4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PPG NAMA GURU PELATIH : KOD DAN NAMA KURSUS: MTE3123E Amalan Pentaksiran Dalam Matematik SEMESTER : 2/2014 (Ambilan Februari 2012-Semester 6) TARIKH MULA Interaksi 2 (16 Ogos 2014) TARIKH HANTAR Tugasan 1 & 2:Interaksi 3 (6 September 2014) Tugasan 3:Interaksi 4 (27 September 2014) Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Mengenal pastikeupayaanmurid, kesukaran, salah tanggapandan keperluan pembelajaranmatematik. 2. Merancangaktiviti yang sesuaiuntukpemulihan, pengayaan dan murid berkeperluan khasdi mana berkenaan 3. Mengaplikasikan pengetahuanyang diperolehi dalammerancang, mentadbir, menganalisis dan mentafsirtaksiran. 4. Mengintegrasikanteknologidalam penilaian Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2, 3 dan 4. Objektif Projek : 1. Menganalisis item soalan dengan menggunakan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi berbantukan perisian komputer. 2. Membuat analisis, interpretasi, komen, cadangan, kesimpulan dan refleksi tentang pembinaan item. 3. Mengenal pasti kesukaran pembelajaran matematik dikalangan murid

Assig 3123

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Assig 3123

Citation preview

Page 1: Assig 3123

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PPG NAMA GURU PELATIH :

KOD DAN NAMA KURSUS: MTE3123E Amalan Pentaksiran Dalam Matematik

SEMESTER : 2/2014(Ambilan Februari 2012-Semester 6)

TARIKH MULA Interaksi 2(16 Ogos 2014)

TARIKH HANTAR

Tugasan 1 & 2:Interaksi 3(6 September 2014)Tugasan 3:Interaksi 4(27 September 2014)

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Mengenal pastikeupayaanmurid, kesukaran, salah tanggapandan keperluan pembelajaranmatematik.

2. Merancangaktiviti yang sesuaiuntukpemulihan, pengayaan dan murid berkeperluan khasdi mana berkenaan

3. Mengaplikasikan pengetahuanyang diperolehi dalammerancang, mentadbir, menganalisis dan mentafsirtaksiran.

4. Mengintegrasikanteknologidalam penilaian

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2, 3 dan 4.

Objektif Projek :

1. Menganalisis item soalan dengan menggunakan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi berbantukan perisian komputer.

2. Membuat analisis, interpretasi, komen, cadangan, kesimpulan dan refleksi tentang pembinaan item.

3. Mengenal pasti kesukaran pembelajaran matematik dikalangan murid

4. Merancang aktiviti yang sesuai untuk murid yang menghadapi kesukaran dalam matematik.

TUGASAN PROJEK (100% dengan wajaran 50%)

Tugasan 1: (Individu:30%)

Page 2: Assig 3123

Untuk menentukan kualiti dan keberkesanan item proses analisis item perlu dilaksanakan ke atas item dalam sesuatu ujian. Tugasan anda ialah menganalisis kertassoalan-soalan objektif aneka pilihan bagi kertas ujian/peperiksaan yang sebenar yang telah dijawab oleh muridberdasarkan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Berdasarkan analisis tersebut, buat intepretasi dan seterusnya berikan komen dan cadangan terhadap analisis item tersebut. Anda boleh gunakan perisian komputer untuk membantu anda dalam memproses dan menganalisis data.

Tugasan 2: (Individu:40%)

Kemahiran mengenalpasti kesukaran matematik yang dihadapi oleh murid adalah kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh setiap guru matematik. Tugasan anda ialah menggunakan Prosedur Analisis Newman untuk menemu bual murid yang menghadapi kesukaran matematik.Dapatkan beberapa sampel soalan yang telah dijawab oleh murid yang mempunyai masalah matematik dan jangkakan pertanyaan yang akan anda kemukakan dan seterusnya buat rumusan untuk setiap peringkat. Terangkan juga faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi kesukaran matematik.

Tugasan 3: (Kumpulan:30%)

Guru yang berkesan ialah guru yang berusaha untuk membantu murid supaya mereka dapat menggunakan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka. Murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam matematik khususnya perlu dibantu dan aktiviti intervensi pemulihan perlu dilaksanakan. Dalam kumpulan 2-3 orang, anda dikehendaki berbincang dan seterusnya membuat keputusan bersama bagaimana anda boleh merancang tindakan dan aktiviti susulan untuk membantu murid yang menghadapi kesukaran matematik yang telah anda kenalpasti dalam tugasan 2 di atas.

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini adalah tugasan individu dan kumpulan. 2. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh enam minggu. 3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

i. Fon Arial ii. Saiz huruf - 11iii. Langkau 1.5 baris iv. Rujukan mengikut format APA( American Psychological Association)

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali 5. Anda WAJIB sertakan sehelai Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka depan 6. Anda mesti hantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut: a. Pengenalan yang menarik dan relevan b. Pilihan bahan sumber yang sesuai c. Pembinaan dan analisis item yang terperinci d. Komen, cadangan dan refleksi yang analitik.

Page 3: Assig 3123

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheran6. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras Bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi Kehendak tugasan.

Tugasan disediakan oleh Disemak oleh

.......................................... ........................................... (KET LEE LIAN) ( ) Penyelaras Kursus MTE3123E Pakar Bidang (SME) Jabatan Matematik Jabatan Matematik IPGKTI IPGKTI

Disahkan oleh

............................................. Ketua Jabatan Jabatan Matematik IPGKTI