Upload
kalai-chelvi
View
236
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
Pengenalan Ilmu Ketamadunan
BAB 1
SENARAI TOPIK
Kelahiran, Perkembangan & Kemerosotan Tamadun Persamaan & Perbezaan Antara Tamadun Interaksi Antara Tamadun Dialog Antara Tamadun/Peradaban Kesimpulan
Kelahiran, Perkembangan & Kemerosotan Tamadun
Faktor kemunculan tamadun-tamadun
dunia
Kedudukan yang
strategik
Ransangan keagamaan
dan kerohanian
Pembangunan ilmu dan
penghayatan nilai Peningkatan
kemahiran dan
penghasilan teknologi
Persaingan dengan
tamadun lain
Kelahiran, Perkembangan & Kemerosotan Tamadun
Natijah kemunculan sesebuah tamadun dapat digambarkan oleh perilaku dan budaya masyarakat yang tinggi dalam pentadbiran dan perekonomian.
Zaman kegemilangan sesebuah tamadun dapat dilihat melalui pencapaian mereka dalam pelbagai bidang dan berkembang dalam tamadun-tamadun seterusnya.
Hakikatnya kegemilangan dan kecemerlangan bukanlah monopoli sesebuah tamadun tertentu
Kelahiran, Perkembangan & Kemerosotan Tamadun
Menurut Ibnu Khaldun, pembangunan dan kemerosotan sesebuah tamadun adalah mengikut hukum kitaran sejarah.
Permulaannya berjaya kerana nilai-nilai baik.
Selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai baik merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan.
Menurut sarjana lain, sesebuah tamadun merosot bukanlah disebabkan hukum sejarah.
Namun boleh mengelaknya dengan belajar daripada sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai baik.
Kelahiran, Perkembangan & Kemerosotan Tamadun
Jurang SosialKezalimanKeruntuhan MoralJumudBencana Alam
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN
Persoalan Teologi, sering menimbulkan percanggahan pendapat antara tamadun.
Persoalan etika kurang menimbulkan kontroversi. Tujuh persoalan berkait tentang etika :
Alam Sekitar
Keluarga
Masyarakat
KerajaanEkonomi
Pendidikan
Kesihatan & Kesejahteraa
n
Alam Sekitar Hidup secara harmoni dengan alam sekitar – diterima oleh
semua agama. Sesetengah ajaran – alam sekitar dilihat sebagai anugerah
Tuhan dan manusia dipertanggungjawabkan untuk menjaganya.
Islam, Buddhisme & Kristian : memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab.
Beberapa tamadun lain – memeliharanya diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah.
Secara umumnya tamadun-tamadun tidak memusnahkan alam sekitar
Tamadun China – alam dan manusia bergabung.
Keluarga
Tamadun-tamadun tradisional begitu menghayati prinsip keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat.
Telah menjadi warisan turun temurun amalan menentukan kedudukan antara kaum lelaki dan kaum perempuan melalui hierarki kuasa.
Ajaran Kung Fu-Zi – kesetiaan dan pertalian yang erat melalui konsep kekeluargaan sebegini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan.
Ajaran Islam – mementingkan kasih sayang dan hormat menghormati.
Masyarakat
Sangat penting dah berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang.
Memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati
Memberi sokongan moral, material dan psikologikal
Kerajaan Tamadun Tradisional – menekankan
persoalan moral @ akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan.
Peranan dan tanggungjawab pemerintah – adil dan saksama merupakan tema utama dalam tamadun silam.
Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan.
Contoh : Tamadun China, Tamadun India dan Tamadun Islam
Ekonomi
Buddhisme – wujud konsep hak-hak kehidupan (salah satu daripada Lapan Jalan Mulia).
Islam – Halal & Haram dikaitkan dengan akhlak Di mana wujud kegiatan ekonomi yang boleh
mempertingkatkan tahap moral manusia Termasuk juga kegiatan ekonomi yang boleh
merosakkan moral manusia – wang, laba, ganjaran, pasaran.
Pendidikan
Tamadun Tradisional – matlamat utama pendidikan untuk pembinaan sifat-sifat mulia seseorang melalui proses pengajaran ilmu.
Dimensi rohani diberi penekanan penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama lain.
Manusia perlu menguasai dirinya dahulu sebelum mampu menguasai persekitaran
Cuma cara tranformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain.
Kesihatan dan Kesejahteraan Kesihatan – tidak terpisah daripada
pandangan semesta agama Sifat penting dalam konsep kesihatan
ialah pendekatan holistik Holistik – suatu pandangan yang
mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya, lebih menyeluruh dan saling berhubungan
Mengubati penyakit (menurut konsep holistik) bermakna memulihkan keseimbangan seseorang
Dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.
INTERAKSI ANTARA TAMADUN
Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati
Keterbukaan ini memungkinkan berlakunya percambahan pemikiran dan budaya lalu mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun
Jenis-jenis interaksi yang wujud :
Interaksi dalam Lingkungan Budaya yang Sama
Interaksi antara Budaya dan Tamadun yang Berbeza
Interaksi antara Tamadun yang Kuat dengan yang Lemah
Interaksi dalam Lingkungan Budaya yang Sama
Merujuk kepada hubungan satu budaya dengan sesuatu kaum
Contoh : Masyarakat Melayu yang terdiri daripada pelbagai suku kaum seperti orang Jawa, Banjar, Bugis, Mandailing dan lain-lain.
Mempamerkan kepelbagaian budaya dan adat resam keturunannya.
Saling hubungan masyarakat Islam dan Hindu di India memberikan contoh tepat interaksi ini.
Walaupun mereka mempunyai pegangan agama yang berbeza tetapi tidak dari segi budaya.
Interaksi antara Budaya dan Tamadun yang Berbeza
Suatu kaum yang berlainan budaya dan kepercayaan agama dapat saling berinteraksi.
Contoh : Masyarakat Islam dan Buddha di Asia Tenggara – Thailand dan Kemboja
Meskipun agama dan budaya hidup mereka yang begitu berbeza dari segi metafizik dan teologi, hak-hak masyarakat Buddha untuk mengamalkan agama mereka begitu dihormati
Interaksi antara Tamadun yang Kuat dengan yang Lemah
Interaksi antara Islam dengan Yahudi dan Islam dengan Kristian pada saat kelahiran Islam di Semenanjung Arab memperlihatkan bagaimana interaksi antara peradaban yang kuat dengan yang lemah.
Piagam Madinah – menjamin hak-hak masyarakat Yahudi dan Kristian di bawah negara Islam
Contoh Interaksi dalam Sejarah Islam dengan Konfusianisme (kurun ke-7M)
– peringkat awal berlaku dalam bentuk perdagangan, seterusnya perkahwinan. Muncul tokoh Islam dalam Dinasti Tang, Dinasti Sung, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming.
Beberapa tokoh Islam yang lain turut memberi sumbangan kepada pemikiran Konfusianisme seperti bidang astronomi, seni bina dan penghasilan peralatan ketenteraan.
Sarjana-sarjana Cina yang beragama Islam mendapati bahawa bidang etika, terdapat kesejajaran antara ajaran Islam dengan ajaran Konfusianisme.
Mereka saling mempelajari ajaran-ajaran tersebut.
DIALOG ANTARA TAMADUN/PERADABAN PENGERTIAN DIALOG :
Zaman Dialog menggantikan Zaman Monolog Perkembangan ini berlaku lantaran perkembangan sains dan
teknologi yang pesat. Dalam konteks barat – dialog telah menjadi satu keperluan baru
akibat kesedaran yang muncul mengenai betapa pelbagainya masyarakat manusia
Kita memerlukan pendedahan ilmiah untuk membolehkan membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing-masing.
Melalui dialog kita boleh membincangkan perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati.
Cara mengembalikan atau menggali semula khazanah tamadun perlulah dipergiatkan dan dialog adalah mekanisme utama bagi proses tersebut.
Pembudayaan Dialog di Malaysia
Sejak 1980-an – kini, memang sudah ada pihak yang telah memulakan usaha untuk mengadakan dialog.
Contoh : Dialog antara agama Kemajuan dialog telah tercapai kerana ia melibatkan
sarjana, ahli agama dan cendiakawan. Dialog dalam kehidupan harian berlaku melalui proses
bekerjasama, sekolah, penggunaan hospital, pengangkutan awam dan lain-lain.
Prinsip-prinsip Dialog Memahami dan menyedari tujuan utama dialog – untuk
kedua-dua belah pihak menyedari sesuatu, dan melalui perubahan ke arah kebaikan
Mestilah merupakan projek yang bermanfaat kepada kedua-dua belah pihak yang terlibat (berlaku secara intra & inter)
Perlu dijalankan dengan penuh ikhlas Mestilah boleh @ berupaya menjelaskan pandangan
(kepercayaan & nilai) yang dipegangnya dengan jelas Peserta dialog mestilah cuba memahami persepsi dan
pengalaman rakan dialognya Mestilah berhemah semasa memberikan pandangan terhadap
tamadun orang lain Mestilah tidak mempunyai prejudis
Halangan kepada Dialog Bertukar agama (conversion) – ramai yang beranggapan
bahawa dialog tidak wajar kerana ia boleh mengakibatkan pendialog mengubah agamanya.
Rasa rendah diri – perasaan ini dan tidak bersedia berdialog membuatkan ramai orang tidak bersedia untuk berdialog
Sindiran sosial – perasaan tidak senang apabila di kalangan penganut yang sama akan ada pihak-pihak yang mempersoalkan ketulenan iman seseorang itu terhadap agamanya sekiranya dia berbaik-baik dengan penganut agama atau tamadun yang lain.
Syak wasangka – sering wujud rasa curiga terhadap para penganjur dan pendialog terhadap tujuan dialogdi adakan.
KESIMPULAN Demi kesinambungan negara bangsa, kumpulan etnik di
Malaysia perlu bersatu di atas nilai-nilai sejagat serta bersikap patriotik
Mengenali latar belakang tamdun masing-masing boleh memupuk rasa persefahaman antara satu sama lain
Ilmu ketamadunan hari ini penting kerana ia boleh membantu ke arah pembinaan dan kejayaannya.
Di peringkat global, dialog menjadi penting setelah berlakunya beberapa peristiwa bersejarah.
Setiap pihak perlu mematuhi prinsip dialog dan menjaga adab-adabnya.