Asaimen PRM 3101

  • Upload
    elyn-lu

  • View
    149

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PRM 3101

Citation preview

1.0 PendahuluanKodaly dan Dalcroze mempunyai falsafah, konsep dan teknik pendekatan yang tersendiri dalam pengajaran muzik. Dalam kerja kursus ini, kami dikehendaki menulis sebuah esei tentang bagaimanakah seorang guru muzik menggabungkan pendekatan kedua-dua tokoh ini untuk melaksanakan satu P&P nyanyian bagi murid tahap satu sekiranya anda adalah guru muzik tersebut. Kami juga perlu menyediakan satu contoh Rancangan Pengajaran Slot (RPS) muzik berdasarkan KSPK.

2.1 PENDEKATAN KODALY (ZOLTAN KODALY (1882-1967))

FALSAFAH

Falsafah yang paling penting dalam pendekatan Kodaly ialah Muzik adalah untuk semua orang. Pedagogi Kodaly menekankan perkembangan kemahiran pengalaman muzikal secara menyeluruh dan berurutan. Kodaly percaya bahawa semua kanak-kanak mempunyai potensi untuk menjadi celik muzik. Mereka hanya perlu diberi peluang untuk memperkembangkan skil persembahan, skil pendengaran dan skil-skil muzik yang lain untuk menjadi celik muzik. Kodaly juga percaya bahawa suara adalah alat muzik yang paling utama kerana ia adalah alat muzik alat yang semulajadi. Tujuan nyanyian dijadikan fokus adalah kerana kemahiran nyanyian merupakan asas kemahiran bagi semua kemahiran muzik yang lain. Menurut Kodaly, setiap kanak-kanak selalu mempelajari bahasa ibonda mereka terlebih dahulu sebelum mempelajari bahasa yang lain. Maka dalam pengajaran muzik, kanak-kanak harus diajar lagu-lagu rakyat bahasa ibunda mereka sebelum mempelajari lagu-lagu dari bahasa asing.

KAEDAH KODALY DALAM PEMBELAJARAN MUZIK

Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan muzik yang menggunakan aktiviti nyanyian dan keupayaan pendengaran dalaman oleh kanak-kanak. Kodaly menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat / tempatan menggunakan bahasa ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya. Beliau tidak menggunakan sistem gred seperti yang sering digunakan dalam kaedah pengajaran piano atau alat muzik lain. Sasaran kaedah Kodaly ialah untuk membantu kanak-kanak dalam literasi muzik. Ini dilakukan dengan penggunaan beberapa pendekatan yang berpusatkan kanak-kanak itu sendiri, iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa, latihan bacaan semerta, latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta muzik. Kemahiran literasi muzikal turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan pengalaman ingatan visual. Pembinaan pemahaman asas adalah penting dan ianya diikuti dengan pengetahuan bagaimana membuat persembahan, mendengar dan membuat analisis muzik klasikal yang mudah. Seterusnya, kemahiran ditingkatkan secara berperingkat sehingga mereka berupaya untuk mencipta muzik mereka sendiri. Kodaly berpendapat bahawa setiap kanak-kanak yang boleh bercakap boleh menghasilkan muzik. Kemahiran muzik juga dibina melalui asas-asas kefahaman kemahiran berbahasa. Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa, iaitu peringkat AURAL di mana kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan ton semasa mereka bercakap (dalam kemahiran berbahasa), peringkat MENULIS di mana setiap kali satu perkataan difahami, perkataan dan pic boleh ditranskripsikan melalui penulisan atau perlambangan dan peringkat MEMBACA iaitu kanak-kanak membina keupayaan membaca. Ketiga-tiga peringkat ini juga turut digunakan dalam kaedah Kodaly. Dalam kaedah Kodaly, pembelajaran nyanyian dan teknik pendengaran menggunakan simbol irama dan suku kata. Pada masa yang sama, isyarat tangan akan mewakili perkaitan antara pic-pic. Penggunaan isyarat tangan membantu kanak-kanak melihat pic sama ada ianya menaik atau menurun.

Isyarat tangan Tonik Solfa/ CurwenDalam nyanyian, Kodaly sentiasa memulakannya dengan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu tempatan yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Secara berperingkat, lagu-lagu dari budaya lain mula diperkenalkan sedikit demi sedikit. Kanak-kanak perlu dilatih menyanyi dengan tepat menggunakan pola melodi yang paling asas. Misalnya Do-Re, Do-Re-Mi dan sebagainya. Bermula dari peringkat ini juga, mereka diajar menyebut irama menggunakan perkataan sambil bertepuk tangan mengikut detik muzik.Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik. Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki (step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk irama daripada suku kata, dan berfikir (membayangkan) suku kata semasa menepuk irama.

Seterusnya, Kodaly menyarankan pengenalan alat muzik iaitu zailofon (yang ditanggalkan bar tertentu) dan rekoder. Tetapi sebagai permulaan, beliau menyarankan penggunaan bahasa ibunda sebagai asas mempelajari muzik.

Pendedahan Kaedah Kodaly Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik

Kaedah Kodaly adalah satu kaedah yang berterusan dan sentiasa berkembang. Banyak perubahan telah berlaku sejak kaedah ini bermula dan sedang dalam proses perubahan untuk mencari cara yang lebih baik lagi untuk memupuk rasa cinta kepada muzik. Kaedah Kodaly menjadi tunjang dan nadi kepada kurikulum muzik di sekolah mahupun di institut pendidikan guru. Kaedah Kodaly boleh dikategorikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah kaedah Kodaly secara berurutan. Kaedah berurutan ini berfokus kepada isi kandungan yang disusun dengan sistematik mengikut kebolehan kanak-kanak pada tahap perkembangannya. Salah satu unsur muzik yang ketara yang boleh dijadikan contoh di sini ialah irama. Irama yang asas di dalam kaedah ini ialah irama bersamaan dengan pergerakan kanak-kanak seperti berjalan (krocet mempunyai nilai 1 kiraan) dan berlari (kuaver mempunyai nilai kiraan). Elemen-elemen muzik yang lain seperti bentuk (form), harmoni, tempo, dinamik boleh diatur atau disusun secara berurutan dalam kaedah ini. Selain konsep irama, konsep melodi juga perlu diperkenalkan secara berurutan. Mengikut perkembangan muzikal kanak-kanak, mereka hanya dapat menyanyikan 5 atau 6 ton dan tidak dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat. Oleh demikian, konsep melodi perlu diperkenalkan dengan 2 pic dahulu, so dan mi yang mempunyai jeda minor ke-3. Mengikut kebiasaan corak jeda ini memang terdapat di dalam kehidupan harian mereka. Contohnya seperti sebutan perkataan berpic:

Di dalam kajian konsep melodi, jeda minor ke-3 dan major ke-2 merupakan jeda-jeda yang sama dan lazim digunakan di negara Jepun, Amerika Syarikat dan juga Hungary.Seterusnya ialah teknik nyanyian. Suara merupakan satu alat muzik yang semulajadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua orang. Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira, sayang, sedih, takut atau seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk menimba pengalaman muzikal ialah kegiatan nyanyian. Oleh itu nyanyian merupakan aktiviti yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik. Teknik pendengaran dalaman boleh dikenali sebagai inner hearing dan inner singing yang dapat menguji kesemua elemen muzik kanak-kanak. Pendengaran dalaman memainkan peranan yang penting dalam kemahiran muzik seperti nyanyian, permainan alat dan lain-lain bidang muzik. Contoh aktiviti kemahiran pendengaran dalaman yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik ialah meneka lagu. Guru menggunakan isyarat tangan solfa kepada sesuatu melodi dan meminta murid-murid menyanyikan dengan senyap di dalam kepala. Setelah guru memberi masa untuk murid-murid merasai melodi itu, guru akan meminta murid menyanyikan keratan melodi tersebut secara kuat.Selain itu, kanak-kanak biasanya merasa seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan cara menghafal atau learning by heart. Namun ada cara yang lebih menarik dalam memperkembangkan aspek ini. Ia boleh dilakukan melalui teknik permainan. Contohnya, guru menggunakan skel pentatonik sebagai bahan penghafalan. Murid diberi sehelai kertas di mana di bahagian kiri telah diisi dengan not-not pada baluk. Di bahagian kanan pula dikosongkan. Murid mendengar guru memainkan 2 atau 3 not di kibod berulang-ulang. Murid digalakan berfikir dahulu sebelum menulis balik pada baluk di sebelah kanan. Setelah selesai menulis, murid menyanyi not-not yang ditulis di baluk tadi. Aktiviti ini juga boleh menggunakan simbol atau notasi lidi dengan nama solfa.Improvisasi turut didedahkan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik. Aspek ini diperkenalkan sebagai satu cara untuk menentukan samada murid dapat memahami konsep muzik yang dipelajari serta memberi keyakinan kepada mereka. Contohnya semasa bermain permainan baling tepuk, guru akan membaling bola sakti kepada murid bertuah. Guru akan bertepuk atau menggerakkan anggota badannya pada detik sambil murid mendengar. Murid tersebut digalakkan respon melalui bertepuk atau menggerakkan anggota badan pada satu corak yang lain. Terdapat 3 jenis teknik atau komponen di dalam pengajaran dan pembelajaran kaedah Kodaly iaitu tonik solfa, isyarat tangan dan simbol, notasi lidi dan sebutan irama. Dalam tonik solfa, Kodaly menggunakan sistem do bergerak yang berasal dari Guido Arezzo (Itali) pada Abad ke 11. Dalam sistem ini, tonik solfa atau tonik pusat dalam sesebuah lagu ialah do dalam nada major dan la dalam nada minor. Ini memudahkan pelajaran nyanyian semerta. Tonik Solfa menekankan perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatu sistem tonal. Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian, membaca dan menulis skor mereka boleh diperkenalkan dengan not nama abjad. Nyanyian pic dalam jeda minor ke 3 (so mi) merupakan pengajaran asas. Dengan menggunakan tonik solfa, kanak-kanak yang kenal dua not yang berpic ini boleh membacakan not ini pada baluk di mana-mana posisi. Kodaly berpendapat bahawa skel pentatonik (5 ton) amat sesuai digunakan kerana skel itu merupakan skel asas untuk lagu rakyat Hungary yang berciri mood minor.Isyarat tangan merupakan sejenis lambang yang berasal dari Hebrew dan Mesir Kuno. Ia boleh dilakukan untuk menggambarkan tinggi rendah sesuatu pic apabila dinyanyikan. Kanak-kanak biasanya menggunakan satu tangan (tangan yang menulis) untuk isyarat tangan. Isyarat-isyarat ini dilakukan di bahagian hadapan badan dengan permulaan do pada aras bahagian pinggang dan la pada aras bahagian mata. Jarak dalam isyarat tangan menunjukkan jeda yang dinyanyikan dan ditunjukkan. Jarak so mi lebih jauh dari jarak so la atau do re. Oktaf menggunakan isyarat tangan yang sama tetapi pada jarak yang berdasarkan skala. Antara urutan irama yang digunakan di dalam Kaedah Kodaly adalah seperti berikut:

SimbolMuzik bergerak dalam beat yang stabil

Meter muzik bergerak dalam kumpulan beat yang mempunyai tekanan.

Ikoni. Irama

ii. Pic (Kontur melodi)

iii. Notasi Lidi dengan Pic

iv. Notasi Lidi dan Sebutan Irama

2.2 PENDEKATAN DALCROZE (EMILIE JAQUES DALCROZE (1865-1950))

FALSAFAH Falsafah Pendidikan Muzik mengikut Dalcroze adalah mengutamakan perasaan dan pergerakan fizikal sewaktu menikmati muzik. Beliau berpendapat insan harus bertindak balas secara fizikal melalui pergerakan badan apabila menghayati melodi muzik. Justeru itu, Dalcroze memberi penekanan terhadap memperkembangkan potensi individu untuk mengekspresikan perasaan dan diri melalui muzik. Kebolehan mendengar, memahami dan menikmati muzik melalui pergerakan secara tidak langsung dapat memberi kebebasan kepada individu untuk memperkembangkan daya imaginasi dan idea. Dalcroze berpegang kepada beberapa prinsip bagi menguatkan teori pembelajaran yang diperkenalkan. Antaranya adalah secara semula jadi, setiap kanak-kanak mempunyai emosi dan perasaan. Oleh yang demikian, pembelajaran muzik awal kanak-kanak haruslah tertumpu tentang strategi bagaimana hendak menzahirkan emosi muzik kepada bentuk-bentuk pergerakan anggota badan yang bersesuaian dengan muzik yang diperdengarkan. Anggota badan adalah instrumen yang paling dekat bagi kanak-kanak untuk menggambarkan atau meluahkan emosi mereka. Kanak-kanak akan bergerak balas secara spontan dengan gaya dan pergerakan tertentu bagi menyatakan perasaannya terhadap muzik yang didengari. Sebelum bermain alat muzik, kanak-kanak harus berlatih terlebih dahulu. Apresiasi muzik di kalangan kanak-kanak tidak dapat diterapkan dengan hanya latihan-latihan aural atau penerangan lisan mengenai tonaliti, pic dan harmoni. Kefahaman tentang elemen-elemen utama dalam muzik dapat diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang mengaitkan pembelajaran muzik dengan pergerakan manusia seperti berlari, berjalan, berdiri, duduk dan sebagainya. Sebagai contoh, konsep cepat (allegro) atau sederhana (moderate) dapat dikaitkan dengan pergerakan berlari atau berjalan yang berkait terus dengan pengalaman kehidupan seharian mereka.

CIRI-CIRI PENDEKATAN DALCROZE Pendekatan Dalcroze ini mempunyai tiga ciri. Ciri pertama adalah inner hearing. Dalcroze berpendapat bahawa kebanyakan pelajar tidak berupaya untuk menyanyi atau menulis kembali melodi atau harmoni yang biasa didengari. Justeru itu, beliau berpendapat latihan khas perlu diberikan bagi membantu pelajar membentuk inner hearing atau pendengaran mendalam. Kaedah yang dicadangkan ialah melalui solfa. Notasi atau not muzik mestilah diajar secara sistematik melalui Pendekatan Solfa. Ciri kedua pula ialah perasaan individu. Dalcroze telah mengenal pasti bahawa kebanyakan pelajarnya cuma belajar cara memainkan alat muzik dan menyanyi dengan tepat, tetapi pada masa yang sama mengabaikan perasaan yang seharusnya dizahirkan dengan pergerakan fizikal sewaktu aktiviti permainan alat atau nyanyian tersebut. Ciri yang terakhir adalah muzik dan pergerakan. Dalcroze percaya bahawa pelajar dapat merasai dan menghayati pic, irama dan melodi sesebuah lagu melalui pergerakan yang tertentu. Oleh yang demikian, Dalcroze banyak menuliskan lagu-lagu gerakan (gesture song) yang merupakan gabungan di antara muzik dan gerakan yang sesuai dijalankan di peringkat kanak-kanak.

KAEDAH DALCROZE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK Dalcroze memperkenalkan tiga aspek dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik. Aspek pertama ialah eurhythmic. Dalcroze menyedari bahawa murid-murid peka kepada muzik melalui pergerakan. Beliau menamakan kaedahnya sebagai eurhythmics iaitu dalam bahasa Yunani bermaksud good movement. Mengikut Dalcroze, konsep muzik dapat dibina melalui pergerakan irama. Dalam pelajaran eurhythmics, murid-murid bergerak bebas mengikut muzik yang didengari. Dalcroze mengesan bahawa pelajarnya cuma belajar cara-cara bermain alat muzik dan menyanyi secara tepat tetapi mengabaikan elemen perasaan sewaktu melakukannya.Mereka berjalan, berlari, melompat dan membuat pergerakan mengikut kreativiti diri yang menggambarkan perasaan kepada muzik yang didengarinya. Setiap murid membuat pergerakan masing-masing mengikut persepsi diri sendiri terhadap muzik, jadi pergerakan yang terhasil adalah tersendiri. Pembinaan pergerakan murid adalah bermula tindak balas fizikal yang senang kepada kombinasi kompleks yang berpandukan kepada gerak tangan sambil mengira rentak di mana dalam masa yang sama kaki bergerak mengikut tekanan (syncopated patterns) dan kepala mengangguk pada rentak-rentak yang tertentu. Eurhythmics memerlukan penglibatan individu secara menyeluruh dari aspek minda, anggota badan serta emosi diri di mana perkara-perkara berikut dilakukan secara aktif iaitu mendengar, merasai (feel), berimaginasi kuat (strong imagination), mengintepretasi bunyi dan bertindak/respon/bergerak.Hasil dari penglibatan aktif dan menyeluruh pelajar, Dalcroze mendapati bahawa tahap pembelajaran berkaitan dengan elemen atau unsur muzik, seperti irama, melodi, harmoni, bentuk dan lain-lain di kalangan pelajar telah meningkat dan bertambah baik melalui aktiviti pergerakan dengan muzik. la secara tidak langsung telah menajamkan lagi daya pendengaran (aural) individu terhadap muzik untuk menterjemahkannya kepada gerakan yang sesuai dan kreatif, yang seterusnya membawa kepada celik akal dan literasi muzik di kalangan pelajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktiviti eurhythmics dapat dilaksanakan dalam aktiviti muzik dan gerakan, di mana pada waktu muzik dimainkan murid akan membuat gerakan bebas mengikut muzik sama ada mengikut lirik lagu atau tidak seperti lagu Sang Kancil dan Buaya . Contohnya apabila ingin melakukan aktiviti ini, murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama akan menyanyikan lagu manakala kumpulan kedua akan membuat gerakan seperti buaya dan kumpulan ini bebas bergerak dan melakukan pelbagai gerakan. Bagi kumpulan ketiga mereka akan beraksi seperti kancil dan mereka akan melakukan aktiviti melompat, berlari, berjalan dan sebagainya. Apabila muzik lagu ini dipasang, murid akan bebas melakukan aktiviti gerakan dalam kumpulan masing-masing mengikut muzik yang dimainkan oleh guru atau membuat sebarang pergerakan lain secara bebas. Dengan melakukan pergerakan ini, murid dapat menunjukkan kreativiti mereka melalui pergerakan yang dilakukan seperti pergerakan melompat, berjalan, berlari dan lain-lain pergerakan lagi. Aspek yang kedua ialah improvisasi. Dalam pendekatan Dalcroze, improvisasi merupakan satu aktiviti yang boleh meningkatkan imaginasi dan kreativiti pelajar. Improvisasi merupakan gabungan atau lanjutan kepada aktiviti eurhythmics (pergerakan berirama). Sebelum melakukan aktiviti improvisasi, pengalaman dan pengetahuan asas tentang elemen irama dan pic diperlukan. Berdasarkan elemen asas tersebut, maka pelajar akan melakukan pengubahsuaian, penambahan atau lanjutan. Pelbagai aktiviti improvisasi boleh dilakukan dengan penggunaan suara, tubuh badan dan alat perkusi.Piano merupakan instrumen utama yang digunakan untuk memainkan melodi atau irama asas sebelum pelajar membuat improvisasi terhadap apa yang didengari. Tumpuan aktiviti improvisasi adalah sesuatu yang dilakukan secara spontan, bukannya ditulis atau dirancang terlebih awal. Dalcroze mengatakan bahawa semua orang tanpa mengira bakat boleh dilatih memainkan dan menghasilkan sesuatu karya muzik secara spontan. Setiap murid di dalam kelas beliau diajar mencipta muzik sendiri secara berpandu. Pelajar tersebut diberi kebebasan dan peluang untuk mengekspresi ciptaannya.Penekanan dalam improvisasi adalah berkenaan dengan latihan irama. Konsep masa dan tenaga yang diterokai dalam sesuatu ruang dalam kelas pergerakan berirama eurhythmics dipraktikkan kepada bermain piano. Piano menjadi alat utama improvisasi kerana penggunaan anggota badan dan muzik seperti pergerakan jari dan tangan. Dalcroze menggunakan improvisasi untuk mengukuhkan konsep teori dan harmoni. Beliau meminta pelajar membuat improvisasi dari sesuatu melodi ke arah pembinaan melodi baru dengan menggunakan kefahaman pelajar tentang jeda-jeda. Secara tidak langsung, bermula daripada dua pic yang dicipta akan melatih pelajar cekap dalam harmoni. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, guru akan memainkan irama dengan menggunakan piano dan murid menjawab irama tersebut dengan bertepuk tangan dan membuat improvisasi pada irama. Contohnya:

IIrama yang dimainkan oleh guru dengan menggunakan piano

Irama yang ditepuk oleh murid

Aspek ketiga yang diperkenalkan ialah solfege. Telinga dihubungkaitkan dengan bunyi, manakala keseluruhan saraf dikaitkan dengan irama. Solfege pula adalah pengetahuan tentang melodi dan harmoni. Seperti tubuh badan digunakan sebagai alat berirama semula jadi, suara pula adalah alat tonal yang natural. Justeru itu, suara bertindak sebagai bahan ekspresi dalam Latihan Solfege Dalcroze. Solfege bertindak sebagai ton, hubung kait antara ton dan ton kualiti (timbre). Tujuan solfege diperkenalkan adalah supaya pendidik muzik dapat merancang latihan dan aktiviti bagi tujuan memperkembangkan pendengaran secara aktif dan merangsang saraf pendengaran supaya peka terhadap ketepatan pic. Solfege dalam pendekatan Dalcroze adalah satu latihan pendengaran. Pendengaran boleh mempertingkatkan kesedaran tentang pic, perbezaan ton dan perbezaan kualiti ton. Pendengaran dalaman (inner hearing) juga dapat meningkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman adalah sebutan atau sebahagian daripada lirik nyanyian yang dinyanyikan dalam hati.Pendengaran dalaman dapat ditingkatkan melalui nyanyian, melodi, harmoni, pic atau perbezaan kualiti ton atau timbre. la juga dapat mempertingkatkan kemahiran membaca skor serta improvisasi secara vokal yang boleh membawa kepada kemahiran muzik yang lebih tinggi seperti ciptaan dan gubahan. Dalam pengajaran dan pembelajaran solfage, murid dapat membezakan kedudukan not melalui isyarat tangan Curwen. Contohnya, bagi not C rendah, tangan digenggam di bahagian perut dan C tinggi, tangan digenggam di atas kepala. Murid hendaklah peka dengan kedudukan pic setiap not. Contoh lagu di bawah dinyanyikan dengan solfege.

LIMA FOKUS DAN UNSUR YANG DIBERI PERHATIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK

Gabungan penekanan terhadap eurhythmics, solfege dan improvisasi seperti yang diperkenalkan oleh Dalcroze telah memberi impak yang besar terhadap paradigma dan persepsi pendidik muzik tentang pendidikan muzik kanak-kanak. Antara fokus dan unsur-unsur yang diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran muzik ialah eurhythmies Dalcroze meningkatkan keupayaan memerhati, memahami, memberi tumpuan pendidik muzik terhadap kepaduan penggunaan ruang, masa, tenaga dan keseimbangan bagi menghasilkan pergerakan yang baik mengikut irama tertentu. Fokus yang kedua ialah kanak-kanak secara semula jadi memang suka bergerak dan mereka seronok melakukan apa sahaja. Dengan demikian, pendekatan Dalcroze menggalakkan mereka meneroka penggunaan ruang, masa, tenaga dan tempo atau kelajuan yang pelbagai sewaktu melakukan pergerakan. Contohnya bergerak dengan cepat (berlari), lambat (berjalan) atau berjalan secara berjingkit-jingkit sebagai aktiviti penerokaan dan penggunaan ruang serta melompat, meniarap, berguling, mencangkung dan sebagainya untuk meneroka dan mencari pengalaman baru menggunakan semua anggota tubuh badan untuk bergerak. Seterusnya, fokus ketiga adalah anggota badan merupakan alat utama yang mampu mempamerkan interpretasi murid atau individu yang melibatkan imaginasi, emosi, serta pergerakan badan yang bertindak berpandukan bahan rangsangan atau stimuli dalam bentuk bunyi, gerak isyarat (signal), lisan seperti perkataan, ayat, puisi atau sajak, vokal seperti nyanyian dan juga muzik bunyi-bunyian. Fokus keempat pula ialah pergerakan badan adalah pengalaman yang paling efektif dalam aspek merasa dan menzahirkan emosi terhadap sesuatu yang didengar. Mendengar pula adalah kunci kepada pengalaman ini. Dengan mendengar, murid dapat memberi respon pergerakan yang tepat dengan penggunaan masa, ruang dan tenaga. Sesuatu perasaan kanak-kanak kadang kala tidak dapat diucapkan dengan kata-kata tapi dapat diinterpretasikan dengan pergerakan badan. Antara perkara-perkara yang boleh diinterpretasikan ialah lagu yang berasaskan lirik serta konsep muzik seperti irama, tekanan, detik, sinkopasi, perbezaan pic, kontur melodi, dinamik, tempo, bentuk yang terkandung dalam muzik sedia ada. Fokus terakhir ialah kreativiti diberi penekanan dalam program eurhythmics di mana keupayaan dan kebolehan melakukan sesuatu yang berbeza di kalangan murid-murid dipertingkatkan. Selain pelajar belajar untuk mengimprovisasi dalam bentuk pergerakan, ekspresi kreatif juga boleh disalurkan melalui media yang berbeza seperti penggunaan suara, alat perkusi, piano, alat tiup kayu, brass dan alat bertali.

2.3 Gabungan Pendekatan Kodaly Dan Dalcroze Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Nyanyian Bagi Murid Prasekolah

Untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan dalam Pendidikan Muzik, guru muzik harus keratif dan berinovatif dalam merancang aktiviti P&P. Guru muzik boleh menggabungkan kedua-dua pendekatan Kodaly dan Dalcroze dalam P&P nyanyian. Seperti apa yang dipelajari, pendekatan Dalcroze lebih menekankan kepada perasaan dan pergerakan fizikal sewaktu menikmati muzik, jadi murid-murid boleh meluahkan perasaan melalui pergerakan dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Manakala fokus utama pendekatan Kodaly adalah nyanyian. Sebelum mengajar menyanyi, guru muzik hendaklah mengajar murid menepuk irama lagu dulu. Hal ini demikian kerana apabila murid telah menguasai tepukan irama lagu sepenuhnya, barulah mereka dapat menyanyi mengikut tempo yang betul.Sebagai contoh, dalam nyanyian lagu Tangan Saya, guru boleh membimbing murid membuat pergerakan tangan seperti angkat dan tepuk mengikut lirik lagu. selepas itu, guru akan membimbing murid menepuk irama lagu terlebih dahulu sebelum menyanyi. Setelah memastikan mereka sudah mengetahui corak irama lagu, barulah mula membimbing mereka menyanyi mengikut tempo yang berbeza. Pada akhir P&P, murid akan membuat persembahan menyanyi lagu Tangan Saya mengikut tempo yang berbeza sambil membuat pergerakan tangan mengikut lirik lagu. Melalui gabungan kedua-dua pendekatan ini dalam nyanyian, hasil pembelajaran dapat dicapai di mana murid dapat menyanyi mengikut tempo dengan betul dan dengan membuat pergerakan tangan mengikut lirik lagu secara kreativiti.

2.4 Rancangan Pengajaran Slot (RPS)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN(SLOT PENGAJARAN)

Kelas : Prasekolah IPGKTAATarikh : 14.03.2013Masa : 60 minit (9.00 pagi 10.00 pagi)Bilangan: 25 orangModul : Teras AsasTema : Diri SayaSub tema: Anggota Badan SayaTunjang Utama : Perkembangan Fizikal Dan Estetika Standard Kandungan : KTI 2.1 Mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi. KTI 2.4 Menunjukkan apresiasi Muzik.Standard Pembelajaran : KTI 2.1.9 Menyanyi lagu mengikut tempo. KTI 2.4.1 Membuat gerakan anggota badan mengikut lirik lagu. KTI 2.4.3 Mengenal elemen muzik dengan bimbingan: Kuat-lembut (dinamik) Cepat-lambat (tempo) Tinggi-rendah (pic) Panjang-pendek (irama) Sedih-gembira-bersemangat (mud)Kesepaduan Tunjang : BM 1.1.13 Mendengar dan memberi respons terhadap perbualan, permintaan, cerita, lagu. BM 2.1.4 Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : 1. menyanyi lagu mengikut tempo yang betul. 2. membuat gerakan tangan mengikut lirik lagu dengan betul. 3. mengenal elemen muzik dengan bimbingan seperti cepat-lambat (tempo), dan bersemangat (mud) yang betul. 4. mendengar dan memberi respons terhadap perbualan, permintaan dan lagu dengan baik. 5. berinteraksi secara sopan dan bertatasusila dengan baik.Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menyanyi lagu Tangan Saya. Kemahiran Berfikir (KB) : Menjana idea, menghubung kait, menyelesaikan masalahPenerapan Nilai (PN): Kerajinan, keprihatinan, kasih sayang, bertolak ansur, bekerjasama, berkeyakinanBahan Bantu Mengajar (BBM) : Carta seni kata lagu, laptop, LCD Projector, pita rakamanFokus MI : Kecerdasan bahasa, interpersonal, intrapersonalKosa Kata : Cepat, lambat, angkat, menari, tepuk Masa/LangkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran Dan PembelajaranCatatan

Set induksi(5 minit)Aktiviti menarik nafas1. Guru menayangkan klip video menghidu bunga melalui slaid powerpoint.2. Guru mengaitkan aktiviti menghidu bunga dengan aktiviti menarik nafas dengan betul.3. Guru tunjukcara dan bimbing murid menarik nafas dengan betul iaitu dengan mengembangkan dada di bahagian diafragma sama seperti cara menghidu bunga.BBM- laptop, LCD ProjectorPN- kasih sayangMI- kecerdasan bahasaKB- menjana idea, menghubung kait

Langkah 1(10 minit)Memperkenalkan lagu dan membuat pergerakan tangan mengikut lirik lagu

Pergerakan tangan: Angkat Tepuk Menari Contoh soalan:1. Siapa pernah dengar lagu ini?2. Apakah pergerakan tangan yang boleh kami buat dalam lirik lagu ini?

Lirik lagu:Tangan di kepalaku,Di muka dan di bahu, Di pinggang, di sisi,Di belakang ku sembunyi,Ku angkat tinggi, Jejari ku menari,Ke depan tangan ku,Tepuk tangan bersama, Yes! 1. Guru mempamerkan carta seni kata lagu Tangan Saya dan memainkan rakaman lagu tersebut.2. Guru mengemukakan soalan kepada murid.2. Murid menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru.3. Guru membimbing murid untuk membuat pergerakan tangan mengikut lirik lagu.

Penggunaan pendekatan Dalcroze BBM- carta seni kata lagu, pita rakamanPN- kasih sayang, keprihatinan, kerajinan, bekerjasamaMI-intrapersonal, kecerdasan bahasaKB- menghubung kait, menjana idea,

Langkah 2(15 minit)- Menyanyi mengikut tempo cepat dan lambat

1. Guru membimbing murid membacakan seni kata lagu baris demi baris.2. Guru membimbing murid menepuk irama mengikut suku kata.3. Guru membimbing murid menyanyi lagu mengikut tempo.4. Guru dan murid berbincang tentang nyanyian dan tempo lagu tersebut.

Penggunaan pendekatan KodalyBBM- carta seni kata lagu, pita rakamanPN- kasih sayang, kerajinan, keprihatinan, bekerjasamaMI-kecerdasan bahasa, intrapersonal, interpersonalKB- Menjana idea, menyelesaikan masalah, menghubung kait

Langkah 3(20 minit)Persembahan nyanyian dengan pergerakan tangan1. Guru membimbing murid menyanyi lagu mengikut tempo sambil membuat pergerakan tangan mengikut lirik lagu.2. Murid menyanyikan lagu mengikut tempo cepat dan lambat sambil membuat pergerakan tangan laju dan perlahan dengan bersemangatnya.Gabungan pendekatan Kodaly dan DalcrozeBBM- pita rakamanPN- kerajinan, keprihatinan, bertolak ansur, berkeyakinan, bekerjasamaMI-kecerdasan bahasa, intrapersonal, interpersonalKB- Menjana idea, menghubung kait, menyelesaikan masalah

Penutup(10 minit)Sesi soal jawab

Soalan:1. Apakah nama lagu yang telah anda pelajari pada hari ini?2. Apakah pergerakan tangan yang telah anda pelajari pada hari ini?1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid secara individu dan beramai-ramai tentang perkara yang dipelajari pada hari ini.2. Guru meminta murid menyanyi mengikut tempo dan membuat pergerakan tangan mengikut lirik lagu sekali lagi bersama-sama.Gabungan pendekatan Kodaly dan DalcrozeBBM- pita rakaman PN- kasih sayang, berkeyakinan, bekerjasamaMI- kecerdasan bahasaKB- menjana idea, menyelesaikan masalah

RUMUSANFalsafah yang paling penting dalam pendekatan Kodaly ialah Muzik adalah untuk semua orang. Pedagogi Kodaly menekankan perkembangan kemahiran pengalaman muzikal secara menyeluruh dan berurutan. Kodaly percaya bahawa semua kanak-kanak mempunyai potensi untuk menjadi celik muzik. Mereka hanya perlu diberi peluang untuk memperkembangkan skil persembahan, skil pendengaran dan skil-skil muzik yang lain untuk menjadi celik muzik. Kodaly juga percaya bahawa suara adalah alat muzik yang paling utama kerana ia adalah alat muzik alat yang semulajadi. Tujuan nyanyian dijadikan fokus adalah kerana kemahiran nyanyian merupakan asas kemahiran bagi semua kemahiran muzik yang lain. Menurut Kodaly, setiap kanak-kanak selalu mempelajari bahasa ibonda mereka terlebih dahulu sebelum mempelajari bahasa yang lain. Maka dalam pengajaran muzik, kanak-kanak harus diajar lagu-lagu rakyat bahasa ibunda mereka sebelum mempelajari lagu-lagu dari bahasa asing.

Manakala falsafah Pendidikan Muzik mengikut Dalcroze adalah mengutamakan perasaan dan pergerakan fizikal sewaktu menikmati muzik. Beliau berpendapat insan harus bertindak balas secara fizikal melalui pergerakan badan apabila menghayati melodi muzik. Justeru itu, Dalcroze memberi penekanan terhadap memperkembangkan potensi individu untuk mengekspresikan perasaan dan diri melalui muzik. Kebolehan mendengar, memahami dan menikmati muzik melalui pergerakan secara tidak langsung dapat memberi kebebasan kepada individu untuk memperkembangkan daya imaginasi dan idea.

17