEGARA MALAYSIA
Laporan Tahunan 2017
Penyata K
ewang
an Tahunan
180
Kedudukan Rizab IMFIa terdiri daripada kedudukan bahagian rizab kuota Malaysia, pinjaman di bawah Rancangan Transaksi Kewangan (Financial Transaction Plan, FTP) dan Pengaturan Baharu untuk Meminjam (New Arrangements to Borrow, NAB). Kuota IMF menentukan kekuatan undian negara anggota, sumbangan kewangan kepada IMF, jumlah pembiayaan yang boleh diterima oleh negara anggota sekiranya menghadapi kesukaran imbangan pembayaran dan jumlah SDR diperuntukkan kepada negara anggota. Kedua-dua program FTP dan NAB adalah untuk memberikan pinjaman sekiranya IMF mempunyai keperluan terhadap dana yang melebihi sumber kuota.
Milikan Hak Pengeluaran KhasMilikan Hak Pengeluaran Khas (SDR) ialah aset rizab antarabangsa yang diwujudkan oleh IMF. SDR diperuntukkan secara berkala kepada negara-negara anggota IMF berdasarkan saiz kuota negara-negara anggota. Negara anggota boleh menggunakan SDR untuk memperoleh rizab pertukaran asing dari negara anggota lain serta membuat pembayaran termasuk kepada IMF.
Peruntukan Hak Pengeluaran KhasPeruntukan hak pengeluaran khas ialah liabiliti kepada IMF yang merupakan amaun SDR yang telah diterima sejak penubuhannya.
5. Kertas Kerajaan MalaysiaKertas Kerajaan Malaysia merujuk kepada pegangan instrumen hutang Kerajaan yang merupakan sebahagian daripada instrumen yang boleh digunakan dalam operasi dasar monetari Bank.
2017RM juta
2016RM juta
Sekuriti Kerajaan Malaysia 3,859 3,916
Sijil Pelaburan Kerajaan Malaysia 367 349
4,226 4,265
6. Deposit dengan Institusi Kewangan Deposit dengan institusi kewangan terdiri daripada deposit yang disimpan oleh Bank dengan institusi kewangan di bawah seksyen 75(i) dan seksyen 100 Akta Bank Negara Malaysia 2009.
7. Pinjaman dan PendahuluanPinjaman dan pendahuluan terdiri terutamanya daripada pendahuluan yang diberikan oleh Bank kepada institusi pelaksana di bawah pelbagai skim seperti Tabung Industri Kecil dan Sederhana dan Tabung Usahawan Baharu yang bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan pertubuhan perusahaan kecil dan sederhana. Pemberian pendahuluan ini diperuntukkan di bawah seksyen 48, seksyen 49 dan seksyen 100 Akta Bank Negara Malaysia 2009.
BANK NEGARA MALAYSIA
Laporan Tahunan 2017
Penyata K
ewang
an Tahunan
181
8. Tanah dan Bangunan
2017RM juta
2016RM juta
Tanah, pada kos
Pegangan bebas 3,316 1,250
Tanah, pada penilaian semula
Pegangan bebas 694 694
Pajakan 170 170
4,180 2,114
2017RM
2016RM
Bangunan, pada nilai nominal
Pegangan bebas 2,230 2,160
Pajakan 1,380 1,380
3,610 3,540
Pada tahun semasa, Bank telah membeli sebidang tanah pegangan bebas bernilai RM2,066 juta. Penilaian tanah telah dipersetujui bersama antara Bank dengan Kerajaan Malaysia berdasarkan proses penilaian yang dilaksanakan oleh penilai bebas yang dilantik daripada sektor swasta. Kos pembelian tanah adalah tertakluk kepada tinjauan akhir kawasan tersebut.
Tanah pegangan bebas dan pajakan, pada penilaian semula, dinilai semula oleh penilai bebas pada 1 Ogos 2014.
9. Aset-aset LainAset-aset Lain termasuk sekuriti yang dibeli melalui perjanjian repo berbalik sebanyak RM4,735 juta (2016: RM5,735 juta) dan pelaburan dalam saham dan bon sebanyak RM4,602 juta (2016: RM4,602 juta) yang diperoleh di bawah seksyen 48(1) dan seksyen 100 Akta Bank Negara Malaysia 2009.
10. Deposit oleh Lain-lain Sebahagian besar deposit ini terdiri daripada deposit institusi nasional, agensi kerajaan dan pihak berkuasa awam.
11. Liabiliti-liabiliti LainSebahagian Liabiliti-liabiliti Lain ialah sekuriti yang dijual di bawah perjanjian repo sebanyak RM876 juta (2016: RM9,248 juta).
12. Modal BerbayarModal berbayar sebanyak RM100 juta dimiliki oleh Kerajaan Malaysia.
BANK NEGARA MALAYSIA
Laporan Tahunan 2017
Penyata K
ewang
an Tahunan
182
13. Kumpulan Wang Rizab Am
2017RM juta
2016RM juta
Pada 1 Januari 14,666 14,572
Amaun yang diluluskan dan dipindahkan kepada Kumpulan Wang Rizab Am pada tahun semasa
78 94
Pada 31 Disember 14,744 14,666
Pengagihan keuntungan bersih kepada Kumpulan Wang Rizab Am dan dividen kepada Kerajaan hanya akan diiktiraf setelah mendapat kelulusan daripada Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 7 Akta Bank Negara Malaysia 2009.
Pindahan kepada Kumpulan Wang Rizab Am bagi tahun berakhir 2016 sebanyak RM78 juta telah diluluskan oleh Menteri pada 9 Mac 2017.
14. Rizab RisikoRizab Risiko ialah penampan kewangan yang merangkumi pindahan keuntungan bersih terkumpul, keuntungan atau kerugian belum realis daripada penilaian semula aset dan liabiliti mata wang asing dan perubahan nilai saksama bagi sekuriti yang direkodkan pada nilai saksama.
Rangka kerja pengukuran risiko pasaran digunakan untuk menganggarkan penampan kewangan yang diperlukan bagi mengimbangi kesan kerugian luar jangka berikutan faktor yang di luar kawalan Bank.
15. Rizab Penilaian Semula TanahRizab Penilaian Semula Tanah adalah untuk lebihan belum realis daripada penilaian semula tanah.
16. Keuntungan Sebelum Agihan
2017RM juta
2016RM juta
Baki 1 Januari 2,578 3,094
Tolak: Pengagihan yang diluluskan pada tahun semasa
Pindahan kepada Kumpulan Wang Rizab Am (78) (94)
Dividen dibayar kepada Kerajaan (2,500) (3,000)
- -
Keuntungan sebelum agihan bagi tahun semasa 2,566 2,578
Baki 31 Disember 2,566 2,578
Menurut seksyen 7 Akta Bank Negara Malaysia 2009, pengagihan kepada Kumpulan Wang Rizab Am dan pengisytiharan dividen kepada Kerajaan adalah tertakluk kepada kelulusan Menteri, dan jika diluluskan akan diiktiraf dalam tahun kewangan yang berikutnya yang berakhir pada 31 Disember 2018.
BANK NEGARA MALAYSIA
Laporan Tahunan 2017
Penyata K
ewang
an Tahunan
183
Dividen dibayar kepada Kerajaan bagi tahun berakhir 2016 berjumlah RM2.5 bilion telah diluluskan oleh Menteri pada 9 Mac 2017.
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2017, Lembaga Pengarah mencadangkan pindahan kepada Kumpulan Wang Rizab Am sebanyak RM66 juta dan dividen sebanyak RM2.5 bilion kepada Kerajaan.
17. Jumlah PendapatanJumlah pendapatan merangkumi hasil daripada pengurusan rizab asing termasuk faedah dan dividen, pendapatan bukan perbendaharaan, keuntungan atau kerugian modal direalisasikan, dan dinyatakan pada nilai bersih setelah ditolak pelunasan/akresi atas premium/diskaun, dan kos dasar monetari.
18. Perbelanjaan BerulangPerbelanjaan berulang merupakan perbelanjaan yang ditanggung dalam pengurusan dan pentadbiran operasi harian Bank.
19. Perbelanjaan PembangunanPerbelanjaan pembangunan merupakan perbelanjaan yang ditanggung terutamanya bagi membiayai projek pembangunan dan projek jangka panjang yang dilaksanakan oleh Bank, yang selaras dengan matlamat dan fungsi utama Bank.
20. CukaiBank dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan cukai pendapatan tambahan seperti yang ditetapkan dalam Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 7) 1989. Perbelanjaan cukai ialah cukai pegangan tidak boleh dituntut ke atas pendapatan asing daripada dividen dan faedah serta cukai keuntungan modal ke atas penjualan pelaburan asing.
21. Perkara Luar Jangka dan Komitmen 21.1 Aset Luar Jangka
Jumlah aset luar jangka pada 31 Disember 2017 ialah RM1,400 juta. Aset ini terdiri daripada jumlah sumbangan Bank kepada Tabung Amanah Pusat Kepimpinan Kewangan Antarabangsa (International Centre for Leadership in Finance, ICLIF) berjumlah RM800 juta dan Tabung Amanah Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (International Centre for Education in Islamic Finance, INCEIF) berjumlah RM600 juta untuk membiayai aktiviti berkaitan dengan latihan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia dalam bidang perbankan dan perkhidmatan kewangan yang dikendalikan oleh Pusat Kepimpinan dan Tadbir Urus ICLIF dan INCEIF. Surat Ikatan Amanah memperuntukkan bahawa jumlah sumbangan tersebut akan dikembalikan kepada Bank apabila Pusat-pusat tersebut mampu berdikari pada masa hadapan.
BANK NEGARA MALAYSIA
Laporan Tahunan 2017
Penyata K
ewang
an Tahunan
184
21.2 KomitmenJumlah komitmen pada 31 Disember 2017 terdiri daripada yang berikut:
Nota2017
RM juta2016
RM juta
Jumlah Komitmen
International Monetary Fund (IMF) (a)
Kuota Belum Berbayar (i) 18,050 18,020
Pengaturan Baharu untuk Meminjam (NAB) (ii) 1,743 1,737
Sumbangan Dua Hala (iii) 4,048 4,486
Pelaburan dalam Bank for International Settlements (BIS) (b) 70 72
Pengaturan Pelaburan Mudah Tunai dengan IILM (c) 2,429 2,692
Pengaturan Swap (d)
Pengaturan Swap ASEAN (i) 1,214 1,346
Pengaturan Swap Mata Wang Dua Hala (PBOC) (ii) 90,000 90,000
Pengaturan Swap Mata Wang Dua Hala (BOK) (ii) 15,000 15,000
Pengaturan Multilateralisasi Inisiatif Chiang Mai (iii) 37,000 41,000
Perjanjian Repo dengan Ahli EMEAP (iv) 20,000 22,000
189,554 196,353
(a) Keanggotaan dengan IMF(i) Bank mempunyai kewajipan untuk membayar IMF sebanyak SDR3,131 juta (bersamaan
dengan RM18,050 juta) (2016: SDR2,988 juta, bersamaan dengan RM18,020 juta) atau dalam mata wang boleh tukar lain yang merupakan bahagian belum bayar kuota Malaysia di IMF di bawah Artikel Persetujuan.
(ii) Bank telah menyertai Pengaturan Baharu untuk Meminjam (New Arrangements to Borrow, NAB), iaitu satu set pengaturan kredit antara IMF dengan negara anggotanya bagi menyediakan sumber pembiayaan tambahan kepada IMF yang bertujuan untuk memelihara kestabilan sistem monetari antarabangsa. Pada 31 Disember 2017, jumlah kredit yang belum digunakan di bawah NAB ialah SDR302 juta, bersamaan dengan RM1,743 juta (2016: SDR288 juta, bersamaan dengan RM1,737 juta).
(iii) Pada 23 Julai 2012, Bank telah bersetuju memberikan sumbangan dua hala kepada IMF berjumlah USD1,000 juta, bersamaan dengan RM4,048 juta (2016: USD1,000 juta, bersamaan dengan RM4,486 juta) yang diperuntukkan untuk tujuan luar jangkaan dan menangani krisis kewangan.
BANK NEGARA MALAYSIA
Laporan Tahunan 2017
Penyata K
ewang
an Tahunan
185
(b) Pelaburan dalam Bank for International Settlements (BIS)Komitmen Bank sebanyak SDR12 juta, bersamaan dengan RM70 juta (2016: SDR12 juta, bersamaan dengan RM72 juta) merupakan bahagian belum dipanggil daripada 3,220 unit saham yang dipegang oleh Bank dalam BIS berdasarkan nilai nominal SDR5,000 setiap satu menggunakan kadar SDR pada tarikh Penyata Kedudukan Kewangan.
(c) Pengaturan Pelaburan Mudah Tunai (LIA) dengan Pertubuhan International Islamic Liquidity Management (IILM)Pada bulan Disember 2016, Bank sebagai ahli Pertubuhan International Islamic Liquidity Management (IILM) telah menyertai Pengaturan Pelaburan Mudah Tunai, Liquidity Investment Arrangement (LIA) bagi memantapkan lagi sokongan kepada IILM. Pada 31 Disember 2017, jumlah tanggungan komitmen secara bersama dan berasingan ahli-ahli di bawah LIA adalah sebanyak USD600 juta, bersamaan dengan RM2,429 juta (2016: USD600 juta, bersamaan dengan RM2,692 juta). Namun, komitmen Bank terhad kepada USD100 juta, bersamaan dengan RM405 juta (2016: USD100 juta, bersamaan dengan RM449 juta), memandangkan pengaturan tersebut membenarkan tuntutan balas berjumlah USD500 juta, bersamaan dengan RM2,024 juta (2016: USD500 juta, bersamaan dengan RM2,243 juta) dibuat terhadap anggota lain yang mengambil bahagian. Pada tahun kewangan semasa, tiada sebarang permohonan untuk sokongan mudah tunai daripada mana-mana anggota yang mengambil bahagian.
(d) Pengaturan Swap (i) Pengaturan Swap ASEAN
Bank telah menyertai Pengaturan Swap ASEAN (ASEAN Swap Arrangement, ASA) pelbagai hala bersama-sama dengan bank pusat dan pihak berkuasa monetari ASEAN lain bagi memberikan sokongan mudah tunai mata wang asing jangka pendek kepada negara anggota yang menghadapi kesukaran imbangan pembayaran. Pada 31 Disember 2017, jumlah komitmen Bank adalah sebanyak USD300 juta, bersamaan dengan RM1,214 juta (2016: USD300 juta, bersamaan dengan RM1,346 juta) dan tiada sebarang permohonan untuk sokongan mudah tunai di bawah ASA daripada mana-mana negara anggota bagi tahun kewangan tersebut.
(ii) Pengaturan Swap Mata Wang Dua Hala (a) Pada 20 April 2015, Bank memperbaharui perjanjian Pengaturan Swap
Mata Wang Dua Hala (Bilateral Currency Swap Arrangement, BCSA) dengan People’s Bank of China yang bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan penyelesaian perdagangan dalam mata wang tempatan antara kedua-dua negara. Pada 31 Disember 2017, jumlah komitmen Bank di bawah BCSA ialah RM90 bilion (2016: RM90 bilion) dan tiada sebarang permohonan untuk mengaktifkan BCSA pada tahun kewangan tersebut.
(b) Pada 25 Januari 2017, Bank memperbaharui perjanjian Pengaturan Swap
Mata Wang Dua Hala (Bilateral Currency Swap Arrangement, BCSA) dengan Bank of Korea yang bertujuan untuk menggalakkan perdagangan dua hala dan memudahkan penyelesaian perdagangan dalam mata wang tempatan antara kedua-dua negara. Pada 31 Disember 2017, jumlah komitmen Bank di bawah BCSA ialah RM15 bilion dan tiada sebarang permohonan untuk mengaktifkan BCSA pada tahun kewangan tersebut.
BANK NEGARA MALAYSIA
Laporan Tahunan 2017
Penyata K
ewang
an Tahunan
186
(iii) Pengaturan Multilateralisasi Inisiatif Chiang Mai Bank telah menyertai pengaturan Multilateralisasi Inisiatif Chiang Mai (Chiang Mai Initiative Multilateralisation, CMIM) yang bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada negara anggota ASEAN+3 yang menghadapi kesukaran imbangan pembayaran dan mudah tunai jangka pendek. Tarikh kuat kuasa Perjanjian CMIM adalah pada 24 Mac 2010. Di bawah pengaturan CMIM, negara anggota yang menghadapi masalah imbangan pembayaran dan mudah tunai jangka pendek boleh mendapatkan sokongan kewangan dalam dolar Amerika Syarikat melalui pengaturan swap terhadap mata wang negara masing-masing. Pada 31 Disember 2017, jumlah komitmen Bank adalah sebanyak USD9.1 bilion, bersamaan dengan RM37 bilion (2016: USD9.1 bilion, bersamaan dengan RM41 bilion) dan tiada sebarang permohonan untuk sokongan mudah tunai daripada mana-mana negara anggota.
(iv) Perjanjian Repo dengan Bank Pusat dan Pihak Berkuasa MonetariBank telah menandatangani perjanjian repo berjumlah USD5 bilion, bersamaan dengan RM20 bilion (2016: USD5 bilion, bersamaan dengan RM22 bilion) dengan beberapa bank pusat dan pihak berkuasa monetari serantau di bawah Mesyuarat Eksekutif Bank-bank Pusat Asia Timur dan Pasifi k (EMEAP) untuk menyediakan bantuan mudah tunai semasa kecemasan. Pada 31 Disember 2017, tiada permohonan untuk bantuan mudah tunai daripada mana-mana anggota.
22. Pengurusan Risiko Kewangan Jawatankuasa Pengurusan Rizab memantau penilaian, pengukuran dan kawalan risiko pelaburan dalam pengurusan rizab supaya berada pada paras yang sewajarnya bagi memastikan matlamat untuk melindungi modal, mudah tunai dan pulangan yang munasabah tercapai. Dalam melaksanakan fungsi ini, risiko utama pelaburan merangkumi perkara-perkara yang berikut:
(a) Risiko Pasaran Risiko pasaran ialah dedahan pelaburan Bank terhadap pergerakan negatif dalam harga pasaran yang berkaitan dengan kadar pertukaran asing, kadar faedah serta harga bon dan ekuiti. Risiko pasaran dinilai dan dipantau secara harian. Dasar tanda aras yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah mencerminkan matlamat pelaburan jangka panjang dan profi l risiko-pulangan yang wajar. Pelaburan boleh dibuat dalam instrumen yang berbeza daripada tanda aras. Perbezaan dalam pelaburan ini dikawal melalui satu set had pengurusan risiko, pengaturan tadbir urus dan garis panduan pelaburan yang juga diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Analisis kepekaan dan ujian tekanan dijalankan untuk menilai risiko yang akan dihadapi dan kemungkinan kerugian yang ditaksirkan mengikut pasaran, berikutan pergerakan negatif dan turun naik dalam pasaran serta keadaan mudah tunai.
BANK NEGARA MALAYSIA
Laporan Tahunan 2017
Penyata K
ewang
an Tahunan
187
(b) Risiko Kredit Risiko kredit ialah risiko kemungkiran oleh penerbit hutang atau kegagalan rakan niaga untuk memenuhi kewajipan kontraktualnya kepada Bank yang menyebabkan Bank tidak memperoleh pulangan pokok dan/atau faedah, mengikut tempoh yang sepatutnya. Rangka kerja risiko kredit yang komprehensif mengawal selia pelaburan serta kesanggupan risiko Bank. Ini memastikan pelaburan dibuat dengan penerbit dan rakan niaga yang mempunyai kedudukan kredit yang tinggi dan kebarangkalian kerugian yang rendah. Rangka kerja yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah ini juga mengambil kira petunjuk kredit berasaskan pasaran seperti penarafan yang terhasil daripada harga pasaran kewangan dan penilaian kredit dalaman. Ini menambah baik rangka kerja kredit dengan menyediakan penilaian kredit yang lebih dinamik dan berpandangan ke hadapan.
(c) Risiko Operasi
Risiko operasi ialah risiko kerugian kewangan akibat kegagalan proses dalaman, kawalan dan prosedur yang tidak mencukupi, atau perkembangan dalaman atau luaran lain yang menjejaskan operasi. Risiko operasi dapat dikurangkan melalui rangka kerja tadbir urus yang mantap dan pelaksanaan kawalan dan had risiko yang berkesan. Satu mekanisme pengawasan risiko operasi yang menyeluruh telah diwujudkan untuk membantu mengenal pasti risiko yang mungkin timbul dalam operasi Bank supaya tindakan boleh diambil bagi mengurus jurang yang ada dan mengurangkan kerugian kewangan.
23. Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia (SWA) dan Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia (Dana Perubatan) (disebut sebagai ‘Akaun Dana Perubatan’)SWA ditubuhkan pada 1 Mac 1991 di bawah seksyen 15 (5) dan (6) Akta Bank Negara Malaysia 1958 manakala Akaun Dana Perubatan ditubuhkan pada 21 Jun 2006 di bawah seksyen 15 (6) Akta Bank Negara Malaysia 1958. Kedua-dua SWA dan Akaun Dana Perubatan terus berada di bawah seksyen 83 (4) dan (5) Akta Bank Negara Malaysia 2009.
SWA ditadbir urus di bawah Arahan Amanah Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia 1991. Seperti yang ditetapkan dalam Arahan Amanah 1991, SWA hendaklah ditadbir oleh jawatankuasa yang diberikan kuasa oleh Lembaga Pengarah (Jawatankuasa Lembaga). Akaun SWA disediakan secara berasingan daripada akaun-akaun Bank yang lain dan hendaklah diaudit sama seperti Akaun Bank. Objektif SWA adalah untuk memberikan pinjaman kepada kakitangan untuk aktiviti-aktiviti yang dibenarkan, membiayai aktiviti-aktiviti persatuan-persatuan kakitangan Bank dan memberikan anugerah kecemerlangan pelajaran kepada anak-anak kakitangan. SWA juga menguruskan pampasan insurans kakitangan yang meninggal dunia, yang diterima oleh pihak waris yang belum mencapai had kelayakan umur.
Akaun Dana Perubatan ditadbir urus di bawah Arahan Amanah Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia (Dana Perubatan) 2006 dan Arahan Amanah Tambahan 2017. Objektif Akaun Dana Perubatan ini adalah untuk membantu Bank membiayai perbelanjaan perubatan para pesara Bank dan tanggungan mereka yang layak. Seperti yang ditetapkan dalam Arahan Amanah Akaun Kebajikan Kakitangan (Dana Perubatan) 2006, Dana Perubatan hendaklah ditadbir oleh Jawatankuasa Dana Perubatan. Akaun Dana Perubatan disediakan secara berasingan di bawah Akaun Kebajikan Kakitangan dan hendaklah diaudit sama seperti Akaun Kebajikan Kakitangan.
BANK NEGARA MALAYSIA
Laporan Tahunan 2017
Tambahan
Statistik Ekonomi dan Kewangan Utama
Akaun NegaraA.1 Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Harga Malar Tahun 2010 MS 1A.2 Pertumbuhan dalam Pengeluaran Perkilangan (2010=100) MS 2 A.3 Prestasi Sektor Perkhidmatan pada Harga Malar Tahun 2010 MS 2 A.4 PNK Mengikut Agregat Permintaan MS 3 A.5 Jurang Tabungan-Pelaburan MS 4 A.6 Pasaran Pekerja: Penunjuk Terpilih MS 5
Sektor Luar NegeriA.7 Imbangan Pembayaran MS 6A.8 Eksport Kasar MS 8A.9 Import Kasar MS 9A.10 Rakan Perdagangan Malaysia MS 10A.11 Hutang Luar Negeri Terkumpul dan Khidmat Bayaran Hutang MS 11
Indeks Harga Pengguna dan PengeluarA.12 Indeks Harga Pengguna MS 12A.13 Indeks Harga Pengeluar MS 12
Penunjuk Monetari dan KewanganA.14 Wang Secara Luas (M3) MS 13A.15 Bekalan Wang: Perubahan Tahunan dan Kadar Pertumbuhan MS 14A.16 Kadar Faedah (%) MS 15A.17 Pergerakan Ringgit MS 16A.18 Pembiayaan Ekonomi MS 17
Kewangan AwamA.19 Kewangan Sektor Awam Disatukan MS 18
KANDUNGAN
Laporan Tahunan 2017
Tamb
ahan
Laporan Tahunan 2017 MS 1
Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada Harga Malar Tahun 2010
2013 2014 2015 2016 2017a 2018r
RM juta
Pertanian 91,181 93,048 94,249 89,465 95,894 99,325
Perlombongan dan pengkuarian 87,789 90,707 95,508 97,563 98,596 100,419
Perkilangan 219,152 232,527 243,903 254,725 269,966 285,873
Pembinaan 38,590 43,115 46,630 50,103 53,443 57,347
Perkhidmatan 507,791 541,412 569,258 601,341 638,752 677,981
Campur: Duti import 10,577 11,639 13,808 15,030 16,981 19,180
KDNK pada harga pembeli1 955,080 1,012,449 1,063,355 1,108,227 1,173,632 1,240,125
Perubahan tahunan (%)
Pertanian 2.0 2.0 1.3 -5.1 7.2 3.6
Perlombongan dan pengkuarian 1.2 3.3 5.3 2.2 1.1 1.8
Perkilangan 3.4 6.1 4.9 4.4 6.0 5.9
Pembinaan 10.6 11.7 8.2 7.4 6.7 7.3
Perkhidmatan 5.9 6.6 5.1 5.6 6.2 6.1
Campur: Duti import 5.7 10.0 18.6 8.8 13.0 12.9
KDNK pada harga pembeli 4.7 6.0 5.0 4.2 5.9 5.5 ~ 6.01 Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapana Awalanr Ramalan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
Jadual A.1
Tamb
ahan
Laporan Tahunan 2017MS 2
Jadual A.2
Pertumbuhan dalam Pengeluaran Perkilangan (2010=100)
2014 2015 2016 2017 2015 2016 2017
Indeks Perubahan tahunan (%)
Industri berorientasikan eksport 120.8 126.7 132.6 141.2 4.8 4.7 6.5
Kelompok elektronik dan keluaran elektrik 131.1 143.1 153.1 165.4 9.2 7.0 8.0Elektronik 141.8 142.9 155.6 172.1 0.7 8.9 10.6Keluaran elektrik 110.0 145.2 151.9 156.6 32.0 4.6 3.1
Kelompok keluaran berkaitan sumber 116.0 118.9 122.8 129.7 2.5 3.3 5.6Kimia dan keluaran kimia 125.4 131.1 138.0 143.5 4.6 5.2 4.0Keluaran petroleum 109.2 110.5 113.9 117.9 1.2 3.1 3.5Tekstil, pakaian dan kasut 113.5 122.0 130.2 140.5 7.5 6.7 7.9Kayu dan keluaran kayu 107.7 115.3 123.4 129.8 7.0 7.0 5.2Keluaran getah 132.8 139.5 144.9 154.0 5.1 3.9 6.3Pemprosesan di luar estet 117.2 113.1 107.4 126.3 -3.5 -5.0 17.5Keluaran kertas 114.2 117.7 123.1 128.6 3.0 4.6 4.4
Industri berorientasikan pasaran dalam negeri 130.6 136.7 140.9 147.6 4.7 3.0 4.8
Kelompok keluaran berkaitan pembinaan 125.5 131.2 137.0 143.5 4.5 4.4 4.7Keluaran galian bukan logam 122.9 131.3 138.6 145.9 6.8 5.5 5.3Keluaran besi asas dan keluli dan logam bukan 101.4 102.9 105.2 109.5 1.6 2.2 4.1Keluaran logam yang direka 159.9 167.3 175.8 184.1 4.6 5.1 4.7
Kelompok keluaran berkaitan pengguna 135.8 142.3 144.8 151.7 4.8 1.7 4.8Keluaran makanan 123.0 126.1 136.3 140.9 2.5 8.0 3.4Kelengkapan pengangkutan 150.7 158.6 153.7 161.8 5.2 -3.1 5.2Minuman 121.6 135.8 149.3 162.9 11.7 9.9 9.1Keluaran tembakau 106.2 115.9 119.4 121.7 9.1 3.0 2.0Lain-lain 116.6 108.8 106.4 105.0 -6.7 -2.2 -1.3
Jumlah 123.0 128.9 134.4 142.6 4.8 4.3 6.1
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Prestasi Sektor Perkhidmatan pada Harga Malar Tahun 2010
2013 2014 2015 2016 2017a 2013 2014 2015 2016 2017a
Perubahan tahunan (%) Sumbangan kepada KDNK (%)
Perkhidmatan 5.9 6.6 5.1 5.6 6.2 53.2 53.5 53.5 54.3 54.4Perkhidmatan pengantara 5.4 6.0 4.6 5.5 6.6 20.5 20.5 20.4 20.7 20.8
Kewangan dan insurans 2.0 2.3 -0.7 2.5 4.7 7.6 7.3 6.9 6.8 6.7Harta tanah dan perkhidmatan
perniagaan 8.0 8.0 6.5 6.9 7.4 4.2 4.2 4.3 4.4 4.5Pengangkutan dan penyimpanan 4.6 5.4 5.7 5.6 6.2 3.5 3.5 3.5 3.6 3.6Maklumat dan komunikasi 9.1 10.0 9.4 8.1 8.4 5.3 5.5 5.7 5.9 6.0
Perkhidmatan akhir 6.3 7.0 5.5 5.7 6.0 32.6 33.0 33.1 33.6 33.6Perdagangan borong dan runcit 6.3 8.9 6.9 6.2 7.1 14.0 14.4 14.6 14.9 15.1Makanan & minuman dan
penginapan 5.9 6.5 6.4 7.1 7.4 2.7 2.7 2.8 2.8 2.9Utiliti 4.4 3.8 3.6 5.4 2.9 2.6 2.6 2.6 2.6 2.5Perkhidmatan Kerajaan 7.4 6.3 4.0 4.9 4.9 8.8 8.8 8.7 8.8 8.7Perkhidmatan lain 5.6 4.8 4.7 4.8 5.4 4.5 4.4 4.4 4.4 4.4
a AwalanNota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Jadual A.3
Tamb
ahan
Laporan Tahunan 2017 MS 3
PNK Mengikut Agregat Permintaan
2013 2014 2015 2016 2017a 2018r
pada Harga Semasa(RM juta)
Penggunaan 667,456 727,460 778,385 829,543 913,068 983,320
Penggunaan swasta 527,749 579,985 626,267 674,838 748,615 817,858
Penggunaan awam 139,707 147,475 152,118 154,704 164,452 165,462
Pelaburan 269,699 287,393 302,640 316,787 342,194 365,842
Pelaburan swasta 162,791 183,885 198,640 211,283 234,821 260,733
Pelaburan awam 106,908 103,508 104,000 105,504 107,373 105,109
Perubahan dalam stok1 -5,500 -11,030 -11,894 1,498 2,175 300
Eksport barangan dan perkhidmatan 770,368 816,483 817,370 832,388 966,662 1,031,937
Import barangan dan perkhidmatan 683,408 713,863 728,778 750,096 871,623 934,641
KDNK pada harga pembeli 1,018,614 1,106,443 1,157,723 1,230,120 1,352,477 1,446,758
Imbangan pendapatan primer -33,975 -36,624 -32,112 -34,640 -36,137 -39,110
PNK 984,639 1,069,819 1,125,611 1,195,480 1,316,340 1,407,648
pada Harga Malar Tahun 2010(RM juta)
Penggunaan 622,410 662,389 699,910 734,357 783,358 829,393
Penggunaan swasta 490,798 525,038 556,541 589,667 630,792 675,956
Penggunaan awam 131,612 137,351 143,369 144,690 152,566 153,437
Pelaburan 252,162 264,242 273,724 281,036 298,457 314,081
Pelaburan swasta 151,698 168,550 179,132 186,909 204,273 222,920
Pelaburan awam 100,464 95,692 94,592 94,127 94,184 91,161
Perubahan dalam stok1 -3,140 -8,872 -1,491 280 326 100
Eksport barangan dan perkhidmatan 732,856 769,794 771,739 780,600 855,242 930,107
Import barangan dan perkhidmatan 649,208 675,105 680,527 688,046 763,750 833,556
KDNK pada harga pembeli 955,080 1,012,449 1,063,355 1,108,227 1,173,632 1,240,125
Imbangan pendapatan primer -38,357 -39,913 -24,362 -23,331 -22,871 -25,159
PNK 916,722 972,535 1,038,993 1,084,896 1,150,761 1,214,966
1 Termasuk perbezaan perangkaana Awalanr Ramalan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
Jadual A.4
Tamb
ahan
Laporan Tahunan 2017MS 4
Jurang Tabungan-Pelaburan
2013 2014 2015 2016 2017a
RM juta
Tabungan awam 96,131 85,823 51,134 77,802 84,125
Pembentukan modal dalam negeri kasar awam 106,908 103,508 104,000 105,504 107,373
Defi sit/lebihan -10,777 -17,685 -52,866 -27,702 -23,248
Tabungan swasta 203,553 239,093 274,767 269,507 300,539
Pembentukan modal dalam negeri kasar swasta 157,291 172,855 186,746 212,781 236,996
Defi sit/lebihan 46,262 66,238 88,021 56,726 63,543
Tabungan negara kasar 299,684 324,916 325,901 347,309 384,664
(% daripada PNK) 30.4 30.4 29.0 29.1 29.2
Pembentukan modal dalam negeri kasar 264,199 276,363 290,746 318,286 344,369
(% daripada PNK) 26.8 25.8 25.8 26.6 26.2
Imbangan akaun semasa 35,485 48,554 35,155 29,023 40,295
(% daripada PNK) 3.6 4.5 3.1 2.4 3.1
a Awalan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia
Jadual A.5
Tamb
ahan
Laporan Tahunan 2017 MS 5
Pasaran Pekerja: Penunjuk Terpilih2013 2014 2015 2016 2017a
(bilangan jawatan/orang)
Kekosongan Jawatan Mengikut Industri1Pertanian, perhutanan & perikanan 306,542 240,552 269,469 174,751 264,216Perlombongan & pengkuarian 1,880 2,605 9,929 1,857 2,730Perkilangan 456,478 352,784 313,396 376,349 617,308Pembinaan 308,783 202,878 208,912 127,985 255,851Perkhidmatan 329,007 275,199 287,050 173,102 333,271
Elektrik, gas & bekalan air2 7,043 8,339 5,834 2,974 6,473Perdagangan borong & runcit; penginapan & perkhidmatan makanan 95,966 87,385 99,310 31,908 109,834
Pengangkutan & penyimpanan; maklumat & komunikasi 14,864 19,375 39,068 10,762 15,648Kewangan & insurans; harta tanah & perkhidmatan perniagaan3 96,399 75,936 70,784 70,865 87,834Pentadbiran awam & pertahanan; keselamatan sosial
wajib 4,020 2,485 1,360 3,736 1,558Aktiviti perkhidmatan komuniti, sosial & lain-lain 110,715 81,679 70,694 52,857 111,924
Jumlah kekosongan 1,402,690 1,074,018 1,088,756 854,044 1,473,376
Pemberhentian Pekerja Mengikut Industri4Pertanian, perhutanan & perikanan 217 90 235 664 256 Perlombongan & pengkuarian 68 810 2,255 2,470 987 Perkilangan 25,852 17,887 9,203 17,287 25,370 Pembinaan 663 812 521 535 83 Perkhidmatan 6,286 6,318 26,285 16,743 8,401
Elektrik, gas & bekalan air2 - 67 135 85 104 Perdagangan borong & runcit; penginapan & perkhidmatan makanan 1,077 2,801 2,360 8,287 2,751
Pengangkutan & penyimpanan; maklumat & komunikasi 660 1,151 1,483 798 1,524 Kewangan & insurans; harta tanah &
perkhidmatan perniagaan3 2,158 1,315 20,584 7,100 2,667 Pentadbiran awam & pertahanan; keselamatan sosial
wajib 1,029 445 1,293 - 636 Aktiviti perkhidmatan komuniti, sosial & lain-lain 1,362 539 430 473 719
Jumlah pemberhentian pekerja 33,086 25,917 38,499 37,699 35,097 Guna Tenaga Mengikut Industri5 (‘000 orang)
Pertanian, perhutanan & perikanan 1,759 1,694 1,754 1,610 1,635Perlombongan & pengkuarian 88 85 104 96 99Perkilangan 2,316 2,373 2,323 2,391 2,477Pembinaan 1,292 1,278 1,310 1,252 1,262Perkhidmatan 8,089 8,422 8,575 8,814 8,985Elektrik, gas & bekalan air2 145 147 134 154 144Perdagangan borong & runcit; penginapan &
perkhidmatan makanan 3,303 3,474 3,512 3,689 3,818Pengangkutan & penyimpanan; maklumat &
komunikasi821 811 829 839 877
Kewangan & insurans; harta tanah &perkhidmatan perniagaan3 1,265 1,392 1,420 1,448 1,480Pentadbiran awam & pertahanan; keselamatan
sosial wajib 761 742 751 748 743Aktiviti perkhidmatan komuniti, sosial & lain-lain 1,793 1,857 1,929 1,935 1,922
Jumlah guna tenaga 13,545 13,853 14,068 14,164 14,459Kadar penyertaan tenaga kerja
(% daripada umur penduduk bekerja) 67.3 67.6 67.9 67.7 67.8 Kadar pengangguran (% daripada tenaga kerja) 3.1 2.9 3.1 3.4 3.4 1 Merujuk jumlah kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh majikan melalui portal JobsMalaysia. Data mulai tahun 2012, tidak boleh dibandingkan dengan
tahun-tahun sebelumnya berikutan pengelasan semula data2 Merujuk elektrik, gas, wap dan penyaman udara; bekalan air, pembetungan, pengurusan sisa dan aktiviti pemulihan 3 Merujuk kewangan dan insurans/takaful, harta tanah, profesional, saintifi k dan teknikal; aktiviti perkhidmatan pentadbiran dan perkhidmatan sokongan4 Angka bagi pemberhentian untuk tahun 2013 dan seterusnya termasuk VSS dan merujuk data yang disemak semula daripada Jabatan Tenaga Kerja5 Bagi anggaran awalan tahun 2017, berdasarkan purata guna tenaga bagi tempoh S1-S4 2017a Awalan
Sumber: Jambatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Sumber Malaysia Manusia dan Bank Negara Malaysia
Jadual A.6
Tamb
ahan
Laporan Tahunan 2017MS 6
Imbangan Pembayaran
2014 2015
+ - Bersih + - Bersih
RM juta
Barangan1 678,865 565,538 113,327 681,275 572,051 109,224
Perkhidmatan 137,618 148,325 -10,706 136,095 156,727 -20,632Pengangkutan 15,617 41,666 -26,050 16,365 40,930 -24,565Perjalanan 73,951 40,718 33,233 68,675 41,734 26,941Perkhidmatan lain 47,774 65,315 -17,541 50,687 73,092 -22,405Urus niaga Kerajaan t.t.t.l. 278 626 -349 369 971 -603
Imbangan barangan dan perkhidmatan 816,483 713,863 102,620 817,370 728,778 88,592
Pendapatan primer 52,395 89,019 -36,624 48,674 80,786 -32,112Pampasan pekerja 5,170 10,071 -4,902 6,405 12,000 -5,595Pendapatan pelaburan 47,225 78,948 -31,722 42,270 68,786 -26,517
Pendapatan sekunder 10,496 27,939 -17,443 11,925 33,251 -21,325Imbangan akaun semasa 879,374 830,821 48,554 877,970 842,815 35,155
% daripada PNK 4.5 3.1Akaun modal 344 -1,136
Akaun kewangan -79,954 -55,350Pelaburan langsung -17,974 -1,810
Aset -52,623 -39,698Liabiliti 34,649 37,888
Pelaburan portfolio -39,354 -26,122 Aset -28,112 -9,098 Liabiliti -11,242 -17,024Derivatif kewangan -975 -663Pelaburan lain -21,652 -26,755
Sektor awam 1,083 -1,878Sektor swasta -22,735 -24,877
Imbangan akaun modal dan kewangan -79,610 -56,486
Kesilapan dan ketinggalan -5,451 25,082antaranya:
Penambahan (+) / pengurangan (-) nilai rizab hasil daripada penilaian semula pertukaran asing 7,573 57,303
Imbangan keseluruhan (lebihan + / defi sit -) -36,507 3,750
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia, bersih 2
RM juta 405,345 409,096USD juta 115,930 95,283
Rizab sebagai bilangan bulan import tertangguh 8.3 8.4
1 Diselaraskan untuk penilaian dan liputan bagi asas imbangan pembayaran 2 Semua aset dan liabiliti dalam mata wang asing telah dinilai semula kepada ringgit mengikut kadar pertukaran pada tarikh kunci kira-kira dan penambahan/pengurangan nilai juga ditunjukkan dengan sewajarnya dalam akaun Banka Awalanr Ramalant.t.t.l. Tidak tercatat di tempat lainNota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
Jadual A.7
Tamb
ahan
Laporan Tahunan 2017 MS 7
2016 2017a 2018r
+ - Bersih + - Bersih + - Bersih
RM juta
686,075 584,693 101,382 808,869 690,764 118,105 865,866 745,322 120,544
146,313 165,403 -19,090 157,793 180,859 -23,065 166,071 189,320 -23,24816,792 40,305 -23,513 18,727 48,454 -29,727 21,055 53,479 -32,42574,975 43,449 31,526 78,797 45,802 32,995 82,184 46,891 35,29354,185 80,600 -26,415 59,887 84,790 -24,903 62,429 87,088 -24,659
361 1,050 -689 382 1,813 -1,431 403 1,861 -1,458
832,388 750,096 82,292 966,662 871,623 95,040 1,031,937 934,641 97,295
47,320 81,960 -34,640 54,269 90,406 -36,137 54,442 93,552 -39,1106,569 12,205 -5,636 7,018 11,735 -4,716 6,135 11,670 -5,535
40,751 69,755 -29,004 47,251 78,671 -31,421 48,307 81,882 -33,575
15,988 34,617 -18,629 16,661 35,270 -18,608 16,522 35,854 -19,332895,696 866,673 29,023 1,037,593 997,298 40,295 1,102,900 1,064,047 38,853
2.4 3.1 2~3108 86
-1,126 2,28214,131 12,357
-42,095 -26,70956,226 39,066
-15,419 -9,210-15,011 -16,539
-408 7,329-802 478964 -1,343
-3,033 -6143,997 -729
-1,019 2,368
-13,226 -51,945
8,918 -25,691
14,779 -9,283
423,874 414,59194,488 102,431
8.7 7.2
Tamb
ahan
Laporan Tahunan 2017MS 8
Eksport Kasar
2015 2016 2017a 2016 2017a 2017a
RM jutaPerubahan tahunan (%)
%
Perkilangan 625,429 645,768 767,637 3.3 18.9 82.1
antaranya:Barangan elektrik dan elektronik 277,922 287,810 343,017 3.6 19.2 36.7
Semikonduktor 137,462 144,655 178,141 5.2 23.1 19.0 Mesin pejabat, dan kelengkapan pemprosesan data
automatik 51,945 53,534 62,679 3.1 17.1 6.7 Jentera elektrik, perkakas litar dan peralatan,
dan komponen47,865 49,236 58,256 2.9 18.3 6.2
Kelengkapan telekomunikasi dan rakaman dan penghasilan semula bunyi 40,650 40,385 43,942 -0.7 8.8 4.7
Keluaran petroleum 54,528 54,662 71,987 0.2 31.7 7.7 Kimia dan keluaran kimia 55,133 59,077 68,582 7.2 16.1 7.3 Jentera, kelengkapan dan alat ganti 36,159 37,498 40,167 3.7 7.1 4.3 Keluaran logam 34,904 33,352 38,002 -4.4 13.9 4.1 Kelengkapan optik dan saintifi k 26,085 28,747 32,419 10.2 12.8 3.5 Keluaran getah 20,184 20,253 26,308 0.3 29.9 2.8 Makanan diproses 18,009 19,989 21,141 11.0 5.8 2.3 Keluaran kayu 15,442 15,680 16,389 1.5 4.5 1.8
Pertanian 67,247 70,424 78,121 4.7 10.9 8.4
antaranya:Minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit 45,597 48,275 53,846 5.9 11.5 5.8 Kayu siap digergaji dan acuan 4,001 4,212 4,740 5.3 12.5 0.5 Getah asli 4,025 3,614 4,726 -10.2 30.8 0.5
Mineral 80,194 65,056 80,597 -18.9 23.9 8.6
antaranya:Gas asli cecair (LNG) 44,603 32,709 40,460 -26.7 23.7 4.3 Minyak mentah 26,075 22,319 27,971 -14.4 25.3 3.0
Lain-lain 4,485 5,717 9,038 27.5 58.1 1.0
Jumlah 777,355 786,964 935,393 1.2 18.9 100.0 a Awalan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Jadual A.8
Tamb
ahan
Laporan Tahunan 2017 MS 9
Import Kasar
2015 2016 2017a 2016 2017a 2017a
RM jutaPerubahan tahunan (%)
% bahagian
Barangan modal 95,551 100,245 115,621 4.9 15.3 13.8
Barangan modal (kecuali kelengkapan pengangkutan) 85,254 88,432 102,469 3.7 15.9 12.2
Kelengkapan pengangkutan perindustrian 10,296 11,813 13,152 14.7 11.3 1.6
Barangan pengantara 399,526 399,033 478,936 -0.1 20.0 57.1
Makanan dan minuman, khusus untuk industri 19,696 17,506 19,141 -11.1 9.3 2.3
Bekalan perindustrian 167,171 172,305 199,910 3.1 16.0 23.9
Bahan api dan pelincir 40,277 31,093 47,887 -22.8 54.0 5.7
Alat ganti dan aksesori barangan modal 147,335 151,461 183,267 2.8 21.0 21.9
(kecuali kelengkapan pengangkutan)
Alat ganti dan aksesori untuk kelengkapan pengangkutan 25,047 26,666 28,731 6.5 7.7 3.4
Barangan penggunaan 62,430 66,977 71,043 7.3 6.1 8.5
Makanan dan minuman, khusus untuk penggunaan isi rumah 25,484 26,681 28,875 4.7 8.2 3.4
Kelengkapan pengangkutan bukan perindustrian 1,052 904 942 -14.1 4.2 0.1
Barangan pengguna t.s.t.l. 35,894 39,392 41,226 9.7 4.7 4.9
Lain-lain 128,272 132,564 172,545 3.3 30.2 20.6
antaranya:
Barangan dua guna 22,003 15,754 25,054 -28.4 59.0 3.0
Eksport semula 103,184 113,968 144,457 10.5 26.8 17.2
Jumlah 685,778 698,819 838,145 1.9 19.9 100.0
a Awalant.s.t.l. Tidak disebutkan di tempat lain Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
Jadual A.9
Tamb
ahan
Laporan Tahunan 2017MS 10
Jepun
AmerikaSyarikat
Kesatuan Eropah(EU)
Rajah A.10
Rakan Perdagangan Malaysia
Pasaran Eksport Malaysia2017
Pasaran Import Malaysia2017
Pasaran Eksport Malaysia
Pasaran Import Malaysia
Asia Timur 8Jumlah = 49.6%
Asia Timur 8Jumlah = 54.6%
Asia Timur 8Jumlah = 51.9%
Bah
agia
n ju
mla
h ek
spor
t, %
Bah
agia
n ju
mla
h pe
rdag
anga
n, %
Bah
agia
n ju
mla
h pe
rdag
anga
n, %
Bah
agia
n ju
mla
h im
port
, %
Bah
agia
n ju
mla
h im
port
, %
Bah
agia
n ju
mla
h ek
spor
t, %
Ekonomi MajuJumlah = 27.7%
Kesatuan Eropah(EU)
Jepun
AmerikaSyarikat
Ekonomi MajuJumlah = 25.4%
Jepun
AmerikaSyarikat
Kesatuan Eropah(EU)
Ekonomi MajuJumlah = 26.6%
Ekonomi Maju27.7%
Asia Timur 849.6%
Negara-negara lain22.7%
Ekonomi Maju25.4% Asia Timur 8
54.6%
Negara-negara lain20.0%
Ekonomi Maju26.6%
Asia Timur 851.9%
Negara-negara lain21.5%
RR China
Singapura
Thailand
Hong Kong SAR
Korea
Filipina
Indonesia
China Taipei
RR China
Singapura
Thailand
Hong Kong SAR
IndonesiaKorea
China Taipei
Filipina
RR China
Singapura
Thailand
Hong Kong SAR
IndonesiaKorea
ChinaTaipei
Philippines
Jumlah Perdagangan Malaysia Mengikut Pasaran
Jumlah Perdagangan Malaysia Mengikut Pasaran2017
2017
0
10
20
30
10.2
9.5
8.0
0
10
20
30
40
50
14.5
13.5
5.4
5.13.73.12.51.8
2017
0
10
20
30
2017
9.5
8.3
7.6
20170
10
20
30
40
50
60
19.6
11.1
6.5
5.7
4.54.31.71.1
0
10
20
30
2017
9.9
8.9
7.8
20170
10
20
30
40
50
60
16.4
12.9
5.6
4.44.13.73.51.4
Tamb
ahan
Laporan Tahunan 2017 MS 11
Jadual A.11
Hutang Luar Negeri Terkumpul dan Khidmat Bayaran Hutang
2013 2014 2015 2016 2017a
RM juta (kecuali dinyatakan sebaliknya)
Jumlah hutang luar negeri 696,592 747,757 836,985 916,119 883,368bersamaan dengan USD juta 209,792 211,895 192,991 202,265 215,450% PNK 70.7 69.9 74.4 76.6 67.1Perubahan tahunan (%) 15.7 7.3 11.9 9.5 -3.6
Mengikut instrumen
Bon dan nota 107,811 117,146 159,771 169,116 155,208Peminjaman antara bank 113,528 149,272 161,345 170,978 172,585Pinjaman antara syarikat 62,516 70,072 93,062 137,478 126,387Pinjaman 40,233 43,189 52,597 53,754 52,975Pemegangan sekuriti hutang domestik oleh bukan pemastautin 229,655 223,289 211,347 214,204 207,389Deposit bukan pemastautin 77,325 78,050 81,615 86,184 91,093Lain-lain1 65,524 66,739 77,249 84,406 77,731
Profi l tempoh matang
Jangka sederhana dan panjang 357,745 383,697 485,108 539,128 506,257Jangka pendek 338,847 364,061 351,876 376,991 377,111
Komposisi mata wang (% bahagian) 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0
Ringgit 45.9 41.0 36.0 34.0 34.3 Dolar AS 43.2 47.5 51.5 53.9 51.1 Yen Jepun 2.6 2.4 2.6 2.4 2.2 Lain-lain 8.3 9.1 9.8 9.7 12.4
Jumlah khidmat bayaran hutang (termasuk bayaran faedah hutang jangka pendek) 141,923 155,685 185,772 206,719 214,017antaranya:
Hutang jangka sederhana dan panjang 140,716 154,311 184,272 204,659 211,449
Bayaran balik2 130,603 143,190 172,391 191,142 198,443
antaranya:Penebusan sekuriti hutang domestik
yang matang oleh bukan pemastautin 23,490 23,698 27,695 24,403 27,105
Bayaran faedah 10,113 11,121 11,881 13,517 13,006
antaranya bayaran faedah ke atas:Pemegangan sekuriti hutang domestik oleh
bukan pemastautin 5,694 6,941 6,575 7,409 5,943
Nisbah khidmat bayaran hutang (% daripada eksport barangan dan perkhidmatan)Jumlah hutang 18.4 19.1 22.7 24.8 22.1
Hutang jangka sederhana dan panjang antaranya: 18.3 18.9 22.5 24.6 21.9Pemegangan sekuriti hutang domestik oleh
bukan pemastautin 3.8 3.8 4.2 3.8 3.4
1 Terdiri daripada kredit perdagangan, pengagihan SDR oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan liabiliti hutang lain2 Termasuk prabayarana AwalanNota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
Tamb
ahan
Laporan Tahunan 2017MS 12
Jadual A.12
Indeks Harga Pengguna
Wajaran (%) (2010=100)
2014 2015 2016 2017
Perubahan Tahunan (%)
Jumlah 100.0 3.2 2.1 2.1 3.7
Makanan dan minuman bukan alkohol 30.2 3.3 3.6 3.8 4.0
Minuman alkohol dan tembakau 2.9 11.6 13.5 17.2 0.2
Pakaian dan kasut 3.3 -0.2 0.5 -0.4 -0.3
Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain 23.8 3.4 2.5 2.4 2.2
Hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah rutin 3.8 1.0 2.7 2.4 2.1
Kesihatan 1.7 2.9 4.5 2.7 2.5
Pengangkutan 13.7 4.9 -4.5 -4.6 13.2
Komunikasi 5.2 -0.7 1.9 -1.5 -0.4
Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 4.9 1.5 1.7 2.5 1.9
Pendidikan 1.1 2.4 2.4 2.1 1.7
Restoran dan hotel 2.9 4.7 4.1 2.8 2.5
Pelbagai barangan dan perkhidmatan 6.5 0.7 4.1 2.9 1.2
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Jadual A.13
Indeks Harga Pengeluar1
Wajaran (%) (2010=100)2
2014 2015 2016 2017
Perubahan Tahunan (%)
Jumlah 100.0 1.5 -7.4 -1.1 6.7
Bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya 20.3 -2.1 -20.5 3.4 14.8
Bahan makanan dan makanan untuk binatang 4.1 4.3 1.2 1.8 6.2
Bahan bukan makanan 16.2 -3.7 -26.5 4.0 17.9
Bahan perantaraan, bekalan dan komponen 53.6 3.4 -6.2 -3.2 6.7
Bahan dan komponen untuk pembuatan 27.9 2.7 -2.7 2.2 5.6
Bahan dan komponen untuk pembinaan 5.3 0.7 0.8 0.3 2.0
Bahan api yang diproses dan pelicin 13.2 5.6 -18.7 -16.6 15.3
Bekas 0.5 0.5 0.3 1.5 5.5
Bekalan 6.7 2.5 5.3 0.5 0.3
Barang siap 26.1 0.8 1.2 0.4 0.9
Barangan pengguna siap 8.4 1.3 1.2 0.9 1.7
Kelengkapan modal 17.7 0.6 0.9 0.3 0.5
1 Siri Indeks Harga Pengeluar adalah untuk pengeluaran tempatan. Bermula Januari 2016, Indeks Harga Pengguna bagi domestik, import dan eksport telah dimansuhkan2 Mulai tahun 2015, Indeks Harga Pengeluar merujuk tahun asas baharu 2010=100, dari tahun asas 2005=100 sebelum ini
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Tamb
ahan
Laporan Tahunan 2017 MS 13
Wang Secara Luas (M3)
Perubahan tahunan Pada akhir
2013 2014 2015 2016 2017 2017
RM juta
Wang secara luas (M3)1 107,470 100,993 41,277 49,315 76,659 1,720,561
Mata wang dalam edaran2 5,913 5,319 8,613 8,817 6,887 92,348
Deposit permintaan 32,013 13,333 5,087 11,439 34,724 329,037
Separuh wang secara luas 69,545 82,341 27,577 29,058 35,048 1,299,177
Deposit tetap 66,957 39,956 25,342 26,002 49,777 821,965
Deposit tabungan 8,025 3,166 659 9,538 5,376 150,505
NID -1,626 4,005 -8,922 -928 -172 8,154
Repo 100 -2,090 0 0 0 0
Deposit mata wang asing 4,434 15,397 42,034 -9,468 -8,582 119,496
Deposit lain -8,345 21,905 -31,536 3,915 -11,351 199,056
Faktor Penentu M3
Tuntutan bersih terhadap Kerajaan 21,164 34,317 -8,858 17,727 16,630 129,829
Tuntutan terhadap Kerajaan 15,794 31,336 -1,566 12,647 20,246 186,677
Tolak: Deposit Kerajaan -5,370 -2,981 7,292 -5,080 3,616 56,848
Tuntutan terhadap sektor swasta 118,033 117,955 120,267 89,257 96,398 1,745,190
Pinjaman 107,934 111,388 106,122 83,999 56,683 1,537,100
Sekuriti 10,099 6,568 14,145 5,258 39,715 208,090
Aset asing bersih3 13,298 -9,952 22,003 -6,015 -2,241 518,192
Bank Negara Malaysia 14,185 -35,003 1,027 14,669 -8,924 406,832
Sistem perbankan -888 25,051 20,976 -20,685 6,683 111,360
Pengaruh lain -45,024 -41,328 -92,135 -51,654 -34,129 -672,6501 Tidak termasuk deposit yang disimpan sesama institusi perbankan2 Tidak termasuk pemegangan oleh sistem perbankan3 Termasuk kerugian/keuntungan penilaian semula kadar pertukaranNota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan
Jadual A.14
Tamb
ahan
Laporan Tahunan 2017MS 14
Bekalan Wang: Perubahan dan Kadar Pertumbuhan
2013 2014 2015 2016 2017
RM juta
% RM juta
% RM juta
% RM juta
% RM juta
%
M31 107,470 7.9 100,993 7.0 41,277 2.7 49,315 3.1 76,659 4.7
M12 37,768 13.0 18,820 5.7 14,042 4.1 20,383 5.7 41,904 11.0
Mata wang dalam edaran 5,449 9.5 5,189 8.2 8,699 12.8 8,794 11.4 6,904 8.1
Deposit permintaan dalam bankperdagangan dan bank Islam 32,318 13.9 13,630 5.2 5,343 1.9 11,589 4.1 34,999 11.9
Deposit lain dalam bankperdagangan dan bank Islam3 73,696 7.1 88,888 8.0 30,325 2.5 28,822 2.3 36,979 2.9
Deposit dalam institusi perbankan lain4 -3,993 -20.5 -6,715 -42.3 -3,091 -33.8 110 1.8 -2,224 -36.1
1 Terdiri daripada M1 ditambah deposit lain sektor swasta dalam bank perdagangan dan bank Islam serta deposit sektor swasta dalam institusi perbankan lain, iaitu bank pelaburan2 Terdiri daripada mata wang dalam edaran dan deposit permintaan sektor swasta3 Terdiri daripada deposit tabungan dan tetap, instrumen deposit boleh niaga (negotiable instruments of deposits, NID), repo dan deposit mata wang asing sektor swasta dalam bank perdagangan dan bank Islam4 Terdiri daripada deposit panggilan, deposit tetap, instrumen deposit boleh niaga (negotiable instruments of deposits, NID), repo dan deposit mata wang asing sektor swasta dalam bank pelaburan. Tidak termasuk deposit yang disimpan sesama institusi perbankanNota: Angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan
Jadual A.15
Tamb
ahan
Laporan Tahunan 2017 MS 15
Jadual A.16
Kadar Faedah (%)
Pada akhir tahun
2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017
Antara bank semalaman 2.99 3.00 2.99 3.23 3.05 3.00 2.91Antara bank 1 minggu 3.01 3.01 3.02 3.30 3.13 3.02 3.03Antara bank 1 bulan 3.05 3.06 3.20 3.38 3.45 3.10 3.08
Bank perdagangan Deposit tetap 3 bulan 2.99 2.97 2.97 3.13 3.13 2.92 2.94 12 bulan 3.22 3.15 3.15 3.31 3.31 3.06 3.10 Deposit tabungan 1.15 1.03 0.99 1.07 1.04 0.99 0.97 Kadar pinjaman asas (BLR) 6.53 6.53 6.53 6.79 6.79 6.65 6.68 Kadar asas (BR) purata berwajaran 3.77 3.62 3.64
Bil Perbendaharaan (91 hari)1 2.99 3.04 3.00 3.42 2.74 3.06 2.86
Sekuriti Kerajaan Malaysia1
1 tahun 2.82 3.01 3.03 3.48 2.59 3.26 2.89 5 tahun 3.23 3.24 3.66 3.84 3.47 3.70 3.56
Bon Korporat1
AAA 3 tahun 3.65 3.53 3.71 4.00 4.13 4.25 4.13 5 tahun 3.99 3.80 3.96 4.27 4.37 4.40 4.33
AA 3 tahun 4.29 4.04 4.16 4.33 4.49 4.61 4.46 5 tahun 4.65 4.30 4.41 4.60 4.73 4.78 4.64
A 3 tahun 6.57 6.34 6.32 6.25 6.34 6.13 5.73 5 tahun 7.11 6.98 7.02 6.87 6.97 6.66 6.36
BBB 3 tahun 10.21 10.06 10.02 10.16 9.90 9.17 8.59 5 tahun 11.24 11.14 11.17 11.17 11.13 10.12 9.62
BB & ke bawah 3 tahun 12.62 12.53 12.52 13.03 12.55 11.31 10.80 5 tahun 14.13 13.76 13.70 14.60 13.89 12.69 12.081 Sumber: FAST, Bank Negara Malaysia
Tamb
ahan
Laporan Tahunan 2017MS 16
Pergerakan Ringgit
RM berbanding dengan satu unit mata wang asing1 Perubahan tahunan (%) Perubahan (%)
2005 2016 20172016 2017
21 Jul. '05 -Dis. '1721 Jul.2 Akhir Dis.
SDR 5.5049 6.0394 5.7428 -0.8 5.2 -4.1
Dolar AS 3.8000 4.4860 4.0620 -4.3 10.4 -6.5
Dolar Singapura 2.2570 3.1016 3.0392 -2.1 2.1 -25.7
100 yen Jepun 3.3745 3.8442 3.6020 -7.3 6.7 -6.3
Paun sterling 6.6270 5.5108 5.4660 15.4 0.8 21.2
Dolar Australia 2.8823 3.2436 3.1659 -3.4 2.5 -9.0
Euro 4.6212 4.7238 4.8510 -0.7 -2.6 -4.7
100 baht Thailand 9.0681 12.517 12.433 -4.7 0.7 -27.1
100 rupiah Indonesia 0.0386 0.0334 0.0300 -6.9 11.4 28.9
100 won Korea 0.3665 0.3720 0.3801 -1.8 -2.1 -3.6
100 peso Filipina 6.8131 9.0516 8.1232 1.1 11.4 -16.1
100 dolar Taiwan Baharu 11.890 13.915 13.682 -6.2 1.7 -13.1Renminbi China 0.4591 0.6455 0.6230 2.4 3.6 -26.3
1 Kadar dolar AS ialah kadar purata belian dan jualan pada pukul 12.00 tengah hari dalam Pasaran Pertukaran Mata Wang Asing Antara Bank Kuala Lumpur Kadar bagi mata wang asing selain dolar AS ialah kadar silang yang diperoleh daripada kadar mata wang tersebut berbanding dengan dolar AS dan kadar RM/dolar AS2 Tambatan ringgit berbanding dengan dolar AS dibebaskan
Jadual A.17
Tamb
ahan
Laporan Tahunan 2017 MS 17
Pembiayaan Ekonomi
Mengikut pelanggan Perusahaan Perniagaan1
Isi Rumah KerajaanJumlah
Pembiayaan
Mengikut jenis pembiayaan/institusi
Jumlah antaranya: PKS
RM juta
Perubahan Bersih dalam Pembiayaan (2016)
Pengantara Kewangan
Institusi Perbankan 29,847 24,698 43,243 3,277 76,367
Institusi Kewangan Pembangunan (IKP)2 1,852 646 5,894 - 7,746
Pengantara Domestik Lain3 -8,431 -65 7,605 - -825
Pasaran Modal
Pasaran Bon4 29,074 - - 37,859 66,933
Pasaran Ekuiti5 7,090 - - - 7,090
Pembiayaan Luar
Pelaburan Langsung Asing 47,182 - - - 47,182
Pinjaman Luar Pesisir6 55,219 - - -391 54,828
Jumlah 161,833 25,279 56,743 40,745 259,321
Perubahan Bersih dalam Pembiayaan (2017a)
Pengantara Kewangan
Institusi Perbankan 12,190 17,198 44,319 6,430 62,939
Institusi Kewangan Pembangunan (IKP)2 -2,063 -1,264 2,279 - 216
Pengantara Domestik Lain3 -381 -255 7,300 - 6,919
Pasaran Modal
Pasaran Bon4 75,101 - - 40,750 115,851
Pasaran Ekuiti5 12,232 - - - 12,232
Pembiayaan Luar
Pelaburan Langsung Asing 39,183 - - - 39,183
Pinjaman Luar Pesisir6 -21,389 - - -4,519 -25,909
Jumlah 114,872 15,679 53,899 42,660 211,431
1 Perusahaan perniagaan termasuk institusi perbankan domestik, institusi kewangan bukan bank domestik, entiti domestik lain dan entiti asing 2 Merujuk IKP di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan, 2002 3 Pengantara domestik lain termasuk syarikat insurans, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), institusi kredit perumahan, syarikat
pemajakan dan pemfaktoran, dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (dahulu Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan)4 Merujuk perubahan bon korporat terkumpul dan sekuriti Kerajaan (Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Terbitan Pelaburan Kerajaan) yang dipegang oleh
pemastautin dan bukan pemastautin. Data tidak termasuk terbitan oleh Cagamas dan bukan pemastautin; dan kertas pelaburan jangka pendek5 Merujuk terbitan pada tahun ini, tidak termasuk terbitan oleh bukan pemastautin6 Merujuk semua pinjaman luar pesisir berdasarkan hutang luar negeri yang didefi nisikan semula pada suku pertama tahun 2014, kecuali pinjaman luar
pesisir jangka pendek sektor perbankan a AwalanNota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan penggenapan
Jadual A.18
Tamb
ahan
Laporan Tahunan 2017MS 18
Jadual A.19
Kewangan Sektor Awam Disatukan
2014 2015 2016 2017a 2018r
RM bilion
Hasil1 202.0 216.0 222.3 229.2 242.4 % pertumbuhan 5.0 6.9 2.9 3.1 5.8
Perbelanjaan mengurus 241.3 243.3 235.8 246.2 261.2 % pertumbuhan 1.8 0.8 -3.1 4.4 6.1
Baki semasa SABK2 122.0 78.2 81.6 99.7 111.9
Jumlah baki semasa sektor awam 82.7 50.9 68.1 82.8 93.1
% daripada KDNK 7.5 4.4 5.5 6.1 6.4
Perbelanjaan pembangunan3 164.5 140.4 158.1 146.7 146.8 % pertumbuhan 18.0 -14.6 12.6 -7.3 0.1
Kerajaan Am4 49.6 47.5 51.1 54.0 56.4 SABK 114.9 92.9 107.0 92.6 90.4
Baki keseluruhan -81.8 -89.5 -90.0 -63.9 -53.7
% daripada KDNK -7.4 -7.7 -7.3 -4.7 -3.7
1 Tidak termasuk bayaran pindahan dalam Kerajaan Am2 Merujuk kepada 28 SABK pada tahun 2017 dan seterusnya 3 Diselaraskan dengan bayaran pindahan dan pinjaman bersih dalam sektor awam 4 Terdiri daripada Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan, serta badan berkanun a Awalan r Ramalan Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia dan Syarikat Awam Bukan Kewangan (SABK)
Glosari
Agregat mudah tunai ringgit terkumpul yang disimpan di Bank Mudah tunai lebihan yang diserap oleh Bank Negara Malaysia, menerusi operasi monetari dan Keperluan Rizab Berkanun (Statutory Reserve Requirement, SRR). Instrumen peminjaman utama yang digunakan untuk tujuan ini antaranya termasuk peminjaman langsung pasaran wang, perjanjian pembelian balik (repo), penerimaan Qard, Program Murabahah Komoditi (Commodity Murabahah Programme, CMP), swap jual-beli, Nota Monetari Bank Negara (Bank Negara Monetary Notes, BNMN) dan Bil Antara Bank BNM (Bank Negara Interbank Bills, BNIB).
Aktiviti mengemas akaun (window dressing)Strategi perakaunan yang digunakan untuk mengemas kini penyata kewangan dengan menunjukkan kedudukan kewangan yang lebih baik kepada pemegang saham dan pelanggan.
Aktiviti pelaburan leveraj (carry trade) merentas sempadan Pelabur meminjam dana di negara yang mempunyai kadar faedah rendah dan melaburkan dana tersebut di negara yang mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.
Aset mudah tunai berkualiti tinggi (high-quality liquid assets, HQLA) Tahap 1 Aset yang boleh ditukar kepada tunai dengan mudah dan serta-merta dalam pasaran swasta untuk memenuhi keperluan mudah tunai bank dalam senario di bawah tekanan mudah tunai dalam tempoh 30 hari kalendar. Menurut takrifan Bank for International Settlements (BIS), kategori HQLA Tahap 1, pada amnya meliputi wang tunai, rizab bank pusat, dan sekuriti tertentu yang boleh dipasarkan dan disokong oleh kerajaan dan bank-bank pusat.
B40Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah mengikut pendapatan, dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM4,360 sebulan di Malaysia pada tahun 2016.
Bantuan sosialBantuan dalam bentuk tunai atau manfaat lain yang selalunya disasarkan kepada golongan miskin dan mudah terjejas.
Bil Antara Bank BNM (Bank Negara Interbank Bills, BNIB) Nota terdiskaun jangka pendek dengan tempoh matang sehingga satu tahun dan layak diiktiraf sebagai aset mudah tunai berkualiti tinggi (hiqh-quality liquid assets, HQLA) Tahap 1. BNIB hanya boleh dibeli dan diniagakan dalam kalangan bank berlesen dan bank pelaburan berlesen.
Bon korporat terkumpul Stok semasa bon korporat ditambah dengan bon korporat bersih yang diterbitkan pada tempoh itu. Terbitan bon korporat bersih merujuk kepada bon korporat kasar yang diterbitkan, ditolak pembayaran balik.
Brexit Keputusan United Kingdom untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.
Dasar pengembangan Dasar monetari atau fi skal yang dilaksanakan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dengan meningkatkan permintaan agregat dalam ekonomi.
Entiti bukan pemastautin Individu, syarikat atau institusi yang berada atau beroperasi di negara asing.
Entiti pemastautin Individu, syarikat atau institusi yang menetap atau beroperasi bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun dan di mana kepentingan ekonominya berpusat di Malaysia.
Imbangan pembayaran Ringkasan transaksi ekonomi antarabangsa antara pemastautin dengan bukan pemastautin sesebuah negara pada tempoh yang tertentu.
Indeks dolar AS Nilai pertukaran asing dolar AS berbanding dengan sekumpulan mata wang rakan perdagangan utama AS.
Indeks Tech Pulse AS Indeks serentak yang menjejak kekukuhan sektor teknologi maklumat AS. Indeks ini terdiri daripada penunjuk seperti pelaburan dalam barangan IT, penggunaan komputer peribadi dan perisian, guna tenaga dalam sektor IT, pengeluaran industri oleh sektor teknologi, dan penghantaran oleh sektor teknologi.
Infl asi asas Komponen trend infl asi yang berterusan. Lazimnya dibentuk dengan mengeluarkan komponen sementara atau bermusim daripada infl asi keseluruhan.
Inflasi keseluruhanKenaikan harga tahunan untuk sekumpulan barangan dan perkhidmatan yang lazimnya digunakan oleh rata-rata isi rumah. Bagi Malaysia, inflasi keseluruhan dikira berdasarkan bakul barangan dan perkhidmatan Indeks Harga Pengguna (IHP).
Infl asi rakan importPurata berwajaran bagi kadar inflasi rakan import utama sesebuah ekonomi. Wajaran dikira berdasarkan peratusan bahagian import dari negara yang mengimport kepada ekonomi tersebut.
Infl asi terasUkuran bagi inflasi asas. Satu kaedah pengiraan yang biasa digunakan adalah dengan mengecualikan komponen bakul barangan dan perkhidmatan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang pergerakan harganya dianggap sementara. Ini termasuklah barangan dan perkhidmatan yang harganya tidak menentu dan ditadbir.
Instrumen deposit boleh niaga (negotiable instrument of deposits, NID)Sijil deposit berfaedah yang dikeluarkan oleh bank yang boleh diniagakan dalam pasaran wang borong sekunder. NID yang diterbitkan dalam pasaran kewangan Malaysia berdasarkan kadar kupon tetap, sifar atau kadar terapung, atau gabungan antara
mana-mana tiga kupon ini.
Isi rumah Seorang atau sekumpulan orang yang mempunyai talian persaudaraan atau tiada talian persaudaraan yang tinggal di kediaman yang sama dan menyumbang kepada perbelanjaan bersama, contohnya untuk makanan.
Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC)Jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk merumuskan dasar monetari dan dasar pengendalian operasi dasar monetari, seperti
yang termaktub dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009.
Jawatankuasa Pasaran Kewangan (Financial Markets Committee, FMC)Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Mei 2016 untuk membincangkan isu-isu semasa dan merumuskan strategi untuk meningkatkan dan membangunkan pasaran kewangan Malaysia. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil daripada Bank Negara Malaysia, institusi kewangan, syarikat, penyedia perkhidmatan kewangan dan institusi lain yang mempunyai peranan atau penyertaan penting dalam pasaran kewangan.
Kadar asas purata berwajaran Berkuatkuasa 2 Januari 2015, kadar asas (base rate, BR) adalah kadar rujukan utama bagi pinjaman runcit kadar terapung. BR ditentukan oleh tanda aras kos dana penyedia perkhidmatan kewangan (fi nancial service provider, FSP) dan Keperluan Rizab Berkanun (Statutory Reserve Requirement, SRR). Komponen penentuan harga pinjaman yang lain seperti risiko kredit peminjam, premium risiko mudah tunai, kos operasi dan margin keuntungan dicerminkan dalam spread yang melebihi BR. Purata BR berwajaran FSP dikira berdasarkan jumlah pinjaman kadar terapung terkumpul.
Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR)Penunjuk pendirian dasar monetari Malaysia. Paras OPR ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari. OPR juga berperanan sebagai kadar sasaran bagi operasi mudah tunai harian Bank, yang akan mempengaruhi kadar faedah lain dalam ekonomi.
Kadar syarat perdagangan Nisbah harga eksport kepada harga import bagi sesebuah negara. Turut boleh ditakrifkan sebagai jumlah barangan import yang boleh dibeli oleh sesebuah negara bagi setiap unit barangan yang dieksport. Peningkatan kadar syarat perdagangan menandakan bahawa bagi setiap unit eksport yang dijual, lebih banyak unit barangan import boleh dibeli, dan sebaliknya.
Kedudukan pelaburan antarabangsa (IIP)Kunci kira-kira luar negeri yang memperincikan kedudukan aset dan liabiliti luaran negara berbanding dengan negara lain di seluruh dunia. IIP bersih yang positif menandakan kedudukan Malaysia sebagai negara pemiutang bersih, dan begitu juga sebaliknya.
Keluk kadar hasil Keluk yang melakarkan kadar hasil bon bagi tempoh matang yang berbeza. Misalnya, keluk kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (Malaysian Government Securities, MGS) memplot kadar hasil bon daripada tempoh matang 1 tahun sehingga 30 tahun.
Kemampanan Fiskal Kemampuan kerajaan untuk mengekalkan perbelanjaan dan cukai pada jangka panjang tanpa menjejaskan kesolvenan kerajaan.
Kemudahan Tersedia (Standing Facilities)Kemudahan pinjaman/pendanaan dan kemudahan deposit/penerimaan yang ditawarkan oleh Bank Negara Malaysia jika berlakunya baki lebihan atau kekurangan mudah tunai dalam pasaran antara bank.
Kerajaan Am Sektor yang terdiri daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun.
Kesan penilaian kadar pertukaran Perubahan nilai bersamaan ringgit bagi aset dan liabiliti kewangan luaran Malaysia dalam denominasi mata wang asing, serta nilai eksport dan import disebabkan oleh perubahan kadar pertukaran ringgit.
Kesilapan dan ketinggalan bersih Item pelarasan atau lebihan yang berlaku apabila akaun semasa, akaun modal dan akaun kewangan tidak sama dengan perubahan dalam rizab. Perbezaan terjadi berikutan ketidaksempurnaan data (misalnya, sumber data yang tidak lengkap, perbezaan masa data direkodkan dan faktor penilaian harga) yang digunakan dalam penyusunan.
Keterbukaan perdagangan Jumlah eksport dan import sesebuah negara sebagai sebahagian daripada KDNK, mewakili jumlah dedahan perdagangan antarabangsa sesebuah negara.
Kurikulum Teknikal Berstruktur Modul program yang dirangka secara holistik berdasarkan kecekapan teknikal, menggunakan pendekatan pembelajaran yang bersepadu. Objektif kurikulum ini adalah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mempercepat pencapaian kemahiran.
Lantai gaji pengikat Lantai gaji adalah gaji minimum yang ditetapkan sama ada oleh undang-undang atau tahap gaji yang telah dipersetujui. Lantai gaji pengikat merujuk kepada keadaan apabila lantai gaji ditetapkan lebih tinggi daripada gaji keseimbangan, iaitu paras gaji apabila permintaan terhadap tenaga kerja menyamai penawaran tenaga kerja.
Mata Wang Digital Wakil nilai digital yang berfungsi sebagai medium pertukaran dan boleh ditukar ganti dengan apa-apa bentuk wang (termasuklah mengkredit atau mendebit sesuatu akaun), tetapi tidak termasuk wang berbentuk elektronik.
Normalisasi dasar monetari Tindakan bank-bank pusat untuk mengembalikan kedudukan dasar monetari ke paras yang lebih wajar, yang selaras dengan objektif jangka sederhana untuk mencapai kestabilan makroekonomi.
Operasi suntikan mudah tunai Penggunaan operasi monetari untuk menyediakan mudah tunai kepada sistem perbankan menerusi instrumen seperti kemudahan repo berbalik dan swap pertukaran asing.
Pelaburan langsung asing (FDI) Kategori pelaburan antarabangsa yang dikaitkan dengan objektif untuk mewujudkan hak kepentingan yang berterusan dalam enterpris pelaburan langsung di Malaysia oleh pelabur bukan pemastautin. “Kepentingan yang berterusan” merujuk kepada hubungan jangka panjang yang melibatkan tahap pengaruh pelabur langsung yang signifi kan dalam pengurusan sesebuah perusahaan lain (misalnya, mempunyai sekurang-kurangnya 10% kuasa mengundi).
Pelaburan langsung di luar negeri (DIA) Kategori pelaburan antarabangsa yang dikaitkan dengan objektif untuk mewujudkan hak kepentingan yang berterusan dalam enterpris pemastautin ekonomi lain. “Kepentingan yang berterusan” merujuk kepada hubungan jangka panjang yang melibatkan tahap pengaruh pelabur langsung yang signifi kan dalam pengurusan sesebuah perusahaan yang lain (misalnya, mempunyai sekurang-kurangnya 10% kuasa mengundi).
Pelaporan Insiden Insiden operasi adalah kejadian yang disebabkan oleh manusia, proses, teknologi atau kejadian luaran, yang telah mengakibatkan atau hampir mengakibatkan (near-miss) impak negatif kepada reputasi, objektif perniagaan, kewangan, dan/atau keselamatan, kesihatan dan persekitaran. Pelaporan insiden diperlukan untuk semua kejadian yang tidak dijangka, kesilapan dan pengecualian, near-miss serta semua insiden yang menyebabkan gangguan kepada perniagaan dan operasi.
Peminjaman bersih dalam negeri Kerajaan PersekutuanPeminjaman kasar dalam negeri Kerajaan Persekutuan dalam bentuk Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, ditolak pembayaran balik.
Peminjaman bersih luar negeri Kerajaan PersekutuanPeminjaman kasar luar negeri Kerajaan Persekutuan dalam bentuk pinjaman projek dan pinjaman pasaran, ditolak pembayaran balik.
Pendapatan primer Pendapatan yang diperoleh daripada sumbangan kepada proses pengeluaran, peruntukan aset kewangan dan penyewaan sumber asli. Ini meliputi pampasan pekerja (contohnya upah, gaji), pendapatan pelaburan (contohnya, dividen) dan urus niaga sewa antara pemastautin dengan bukan pemastautin.
Pendapatan sekunder Pemindahan semasa antara pemastautin dengan bukan pemastautin apabila sumber (barangan, perkhidmatan atau aset kewangan) dibekalkan tanpa menerima balasan yang mempunyai nilai ekonomi. Ini termasuk pindahan oleh kerajaan am, pindahan peribadi (contohnya, pengiriman wang oleh pekerja asing) dan pindahan lain dalam bentuk tunai atau yang setara.
Penerimaan jurubank (banker’s acceptance, BA)Bil pertukaran yang dikeluarkan dan diterima oleh bank di Malaysia untuk membiayai pembelian berkaitan perniagaan atau jualan barangan antara pembayar dengan orang lain, dengan dibuktikan melalui dokumentasi yang sah dan mencukupi.
Penerimaan Qard (Qard acceptance)Kontrak peminjaman wang oleh pemberi pinjaman kepada peminjam. Peminjam terikat untuk memulangkan jumlah pinjaman yang sama kepada pemberi pinjaman.
Pengambilan risiko (“Risk-on”)Tempoh wujudnya tanggapan bahawa risiko kewangan adalah rendah, yang menggalakkan pelabur mengambil lebih banyak risiko. Keadaan ini kebiasaannya berlaku seiring dengan tempoh aliran masuk ke dalam aset pasaran sedang pesat membangun, yang dianggap lebih berisiko berbanding dengan aset ekonomi maju.
Penghindaran risiko (“Risk-off”) Tempoh wujudnya tanggapan bahawa risiko kewangan adalah tinggi, yang menyebabkan pelabur mengurangkan pengambilan risiko atau mengurangkan dedahan kepada pelaburan yang berisiko lebih tinggi. Keadaan ini kebiasaannya berlaku seiring dengan tempoh aliran keluar daripada aset pasaran sedang pesat membangun.
Pengurusan Kesinambungan Perniagaan Proses pengurusan risiko yang holistik untuk mengenal pasti kejadian yang berpotensi menjejaskan sesebuah organisasi dan penyediaan rangka kerja yang membina keupayaan untuk bertindak balas dengan cekap, bagi menjaga kepentingan pihak berkepentingan yang utama, reputasi, kredibiliti dan aktiviti yang membentuk nilai ke arah memenuhi mandat dan objektif strategik Bank.
Penilaian Kendiri Kawalan Risiko Alat untuk memudahkan pengenalpastian serta penilaian risiko dan kawalan berkaitan oleh jabatan-jabatan.
Penunjuk Risiko Utama Metrik/statistik risiko yang memberikan gambaran tentang dedahan risiko operasi perniagaan serta kelemahan operasi dan kawalan, menerusi pemantauan pemacu utama dedahan yang berkaitan dengan risiko utama.
Perancangan Senario Perancangan senario secara berstruktur bagi membolehkan pertimbangan masa hadapan oleh organisasi. Proses ini menjawab soalan seperti “apakah yang akan berlaku jikalau”, “apakah yang mungkin berlaku”, dan “apakah yang akan berlaku seterusnya”.
Perlindungan nilai Strategi pelaburan untuk mengurangkan risiko pelaburan dengan menggunakan derivatif kewangan seperti opsyen, swap dan kontrak hadapan.
Permodalan pasaran ekuiti Jumlah nilai pasaran ekuiti, seperti yang dikira oleh harga saham didarab dengan bilangan saham terkumpul.
Pinjaman terkumpul Stok semasa pinjaman ditambah dengan pinjaman bersih yang dikeluarkan pada tempoh itu. Pinjaman bersih yang dikeluarkan merujuk kepada pengeluaran pinjaman ditolak bayaran balik pinjaman. Termasuk pinjaman yang diberikan oleh sistem perbankan dan institusi kewangan bukan bank, serta pinjaman yang dijual kepada Cagamas.
Program pembelian aset Satu bentuk dasar pengembangan monetari yang dilaksanakan oleh beberapa bank pusat dalam ekonomi maju susulan Krisis Kewangan Global. Mengikut dasar ini, bank pusat membeli bon kerajaan atau aset kewangan lain yang jumlahnya ditetapkan terlebih dahulu untuk merangsang ekonomi dan menurunkan kadar faedah jangka panjang.
Rantaian belakang Kesalingbergantungan ekonomi dengan pembekal dan penyedia perkhidmatan yang mewujudkan kesan limpahan apabila permintaan untuk barangan atau perkhidmatan akhir meningkat atau menurun.
Rantaian hadapan Kesalingbergantungan ekonomi dengan pelanggan yang menyebabkan kesan limpahan apabila permintaan untuk barangan atau perkhidmatan asal meningkat atau menurun.
Red Teaming Aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan bebas dengan memainkan peranan yang berlawanan, untuk mencabar organisasi supaya meningkatkan keberkesanannya.
Risiko Keselamatan Maklumat Kemungkinan berlakunya ketirisan, penyalahgunaan, kecurian atau kehilangan maklumat berikutan kegagalan memelihara kerahsiaan, integriti dan ketersediaan maklumat.
Risiko rentas lintangRisiko yang biasa dialami oleh jabatan-jabatan di Bank. Risiko ini diuruskan oleh beberapa jabatan yang ditentukan sebagai Pemilik Dasar Risiko (Risk Policy Owner, RPO).
Rundingan kolektifRundingan syarat-syarat guna tenaga antara majikan dengan sekumpulan pekerja. Sebagai contoh, di Perancis, proses rundingan kolektif dilaksanakan secara desentralisasi, menyebabkan rundingan beralih daripada peringkat industri kepada peringkat syarikat.
Spread bon korporat Perbezaan antara kadar hasil bon korporat dengan kadar hasil bon kerajaan yang mempunyai tempoh matang yang sama. Lazimnya, spread ini digunakan untuk mengukur pampasan yang dituntut oleh pelabur bagi menanggung risiko dalam pemegangan bon korporat berbanding dengan aset yang tidak berisiko yang mempunyai tempoh matang yang sama.
Syarikat awam Syarikat yang dikawal oleh Kerajaan. Kawalan boleh ditentukan melalui: pemilikan kepentingan mengundi majoriti; kawalan ke atas lembaga atau badan pentadbir lain; kawalan dari segi pelantikan dan pemecatan jawatan utama; kawalan ke atas jawatankuasa utama entiti; saham kencana (golden shares) dan opsyen; peraturan dan kawalan; kawalan oleh pelanggan utama; atau kawalan disebabkan pinjaman daripada Kerajaan.
Tekanan harga didorong permintaan Tekanan menaik kepada harga apabila permintaan agregat melebihi penawaran agregat.
Akronim dan Singkatan
3D kotor, berbahaya dan sukar
ABM Persatuan Institusi Kewangan
ADFIM Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia
AFI Alliance for Financial Inclusion
AI Kecerdasan Buatan
AIBIM Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia
AICB Asian Institute of Chartered Bankers
ALR Kadar pinjaman purata
AS Amerika Syarikat
BA penerimaan jurubank
BAC Jawatankuasa Audit Lembaga
BCM pengurusan kesinambungan perniagaan
BCSA Pengaturan Swap Mata Wang Dua Hala
BIS Bank for International Settlements
BNIB Bil Antara Bank BNM
BNM Bank Negara Malaysia
BNMN Nota Monetari Bank Negara
BOE Bank of England
BR kadar asas
CB Chartered Banker
CIA Pengaturan Perisikan Kutipan
CMIM Multilateralisasi Inisiatif Chiang Mai
COSO Committee of Sponsoring Organisations of the Treadway Commission
CPO minyak sawit mentah
CSIRP Pelan Respons Insiden Keselamatan Siber
DFTZ Zon Perdagangan Bebas Digital
DIA pelaburan langsung luar negeri
DRO Pegawai Risiko Jabatan
E&E elektronik dan elektrik
E&O kesilapan dan ketinggalan
ECB European Central Bank
ECI Indeks Kecanggihan Ekonomi
EIS Sistem Insurans Pekerjaan
EMEAP Mesyuarat Eksekutif Bank-bank Pusat Asia Timur dan Pasifi k
EPU Unit Perancang Ekonomi
ERM Pengurusan Risiko Organisasi
FBM KLCI Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia
FCA Peringatan kepada Pengguna Kewangan
FCB Fellow, Chartered Banker
FD deposit tetap
FDI pelaburan langsung asing
Fed Federal Reserve AS
FINCO Financial Industry Collective Outreach
FMC Jawatankuasa Pasaran Kewangan
FOMC Federal Open Market Committee
FTP Rancangan Transaksi Kewangan
GFC Krisis Kewangan Global
GVC rantaian nilai global
HQLA aset mudah tunai berkualiti tinggi
IAIS International Association of Insurance Supervisors
ICAEW Institute of Chartered Accountants in England and Wales
ICLIF Pusat Kepimpinan Kewangan Antarabangsa
ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi
IHP Indeks Harga Pengguna
IIA Institute of Internal Auditors
IILM International Islamic Liquidity Management
IIP kedudukan pelaburan antarabangsa
IKP institusi kewangan pembangunan
ILO Pertubuhan Buruh Antarabangsa
IMF Tabung Kewangan Antarabangsa
INCEIF Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa
IPO tawaran awam awal
IRS swap kadar faedah
IRTI Islamic Research and Training Institute
ISACA Information Systems Audit and Control Association
ISRA Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam
JAD Jabatan Audit Dalam
KDNK Keluaran Dalam Negeri Kasar
KLIBOR Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur
KLSE Bursa Saham Kuala Lumpur
KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
LIA Liquidity Investment Arrangement
LNG gas asli cecair
LSPG Jawatankuasa Perancang Statistik Buruh
MBLS Biro Statistik Buruh Malaysia
MDEC Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia
MEF Persekutuan Majikan Malaysia
MFRS Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia
MGII Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia
MGS Sekuriti Kerajaan Malaysia
MIER Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia
MOVE Merril Lynch Option Volatility Estimates
MPC Jawatankuasa Dasar Monetari
MSCI Morgan Stanley Capital International
NAB Pengaturan Baharu untuk Meminjam
NEER Kadar Pertukaran Efektif Nominal
NID instrumen deposit boleh niaga
OECD Organisation for Economic Co-operation and Development
OPEC Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak
OPR Kadar Dasar Semalaman
ORWG Kumpulan Kerja Risiko Operasi Antarabangsa
PC komputer peribadi
PCI Indeks Kecanggihan Produk
PIN Nombor Pengenalan Peribadi
PKS perusahaan kecil dan sederhana
PMTK pembentukan modal tetap kasar
PNK pendapatan negara kasar
RENTAS Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata
Repo Perjanjian Belian Balik
RMD Jabatan Pengurusan Risiko
RR China Republik Rakyat China
RSS Jualan Singkat yang Dikawal Selia
SDR Milikan Hak Pengeluaran Khas
SESRIC Statistical, Economic Research and Training Centre for Islamic Countries
SIEM Pengurusan Maklumat dan Peristiwa Keselamatan
STC Kurikulum Teknikal Berstruktur
STEM Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
SWA Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia
SWIFT Masyarakat Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Sedunia
TNK tabungan negara kasar
UK United Kingdom
UNCDF United Nations Capital Development Fund
VIX Chicago Board Options Exchange Volatility
Rencana dan Rencana Khas yang diterbitkan dalam Buletin Suku Tahunan BNM (Suku Pertama hingga Suku Keempat 2017)
Infl asi: Persepsi dan Realitinyahttps://bnm.my/qb17s1ba1
Menyangkal Mitos: Langkah-langkah Berkaitan Pembiayaan Harta Tanah Menyebabkan Kadar Penolakan Pinjaman Lebih Tinggihttps://bnm.my/qb17s1ba2
Perbankan Pusat dan Ketidaksamaan: Perbincangan Semasahttps://bnm.my/qb17s1fa1
Ekonomi Perkongsian - Memanfaatkan Nilai Aset yang Terbiarhttps://bnm.my/qb17s1fa2
Rantaian Nilai Global dan Pemacu Eksport Malaysiahttps://bnm.my/qb17s2ba1
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemegangan Bon oleh Pelabur Asing di Malaysiahttps://bnm.my/qb17s2ba2
Hasil Pelaksanaan Rangka Kerja Kadar Rujukan: Ke Arah Amalan Lebih Cekap dan Telushttps://bnm.my/qb17s2fa1
Liberalisasi Perniagaan Insurans Motor: Ganjaran kepada Pemandu Berhemahhttps://bnm.my/qb17s2fa2
Menilai Semula Insentif Pelaburanhttps://bnm.my/qb17s3ba1
Ketidakseimbangan dalam Pasaran Harta Tanahhttps://bnm.my/qb17s3ba2
Indeks Keadaan Kewangan Malaysiahttps://bnm.my/qb17s3ba3
Memperkasakan Lembaga Pengarah: Ke arah Tadbir Urus Korporat Institusi Kewangan yang Lebih Mantaphttps://bnm.my/qb17s3fa1
Rumah Mampu Milik: Cabaran dan Langkah Ke Hadapanhttps://bnm.my/qb17s4ba1
Langkah-langkah Tidak Ortodoks untuk Masa Tidak Konvensionalhttps://bnm.my/qb17s4ba2
API (Application Programming Interface) Terbuka: Suatu Revolusi Kewanganhttps://bnm.my/qb17s4fa1