Assignment Saya - Rekreasi Matematik

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 Assignment Saya - Rekreasi Matematik

    1/9

    REKREASI MATEMATIK

    Tajuk : Larian Matematik

    Kumpulan Sasaran : Murid Tahap 2 ( Tahun 4 hingga tahun 6 )

    Bilangan Murid : Semua murid boleh mengambil bahagian ( dipecahkan kepada

    4 atau 5 kumpulan )

    Objektif : 1. Merangsang murid untuk menjawab dengan cepat dan tepat.

    2. Membantu murid mengingat kembali pelajaran yang telah

    diajar.

    3. Menyediakan persaingan yang sihat antara murid untukcuba sedaya upaya menunjukkan kebolehan diri sendiri.

    4. Mewujudkan kerjasama antara rakan sepasukan.

    5. Membantu meningkatkan koordinasi dan kepantasan pergerakan

    murid

    Jangka Masa : 15 hingga 30 minit.

    Bahan Bantu : Kad imbasan, pelekat bewarna, soalan berkaitan, pen marker,

    wisel.

  • 7/30/2019 Assignment Saya - Rekreasi Matematik

    2/9

    Pendahuluan

    Aktiviti Larian Matematik ini merupakan satu aktiviti yang menarik dan

    mengujakan murid-murid dalam memahami konsep-konsep dalam matapelajaran

    Matematik. Aktiviti ini lebih menjurus kepada aktiviti pengukuhan dan pengayaan, bagi

    menguji dan menilai sejauh mana kefahaman murid-murid tentang sesuatu kemahiran

    Matematik yang baharu sahaja diajarkan. Permainan ini lebih menyerupai kuiz, di mana

    soalan-soalan akan diajukan secara rawak dan terbuka kepada semua orang di dalam

    setiap kumpulan untuk menjawabnya. Tetapi, kaedahnya berlainan sedikit kerana murid

    akan menjawab mengikut giliran yang telah ditentukan dan murid perlu berlari ke arah

    papan putih dan menulis jawapan di atasnya. Jika murid yang tampil ke hadapan gagal

    untuk menjawab, murid dalam kumpulan yang sama boleh membantu, dengan syarat

    murid yang tidak dapat menjawab itu perlu berlari semula ke kumpulannya dan menepuk

    tangan kepada rakannya supaya berlari ke hadapan bagi membantu menulis jawapan

    yang betul.

    Persediaan

    Aktiviti ini melibatkan pergerakan murid di dalam kelas. Jadi, langkah keselamatan

    amatlah dititik beratkan supaya tiada kemalangan dan perkara yang tidak diingini

    berlaku. Sebelum aktiviti dimulakan, guru haruslah memberi penerangan yang jelas

    tentang syarat-syarat permainan, dan langkah berjaga-jaga haruslah diambil perhatian

    yang rapi. Guru haruslah memastikan keadaan kelas dalam keadaan tersusun dan

    pergerakan murid berlari ke hadapan kelas dalam keadaan yang selamat dan tiada

    halangan kerusi dan meja di sekitarnya. Guru juga harus mengingatkan murid bahawa ini

    adalah suatu permainan, bukan pertandingan, yang penting bukan pasukan yang

    menang atau yang kalah, tetapi objektif di sebalik permainan ini untuk memberi kelainan

    kepada murid, belajar sambil bermain disamping memantapkan kemahiran Matematik

    murid.

  • 7/30/2019 Assignment Saya - Rekreasi Matematik

    3/9

    Langkah 1 ( Memulakan Permainan )

    Murid diagihkan kepada 4 atau 5 kumpulan, berpandukan bilangan murid dalam

    kelas tersebut. Murid diminta berbaris di belakang kelas mengikut kumpulan masing-

    masing. Kerusi dan meja dialihkan ke bahagian tepi kelas untuk memudahkan

    pergerakan murid berlari ke hadapan dan ke belakang semula nanti. Guru membacakan

    syarat-syarat permainan supaya murid faham dan akan melancarkan perjalanan aktiviti

    ini nanti.

    Syarat-syarat Permainan

    1. Murid yang di hadapan barisan bagi setiap kumpulan merupakan peserta yang

    pertama, diikuti oleh peserta yang kedua dan seterusnya.

    2. Guru akan menunjukkan kad rangsangan ( kad imbasan ) yang mempunyai

    nombor tertentu sahaja. Soalan akan diajukan berpandukan nombor pada kad

    tersebut.

    3. Soalan akan dibacakan 2 kali sahaja. Selepas itu, wisel akan ditiup dan peserta

    yang sepatutnya menjawab soalan tersebut akan berlari ke hadapan dan menulis

    jawapan pada ruangan yang telah disediakan bagi setiap kumpulan.

    4. Peserta terpantas yang menjawab soalan dengan betul akan diberikan 3 markah.

    Kad markah bewarna merah akan ditampal di ruangan jawapan kumpulan.

    Peserta lain yang dapat menjawab dengan betul tetapi lewat daripada peserta

    pertama yang menjawabnya akan diberikan 2 markah, dan kad kuning akan

    ditampal. Tetapi, andai kata peserta tidak dapat menjawab soalan, rakan

    sekumpulan boleh membantu, tetapi peserta perlu berlari ke kumpulannya dan

    menepuk tangan rakan yang akan membantu. Jika jawapan peserta pembantu

    betul, hanya 1 markah diberikan dan kad hijau akan ditampal.

    5. Soalan seterusnya akan diberikan, dan murid akan menjawab mengikut giliran

    yang telah ditentukan di dalam barisan.

    6. Pasukan yang mengumpul markah paling banyak dikira sebagai pemenang.

  • 7/30/2019 Assignment Saya - Rekreasi Matematik

    4/9

    Langkah 2

    Guru harus mamastikan murid-murid telah betul-betul faham akan syarat-syarat

    permainan. Seterusnya peserta pertama bagi setiap kumpulan diminta bersedia. Guru

    mempamerkan kad imbasan yang ditulis nombor sahaja padanya. (Contoh kad

    imbasan yang ditulis nombor rujuk pada lampiran 1 ). Guru membacakan soalan

    berpandukan kad nombor yang ditunjukkan. Soalan dibacakan sebanyak 2 kali sahaja.

    ( Contoh soalan rujuk pada lampiran 2). Selesai sahaja soalan kali kedua dibacakan,

    guru akan meniup wisel, dan peserta akan berlari dan menulis jawapan pada ruangan

    yang telah disediakan untuk setiap kumpulan. Peserta terpantas menjawab dengan betul

    akan diberikan 3 markah, 2 markah bagi peserta lain yang menjawab dengan betul, dan

    1 markah pada peserta pembantu. Kad markah akan ditampal pada ruangan jawapan

    kumpulan. ( Kad markah rujuk lampiran 3 ).

    Langkah 3

    Guru akan mengulangai langkah 2, sehingga habis giliran murid dalam setiapkumpulan untuk menjawab soalan yang diberi. Markah akan dikira berdasarkan kepada

    kad markah yang ditampal pada ruangan jawapan setiap kumpulan. Pemenang dikira

    berdasarkan markah yang tertinggi yang dikumpul daripada setiap kumpulan. Jika

    pungutan markah seri, soalan tambahan akan diberikan kepada kumpulan yang

    mendapat markah yang sama. Hanya satu kumpulan sahaja yang akan dikira sebagai

    pemenang.

  • 7/30/2019 Assignment Saya - Rekreasi Matematik

    5/9

    Langkah 4 ( Penutup )

    Selepas selesai aktiviti, guru akan membuat kajian semula dengan bertanya

    kepada murid-murid masalah yang dihadapi oleh mereka semasa permainan tersebut

    dijalankan. Jika mereka mengatakan bahawa mereka menghadapi masalah untuk

    memahami arahan dan soalan yang diajukan, maka sebagai guru kita haruslah

    menekankan aspek bahasa dan soalan yang diajukan haruslah jelas dan nyata. hal ini

    jelas menunjukkan bahawa murid-murid itu dapat menyelesaikan masalah-masalah

    Matematik jika mereka boleh memahami arahan atau soalan yang diberikan. Kumpulan

    yang menang haruslah diberi peneguhan dan ganjaran atas kemenangan yang telah

    diperolehi, dan sekurang-kurangnya menjadi pembakar semangat kepada kumpulan lain

    untuk terus memberikan persaingan jika permainan seumpama ini dijalankan lagi.

  • 7/30/2019 Assignment Saya - Rekreasi Matematik

    6/9

    Lampiran 1

    Contoh nombor-nombor yang ditulis pada kad imbasan sebagai bahan rangsangan bagi

    soalan yang diajukan

    14 357 21 368

    40 500 65 320

    79 545 100

    213 653

    1 020 2 345

  • 7/30/2019 Assignment Saya - Rekreasi Matematik

    7/9

    Lampiran 2

    Contoh soalan-soalan yang ditanya / dibacakan oleh guru berpandukan nombor yang

    ditunjukkan.

    1. Tuliskan nombor yang diberi dalam perkataan

    2. Apakah nilai tempat bagi digit ....... berpandukan nombor yang diberi.

    3. Nyatakan nilai digit bagi nombor ....... berpandukan nombor yang ditunjukkan.

    4. Apakah nombor seratus kurang daripada nombor diberi.

    5. Tuliskan nombor seribu lebih daripada nombor yang dinyatakan.

    6. Cerakinkan nombor berikut mengikut nilai digit.

    7. Cerakinkan nombor tersebut mengikut nilai tempat.

    9. Bundarkan nombor ini kepada puluh terdekat.

    10. Bundarkan nombor diberi kepada ratus terhampir.

    11. Bundarkan nombor tersebut kepada ribu terdekat.

    12. Bundarkan nombor yang diberi kepada puluh ribu terhampir.

    13. Bundarkan nombor ini kepada ratus ribu terdekat.

    14. Bundarkan nombor berikut kepada juta terhampir.

    15. Tambahkan 20 kepada nombor diberi.

    16. Apakah nombor yang kurang 100 daripada nombor ini.

    17. Nyatakan hasil darab nombor ini dengan 2.

    18. Nombor ini dibahagi 5, hasilnya...

    19. Tambahkan 235, dan bundarkan jawapan kepada ribu terdekat.

    20. Tolakkan 150, dan bundarkan jawapan kepada puluh ribu terhampir.

  • 7/30/2019 Assignment Saya - Rekreasi Matematik

    8/9

    Lampiran 3

    Contoh pelekat yang mewakili markah yang diperolehi setiap peserta.

    3 markah untuk peserta yang menjawab dengan betul dan terpantas

    2 markah untuk peserta lain yang dapat menjawab dengan betul

    1 markah bagi soalan yang dijawab betul oleh peserta pembantu

    3 3 3 3 3

    2 2 2 2 2

    1 1 1 1 1

  • 7/30/2019 Assignment Saya - Rekreasi Matematik

    9/9