29
KAK3013 MATEMATIK UNTUK KANAK-KANAK (MATHEMATICS FOR YOUNG CHILDREN) SEMESTER 6 TAJUK TUGASAN 2 NAMA NO.MATRIK NO.KAD.PENGENALAN KAVITHA A/P MANIAN D20102045518 790905-08-5336 NAMA PENSYARAH: DR.MOHD UZI BIN DOLLAH Cuba fikirkan situasi pendidikan Pra Sekolah yang berubah sehingga terlaksananya Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).Bincangkan empat isu pendidikan yang timbul yang boleh membawa kepada terhasilnya KSPK tersebut?Seterusnya bincangkan bagaimana merealisasikan KSPK dalam pengajaran

Assignment KAK3013 (1)

Embed Size (px)

Citation preview

KAK3013

MATEMATIK UNTUK KANAK-KANAK

(MATHEMATICS FOR YOUNG CHILDREN)

SEMESTER 6

TAJUK TUGASAN 2

NAMA NO.MATRIK NO.KAD.PENGENALANKAVITHA A/P MANIAN D20102045518 790905-08-5336

NAMA PENSYARAH: DR.MOHD UZI BIN DOLLAH

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 MAKLUMAT KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN.

Cuba fikirkan situasi pendidikan Pra Sekolah yang berubah sehingga terlaksananya Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).Bincangkan empat isu pendidikan yang timbul yang boleh membawa kepada terhasilnya KSPK tersebut?Seterusnya bincangkan bagaimana merealisasikan KSPK dalam pengajaran matematik.Perbincangan anda perlulah kritikal berasaskan fakta dan juga pendapat anda sendiri.

2.1 RASIONAL PENYEMAKAN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN.

2.2 PERUBAHAN YANG DILAKUKAN.

2.3 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH

KEBANGSAAN.

2.4 FOKUS UTAMA DALAM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH.

2.5 OBJEKTIF KSPK.

2.6 PERBEZAAN DIANTARA KPK DAN KSPK.

2.7 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

3.0 FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM.

4.0 ISU PENDIDIKAN YANG TIMBUL YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA TERHASILNYA

KSPK.

4.1 ISU YANG TERDAPAT KETIKA MENGAJAR DI PERINGKAT SEKOLAH.

5.0 KONSEP MATEMATIK.

5.1 KAEDAH,STRATEGI DAN PENDAPAT DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DALAM MATEMATIK.

1.0 PENGENALAN

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) diperkenalkan pada 2010 bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara

menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyuburkan melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Melalui kurikulum ini kemahiran literasi dan numerasi asas murid dipertingkatkan, keyakinan dibangunkan dan konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak dipupuk. Ini adalah untuk menyediakan murid agar mereka berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran bagi kelangsungan pembelajaran seterusnya.

KSPK terbina berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;  Kemanusiaan;  Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri.

Pada peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) Developmentally Appropriate Practices.  Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersifat fleksibel tetapi terancang di mana semua murid terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti individu, kumpulan dan kelas sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.  Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat menggalakkan naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran yang seiring dengan fitrah semulajadi kanak-kanak.

2.0 MAKLUMAT KURIKULUM STANDARD PRA SEKOLAH KEBANGSAAN

1970an – KEMAS dan JPNIN memulakan kelas prasekolah awam

1986 – Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM

1992 – KPM memulakan Prasekolah

1993 – Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM

2003 – Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)

2008/9 – KPK disemak semula

2.1 RASIONAL PENYEMAKAN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN.

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum

yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan

semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

PERUBAHAN YANG BERLAKU

Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada:

2.2 PERUBAHAN YANG DILAKUKAN

1.Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan.

2.Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan

keusahawanan.

3.Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa,

beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh

kepada ajaran agama

4.Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui

program prasekolah

5.Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan

menyeronokkan

6.Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.

7.Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.

2.3 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH

KEBANGSAAN 2010

Pembangunan modal insan Pembangunan modal insan

Penghasilan pelajar celik minda Penghasilan pelajar celik minda

Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumatPembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat

Matlamat

Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK) Pendidikan prasekolah

bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun

secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang

menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran,

menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak

agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran

dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

2.4 FOKUS UTAMA DALAM KURIKULUM STANDRD PRA SEKOLAH

Membaca ialah penting dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana ia adalah salah satu kemahirang yang boleh membantu mereka memahami dari nama objek , frasa , ayat/mesej yang mudah sehinggalah pengetahuanilmiah yang mendalam pada masa akan datang.Perkembangan membaca bermula dari aktiviti bercerita, yang mana ini merupakan aktiviti yang bukansahaja melatihkan kemahiran mendengar kanak-kanak, pada masa yang

FOKUS UTAMA

DALAM KSPK IALAH 4M

FOKUS UTAMA

DALAM KSPK IALAH 4M

Membaca Membaca

Menulis

Menulis

MengiraMengira

MenaakulMenaakul

sama membina minat membaca mereka.Bercerita menggunakanpicture book atau lebih dikenali buku bergambar adalah salah satu aktiviti asas yang membantu kanak-kanak membaca. Di sini proses membaca terawal ialah membaca gambar atau illustrasi. Disebabkan tertarik dengan buku bergambar, mereka akan mula memerhati kewujudan perkataan-perkataan yang mana ialah simbol kepada mereka, lalu cuba untuk mengenali atau mengecamnya. Di sinilah bercambahnya minat membaca mereka yang seterusnya membawa kepada pengenalan huruf, perkataan, frasa hingga ayat.

Menulis yang melibatkan perkembangan motor halus, sebenarnya merupakan sejenis kemahiran yangmembolehkan seseorang meluahkan fikiran atau perasaan (expressive). Kanak-kanak pada asasnya perlu memperkembangkan motor halusnya dahulu sebelum mula menulis. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah menggunting, meramas kertas, menguntai manik dan sebagainya yang seperti tertulis di dalam KSPK. Dengan melakukan aktiviti pratulis yang secukupnya , pasti membolehkan kanak-kanak memegang pensel dengan carayang betul. Seterusnya boleh menulis huruf, perkataan, frasa dan akhirnya mereka mampu menzahirkan fikiran atau perasaan mereka dalam bentuk penulisan di atas kertas mahupun kad.

Mengira ialah salah satu kemahiran literasi asas yang penting, yang mana ia menyediakan kanak-kanak berupaya membuat perbandingan, perngukuran sehingga menyelesaikan masalah pada masa akan datang. Untukmembolehkan mereka menguasai literasi asas ini, guru boleh membimbing murid-murid membuat padanan satudengan satu untuk memperkenalkan konsep banyak dan kurang. Diikuti dengan route count yang membolehkan mereka terdedah kepada nama nombor seperti dicatat dalam KSPK. Pada masa yang sama juga memperkenalsimbol nombor yang menggantikan jumlah bilangan objek konkrit.

Menaakul ialah kemahiran berfikir secara logical untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran menaakuladalah sangat penting untuk kita berjaya dalam hidup dan membuat keputusan yang baik. Menurut kajian,kemahiran menaakul yang termasuk mengumpul, menganalisa dan mengorganisasikan informasi ialah kuncikerjayaan di tempat kerja. Antara aktiviti yang boleh digunakan ialah penggunaan kotak misteri. Guru memasuk sesuatu objek ke dalam kotak tersebut dan murid-murid dikehendaki meneka apakah objek tersebut melalui persoalan. Guru hanya akan menjawab ya atau tidak sebagai jawapan. Misalnya murid bertanya : Adakah itbenda hidup?, guru menjawab: Tidak. Melalui siri persoalan yang dikemukakan, murid-murid dikehendakiberfikir secara logik apakah kandungan kotak misteri itu. Permainan yang sama juga boleh dijalankan dengannombor yang mana murid-murid bertanya: Adakah nombor itu besar dari 10? Guru menjawabya atau tidak.Dengan ini kemahiran menaakul akan dipertingkatkan

2.5 OBJEKTIF KSPK

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6

untuk mencapai objektif berikut:

Jasmani:

•Mempunyai tubuh badan yang sihat.

•Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas

•Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik

•Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan

•Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan motor kasar

Emosi:

•Mempunyai konsep kendiri yang positif

•Mempunyai keyakinan diri

•Mempunyai jati diri

•Berani mencuba

•Mempunyai kematangan emosi

•Menghormati perasaan dan hak orang lain

Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan

Intelek:

•Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa

Malaysia

•Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris

•Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan)

•Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan)

•Memperolehi kemahiran proses sains asas

•Memperolehi kemahiran matematik asas

•Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul

•Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan

seharian murid

•Mempunyai daya kreatif dan estetika

•Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

Rohani:

•Mengamalkan nilai murni

•Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama

Islam.

Sosial:

•Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.

•Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.

•Menyuarakan pandangan dan perasaan.

•Bekerjasama dengan orang lain.

2. 6 Perbezaan diantara KPK dan KSPK

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada kanak–kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran , keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.Peluang pendidikan prasekolah diberikan kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. Program pendidikan prasekolah hendaklah bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang

optimum dan memberi fokus secara menyeluruh,seimbang dan bersepadu. Program prasekolah di Malaysia telah bermula pada era 1950-an dan berkembang pesat bermula pada tahun 1960.

Konsep penubuhan prasekolah asalnya adalah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid – murid yangberumur 4 hingga 6 tahun tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan memasuki alam persekolahan di peringkat rendah. Akta Pendidikan 1996telah memberi satu perubahan yang signifikan bagi pendidikan prasekolah. Pendidikan Prasekolah juga merupakan pendidikan asas yang penting bagi kanak-kanak dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas menerima pendidikan di rumah.Sealain itu, pendidikan prasekolah juga memberi pendedahan tentang pengetahuan,kemahiran dan nilai murni kepada kanak-kanak secara praktikal dan secara tidaknormal dalam suasana yang menyeronokkan melalui pendekatan bermain sambilbelajar. Pendekatan ini merupakan satu kaedah yang fleksibel, dinamik, komprehensif,interaktif dan pembabitan dalam aktiviti bilik darjah yang mementingkan penerokaandan naluri ingin tahu di kalangan kanak-kanak.

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) digubal sebagai usaha untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Ianya menjadi satudokumen rujukan standard kepada semua pengusaha tadika seperti yang terdapat dalam pindaan Akta Pendidikan 1996 ( Pendidikan Prasekolah). Perancangan dan peggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan prinsip Rukun Negara Dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan Negara. Ia juga mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan awal kanak-kanak psikologi dan perkembangan kanak-kanak serta trend pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan , teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran. Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebagsaan ini mengandungi model konseptual kurikulum, matlamat, objektif, organisasi, kandungan kurikulum, komponen-komponen kurikulum, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, cadangan bahan kurikulum, pengurusan ruang dan penilaian serta rekod perkembangan murid.Bagi menjelaskan perkara di atas, maka huraian Kurikulum Prasekolah disediakan.Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pula digubal berdasarkan kepada prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak dan teori pembelajaran kanak-kanak.

Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid, inkuiri penemuan, belajar melalui bermain, pendekatan bertema, pendekatan bersepadu adalah ditekankan. Kriteria pemilihan aktiviti member keutamaan kepada pengalaman yang menyubu rkan ( en r i ch ing ) , peng l i ba tan ak t i f ( engag ing ) , se lama t ( sa fe ) , dan menyeronokkan(fun). KSPK mermberi peruntukkan masa yang lebih panjang untuk pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris berbanding dengan apa yang terdapat dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003. Ia juga digubal berdasarkan rekabentuk kurikulum berasakan standard, berbentuk modular, dan berkisar pada enam tunjang yang akan diteruskan pada sekolah rendah dan menengah. Penggubalan KSPK mengambil kira keperluan bagi memastikan kesinambungan antara KSPK dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR).

2.7 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

KPK KSPK

Berdasarkan konsep dan prinsip

Pendidikan Prasekolah dan mempunyai

empat Pendekatan Pembelajaran iaitu:

1. Pendekatan Belajar melalui Bermain

yang menekankan cirri-ciri.

-Aktiviti yang menggembirakan.

- Penerokaan dan interaksi dengan

Persekitaran.

_ Permainan bebas dan terancang.

_ Kelonggaran masa.

_ Percubaan idea sendiri.

_ Peluang untuk member tumpuan

dan perhatian.

2. Pendekatan bertema berasaskan

_Boleh merentas semua.

_ Bersesuaian dan berkaitan dengan

pengalaman dan kehidupan murid,

situasi, masa atau peristiwa.

_Kemudahan untuk mendapatkan

bahan sumber yang diperlukan.

_ Guru berminat terhadap tema yang

dipilih.

_ Pemeringkatan tema yang mudah

Menegaskan penggunaan pelabagai

pendekatan Pengajaran dan

Pembelajaran.

1. A.Hands On learning.

b. Inkuiri Penemuan

c. Belajar Melalui Bermain.

d. Pembelajaran secara kontekstual

(menggunakan pengalaman murid, alam

persekitaran murid).

e. Pembelajaran berasaskan projek.

f. Pembelajaran Masteri (terutamanya

dalam penguasaan bahasa dan

kemahiran).

g. Pembelajaran Kepelbagaian

Kecerdasan.(multiple Inteligence)

H.Pembelajaran berpusatkan murid.

i. Pembelajaran di luar bilik darjah.

2. Pendekatan yang digunakan mesti

memberi peluang pembelajaran yang

tidak terhad kepada murid.

3. Menggunakan pendekatan yang

bersesuaian dengan terhadap

perkembangan kanak-kanak supaya

pembelajaran akan berkesan dan akan

kepada yang lebih mencabar.

3. Penedkatan bersepadu yang

melibatkan:

@Kesepeduan antara komponen

_Kesepaduan kemahiran, kemahiran

dan nilai murni.

_Kesepaduan aktiviti dalam dan luar

kelas.

_Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru

dan murid.

_Kesepaduan pelabagai kaedah teknik.

4. teknologi Maklumat dan Komunikasi

digunakan untuk:

_Membantu proses Pengajaran dan

Pembelajaran.

_Memperolehi maklumat

_Berinteraksi dengan bahan untuk

belajar sendiri dan bersama rakan

sebaya.

-Memperkayakan pengalaman

Pembelajaran.

membawa makna kepada murid.

3.0 Faktor Mempengaruhi Pembentukan dan Perubahan Kurikulum.

Selain daripada mengetahui ilmu komponen utama bagi membentuk sesuatu Kurikulum, kita juga memahami faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan atau perubahan sesuatu Kurikulum:

1.Kehendak dan Keperluan Pelajar

Merujuk kepada Teori keperluan Maslow,faktor keperluan murid merangkumi keperluan asas, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri.

Kehendak dan keperluan pelajar perlu dipenuhi supaya menjamin konsep kendiri yang positif sejajar dengan apa yang terkandung di dalam sesuatu kurikulum yang ingin dirancang.Kita perlu faham bahawa keperluan individu juga perlu dipenuhi dari aspek ilmu pengetahuan peluang mengembangkan potensi dan minat secara menyeluruh dari pelbagai aspek.

2.Kehendak Dan Keperluan Negara

Kehendak dan keperluan Negara adalah berkaitan dengan ideologi, budaya dan nilai di dalam sesebuah masyarakat dan Negara.Jika kita lihat di Negara Malaysia pembentukan Kurikulum Pendidikan haruslah mengutamakan kepelgaian kaum yang pastinya dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.Maka elemenya dimasukkan didalam Kurikulum adalah mengandungi unsur-unsur kebudayaan masyarakat serta nilai yang diterima oleh semua.Ia juga wajar mementingkan keperluan Negara untuk bersaing dalam era globalisasi.

3.Kehendak sarwa Jagat

Pembentukan sesuatu Kurikulum juga mestilah memenuhi kehendak Sarwa Jagat.Arus perubahan teknologi misalnya telah menuntut persaingan positif di seluruh dunia.Aspek keseimbangan politik, kestabilan ekonomi serta teknologi maklumat dan komunikasi merupakan asas pembangunan sesebuah Negara juga bergantung kepada bidang pendidikan.

Maka Kurikulum pendidikan yang ideal akan menyediakan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan,berkemahiran,berketerampilan, dan mempunyai Jati diri untuk Negara.

4.Guru Dalam Proses Pelaksanaan Kurikulum.

Guru perlu bertindak sebagai fasilitator dalam kalangan murid-murid secara tidak langsung perlu menjadi idola atau “Role Model” kepada anak-anak didik kita.Maka perlu beri

bimbingan yang berkesan kepada semua murid supaya perkembangan mereka dapat dijana secara seimbang dan menyeluruh.

Di dalam bilik darjah seseorang guru boleh melaksanakan Kurikulum dengan berkesan seperti mengadakan simulasi yang boleh menggalakkan aktiviti kemahiran berfikir dan menggalakkan murid mengakses maklumat menggunakan kemahiran berfikir serta menyelesaikan masalah.Aktiviti seumpama ini dapat membina kemahiran dan mengembangkan ilmu pengetahuan secara praktikal.

4.0 Isu Pendidkan yang timbul yang boleh membawa kepada terhasilnya KSPK

Menurut Kajian Grace (1992) dalam Sarayah Zaidon (2003) dalam pendidikan Prasekolah, kaedah yang selalu diguanakan untuk mentafsir pelajar adalah dengan menggunakan portfolio iaitu rekod proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak.Proses pembelajaran boleh direkod melalui portfolio kerana kandungan portfolio mampu menunjukkan apa yang telah dipelajari bagaimana kanak-kanak mempelajari dan bagaimana kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain dalam menyempurnakan tugasan mereka.

Menurut Surayah Zaidon (2003) lagi, portfolio kanak-kanak Prasekolah merupakan satu dokumentasi penting yang dapat menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program Prasekolah.Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak.Namum didapati pelaksanaanya sekadar sebagai satu fail untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak.Ini merupakan satu kerugian yang besar bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan program Prasekolah.Pelaksanaan portfolio yang bertetapan adalah penting bagi menjamin perkembangan kanak-kanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak.

Manakala menurut kajian Seefekit (1990), kanak-kanak mempunyai repetoir tingkah laku yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat menggunakan bahasa dengan tepat untuk menerangkan pengalaman yang dialami kaedah lain seperti rujukan norma atau penggredan melalui ujian bertulis tidak digunakan kerana tidak sesuai untuk pelajar Prasekolah yang tidak berupaya menggunakan bahasa yang tepat untuk menerangkan pengalaman atau pembelajaran yang dialami oleh repetior tingkah laku murid terhad.Seseorang guru Prasekolah tidak wajar memberikan soalan ujian berbentuk esei kepada pelajarannya kerana penilaian berbentuk esei tidak boleh membantu dalam merangsangkan idea kanak-kanak dan dikhuathiri akan member tekanan kepda mereka.Perkara sebegini seharusnya dielakkan kerana ianya boleh merencatkan proses perkembangan idea dan bahasa kanak-kanak.Pendekatan seperti penggunaan portfolio lebih sesuai dengan praktikal untuk pelajar Prasekolah.

Satu kajian oleh Nor hashimah dan Kadijah (2000) menunjukkan guru tidak mempunyai masa membuat penilaian formatif terhadap pelajar ketika pelaksanaan pendidikan Islam dan

Moral di peringkat Prasekolah.Oleh kerana guru banyak member tumpuan pada persediaan dan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah, pemerhatian, senarai semak dan rekod individu jarang dilakukan.hal ini kerana para Ibu Bapa lebih menekankan pencapaian akademik dan kognitif pelajar seperti asas perkiraan dan bahasa.Keadaan ini juga menyebabkan aspek-aspek yang menunjukkan perkembangan kanak-kanak seperti perkembangan sahsiah dan sikap pelajar tidak menyeluruh pelaksanaanya dan hanya dibincangkan bersama Ibu Bapa yang berminat terhadap perkembangan anak-anak mereka.

Menurut kajian Mohammad (1993) berjudul “Tugas dan masalah Guru dalam mengendalikan Kurikulum Prasekolah” yang dijalankan ke atas 12 orang guru tadika dengan 11 orang pembantu guru tadika perpaduan mendapat aspek penilaian pembangunan kanak-kanak telah diketahui namun guru menghadapi kesukaran mengendalikannya akibat kurang kemahiran.Isu yang sama timbul dalam kajian rohaty (1996) bertajuk “Educational Assesment Of Malaysian Preschooler”.Kajian tersebut juga menunjukkan guru kurang berpengetahuan tentang kepelbagaian jenis kaedah penilaian perkembagan kanak-kanak telah diketahui namun pelaksanaan penilaian perkembangan tersebut sukar dijalankan.

Aspek-aspek seperti jasmani,emosi,rohani dan intelektual (JERI) seharusnya dinilai menggunakan pendekatan berbeza oleh guru mengikut kaedah yang dipelajari semasa dalam pengajian mereka.kesemua aspek tersebut memerlukan pemantauan berterusan sepanjang sesi persekolahan.

4.1 Isu yang terdapat ketika mengajar di peringkat Prasekolah

1.Celik Huruf

Sukatan Pelajaran Prasekolah anatara lain, bertujuan untuk mencelik hurufkan murid.Ada guru Bahasa Melayu beranggapan bahawa semua murid yang diterima masuk ke kelas Tahun satu sudah celik huruf.Apabila anggapannya itu meleset, mereka mengeluh.Mereka berasa berat untuk mengajarkan a-b-c kepada beberapa orang murid yang tidak berpeluang mengikuti prasekolah tetapi masih belum celik huruf.Murid-murid ini menokok jumlah murid yang perlu dicelik hurufkan oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.

1.Celik Huruf 2.Kesukaran menguasai Konsep Nombor.

3.Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-Kanak.

4.Kurang Pengetahuan dalam dalam pengajaran sais Awal.

Mulai tahun 2006 KPM memperkenalkan pula program kelas Intervensi Awal membaca dan menulis (KIA2M).Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, mayatakan, KIA 2M bertujuan untuk memastikan murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar di sekolah.Tujuan ini tidak tercapai apabila pada akhir Ogos 2006 hampir 100 ribu murid tahun satu belum celik huruf.Pada akhir September 2009 pula sebanyak 85,000 murid tahun satu belum menguasai 2M.

Berdasarkan sasaran yang dibincangkan oleh Menteri Pelajaran dan timbalannya.Dijangka pada tahun 2011 jumlah murid tahun satu yang belum celik huruf dijangka dalam lingkungan 50,000 orang.Malah apabila kita mengambil kira jumlah kelahiran yang semakin meningkat, jumlah ini tidak benyak berubah pada akhir tahun 2012.Jadi penetapan sasran 85 hingga 87 peratus kanak-kanak berpeluang mengikuti Prasekolah pada tahun 2012 itu rendah.

Penetapan sasaran yang rendah pasti menghampakkan pendukung PIPP yang ingin melihat murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar di sekolah.Kenyataan bahawa semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran 3m selepas melangkah ke tahun empat pula bagaikan mengesahkan kehampaan pendukung PIPP.

2.Kesukaran Menguasai Konsep Nombor

Konsep nombor merupakan sakah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak Prasekolah.Nombor memainkan peranan yang penting dalam mengasai pembelajaran matematik Prasekolah.Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan matematik dengan terus mengajar kanak-kanak symbol 1,2,3 dan seterusnya Tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling, ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar.

3. Penggunaan Portfolio Bagi penilaian kanak-kanak.

Penggunaan portfolio kanak-kanak Prasekolah tempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masalah penggunaan portfolio.Terdapat berbagai bentuk portfolio yang boleh diselenggara.Anataranya mengguanakan kotak, fail, folder atau disket cara menyimpan hasil kerja banyak bergantung kepada pengalaman guru menyelenggara portfolio pada tahun sebelumnya.Akibat ketidakcekapan guru mengumpul hasil kerja, sikap guru yang tidak selektif guru mengumpul hasil kerja tanpa dianalisis,Ini menjadikan bahan yang dikumpul terlalu banyak dan menjejaskan bentuk fizikal portfolio.

Penyemakan pula adalah secara langsung atau spontan di mana guru memberi komen secara lisan tentang kesalahan hasil kerja terus kepada kanak-kanak.Kandungan portfolio terutamanya hasil seni dipamerkan di kelas.Di sini mendapati pengesanan perkembangan keselamatan kanak-kanak memerlukan pemerhatian ke atas aktiviti kanak-kanak dan interaksi bersama kanak-kanak selain dari maklumat dari hasil kerja.

Hasil kerja yang dikumpul terbatas kepada yang berasaskan kertas yang berbentuk lembaran kerja dan hasil tulisan yang merupakan salinan atau adaptasi dari buku-buku rujukan di pasaran.Pengumpulan kandungan portfolio tidak dijalankan mengikut prosedur tertentu dengan penglibatan kanak-kanak yang terhad.Dari segi tatacara menilai kandungan portfolio, kaedah semakan yang paling menonjol adalah secara member ganjaran.Penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentuk perbandingan dinatara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu.Penganalisan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan.

Banyak kajian yang menunjukkan guru tadika mempunyai pengetahuan yang terhad dalam aspek penilaian perkembangan kanak-kanak akibat pendekatan latihan pra perkhidmatan yang berunsurkan teori dan mengetepikan ataupun memperlekehkan pengaplikasian teori.Bakal guru perlu diberi pendedahan kepada input yang dapat merealisasikan matlamat pelaksanaan penilaian.Kanak-kanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad bagi dinilai.Justeru, guru perlu didedahkan kepada pelbagai alat pentaksiran pemerhatian daripada segi teori dan praktikal seperti rekod anekdot dapat menjamin bakal guru benar-benar faham bentuk penilaian yang perlu dijalankan di peringkat Prasekolah dan tidak mengambil jalan mudah dengan menggunakan ujian-ujian yang hanya memuji perkembangan kognitif kanak-kanak.

4.Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal.

Perubahan Kurikulum Prasekolah yang sering berlaku di Malaysia banyak menyusahkan proses pembelajaran dan pengajaran guru di peringkat Prasekolah.Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan amat menekankan pengajaran sains awal kepada kanak-kanak Prasekolah.Perubahan ini menyebabkan guru-guru Prasekolah kurang pengetahuan dalam pengajaran sains awal.Hal tersebut juga memberi kesan terhadap sikap dan keyakinan guru-guru Prasekolah dalam pengajaran Sains Awal.

Sikap dan pengetahuan dalam pengajaran Sains Awal di peringkat sekolah, walaupun umumnya menunjukkan respon positif terhadappengajaran sains Awal tetapi masih terhadap guru sebanyak (74%) yang menyatakan mereka merasakan pengajaran Sains Awal tidak begitu menarik.Manakala 40% pula berpendapat mereka menghadapi kesukaran untuk memahami sains dan beranggapan pengajaran sains awal mengambil masa yang panjang.Sebelum itu terdapat juga guru yang belum mempunyai pengalaman dalam mengajar mata pelajaran sains.Pengetahuan dan sikap yang positif penting dalam pengajaran Sains Awal di Prasekolah.

KSPK dalam pengajaran Matematik

Penguasaan matematik awal oleh murid Prasekolah penting kerana ianya merupakan asas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi.Pembelajaran matematik awal yang diperolehi melalui pengalaman langsung dan bermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari matematik.Konsep Pra nombor,nombor awal, operasi nombor pengukuran, masa dan ruang

perlulah diajar bersesuaian dengan peringkat perkembanga murid dan merupakan komponen penting dalam pengajaran matematik awal di peringkat sekolah.

Terdapat pelbagai kaedah, strategi dan pendapat dalam pengajaran dan pembelajaran matematik awal di peringkat Prasekolah.Asas perkembangan matematik bermula dari pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna,saiz dan bentuk sebelum peringkat bergambar (Pictorial) dan simbolik.

5.0 Konsep Matematik

Menurut Nor’aini binti Tahir dalam bukunya,’pembelajaran kognitif dan pembelajaran kanak-kanak’, matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.Sifat matematik menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran.Berdasarkan NAEYCpula, matematik bermula dengan penerokaan behan seperti membuat binaan blok-blok, pasir dan air.Pembelajaran matematik disepadukan dengan sains, sains sosial, kesihatan dan bidang-bidang lain.Selain itu, program matematik seharusnya membolehkan kanak-kanak menggunakan matematik sebagai alat untuk meneroka, mencari penemuan baru(discovery) dan menyelesaikan masalah.Kebolehan matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani kehidupan sehaian (NOR AZLAN, 1987).

Asas perkembangan metematik kanak-kanak bermula daripada kanak-kanak bekaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti objek seperti warna,saiz dan bentuk yang berbeza-beza serta manipulasi nombor-nombor yang ada disekelililng mereka.Menurut Jean Piaget, setiap kanak-kanak normal berupaya memahami matematik dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang diberikan menarik perhatian mereka.Matematik adalah contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak yang memerlukan pengalaman, interaksi, sosial, masa dan kefahaman berkenaan pemikiran kanak-kanak.

5.1 Terdapat pelbagai kaedah, startegi dan pendapat dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik awal Kanak-kanak.

Pengelasan Pengelasan

PerbandinganPerbandingan

SeriasiSeriasi

Padanan satu dengan satuPadanan satu dengan satu

MembilangMembilang Konsep nomborKonsep nombor

Operasi NomborOperasi Nombor

PengukuhanPengukuhan

Konsep masaKonsep masa

Konsep RuangKonsep Ruang

1.Pengelasan

Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan cirri-ciri yang jelas.Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan.Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan:

2.Perbandingan

Perbandingan adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan cirri tertentu sebagai asas perbandingan.Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek.Tujuannya adalah untuk memastikan murid-murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan seperti lebih banyak, lebih kurang dan lebih tinggi.

Contoh perbandingan membandingkan:

3.Seriasi

Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan criteria yang jelas.Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul.Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan contoh seriasi:

Menyusun mengikut pola urutan kecil

Menyusun objek mengikut ciri

Warna Bentuk Saiz

Ukuran Beratsaiz Bilangan/kualiti

Panjang

Pendek

Tinggi

Rendah

Tebal

Nipis

Besar

Kecil

Berat

Ringan

Banyak

Sedikit

Besar, nipis Tebal, Rendah Tinggi-Pendek Panjang-Sempit-Luas

4.Padanan satu dengan satu

Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza.Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan mengikut warna, saiz,bentuk,bilangan,pasangan dan sebagainya,objek dengan nombor dan nombor dengan nombor.Memadan bilangan objek dengan symbol juga adalah sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu.

Contoh padanan satu dengan satu:

@ Memadanan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.

@ Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dan sudu.

@ Memadan bilangan objek dengan symbol nombor.

5.Pola

Salah satu aspek dalam matematik pola dalah dalam kehidupan seharian kita, ada waktusiang dan waktu malam.Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri urid-murid.

6.Keabadian

Ketekalan merupakan (Consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isi padu, dan keluasan.tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza.

@Meniru Pola

@ Menyambung Pola

@ Melengkpkan Pola

@ Membina Pola Sendiri

7.Nombor

Nombor memainkan peranan penting dalam pembelajaran matematik.Nombor adalah sesuatu yang dikaitkan dengan kuantiti, kesedaran yang melibatkan konsep dari mudah ke kompleks.

8.Membilang

Membilang adalah satu proses yang rumit dan memrlukan ketelitian yang mana murid-murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor.Terdapat empat prinsip membilang yang perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan bukan secara hafalan.

Empat prinsip ini adalah:

9.Konsep Nombor

Konsep nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan benda yang dilihat.Konsep nombor menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala langkah adalah symbol atau tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor.Sistem nombor yang digunakan hari ini mempunyai 4 ciri penting iaitu:

Prinsip padanan satu dengan satu, di mana murid dapat memadankan satu objek dengan satu nama nombor.

Prinsip susunan nombor yang mengikut urutan (stable Order) iaitu bermula 1,2,3…….dan seterusnya.

Prinsip Ordinal iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang bilang dan order irrequence.

1.Nilai Tempat

2.Asas Sepuluh

3. Penggunaan Sifar

4.Mempunyai Nilai Tambah

10.Operasi Nombor

Pembelajar Operasi nombor melibatkan konsep tambah (+) dan tolak(-).Konsep asas bagi operasi tambah ialah proses dua himpunan yang disatukan dan menjadi jumlah tertentu.

11.Pengukuran

Pengukuran adalah satu proses dimana satu nombor diberikan kepada cirri (attribute)

Contohnya:

12.Konsep Masa

Masa adalah satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Konsep masa berkait rapat dengan turutan atau seriasi.Turutan peristiwa seperti akhir pertama selepas, sebelum dan diantara menunjukkan idea kedudukan seperti pertama, kedua dan ketiga.

Masa boleh diukur dengan dua cara iaitu:

13.Konsep Ruang

Merujuk kepada sesuatu objek yang terletak dalam ruang seperti depan, atas, bawah,sisi,tengah,luar dan dalam.

6.0 Kesimpulan

Kepentingan Pendidikan Prasekolah sebagai penyediaan kepada kanak-kanak ke alam Prasekolahan telah banyak didokumentasikan.Menurut UNESCO, Pendidikan Awal Kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam perkembangan minda kanak-kanak dan dapat mengurangkan kekurangan sedia ada dan di masa depan.26 kajian dijalankan di Amerika Syarikat mendapati kanak-kanak yang mengikuti Pendidikan Prasekolah, lebih komited dalam Pendidikan dan memperolehi pendapatan lebih tinggi pada masa hadapan.

Panjang, berat ,kapasiti, luas, isipadu,suhu dan masa

Tempoh Masa Waktu

Menyedari kepentingan Pendidikan Prasekolah serta skop Malaysia dalam meningkatkan kadar penyertaan Prasekolah, yang mana kadar semasa ialah 67% bagi kanak-kanak yang berumur empat dan lima tahun.Telah mengenalpasti Pendidikan Prasekolah sebagai salah satu focus dibawah NKRA pendidikan.

Bagi meningkatkan kadar penyertaan dan kualiti Pendidikan Prasekolah terdapat tujuh teras yang dikenalpasti bagi memperkasa tadbir urus dan pelaksanaan Pendidikan Prasekolah berkualiti:

@ Penubuhan jawatankuasa penyelerasan Prasekolah Kebangsaan serta bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah.Jawatankuasa ini berperanan mengkaji semula dasar Pendidikan Prasekolah kerajaan dan Prasekolah swasta yang berdaftar termasuk Kurikulum, kriteria kelayakan, latihan dan penilaian menyeleras semula Prasekolah (kerajaan dan swasta) serta memantau dan menilai Pendidikan Prasekolah bagi menggubal dasar Prasekolah masa depan.Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran (MOE), manakala ahli tetapnya, terdiri daripada ketua Pengarah KEMAS ketua Pengarah JPNIN dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta (MOE).

Pelaksanaan Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bermula Januari 2010, yang dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta.KSPK member penekanan dalam aspek berikut:

@Menggabungkan prinsip Pendidikan holistic yang berorientasikan kepada hasil pembelajaran.

@ Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mengambil kira latar belakang pelajar yang berbeza.

@Mentakrifkan penggunaan Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Mandarin sebagai bahasa Instruksional.

@ Melibatkan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemahaman budaya serta aktiviti pelbagai bangsa.

Penambahbaikan kepada Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan ini merupakan satu inisiatif yang diterima baik.

@ Menyeragamkan bantuan kepada murid Prasekolah Kerajaan.Ini termasuk penyeragaman pemberian geran per kapita kepada Prasekolah MOE, Kemas dan JPNIN serta menaikkan bantuan makanan bagi menampung inflasi.

@ Meningkatkan kualiti guru dan meningkatkan kualiti Pendidikan Prasekolah dan Pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan cabaran abad ke-21.Kerajaan transformasi Kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk pembuat dasar,pelaksana, pengurus Kurikulum, Ibu bapa serta pihak berkepentingan.

7.0 Rujukan

1. Jabatan Perdana Menteri.2009.Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan.Selangor;PERMATA NEGARA.

2. Pendidikan Awal Kanak-Kanak:Pra 3101.Diperlolehi daripada

http://zulprasekolah.blogspot.com/2009/01/pra-3101-asas-pdd-awal kanak.

html/RUJUKAN/akta/akta%20 pdd% 201996.pdf.

3 .KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010.

Tadikaintanbestari.blogspot.com/……./kurikulum-standard……..

4.Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.PENERANGAN BUKU

HURAIAN.2011.

5. Modul pdd Awal kanak-kanak.UPSI.2012.