18
SEJARAH ASIA TIMUR TAJUK: SOALAN 1: BAHASKAN FAKTOR KEBANGKITAN DAN KEJAYAAN REVOLUSI 1911 MENGULINGKAN DINASTI MANCHU. NAMA PENSYARAH: CIK FAIRISA MASA/KULIAH KULIAH: DISEDIAKAN OLEH: NOR AZLON NOMBOR MATRIK: NOMBOR KAD PENGENALAN 1

Asia Timur Revolusi 1911

Embed Size (px)

DESCRIPTION

1911

Citation preview

Page 1: Asia Timur Revolusi 1911

SEJARAH ASIA TIMUR

TAJUK:

SOALAN 1: BAHASKAN FAKTOR KEBANGKITAN DAN KEJAYAAN

REVOLUSI 1911 MENGULINGKAN DINASTI MANCHU.

NAMA PENSYARAH:

CIK FAIRISA

MASA/KULIAH KULIAH:

DISEDIAKAN OLEH:

NOR AZLON

NOMBOR MATRIK:

NOMBOR KAD PENGENALAN

1

Page 2: Asia Timur Revolusi 1911

1.0 PENDAHULUAN

Revolusi 1911 merupakan detik kejayaan bagi orang-orang Cina dalam usaha menggulingkan

Dinasti Manchu yang memerintah selama dua setengah abad (1644-1912). Penurunan takhta

kerajaan Manchu pada 12 Februari 1912 menandakan berakhirnya pemerintahan secara

dinasti di China dan bermulalah era pemerintahan secara republik yang diasaskan oleh Dr.

Sun Yat Sen.1 Di sebalik kejayaan penggulingan Dinasti Ching, Dr. Sun Yat Sen merupakan

tulang belakang yang menguatkan pencetus-pencetus idea untuk melakukan revolusi bagi

mengembalikan pemerintahan kepada orang Cina setelah berakhirnya dinasti Ming (1368-

1644).

Pelbagai masalah yang telah timbul semasa pemerintahan Dinasti Manchu

menguatkan iltizam orang-orang Cina untuk merampas kembali tampuk pemerintahan. Sikap

serta polisi pemerintahan Manchu yang lemah seperti amalan diskriminasi, kegagalan

memajukan ekonomi, kezaliman tentera, cukai yang tinggi serta bencana alam yang melanda

seperti banjir dan kemarau menambahkan lagi kesengsaraan masyarakat Cina terutamanya

golongan petani.2 Gerakan menggulingkan kerajaan Manchu telah dimulakan sejak awal

kejatuhan dinasti Ming lagi. Kumpulan-kumpulan yang masih taat setia kepada Kerajaan

Ming berjuang untuk mengembalikan pemerintahan dengan cogan kata “Hapuskan Manchu

Kembalikan Dinasti Ming”, namun pemberontakan mereka gagal.3 Pemberontakan-

pemberontakan selepas itu seperti Pemberontakan Taiping juga gagal untuk menumbangkan

dinasti Manchu.4 Kemunculan nasionalis-nasionalis Cina menjelang abad ke-19 terutamanya

Dr. Sun Yat Sen telah memberi impak yang besar kepada kejayaan menggulingkan dinasti

Manchu dalam gerak Revolusi 1911.5

1 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur:Pustaka Seri Murni. Hal.180.2 Untuk maklumat lanjut sila lihat What were the causes of the 1911 Revolution?. Di laman http://www.markedbyteachers.com/gcse/history/china-what-were-the-causes-of-the-1911-revolution.html. dimuat turun pada 17.3.2013 jam 3.00 ptg.3 Ibid.4 Pemberontakan Taiping merupakan sebuah pemberontakan yang besar, membabitkan sekitar satu per tiga kawasan China yang dikuasai oleh Taiping Tianguo, gerakan agama Kristian yang diketuai oleh Hong Xiuquan, “Raja Dari Syurga”. Hanya selepas 14 tahun bahawa pemberontakan Taiping dihancurkan ketika angkatan tentera Taiping dimusnahkan dalam Pertempuran Ketiga Nanking pada tahun 1864. Pada keseluruhannya, antara 20-50 juta orang terkorban dan menebabkan perang ini merupakan perang yang kedua paling banyak mengorbankan nyawa dalam sejarah manusia.5 Untuk maklumat lanjut rujuk, Historical Impact di http://exhibits.gelman.gwu.edu/collections/exhibits/show/1911revolution/historical-impact dimuat turun pada 17.3.2013 jam 3.00 ptg.

2

Page 3: Asia Timur Revolusi 1911

2.0 FAKTOR-FAKTOR KEBANGKITAN REVOLUSI 1911

2.1 Peranan Dr. Sun Yat Sen

Sikap, tindakan dan fahaman Sun Yat Sen6 telah mempengaruhi perkembangan Revolusi

China yang meletus pada 10 Oktober 1911 akibat ketidakpuasan orang Cina terhadap

pemerintahan Manchu.7 Pada tahun 1894, Sun Yat Sen telah menghantar satu memorandum

kepada Li Hung Chang mendesak perlantikan pegawai-pegawai China yang terlatih secara

Barat ke dalam perkhidmatan kerajaan. Pada peringkat awalnya, Sun Yat Sen hanya

bertujuan untuk memoden, menguat dan memulihkan kerajaan China. Apabila

memorandumnya ditolak, Sun Yat Sen berazam untuk melancarkan Revolusi China bagi

menggulingkan Dinasti Manchu. Kegagalan rancangan pembaharuan seperti Gerakan

Memperkuatkan Diri 1861-1894 dan Islah 1898 menyedarkan beliau bahawa Dinasti Manchu

perlu digulingkan supaya perubahan dan pembaharuan dapat dilaksanakan di China.8

Langkah awal yang dijalankan oleh Sun Yat Sen ialah untuk menyedarkan “Fahaman

Republik” dalam kalangan orang-orang Cina supaya perjuangannya akan mendapat sokongan

orang ramai. Prinsip perjuangan Sun Yat Sen juga dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat atau

San Min Chu I iaitu “nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial atau penghidupan

rakyat”.9

Antara usaha Sun Yat Sen dalam menubuhkan Kerajaan Republik adalah menubuhkan

“perkumpulan Menghidupkan Semula China” yang dikenali sebagai Hsing Chung Hui di

Hawaii pada tahun 1894.10 Tujuannya ialah untuk menjalankan gerakan bagi menggulingkan

Dinasti Manchu. Pada tahun 1895, Sun Yat Sen telah melancarkan pemberontakan di Canton

6 Sun Yat Sen yang dikenali sebagai bapa Revolusi China dilahirkan pada tahun 1866 di Hsiang Shan 40 batu dari Canton dalam wilayah Kwangtung di Selatan China. Beliau memperolehi pendidikan tradisional sehingga umur 12 tahun. Pada 1879, beliau dihantar ke Hawaii dan tinggal bersama saudara tuanya Sun Mei atau Sun The Chang. Di Hawaii beliau memasuki sekolah mubaligh Protestan iaitu Bishop College School. Sejak itu, beliau dipengaruhi oleh idea-idea Barat dan tidak lagi percaya kepada unsur-unsur tradisi dan konservatif Cina. Hal ini terbukti apabila beliau memotong tocangnya dan kemudiannya memeluk agama Kristian. Pada tahun 1883, beliau kembali ke China dan memasuki sekolah perubatan di Hong Kong. Selepas mendapat diploma perubatan dan pembendahan beliau mempraktikannya di Macau tetapi tidak lama kerana mendapat larangan daripada pihak Perancis.7 Wang Gungwu. 1959. “Sun Yat-Sen and Singapore”, dalam South Seas Society Journal. Vol.15, Pt.2. Hal.56.8 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.180.9 Untuk maklumat lanjut rujuk Sun Yat Sen. 1924. San Min Chu I:The Three Principles of the People (terj.). Taiwan: China Cultural Service. Hal. 1-213. Dan Paul Myron Anthony Linebarger. 1937. The Political Doctrines of Sun Yat-Sen: An Exposition of the San Min Chu I. Baltimore: The John Hopkins Press. Hal. 1-264.10 Colin Mackerras. 1998. China in Transformation 1900-1949. New York: Addison Wesley Longman Limited. Hal.23-24.

3

Page 4: Asia Timur Revolusi 1911

dan pada tahun 1900 di wilayah Kwangtung. Beliau juga telah mempengaruhi orang-orang

Cina ke arah gerakan anti Manchu. Kegagalan pemberontakan tersebut telah menyebabkan

Sun Yat Sen melarikan diri ke Filipina dan kemudiannya ke Amerika. Dari Amerika, beliau

telah pergi ke London dan ditahan oleh agen-agen Manchu. Oleh kerana itulah beliau digelar,

“Father Of The Country”.11

2.2 Gerakan Anti-Manchu

Orang-orang Cina tidak dapat menerima orang Manchu sebagai masyarakat Cina sebaliknya

mereka dianggap sebagai orang asing, walaupun cara hidup mereka telah dipengaruhi oleh

orang Cina. Dari sikap ini maka timbul sentimen anti-Manchu apabila orang-orang Manchu

berjaya menggulingkan Dinasti Ming dan menubuhkan Dinasti Manchu pada 1644.12 Orang

Cina tidak mahu tunduk kepada orang Manchu kerana menganggap orang Manchu rendah

darjatnya dan berasal dari kaum nomad. Hal ini menyebabkan wujud gerakan menentang

Manchu sepanjang pemerintahannya. Gerakan ini dilakukan oleh kumpulan yang taat kepada

Dinasti Ming dan menggunakan slogan ‘Hapuskan Manchu kembalikan Ming”.13

Pemberontakan besar telah berlaku seperti yang dilancarkan oleh Persatuan Teratai Putih dan

Pemberontakan Taiping yang hampir berjaya menggulingkan Manchu. Walaupun gagal,

semangat perjuangan menumbangkan Manchu diterukan oleh golongan nasionalisme seperti

Dr. Sun Yat Sen.14

Matlamat utama Sun Yat Sen ialah menyatupadukan orang-orang Cina dalam usaha

untuk menentang Dinasti Manchu. Beliau telah memainkan peranan penting dalam

perkembangan perasaan anti-Manchu dalam kalangan orang-orang Cina terutamanya kongsi

gelap-kongsi gelap. Beliau telah berkhutbah mengenai pemberontakan nasionalis melalui

rencana-rencana akhbar, Sun Yat Sen telah menerbitkan akhbarnya sendiri iaitu Min Pao di

Tokyo bagi menjalankan propaganda anti-Manchu dan menyebarkan idea-idea revolusi.15

Beliau telah berjaya mengekploitasikan perasaan anti-Manchu dalam kalangan anggota-

anggota kongsi gelap. Gerakan revolusi di bawah pimpinan Sun Yat Sen telah mendapat

11 Ibid.12 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.184.13 Untuk maklumat lanjut sila lihat What were the causes of the 1911 Revolution?. Di laman http://www.markedbyteachers.com/gcse/history/china-what-were-the-causes-of-the-1911-revolution.html. dimuat turun pada 17.3.2013 jam 3.00 ptg.14 Colin Mackerras. 1998. China in Transformation 1900-1949. Hal.23-24.15 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.184.

4

Page 5: Asia Timur Revolusi 1911

sokongan pelajar-pelajar daripada rakyat China yang tidak berpuas hati dengan Kerajaan

Manchu, ahli-ahli kongsi gelap dan tentera China yang dilatih secara Barat. Sejak 1909,

beliau sering melakukan lawatan-lawatan ke luar negeri seperti Amerika Syarikat, Hawaii,

Eropah, Jepun dan kemudian ke Selatan seperti Hong Kong serta Asia Tenggara termasuk

Tanah Melayu dalam usaha untuk mendapatkan sokongan orang-orang Cina serta mendapat

bantuan kewangan dari orang-orang Cina seberang laut bagi menjayakan perjuangannya.16

2.3 Kelemahan Manchu

Kelemahan Manchu berlaku dalam banyak bidang seperti pentadbiran, ekonomi, sosial dan

ketenteraan.17 Kelemahan tersebut menyebabkan imperialisme barat dapat berkembang.

Kuasa barat menuntut hak istimewa ke atas wilayah tanpa menghiraukan kedaulatan negara

China.18 Pihak Inggeris telah menggunakan alasan perdagangan dan hubungan diplomatik

yang tidak sama taraf untuk mengamalkan dasar imperialism. Rusia pula berpura-pura

bersimpati dan menjadi pembela China semasa menghadapi tekanan barat. Jepun juga tidak

terlepas mendapat habuan setelah berjaya mengalahkan China pada tahun 1894-1895.19 Bagi

golongan nasionalis, mereka berpendapat hanya dengan menggulingkan Manchu dapat

mengembalikan kedaulatan China.

Selain itu, kekalahan di dalam perang Candu I dan II, kekalahan dengan Perancis pada

tahun 1884, Perang China-Jepun 1894-1895 dan Pemberontakan Boxer 1900 telah

memalukan Dinasti Manchu kerana memperlihatkan kelemahan pentadbiran. Perjajian-

perjanjian yang ditandatangani untuk menamatkan perang telah merugikan pihak China.

Akibatnya China ditawan. Oleh itu, Manchu patut digulingkan. Semasa abad ke-19, kuasa

Qing merosot. China telah mengahadapi persengketaan sosial secara besar-besaran, ekonomi

yang tidak berkembang , serta pengaruh barat. Keinginan Britain meneruskan perniagaan

candu dengan China bercanggah dengan edik-edik empayar yang mengharamkan dadah.

Britain dan kuasa-kuasa Barat, termasuk Amerika Syarikat, terpaksa menduduki ‘konsesi’

secara paksaan dan memperoleh hak istimewa perdagangan.20 Hong Kong diserahkan kepada

Britain pada tahun 1842 di bawah perjanjian Nanking. Selain itu, pemberotakan Taiping

16 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hal.102.17 Ibid. Hal.102-10318 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.185.19 C. Martin Wilbur & Julie Lien-ying. 2000. Missionaries of Revolution: Soviet Advisers and Nationalist China 1920-1927. Cambridge: Harvard University Press. Hal. 23.20 Ibid.

5

Page 6: Asia Timur Revolusi 1911

(1851-1864) dan Pemberontakan Boxer berlaku pada abad itu.21 Dari banyak segi,

pemberontakan dan perjanjian-perjanjian yang Dinasti Qing dipaksa untuk tandatangani

dengan pihak imperialis merupakan gejala-gejala ketidakupayaan kerajaan China untuk

membalas dengan sempurna kepada keadaan-keadaan yang mencabar China pada abad ke-19.

2.4 Pengaruh Gerakan Pembaharuan 1898

Gerakan Pembaharuan yang telah dilakukan oleh reformis terdahulu memberikan pengaruh

yang besar ke atas masyarakat Cina untuk mengadakan pembaharuan yang cepat. Misalnya

reformis-reformis Wang Tao (1828-1897) dan Ho Kai (1858-1917) mempunyai pengaruh

yang besar ke atas Dr. Sun Yat Sen yang menjadi pelopor Revolusi 1911.22 Sungguhpun

berbeza antara konsep monarki dan republik, namun kedua-duanya mempunyai matlamat

yang sama iaitu membentuk negara China yang berdaulat.

2.5 Peranan Golongan Pelajar

Apabila pemberontakan Boxer gagal menimbulkan kesedaran kepada pemerintah Manchu

untuk mengadakan pembaharuan, ramai orang Cina telah dihantar ke luar negara seperti

Amerika, Eropah dan Jepun untuk belajar. Ketika menuntut di luar negara terutama di Barat,

mereka mendapat pengetahuan mengenai revolusi dan kemajuan yang dikecapi oleh Barat.

Golongan ini mendapat inspirasi dari kejayaan Gerakan Penyatuan di Itali dan Jerman pada

tahun 1870.23 Bagi mereka, idea tersebut sesuai dijalankan di negeri China yang belum

bersatu. Golongan ini sedar tentang demokrasi, kebebasan, hak asasi manusia iaitu persamaan

taraf dan kemerdekaan. Mereka terpengaruh dengan ideologi-ideologi baru seperti demokrasi,

sosialisme, liberalisme, kebebasan dan hak asasi manusia.24 Kejayaan Perancis, Gerakan

Penyatuan Itali dan Jerman, kejayaan Peter The Great serta kejayaan Meiji telah dijadikan

ilham kepada pelajar-pelajar untuk melancarkan revolusi.25

21 Ibid.22 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.185.23 Ibid.24 Ibid.25 Ibid.

6

Page 7: Asia Timur Revolusi 1911

2.6 Sebab Ekonomi

Pada pertengahan abad ke-19 keadaan ekonomi negeri China mengalami kemerosotan.26

Selain dari bencana alam yang menjejaskan pertanian, ia juga berpunca dari kesan-kesan

peperangan. Manchu telah mengeluarkan belanja yang besar untuk membiayai peperangan

dan menanggung ganti rugi sebagai hukuman kerana kalah dalam peperangan. Negeri China

telah membayar sebanyak 200 juta tael kepada Jepun pada 1895 ekoran Perang China-Jepun

dan 30 juta tael tambahan kepada Jepun sebagai ganjaran kerana menarik diri dari

semenanjung Liaotung.27 Seterusnya China membayar sebanyak 450 juta tael kepada kuasa-

kuasa barat termasuk Jepun ekoran Pemberontakan Boxer.28 Selain itu, kerajaan China telah

meminjam 400 Franc dari Rusia dan Perancis bagi membayar ganti rugi peperangan.29

Tindakan kerajaan China meminjam dari negara luar menimbulkan kesan negatif. Rakyat

terpaksa menanggung beban cukai yang tinggi bagi meningkatkan pendapatan negara.

2.7 Sebab Sosial

Pertambahan Penduduk

Pada 1911 penduduk Cina meningkat kepada 430 juta orang dari 377 juta orang pada 1885.

Pengeluaran pertanian berkurangan akibat bencana alam seperti banjir dan kemarau

menyebabkan kesengsaraan hidup. Kebuluran sering terjadi seperti tahun 1910-1911.30

Kesulitan Hidup Rakyat

Selain dari pertambahan penduduk, bencana alam dan cukai yang tinggi turut menambahkan

beban dan penderitaan rakyat. Mengikut rancangan 1901, kerajaan telah mengenakan cukai

tambahan kerana kerajaan ingin meningkatkan pendapatan kewangan negara. Kerajaan

memerlukan wang yang banyak untuk membiayai jalan keretapi yang diselenggara dan

26 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Hal.102.27 Untuk maklumat lanjut sila lihat What were the causes of the 1911 Revolution?. Di laman http://www.markedbyteachers.com/gcse/history/china-what-were-the-causes-of-the-1911-revolution.html. dimuat turun pada 17.3.2013 jam 3.00 ptg.28 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.139.29 Untuk maklumat lanjut sila lihat What were the causes of the 1911 Revolution?. Di laman http://www.markedbyteachers.com/gcse/history/china-what-were-the-causes-of-the-1911-revolution.html. dimuat turun pada 17.3.2013 jam 3.00 ptg.30 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.186.

7

Page 8: Asia Timur Revolusi 1911

membiayai kos peperangan.31 Dengan adanya cukai yang tinggi telah menyebabkan rakyat

terutamanya golongan petani dan pekerja menderita dan terbeban.

3.0 GERAKAN KE ARAH KEJAYAAN REVOLUSI 1911

Revolusi 1911 bermula dengan Pemberontakan Wuchang pada 10 Oktober 1911 dan berakhir

dengan penurunan Maharaja Puyi dari takhta pada 12 Februari 1912. Konflik ini

menyaksikan pertarungan antara Angkatan Diraja Dinasti Ching, dan angkatan Perikatan

Revolusi (Tongmenghui). Hasil segera revolusi ini bukanlah sebentuk kerajaan republik.

Kerajaan pusat sementara yang didirikan agak lemah dan negara masih berpecah-belah secara

politik. Pemerintahan beraja dipulihkan dan digulingkan semula sebanyak dua kali, dan

terdapat juga tempoh pemerintahan tentera. Revolusi China 1911 merupakan perjuangan

bersenjata yang bertujuan menumbangkan kerajaan Manchu. Revolusi ini dipimpin oleh Dr.

Sun Yat Sen telah berjaya menumbangkan kuasa mutlak raja.32

Semenjak China dikalahkan oleh Perancis pada tahun 1885, Dr. Sun Yat Sen telah

memikirkan tentang pemulihan pemerintahan di China. Hasratnya ini dimulakan dengan

langkah mengadakan perhubungan dengan kongsi-kongsi gelap di Canton kerana beliau sedar

bahawa mereka merupakan pusat kuasa yang penting di selatan China.33 Pada mulanya Sun

Yat Sen cuba bertindak melalui pergerakan pemulihan di kalangan golongan Mandarin

tradisional, namun selepas kunjungannya ke Peking dalam tahun 1894, beliau telah melihat

sendiri tentang keangkuhan orang Manchu apabila beliau enggan ditemui oleh Li Huang-

chang.34

Segala sikap, tindakan dan fahaman Dr. Sun Yat Sen telah mempengaruhi

perkembangan Revolusi China yang meletus pada 10 Oktober 1911 akibat ketidakpuasan

orang-orang China terhadap pemerintahan Manchu. Pada tahun 1894, Dr. Sun Yat Sen telah

menghantar satu memorandum kepada Li Huang-chang untuk mendesak perlantikan

pegawai-pegawai China yang terlatih secara barat ke dalam perkhidmatan kerajaan. Pada

peringkat awalnya, Dr. Sun Yat Sen hanya bertujuan untuk memoden, menguat dan

31 Ibid.32 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.180.33 Wang Gungwu. 1959. “Sun Yat-Sen and Singapore”, dalam South Seas Society Journal. Vol.15, Pt.2. Hal.56.34 Ibid.

8

Page 9: Asia Timur Revolusi 1911

memulihkan China. Apabila memorandumnya ditolak, Dr. Sun Yat Sen berazam untuk

melancarkan revolusi dan menggulingkan kerajaan Manchu.35

Antara tahun 1895-1911, Dr. Sun Yat Sen dan pengikutnya telah merancang,

mengatur dan mengetuai sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan di China.

Walaupun pemberontakan-pemberotakan itu gagal tetapi ia telah mengakibatkan kemerosotan

pengaruh dan martabat kerajaan Manchu. Oleh sebab ketiadaan pemimpin dalam gerakan

Revolusi pada ketika Dr. Sun Yat Senberada di Denver, Colorado manakala Huang Hsing

berada di Shanghai, mereka telah melantik Li Yuan-hung iaitu bekas komander tentera Ching

untuk menjadi tentera Hupeh.36

Pemberontakan Wuchang di bawah pimpinan Li Yuan Hung yang meletus pada 10

Oktober 1911 yang menandakan bermulanya Revolusi China dimulakan oleh tentera-tentera

China yang dipengaruhi oleh Tung Meng Hui. Wilayah-wilayah lain di bawah pengaruh

Tung Meng Hui juga turut memberontak dan mengisytiharkan bebas dari kerajaan Peking.37

Pada 12 Oktober 1911, Hanyang dan Hankow jatuh ke tangan golongan revolusi. Kejayaan

besar ini menyebabkan wilayah-wilayah lain turut mengisytiharkan kemerdekaan daripada

kerajaan Ching seperti Hunan (22 Oktober), Kiangsi (2 November) dan Chekiang (4

November).38

Kerajaan Ching yang melihat kedudukan mereka semakin goyah telah bertindak

melantik dan memberi kuasa penuh kepada Yuan Shih Kai untuk mengetuai tentera darat dan

laut. Kempen ketenteraan yang dijalankan mencapai kejayaan apabila berjaya menawan

kembali Wuchang, Hankow, dan Hanyang.39 Keadaan ini telah memberikan tamparan hebat

kepada pemimpin-peminpin revolusi. Oleh yang demikian, pemimpin revolusi seperti Li

Yuan Hong dan Huang Hsing bersedia bertolak ansur dan bersepakat untuk mengadakan

rundingan. Dalam rundingan tersebut, mereka bersepakat untuk melantik Yuan Shih-kai

sebagai presiden sementara Republik China dengan syarat beliau mesti meneruskan

perjuangan untuk membebaskan China daripada pemerintah Ching dan meneruskan usaha ke

arah pembentukan demokrasi dalam pentadbiran.40 Dengan ini beliau telah meyakinkan pihak

35 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.180.36 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Hal.103.37 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.188.38 Ibid. Hal.189.39 Ibid. Hal.19040 Ibid. Hal.191.

9

Page 10: Asia Timur Revolusi 1911

istana bahawa maharaja muda mesti turun takhta sebelum tentera pimpinannya tewas.

Revolusi ini telah menyebabkan kejatuhan Dinasti Manchu dan penubuhan sebuah Republik

China apabila Maharaja Hsuan Tung atau Pu Yi diturunkan takhta pada 12 Februari 1912.41

Menjelang tahun 1911, ekoran kebangkitan revolusionari yang diketuai oleh SunYat

Sen telah menyebabkan Manchu kehilangan kuasa dalam semua aspek merangkumi sosial,

politik dan ekonomi. Faktor kebencian orang Cina terhadap Dinasti Manchu yang berat

sebelah, kejam serta kegagalan mereka dalam membela nasib rakyat China dianggap sebagai

tanda yang membawa kejatuhan Dinasti tersebut.42 Ideologi yang dibawa oleh Sun Yat Sen

seakan-akan dinanti oleh rakyat China sendiri. Mereka menganggap bahawa dengan

penggulingan Dinasti Manchu, segala bentuk penindasan dan ketidakpuasan hati mereka

dapat dileraikan. Isu utama yang ditimbulkan bagi membangkitkan revolusi adalah dengan

pembinaan jalan keretapi yang mana pembesar wilayah tidak berpuas hati dengan syarat yang

dikemukakan oleh kerajaan Peking.43

Selain itu, penubuhan persatuan nasionalisme diilhamkan daripada sikap ingin

mengubah keadaan di China dan menentang penjajahan asing telah dipelopori oleh golongan

terpelajar dan Sun Yat Sen.44 Namun demikian, sikap yang lebih utama yang membawa

kejatuhan Dinasti Manchu adalah disebabkan China sendiri yang mengalami masalah

dalaman yang semakin meruncing ekoran kehilangan beberapa kawasan akibat daripada

perjanjian-perjanjian yang tidak adil.45 Kehadiran dan kebangkitan revolusi Sun Yat Sen

hanya membangkitkan lagi faktor dalaman yang sedia ada di China.

4.0 KESIMPULAN

41 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Hal.103.42 Ibid. Hal.101.43 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.188.44 Untuk maklumat lanjut sila lihat What were the causes of the 1911 Revolution?. Di laman http://www.markedbyteachers.com/gcse/history/china-what-were-the-causes-of-the-1911-revolution.html. dimuat turun pada 17.3.2013 jam 3.00 ptg.45 Untuk maklumat lanjut rujuk, Historical Impact di http://exhibits.gelman.gwu.edu/collections/exhibits/show/1911revolution/historical-impact dimuat turun pada 17.3.2013 jam 3.00 ptg.

10

Page 11: Asia Timur Revolusi 1911

Gerakan pembaharuan secara revolusi pada tahun 1911 dalam usaha menggulingkan

pemerintahan dinasti di China sememangnya mendatangkan kejayaan. Peranan yang

disumbangkan oleh Dr. Sun Yat Sen dan dibantu oleh kelemahan pentadbiran Dinasti

Manchu merupakan penyumbang ke arah kejayaan Revolusi 1911. Meskipun menghadapi

banyak masalah, namun pendedahan dan pengalaman beliau amat berguna kepada rakyat

Cina terutamanya dalam Revolusi 1911. Pengaruh Dr. Sun Yat Sen menjadi pelopor kepada

kemunculan Republik China. Revolusi China 1911 merupakan perjuangan bersenjata yang

bertujuan menumbangkan kerajaan Manchu.

Revolusi ini dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen telah berjaya menumbangkan kuasa

mutlak raja.46 Selain itu beliau juga berjaya membuktikan bahawa dirinya merupakan juara

kepada perubahan dan revolusi walaupun pada peringkat awalnya banyak terpengaruh dengan

pemikiran dan demokrasi barat. Revolusi 1911 yang bermula pada 10 Oktober 1911 melalui

pemberontakan demi pemberontakan akhirnya berjaya menggulingkan Dinasti Ching dengan

penurunan takhta oleh Maharaja Puyi pada 12 Februari 1912, kemudian membawa kepada

pembentukan Republik China.

BIBLIOGRAFI

46 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.180.

11

Page 12: Asia Timur Revolusi 1911

C. Martin Wilbur & Julie Lien-ying. 2000. Missionaries of Revolution:Soviet Advisers and Nationalist China 1920-1927. Cambridge: Harvard University Press.

Colin Mackerras. 1998. China in Transformation 1900-1949. New York: Addison Wesley Longman Limited.

Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur:Pustaka Seri Murni.

Paul Myron Anthony Linebarger. 1937. The Political Doctrines of Sun Yat-Sen: An Exposition of the San Min Chu I. Baltimore: The John Hopkins Press.

Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Sun Yat Sen. 1924. San Min Chu I:The Three Principles of the People (terj.). Taiwan: China Cultural Service.

Wang Gungwu. 1959. “Sun Yat-Sen and Singapore”, dalam South Seas Society Journal. Vol.15, Pt.2.

Historical Impact http://exhibits.gelman.gwu.edu/collections/exhibits/show/1911revolution/historical-impact dimuat turun pada 17.3.2013 jam 3.00 ptg.

What were the causes of the 1911 Revolution? http://www.markedbyteachers.com/gcse/history/china-what-were-the-causes-of-the-1911-revolution.html. dimuat turun pada 17.3.2013 jam 3.00 ptg.

12