13
IBNU RUSYD Latar belakang Nama sebenar Ibnu Rusyd ialah Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad. Lahir di Kardova pada tahun 1126. Beliau adalah ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Ibnu Rusyd keturunan daripada golongan yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Kardova. Oleh itu, beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya. PENGARUH IBNU RUSYD Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes. 1

assigment Ibn Sina dan ibn rushd.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: assigment Ibn Sina dan ibn rushd.docx

IBNU RUSYD

Latar belakang

Nama sebenar Ibnu Rusyd ialah Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad. Lahir di

Kardova pada tahun 1126.

Beliau adalah ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah

Islam.

Ibnu Rusyd keturunan daripada golongan yang berilmu dan ternama. Bapanya dan

datuknya merupakan kadi di Kardova. Oleh itu, beliau telah dihantar untuk

berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya.

 

PENGARUH IBNU RUSYD

Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam tetapi juga di

kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes.

Ibnu Rusyd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga

merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Rusyd yang pernah

bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia.

 

Ibnu Rusy dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun

kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Kardova.

 

1

Page 2: assigment Ibn Sina dan ibn rushd.docx

Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada

tahun 1182 berikutan persaraan Ibn Tufail.

Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusyd. Kerana

desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau

dibuang ke daerah Alaisano.

Setelah selesai menjalani tempoh pembuangannya, beliau pulang semula

Kardova. Kedudukan IbnuRusyd dipulihkan semula apabila Khalifah Al-Mansor

Al-Muwahhidi menyedari kesilapan yang dilakukannya.

Sumbangan Ibnu Rusyd

Antara karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd termasuklah :

1. "Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan

secara umum,

2. Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah), Tafsir Urjuza yang

membicarakan perubatan dan tauhid,

3. Taslul, buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah, yang mengungkap

persoalan falsafah dan agama.

4. Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang

berjudul Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang

menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama.

Siri karya tulisan tersebut menunjukkan betapa penguasaan Ibnu Rusyd dalam

pelbagai bidang dan cabang ilmu begitu ketara sekali sehingga usaha untuk

menterjemahkan tulisan beliau telah dilakukan ke dalam bahasa lain. 

Kaedah perubatan Ibnu Rusyd juga telah digunakan sebagai rujukan di Hospital

Les Quinze-Vingt yang merupakan hospital pertama di Paris yang didirikan oleh

Raja Louis IX berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik

2

Page 3: assigment Ibn Sina dan ibn rushd.docx

Ibnu Rusyd juga telah menulis sebuah buku mengenai muzik yang diberi judul

"De Anima Aristoteles" .

 

Pembicaraan falsafah Ibnu Rusyd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan

dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang

bernas lagi jelas, dan melakukan pembaharuan semasa membuat huraianya

mengenai perkara tersebut.

Pembaharuan ini dapat dilihat juga dalam bidang perubatan apabila Ibnu Rusyd

memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Kehebatannya dalam

bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga

merangkumi pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia.

 

Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rusyd turut menjangkau bidang yang

berkaitan dengan kemasyarakatan iaitu pembahagian strata sosial ini merupakan

asas pengenalan pembahagian masyarakat

Ibnu Rusyd juga telah menghasilkan sebuah buku yang terkenal iaitu Al Taysir.

Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan

judul Faclititation of Treatment. Ibnu Rusyd menghembuskan nafas terakhirnya

pada tahun 1198

Penutup

Apabila melihat keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, maka tidak syak

lagi beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam

banyak perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan

dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya. Ibnu

Rusyd menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198

3

Page 4: assigment Ibn Sina dan ibn rushd.docx

Kematiannya merupakan kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan dan umat Islam di

Sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan tulisan dalam

pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang,

tatabahasa, dan nahu.

4

Page 5: assigment Ibn Sina dan ibn rushd.docx

Ibnu Sina

Latar Belakang Ibnu Sina

IBNU SINA lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap

Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina.

Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah , Ibnu

sina lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara

Afghanistan.

Pelajaran pertama pada usia 5 tahun yang diterimanya adalah Al-Quran dan sastera.

Semasa berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran.Selain itu beliau

sudah mengusai ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin),

tasawuf .

Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja".

Ibnu Sina juga telah berjaya menguasai bidang ilmu falsafah, kedoktoran, geometri,

astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

5

Page 6: assigment Ibn Sina dan ibn rushd.docx

Ensiklopedia Kedoktoran Pertama

Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang

pertama yang berjudul "Al-Majmu" .

Nama-nama buku lain yang pernah dikarang Ibnu Sina, berjudul "Essai de

Bibliographie Avicenna" . Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah

buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.

Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)

Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam

kebudayaan Eropah adalah luas.

Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid,

telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan

moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat,

diagnosis dan pembedahan.

Pada abad ke 12 M Gerard Cremona telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke

bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah

hingga 1500 M

Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran dan Prof. Phillip

K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".

Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana

Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan

pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau

sendiri.

Al- Qanun Fit-Tibb merupakan Perintis Pengenalan Penyakit Saraf.

6

Page 7: assigment Ibn Sina dan ibn rushd.docx

Ibnu Sina- Sebagai Seorang Doktor.

Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja

Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan

kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat".

Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam

ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada Sultan

Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia

18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor

lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina

baginda kembali pulih.

Penemuan-Penemuan Baru

Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap dunia

ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya.

Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.

Bidang Geografi

Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana

sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah.

Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi

Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak

dapat di sangsikan lagi. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini

adalah daripada :

1. Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge.

2. Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang

pembahagian ilmu-ilmu rasional.

3. Bidang metafizik , "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan)

7

Page 8: assigment Ibn Sina dan ibn rushd.docx

4. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de

Mineralibus" yakni tentang pemilikan (mimeral).

5. Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf" ,risalah tentang sebab-sebab

terjadinya huruf.

6. Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa manusia.

7. Cerita-cerita roman fiktif , "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung.

8. Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) – Buku tentang politik.

Sumbangan Ibnu Sina

Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat

beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan.

Ibnu Sina telah mengarang buku sebanyak 250 buah termasuk kitab, esei dan artikel

di dalam bidang matematik, mantik, akhlak, fizik, kedoktoran dan falsafah.

Pencapaian Ibnu Sina yang dianggap paling menonjol ialah pencapaian beliau di

dalam bidang kedoktoran di mana beliau telah mengarang kitab beliau yang bernama

Al-Qanun fil Tabib

Ibu Sina juga telah memberi sumbangan di dalam ilmu fizik sebagaimana yang

ditulis di dalam kitabnya Asy-Syifa’, An-Najah dan Al-Isyarah.

Ibnu Sina menguasai bidang metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa),

syair, prosa, dan agama.

Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh

sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya

mencapai tahap zenith iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang

diceburinya.

 

8

Page 9: assigment Ibn Sina dan ibn rushd.docx

Penutup

Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428

H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari kelahirannya

(Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor"

untuk selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah

untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor Islam yang

lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di

tanah perkuburan di mana "zenith" itu dimakamkan.

RUJUKAN:

1. Modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia ( TITAS WAJ3101)

2. http: //Tokoh- Tokoh Ilmuan Islam

9