52
1.0 PENDAHULUAN Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya". Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada tertulis atau tidak. Kesusasteraan wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari- harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Penggunaan peribahasa dan perumpamaan dalam kehidupan seharian juga merupakan salah satu sastera. Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Sastera juga adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri. Kesusasteraan Melayu adalah peninggalan nenek moyang kita yang amat berharga dan merupakan lambang sejarah budaya serta kesenian bahasa dan bangsa Melayu. Pengajaran Kesusasteraan Melayu sebagai satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mula diajar di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Matlamat Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah untuk melengkapkan murid-murid dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan membanggakan bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah pemantapan cita rasa santera dalam kalangan masyarakat. Hal ini, sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Komponen sastera meliputi pendedahan bahan-bahan sastera seperti pantun, syair, perambahan, drama, cerpen dan hikayat. 1

asgment

Embed Size (px)

DESCRIPTION

genre kesusasteraan

Citation preview

Page 1: asgment

1.0 PENDAHULUAN

Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan

kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik

isinya". Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai

segala pengucapan yang indah-indah, sama ada tertulis atau tidak.

Kesusasteraan  wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga

bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan

sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang

mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Penggunaan peribahasa dan

perumpamaan dalam kehidupan seharian juga merupakan salah satu sastera.

Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia.

Sastera juga adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia

terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.

Kesusasteraan Melayu adalah peninggalan nenek moyang kita yang amat

berharga dan merupakan lambang sejarah budaya serta kesenian bahasa dan bangsa

Melayu. Pengajaran Kesusasteraan Melayu sebagai satu komponen dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu mula diajar di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah.

Matlamat Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah untuk melengkapkan murid-murid

dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan

membanggakan  bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke

arah pemantapan cita rasa santera dalam kalangan masyarakat. Hal ini, sejajar dengan

hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Komponen sastera meliputi pendedahan

bahan-bahan sastera seperti pantun, syair, perambahan, drama, cerpen dan hikayat.

1

Page 2: asgment

2.0 PENULISAN ESEI

2.1 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Teks Sastera

Menurut Mengater Simanjuntak (1982), kaedah lebih menekankan penyusunan langkah-

langkah untuk menyampaikan P&P secara sistematik berlandaskan prinsip dan teori

pembelajaran.  Langkah-langkah P&P disusun rapi dan kesinambungannya diikuti

dengan teliti supaya ada urutan terarah atau berfokus untuk menghasilkan proses P&P

yang berkesan. (Asmah Hj Omar, 1984) Selain itu, kaedah berbentuk prosedur  yang

terdiri daripada langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang teratur yang harus

dituruti  dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu. Dalam pengajaran

kesusateraan Melayu, terdapat empat kaedah yang boleh diguna pakai iaitu kaedah

struktural, kaedah mengalami menghayati, kaedah berfokus dan kaedah global.

2.1.1 Kaedah Struktural

Kaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sastera yang

merupakan kaedah paling awal.  Pengajaran  dan pembelajaran yang bertujuan

memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan  binaannya. Kaedah ini tidak

mementingkan penghayatan atau penikmatan sastera. Karya sastera dianalisis dari

sudut pembinaan atau strukturnya. Aspek-aspek struktur dikaji, iaitu tema, persoalan,

latar, plot, sudut pandangan, watak  perwatakan, gaya bahasa, simbol / lambang dan

bentuk.

Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur sesebuah

karya itu, di samping mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedah induktif sesuai

digunakan bagi mengkaji elemen di atas. Bagi murid, karya sastera adalah sebagai

buah fikiran pengarang, renungan dalam diri, imaginasi,  emosi, penerapan

pengetahuan,  manipulasi  dan pengalaman  kerohanian. Kaedah ini membuat

penyorotan terperinci terhadap komponen-komponen di atas. Kaedah ini dianggap

memudahkan murid mengkaji unsur estetika, artistik dan keunikan sastera dengan

mengambil kira aspek inrtinsiknya. Contoh-contoh konkrit digunakan untuk

memudahkan lagi pemahaman pelajar terhadap sastera. Perhubungan antara elemen

dipertontonkan secara langsung dalam karya yang menunjukkan bagaimana unsur-

unsur ini bekerjasama dan akhirnya terhasil karya yang padu.

2

Page 3: asgment

Ada dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu:

1) Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya.  Perhubungan

elemen ini akan dapat dikesan apabila analisis struktur dilakukan terhadap

karya-karya kesusasteraan.

2) Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada perhubungan dengan

pembaca.

Falsafah di sebalik pendapat ini ialah sesuatu itu wujud bebas bersendirian. Sifatnya

boleh ditemui melalui analisis secara rasional. Manusia itu pula adalah makhluk yang

aktif.

Ciri-Ciri Kaedah Struktural

Kaedah ini merupakan perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan seperti

tema, plot, watak perwatakan, latar teknik, gaya bahasa, sudut pandangan  dan

sebagainya yang membentuk keseluruhan karya. Dalam pengajaran dan pembelajaran

sastera, pemahaman terhadap setiap elemen struktur dan perhubungannya hendaklah

diberikan perhatian. Selain itu juga, kaedah ini menggunakan pendekatan induktif.

Murid dibimbing mencari dan menemui objektif tertentu elemen struktur. Kaedah ini

memerlukan guru yang mahir dan tahu secara mendalam perhubungan elemen struktur

tersebut. Objektif tertentu elemen struktur sahaja yang diutamakan tanpa mengambil

kira aspek-aspek lain.

Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum pengajaran

dimulakan dan kemudian setiap unsur itu dijelaskan secara terperinci. Pembelajaran

lebih banyak dipandu oleh guru. Walaupun murid dibenarkan membincangkan sesuatu

isu tentang elemen struktur, tetapi perbincangan itu tidak boleh keluar daripada acuan

yang telah ditetapkan oleh guru. Bahan bantu mengajar (BBM) tidak dipentingkan,

tetapi kefahaman elemen struktur sahaja dan ini memadai dengan penerangan dan

perbincangan ringkas sahaja.

3

Page 4: asgment

2.1.2 Kaedah Mengalami Menghayati

Kaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya sastera.( Maslan

Salleh, 2013). Mengajarkan karya sastera menggunakan kaedah ini lebih

mementingkan kebolehan murid untuk mengalami dan menghayati unsur-unsur yang

terkandung dalam karya sastera. Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati

dengan cara mendeklamasinya. Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui

aktiviti lakonan, drama atau improvisasi. Karya sastera seperti pantun pula boleh

digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau dinyanyikan mengikut irama-irama

tertentu seperti joget, japin, dangdut dan yang bersesuaian. Berikut merupakan konsep-

konsep kaedah mengalami dan menghayati:

1) Merupakan jalan, cara, susunan, proses dan prosedur pengajaran yang  

teratur.

2) Kaedah merupakan proses memindahkan kefahaman itu kepada murid.

3) Kaedah ini diperhalus dalam bentuk jalan, cara, susunan, proses dan

prosedur yang mengandungi langkah-langkah pengajaran.

4) Hendaklah  mampu merasai sesuatu perasaan atau pandangan dan memberi

pandangan atau penilaiannya sendiri

5) Kaedah mengalami dan menghayati menekankan penikmatan

6) Pendapat Goodman (1962)   mengesyorkan supaya sesuatu pengalaman

dikaji mengikut apa yang ditanggapi oleh pembaca sendiri. (Maslan Salleh,

2013)

7) Tiap-tiap individu mempunyai pengalaman yang tersendiri, iaitu hasil

daripada himpunan pengalaman yang  dilaluinya dan  nilai-nilai pengalaman

itu sendiri.

Ciri-Ciri Kaedah Mengalami dan Menghayati

Kaedah ini memerlukan setiap individu mempunyai pengalaman tersendiri hasil

daripada pengalaman lalu dan nilai warisan. Dalam kaedah ini, pengalaman dan

penghayatan murid diutamakan. Selain itu juga, guru perlu membimbing murid dan

mendapatkan emosi dan pengalaman daripada karya.

4

Page 5: asgment

Objektif terakhir pengajaran kesusasteraan ialah penikmatan dan penghayatan.

Analisis pengalaman murid sangat penting. Penggunaan BBM amat digalakkan dalam

mengaplikasikan kaedah ini. BBM dan teknik menyoal akan membantu guru bagi

mencapai objektif pengajaran. BBM amat penting dalam mewujudkan penikmatan dan

penghayatan. Antara alat-alat yang sesuai ialah pita rakaman, gambar-gambar, kostum

serta objek sebenar tentang sesuatu perkara. Di samping itu, murid perlu diberikan

peluang membaca karya-karya kesusasteraan dahulu dalam masa tertentu untuk

memperoleh kesan keseluruhan penghayatan. Elemen-elemen struktur akan disentuh

secara tidak langsung dalam perbincangan tentang keindahan karya.

Kaedah ini juga melatih murid menggunakan fikiran dengan kritis dan kreatif.

Keadaan ini boleh dicapai melalui teknik menyoal yang sistematik Dalam situasi ini,

soalan bertujuan mencungkil pandangan, pendapat, pertimbangan dan penilaian murid.

Jawapan yang diberi berdasarkan daya kreatif dan imaginasi masing-masing.

Sekiranya kaedah ini diaplikasikan, murid perlu menjalankan aktiviti bersama

bimbingan guru dan amat dipentingkan. Murid digalakkan melakonkan episod-episod

sendiri dan membincangkan persoalan-persoalan tertentu yang wujud dalam fikiran

masing- masing tanpa ditetapkan acuannya terlebih dahulu oleh guru. Dalam hal ini

teknik perbengkelan amat sesuai digunakan. Keadaan ini akan menentukan

penglibatan murid secara menyeluruh. Selain itu, pendekatan ini membantu guru

mewujudkan sebuah kelas yang aktif dan hidup. Murid juga dapat membina kemahiran

menganalisis melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

2.1.3 Kaedah Berfokus

Pendekatan berfokus ini diperkembangkan oleh Unit Bahasa Malaysia, Pusat

Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1984.

Pendekatan struktural telah menjadi dasar pengenalan kepada pendekatan ini iaitu

merupakan cabang kepada pendekatan yang mengkaji struktur karya sastera.

Pendekatan berfokus memberikan tumpuan terhadap satu struktur tertentu dalam karya

serta satu lagi struktur sampingan dalam satu masa pengajaran. Pengajaran berfokus

ialah berfokus pada aspek isi di samping mengajar aspek bahasa iaitu bentuk dan unsur

serta nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan terutama unsur-unsur

pengajaran. Kaedah ini mengandungi dua tumpuan iaitu fokus utama dan fokus

5

Page 6: asgment

sampingan. Melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama;

satu fokus utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus utama dan pelbagai fokus

sampingan. Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci.

Untuk memenuhi keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk

dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-Ciri Kaedah Berfokus

Dalam kaedah ini, fokus pengajaran berdasarkan isi utama manakala isi sampingan

menjadi perkara kedua penting. Untuk menjamin keberkesanan kaedah ini, langkah-

langkah penyampaian yang sistematik hendaklah dirancang oleh guru terlebih dahulu.

Selain itu, kaedah ini mengandungi satu fokus utama dan satu atau lebih fokus

sampingan. Biasanya fokus utama itulah yang menjadi objektif khas (eksplisit) sesuatu

pengajaran.

Pengajaran menggunakan kaedah ini menggunakan perkara-perkara yang paling

menonjol dalam sesebuah karya untuk dijadikan fokus utama. Penggunaan BBM amat

penting dalam mengaplikasikan kaedah ini, Guru boleh menggunakan BBM seperti pita

rakaman, gambar-gambar, carta dan bahan-bahan bertulis. Penglibatan murid secara

aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu diberi keutamaan. Justeru, aktiviti

seperti teknik perbengkelan sangat sesuai dijalankan. Di samping itu, guru dan murid

perlu membaca terlebih dahulu karya kesusasteraan yang hendak disampaikan. Hal ini

penting kerana mereka perlu mendapat kesan penghayatan secara keseluruhan. Teknik

penyoalan juga perlu digunakan. Soalan-soalan rangsangan perlu disediakan dan

dirancang dengan baik untuk menarik minat pelajar.

Kaedah global ini membantu guru dan murid menjimatkan masa kerana mereka

tidak perlu membincangkan semua aspek dalam semua karya. Selain itu kaedah ini

akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru tidak membincangkan sesuatu aspek bagi

sesebuah karya itu secara khusus dan semata - mata untuk memahami sesebuah

karya.

6

Page 7: asgment

Kaedah ini boleh digunakan oleh seseorang guru dalam menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, dalam memahami

gaya bahasa sebuah sajak, aspek yang menjadi fokus ialah gaya bahasa. Guru perlu

membincangkan teknik mengesan gaya bahasa yang terdapat dalam sebuah sajak,

kemudian cuba mengaplikasikan teknik mengesan gaya bahasa tersebut terhadap

sebuah sajak tertentu. Seterusnya, guru melatih pelajar agar mereka dapat

mengaplikasikan kemahiran mengesan gaya bahasa dalam beberapa sajak yang lain.

Oleh demikian, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dengan sendiri

tanpa bantuan guru lagi. Pendekatan berfokus ini sesuai digunakan oleh guru sekiranya

seseorang guru itu ingin memfokuskan pengajaran mereka pada isi tertentu tanpa

mengabaikan isi - isi yang lain.

2.1.4 Kaedah Global

Kaedah ini ialah kaedah yang melihat sesuatu karya itu secara keseluruhan. Global

merangkumi seluruh kumpulan, perkara dan sebagainya ataupun secara menyeluruh

(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Kaedah global pula adalah meneliti sesuatu

aspek pembelajaran itu berdasarkan tanggapan yang menyeluruh. Kaedah ini tidak

melihat sesuatu itu sebagai bahagian-bahagian yang terpisah dan perlu dikaji secara

berasingan atau secara khusus (Kamarudin, 1988). Kaedah global berdasarkan

andaian bahawa karya sastera itu ialah hasil kesatuan daripada pelbagai elemen.

Namun begitu, kaedah ini tidak mendalami sesuatu aspek secara terperinci dan sesuai

digunakan sebagai pengenalan sahaja sebelum meneruskan pengajaran seterusnya.

Kamarudin (1988) menyatakan bahawa cara ini adalah dianggap lebih praktikal

dan lojik terutama apabila seseorang penilai itu menghadapi kesuntukan masa atau

berhadapan dengan terlalu banyak komponen yang akan dibincangkan. Kaedah global

ini terbahagi kepada dua cara kajian yang boleh dilaksanakan iaitu:

1) Separuh global dilakukan dengan melihat aspek itu secara keseluruhan

terlebih dahulu kemudian terus menjurus kepada bahagian yang hendak

dibicarakan secara terperinci. (Separuh global)

2) Secara (menyeluruh) global. Melalui cara ini, karya dianalisis dengan

melihat dan menilai aspek-aspek yang membangunkan karya tersebut

secara keseluruhan dan tidak digalakkan aspek-aspek tersebut

dibincangkan secara berasingan.

7

Page 8: asgment

A B C B A

B BC

C

Untuk cara yang pertama adalah mengkaji karya secara separuh global. Cara ini

agak sesuai dengan teori Gastalt (seperti yang dipetik dari Kamarudin (1988) Kaedah

Pengajaran Kesusasteraan) yang menyarankan bahawa kita belajar dengan melihat

secara keseluruhan sebelum meneliti elemen-elemennya. Satu contoh yang boleh

disesuaikan dengan cara ini adalah pembinaan Sejarah Melayu. Rajah di bawah lebih

menjelaskan lagi tentang penggunaan cara ini.

A = Alam luas luar sekitar Melaka

B = Daerah-daerah di luar Melaka

C = Melaka sepenuhnya

Rajah 1: Aplikasi Mengkaji Karya Secara Separuh Global

Satu lagi cara menganalisis karya sastera adalah secara menyeluruh (global).

Cara ini melihat dan menilai aspek-aspek yang membangun karya tersebut secara

keseluruhan. Karya yang dianalisis dilihat terus pada unsur-unsur seperti tema,

persoalan, watak dan perwatakan, sudut pandangan, gaya bahasa dan lain-lain. Ulasan

pula dilakukan dengan melihat pertalian aspek-aspek dari segi kekuatan dan

kelemahannya.

8

Peringkat Awal

Peringkat Perkembangan

Peringkat Akhir

Page 9: asgment

Ciri-ciri Kaedah Global

Kaedah global mempunyai beberapa ciri yang penting iaitu :

i. Setiap komponen dalam karya adalah penting dalam bekerjasama dan

membentuk kesatuan karya.

ii. Penilaian dilakukan secara impression, am dan spontan. Oleh sebab itu,

penilaian ini tidak dapat lari daripada unsur-unsur subjektif para penilainya.

Namun, cara ini lebih praktikal sekiranya para penilai kesuntukan masa atau

berhadapan dengan terlalu banyak komponen.

Kelebihan Kaedah Global

Kelebihan yang terdapat dalam kaedah ini antaranya adalah membolehkan penilaian

terhadap sesuatu karya itu dilakukan secara menyeluruh dan menyentuh semua struktur

yang membina karya tersebut. Sebagai contoh, karya bukan sahaja boleh dinilai pada

aspek watak perwatakan sahaja, bahkan boleh juga dinilai dalam aspek tema, plot, nilai,

pertaliannya, kekuatan dan kelemahannya dan lain-lain lagi. Selain itu, komponen-

komponen yang terlalu banyak dalam sesuatu karya akan membuatkan penilai

memakan masa yang lama untuk mengkaji tentang komponen-komponen tersebut.

(Mohd Imran Sofwani at. al, 2010). Oleh itu, dengan menggunakan kaedah ini, penilai

dapat menjimatkan masa dan dikatakan lebih praktikal

Kaedah global ini sebenarnya salah satu kaedah yang melihat secara meluas

tentang sesuatu karya tersebut. Penelitian terhadap struktur-struktur sesuatu karya tidak

diberi penekanan secara terperinci. Kaedah ini hanya menyentuh ‘kulit luar’ sahaja pada

struktur-struktur tersebut. Kebiasaannya, pengkritik karya-karya sastera menggunakan

kaedah ini untuk mengkritik karya untuk melabelkan kualitinya.

9

Page 10: asgment

2.2 TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEKS SASTERA

Guru boleh menggunakan pelbagai teknik dalam pengajaran dan pembelajaran

kesusasteraan Melayu. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada

kebijaksanaan guru menyesuaikan teknik dengan kebolehan murid. Tanpa usaha

penggerak dan perangsang daripada guru-guru , murid yang pemalu mungkin

merasakan aktiviti drama suatu beban yang amat berat dan menyusahkan mereka.

Guru-guru haruslah memilih bentuk aktiviti yang mudah dilakukan oleh pelajar-pelajar

dan menanamkan sikap ingin mencuba melakonkan sesuatu watak yang biasa kepada

mereka.

Sepatutnya murid terlebih dahulu difahamkan dengan jelas bahawa mereka

bukannya melakukan lakonan yang bersungguh-sungguh kerana audiens yang formal

tidak ada di depan mereka. Tanamkan sifat ingin mencuba menggayakan sesuatu

watak yang biasa kepada mereka. Untuk itu guru harus memilih aktiviti yang mudah

dilaksanakan. Teknik-teknik yang disarankan ialah teknik pantomin, mestamu,

deklamasi, khat, pemaduan seni, adaptasi, kerusi panas, boneka, teater pembaca,

teater bercerita, improvisasi dan kemahiran berfikir. Teknik-teknik ini boleh merangsang

dan menggalakkan murid meminati sastera Melayu dan dapat mengaplikasikan

penguasaan aspek sastera. Selain itu penggunaan bahan alat bantu mengajar dan

teknologi terkini dapat memantapkan pelbagai teknik yang dicadangkan.

2.2.1 PANTOMIN

Pantomin ialah lakonan situasi tanpa dialog manakala skripnya akan dibaca oleh murid

lain, mengiringi lakonan tersebut. Lakonan jenis ini dapat memberi peluang kepada

murid berlakon dengan yakin tanpa memikirkan masalah menghafaz dialog.

 

Melalui aktiviti pantomin , Nellie Mc. Caslin (1984) menyatakan bahawa murid

dapat melatih diri dalam menguasai kemahiran mendengar misalnya meneliti dan

mendengar skrip yang dibaca agar dapat melakonkan watak itu seperti yang diperlukan

oleh skrip. Melalui aktiviti pantomin ini juga, murid diberi peluang untuk melahirkan

perasaannya melalui gerak badan dan bukan melalui kata-kata. Keadaan ini dapat

membina keyakinan diri dan motivasi kepada murid yang lemah dalam kemahiran lisan.

10

Page 11: asgment

Guru harus memperkenalkan pantomin tentang sesuatu cerita dengan langkah-

langkah yang mudah. Di samping itu, guru perlu menerangkan apakah pantomin yang

perlu dilakukan oleh seseorang pelakon sebelum murid mula berlakon. Misalnya guru

boleh berpantomin bagaimana membuak hadiah hari jadi, memotong rumput di padang,

menangkap ikan dan sebagainya. Permainan teka teki atau tajuk nyanyian boleh

dijadikan aktiviti permulaan pada pantomin. Murid perlu melakonkan pantomin secara

individu untuk memahirkan teknik-teknik tersebut terlebih dahulu sebelum melakonkan

pantomin dengan dua orang rakan apabila sudah mahir dalam teknik ini. Murid boleh

mencuba pantomin itu dalam kumpulan yang memerlukan penyelarasan dengan

beberapa orang pelakon yang lain. Untuk pantomin kumpulan, seorang murid boleh

membaca cerita dengan suara yang kuat sambil melakonkan pantomin tersebut. Aktiviti

ini boleh dijalankan dengan iringan muzik latar yang sesuai.

Ciri-ciri Pantomin

Sebelum melaksanakan pengajaran dengan menggunakan teknik drama dengan aktiviti

pantomin di bilik darjah, guru sewajarnya mengetahui ciri-ciri pantomin. Antara ciri-ciri

pantomin adalah seperti berikut:-

1. Tanpa Dialog -  Pengendalian aktiviti pantomin adalah mudah. Semasa beraksi

pelakon tidak perlu berdialog. Situasi ini memberi peluang kepada murid

berlakon dengan penuh yakin tanpa memikirkan masalah menghafaz dialog.

Arahannya dapat difahami melalui suara.

2. Apresiasi terhadap watak – Pelakon seharusnya terlebih dahulu menghayati

skrip bersama-sama dengan pembaca skrip sebelum memulakan lakonan. Hal

ini supaya lakonan dapat diselaraskan dengan skrip yang dibaca oleh pelajar

lain. Tumpuan perhatian hanya kepada latihan aksi dan teknik persembahan

sahaja.

3. Tanpa Prop – ketika melaksanakan aktiviti ini, prop tidak dipentingkan. Pelakon

hanya melakonkan aksi sahaja. Contohnya, perbuatan mengasap kemenyan

tanpa menggunakan kemenyan dan bara api, doktor merawat pesakit tanpa

menggunakan alat dan sebagainya.

11

Page 12: asgment

4. Menggunakan kostum yang sederhana – Pelakon tidak perlu bersolek atau

berhias dan berpakaian yang berlebihan ketika mempersembahkan pantomin.

Sudah mencukupi sekiranya pelakon hanya memakai sebuah topeng atau

memberikan gambaran yang sederhana. Dengan kata lain, pantomin dapat

menjimatkan kos dan tidak perlu berbelanja banyak.

5. Pemilihan bahan – guru mempunyai banyak pilihan dalam menentukan bahan

yang akan digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang

menggunakan teknik drama dengan aktiviti pantomin ini. Antara yang boleh dan

difikirkan sesuai digunakan oleh guru ialah:

o Cerita dan skrip

o Puisi ( sajak, nyanyian, syair, mentera dan sebagainya.

Cara Pelaksanaan Pantomin

1. Guru memilih bahan yang sesuai sama ada cerita dan skrip atau puisi. Bahan yang

dipilih perlu sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan murid.

2. Guru meminta murid membaca dan menghayati skrip yang diberikan.

3. Mengadakan sesi perbincangan dengan murid tentang watak-watak yang terdapat

dalam cerita tersebut.

4. Beberapa orang murid dipilih untuk melakonkan cerita dan seorang murid dipilih

untuk membaca skrip cerita manakala murid lain menjadi penonton.

5. Aktiviti ini dijalankan dengan iringan muzik latar. Guru harus memilih muzik yang

sesuai bagi mewujudkan suasana yang menarik.

6. Guru dan murid yang menjadi penonton menyediakan ruang lakonan dan peralatan

lain yang perlu dan diletakkan di tengah-tengah ruang lakonan.

7. Murid yang tidak mengambil bahagian diberi arahan oleh guru mengenai aktiviti-

aktiviti yang dilakukan selepas tamat lakonan.

8. Guru memberi penerangan dan arahan kepada murid yang mengambil bahagian.

9. Guru memberi peneguhan terhadap persembahan lakonan murid agar mereka

merasa diperlukan dan dihargai.

10. Menerusi aktiviti pantomin ini, guru boleh meneruskan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan pelbagai aktiviti lain yang berkaitan dengan pantomin yang

dipersembahkan. Guru dan pelajar mengadakan perbincangan tentang isi lakonan

dan membuat latihan bahasa yang sesuai dengan objektif dan kemahiran yang ingin

12

Page 13: asgment

dicapai, di samping itu untuk membaiki kesilapan yang mungkin wujud dan

mendapatkan maklum balas. Antara aktiviti lanjutan ialah:-

i. Mengadakan sesi soal jawab bagi menguji kemahiran lisan murid.

ii. Mengadakan sesi perbincangan secara berkumpulan.

iii. Meminta murid menceritakan semula apa yang dilihat dalam

persembahan pantomin.

iv. Mengadakan perbahasan.

v. Mengadakan aktiviti penulisan seperti menjawab soalan pemahaman.

2.2.2 Mestamu

Mestamu bermaksud melagukan puisi tanpa muzik. Teknik ini boleh dilakukan secara

berpasangan atau berkumpulan. Sekiranya teknik ini dilakukan secara berpasangan

aau berkumpulan, seorang murid akan mendeklamsikan puisi manakala pasangan atau

ahli kumpulan yang lain pula akan melagukan puisi tersebut. Manakala, sekiranya tekni

ini dilakukan secara bersendirian, individu yang sama akan mendeklamiskan puisi

sekaligus melagukan bait demi bait puisi yang dibacanya. Nyanyian lagu puisi boleh

diadaptasi daripada mana-mana lagu yang telah ada di pasaran atau lagu ciptaan

sendiri.

Cara Pelaksanaan Mestamu

Mestamu boleh dilaksanakan di dalam kelas mengikut langkah-langkah berikut:

1. Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan (Ikut kesesuaian bilangan

murid).

2. Murid diminta memilih melodi lagu kegemaran masing-masing untuk disesuaikan

dengan puisi.

3. Setiap kumpulan diminta mempersembahkan hasil kerja (lagu puisi) di hadapan

kelas.

4. Guru memberikan komen dan pujian.

13

Page 14: asgment

2.2.3 Deklamasi

Deklamasi berasal daripada bahasa Latin yang maksudnya declamare atau declaim

yang membawa maksud membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan

lagu atau gerak badan sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat

bantu yang puitis, yang seirama dengan isi bacaan. Umumnya deklamasi berkait rapat

dengan puisi, akan tetapi membaca sebuah cerpen dengan lagu atau gerak tubuh juga

boleh dikatakan mendeklamasi. Mendeklamasikan puisi atau cerpen bermakna

membaca, tetapi membaca tidak sama dengan maksud mendeklamasi. Apakah

perbezaan atara deklamasi dan nyanyian? Nyanyian ialah melagukan suatu nyanyian

dengan menggunakan not-not do-re-mi atau not balok, manakala deklamasi ialah

membawakan pantun-pantun, syair, puisi atau sajak dengan menggunakan irama dan

gaya yang baik Secara ringkasnya, deklamasi ialah penyampaian puisi secara

pengucapan (lisan). Bukan semua puisi sesuai dideklamasikan. Puisi yang sesuai

dideklamasi dikatakan bersifat 'deklamatori'. Pada hari ini, kadangkala muzik digunakan

untuk mengiringi deklamasi, sama ada secara permainan muzik "minus one" atau

secara permainan "live" alat-alat muzik tradisional dan/atau moden. Kadangkala

persembahan juga diiringi tayangan multimedia. Deklamasi puisi memerlukan

kebolehan dan latihan serius. Menghafaz puisi yang akan dideklamasi ialah amalan

yang baik. Pada hari ini, deklamasi puisi kadang-kadang dibuat secara persembahan

teater misalnya silat dan wayang kulit yang dipelopori oleh Hashim Yaacob.

Berikut merupakan sepuluh pemikiran Rahman Shaari tentang deklamasi yang baik dan

berkesan:

(a) Deklamasi janganlah dipenuhi tempikan yang tidak beralasan. Mendeklamasi

sajak bukan perlawanan untuk mencari juara tempikan.

(b) Gerakan yang berlebih-lebih di atas pentas bukanlah cara deklamasi yang

elok.

(c) Penggunaan suara tinggi hendaklah sesuai dengan tema. Pendeklamasi

hendaklah pandai menerbitkan suara dalam perut, dan membina suara serak

yang bertolak dari dalam perut. Suara dalam perut amat berharga, dan suara

dalam dada hanya berupaya menerbitkan kesan permukaan.

(d) Perlakuan aneh yang ditonjolkan semasa mendeklamasi bukanlah sesuatu

yang dikehendaki.

14

Page 15: asgment

(e) Pendeklamasi mesti berlatih dengan bersungguh-sungguh walaupun

deklamasi bukan untuk sayembara. Kebanyakan orang memerlukan latihan

sekurang-kurangnya seminggu.

(f) Pendeklamasi perlu mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap bidang ini.

(g) Deklamasi perlu berpusat kepada teknik, gaya, nada, dan suara.

(h) Pendeklamasi perlu mempunyai sikap menghormati penonton demi

mengakrabkan pendeklamasi dengan penonton.

(i) Pendeklamasi perlu mempunyai keyakinan diri demi menghasilkan

persembahan yang bergaya. Pendeklamasi yang berbuat perkara yang pelik-

pelik semata-mata untuk menimbulkan gimik murahan di atas pentas,

bukanlah orang yang yakin terhadap keupayaannya.

(j) Persembahan mesti menepati makna sajak yang dideklamasi demi

mengemukakan persembahan deklamasi yang baik dan berkesan.

( Rahman Shaari, 1996)

2.2.4 Khat

Ketamadunan Islam terserlah dengan perkembangan tulisan khat ke seluruh dunia.

Sehingga kini, terdapat enam jenis tulisan khat yang popular dan sering digunakan

dalam dunia percetakan serta hiasan. Berikut merupakan jenis-jenis tulisan khat yang

dikagumi di Malaysia dan penerangannya.

1. Khat Khufi

Tulisan terawal dan dimasyhurkan di Kufah dan diperluas di seluruh Tanah Arab. Ia

digunakan untuk menulis al-Qur’an dan hiasan seni pada tenunan kain, tembikar, wang

syiling, batu nisan dan bangunan. Seni Khat Khufi bercirikan:

Kaku dan bersegi

Nisbah huruf jawi yang melintang melebihi huruf yang menegak

Tulisan kelihatan lebih lebar ke kanan dan kiri tetapi berketinggian tetap.

Rajah 2 Khat Khufi

15

Page 16: asgment

2. Khat Nasakh

Tulisan yang mengalami proses pengindahan sehingga ia digunakan sebagai tulisan

utama dalam dunia penulisan Islam kini. ‘Nasakh’ berperanan dalam pembukuan atau

menaskhahkan al-Qur’an dan pelbagai naskhah ilmiah. Ia merupakan tulisan yang

paling asas digunakan bertujuan untuk pembelajaran kanak-kanak di seluruh dunia

Islam selain Riq’ah. Seni Nasakh digunakan secara meluas dalam bahan ilmiah dan

percetakan serta media elektronik.

Rajah 3 Khat Nasakh

3. Khat Thuluth

Tulisan yang digelar ‘Raja Segala Khat’ kerana dianggap seni yang paling indah tetapi

sukar untuk dikuasai. Kaedah yang mendalam dan terperinci membuatkan seni Khat

Thuluth menjadi pilihan utama dalam dunia perhiasan. Seni ini terbahagi kepada dua:

Thuluth Biasa 

Digunakan untuk penulisan pada permukaan yang bersaiz kecil seperti buku,

majalah dan sebagainya.

Thuluth Jali

Digunakan untuk penulisan pada permukaan yang besar seperti hiasan di dalam

masjid, bangunan, papan kenyataan, batu jalan dan sebagainya.

Rajah 4 Khat Thuluth

16

Page 17: asgment

Selain itu, tiga jenis khat lain yang mula diperkembangkan di Malaysia adalah Riq'ah,

Diwani, dan Farisi.

Rajah 5 Khat Riq’ah Rajah 6 Khat Diwani Rajah 7 Khat Farisi

2.2.5 Pemaduan Seni

Pemaduan seni ialah aktiviti yang menggunakan beberapa unsur seni untuk

menghidupkan cerita yang disampaikan. Untuk tujuan ini, beberapa unsur seni dipilih

dan digunakan secara serentak pada masa yang sama. Pemaduan seni boleh

dilakukan sebagai aktiviti lanjutan daripada aktiviti bercerita. Sebagai contohnya,

pengajaran watak dalam cerita boleh dibuat dengan melakonkan aksi watak tersebut,

dalam masa yang sama murid lain akan melukis gambaran watak manakala

sekumpulan murid lain akan menyanyikanlagu tentang watak berkenaan.

2.2.6 Adaptasi

Adaptasi ialah mengubah atau mereka bentuk sastera kepada bentuk laik yang dikirkan

lebih menarik. Tujuan adaptasi bertujaan memudahkan murid memahami isi sesebuah

karya. Contohnya, bagi memudahkan murid memahami karya sesebuah sajak, guru

boleh mengadaptasi sajat tersebut kepada bentuk drama, cerpen atau nyanyian.

Terdapat tiga teknik dalam adptasi iaitu transposisi. Komentari dan analogi.

Tranposition- in which a novel is directly given on screen, with the minimum of

apparent interference. This has been the most dominant and most pervasive

method... it has also been tje least satisfactory... and typically puerille... The film

was envisaged as a book ilustartion, an effect frequently heightened by an

opening in which the pages of the original are turned over.

17

Page 18: asgment

Commentary- this is where an original is taken and either purposely or

inadvertently altered in some respect. It could also be called a re-emphasis or

re-srtucture... This seems to represent more of an infringment on the work of

another than an analogy which may simply take a fiction as a point of departure.

Yet film can make authentic reconstructions in the spirit of so many cinenatic

footnotes to the original.

Analogy- to judge whether or not a film is a successful adaptation of a novel is to

evalute the skill of its makers in striking analogous attitudes an in finding

analogous rhetorical techniques... analogy must represent a fairly considerable

departure for the purpose of making another work of art... an analogy cannot be

indicated as a isolation of a literary original since has not attemted (or has only

minimally attempted) to reproduced the original.

(Wagne & Geoffrey, 1975)

2.2.7 Kerusi Panas

Kerusi panas(hot sitting) ialah satu teknik dalam latihan asas penghayatan watak dan

perwatakan. Teknik ini sering digunakan dalam latihan asas teater untuk membuat

justifikasi tentang perwatakan sesuatu peranan yang dilakonkan. Biasanya pelakon

akan diberikan satu peranan ( berdasarkan skrip) dan pelakon akan cuba

mengimaginasikan gaya atau aksi watak tersebut dalam semua aspek seperti cara

bercakap, cara berjalan, pemikirannya atau seumpamanya. Pelakon juga dikehendaki

mengkaji berapakah umur, watak, gambaran fizikalnya dan bagaimanakah dia bertindak.

Dalam aktiviti kerusi panas, kita boleh melihat pelbagai aspek pada diri watak yang dikaji

berdasarkan teks yang disediakan.

18

Page 19: asgment

Contoh Langkah Pelaksanaan Teknik Kerusi Panas

1. Guru memilih seorang murid yang akan memainkan peranan watak si penjaga

panggung dalam cerpen idola.

2. Murid yang dipilih dikehendaki duduk di atas kerusi di hadapan kelas,

menghadap pelajar lain.

3. Beberapa orang murid mengemukakan soalan kepada si penjaga panggung

berdasarkan peranannya sebagai watak utama dalam novel tersebut dan si

penjaga panggung menjawab secara spontan. Semasa sesi penyoalan ini guru

mengawal kelas dan menghentikan apabila masa cukup.

4. Guru  merumuskan watak dan perwatakan si penjaga panggung.

Sebagai kesimpulannya teknik kerusi panas digunakan bagi mengajar aspek

watak dan perwatakan. Oleh itu, teknik ini dapat menarik minat pelajar pada bidang

sastera yang semakin dilupai. Dengan mempelajari teknik ini, murid berpeluang

merasai situasi sebenar yang berlaku dalam cerita. Teknik kerusi panas ini membantu

ingatan dan minat murid serta menimbulkan keseronokan semasa belajar. Guru dapat

menerapkan ilmu dan nilai-nilai murni di samping mencungkil bakat pelajar dalam

lakonan. Muzik tradisional yang digunakan juga menimbulkan semangat pelajar

menjiwai watak iaitu sesuai dengan konsep prosa tradisional. Teknik ini sesuai bagi

mengajar prosa tradisional, novel, cerpen atau drama. Ini kerana teknik ini mudah dan

menarik minat pelajar mengikuti aktiviti belajar dan mengajar. Oleh itu guru perlu

menguasai pelbagai teknik mengajar bagi mencapai matlamat tersebut.

2.2.8 Boneka

Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak, dilakonkan

oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan

mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan

mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan

oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.

19

Page 20: asgment

Jenis- Jenis Boneka

Terdapat beberapa jenis boneka seperti berikut.

1.Boneka Sarung Tangan / Jari.

Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan

boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung

tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Setiap jari mempunyai

peranan masing-masing. Contohnya: ulat, serangga dan sebagainya

Rajah 8 Contoh Gambar Boneka Sarung Tangan/Jari.

2.Boneka Lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang

diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal

digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal,

diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit,

plastik, lut sinar dan kertas tebal.

3.Boneka Wayang Kulit

Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada

tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkannya, boneka ini

ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-

bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk

menggerakkan anggota boneka. Wayang biasanya dimainkan untuk menghiburkan

orang ramai. Contohnya ialah wayang kulit.

Rajah 9 Contoh Boneka Wayang Kulit.

20

Page 21: asgment

4.Boneka Tongkat

Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan, buluh dan

sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut yang bertujuan untuk menyokongnya.

Boneka ini menggunakan konsep wayang. Seperti contoh rama-rama dan bunga.

Rajah 10 Contoh Boneka Tongkat.

5.Boneka Bertali

Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-

Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang

boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota

angoota badan itu bergerak. Contohnya robot dan orang.

Rajah11 Contoh Boneka Bertali.

6.Boneka Beg Kertas.

Boneka ini diperbuat daripada beg kertas. Tangan dimasukkan ke dalam beg kertas.

Sama seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak terbatas. Contoh:

beruang dan rambutan.

Rajah 12 Contoh Boneka Beg Kertas

21

Page 22: asgment

7.Boneka pinggan kertas.

Boneka ini diperbuat daripada pinggan kertas. Pinggan kertas boleh diubahsuai

mengikut cerita. Contohnya mulut harimau, ular dan lain-lain.

Rajah 13 Contoh Boneka Kertas.

8.Boneka penuh.

Sejenis boneka yang lengkap iaitu mempunyai kaki, tangan, kepala dan sebaginya

seperti patung beruang, patung Barbie, patung arnab dan sebagainya.

Rajah 14 Contoh Boneka Penuh.

9. Boneka tangan.

Boneka ini seperti boneka jari. Untuk menggerakkan boneka ini, kita hendaklah

memasukkan tangan ke dalam boneka. Contoh boneka tangan adalah itik, ayam dan

kucing.

Rajah 15 Contoh Boneka Tangan.

22

Page 23: asgment

2.2.9 Teater Pembaca

Teter pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek.

Teater pembaca dikenali sebagai “teater minda” kerana audiens dibiarkan untuk

membayangkan babak-babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik

daripada pembaca. Skrip boleh berupa prosa naratif dan puisi. Suara-suara dalam teks

ditugaskan kepada pembaca yang berbeza. Penekanan dilakukan pada suara, nada,

intonasi, kadar hentian dan tekanan. Ketika murid membaca, wujud interaksi antara

bahasa dengan pemikiran dalam dimensi yang luas. Melalui teknik teater pembaca

juga, murid dapat membaca dengan lebih lancar. Murid juga menggunakan nada dan

intonasi yang betul berdasarkan cerita di samping melakukan gerak yang sesuai dengan

isi dan tema cerita.

Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik

muka. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid

yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah ceri yang

disampaikan berlaku di hadapan mereka. Aktiviti teater pembaca memerlukan skrip

pendek yang sesuai dan mengandungi dialog. Pemilihan seorang murid sebagai

pencerita untuk memulakan cerita dan menyambung jalan cerita adalah diperlukan

sehingga cerita tamat. Murid-murid yang mengambil bahagian dikehendaki duduk atau

berdiri dalam separuh bulatan di hadapan penonton. Pencerita pula berada di sebelah

kanan penonton, manakala pelakon membaca cerita masing-masing.

Terdapat dua cara untuk menjalankan teknik teater pembaca iaitu pencerita

berada dalam kelompok cerita dan pencerita berada di luar kelompok cerita. Pencerita

yang berada dalam kelompok cerita akan membaca skrip sambil berjalan ke arah

pelakon yang wataknya sedang dibacakan. Pelakon tersebut juga akan berdiri apabila

wataknya dibacakan. Manakala pembaca yang berada di luar kelompok cerita pula

hanya membaca cerita dari suatu tempat lain. Pelakon pula hanya akan bertindak balas

dengan berdiri dan berlakon apabila skrip tentang wataknya dibacakan oleh pencerita.

23

Page 24: asgment

2.2.10 Teater Bercerita

Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan

secara spontan. Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa

yang sama. Pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan melakonkan aksi atau

perkara yang diceritakan oleh pencerita itu. Guru atau murid boleh menyediakan skrip

terlebih dahulu untuk dibaca dan dihayati. Aktiviti ini boleh mendidik pelajar untuk

bertutur dengan intonasi yang betul. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan

arahan guru. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

Objektif Teater Bercerita

1. Melatih murid-murid dengan kemahiran mendengar, bertutur, pemahaman dan

mengarang.

2. Menambah perbendaharaan kata murid.

3. Memperbaiki dan memperkayakan penguasaan murid dalam bahasa

4. Mengasah bakat lakonan murid

5. Memupuk sikap kerjasama di kalangan murid-murid

6. Berhibur sambil belajar (Didik Hibur)

Langkah Perlaksanaan

1. Atur kedudukan murid dalam bentuk separuh bulatan.

2. Edarkan bahan cerita pada murid yang menjadi 'pencerita'

3. Pencerita duduk di sebelah kiri penonton dan membaca cerita

4. Apabila pencerita menyebut nama watak murid yang telah ditentukan, watak tersebut

keluar melakonkan aksi seperti yang di bacakan dalam cerita dan duduk semula di

tempat asal apabila selesai melakonkan situasi yang di baca oleh pencerita

5. Aktiviti di teruskan sehingga selesai cerita.

6. Guru membuat aktiviti susulan untuk membina kemahiran berbahasa.

24

Page 25: asgment

2.2.11 Improvisasi

Menurut Kamus Dewan (2007), improvisasi bermaksud perihal (perbuatan)

melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal, secara spontan, atau

dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja. Improvisasi sering dilaksanakan

dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak

diransang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan

oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi

yang difikirkan sesuai dengan ransangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga,

daya imiginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum.

Teknik improvisasi ialah teknik lakonan spontan yang dilakukan dengan aksi dan

dialog dibina sendiri oleh pelakon. Teknik ini memerlukan murid mencipta satu idea

baru berdasarkan idea yang sedia ada melalui kreativiti tersendiri. Improvisasi

memerlukan murid mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi. Improvisasi juga

membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka.

Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi, gambar, watak dan petunjuk. 

Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan unsur

bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka,

gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau

perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk

menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas

meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Improvisasi

dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di

samping dapat menyuburkan sahsiah murid.

25

Page 26: asgment

3.0 ANALISIS BAHAN SASTERA

3.1 BAHAN SASTERA (PANUN DUA KERAT)

KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

Marilah dengar kata nasihat,

Supaya badan menjadi sihat.

Bersihkan rumah setiap hari,

Agar penyakit kita hindari.

Kurangkan makan gulai bersantan,

Amalan baik untuk kesihatan.

Kurangkan manis dalam minuman,

Banyakkan aktiviti seperti senaman.

(Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3, 2012)

3.2 ANALISIS

3.2.1 Pengenalan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) menjelaskan pantun sebagai sejenis puisi lama

yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama

merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya), atau

berbalas-balas mengucapkan pantun bersambut-sambutan; sejenis peribahasa yang

digunakan sebagai sindiran dan sebagai jawapan kepada tuduhan dan lain-lain. Pantun

merupakan puisi Melayu tradisional yang terkenal khususnya di Nusantara. Pantun

merupakan hasil karangan orang Melayu yang wujud sejak zaman dahulu tetapi yang

bezanya ialah, pantun pada zaman dahulu dilahirkan sebagai sastera lisan tetapi pada

masa kini pantun telah pun dibukukan dan dijadikan bahan bacaan umum.

26

Page 27: asgment

Pantun dikelaskan kepada dua belas, iaitu pantun kanak-kanak, pantun budi,

pantun dagang, pantun orang muda, pantun nasihat, pantun teka-teki, pantun jenaka,

pantun sejarah, pantun agama, pantun peribahasa, pantun berkait dan pantun lapan

kerat. Pantun Dua Kerat Kebersihan dan Kesihatan yang terdapat dalam Buku Teks

Bahasa Malaysia Tahun 3 merupakan salah satu contoh pantun nasihat. Pantun yang

digunakan sebagai pemberi nasihat lebih banyak memberi kesan berbanding nasihat

yang disampaikan secara terus-terang. Pantun nasihat juga lebih jelas bersifat mengajar

atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang

buruk.

Terdapat beberapa ciri pantun iaitu rangkap, jumlah suku kata, rima, mempunyai

sampiran atau pembayang dan sebagainya. Terdapat pantun yang mempunyai

beberapa jumlah baris dalam satu rangkap seperti pantun dua kerat, pantun empat

kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat, pantun sepuluh kerat, pantun dua belas

kerat, pantun empat belas kerat, dan pantun enam belas kerat. Selain itu, jumlah suku

kata dalam setiap baris pantun adalah dalam lingkungan lapan hingga dua belas suku

kata. Sesebuah pantun yang baik perlulah mengandungi empat perkataan dan antara

lapan hingga dua belas suku kata. Skema rima pantun ialah a-b-a-b serta a-a-a-a dan

bukannya a-a-b-b atau a-b-b-a. Persamaan rima di awal, akhir dan tengah akan

menyerlahkan lagi nilai estetika dalam sesebuah binaan pantun tersebut.

Selain itu, dalam binaan sesebuah pantun perlu mempunyai dua bahagian iaitu

sampiran atau pembayang dan maksud. Pembayang merupakan baris pertama dalam

pantun dua kerat dan seringkali berkaitan dengan unsur alam bagi memperlihatkan

budaya masyarakat pendukungnya. Kedua-dua bahagian ini haruslah mempunyai

hubungan antara satu sama lain. Penghasilan sesebuah pantun sebenarnya

mempunyai maksud tersendiri yang ingin disampaikan oleh penghasilnya seperti

mempunyai maksud untuk memberi pengajaran, nilai, nasihat dan sebagainya.

27

Page 28: asgment

Penghasilan sesebuah pantun itu bukanlah sekadar mengisi masa lapang atau

sekadar untuk meningkatkan jumlah bilangan karya. Tetapi apa yang perlu kita ketahui

ialah, pantun dicipta untuk memenuhi pelbagai fungsi dan keadaan dalam kehidupan

seharian kita. Antara kegunaan pantun adalah sebagai alat mengeratkan hubungan

dalam kalangan anggota masyarakat. Dalam Puisi Melayu, pantun berguna sebagai

proses sosialisasi (mendidik) seperti untuk tujuan menasihat atau membentuk moral

yang lebih baik dalam kalangan kanak-kanak atau orang muda, misalnya melalui pantun

nasihat.

3.2.2 Maksud Pantun

Setiap rangkap pantun yang dihasilkan oleh pengarang mempunyai maksud yang

tersirat meskipun perkataan yang ringkas digunakan. Begitu juga yang terdapat dalam

Pantun Dua Kerat (Nasihat) Kebersihan dan Kesihatan yang terdapat dalam Buku Teks

Bahasa Malaysia Tahun 3. Jika diteliti, penggunaan bahasa dalam pantun ini lebih

bersifat terus dan tidak terlalu berkias seperti pantun-pantun dua kerat lain. Hal ini

kerana, bahasa berkias tidak sesuai dengan tahap kognitif kanak-kanak. Bahasa yang

bersifat terus memudahkan kanak-kanak untuk memhami pantun yang disampaikan.

Marilah dengar kata nasihat,

Supaya badan menjadi sihat.

Rangkap pertama pantun ini mengajak murid untuk mendengar nasihat yang

ingin disampaikan di dalam pantun ini. Tujuan nasihat disampaikan adalah sebagai

panduan kepada murid supaya mempunyai badan yang sihat. Kesimpulannya, rangkap

pantun ini menjelaskan sekiranya murid ingin mempunyai badan yang sihat, mereka

perlulah mengikut panduan dan nasihat yang disampaikan di dalam pantun ini.

28

Page 29: asgment

Bersihkan rumah setiap hari,

Agar penyakit kita hindari.

Rangka kedua dalam pantun dua kerat ini juga berbentuk nasihat yang ditujukan

kepada pembaca. Jika dilihat dalam rangkap ini, pengarang cuba untuk menasihati

pembaca supaya membersihkan rumah setiap hari. Rangkap kedua ini juga

menjelaskan tujuan membersihkan rumah adalah untuk mengelakkan daripasa

sebarang penyakit. Dapatkah kita bayangkan sekirannya kita tinggal dalam rumah yang

kotor? Justeru, pengarang menasihati pembaca berdasarkan pengalaman sedia ada

murid. Hal ini pembaca terdiri daripada golongan kanak-kanak yang lebih mudah belajar

sekiranya mereka mempunyai pengalaman mengenai perkara yang dipelajari.

Kurangkan makan gulai bersantan,

Amalan baik untuk kesihatan.

Dalam rangkap ketiga ini juga, pengarang masih menyampaikan pantun berupa

nasihat. Pengarang menasihati pembaca supaya tidak terlalu banyak makan makanan

bersantan. Pengarang menggunakan perkataan gulai bersantan kerana kebiasaannya

makanan yang digulai kebanyakkan dicampurkan santan. Seperti kita sedia maklum,

santan merupakan makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi.

Sekiranya terlalu banayak makan makanan yang berlemak, kolestrol dalam badan akan

meningkat dan akan mengundang peyakit yang berbahaya seperti diabetes. Dalam

rankap ini juga, pengarang menggunakan bahan yangberkaitan dengan kehidupan

seharian murid iaitu santan. Hal ini suapaya murid lebih mudah untuk memahami

nasihat yang ingi disampaikan.

29

Page 30: asgment

Kurangkan manis dalam minuman,

Banyakkan aktiviti seperti senaman.

Rangakap keempat ini juga seperti rangkap ketiga. Pengarang masih

menggunakkan elemen makanan kerana kanak-kanak lebih mudah faham tambahan

lagi jika makanan yang sifatnya manis. Justeru, mudahla untuk pengarang menasihati

pembaca untuk mengurangkan pengambilan manisan. Penulis menggunakan

perkataan minuman kerana kanak-kanak tahu bahawa air selain air kosong ialah air

manis yang dimasukkan gula. Semu elemen tersebut masih berkisar dengan

pengalaman seharian kanak-kanak. Selain itu juga, menggalakkan pembaca untuk

melakukan aktivii senaman. Kanaka-kanak ada mengikuti kelas Pendidikan Jasmani di

sekolah dan telah ditekankan oleh guru mereka kepentingan bersenam semenjak tahun

1 lagi. Justeru, pengalaman sedia ada kanak-kanak membantu proses mereka untuk

memahami pantun yang disampaikan.

3.2.3 Analisis Struktural

1. Tema

Tema dapat juga dikatakan sebagai gagasan penyatuan yang telah digarap oleh penulis

atau pengarang di dalam teks mereka. Tema juga adalah gambaran tentang gagasan,

fikiran, atau persoalan pokok yang menjadi tunjang sesebuah cerita atau persoalan

utama yang diutarakan atau dikemukakan oleh pengarang sesebuah karya ataupun isi

atau inti pemikiran yang ingin disampaikan oleh penyair. Bagi genre puisi, tema

membawa maksud persoalan pokok yang menjadi sesuatu maksud atau perkara yang

hendak disampaikan dalam sesebuah puisi. Tema juga merupakan persoalan utama

yang diutarakan atau dikemukakan oleh pengarang iaitu dengan kata lainnya, struktur ini

ialah isi atau inti pemikiran yang ingin disampaikan oleh pengarang.

Tema bagi Pantun Dua Kerat (Nasihat) Kebersihan dan Kesihatan dalam Buku

Teks Bahasa Malaysia Tahun 3 adalah tentang nasihat supaya sentiasa menjaga

kesihatan dan kebersihan dalam kehidupan seharian. Maknanya, seseorang itu

haruslah sentiasa mengamalkan hidup yang sihat agar dapat membentuk tubuh yang

cergas dan sihati. Pembaca juga dinasihati menjaga kebersihan kerana penyakit mudah

tersebar dalam persekitaran yang kotor.

30

Page 31: asgment

Jika diperhatikan, keseluruhan pantun ini menasihati pembaca dalam

mengharungi kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana, pengarang menyelitkan

pelbagai nasihat dalam setiap rangkap. Sebagai contohnya, dalam rangkap kedua,

pantun tersebut:

Bersihkan rumah setiap hari,

Agar penyakit kita hindari

Rangkap di atas menjelaskan bahawa kebersihan rumah perlulah dijaga.

Rumah merupakan tempat untuk kita diami. Bayangkan sekiranya kita tinggal dalam

persekitaran yang kotor. Pastilah mengundang pelbagai haiwan-haiwan yang

membawa penyakit seperti lipas, tikus dan sebagainya. Oleh itu, dapat dirumuskan

bahawa pengarang menasihati pembaca supaya sentiasa membersihkan rumah supaya

terhindar daripada sebarang penyakit.

2. Persoalan

Persoalan ialah perkara-perkara pokok atau utama yang ingin dikemukakan oleh

pengkarya atau pengarang bagi memantapkan tema dalam sebuah karya atau isi-isi

sampingan yang membentuk idea puisi. Persoalan lahir dari tema yang digarap oleh

pengarang. Namun begitu, tema berbeza daripada persoalan kerana tema merupakan

teks idea bagi sesebuah binaan teks, manakala persoalan merupakan aspek berulang

yang melambangkan idea tersebut.  Oleh itu, persoalan ialah idea di sebalik tema cerita

dan mempunyai kaitan langsung dengan tema. Persoalan yang terdapat dalam pantun

dua kerat kebersihan dan kesihatan ialah:

Kesihatan perlu diutamakan

kesihatan diri perlu diutamakan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya

dapat membentuk tubuh yang sihat. Kesihatan yang baik akan menjadi imbuhan

terhadap kesempurnaan kerja yang akan dilakukan namun kesihatan diri yang tidak

dijaga akan mecacatkan kualiti pekerjaan yang dihasilkan.

Utamakan kebersihan

Kebersihan perlu diutamakan dan haruslan dijadikan amalan. Persekitaran yang bersih

dapat menjauhkan diri daripada sebarang penyakit

31

Page 32: asgment

3. Gaya Bahasa

Gaya bahasa ialah cara atau ragam bahasa yang digunakan dalam penulisan atapun

cara pemakaian bahasa dalam sesebuah karya atau susunan kata, frasa dan ayat yang

digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan tema dan persoalan dan

sebagainya dalam karya yang dihasilkan. Terdapat lima jenis gaya bahasa iaitu gaya

bahasa pengulangan, penyirnaan, perbandingan, pertautan dan pertentangan. Melalui

gaya bahasa, pembaca dapat merasai tema dan tujuan yang cuba disampaikan oleh

pengarang berdasarkan pemilihan diksi dan susunan kata yang digunakan. Secara

keseluruhannya, kesemua aspek ini mencakupi gaya bahasa atau ragam bahasa yang

menjadi perhatian dalam setiap karya. Terdapat pelbagai jenis gaya bahasa yang

digunakan dalam menghasilkan suatu karya antaranya seperti personafikasi, anafora,

simile, perlambangan, sinkof, hiperbola, metafora dan sebagainya.

Asonansi

Asonansi Asonansi ialah sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi vokal yang sama

dalam satu baris yang sama. Pengulangan bunyi vokal iaitu a, e, i, o dan u sangat

banyak untuk disenaraikan dalam pantun ini. Contoh gaya bahasa asonansi iaitu

pengulangan vokal ‘a’ dapat dilihat pada rangkap pertama seperti yang berikut:

Marilah dengar kata nasihat,

Supaya badan menjadi sihat.

4. Bentuk

Bentuk Pantun mempunyai beberapa bentuk yang khususnya dari aspek rangkap,

baris/kerat, suku kata, rima, dan nada.

Rangkap

Bentuk asal pantun pada awalnya hanya terdiri daripada empat baris serangkap.

Namun kini, rangkap dalam sesebuah binaan pantun diisi dengan beberapa kerat atau

baris. Terdapat pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan

kerat, pantun sepuluh kerat, pantun dua belas kerat, pantun empat belas kerat, dan

pantun enam belas kerat. Kesemua bilangan kerat/baris dalam pantun ini digelar

sebagai jenis pantun tersebut. Sebagai contohnya, Pantun Kebersihan dan Kesiahatan

dalam Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3 ini dikenali dengan pantun dua kerat

32

Page 33: asgment

kerana jumlah kerat/baris dalam satu rangkap tersebut berjumlah dua kerat/baris.

Contohnya adalah seperti berikut:

Bersihkan rumah setiap hari,

Supaya penyakit kita hindari.

Suku Kata

Jumlah suku kata dalam pantun secara tidak langsung telah memberi tarikan terhadap

sesebuah pantun tersebut. Hal ini demikian kerana, jumlah suku kata yang seuai

dengan bilangan perkataan dalam pantun akan menyebabkan pantun tersebut sedap

didengar dan dilafazkan. pantun yang baik terdiri daripada empat hingga lima suku kata

dan lapan hingga dua belas suku kata dalam sebaris. Pantun Kebersihan dan

Kesihatan ini mempunyai antara sepuluh hingga dua belas suku kata. Contohnya:

Kurangkan makan gulai bersantan,

Amalan baik untuk kesihatan.

Namun begitu, terdapat satu baris dalam satu rangkap yang mempunyai tiga belas suku

kata iaitu:

Kurangkan manis dalam minuman,

Banyakkan aktiviti seperti senaman.

Rima

Rima ialah penghasilan bunyi yang sama atau persamaan pada pemilihan vokal atau

konsonan yang dihasilkan pada awal, tengah dan hujung baris dalam sesebuah puisi.

Rima memberikan nada atau rentak yang menarik bagi sesebuah puisi. Pengulangan

bunyi vokal atau konsonan dalam struktur perkataan dalam sebaris bagi sesebuah puisi

dikenali sebagai rima tengah atau rima dalaman. Manakala, pengulangan bunyi vokal

atau konsonan dalam struktur perkataan akhir dalam sesuatu baris bagi sesebuah puisi

dikenali sebagai rima akhir atau rima luaran ayat. Terdapat beberapa jenis rima yang

digunakan dalam penghasilan sesebuah karya. Antaranya ialah rima akhir atau rima

luaran ayat iaitu aa;aa, ab;ab, abc;abc, aabb, abba dan sebagainya. Bagi pantun dua

kerat, rimanya a-a-, iaitu baris pertama merupakan pembayang manakala baris kedua

merupakan maksud. Pembayang juga dikenali sebagai sampiran. 

33

Page 34: asgment

Nada

Nada ialah sudut pandangan pengarang atau perasaan serta emosi penyair atau sikap

penyajak apabila berhadapan dengan subjek yang dijadikan fokus karyanya. erdapat

pelbagai jenis nada yang sering digunakan dalam penghasilan sesebuah puisi.

Antaranya adalah seperti nada melankolik, patriotisme, sinis, romantis/romantik, protes,

ironi dan ode/oda. Melankolik ialah nada yang menggambarkan rasa hati yang murung,

merayu-rayu atau hiba. Penggunaan gaya bahasa atau pemilihan kata-katanya lebih

banyak menekankan perasaan. Patriotisme pula menggambarkan cinta terhadap negara

manakala sinis pula seakan menyindir dan nada protes merupakan nada yang

menggambarkan perasaan membangkang oleh pengarang. Nada yang terdapat dalam

pantun ini ialah nada nasihat yang mengajak pembaca untuk mendengar nasihat yang

diberi oleh pengarang.

5. Nilai dan pengajaran

Nilai ialah ketinggian sifat dari segi pemikiran, keagamaan, kemasyarakatan dan

sebagainya. Nilai juga dikaitkan dengan perasaan dan emosi. Nilai ialah elemen penting

dalam penghasilan sesebuah karya sastera, khususnya pantun. Hal ini kerana, nilai

yang terdapat dalam karya berkait rapat dengan nilai-nilai murni yang akan diterap oleh

pembaca dalam kehidupan seharian mereka. Pengajaran pula ialah perkara-perkara

yang dapat dijadikan panduan, pedoman ataupun teladan dan elemen pengajaran

dalam karya tidak ditunjukkan secara harafiah tetapi secara tersurat. Nilai yang terdapat

dalam pantun dua kerat ini ialah menjaga kesihatan dan menjaga kebersihan. Contoh

rangkan yang menunjukkan nilai menjaga kesihatan ialah:

Kurangkan manis dalam minuman,

Banyakkan aktivit seperti senanam

Manakala rangkap pantun yang menunjukkan nilai menjaga kebersihan ialah:

Bersihkan rumah setiap hari,

Agar penyakit kita hindari.

34

Page 35: asgment

4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan Pengajaran Harian KSSR Bahasa Melayu Tahun 3

Tarikh / Masa : 23 Julai 2014Tahun : 3 MawarBilangan murid : 35 / 35 orangMasa : 8.45 – 9.45 pagiMata pelajaran : Bahasa MelayuTema : Kebersihan dan KesihatanTajuk : Jaga Kesihatan Diri

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan

intonasi yang betul menggunakan bahasa

yang indah secara didik hibur.

4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat

dengan intonasi yang betul secara didik

hibur.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

i. Melafazkan pantun dua kerat dengan menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; dan

ii. Menjawab sekurang-kurangnya dua soalan dengan betul dalam lembaran pantun berdasarkan pantun.

Sistem Bahasa

Kosa kata : senaman, bersantan

Pengisian Kurikulum

Ilmu : Pendidikan KesihatanNilai : bekerjasama, kebersihan fizikal dan mental, menjaga kesihatan

Elemen Nilai Tambah

KB : menjana idea, mengenal pasti, menghubung kaitKP : verbal linguistik, kecerdasan muzik, Kecerdasan audio visualBCB : memproses maklumatEMK : kreativif dan inovatif

Pengetahuan sedia ada

Murid pernah mendengar ujaran pantun di televisyen

35

Page 36: asgment

Bahan Bantu Mengajar

Bil Jenis Kuantiti1. Video Pantun 12. Kad-kad pantun 4 set3. Lembaran pantun 20 helai4. Lembaran pemulihan 5 helai5. Lembaran pengayaan 20 helai

Langkah / Masa

Isi pelajaran Langkah dan Aktiviti Catatan

Set induksi(5 minit)

a) Video Pantun 1. Murid menonton video pantun (minit 0:0 -2:27)

2. Guru mengaitkan aktiviti dengan isi pelajaran

BBM Video pantun

KB Menjana idea

KP Kecerdasan

Audio Visual

Langkah 1(1o minit) a) Aktiviti “Eh,

mana ya?

Contoh:Marilah dengar kata nasihat,______________________________________

1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan

2. Guru menampal satu rangkap pantun yang belum lengkap bagi satu kumpulan di papan hitam

3. Secara kumpulan, murid perlu memilih kad pantun yang betul

4. Kad pantun yang betul perlu ditampal pada pantun yang belum lengkap di papan hitam

5. Guru menekankan nilai bekerjasama dalam kumpulan kepada murid.

6. Kumpulan yang berjaya menyiapkan tugasan dengan jawapan yang betul dikira sebagai pemenang

BBM Kad-kad

pantun

KB Mengenal psti

BCB Memproses

maklumat

Nilai Bekerjasama

36

Page 37: asgment

Langkah 2(10

b.

a) Melafazkan pantun

Marilah dengar kata nasihat,Supaya badan menjadi sihat.

Bersihkan rumah setiap hari,Agar penyakit tidak hampiri.

Kurangkan makan gulai bersantan,Amalan baik untuk kesihatan.

Kurangkan manis dalam minuman,Banyakan aktiviti seperti senaman.

b) Makna pantun

1. Murid dibimbing guru melafazkan pantun.

2. Murid dipilih secara rawak untuk melafazkan pantun

3. Secara kumpulan murid melafazkan pantun

4. Murid dibimbing guru untuk memahami makna pantun

KB Menghubung-

kaitkan

KP Verbal

linguistik

Mencapai objektif (i)

Langkah 3(10 minit)

Contoh soalan:1. Murid diberikan

lembaran pantun2. Murid perlu menulis

maksud setiap rangkap pantun dalam peta buih yang telah dinomborkan mengikut rangkap pantun.

3. Guru membimbing murid untuk menjawab soalan yang betul

4. Murid menjawab lembaran tersebut

5. Murid dan guru menyemak jawapan bersama-sama

BBM Lembaran

pantun

KB Menghubung-

kaitkan

BCB Memproses

maklumat

Mencapai objektif (ii)

37

Page 38: asgment

Langkah 4(10 minit)

Pemulihan dan pengayaan

Pemulihan

1. Murid mengisi tempat kosong pantun berdasarkan gambar diberi

Pengayaan1. Murid menyatakan

maksud pantun

BBM Lembaran

pemulihan Lembaran

pengayaan

Penutup(5 minit) Kognitif : Rumusan isi

pelajaran

Sosial : Menyanyikan lagu Papaku Pulang dari Kota

Penutup Sosial:

1. Murid menyanyikan pantun mengikut video pantun (minit 2:28-5:51)

Penutup Kognitif 1. Murid dan guru bersoal jawab mengenai pantun

2. Guru memberi ingatan kepada murid supaya menjaga kebersihan fizikal dan mental serta sentiasa menjaga kesihatan

KB Menghubung-

kaitkan

Nilai Kebersihan

Fizikal dan mental

Menjaga Kesihatan

KP Kecerdasan

muzik

38

Page 39: asgment

5.0 RAKAMAN PUISI TRADISIONAL

39

Page 40: asgment

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, sebagai seorang guru, aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran perlu dilaksanakan dengan teliti. Guru perlu peka semasa menyediakan

rancangan pengajaran dan pembelajaran terhadap penggabungjalinan kemahiran-

kemahiran agar pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Selain itu, guru perlu

mempelbagaikan teknik pengajaran mereka agar memudahkan murid-murid memahami

apa yang diajar. Oleh itu, seseorang guru perlu kreatif dan inovatif dalam melaksanakan

tugas mereka.

40

Page 41: asgment

BIBLIOGRAGFI

Asmah Hj Omar. 1984. Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka. 

Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Maslan Salleh. 28 Mac 2013. Kaedah dalam pengajaran kesusasteraan. http://izyanizan.blogspot.com/2013/03/kaedah-dalam-pengajaran-kesusteraan.html. Diakses pada 19 Julai 2014

Mohd Imran Sofwani, Khairudin Ruslee dan Mohd Khairi Ariffin. 9 ogos 2010. Pendekatan memahami teks sastera: kaedah global. http://retibasa.blogspot.com/2010/08/pendekatan-memahami-teks-kaedah-global.html. Diakses pada 19 Julai 2014.

Nellie Mc Caslin. 1984. Creative Crama In The Classroom. New York: Longman.

Kamarudin Hj. Husin. 1988. Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Penerbit Fajar Bakti. Petaling Jaya.

Rahman Shaari. 1996. Deklamasi yang Baik dan Berkesan. Dewan Sastera, Kuala Lumpur

Wagner & Geoffrey. 1975. The Novel and The Cinema. New Jersey: Fairleigh Dickonson University Press. M/s 222-227

Kamarudin Jeon & Siti Hajar Binti Abdul Aziz. 2012. Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3 KSSR. Dewan bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

41