Asal Usul Menora 1

  • Upload
    maiymp

  • View
    27

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Asal Usul Menora 1

Suatu ketika dahulu terdapat sebuah negeri di Thailand. Rajanya bernama Raja Saifafat (Phaya Saifafat) dan isterinya bernama Nang Sri Dok Mai dan mempunyai seorang Puteri bernama Nang Nuan Samli @ Mea Sri Nuan. Puteri Nang Nuan Samli ada 4 orang kakak angkat (pelayan istana) bernama Mea Khen Oon, Mea Phau, Mea Maukhlen dan Mea Jot Thorng. Setelah Puteri Nang Nuam Samli dewasa maka Phra In telah menghantar seorang dewa untuk lahir di dunia ini melalui Puteri Nang Nuam Samli. Setelah puteri tersebut mengandung tanpa bapa maka mengakibatkan Raja Saifafat murka lalu menghalau puteri Nang Nuam Samli keluar dari istana. Puteri Nang Nuan Samli dihanyut dengan rakit bersama 4 orang kakak angkatnya. Rakit tersebut telah dipukul ombak dan hanyut sampai ke sebuah pulau namanya Pulau Kachang. Tuan puteri pun memulakan kehidupan barunya di Pulau Kachang bersama 4 orang kakak angkatnya. Tuan Puteri telah melahirkan anak lelaki bernama Putera Achittak Kumar. Setelah Putera Achittak Kumar dewasa, beliau telah belajar menari dan mencipta tarian Menora secara bersendirian di tepi sungai supaya dapat melihat bayang beliau semasa menari di dalam air.Setelah pandai menari beliau telah memohon kebenaran emaknya untuk keluar dari Pulau Kachang untuk mengadakan pertunjukan tarian Menora di merata-rata kampung. Kemahiran beliau menari menjadi bualan orang ramai tentang keunikan tariannya yang menarik minat orang menonton.Peristiwa kehebatan tarian Menora tersebut telah sampai ke pengetahuan Raja Saifafat. Lalu baginda memerintah segala panglimanya untuk menjemput Putera Achittak Kumar membuat persembahan di istana. Selepas Putera Achittak Kumar membuat persembahan maka raja amat tertarik dengan tarian Menora tersebut lalu baginda memanggil Putera Achittak Kumar mengadap. Baginda pun mula menyoal asal-usul keturunan Putera Achittak Kumar, lalu baginda mendapat tahu bahawa Putera Achittak Kumar sebenarnya cucu baginda sendiri. Maka baginda pun mengurniakan nama baru kepada Putera Achittak Kumar dengan nama KHUNSRISATTHA bersama sepasang persalinan lengkap pakaian Diraja dan digunakan sebagai pakaian menora sehingga sekarang. Baginda juga telah menjemput Puteri Nang Nuam Samli pulang ke istana. Sebelum masuk ke istana, Puteri Nang Nuan Samli perlu melalui upacara pembersihan selama 3 hari 2 malam (Rabu, Khamis dan Jumaat) di pintu istana. Upacara tersebut telah diamalkan sehingga sekarang semasa memulakan permainan menora.KHUNSRISATTHA juga telah melatih para pembesar dan dayang-dayang di istana dengan tarian menora sehingga berkembang luas dan diwarisi dari turun temurun hingga ke hari ini.

Tesis Encik Sarot Naakkhawirot (Pensyarah di Universiti Perguruan, Songkhla)