12
KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH TAJUK NAMA NO.MATRIK PROGRAM KAVITHA A/P MAYAKRISHNAN D20112055077 PROG.PEND.PENSISWAZAHAN GURU SEK.REN. DENGAN KEPUJIAN PENSYARAH / PENYELIA : DR. ROSNIDAR BINTI MANSOR TARIKH : 22.3.2015 PEMARKAHAN KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 DARI SEGI PENCAPAIAN SAINS DALAM TAJUK SIFAT-SIFAT BAHAN.

Bab 1 D055077.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

  • KRL 3033

    KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

    TAJUK

    NAMA NO.MATRIK PROGRAM

    KAVITHA A/P

    MAYAKRISHNAN

    D20112055077

    PROG.PEND.PENSISWAZAHAN GURU

    SEK.REN. DENGAN KEPUJIAN

    PENSYARAH / PENYELIA : DR. ROSNIDAR BINTI MANSOR

    TARIKH : 22.3.2015

    PEMARKAHAN

    KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    KOPERATIF DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 DARI SEGI

    PENCAPAIAN SAINS DALAM TAJUK SIFAT-SIFAT BAHAN.

  • BAB 1

    PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan

    Bidang Sains dan Teknologi merupakan satu elemen pelengkap yang paling utama dalam

    usaha masyarakat Malaysia mengatur langkah ke arah zaman ledakan informasi teknologi ini.

    Sains adalah subjek yang penuh dengan konsep-konsep penting. Konsep sains berkaitan secara

    langsung dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut Carl Roger kanak -kanak

    mempelajari konsep sains secara sedar atau tidak sedar dalam kehidupan harian melalui aktiviti-

    aktiviti berlaku sekeliling mereka serta dikatakan bahawa semua murid dianugerahi dengan

    pengetahuan, minda yang sama. Semasa perkembangan pengetahuan dan minda kanak-kanak

    akan berubah berdasarkan sosioekonomi, tempat, makanan, pemikiran dan sebagainya.

    Penyataan ini dikukuhkan oleh teori Taylor & Francis iaitu, Primarily determined by intra

    psychological factors, but are the results of the activities practiced in the social institutions of

    the culture in which the individual grows up. Maka terdapatnya kanak-kanak yang berbeza dari

    segi minda di bawah sebuah bumbung. Huraian Sukatan Pelajaran Sains dikatakan bahawa

    Kurikulum sains yang telah dirancang tidak hanya untuk menyediakan peluang bagi pelajar

    untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran sains, mengembangkan kemahiran berfikir

    dan strategi berfikir, menerapkan pengetahuan dan kemahiran ini dalam kehidupan seharian,

    tetapi juga untuk menanamkan dalam diri mereka nilai-nilai murni dan semangat patriotisme.

    Sains juga merupakan salah satu bidang yang sangat penting sejak awal kemunculannya dan

    dahulu. Selaras dengan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (2002) dalam

    Abdul Fatah Hasan (2007):

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek,

    rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

    Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

  • mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (m.s 75)

    Dengan berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di atas, jelas menunjukkan

    bahawa pendidikan sains merupakan bidang yang sangat penting kerana sains merupakan

    bidang ilmu yang dapat membantu individu mencapai apa yang dihasratkan dalam Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kenyataan ini turut disokong oleh Kementerian Pelajaran

    Malaysia (2002) iaitu Kurikulum Sains dan Matematik bagi sekolah menengah dibentuk

    untuk melahirkan murid yang berilmu dan berkemahiran didalam Sains dan Matematik bagi

    membina kemahiran berfikir dan strategi untuk membolehkan mereka menyelesaikan

    masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian. Ini secara tidak langsung

    membantu kerajaan Malaysia untuk mencapai status sebagai sebuah negara yang maju pada

    tahun 2020.

    1.2 Latar belakang kajian

    Sains merupakan salah satu bidang ilmu yang dapat membawa negara mencapai status negara

    maju menjelang tahun 2020. Penggunaan ilmu pengetahuan dengan berteraskan

    masyarakat berilmu, saintifik dan progresif serta mampu melahirkan pengurus alam yang

    dapat menjamin keharmonian hidup secara optimum dalam membentuk warganegara yang

    kritis, kreatif dan berketrampilan dengan mengamalkan budaya sains dan teknologi.

    Warganegara yang berkualiti adalah insan yang mempunyai semangat ingin tahu, berfikiran

    terbuka, gigih dan bersikap objektif dalam segala usaha dengan tidak meminggirkan

    kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Justeru itu, Kaedah koperatif memainkan peranan

    penting dalam pembelajaran sains.

    Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing itulah yang menjadi tonggak penting

    dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. konsep inilah dijadikan elemen penting dalam

    pembelajaran kaedah koperatif. Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran secara

    berkerjasama dalam kumpulan di mana setiap individu memainkan peranan penting dan

    saling membantu ahli kumpulan supaya dapat memahami sesuatu konsep atau kandungan

    dalam topik dengan serentak.

    Pembelajaran Koperatif merupakan pembelajaran dalam satu kumpulan pelajar yang

    heterogeneous yang dapat membantu pelajar yang lemah atau belum menguasai kemahiran

  • tertentu. Pengajaran atau bantuan daripada rakan sebaya yang lebih mahir sangat efektif

    dalam zon perkembangan proximal. Penggunaan scalffolding dalam kaedah pengajaran

    koperatif , dimana pelajar beransur-ansur menerima tanggungjawab dari sedikit kepada

    sepenuhnya ke atas pembelajaran atau pencarian ilmu. (Menurut Vygotsky (1978),dalam

    Ramlah Jantan & Mahani Razali 2003,m.s45)

    Berdasarkan hujah yang dikemukakan oleh ahli psikologi iaitu Vygotsky (1978), jelas

    menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif membolehkan pelajar heterogeneous

    (kebolehan yang berbeza) dapat berkerjasama dan saling bantu membantu pelajar yang

    lemah. Bantuan yang diberikan oleh rakan sebaya sekumpulan yang mahir dapat

    memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar yang lemah. Setiap ahli

    kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk membantu rakan mereka untuk mempelajari

    sesuatu tajuk. Pelajar lebih berminat belajar dalam kumpulan kerana mereka lebih suka

    berinteraksi dan berbincang bersama rakan mereka. Pendapat ini selari dengan pendapat yang

    dikemukakan oleh Johnson and Johnson, 1994 (dalam Krongthong m.s 2)

    . For cooration to work well, teacher explicity have two structure five essential principle

    in each lesson namely positive interdependent, individual accountability, face to face

    promotive interaction, interpersonal and small grup skills and group processing.

    Bagi melaksanakan pembelajaran koperatif dengan lebih berkesan guru seharusnya

    menetapkan lima prinsip penting dan rancangan pengajaran seperti saling bergantung secara

    positif, tanggungjawab individu, interaksi bersemuka, kemahiran interpersonal dalam

    kumpulan kecil dan proses berkumpulan.

    Pembelajaran koperatif akan meningkatkan tanggungjawab individu terhadap ahli

    kumpulannya. Sedangkan pembelajaran tradisional hanyalah mementingkan tanggungjawab

    individu terhadap dirinya sendiri. Ini adalah pendapat yang dikemukakan oleh Johnson dan

    Halube (1990, dalam Jeya Velu et.al, 1996).

    Ciri utama dalam pembelajaran koperatif ialah ahli-ahli kumpulan berkerjasama untuk

    mencapai tahap pembelajaran yang maksimum bukan bagi diri sendiri, tetapi juga untuk

    rakan-rakan yang lain. Ini akan meningkatkan komunikasi yang lebih erat sesama rakan-

    rakan.

    Bedasarkan kajian yang dijalankan oleh penyelidik telah memilih kaedah bulatan

    Pembelajaran (Circle of learning @ COL) adalah salah satu kaedah yang terdapat dalam

  • pembelajaran koperatif yang mana sesuai dijalankan dalam masa yang suntuk serta mudah

    untuk dikendalikan. Menurut Johnson et.al(1986, dalam Yee cheng teik, 1995, m.s27)

    Kaedah bulatan pembelajaran (COL) ialah proses pelajar berkerja dalam satu kumpulan

    untuk memperkembangkan tugas kumpulan, berkongsi idea serta membantu satu sama lain

    untuk memperolehi jawapan kepada tugasan yang diberikan dan memastikan semua ahli

    kumpulan terlibat serta memahami jawapan kumpulan dan meminta bantuan daripada ahli

    kumpulan sebelum meminta bantuan daripada guru

    1.3 Pernyataan Masalah

    Matapelajaran Sains merupakan salah satu matapelajaran yang penting dalam sistem

    pendidikan negara Malaysia. Namun demikian, media massa seperti akhbar, majalah, radio

    dan televisyen tempatan sering membincangkan tentang kelemahan murid dalam

    matapelajaran Sains terutamanya semasa keputusan peperiksaan diumumkan.

    Pelajar bisanya menghadapi masalah untuk mengingat dan memahami fakta Sains dan ini

    telah menyebabkan minat belajar pelajar semakin merosot terutamanya pelajar yang berprestasi

    rendah dalam bidang akademik. Selain daripada itu, sikap guru yang biasanya menggunakan

    catatan nota baris demi baris, muka surat demi muka surat (catatan bentuk linear) pada akhir

    pengajaran sebagai pengukuhan pelajaran didapati cenderung menjadikan pelajar berasa bosan

    dan melupakan isi pelajaran. Selain daripada itu, pelajar juga tidak berminat untuk mengulang

    kaji dengan catatan nota bentuk linear yang mereka buat. Berdasarkan pengalaman pengkaji

    dalam mengajar mata pelajaran Sains pelajar tidak mampu memahami fakta Sains dengan tepat

    kerana keputusan peperiksaan yang agak teruk menunjukkan mereka begitu lemah dalam

    memahami fakta sains ketika saya mengajar topik sifat-sifat bahan (Tahun 4). Saya juga dapat

    mengenalpasti beberapa masalah ketika proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

    Antara masalahnya adalah:

    Segelintir murid tidak mengangkat tangan dan tidak memberi respon ketika bertanya

    soalan. Ini kerana murid tidak dapat megenalpasti sifat-sifat bahan.

    Segelintir murid memberi jawapan yang salah bagi soalan yang ditanya kerana mereka tidak

    dapat mengingatkan kata kunci dan tidak dapat menulis kata kunci dengan ejaan yang betul.

    Segolongan murid tidak dapat membezakan antara ciri-ciri khas bahan Kerana mereka

    menghadapi kekeliruan dalam membezakannya.

  • Setiap permasalahan yang dinyatakan merupakan penyumbang kepada kemerosotan

    jumlah para pelajar yang mengikuti bidang sains di institut pengajian tinggi dan juga menjadi

    faktor kepada persepsi negatif para pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah atau

    menengah untuk mempelajari sains. Ingatan dan kefahaman konsep memainkan peranan yang

    utama di dalam pendidikan sains bagi meningkatkan prestasi diri pelajar. Kaedah pengajaran

    tradisional chalk and talk adalah jauh ketinggalan dalam menjelaskan konsep-konsep yang

    abstrak . . Berbantukan kaedah koperatif bulatan dan STAD masalah ini dapat di atasi

    dengan aktiviti kumpulan atau perbincangan kumpulan dengan mengelaskan unsurunsur

    yang terdapat dalam bahan yang dikaji. Pelajar juga dapat memahami persamaan dan

    perbezaan di antara bahan-bahan yang dikaji semasa perbincangan kumpulan diadakan .

    1.4 Kerangka Konseptual

    Kerangka konseptual memberikan gambaran yang jelas dan menyeluruh mengenai apa yang

    dikaji seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Kerangka ini menjadi sempadan bahawa

    kajian yang akan dijalankan tidak terkeluar dari pernyataan masalah yang dikemukakan.

    Soalan kajian dan sorotan penulisan telah dirujuk dari kerangka konsep ini.

    Terdapat dua pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan tidak bersandar.

    Pembolehubah tidak bersandar mewakili, Kaedah Tradisional dan Kaedah koperatif STAD.

    Manakala pembolehubah bersandar pula adalah pencapaian pelajar.

    Rajah 1.1 Kerangka Konseptual

    Di dalam kajian ini, pemboleh ubah bebas yang digunakan ialah pembelajaran

    menggunakan Kaedah Tradisional dan menggunakan kaedah koperasi.. Kaedah tradisional

    adalah kaedah sedia ada yang sering digunakan oleh guru dalam pengajaran. Di akhir

    Kaedah Koperasi

    COL & STAD

    Kaedah Tradisional

    Pencapaian

    Murid Minat murid

  • pengajaran, kesan pembelajaran menggunakan kaedah tradisional yang dipelajari oleh murid

    dapat dilihat melalui tahap pencapaian murid dalam ujian yang diberikan.

    Pembelajaran koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan kumpulan pelajar yang

    bekerjasama bagi mencapai suatu matlamat atau tujuan bersama (Johnson et al. 1991).

    Pembelajaran koperatif membolehkan pelajar pelbagai aras kecerdasan bagi bekerja dalam

    kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif direka bentuk bagi mewujudkan interaksi koperatif

    sesama pelajar semasa proses pembelajaran. Kauchak & Eggen (1998) menjelaskan

    pembelajaran koperatif adalah strategi pengajaran yang digunakan bagi membantu pelajar

    memenuhi matlamat pelajaran dan sosial yang spesifik dalam kumpulan berstruktur. Melalui

    pembelajaran koperatif, pelajar dijangkakan akan bekerjasama dan berkomunikasi antara satu

    sama lain bagi mencapai matlamat pembelajaran yang spesifik dalam keadaan yang

    berstruktur.

    1.5 Objektif Kajian

    Berikut merupakan beberapa objektif kajian yang telah dirangka sebagai garis panduan

    terhadap kajian yang dijalankan. Objektif ini perlu supaya matlamat dalam kajian yang

    dirancang dapat dicapai sepenuhnya. Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:

    i. Untuk mengkaji sama ada kaedah koperatif sesuai dijalankan di Tahun

    Empat

    ii. Untuk mengkaji sama ada kaedah ini sesuai digunakan dalam pengajaran

    topik Sifat-sifat Bahan

    iii. Untuk mengkaji sama ada kaedah koperatif ini akan meningkatkan prestasi

    pelajar dalam sains.

    iv. Untuk memastikan sama ada kaedah koperatif akan menambahkan minat

    dan motivasi pelajar terhadap topik ini.

  • 1.6 Soalan Kajian

    Berdasarkan objektif-objektif kajian yang dinyatakan, persoalan-persoalan kajian berikut

    dinyatakan untuk menjawab aspek-aspek kajian dengan lebih spesifik:

    i. Adakah pembelajaran kaedah koperatif bulatan dan STAD lebih berkesan jika

    dibandingkan dengan kaedah tradisional dalam mengajar tajuk Sifat-sifat

    Bahan ?

    ii. Bolehkah pembelajaran koperatif menjadi suatu kaedah yang berkesan dalam

    pengajaran dan pembelajaran dalam sains?

    iii. Sejauhmanakah pembelajaran koperatif akan menyelesaikan masalah minat

    dan memberi motivasi kepada pelajar?

    1.6.1 Hipotesis Kajian

    Dalam kajian ini terdapat beberapa hipotesis nul yang ingin dikaji :

    Hipotesis 1 Tidak dapat perbezaan yang disignifikan sebelum dan selepas

    Pembelajaran kaedah koperatif dan kaedah tradisional dijalankan.

    Hipotesis 2 Tidak terdapat perbezaan motivasi antara kaedah pengajaran Kopeatif dan

    kaedah tradisional.

    Hipotesis 3 Tidak terdapat perbezaan pencapaian perstasi ujian

    antara pengajaran kaedah koperatif dan kaedah tradisional.

  • 1.7 Kepentingan Kajian

    Hasil kajian ini sangat penting kepada pelajar, guru sains, dan juga penggubal kurikulum.

    Kepada pelajar diharapkan kajian ini dapat membantu mereka memahami dengan lebih

    mudah sifat-sifat bahan dari segi bentuk dan kegunaannya.

    Kepada golongan guru pula kajian ini dapat membantu pihak guru menyediakan

    perancangan pengajaran yang berkesan kepada pelajar. Dengan itu guru dapat merancang

    pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan melalui Kaedah Koperatif. Kaedah

    Koperatif dalam kajian ini dapat mengubah pendirian pelajar terhadap sains, iaitu ia

    menyeronokkan dan bukannya membosankan. Seterusnya kaedah ini boleh mengembangkan

    minat, sikap dan motivasi mereka terhadap sains. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat

    membantu pihak penggubal kurikulum dalam menyediakan sukatan mata pelajaran sains.

    Hasil kajian ini sangat penting kepada guru sains dan juga pengubal kurikulum . Di

    antaranya:-

    Dijadikan satu garis panduan kepada guru dan pendidik untuk memperbaiki lagi

    perlaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains di peringkat Sekolah

    Menengah.

    Dijadikan satu garis panduan kepada pendidik supaya meningkatkan pencapaian

    pelajar dari aspek kognitif, sosial dan efektif terhadap mata pelajaran sains.

    Memaksimumkan penglibatan pelajar secara aktif melalui pembelajaran Koperatif

    disamping akan memupuk sikap bertanggungjawaban individu.

    Meningkatkan minat dan pencapaian pelajar dalam mempelajari Topik sifat-sifat

    bahan

    1.9 Batasan Kajian

    a) Pembelajaran koperatif ini akan tertumpu kepada pelajar-pelajar Tahun empat di

    Sekolah SJKT Ladang Tuan Mee

    b) Penilaian akan dibuat berdasarkan keputusan ujian pra dan pos ke atas

    kumpulan kawalan (Pembelajaran tradisional dan kumpulan eksperimen

    (Pembelajaran koperatif) mengenai tajuk sifat-sifat bahan

    c) Sampel kajian akan melibatkan 20 orang murid tahun empat .

  • 1.10 Definisi Operasional

    Istilah-istilah operasional yang digunakan dalam kajian ini boleh ditakrifkan seperti berikut:

    1.10.1 Keberkesanan

    Keberkesanan Menurut The Concise Oxford Dictionary of Current English (1995)

    keberkesanan bermaksud penghasilan kesan, akibat atau kesimpulan yang dihajati dari

    perspektif penyelidik dan pentadbir keberkesanan merujuk kepada kegunaan sepenuhnya

    sumber untuk Meningkatkan jumlah dan mutu hasil yang dikeluarkan. Definisi keberkesanan

    adalah berdasarkan tahap pengukuran yang telah ditetapkan.

    1.10.2 Pengajaran

    Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang

    meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Secara

    ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta

    memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti,

    membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi

    optimum.

    Pengajaran sebagai organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru untuk

    meyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajarnya

    dalam suasana yang dipanggil bilik darjah (Arbak 1985).

    Manakala bagi Ee Ah Meng (1989) menyatakan bahawa pengajaran sebagai satu sains

    iaitu sistem aktiviti-aktiviti yang ditujukan kepada murid-murid dengan bertujuan membawa

    perubahan tingkah laku dikalangan mereka.

    1.10.3 pembelajaran

    Slavin (2005) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan dalam seseorang individu

    akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua

    pembelajaran ini berkait rapat dengan pengalaman.

    Mengikut Hill (2002) pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan suatu

    perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku seseorang. Perubahan ini

  • mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, untuk lebih baik atau lebih buruk, betul atau salah

    dan sedar atau tidak sedar.

    Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986) yang berlaku dalam

    pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran melibatkan pemerolehan

    dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan tingkah laku.

    1.10.5 Koperatif

    Pembelajaran kooperatif merupakan suatu pembelajaran kelompok dengan jumlah peserta

    didik 2-5 orang dengan gagasan untuk saling memotivasi antara anggotanya untuk saling

    membantu agar tercapainya suatu tujuan pembelajaran yang maksimal. Menurut Depdiknas

    (2003:5) Pembelajaran Kooperatif (cooperative learning) , merupakan strategi pembelajaran

    melalui kelompok kecil siswa yang saling bekerja sama dalam memaksimalkan kondisi

    belajar untuk mencapai tujuan belajar.

    1.10.6 Ujian Pra

    Ujian yang dijalankan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula untuk menguji

    penguasaan pelajar terhadap topik sifat-sifat bahan

    1.10.7 Ujian Pos

    Ujian yang digunakan untuk menguji keberkesanan kaedah PBSK dalam meningkatkan

    pencapaian pelajar terhadap sifat-sifat bahan.

    1.10.8 Soal Selidik

    Borang soal selidik digunakan untuk menguji sejauhmanakah minat dan motivasi

    pelajar dicungkil melalui kaedah koperatif.

  • 11.0 Rumusan

    Bab ini menghuraikan latar belakang kajian, pernyataan masalah, kerangka kerja, tujuan,

    objektif, persoalan, hipotesis, takrifan istilah, kepentigan dan batasan kajian. Antara lain, bab

    ini merumuskan bahawa pelajar mungkin membentuk konsep alternatif atau idea-idea yang

    bercanggah dengan konsepsi sebelum guru mula mengajar. . Selain itu, pengkaji juga ingin

    melihat sama ada penggunaan Kaedah Koperatif mempengaruhi minat murid terhadap

    pembelajaran sains . Penggunaan Kaedah Koperatif diharap dapat membantu murid

    menyelesaikan masalah kefahaman konsep dengan lebih sistematik. Kajian dapat

    membuktikan bahawa kaedah pengajaran koperatif meningkatkan pemahaman konsep dan

    mengatasi masalah miskonsepsi di kalangan pelajar.