6
Tugasan 1: Projek Penyiasatan (Individu) Bincangkan tentang kejayaan-kejayaan negara dalam bidang pendidikan di dalam dan di luar negara bermula abad ke- 21 1! "ejayaan #alaysia $alam Bidang Pendidikan 11 Pengenalan Perkembangan dalam dunia pendidikan di #alaysia pada %ari ini saya kira bole% dijadi sebagai jambatan terbaik dalam menjana generasi yang mampu meletakkan pendidikan negara sebagai teras asas kemajuan negara &al ini merujuk kepada kapasiti-kapasiti terdapatdalam sistem pendidikanyang membole%kan penekanan diberikan secara berterusan bermula daripada pendidikan renda% se%ingga pendidikan tinggi dalam prose menjana generasi berpendidikan yang diinginkan &ari ini' arganegara #alaysia saya k perlu berbangga dengan pendidikan di #alaysia yang bertara dunia *amun' dalam mengimpikan sistem pendidikan yang mulus dan cerlang' kita perlu meli%at keadaan yan sebenar bermulanya sistem pendidikan di #alaysia Bagaimana perkembangan pendidikan di #alaysia bermula dan adaka% %ala tuju pendidikan di #alaysia menunjukkan keadaan yang positi + ,mum mengeta%ui ba%a a sistem pendidikan di #alaysia suda% berm dengan ke ujudan sistem pendidikan yang tidak ormal sebelum kedatangan Britis% di T #elayu Perkembangan sistem pendidikan di #alaysia diteruskan lagi dengan kedatangan Britis% sebagai kuasa Imprealisme yang memperkenalkan sistem pendidikan yang sistematik dan ber ormal etela% #alaysia bebas daripada belenggu penjaja%an barat .1 /gos 10 ' sistem pendidikan di #alaysia semakin berkembang untuk mela% bangsa yang berpengeta%uan tinggi Bertujuan meningkatkan mutu pendidikan di #alaysi pelbagai usa%a tela% dilakukan ole% kerajaan' antaranya memperkenalkan pelbagai dasa pendidikan yang sedikit sebanyak menyumbang kepada kejayaan negara dalam bidang ini menerusi modal insan-modal insan yang dila%irkan ole% sistem pendidikan sedia ada 12 "ejayaan #alaysia $alam Bidang Pendidikan - "onteks $alam *egara "ementerian Pendidikan #alaysia ("P#) dengan kerjasama erat yang ditunjukkan ole% pa guru dan pentadbir sekola% menerusi pelaksanaan dan pengamalan pelbagai dasar-dasar pendidikan yang bermatlamat untuk mencungkil potensi murid secara keseluru%an' selar dengan 3alsa a% Pendidikan "ebangsaan (3P") seperti berikut : "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagipotensiindividu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emo jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pen

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Citation preview

Tugasan 1: Projek Penyiasatan (Individu)Bincangkan tentang kejayaan-kejayaan negara dalam bidang pendidikan di dalam dan di luar negara bermula abad ke- 21.1.0 Kejayaan Malaysia Dalam Bidang Pendidikan1.1 PengenalanPerkembangan dalam dunia pendidikan di Malaysia pada hari ini saya kira boleh dijadikan sebagai jambatan terbaik dalam menjana generasi yang mampu meletakkan pendidikan negara sebagai teras asas kemajuan negara. Hal ini merujuk kepada kapasiti-kapasiti yang terdapat dalam sistem pendidikan yang membolehkan penekanan diberikan secara berterusan bermula daripada pendidikan rendah sehingga pendidikan tinggi dalam proses menjana generasi berpendidikan yang diinginkan. Hari ini, warganegara Malaysia saya kira perlu berbangga dengan pendidikan di Malaysia yang bertaraf dunia. Namun, dalam mengimpikan sistem pendidikan yang mulus dan cerlang, kita perlu melihat keadaan yang sebenar bermulanya sistem pendidikan di Malaysia. Bagaimana perkembangan pendidikan di Malaysia bermula dan adakah hala tuju pendidikan di Malaysia menunjukkan keadaan yang positif? Umum mengetahui bahawa sistem pendidikan di Malaysia sudah bermula dengan kewujudan sistem pendidikan yang tidak formal sebelum kedatangan British di Tanah Melayu. Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia diteruskan lagi dengan kedatangan British sebagai kuasa Imprealisme yang memperkenalkan sistem pendidikan yang lebih sistematik dan berformal. Setelah Malaysia bebas daripada belenggu penjajahan barat pada 31 Ogos 1957, sistem pendidikan di Malaysia semakin berkembang untuk melahirkan bangsa yang berpengetahuan tinggi. Bertujuan meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan, antaranya memperkenalkan pelbagai dasar pendidikan yang sedikit sebanyak menyumbang kepada kejayaan negara dalam bidang ini menerusi modal insan-modal insan yang dilahirkan oleh sistem pendidikan sedia ada.1.2 Kejayaan Malaysia Dalam Bidang Pendidikan - Konteks Dalam NegaraKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh para guru dan pentadbir sekolah menerusi pelaksanaan dan pengamalan pelbagai dasar-dasar pendidikan yang bermatlamat untuk mencungkil potensi murid secara keseluruhan, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seperti berikut :"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."Kita tidak dapat menafikan kejayaan Malaysia dalam bidang pendidikan menerusi konteks dalam negara. Hal ini kerana terdapat bukti nyata yang boleh kita saksikan. Oleh kerana kejayaan Malaysia dalam bidang pendidikan sinonim dengan penglibatan murid di luar negara, maka untuk menjawab soalan kejayaan dalam konteks pendidikan dalam negara ini, saya akan lebih menyentuh mengenai penubuhan program, dasar dan tidak ketinggalan rancangan yang digubal oleh kementerian bermatlamat untuk membantu mencapai hasrat utama FPK. Saya kira hal ini wajar dipotretkan sebagai kejayaan kerana pengaruh pelaksanaannya yang positif terhadap perkembangan murid. Demi membuktikan bahawa hal ini bukan sekadar sebagai halwa telinga, beberapa bukti yang nyata akan saya sertakan.Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Program Tranformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009, terbukti menghasilkan kejayaan yang pantas dan besar dalam masa tiga tahun pelaksanaannya. Program Transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui pendekatan NKRA memberikan impak yang positif terhadap jutaan rakyat merentasi kumpulan dan golongan masyarakat Malaysia. NKRA adalah bermaksud National Key Result Area ataupun Bidang Berhasilan Utama Negara. NKRA mempunyai enam bidang yang ditentukan oleh kerajaan, dan bidang yang ke-3 iaitu Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Dan Berkemampuan telah memberikan banyak faedah kepada anak-anak Malaysia, murid-murid terutamanya. Saya gemar untuk memberi penekanan kepada Sub-NKRA iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi kerana di sini kita dapat melihat dengan jelas faedah pelaksanaan NKRA ini kepada murid-murid terutamanya. Pertama, Sub-NKRA telah mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik serta meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, sekaligus membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing iaitu pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan. Kedua, Sub-NKRA bermatlamat untuk menghasilkan murid yang cemerlang yang boleh menjadi personaliti unggul dalam semua bidang. Sub-NKRA juga bermatlamat untuk merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam negara. Bagi sekolah yang dinobat sebagai sekolah sekolah Kluster Kecemerlangan atau Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), sekolah-sekolah ini boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut sekaligus merapatkan jurang antara sekolah berprestasi tinggi dan berprestasi rendah. Berdasarkan Sub-NKRA iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi di atas, pelaksanaannya pasti akan memberikan impak yang cukup besar kepada sistem pendidikan negara dan kesan positif akan disalurkan kepada murid-murid sekolah. Saya kira penubuhan Program Tranformasi Kerajaan (GTP) adalah satu kejayaan yang besar terhadap pendidikan dalam negara demi melahirkan modal insan yang cemerlang dan minda kelas pertama.Kementerian juga memperkenalkan Program Pembangunan Prestasi Sekolah (PPPS) dan merupakan suatu usaha yang komprehensif dan bermatlamat tinggi bagi mencabar, memotivasi dan membantu semua sekolah di Malaysia dalam meningkatkan prestasi murid dan menjadikan semua sekolah cemerlang, dengan memberi fokus kepada sekolah-sekolah yang paling memerlukan perhatian. Teras kepada program ini ialah sistem pengumpulan data berpusat dan toolkit yang membantu Guru Besar untuk dengan mudah mengakses dan menjejaki maklumat prestasi sekolah dan merancang kaedah-kaedah bagi meningkatkan prestasi masing-masing. Tujuan utama pelaksanaan program ini ialah untuk meningkatkan pencapaian murid-murid. Hal ini kerana setiap kanak-kanak mampu berjaya. Kegagalan akademik adalah kumulatif, oleh itu lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk memastikan setiap kanak-kanak diberikan peluang yang saksama untuk berjaya. Pelaksanaan program ini nyata memberikan peluang yang sama rata kepada murid-murid yang secara lahirnya mempunyai kebolehan yang berbeza-beza.Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang merupakan satu bentuk perubahan holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Penubuhan KSSR adalah sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru akan dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan PdP ini. Enam aspek yang terkandung di dalam KSSR iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap Dan Nilai, Kemanusiaan, Keterampilan Diri, Fizikal Dan Etestika, dan Literasi Sains Dan Teknologi amat menepati hasrat FPK seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

1.3 Kejayaan Malaysia Dalam Bidang Pendidikan - Konteks Luar NegaraSetengah abad mengecap kemerdekaan tidak bermaksud negara Malaysia tidak boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia. Kejayaan negara Malaysia di luar negara dalam bidang pendidikan membuktikan bahawa kita mampu bersaing diperingkat antarabangsa, bukan sekadar jaguh ditempat sendiri. Saya gemar untuk memberikan bukti yang jelas lagi nyata, dan sudah pastinya berdasarkan kepada kejayaan-kejayaan yang benar-benar berlaku kepada anak-anak watan Malaysia dalam skop pendidikan. Pada 5-9 November 2009, pasukan robotik Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (MES) 35900 Tanjong Malim telah berjaya mencipta rekod di persada dunia, yakni pasukan MES menjuarai pertandingan World Robotic Olympiad 2009 yang telah berlangsung di Pohang, Korea Selatan. Pasukan Malaysia iaitu sebanyak enam pasukan yang terdiri daripada 18 orang murid dan enam orang guru pengiring dalam usaha menggalas misi dan visi cabaran pertandingan robotik sedunia telah berjaya merangkul kemenangan dalam kategori terbuka sekolah rendah dan kategori terbuka sekolah menengah tinggi. Pada tahun-tahun yang seterusnya, Malaysia berjaya mengekalkan kejuaraan dalam arena robotik ini. Pada tahun 2011, pasukan negara telah berjaya merangkul pingat emas dalam pertandingan ini yang berlangsung di Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu. Seterusnya pada tahun 2012, pasukan Malaysia mencatatkan kejayaan membanggakan apabila muncul sebagai juara keseluruhan Olimpiad Robotik Dunia (WRO ) ke-8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid. Seterusnya pada tahun 2013 dalam pertandingan yang sama, pasukan negara sekali lagi mengekalkan kejuaraan apabila berjaya merangkul pingat emas dalam kejohanan tersebut yang berlangsung di Jakarta. Kejayaan ini bukti nyata negara Malaysia berjaya mendidik warganya untuk mampu bersaing secara sihat bersama negara-negara yang lain. Kejayaan ini saya kira bermula daripada sistem pendidikan negara yang baik dan sentiasa diperbaharui untuk disesuaikan dengan standard antarabangsa.Tidak cukup dalam arena robotik, anak-anak watan Malaysia juga menempah nama di peringkat antara bangsa dalam beberapa pertandingan yang cukup ternama. Antaranya ialah Yeoh Zi Song dari SJKC Chong Teik, telah berjaya meraih pingat emas dan markah penuh semasa menyertai pertandingan 16th Primary Mathematics World Contest (PMWC), yang diadakan pada tahun 2013 dan berlangsung di Hong Kong. Manakala Nur Liyana Johari yang berusia 17 tahun, telah menerima Intel ISEF 2013 Special Awards Organizations berjumlah USD5000 daripada semasa 64th INTEL International Science and Engineering Fair (INTEL ISEF) yang berlangsung di Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat. Beliau mendapat anugerah ini kerana beliau telah melakukan satu penyelidikan mengenai proses untuk menukar kelapa sawit kepada minyak dengan penggunaan catalyst dalam membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti minyak bio yang dihasilkan. Kejayaannya ini merupakan kebanggaan negara kerana beliau merupakan pelajar pertama negara melakar kejayaan ini di Amerika Syarikat. Manakala kejayaan-kejayaan yang lain pula ialah melibatkan Sekolah Menengah Sains Selangor yang telah memperolehi Anugerah Emas dalam European Exhibition of Creativity and Innovation (EUROINVENT) 2013 yang diadakan di Lasi, Romania. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor pula telah memenangi Anugerah Best International Team Award Pertandingan National Final F1 di United Kingdom dan Anugerah Emas dalam Asia Pasific Conference of Young Scientists yang diadakan di Palembang, Indonesia pada tahun 2013. Disamping itu, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra turut melakar nama dan telah memenangi tempat kedua anugerah khas United Airlines Foundation sempena Intel International Science and Engineering Fair 2013 di Arizona, Amerika Syarikat. Kejayaan yang nyata cukup gah ini tidak lain, membuktikan negara Malaysia mampu dan boleh melahirkan modal insan bertaraf dunia dan tidak sekadar boleh-boleh sahaja. Bukan setakat kejayaan dalam diri murid dapat kita saksikan, bahkan kejayaan guru yang mendidik mereka juga menjadi saksi nyata bahawa negara kita sememangnya mempunyai pendidik atau pendakwah ilmu yang cukup baik dan hebat. Sekolah Menengah Sains Kepala Batas telah meraih banyak kejayaan dalam Pertandingan Rekacipta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ini termasuk Pertandingan Inovasi Sains SBP Kelapa Sawit anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan The Second APEC Conference for the Gifted In Science di Korea. Kejayaan-kejayaan ini sebenarnya ialah berpunca daripada kesungguhan seorang guru iaitu Cikgu Harris Ganae bin Nanar. Beliau merupakan guru cemrlang yang telah berjaya memenangi Pingat Emas bagi kategori Modul Pengajaran Terbaik dalam pertandingan ASEAN Camp for Gifted In Science pada tahun 2011. Benarlah kata pepatah, dimana akan tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Peribahasa ini sangat sesuai dalam memberi gambaran akan kejayaan anak-anak Malaysia di dalam dan luar negara, yang berpucuk pangkal dari didikan insan kental bergelar guru.Ada pihak menyatakan bahawa sistem pendidikan kita setakat melahirkan murid-murid cemerlang dalam bidang akademik semata-mata. Nah, saya nyatakan bukti nyata bahawa sistem pendidikan kita bukan berpaksikan akademik semata-mata tetapi juga seimbang, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) iaitu memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bukti yang boleh saya berikan adalah sangat tegap dan konkrit. Contoh dalam kejohanan badminton Sekolah-Sekolah Asia, pasukan Malaysia telah muncul sebagai juara di rantau Asia. Manakala semasa kejohanan bolasepak Sekolah-Sekolah Asia Bawah 15 Tahun, kontinjen negara telah diumumkan sebagai naib johan. Selain itu, atlet dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, telah merangkul pingat emas dalam kejohanan Skuasy Remaja Terbuka British pada tahun 2012. Begitu juga dengan atlet murid sukan renang dan menembak yang telah menyinar dalam Australian Youth Olympic Festival dengan meraih pingat emas. Dalam Sukan SEA ke-27 di Naypyidaw, Myanmar pula, atlet-atlet pelapis negara menunjukkan perkembangan yang membanggakan. Sukan SEA ini merupakan medan terbaik untuk mendedahkan para atlet muda kepada persaingan di peringkat antarabangsa. Para atlet pelapis di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) telah berjaya menyumbang 9 emas, 4 perak dan 12 gangsa. Ini merupakan prestasi pelapis yang terbaik dalam sejarah penglibatan Malaysia dalam Sukan SEA. Kejayaan-kejayaan ini merupakan hasil kerja keras pelbagai pihak. Tanpa kesungguhan guru, Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan organisasi-organisasi lain sudah tentu kejayaan-kejayaan seperti ini tidak mampu dihasilkan.Walau bagaimanapun, sudah semestinya kejayaan-kejayaan yang dinyatakan di atas dan pelbagai lagi kejayaan-kejayaan lain yang tidak dinyatakan di sini, bermula dengan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam bidang pendidikan negara. Usaha gigih kerajaan menerusi Inisiatif Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan telah berjaya mempertingkatkan pencapaian murid kepada akses pendidikan sejak dilancarkan pada tahun 2011. Inisiatif NKRA di peringkat sekolah rendah telah membuktikan bahawa program LINUS (Literasi dan Numerasi) kepada kanak-kanak Darjah 2 menunjukkan peningkatan yang besar, iaitu 97.5 peratus kadar literasi dan 98.6 peratus kadar numerasi. Bagi kanak-kanak yang berada di tahun 1 bagi kohort ke-2, kadar literasi ialah 91 peratus manakala kadar numerasi ialah 95.4 peratus. Pengukuran kadar literasi dan numerasi ini dapat membantu usaha mengesani murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran pada peringkat awal dan pada tahun 2011 misalnya, sejumlah 3,916 murid lemah dalam Tahun 2 dapat ditangani dengan berkesan. Selain itu, NKRA dalam bidang pendidikan juga mengukir kejayaan dimana, bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang bertambah dan bilangan Guru Besar yang mendapat insentif di luar jangka. Disamping itu, pelaksanaan Program Pembangunan Sekolah (SIP) yang telah berjaya menurunkan bilangan sekolah dalam Band 6 dan Band 7.