8
Akidah Islam Unit 1 Tauhid Asma & Sifat TAUHID AL-ASMA' WA AL-SIFAT Pengertian secara ringkas ialah: Beri'tiqad dengan jazam bahawa Allah Ta'ala bersifat dengan sifat sifat kesempurnaan, suci bersih dari segala sifat-sifat kekurangan dan sifat-sifat Allah tidak menyerupai sifat-sifat makhluk, dengan ertikata kita isbatkan bagi Allah nama-nama dan sifat-sifat yang Allah sendiri menetapkannya di dalam al Quran al Karim bagi zatnya dan mengisbatkannya oleh Rasulullah s.a.w. di dalam al hadith, tanpa mengubahkan lafaz-lafaz dan makna maknanya, tanpa menta'tilkannya iaitu mengingkarinya umpama menafikan semua nama atau sifat Allah, ataupun menafikan sebahagiannya, tanpa mengetepikannya (menetapkan kaifiah) dengan menentukan hakikatnya dan menetapkan cara -ara yang tertentu bagi Allah dan tanpa menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk. Bertolak dari pengertian ini jelaslah bahawa Tauhid al Asma' wa al Sifat ini berdasarkan kepada tiga asas. Siapa yang menyeleweng darinya sudah tentu ia tidak mentauhidkan Allah di segi Asma' (Nama) dan sifat. Ketiga tiga asas itu ialah: 1. Mensucikan Allah Azza wa Jalla dari menyerupai makhluk dan dari mana mana sifat kekurangan 2. Beriman dengan nama nama Allah dan sifat sifat Nya yang sabit di dalam al Qur'an al Karim dan al Hadith al Sharif, tanpa mengurang, mengubah dan menta'tilkannya 3. Menghapuskan perasaan ingin tahu kaifiah dan bentuk bentuk sifat ini. Asas-asas Tauhid Asma dan Sifat Asas Pertama : Mensucikan Sifat-Sifat Allah Dari Menyerupai Sifat-Sifat Makhluk Berdasarkan firman Allah: Maka janganlah kamu mengadakan sekutu sekutu bagi Allah. (An-Nahl : 74) Imam al Qurtubi rahimahullah menyebut ketika mentafsirkan ayat di atas: "Dan yang mengi'tiqad dalam bab ini ialah Allah Yang Maha Mulia namaNya dalam keagungan Nya, kebesaran Nya, pemerintahan Nya, keelokan nama namaNya dan ketinggian sifat sifatNya tidak serupa sama sekali dengan 22

Asma Wa Sifat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mengenal Allah

Citation preview

Page 1: Asma Wa Sifat

Akidah Islam Unit 1Tauhid Asma & Sifat

TAUHID AL-ASMA' WA AL-SIFAT

Pengertian secara ringkas ialah: Beri'tiqad dengan jazam bahawa Allah Ta'ala bersifat dengan sifat sifat kesempurnaan, suci bersih dari segala sifat-sifat kekurangan dan sifat-sifat Allah tidak menyerupai sifat-sifat makhluk, dengan ertikata kita isbatkan bagi Allah nama-nama dan sifat-sifat yang Allah sendiri menetapkannya di dalam al Quran al Karim bagi zatnya dan mengisbatkannya oleh Rasulullah s.a.w. di dalam al hadith, tanpa mengubahkan lafaz-lafaz dan makna maknanya, tanpa menta'tilkannya iaitu mengingkarinya umpama menafikan semua nama atau sifat Allah, ataupun menafikan sebahagiannya, tanpa mengetepikannya (menetapkan kaifiah) dengan menentukan hakikatnya dan menetapkan cara -ara yang tertentu bagi Allah dan tanpa menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk.

Bertolak dari pengertian ini jelaslah bahawa Tauhid al Asma' wa al Sifat ini berdasarkan kepada tiga asas. Siapa yang menyeleweng darinya sudah tentu ia tidak mentauhidkan Allah di segi Asma' (Nama) dan sifat.

Ketiga tiga asas itu ialah:

1. Mensucikan Allah Azza wa Jalla dari menyerupai makhluk dan dari mana mana sifat kekurangan

2. Beriman dengan nama nama Allah dan sifat sifat Nya yang sabit di dalam al Qur'an al Karim dan al Hadith al Sharif, tanpa mengurang, mengubah dan menta'tilkannya

3. Menghapuskan perasaan ingin tahu kaifiah dan bentuk bentuk sifat ini.

Asas-asas Tauhid Asma’ dan Sifat

Asas Pertama : Mensucikan Sifat-Sifat Allah Dari Menyerupai Sifat-Sifat Makhluk

Berdasarkan firman Allah:

“Maka janganlah kamu mengadakan sekutu sekutu bagi Allah.” (An-Nahl : 74)

Imam al Qurtubi rahimahullah menyebut ketika mentafsirkan ayat di atas:

22

Page 2: Asma Wa Sifat

Akidah Islam Unit 1Tauhid Asma & Sifat

"Dan yang mengi'tiqad dalam bab ini ialah Allah Yang Maha Mulia namaNya dalam keagungan Nya, kebesaran Nya, pemerintahan Nya, keelokan nama namaNya dan ketinggian sifat sifatNya tidak serupa sama sekali dengan makhluk. Dan sifat-sifat makhluk pula tidak serupa dengan sifat-sifat Allah. Apa yang telah ditetapkan oleh syara' pada al Khaliq (Pencipta) dan makhluk tidaklah serupa pada maknanya yang hakiki, kerana sifat-sifat Allah yang qadim bersalahan dengan sifat-sifat makhluk yang baharu."

Al Wasiti rahimahullah berkata, "Mana mana zat tidaklah menyerupai zat Allah. Mana-mana nama tidaklah menyerupai nama-nama Allah, mana-mana perbuatan tidaklah menyerupai perbuatan Allah. Dan mana-mana sifat tidaklah menyerupai sifat-sifat Allah kecuali dari segi lafaz atau bahasa sahaja yang menyerupainya, Maha Suci Zat Allah yang qadim dari menyerupai sifat-sifat makhluk yang baharu. Begitu juga mustahilnya ada sifat-sifat qadim pada zat yang baharu."

I'tiqad demikian adalah i'tiqad Ahl al Haq dan Ahl al Sunnah wal Jama'ah. Sayyid Qutb rahimahullah, ketika mentafsirkan ayat itu tadi berkata, "Dan fitrah (tabiat semula jadi) manusia tetap beriman seperti yang disebut itu secara badahah (tidak memerlukan pemikiran yang dalam). Maka Allah Pencipta takkan serupa dengan sesuatu yang dicipta."

Dan termasuk dalam asas ini juga pembersihan Allah daripada setiap perkara yang bercanggah dengan apa yang disifatkan olehnya sendiri dan yang disifatkan oleh Rasul Nya s.a.w.

Mentauhidkan Allahdari segi sifat menuntut dari Muslim supaya menafikan Allah dari beristeri, ada yang setanding, sebanding dan yang setaraf dengan Nya, ada yang memberi syafa'at tanpa keizinan Nya dan ada pula bagi Nya penolong-penolong. Juga menuntut dari Muslim supaya mensucikan Allah dari segala sifat-sifat kekurangan seperti tidur, lemah, penat, mati, jahil, zalim, lalai, lupa, mengantuk dan sebagainya.

Asas Kedua : Memadai Dengan Nama-Nama Dan Sifat Sekadar Yang Disebut Dalam al-Quran Dan al-Hadis

Asas ini menuntut dari Muslim supaya mencukupi dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah sekadar mana yang dinaskan di dalam al Quran al Karim dan al Hadith al Syarif, kerana nama-nama dan sifat-sifat itu asalnya diterima dari Allah dan Rasul Nya, bukan melalui pemikiran manusia.

Dengan demikian, tidak boleh mensifatkan Allah melainkan dengan sifat-sifat yang telah ditetapkan oleh Allah sendiri dan oleh Rasul Nya. Nama-nama Allah juga tidak boleh kita menamakannya kecuali dengan nama-nama yang diberi oleh Allah dan Rasul Nya s.a.w, kerana Allah lebih mengetahui tentang zatnya, sifat sifat Nya dan nama nama Nya.

Firman Allah:

23

Page 3: Asma Wa Sifat

Akidah Islam Unit 1Tauhid Asma & Sifat

"Apakah kamu lebih mengetahui atau Allah lebih mengetahui." (Al-Baqarah : 140)

Apabila telah ternyata bahawa Allah lebih mengetahui dan Rasul Nya pula adalah orang yang benar lagi diakui benar, maka ia tidak menjelaskan melainkan dengan apa yang diwahyukan kepadanya.

Berhubung dengan nama dan sifat Allah, baik di segi nafi mahu pun isbat, wajib diserahkan kepada apa yang sabit dari Allah dan Rasul Nya.

Imam Ahmad rahimahullah berkata, "Tidak boleh mensifatkan Allah melainkan dengan sifat sifat yang telah ditetapkan oleh Nya sendiri di dalam al Qur'an dan oleh Rasul Nya di dalam al Hadith, tidak lebih dari itu.

Na'im bin Himad, guru Imam al Bukhari berkata, "Barangsiapa menyerupakan Allah Azza wa Jalla dengan makhluk Nya ia menjadi kafir. Dan barangsiapa mengingkari apa yang disifatkan oleh Allah akan zatNya atau yang disifatkan oleh RasulNya ia menjadi kafir juga. Apa yang disifatkan oleh Allah sendiri akan zatNya dan oleh RasulNya tidak ada penyerupaan sama sekali dengan makhluk."

Asas ini menuntut dari setiap mukallaf yang aqil baligh beriman dengan sifat-sifat Allah dan nama-nama yang disebut di dalam al Qur'an al Karim dan al hadith serta menggunakan makna lahir yang terang di dalam bahasa tanpa menta'tilkan atau menafikan sebahagiannya dari Allah atau mengubahkannya dari makna zahirnya.

Asas Ketiga : Beriman Dengan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Tanpa Bertanya Tentang Kaifiatnya

Asas ini menuntut dari hamba yang mukallaf beriman dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah mengikut yang dinaskan di dalam al Qur'an al Karim dan al hadith, tanpa bertanya tentang kaifiatnya, tanpa membahas tentang hakikatnya, kerana mengetahui kaifiat sifat-sifat itu bergantung kepada mengetahui kaifiat zat Allah, sebab sifat sesuatu berlainan menurut berlainan mausuf (zat yang disifatkan). Adapun zat Allah tidak harus ditanya tentang hakikat dan kaifiatnya.

Begitu juga sifat-sifat Allah Azza wa Jalla tidak harus ditanya tentang kaifiatnya. Lantaran itu, kebanyakan ulama' dahulu ketika ditanya mengenai "istiwa'/bersemayam Allah di atas 'Arasy" mereka menjawab, "Bersemayam itu adalah diketahui, cara caranya tidak diketahui, beriman dengannya adalah wajib manakala bertanya tentangnya adalah bid'ah."

24

Page 4: Asma Wa Sifat

Akidah Islam Unit 1Tauhid Asma & Sifat

Maka bersepakatlah para ulama' dahulu mengatakan, "Kaifiat tidak maklum di sisi kita, bertanya mengenai kaifiat itu adalah bid'ah."

Seandainya ada orang bertanya kita, "Bagaimanakah turunnya Allah ke langit dunia?", hendaklah kita kembali bertanya dia, "Bagaimana Allah itu?". Apabila ia menjawab, "Saya tidak mengetahui kaifiat zat Allah", kita menjawab, "Kami juga tidak mengetahui kaifiat turunnya Allah, kerana tahu kaifiat sifat memastikan tahu kaifiat mausufnya (zat yang disifatkan), sebab sifat itu adalah ekoran bagi mausuf yang disifatkan.. Maka bagaimana engkau meminta kami terangkan cara pendengaran Allah, penglihatan-Nya, percakapan-Nya, persemayaman-Nya dan turun-Nya ke langit dunia sedangkan engkau sendiri tidak tahu kaifiat zat-Nya."

Apabila engkau mengaku bahawa Allah itu suatu zat yang hakiki yang sabit, yang mesti bersifat dengan sifat sifat kesempurnaan, tidak serupa dengan sifat sifat makhluk, maka pendengaran Allah, penglihatan Nya, percakapan Nya, turun Nya dan bersemayam Allah di atas 'Arasy adalah suatu hakikat yang sabit juga, kerana zat Allah yang bersifat dengan sifat sifat kesempurnaan tentu sekali tidak serupa dengan sifat sifat makhluk seperti sifat mendengar, melihat, bercakap, turun dan bersemayam.

Perkara Yang Mencacatkan Tauhid Asma’ dan Sifat

Dengan keterangan di atas, jelaslah bahawa tauhid bahagian ini mempunyai beberapa masalah yang mesti dijauhi oleh setiap muslim iaitu:

1. TASYABIAH

Tasyabiah ertinya menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk seperti orang orang Nasara menyerupakan Isa bin Maryam dengan Allah, orang -orang Yahudi menyerupakan 'Uzair dengan Allah, orang-orang musyrikin menyerupakan berhala mereka dengan Allah dan seperti segolongan manusia menyerupakan wajah Allah dengan wajah makhluk, tangan Allah dengan tangan makhluk, pendengaran Allah dengan pendengaran makhluk dan sebagainya.

2. TAHRIF

Tahrif ertinya menukar atau mengganti nama-nama Allah dan sifat sifatnya dengan umpama menambah, atau mengurang, atau mengubah baris i'rab seperti membaca dengan menasabkan kalimah Allah yang memberi erti "Dan Nabi Musa bercakap dengan Allah", atau menta'wilkan suatu lafaz dengan ta'wilan yang tidak ma'ruf dalam bahasa Arab seperti menta'wilkan lafaz "wajah" dengan makna "zat" dan lafaz bersemayam" dengan makna menguasai".

25

Page 5: Asma Wa Sifat

Akidah Islam Unit 1Tauhid Asma & Sifat

3. TA'TIL

Ta'til ertinya menafikan sifat-sifat Uluhiyyah Allah dengan mengingkari adanya sifat itu pada Allah seperti menafikan sifat-sifat kesempurnaan dari Allah, dalam ertikata mengingkari nama-nama Nya dan sifat-sifat Nya, menafikan hubungan manusia dengan Allah dalam ertikata mengingkari beribadah kepada Nya dan menafikan sesuatu yang dibuat dari pembuatanNya seperti orang yang berkata, "Segala makhluk itu qadim, Allah tidak mengada dan menciptanya".

4. TAKYIF

Takyif ertinya menentukan kaifiat sifat-sifat Allah dan menetapkan hakikat Nya. Cara mengambil sifat-sifat dan nama-nama Allah yang tersebut di dalam al Quran dan al hadith mengikut maknanya yang zahir tanpa tasyabiah, ta'til dan takyif itu adalah mazhab ulama' ulama' dahulu dari para sahabat, tabi'in dan tabi'it tabi'in.

Berkata al Syaukani rahimahullah, "Mazhab para al Salaf al Saleh dahulu dari sahabat, tabi'in dan tabi'it tabi'in ialah mengambil dalil bagi sifat sifat Allah mengikut maknanya yang zahir, tanpa tahrif, tasyabiah, ta'til dan ta'wil.

Bila orang bertanya mereka mengenai sesuatu sifat Allah, mereka membawa dalilnya dan tidak bercakap banyak dengan mengatakan begitu dan begini. Mereka berkata, firman Allah begini, kami tidak tahu lebih dari ini, kami tidak mahu mengharungi dalam perbahasan barang yang kami tidak tahu, Allah tidak mengizinkan kami lebih daripada ini.

Seandainya penanya mengkehendakki lebih daripada makna yang zahir itu, mereka melarang keras dari mengharungi perbahasan perkara yang tidak memberi erti dan melarang mencari-cari perkara-perkara yang tidak mungkin akan diperolehi, kerana perbuatan demikian akan menjatuhkan diri ke dalam bid'ah, yang bukan jalan mereka dan bukan pula cara yang diterima dan dihafaz dari Rasulullah s.a.w dari para sahabat dan para at tabi'in.

Di abad keemasan Islam, percakapan mereka mengenai sifat Allah adalah satu dan ittifaq pula cara-cara mereka. Mereka mengambil berat dengan kewajipan yang Allah perintahkan dan beramal dengan ajaran yang difardhukan ke atas mereka seperti beriman kepada Allah, mendirikan salat, menunaikan zakat, melakukan qiam, mengerjakan haji, berjihad, mengorbankan harta benda pada jalan kebajikan, tekun dengan amalan yang membawa kejayaan mendapat syurga dan pelepasan dari seksa api neraka, mereka menyuruhkan yang ma'ruf dan melarang dari yang mungkar, melarang manusia supaya tidak melakukan kezaliman, sekadar kemampuan dan kekuasaan yang ada pada mereka, mereka tidak sibuk dengan amalan-amalan lain yang Allah tidak taklifkan ke atas mereka, memberatkan diri mencari hakikat zat Allah bukanlah ibadah mereka. Maka agama di masa itu adalah suci dan bersih dari kekeruhan bid'ah." (Al-Syaukani)

26

Page 6: Asma Wa Sifat

Akidah Islam Unit 1Tauhid Asma & Sifat

JENIS JENIS SIFAT

Sifat sifat Allah yang termaktub di dalam al Qur'an al Karim dan al Hadith al Syarif terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Sifat zat

2. Sifat fi'l atau perbuatan

Sifat zat ialah sifat-sifat yang lazim bagi Allah dan tidak bercerai tanggal daripada Nya seperti sifat:

(adanya zat Allah), (mengetahui), (hidup), (berkuasa), (mendengar) (melihat), (muka), (bercakap), (sedia), (memilik), (keagungan) (kebesaran), (tinggi), (kaya), (kasihan belas), (bijaksana)

Sifat fi'l/perbuatan pula ialah sifat sifat yang tertakluk dengan kehendak Allah dan qudrah Nya seperti sifat:

(bersemayam), (turun), (datang), (tertarik hati), (ketawa), (reda), (cinta), (marah), (gembira), (murka), (tipu helah), (tipu dalam membinasakan)

Sifat zat dan sifat fi'l kedua duanya wajib diisbatkan bagi Allah mengikut maknanya yang layak dengan kesempurnaan Allah, iaitu mengikut maknanya yang hakiki, tidak ada tasyabiah, ta'til, tahrif dan takyif sama sekali.

Bagi kita pula, wajib kita berkata mengenai hal sifat ini sebagaimana yang dikatakan oleh Imam al Syaukani rahimahullah, "Saya telah beriman kepada Allah dan kepada apa yang datang dari Allah mengikut kehendak Allah Ta'ala, dan saya beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah mengikut apa yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w." (Al-As'llah wal-Ujubah al-Usuliah; 55)

Dalil-Dalil Bagi Tauhid al-Asma’ Wa al-Sifat

Dalil-dalil bagi tauhid bahagian ini kita dapati banyak disentuh di dalam al Qur'an dan al hadith, malah tiap-tiap surah dalam al Qur'an dan tiap-tiap lembarannya tidak sunyi dari menyebut sifat-sifat Allah dan nama-namaNya.

Kita dapati al Quran selalu menyebut dan mengingatkan dengan sifat-sifat Allah dan nama-nama Nya di tiap-tiap maudhu' di dalam al Quran: Maudhu' tauhid, ibadah, tasyri' (perundangan), suruhan dan larangan, janji dan ugutan sampai kepada maudu' kisah dan perumpamaan.

27

Page 7: Asma Wa Sifat

Akidah Islam Unit 1Tauhid Asma & Sifat

Di sini kami bawakan satu surah al Qur'an yang mencakupi tauhid al Asma' dan al Sifat, iaitu Surah al Ikhlas yang menepati sepertiga al Qur'an menurut penegasan Rasulullah s.a.w. dan merupakan sebesar ayat al Qur'an.

Firman Allah:

"Katakanlah, Dialah Allah, Yang Maha Esa Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia." (Al-Ikhlas)

Surah yang agung ini mengandungi isbat segala sifat kesempurnaan bagi Allah dan menafikan sifat-sifat, kekurangan daripada Nya. Allah menceritakan di dalam surah ini bahawa Dia adalah Tuhan yang tunggal lagi yang ditumpu oleh segala-gala, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada seorang/sesuatu pun yang setanding denganNya

Makna "AHAD " ialah Yang Esa, tidak ada yang serupa dan yang setanding dengan Nya. Nama Allah yang mulia ini memberi erti bahawa sifat-sifat kesempurnaan yang nyata bagi Allah tidak serupa dengan sesuatu.

Makna " " ialah Tuan punya yang ditumpukan segala pekerjaan dan Dialah yang ditujukan dalam menyelesaikan segala hajat dan kesusahan dalam hidup. Nama Allah yang mulia ini memberi erti bahawa Allah sahajalah yang layak ditujukan segala permintaan. Kelayakan ini tidak terbatal/terhilang/tergendala dengan sebab penyelewengan orang- orang yang menyeleweng dari "al Haq" dan yang sesat jalan, yang mereka tumpu kepada makhluk dan berpaling tadah dari Tuhan al Khaliq.

Apabila Allah adalah al Khaliq (Pencipta) dan al Mudabbir (Pentadbir) bagi makhluk ciptaan Nya, tidak ada Khaliq dan Mudabbir selain Nya maka berpaling tadah dari Allah, tidak tumpu kepada Nya merupakan kejahilan dan kebodohan, kerana segala urusan kesemuanya di tangan Allah.

Dari sini, fahamlah kita tentang sebab Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa surah ini menepati sepertiga al Quran al Karim, kerana is mengandungi aqidah al Islamiyyah kesemuanya. Akidah yang berdasarkan isbat sifat-sifat kesempurnaan bagi al Khaliq dan menafikan sifat-sifat kekurangan daripada Nya, oleh itu, maka berhaklah ditujukan ibadah kepada Allah dan ditumpukan segala urusan kepada Nya.

Al Quran al Karim secara keseluruhannya mengandungi akidah yang menerangkan bagi hamba nama-nama dan sifat-sifat yang wajib mereka mengenali Allah, mengandungi syari'at yang menerangkan bagi mereka hak dan kewajipan, cara bergaul di antara sesama mereka, cerita dan

28

Page 8: Asma Wa Sifat

Akidah Islam Unit 1Tauhid Asma & Sifat

kisah yang menerangkan bagi hamba akan sunnah Allah terhadap makhluk Nya, menerangkan bagi mereka pahala dan seksa, janji suka dan duka.

Ibn al Qaiyim rahimahullah menerangkan hakikat surah ini dengan katanya: "Surah al Ikhlas ini mengandungi tauhid i'tiqad, ma'rifah dan sifat-sifat yang wajib diisbatkan bagi Allah, yang terdiri dari sifat yang menafikan segala sekutu bagi Allah di setiap segi, dan sifat yang segala-galanya bergantung kepada Nya, di mana menafikan anak, bapa, yang setanding dan setaraf termasuk dalam pengertian ini. Surah ini mengandungi isbat tiap-tiap sifat kesempurnaan bagi Allah dan menafikan segala sifat kekurangan daripada Nya, menafikan tasyabiah atau tamsil atau segala sekutu daripada Nya. Usul inilah yang merupakan himpunan tauhid alam dan i'tiqad yang membezakan mukmin dari kumpulan kumpulan sesat dan syirik." (Ibn al Qaiyim)

Ada pun Ayatul Kursi, yang dicerita oleh Rasulullah s.a.w. sebesar besar ayat di dalam al Qur'an ialah:

“Allah, Tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus, mengurus (makhluk Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin Nya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan yang di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa apa dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tiada merasa berat memelihara kedua dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar." (A1 Baqarah: 255)

Ayat ini mengandungi kaedah tauhid ketiga tiga bahagian, mengandungi Asma' dan sifat dan tiap-tiap satu daripadanya merupakan kaedah dalam Aqidah Islamiyyah.

29