2
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF Ayat Aktif Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-). Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh. Ayat Aktif Ayat Pasif 1. Saya sudah menyiapkan semua kerja sekolah. 1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan. 2.Kami mesti menumpukan perhatian apabila guru mengajar. 2.Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru mengajar. 3. Kamu perlu mengajarnya menulis jawi. 3. Menulis jawi perlu kamu ajar kepadanya. 4. Ayah membelah kayu api itu. 4. Kayu api itu dibelah oleh ayah. 5. Mereka sedang menganyam tikar mengkuang itu. 5. Tikar mengkuang itu sedang dianyam oleh mereka.

Ayat Aktif Dan Ayat Pasif

  • Upload
    suther

  • View
    13

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm

Citation preview

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIFAyat Aktif

Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-).

Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh.

Ayat AktifAyat Pasif

1. Saya sudah menyiapkan semua kerja sekolah.1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan.

2.Kami mesti menumpukan perhatian apabila guru mengajar.2.Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru mengajar.

3. Kamu perlu mengajarnya menulis jawi.3.Menulis jawi perlu kamu ajar kepadanya.

4. Ayah membelah kayu api itu.4.Kayu api itu dibelah oleh ayah.

5. Mereka sedang menganyam tikar mengkuang itu.5.Tikar mengkuang itu sedang dianyam olehmereka.

Jenis-jenis Ayat Aktif

Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:-

1. Ayat aktif transitif

2. Ayat aktif tak transitif

a) Ayat Aktif Transitif

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek.

b) Ayat Aktif Tak Transitif

Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.

Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.

1. Anak kecil itu pandai menyanyi.

2. Ibunya sedang mandi.

3. Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.

Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyaobjek di dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di dalam ayat tersebut.