3
KESAN LATIHAN FARTLEK TERHADAP KECERGASAN KARDIOVASKULAR PEMAIN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN DAERAH HULU SELANGOR BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Permainan bola sepak merupakan permainan yang sangat terkenal di seluruh dunia termasuklah negara kita. Menurut sejarah bola sepak di Malaysia, permainan ini telah diperkenalkan oleh British yang telah menjajah negara kita dan bermulalah perkembangan bola sepak di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) pada tahun 1926. Pada tahun 1951, Perdana Menteri yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi presiden FAM. Di bawah pimpinan beliau, persatuan menjadi lebih cekap dan FAM mempunyai komitmen yang tinggi dengan menjadi ahli gabungan Federation Internationale de Football Association (FIFA) dan Asian Football Confedaration (AFC) pada tahun 1956. Sumbangan beliau yang paling penting ialah mewujudkan Stadium Merdeka pada tahun 1974. Pada masa sekarang, DYMM Sultan Ahmad Shah menjadi presiden FAM. Baginda telah menjadi pengasas kepada piala FA Malaysia dan berusaha gigih untuk mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Malaysia seperti era 70-an. Langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia yang telah menaikkan taraf liga bola sepak dari liga semi-pro kepada profesional telah meningkatkan mutu permainan dan memberi impak yang baru dalam sukan yang penuh glamour ini. Pemain kini bukan lagi perlu pergi bekerja pada sebelah pagi dan turun berlatih pada sebelah petang tetapi sebaliknya dengan hanya menjalani latihan pada sesi pagi dan petang. Bekerjaya sebagai ahli sukan bukannya mudah. Banyak tenaga dan masa yang perlu dihabiskan untuk berlatih serta mengerah segala tenaga bagi memikul tugas yang telah diamanahkan. Persediaan yang secukupnya perlu untuk atlit sebelum menyertai pertandingan yang dianjurkan tidak kiralah pertandingan peringkat daerah, negeri, negara mahupun antarabangsa. Sehubungan dengan itu, atlit perlulah mempunyai tahap kecergasan yang baik untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburinya. Dalam pepatah melayu memperkatakan melentur buluh biar dari rebungnya iaitu jika kita hendak mendidik anak perlulah diasuh ketika masih kecil. Samalah dalam sukan, kita perlu mendidik atau memberi pendidikan ketika masih awal kehidupan mereka. Oleh yang demikian, untuk meningkatkan mutu permainan bola sepak negara kita, program latihan perlulah bermula daripada akar umbi lagi seperti yang telah dilakukan oleh negara-negara yang maju dalam bidang sukan seperti Eropah, Amerika Latin, China dan beberapa buah negara lain yang telah maju dalam bidang sukan. Sehubungan dengan itulah, terdapatnya kejohanan-kejohanan yang bermula di peringkat sekolah rendah lagi yang meliputi kejohanan peringkat daerah (MSSD), kejohanan peringkat negeri (MSSN) dan peringkat kebangsaan (MSSM). Bagi menghadapi setiap kejohanan tersebut, atlit perlulah mempunyai tahap kecergasan yang tinggi bagi mengekalkan prestasi dan berjaya dalam setiap pertandingan. Oleh itu, latihan yang secukupnya sangat penting dalam mengekalkan tahap

bab 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bab 1

Citation preview

Page 1: bab 1

KESAN LATIHAN FARTLEK TERHADAP KECERGASAN KARDIOVASKULAR PEMAIN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN DAERAH HULU SELANGOR

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Permainan bola sepak merupakan permainan yang sangat terkenal di seluruh dunia termasuklah negara kita. Menurut sejarah bola sepak di Malaysia, permainan ini telah diperkenalkan oleh British yang telah menjajah negara kita dan bermulalah perkembangan bola sepak di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) pada tahun 1926. Pada tahun 1951, Perdana Menteri yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi presiden FAM. Di bawah pimpinan beliau, persatuan menjadi lebih cekap dan FAM mempunyai komitmen yang tinggi dengan menjadi ahli gabungan Federation Internationale de Football Association (FIFA) dan Asian Football Confedaration (AFC) pada tahun 1956. Sumbangan beliau yang paling penting ialah mewujudkan Stadium Merdeka pada tahun 1974. Pada masa sekarang, DYMM Sultan Ahmad Shah menjadi presiden FAM. Baginda telah menjadi pengasas kepada piala FA Malaysia dan berusaha gigih untuk mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Malaysia seperti era 70-an.

Langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia yang telah menaikkan taraf liga bola sepak dari liga semi-pro kepada profesional telah meningkatkan mutu permainan dan memberi impak yang baru dalam sukan yang penuh glamour ini. Pemain kini bukan lagi perlu pergi bekerja pada sebelah pagi dan turun berlatih pada sebelah petang tetapi sebaliknya dengan hanya menjalani latihan pada sesi pagi dan petang. Bekerjaya sebagai ahli sukan bukannya mudah. Banyak tenaga dan masa yang perlu dihabiskan untuk berlatih serta mengerah segala tenaga bagi memikul tugas yang telah diamanahkan. Persediaan yang secukupnya perlu untuk atlit sebelum menyertai pertandingan yang dianjurkan tidak kiralah pertandingan peringkat daerah, negeri, negara mahupun antarabangsa. Sehubungan dengan itu, atlit perlulah mempunyai tahap kecergasan yang baik untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburinya.

Dalam pepatah melayu memperkatakan “melentur buluh biar dari rebungnya” iaitu jika kita hendak mendidik anak perlulah diasuh ketika masih kecil. Samalah dalam sukan, kita perlu mendidik atau memberi pendidikan ketika masih awal kehidupan mereka. Oleh yang demikian, untuk meningkatkan mutu permainan bola sepak negara kita, program latihan perlulah bermula daripada akar umbi lagi seperti yang telah dilakukan oleh negara-negara yang maju dalam bidang sukan seperti Eropah, Amerika Latin, China dan beberapa buah negara lain yang telah maju dalam bidang sukan. Sehubungan dengan itulah, terdapatnya kejohanan-kejohanan yang bermula di peringkat sekolah rendah lagi yang meliputi kejohanan peringkat daerah (MSSD), kejohanan peringkat negeri (MSSN) dan peringkat kebangsaan (MSSM). Bagi menghadapi setiap kejohanan tersebut, atlit perlulah mempunyai tahap kecergasan yang tinggi bagi mengekalkan prestasi dan berjaya dalam setiap pertandingan. Oleh itu, latihan yang secukupnya sangat penting dalam mengekalkan tahap kecergasan

Page 2: bab 1

atlit dan program latihan yang dibentuk mampu mencapai prestasi atlit pada masa yang diinginkan.

Bola sepak juga adalah satu sukan yang memerlukan tahap kecergasan yang tinggi pada seseorang pemain. Tahap kecergasan yang rendah akan membuatkan pemain akan cepat penat dan keletihan khususnya bagi kejohanan berbentuk karnival yang memerlukan satu tahap kecergasan yang sangat tinggi bagi pemain. Kebanyakkan kejohanan bola sepak peringkat negeri akan dilakukan berbentuk karnival, dimanan setiap pasukan akan bertanding dua atau lebih perlawanan dalam satu hari. Oleh itu, tahap kecergasan sangat penting bagi setiap pemain, jika pemain itu mempunyai tahap kecergasan yang rendah dan berkemungkinan dia tidak dapat mengimplikasikan tahap kemahiran yang dimiliki dengan baik. Ini kerana untuk mengimplikasikan sesuatu kemahiran, seseorang pemain mestilah dapat mengawal tenaganya dengan baik di samping mempunyai tenaga yang mengcukupi. Sehubungan dengan itu, untuk menjadi pemain bola sepak yang baik, tahap kecergasan yang tinggi amat diperlukan. Di dalam permainan bola sepak, seseorang pemain dikehendaki melakukan pelbagai aktiviti yang memerlukan kecergasan yang tinggi seperti pecutan, lompatan, hadangan, joging dan sebagainya.

Salah satu bahagian yang penting dalam kecergasan seseorang atlit atau pemain adalah daya tahan kardiovaskular. Secara ringkasnya, daya tahan kardiovaskular merupakan kebolehan jantung, paru-paru dan saluran darah menghantar jumlah oksigen kepada sel bagi menjalankan aktiviti yang berpanjangan. Daya tahan kardiovaskular juga sangat penting bagi mengukur tahap kecergasan atlit. Pengukuran dapat melihat tahap kesihatan bagi jantung dan paru-paru untuk berfungsi dalam tubuh seseorang. Terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan bagi mengukur tahap kecergasan kardiovaskular. Diantara ujian yang sesuai dijalankan ialah larian 12 minit, larian 2.4 kilometer, step test dan ujian bleep.

Miller dan Allen (1995) telah menyatakan daya tahan kardiovaskular boleh dikenali sebagai daya tahan aerobik. Ia berkait rapat dengan keupayaan otot-otot besar melakukan aktiviti fizikal dari intensiti sederhana sehinggalah intensiti yang tinggi dalam tempoh masa yang berpanjangan. Ini juga melibatkan fungsi jantung dan paru-paru, dimana darah bertanggungjawab mengangkut oksigen ke seleruh anggota badan dan sel-sel otot.

Menurut Sheikh Kamaruddin dan Sargit Singh (1978) pula menjelaskan daya tahan kardiovaskular adalah komponen yang terpenting dalam profail fisiologi manusia. Ia bergantung kepada kombinasi efisien saluran darah, jantung dan paru-paru. Aktiviti berintensiti tinggi memerlukan keupayaan jantung dan paru-paru yang efisien sebab situasi begini memerlukan tenaga yang banyak dan hanya pengaliran darah yang kaya dengan oksigen sahaja membolehkan otot-otot menjalankan aktiviti tersebut.

Untuk meningkatkan kecergasan fizikal dari segi daya tahan kardiovaskular, melakukan senaman merupakan cara yang terbaik. Menurut Hugberg (1998), senaman banyak memberi faedah tambahan atau memberi kesan positif keatas pengurangan risiko berhubung dengan penyakit kardivaskular seperti penyakit jantung. Senaman juga akan memberi kesan kepada reaksi jantung dalam pelbagai populasi selaras dengan perbezaan tahap hipertensi, perubatan dan individu itu sendiri.

Page 3: bab 1

Terdapat pelbagai jenis latihan atau senaman yang boleh dijalankan untuk meningkatkan tahap kecergasan pemain bola sepak. Diantaranya latihan litar, latihan jeda, fartlek dan berbagai lagi mengikut keperluan jurulatih. Secara kesimpulannya, dalam setiap permainan, aspek kecergasan kardiovaskular memainkan peranan yang penting dalam menentukan keupayaan dan hala tuju sesebuah pasukan.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Tahap kecergasan fizikal merupakan aset penting bagi seseorang atlit atau pemain sewaktu menjalankan aktviti fizikal. Ianya perlu dititikberatkan sewaktu permainan dijalankan khususnya permainan yang melibatkan tempoh masa yang agak lama. Contohnya, didalam permainan bola sepak, pemain terpaksa menghadapi tempoh masa permainan yang agak lama iaitu 90 minit dan belum termasuk dengan tambahan masa permainan. Dalam pertandingan peringkat MSSD, MSN ataupun MSSM, kejohanan biasanya akan dijalankan secara karnival. Setiap pasukan akan bermain lebih dua perlawanan dalam masa satu hari dan kejohanan akan berlangsung selama seminggu tanpa masa rehat. Pada tahap ini, setiap pemain mesti mencapai tahap kecergasan fizikal yang optimum dan perbezaan tahap kecergasan atlit akan menentukan pencapaian sesebuah pasukan tersebut iaitu menang ataupun kalah. Semasa perlawanan berlangsung, penggunaan tenaga aerobik dan anaerobik perlu di ambil kira. Setiap pergerakkan pemain memerlukan tenaga yang secukupnya. Tenaga aerobik akan digunakan semasa pemain menunggu bola atau membuat lontaran kedalam manakala tenaga anaerobik digunakan semasa pemain dikehendaki berlari mengejar bola dan merampas bola daripada pihak lawan.

Melihat kepada perkembangan bola sepak semasa, permainan sesebuah pasukan lebih kepada taktikal, dimana permainan pantas lebih gemar digunakan semasa berlawan. Jadi, setiap pemain akan sentiasa bergerak di atas padang sepanjang permainan berlangsung. Permainan yang pantas akan memerlukan tenaga yang mencukupi dan tahap kecergasan yang optimum. Oleh itu, setiap pemain perlu mencapai tahap kecergasan fizikal dari aspek daya tahan kardiovaskular yang baik semasa kejohanan berlangsung.

Sejak kebelakangan ini, kita sering terdengar beberapa rungutan daripada pelbagai pihak terutamanya dari pihak pengurusan persatuan sukan yang tidak berpuas hati dengan prestasi atlit mereka. Selain itu juga, masyarakat awam juga tidak terkecuali mengkritik prestasi atlit sukan negara khususnya pasukan bola sepak Malaysia yang tidak setanding dengan pasukan serantau asia. Walaupun telah diberi pelbagai program latihan, namun tahap prestasi mereka masih berada ditakuk lama seolah-olah tidak terdapat perbezaan diantara prestasi sebelum dan selepas latihan. Malah dari sudut daya tahan kardiovaskular ataupun dari segi stamina pun tidak terdapat peningkatan yang memberangsangkan.

Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan program latihan fartlek terhadap peningkatan tahap kecergasan kardiovaskular pemain bola sepak bawah 12 tahun Hulu Selangor yang akan menyertai pertandingan Kejohanan Bola Sepak MSS Selangor.