70
Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG TOPIK 2 ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK PETA MINDA TOPIK 2 : ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK 22 TOPIK 2 ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK- KANAK Kecerdasan Pelbagai Konsep Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai Konsep Perkembangan Awal kanak- kanak Konsep semulajadi lawan pemupukan Aspek perkembangan kanak-kanak Perkembangan fizikal Perkembangan Kognitif Perkembangan Bahasa Perkembangan Emosi Perkembangan social Perkembangan Kreativiti Perkembangan Moral & Kerohanian

Nota 2 - Asas Perkembangan Awal Kanak-Kanak.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

TOPIK 2ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

PETA MINDA TOPIK 2 : ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAKASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

2.1 KONSEP PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK Konsep Pertumbuhan Merujuk kepada perubahan fizikal dan struktur badan secara kuantitatif

Akan terhenti atau mengalami sedikit perubahan pada tahap kematangan

Suatu proses yang lengkap dan sempurna : dapat diukur dengan nyata. Cth: hayat manusia 1 bulan 65 tahun

Mengikut corak tertentu yang berdasarkan proses kematangan yang dialami. Cth: bayi baru lahir (berbaring) ke bayi 7 bulan (duduk)

Struktur mendahului fungsi struktur sesuatu kumpulan otot menjadi lengkap sebelum digunakan sepenuhnya. Cth: bayi otot terbina dahulu sebelum berguna untuk duduk

Konsep Perkembangan Proses perubahan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran secara kualitatif

Berlaku secara berterusan hasil daripada pengalaman dan pembelajaran

Suatu perubahan yang sistematik dan berterusan dalam diri individu sejak azali (rahim ibu) sehingga kematian

Semua kanak-kanak mengikut corak perkembangan yang sama satu peringkat ke peringkat seterusnya Prinsip perkembangan kanak-kanak berlaku secara berperingkat. Cth: bayi(kanak2 ( remaja(dewasa

Proses Prinsip perkembangan bersifat berterusan- kadar perkembangan kanak-kanak tidak sama seperti kadar Prinsip perkembangan orang dewasa

Prinsip perkembangan banyak dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran : amalan pemakanan, keluarga dll Prinsip perkembangan berlaku mengikut kadar berlainan perkembangan intelektual kanak-kanak berkadar lebih cepat berbanding fizikal Prinsip perkembangan bahagian-bahagian anggota tubuh badan adalah organisma antara satu sama lain dan mempengaruhi keseluruhan organisma berlaku secara serentak & seimbang. Cth; cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit

2.1.1 Konsep semulajadi lawan pemupukan (Nature vs nurture)

Ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak Ciri-ciri seperti : warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak Boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental Menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tak pandai.

Faktor Kebakaan

1. Kromosom Bahan kimia heliks dubel bergelang panjang dan nipis Terdapat dalam nukleus setiap sel Mengandungi butir-butir halus yang menentukan kesemua sifat jasmani Sel badan manusia mengandungi 46 kromosom Ovum perempuan mengandungi kromosom XX Sperma lelaki mengandungi kromosom XY Jika ovum disenyawakan oleh kromosom XY, bayi lelaki akan dilahirkan Jika ovum disenyawakan oleh kromosom XX, bayi perempuan dilahirkan 2. Gen Gen perkembangan yang membawa maklumat baka atau sifat yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi Terdiri daripada DNA (deoksiribonuleik) DNA mengandungi fosfat, 4 asid iaitu adenin, guanin, timina dan sitosin Bayi yang dilahir menerima separuh gen ibu dan separuh daripada bapa Gen dominan : gen yang mempunyai sifat yang kuat Gen resesif : gen yang mempunyai sifat yang lemah Faktor Pemupukan

Segala benda yang ada di sekeliling unit-unit kebakaan Segala kuasa luar nyata yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu Antaranya:- Usia ibu yang mengandung Kesihatan ibu Amalan pemakanan Ketenangan mental dan emosi Kebersihan Riadah Pengambilan ubat atau dadah Pengambilan alkohol Cara gaya hidup ibu bapa Kesan X-ray Faktor Rh darah Doa dari ibu bapa 2.1.2 Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak (ABP)

Perkembangan saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sesuatu domain kognitif afektif dan psikomotor. - Guru perlu merancang pengalaman pembalajaran yang menggalakkan perkembangan murid secara optimum bermakna dan bersepadu

Perkembangan berlaku mengikut urutan. - Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk memupuk kemahiran, pengetahuan dan kebolehan murid dari yang mudah kepada yang mencabar

Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza dari segi minat, keperluan, kekuatan, personaliti, emosi, daya pembelajaran, pengalaman dan latar belakang keluarga. Guru menerima keadaan murid ini seadanya dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan mereka

Perkembangan adalah berterusan. - Guru peka akan pengalaman sedia ada murid dan merancang aktiviti yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran yang bermakna Perkembangan adalah berperingkat-peringkat. Guru perlu menyediakan aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman yang sebenar menggunakan pelbagai media kepada yang lebih kompleks.

Perkembangan dipengaruhi faktor baka dan persekitaran. Guru harus mempelajari dan memahami sosio-budaya yang memberi kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran murid dan menyediakan aktiviti yang menyuburkan potensi murid ke peringkat optimum.

Kanak-kanak adalah pelajar aktif.- Guru harus menggalakkan kemahiran sosial dan pengalaman sebenar untuk membantu murid memahami dunia mereka.

Konsep main penting kepada murid - Guru hendaklah memberi peluang murid menjalankan pelbagai aktiviti berasaskan konsep belajar melalui bermain sambil untuk meningkatkan perkembangan ke peringkat optimum.

Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar.- Guru harus menyediakan aktiviti-aktiviti yang mencabar dan meransang minda murid untuk meningkatkan tahap perkembangan dan pengalaman pembelajarannya. Murid mempunyai pelbagai gaya pembelajaran. - Guru perlu membantu murid dengan memberi peluang mereka menunjukkan kemahiran dan pengalaman yang telah dikuasai /dilalui.

Penglibatan komuniti penting dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Mereka rasa selamat, dihargai apabila keperluan dipenuhi. - Guru harus memastikan dan mengambil berat tentang aspek pemakanan, kesihatan dan keselamatan murid.- Guru perlu mempunyai hubungan rapat dengan ibu bapa

Untuk menggunakan ABP dalam pelaksanaan kurikulum guru perlu faham tentang :- murid yang diajar - kandungan kurikulum dan apa yang perlu diajar,

- bila hendak mengajar - cara menilai perkembangan - menyesuaikan kurikulum dengan kebolehan murid - keperluan dan minat - latar belakang dan sosio-budaya murid. 2.2 ASPEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2.2.1 Perkembangan Fizikal Perkembangan kanak-kanak dari bayi hingga prasekolah merupakan satu proses pertumbuhan fizikal yang berlaku secara berperingkat. Ia melibatkan kuantiti dari segi berat, tinggi dan pertumbuhan otot-otot motor.

Walaupun umur kanak-kanak sama tetapi pertumbuhan dan perkembangan berbeza. Perkembangan fizikal merangkumi pertumbuhan anggota badan dan organ-organ, gerakbalas fisiologi, kewujudan tanda-tanda kematangan fizikal serta perubahan dalam keupayaan motor dan sebagainya Dua aspek penting pertumbuhan dan perkembangan motor Rentak perkembangan berubah-ubah dalam 4 peringkat: Peringkat perkembangan yang pesat (Pralahir hingga 2 tahun) Peringkat pertumbuhan yang lambat (2 hingga 12 tahun) Peringkat pertumbuhan yang pesat (12 hingga 18 tahun) Pertumbuhan yang lambat atau tertentu apabila dewasa. Perkembangan Cephalocaudal - Perkembangan bermula daripada kepala ke paras pinggang dan kaki. Perkembangan Proximodistal - Perkembangan bermula daripada bahagian yang terdekat dengan tubuh badan ke perhujung anggota. Jenis Saiz Badan 3 jenis bentuk badan: Ektomorf - saiz tubuh kecil kurus dan tinggi, kadar perkembangan fizikal agak lambat dan kadar penambahan tinggi memakan masa yang lebih panjang. Mesomorf - tubuh badan pejal & berisi (penambahan otot,berak badan perkembangan fizikal yang lain turut berlaku dengan lebih cepat pada setiap peringkat umur) Endomorf tubuh badan lebih bulat dan mengandungi lebih banyak lemakCorak Perkembangan Fizikal Kanak-kanak UmurPerkembangan

0 - 3 tahun Kemahiran fizikal berkembang dgn pantas Duduk & merangkak;belajar & mula berlari Kemahiran pergerakan kecil berkembang spt boleh mengumpul & mengutip objek kecil Menggunakan sudu & garfu utk makan Menggenggam & melepaskan objek

3 4 tahun Kemahiran fizikal meningkat

Menunggang basikal roda tiga, turun naik tangga, menukar2 langkah, berlari, melompat dgn 2 kaki terangkat, berjalan sepanjang palang seimbang, memanjat peralatan padang permainan, pakaian dipakai & ditanggalkan sendiri

Menangkap bola dgn tangan dikeluarkan, berjalan mengundur & berjengket

Memegang barangan

5 6 tahun

Melompat dgn bertukar2 kaki

Menunggang basikal 2 roda

Berkasut roda

Melontar dgn agak tepat

Menangkap bola dgn tangan

Membuat balik kuang

Bermain dgn permainan yg memerlukan kemahiran fizikal

Perkembangn otot kecil meningkat

Koordinasi mata & tangan berkembang

Kwsn otot mula meningkat

Mula kehilangan gigi

Kanan @ kidal

7 8 tahun

Kemahiran fizikal menjadi penting dlm konsep kendiri

Tahap tenaga tinggi

Kadar tumbesaran perlahan

Kawasan otot kecil baik

Gigi kekal tumbuh

Susuk tubuh dan struktr wajah berubah

2.2.2 Perkembangan Kognitif

Teori- Teori Asas Perkembangan Kognitif

i. Jean Piaget

Ahli psikologi Swiss & salah seorang penyelidik yang berpengaruh dalam bidang pembangunan psikologi abad ke 20.

Awalnya bergiat dalam bidang biologi dan falsafah serta menggelarkan dirinya sebagai ahli epistemologi genetik.

Pandangan Piaget selalunya dibandingkan dengan Lev Vygotsky (1896-1934), yang melihat lebih kepada interaksi sosial (social interaction) yang merupakan sumber utama kognitif dan tingkah laku. kanak-kanak akan melalui peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza

Persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya, melalui aktiviti penerokaan.

4 konsep pemerolehan maklumat dan pengalaman baru mengikut teori piaget iaitu skema (schema), penyerapan (asimilation), akomodasi (accomodation), dan keseimbangan.

Skema

Skema = pra konsep tentang sesuatu objek melalui pengalaman yg dilaluinya hari demi hari; mungkin tidak tepat Skema bermaksud satu struktur kognitif Skemata bermaksud lebih dari satu struktur kognitif Kanak-kanak membina skemata hari demi hari Skemata berubah dan bertambah melalui proses adaptasi (asimilasi dan akomodasi) Contoh: Fatin melihat arnab, anak kucing. Fatin akan membina skema: arnab = anak kucing (lembut, kecil)Asimilasi

Asimilasi : Proses memasukkan maklumat ke dalam skemata sediaada. merupakan proses kognitif yang menyatukan maklumat-maklumat baru atau

Pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjangmasa Kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Contoh: Apabila saya mengatakan baju anda berwarna biru, saya akan mengingat yang baju itu berwarna biru gelap atau biru cair.

Akomodasi Akomodasi = mengubahsuai skema sedia ada untuk memahami maklumat baru Contoh atas: Bapa terdengar Fatin menyebut kucing apabila melihat arnab, bapa membetulkannya. Tengok dia melompat, tidak mengiau, makan karot. Fatin mendapat maklumat baru Fatin mengubahsuai struktur kognitifnya kepada 2 skemata; skema kucing dan skema utk arnab Contoh lain: bola dan belon, ayam dan itik.Perimbangan

Maklumat baru yang berjaya diserap oleh kanak-kanak menunjukkan tahap

Keseimbangan tercapai. Sebaliknya jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat

Itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Peringkat Perkembangan Mengikut Tahap

Peringkat Sensorimotor (0-2 tahun); Juga dikenali sebagai deria motor Bayi banyak menggunakan deria dan kebolehan motor (pergerakan) Mula-mula tidak ada kewujudan objek sehingga boleh menguasai konsep kewujudan objek. Daripada aksi refleks kepada aktiviti berulang-ulang ke aktiviti bermatlamat Akan membina pelbagai skemata dlm usaha memahami persekitarannya Proses peniruan,ingatan dan pemikiran bermula kekekalan objek. Daripada tindakan reflektif kepada tindakan bertujuan.Peringkat Praoperasi (2-7 Tahun);

Perkembangan bahasa dan pemikiran simbolik awal Logik 1 hala: tiada konsep pemuliharaan & tidak berfikir berbalik. Egosentrik: Monolog kolektif

Kanak-kanak mula menggunakan keupayaan mereka berfikir secara simbolik (menggunakan perkataan semasa bertutur) tetapi tahap pemikiran masih tidak mengikut logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yg berlainan Tidak mampu menguasai konsep pengekalan Peringkat Operasi Konkrit (7-11 Tahun)

Memahami berfikiran berbalik (Reversibility). Memahami konsep pemuliharaan. Boleh mengkelas dan menyusun Menyelesaikan masalah dalam bentuk logik sempurna.Peringkat Operasi Formal (12 Tahun Ke Atas)

Menyelesaikan masalah abstrak dengan logik. Pemikiran saintifik. Prihatin kepada identiti diri dan isu sosial. Egosentrik remaja.ii. Vygotsky

Percaya bahawa perkembangan kognitif berlaku dalam persekitaran sosiobudaya Kebanyakan daripada kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa, orang dewasa lain, rakan sebaya dan guru Tema teori Vygotsky ialah perkembangan kognitif berlaku dalakm konteks sosial Kemahiran kognitif kanak-kanak diperoleh melalui bimbingan orang yang lebih dewasa yang menjadi model dan menstrukturkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak

Proses bimbingan ini dikenali sebagai scalffolding. Konsep scaffolding. Scaffolding : sokongan sementara pada binaan. Pelajar beransur-ansur menerima tanggungjawab dari sedikit kepada sepenuhnya ke atas pembelajaran Pembelajaran ini berlaku dalam zone of proximal development (ZPD)Konsep Zon Perkembangan Proksimal Menurut beliau, faktor-faktor yang berpengaruh dalam pembentukan bagaimana seseorang individu berfikir adalah berdasarkan sejarah masyarakatnya dan pengalamannya dalam masyarakat itu. Sebenarnya terdapat dua tahap perkembangan kognitif. Yang pertama adalah tahap yang dicapai oleh seseorang apabila dia berfungsi secara bersendirian yang dikenali sebagai tahap perkembangan sebenar (actual development) dan tahap kedua ialah paras yang lebih tinggi yang seseorang itu berpotensi mencapainya (potential development) apabila mendapat bimbingan daripada pihak yang lebih berkebolehan. Jarak di antara kedua tahap ini dikenali sebagai zon of proximal development.

ZPD menjelaskan bahawa setiap individu boleh belajar dan perlu dibantu oleh orang dewasa untuk meningkat daripada kebolehan maksimum yang boleh dicapainya secara individu.

Kanak-kanak akan mencapai tahap pencapaian terendah mengikut kebolehannya tanpa dibantu oleh oleh orang lain, Sebaliknya dia tidak boleh mencapai tahap pencapaian yang lebih tinggi, walaupun dibantu oleh orang lain jika telah mencapai kepada zon perkembangan proksima atau tertinggi. Jarak di antara tahap perkembangan sebenar dilakukan secara bersendirian dan tahap perkembangan potensi yg dicapai dgn bimbingan orang dewasa Pengertian Ingatan

Ingatan ialah kebolehan manusia unutk menerima maklumat, memproses dan menyimpan serta mengeluarkan segala maklumat itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Terdapat 3 peringkat ingatan iaitu pengkodkan/ingatan deria, penyimpanan dan ingatan kembali.

Pengkodan (Peringkat Rakaman) - Input deria menerima rangsangan daripada persekitaran.

- Menerima dan mengubah maklumat input deria ke dalam kod-kod yang boleh diproses oleh ingatan untuk dirakam.

- Maklumat tidak penting dilupai manakala maklumat yang bermakna dirakamkan dalam bentuk kod

Penyimpanan - Peringkat ini merujuk kepada penyimpanan dan pemilihan maklumat oleh otak.

- Kod yang bermakna disimpan dengan teratur.

- Masuk ke ingatan jangka pendek ( untuk menyelesaikan masalah).

- Masuk ingatan jangka panjang (untuk di kekalkan untuk masa yang lama).

Ingatan Kembali - Peringkat ini merujuk lepada maklumat penting yang telah dikodkan yang diingat kembali untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Pengertian Metakognitif

Metakognitif adalah kesedaran berfikir tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Dalam konteks pembelajaran, mengetahui bagaimana untuk belajar, mengetahui kemampuan dan gaya belajar yang dimiliki, dan mengetahui strategi belajar terbaik untuk belajar secara lebih efektif.Perkembangan Kognitif Melalui Pengunaan Bahan Manipulatif

Bahan manipulatif ialah bahan yang konkrit Bahan yang boleh dipegang dan dimanipulasikan oleh kanak-kanak Bahan yang kanak-kanak boleh gunakan secara langsung untuk bermain, meneroka, membina, menguji, membilang. Contoh: butang, bongkah, manek, batu, penutup botol dll.Kegunaan bahan manipulatif Bahan manipulatif berguna untuk kanak-kanak menguasai kemahiran kognitif seperti * pengelasan * mengenal konsep ruang, * mengenal konsep nombor, * melakukan proses sains dan * membuat penyelesaian masalah 2.2.3 Perkembangan Bahasa

Konsep Bahasa

Bahasa ialah sistem undang-undang tatabahasa dan semantik yang membuatkan pertuturan menjadi bermakna.

Pertuturan pula ialah perlakuan membentuk dan penyambungan bunyi-bunyi bahasa.

Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan mengutarakan idea serta pengalamannya.

Pemerolehan Bahasa Penguasaan bahasa bermula dengan memahami percakapan yang didengar dan diikuti oleh kebolehan bertutur.

Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan kanak-kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan kanak-kanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di persekitarannya.

Bayi membentuk konsep tentang objek dalam persekitarannya sebelum tanda pertama bahasa muncul.

Kanak-kanak yang berumur dua tahun sudah dapat memahami maksud sesuatu perkataan (Dollaghan, 1985).

Semasa membesar kanak-kanak mempelajari perkataan baru dengan membandingkan perkataan yang sudah diketahui oleh mereka (Bloom, 1998; Menyuk, Liebergott & Schultz, 1995)

Perkembangan Bahasa

Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang selamat dan pengalaman yang menggembirakan.

Apabila kanak-kanak dapat berfikir dan berkomunikasi dengan menggunakan perkataan yang mewakili objek dan peristiwa di persekitaran mereka, kemampuan mereka berfikir dan menggambarkan dengan perkataan meningkat dan mengatasi batasan masa dan ruang.

Melalui perkembangan bahasa ini, kanak-kanak mula mengenali dunia secara simbolik dengan perantaraan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda, lubang, objek dan perkataan.

Pengalaman menggunakan bahasa secara lisan amat penting dalam mereka mengembangkan bahasa kanak-kanak.

Kemahiran berkomunikasi berkait rapat dengan menggunakan bahasa (kemahiran linguistik) dan kemahiran berinteraksi. Menerusi penerokaan dan berinteraksi, kanak-kanak dapat membina dan mengaplikasikan konsep baru.

Pembelajaran Bahasa

Kanak-kanak belajar bahasa melalui berbagai-bagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi yang pernah didengari. Mereka mendengar pertuturan daripada orang lain dan meluahkannya dengan cara tertentu. Bunyi perkataan adalah magic kepada kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak pada peringkat prasekolah tertarik degan permainan lagu berantai. Perkataan magic ini mula diperolehi apabila kanak-kanak mula bermain dengan bahan. Selepas menghafal dan menghasilkan semula perkataan tersebut, mereka akan mempelbagaikan dan manipulasikannya dengan pelbagai keadaan, membina perkataan yang lucu, mudah, mereka cerita khayalan daripada pengalaman sendiri.

Teori Pemerolehan Bahasa

1. Teori Behavioris

Teori behavioris cuba menghuraikan pertalian antara psikologi dengan bahasa melalui pendekatan yang dapat dialami dan diamati secara lansung atau fizikal.

Mereka yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli-ahli psikologi seperti J.B Watson, E.R Guthrie, E.L Thorndike, I.P Pavlov dan B.F Skinner.

Menurut Thorndike, semua pemerolehan bahasa manusia berlaku melalui proses cuba jaya. Watson pula berpendapat bahawa semua tingkah laku manusia merupakan gerak balas terlazim, manakala Gurhrie menyatakan bahawa rangsangan dan gerakbalas mestilah berlaku secara bersama-sama untuk mewujudkan pembelajaran.

Skinner pula telah mengkaji dan memperbaiki teori behavioris dengan pandangan bahawa pengukuhan adalah asas dalam proses pembelajaran dan berlaku apabila diberi ganjaran.

Bagi golongan aliran behavioris, penguasaan bahasa adalah satu proses mekanis yang tidak memerlukan daya mental tetapi diperoleh melalui latihan dan pengulangan.

Golongan ini juga mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Ganjaran dapat mendorong pengulangan, dan apabila pengulangan berlaku, maka secara tidak langsung akan menjadi penguasaan atau pemerolehan bahasa.

Teori pembentukan biasaan ini juga menekankan kemahiran lisan. Kemahiran mendengar dan bertutur ini ditegaskan kerana kedua-dua kemahiran ini mempunyai hubungan yang rapat dan mudah untuk dikuasai berbanding dengan aktiviti membaca dan menulis.

Dalam teori ini, pengukuhan, pemerhatian, sifat-sifat ingin tahu dan aktiviti meniru adalah menjadi faktor utama dalam pengguasaan bahasa.

2. Teori Nativisma

Chomsky mengatakan bahawa otak manusia telah diprogramkan secara semulajadi untuk membolehkan ia bertutur dan memahami bahasa sama seperti keupayaan berjalan.

Beliau mengenal pasti sistem ini sebagai LAD ( Language Acquisition device ) yang bergantung kepada sel-sel dalaman selebrum korteks. LAD inilah yang akan membolehkan kanak-kanak menganalisa bahasa yang mereka dengar dan membolehkan mereka membentuk tatabahasa yang betul.

3. Teori Pembelajaran Kod Kognitif

Teori Kod Kognitif atau mentalis menganggap pemerolehan bahasa sebagai satu proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Teori ini menjelaskan bahawa bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. Kanak-kanak memperoleh bahasa kerana bahasa sudah terancang untuk berkembang dalam diri kanak-kanak tersebut dari segi biologis. Sejak dilahirkan lagi, kanak-kanak telah mempunyai alat pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device LAD) yang membolehkan kanak-kanak itu memperolehi dan menguasai bahasa yang didedahkan.

Jean Piaget, E.H. Lenneberg, Robin, Lakoff, D. Slobin, Chomsky dan V. Hamboldt pendukung teori ini. V. Hamboldt misalnya, menekankan kreativiti wujud dalam otak atau pemikiran penutur bahasa itu. Beliau menegaskan bahawa bahasa itu dibawa sejak kanak-kanak dilahirkan dan penutur-penutur boleh menghasilkan unit-unit lingualistik yang tidak terhad bilangannya. Seperti Hamboldt, Chomsky juga berpendapat bahawa setiap manusia yang dilahirkan sudah dibekalkan dengan kebolehan untuk berbahasa apabila sampai masanya. Menurut golongan mentalis lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan ( competence ), iaitu rumus-rumus yang ada dalam mental, dan prestasi ( performance ) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan.

Lenneberg berpendapat bahawa sebelum kanak-kanak boleh bertutur, kanak -kanak terlebih dahulu menguasai kebolehan memahami dan membezakan bunyi-bunyi yang berlainan. Aliran mentalis juga, menegaskan ciri-ciri kesejagatan nahu bagi setiap bahasa di dunia ini mempunyai hubungan dengan kognitif. Peranan kognitif pada otak manusia inilah yang menjadikan penghasilan bahasa itu bersifat kreatif.4. Teori Pembelajaran Interaksionalis Teori ini menganggap bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan dua aspek iaitu proses mental dan interaksi bahasa. Menurut model ini kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh menggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentuk lingusitik yang jelas dan tepat. Oleh itu kanak-kanak perlu memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul. Ini membantu mereka berkomunikasi dalam masyarakat.

Selain itu aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik membantu kanak-kanak menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa dan seterusnya dapat menggunakannya dengan fasih dan lancar.Peringkat Perkembangan Bahasa Mengikut UmurUmurPerkembangan bahasa

Baru lahir 2 bulan

Menangis dan senyum

Lebih suka kepada suara manusia

Lebih

2 4 bulan Bermain dengan bunyi vokal seperti aa-aa-aa-aa-aa ataupun oo-oo-oo-oo

6 9 bulan Mencantum bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk menghasilkan sukukata seperti ima-ma-ma-ma-ma atau ba-ba-ba-ba

Mula menunjukkan gerak tangan.

9 12 bulan Mencantum sukukata dan menghasilkan perkataan pertama.

1 1 1/2 tahun Mencantumkan beberapa perkataan mudah untuk menjadi ayat yang pendek.

2 4 tahun Menyebut gabungan 3 perkataan

Gemar bercakap boleh berbual dengan ayat yang lebih panjang.

Suka menyebut perkataan yang baru dan suka menyanyi.

4 6 tahun Menghasilkan gabungan 4 5 perkataan.

Sebutan bertambah baik

Mengulang dan dapat mengubahsuai seni kata lagu ataupun pantun yang mudah.

Mula bertanya berbagai soalan.

Mula membaca dengan sendiri.

Peringkat Perkembangan Bahasa Kanak-KanakPerkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima, memahami, dan melahirkan semula. Kemampuan di atas berkembang beransur-ansur mengikut masa saling berkait antara satu sama lain. Kanak-kanak akan dapat membuat huraian dengan lebih baik dan cekap dalam situasi perbualan. Menurut pakar bahasa, kemampuan tersebut merujuk kepada 4 aspek dalam penguasaan bahasa kanak-kanak iaitu;

1) Fonologi - Menghasilkan bunyi, perkataan, ayat dan cerita

2) Semantik - Memahami maksud perkataan, ayat, cerita

3) Sintaksis - Pembinaan struktur ayat.

Fonologi

Fonologi adalah kebolehan melahirkan bunyi, perkataan dan ayat. Corak perkembangan fonologi pada umumnya sama bagi semua kanak-kanak, tidak kira bahasa apa yang dituturkan. Pada umumnya, bayi akan mengeluarkan perkataan pertama pada usia 9 hingga 12 bulan. Dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak menghasilkan bagi secara rambang. Ini berlaku di peringkat agahan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan ketara perbezaan fiturnya, tetapi kemudian ia maju kepada fonem-fonem yang lebih halus dan seni perbezaan fiturnya.

peringkat menangis

peringkat rengekan

peringkat ajukan satu sukukata yang bermakna ( ma, cu, bum)

peringkat ajukan dua sukukata ( mama,baba, tata, dedi, susu)

Semantik

Semantik ialah kebolehan memahami percakapan yang didengari. Penguasaan bahasa oleh kanak-kanak akan bermula dengan mamahami percakapan yang didengar dan diikuti pula dengan kebolehan bertutur. Dalam perkembangan semantik, kanak-kanak mula berupaya menguasai beberapa patah perkataan. Kanak-kanak sering membuat kesalahan, terutama semasa memberi makna perkataan itu. Hasil daripada interaksi dengan persekitarannya dalam pelbagai konteks, kanak-kanak akan memepelajari konsep-konsep daripada yang konkrit kepada yang lebih abstrak dan mula dapat menyusun perkataan mengikut tatabahasa.

Perkembangan semantik kanak-kanak adalah seperti yang berikut :UmurKebolehan Semantik

6 -12 bulan Dapat memahami perkataan serta menunjuk objek yang dinamakan.

11 tahun Perbendaharaan kata bertambah 1 hingga 3 perkataan sebulan pada usia 1 tahun.

Perbendaharaan kata terdiri daripada orang

( mama, abah) dan benda maujud ( bola,

kasut )

memahami arahan mudah seperti tepuk tangan

1 -2 tahun Perbendaharaan kata bertambah 10 hingga 20 perkataan seminggu.

Perbendaharaan kata terdiri merangkumi perbuatan (bye,bye), tempat (mana, sana) dan keadaan (habis)

2 3 tahun Perkembangan perbendaharaan kata diiringi dengan menyifatkan objek.

Dapat memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan seperti marah ataupun sifat nama seperti comel.

Lebih banyak perbendaharaan kata (1000 perkataan )

Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikan.

4-6 tahun Berlaku cetusan perbendaharaan bahasa (10,000 perkataan pada hujung peringkat prasekolah )

Memahami lawak jenaka dan metafora

Memahami cerita lisan atau yang dibaca dalam buku.

Memahami dan menghafal senikata lagu ataupun puisi.

Sintaksis

Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu perkataan ( one word utterance) ketika berumur satu tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan (two word utterance) ketika menjangkau umur 2 tahun. Setiap ujaran dapat merujuk bebrapa makna mengikut susunan kata atau konteks untuk menggambarkan penafian pertanyaan dan sebagainya. Ayat padat dan ringkas , banyak menggunakan kata inti (contains word) dan kurang atau tiada langsung menggunakan kata tugas (function words).

Setelah meningkat pada umur lima tahun barulah kanak-kanak itu menyamai bahasa orang dewasa. Pada umur lima tahunkanak-kanak akan berupaya menghasilkan ayat pasif atau ayat yang lebih kompleks dan dapat mengenal struktur dalaman dan hubungannya dengan struktur luar. Kanak-kanak umur satu setengah tahun boleh melakukan dengan tepat arahan mudah seperti ambilkan selipar ibu ( Go get Mummys slippers )

Mana botol sayang ? ( Wheres your bottle )

Kanak-kanak pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah boleh guna perkataan dengan intonasi yang berbeza. Here is mama. This is mamas hat. (Bloom: 1976)

Pada umur 18 bulan ayat dengan dua perkataan mula digunakan seperti :

Ayat penyata (declarative) My toy, Daddys car, adik punya.

Ayat naf (negative) Daddys not there, Ayah belum balik, Adik tak buat.

Ayat perintah/seru (imperative): Dont do that, Daddy?

Janganlah, janganlah kacau, jangan kacau adik

Pembelajaran Bahasa Kedua.

Masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum. Penguasaan bahasa kedua ataupun ketiga menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan kanak-kanak. Mereka dapat menguasai dua bahasa ataupun lebih melalui dua proses:

i) Memperolehnya secara spontan (simultaneous acquisition), apabila kanak-kanak sering mendengar atau menggunakannya pada awal usia zaman kanak-kanaknya. ii) Memperolehnya secara turutan (sequential acquisition) apabila kanak-kanak mempelajari bahasa kedua selepas menguasai bahasa yang pertama. Apabila kanak-kanak terus menggunakan kedua-dua bahasa secara kerap untuk berkomunikasi, mereka akan berkebolehan menggunakan kedua-dua bahasa secara fasih,selepas mereka mengatasi perbezaan semantik, fonologi dan sintaksis antara kedua-dua bahasa tersebut. Kanak-kanak selalunya mengambil masa 1 tahun bagi menguasai bahasa kedua selepas menguasainya bahasa yang pertama ( Reich, 1986)

2.2.4 Perkembangan Emosi

Konsep Perkembangan Emosi Berasal daripada perkataan Greek "emovere" yang bermaksud "utk keluar". Emosi adalah perasaan atau afek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi seperti degupan jantung yang laju dengan tingkahlaku yang nyata seperti senyum atau menyeringai (Santrock;1998) Emosi merupakan tindakbalas atau kebangkitan yang ditonjolkan keluar terhadap sesuatu perkara atau objek, orang atau keadaan yang bertindak balas sebagai rangsangan kepada perasaan emosi. Ahli fisiologi bersependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindakbalas fisiologi dan pernyataan emosi. Fungsi Emosi

Sebagai satu cara bagi kanak-kanak berkomunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan mereka Melaras keperluan dan konflik social Langkah awal menyesuaikan diri dengan dunia sosial * Kanak-kanak lebih mahirmenunjukkan emosi dari memahami emosi Peranan Emosi Emosi amat penting dalam kehidupan kanak-kanak Perasaan (pengalaman emosi) merupakan matlamat yang hendak dicapai. Emosi tambahkan keseronokan kepada pengalaman sehari-hari kerana ia menjadi penggerak kepada tindakan & memberi makna kepada bentuk tindakan yang diambil Emosi juga mempengaruhi persepsi & tingkah laku seseorang terhadap orang lain & persekitaran Emosi tentukan corak penyesuaian yang akan diambil.Jenis Emosi / Perasaan Dan Implikasi Pada Kanak-Kanak

Menurut teori perkembangan psikososial Erikson, bayi mula membentuk emosi sejak lahir. Persekitaran dan orang di sekeliling akan mempengaruhi emosi bayi. Perkembangan emosi yang sihat membolehkan kanak-kanak membesar sebagai individu yang sempurna. Perkembangan awal emosi kanak-kanak akan kelihatan melalui tindak balas tangisan atau ketawa dan seterusnya berkembang sehingga kanak-kanak menguasai perkembangan emosi yang stabil serta dapat membuat penilaian apabila berada pada tahap dua pada usia 5-6 tahun.

Perasaan Gembira: bantu kanak-kanak/ remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap tentang sesuatu yang mereka suka tentangnya Rasa marah: bantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk dapatkan sesuatu yang dicitakan & mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian. Takut: rasa terancam ( suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi (Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya sebagai jaminan untuk memperolehi ketenangan dan ketenteraman. Sedih: kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki ( menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah persaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih. Geli: selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan ( suatu yang semulajadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak terkena apa yang dia geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu. Cemas: Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik Malu: menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak dari melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan( bantu mereka mengawal tingkahlaku mereka sendiri Rasa bersalah: wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap keluar dari standard tingkahlaku yang baik ( Dia akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau telah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain. Rasa bangga: tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati / dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan Ransang kanak-kanak bertingkahlaku baik dan bekerjasama. Ransang mereka untuk meluahkan perasaaan ( contoh, kenapa mereka rasa bangga. Beri peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira Peringkat Perkembangan EmosiTahapEmosi

Tahap 1

Bayi - 2 tahun

Peringkat awal pantulan (ketawa dan menangis )

bulan - suka dan duka

6 bulan - takut, jijik dan marah

12 bulan gembira dan kasih sayang

18 bulan cemburu mulai timbul

2 tahun keriangan terserlah

2 3 tahun Emosi tidak tenteram

Lebih banyak perasaan mahu dikasihi

Mahu tumpuan yang lebih

Takut kegelapan

Mulai cemburu

Mempunyai perasaan malu

Tidak suka diarah

Tahap 2

3 4 tahun Perasaan ingin menjadi dewasa.

Kanak-kanak lelaki suka meniru perbuatan bapa.

Kanak-kanak perempuan suka meniru perbuatan ibu.

4- 5 tahun

Perasaan romantis hadir

Kanak-kanak tertarik kepada yang berlainan jantina

Takut kegelapan, kebakaran dan kematian

Tahap cemburu yang amat tinggi

Sering merasa diketepikan

5-6 tahun Perasaan dan jiwa semakin stabil Pergantungan kepada keluargasemakin berkurangan Lebih berdikari dan bersemangat melakukan yang disuruh Semangat untuk terus hidup semakin tinggi Belajar membeza betul dan salah Label baik bagi yang seronok dan jahat bagi yang sakit

Mula membentuk kata hati , struktur nilai dan moral

Kecerdasan Emosi

Konsep IQ dan EQ

Intelligence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognitif seperti membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah.

Alfred Binnet dan Theodore Simon; 1905- memperkenalkan ujian kecerdasan yang digunakan sehinggai kini. IQ dikaitkan dengan kejayaan , namun tidak semua yang mempunyai IQ tinggi berjaya dalam hidup. Perkembangan pesat dalam bidang sains otak atau neurology mendapati emosi dapat mempengaruhi kecerdasan (EQ) EMOTIONAL QUOTIENT

Intellegence test really assess skill in assimilating new information in solving new problems. This bios toward crystallized rather than fluid knowledge can be astounding consequences and individual can lose his entire frontal lobes, in the process becoming redically different person unable to display any initiative or to solve new problem and yet may continue to exhibit an IQ close to genius level.GardnerKecerdasan Emosi (EQ) Daniel Goleman, seorang profesor dari Universitas Harvard menjelaskan bahwa ada ukuran lain yang menentukan tingkat kejayaan seseorang. Dalam bukunya yang terkenal, Emotional Intelligence, membuktikan bahwa tingkat emosional manusia lebih mampu memperlihatkan kejayaan seseorang. Menurut beliau lagi, jika seseorang lahir dengan kecerdasan intelektual (IQ) yang cukup, sia-sia saja dia mencuba dengan segala cara untuk mendapatkan IQ yang superior (genius), begitu pula sebaliknya. Tetapi, Emotional Quotient (EQ) dapat dikembangkan seumur hidup dengan belajar. Kecerdasan Emosional (EQ) tumbuh seiring pertumbuhan seseorang sejak lahir hingga meninggal dunia. Pertumbuhan EQ dipengaruhi oleh lingkungan, keluarga, dan contoh-contoh yang didapat seseorang sejak lahir dari orang tuanya. Kecerdasan Emosi berkaitrapat dengan banyak aspek penting, yang semakin sulit didapatkan pada manusia moden, iaitu:

empati (memahami orang lain secara mendalam)

mengungkapkan dan memahami perasaan

mengendalikan amarah

kemandirian kemampuan menyesuaikan diri

disukai

kemampuan memecahkan masalah antara peribadi ketekunan

kesetiakawanan

keramahan

sikap hormat Ibu bapa adalah orang yang pertama harus mengajarkan kecerdasan emosi kepada anaknya dengan memberikan teladan dan contoh yang baik. Agar anak memiliki kecerdasan emosi yang tinggi, orang tua harus mengajar anaknya untuk :

membina hubungan persahabatan yang hangat dan harmonis

bekerja dalam kelompok secara harmonis

berbicara dan mendengarkan secara efektif

mencapai prestasi yang lebih tinggi sesuai aturan yang ada (sportif)

mengatasi masalah dengan teman yang nakal

berempati pada sesama

memecahkan masalah

mengatasi konflik

membangkitkan rasa humor

memotivasi diri bila menghadapi saat-saat yang sulit

menghadapi situasi yang sulit dengan percaya diri

menjalin keakraban Jika seseorang memiliki IQ yang tinggi, ditambah dengan EQ yang tinggi pula, orang tersebut akan lebih mampu menguasai keadaan, dan merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat masalah yang baru.

Mengenal Dan Menguruskan Emosi Sendiri

Apabila kanak-kanak mengenali emosi dirinya sendiri, ini bermakna mereka sudah matang menilai dirinya. Banyak aktiviti yang dapat dilakukan bagi menggambarkan emosi marah, suka, terkejut, sedih, gembira dan sebagainya.

Aktiviti melukis gambar muka marah di papan putih :

Selepas melukis, guru bertanyakan apakah perasaan yang dipaparkan dalam gambar tersebut.

Tulis perkataan marah, suka, terkejut, sedih, gembira di papan putih. Suruh kanak-kanak mencari pasangan dan lukis muka marah, kemudian tunjukkan kepada pasangan masing-masing.

Bercerita berkenaan diri sendiri mengapa marah, suka, terkejut, sedih dan gembira.

Bercerita berkenaan keluarga sendiri.

Lakukan aktiviti seperti :

Berbual mesra dengan guru daripada buku cerita yang dibaca.

Berbual mesra dengan kawan-kawan berdasarkan pengalaman.

Berlakon dengan kawan-kawan berdasarkan skrip yang disediakan oleh guru.

Memupuk Emosi Positif

Permainan berperaturan seperti tengteng dan dam-ular akan menggalakkan kanak-kanak belajar bersabar menunggu giliran, tekun dan tabah serta cuba mengawal perasaan apabila menghadapi kekalahan dalam permainan. Selain daripada membina perasaan positif, kanak-kanak juga digalakkan mematuhi ajaran agama seperti selain daripada berusaha, reda kepada takdir dan berdoa kepada tuhan.

Cara mengesan emosi kanak-kanak

Mengenalpasti kanak-kanak keperluan khas

Mengumpul maklumat kesihatankanak-kanak

-kesihatan ibu bapa

- penglihatan, pendengaran, tingkah lakudan lain-lain

Memproses maklumat / data

Menganalisis maklumat/ data

Mengambil tindakan susulan

Dilakukan secara sekali atau berperingkat-pringkat(periodical)

Membina Emosi Sihat

Guru, ibu bapa mahupun rakan sebaya menjadi Role model kepada kanak- kanak. Sikap atau tingkahlaku merekas sering dijadikan ikutan

Guru perlu menerapkan tingkahklaku social yang baik melalui sktiviti berbentuk simulasi, main peranan atau kumpulan

Penerapan nilai secara langsung/ tidak langsung adalah perlu.

2.2.5 Perkembangan Sosial

Konsep Sosialisasi Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Melalui proses sosialisasi (atau penerapan nilai sosial) yang bermula sejak seseorang bayi dilahirkan, diharapkan kanak-kanak ini dapat membuat penyesuaian sosial mengikut pengharapan masyarakat apabila mereka besar. Kemahiran sosial termasuk berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan. Kemahiran ini melibatkan komunikasi secara lisan atau bukan lisan. Dalam sosialisasi, perkembangan kanak-kanak berlaku secara peniruan dan modelling. Cara Perkembangan Sosial Peniruan Social Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from observing others and gradually acquire control over their own behaviour

( Bandura 1986, 1997 ) Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian mereka terhadap persekitaran. Persekitaran mewujudkan rangsangan yang akan ditiru oleh kanak-kanak. Melalui proses peniruan ini kanak-kanak akan membentuk suatu idea bagaimana tindakan dilaksanakan dan apakah kesannya. Menurut Teori Pembelajaran Peniruan Bandura, terdapat beberapa cara peniruan iaitu ;

Proses tiruan mudah iaitu meniru secara langsung

Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.

Proses tiruan melalui elisitasi apabila melihat perlakuan orang lain.

Peniruan berlaku secara langsung dan secara tak langsung. Bandura (1986) mengemukakan 4 unsur penting;

Attention ( Tumpuan/pemerhatian )

Retention (penyimpanan)

Reproduction ( mengingat/mengeluarkan )

Motivation and Reinforcement ( Peneguhan )

Model/pemerhatian

Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau pemodelan.

Orang diperhatikan sebagai model.Proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (modelling). Model tingkah laku dan sikap yang diingini

Jadikan rakan sebaya murid sebagai model

Pastikan murid sedar tingkah laku baik menjadi peneguhan kepada orang lain

Arah murid popular/pandai melakukan aktiviti sukar sebagai model kepada yang lain

Guna teknik think aloud

Guna peneguhan vicarious

Galakan disiplin arahan kendiri murid

Teori Erik Erickson

Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson Menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu i)Faktor kendiri ii)Emosi iii)Sosial Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

Peringkat Perkembangan Sosial Erickson1. Kepercayaan lwn tidak ketidakpercayaan: Lahir-18 bulan

Bayi mesti menjalin kasih sayang dan kepercayaan dengan pengasuh atau sebaliknya membentuk perasaan tidakpercaya.2. Autonomi lawan malu/keraguan: 18 bulan-3tahunTenaga kanak-kanak disalurkan untuk perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan, menggenggam. Kanak-kanak belajar mengawal emosi tetapi sebaliknya mungkin membentuk perasaan malu sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

3. Inisiatif lwn perasaan bersalah: 3-6 tahunKanak-kanak menjadi lebih mendesak dan berinisiatif tetapi sebaliknya berkemungkinan keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan bersalah.4. Ketekunan lwn rasa rendah diri: 6-12 tahunKanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap.5. Identiti lwn kekeliruan identiti: 12-18 tahun

Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.6. Kerapatan lwn pengasingan: 18-35 tahun

Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir membina hubungan.7. Generativiti lwn pemusatan kendiri (stagnasi) 35-60 tahun

Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan /aktiviti diri.8. Kesepaduan lwn putus asa: 60 tahun-akhir hayatKemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau merasa tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.Perkembangan Kecekapan Sosial

Interaksi rakan sebaya

Interaksi dengan rakan sebaya merupakan kecenderungan berkawan dengan rakan yang seusia dengannya.

Melalui interksi ini, kaank-kanak dapat mengenalisiapakah dalam kalangan kanak-kaank yang sama identity dengannya. Kanak- kanak ini juga dapat mempelajari tingkahlaku sesama mereka

Interaksi sosial berlaku melalui perbualan, konflik serta koperatif ketika bermain bersama-sama

Persahabatan

Diperingkat ini pengaruh rakan memainkan perana utama

Kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah dalam bersosial mudah diterima dan menyertai sesuatu kumpulan persahabatan

Terdapat dua jenis keadaan semasa menjalinkan persahabatan. Pertama kehadirannya diterima atau kedua, tersish/terasing.

Perkembangan Peranan Jantina

Kanak-kanak mulai mengenali identiti dan perbezaan jantina dan melabel mengikut jantina

Walaupun kanak-kanak belum mengetahui secara jelas tentang identity jantina mereka, mereka mula memahami antara lelaki dan perempuan berbeza keupayaan, kemahiran tertentu dam minat

Peranan guru Perlu menyemai rasa kasih sayaing dan hormat-menghormat dalam diri murid

Belajar / melaksanakan aktiviti kumpulan

Aktiviti tidak hanya terhad dalam bilik darjah

Pendekatan berkualiti mengambilkira aspek amalan bersesuaian dengan kanak-kanak

Membimbing murid agar persepsi kanak-kanak terhadap perbezaan jantina diterima sebagai anugerah Allah yang patut disyukuri

Tingkah Laku Prososial

Di dalam kehidupan bermasyarakat manusia, sifat tolong menolong adalah merupakan tingkah laku yang penting bagi menjamin kehidupan bermasyarakat yang selesa dan harmoni. Manusia bukan sahaja memberi pertolongan kepada orang orang yang tidak dikenali tetapi juga kepada orang yang tidak dikenali. Tingkah laku ini dikenali sebagai tingkah laku menolong atau tingkah laku prososial. Tingkah laku menolong ialah tingkah laku yang memberi faedah atau keuntungan kepada orang lain. Tingkah laku prososial merujuk kepada tindakan sukarela yang bertujuan untuk menolong ataupun memberi faedah kepada individu ataupun individu yang lain (Eisenberg and Mussen 1989, ms 3). Definisi ini merujuk kepada tindakan tersebut berbanding motivasi yang terhasil antara tindakan tersebut. Tingkah laku prososial melibatkan pelbagai aktiviti seperti berkongsi menyelesaikan masalah orang lain, menyelamat dan menolong.

Konsep Tingkahlaku Prososial Mengikut ahli psikologi kognitif tingkahlaku prososial bergantung kepada perkembangan kefahaman terhadap diri dan orang lain serta kebolehan untuk memahami emosi orang lain. Shantz ( 1975 ) menyatakan sebagai kebolehan kanak-kanak memahami orang lain. Kanak-kanak prasekolah menghadapi kesukaran memahami emosi dan kehendak orang lain sehinggalah ia mencapai tahap operasi konkrit pada usia 6 tahun dan dapat mengatasi egosentrik mereka.

Jenis-jenis tingkah laku prososial Menurut Sandra Anselmo , terdapat dua jenis tingkah laku prososial iaitu :a ) Kerjasama - Bronfenbrenner ( 1970 ) menyatakan kerjasama menggalakkan pemikiran kita. Manakala persaingan menggalakkan pemikiran saya b ) Pengorbanan - tingkah laku yang menguntungkan orang lain bukan pihak yang

melakukan tindakan.

Kepekaan Terhadap Kanak-Kanak Kurang Upaya

Kanak-kanak kurang upaya memerlukan persekitaran yang dibentuk khas dan diubahsuai mengikut keperluan mereka bagi meminimakan kesan akibat daripada masalah yang dialami dan untuk meningkatkan proses pembelajaran dalam pelbagai kemahiran. Mereka juga memerlukan para profesional yang cekap dalam memenuhi keperluan asas kanak-kanak dan cekap dalam meningkatkan proses pembelajaran dan kemahiran-kemahiran spesifik yang diperlukan oleh mereka.

Kepentingan Intervensi Awal Kanak-Kanak Keperluan Khas Membantu para ibu bapa untuk memenuhi harapan mereka Membantu kanak-kanak berkeperluan khas belajar untuk berinteraksi dengan persekitaran mereka dan hidup secara berdikari

Meningkatkan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas dari segi kognitif, motor, komunikasi, permainan, sosial, kemahiran kendiri (tandas, pakaian, makan), keyakinan diri dan pengawalan diri. Membentuk kemahiran sosial yang sihat sepanjang masa Membantu kanak-kanak berkeperluan khas mengguna dan mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang diperolehi dalam situasi yang bersesuaian Guru perlu menggunakan strategi pengajaran normal dalam membantu mereka menyesuaikan diri dalam kelas biasa. Mengelak bertambahnya masalah atau kebergantungan kepada perkhidmatan yang khusus

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Tidak memahami dan menghayati apa yang dilihat

Lupa sebahagian benda

Tidak boleh mengawal otot

Keliru arah

Tingkahlaku yang tidak menentu

Mengusik atau mencuit orang

Tenaga yang berlebihan

Masalah motor kasar

Masalah tingkah laku

2.2.6 Perkembangan Kreativiti Konsep Kreativiti

Kreativiti bermaksud proses berterusan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli dengan menggunakan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru.

Mendefinisikan kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan.

Kreativiti boleh didefinisikan dengan melihat kepada empat jenis: Bentuk ciri-ciri individu Tingkahlaku untuk mencapai kreativiti Hasil yang diperolehi daripada proses Keadaan persekitaran yang sesuai untuk kegiatan kreatif Individu yang kreatif adalah mereka yang mampu menjana pemikiran untuk mencipta barang atau perkhidmatan baru atau melaksanakan idea baru yang masih belum dicuba oleh orang lain. Kreatif bermaksud kebolehan atau kemampuan mencipta dan menyatukan idea secara unik atau membuat sesuatu yang baru.Prinsip Kreativiti

Kreativiti adalah aktiviti yang penting di dalam kehidupan seharian kita. Kreativiti bukanlah sesuatu yang kabur, tersembunyi dan tidak boleh dinyatakan dengan spesifik. Kreativiti boleh dijelaskan, ditentukan sifat-sfatnya, boleh diajar secara langsung untuk menambah kuasa kreativiti murid.

Kreativiti di dalam apa bidang sekalipun termasuklah di dalam bidang sains, matematik, bahasa, ekonomi, perubatan dan bidang-bidang lain mempunyai persamaan iaitu hasilnya mempunyai sifat kreatif apabila dijelmakan.

Kreativiti boleh dikerjakan secara individu, kelompok dan berkumpulan.

Kreativiti boleh diajar kepada murid dengan syarat-syarat berikut:

Kreativiti boleh dibangunkan secara individu dan berkumpulan. Tugas guru adalah membantu murid sedar akan kepentingan kreativiti dan membekalkan bahan-bahan serta menentukan bidang-bidang kreativiti dengan jelas.

Unsur emosi dan perasaan lebih utama daripada unsur kognitif di dalam kreativiti

Perkara yang tidak logik lebih penting daripada perkara yang logik di dalam proses kreativiti. Unsur perasaan yang tidak logik hendaklah diberi peluang untuk dijelaskan supaya menambah keberhasilan di dalam penyelesaian masalah.Teori Kreativiti : (Torrance)

Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti. Beliau juga telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.

Dalam model beliau yang dinamakan The Thereshold Hypothesis, beliau cuba mencari hubungan antara kreativiti dan kecerdasan.

Ellis Paul Torrance mendapati bahawa orang yang mempunyai daya kreativiti tinggi biasanya mempunyai kecerdasan intelek yang tinggi. Walau bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa kecerdasan sahaja tidak memadai. Sebaliknya terdapat faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi daya kreatif tersebut.

Torrance (1989) mendefinisikan kreativiti sebagai suatu proses menjadi sensitif kepada masalah, kekurangan dari segi pengetahuan, elemen, harmoni dan sebagainya; mengidentifikasikan masalah, mencari penyelesaian, membuat andaian atau mencipta hipotesis tentang kekurangan, menguji semula hipotesis, cuba mengubahnya, menguji lagi dan akhirnya membuat generalisasi terhadap dapatan kajian.

Pada tahun 1976, Torrance adalah orang pertama yang mencipta kaedah untuk menguji kreativiti. Kaedah tersebut dikenali sebagai Torrance Tests Of Creative Thinking.

Ujian kreatif Torrance meliputi empat aspek iaitu:

i. Kefasihan (Fluency)

Kefasihan merujuk kepada kebolehan menghasilkan idea-idea yang berbeza dan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh aplikasi ialah menyenaraikan beberapa kegunaan sebuah botol air mineral.

ii. Keanjalan (Flexibility)

Penghasilan idea yang berpunca daripada kebolehan melihat sesuatu dari perspektif yang berlainan serta penggunaan pelbagai kaedah dan pendekatan. Aplikasinya ialah membayangkan diri menjadi unta untuk sehari.

iii. Keaslian (Originality)

Keaslian bermakna penghasilan idea yang unik atau luar biasa. Keaslian juga merupakan kebolehan menyusun semula maklumat tentang sesuatu topik dengan cara yang baru dan berlainan. Aplikasinya ialah memikirkan cara menunggang basikal yang berlainan daripada kebiasaan.

iv. Huraian (Elaboration)

Huraian merupakan kaedah memperbaiki idea dengan menambahkanbbutir-butir lanjut supaya lebih jelas dan mudah difahami. Aplikasinya seperti menceritakan dengan terperinci hari pertama anda ke Sekolah. Gunakan sebanyak mana butiran yang boleh dalam membuat huraian.2.2.7Perkembangan Moral & Kerohanian

Konsep Moral

Moral dari segi bahasa didefinisikan sebagai akhlak, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semula jadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang. Moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang melengkapinya.Teori Tahap Perkembangan Moral Kohlberg

Tahap 1 dikenali Pra-Konvensi Penaakulan Moral. Tahap 1, terdiri daripada peringkat 1 dan peringkat 2. Peringkat 1 dikenali sbg Orientasi Taati Hukuman (murid takut hukuman dan denda drp guru). Peringkat 2, dikenali Orientasi Penneguhan Kendiri (Individu menentukan dirinya betul atau tidak). Tahap 2 dikenali sebagai Orientasi Penaakulan Moral. Individu adalah berdasarkan sokongan, kebenaran,ekspektasi keluarga dan nilai tradisional orang lain. Tahap 2, terdiri peringkat 3 dan peringkat 4. Peringkat 3 dikenali sebagai Orientasi Lelaki Baik Bertemu Perempuan Baik. Individu akan membuat sesuatu yg disenangi oleh orang lain. Peringkat 4 ialah peringkat Orientasi Undang-undang Dan Peraturan. (undang-undang adalah mutlak, pihak autoriti mesti dihormati. Tahap 3 dikenali sbg Post-Konvensi Penaakulan Moral. Ia terdiri drp peringkat 5 yg dikenali sebagai Orientasi Kontrak Sosial. (standard hak individu ditetapkan secara sosial).

Konsep Kerohanian

Kerohanian atau rohani, dalam maksud terhad, merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik. Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan baharulah kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan undang-undang. Undang-undang penting dalam mengawal rohani manusia yang dijadikan bercampur baur di antara emosi positif dan emosi negatif dengan intuisi dan objektif bagi mencorakkan secara optimum manusia yang sempurna dari segi kelakuan dan personaliti. Rohani yang kacau dikaitkan juga dengan emosi negatif dari segi psikologi.Manakala rohani yang sempurna selalu juga dikaitkan dengan aktiviti beragama individu yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu itu. Dalil Al-Quran & Hadis- Hak Anak Dalam Islam

1. Hak Untuk Hidup Firman Allah dalam QS Al-Isra ayat 31: Artinya: " Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberikan rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.

Demikian juga untuk menjaga keselamatan janin, Islam telah mensyariatkan agar pelaksanaan hukuman (had) terhadap wanita hamil ditangguhkan sampai ia melahirkan. Sebagaimana sabda Rasulullah saw: "Apabila ada seorang di antara wanita membunuh secara sengaja, ia tidak boleh dijatuhi hukuman mati sampai ia melahirkan anaknya, jika ia memang sedang hamil. Dan bilamana seorang wanita berzina, ia tidak boleh dirajam sampai ia melahirkan anaknya jika ia sedang hamil dan sampai ia selesai merawatnya." (HR Ibnu Majah). 2. Hak Mendapatkan Nama Yang Baik

Abul Hasan meriwayatkan bahwa suatu hari seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad saw: "Ya Rasulullah, apakah hak anakku dariku?" Nabi menjawab:"Engkau baguskan nama dan pendidikannya, kemudian engkau tempatkan ia di tampat yang baik." Sabda Rasulullah saw yang lain: "Baguskanlah namamu, karena dengan nama itu kamu akan dipanggil pada hari kiamat nanti." (HR Abu Dawud danIbnu Hibban) Nama anak adalah penting, kerana nama dapat menunjukkan identiti keluarga, bangsa, bahkan aqidah. Islam menganjurkan agar orangtua memberikan nama anak yang menunjukkan identitas Islam, suatu identiti yang melintasi batas-batas kebangsaan, geografi, etnis, dan kekerabatan. Selain itu nama juga akan berpengaruh pada konsep diri seseorang.

3. Hak Penyusuan Dan Pengasuhan (Hadhonah) "Para ibu hendaknya menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. (QS Al Baqoroh 233)

Penelitian medic dan psikologi menyatakan bahwa masa dua tahun pertama sangat penting bagi pertumbuhan anak agar tumbuh sihat secara fisikal, rohani dan emosi. Selama masa penyusuan anak mendapatkan dua perkara:

Yang pertama: anak mendapatkan makanan berkualiti yang tiada bandingannya., sekaligus mengandung antibodi yang membuat anak tahan terhadap serangan penyakit. Yang kedua : anak mendapatkan dakapan kehangatan, kasih sayang dan ketenteraman yang kelak akan mempengaruhi suasana kejiwaannya di masa mendatang. Perasaan mesra, hangat, dan penuh cinta kasih yang dialami anak ketika menyusu pada ibunya akan menumbuhkan rasa kasih sayang yang tinggi kepada ibunya.4. Hak Mendapatkan Kasih Sayang Rasulullah saw mengajarkan kepada kita untuk menyangi keluarga, termasuk anak di dalamnya. Ini berarti Beliau saw mengajarkan kepada kita untuk memenuhi hak anak terhadap kasih sayang. Sabda Rasulullah saw:"Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang paling penyayang kepada keluarganya." Rasulullah mengajarkan untuk mengungkapkan kasih sayang tidak hanya secara verbal, tetapi juga dengan perbuatan. Pada suatu hari Umar menemukan beliau saw merangkak di atas tanah, sementara dua orang anak kecil berada di atas punggungnya. Umar berkata:"Hai anak, alangkah baiknya rupa tungganganmu itu." Yang ditunggangi menjawab:"Alangkah baiknya rupa para penunggangnya". Betapa indah susasana penuh kasih sayang antara Rasul saw dengan cucu-cucu beliau. Seorang ahli (Dorothy Law Nolte) berujar:"Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, ia belajar menemukan cinta dalam kehidupan." Bila orang tua gagal mengungkapkan rasa sayang pada anak-anaknya, anak-anak tersebut tak akan mampu menyatakan sayangnya kepada orang lain. 5. Hak Mendapatkan Perlindungan Dan Nafkah Dalam Keluarga Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 233: Artinya;" Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dangan cara yang maruf" Kemudian firman Allah dalam surah Ath - Thalaq ayat 6:Artinya:"Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu" Apabila kepala keluarga tidak dapat mencukupi nafkah keluarganya, atau ayah telah meninggal dunia, maka wali dari anak (diantaranya bapa saudara dari ayah, saudara laki-laki, dan datuk) diberi kewajipan memberi nafkah keluarga tersebut. Apabila jalur kerabat tidak ada yang mampu mencukupkan nafkah anak, maka negaralah yang berkewajiban memberi nafkah kepada anak. Negara menyalurkan zakat atau sumber keuangan lain yang hak kepada keluarga yang tidak mampu. Bagaimanapun keadaannya, tidak pernah seorang anak harus menafkahi dirinya sendiri.

6. Hak Pendidikan Dalam Keluarga QS At-Tahrim ayat 6: Artinya:"Wahai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka" Rasulullah juga mengajarkan betapa besarnya tanggung jawab orang tua dalam pendidikan anak. Sabdanya saw:"Tidaklah seorang anak yang lahir itu kecuali dalam keadaan fitrah. Kedua orangtuanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi."(HR Muslim).

Anak pertama kali mendapatkan hak pendidikannya di keluarga, sebelum ia mendapatkan pendidikan di sekolah. Mendidik anak adalah tanggung jawab bersama antara ibu dan ayah, sehingga diperlukan pasangan yang seaqidah, dan sepemahaman dalam pendidikan anak. Jika tidak demikian tentunya sulit mencapai tujuan pendidikan anak dalam keluarga. Anak pertama kali mendapatkan pengajaran nilai-nilai tauhid dari kedua orang tuanya, demikian juga mengenai ajaran-ajaran Islam yang lain. Anak mendapatkan pendidikan yang lebih banyak berupa contoh (teladan) dari kedua orang tuanya, di samping pendidikan dalam bentuk lisan, pembiasaan dan hukuman 7. Hak Mendapatkan Kemudahan Sebagai Warga Negara Sebagai warga negara, anak juga mendapatkan haknya akan keperluan asas yang disediakan secara umum oleh negara kepada semua warga negara. Keperluan asas yang disediakan secara umum oleh negara meliputi: pendidikan di sekolah, kesihatan, dan keamanan. Masa kecil adalah masa yang sesuai untuk membentuk keperibadian seseorang. Sekiranya kanak-kanak dibiarkan bebas tanpa bimbingan, dibimbangi terjebak dengan penyakit jumunus shaba (kegilaan masa kecil) iaitu kecenderungan melakukan perkara buruk, derhaka dan mengikut jalan kesesatan yang berpunca dari pengaruh hawa nafsu dan syaitan

Cara Membimbing AnakEnam Tahun Pertama

Kasih sayang dari pihak kedua orangtua, terutama ibu PENTING Agar anak belajar mencintai orang lain Membiasakan anak berdisiplin mulai dari bulan-bulan pertama dari awal kehidupannya MISALNYA membiasakan anak untuk menyusu dan buang hajat pada waktu-waktu tertentu dan tetap Jadi teladan yang baik bagi anak dari permulaan kehidupannya. Biasakan dengan adab umum yang mesti dilakukan dalam pergaulan MISALNYA berdoa sebelum makan, tidak menghisap jari, tidak memakai pakaian atau seluar yang pendek dan lain-lainUsia Setelah Enam Tahun

Kenalkan Allah dengan cara yang sederhana sesuai dengan tingkat pemikirannya Jelaskan tentang hukum yang jelas dan tentang halal-haram MISALNYA tentang kewajiban menutup aurat, berwudhu, shalat, mencuri dan melihat kepada yang diharamkan Ajarkan dan biasakan membaca Al Qur'an dengan betul Ajarkan tentang hak-hak orang tua Kenalkan tokoh-tokoh tauladan (sahabat dan lain-lain) Ajarkan tentang norma-norma yang berlaku dalam masyarakat Kembangkan rasa percaya diri & tanggung jawab dalam diri anak Masa Remaja

Perlakukan anak sebagai orang dewasa Ajarkan kepada anak hukum-hukum akil baligh dan ceritakan kepadanya kisah-kisah yang dapat mengembangkan dalam dirinya sikap takwa dan menjauhkan diri dari hal yang haram. Berikan dorongan untuk ikut serta melaksanakan tugas-tugas rumah tangga, seperti melakukan pekerjaan yang membuatnya merasa bahwa dia sudah besar. Mengawasi dan menyibukkan waktunya dengan kegiatan yang bermanfaat Carikan teman yang baik.Kesalahan Dalam Pengasuhan Anak

Ucapan pendidik tidak sesuai dengan perbuatan ( "Hai orang-orang yang beriman mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Ash Shaff : 2-3). Kedua orangtua tidak sepakat atas cara tertentu dalam pendidikan anak. Membiarkan anak jadi korban televisyen/internet/telefon bimbit Menyerahkan tanggung jawab pendidikan anak kepada guru/pembantu atau pengasuh semata-mata. Pendidik menampakkan kelemahannya dalam mendidik anak.

Berlebihan dalam memberi hukuman dan balasan Berusaha mengekang anak secara berlebihan Mendidik anak tidak percaya diri dan merendahkan pribadinya 2.3. KECERDASAN PELBAGAI

Konsep

Howard Gardner (1983), memperkenalkan pelbagai kecerdasan dan percaya kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja. 1993-percaya kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil karya dalam konteks budayanya. Menentang pendapat yang mengatakan kecerdasan seseorang boleh dikenal pasti melalui ujian IQ.Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai

1. Kecerdasan Logik-Matematik

Kebolehan menggunakan logik, corak nombor, penaakulan Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kebolehan untuk berfikir secara logik, mengenalpasti nombor geometrik dan numerik dengan mudah. Kebolehan murid menggunakan penaakulan induktif dan deduktif, menyelesaikan masalah yang abstrak dan masalah berkaitan nombor dengan mudah. Suka menggunakan komputer dan kalkulator serta alat-alat pengiraan.Aplikasi - memberi banyak latihan matematik yang mencabar. menganalisis komponen-komponen masalah sebelum menyelasaikannya secara sistematik.Contoh Tokoh : ALBERT EINSTEIN, MADAM CURIE2. Kecerdasan Bahasa Linguistik

Kepekaan terhadap suara dan makna yang tersirat dan tersurat dalam perkataan seperti yang diperolehi oleh penulis, penyajak dan sasterawan. Kebolehan semulajadi murid dalam memperolehi,membentuk dan pemprosesan bahasa. Murid-murid ini juga mempunyai kemahiran petah bercakap atau bertutur. Kecerdasan ini merujuk kepada kebolehan atau keupayaan manusia untuk menggunakan operasi asas bahasa secara jelas.Aplikasi - Memperbanyakkan rangsangan-rangsangan dalam bentuk puisi,lirik-lirik lagu

dan permainan bahasa.

3. Kecerdasan Muzikal

Penggunaan irama, lagu, melodi dan rentak seperti yang dilakukan oleh pemuzik. Berkebolehan untuk mencipta atau mentafsirkan muzik. Mempunyai kemahiran bermain alat muzik dan berkebolehan menggunakan elemen asas muzik. Individu yang mempunyai kecerdasan ini boleh mengecam/peka terhadap ton dan kuasa emosi muzik dengan mudah. Boleh menghafal lirik dengan mudah Suka belajar dalam situasi-situasi pembelajaran yang diiringi dengan muzik. Peka kepada nada, rentak dan bunyi serta bergerak balas kepada elemen-elemen yang melibatkan perasaanAplikasi- Guru harus mendedahkan pelbagai jenis muzik.Contoh Tokoh : P. RAMLEE, MOZART4. Kecerdasan Spatial/Ruang

Kebolehan memahami dan memanipulasi konsep ruang, persepsi dan objek visual seperti yang dilakukan oleh pelukis dan arkitek. Murid dapat mempersepsikan gambar dan imej dengan mudah. Menceritakan kembali pengalaman-pengalaman yang pernah mereka lalui. Suka melukis, menceritakan apa yang difikirkan melalui peta, carta dan gambar rajah. Mempunyai keupayaan menghasilkan ruang pandangan dunia yang dipindahkan ke dalam imej mental. Keupayaan ini amat diperlukan bagi kerja-kerja binaan, ukur bahan dan kejuruteraan. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga boleh menawan atau meneroka lautan luas, meneroka angkasa dan mendaki gunung.Aplikasi- Memperbanyakkan aktiviti-aktiviti konsep ruang dan visual seperti pergerakan

kreatif, melukis, pembelajaran berasaskan eksplorasi dan eksperimentasiContoh Tokoh - AZHAR MANSOR, NEIL ARMSTRONG5. Kecerdasan Kinestatik

Kebolehan mengawal pergerakan tubuh badan seperti yang dilakukan oleh olahragawan dan penari. Melibatkan penggunaan tubuh bagi menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu serta menyatakan idea dan juga perasaan. Dapat mengawal dan mentafsir pergerakan badan dan objek di sekeliling mereka. Suka mengimbangi keharmonian fizikal dan minda dan suka bersukan dan tidak boleh duduk setempat untuk masa yang lama. Suka menyertai pertandingan sukan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar. Aplikasi- Memperbanyakkan aktiviti-aktiviti bermain yang melibatkan penggunaan koordinasi motor kasar dan halus murid. Golongan : olahragawan, pakar bedah, penari dan gimnastik

Contoh Tokoh - BABE RUTH , TIGER WOODS

6. Kecerdasan Interpersonal

Memahami suasana, tingkah laku manusia dan bertindak dengan kesesuaian suasana seperti yang dilakukan oleh kaunselor dan jurujual. Melibatkan kebolehan individu untuk memahami dan berkomunikasi dengan orang lain. Berkebolehan untuk berinteraksi, berkerjasama dan memotivasi rakan sebaya untuk mencapai matlamat yang sama. Dikenalpasti melalui mereka yang mempunyai ramai kawan, suka bergaul, mempunyai penglibatan yang tinggi dalam aktiviti luar sekolah. Mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan mempunyai sifat empati dan belas kasihan kepada orang lain. Sekiranya dia adalah pemimpin ataupun ketua jabatan, mampu bekerja dan berhubung secara berkesan dengan pekerjanya. Aplikasi - menggalakkan aktiviti berkumpulan

Contoh Tokoh - ANNE SULLIVAN (guru kepada Helen Keller yang buta, pekak dan bisu)

Kecerdasan Intrapersonal

Berkebolehan untuk mengenali diri sendiri dan menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri dan mempunyai kebolehan memimpin. Mempunyai ciri-ciri berdikari,suka menyendiri, mempunyai pegangan dan prinsip hidup sendiri serta mempunyai azam yang kuat untuk berjaya. Memahami perasaan, motivasi, keperluan, kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan berkuasa mengawal mendisplinkan diri seperti yang diperolehi oleh ahli agama. Dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan mengenai diri sendiri yang juga melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup. Aplikasi : menggalakkan aktiviti penulisan, perdebatan dan sebagainya.Kecerdasan ini adalah sukar untuk dinilai. Contoh tokoh : CARL JUNG, EBBINGHAUS

Kecerdasan Naturalis

Sangat peka terhadap isu-isu alam sekitar dan gemar mempelajari tentang flora dan fauna. Mereka juga sangat menghargai alam semulajadi. Dimiliki oleh mereka yang mencintai alam semula jadi. Mereka mudah mengenal dan mengingati nama tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan. Mereka juga gemar meneroka hutan dan memelihara binatang. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini cenderung bekerja sebagai pengawal hutan atau di Jabatan Perhutanan. Antara sikap pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini, suka mengumpul spesies rama-rama, boleh mengenal pasti nama tumbuhan, suka memelihara kucing dan sebagainya.

APLIKASI: menggalakkan aktiviti lawatan dan berkaitan alam semulajadi.

Kecerdasan Existential

Adalah kecerdasan yang dimiliki oleh mereka yang lazimnya mempunyai kepekaan dan keupayaan menjawab persoalan yang berkaitan dengan kewujudan manusia dan juga kematian. Golongan ini turut memiliki sensitiviti yang kuat terhadap permasalahan individu di sekelilingnya. Lazimnya mereka yang tergolong dalam kumpulan ini adalah mereka yang taat kepada ajaran agama masing-masing. APLIKASI : menggalakkan aktiviti kemasyarakatan, keagamaan. Contoh tokoh : IMAM, BILAL, GURU-GURU AGAMA ISLAM

Konsep Perkembangan Awal kanak-kanak

Konsep semulajadi lawan pemupukan

Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.

Aspek perkembangan kanak-kanak

Perkembangan fizikal

Perkembangan Kognitif

Perkembangan Bahasa

Perkembangan Emosi

Perkembangan social

Perkembangan Kreativiti

Perkembangan Moral &

Kerohanian

TOPIK 2

ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Kecerdasan Pelbagai

Konsep

Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai

Perkembangan Kognitif

Perkembangan Kognitif melalui bahan manipulatif

Teori-teori Asas Perkembangan Kognitif

Perkembangan Bahasa

Konsep :

- Pemerolehan

Bahasa

- Perkembangan

Bahasa

-Pembelajaran

Bahasa

Teori Pemerolehan Bahasa:

- Behaviourisme

- Navitis

- Konstruktivisme

- Interaksionalis

Peringkat Perkembangan Bahasa mengikut Umur

Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak

Perkembangan Emosi

Kecerdasan Emosi

Jenis Emosi

Konsep

Perkembangan Sosial

Teori kecekapan Sosial

Konsep Sosialisasi

Teori Erickson

Tingkahlaku Sosial

Kepekaan terhadap kanak-kanak kurang upaya

Konsep

Kreativiti

Prinsip

Kreativiti

Teori

Kreativiti

Perkembangan Kreativiti

Perkembangan Kerohanian & Moral

Konsep Kerohanian

Teori Perkembangan Moral Kolberg

Konsep Moral

Kecerdasan

Pelbagai

Jenis-jenis kecerdasan pelbagai

Konsep

22

Penyelesaian masalah dengan bimbingan daripada orang yang berkebolehan Tahap Perkembangan Potensi

ZPDZON OF PROXIMAL DEVELOPMENT

Tahap Perkembangan Sebenar Penyelesaian masalah secara bersendirian

Tahap-tahap dan Peringkat-peringkat Teori Kohlberg

TAHAP

PERINGKAT

Tahap 1 : PRA KONVENSI PENAAKULAN MORAL

Periongkat 1: ORIENTASI TAATI HUKUMANPeringkat 2: ORIENTASI PENEGUHAN KENDIRI

TAHAP 2: KONVENSI PENAAKULAN MORAL

Peringkat 3: ORIENTASI LELAKI BAIK BERTEMU DGN PEREMPUAN BAIK.Peringkat 4: ORIENTASI UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

TAHAP 3: POST-KONVENSI PENAAKULAN MORAL

Peringkat 5: ORIENTASI KONTRAK SOSIAL

3

Perkembangan fizikal (perubahan tubuh)

Perkembangan Kognitif(perubahan Pemikiran

Perkembangan rohani (Berkaitan Ketuhanan)

Perkembangan Emosi( perubahan personaliti individu)

Perkembangan sosial(Perubahan dalam berhubungDengan orang lain)

Jenis-jenis Perkembangan