12
ISI KANDUNGAN Muka Surat 1. Pendahuluan 2 2. Definisi Stres 3 3. Bagaimana Kita Boleh Stres 4 4. Punca Stres 5 5. Stres menunjukkan perubahan 5 6. Kesan dan Akibat Stres 6 7. Cara mengatasi Stres 8 8. Kesimpulan 9 9. Rujukan 11

Asg Kesihatan Fizan

  • Upload
    bhy67

  • View
    226

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

ISI KANDUNGAN Muka Surat 1.Pendahuluan 22.Definisi Stres 33.Bagaimana Kita Boleh Stres 44.Punca Stres 5 5. Stres menunjukkan perubahan 5 6. Kesan dan Akibat Stres 6 7. Cara mengatasi Stres 8 8. Kesimpulan 9 9. Rujukan 11

PendahuluanCabaran utama yang dihadapi oleh sistem pendidikan kebangsaan kini adalah untuk melahirkan pelajar yang berdaya tahan, dinamik, progresif, berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing pada peringkat negara dan antarabangsa. Pada masa yang sama, sistem pendidikan turut menggariskan usaha bagi meningkatkan nilai-nilai akhlak mulia dan moral, menanamkan sikap positif dan liberal serta mempunyai budaya penyayang dalam kalangan warga Malaysia. Hasrat dan matlamat ini telah diterjemahkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)Konflik adalah masalah dalaman sebuah organisasi sekolah tidak kira di mana lokasi mahupun jenis sekolah. Segelintir masyarakat menanggap konflik merupakan satu pengalaman negatif, iaitu merujuk kepada situasi tegang antara satu pihak dengan pihak yang lain. Misalnya, di sekolah wujud konflik antara pihak pentadbiran dengan guru yang dijangka mampu menggugat prestasi sesebuah sekolah. Bagi mengatasi masalah yang kronik ini, guru besar atau pentadbir sekolah perlu dan sentiasa berusaha mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan konflik yang berlaku.Kehidupan penuh dengan pelbagai perkara sama ada baik atau buruk, positif atau negatif. Itu semua merupakan asam garam kehidupan. Tanpa tekanan kehidupan kita pasti tidak bermakna. Ramai orang yang cuba untuk tidak meletakkan diri mereka dalam keadaan tertekan. Tekanan tidak diminta kerana ia datang tanpa diundang. Tekanan boleh mematangkan pemikiran yang pasti mencetus tindakan yang akan mewarnai kehidupan dijadikan sebagai pengalaman. Dalam Islam, tekanan ataupun boleh dikatakan kesenangan dan kesusahan merupakan ujian Allah yang semata mata untuk menguji ketakwaan hambaNya. Allah SWT telah memberikan panduan terbaik dalam menangani ujian sebegini melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 155-156, maksudnya : "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat atau jika tidak ditangani dengan baik mungkin sesuatu yang lebih mudarat boleh berlaku. Ini semua bergantung kepada individu itu bagaimana penerimaannya. Tekanan boleh membantu atau mungkin juga memberi kemudaratan dalam kehidupan.Definisi StresJika anda mempunyai symptom-simptom stress anda bukanlah berseorangan di dunia ini yang menghadapi masalah seperti ini. Sebanyak 85% dari mereka yang datang jumpa doktor (peratus yang agak sama juga datang berjumpa ahli psikologi) mengadu bahawa mereka mengalami stress/tekanan. Apabila anda selalu mengalami stress/tekanan anda berkemungkinan besar akan mengalami sakit kepala, ulsers, insomnia (tak boleh tidur), keletihan, darah tinggi, sakit bahu dan berbagai jenis sakit yang disebabkan stress. Dalam kehidupan seharian, kita mengalami seribu macam keadaan di mana jantung kita berdegup dengan kuat, badan (terutama bahagian tangan) terasa sejuk, berpeluh dan otot menjadi tegang. Contohnya apabila kita diminta bercakap di khalayak ramai jika kita jadi gementar terutamanya jika kita jarang sekali berbuat demikian. Ini menjadi lebih teruk jika orang yang kita hadapi itu merupakan orang yang asing bagi kita Stress adalah istilah yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya. Gejala stres ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya. Perasaan berkemampuan dan berkesan adalah mustahak pada seseorang individu. Menyedari yang diri adalah cekap dan efektif (dalam mencapai apa yang dihajati dan melaksanakan segala tanggungjawabnya) adalah prasyarat penting pada kebanyakan individu dalam penerimaan diri, nilai diri yang positif dan kesejahteraan hidupnya. Jika kepentingan ini terlampau kuat dalam diri seseorang itu, maka ia akan lebih cenderung kepada stres yang dicipta dalam dirinya sendiri. Faktor persepsi adalah penting dalam mengkategorikan sesuatu perkara itu perkara positif atau negatif. Kerap kali apa yang dianggap racun kepada seseorang itu adalah madu pada orang lain. Sesuatu rangsangan luaran yang identikal itu boleh menghasilkan pengamatan yang berbeza di antara dua individu yang berlainan dan seterusnya menghasilkan tindakbalas yang berbeza. Sebab itu lah ada orang yang cepat merebut peluang kerana dia dapat melihat itu sebagai pembukaan kepada kejayaan, dan disebaliknya ada orang yang membiarkan peluang yang sama berlalu kerana ia melihatnya sebagai punca kepada kerugian atau kegagalan. Berdasarkan definisi di atas, boleh dikatakan bahawa semua perkara yang datang kepada kita adalah tekanan ataupun stres. Bergantung kepada darjah tekanan itu, bergantung kepada individu untuk menerimanya sebagai perkara positif ataupun negatif. Stres yang diterima dengan berlapang dada pasti menjadikannya ia sebagai perkara yang positif yang menzahirkan tindakan atau tingkahlaku yang positif. Stres yang diterima dengan tidak sepenuh hati dan dianggap sebagai perkara yang negatif akan melahirkan tindakan yang negatif.Cox (1978) menjelaskan stress merupakan satu keadaan di mana persepsi terhadap seseorang itu dan kemampuannya untuk mengatasi permintaan tersebut, ketidakseimbangan ini akan menyebabkan berlakunya stress dalam diri individu tersebut. Ketidakseimbangan akan bergantung kepada daya tindak seseorang dalam bentuk psikologikal yang melibatkan strategi, kognisi serta tingkah laku dan fisiologikal. Stress akan berlaku sekiranya daya tindak secara normal tidak berkesan. Keadaan ini mungkin akan menyebabkan kerosakan fungsi dan stuktur. Tidak semua individu akan mengalami proses yang sama.Beehr & Newman (1978) mendefinisikan stress kerja sebagai tindak balas dalaman kepada mana-mana kuasa yang memberi kesan kepada ketidakseimbangan biologikal.Beehr & Newman (1978) merumuskan bahawa stress kerja adalah hasil interaksi dengan keadaan. Keadaan kerja dengan trait pekerja juga membawa kepada perubahan kepada fungsi normal psikologikal atau kedua-duanya sekali. Dengan mengambil contoh, dalam menerima tugas dalam kerja. Jika individu itu mengganggap tugasan itu sebagai satu tanggungjawab (positif) yang perlu dilaksanakan, ia akan melahirkan tindakan yang bersungguh sungguh untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Ditambah dengan kemahiran, ilmu yang sedia ada dan sumber sumber yang boleh diperolehi dan sedia ada bagi melaksana dan menyelesaikan tugasan itu. Jika individu mengganggap tugasan itu sebagai satu beban (negatif), ia akan melahirkan tindakan yang tidak menunjukkan usaha yang bersungguh sungguh dan untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Dengan tiada kemahiran dan ilmu yang mencukupi dalam membantu menyelesaikan tugasan itu. Namun jika individu merupakan seorang individu yang berfikiran positif, tugasan yang pada mulanya yang dianggap perkara negatif boleh ditukarkan menjadi suatu perkara yang positif dengan berusaha mencari jalan dan cara untuk mendapatkan sumber sumber yang diperlukan bagi tugasan tersebut. Bagaimana kita boleh stres? Setiap hari kita mungkin mengalami di antara 50 hingga ke 200 kali situasi-situasi yang menyebabkan kita berada di dalam keadaan cemas seperti yang dihadapi oleh datuk nenek kita dahulu apabila mereka berhadapan dengan binatang buas atau musuh dari puak lain. Para penyelidik mendapati apabila kita berhadapan dengan situasi yang menimbulkan stress badan kita akan menyediakan respons fight-or-flight dan keadaan ini mungkin memakan masa di antara 20 hingga 30 minit sementara badan kita mengambil masa di antara 2 hingga ke 3 jam untuk menjadi normal semula. Jadi jikalau keadaan seperti ini berlaku terlalu kerap maka kita dapati tiada ruang bagi badan kita untuk kembali kepada tahap normal. Keadaan ketegangan ini kian hari kian bertambah sehingga ia menjadi bertimbun dan mengakibatkan kita berasa letih, sakit bahu dan kesakitan-kesakitan lain. Walaubagaimanapun keadaan yang kita hadapi untuk menimbulkan respons fight-or-flight tidaklah sama seperti yang dihadapi oleh datuk nenek kita dahulu. Keadaan yang kita hadapi mungkin merupakan tugasan-tugasan yang banyak, kesempitan kewangan dan masalah-masalah kehidupan harian yang lain.Sebenarnya gaya hidup kita boleh menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan stress. Kebanyakan dari kita telah dilatih semenjak kita kecil lagi untuk bertindak pada tahap yang sebaik-baiknya. Bila kita tidak mencapai apa yang diharapkan maka kita akan kecewa. Semua ini mendatangkan tekanan kepada kita. Kebanyakan daripada kita akan bertindak kepada sistem otot-otot lebih daripada sistem-sistem yang lain. Contohnya apabila kita teringat tugasan yang diberikan kepada kita oleh pensyarah bila kita bangun pagi kita akan merasa sengal-sengal badan. Jika usaha-usaha kita pada hari itu menghadapi kesulitan (umpamanya kita gagal mendapat buku yang kita cari di perpustakaan) ketegangan kepada otot-otot kita akan menjadi lebih ketara. Biasanya kita memerlukan 20 minit untuk mengendurkan otot-otot kita. Tindakan kita terhadap rangsangan-rangsangan kepada diri kita secara yang disebutkan tadi menyebabkan tiada ruang masa untuk otot-otot kita untuk kendur.PUNCA STRES# Terlalu inginkan kemenangan# Bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan# Sifat terlalu mengharapkan yang terbaik# Suka mendesak# Risau keterlaluan# Tidak mahu menerima teguran# Berprasangka buruk dan berdendam.# Cemburu dengan kejayaan orang lain# Kerja yang membosankan, tekanan pekerjaan# Masalah kewangan# dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan. STRES MENUNJUKKAN PERUBAHAN# Perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, murung, gelisah, kelesuan, ketakutan, mudah mengamuk# Sentiasa rasa bersalah# Suka termenung# Prestasi merosot # Kekeringan idea# Hilang tumpuan# Sukar tidur# Hilang selera makan. Stres perlu ditangani dengan bijak. Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian. Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri. Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik. Ada sebilangan besar masyarakat meleraikan kekusutan jiwa tanpa pertimbangan akal sihat dan panduan agama. Contoh bersukaria, menikmati muzik, berkaraoke, menari dan mengambil ubat penenang. Ketenteraman yang diperoleh cara demikian sesungguhnya tak lebih hanyalah bersifat sementara dan sekadar anggapan belaka. Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif yang lebih berat kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada merokok, minum arak dan pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan. Lebih berat lagi ada yang sanggup membunuh diriKesan dan Akibat Stres Stres atau tekanan adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental terhadap sesuatu perubahan yang dialami. Stres merangkumi tekanan, beban, keletihan, ketegangan, konflik, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan (depresi), tidak bermaya dan hilang daya cita.Secara amnya, stres (tekanan) boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu stres akut (jangka pendek) dan stres kronik (jangka panjang). Stres akut (stres jangka pendek) ialah tindak balas spontan badan terhadap apa-apa keadaan yang mencabar, menakutkan atau bahaya. Tahap stres ini pula bergantung kepada beberapa faktor seperti keterukan stres tersebut, tempoh stres yang dialami, dan cara individu menangani stres tersebut. Stres jangka pendek ini boleh sembuh dengan segera sekiranya faktor penyebab kepada stres tersebut dapat ditangani dengan baik. Stres jenis ini selalunya menunjukkan tanda-tanda masalah sakit jantung atau denyutan jantung tak normal. Stres kronik (stres jangka panjang) ini selalunya dialami oleh orang yang stres berpanjangan atau dalam tempoh yang lama. Stres seperti ini disebabkan masalah penyakit kronik atau masalah yang berpanjangan sehingga menyebabkan sakit jantung yang dihidapi bertambah terukApakah akibat atau kesan stres kepada tubuh badan, mental dan minda seseorang?Kesan stres jangka pendek terhadap badan ditunjukkan melalui tanda-tanda berikut, di antaranya:* Denyutan jantung yang cepat* Sakit kepala/migrain* Rasa tegang atau ketat di tengkuk dan bahu* Sakit belakang* Bernafas cepat* Badan dan tapak tangan berpeluh* Sakit perut, mual atau cirit biritJika dibiarkan stres tanpa ditangani dan dirawat dengan baik, ia boleh memberi kesan lebih besar dan mempengaruhi sistem badan, termasuklah:1. Sistem imun Stres menyebabkan badan menjadi lemah dan mudah mendapat serangan penyakit. Namun begitu, sedikit stres ada kalanya memberi faedah kerana ia dapat melonjakkan sistem imun bagi melawan jangkitan penyakit. Stres yang berpanjangan pula akan memperlahankan penyembuhan seperti luka, dan lain-lain serta menyebabkan penyakit kulit (eczema) bertambah teruk.2. Jantung (Kardio-vaskular) Stres berkait rapat dengan tekanan darah tinggi, denyutan jantung tak normal (arrhythmin), masalah darah beku, arteri mengeras (atherosclerosis), penyakit arteri koronari, serangan sakit jantung, dan jantung gagal berfungsi. Bagi stres akut, berjalan sedikitpun boleh menyebabkan denyutan jantung bertambah cepat dan tekanan darah pun naik. Stres kronik boleh menyebabkan arteri menjadi sempit, paras kolesterol meningkat, juga meningkatkan risiko penyakit jantung, serangan sakit jantung atau strok.3. Otot Ketegangan stres yang berterusan akan merebak ke tengkuk, bahu dan sakit belakang bawah. Otot terasa cekang atau tegang di tengkuk yang boleh menyebabkan sakit kepala, di bahu dan di belakang. Stres juga akan menyebabkan sakit rheumatoid arthritis bertambah teruk. 4. Sistem penghadaman Stres menyebabkan penyakit berkaitan perut yang sedia ada akan bertambah teruk. Stres juga akan menyebabkan mulut kering, makanan tidak hadam, mual, perut berangin, cirit-birit atau sembelit.5. Organ pembiakan Stres boleh memanjangkan atau memendekkan kitar haid atau mengalami senggugut semasa haid. Stres juga dikaitkan dengan kurang subur (fertiliti rendah), masalah lemah tenaga batin, masalah semasa hamil, dan lain-lain yang berkaitan. Wanita hamil yang mengalami stres yang tinggi boleh menyebabkan anak yang bakal dilahirkan berisiko mendapat asthma atau alergi.6. Sistem pernafasan Stres akan menunjukkan simptom asthma dan masalah paru-paru yang lain. Semasa stres, seseorang itu akan bernafas cepat sehingga terasa sesak nafas. Jika berterusan, ia boleh menyebabkan paru-paru mudah mendapat penyakit berjangkit.7. Sistem saraf Apabila stres, saraf simpatetik otak memberi isyarat kepada kelenjar adrenal supaya merembeskan hormon-hormon, termasuklah hormon epinefrin. Jika pengeluaran hormon ini sentiasa pada paras yang tinggi, ia boleh memberi kesan kepada ingatan dan keupayaan belajar, serta menyebabkan kemurungan (depresi).8. Sistem endokrina Hormon stres akan menggalakkan hati (hepa) menghasilkan lebih banyak gula dalam darah. Jika berterusan, akhirnya seseorang itu berisiko mendapat penyakit diabetes Type-2.9. Kulit Stres menyebabkan jerawat tumbuh atau jerawat dan kurap yang sedia ada menjadi semakin teruk.Di antara kesan stres ke atas fikiran (mental) dan emosi ialah:1. Emosi menjadi tidak stabil dan tidak mampu menyelesaikan masalah, walaupun masalah yang kecil saja.2. Rasa kecewa, cepat naik darah dan baran sehingga ke tahap menjerit-jerit.3. Rasa letih sepanjang masa.4. Sukar fokus terhadap kerja yang dilakukan.5. Mudah dan terlalu risau walaupun perkara-perkara kecil.6. Rasa cemas kerana terasa-rasa ada kerja yang belum sempat diselesaikan.7. Sering berimaginasi perkara-perkara buruk akan berlaku

Cara MengatasiPendekatan yang dapat diamalkan untuk mengatasi stres:a) Pendekatan Rohani # Solat dengan khusyuk. Dalam pendekatan ini apabila kita bersolat hendaklah dalam keadaan khusyuk. Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud; Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat. Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan. Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf. (Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban). # Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran adalah penawar bagi hati. Firman Allah bermaksud,Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran, ataukah hati mereka terkunci. (Surah Muhammad:Ayat 24) # Sentiasa senyum Dari Abu Dzar ra, Rasulullah bersabda: Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab) # Bersendirian dan bermuhasabah diri. Hadis Qudsi yang bermaksud, Barangsiapa yang tidak redha dengan qada Ku (Allah) dan tidak bersyukur dengan pemberianKu dan tidak sabar dengan ujianKu, maka carilah Tuhan selainKu. # Sentiasa berzikir # Berkasih sayangb) Pendekatan Fizikal # Tarik nafas dan bertenang # Bersenam # Mengurut # Hobi # Berehat sebentarc) Pendekatan Individu # Meluangkan masa bersama keluarga dengan keluar bercuti. # Berbincang dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan sebaya. # Berjumpa kaunselor atau ustaz atau ustazah untuk mendapatkan nasihat.KESIMPULANKesimpulannya stress atau tekanan perasaan adalah tindakbalas tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai cabaran dan tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan dan cabaran tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar atau mungkin juga datang dari fikiran diri sendiri. Contohnya bagaimana penilaian terhadap diri sendiri.Stres seringkali digambarkan sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun dari perspektif lain, sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.Kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang paling muda terdedah di dalam masyarakat.Keperluan kesihatan mental adalah paling mudah dilupakan dan diabaikan. Adalah penting bagi golongan dewasa yang bertanggungjawab seperti ibu bapa, guru, ahli masyarakat serta pemimpin agama untuk memastikan perkembangan yang normal dan memainkan peranan dalam mencegah masalah kesihatan mental kanak-kanak dan remaja termasuk konflik dan stress.

2600 patah perkataan

BIBLIOGRAFI

http://pakarhowto.com,surihati_ku,10 cara mengatasi stresswww.agungpia.multiply.com.StressPortal aku ingin sukses.17 tips mengatasi stress dalam hidup