11
JAWAPAN NO.1 Undang-Undang di Malaysia bergantung kepada keputusan mahkamah,mahkamah adalah merupakan sumber undang;undang di Malaysia. Apabila hakim membuat keputusan,ia bukan sahaja menyelesaikan kes ,tetapi juga meletakkan prinsip perundangan yang menjadi asas keputusannya.Mahkamah hendaklah menggunakan prinsip perundangan tersebut. Doktrin duluan kehakiman mengikat adalah sekiranya tidak terdapat peruntukan undang-undang bertulis mengenai sesuatu kes,mahkamah mestilah merujuk keputusan mahkamah yang lebih tinggi kedudukannya sebagai satu perinsip undang-undang.secara umumnya keputusan mahkamah yang lebih tinggi mengikat keputusan mahkamah lebih yang lebih rendah. MAHKAMAH AGUNG MAHKAMAH RAYUAN MAHKAMAH TINGGI

Assigment Business Law

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TGGGG

Citation preview

JAWAPAN NO.1

Undang-Undang di Malaysia bergantung kepada keputusan mahkamah,mahkamah adalah merupakan sumber undang;undang di Malaysia.

Apabila hakim membuat keputusan,ia bukan sahaja menyelesaikan kes ,tetapi juga meletakkan prinsip perundangan yang menjadi asas keputusannya.Mahkamah hendaklah menggunakan prinsip perundangan tersebut.

Doktrin duluan kehakiman mengikat adalah sekiranya tidak terdapat peruntukan undang-undang bertulis mengenai sesuatu kes,mahkamah mestilah merujuk keputusan mahkamah yang lebih tinggi kedudukannya sebagai satu perinsip undang-undang.secara umumnya keputusan mahkamah yang lebih tinggi mengikat keputusan mahkamah lebih yang lebih rendah.

MAHKAMAH AGUNG

MAHKAMAH RAYUAN

MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH SEKSYEN

MAHKAMAH MAJISTRET

JAWAPAN NO.2

Menurut kaedah Am penerimaan mestilah dikomunikasikan kepada pembuat tawaran.penerimaan bermula daripada saat ia dikomunikasikan.pembuat tawaran mestilah diberitahu sama ada tawaranya di terima atau tidak.penerima tawaran perlu membuat sesuatu perbuatan penerimaan yang positif dan sekadar mendiamkan diri adalah tidak mencukupi.Berdiam diri adakah menunjukkan ada penerimaan?

Rujuk kes: Felthouse lwn. Bindley (1862) 11 CB (NS) 869 ; 142 ER 1037

F membuat tawaran untuk membeli kuda daripada anak saudaranya melalui surat :kalau saya tidak mendengar apa-apa jawapan maka kuda itu menjadi milik sayaAnak saudaranya memaklumkan kepada B (Pelelong) agar tidak menjual kuda tersebut,tetapi B telah terjual kuda yang dimaksudkan.F mendakwa B kerana melakukan penyelewengan.Adakah berdiam diri merupakan tanda setuju?Mahkamah membuat keputusan bahawa anak saudara F tidak memberitahu niatnya untuk menjual kuda kepada F.Maka kontrak tidak wujud dan kuda bukan milik F.Akta kontrak memperuntukan beberapa prinsip berkenaan dengan penerimaan.salah satu daripadanya dinyatakan oleh Seksyen 2(b).Akta Kontrak 1950.Menurut seksyen ini ,sesuatu penerimaan hendaklah di komunikasikan kepada pembuat tawaran sebelum ia lengkap dan mengikat pembuat tawaran.Ungkapan menyatakan persetujuan di dalam seksyen 2(b) itu jelas menunjukkan sesuatu tindakan penerimaan yang positif daripada pihak penerima tawaran.oleh itu,Sesutu penerimaan hanya bermula berkuatkuasa daripada saat ia dikomunikasikan kepada pembuat tawaran.Dalam hal ini mahkamah memutuskan bahawa berdiam diri atau pembisuan oleh penerima tawaran tidak membuktikan kesanggupannya merima tawaran tersebut.

JAWAPAN NO.3

BALASAN ditakrifkan di bawah Seksyen 2(d) Akta kontrak,1950 adalah :-

Apabila pembuat janji,penerima janji atau menjauhi daripada membuatnya suatu perbuatan atau janji tersebut.contohnya apabila seseorang membeli baju di sebuah super market dan telah membayar harga baju tersebut,maka kedua-dua pihak telah pun menunaikan balasan masing-masing.

Menurut kehendak pembuat janji atau sesiapa yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu,maka perbuatan atau penahanan diri itu di sebut balasan untuk janji.

Masalah sekarang adalah,adakah balasan itu harus setimpal dan adakah kontrak tanpa balasan yang setimpal akan terbatal,jawapanya tidak.Lihat seperti di bawah:-

Unsur-unsur Balasan

Aktiviti timbale balik

Balasan lampau adalah sah

Balasan tak semestinya setimpal

Mestilah di sisi undang-Undang

Balasan tak semestinya datang daripada penerima janji

Di sisi undang-undang sesuatau balasan itu mestilah benilai tetapi ianya tidak semestinya sepadan.

Merujuk kepada Seksyen 26 Akta Kontrak 1950,Sesuatu perjanjian dimana persetujuan pembuat janji diberi secara bebas tidak batal semata-mata kerana balasan itu tidak memadai; Tetapi mahkamah boleh mempertimbangkan persoalan sama ada tidak sepadan balasan itu di beri oleh pembuat janji secara bebas atau sebaliknya.Jika balasan diberi secara bebas,maka kesepadanan balasan itu tidak penting adanya kontrak.

Seksyen 26 akta kontrak mengatakan ,perjanjian tanpa balasan adalah batal,tetapi ada pengecualian,walaupun sesuatu janji itu di buat tanpa balasan ianya tetap sah dan boleh di kuatkuasakan jika, Perjanjian dibuat berdasarkan kasih saying semulajadi antara pihak-pihak ada hubungan karib boleh mewujudkan suatu perjanjian yang sah.jika di buat secara bertulis dan di daftarkan jika undang-undang yang dikehendakinya berbuat demikian.

Seksyen 26(a) Akta kontrak 1950 menunjukkan :- Kerana kasih saying semulajadi, A berjanji memberi kepada anak lelakinya B RM 13,000. A menayatakan janjinya kepada B secara bertulis dan mendaftarkannya menurut undang-undang berkuatkuasa pada masa itu untuk mendaftarkan dokumen yang demikian adalah satu kontark.

JAWAPAN NO.4

TAWARAN

Adalah persediaan pembuat tawaran untuk menjalin suatu hubungan yang sah dan mengikutdi sisi undang-undang apabila syarat-syaratnya sama ada secara nyata atau termaklum dan di persetujui oleh pihak penerimaan tawaran.Contohnya Ahmad membuat tawaran menjual keretanya kepada Daud dengan harga RM 35,000 dan Daud menerima tawaran tersebut.

PELAWAAN TAWARAN

Di mana pihak-pihak yang terlibat membuat rundingan tertentu tetapi tidak berhasrat untuk terikat dengan syarat-syarat yang di sebut dalam rundingan berkenaan,rundingan tidak semestinya berakhir dengan tawaran.Contoh rundingan adalah temuduga dan pelawaan tawaran adalah risalah atau iklan.

Pelawaan tawaran bukanlah tawaran dan tawaran mestilah berbeza daripada pelawaan untuk tawaran.Pelawaan untuk tawaran adalah merupakan langkah pertama dalam rundingan yang mungkin atau tidak berakhir dengan tawaran yang muktamad oleh sesuatu pihak.Selalunya berbentuk membuat tawaran.

Rujuk Kes :-

Pharmaceutical society Of Great Britain v Boots Cash Chemist (southern) LTD (1953)

Dalam kes Pharmaceutical society Of Great Britain v Boots Cash Chemist (southern) LTD (1953), pihak difenden telah meletakkan barangan yang hendak di jual di atas rak-rak dalam kedainya.plaintif mendakwa atas alasan tindakan defenden mempamerkan barangan tersebut adalah suatu tawaran dan ini bermakna defenden telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Ubatan Racun 1993 yang memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan menjual racun-racun tertentu kecuali di bawah penyeliaan ahli farmasi berdaftar.

Mahkamah memutuskan tindakan mempamerkan ubat-ubatan di atas rsk adalah suatu pelawaan tawaran.tawaran hanya berlaku apabila pelanggan mengemukakan barangan di kaunter bayaran dan penerimaan tawaran dilakukan apabila bayaran diterima,oleh itu kontrak hanya berlaku di kaunter pembayaran.

Kes 2

Coelho v The Public Services Commision [1964] MLJ 12

Mahkamah telah memutuskan bahawa :-Iklan yang ditawarkan adalah merupakan pelawaan kepada sesiapa yang berminat untuk memohon jawatan tersebut dimana pengeluar iklan itu berhak untuk menolak atau menerima permohonan yang diterimanya.

Jika dilihat dari kes di atas berdasarkan fakta.apa yang jelas yang dapat disimpulkan bahawa tindakan The Public Services Commission tersebut dengan mengiklankan jawatan kosong dalam The Malay Mail hanyalah merupakan pelawaan tawaran sahaja dan ianya terbuka kepada umum.malahan ia menjadi hak kebebasan kepada Public Services Commission untuk menerina Coelho sebagai salah seorang pekerja mereka atau tidak dan pelawaan tawaran tersebut bukanlah merupakan satu keputusan muktamad bagi tawaran diberikan terhadap Coelho sehingga mengikat satu perjanjian yang sah dan boleh dikuatkuasakan disisi undang-undang.

JAWAPAN NO.5

Definisi Kontrak Jualan Barang menurut undang-undang adalah satu kontrak yang mana penjual memindahkan atau bersetuju memindahkan hak terhadap barang kepada pembeli dengan satu harga yang tertentu.

Merujuk Seksyen 4(1) Akta Jualan Barangan 1957Harga di takrifkan di dalam Seksyen 2 Akta Jualan Barang 1957 sebagai balasan wang bagi jualan barang-barang.

Kontrak tersebut wujud sekiranya terdapat elemen-elemen tersebut :-

Antara dua pihak Pemindahan hak milik daripada penjual kepada pembeli Subjek di kontrakakan dalam barang Wujud balasan wang

CYCLE PROSES JUALAN adalah seperti di bawah :-

JAWAPAN NO.6

DEFINISI SEWA BELI

Sewa beli adalah aktiviti menyewa barangan dengan tujuan untuk membeli barangan tersebut.Ali adalah penyewa dan syarikat yang membiayai barang-barang tersebut adalah pembiaya dan juga pemilik.Hak milik hanya akan berpindah kepada penyewa selepas semua ansuran dijelaskan.Dan barang tersebut boleh di bawa pulang untuk digunakan.

Sewa Beli terkandung dalam Seksyen 2(1) Akta sewa Beli 1967

Adakah Akta Sewa Beli telah merangkumi semua urusan sewa beli?

Ya ,Akta Sewa Beli adalah meliputi semua sewa beli di Malaysia,menurut Akta Sewa Beli 1967 yang telah berkuatkuasa pada 11 april 1968 selepas HP menjadi kaedah yang semakin popular banyak memperolehi barangan.Tindakan HP menetapkan pembentukan dan kandungan perjanjian HP,Hak-hak undang-undang,tugas,kewajipan daripada penyewa dan pemilik pembiaya.Tindakan HP di tadbir oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna .

JAWAPAN NO.7

i. Undang-undang bertulis utama yang mengawal perkongsian di Malaysia adalah

Akta Perkonsian 1961.(AP 1961)

Di perluaskan seluruh Malaysia melalui pindaan yang dibuat pada tahun 1974.Seksyen 47(1) Akta Perkongsian menyarankan penggunaan Ekuiti dan Common Law English yang digunakan dalam perkongsian di teruskan penggunaannya.melainkan sekiranya ia tidak konsisten dengan peruntukan akta ini

ii. Seksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961

Perkongsian adalah suatu perhubungan yang wujud diantara beberapa orang yang menjalankan perniagaan bersama.Gabungan antara 2 hingga 20 orang rakan kongsi yang bergabung tenaga berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui bersama dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.Perkongsian professional pula adalah bilangan maksimun 50 orang.

Ciri-ciri perkongsian

PERHUBUNGANPERHUBUNGAN DIANTARA RAKANKONGSI MESTILAH DIBUAT SECARA NYATA

BILANGAN RAKANMINIMA 2 ORANG DAN MAKSIMA KONGSI20 ORANG RAKAN KONGSI

PERNIAGAANHUBUNGAN UNTUK MENJALANKANPERNIAGAAN BERSAMA

KEUNTUNGANBERTUJUAN UNTUK MENDAPATKANKEUNTUNGAN