7
AYAT RUQYAH UNTUK MENGALAHKAN SIHIR DAN GANGGUAN JIN 1. Sediakan air 20 liter 2. Bacakan ayat-ayat berikut 11 kali : a) Al-Fatihah, Ayat Kursi, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas b) Tiga ayat khusus untuk melenyapkan sihir: - Surah Al-A’raaf : Ayat 117 – 122 - Surah Yunus : Ayat 81 – 82

Ayat Ruqyah Untuk Mengalahkan Sihir Dan Gangguan Jin

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Ruqyah mengelakkan gangguan jin

Citation preview

Page 1: Ayat Ruqyah Untuk Mengalahkan Sihir Dan Gangguan Jin

AYAT RUQYAH UNTUK MENGALAHKAN SIHIR DAN GANGGUAN JIN

1. Sediakan air 20 liter

2. Bacakan ayat-ayat berikut 11 kali : a) Al-Fatihah, Ayat Kursi, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas b) Tiga ayat khusus untuk melenyapkan sihir:

- Surah Al-A’raaf : Ayat 117 – 122

- Surah Yunus : Ayat 81 – 82

Page 2: Ayat Ruqyah Untuk Mengalahkan Sihir Dan Gangguan Jin

- Surah Thaha : Ayat 68 – 70

3. Cara penggunaan: a) Minum – campurkan dengan air minuman seharian b) Mandi – lakukan selama 12 hari c) Spray – tembok, atap, lantai, pintu, jendela dan semua sudut rumah, kenderaan, premis perniagaan dan lain-lain.

4. Boleh juga dibacakan kepada minyak habbatussauda, minyak zaitun, minyak gosok dan sebagainya. a) Boleh dijadikan minyak urut khususnya pada bahagian yang sakit atau masalah kulit.. Selama minyak itu masih melekat di kulit, maka khasiat Al- Quran akan tetap bekerja. b) Sebaiknya dilakukan di saat mahu tidur supaya khasiat Al-Quran dapat bekerja sepanjang malam.

5. Jika gangguan terkena pada perut: a) Cari daun Senna (As Sanaa) / daun Jati Cina. Senna adalah daun yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah; “ Minumlah setidaknya setahun sekali. Dan itu akan membuang air besar, membersihkan perut.” b) Caranya ialah rebus satu senduk daun Senna dengan satu setengah liter air Qurani selama 10 minit lalu di minum pada pagi hari dalam keadaan perut kosong. c) Jika terasa sakit selepas minum, bermakna anda telah memakan sihir. Sakitnya mungkin akan terasa lebih kerana sihir melekat di usus. Amalkan minum air tersebut sehingga benar-benar hilang sakitnya.

Page 3: Ayat Ruqyah Untuk Mengalahkan Sihir Dan Gangguan Jin

Jika anda melihat usaha anda tidak menjadi dan sentiasa terhalang, wang anda sering kehabisan, isteri anda sakit yang tidak normal, anak anda menjerit-jerit pada malam hari (hysteria), maka peluklah dia dan bacakan ayat Quran tadi, juga bacakan pada air dan minumkan kepadanya serta percikkan kepada rumah anda.

Maka ini akan menghilangkan banyak masalah anda. Jika dilakukan secara berterusan, Insya Allah masalah ini pasti akan berakhir.

Sebelum tidur, bacakan Ayat Kursi, Al-Falaq dan An-Naas dan usap ke tubuh 3 kali dan ditambah dengan bacaan Surah Al-Baqarah ayat 148.

MEMBINA BENTENG DIRI (PROTECTION)

1. Baca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas 3 kali selepas Subuh, 3 kali selepas

Maghrib dan 3 kali sebelum tidur.

2. Baca ayat Kursi selepas solat dan sebelum tidur dan bacakan doa berikut: “ A’udzubikalimatillaahi ttammatim minsyarrimakholaq”

“ Bismillahilladzi laa yadhurru ma asmihi syai un fil ardhi walaa fissama i wahuwassami’ul ‘aliim” (kedua-dua dibaca 3 kali selepas Subuh & Maghrib)

3. Baca Bismillah sebelum masuk rumah, sebelum makan, sebelum buka pakaian,

sebelum ke tandas dan sebelum berhubungan dengan isteri.

Benteng yang paling penting sekali ialah meninggalkan dari berbuat dosa.

Page 4: Ayat Ruqyah Untuk Mengalahkan Sihir Dan Gangguan Jin

AMALAN SEHARIAN

A. Bacalah setiap pagi dan petang

1. Al-Ikhlas – menyamai satu pertiga Al-Quran; dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana di syurga;

2. Al-Falaq – dibaca 3 kali untuk perlindungan dari bencana dan segala perkara yang tidak diingini;

 3. An-Naas – sama seperti A-Falaq;

4. Ayatul Kursi (Al-Baqarah – 255) – pahalanya menyamai satu perempat Al-Quran, dibaca setiap lepas sembahyang akan dimasukkan ke syurga, setiap huruf 1000 keberkatan dan mendapat 1000 rahmat;

 5. Al-Mukmin ayat 1-3 (Juz 24 Surah 40) – untuk keselamatan;

6. Al-Hasyr ayat 21-24 (Juz 28 surah 59) – apabila dibaca selepas Subuh dan Asar akan mendapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu, akan perolehi syurga.

B. Tiap-tiap malam

1. Yaasin (Juz 22 & 23 surah 36) – Hati Al-Quran, pembacanya akan mendapat keredhaan Allah, keampunan dosa; jika dibaca atas seseorang yang hampir mati akan memudahkan pertemuannya dengan Allah; jika dibaca atas kubur akan diringankan siksa kubur, diberi 80 rahmat kepada pembaca dan diberi Allah akannya perkara-perkara yang menyukakannya.

2. Ad-Dhukhan (Juz 25 surah 44) – pembaca akan mendapati 7000 malaikat memohon ampun ke atasnya; jika dibaca pada malam atau hari Jumaat akan diberi sebuah rumah di syurga.

3. Al-Qiyamah (Juz 29 surah 75)

 4. Al-Zalzalah (juz 30 surah 99) – pahala membaca seumpama separuh Al-Quran.

5. Al-Ikhlas

6. Al-Imran ayat 190-200 (juz 4 surah 3) – dibaca pada malam hari akan diberi pahala beribadat separuh malam.

7. Al-Baqarah ayat 284-286 (Juz 2 surah 1) – diberi pahala beribadat separuh malam dan dijauhi gangguan syaitan dan segala bencana.

Page 5: Ayat Ruqyah Untuk Mengalahkan Sihir Dan Gangguan Jin

 C. Sebelum tidur

 1. Al-Fatihah – pahala membacanya memenuhi timbangan amal, menutup segala pintu neraka, dikatakan sama dengan dua pertiga Al-Quran dan 70 kali ganda ayat lain;

2. Bismillah – dibaca 21 kali sebelum tidur akan memberi keselamatan kepadanya; setiap huruf diberi 4000 kebajikan dan dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat;

3. Al-Mulk (Juz 29 surah 67) – diberi syufaat dan diampunkan dosa, pahala sama 60 kebajikan dan dijauhi seksa kubur;

4. As Sajdah (juz 21 surah 32) – diberi naungan di hari Kiamat; 60 darjat daripada surah lain;

5. Al Kaafirun – menyamai satu perempat Al-Quran, akan dilepaskan dari azab neraka.

LAU ANZALNA PENGGERUN JIN

Di amalkan setiap kali sebelum tidur dan sebaik saja anda bangun dari tidur iaitu sebelum anda turun dari katil.

1. Baca Ayat Lau anzalna 1x pada kedua tapak tanganPastikan semasa anda membacanya, nafas anda sampai ke tapak tangan

2. Ludah ringan ( ludah syarat sahaja ) bukan ludah betul-betul

3.Sapu pada muka anda. Mudah-mudahan dengan izin Allah, manusia atau jin yang berniat khianat kepada anda akan merasa gerun dan gementar.

Page 6: Ayat Ruqyah Untuk Mengalahkan Sihir Dan Gangguan Jin