Bab 1 Risiko

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    1/20

    Book Manuscript

    Prinsip Pengurusan Risiko dan Insurans (2nd edition)

    Hendon Redzuan & Rubayah Yakob

    Bab 1

    RISIKO

    Objektif Pembelajaran

    Selepas mempelajari bab ini, anda patut boleh:

      Memberi takrifan risiko dan menerangkan jenis-jenis risiko

      Membezakan diantara risiko, peril dan hazad

      Membincangkan sebab risiko tulen boleh diinsuranskan

      Menerangkan mengenai risiko tulen yang dihadapi oleh individu dan firma

    perniagaan

      Menerangkan mengenai risiko diri, harta dan liabiliti.

    ampir setiap hari kita terbaca di akhbar tentang kemalangan jalan raya yang

    mengorbankan atau mencederakan pemandu dan penumpang kenderaan yang

    terlibat. Kerap juga terdapat berita mengenai pemilik rumah yang kehilangan

    rumahnya dan harta benda akibat kebakaran, banjir, taufan, gempa bumi dan

    bencana-bencana lain. Sesetengah individu perlu membayar kos perubatan yang

    tinggi akibat penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser, dan strok. Sesetengah

    individu pula kehilangan aset dan pendapatan akibat kecuaian yang menyebabkan

    kecederaan kepada orang lain. Pastinya kita merasa lega kerana bencana tersebut

    H

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    2/20

    BAB 1 • RISIKO  2 

    tidak berlaku kepada kita. Hakikat bahawa kerugian sedemikian sebenarnya boleh

    berlaku kepada kita, dan hakikat bahawa kita tidak tahu sama ada kerugian

    sedemikian benar-benar akan menimpa kita atau pun tidak, itulah yang dipanggil

    sebagai risiko (risk). 

    Apabila seseorang menyatakan wujud risiko dalam sesuatu keadaan, apa yang

    sering terbayang di fikiran kita adalah wujudnya ketidakpastian terhadap sesuatu

    peristiwa, dan wujud kemungkinan peristiwa yang berlaku akan menghasilkan kesan

    yang tidak baik. Sebenarnya, hingga hari ini, masih belum ada lagi satu definisi risiko

    yang boleh digunakan dalam semua bidang. Pakar-pakar dalam bidang berbeza

    seperti insurans, ekonomi, statistiks dan sains, masing-masing mempunyai konsep

    tersendiri berkaitan risiko. Walaupun belum ada definisi yang universal bagi risiko,

    terdapat elemen yang serupa dalam semua definisi yang digunakan dalam pelbagai

    bidang. Pertama, risiko melibatkan ketidakpastian dan tidak dapat ditentukan, dan

    kedua, risiko melibatkan kerugian.Kewujudan risiko merupakan sebab kepada pembentukan sistem insurans. Oleh

    itu adalah sangat penting untuk anda memahami konsep risiko kerana insurans

    dicipta untuk menangani risiko yang dihadapi oleh individu, organisasi serta

    masyarakat.

    Definisi Risiko

    Dalam konteks insurans, risiko  ditakrifkan sebagai ketidakpastian tentang

    berlakunya kerugian. Individu dan organisasi perniagaan menghadapi berbagai-bagai ketidakpastian

    yang boleh menjejaskan aset atau pendapatan mereka, dan seteruskan

    menyebabkan kerugian kewangan kepada mereka. Antara ketidakpastian yang boleh

    berlaku dan menyebabkan kerugian adalah ketidakpastian tentang kematian,

    penyakit, kemalangan, kebakaran, kecurian dan kerugian akibat bencana alam. Oleh

    itu, individu dan organisasi sentiasa berhadapan dengan risiko.

    Seperti yang akan kita bincangkan kelak, insurans adalah satu alat yang boleh

    digunakan untuk mengurangkan ketidakpastian tentang berlakunya kerugian. Dalam

    perkataan lain, insurans boleh mengurangkan risiko. Bencana atau kemalangan tetap

    akan berlaku jika sudah ditakdirkan, walaupun dengan adanya perlindungan

    insurans. Namun melalui pembelian insurans, kerugian kewangan akibat bencana

    yang berlaku akan dipulihkan oleh syarikat insurans melalui bayaran ganti rugi.

    Dengan itu, ketidakpastian tentang berlakunya kerugian ekonomi dihapuskan atau

    dikurangkan, dan seterusnya risiko turut dikurangkan.

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    3/20

    BAB 1 • RISIKO  3 

    Selain definisi risiko yang dinyatakan di atas, istilah risiko juga sering digunakan

    oleh mereka yang terlibat di dalam perniagaan insurans untuk merujuk kepada peril

    (contoh: kebakaran adalah risiko utama yang dihadapi oleh harta). Istilah risiko juga

    digunakan oleh syarikat insurans untuk merujuk kepada individu atau harta yang

    diinsuranskan (contoh: syarikat akan memilih risiko  yang memenuhi syarat

    pengunderitannya untuk ditawarkan perlindungan, atau, pemandu kereta lumba itu

    adalah risiko yang tidak baik).

    Selain memahami konsep risiko, pembaca juga perlu memahami beberapa istilah

    asas yang berkaitan dengan risiko dan insurans. Antaranya adalah pendedahan

    kerugian  (loss exposure),  kebarangkalian kerugian  (probability of loss),  peril  dan

    hazad. Istilah-istilah ini akan dibincangkan di bawah.

    Pendedahan Kerugian

    Pendedahan kerugian  (loss exposure) merujuk kepada keadaan atau situasi yang

    mana kerugian boleh berlaku, tanpa mengambil kira sama ada kerugian benar-benar

    berlaku atau pun tidak. 

    Contoh pendedahan kerugian adalah pekerja yang mungkin mendapat

    kecederaan akibat keadaan tempat kerja yang tidak selamat, rumah yang mungkin

    rosak akibat kebakaran, kilang pembuatan yang mungkin musnah akibat bencana

    alam seperti tanah runtuh, produk rosak yang boleh menyebabkan tindakan undang-

    undang diambil terhadap firma, kenderaan yang mungkin rosak akibat kemalangan,

    dan wang tunai atau intan permata yang mungkin dirompak dari premis perniagaankerana langkah keselamatan yang tidak mencukupi.

    Unit pendedahan (exposure unit) adalah individu atau objek yang terdedah

    kepada risiko yang boleh mengakibatkan kerugian kewangan. Daripada contoh di

    atas, pekerja, rumah, kilang, produk, wang tunai, intan permata adalah antara contoh

    unit pendedahan.

    Kebarangkalian Kerugian

    Kebarangkalian  kerugian  ditakrifkan sebagai kemungkinan atau peluang sesuatukejadian yang menyebabkan kerugian akan berlaku.

    Kebarangkalian boleh diukur dengan dua cara, iaitu kebarangkalian a priori  atau

    kebarangkalian a posteriori. Kebarangkalian a priori   boleh disimpulkan daripada sifat

    sesuatu kejadian, walaupun sebelum percubaan dibuat. Misalnya, apabila sekeping

    duiti syiling dilontar, kebarangkalian untuk memperolehi kepala sudah diketahui

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    4/20

    BAB 1 • RISIKO  4 

    adalah 0.5. Begitu juga jika kita menggolekkan sebiji dadu, kebarangkalian

    permukaan enam berada di atas adalah 1/6. Keadaan ini adalah kebarangkalian yang

    dideduksikan daripada sifatnya, misalnya syiling yang mempunyai dua permukaan,

    maka kebarangkalian salah satu permukaan akan berada di atas selepas dilontar

    adalah 0.5.

    Namun, dalam banyak perkara, kita tidak boleh membuat deduksi mengenai

    kebarangkalian daripada sifat sesuatu kejadian. Misalnya, kebarangkalian kematian,

    kebarangkalian kecederaan pekerja, kebarangkalian disaman pengguna produk dan

    lain-lain. Dalam keadaan ini, kebarangkalian sesuatu kejadian atau kerugian boleh

    dianggar berdasarkan pengalaman lepas. Misalnya, daripada pengalaman lepas,

    syarikat insurans menjangkakan sebanyak 1,000 kemalangan sehari mungkin berlaku

    diseluruh negara pada hari perayaan. Dan, seramai 2,500 pemilik polisi insurans

    daripada 100,000 pemilik polisi yang berumur 40 tahun akan meninggal dunia

    sebelum mencapai umur 45 tahun. Kebarangkalian seperti ini yang ditentukanselepas kajian keatas pengalaman lepas dipanggil kebarangkalian a posteriori. Nilai

    kebarangkalian a priori  boleh mewakili kebarangkalian tulen (true probability ) atau

    kebarangkalian untuk populasi, manakala kebarangkalian a posteriori   hanyalah

    anggaran kepada kebarangkalian tulen. Konsep kebarangkalian a priori   dan a

     posteriori  menjadi asas kepada hukum bilangan besar yang akan kita lihat nanti.

    Selain itu, konsep kebarangkalian juga penting dalam konteks kerugian.

    Kebarangkalian kerugian merujuk kepada kemungkinan sesuatu kerugian akan

    berlaku. Nilai kebarangkalian adalah antara 0 hingga 1. Jika kebarangkalian kerugian

    mempunyai nilai 0, ini bermaksud kerugian tidak akan berlaku, oleh itu insurans tidak

    diperlukan untuk melindungi kerugian yang sedemikian. Jika kebarangkalian kerugianmenyamai 1, hal ini bermaksud kerugian sudah pasti akan berlaku. Dalam kes ini,

    insurans juga tidak diperlukan kerana individu yang sudah pasti akan menghadapi

    kerugian boleh membuat persediaan bagi menghadapinya, misalnya dengan cara

    menyediakan dana bagi menampung kerugian tersebut. Jika insurans hendak dibeli

    bagi kerugian yang sudah pasti akan berlaku, premium yang akan dikenakan akan

    menjadi terlalu mahal kerana premium berkadar terus dengan kebarangkalian

    berlakunya kerugian. Ini boleh menjadikan insurans bukanlah kaedah yang praktikal

    untuk menguruskan kerugian tersebut. Dan lagi, insurans dicipta bagi menangani

    ketidakpastian yang wujud terhadap kerugian. Ketidakpastian terhadap kerugian

    menggambarkan kebarangkalian berlakunya kerugian diantara 0 dan 1, iaitu sesuatu

    kerugian mungkin boleh berlaku, tetapi tidak dapat diketahui dengan pasti.

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    5/20

    BAB 1 • RISIKO  5 

    Peril

    Peril merupakan  penyebab kerugian. Jika sebuah rumah musnah disebabkan olehkebakaran, maka peril atau penyebab kerugian ialah kebakaran. Jika sebuah

    kenderaan musnah akibat kemalangan dengan kenderaan lain, peril yang

    menyebabkan kerugian ialah pelanggaran. Peril yang boleh menyebabkan kerosakan

    atau kemusnahan harta antaranya ialah banjir, gempa bumi, kilat, ribut, letupan, riot,

    vandalisma, kecurian, rompakan dan banyak lagi. Contoh peril yang boleh

    menyebabkan kematian adalah penyakit, kecederaan dan pembunuhan.

    Hazad

    Hazad merupakan keadaan yang menambahkan kekerapan atau ketenatan sesuatukerugian. Hazad boleh menambahkan kemungkinan berlakunya kerugian yang

    ditimbulkan oleh sesuatu peril. Sebagai contoh, tidak memakai tali pinggang keledar

    boleh meningkatkan ketenatan  kerugian jika berlaku kemalangan jalan raya.

    Penggunaan pendawaian lama di dalam rumah misalnya boleh menambah

    kekerapan  berlakunya kebakaran. Sesuatu peril boleh juga merupakan hazad.

    Sebagai contoh, penyakit adalah peril yang boleh menyebabkan kerugian ekonomi,

    dan ia juga merupakan hazad yang meningkatkan kebarangkalian berlakunya

    kematian pramatang. Terdapat tiga jenis hazad, iaitu:

      Hazad fizikal

      Hazad moral

     

    Hazad morel

    a)  Hazad Fizikal

    Hazad fizikal merupakan keadaan fizikal yang menambahkan kekerapan atau

    ketenatan kerugian. Contoh hazad fizikal ialah jalan raya licin yang boleh

    meningkatkan kebarangkalian berlaku kemalangan jalanraya. Pencahayaan yang

    tidak baik di kilang atau di kawasan yang cenderung berlaku jenayah juga adalah

    hazad fizikal.

    b) 

    Hazad Moral

    Hazad moral adalah sifat ketidakjujuran pada seseorang individu yang

    menambahkan kekerapan atau ketenatan kerugian. Hal ini melibatkan sikap sengaja

    menyebabkan kerugian atau sengaja menambahkan ketenatan kerugian. Biasanya

    ketidakjujuran dilakukan dengan tujuan untuk menipu syarikat insurans. Seseorang

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    6/20

    BAB 1 • RISIKO  6 

    yang tidak jujur mungkin berkecenderungan untuk menyebabkan kerugian dengan

    sengaja atau menambahkan saiz kerugian dalam usahanya untuk cuba mendapatkan

    ganti rugi yang lebih tinggi dari yang sepatutnya daripada syarikat insurans.

    Sebagai contoh, membunuh seseorang dengan niat mendapatkan pampasan

    insurans hayat adalah hazad moral. Seseorang yang sengaja membakar bangunannya

    sendiri dan kemudian membuat tuntutan ganti rugi insurans kebakaran adalah satu

    lagi contoh hazad moral. Penipuan tuntutan adalah antara masalah utama yang

    dihadapi oleh syarikat insurans. Implikasi penipuan tuntutan akan meningkatkan kos

    insurans. Kehadiran hazad moral akan cuba dikesan oleh syarikat insurans di dalam

    tuntutan yang dikemukakan oleh pemilik polisi sebelum ganti rugi dibayar.

    c)  Hazad Morel

    Hazad morel merujuk kepada kecuaian dan sikap tidak ambil peduli terhadapkerugian yang menyebabkan peningkatan kekerapan atau ketenatan kerugian.

    Hazad morel dikenali juga sebagai hazad sikap (attitudinal hazard). Hazad ini

    melibatkan kemungkinan berlakunya kerugian akibat sikap seseorang yang cuai atau

    kurang berhati-hati. Seringkali keadaan ini melibatkan individu yang bersikap acuh

    tak acuh kerana tahu bahawa sesuatu masalah boleh diselesaikan oleh pihak lain.

    Contohnya, seseorang yang dilindungi oleh insurans kereta mungkin cenderung

    memandu dengan laju kerana dia sedar jika berlaku kemalangan, dia akan

    memperolehi ganti rugi daripada syarikat insurans. Seseorang individu mungkin

    bersikap lalai untuk mengunci rumahnya kerana beranggapan jika berlaku kecurian,

    pampasan boleh diperolehi daripada syarikat insurans.Syarikat insurans cuba meminimumkan hazad moral dan hazad morel dengan

    memilih secara teliti bakal pembeli insurans melalui satu proses yang dipanggil

    pengunderitan (underwriting).  Proses ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut

    dalam bab akan datang. Disamping itu, syarat-syarat yang diberikan dalam kontrak

    insurans biasanya akan menggalakkan insured untuk meminimumkan

    kebarangkalian berlakunya kerugian. Sebagai contoh, polisi insurans kebakaran

    mensyaratkan pembeli insurans memasang alat pencegahan kebakaran. Sesetengah

    polisi pula memberikan pengurangan premium jika tiada kerugian berlaku dalam

    sesuatu tempoh.

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    7/20

    BAB 1 • RISIKO  7 

    Pengkelasan Risiko

    Risiko boleh dibahagikan kepada beberapa kelas. Dalam buku ini, kita akanmembincangkan empat kelas risiko utama yang mempunyai implikasi kepada

    insurans dan pengurusan risiko. Risiko yang akan dibincangkan adalah

      Risiko objektif dan risiko subjektif

      Risiko tulen dan risiko spekulatif.

      Risiko boleh perlbagai dan risiko tidak boleh pelbagai

      Risiko enterpris

    1. Risiko Objektif dan Risiko Subjektif

    Risiko Objektif

    Risiko objektif merujuk kepada variasi yang mungkin atas kerugian sebenar daripada

    kerugian jangkaan. 

    Sebagai contoh, sebuah syarikat insurans melindungi 10,000 buah rumah di

    bawah perlindungan insurans kebakaran. Secara purata, 1 peratus, atau 100 buah

    rumah, akan mengalami kebakaran setiap tahun. Walau bagaimanapun, jarang sekali

    tepat 100 buah rumah terbakar setiap tahun. Dalam sesetengah tahun, 90 buah

    rumah terbakar, manakala dalam tahun-tahun yang lain, 110 rumah terbakar. Oleh

    itu, terdapat variasi sebanyak 10 rumah daripada 100 yang dijangkakan, iaituvariasinya adalah 10 peratus. Variasi relatif kerugian sebenar daripada kerugian

     jangkaan merupakan risiko objektif. Risiko objektif juga dikenali sebagai darjah risiko 

    (degree of risk).

    Risiko objektif boleh diukur secara statistik menggunakan kaedah mengukur

    sebaran, contohnya sisihan piawai  atau koefisien variasi. Oleh itu, kaedah ini

    merupakan satu konsep yang sangat berguna kepada syarikat insurans dan pengurus

    risiko. Risiko objektif menyusut apabila bilangan unit pendedahan (entiti yang

    diinsuranskan) meningkat. Semakin risiko ini menyusut, variasi yang mungkin atas

    kerugian sebenar daripada yang dijangkakan akan juga semakin menyusut, oleh itu

    kerugian sebenar semakin menyamai kerugian jangkaan.

    Risiko Subjektif

    Risiko subjektif ditakrifkan sebagai ketidakpastian psikologi yang timbul berdasarkan

    keadaan minda dan fikiran seseorang individu.

    Tahap risiko subjektif berbeza-beza bagi setiap individu. Dua individu yang

    berada di bawah keadaan yang serupa boleh mempunyai persepsi yang berbeza

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    8/20

    BAB 1 • RISIKO  8 

    terhadap risiko subjektif. Jika seseorang individu mengalami ketidakpastian mental

    yang tinggi tentang berlakunya kerugian, keadaan ini boleh mempengaruhi tingkah

    lakunya. Tahap risiko subjektif yang tinggi biasanya menghasilkan tingkah laku yang

    konservatif dan berhati-hati, manakala risiko subjektif yang rendah menghasilkan

    tingkah laku yang kurang berhati-hati. Individu dengan tahap risiko subjektif yang

    tinggi biasanya sering cuba mengelak risiko (risk averter). Manakala individu dengan

    risiko subjektif yang rendah lebih cenderung untuk mengambil risiko (risk taker).

    2. Risiko Tulen dan Risiko Spekulatif

    Risiko Tulen

    Risiko tulen (pure risk) merupakan keadaan yang terdapat kemungkinan berlakunya

    kerugian atau tiada kerugian. Hanya dua keadaan yang boleh terhasil daripada risiko

    tulen, iaitu keadaan yang melibatkan kerugian kewangan kerana sesuatu kerugianberlaku, atau keadaan yang neutral kerana tiada kerugian berlaku. Dalam lain

    perkataan, risiko ini mengambarkan keadaan yang hanya kerugian sahaja yang

    mungkin berlaku, dan tiada keuntungan yang mungkin berlaku. Risiko tulen sangat

    penting kerana risiko ini merupakan asas kepada pembentukan sistem insurans.

    Risiko ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci di bawah nanti.

    Risiko Spekulatif

    Risiko spekulatif (speculative risk)  menggambarkan keadaan yang terdapat

    kemungkinan berlakunya kerugian dan juga keuntungan.  Seseorang pelabur yang

    membeli 100 sher saham misalnya menghadapi risiko spekulatif keranapelaburannya boleh jadi mendapat keuntungan jika nilai saham meningkat atau pun

    mendapat kerugian jika nilai sahamnya merosot. Seorang usahawan misalnya

    menghadapi risiko spekulatif dalam perniagaannya kerana ia mungkin akan

    menikmati keuntungan atau sebaliknya. Pelaburan dalam hartanah, pertaruhan

    lumba kuda, dan pengeluaran produk baru adalah antara contoh lain yang

    melibatkan risiko spekulatif.

    3. Risiko Boleh-Pelbagai dan Risiko Tidak-Boleh-Pelbagai

    Risiko Boleh Pelbagai

    Risiko boleh pelbagai (diversifiable risk)  adalah risiko kewangan yang boleh

    dikurangkan melalui penyebaran kerugian kepada ahli-ahli sesuatu pakatan atau

    melalui pempelbagaian portfolio. Risiko ini hanya menjejaskan sebilangan kecil

    individu dan bukannya keseluruhan ekonomi. 

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    9/20

    BAB 1 • RISIKO  9 

    Pempelbagaian risiko (risk diversification) adalah proses yang mana kerugian

    kewangan yang dialami oleh sebilangan kecil ahli sesuatu pakatan disebarkan dalam

    kalangan semua ahli pakatan tersebut yang sebahagian besarnya tidak mengalami

    kerugian. Sebagai contoh, pemilik sebuah rumah bernilai RM300,000 akan

    mengalami kerugian besar jika rumahnya terbakar sepenuhnya. Namun, jika pemilik

    rumah itu merupakan salah seorang daripada 10,000 pembeli insurans kebakaran,

    maka perkongsian kerugian bagi semua ahli pakatan insurans bagi kerugian yang

    dialami oleh pemilik rumah ini hanyalah lebih kurang RM30.

    Ciri penting yang perlu dipenuhi oleh risiko boleh pelbagai melibatkan

    bilangan individu yang kecil yang mengalami kerugian dan bilangan individu yang

    besar untuk berkongsi kerugian yang berlaku. Dalam insurans, pempelbagaian

    dicapai melalui risk pooling (perkongsian kerugian melalui pakatan insurans). Risk

     pooling  akan dibincangkan dalam Bab 3 buku ini. Konsep risk pooling melibatkan

    perkongsian kerugian dalam kalangan pembeli insurans dan hasilnya adalah risikodapat dikurangkan. Di bawah insurans, kerugian biasanya dialami oleh sebilangan

    kecil pembeli insurans di bawah sesuatu pakatan insurans. Misalnya bagi insurans

    motor, hanya sebilangan kecil pemilik insurans akan mengalami kemalangan. Namun

    kerugian ini akan disebarkan dalam kalangan semua ahli pakatan insurans tersebut.

    Pempebagaian risiko juga diaplikasikan dalam bidang kewangan. Sebagai

    contoh, seorang pelabur yang melabur kesemua wangnya dalam saham yang

    diterbitkan oleh satu syarikat boleh mengalami kerugian serius andainya harga

    saham syarikat itu merosot. Namun pelabur itu akan menghadapi risiko yang lebih

    rendah jika dia membeli saham daripada beberapa syarikat, kerana kajatuhan harga

    saham satu syarikat boleh diimbangi oleh kenaikan harga syarikat yang lain. Atau punsatu portfolio pelaburan yang terdiri daripad saham, bon dan sijil deposit adalah lebih

    rendah risikonya berbanding dengan portfolio yang mengandungi seratus peratus

    saham.

    Risiko Tak Boleh Pelbagai

    Risiko tak boleh pelbagai (non-diversifiable risk)  adalah risiko yang tidak boleh

    dikurangkan melalui pempelbagaian dan boleh menjejaskan keseluruhan ekonomi

    dan melibatkan bilangan individu yang besar . Misalnya kejadian banjir, taufan,

    gempa bumi dan peperangan, boleh menjejaskan bilangan penduduk yang ramai.

    Sesetengah risiko pelaburan seperti inflasi atau recession  boleh menjejaskansebahagian besar organisasi perniagaan. Syarikat insurans biasanya tidak

    menawarkan perlindungan insurans kepada risiko tak boleh pelbagai kerana

    keupayaan kewangan mereka boleh terjejas jika berlaku kerugian kepada sebahagian

    besar pembeli insurans mereka. 

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    10/20

    BAB 1 • RISIKO  10 

    4. Risiko Enterpris

    Risiko enterpris merujuk kepada semua risiko utama yang dihadapi oleh firma perniagaan. Risiko utama ini antaranya adalah risiko tulen, risiko spekulatif, risiko

    strategik, risiko operasi dan risiko kewangan.

    Risiko tulen dan spekulatif telah dibincangkan sebelum ini. Perbincangan

    berikut melibatkan risiko strategik, risiko operasi dan risiko kewangan.

    Risiko strategik merujuk kepada ketidakpastian tentang matlamat dan objektif firma,

    ketidakpastian tentang kekuatan dan kelemahan firma, serta tentang peluang dan

    ancaman yang dihadapi firma. Risiko ini boleh melibatkan kejadian luar jangka yang

    boleh menjejaskan keupayaan organisasi untuk mencapai matlamat dan objektif

    kewangannya. Contohnya, risiko yang berkaitan dengan keupayaan firma untuk

    bersaing dengan pesaing, risiko untuk memelihara nilai jenama dan melindungireputasi firma, dan risiko yang timbul jika firma memasuki perniagaan baru.

    Risiko operasi adalah risiko yang melibatkan kejayaan atau kegagalan sistem, proses,

    teknologi atau sumber manusia sesebuah firma. Ia biasanya timbul daripada operasi

    perniagaan firma. Contohnya adalah kegagalan sistem perakaunan, rekaan produk

    yang tidak memenuhi kepuasan pengguna, kegagalan rantaian pembekal dan

    perkhidmatan pelanggan yang tidak cekap.

    Risiko kewangan merujuk kepada ketidakpastian tentang kerugian kewangan akibat

    naik turun pasaran kewangan, khususnya kerugian yang berkaitan dengan perubahankadar faedah dan naik turun mata wang. Risiko ini melibatkan ketidakpastian yang

    boleh menyebabkan kerugian sewaktu firma berusaha untuk mendapatkan modal

    atau meminimumkan kos operasi. Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh

    perubahan ketara nilai mata wang, perubahan dalam harga komoditi dan perubahan

    kadar faedah atau kadar tukaran wang asing.

    Program pengurusan risiko korporat adalah proses mengenalpasti dan

    mengendalikan risiko tulen yang dilaksanakan oleh organisasi perniagaan. Sejak

    beberapa tahun yang lepas, program pengurusan risiko korporat mula memberikan

    perhatian kepada risiko enterpris. Evolusi kepada proses pengurusan risiko korporat

    menyebabkan banyak organisasi mula mempertimbangkan bukan saja risiko tulen,

    malahan semua risiko yang dihadapi oleh organisasi untuk diuruskan dalam satu

    program pengurusan risiko. Proses menguruskan kesemua risiko yang dihadapi oleh

    organisasi di dalam satu program bersepadu dipanggil pengurusan risiko enterpris

    (enterprise risk management) atau ERM. ERM juga seringkali dirujuk sebagai

    pengurusan risiko bersepadu (integrated risk management).  Risiko yang

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    11/20

    BAB 1 • RISIKO  11 

    digabungkan dalam ERM termasuklah risiko tulen, risiko spekulatif, risiko strategik,

    risiko operasi dan risiko kewangan. Dengan menggabungkan semua risiko utama

    dalam satu program pengurusan risiko bersepadu, firma perniagaan boleh

    mengimbangi risiko terhadap satu sama lain. Hasilnya, risiko keseluruhan yang

    dihadapi oleh firma boleh dikurangkan. 

    Risiko Tulen

    Risiko tulen mengambarkan situasi yang terdapat kemungkinan berlakunya

    kerugian, atau tiada kerugian. Individu yang memiliki kenderaan misalnya

    menghadapi kemungkinan kenderaannya rosak akibat kemalangan, atau tiada

    kerugian jika tiada kemalangan yang berlaku. Seorang pemilik rumah menghadapi

    kemungkinan rumahnya dimasuki pencuri atau terbakar. Jika tiada kecurian ataukebakaran, pemilik rumah tidak menghadapi kerugian. Di bawah risiko tulen,

    keputusan yang mungkin berlaku daripada sesuatu peristiwa adalah samada sesuatu

    kerugian berlaku atau tiada kerugian berlaku (iaitu neutral).

    Perbezaan antara risiko tulen dan spekulatif adalah sangat penting kerana hanya

    risiko tulen yang boleh diinsuranskan. Prinsip utama dalam sistem insurans adalah

    untuk memulihkan kedudukan kewangan pembeli insurans kepada sediakala jika

    berlaku kerugian kepadanya. Sistem insurans tidak sekali-kali membenarkan pembeli

    insurans memperoleh keuntungan daripada insurans yang dibeli. Oleh itu, risiko

    spekulatif tidak sesuai untuk diinsuranskan kerana sifatnya yang membolehkan

    keuntungan diperolehi. Dan lagi, risiko spekulatif biasanya diwujudkan secara

    sukarela oleh individu yang terlibat, manakala risiko tulen sememangnya telah sedia

    wujud. Sebagai contoh, jika seseorang tidak melibatkan diri dengan pelaburan seperti

    membeli saham, maka risiko spekulatif iaitu sama ada dia akan mengalami kerugian

    atau keuntungan tidak wujud. Namun demikian, risiko kerugian akibat kebakaran,

    atau kemalangan atau bencana alam memang sedia wujud.

    Individu dan organisasi perniagaan menghadapi risiko tulen yang sedikit

    berbeza. Oleh itu, dalam bab ini, risiko tulen yang dihadapi oleh individu dan keluarga

    dibincangkan secara berasingan dengan risiko tulen yang dihadapi oleh firma

    perniagaan.

    Risiko Tulen Yang Dihadapi Oleh Individu dan Keluarga

    Oleh kerana risiko tulen merupakan asas kepada pembentukan sistem insurans,

    maka penekanan akan diberikan kepada risiko ini. Risiko tulen boleh menyebabkan

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    12/20

    BAB 1 • RISIKO  12 

    ketidakselamatan kewangan (financial insecurity) kepada individu dan keluarga.

    Risiko tulen dapat dikelaskan kepada tiga, iaitu

     

    Risiko diri

      Risiko harta

      Risiko liabiliti.

    1. Risiko Diri

    Risiko diri (personal risks)  merujuk kepada kemungkinan kehilangan pendapatan

    atau pengurangan aset kepada individu.

    Risiko ini boleh menjejaskan individu atau keluarga kerana ia melibatkan

    kemungkinan kehilangan pendapatan terperoleh (earned income) atau pengurangan

    aset. Kerugian yang berlaku boleh jadi kehilangan pendapatan sepenuhnya atau

    kehilangan sebahagian daripada pendapatan, akibat hilang keupayaan untuk

    memperoleh pendapatan.

    Terdapat empat jenis risiko diri yang utama:

      Risiko kematian pramatang

     

    Risiko ketidakcukupan pendapatan dalam persaraan

      Risiko kesihatan yang tidak baik

     

    Risiko pengangguran.

    (a) Risiko Kematian Pramatang

    Risiko kematian pramatang (risk of premature death)  ditakrifkan sebagai kematian

    ketua keluarga yang masih mempunyai obligasi kewangan yang belum dipenuhi. 

    Obligasi kewangan ini termasuk tanggungan yang perlu disara, pinjaman yang

    belum dilunaskan dan anak yang belum tamat persekolahan. Jika keluarga yang

    tinggal menerima pendapatan daripada sumber lain yang tidak mencukupi, atau

    mempunyai aset kewangan yang tidak mencukupi untuk mengantikan kehilangan

    pendapatan, maka kemungkinan besar mereka akan menghadapi keadaanketidakselamatan kewangan.

    Kematian pra-matang ketua keluarga melibatkan kos. Pertama, nilai hidup

    manusia (human life value) terhadap ketua keluarga akan hilang selamanya. Nilai ini

    merupakan nilai kini perkongsian atas perolehan depan seseorang individu. Kerugian

    ini boleh jadi amat tinggi, bergantung kepada paras pendapatan dan umur sewaktu

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    13/20

    BAB 1 • RISIKO  13 

    kematian ketua keluarga berlaku. Kos kematian pramatang yang kedua adalah

    perbelanjaan tambahan yang mungkin timbul seperti belanja pengkebumian, bil

    perubatan yang tidak diinsuranskan, cukai estet dan harta pusaka. Ketiga, akibat

    ketidakcukupan pendapatan, sesetengah keluarga mungkin akan mengalami

    kemerosotan taraf hidup. Dan kos keempat melibatkan kos bukan ekonomi seperti

    kesedihan, kesunyian dan kehilangan role model.

    (b) Risiko Ketidakcukupan Pendapatan Persaraan

    Risiko utama berkaitan umur lanjut adalah ketidakcukupan pendapatan sewaktu

    persaraan (insufficient retirement income).  Umur persaraan di Malaysia biasanya

    adalah 60 tahun. Sebahagian besar pekerja swasta tidak disediakan pelan persaraan

    oleh majikan mereka. Oleh itu, pekerja swasta atau pekerja sendiri (self-employed) 

    terdedah kepada risiko ketidakcukupan pendapatan persaraan. Bagi pekerja kerajaanpula, walaupun mereka akan menerima pencen selepas bersara, namun amaun

    pendapatan pencen adalah jauh lebih rendah berbanding dengan pendapatan

    sewaktu bekerja. Oleh itu, sebahagian besar individu boleh mengalami

    ketidakselamatan ekonomi selepas bersara jika mereka tidak mempunyai aset

    kewangan yang mencukupi seperti simpanan, pelaburan atau plan pencen swasta

    (private pension plans). 

    (c) Risiko Kesihatan Tidak Baik

    Risiko kesihatan tidak baik (risk of poor health)  melibatkan bayaran kos rawatanperubatan yang tinggi dan juga kehilangan pendapatan kerana ketidakupayaan

    menjalankan tugas akibat penyakit atau kecederaan. Rawatan penyakit mungkin

    melibatkan pembedahan, transplant , ubat-ubatan dan rawatan pemulihan yang

    boleh melibatkan kos yang tinggi. Penyakit kronik pula mungkin memerlukan

    rawatan jangka panjang yang boleh menimbulkan beban kewangan.

    Seseorang individu mungkin akan menghadapi masalah kewangan akibat

    penyakit atau kecederaan yang dialaminya. Keadaan ini boleh dielak jika dia

    mempunyai simpanan yang mencukupi, atau aset kewangan dan sumber kewangan

    lain yang boleh menampung kos perubatan, atau pun perlindungan insurans

    kesihatan. Kehilangan pendapatan terperoleh merupakan satu lagi penyebab

    ketidakstabilan ekonomi. Jika berlaku hilang upaya jangka panjang, kemungkinanbesar pendapatan terperoleh akan terjejas, kos perubatan meningkat dan simpanan

    semakin menyusut.

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    14/20

    BAB 1 • RISIKO  14 

    (d) Risiko Pengangguran

    Risiko pengangguran (unemployment risk)  merupakan satu lagi ancaman utama

    kepada keselamatan kewangan. Pengangguran boleh timbul akibat kitaran

    perniagaan lembap (downswings), perubahan teknologi dan struktur dalam ekonomi,

    faktor musim dan ketidaksempurnaan pasaran buruh. Bagi mengurangkan kos buruh,

    banyak syarikat besar mengurangkan bilangan pekerja secara kekal. Pengangguran

    menyebabkan seseorang pekerja kehilangan pendapatan terperoleh. Hanya jika ada

    penggantian pendapatan atau simpanan, barulah individu itu boleh terus mengalami

    keselamatan kewangan. Untuk mendapat penggantian pendapatan tidaklah mudah

    kerana individu itu terpaksa mencari pekerjaan lain. Dan sekiranya tempoh

    pengangguran adalah lama, sudah pasti amaun simpanan yang ada akan turut

    terjejas.

    2. Risiko Harta

    Individu yang memiliki harta terdedah kepada risiko harta (property risk) kerana harta

    tadi berkemungkinan akan rosak, musnah atau hilang. Hartanah dan harta

    persendirian boleh rosak atau musnah akibat kebakaran, kilat, bencana alam,

    kecurian, vandalisma dan lain-lain. Risiko harta boleh mengakibatkan dua bentuk

    kerugian, iaitu kerugian langsung (direct loss)  dan kerugian tidak langsung (indirect

    loss). 

    (a) Kerugian Langsung

    Kerugian langsung merupakan kerugian kewangan yang timbul akibat daripada

    kerosakan, kemusnahan atau kecurian fizikal sesuatu harta. Jika sebuah rumah

    musnah akibat taufan, maka kemusnahan fizikal ke atas rumah tersebut merupakan

    kerugian langsung. Jika sebuah kereta terlibat dalam kemalangan, maka kerosakan

    fizikal keatas kereta tersebut adalah kerugian langsung.

    (b) Kerugian Tidak Langsung

    Kerugian ini merupakan kerugian kewangan yang timbul secara tidak langsung

    daripada kemusnahan fizikal langsung ke atas harta. Kerugian ini dipanggil juga

    sebagai kerugian turutan (consequential loss). Jika sebuah rumah terbakar, pemilik

    rumah terpaksa menyewa hotel atau apartment sewaktu rumahnya dibaik pulih.

    Perbelanjaan untuk menyewa hotel atau apartment adalah kerugian turutan. Jika

    pemilik rumah menyewakan salah satu bilik dirumahnya, dia akan kehilangan

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    15/20

    BAB 1 • RISIKO  15 

    pendapatan sewa jika rumahnya musnah. Pemilik kereta yang rosak akibat

    kemalangan akan kehilangan kegunaan keretanya dan mungkin terpaksa menyewa

    kereta lain. Belanja tambahan yang timbul akibat kerosakan harta atau kehilangan

    kegunaan harta merupakan kerugian turutan.

    3. Risiko Liabiliti

    Risiko liabiliti (liability risks) adalah satu lagi jenis risiko tulen yang dihadapi oleh

    kebanyakan individu. Peril asas dalam risiko liabiliti ialah menyebabkan kecederaan

    badan kepada orang lain atau menyebabkan kerosakan harta benda milik orang lain.

    Seseorang individu boleh dipertanggugjawabkan secara undang-undang keatas

    perbuatannya yang menyebabkan kecederaan badan atau kerosakan harta kepadaorang lain. Sebagai contoh, pemilik kenderaan boleh dipertanggungjawabkan jika

    pengunaan kenderaan mereka secara cuai menyebabkan kecederaan atau kerosakan

    harta benda orang lain, pemilik rumah boleh dipertanggungjawabkan atas

    kecederaan orang lain akibat keadaan rumah yang tidak selamat, pekerja profesional

    seperti pegawai perubatan, arkitek dan jurutera boleh disaman oleh pelanggan yang

    mendapat kecederaan atas alasan salah amalan (malpractice). 

    Undang-undang membenarkan seseorang itu dipertanggungjawabkan ke atas

    perbuatannya yang mengakibatkan kecederaan atau kerosakan harta orang lain.

    Mahkamah boleh memerintahkan individu yang disabitkan dengan liabiliti untuk

    membayar ganti rugi kepada pihak yang mengalami kecederaan. Dalam sesetengahkes, amaun ganti rugi ini boleh jadi sangat tinggi. Oleh itu, risiko liabiliti boleh

    melibatkan kemungkinan kehilangan aset semasa atau pendapatan masa depan

    terhadap pihak yang dipertanggungjawabkan.

    Risiko liabiliti perlu dipandang serius kerana beberapa sebab. Pertama, tiada had

    maksimum terhadap amaun kerugian yang mungkin berlaku. Kita boleh disaman

    untuk sebarang amaun jika kita melakukan kecuaian yang menyebabkan kecederan

    kepada orang lain. Katalah kita memiliki kereta yang bernilai RM50,000. Jika berlaku

    kemusnahan kepada kereta, kerugian harta yang berlaku tertakluk kepada had

    maksimum RM50,000 sahaja. Namun, jika kita melakukan kecuaian sewaktu

    mengendalikan kenderaan itu dan menyebabkan kecederaan kepada orang lain, kita

    boleh disaman oleh orang yang cedera itu sebanyak RM50,000, atau RM100,00, atau

    lebih, bergantung kepada tahap kecederan yang dialaminya.

    Kedua, lien boleh dikenakan keatas pendapatan dan aset kewangan pihak yang

    dipertanggungjawabkan untuk memenuhi keputusan penghakiman undang-undang.

    Sebagai contoh, katalah anda telah menyebabkan kecederan kepada seseorang, dan

    anda juga telah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar sejumlah pampasan

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    16/20

    BAB 1 • RISIKO  16 

    yang besar kepada individu terbabit. Jka anda tidak dilindungi oleh insurans liabiliti

    atau jika anda tidak mampu membayar pampasan yang diarahkan, lien akan

    dikenakan keatas pendapatan dan juga aset kewangan anda sehingga arahan

    mahkamah dapat anda penuhi.

    Risiko Tulen Yang Dihadapi Oleh Firma Perniagaan

    Firma perniagaan juga menghadapi pelbagai risiko tulen yang boleh menjejaskan

    kedudukan kewangan syarikat jika kerugian berlaku. Risiko tulen yang dihadapi oleh

    firma perniagaan dipanggil juga sebagai risiko perdagangan (commercial risk). Risiko

    perdagangan terdiri daripada (1) risiko harta (2) risiko liabiliti (3) risiko kehilangan

    pendapatan perniagaan (4) lain-lain risiko.

    1. Risiko Harta

    Firma perniagaan memiliki pelbagai harta yang boleh rosak atau musnah akibat peril

    tertentu. Harta milik firma perniagaan termasuklah bangunan, kenderaan, perabut

    dan peralatan pejabat, mesin, komputer, software, data dan business records,

    barang mentah dan barang siap, dan lain-lain. Peril yang boleh menyebabkan

    kerosakan harta firma perniagaan antaranya adalah kebakaran, kecurian, banjir,

    taufan, tanah runtuh dan berbagai lagi.

    2. Risiko Liabiliti

    Firma perniagaan juga terdedah kepada risiko liabiliti akibat kecederaan badan atau

    kerosakan harta yang dialami oleh pihak lain. Sesebuah firma boleh disaman jika

    produk atau perkhidmatannya menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta

    kepada pengguna atau pihak lain. Misalnya, firma perniagaan boleh disaman atas

    berbagai sebab; contohnya produk yang dikeluarkan atau dijual menyebabkan

    kecederaan kepada pengguna, keadaan premis yang tidak selamat yang

    menyebabkan kecederaan kepada pekerja atau pelanggan, pembuangan bahan

    buangan firma yang menyebabkan pencemaran, diskriminasi pekerja dan

    sebagainya.

    3. Risiko Kehilangan Pendapatan Perniagaan

    Satu lagi risiko yang dihadapi oleh firma perniagaan adalah kehilangan pendapatan

    perniagaan jika berlaku kerugian fizikal kepada firma. Sebagai contoh, jika sebuah

    bangunan perniagaan rosak teruk akibat kebakaran, operasi sebuah firma terpaksa

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    17/20

    BAB 1 • RISIKO  17 

    dihentikan buat sementara waktu selepas bagi tujuan baik pulih. Sewaktu perniagaan

    ditutup, firma akan mengalami kerugian pendapatan perniagaan kerana operasi yang

    dihentikan. Jika ada bahagian bangunan yang terbakar disewakan, firma juga akan

    mengalami kerugian pendapatan sewa.

    Sewaktu penutupan operasi perniagaan, sesetengah perbelanjaan perlu terus

    dibayar. Contohnya ialah bayaran sewa, gaji pekerja, utiliti, cukai, premium insurans

    dan lain-lain belanja overhed. Dan lagi, firma juga mungkin akan menanggung belanja

    tambahan untuk menyewa premis atau mesin yang lain, dan juga mungkin akan

    kehilangan pelanggan kepada pesaing.

    4. Risiko-Risiko Lain

    Selain daripada tiga risiko utama yang dibincangkan diatas, firma perniagaan perlu

     juga menangani banyak lagi risiko tulen lain yang boleh dihadapinya.

    (a) Risiko Jenayah

    Antara pendedahan jenayah adalah kecurian, rompakan, shoplifting, ketidakjujuran

    pekerja, penipuan dan penggelapan wang, jenayah komputer dan internet, kecurian

    harta intelek dan lain-lain.

    (b) Risiko Sumber Manusia

    Risiko sumber manusia melibatkan kemungkinan kerugian kepada firma akibat

    kematian atau hilangupaya pekerja mahir, penyakit atau kecederaan yang dialami

    oleh pekerja yang berkaitan dengan pekerjaannya, pemberhentian pekerjaan pekerjamahir dan perlanggaran undang-undang oleh pekerja firma.

    (c) Risiko Kerugian Asing

    Risiko kerugian asing merujuk kepada kemungkinan berlakunya kerugian yang

    melibatkan matawang asing dan harta dan bangunan milik firma yang berada

    dinegara lain.

    (d) Risiko Harta Tidak Nyata

    Risiko ini melibatkan kerosakan kepada reputasi dan imej, kehilangan nama baik, dan

    kerugian harta intelek yang boleh dihadapi oleh firma.

    (e) Risiko Undang-undang

    Kerajaan mungkin memperkenalkan undang-undang tertentu yang perlu dipatuhi

    oleh firma yang mungkin akan menjejaskan kedudukan kewangan syarikat. Misalnya

    undang-undang yang berkaitan dengan pembuangan bahan toksik atau yang

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    18/20

    BAB 1 • RISIKO  18 

    berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar yang mungkin akan meningkatkan kos

    operasi perniagaan.

    Risiko Tulen Boleh Dilindungi Oleh Insurans

    Risiko tulen boleh mengakibatkan kerugian atau tidak mengakibatkan kerugian

    kepada mereka yang terdedah kepadanya. Dan mereka yang terdedah kepada risiko

    tulen tidak akan mendapat apa-apa keuntungan. Oleh itu, risiko tulen merupakan

    risiko yang boleh dilindungi oleh insurans yang dikeluarkan oleh syarikat insurans

    swasta. Melalui perlindungan insurans, individu yang mengalami kerugian akibat

    pendedahan terhadap risiko tulen akan dibayar ganti rugi untuk memulihkan

    kedudukan kewangannya seperti sebelum berlaku kerugian, manakala individu yang

    tidak mengalami kerugian tidak akan dibayar ganti rugi. Perkara ini penting bagi

    memelihara prinsip indemniti, salah satu prinsip insurans yang menyatakan bahawafungsi insurans adalah untuk memulihkan kedudukan kewangan pemilik insurans

    seperti sediakala. Prinsip indemniti akan dibincangkan dengan mendalam dalam Bab

    5 buku ini.

    Sebarang bentuk risiko spekulatif tidak boleh dilindungi oleh insurans. Individu

    yang melibatkan diri dengan aktiviti yang berisiko spekulatif mempunyai peluang

    untuk mendapat keuntungan atau kerugian. Sistem insurans hanya bertujuan untuk

    memulihkan kedudukan kewangan insured seperti sediakala, dan tidak untuk

    memberi keuntungan kepada insured. Andainya insurans boleh memberi

    keuntungan, perkara ini akan mendedahkan syarikat insurans kepada hazad moral

    dan morel serta pilihan sakal. Kesemua ini boleh merosakkan sistem insurans yangefisien. Walaupun risiko spekulatif tidak boleh dilindungi oleh produk insurans,

    sesetengah daripadanya boleh dilindungi oleh produk kewangan tertentu, misalnya

    sekuriti derivatif.

    Beban Risiko

    Risiko menyebabkan individu dan masyarakat menanggung beban. Sebab itulah

    risiko perlu ditangani dan diuruskan supaya beban yang dihadapi dapat dihapuskan

    atau dikurangkan. Beban utama berkaitan risiko ialah sesetengah kerugian benar-

    benar akan berlaku. Apabila sebuah premis perniagaan musnah dalam kebakaran,

    atau seorang ketua keluarga meninggal dunia, maka kerugian kewangan akan

    berlaku. Kerugian yang berlaku akibat peril tertentu merupakan beban utama yang

    ditimbulkan oleh risiko, dan ia menjadi sebab utama individu dan organisasi

    perniagaan cuba mengelak atau mengurangkan kesannya.

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    19/20

    BAB 1 • RISIKO  19 

    Wujudnya ketidakpastian terhadap kerugian akan mendorong individu dan firma

    perniagaan untuk menbuat persiapan bagi menghadapinya. Tanpa insurans, satu

    cara yang boleh dilakukan ialah dengan mengumpul dana rizab untuk memenuhi

    kerugian yang mungkin berlaku. Pengumpulan dana rizab seperti ini melibatkan kos

    melepas, kerana ia perlu dilaburkan dalam sekuriti yang tinggi kecairannya. Pulangan

    ke atas sekuriti sedemikian biasanya lebih rendah berbanding dengan pelaburan

    alternatif lain.

    Seterusnya, kewujudan risiko boleh menjadi faktor penghalang kepada

    pertumbuhan ekonomi dan pemgumpulan modal. Kemajuan dalam ekonomi

    sesebuah negara banyak ditentukan oleh kadar penggumpulan modal, namun

    pelaburan modal melibatkan risiko. Pelabur hanya akan sanggup untuk membuat

    pelaburan jika pulangan yang ditawarkan setimpal dengan risiko yang wujud. Kos

    modal menjadi lebih tinggi bagi pelaburan yang berisiko tinggi dan pengguna

    akhirnya terpaksa membayar kos yang lebih tinggi bagi produk dan perkhidmatan.Dan lagi, risiko boleh menyebabkan masyarakat tidak memperoleh sesetengah

    produk dan perkhidmatan. Di Amerika Syarikat sebagai contoh, peningkatan risiko

    tuntutan mahkamah menyebabkan banyak syarikat menghentikan pengeluaran

    produk tertentu seperti vaksin kanak-kanak dan produk asbestos. Tanpa insurans

    salah amalan, senario yang sama mengakibatkan ramai pakar perubatan di sana

    enggan memberikan khidmat perubatan kepada orang ramai. Risiko juga dapat

    menimbulkan kebimbangan dan kegelisahan mental. Setiap individu mengharapkan

    bencana tidak akan menimpa mereka, namun kebimbangan terhadap berlakunya

    bencana pasti ada jauh disudut hati mereka.

    Menguruskan Risiko

    Risiko merupakan beban kepada individu, organisasi perniagaan dan masyarakat.

    Oleh kerana tiada cara untuk melepaskan diri sepenuhnya daripada risiko, maka

    kaedah untuk menangani dan menguruskannya perlu dicari. Risiko yang melibatkan

    masyarakat seperti risiko asas diuruskan secara kolektif oleh masyarakat dan pihak

    kerajaaan. Namun, banyak risiko yang dihadapi secara bersendirian oleh individu dan

    organisasi perniagaan. Memandangkan terdapat begitu banyak risiko yang dihadapi

    oleh individu dan organisasi, dan terdapatnya pelbagai cara untuk menangani risiko,

    maka satu pendekatan sistematik diperlukan untuk menghadapi risiko ini. Kaedah

    sistematik ini dipanggil pengurusan risiko dan ia akan dibincangkan dalam Bab 2

    buku ini.

  • 8/16/2019 Bab 1 Risiko

    20/20

    BAB 1 • RISIKO  20 

    Rujukan

    1. Black, K. & Skipper, H.D. 2000. Life and Health Insurance. 13th  edition.

    Prentice-Hall, New Jersey, USA.

    2. Dorfman, M. S. & Cather, D. A. 2013. Introduction to Risk Management &

    Insurance. 10th edition. Pearson Education Limited. New Jersey, USA.

    3.  Hendon Redzuan, Rubayah Yakob & Mohamad Abdul Hamid. 2006. Prinsip

    Pengurusan Risiko dan Insurans. Pearson Prentice-Hall. Kuala Lumpur.

    4. Redja, G. E. & McNamara, M. J. 2014. Principles of Risk Management &

    Insurance. 12th edition. Pearson Education Limited. Global Edition.

    5. Vaughan, E.J & Vaughan, T. 2003. Fundamentals of Risk and Insurance. 9th 

    edition. John Wiley & Sons, Inc, USA.

    6. Zuriah Abdul Rahman & Hendon Redzuan. 2009. Takaful: The 21st Century

    Insurance Innovation. McGraw-Hill. Kuala Lumpur.