19
1 Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura. Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut: Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah. Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fiqh, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan. Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting. Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bagi bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang. Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusoff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Khairunnisaa Abdul Rahim Edisi (Edition) no. 10 / August 2016 Kandungan Dari meja penyunting… (mukasurat 2) Wasatiyah With Regards to the Practice of Bai`ah in Islamic Groups, extracted, with some editing, from Moderation in Islam in the Context of Malay Muslim Community in Singapore, by Pergas, 2004 (page 3) Wasatiyah Dalam Pengajian Islam Bersanad, oleh Ustazah Dr. Sakinah Saptu (mukasurat 7) Wasatiyah Dalam Masalah Pembahagian Ilmu Tauhid, oleh Ustaz Mustazah Bahari (mukasurat 14) Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal. Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas. www.wasatonline.wordpress.com

 · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

  • Upload
    others

  • View
    5

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

1

Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan

bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura.

Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut: • Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah.

Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fiqh, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah.

• Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan.

Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting.

Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bagi bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang.

Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusoff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Khairunnisaa Abdul Rahim

Edisi (Edition) no. 10 / August 2016 Kandungan • Dari meja penyunting… (mukasurat 2)

• Wasatiyah With Regards to the Practice of Bai`ah in Islamic

Groups, extracted, with some editing, from Moderation in Islam in the Context of Malay Muslim Community in Singapore, by Pergas, 2004 (page 3)

• Wasatiyah Dalam Pengajian Islam Bersanad, oleh Ustazah Dr. Sakinah Saptu (mukasurat 7)

• Wasatiyah Dalam Masalah Pembahagian Ilmu Tauhid, oleh Ustaz Mustazah Bahari (mukasurat 14)

Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal. Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas.

www.wasatonline.wordpress.com

Page 2:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

2

Dari meja penyunting….

Alhamudlillah, Wasat edisi 10/Ogos 2016 kini di mata para pembaca, walau pun kami harus melalui kesibukan menunaikan ibadah dan pelbagai komitmen yang lain sepanjang bulan Ramadan yang baru berlalu. Walau pun Syawal sudah hampir berakhir, pihak penerbitan Wasat tetap berhajat mengucapkan `Eid Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar Allah taala menerima segala ibadah dan doa serta digolongkan di kalangan mereka yang akan bertemu semual dengan Ramadan dan `Eid di tahun akan datang. Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat kebaikannya hingga menjelang Ramadan yang baru pula. Kali ini, Wasat menampilkan tiga artikel yang pasti menarik dan relevan buat para pembaca. Artikel pertama dipetik dari buku Moderation in Islam in the Context of Malay Muslim Community in Singapore (Pergas, 2004) bertajuk Wasatiyah With Regards to the Practice of Bai`ah in Islamic Groups. Artikel ini membincangkan konsep bai`ah dalam Islam dan hukum mengamalkannya dalam konteks kumpulan-kumpulan Islam, samada dalam bentuk gerakan dakwah, parti politik atau tariqat sufi. Soal bai`ah ini menjadi relevan hari ini kerana wujud penyalahgunaannya oleh kumpulan-kumpulan pelampau yang bertopengkan Islam sebagai satu mekanisme untuk menarik keahlian dan mengawal mereka. Kumpulan-kumpulan telah menggunakan bai`ah untuk menunjukkan sifat keIslamannya di kalangan mereka yang mula tertarik dengannya. Setelah itu, bai`ah ini pula dijadikan alasan untuk menghalang ahli dari meninggalkan kumpulan atas alasan melanggar sumpah atas nama Tuhan, melanggar janji pada Tuhan dan mengkhianat sumpah yang telah diberi. Disebabkan manipulasi ini, ramai yang merasa takut untuk meninggalkan kumpulan-kumpulan ini, walau pun menyedari akan penyelewengannya. Artikel ini akan mampu menjelaskan fahaman yang saksama tentang bai`ah hingga tidak mudah tertipu dengan tipu helah manusia-manusia jahat dan melenyapkan keraguan dalam diri sesiapa pun yang takut meninggalkan ajaran sesat kerana telah terlanjur memberi bai`ah kepada ketuanya. Artikel kedua adalah sumbangan Ustazah Dr. Sakinah Saptu yang bertajuk Wasatiyah Dalam Pengajian Islam Bersanad. Ustazah Sakinah baru sahaja memperolehi ijazah doktor falsafah dengan pangkat cemerlang dalam bidang hadis dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan Mei tahun ini. Sebelum ini, beliau pernah bertugas sebagai guru tahfiz di Darul Quran Singapura, pegawai dakwah di Masjid Darul Ghufran, pensyarah bagi program diploma di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri dan Madrasah Alsagoff Al-Arabiah dan tutor serta pembantu penyelidik di Fakulti Pengajian Islam, UKM. Artikel ini membicarakan satu tren terkini dalam pembelajaran ilmu-ilmu Islam, iaitu peningkatan minat terhadap pembelajaran ilmu-ilmu Islam bukan hanya kerana isi kandungannya, tapi juga kerana sifatnya yang bersanad. Minat ini didapati berkembang bukan hanya di kalangan asatizah tapi juga orang awam.Artikel ini memberi gambaran umum akan asal usul dan kegunaan sanad di zaman awal Islam. Berdasarkan sejarah perkembangan sanad dalam ilmu Islam, artikel ini membuat kesimpulan akan sikap yang wasatiy dalam soal pembelajaran ilmu-ilmu Islam yang bersanad, iaitu “menyokong pengajian bersanad dan dalam masa yang sama tidak mempertikaikan kredibiliti graduan dan ilmuwan Islam yang tidak melalui pendidikan secara bersanad.” Artikel ini menolak sikap sesetengah pihak yang mensyaratkan keabsahan semua ilmu Islam hanya jika diperolehi secara bersanad dan sekali gus mempertikaikan kewibawaan ratusan graduan dari universiti-universiti Islam moden hari ini.

Artikel ketiga bertajuk Wasatiyah Dalam Masalah Pembahagian Ilmu Tauhid oleh Ustaz Mustazah Bahari. Artikel ini menyentuh polemik yang wujud hari ini berkaitan pembahagian ilmu Tauhid, samada dalam bentuk yang popular yang dikenali sebagai Tauhid Sifat Dua Puluh atau dalam bentuk “Tauhid Tiga Serangkai”, iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Al-Asma` Wa Al-Sifat. Dewasa ini, muncul kecenderungan menghukum pihak lawan dengan kesesatan dari kalangan kededua pembela aliran hasil dari perbezaan pandangan dalam soal pembahagian ini. Artikel ini menjelaskan bahawa hakikatnya pembahagian ini hanyalah ijtihad para ulama dengan tujuan memudahkan pembelajaran tauhid sesuai dengan cabaran semasa yang dihadapi mereka dan perkembangan zaman. Sikap menyesat dan membid`ahkan masing-masing pihak dalam isu ini bukan sesuatu yang wajar dan tidak dicontohi oleh

Page 3:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

3

ulama-ulama muktabar, baik di zaman awal atau kemudian. Artikel ini membawa beberapa pendapat ulama kontemporari bagi menyokong rumusan ini. Akhir sekali, moga Wasat terus memberi manfaat kepada para pembaca. Sekian, selamat membaca. Wassalam

Wasatiyah With Regards to the Practice of Bai`ah in Islamic Groups (This article is extracted, with some editing, from Moderation in Islam in the Context of Malay Muslim Community in Singapore, by Pergas, 2004.) Introduction Bai`ah means a pledge of obedience. Bai`ah is an established practice in Islam. Allah Almighty says: “Behold, all who pledge their allegiance to thee pledge their allegiance to God: the hand of God is over their hands. Hence, he who breaks his oath, breaks it only to his own hurt; whereas he who remains true to what he has pledged unto God, on him will He bestow a reward supreme.” (The Holy Quran, 48:10) It was reported in a hadith that Ibn Umar said; “When we gave our bai`ah to Prophet Muhammad on the basis of to listen and obey, he said to us ‘on what you are capable of’.” (Narrated by Al-Bukhari & Muslim) Bai`ah is a common practice in various Islamic groups. It is not limited to politically oriented groups but also in Sufi groups, which are known as tariqat.

This issue is relevant to the concept of wasatiyah because it is also practiced by many extremist groups. While, originally, there is no extremism at all in practicing bai`ah but it is used as psychological tool to maintain loyalty from members of extremist groups. Many of the members also felt psychologically trapped by the bai`ah that they have given to the leaders. They fear that by leaving the group or disobeying the orders, they have committed grave sin and it will incur them the wrath of Allah because the pledge that they have made in His name. They also fear of being labeled as traitor or betrayer. In was reported in the White Paper released by Ministry of Home Affairs on the arrest on JI operatives in Singapore “Mystical manipulation was used to commits its members by having them take the bai`ah and pledging their allegiance to the JI leader and Amir [leader]. The pledge was a powerful compliance generating mechanism….. To ensure that members remained committed and did not blow the whistle on JI, the leaders employed social psychological concept of

Page 4:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

4

escalation of commitment. Hence, although a few members had misgivings about their reconnaissance missions, they felt they could not withdraw as they were already “in too deep”.”1 It is well known that ISIS also practices bai`ah. No groups or individuals will be accepted as full member of ISIS except after giving bai`ah to its self-proclaimed caliph, Abu Bakr Al-Baghdadi. It is, on this context, providing proper explanation on bai`ah with the objective of putting it in a correct perspective so as to expose the abuse and to assist ordinary Muslims to fall into the trap or any members of extremist group escape from the trap becomes important. The concept Bai`ah in Islam may be classified into two; a. Bai`ah Kubra (major), that is, bai`ah to an

officially appointed leader in a Muslim country.

b. Bai`ah Sughra (minor) that is, bai`ah to unite and promise to carry out a responsibility or practice together.

Bai`ah Sughra is mubah (permissible) based on the hadith; “Umaimah binti Raqiqah said ‘I came to Prophet Muhammad (p.b.u.h.) with other women. We offered bai`ah to him upon Islam. We said ‘O, Rasulullah! We declare our bai`ah to you that we will not associate Allah with another, we will not steal, we will not commit adultery, we will not kill our children and we will not fabricate stories that we created between our two hands and legs, we will not disobey you in matters that are ma’aruf’. Prophet Muhammad (p.b.u.h.) said ‘According to your capacity and ability’...” (Narrated by Malik & At-Turmuzi) Sheikh Waliyullah Al-Dahlawi in his lectures on this hadith, said; “This contains evidence that the bai`ah is not restricted to simply accepting the position of caliph.”2 However, bai`ah as commanded, has three conditions as follows: 3 a. It is done on matters which are syari’ii (in accordance with the syariah). b. It is done to fulfil a need, which has been ascertained to be real. c. It does not contradict, oppose or replace bai`ah kubra, if present. The rule on bai`ah sughra is only mandub (recommended) in strengthening a resolution to do good together in line with the practice of the Prophet. 1Ministry of Home Affairs (2003), The White Paper: The Jemaah Islamiyah Arrest and the Threat of Terrorism, Singapore, p. 16. 2Cited by Abdul Rahman b. Mualaa Al-Luwaihiq Al-Mutairi (transl. by Jamal Al-Din M. Zarabozo) (2001), Religious Extremism in the Life of Contemporary Muslims, Denver: Al-Basheer Publications, p. 230. See Waliyullah Ad-Dahlawi (1403H), Al-Musawwa Syarh Al-Muwatta’, Beirut: Dar Al-Kutub Al-`Ilmiah, vol 2, p. 217. 3Ibid, p. 232.

Page 5:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

5

For those who gave bai`ah sughra, it is obligatory for them to fulfil the promise of the bai`ah as long as it does not contradict the syariah and the conditions mentioned above. This is because Allah Almighty says: “O you who have attained to faith! Be true to your covenants!” (The Holy Quran, 5:1) Prophet Muhammad also said: “Muslims are tied to the conditions (they agreed to) except for conditions that make haram as halal, or halal as haram.”(Narrated by Al-Turmuzi, Ibn Majah & Abu Daud) It is sinful to break a promise for without valid syariah reason. Therefore it is obligatory for anyone who wishes to give bai`ah in any situation, to consider it carefully and not treat it as a simple matter. However, no one can force another to follow his example in giving bai`ah, nor can one threaten others who refuse to do it that they will die in jahiliyah. For those who gave their bai`ah and later break it without valid syariah reason, they have committed a sin, but they are not out of the religion and that action will not be punished with Hell. Neither are they considered out of the Muslim ummah. No obedience in committing evil Bai`ah given to da’wah and other groups, will be meaningless if the group end up deviating from the teachings of Islam. Bai`ah given to any individual must not include obedience to what is not ma’aruf (good) in Islam as Prophet Muhammad said; “There is no obedience in committing transgressions to Allah. Verily, obedience is only for matters that are ma’aruf (good).”(Narrated by Al-Bukhari & Muslim) Bai’ah given to leaders of groups practising da’wah and Sufism is similar to those given to leaders in other matters. The obedience is only in doing good and not in committing transgressions.

Such bai`ah does not make any particular leader an infallible source of truth. Whether the words which emanates from such a leader may be accepted as the truth, has to be assessed based on evidence from the Holy Quran and the Sunnah, and not because they came from the leader himself. Treating a leader to whom bai’ah was given, as an indisputable source of truth, is fanaticism and an extremism that should be condemned. When one is allowed to break the bai`ah? If after giving his bai`ah, a person finds better alternative

than what he has promised in his bai`ah, or comes across a group that is better, or meets a leader who is more pious, he is encouraged to opt for the better alternative and give up the present bai’ah. This is based on this verse in the Holy Quran; “And do not allow your oaths in the name of God to become an obstacle to virtue and God-consciousness and the promotion of peace between men: for God is all-hearing, all-knowing.” (The Holy Quran, 2:224) Prophet Muhammad said; “O, Abdul Rahman! Do not ask for a position of leadership. Verily if you are given the position because of your request, you will be left alone to deal with it. If you are given a position that you did not ask for, you will be assisted. If

Page 6:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

6

you give a pledge, and a better one comes along, take the better one, and your earlier pledge will be kaffarah (forgiven).” (Narrated by Al-Bukhari)4 Although Islam allows it, it should be done politely by asking permission from the party to whom the earlier bai’ah had been given, before moving on to the better bai`ah.5

Sila skrol ke bawah untuk membaca artikel selanjutnya.

4There are similar hadith or those that discuss the same matter. See Sa`id Hawwa (1992), Al-Asas Fi As-Sunnah (Al-`Aqaid Al-Islamiah), Cairo: Dar Al-Salam, vol 3, pp. 1599-1605. 5One who leaves bai`ah that contains the pledge (wallahi, billahi, tallahi) the kaffarah (penalty) is, as mentioned by Allah Almighty, “God will not take you to task for oaths which you may have uttered without thought, but He will take you to task for oaths which you have sworn in earnest. Thus, the breaking of an oath must be atoned for by feeding ten needy persons with more or less the same food as you are wont to give to your own families, or by clothing them, or by freeing a human being from bondage; and he who has not the wherewithal shall fast for three days [instead]. This shall be the atonement for your oaths whenever you have sworn [and broken them]. But be mindful of your oaths!' Thus God makes clear unto you His messages, so that you might have cause to be grateful. ” (The Holy Quran, 5:89)

Page 7:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

7

Wasatiyah Dalam Pengajian Islam Bersanad

Oleh Ustazah Sakinah Saptu

Mekanisme sanad6 dalam pengajian Islam atau lebih dikenali sebagai pengajian bersanad didapati masih diteruskan di Singapura. Walaupun ia hanya dikendalikan sebagai kursus, kuliah singkat dan mingguan, ia tetap mendapat sambutan baik dari masyarakat Islam setempat. Justeru, didapati hampir setiap institusi yang menyediakan khidmat pengajaran Al-Quran di Singapura memperkenalkan kursus talaqqi Al-Quran secara bersanad sebagaimana yang terdapat di Darul Quran Singapura (DQS), Masjid Omar Kampong Melaka, Darul Huffaz, Markaz Al-Jazari dan Pergeraq (Persatuan Guru-Guru Al-Quran Singapura).

Selain itu, terdapat juga pusat pendidikan agama seperti Tradisi Halaqah Singapura yang berusaha melestarikan pengajian bersanad bagi kitab Sahih Al-Bukhari dan Jami` Al-Tirmidhi. Malah, Persatuan Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS), turut mengorak langkah dengan menganjurkan Majlis Talaqqi Asatizah. Antara program talaqqi yang pernah dianjurkan ialah majlis pembacaan kitab Al-Tuhfah Al-Saniyyah Bi Sharh Muqaddimah Al-Ajrumiyyah, disampaikan oleh Shaikh Ahmad Saad. Peserta yang menghadiri secara penuh selama lima hari diberikan sijil bersanad di akhir majlis tersebut.

Minat terhadap pengajian bersanad

Kesedaran untuk mengekalkan sistem sanad adalah satu fenomena baik agar pengajian berbentuk tradisi ini dihidupkan dan tidak mati ditelan arus globalisasi. Namun begitu, keterujaan di kalangan penuntut ilmu terhadap pengajian Islam bersanad, melahirkan tanggapan bahawa semua ilmu agama perlu dipelajari secara bersanad (Munzir, 2008; Raja Ahmad, 2011a). Justeru, ketiadaan sanad dalam pengajian Islam dianggap boleh menyebabkan ilmu tersebut ditolak, lantaran tiada kesinambungan sanad sehingga Rasulullah s.a.w. Isu ini sekaligus menyebabkan kredibiliti agamawan yang tidak mendapat pendidikan agama secara bersanad, seperti graduan pengajian Islam dari universiti dipertikaikan (Fathurrahman Karyadi, 2013; Yuki Shiozaki, 2015; Uci Sanusi, 2013) oleh penuntut ilmu pro-pengajian bersanad. Faktor penolakan graduan universiti berlaku, lantaran pelajar dari universiti tidak mewarisi sanad dari guru (Raja Ahmad, 2011b; Yuki Shiozaki, 2015; Zainul Milal, 2015) dan pengajian di universiti dianggap sebagai sistem beracuankan Barat (Raja Ahmad, 2011a). 6Ungkapan mekanisme sanad dalam konteks perbahasan ini dimaksudkan sebagai satu sistem yang menggerakkan pemindahan hadis atau ilmu pengajian Islam dengan adanya kesinambungan dari seorang individu kepada seorang individu yang lain sehingga sampai kepada sumber pertamanya. Definisi ini telah dipetik dari Muhammad `Ajjaj Al-Khatib, 1989; Ibn Jama`ah, 1986; Nur Al-Din `Itr, 1997, dengan pengubahsuaian oleh penulis.

Page 8:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

8

Namun, menurut Mohd Asri (2011) isu tersebut berlaku akibat tidak faham terhadap tujuan sanad yang asalnya untuk menilai kredibiliti perawi yang terkandung dalam jalur periwayatan hadis. Penilaian ini bertujuan bagi menentukan status sesebuah hadis, sama ada ianya diterima atau ditolak. Selain itu, Firanda (2012) menjelaskan faktor berlakunya salah faham terhadap sanad tersebut iaitu salah faham terhadap frasa “Al-isnad min al-din” (Isnad itu adalah sebahagian dari agama)7 yang dituturkan oleh Ibn Al-Mubarak. Menurut beliau lagi, kesalahfahaman tersebut melahirkan tanggapan bahawa apa sahaja ilmu berkaitan agama Islam perlu kepada sanad, jika tidak ianya adalah satu kebatilan yang perlu ditolak. Justeru persoalannya, benarkah ketiadaan sanad dalam pengajian Islam menyebabkan keterputusan ilmu dari Nabi s.a.w? Aplikasi sanad dalam bidang hadis Dalam sejarah awal perkembangan sanad, kajian dan perbahasan mengenainya tertumpu dalam bidang hadis. Tapi pada masa tersebut, sanad belum lagi bertapak secara rasmi sebagai sebuah mekanisme yang dititik beratkan dalam penyampaian hadis. Apa yang ada pada masa tersebut ialah, penyampaian yang diketahui dari siapa dan dari mana sumber penyampaiannya (Al-A`zami, 1992). Setelah berlakunya fitnah besar (pembunuhan Saidina Uthman dan konflik antara Saidina Ali dan Muawiyah), keprihatinan terhadap sanad semakin dipertingkatkan oleh para sahabat (Al-Khatib, Muhammad `Ajjaj, 1988; Al-Siba`i, 2003; Al-Zahrani, 2010). Sanad seterusnya dibangunkan oleh generasi selepas mereka sehingga menjadi satu sistem yang tersusun dari sudut teori dan praktikal. Ini bermakna, aplikasi sanad secara serius pada awalnya menumpukan kepada penyampaian hadis dan bukan selainnya. Aplikasi sanad dalam bidang hadis juga dapat dilihat pada kata-kata para sahabat dan tabiin yang menyentuh tentang kepentingan sanad. Kesemua kata-kata mereka merujuk kepada periwayatan hadis (Firanda, 2012). Contohnya ialah kata-kata Ibn al-Mubarak tentang sanad, “Sanad itu adalah sebahagian dari agama. Tanpa sanad, sesiapa sahaja akan berkata apa yang dia kehendaki.” Kata-kata ini disalahfahami bahawa sanad meliputi semua ilmu pengajian Islam. Sedangkan dalam kitab Sahih Muslim, perkataan Ibn al-Mubarak tersebut berada di bawah bab yang bertajuk, “Bab penjelasan bahawa sanad ialah sebahagian dari agama dan riwayat tidak boleh (diambil) kecuali dari para perawi thiqah. Mengkritik (menjelaskan aib) perawi yang sesuai dengan apa yang ada pada mereka dibolehkan, bahkan wajib (hukumnya). Ia tidaklah termasuk dalam ghibah yang diharamkan tetapi merupakan bentuk pembelaan terhadap syariat yang mulia.” 7Frasa tersebut telah diriwayatkan oleh Muslim dalam muqaddimah kitab Sahihnya bahawa Ibn Al-Mubarak berkata, “Sanad itu adalah sebahagian dari agama. Tanpa sanad, sesiapa sahaja akan berkata apa yang dia kehendaki.” (Muslim, 1991)

Page 9:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

9

Menurut Firanda (2012), kata-kata Ibn Al-Mubarak tersebut diletakkan di bawah tajuk yang berkaitan dengan pengambilan riwayat hadis. Untuk menguatkan kenyataannya, beliau menjelaskan lagi bahawa dalam bab yang sama mengandungi kata-kata Sa`ad bin Ibrahim yang menjelaskan tentang kewajipan hanya meriwayatkan dari perawi yang thiqah. Sebelum itu pula, terdapat kata-kata Ibn Sirin yang menekankan keperluan mengenalpasti perawi yang menyampaikan hadis selepas berlakunya fitnah. Kesemua ini jelas menunjukkan bahawa aplikasi sanad pada awalnya adalah bersangkut paut dengan hadis bukan untuk semua disiplin ilmu pengajian Islam.

Oleh itu, tidak benar dakwaan bahawa sanad perlu dalam semua disiplin ilmu pengajian Islam dan ketiadaan sanad menyebabkan sesuatu ilmu itu tertolak.

Aplikasi sanad dalam pengajian Islam Aplikasi sanad dalam semua disiplin ilmu pengajian Islam pula berlaku setelah sanad dibangun sebagai sebuah sistem yang mudawwan (tersusun) dari sudut teori dan praktikal. Para ulama telah menjadikan sistem sanad hadis sebagai contoh untuk diaplikasikan dalam disiplin ilmu pengajian Islam yang lain. Atas dasar itu, Abu Ghuddah (1992) berpendapat bahawa “sanad dijadikan sebagai asas dalam penyampaian ilmu, agar ilmu diperoleh melalui jalan periwayatan yang benar”. Dengan kata lain, sistem sanad yang terdapat dalam hadis dijadikan sebagai model untuk disiplin ilmu pengajian Islam yang lainnya. Pendapat Abu Ghuddah (1992) tersebut sejajar dengan kajian Ahmad Shakir (1996), Azyumardi Azra (2011), Al-A`zami (2003), Gorke (2011), Graham (1993), dan Md Nor Abdullah (2009). Menerusi kajian Graham (1993) beliau menyatakan bahawa “sanad berfungsi sebagai mekanisme yang berautoriti untuk pemindahan semua pembelajaran dan kesarjanaan dalam Islam”. Ahmad Shakir (1996) pula berpendapat bahawa para ulama dalam bidang selain hadis telah mengambil contoh sistem sanad daripada ulama hadis. Manakala, dalam tinjauan Md Nor Abdullah (2009) menyatakan bahawa sejarah peradaban silam sama ada dalam kajian sejarah, bahasa dan sastera terpengaruh dengan sarjana hadis ketika mengkritik riwayat dan dirayat lantaran itu mereka menititikberatkan tentang kajian sanad. Kenyataan Md Nor Abdullah (2009) tersebut disokong oleh Gorke (2011) dengan menyatakan bahawa “Ulama Maghazi (sejarah) terpengaruh daripada ulama hadis tentang aspek periwayatan formal. Oleh itu, penggunaan sanad yang menjadi tulang belakang kepada ilmu hadis telah menjadi penting dalam bidang Maghazi (sejarah)”. Namun, Azyumardi Azra (2011) pula melihat pengaruh sanad dari sudut yang berbeza. Beliau menjelaskan bahawa kiyai di pesantren Jawa telah membina rangkaian intelektual mereka melalui rantaian intelektual pengetahuan agama (intellectual chains of Islamic knowledge).

Page 10:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

10

Justeru, beliau berpendapat rantaian ini adalah rangkaian yang terinspirasi daripada periwayatan hadis dengan menggunakan sistem sanad yang kemudiannya diadaptasi kepada silsilah tariqah. Pengaruh sistem sanad hadis dilihat hebat lantaran berjaya diaplikasi dan diadaptasi ke luar bidang hadis. Atas dasar itu, Al-`Azami (2003) dalam kajiannya memperakui kehebatan sistem sanad dengan menyatakan bahawa “kehebatan sistem ini telah terbukti apabila ia menjangkau luar dari literatur hadis”. Sebagai contoh hasil kerja ulama yang telah mengaplikasikan sanad ialah kitab tafsir oleh Abd Al-Razzaq Al-San`ani (w211H), dalam bidang sejarah, kitab Tarikh Al-Tabari oleh Ibn Jarir Al-Tabari (w310H) dan, dalam bidang Fiqh pula, kitab Al-Umm oleh Muhammad bin Idris Al-Syafi`i (w203H). Terdapat juga kitab-kitab sastera dan cerita rakyat yang mengguna sistem sanad seperti kitab Al-Bayan Wa Al-Tabyin oleh Al-Jahiz (w255H) sehingga Al-A`zami (2003) ketika mengulas tentang kitab cerita rakyat tersebut beliau, berkata: “Menariknya didapati bahawa walaupun ia adalah cerita karut tetapi ia telah dipetik melalui saluran sanad yang betul dan jika bahan tertentu penulis diambil dari buku yang mana dia tidak mempunyai sijil (untuk menyampaikan), dia menyatakan dengan jelas: “Saya telah menyalin ini dari buku sekian dan sekian”.” Hal ini jelas menunjukkan bahawa aplikasi sanad di luar bidang hadis adalah amalan yang dilakukan oleh para ulama terdahulu lantaran terinspirasi dari sistem sanad yang terdapat dalam bidang hadis. Namun ia bukan satu justifikasi yang tepat untuk mengatakan bahawa ketiadaan sanad dalam pengajian Islam menjadi penyebab kepada keterputusan kesinambungan ilmu dari Rasulullah s.a.w. Adakah sanad satu kemestian dalam pengajian Islam? Adakah tradisi aplikasi sanad sebagaimana yang dilakukan oleh para ulama terdahulu, menjadikan sanad sebagai satu kemestian sebagaimana yang difahami oleh pihak pro-pengajian bersanad? Menurut Mohd Asri Yusuf (2012) tidak ada kemestian sanad untuk mempelajari sesuatu ilmu dalam pengajian Islam. Beliau menjelaskan bahawa pada zaman ini, keberadaan sanad berfungsi sebagai bentuk tabarruk (mengambil keberkatan). Bahkan, menurutnya tidak ada yang mensyaratkan sesuatu ilmu tidak boleh diamalkan jika tiada sanad. Seseorang boleh sahaja beramal dengan isi kandungan sesebuah kitab, walaupun beliau tidak mempunyai sanad yang bersambung dari seorang guru kepada seorang guru hingga kepada Nabi s.a.w. Selain dari itu, Al-Khatib Al-Baghdadi (1983) pula menjelaskan bahawa aplikasi sanad hanya wajar seandainya penulisan tersebut bersangkut-paut dengan hadis-hadis Nabi s.a.w seperti menulis hadis-hadis tentang tafsir Al-Quran, hadis-hadis maghazi, hadis-hadis berkenaan qiraat dan sebagainya. Dalam konteks ini, penulisan hadis-hadis tersebut memerlukan kepada sanad kerana jika dibuang sanadnya dan hanya berpada dengan lafaz hadis akan “rosaklah peranannya dan tidak thabit hukum yang terkandung padanya lantaran sanad yang bersambung adalah syarat kepada kesahihan dan beramal dengannya.” (Al-Khatib Al-Baghdadi, 1983).

Page 11:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

11

Jika sanad diaplikasi dalam penulisan yang tidak melibatkan hadis-hadis Nabi s.a.w. seperti penulisan yang mengandungi kisah orang-orang salih, hikayat orang zuhud dan ahli ibadah, nasihat-nasihat orang yang fasih serta kata-kata hikmah ahli sastera, Al-Khatib Al-Baghdadi (1983) berpendapat, “sanad yang diletakkan padanya adalah sebagai satu hiasan kepada kata-kata itu dan ia bukanlah syarat kepada melaksanakannya.” Keterangan dari Mohd Asri Yusuf (2012) dan Al-Khatib Al-Baghdadi (1983) di atas, menunjukkan bahawa sanad tidak mesti dijadikan sebagai satu syarat dalam ilmu pengajian Islam kerana keberadaannya pada zaman kini lebih kepada untuk mengambil keberkatan dan sesuatu ilmu itu pula boleh diamalkan walaupun tanpa bersanad.

Kesimpulan Mengaplikasi sistem sanad dalam ilmu selain hadis tidak menjadi satu kesalahan. Malah, ia merupakan satu tradisi yang diwarisi daripada para ulama dalam pengajian Islam yang harus dikekalkan. Namun, mengekalkannya bukan bermakna mengaplikasikannya kepada semua ilmu pengajian Islam dan menafikan ilmu lain yang diambil secara tidak bersanad. Setiap institusi pengajian Islam walaupun dikendalikan secara tidak bersanad, layak untuk diterima dengan syarat mengajarkan ilmu agama sesuai dengan kehendak syara`. Pengajian bersanad hanya satu bentuk pengajian alternatif bagi menyemarakkan pengajian Islam dan menghidupkan tradisi pembelajaran para ulama mutaqaddimun. Sikap wasati dalam isu yang dibicarakan ialah menyokong pengajian bersanad dan dalam masa yang sama tidak mempertikaikan kredibiliti graduan dan ilmuwan Islam yang tidak

melalui pendidikan secara bersanad. Rujukan Abu Ghuddah, `Abd Al-Fattah. (1992). Al-Isnad Min Al-Din Wa Safhah Musyrifah Min Tarikh Sama` Al-Hadith `Inda Al-

Muhaddithin. Beirut: Dar Al-Qalam. Ahmad Shakir. (1996). Muqaddimah Al-Tab`ah Al-Ulaa. Dlm. Ibn Kathir. Al-Ba`ith Al-Hathith Syarh Ikhtisar `Ulum Al-

Hadith (hlm. 73). Al-Riyadh: Maktabah Al-Ma`arif Li Al-Nasyr Wa Al-Tawzi`. Al-A`zami, Muhammad Mustafa. (1992). Dirasat Fi Al-Hadith Al-Nabawiy Wa Tarikh Tadwinih. Jil. 2., Beirut: Al-Maktab

Al-Islamiy. Al-A`zami, Muhammad Mustafa. (2003). The History of the Quranic Text From Revelation to Compilation: A

Comparative Study With the Old Testament and New Testament. Leicester: UK Islamic Academy. Azyumardi Azra. (2011). From IAIN to UIN: Islamic Studies in Indonesia. Dlm. Kamaruzzaman Bustamam-Ahmad &

Patrick Joy (pnyt.). Islamic Studies and Islamic Education in Contemporary Southeast Asia, hlm. 43-55. Kuala Lumpur: Yayasan Ilmuwan.

Fathurrahman Karyadi. (2013). Mengkaji Budaya Sanad Ulama Tanah Jawa. Thaqafiyyat: Jurnal Bahasa, Peradaban

dan informasi Islam, 14(1):85-94. Firanda Andirja Abidin. (2012). Ketika Sang Habib Dikritik. t.tp: Naasirussunnah.

Page 12:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

12

Gorke, Andreas. (2011). The relationship between Maghāzī and Hadīth in early Islamic scholarship. Bulletin of the

School of Oriental and African Studies, 74, pp. 171-185. Graham, William. (1993). Traditionalism in Islam. The Journal of Interdisciplinary History, 23(3):495-522. Ibn Jama`ah, Muhammad bin Ibrahim, (1986). Al-Mihal Al-Rawi Fi Mukhtasar `Ulum Al-Hadith. Beirut: Dar Al-Fikr. Al-Khatib Al-Baghdadi. (1983). Al-Jami` Li Akhlaq Al-Rawi Wa Adab Al-Sami`.Jil. 2. t.th:t.pt. Al-Khatib, Muhammad `Ajjaj. (1989). Usul

Al-Hadith `Ulumuh Wa Mustalahuh. Beirut: Dar Al-Fikr.

Md. Nor Abdullah. (2009). Sanad dalam

Kajian Sastera Arab: Satu Tinjauan. Proceeding of the Malaysia Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, ms. 367-373.

Mohd Asri Zainal Abidin. (2011). Hukum

Mengaji Tanpa Sanad Sendiri. Lihat di http://drmaza.com/home/?p=1411 (30 Mac 2012).

Mohd Asri Yusof. (2012, February

3). Apakah Pada Hari Ini Pengajian Bersanad Menjadi Satu Kemestian?. Lihat di http://youtu.be/YXRgTF5AwG8

Muslim, bin Al-Hajjaj Al-Naisaburi. 1991. Sahih Muslim. Tahqiq: Al-Baqi, Muhammad Fuad. Beirut: Dar Al-Kutub Al-

Islamiyah. Munzir. (2008, Februari, 27). Re: Nasarudin albani. Lihat

http://majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=5&func=view&id=12049&catid=9. Nur Al-Din `Itr. (1997). Manhaj Al-Naqd Fi `Ulum Al-Hadith. Damsyiq: Dar Al-Fikr. Raja Ahmad Mukhlis. (2011a). Ilmu Warisan Nabawi Merentasi Zaman (1): Tradisi Pengajian Ilmu Agama dalam

Amalan Ulama. Lihat di http://mukhlis101.multiply.com/journal/item326 (22 Mac 2012). Raja Ahmad Mukhlis. (2011b). Ilmu Warisan Nabawi Merentas Zaman (3): al-Turath al-Islami dalam Tradisi Keilmuan

IslamLihat di http://mukhlis101.multiply.com/journal/item324 (22 Mac 2012). Al-Siba`i, Mustafa. (2003). Al-Sunnah Wa Makanatuha Fi Al-Tasyri`. Beirut: Dar Al-Warraq. Uci Sanusi. (2013). Transfer Ilmu di Pesantren: Kajian mengenai Sanad Ilmu. Jurnal Pendidikan Agama Islam- Ta’lim.

11(1):61-70. Yuki Shiozaki. (2015). The Ulama Network as Conveyor of Islamic World Trends: Connecting Malaysian Politics to the

Muslim Ummah through the Islamic Party of Malaysia (PAS). Dlm. Ken Miichi & Omar Farouk (pnyt.), Southeast Asean Muslims in the Era of the Globalization, ms. 86-101. UK: Palgrave Macmillan.

Page 13:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

13

Zainul Milal Bizawie. (2015). Sanad and Ulama Network of the Quranic Studies in Nusantara. Heritage of Nusantara, International Journal of Religious Literature and Heritage, 4 (1): 23-44.

Al-Zahrani, Muhammad bin Matr. (2010).`Ilm Al-Rijal Nasy’atuh Wa Tatawwaruh Min Al-Qurn Al-Awwal Ila Nihayah Al-

Qurn Al-Tasi`. Al-Riyadh: Maktabah Dar Al-Minhaj.

Sila skrol ke bawah untuk membaca artikel selanjutnya.

Page 14:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

14

Wasatiyah Dalam Masalah Pembahagian Ilmu Tauhid Oleh Ustaz Mustazah Bahari Pendahuluan Ilmu Tauhid adalah ilmu yang disusun untuk membantu manusia mengenal Tuhan dan segala perkara yang berkaitan dengan keagungan-Nya.

Di dalamnya terdapat pembahasan mengenai zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan nama-nama-Nya yang mulia lagi sempurna.

Tujuan ilmu Tauhid disusun dan dibukukan ialah untuk memberi kemudahan kepada manusia memahami kebesaran dan keagungan Tuhan yang menciptanya dan mencipta sekelian alam ini.

Sejarah ilmu Tauhid

Seperti ilmu-ilmu Islam lain yang telah tersusun baik, ilmu Tauhid juga tidak dikenali dan didapati sebagai suatu subjek ilmu di zaman Nabi s.a.w dan para sahabatnya.

Di zaman awal Islam, pemahaman tauhid dicapai menerusi penjelasan Nabi s.a.w mengenai apa itu iman dan Islam secara umum. Ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan berkaitan Allah dibaca langsung kepada para sahabat dan mereka menerima dan memahami kewajipan mentauhidkan Allah secara spontan tanpa banyak persoalan.

Sukar untuk dipastikan secara tepat bilakah masanya ilmu Tauhid ini mula disusun dan dibukukan sebagai satu ilmu yang khusus.

Apa yang dapat dijejaki ialah menerusi catitan-catitan secara tidak langsung di dalam kitab-kitab hadis seperti Al-Muwatta’ tulisan Imam Malik yang meletakkan bab iman, bab tauhid dan bab ilmu dalam kitab tersebut.

Aktiviti penulisan dan penyusunan ilmu Tauhid bermula apabila muncul persoalan-persoalan yang berkaitan dengan Allah dan sifat-sifatnya sehingga mencetuskan kekeliruan antara umat Islam terdahulu kerana dikaitkan dengan kaedah falsafah Yunani.1

Menurut rekod, buku pertama yang banyak pengisian tentang persoalan-persoalan tauhid dan akidah ialah buku Al-Fiqh Al-Akbar karangan Imam Abu Hanifah. Buku tersebut mengandungi sanggahan terhadap pendapat-pendapat dari aliran Muktazilah, Jahmiyah, Qadariyah dan Syiah mengenai akidah yang telah menyimpang dari fahaman asal para sahabat dan tabiin.

Tauhid ‘Tiga Serangkai’

Tauhid Al-Rubiyyah, Tauhid Al-Uluhiyyah dan Tauhid Al-Asma’ Wa Al-Sifat merupakan kaedah pembelajaran ilmu tauhid yang dikenali juga sebagai Tauhid Tiga Serangkai hari ini.

Secara ringkas, Tauhid Al-Rububiyyah merujuk kepada mengesakan Allah sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini dan menafikan adanya Tuhan atau sebarang kuasa, selain Allah yang menciptakan alam.

1Bagi menjejaki sejarah permulaan ilmu Tauhid dan Akidah memerlukan ruangan yang khusus untuknya. Ruangan ini tidak memadai bagi membincangkan huraiannya.

Page 15:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

15

Tauhid Al-Uluhiyyah pula merujuk kepada mengesakan Allah di dalam peribadatan, iaitu manusia dituntut untuk beribadah hanya kepada Allah sahaja, bukan kepada selain Allah.

Manakala Tauhid Al-Asma’ Wa Al-Sifat pula adalah menetapkan segala sifat-sifat dan nama-nama yang sempurna bagi Allah sebagaimana Dia sendiri menyifatkan dan menamakan diri-Nya.

Sejak kebelakangan ini, terdapat suara-suara yang mempersoalkan tentang kewajaran pendekatan ini diajarkan kepada masyarakat Islam.

Dakwaannya adalah ia menjadikan seseorang kurang imannya atau kufur kerana tidak menepati panduan ilmu tauhid yang dipelopori oleh imam Abu Hasan Al-Asy’ari yang merupakan seorang alim di dalam ilmu tauhid.

Menurut pendapat ini, ilmu Tauhid yang sebenar perlu dipelajari menerusi sifat 20 yang terangkum di dalamnya segala perkara yang berkaitan dengan keesaan Allah taala. Mereka mendakwa bahawa ilmu Tauhid tiga serangkai ini merupakan bid’ah dalam Islam kerana tidak pernah disebut oleh golongan salafussoleh.

Pendapat ini boleh dikritik melalui beberapa sudut:

1. Sifat 20 yang dikaitkan dengan Imam Abu Hasan Al-Asy’ari juga tidak dikenali di zaman Nabi s.a.w dan para sahabatnya.

2. Imam Abu Hasan Al-Asy’ari bukanlah orang pertama yang memulakan gerakan membasmi penyelewengan dalam ajaran tauhid. Beliau juga bukanlah orang pertama yang mengasaskan ilmu tauhid sebagai satu disiplin ilmu dalam pengajian Islam.

3. Sebelum kedatangan Imam Abu Hasan Al-Asy’ari sudah terdapat tokoh-tokoh ulama yang telah lebih awal memperkatakan tentang tauhid. Antara nama-nama mereka ialah:2

Imam Abu Hanifah (w.150H) dengan kitabnya Al-Fiqh Al-Akbar.

Imam Abu `Ubaid Al-Qasim bin Sallam (w.224H) bersama kitabnya Al-Iman. Imam Ibn Abi Syaibah (w.235H) dengan kitabnya Al-Sunnah. Imam Ahmad bin Hanbal (w.240H) dengan kitabnya Al-Sunnah. Imam Ibn Suraij Al-Baghdadi (w.306H) dengan kitabnya Kitab Al-Tauhid. Imam Ibn Khuzaimah (w.311H) dengan kitabnya yang berjudul Kitab Al-Tauhid.

Sifat 20 tidak dapat dijejaki di dalam kitab-kitab yang disebutkan di atas.

Malah Imam Abu Hanifah menyebut di dalam kitabnya Al-Fiqh Al-Absat, “Dan Allah taala diminta kepada-Nya dari atas bukan dari bawah kerana bawah bukanlah ada pada-Nya sifat Rububiyyah dan Uluhiyyah.”3

Imam Al-Muzani, seperti yang dinukilkan oleh Imam Al-Zahabi di dalam kitabnya Siyar A`lam Al-Nubala’ pernah berkata kepada seorang lelaki yang datang kepadanya bertanya mengenai ilmu kalam, “Saya tidak menyukainya, bahkan saya melarang (dari membahaskannya) seperti mana Al-Syafi’i pernah melarangnya. Saya pernah mendengar

2Muhammad Yusri (2005), `Ilm Al-Tauhid `Inda Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama`ah: Al-Mabadi` Wa Al-Muqaddimat, Cairo: Dar Al-Yusr, ms. 151-152. Boleh dimuat turun dari http://waqfeya.com/book.php?bid=187 (15 Julai 2016). 3Ahmad bin Nu’man (t.t.), Al-Fiqh Al-Absat, Cairo: Matba`ah Al-Anwar, ms. 51.

Page 16:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

16

Al-Syafi’i berkata, “(Imam) Malik pernah ditanya mengenai ilmu kalam dan tauhid, lalu beliau berkata, “Mustahil bagi Nabi s.a.w mengajarkan umatnya mengenai perkara istinja’ tetapi tidak mengajar mereka tentang ilmu tauhid. Tauhid adalah adalah apa yang Nabi s.a.w sabdakan, “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan la ilaha illa Allah. Itulah tauhid yang memelihara nyawa dan harta manusia.”4

Selain mereka, terdapat juga para ulama yang hidup sekurun dengan Imam Abu Hasan Al-Asy’ari yang masih lagi di dalam lingkungan era salaf menyebut tauhid terbahagi kepada tiga. Mereka adalah:

• Imam Ibn Jarir Al-Tabari (w.310H), ketika mentafsirkan surah Al-Fatihah pada ayat kedua mengenai Rabb Al-`Alamin, berkata, “Mengkhabarkan tentang pemilikan dan Raja bagi semua jenis makhluk, yang perlu disertakan sifat-Nya itu dengan keagungan dan Uluhiyyah.”5

• Imam Ibn Hibban Al-Busti (w.354H) juga menyebut di dalam mukaddimah kitabnya yang berjudul Raudat Al-`Uqala’ Wa Nuzhat Al-Fudhala’, “Segala puji bagi Allah yang Esa dengan Uluhiyyah-Nya serta mulia dengan keagungan Rububiyyah-Nya…”6

• Imam Al-Hafiz Abi Abdillah Muhammad bin Ishaq bin Yahya Bin Mandah (w.395H), dalam kitab beliau Kitab Al-Tauhid Wa Makrifat Asma’ Allah Azza Wa Jalla Wa Sifatih `Ala Al- Ittifaq Wa Al-Tafarrud, menjelaskan beberapa tajuk yang berkaitan dengan Tauhid Rububiyyah, beberapa tajuk yang berkaitan dengan Tauhid Uluhiyyah dan beberapa tajuk lain berkaitan Tauhid Al-Asma’ Wa Al-Sifat.7

Pandangan ulama kontemporari

Syaikh Hasan Al-Kamali, seorang tokoh ulama di Morocco apabila ditanya adakah pembahagian tauhid kepada Rububiyyah, Uluhiyyah dan Al-Asma’ Wa Al-Sifat, satu bid’ah, menjawab bahawa ia adalah satu pendekatan atau kaedah di dalam ilmu Tauhid yang dilihat sesuai untuk memahamkan seseorang tentang tauhid, sepertimana juga di dalam ilmu-ilmu Islam yang lain. Beliau berhujjah bahawa kebanyakan ilmu Islam yang ada hari ini juga adalah baru, seperti Ulum Al-Quran. Begitu juga istilah-istilah tertentu di dalam ilmu fiqh tidak dikenali di zaman Nabi s.a.w dan para sahabatnya dan tidak

pula dipertikaikan sama ada ia bid’ah atau tidak.8

Syeikh Muhammad Hasan Al-Dadou, seorang tokoh ulama dari Mauritania berkata mazhab akidah dari kalangan Hanbali hari ini, Asya’irah dan Maturidiah tergolong dalam Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah. Semua mereka berijtihad dalam memahami nas-nas yang berkaitan sifat-sifat Allah dan tidak wajar mana-mana mereka diperkecilkan.9

Dalam dunia Melayu khususnya di Singapura, pengajian tauhid yang berkonsepkan Uluhiyyah dan Ubudiyyah telah diajarkan kepada masyarakat Islam. Ustaz Haji Osman bin Jantan,10 seorang tokoh agamawan yang dihormati, telah menjelaskan dalam bukunya yang berjudul Pedoman Ilmu Tauhid;

4Al-Zahabi (1981), Siyar A`lam Al-Nubala’, Beirut: Muassasah Al-Risalah, jld. 10, ms. 26. 5Ibn Jarir Al-Tabari (1994), Jami` Al-Bayan `An Ta’wil Ayi Al-Qur’an, Beirut: Muassasat Al-Risalah, lld. 1, ms. 64. 6 Muhammad bin Hibban Al-Busti (t.t.), Raudat Al-`Uqala Wa Nuzhat Al-Fudhala’, Beirut: Dar Al-Kutub Al-`Ilmiyah, ms. 14. 7Sebutan Rububiyyah, Uluhiyyah dan nama-nama bagi Allah diulang-ulang di dalam serata kitab tiga jilid ini. Lihat Abdillah Muhammad bin Ishaq bin Yahya Bin Mandah (1989),Kitab Al-Tauhid Wa Makrifat Asma’ Allah `Azza Wa Jalla Wa Sifatih `Ala Al-Ittifaq Wa Al-Tafarrud, Madinah: Maktabah Al-`Ulum Wa Al-Hikam. Boleh dimuat turun dari http://waqfeya.com/book.php?bid=8817 (15 Julai 2016). 8Sa`id Al-Kamali (2014), Hal Taqsim Al-Shaykh Ibn Taimiyah Rahimah Allah Li Al-Tawhid Amr Muhdath, 14 Februari, di https://www.youtube.com/watch?v=2m5Je-ETXWI (15 Julai 2016). 9Muhammad Hasan Al-Dadao (2015), Tanbih Al-Khilaf Bayn Al-Hanabilah Wa Al-Asya`irah Fi Al-I`tiqad, 23 April, di https://www.youtube.com/watch?v=GWPcTd3JQYs (15 Julai 2016).

Page 17:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

17

“Keesaan Tuhan dikatakan tauhid. Tauhid bererti meng-Esakan Tuhan. Menilik lapangannya maka Tauhid ini dapatlah kita bahagi kepada dua bahagian yang besar:

• Tauhid Uluhiyah, iaitu meng-Esakan Allah s.w.t dalam erti meng-Esakan Zat-Nya yang tidak tersusun dan sebagainya, meng-Esakan sifat-Nya, meng-Esakan perbuatan-Nya.

• Tauhid Ubudiyah, iaitu benar-benar menyerahkan amal ibadatnya hanya kepada Allah s.w.t. Benar-benar di dalam beramal itu ia menyerahkan amalnya itu hanya kepada satu Allah sahaja. Tidak dengan memakai perantaraan, tidak mengharap puji dan sebagainya. Hanya Allah Jalaluh sahajalah yang ditakutinya.

Jelas dari penjelasan di atas bahawa baik Tauhid Uluhiyyah mahupun Tauhid Ubudiyah diperintahkan kepada tiap-tiap umat Islam. Orang-orang yang bertauhid dinamakan dengan Muwahhid.”11

Seperti ilmu kalam yang berunsurkan falsafah di dalam bidang ilmu akidah, terdapat perbezaan pandangan di kalangan ulama mengenai kewajarannya untuk dijadikan sebagai kaedah ilmu bagi mengenal Allah.

Imam Abu Hanifah dan Imam Al-Ghazali merupakan antara tokoh ulama yang berbicara mengenai ilmu kalam. Sebaliknya, Imam Malik dan Imam Al-Syafi’i menolak keras falsafah sebagai alat untuk berbicara mengenai tauhid dan akidah.

Dalam hal ini, komentar Pak Hamka yang wasatiy mengenai kaedah mengenali Allah di dalam karyanya yang berjudul Pelajaran Agama Islam. Beliau mengkritik pendapat seorang tokoh bernama Syeikh Mahmoud Khayat dari Medan yang mengatakan sifat 20 adalah bid’ah atas alasan keempat-empat imam mazhab tidak mengizinkan untuk dipelajari ilmu sifat dua puluh itu bahawa pendapat sedemikian menghalang pertumbuhan ilmu pengetahuan. Beliau selanjutnya berkata:

“Islam pada zaman jayanya telah memelihara kemerdekaan berfikir begitu luas. Tasawuf telah begitu berkembang dan luas, sehingga terlalu luasnya telah menimbulkan suatu golongan yang berfaham tasawuf “wahdatul wujud”: “Di

antara yang menyembah dengan yang disembahnya adalah satu jua.” Dan ilmu kalam pun telah terlepas daripada batas yang boleh dijangkau oleh akal manusia sehingga akhirnya bertele-tele. Sampai dibicarakan apakah perbezaan di antara zat dan sifat? Apakah sifat itu `ain zat juga atau bukan? Kesudahannya hilanglah kemerdekaan berfikir, kerana sudah sangat merdeka… Timbullah yang satu mengatakan yang lain tersesat. Timbullah pertentangan yang hebat di antara mazhab Muktazilah dengan mazhab Asy’ari. Dan kita di belakang ini mesti taklid sahaja ke dalam lingkungan yang mana kita dimasukkan. Berlainan sedikit pendapat kita, kita dituduh Muktazilah. Dan yang lain berlainan pula sedikit pendapatnya, dia dituduh mujassimah (memberi Tuhan bertubuh). Sedangkan membahas zat insan ini lagi sulit, apatah lagi zat Allah.

Tetapi apabila kita kembali kepada pokok asal pengajian, tidaklah lekas kita menyesali ulama-ulama Islam yang terdahulu itu. Keadaan yang terdapat pada zamannya memaksa mereka membanting otak buat fikir. Dan maksud mereka adalah baik. Bukanlah mereka hendak merosak agama atau menghilangkan bekas rasa agama itu dalam sanubari, lalu menggantinya dengan debat bersitegang urat leher.”12

10Lihat profil Ustaz Osman bin Jantan di http://www.pustaka.com.sg/Synopsis_files/Penulis_Kami/Osman_Bin_Jantan.html (15 Julai 2016) dan http://ibnyahya.com/2011/osman-bin-jantan/ (15 Julai 2016). 11Osman Jantan (2009), Pedoman Ilmu Tauhid, Singapura: Pustaka Nasional, ms. 115. 12Hamka (2010), Pelajaran Agama Islam, Selangor: Pustaka Dini, ms. 81-82.

Page 18:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

18

Biasanya pada setiap Jumaat di Singapura dan Malaysia, para khatib akan sering memulakan khutbahnya yang kedua dengan sebutan, “Iqraran bi Rububiyyatih wa irghaman liman jahada bihi wa kafar” (sebagai pengakuan pada rubibiyyah-Nya dan anacaman ke atas sesiapa yang ingkar dan kufur terhadap-Nya). Namun, tidak pernah menjadi satu isu bahawa ia membahayakan akidah seorang Muslim.

Kesimpulan

Istilah-istilah yang disebut di dalam lapangan ilmu Tauhid dan seluruh ilmu Islam tidak pernah dikenali di zaman Nabi s.a.w mahupun sahabat.

Apabila istilah-istilah itu diperkenalkan, tiada pula dikalangan umat terdahulu yang menolak atau jauh sekali membid’ahkannya.

Tidak pernah diketahui ilmu Tafsir Al-Qur’an, Ulum Al-Quran, Mustalah Al-Hadith, Usul Al-Fiqh, Qawa`id Fiqhiyah dan ilmu-ilmu yang lain sebagai perkara bid`ah di dalam Islam.

Matlamat mempelajari ilmu Tauhid adalah untuk mengenal Allah. Bagi mencapai tujuan itu, para ulama membahaskan kaedah-kaedah tertentu yang dilihat sesuai untuk diketengahkan bagi tujuan memberi kemudahan bagi masyarakat untuk memahaminya.

Lumrahnya manusia berbeza pada tahap pemahaman dan pemikiran. Justeru, kaedah-kaedah ilmu yang pelbagai dapat memberi kemudahan kepada mereka untuk mencapai pemahaman mengenal Allah taala.

Bukanlah menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang mempelajari ilmu Tauhid menerusi sifat dua puluh atau melalui kaedah yang dikatakan sebagai Tiga Serangkai itu kerana kedua-duanya membahaskan tentang keagungan Allah taala dan menafikan segala kekurangan serta keaiban pada-Nya.

Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim di dalam kitabnya berjudul, Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan Kebatinan13 yang diterbitkan oleh JAKIM Malaysia telah membahagikan ilmu Tauhid kepada dua manhaj;

• Manhaj pertama: Akidah dalam bentuk sifat dua puluh.14

• Manhaj kedua: Akidah dari Al-Quran dan Sunnah yang sahih. Di antaranya ialah mengenal Allah menerusi Al-Asma’ Wa Al-Sifat.15

Selanjutnya beliau berkata mengenai perselisihan antara mazhab Asy’ari dan Maturidi yang dinukilkan dari kitab Ittihaf Al-Saadah Al-Muttaqin oleh Al-Sayyid Muhammad Al-Zubaidi,

“Secara kebetulan, pengikut Asy’ari adalah penganut mazhab Syafi’e dan pengikut Maturidi adalah penganut fiqh Hanafi. Di antara dua mazhab ini terdapat perbezaan-perbezaan tetapi tidak sampai kepada membid’ahkan di antara satu sama lain. Contoh perbezaan di antara Asya’irah dengan Maturidiyah ialah dalam masalah sifat takwim atau sifat af’al dan iman muqallid tetapi di antara satu sama lain ada perbezaan, sama seperti keadaan perbezaan di antara fiqh Syafi’e dengan fiqh Hanafi.”16

Adab seperti ini yang perlu ditanam dalam hati umat Islam, khususnya di kalangan para pendakwah dan asatizah. Perbezaan pendapat mengenai isu akidah atau hukum yang bersifat furu`iyah (cabang) tidak harus mencetuskan perselisihan dan pertelingkahan sesama sendiri, apatah lagi untuk menghukum kafir bagi pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi.

13Abdulfatah Haron Ibrahim (2002), Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan Kebatinan, Kuala Lumpur: Jakim. 14Ibid, ms. 56. 15Ibid, ms. 66-67. 16Ibid, ms. 26.

Page 19:  · asal. Segala pendapat yang ... Mubarak kepada semua pembaca dan berdoa agar ... Doa juga dipanjatkan agar hari-hari setelah Ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan terus meningkat

19

Sikap ekstrem terhadap pemahaman tauhid dan penyelewengannya balik kepada individu yang mengambil pandangan yang sememangnya jauh dari kebenaran.

Misalnya, apabila berbicara tentang sifat Allah, dengan meletakkan Allah bersama setaraf dengan manusia adalah suatu yang jelas salah. Sebagai contoh ialah konsep Wahdat Al-Wujud yang telah ditolak para ulama kerana jelas kebatilannya.

Golongan ekstrem seperti ISIS hari ini, percaya bahawa Islam perlu ditegakkan dengan pedang. Orang bukan Islam selayaknya dibunuh tanpa diajak kepada Islam terlebih dahulu. Siapakah di kalangan ulama Islam yang membenarkan dakwaan itu? Jelas sekali bahawa pemikiran ekstrem mereka terbentuk kerana kejahilan mereka terhadap pengendalian nas-nas agama.

Prof Hamka berkata;

“Rasa agama harus kita usahakan mengembalikannya kepada sinar yang menyinari hari Salafus-Salihin. Mereka beriman bahawa Allah Taala itu ada, yang adanya berbeza dengan yang baharu. Kadang-kadang baik juga kita melihat fahaman pragmatisme, yang mengutamakan nilai sesuatu bagi jiwa, daripada mengetahui hakikat sesuatu. Elektrik ada, dan faedah elektrik itu telah nyata pula. Kita tak perlu mengetahui apakah hakikat elektrik, kerana akan membuang tempoh sahaja. Kalaupun dipandang perlu menyusun cara berfikir tentang adanya Tuhan, dan memang perlu pada zaman hebatnya gejala ilhad dan ateis ini, bukanlah cukup dengan Sifat Dua Puluh saja. Segala ilmu yang telah didapat oleh manusia pada zaman moden, fizik, kimia, ilmu alam dan matematik, adalah semuanya alat yang paling baik dan utuh sekali buat mententeramkan jiwa tentang adanya Tuhan. Sebab hakikat kepercayaan tentang adanya Tuhan, tetaplah tersemat dalam sanubari manusia, baik dia seorang awam biasa, atau dia seorang ahli atom pada abad kedua puluh sekalipun.”17

17Hamka (2010), ms. 82.