Asas Gitar

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/26/2019 Asas Gitar

    1/8

    Ok, straight to the point, nak pandai main gitar, korang kena tahu4 Asas Bermain Gitarini

    iaitu:

    1. Cara Memegang Gitar

    2. Cara Main Kord Gitar

    3. Cara Strumming Gitar (Memetik Gitar)

    4. Cara Tune Gitar

    Nak belajar 4 asas ini? Boleh dengan syarat. Korang kena belanja aku makan McD dulu haha.

    Gurau jer. Ok, kat bawah aku akan terangkan 4 Asas Bermain Gitar.

    Cara Memegang Gitar

    Mungkin korang sudah tahu caranya dengan melihat artis atau kawan korang memegang gitar. So,

    dalam pelajaran pertama ni aku akan terangkan secara ringkas.

    Biasanya kebanyakkan orang menggunakan tangan kanan untuk bermain gitar tetapi ada

    segelintir orang lebih selesa dengan menggunakan tangan kiri.

    Orang yang suka bermain dengan tangan kiri digelar sebagai kidal.

    Oleh kerana ramai yang bermain gitar dengan tangan kanan, aku akan lebih terangkan

    bagaimana bermain gitar dengan tangan kanan.

    Jika ada diantara korang yang kidal, jangan risau. Caranya tetap sama. Cuma perlu terbalikkan

    gitar sahaja :)

  • 7/26/2019 Asas Gitar

    2/8

    Di atas adalah contoh memegang gitar. Pastikan body gitar tidak terlalu jauh dan tidak pula

    terlalu rapat dengan badan.

    Yang penting tangan kanan dapat mencapai tali gitar dan memetik gitar dengan selesa.

    Cara memegang neck gitar pula seperti di bawah.

    Cara yang betul memegang neck gitar adalah tidak menggenggam neck gitar. Tapi aku lihat

    masih ramai yang suka menggenggam neck gitar semasa bermain gitar. Tak tahu kenapa. Maybe

    penyakit kot hehe.

    Menggenggam neck gitar akan menyusahkan korang semasa bermain kord yang

    menggunakan tali gitar yang paling bawah seperti kord D.

  • 7/26/2019 Asas Gitar

    3/8

    Jadi, pastikan korang tidak menggenggam neck semasa bermain gitar.

    Mengenai gaya memegang gitar, secara rasminya ada tiga gaya memegang gitar iaitu gaya

    duduk kasual, gaya duduk klasik dan gaya berdiri.

    Di bawah adalah contoh-contoh gaya memegang gitar secara rasmi.

    Gaya duduk kasual:Gaya ini paling popular. Gaya ini nampak lebih rileks dan santai. Sesuai

    untuk orang yang baru belajar main gitar. Caranya adalah meletak body gitar di atas peha kanan.Gaya duduk klasik:Caranya meletakkan body gitar di atas peha kiri. Gitar akan lebih

    condong berbanding gaya duduk kasual. Kelebihan gaya ini adalah mudah untuk bermain kord gitar.

    Gaya berdiri:Biasanya gaya ini digunakan ketika membuat persembahan di atas pentas

    (..atau tak de kerusi :)..) Untuk menggunakan gaya ini korang perlu menggunakan strap atau tali

    untuk menyokong gitar daripada terjatuh.

    Ada 2 gaya lagi yang cukup popular. Gaya ini dikenali sebagai gaya tak rasmi iaitu gaya duduk

    bersila dan gaya duduk bersilang. Konsepnya sama seperti 3 gaya rasmi di atas.

    Korang boleh pilih mana-mana gaya yang korang suka janji korang berasa selesa dan nampak

    bergaya :)

  • 7/26/2019 Asas Gitar

    4/8

    Cara Bermain Kord Gitar

    Mula-mula korang perlu tahu membaca kord gitar dan cara bermain kord gitar. Di bawah aku akan

    terangkan bagaimana caranya. Aku ambil contoh kord C.

    Nombor 1,2,3 dan 4 mewakili setiap jari. Simbol 0 adalah tali yang tidak perlu meletakkan jari

    tetapi perlu dipetik semasa bermain kord. Simbol X pula adalah tali yang tidak perlu dipetik.

  • 7/26/2019 Asas Gitar

    5/8

    Cara bermain kord C adalah letakkan jari 1 di tali 5 di fret 1, jari 2 di tali 3 di fret 2 dan jari 3 di

    tali 2 di fret 3. Jika korang ada gitar sekarang, korang akan nampak rupa sebenar kord C seperti di

    atas.

    Kemudian petik dari tali 2 hingga ke tali 6. Korang akan dapat mendengar bunyi sebenar kord

    C yang merdu :)

    Untuk kord gitar yang lain, caranya sama seperti di atas.

    7 Kord Major 7 Kord Minor

    7 kord major dan minor adalah asas kepada kord gitar. Jika korang dapat hafal 7 kord major

    dan minor ini bermakna korang dah boleh bermain kebanyakkan lagu melayu.

  • 7/26/2019 Asas Gitar

    6/8

  • 7/26/2019 Asas Gitar

    7/8

    Banyak lagi kord gitar yang korang kena tahu tapi 7 kord minor dan major ini pun dah ok. Untuk

    kord gitar lain korang boleh rujuk di dalampanduan gitar.

    Cara mudah menghafal kord gitar

    Susah menghafal kord gitar adalah perkara biasa. Aku tak pernah jumpa lagi orang yang dapat

    menghafal ke semua kord gitar dalam masa satu hari. Jika ada, orang itu memang seorang yang

    genius :)

    Cara cepat menghafal kord gitar adalah membuat latihan berulang-ulang. Latihan gitar ibarat

    membuat latihan matematik. Makin kerap korang berlatih makin cekap korang bermain gitar.

    Cara aku untuk menghafal kord gitar adalah berlatih dengan memainkan sebuah lagu yang

    menggunakan kord yang mudah. Contohnya lagu Ella & Korie, Pergilah Sayang

    Korang perasan tak kord lagu ini menggunakan kord yang berulang-ulang. Ini lah cara yang

    terbaik untuk menghafal kord gitar.

    Selepas korang menguasai lagu ini cuba cari lagu lain yang menggunakan kord gitar yang

    berlainan.

    Aku pasti korang mesti dapat menghafal kord gitar dengan menggunakan teknik ini.

    Cara Strumming Gitar

    Cara Memetik Gitar

    Strumming adalah cara untuk menghasilkan rhythm, irama atau rentak gitar yang tempo masanya

    sama dengan kebanyakkan lagu. Ada 8 kali petikkan gitar dan ditambah 1 kali petikan pada

    permulaan untuk menghasilkan strumming yang sempurna iaitu:

    http://belajar-gitar-cara-pantas.info/http://belajar-gitar-cara-pantas.info/
  • 7/26/2019 Asas Gitar

    8/8

    down down down,up,down,up,up,down,up (down= petikan gitar dari atas ke bawah, up=

    petikan gitar dari bawah ke atas)

    Strumming terbahagi kepada 2 rentak iaitu:

    Rentak 1: down down down,up,down,up,up,down,up (9 kali petikan)

    Rentak ke 2 dan seterusnya: down down,up,down,up,up,down,up (8 kali petikan)

    Tak faham? Tak mengapa. Korang pasti akan lebih faham setelah melihat video di bawah