10
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan N. Sembilan <<< ACIS UiTMN9 / Edaran Dalaman >>> Muharram / Safar 1439 — Oktober 2017 Artikel Bulan Ini Maqasid Syariah: Huraian dan Kepentingannya: Bhgn 1 Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah Doktrin Utama Syiah dan kesesatannya Berita Buletin Seminar Permantapan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Siri 1 Sekalung Tahniah Kuliah Pengukuhan CTU551

Artikel Bulan Ini Berita Buletin Ilham Wan Abdullah Mu’allim Mohd akri PENERBIT UiTM awangan Negeri Sembilan Kampus Seremban Persiaran Seremban Tiga/1, 70300 Seremban 3, Negeri Sembilan,

  • Upload
    vunhi

  • View
    271

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Artikel Bulan Ini Berita Buletin Ilham Wan Abdullah Mu’allim Mohd akri PENERBIT UiTM awangan Negeri Sembilan Kampus Seremban Persiaran Seremban Tiga/1, 70300 Seremban 3, Negeri Sembilan,

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan N. Sembilan

<<< ACIS UiTMN9 / Edaran Dalaman >>>

Muharram / Safar 1439 — Oktober 2017

Artikel Bulan Ini

Maqasid Syariah: Huraian dan

Kepentingannya: Bhgn 1

Siapakah Ahli Sunnah Wal

Jamaah

Doktrin Utama Syiah dan

kesesatannya

Berita Buletin Seminar Permantapan

Akidah Ahli Sunnah Wal

Jamaah Siri 1

Sekalung Tahniah

Kuliah Pengukuhan

CTU551

Page 2: Artikel Bulan Ini Berita Buletin Ilham Wan Abdullah Mu’allim Mohd akri PENERBIT UiTM awangan Negeri Sembilan Kampus Seremban Persiaran Seremban Tiga/1, 70300 Seremban 3, Negeri Sembilan,

SIDANG REDAKSI

Penaung:

Prof. Dr. Nasrudin Mohammed (Rektor)

Penasihat:

Hisam Satari

(Ketua Pusat Pengajian Acis )

Editor:

Mu’allim Bin Mohd Bakri

Sidang Pengarang:

Hisam Satari

Mohammad Faizul Abdan

Nur Ilham Wan Abdullah

Mu’allim Mohd Bakri

PENERBIT

UiTM Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Seremban

Persiaran Seremban Tiga/1,

70300 Seremban 3,

Negeri Sembilan, Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada

pembaca budiman sekalian. Buletin ACIS siri

keempat berjaya diterbitkan. Edisi kali ini,

memuatkan tiga artikel, iaitu “Maqasid Syariah:

Huraian dan Kepentingannya: Bhgn pertama”,

“Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah” dan

“Doktrin Utama Syiah Dan Kesesatannya”. Edisi

kali ini juga, kami menyajikan beberapa aktiviti

yang telah dianjurkan oleh ACIS, UiTM N.

Sembilan dan unit-unit lain dalam bentuk berita

dan lensa. Semoga Buletin kali ini dapat mem-

beri manfaat kepada semua warga UiTM.

Selamat membaca.

3 - 5 Maqasid Syariah: Huraian dan Kepentingannya. Bhgn pertama

Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Doktrin Utama Syiah dan Kesesatannya

Berita Buletin ACIS UiTM N9

Seminar Permantapan Akidah Ahli Sunnah Wal Ja-maah Siri 1

Sekalung Tahniah

Kuliah Pengukuhan CTU551: Tamadun Islam dan Cabaran Peradaban

Jika berminat untuk

menghantar sebarang artikel

atau komen, boleh email ke

[email protected]

Keterangan Gambar Cover

Gambar kenangan beberapa peserta-peserta Seminar

Pemantapan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Siri 1 di

UiTM Kampus Seremban bersama Pembentang kertas kerja

YBrs. Syeikh Dr. Umar Muhammad Kalash dan YBrs. Ustaz

Dr. Muhammad Yusri Bin Mazlan disamping ditemani

oleh Tim. Rektor HEA, Penolong Rektor UiTM Kampus

Seremban dan KPP ACIS N. Semblan

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan N. Sembilan

8

10

7

6

9

Page 3: Artikel Bulan Ini Berita Buletin Ilham Wan Abdullah Mu’allim Mohd akri PENERBIT UiTM awangan Negeri Sembilan Kampus Seremban Persiaran Seremban Tiga/1, 70300 Seremban 3, Negeri Sembilan,

Keperluan manusia kepada agama

secara umumnya dan kepada Islam

khususnya bukanlah keperluan sampingan

semata-mata. Ia merupakan satu keperluan

asasi setiap manusia yang berkaitan

dengan fungsi dan matlamat kehidupan

mereka serta membantu memahami

tentang rahsia kewujudan dan beberapa

persoalan penting buat manusia. Terlalu

banyak persoalan dalam kehidupan untuk

dikenalpasti akan kepentingannya ataupun

tidak. Sekiranya diberikan dua pilihan,

bagaimanakah kita menilai untuk menentu

kan pilihan kita, apakah ukurannya?

Kemudian apabila kita membicarakan

berkaitan dengan urutan keutamaan dalam

kehidupan, bagaimanakah cara kita untuk

mengatur tanggungjawab serta amanah

yang dipikulkan kepada manusia?

Segala bentuk persoalan ini hanya

akan terjawab apabila manusia murujuk

kepada syariat yang berwahyukan kepada

al-Quran dan hadis . Agama Islam merupa-

kan syariat terakhir kepada umat manusia

yang melengkapi dari setiap sudut

kepercayaan serta amalan manusia dari

pelbagai intipati. Firman Allah yang ber-

maksud “ sesiapa yang mencari agama

selain Islam maka ia tidak sekali-kali akan

diterima darinya” (Ali ‘Imran :85).

Islam merupakan syariat yang telah

diturunkan oleh Allah Taala kepada umat

Islam melalui perantaraan Rasul iaitu Nabi

Muhammad Sallallahualihiwasallam. Ia

merupakan syariat ilahi disebabkan rujukan

sumbernya adalah wahyu Ilahi iaitu al-

Quran dan Sunnah. Sebab itu ia bebas

daripada segala bentuk kezaliman,

kekurangan, pengaruh nafsu dan rasional

akal yang terbatas keupayaannya. Ia juga

meninggalkan rasa kekaguman yang

sangat mendalam kerana intipati syariat

Islam merangkumi seluruh alam meliputi

kesejagatan umat manusia bahkan ia juga

menaungi makhluk dan alam semesta

Pendahuluan

Islam Syariat Allah Taala

Oleh : Hisam Bin Satari (KPP ACIS UiTM Caw. N.Sembilan) Bahagian Pertama

3

Page 4: Artikel Bulan Ini Berita Buletin Ilham Wan Abdullah Mu’allim Mohd akri PENERBIT UiTM awangan Negeri Sembilan Kampus Seremban Persiaran Seremban Tiga/1, 70300 Seremban 3, Negeri Sembilan,

sehingga rahmatnya melebar keseluruh

alam.

Syariat Islam juga memberikan

motivasi kepada umatnya agar sentiasa

bersemangat melaksanakan tugasan

taklifiah yang dibebankan kepada setiap

muslim, dengan memberi ganjaran serta

balasan kepada setiap amalan yang

dilakukan. Bukan setakat itu sahaja,

syariat juga menerangkan akan akibat

buruk yang akan diterima kepada umat

Islam dengan hukuman duniawi dan

ukhrawi demi memastikan manusia

sentiasa siapsiaga akan balasan yang

akan diterima. Indahnya syariat Allah ini

berupa sedemikian rupa adalah ber-

tujuan untuk mengekalkan kesejahteraan

dan keamanan di dunia. Disyariatkan

hukum qisas, hudud, ta’zir, denda harta

dan ganti rugi bagi menjamin kelangsun-

gan keamanan manusia di dunia

sentiasa berterusan. Manakala

gambaran ukhrawi berupa balasan besar

dan kekal berupa pahala dan dosa

bukan setakat terhenti di dunia semata-

mata bahkan ia berterusan nikmat dan

azabnya semasa manusia berada di

alam kubur menanti perjalanan yang

maha jauh dan mencabar iaitu alam

akhirat yang kekal abadi.

Firman Allah : “Pada hari setiap diri

dapati segala kebaikan dihadirkan

(dimukanya), begitu juga dengan

kejahatan yang dilakukan; ia ingin kalau

kiranya antara dirinya dan hari itu ada

masa yang jauh; dan Allah memberi

kamu amaran terhadap diriNya

(siksaNya), Dan Allah amat Penyayang

pada hamba-hambaNYa”. (Ali Imran: 30)

Syariat Islam diturunkan untuk

segala umat manusia, Ia tidak mengira

tempat, masa dan situasi. Ia memenuhi

keperluan mereka, tidak menyusahkan

dan tidak menghalang dari mencapai

kemajuan. Ini kerana syariat Islam di-

asaskan dari prinsip menghasilkan

‘maslahah’ (kebaikan) dan menolak

‘mafsadah’ (keburukan). Prinsif asas

seperti syura, adil, tidak menindas dan

tidak membalas penindasan. Keperinci-

an fokus hubungan syariatnya mengatur

hubungan manusia dengan Allah,

manusia sesama manusia dan manusia

Syariat Islam Bersifat Universal

4

Page 5: Artikel Bulan Ini Berita Buletin Ilham Wan Abdullah Mu’allim Mohd akri PENERBIT UiTM awangan Negeri Sembilan Kampus Seremban Persiaran Seremban Tiga/1, 70300 Seremban 3, Negeri Sembilan,

dan alam sekitar. Tiada satupun sudut

yang ditinggalkan tanpa mendapat per-

hatian dan naungan dari syariat ini.

Manakala sumber-sumber syariatnya

berdepan dengan pelbagai cabaran

supaya disesuaikan dengan pelbagai

situasi tanpa mengira masa, tempat dan

situasi. Imam Ibn al_Qayyim menyatakan:

syariat Islam berdiri atas landasan hikmat

dan maslahat bagi manusia di dunia dan

akhirat. Secara total ia bersifat adil,

rahmat, baik serta berhikmah. Justeru itu

setiap perkara yang keluar dari adil kepada

zalim, dari rahmat kepada sengsara, dari

maslahat kepada mafsadah, dan

bethikmah kepada sia-sia maka ia bukan

dari syariat Islam.

Antara fungsi syariat yang diamalkan

oleh umat Islam ialah ia memberi ke

sejahteraan hidup samada di dunia mau-

pun diakhirat bagi setiap individu atau

masyarakat. Bahkan ia juga merentasi

kesannya kepada umat manusia secara

umumnya tanpa mengira batasan agama

dan kepercayaan.

Menjana serta memperbanyak ke-

maslahatan yang demi untuk memastikan

kehidupan masyarakat Islam terutamanya

berjalan dengan aman dan makmur.

Konsep persaudaraan dan rasa kasih

sesama saudara seagama diterap kepada

setiap umat Islam agar lahir darinya

konsep kasih sayang, hormat meghormati

serta tolong menolong yang menjamin

kelangsungan hidup di dunia berjalan

dengan baik.

Tiada sesiapa yang inginkan kehidupan

nya menghadapi kerosakan dan kehancur

an. Justeru syariat berfungsi untuk

menolak serta mengurangkan kerosakan

dalam sistem bermasyarakat . maka

lahirlah peraturan yang merentasi

pemikiran serta hawa nafsu agar manusia

tidak terjerumus ke lembah kehinaan

sehingga menjejaskan hubungannya

dengan Allah Taala. Firman Allah “ Maka

apakah kamu menyangka bahawa Kami

(Allah) mencipta kamu secara sia-sia, dan

kamu tidak akan dikembalikan? Maha

Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya, tiada

tuhan melainkan Dia yang mempunyai

‘Arys yang mulia” ( Al-Mukminun : 115-

116).

Artikel ini akan bersambung di keluaran

Buletin ACIS Kelima Bulan November.

Mahmood Zuhdi Ab majid dan Paizah Ismail (2004), Penghantar Pengajian Syariah, Kuala Lumpur: al-Bain Corporation sdn bhd.

Mohd Aizuddin Mohd Sani.(2002), Hak Asasi manusia menurut Pandangan Islam dan barat, Kuala Lumpur: Utusan Publication.

“Islam Dalam Internet”, Dalam Majalah PC, Jilid 5.V, 1996, hlm 29.

Mahsun Fuad (2005), Hukum Islam Indonisia: Dari Nalar Partisipatoris hingga Emansipatoris, Yokyakar-ta: LKIS.

Rahimin Affendi et.all, kertas kerja : Pendekatan Baru Maqasid Syariah Dalam Pengajian Syariah Di Malaysia: Satu Analisis

Dr yusuf Al-Qardhawi,1998, Panduan Memahami Syariat Islam. Pustaka Ilmi

Dr. Yusuf Al-Qardhawi. 2000. Penghantar Pengetahuan Islam. As-Syabab media

Fungsi Syariat

Rujukan

5

Page 6: Artikel Bulan Ini Berita Buletin Ilham Wan Abdullah Mu’allim Mohd akri PENERBIT UiTM awangan Negeri Sembilan Kampus Seremban Persiaran Seremban Tiga/1, 70300 Seremban 3, Negeri Sembilan,

Pada 15 Ogos 2017 sebuah per-

sidangan rekacipta telah diadakan di Wana

Riverside Hotel, Melaka. Persidangan ini

lebih dikenali sebagai “International

Conference & Exposition On Islamic

Invention & Innovation 2017”. Persidangan

ini telah dianjurkan oleh Center Of Islamic

Philantrophy and Social Finance (CIPSF), Uni

Charity Society (UCS) dan UiTM. Per-

sidangan ini telah disertai oleh wakil

kumpulan dari ACIS UiTM Caw. Negeri

Sembilan. Antara wakil pensyarah ACIS

UiTM N. Sembilan yang telah menyertai per-

sidangan ini adalah Ust. Nasif Siddique, Ust.

Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah, Ustzh. Rafidah

bin Azli dan Ustzh Makiah Tusaripah dengan

kerjasama bersama pensyarah ACIS UiTM

Melaka iaitu DR Dziauddin dan Ust. Mohd

Asmadi Yakob.

Dalam Persidangan ini, Kumpulan dari

ACIS UiTM N. Sembilan telah mendapat

award GOLD untuk kedua-dua produk yang

mereka persembahkan. Produk tersebut ada-

lah E-Sulh Zakat dan E-Sulh PTPTN.

Sekalung tahniah diucapkan kepada

wakil kumpulan dari ACIS N.Sembilan atas

kejayaan merangkut dua award GOLD dalam

persidangan ini. Semoga kejayaan ini, akan

terus menjadi inspirasi kepada staf ACIS N.

Sembilan yang lain.

Oleh : Mu’allim Bin Mohd Bakri (Pensyarah ACIS UiTM Kampus Seremban)

6

Page 7: Artikel Bulan Ini Berita Buletin Ilham Wan Abdullah Mu’allim Mohd akri PENERBIT UiTM awangan Negeri Sembilan Kampus Seremban Persiaran Seremban Tiga/1, 70300 Seremban 3, Negeri Sembilan,

Pada 17 Oktober 2017, Seminar

Pemantapan Akidah Ahlu Sunnah Wal

Jamaah Siri 1 telah diadakan di Dewan

Kuliah TPSU 2, UiTM Kampus Seremban.

Program ini dianjurkan oleh ACIS UiTM

cawangan N. Sembilan dengan kerjasama

daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Seminar ini, disampaikan oleh dua

orang pembentang kertas kerja yang pakar

dalam bidang Akidah Ahli Sunnah Wal

Jamaah. Pembentang kertas kerja pertama

adalah YBrs. Syeikh Dr. Umar Muhammad

Kalash (merupakan seorang penceramah

bebas dan pemegang tauliah mengajar

Agama di Negeri Sembilan). Tajuk pem

bentangan beliau adalah “Akidah Ahli Sunnah

Wal Jamaah dan Cabaran Semasa”. Pem-

bentang kertas kerja yang kedua pula adalah

YBrs. Ustaz Dr. Muhammad Yusri Bin

Mazlan (merupakan Pegawai Hal Ehwal Is-

lam Bahagian Rundingcara Akidah, Jabatan

Mufti Negeri Sembilan). Tajuk pembentangan

beliau adalah “Fahaman dan Aliran Wahabiy-

yah: Fatwa berkaitannya di Negeri Sembilan

Darul Khusus”. Seminar ini, telah dirasmikan

oleh Prof. Madya Mohammad Nor Othman

yang merupakan Penolong Rektor Kampus

Seremban.

Tujuan seminar pemantapan akidah ini

dianjurkan adalah supaya dapat membuka

minda warga UiTM Caw. Negeri Sembilan

tentang betapa pentingnya umat Islam dida-

lam memantapkan Akidah Ahlu Sunnah Wal

Jamaah. Disamping itu, para peserta juga

telah diingatkan mengenai kewujudan be-

berapa aliran-aliran akidah yang menyesat-

kan umat Islam dan bagaimana cara

mengenalinya.

Peserta seminar ini terbuka kepada

ketiga-tiga Kampus UiTM Caw. Negeri

Sembilan iaitu Kampus Kuala Pilah, Kampus

Seremban dan Kampus Rembau. Penyertaan

juga dibuka kepada beberapa peserta dari

kalangan bukan staf UiTM. Seramai lebih

kurang 200 peserta telah menyertainya.

Semoga seminar ini dapat memberi manfaat

kepada seluruh warga UiTM Caw. Negeri

Sembilan.

Oleh : Mu’allim Bin Mohd Bakri (Pensyarah ACIS UiTM Kampus Seremban)

7

Page 8: Artikel Bulan Ini Berita Buletin Ilham Wan Abdullah Mu’allim Mohd akri PENERBIT UiTM awangan Negeri Sembilan Kampus Seremban Persiaran Seremban Tiga/1, 70300 Seremban 3, Negeri Sembilan,

Dalam tinjauan bahasa kata Ahlus

sunnah Wal Jama’ah tersusun dari tiga kata;

iaitu Ahl, as-Sunnah, dan al-Jamâ’ah. Kata

Ahl dalam pengertian bahasa adalah

keluarga, golongan. Al-Imâm Muhammad

Murtadha az-Zabidi dalam Ithâf as-Sâdah al-

Muttaqin menyebutkan bahwa di antara

makna as-Sunnah dalam pengertian bahasa

adalah jalan yang ditapaki (ath-Tharîqah al-

Maslûkah). Al-Jamâ’ah dalam makna

perkumpulan orang-orang Islam di bawah

satu pemimpin atau seorang Imam. Adapun

definisi Ahlussunnah Wal Jama’ah dalam

pengertian terminologi adalah para sahabat

Rasulullah dan orang-orang yang berpegang

teguh dalam mengikuti ajaran-ajaran

mereka. Dalam sebuah hadith, Rasulullah

bersabda yang bermaksud: “Dan

sesungguhnya umat ini akan terpecah men-

jadi 73 golongan, 72 di antaranya di

dalam neraka, dan hanya satu di dalam

surga yaitu al-Jama’ah”. (HR. Abu Dawud).

Rasulullah juga telah menjelaskan jalan

yang selamat yang harus kita tempuh agar

tidak terjerumus di dalam kesesatan. Kunci

keselamatan tersebut adalah dengan

mengikuti apa yang telah diyakini oleh al-

Jamâ’ah, artinya keyakinan yang telah di-

pegang teguh oleh majoriti umat Islam.

Kerana Allah sendiri telah menjanjikan

kepada Nabi bahwa umatnya ini tidak akan

tersesat selama mereka berpegang teguh

terhadap apa yang disepakati oleh ke-

banyakan mereka. Allah tidak akan

mengumpulkan mereka semua di dalam

kesesatan.

Pengertian al-Jamâ’ah yang telah

disebutkan dalam hadith riwayat al-Imâm

Abu Dawud di atas yang berarti majoriti umat

Rasulullah, yang kemudian dikenal dengan

Ahlussunnah Wal Jama’ah, telah disebutkan

dengan sangat jelas oleh Rasulullah dalam

hadithnya yang bermaksud: “Aku berwasiat

kepada kalian untuk mengikuti sahabat-

sahabatku, kemudian orang-orang yang

datang sesudah mereka, kemudian orang-

orang yang datang sesudah mereka”. Dan

termasuk dalam rangkaian hadith ini:

“Hendaklah kalian berpegang kepada

majoriti (al-Jamâ’ah) dan jauhilah per-

pecahan, karena syaitan akan menyertai

orang yang menyendiri. Dia (Syaitan) dari

dua orang akan lebih jauh. Maka

barangsiapa menginginkan tempat lapang di

surga hendaklah ia berpegang teguh kepada

(keyakinan) al-Jamâ’ah”. (HR. at-Tirmidzi. Ia

berkata: Hadith ini Hasan Shahih. Hadits ini

juga dishahihkan oleh al-Imâm al-Hakim).

Oleh : Mohammad Faizul Abdan (Peg. Hal Ehwal Islam ACIS UiTM Kampus Kuala Pilah)

8

Page 9: Artikel Bulan Ini Berita Buletin Ilham Wan Abdullah Mu’allim Mohd akri PENERBIT UiTM awangan Negeri Sembilan Kampus Seremban Persiaran Seremban Tiga/1, 70300 Seremban 3, Negeri Sembilan,

Pada 28 Oktober 2017 bertempat di Dewan Biduanda UiTM Kampus Rembau, satu kuliah pengukuhan telah diadakan. Program ini merupakan program akademik Kuliah Pengukuhan bagi subjek CTU551 (Tamadun Asia dan Tamadun Islam) yang melibatkan pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau untuk memberi ruang kepada pelajar UiTM Kampus Rembau dalam memahami isu berkaitan tamadun Islam dalam mendepani cabaran pada abad ke-21 yang perlu difahami terutamanya bagi golongan mahasiswa dan mahasiswi.

Seramai 75 orang pelajar yang me libatkan diri dalam program ini yang terdiri daripada pelajar MASSCOM, Fakulti Pen-gurusan Perniagaan (FPP), dan Fakulti

Pengurusan Maklumat (FPM) yang di adakan di Dewan Biduanda UiTM Kampus Rembau. Para pelajar telah diberikan kuliah selama 2 jam termasuk sesi soal jawab yang disampaikan oleh Dr. Anisah Bahyah Ahmad, Pensyarah Kanan Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) turut dihadiri oleh Ustaz Ahmad Faiz bin Hj.

Ahmad Ubaidah, Koordinator ACIS UiTM Kampus Rembau. Program ini tertumpu kepada para pelajar yang mendaftar kod CTU551 bagi semester 1 sesi September 2017-Januari 2018.

Majoriti daripada peserta program kuliah pengukuhan CTU551 ini mem-berikan ulasan positif kerana dapat menambahkan informasi dan maklumat berkenaan subjek khususnya bagi topik tamadun islam dan tamadun asia. Para

pelajar juga dapat mengetahui kepentingan sistem tamadun islam dan cabaran yang dihadapai masyarakat Islam kini serta kepentingan sikap toleransi dan menghargai budaya hidup masyarakat Malaysia yang pelbagai.

Oleh : Nur Ilham Binti Wan Abdullah (Pensyarah ACIS UiTM Kampus Rembau)

9

Page 10: Artikel Bulan Ini Berita Buletin Ilham Wan Abdullah Mu’allim Mohd akri PENERBIT UiTM awangan Negeri Sembilan Kampus Seremban Persiaran Seremban Tiga/1, 70300 Seremban 3, Negeri Sembilan,

Fokus doktrin Syiah terletak pada konsep Imamiah (kepimpinan umat sesudah

Nabi). Hampir semua ajaran Syiah, samada usul (akidah) mahupun furu’ (Syariah),

selalu dikaitkan dengan Imamah. Tidak ada yang lebih penting bagi mereka selain

daripada Imamah. Jadual-jadual dibawah jelas menunjukkan perbezaan ketara

rukun iman, rukun Islam dan pegangan umat Islam terhadap al-Quran berbanding

dengan pegangan kelompok Syiah yang melampau. Jauhi Syiah. Syiah bukan Ahli

Sunnah Wal Jamaah

RUKUN IMAN

AHLI SUNNAH WAL

JAMAAH

Beriman kepada:

SYIAH

1. Allah 1. Tauhid

2. Malaikat 2. Nubuwwah

3. Kitab Allah 3. Imamah

4. Para Rasul 4. al-Adlu (Keadilan)

5. Hari Akhirat 5. al– Ma’ad (akhirat)

6. Qadha’ dan Qadar

RUKUN ISLAM

AHLI SUNNAH WAL

JAMAAH

SYIAH

1. Mengucap dua

kalimah Syahadah

1. Solat

2. Solat 2. Puasa

3. Puasa 3. Zakat

4. Zakat 4. Haji

5. Haji 5. Wilayah (Mentaati

Imam Syiah yang

dua belas)

KITAB SUCI AL-QUR’AN

AHLI SUNNAH

WAL JAMAAH

SYIAH

Al-Qur’an yang ada

sekarang masih asli,

tidak kurang dan

tidak lebih satu huruf

pun.

Al-Qur’an yang ada

sekarang palsu,

tidak asli, 2/3 ayat-

ayatnya hilang dan

dibuang oleh para

sahabat

Oleh : Mohammad Faizul Abdan (Peg. Hal Ehwal Islam ACIS UiTM Kampus Kuala Pilah)

10