10
BAB 1: KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA 1. a. Apakah maksud imperialisme? (Rujuk B/T m.s: 3) Imperialsime merupakan dasar sesebuah Negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. b. Senaraikan kuasa-kuasa Barat yang terlibat dengan imperialisme di Asia Tenggara. (Rujuk B/T m.s: 3) Portugal Sepanyol Belanda Britain Perancis Amerika Syarikat c. Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan imperialisme Barat di Asia Tenggara. (Rujuk B/T m.s: 5-7) Kekayaan Asia Tenggara - Kedudukan yang strategik di antara timur dan barat - Pasaran yang luas: China dan India - Tanah yang subur - Kaya dengan bahan mentah untuk kegunaan sektor perindustrian yang pesat berkembang di Eropah Perkembangan dan kemajuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan - Penggunaan kapal wap (enjin): dapat mengangkut muatan yang lebih banyak - Mempercepatkan perjalanan antara Barat dengan Timur - Pembukaan Terusan Suez 1869 memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat - Perjalanan lebih selamat dan menjimatkan kos - Penciptaan telegraf - Kuasa-kuasa imperialisme dapat memberi arahan kepada pegawai- pegawai mereka di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan - Ahli-ahli perniagaan di Barat dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur - Urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat Persaingan kuasa-kuasa Barat - Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan terhadap kuasa Barat tersebut. - Melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut. Beban orang putih dan tugas menyebarkan tamadun - British dan Belanda mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun bertanggungjawab memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera - Perancis pula ingin mentamadunkan orang Timur

Bab 1 Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sejarah Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Citation preview

Page 1: Bab 1 Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

BAB 1: KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

1. a. Apakah maksud imperialisme? (Rujuk B/T m.s: 3)● Imperialsime merupakan dasar sesebuah Negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

b. Senaraikan kuasa-kuasa Barat yang terlibat dengan imperialisme di Asia Tenggara. (Rujuk B/T m.s: 3)● Portugal● Sepanyol ● Belanda● Britain● Perancis● Amerika Syarikat

c. Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan imperialisme Barat di Asia Tenggara. (Rujuk B/T m.s: 5-7)● Kekayaan Asia Tenggara - Kedudukan yang strategik di antara timur dan barat - Pasaran yang luas: China dan India - Tanah yang subur - Kaya dengan bahan mentah untuk kegunaan sektor perindustrian yang pesat berkembang di Eropah

● Perkembangan dan kemajuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan - Penggunaan kapal wap (enjin): dapat mengangkut muatan yang lebih banyak - Mempercepatkan perjalanan antara Barat dengan Timur - Pembukaan Terusan Suez 1869 memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat - Perjalanan lebih selamat dan menjimatkan kos - Penciptaan telegraf - Kuasa-kuasa imperialisme dapat memberi arahan kepada pegawai-pegawai mereka di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan - Ahli-ahli perniagaan di Barat dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur - Urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat

● Persaingan kuasa-kuasa Barat - Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan terhadap kuasa Barat tersebut. - Melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut.

● Beban orang putih dan tugas menyebarkan tamadun - British dan Belanda mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun bertanggungjawab memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera - Perancis pula ingin mentamadunkan orang Timur - Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan

● Revolusi perindustrian - Sejak Revolusi Perindustrian, pencapaian Barat dalam bidang sains dan teknologi telah mendahului negara lain - Keyakinan orang Barat meningkat untuk melakukan apa saja demi kebaikan mereka

Page 2: Bab 1 Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja……..(B/T m.s: 8)

2. a. Berdasarkan petikan di atas, huraikan ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara. (Rujuk B/T m.s: 8)● Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan● Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan ● Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan)● Pelantikan pegawai Barat sebagai ketua biro● Pengenalan undang-undang Barat

3. a. Terangkan sistem pemerintahan di Filipina sebelum kedatangan kuasa Sepanyol. (Rujuk B/T m.s: 8-9)- terdapat daerah-daerah kecil dikenali “barangay” dan diperintah oleh golongan datu- di selatan kepulauan Filipina wujud kerajaan-kerajaan Islam

b. Terangkan sistem pemerintahan di Filipina selepas kedatangan kuasa Sepanyol. (Rujuk B/T m.s: 8-9)- sistem pentadbiran berpusat - Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi- Ketua Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah- Gabenor Kecil sebagai pentadbir Bandar- pentadbiran peringkat tempatan dilaksanakan dalam Sistem Ecomienda iaitu barangay- barangay yang disatukan. Ia diketuai oleh Ecomiendero - perubahan ini telah menyebabkan kemerosotan sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu.

4. a. Terangkan sistem pemerintahan di Indonesia sebelum kedatangan kuasa Belanda. (Rujuk B/T m.s: 9)- terdapat beberapa kerajaan berasingan, cth: Mataram dan Bantam- kerajaan diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar- pemerintahan tempatan diketuai oleh pembesar daerah atau bupati (di Jawa)

b. Terangkan sistem pemerintahan di Indonesia selepas kedatangan kuasa Belanda. (Rujuk B/T m.s: 9)- Belanda membahagikan pentadbiran kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan- pentadbiran pusat: diketuai oleh Gabenor Jeneral- pentadbiran tempatan: pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda- Jabatan Kerajaan ditubuhkan: Jabatan pelajaran dan Jabatan Pertanian- penubuhan Dewan Tempatan: bertindak sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan- penubuhan Volksraad: merupakan Majlis Rakyat yang dianggap satu langkah kearah kemerdekaan - hasil desakan Sarekat Islam

Page 3: Bab 1 Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

5. a. Terangkan sistem pemerintahan di Burma sebelum kedatangan kuasa British. (Rujuk B/T m.s: 10-11)- mengamalkan pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung- struktur pemerintahan:

Raja

Majlis Diraja pegawai tinggi kerajaan Ketua Bandar

Pegawai Diraja

Pembesar-pembesar tradisional

- Penaung kepada Sami Buddha

b. Terangkan sistem pemerintahan di Burma selepas kedatangan kuasa British. (Rujuk B/T m.s: 10-11)- Dinasti Konbaung berakhir – institusi raja berakhir – pembesar tradisional peringkat pusat terhapus.- Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi- Pengenalan akta: Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889- Undang-undang Barat diperkenalkan- Pemerintahan daerah oleh: Myo-ok (Pegawai Bandaran)- Pengaruh golongan agama merosot- Majlis Perundangan diperkenalkan- Beberapa jabatan ditubuhkan: Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pelajaran.

6. a. Terangkan sistem pemerintahan di IndoChina sebelum kedatangan kuasa Perancis. (Rujuk B/T m.s: 11)- terdapat sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak.- pembesar tempatan berkuasa penuh- setiap birokrasi diketuai oleh golongan mandarin- golongan mandarin di Vietnam dipengaruhi oleh sistem pentadbiran tanah besar China- kerana dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China

b. Terangkan sistem pemerintahan di IndoChina selepas kedatangan kuasa Perancis. (Rujuk B/T m.s: 11)- pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral di bawah Kementerian Tanah Jajahan di Paris- Struktur pemerintahan

Gabenor Jeneral

Leftenan Gabenor

Residen Jeneral

Residen Wilayah- kerajaan pusat: Union Indochinoise- undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis- kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat tetapi perlu bayar cukai dan sediakan kerahan tenaga.

Page 4: Bab 1 Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

7. a Terangkan sistem pemerintahan di Melaka sebelum kedatangan kuasa Portugis. (Rujuk B/T m.s: 12)- di Melaka dan kebanyakan Negeri Melayu mengamalkan sistem pembesar 4 lipatan

b. Terangkan sistem pemerintahan di Melaka selepas kedatangan kuasa Portugis. (Rujuk B/T m.s: 12)- Portugis meruntuhkan institusi beraja- Belanda meghapuskan institusi beraja

8. a. Terangkan sistem pemerintahan di Tanah Melayu sebelum kedatangan kuasa British. (Rujuk B/T m.s: 12)- dipengaruhi oleh sistem yang diperkenalkan oleh Portugis, Belanda atau sistem tradisional.

b. Terangkan sistem pemerintahan di Tanah Melayu selepas kedatangan kuasa British. (Rujuk B/T m.s: 12)- NNS ditubuhkan: Melaka, Pulau Pinang dan Singapura- diketuai oleh Gabenor, dibantu oleh Residen Kaunselor- Pentadbiran peringkat kampung dikekalkan dengan diketuai oleh penghulu-NNMB: Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan-Sistem Residen diperkenalkan-NNMTB: Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor.-Sistem Penasihat diperkenalkan-Residen dan Penasihat ini diletakkan di bawah Gabenor NNS.-Residen dan Penasihat bertugas menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

-Beberapa perubahan lain: ☺Sistem kehakiman barat, ☺istem pengutipan cukai, ☺pembahagian negeri kepada beberapa daerah, ☺penubuhan balai polis

9. a. Terangkan sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Thailand oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. (Rujuk B/T m.s: 12-13)Pemodenan semasa pemerintahan Raja Mongkut- melantik 80 orang penasihat Barat :

ketuai pelbagai jabatanmelatih pegawai tempatanBritain: penasihat kewangan, pelabuhan, polis.Amerika Syarikat / Perancis:Penasihat kastam dan ketenteraan

Pemodenan semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn- Memperkenalkan:

☺Majlis Penasihat Rendah☺Majlis Mesyuarat Tertinggi☺Kabinet Menteri

- Melantik pegawai dari luar:Britain: juruaudit – perbendaharaan negara

- Muncul pentadbir baru: pendidikan – ada kedudukan dalam birokrasi moden.

Page 5: Bab 1 Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

10. a. Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme? (Rujuk B/T m.s: 14)Perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.Pembebasan daripada:- kuasa politik- cengkaman ekonomi- kebudayaan asing

b. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kebangkitan nasionalisme di Asia Tenggara. (Rujuk B/T m.s: 14-17)* Dasar penjajahan Barat Pemerintahan dan pentadbiran:- Sistem birokrasi Barat tidak memberi peluang kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden. Ekonomi:- Rakyat tempatan terus kekal dalam sistem ekonomi yang tradisional yang serba kekurangan.

- Dasar ekonomi penjajah: menindas penduduk tempatan.- Sistem Tanaman Paksa – Indonesia- Sistem Polo – Filipina

Sosial:- Pergaulan penjajah Barat dalam kelas tersendiri iaitu sesama mereka dan dengan golongan bangsawan dan pegawai kerajaan berpendidikan Barat.

- Dasar keterbukaan penjajah dalam kemasukan imigran.

* Pengaruh agama

- Agama sebagai alat perpaduan dan pencetus nasionalisme.

- Gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu: Pan-Islamisme – penyatuan dunia Islam menentang penjajahan Barat.

- Persatuan Belia Buddha (1906) di Burma.

- Di Filipina: Penduduk tempatan yang beragama Kristian telah bersatu menentang Sepanyol kerana mereka dianggap kelas kedua.

* Karya kesusasteraan

- Ia digunakan untuk menyampaikan mesej: kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah, membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air.

- Filipina: novel Noli Me Tangere (Jangan Sentuh Daku) karya Jose Rizal:

- mencetuskan gerakan nasionalisme- menjadi inspirasi gerakan nasionalisme di Asia Tenggara

Page 6: Bab 1 Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

- Indonesia: cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar.

- Tanah Melayu: Puteri Gunung Tahan karya Pak Sako.

* Sistem pendidikan

- Sikap pilih kasih penjajah dalam menyediakan kemudahan pendidikan.- Mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.- Pendidikan peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar.- Indonesia: anak golongan Priyayi diberi pendidikan tersendiri dan terasing daripada anak orang kebanyakan – bertujuan pepecahkan perpaduan penduduk tempatan.- Burma: pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh telah menjadi ancaman terhadap sekolah Buddha.- Tanah Melayu: lepasan sekolah vernakular sukar mendapat perkerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.* Kemunculan golongan intelektual

- Golongan ini berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Barat didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam.- Mereka sedar bahawa penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti negara mereka sendiri.- Mereka memimpin gerakan nasionalisme: mulanya menuntut taraf hidup dibela, akhirnya mereka menuntut pembebasan negara.

* Pengaruh media massa.

- Akhbar dan majalah menyebarkan idea-idea nasionalisme dan menanam perasaan antipenjajah kepada rakyat jelata.- Vietnam: Tribune Indigene dan Cloche Felee - akhbar berpengaruh.- Tanah Melayu: al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya, Majlis – akhbar utama.

* Sistem pengangkutan dan perhubungan.

- Kewujudan perkhidmatan telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.- Pembinaan jalan keretapi dan jalan raya dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang terpisah. Ini memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu untuk membincangkan idea-idea nasionalisme.

* Pengaruh luar

- Kejayaan Jepun menewaskan China (1895) dan Rusia (1905) menyedarkan nasionalis Asia Tenggara bahawa negara kecil mampu mengalahkan negara besar.- Perjuangan Mahatma Gandhi (India) menentang British juga memberi inspirasi kepada nasionalis di Asia Tenggara.

c. Huraikan tahap-tahap perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara. (Rujuk B/T m.s: 18)

Tahap pertama:- penentangan masyarakat secara terbuka.- bersifat setempat dan tidak berorganisasi.- faktor pencetus: isu kebudayaan, agama dan hak pribumi.

Page 7: Bab 1 Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

- pemimpin: golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat.

Tahap kedua:- lebih radikal dan berorganisasi- pemimpin: golongan berpendidikan dan perpengetahuan luas tentang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat.- matlamat: menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.

11. a. Jelaskan perkembangan nasionalisme di Filipina. (Rujuk B/T m.s: 18-19)

Tahap pertama:

- gerakan dakyah yang dipimpin oleh Jose Rizal.- disokong oleh golongan pertengahan berpendidikan barat- tuntutan: Filipina dijadikan wilayah sepanyol- bangsa filipina diberikan hak yang sama dengan bangsa Sepanyol- diberi kebebasan bersuara- 1892 – Liga Filipina: mendesak perubahan politik, ekonomi dan sosial- Jose Rizal dibuang di Mindanao –dihukum bunuh.

Tahap kedua

- Andreas Bonifacio: Parti Katipunan- perjuangan secara radikal; akhbar Kalayan.- matlamat: menyatukan filipina dan menuntut kemerdekaan- Revolusi: 1896 – Bonifacio dibunuh oleh Emilio Aguinaldo 1897.- Aguinaldo berkerjasama dgn Amerika-usir Sepanyol 1898.- Filipina dikuasai oleh AS.- Aguinaldo isytiharkan kemerdekaan 1899- tidak sah.- Aguinaldo ditangkap.- Sergio Osmena (Parti Nasional) – dilantik ketua Dewan Perhimpunan selepas pilihanraya 1907.

b. Jelaskan perkembangan nasionalisme di Indonesia. (Rujuk B/T m.s: 19-20)

-Isu pendidikan – mengubah nasib rakyat indonesai-Raden Adjeng Kartini – sebarkan idea melalui penulisan: Habis gelap terbitlah terang / Penulisan seorang puteri jawa.-Dedahkan kemunduran rakyat dan penindasan Belanda.

-Pertubuhan muhammadiyah: * menyebarkan ajaran Islam sebenar* menghindari ancaman sekularisme barat dan kristian* menubuhkan sekolah, klinik, masjid

-Parti politik radikal: sarekat islam Parti komunis indonesia Parti Nasional Indonesia

Menuntut kemerdekaan secara lantang dan kekerasan

Page 8: Bab 1 Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

PNI: Soekarno.

c. Jelaskan perkembangan nasionalisme di IndoChina. (Rujuk B/T m.s: 20-21)

Pelopor: golongan bangsawan dan golongan pegawai mandarinMemperjuangkan pemulihan pemerintahan berajaGolongan menengah: memperjuangkan pendidikan BaratTokoh: Phan Boi Chau – pemberontakan – gagal Tubuhkan Viet Nam Quang Phu BoiDipenjarakan, VNQPH diharamkan

Gerakan radikal:VNQDD – Nguyen Thai Hoc – dibunuh oleh Perancis.PKV – Ho Chi Min – melarikan diri ke Hong Kong

Maharaja Bao Dai:- membuat pembaharuan- disekat dan dilarang melibatkan diri dalam politik

d. Jelaskan perkembangan nasionalisme di Burma. (Rujuk B/T m.s: 21-22)

Tahap pertama:-perjuangan: 1. Golongan sami Buddha – menubuhkan Persatuan Belia Buddha (1906).- tujuan: mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan di kalangan rakyat.- Isu Kasut: membangkitkan semangat nasionalisme- (1916) pemimpin radikal: U Ba Pe- 1920: Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma – lebih radikal2. Golongan elit berpendidikan Barat

Tahap kedua:- muncul selepas laporan Montagu-Chelsford: Burma belum bersedia memerintah

sendiri.- 1920: Revolusi pelajar: menuntut penubuhan sebuah universiti.- Gerakan sami Buddha: Majlis Am Sangha Sametggi – pemberontakan Saya San- Liga anti pemisah – pemisahan dengan india hanya akan melewatkan

kemerdekaan.- Perlembagaan Burma 1935 – peluang ke arah berkerajaan sendiri- Golongan Thakin (siswazah universiti) Parti Dobama Asiayone (1935) untuk

menuntut kemerdekaan. Pemimpin: “Tuan” Aung San, Kyaw Nien dan U Nu.- Dr. Ba Maw menang p.raya 1937 dan menjadi PM pertama.

e. Jelaskan perkembangan nasionalisme di Thailand. (Rujuk B/T m.s: 22-23)

Tahap pertama:-Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik dan penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.

-berpendidikan barat: fahaman liberal, sistem demokrasi, sistem raja berperlembagaan

Page 9: Bab 1 Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

-Raja Vajiravudh: boros, kelemahan dalam sistem pentadbiran.

-Penubuhan P. Rakyat 1932- Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram.-Revolusi Thai 1932-menamatkan sistem raja berkuasa mutlak

Tahap kedua

-Rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi dan kapitalis Barat dan orang Cina.-PM pertama: Phibul Songram: luluskan undang-undang menyekat penguasaan ekonomi orang cina, sekolah cina, akhbar cina dibubarkan.

-galakkan penduduk pribumi melibatkan diri dlm aktiviti ekonomi.

- jawatan tertinggi kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.-menukar nama negara siam kepada thailand “Tanah Bebas.”-mendapat semula wilayah di Indochina dan Tanah Melayu semasa PDKe2 kerjasama dengan Jepun.

Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu daripada hasutan syaitan. Dan ku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.

(Surah Al-Mukminun, ayat 97-98)

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat, sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada

orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya.

Dan maafkanlah kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami, maka berilah pertolongan kepada kami untuk

mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.(Surah Al-Baqarah, ayat 286)