21
Ayat Aktif Ayat yang mengutamakan si pelaku sebagai subjek.Mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- me- men- menge- meny- Contoh ayat : 1. Saya sudah menyiapkan semua kerja sekolah. 2. Ayah membelah kayu api itu. 3. Mereka sedang menganyam tikar mengkuang itu. Ayat Pasif Ayat yang mengutamakan objek dan perbuatannya.Mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh. Contoh ayat : 1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan. 2. Kayu api itu dibelah oleh ayah. 3. Tikar mengkuang itu sedang dianyam oleh mereka. Elakkan daripada membina ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya. Contoh : 1.Bilik tidur itu mereka kemaskan (X) 2.Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka (/) 3.Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X) 4.Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (/)

Ayat Aktif

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ayat aktif

Citation preview

Page 1: Ayat Aktif

Ayat Aktif

Ayat yang mengutamakan si pelaku sebagai subjek.Mengandungi kata kerja yang berawalan MeN-

me-

men-

menge-

meny-

Contoh ayat :

1. Saya sudah menyiapkan semua kerja sekolah.

2. Ayah membelah kayu api itu.

3. Mereka sedang menganyam tikar mengkuang itu.

Ayat Pasif

Ayat yang mengutamakan objek dan perbuatannya.Mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh.

Contoh ayat :

1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan.

2. Kayu api itu dibelah oleh ayah.

3. Tikar mengkuang itu sedang dianyam oleh mereka.

Elakkan daripada membina ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.

Contoh :

1.Bilik tidur itu mereka kemaskan (X)

2.Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka (/)

3.Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X)

Page 2: Ayat Aktif

4.Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (/)

ANALISIS AYAT (JENIS-JENIS AYAT)

JENIS-JENIS AYAT

Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

Ayat Penyata1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

3. Ayat contoh:a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.c) Dia suka menonton rancangan televisyen.d) Datuk sedang berehat di ruang tamu.e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.

Ayat Tanya1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.

(i) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).3. Ayat contoh:

a) Adik masih belum makan?b) Pemuda itu malas?c) Pertandingan bercerita itu diadakan pada minggu hadapan?d) Erra penyanyi yang popular?e) Bas itu sudah bertolak?

(ii) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya1. Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, bila, mana, bagaimana dan sebagainya.

2. Ayat contoh:a) Barang itu apa?b) Pemain piano itu siapa?c) Hari jadi kamu bila?

Page 3: Ayat Aktif

d) Pejabat pos di mana?e) Keadaan nenek kamu bagaimana?

3. Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan diletakkan di hadapan ayat.4. Ayat contoh:a) Apakah barang itu?b) Siapakah pemain piano itu?c) Bilakah hari jadi kamu?d) Di manakah pejabat pos?e) Bagaimanakah keadaan nenek kamu?

Ayat Perintah1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.2. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:

a) Ayat suruhanb) Ayat laranganc) Ayat silaand) Ayat permintaan

Panduan Umum Penggunaan Jenis-jenis Ayat PerintahAyat Perintah Penggunaan Ayat ContohAyat Suruhan Memberi arahan atau memerintah seseorang membuat sesuatu.1. Minumlah teh ini dahulu.2. siapkan kerja sekolah ini.3. Fikirkanlah sebelum bertindak.

Ayat Larangan Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah.1. Jangan petik bunga itu.2. Usah bermain di tepi jalan.3. Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.

Ayat Silaan Menjemput atau mempersilakan seseorangMenggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.1. Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.2. Silalah pakai topi keledar.3. Jemput makan bersama-sama.4. Jemputlah datang ke rumah saya.

Ayat Permintaan Memohon permintaan dan pertolongan.Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.1. Minta tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat duduk masing-masing.2. Minta anda semua bersabar.3. Tolong ambilkan saya secawan air.

Page 4: Ayat Aktif

4. Tolong uruskan perkara ini dengan segara.

Ayat Seruan1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.4. Ayat contoh:a) Amboi, cantiknya gadis itu!b) Wah, mahalnya baju ini!c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini!d) Cis, berani kamu pukul saya!e) Syabas, kamu telah menang!

SUSUNAN AYAT1. Terdapat dua bentuk susunan ayat dalam bahasa Melayu, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.2. Dalam susunan biasa, subjek terletak di hadapan ayat manakala predikat pula terletak di belakang ayat.3. Ayat songsang ialah ayat yang predikatnya di hadapan dan subjeknya di belakang.

Ayat Biasa = Subjek + PredikatAyat Songsang = Predikat + SubjekAyat contoh:1. Encik Ahmad seorang doktor.(Ayat Biasa)     Seorang doktor Encik Ahmad. (Ayat Songsang)

2. Itu rumah saya.(Ayat Biasa)

Rumah saya itulah.(Ayat Songsang) 3. Perempuan itu siapa? (Ayat Biasa)

Siapa perempuan itu? (Ayat Songsang)

4. Kasut adik belum bercuci. (Ayat Biasa)

Belum bercuci kasut adik. (Ayat Songsang)

5. Pokok itu sangat tinggi.(Ayat Biasa)

 Sangat tinggi pokok itu.(Ayat Songsang)

* Partikel "-lah" (untuk ayat penyata) dan partikel "-kah" (untuk ayat tanya) digunakan untuk memberi penekanan

kepada predikat dalam ayat.

Page 5: Ayat Aktif

5. Ayat songsang boleh dibentuk melalui proses pendepanan, iaitu:

a) Pendepanan seluruh predikatb) Pendepanan sebahagian daripada predikat

(a) Pendepanan Seluruh PredikatAyat Biasa Ayat Songsang1. Masakan ibu lazat sekali. 1. Lazat sekali masakan ibu.

2. Baju itu dijahit oleh ibu. 2. Dijahit oleh ibu baju itu.

3. Abangnya seorang pensyarah. 3. Seorang pensyarah abangnya.

(b) Pendepanan Sebahagian Daripada Predikat

Ayat Biasa Ayat Songsang

1. Kanak-kanak bermain layang-layang di padang itu.(Ayat Biasa)

1. Bermain layang-layang kanak-kanak di padang itu. .(Ayat Songsang)

2. Saya akan balik ke kampung esok.(Ayat Biasa)

2. Akan balik saya ke kampung esok.(Ayat Songsang)

3. Hatinya tersinggung dengan kata-kata kawannya.(Ayat Biasa)

3. Tersinggung hatinya dengan kata-kata kawannya.(Ayat Songsang)

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat Seruan

1. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.

Ayat Tunggal = 1 Subjek + 1 Predikat

2. Ayat contoh:a) Bee Hong seorang jururawat.b) Kucing itu sedang mengejar seekor tikus.c) Malaysia aman damai.d) See Ling ke Pulau Langkawi pagi tadi.

Page 6: Ayat Aktif

Ayat Majmuk

1. Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal.

2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu:a) Ayat majmuk gabunganb) Ayat majmuk pancanganc) Ayat majmuk campuran

(a) Ayat Majmuk Gabungan

1. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.2. Ayat majmuk gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, serta, atau, tetapi, sambil dan sebagainya.

Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan

Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan

a) Melati belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.b) Adilah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.

Melati dan Adilah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.

a) Erina seorang pelajar yang cerdik.b) Erina seorang pelajar yang malas.

Erina seorang pelajar yang cerdik tetapi malas.

a) Kok Loong masuk ke dalam bilik.b) Kok Loong tidur.

Kok Loong masuk ke bilik lalu tidur.

a) Abang memandang saya.b) Abang ketawa.

Abang memandang saya sambil ketawa.

a) Awak nak minum kopi?b) Awak nak minum teh?

Awak nak minum kopi atau teh?

(b) Ayat Majmuk Pancangan

1. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata hubung pancangan.

Page 7: Ayat Aktif

2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu:i) Ayat majmuk pancangan relatifii) Ayat majmuk pancangan komplemeniii) Ayat majmuk pancangan keterangan

(i) Ayat Majmuk Pancangan Relatif

1. Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung "yang".Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Cara Pembentukan Ayat Majmuk RelatifAyat induk : Saya membaca majalah itu.Ayat kecil : Majalah itu dibeli di kedai.1. Saya membaca majalah yang dibeli di kedai itu.

Ayat induk : Budak lelaki itu duduk di atas bangku.Ayat kecil : Budak lelaki itu adik saya.2. Budak lelaki yang duduk di atas bangku itu adik saya.

Ayat induk : Kakak mempunyai dua helai baju.Ayat kecil : Dua helai baju itu berwarna biru.3. Kakak mempunyai dua helai baju yang berwarna biru.

Ayat induk : Emak membeli kain sutera.Ayat kecil : Kain sutera itu berwarna merah.4. Emak membeli kain sutera yang berwarna merah.

Ayat induk : Bas itu bas sekolah.Ayat kecil : Abang saya menaiki bas.5. Bas yang dinaiki abang saya itu bas sekolah.

(ii) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

1. Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang menggunakan kata hubung "bahawa" dan "untuk".

Cara Pembentukan Ayat Majmuk Komplemen

Ayat induk : Budak lelaki itu berjanji.Ayat kecil : Dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.Kata hubung : bahawa 1. Budak lelaki itu berjanji bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.

Ayat induk : Ibu pergi ke pasar.Ayat kecil : Ibu membeli daging dan sayur-sayuran.Kata hubung : untuk

2. Ibu pergi ke pasar untuk membeli daging dan sayur-sayuran.

Page 8: Ayat Aktif

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

1. Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan ayat lain berfungsi untuk memberi keterangan.2. Terdapat beberapa jenis keterangan yang digunakan dalam ayat majmuk pancangan keterangan, iaitu:Keterangan sebab --> kerana, lantaran, oleh sebab

Keterangan syarat -->jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata

Keterangan waktu -->sejak, semenjak, setelah, sewaktu, tatkala, ketika, apabila

Keterangan pertentangan -->walaupun, meskipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sedangkan

Keterangan harapan--> supaya, agar, semoga

Keterangan cara -->dengan

Keterangan perbandingan -->seperti, macam, seolah-olah, ibarat, bak

Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan KeteranganCara Pembentukan Ayat Majmuk Keterangan

Ayat induk : Dia tidak pergi ke padang.Ayat kecil : Hari hujan.Kata hubung : kerana1. Dia tidak pergi ke padang kerana hari hujan.

Ayat induk : Yoong Leng sedang tidur nyenyak.Ayat kecil : Saya tiba di rumahnya.Kata hubung : apabila2. Yoong Leng sedang tidur nyenyak apabila saya tiba di rumahnya.

Ayat induk : Ibu menghiris bawang.Ayat kecil : Dia menggunakan pisau.Kata hubung : dengan 3. Ibu menghiris bawang dengan menggunakan pisau.

Ayat induk : Mazli berdoa.Ayat kecil : Ibunya cepat sembuh.Kata hubung : agar 4. Mazli berdoa agar ibunya cepat sembuh.

Ayat induk : Kakak masih belum balik lagi.Ayat kecil : Hari sudah lewat malam.Kata hubung : walaupun

Page 9: Ayat Aktif

5. Kakak masih belum balik lagi walaupun hari sudah lewat malam.

Ayat induk : Adik rajin berusaha. Ayat kecil : Dia akan berjaya dalam peperiksaan.Kata hubung : jika 6. Jika adik rajin berusaha, dia akan berjaya dalam peperiksaan.

(c) Ayat Majmuk Campuran

1. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau beberapa ayat majmuk.

Pembentukan Ayat Majmuk CampuranAyat tunggal : Ayah sedang membaca surat khabar.Ayat komplemen : Ibu sedang memasak untuk tetamu yang akan datang ke rumah.

1. Ayah sedang membaca surat khabar manakala ibu sedang memasak untuk tetamu yang akan datang ke rumah.

Ayat pancangan relatif : Persekitaran yang bersih amat penting.Ayat pancangan : Persekitaran yang bersih dapatketerangan menjamin kesihatan seseorang supaya tidak dijangkiti penyakit.2. Persekitaran yang bersih amat penting bagi menjamin kesihatan seseorang supaya tidak dijangkiti penyakit.

Ayat majmuk gabungan : Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil.Ayat pancangan relatif : Mereka ditegur oleh guru disiplin yang garang itu.3. Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil meskipun ditegur oleh guru disiplin yang garang itu.

Ayat majmuk gabungan : Adik bangun lalu turun ke serambi.Ayat komplemen : Kawan-kawan adik sedang menunggunya untuk pergi pergi bermain bola.4. Adik bangun lalu turun ke serambi kerana kawan-kawannya sedang menunggunya untuk pergi bermain bola.

Ayat tunggal : Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran.Ayat komplemen : Guru Besar mengumumkan bahawa peperiksaan akan diadakan pada bulan hadapan.5. Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran setelah Guru Besar mengumumkan bahawa peperiksaan akan diadakan pada bulan hadapan.

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF1. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberi penekanan kepada subjek.2. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.3. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberi penekanan kepada objek.

Page 10: Ayat Aktif

Ayat Aktif --Ayat Pasif1. Vincent membaiki radio yang rosak itu. (AYAT AKTIF)1. Radio yang rosak itu dibaiki oleh Vincent. (AYAT PASIF)

2. Kamu perlu membasuh pinggan mangkuk itu.(AYAT AKTIF)

2. Pinggan mangkuk itu perlu kamu basuh. (AYAT PASIF)

3. Dia menulis karangan itu.(AYAT AKTIF)

3. Karangan itu ditulis olehnya.(AYAT PASIF)

4. Ayah membaca surat khabar.(AYAT AKTIF)

4. Surat khabar dibaca oleh ayah.(AYAT PASIF)

5. Mereka sedang membersihkan kawasan rumah. (AYAT AKTIF)

5. Kawasan rumah sedang dibersihkan oleh mereka. (AYAT PASIF)

*Ayat-ayat di atas membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berlainan.

AYAT AKTIF

Ayat aktif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:(a) Ayat aktif transitif(b) Ayat aktif tak transitif(a) Ayat Aktif Transitif

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau unsur penyambutnya.1. Saya mengelap tingkap.2. Ibu menggoreng ikan.3. Kami menghormati guru.4. Beliau merasmikan majlis itu.5. Merokok membahayakan kesihatan.6. Bersukan menyihatkan badan.7. Adik bermain bola.

(b) Ayat Aktif Tak TransitifAyat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.

1. Adik menangis.

Page 11: Ayat Aktif

2. Kakak tidur. 3. Amran melukis. 4. Lydia bernyanyi. 5. Kami berehat.6. Emak memasak. 7. Adik mandi.

*Hanya ayat aktif transitif dapat dipasifkan kerana mempunyai objek.

AYAT PASIFAyat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasifb) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan keduac) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena"

(a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif1. Kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-.2. Hanya digunakan untuk kata ganti nama diri ketiga.3. Ayat contoh:(i) Pokok bunga itu ditanam oleh Li Mia.(ii) Baju sekolah itu digosok oleh Jun Meng.(iii) Kucing itu terlanggar oleh Sumudi.(iv) Batu itu tersepak oleh Helen.

(b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua1. Kedua-dua jenis kata ganti nama diri ini diletakkan di hadapan kata kerja dasar kerana tidak boleh menerima imbuhan kata kerja pasif di-. 2. Ayat contoh:(i) Masalah itu akan saya selesaikan.(ii) Bilik itu patut kamu kemaskan.(iii) Titah tuanku akan patik junjung.(iv) Keamanan negara harus kita kekalkan.

(c) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena"1. Mengandungi perkataan "kena" di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.2. Ayat contoh:(i) Anjing liar itu kena tembak oleh pemburu.(ii) Dia kena culik oleh pengganas itu.(iii) Kanak-kanak itu kena pukul oleh ibunya.(iv) Mereka kena denda oleh guru tingkatan.

Susunan Ayat Dalam Bahasa Melayu terdapat dua jenis susunan ayat, iaitu:1. Susunan biasa2. Susunan songsang

Page 12: Ayat Aktif

- Ayat yang mempunyai susunan biasa dipanggil Ayat Biasa.- Dalam ayat biasa, susunan subjeknya mendahului predikat.

Susunan Songsang

- Ayat yang mempunyai susunan songsang pula dipanggil Ayat Songsang.- Dalam ayat songsang, susunan predikatnya mendahului subjek AYAT BIASA ; AYAT SONGSANGSUBJEK/PREDIKAT ; PREDIKAT / SUBJEKKakak Farah/seorang guru ; Seorang guru / kakak FarahRumah mereka/berhampiran sekolah ; Berhampiran sekolah /rumah merekaKawan-kawan saya/Sangat peramah ; Sangat peramah/kawan-kawan saya

Dalam ayat songsang, kata partikel seperti -lah, -tah, -kah, -nya dan sebagainya boleh digunakan untuk memberi penekanan kepada predikat. AYAT BIASA ; AYAT SONGSANGSUBJEK/PREDIKAT ; PREDIKAT/SUBJEKBapa saya/dia ; dialah /bapa sayaBuah-buahan itu/dari mana? ; Dari manakah/buah-buahan itu?Rumah itu / besar. ; Besarnya atau besarlah/rumah itu.

Ayat songsang boleh dibentuk dengan dua cara, iaitu:1. Dengan membawa seluruh predikat ke hadapan, mendahului subjek

AYAT BIASA / AYAT SONGSANG

Page 13: Ayat Aktif

Solekan mak andam itu sungguh cantik/Sungguh cantik solekan mak andam itu.

Persatuan Belia kampung ini ditubuhkan oleh Haji Abu/Ditubuhkan oleh Haji Abu Persatuan Belia kampung ini.

Kawan-kawan kamu sudah pulang?/Sudah pulang kawan-kawan kamu?

2. Dengan membawa sebahagian daripada predikat ke hadapan, mendahului subjek:(i) Pendepanan Frasa KerjaBerkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.Terpaut hatiku oleh keimanannya.Membuka perniagaan baru Haji Hassan tahun ini.

(ii) Pendepanan Frasa AdjektifLesu badannya sepanjang masa.Masih teguh lagi binaan surau itu.Lumpuh pesakit itu dengan tiba-tiba.

(iii)Pendepanan Frasa Sendi NamaUntuk ibu doa ini.Di Kuala Lumpur dia sekarang.Kepada pekerjanya arahan itu.

Page 14: Ayat Aktif

RAGAM AYAT: Ayat Aktif, Ayat Pasif, Ayat Songsang

A. Ayat Aktif dan Ayat Pasif     CONTOH : 

A. AYAT AKTIF:i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’.iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat)

B. AYAT PASIF:i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat).ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.Contoh :

i. Ikan itu dipancing oleh Ali.ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.

1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya.

2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut.

3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata tebal itu.

Page 15: Ayat Aktif

4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.

5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.

E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.

1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.

2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut.

3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.

4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional.Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut.

5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik.

                                i.     Ayat aktif transitif

SUBJEK PREDIKATKATA KERJA TRANSITIF

OBJEK

Tukang kebun menebas lalangPengetua menyampaikan ucapannya

Page 16: Ayat Aktif

Ridzuan membaiki Kereta saya

ii.    Ayat aktif tak transitifIalah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata yang tidak diikuti oleh objek.Walau bagaimanapun, kata kerja tak transitif bboleh diikuti oleh unsur-unsur keterangan.

SUBJEK PREDIKATKATA KERJA TAK

TRANSITIFKETERANGAN

Keluarganya pulang Ke kampungMereka bermastautin Di Ipoh

  

c. Ayat songsangSusunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan  memberikan penegasan kepada predikat.Pendepanan seluruh predikat.Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)Dialah / ibu saya. (susunan songsang)Dia / ibu  saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)Pendepanan sebahagian daripada predikat.

(a)       Pendepanan Frasa Kerjai.                     Pendepanan kata kerja:

Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii.                   Pendepanan frasa kerja dengan objek.Zaleha membaca buku. (susunan biasa)Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii.                  Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)b)      Pendepanan Frasa Adjektif                i.              Pendepanan kata adjektif sahaja.                                Ramli rajin. (susunan biasa)                                Rajin Ramli. (susunan songsang)

                ii.             Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.                                Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)

Page 17: Ayat Aktif

                                                Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

                iii.            Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.                                Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)                                Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

                iv.           Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat                                Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)                                Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang) c)      Pendepanan Frasa Sendi Nama                i.              Frasa sendi nama sebagai predikat.                                Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)                                Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

                ii.             Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.                                Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)                                Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:Dia / membeli buku di kedai itu.Cara Songsangan Ayat:                  Nomborkan penggalan ayat.

1 2 3Dia membeli buku di kedai itu.

KGND - Ketiga Frasa Kerja Transitif

Objek Frasa Keterangan

Subjek Predikat

FORMULA:Ayat Biasa : 1+2+3Ayat songsang:i.        2+3+1ii.       2+1+3iii.      3+1+2iv.     3+2+1

Ayat Biasa:1 2 3

Dia membeli buku di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)2 3 1

Membeli buku di kedai itu dia

Page 18: Ayat Aktif

Contoh ayat songsang (ii)2 1 3

Membeli buku Dia di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)3 1 2

Di kedai itu Dia membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)3 2 1

Di kedai itu membeli buku dia