7
Asal Usul Nama MALAYSIA Nama tanahair kita: MALAYSIA bukanlah istilah dari kosa kata bahasa Melayu. Ia adalah cantuman dua istilah MALAY dan SIA. MALAY adalah dari bahasa Inggeris yang bermakna orang Melayu. Manakala SIA adalah dari bahasa Latin yang bermakna Tanah. 2. Semasa zaman kolonial, gugusan tanah Melayu ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Ia meliputi dari sebahagian kecil selatan Siam hinggalah ke selatan Filifina. 3. Inggeris menukar nama Tanah Melayu kepada Malaya. Mungkin kesukaran orang Inggeris untuk menyebut Melayu. Nama itu kekal semasa Merdeka dan hingga pembentukan Malaysia pada 1963. Malaysia (Tulisan Jawi ; ا ي س لي م) ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan , yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi (127,350 batu²). [2] [11] Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan , iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur). [2] Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand , Indonesia , dan Brunei [2] dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina . [12] Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur , manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang. [5] Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat . Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah , Sarawak , dan Singapura . Pada tahun 1965, Singapura keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di Asia , dengan purata pertumbuhan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya. [13] Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor sains , pelancongan, perdagangan dan perubatan . Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong , iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan raja negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri . [14] [15] Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster [16] , dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris .

Asal Usul Nama MALAYSIA.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Asal Usul Nama MALAYSIA.docx

Asal Usul Nama MALAYSIA

Nama tanahair kita: MALAYSIA bukanlah istilah dari kosa kata bahasa Melayu. Ia adalah cantuman dua istilah MALAY dan SIA. MALAY adalah dari bahasa Inggeris yang bermakna orang Melayu. Manakala SIA adalah dari bahasa Latin yang bermakna Tanah.

2. Semasa zaman kolonial, gugusan tanah Melayu ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Ia meliputi dari sebahagian kecil selatan Siam hinggalah ke selatan Filifina.

3. Inggeris menukar nama Tanah Melayu kepada Malaya. Mungkin kesukaran orang Inggeris untuk menyebut Melayu. Nama itu kekal semasa Merdeka dan hingga pembentukan Malaysia pada 1963.

Malaysia (Tulisan Jawi; مليسيا) ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi (127,350 batu²).[2][11] Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur).[2] Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei [2] dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.[12] Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang.[5]

Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di Asia, dengan purata pertumbuhan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya.[13] Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor sains, pelancongan, perdagangan dan perubatan.

Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan raja negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri.[14][15] Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster [16] , dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris.

Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika,[2] serta mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara megadiversiti.[17] Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

Mafilindo atau Mapilindo [1](singkatan kepada perkataan Malaysia, Pilipinas dan Indonesia) merupakan suatu ikatan/cantuman/gugusan bersama tiga buah negara yang terlibat. Tujuan utama penubuhan ikatan ini adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.[1]

Pada mulanya, pertelingkahan diantara Malaysia dan kedua-dua negara tersebut adalah kerana cadangan pembentukan Persekutuan Malaysia yang berdaulat. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia adalah kerana Presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia adalah sebagai suatu bentuk

Page 2: Asal Usul Nama MALAYSIA.docx

neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru. Manakala, tentangan Filipina pula adalah kerana negara tersebut menuntut negeri Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.

Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, dari inisiatif Diosdado Macapagal dikenali sebagai the Macapagal Plan ditandatangani Persetujuan Manila,[1][2] sesuai lampiran Resolusi Majlis Agung PBB 1541 (XV), 4 Prinsip 9,[3] Malaysia telah mengambil langkah inisiatif dengan mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Rundingan akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Ketiga-tiga negara tersebut telah mencapai kata sepakat dengan memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia yang berdaulat dengan memasukkan sekali negeri Sabah dan Sarawak dalam persekutuan itu. PBB melalui perwakilannya ke Malaysia telah menubuhkan United Nations Malaysia Mission (UNMM) (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Misi Malaysia). UNMM secara rasminya telah dibentuk oleh Setiausaha Agungnya pada masa itu U Thant [3]dengan menghantar wakil diplomatnya pada tahun 1963 yang bernama Lawrence V. Michael More [4] untuk meninjau secara terperinci tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia.[5]

Hasilnya Suruhanjaya Cobbold,[6] majoriti dari penduduk dan rakyat kedua-dua negeri berkenaan telah bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia. Sungguhpun begitu, Indonesia dan Filipina tidak mengiktiraf hasil undian dan pandangan tersebut, kedua-dua negara tersebut terus memberi kecaman dan menentang pembentukan Persekutuan Malaysia yang berdaulat. Persengketaan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO tidak berperanan lagi.

Akhirnya, Indonesia telah mengadakan konfrontasi dengan Malaysia melalui dua langkah iaitu melalui penyataan “Ganyang Malaysia” serta mengadakan tindakan separa-tentera. Namun kedua-dua perkara ini dapat dipatahkan oleh pihak kerajaan Malaysia melalui rundingan aman dan bantuan dari askar British. Filipina pula sampai sekarang masih menuntut hak kedaulatan Sabah untuk dijadikan sebagai sebahagian dari wilayahnya.

(a) Senaraikan dua cadangan daripada Suruhanjaya Cobbold untuk melindungi kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.• Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresen.• Jaminan terhadap hak dan kedududukan bumiputera Sarawak dan Sabah.• Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan• Perlembagaan Malaysia berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan • Tanah Melayu 1948[2 markah]

(b) Berikan dua perkara penting dalam hak wilayah asingan.• Ketua negeri.• Bahasa kebangsaan.• Agama Islam.• Kedudukan istimewa penduduk asal negeri.• Hal ehwal imigresen.• Kerakyatan.• Peruntukan kewangan• Pelajaran[2 markah]

(c) Terangkan dua inti pati Laporan Suruhanjaya Cobbold.• Satu pertiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat.• Satu pertiga menyokong dengan syarat.• Satu pertiga menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu[2 markah]

Page 3: Asal Usul Nama MALAYSIA.docx

(d) Mengapakah Laporan Suruhanjaya Cobbold penting dalam pembentukan Malaysia ? • Membuktikan majoriti penduduk Sarawak dan Sabah menyokong pembentukan Malaysia.• Menafikan tuduhan pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme[2 markah]

(e) Pada pendapat anda, apakah iktibar yang dapat dipelajari daripada kejayaan pembentukan Malaysia ?• Mengamalkan diplomasi dalam mengatasi masalah. • Membuktikan kepemimpinan tokoh tempatan.• Pemimpin sanggup bekerjasama / bertolak ansur demi mencapai kesejahteraan bersama• Kerjasama daripada rakyat penting untuk kejayaan.• Mana-mana yang munasabah

(a) Jelaskan reaksi rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia. • Sarawak

• Parti pertama yang menyokong gagasan ini ialah Parti Negara Sarawak (PANAS) • SNAP, BERJASA, PESAKA dan SCA menentang kerana mahukan kemerdekaan terlebih dahulu• Parti ini kemudiannya menyokong• SUPP terus menentang • PANAS , SNAP , BERJASA , PESAKA dan SCA membentuk parti perikatan • menyokong gagasan ini

• Sabah

• Sebelum ini tiada parti • melahirkan parti-parti politik seperti UNKO, USNO, parti Kaum Dusun , Parti Pasok Momugun , Parti Bersatu , Parti Demokratik• Tujuan mengemukakan pandangan dan mendapatkan sokongan • Kemudiannya membentuk parti perikatan Sbah menyokong gagasan ini• menuntut 20 perkara untuk dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia • Inginkan kemerdekaan terlebih dahulu[7 markah]

(b) Jelaskan usaha-usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia. • Mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah untuk menjelaskan tentang penubuhan Malaysia• Mengadakan rundingan antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British di Sarawak dan Sabah• Menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).• Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum mengumpulkan pandangan tentang pembentukan Malaysia.• Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold yang mengandungi pandangan rakyat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan dalam perlembagaan.• Menubuhkan Suruhanjaya Cobbold untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.• Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) untuk memperincikan cadangan-cadangan Suruhanjaya Cobbold.• Jawatankuasa Antara Kerajaan mengunjungi Sarawak dan Sabah untuk menerangkan penubuhan Malaysia.• JAK mengadakan mesyuarat mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah • ke dalam Malaysia dan membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah.• Setiausaha PBB menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah[8 markah]

Page 4: Asal Usul Nama MALAYSIA.docx

(c) Pada pengetahuan sejarah anda, apakah manfaat yang diperolehi daripada pembentukan Malaysia ? • Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.• Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.• Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo• Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri• pertanian.• Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu.• Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota.• Menggalakkan pelaburan• Menggalakkan perkembangan industri pertanian• Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi• Memajukan negeri-negeri yang belum membangun• Kesepakatan memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama[5 markah]

3. Pada 16 September 1963 negara Malaysia ditubuhkan secara rasmi yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.

(a) Terangkan cadangan-cadangan ke arah pembentukan Malaysia pada tahun 1963.• Cadangan oleh Lord Brassey , Pengarah Syarikat Borneo Utara• Mencadangkan agar kerajaan British mengabungkan Serawak dan Sabah dengan Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat• Cadangan dari Sir Malcom Mc Donald Gabenor Jeneral Asia Tenggara• Mencadangkan supaya Serawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan

• Cadangan daripada pemimpin Singapura• Lee Yew Hock / David Marshall pada tahun 1955• Lee Kuan Yew mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman (TAR) mengabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu • Idea ini ditolak oleh TAR kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk• Cadangan Dato Onn bin Jaafar• Mencadangkan agar persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia• Alasannya pada suatu masa nanti British akan menggabungka Sarawak ,Sabah dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu• Cadangan oleh Tunku Abdul Rahman • Menyetujui dan mencadangkan pembentukan Malaysia di Majlis makan tengah hari di Hotel Adelphi Singapura• Pembentukan Malaysia diharap dapat menjamin satu kedudukan politik yang kukuh / disegani• Kerjasama ekonomi dan sosial dapat diwujudkan• Memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan[7 markah]

(b) Jelaskan tanggungjawab anggota Suruhanjaya Cobbold berhubung dengan pembentukan negara Malaysia. • Terdiri daripada tiga orang pegawai British / Lord Cobbold, Sir Anthony Abell, • David Watherstone• Wakil tempatan terdiri daripada Dato’ Wong Pau Nee,Tan Sri Ghazali Shafie• Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.• Membuat penilaian terhadap pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.• Mengemukakan cadangan rakyat Sabah dan Sarawak kepada kerajaan British• Menerima memorendem yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan • Mengemukakan laporan memorendem kepada kerajaan British• Melaporkan bahawa satu per tiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat• Satu per tiga rakyat Sabah dan Serawak menyokong dengan syarat kepentingan

Page 5: Asal Usul Nama MALAYSIA.docx

• mereka harus dilindungi• Satu per tiga rakyat Sabah dan Serawak menginginkan kemerdekaan sebelum • menyertai Malaysia• Mencadangkan perlembagaan Malaysia berasaskan perlembagaan Persekutuan• Tanah Melayu 1997• Sabah dan Sarawak diberikan kuasa menentukan dasar imegrisennya• Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaaan • Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputra Sabah dan Sarawak• Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk• Penentuan tarikah penubuhan Malaysia[7 markah]

(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah negara Malaysia berjaya dibentuk walaupun pada mulanya mendapat tentangan yang kuat dari dalam dan luar negara ? • Usaha gigih yang dijalankan oleh kerajaan persekutuan Tanah Melayu secara• berterusan• Usaha Perti Perikatan Tanah Melayu membentuk parti-parti yang menyokang• pembentukan Malaysia • Penduduk Sabah dan Sarawak lebih suka menyertai persekutuan Tanah Melayu• daripada menanggotai Indonesia mahupun Filiphina• Memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan tokoh politik di Tanah Melayu,Sabah dan• Sarawak serta Singapura• Berjaya menangkis tentangan daripada Indonesia dan Filiphina• Berjaya menangkis tekanan daripada pihak komunis• Wujudnya diplomasi politik yang tinggi antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu• dengan kerajaan British• Melibatkan kerjasama serantau/ASA/ MAPHILINDO• Melibatkan kerjasamaa antarabangsa/Pertubuhan Komanwel• Kebijaksanaan pemimpin yang berjaya mengelakkan pertumpahan darah• Hasil rundingan pakatan murni dan tolak antara kaum/penduduk• Kerjasama yang diberikan oleh rakyat negara anggota untuk memastikan• kedaulatan negeri terjamin• Perjanjian Malaysia mengambil kira kepentingan semua negeri anggota• Mana-mana jawapan yang munasabah [6 markah]