20

BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam

  • Upload
    others

  • View
    1

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam
Page 2: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam
Page 3: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam
Page 4: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam

iv

DEDIKASI

Teristimewa buat, Ayahanda & Bonda tercinta

Mohammad Bin Ali & Wan Saidah Binti Sulaiman Kasih dan sayang serta pengorbanan yang dicurahkan

Tiada kata-kata yang mampu kutafsirkan Semoga kalian sentiasa dalam lindungan Tuhan...

Adinda-adinda yang dikasihi, Nur ‘Izzati, Ahmad Faiq, Ahmad Faiz, Nawal Awanis dan Nawal Amalin

Dengan iringan doa serta dorongan berpanjangan Kalian sentiasa dalam ingatan...

Sahabat seperjuangan, Memori bersama tidak mungkin dilupakan

Semoga berjaya dalam menempuh hidup penuh cabaran...

Terima kasih atas segalanya...

Page 5: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam

v

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang”

Syukur alhamdulillah, kerana dengan limpah kurniaNya, maka dapat saya

menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini bagi memenuhi sebahagian daripada syarat

bagi memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik).

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih

kepada Puan Hanim Binti Sulaiman, selaku penyelia projek, atas segala bimbingan,

tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan sepanjang tempoh menyiapkan

PSM ini. Sesungguhnya, hanya Allah S.W.T. yang mampu membalasnya.

Penghargaan juga ditujukan kepada keluarga di atas galakan serta semangat yang

tidak putus-putus. Turut membantu saya semestinya rakan-rakan seperjuangan kerana

tidak lokek dalam memberi pandangan, teguran serta maklumat.

Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih juga di atas kerjasama yang telah

diberikan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Raja Bahar; Guru Besar, guru-guru dan

murid-murid tahun 6 sesi 2006 yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.

Kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, saya

doakan semoga sumbangan ikhlas anda diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

Page 6: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi

pencapaian murid-murid tahun 6 dalam mata pelajaran Matematik di Sekolah

Kebangsaan Raja Bahar. Faktor-faktor yang dikaji adalah peranan ibu bapa, kaedah

pembelajaran dan pengajaran guru. Seramai 40 orang murid terlibat dalam kajian ini.

Alat kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu

Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A melibatkan 5 item mengenai latar belakang

responden manakala Bahagian B melibatkan 30 item mengenai aspek-aspek persoalan

kajian. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ialah α = 0.9397. Data yang diperolehi

dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif bagi mendapatkan peratusan

dan min. Hasil kajian menunjukkan skor min bagi faktor peranan ibu bapa dan kaedah

pembelajaran berada pada tahap sederhana manakala faktor pengajaran guru

menunjukkan skor min yang tinggi. Daripada hasil kajian ini dapatlah dirumuskan

bahawa pengajaran guru sangat membantu dalam proses pembelajaran Matematik

murid-murid tahun 6 Sek. Keb. Raja Bahar.

Page 7: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam

vii

ABSTRACT

This study is carried out to identify the factors that affect the achievement of year

six pupils in Mathematics precisely at Sekolah Kebangsaan Raja Bahar. The factors

being highlighted are parents’ role, learning methods and teacher’s instruction. This

study involve 40 year six pupils. The research instrument is a set of questionnaire

consisting of two parts, that are Part A and Part B. Part A consisted of 5 items focusing

on respondents background, while Part B consisted of 30 items on study aspects. The

reliability of the questionnaire is α = 0.9397. The data collected is analyzed using

descriptive statistic in order to get the percentage and mean. Research findings show that

the mean score for parents’ role and learning methods are at average level, while the

mean score for teacher’s instruction is at high level. From the reseach finding, it can be

concluded that teacher’s instruction assist a great deal in the process of learning

Mathematics for year six pupils at Sek. Keb. Raja Bahar.

Page 8: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Istilah 8

Page 9: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam

ix

1.10 Metodologi Kajian 10

1.11 Rumusan 10

BAB II SOROTAN PENULISAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

Pencapaian Dalam Matematik 13

2.2.1 Peranan Ibu Bapa 13

2.2.2 Faktor Kaedah Pembelajaran 17

2.2.3 Faktor Pengajaran Guru 21

2.3 Rumusan 25

BAB III METODOLOGI KAJIAN 26

3.1 Pengenalan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian 26

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 27

3.4 Instrumen Kajian 28

3.5 Kaedah Pengumpulan Data 30

3.6 Prosedur Kajian 31

3.7 Kajian Rintis 31

3.8 Kaedah Menganalisis Data 32

3.9 Rumusan 33

BAB IV ANALISIS DATA 34

4.1 Pengenalan 34

4.2 Analisis Data 34

Page 10: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam

x

4.2.1 Analisis Bahagian A 35

4.2.2 Analisis Bahagian B 38

4.3 Analisis Keseluruhan dan Kesimpulan 45

4.4 Rumusan 45

BAB V RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN 46

5.1 Pengenalan 46

5.2 Rumusan Kajian 46

5.2.1 Masalah Kajian 47

5.2.2 Penganalisisan Data 47

5.3 Rumusan Kajian Secara Keseluruhan 52

5.4 Implikasi Kajian 54

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 55

5.6 Penutup 56

BIBLIOGRAFI 57

LAMPIRAN 64

Page 11: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam

xi

SENARAI JADUAL

NO TAJUK MUKA SURAT

1.1 Keputusan Matematik UPSR 2000-2004 SK Raja Bahar 5

3.1 Taburan populasi kajian 27

3.2 Taburan sampel kajian 28

3.3 Taburan item mengikut faktor 29

3.4 Skala Likert 30

3.5 Pemerolehan markat dan skala 33

3.6 Tahap penilaian responden berdasarkan skor min 33

4.1 Taburan responden mengikut jantina 36

4.2 Taburan responden mengikut bangsa 37

4.3 Taburan responden mengikut bilangan ahli keluarga 37

4.4 Taburan responden mengikut penjaga 38

4.5 Taburan responden mengikut pekerjaan penjaga 38

4.6 Faktor peranan ibu bapa dalam mempengaruhi

pencapaian murid tahun 6 dalam mata pelajaran

Matematik 40

4.7 Faktor kaedah pembelajaran dalam mempengaruhi

pencapaian murid tahun 6 dalam mata pelajaran

Matematik 42

4.8 Faktor pengajaran guru dalam mempengaruhi

pencapaian murid tahun 6 dalam mata pelajaran

Matematik 44

4.9 Analisis keseluruhan 46

Page 12: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam

xii

SENARAI RAJAH

NO TAJUK MUKA SURAT

4.1 Perbandingan di antara dua item tertinggi dan

dua item terendah mengikut peratus persetujuan

bagi persoalan kajian 1 41

4.2 Perbandingan di antara dua item tertinggi dan

dua item terendah mengikut peratus persetujuan

bagi persoalan kajian 2 43

4.3 Perbandingan di antara dua item tertinggi dan

dua item terendah mengikut peratus persetujuan

bagi persoalan kajian 3 45

Page 13: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam

xiii

SENARAI SINGKATAN

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

SKRB - Sekolah Kebangsaan Raja Bahar

BPPDP - Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Pendidikan

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

SPSS - Statistical Packages for Social Sciences

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 14: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat pengesahan BPPDP 64

B Pengesahan pelajar 67

C Set soal selidik 69

D Analisis kebolehpercayaan soal selidik 75

Page 15: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Semenjak negara mencapai kemerdekaan, pelbagai usaha telah dijalankan untuk

membangunkan masyarakat dari segi sosial atau ekonomi. Pembangunan sosial dapat

diwujudkan melalui penguasaan Bahasa Melayu dan merapatkan jurang pendidikan di

antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Ini merupakan matlamat utama negara

menerusi Laporan Razak. Untuk merealisasikan Laporan Razak ini, sekolah memainkan

peranan penting untuk memastikan pelajar dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik

dan pada masa yang sama tidak tercicir dalam arus pembangunan pendidikan.

Dari segi ekonomi, program membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang

perbezaan pendapatan antara kaum merupakan salah satu daripada matlamat negara

menerusi Dasar Ekonomi Baru. Menurut Ibrahim Saad (1980) dan Mohd Jalal Ahmad

(1991), untuk mencapai matlamat ekonomi ini, pendidikan memainkan peranan penting

untuk melahirkan tenaga mahir yang boleh membangunkan ekonomi. Kini, tumpuan

ekonomi negara telah beralih dari sektor pertanian kepada sektor perindustrian.

Oleh yang demikian, fungsi pendidikan dalam konteks pembangunan ekonomi

negara menjadi semakin penting terutamanya untuk merealisasikan matlamat Wawasan

2020. Salah satu cabarannya ialah menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian

Page 16: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam

2

yang maju dan mempunyai ekonomi bebas, berdikari dan mempunyai daya saing yang

tinggi. Dalam usaha mencapai matlamat wawasan tersebut, tenaga-tenaga kerja yang

berilmu pengetahuan, kreatif dan berpandangan luas perlu dilahirkan.

Menurut Profesor Robert Wood (1994) sebuah kerajaan hanya akan berjaya

membangunkan ekonomi negara sekiranya sistem pendidikan negara tersebut dapat

menyediakan tenaga mahir yang diperlukan untuk mengendalikan industri negara. Ini

bermakna dalam konteks pembangunan negara, institusi pendidikan merupakan

pembekal tenaga kerja yang utama. Seiring dengan fungsi institusi pendidikan ini,

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah menyifatkan keciciran dalam pendidikan

merupakan pembaziran tenaga kerja dalam konteks pembangunan negara. Tidak

dinafikan bahawa sejak dahulu lagi, pencapaian akademik yang rendah berlaku di

sesetengah sekolah terutamanya di kawasan luar bandar. Kelemahan pencapaian

akademik ini menyebabkan berlaku keciciran pendidikan yang secara tidak langsung

menjejaskan usaha kerajaan untuk mencapai matlamat negara sama ada dari segi sosial

atau ekonomi.

Dari segi sosial, keciciran dalam pendidikan yang berlaku pada usia muda

menyekat pembangunan individu dari segi sahsiah dan perkembangan mental.

Penerapan nilai moral akan terbantut akibat tersisihnya mereka daripada pendidikan

formal, di mans ini boleh membawa kepada keruntuhan akhlak. Kematangan mental

yang tidak sempurna dan penguasaan ilmu yang tidak mencukupi akibat keciciran awal

pula menyebabkan mereka mudah terjebak dalam budaya yang tidak sihat serta kurang

bersedia untuk menerima tekanan di alam pekerjaan. Ini merupakan antara faktor-faktor

yang menyumbang kepada peningkatan gejala sosial di kalangan remaja.

Dari segi ekonomi, negara memerlukan lebih ramai tenaga mahir dan bersifat

profesional. Lantaran itu, keciciran yang disebabkan oleh kelemahan pencapaian

akademik harus diatasi untuk mengelakkan kerugian dari segi sumber tenaga manusia.

Page 17: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam

3

Negara tidak harus bergantung kepada perkhidmatan pekerja-pekerja asing untuk

membangunkan ekonomi negara kerana pergantungan berterusan akan merugikan.

Memandangkan masalah keciciran boleh menjejaskan pembangunan sosial dan

ekonomi negara, maka penyelidikan dari semasa ke semasa harus dijalankan bagi

mengesan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar agar

langkah-langkah mengatasi masalah keciciran pendidikan dikenalpasti dan diaplikasi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam

memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam situasi yang sebenar dengan

menggunakan kemahiran Matematik untuk menyelesaikan masalah dalam bidang sains,

kejuruteraan, ekonomi dan lain-lain. Konsep pendidikan Matematik adalah bertujuan

meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami struktur, saling hubungan, prinsip

ruang dan konsep Matematik. Tumpuan pembelajaran Matematik adalah kepada

pemahaman dan konsep.

Mata pelajaran Matematik mempunyai kedudukan istimewa dalam mana-mana

sistem pendidikan kita. Ia diwajibkan kepada semua pelajar di semua peringkat

persekolahan. Bagaimanapun pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini semakin

membimbangkan.

Setelah 22 tahun Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan,

tinjauan menunjukkan prestasi pencapaian murid dalam Matematik terutama dalam

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) masih belum mencapai tahap membanggakan.

Perkara ini jelas dibuktikan dari tinjauan ke atas peratus kelulusan Matematik dalam

Page 18: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam

4

Laporan Analisa Peperiksaan UPSR 1993 – 1997 dan ia disahkan oleh Ketua Pengarah

Pendidikan Malaysia ketika itu, iaitu Datuk Aisah Abu Samah yang mengatakan

“ ... penguasaan mengira masih belum mencapai tahap membanggakan, malah

pencapaian mata pelajaran Matematik di beberapa buah sekolah rendah amat

mengecewakan ... ”

(Berita Harian, 4 Ogos 1992)

Perkara 143 dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet menunjukkan bahawa

pencapaian Matematik murid-murid sekolah luar bandar yang kebanyakannya terdiri

daripada sekolah kebangsaan adalah kurang memuaskan (Ibe, 1992). Laporan tersebut

juga menekankan bahawa pencapaian yang rendah dalam Matematik adalah disebabkan

oleh kelemahan mereka dalam kemahiran asas Matematik dan juga kurang mengingat

fakta-fakta asas Matematik.

Pencapaian Matematik yang tidak begitu memberangsangkan dalam UPSR telah

menarik perhatian serta memberi kebimbangan kepada banyak pihak termasuk ahli-ahli

politik, pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan, golongan pendidik dan juga para

ibu bapa. Banyak perbincangan dan isu telah dikemukakan mengenai pendidikan

Matematik di negara ini. Pelbagai cara dan usaha telah diterokai untuk meningkatkan

tahap pencapaian murid-murid dalam Matematik di peringkat UPSR. Antara usaha-

usaha yang telah dijalankan termasuklah Program Bijak Sifir dan Program Pendidikan

Sempoa Sekolah Rendah.

1.3 Pernyataan Masalah

Matematik seringkali dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar bagi

kebanyakan pelajar. Tanggapan sebegini membuatkan kepentingan mata pelajaran ini

diabaikan lalu menyebabkan pencapaiannya masih berada di tahap rendah. Jika keadaan

Page 19: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam

5

ini berterusan, tidak mustahil pelajar kita akan ketinggalan, apatah lagi untuk menyahut

hasrat kerajaan bagi menjadikan pelajar yang celik Sains dan Matematik.

Asas pengiraan Matematik iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan

pembahagian nombor diajar pada peringkat sekolah rendah lagi. Murid tahun 6 yang

bakal menduduki peperiksaan UPSR wajib menguasai keempat-empat operasi tersebut

kerana jika tidak, sukar bagi mereka untuk mempelajari ilmu Matematik di peringkat

sekolah menengah dengan jayanya.

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang

mempengaruhi pencapaian murid tahun 6 dalam mata pelajaran Matematik di Sekolah

Kebangsaan Raja Bahar dari segi pengaruh ibu bapa, kaedah pembelajaran dan

pengajaran guru. Kajian ini melihat faktor-faktor yang dikaji daripada persepsi murid-

murid tahun 6 sendiri. Sekolah tersebut dipilih berdasarkan keputusan UPSR bagi mata

pelajaran Matematik yang masih berada pada tahap sederhana.

Tahun 2000 Tahun 2001 Tahun 2002 Tahun 2003 Tahun 2004 Gred Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % A 22 22.45 33 28.95 29 25.66 30 24.39 43 31.39 B 27 27.55 30 26.32 30 26.55 38 30.89 29 21.17 C 19 19.39 20 17.54 28 17.54 29 23.58 34 24.82 D 14 14.29 20 17.54 8 17.54 11 8.94 19 13.87 E 16 16.33 11 9.65 18 9.65 15 12.20 12 8.76 Lulus 68 69.39 83 72.81 81 72,81 97 78.86 106 70.80 Gagal 30 30.61 31 27.19 26 27,19 26 21.14 31 21.14 Bil. Calon 98 114 113 123 137

Jadual 1.1: Keputusan Matematik UPSR bagi tahun 2000-2004 SK Raja Bahar.

Page 20: BAB 1 ii -p - fp.utm.my€¦ · 1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan Matematik bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan memerihalkan fenomena Matematik dalam

6

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang

mempengaruhi pencapaian murid tahun 6 mata pelajaran Matematik di Sekolah

Kebangsaan Raja Bahar. Secara khususnya ia bertujuan untuk:

Mengenal pasti faktor peranan ibu bapa mempengaruhi pencapaian murid tahun

6 dalam Matematik.

Mengenal pasti faktor kaedah pembelajaran mempengaruhi pencapaian murid

tahun 6 dalam Matematik.

Mengenal pasti faktor pengajaran guru mempengaruhi pencapaian murid tahun 6

dalam Matematik.

1.5 Persoalan Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa persoalan

mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Matematik murid tahun 6 di

Sekolah Kebangsaan Raja Bahar. Antara persoalan yang ditimbulkan ialah:

Adakah peranan ibu bapa mempengaruhi pencapaian murid tahun 6 dalam

Matematik?

Adakah kaedah pembelajaran mempengaruhi pencapaian murid tahun 6 dalam

Matematik?

Adakah pengajaran guru mempengaruhi pencapaian murid tahun 6 dalam

Matematik?