Upload
angel-ling
View
14
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
gerko
Citation preview
Atur Cara
• Atur cara majlis ialah urutan cara dalam sesuatu majlis dari mula hingga
akhir.
• Contohnya, jika berkhemah tiga hari dua malam, atur cara perlu
disediakan dengan masa yang ditetapkan bermula daripada pelajar
berkumpul, bertolak ke kawasan perkhemahan dan kembali ke sekolah
setelah tamat perkhemahan tersebut.
• Pihak pengelola juga perlu menyediakan atur cara bagi majlis sama ada
perasmian atau penutup.
• Atur cara yang disediakan ini mesti terperinci dengan catatan masa
mengikut urutan ucapan dan atur cara.
• Contoh atur cara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG dan
penyampaian hadiah
2.00 ptg: Ketibaan ibu bapa2.30 ptg: Ketibaan dif jemputan2.45 ptg: Ketibaan Pengarah Pendidikan Kelantan2.50 ptg: Ucapan pengerusi majlis2.55 ptg: Doa oleh Ust. Mohd Nazren Mohamed3.00 ptg: Ucapan Guru Besar En. Ahmad Ismail3.15 ptg: Ucapan Yang Dipertua PIBG En. Ab. Alim Abdul Rahim3.30 ptg: Ucapan Pengarah Pendidikan Ybhg. Dato’ Shafie Ismail4.00 ptg: Ucapan penyampaian hadiah kepada pelajar5.00 ptg: Minuman dan bersurai
Buku Program
• Buku program ini merupakan salah satu dokumentasi kegiatan atau aktiviti
kokurikulum di sekolah.
• Muka surat dan helaian buku program tersebut boleh diubahsuai dengan
jenis aktiviti.
• Perkara-perkara yang perlu ada dalam buku program ialah:
Kulit hadapan (mengandungi tajuk aktiviti, tarikh dan masa, tempat,
nama dif perasmian dan cogan kata)
Kata alu-aluan (jika perlu)
Senarai nama Jawatankuasa Kerja/Pengelola dan Jawatankuasa Kecil
Program/Jadual keseluruhan aktiviti
Atur cara majlis perasmian
Iklan (jika ada)
Sesi Soal Jawab
a. Senaraikan contoh-contoh Ahli Jawatankuasa Pengelola yang
bertanggungjawab dalam sesuatu aktiviti kokurikulum.
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
Fotografi
Makanan dan minuman
Penginapan
Pendaftaran
Hadiah, Cenderahati dan Sijil
Urusetia
Jawatankuasa Keselamatan dan Pertolongan Cemas
Jawatankuasa Peralatan
b. Bincangkan aspek-aspek yang perlu diambil kira semasa membuat
anggaran perbelanjaan.
Jenis aktiviti dan pertandingan
Bilangan hadiah dan peserta
Kos bagi setiap hadiah
Makan minum pegawal, dif, peserta dan sebagainya
Kos tambang
Sewa tapak dan penginapan (jika berkhemah, melawat)
Cenderahati
Kain rentang, poster dan sebagainya
Sewa khemah dan sebagainya
Rumusan
• Semua aktiviti kokurikulum yang dijalankan harus mempunyai
rancangan yang teliti dan terperinci sebelum aktiviti tersebut
dijalankan.
• Antara rancangannya ialah menyediakan kertas kerja, surat
menyurat ,menubuhkan penubuhan AJK pengelolaan, membuat
anggaran perbelanjaan, menyediakan atur cara dan akhir sekali ialah
membuku buku program.