Upload
vankhue
View
404
Download
22
Embed Size (px)
Citation preview
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Kegawatan ekonomi merupakan salah satu masalah utama yang menghantui umat
dunia. Ketidakstabilan ekonomi ini turut menyebabkan prestasi industri menurun
sehingga turut ada syarikat yang muflis terutamanya industri kecil dan sederhana. Ini
turut menyebabkan kenaikan harga pada makanan serta barang keperluan harian yang
terdapat di pasaran. Situasi seperti ini membuatkan kita untuk mengetatkan lagi
perbelanjaan harian dan pada masa yang sama, perkara ini turut mempengaruhi kesihatan
serta cara hidup sama ada tanpa anda sedari. Oleh itu, ramai kini yang telah beralih
kepada masakan di rumah daripada makan di luar ataupun mengambil makanan ringan
yang kurang menyihatkan.
Oleh sebab itu, tujuan utama projek ini dijalankan adalah untuk merekabentuk
sebuah mesin penghiris makanan seperti pisang. Kebanyakan daripada pemproses
makanan yang ada di pasaran adalah diimport serta berkos tinggi. Dengan itu,
kebanyakan pengguna dan pengusaha kecil mahukan produk yang berkos kecil dan
bermutu. Hal ini turut menggalakkan budaya pemakanan yang sihat di kalangan
penduduk tempatan serta memakan kos yang jauh lebih rendah.
Projek ini bermula dengan mengenalpasti masalah yang dihadapi. Selepas itu, kajian
mengenai alat pemprosesan makanan yang telah sedia ada serta makanan yang berkaitan
dengan penggunaan mesin dijalankan. Selepas itu barulah proses merekabentuk
berdasarkan konsep yang diambil dari penyataan masalah. Setelah rekabentuk protaip
selesai dibuat, proses analisis ramalan kemampuan mesin tersebut dijalankan berdasarkan
perbandingan dengan mesin-mesin pemotong yang sedia ada di pasaran. Setelah
semuanya selesai, barulah proses perbincangan serta cadangan dijalankan.
2
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Pecinta perniagaan tradisional Indonesia pasti tidak asing lagi dengan kerepek
pisang. Perniagaan ini sangat mudah dijumpai di pasaran. Kerepek pisang merupakan
produk makanan ringan yang dibuat dari olahan hirisan buah pisang.Tujuan pengolahan
pisang menjadi kerepek pisang adalah untuk memberikan nilai tambah dan meningkatkan
kemanfaatan buah pisang. Kerepek pisang menjadi permintaan tinggi di pasaran.
Oleh itu, sesetengah industri rumah tangga menghasilkan perniagaan kerepek
pisang ini sebagai sebuah pengusahaan. Proses pengolahan kerepek pisang tergolong
mudah dan tidak memerlukan banyak wang. Prosedur pemprosesan kerepek pisang terdiri
daripada beberapa aktiviti meliputi persiapan bahan mentah, penyediaan peralatan,
penghirisan pisang, pengubahan dan perendaman hirisan pisang, menggoreng,
pembungkusan dan penyimpanan. Kualiti kerepek pisang ditentukan oleh tiga faktor
utama iaitu rasa, kerangupan dan bentuk hirisan yang tidak pecah / rosak sehingga
mampu menarik minat para pelanggan. Cara menghiris pisang merupakan salah satu
halangan utama dalam menghasilkan kerepek pisang yang berkualiti.
Kebanyakan industri kerepek pisang masih menggunakan cara manual, dengan
menggunakan pisau untuk menghiris pisang, sehingga hasil hirisan tidak
optimum. Disamping itu, ada beberapa home industry yang menggunakan pisau yang
diletakkan pada piring berputar. Jika pisang masih panjang, proses pengirisan dapat
dilakukan dengan mudah. Akan tetapi jika pisang sudah pendek (kerana sudah dihiris),
maka hirisan pisang yang dihasilkan kurang baik dan banyak yang berlubang. Kualiti
bentuk dan geometri hirisan pisang sangat tergantung dari keadaan dan kemahiran
operator.
Oleh kerana itu, selain kurang bersih, ketebalan hirisan pisang yang dihasilkan
tidak seragam. Padahal ketebalan hirisan sangat mempengaruhi kerangupan dari kerepek
pisang, sehingga diperlukan suatu mesin pengeluaran dalam memudahkan pisang agar
lebih cepat dan tepat dalam pengirisan.
3
Dalam pembuatan sebuah mesin penghiris pisang ini diperlukan pemilihan bahan
yang tepat sehingga mesin ini mampu bekerja secara optimum. Mesin ini juga
direkabentuk secara sederhana sehingga ianya mempermudahkan dalam proses
operasinya. Untuk mencapai hal tersebut, maka dalam perancangan diperlukan ketelitian
dan perancangan yang matang agar mesin yang dihasilkan mampu beroperasi secara
maksimum.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Lazimnya pengusaha kerepek pisang akan menghadapi masalah seperti berikut:
i. Ketebalan pisang yang dihiris atau disagat adalah tidak seragam (memiliki
ketebalan yang berbeza).
ii. Tidak dapat menghasilkan kerepek pisang dalam jumlah yang banyak
dalam satu tempoh masa.
iii. Kos penyelenggaraan mesin yang sedia ada adalah tinggi kerana saiznya
yang besar.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif projek mesin penghiris kerepek pisang ialah:
i. Mereka cipta mesin penghiris kerepek pisang yang bersaiz kecil bagi
menjimatkan ruang serta mudah dialih.
ii. Membina mesin penghiris kerepek pisang ini bagi menjimatkan kos elektrik.
iii. Menguji alat ini untuk menghiris buah dari segi keselamatan, masa dan tenaga.
iv. Menguji kebolehan mesin untuk menghasilkan jumlah hirisan pisang dengan
jumlah yang berganda.
4
1.5 SKOP KAJIAN
Skop yang pertama ialah projek mesin ini menyediakan corong yang berbentuk
silinder pada kedudukan menegak. Jika mesin ini dibuat dengan enam atau lapan corong
ia akan mengganggu proses pembuatan mesin dan saiz yang ditetapkan ialah 455.50mm x
236.00mm x 290.00 mm.
Skop yang kedua ialah mesin ini mempunyai berat sebanyak 1.5 kilogram. Mesin
ini memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana-mana sahaja dan mesin ini juga
hanya boleh digunakan oleh orang dewasa sahaja. Ini untuk memastikan keselamatan
pengguna ketika menggunakan mesin ini.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Projek ini dikenalpasti mempunyai beberapa kepentingan dan impak dalam membantu
masyarakat. Antaranya ialah:
i. Mesin ini direka dengan saiz yang lebih kecil supaya masalah ruang dapat di atasi
dan mudah di pindahkan.
ii. Mesin ini boleh meminimumkan kos pengeluaran produk kerepek pisang kerana
menggunakan tenaga elektrik dan tiada tambahan kos pembuatan dan
pengeluaran.
iii. Mesin ini boleh membantu masyarakat secara umumnya kerana boleh juga
digunakan di rumah.
5
1.7 RUMUSAN BAB
Dari huraian latar belakang di atas, dapat dirumuskan permasalahan yang dihadapi
dalam perancangan mesin penghiris pisang. Tujuan kami adalah untuk merancang dan
merekabentuk mesin penghiris pisang yang mempunyai komponen-komponen
diantaranya:
i. Menggunakan mata bilah daripada bahan stainless steel untuk membuat mata alat.
ii. Menggunakan kepingan besi daripada bahan stainless steel untuk membalut bahan
projek.
iii. Menggunakan Hyderon Leg Tips(getah) untuk membuat tapak mesin.
iv. Menggunakan kepingan kayu yang dibalut dengan aluminium tape untuk
membuat mata alat.
v. Menggunakan batang shaft daripada bahan stainless steel.
vi. Menggunakan nat daripada bahan stainless steel.
vii. Menggunakan motor kipas.
viii. Menggunakan suis untuk menghidupkan mesin.
6
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN BAB
Kerepek pisang ialah sejenis makanan ringan yang dipotong nipis dan digoreng
sehingga garing. Kerepek dibuat daripada pelbagai bahan dan dinamakan menurut jenis
bahan yang digunakan bagi menghasilkan kerepek tersebut.
Kerepek pisang ialah makanan tradisional Malaysia yang diperbuat daripada
pisang dan antara bahannya ialah kunyit, garam dan gula. Antara contoh pisang yang
sesuai dibuat kerepek ialah pisang nipah, pisang nangka dan pisang abu. Selain itu, ubi
keledek, ubi kentang dan ubi kayu juga biasa digunakan untuk membuat kerepek.
Hari ini industri pengeluaran kerepek pisang sangat berkembang dalam industri
kecil dan sederhana berasaskan makanan. Ini didorong oleh permintaan yang tinggi
daripada pengguna kerana mudah dinikmati dan menjadi makanan ringan yang terkenal di
kalangan masyarakat Malaysia. Industri kerepek juga memerlukan suntikan teknologi dan
mekanisasi supaya pengusaha dapat menyediakannya mengikut keperluan pelanggan dan
dihasilkan secara cepat dan berskala besar. Dengan menghasilkan mesin kerepek pisang
ini secara tidak langsung kami telah terlibat dalam industri makanan. Amalan penyediaan
makanan yang selamat amat penting dalam industri pemprosesan makanan.
Oleh itu, dalam menghasilkan makanan yang selamat akan memberi impak dan
kesan yang baik terhadap makanan yang dihasilkan. Dengan mengamalkan keselamatan
makanan ini, ianya juga akan menghasilkan makanan yang bersih dan selamat untuk
dimakan. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap amalan keselamatan makanan
dalam kalangan pekerja industri. Amalan keselamatan makanan adalah sangat penting
supaya makanan yang siap diproses bersih, selamat dan berkualiti serta mampu menjamin
kesihatan pengguna.
7
Terdapat 4 tahap amalan keselamatan makanan yang dikaji oleh penyelidik iaitu
mengenai tahap pengetahuan, tahap amalan kebersihan diri, tahap amalan kebersihan
peralatan dan mesin yang digunakan, dan tahap amalan kebersihan tempat memproses
makanan. Mesin ini menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber tenaga dan kos yang
tinggi. Di samping itu, bagi peniaga kecil agak sukar membelinya kerana harga yang
terlalu mahal. Tambahan pula, bagi peniaga kecil-kecilan untuk membeli mesin sedia ada
memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, mesin penghiris pisang yang diinovasi ini mampu
beroperasi menggunakan tenaga manusia sahaja di samping saiz yang lebih kecil dan
harga yang sesuai bagi industri kecil-kecilan.
2.2 KONSEP/ TEORI
Dalam projek yang kami hasilkan ini, sumber tenaga di perlukan bagi
mengerakkan mesin penghiris pisang ini. Sumber tenaga yang digunakan mestilah
mampu mengurangkan kos pengeluaran produk supaya mencapai objektif kajian yang
telah dibincangkan. Antara sumber tenaga yang telah di kaji bagi mengerakkan mesin ini
ialah:
i. Tenaga manusia
Penggunaan tenaga manusia biasanya digunakan dalam industri kecil-kecilan kerana
tiada kos tambahan bagi pengeluaran produk. Ini kerana bagi peniaga industri kecil-
kecilan, permintaan produknya tidak terlalu tinggi seperti di kilang-kilang. Selain itu, bagi
mesin penghiris pisang di kilang-kilang mempunyai saiz yang besar. Ini akan
membebankan lagi peniaga kecil-kecilan untuk menyediakan ruang khas bagi
menempatkan mesin itu. Bil-bil elektrik juga agak membebankan peniaga tersebut. Mesin
yang ingin diinovasikan ini direka supaya pengguna boleh menggunakan tenaga manusia
bagi menjalankan proses pembuatan pisang agar kami dapat mencapai objektif kajian
yang telah dibincangkan.
8
2.3 KAJIAN TERDAHULU
Setakat ini banyak mesin digunakan untuk membantu pengeluaran kerepek.
Namun apa yang merumitkan ialah proses menghiris kerepek hingga menjadi nipis.
Proses menghiris memerlukan penelitian yang sepenuhnya. Selain itu kerepek yang
dihiris secara manual berbahaya dan memerlukan banyak masa. Sehubungan dengan itu,
Zull Design Autotronic (ZDA) telah mencipta mesin slicer/penghiris kerepek. Mesin yang
bersaiz kecil ini mampu menghiris sehingga 0-18mm. Ketebalan hirisan juga boleh
diubah-ubah mengikut kehendak pelanggan. Tujuan mesin ini dihasilkan agar dapat
membantu pengeluar dan pengusaha kerepek serta produk makanan untuk menghiris
kerepek. Secara tidak langsung, dapat menghasilkan kerepek dalam kuantiti yang banyak
pada satu-satu masa. Oleh itu, masalah pengeluaran yang sedikit dapat diatasi dan dapat
memenuhi permintaan pelanggan.
Rajah 2.3.1 Banana Yam Cutting Machine
9
Rajah 2.3.1 di atas menunjukkan bahawa petani tempatan telah menggunakan
mesin untuk menghasilkan kerepek pisang (Kadir, 2007). Mesin ini berfungsi dengan
baik kerana ianya dapat menghasilkan 22 720 keping kerepek pisang dalam masa satu
jam. Beliau menambah, jika mesin yang dibandingkan dengan penghiris manual, kelajuan
mesin dianggarkan kira-kira 275% - 425% lebih cepat bergantung kepada jenis bahan
yang akan dipotong. Ini bermakna, apabila ianya digunakan untuk menghasilkan kerepek
pisang, kadar pengeluarannya akan meningkat sebanyak 275% - 425% jika kelajuan
pemotongannya mencecah kepada kelajuan maksimum.
Rajah 2.3.2 Alat penghiris pisang kayu
Rajah 2.3.2 di atas menunjukkan gambaran dan saiz alat yang digunakan untuk
projek kerepek pisang terdahulu. Alat ini diperbuat daripada bahan kayu keras (jati,
mahoni, akasia). Hal ini demikian kerana kayu ini sangat berkualiti dan dapat
menghasilkan benda kerja dengan mudah mengikut saiz dan bentuk yang dikehendaki.
Contoh bagi multi cut kecil ialah panjang 45 cm, lebar 8 cm, panjang kotak hirisan 12 cm,
dan beratnya 2.2 kg. contoh bagi multi cut besar ialah panjang 45cm, kelebarannya 10
cm, panjang kotak hirisan 16 cm, dan beratnya 3 kg. contoh bagi multi cut super besar
pula ialah panjang 45 cm, berkelebaran 12 cm, panjang kotak hirisan 18 cm, dan beratnya
3.5 kg. Hasil potongan dari ketiga-tiga ukuran diatas semuanya sama dan yang
10
membezakannya adalah kapasiti alat dalam memuat bahan yang akan dipotong. Hasil
hirisan sama tebal dan boleh dilaras mengikut saiz minima 0.5mm - 5mm. Pisau yang
digunakan juga dijamin ketahanan dan ketajamannya. Sebagai contoh, pisau gelombang
dan pisau rata bahan tersebut diperbuat dari stainless steel, ketebalan pisau 1 mm, dan
pisau ini tahan karat.
Rajah 2.3.3 Mesin Penghiris Pisang
Berdasarkan rajah 2.3.3, (di atas) mesin penghiris pisang ini mempunyai
empat tempat menghiris di atasnya dengan dua saiz yang berbeza. Saiz maksimum
pisang, yang boleh dimasukkan ialah berdiameter 80mm. Mesin ini mempunyai
roda pemotong yang di perbaharui dengan tiga bilah pisau yang membolehkan
mesin ini memotong sehingga dua belas keping hirisan pisang dalam satu putaran
berbanding roda pemotong sebelumnya yang mempunyai dua bilah pisau yang
hanya membolehkan mesin ini memotong lapan keping hirisan pisang. Hal ini
dapat memberi impak untuk menghasilkan mesin yang produktif. Mesin yang baru
ini mampu menghasilkan 660 keping dalam masa seminit berbanding mesin
sebelumnya yang hanya mampu menghasilkan 437 keping dalam satu minit
11
sahaja. Selain itu untuk menghiris keladi, mesin yang baru ini dapat menghasilkan
540 keping dalam seminit manakala mesin yang sebelumnya hanya dapat
menghasilkan 379 keping dalam seminit. Dengan itu, kita dapat menganggarkan
peningkatan sebanyak 29% - 34% dari segi kadar pengeluaran setiap unit. Oleh
itu, para peniaga dapat meningkatkan kadar pengeluaran dengan produktif dalam
menghasilkan kerepek pisang.
2.4 KAJIAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN
Kajian komponen yang akan digunakan haruslah dilakukan sebelum proses
membina atau membangunkan sesebuah barangan atau produk dilakukan. Jadi, langkah
pertama yang perlu dilakukan adalah melakukan kajian terhadap setiap barangan atau
komponen yang akan digunakan dengan sebaik mungkin. Hal ini kerana, kajian amat
penting untuk menentukan jenis komponen yang sesuai yang akan digunakan dalam
membina sebuah mesin atau produk. Berikutan ini kerana, setelah proses kajian terhadap
komponen yang akan digunakan selesai, proses seterusnya adalah peringkat pemilihan
bahan. Jelas ini menunjukkan proses membuat kajian mengenai komponen yang akan
digunakan amat penting bagi memastikan komponen yang dipilih sesuai untuk digunakan.
Jadi kajian ini dilakukan dengan cara menyenaraikan komponen yang diperlukan
dan mencari maklumat yang banyak sebaik mungkin dan membandingkan ciri-ciri setiap
satu agar dapat memilih komponen yang sesuai untuk digunakan. Memilih komponen
yang sesuai adalah penting untuk memastikan barangan yang dihasilkan adalah berkualiti
dan tidak mendatangkan masalah semasa proses uji lari.
Oleh itu, terdapat beberapa komponen utama yang akan digunakan untuk
membangunkan Banana Slicer Machine. Antara komponen utama dalam membina mesin
kerepek pisang adalah:
12
i) Besi tahan karat (stainless steel)
Antara kelebihan menggunakan besi tahan karat (stainless steel) ialah untuk
mengelakkan pencemaran karat terhadap produk makanan. Dengan memilih jenis keluli
tahan karat yang tepat, maka hampir tidak ada pencemaran bahan kimia logam terhadap
produk olahan makanan, seperti perubahan warna dan rasa. Biasanya gred yang tepat
untuk produk makanan dan minuman adalah gred SS 304 atau SS 316. Selain itu, mudah
untuk membersihkan, anti menghakis, dan tahan terhadap bakteria.Pada hi-gred keluli
tahan karat mudah dibersihkan daripada pencemaran luar kerana mempunyai permukaan
yang halus. Sifat keras dan ketahanan impak keluli tahan karat juga memberikan kesan
positif semasa proses pembersihan komponen dilakukan.
Tambahan pula, ketahanan terhadap kakisan yang tinggi memudahkan pengguna
boleh membersihkan dengan pembersihan dan disinfektan yang tergolong menghakis.
Sifat mekanik yang cukup baik secara keseluruhan kekuatan, ketahanan, dan rintangan
lelasan yang tinggi pada keluli tahan karat (stainless steel) austenit nilai positif dalam
penggunaan untuk aplikasi di industri makanan dan minuman.
Keluli tahan karat adalah yang mengandungi besi aloi bahan yang terdiri daripada
dua atau lebih unsur-unsur yang digunakan dalam pelbagai aplikasi kimia. Ia mempunyai
rintangan yang cemerlang kepada noda atau karat kerana kandungan kromium, biasanya
dari 12 hingga 20 peratus daripada aloi. Terdapat lebih daripada 57 keluli tahan karat
13
diiktiraf sebagai aloi standard, sebagai tambahan kepada banyak aloi proprietari
dihasilkan oleh pengeluar keluli tahan karat yang berbeza.
Ini banyak jenis keluli yang digunakan dalam jumlah yang hampir tidak
berkesudahan aplikasi dan industri: bahan-bahan pukal pengendalian peralatan, luar
bangunan dan bumbung, komponen kereta (ekzos, trim hiasan, enjin, casis, pengikat, tiub
untuk talian bahan api /), pemprosesan kimia tumbuh-tumbuhan (scrubber dan penukar
haba), pulpa dan kertas, penapisan petroleum, paip bekalan air, barangan pengguna, marin
dan pembinaan kapal, kawalan pencemaran, barangan sukan (ski salji), dan pengangkutan
(kereta api).
ii) Alumunium
Kepingan aluminium yang terdapat dipasaran.Terdapat beberapa bahagian mesin
kami menggunakan plat aluminium. Plat aluminium adalah produk yang diperbuat
daripada logam dengan bentuk seperti kepingan aluminium. Aluminium tergolong dalam
satu jenis logam yang mempunyai warna putih, berkilat, perak. Walau bagaimanapun
14
aluminium adalah sangat popular kerana ia mempunyai berat yang agak ringan. Produk
plat aluminium biasanya mudah dibentuk boleh menjimatkan kos pengeluaran.
Aluminium adalah produk logam adalah sangat ringan dan mudah untuk
digunakan. Sesetengah industri lebih kerap menggunakan produk aluminium atas sebab-
sebab seperti ini:
i. Ia dapat fungsi yang lebih baik kerana ia sangat ringan, tidak mudah berkarat
dan tidak menyebabkan keracunan. Itulah sebabnya produk plat aluminium
digunakan secara meluas sebagai peralatan rumah dan industry
ii. Bersifat mudah dibentuk dan tidak menyebabkan tindak balas kimia
membolehkan plat aluminium diproses menjadi pembungkusan makanan,
produk farmaseutikal dan pelbagai lagi
iii. Boleh mengalirkan kuasa elektrik yang besar yang boleh digunakan untuk
kord kuasa yang diperlukan.
iv. Boleh digabungkan dengan produk logam yang lain seperti di beberapa
bahagian badan pesawat yang menggunakan campuran aluminium dan
tembaga.
a) Keburukan Aluminium
Aluminium adalah salah satu logam yang terdapat bahagian kerak bumi. Jumlah
kandungan aluminium dalam kulit bumi mencecah kira-kira 8 peratus dari permukaan
bumi. Tetapi pemprosesan produk logam aluminium tulen mempunyai keperluan kos
yang sangat tinggi yang termasuk dalam industri ini adalah mahal dan memerlukan kos
operasi yang ketara. Kelemahan adalah apa yang akhirnya menjadikan harga plat
aluminium menjadi tidak stabil dan sukar untuk ditetapkan dalam tempoh masa yang
sama.
15
b) Ciri-Ciri Plat Aluminium
Satu plat bentuk aluminium mempunyai bentuk lembaran dengan saiz tertentu dan
mudah dibawa kerana ia mempunyai berat yang sangat rendah. Bahan plat aluminium
mempunyai beberapa sifat, iaitu:
i. Tahan kepada pelbagai jenis perubahan iklim dan tidak mudah terbakar
ii. Mempunyai tahan hakisan seperti besi
iii. Mempunyai rupa yang sangat menarik warna yang sesuai dengan beberapa
bahan pembinaan rumah
iv. Mempunyai sifat mudah dibentuk bagi memudahkan semua jenis kerja
v. Harga plat aluminium lebih rendah daripada bahan-bahan seperti besi atau
keluli tahan karat.
c) Kegunaan Plat Aluminium
Terdapat banyak industri yang menggunakan bahan-bahan dari plat aluminium.
Berikut adalah beberapa jenis manfaat plat aluminium.
i. Peralatan dapur Terdapat beberapa jenis peralatan memasak yang boleh diperbuat
daripada aluminium seperti periuk, kuali, loyang dan pelbagai jenis peralatan lain.
Peralatan dapur yang diperbuat daripada plat aluminium mempunyai ciri-ciri yang kalis
air dan tidak toksik, jadi ia adalah selamat untuk digunakan sebagai beberapa peralatan di
rumah.
ii. Industri Pelbagai jenis industri yang memerlukan aluminium antaranya ialah
industri pembinaan. Dalam industri binaan, aluminium banyak digunakan
kerana ia sesuai dijadikan tombol pintu, kubah, pagar, bingkai tingkap, dan
banyak lagi. Selain itu, industri pemakanan juga menggunakan aluminium
sebagai alat pembungkusan (cth: makanan dalam tin dan minuman).
iii. Papan Tanda Pembinaan Papan iklan biasanya dipasang di tepi jalan
menggunakan pembinaan sebuah aluminium plat aluminium. Logam adalah
sangat selamat kerana ia tahan lama, mudah dibentuk dan tahan cuaca. Jadi
16
penggunaan aluminium adalah sangat bermanfaat dan boleh digunakan dalam
masa yang lebih lama.
iii) Motor
Motor elektrik termasuk dalam kategori mesin elektrik dinamik dan
merupakan sebuah alat elektromagnetik yang mengubah tenaga elektrik kepada
tenaga mekanikal. Antara fungsinya ialah untuk menggerakkan pemampat,
mengangkat bahan, menggerakkan bilah kipas, mengangkat bahan dan
sebagainya. Selain itu, ia juga digunakan pada peralatan elektrik di rumah seperti
pengisar dan kipas.
Motor terbahagi kepada 2 jenis iaitu motor arus terus (AC / DC) dan motor
arus ulang alik (AC). Motor DC menggunakan arus terus. Ia digunakan pada
penggunaan khusus dimana memerlukan nilai daya kilas yang tinggi atau kelajuan
yang tetap untuk kisaran motor DC mempunyai pelbagai ukuran namun
penggunaannya agak terhad kepada penggunaan kelajuan rendah-sederhana.
Motor DC juga lebih mahal berbanding AC namun motor DC lebih mudah
dikendalikan dan lebih mahal berbanding motor AC.
17
Motor AC pula bergerak pada kelajuan tetap pada frekuensi tertentu.
Motor ini memerlukan arus searah (DC) untuk peningkatan daya dan memiliki
daya kilas awal yang rendah. Oleh itu, motor ini sesuai untuk penggunaan awal
yang rendah seperti pemampat angin. Motor ini mampu untuk membaiki faktor
daya sistem, sehingga sering digunakan pada sistem yang menggunakan banyak
elektrik. Oleh itu motor yang sesuai digunakan untuk mesin kerepek ialah motor
AC. Hal ini kerana motor AC menggunakan sumber daya umum tidak mudah
mengubah putarannya.
Selain itu, motor AC juga tidak menggunakan kos yang tinggi. Hal ini
kerana motor AC hanya menggunakan sekitar 325 watt. Disebabkan itu, motor
AC sering digunakan untuk aplikasi kelajuan tetap dalam industri dan untuk
industri komersial dan domesik dimana AC power line mudah didapati. (Bakhsi,
2009)
iv) Besi
Besi merupakan logam yang mempunyai warna abu-abu keputih-putihan. Logam
ini dihasilkan terutamanya dari peleburan biji hematit dalam tanur sembur. Kegunaanya
adalah diapakai untuk bangunan dan bidang teknik, juga boleh dimanfaatkan untuk
membuat aloi keluli.
18
Besi-L juga salah satu bahan penting dalam pembinaan. Setiap hujung bahagian
daripada permukaan L menghasilkan permukaan yang rata dan kedua-dua bahagian
berserenjang antara satu sama lain supaya ia memberi integriti struktur dalam dua arah
yang berbeza tanpa perlu mengimpal untuk mencantumkan dua keping keluli. Terdapat
pelbagai jenis saiz besiL yang boleh didapati di pasaran. Besi-L atau besi sudut selalu
digunakan sebagai rangka. Hal ini kerana, besi ini mempunyai sudut yang tepat dan
membantu menstabilkan beban.
Besi sudut ini kami gunakan sebagai rangka untuk mesin kami kerana ia
mempunyai sifat yang kukuh yang sesuai dijadikan rangka. Bersudut 90 darjah mampu
menstabilkan beban yang dikenakan ke atas mesin. Selain itu, ia mudah didapati dan tidak
perlu untuk mengimpal dua keping keluli untuk dijadikan rangka.
v)Galas(Bearing)
Dalam mekanikal, galas (bearing) adalah elemen mesin yang berfungsi untuk
menghadkan gerakan relatif antara dua atau lebih komponen mesin untuk memastikan ia
19
bergerak ke arah yang dikehendaki. Bearing menjaga aci (shaft) untuk sentiasa berputar
pada paksi, atau juga mengekalkan linear bahagian yang bergerak dalam usaha untuk
kekal di landasan yang betul.
Galas adalah satu elemen mesin yang memegang peranan yang penting untuk
fungsi yang adalah untuk rivet aci galas supaya aci boleh berputar tanpa geseran
berlebihan. Galas harus cukup kuat untuk membenarkan aci serta unsur-unsur mesin lain
bekerja dengan baik.
Galas adalah satu komponen yang berfungsi sebagai kusyen untuk membantu
mengurangkan geseran berputar peralatan dalam aci atau gandar. Galas atau bearing
biasanya bulat. Galas di dalam kereta yang dipasang pada gandar dan di tempattempat
lain yang berputar. (Wikipedia 2016)
Galas (bearing) terdapat pelbagai jenis, antara jenis-jenis galas ialah, galas bebola
(ball bearing), galas jarum (needle bearing), galas geseran (roller bearing), galas magnetik
(magnetic bearing), galas roller tirus.
2.4.1 Sambungan welding
Bagi membina mesin pencetak ini kami menggunakan sistem pemasangan jenis
kimpalan( welding) bagi menyambungkan dari satu ke satu bahan. Terdapat 5 jenis
sambungan asas yang digunakan dalam kerja kimpalan mengikut piawaian American
Welding Society (AWS) antaranya ialah :
20
i) Sambungan temu
Rajah 2.4.1 Sambungan Temu
Kimpalan jenis ini mengandungi 1 atau lebih rangkaian yang ditimbunkan pada
permukaan logam. Kimpalan permukaan logam dibuat untuk memperolehi sifat atau
ukuran yang dikehendak.
ii) Sambungan kambi tee
21
Rajah 2.4.2 Sambungan Kambi Tee
Bentuk kimpalan kambi adalah lebih kurang segitiga jika dilihat muka keratin
lintangnya. Kimpalan ini menyambungkan dua permukaan logam pada sudut-sudut tepat
antara satu sama lain pada sambungan Tee, sambungan penjuru atau sambungan lekap.
iii) Sambungan Lekap
Rajah 2.4.3 Sambungan Lekap
22
Sambungan lekap dibuat dengan melapiskan kepingan logam. Sambungan ini
merupakan salah satu jenis sambungan yang kukuh. Sambungan menjadi lebih berkesan
jika ukuran lebar lekapnya dibuat lebih daripada tiga kali ukuran tebal logam yang
disambungkan.
iv) Sambungan Penjuru
Rajah 2.4.4 : Sambungan penjuru
Sambungan penjuru kerap digunakan di dalam kerja menyambungkan kepingan
logam yang tidak menanggung beban lampau.
Die casting bagi penekap
Kami juga mereka pelbagai jenis bentuk serta corak bagi menarik minat perhatian
kanak-kanak khususnya. Kami menggunakan kaedah die casting bagi menghasilkan corak
yang di kehendaki.
23
Die Casting adalah cetakan logam atau acuan tetap yang terdiri daripada beberapa
bahagian / belahan yang bahannya terbuat dari baja (Hot Working Steel). Sifat dasar
meterian Die Casting yang perlu di perhatikan adalah koefisien muai panas (thermal
expention coefficient), keberaliran haba (thermal conductivity), mampu tarik panas (hot
yield strength), ketahanan terhadap proses tempering (temper resistant), dan keuletan
(ductility).
Penerapan kaedah die casting sangat sesuai pada pembuatan benda berdinding
tipis. Berukuran ketepatan dan benda dengan kualiti permukaan yang baik. Kelebihan lain
kaedah die casting iaitu ukuran yang berlebihan dapat dielakkan. Die casting memberikan
beberapa keuntungan dari segi teknik dan ekonomi, tidak hanya kerana daya pengeluaran
yang tinggi, tetapi juga masa proses yang sangat singkat antara bahan mentah dan produk.
Jenis jenis Kaedah Die Casting
i) High Pressure Die Casting
Kaedah yang sering disebut dengan Pressure Die Casting ini merupakan kaedah
penuangan yang paling moden yang boleh menghasilkan bahagian yang equivalent
dengan produk mesin. Produk ini dihasilkan dengan Hot Chamber Die Casting Machine.
Prinsip dasat kaedah ini adalah pemberian tekanan pada logam cair sehingga masuk
kedalam rongga cetakan. Dies dipasang pada plat asas mesin yang boleh ditutup dan
dibuka dengan mudah. Untuk membuat produk diperlukan cetakan tetap terbuat dari
logam yang terdiri daripada bahagian dasar (cetakan tangkup). Cetakan ini dipasang pada
mekanikal penggerak cetakan pada mesin (die closing unit) yang terdiri daripada
bahagian tetap dan bahagian bergerak. Adanya bahagian tetap dipasang belahan cetakan
yang akan berkaitan dengan silinder suapan cecair. Pada bahagian bergerak dipasang
belahan cetakan yang mempunyai bahagian enjector. Silinder suapan logam cair disembur
kedalam acuan yang tertutup.
24
ii) Low Pressure Die Casting
Kaedah low pressure die casting diperlukan beberapa bahagian mesin yang secara
kasar dibahagikan dalam tiga. Bahagian pertama adalah tungku penahan panas yang
kedap udara untuk menampung material cair. Bahagian kedua adalah unit penggerak dies
yang umumnya digerakkan secara hidraulik. Bahagian ketiga adalah unit pemberi tekanan
udara dan kawalan proses. Sebuah paip (riser) menyambung cecair di dalam tungku dan
cetakan.
Proses pengisian dilakukan dengan pemberian tekanan rendah terhadap
permukaan cecair di dalam tungku, sehingga cecair akan masuk kedalam rongga cetakan
melalui saluran masuk.
2.5 RUMUSAN BAB
Oleh kerana projek ini adalah berdasarkan inovasi produk, maka kaedah
penyelidikan yang telah dipilih ialah melalui pengujian secara eksperimen. Apabila
produk ini telah siap dibangunkan, ia akan diuji secara eksperimen bagi mengenalpasti
keberkesanannya dalam menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti.
Kesimpulannya, kajian literatur amat penting kerana kajian ini melibatkan
beberapa bahagian yang penting seperti kajian yang pernah dijalankan, teori yang terlibat,
kajian spesifikasi reka bentuk di pasaran dan kajian komponen yang akan digunakan
dalam menetukan bahan yang akan digunakan bagi membina banana slicer machine.
Kajian literatur mengenai kajian yang pernah dijalankan adalah untuk
memahami konsep pemotongan atau penghirisan pisang untuk dijadikan kerepek. Selain
itu, mengkaji mengenai kajian yang lepas juga adalah untuk mendapatkan konsep reka
bentuk yang sesuai dan juga mengenai cara mesin yang sedia ada bekerja.
25
Seterusnya adalah kajian mengenai kajian spesifikasi reka bentuk di pasaran.
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan konsep yang terbaik setelah mengumpulkan
beberapa contoh reka bentuk yang terdapat di pasaran. Setelah mengumpulkan beberapa
contoh reka bentuk, proses seterusnya adalah menaik taraf atau membuat pengubahsuaian
agar sepadan dengan konsep gerak kerja mesin dan memudahkan pengguna semasa
mengendalikan mesin.
Akhir sekali, setelah selesai membuat kajian mengenai spesifikasi reka bentuk di
pasaran langkah seterusnya adalah membuat kajian mengenai komponen yang akan
digunakan. Kajian mengenai komponen yang akan digunakan penting bagi memastikan
komponen yang dipilih bersesuian dengan reka bentuk konsep. Disamping memilih
komponen yang bersesuian, daya tahan komponen juga diambil kira selain memiliki
harga yang berpatutan dan juga mudah untuk mendapatkan alat ganti sekiranya berlaku
kerosakkan.
26
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan secara ringkas tentang kaedah yang telah digunakan untuk
menyiapkan projek ini yang bermula dari konsep disesuaikan melalui matlamat utama
untuk produk pada mulanya. Hal ini dapat memberikan pembaca keseluruhan pemahaman
tentang proses-proses yang terlibat bagi menyiapkan projek ini. Bab ini juga
menerangkan secara ringkas mengenai kaedah yang digunakan untuk membangunkan
atau mencipta prototaip mesin penghiris pisang termasuk spesifikasi, reka bentuk, lukisan
dan fabrikasi. Semua kaedah ini penting untuk mengawal kelancaran projek ini selain
pembangunan.
Metodologi adalah sistem cara pembuatan, pengajaran, pembelajaran dimana
kaedah pembelajaran sistematik boleh atau telah diaplikasikan dengan berdisiplin.
Semasa mereka bentuk dan menganalisis, adalah penting untuk mendapatkan kaedah
paling baik untuk membangunkan prototaip dimana metodologi yang sesuai akan
mencapai prestasi yang baik dan menghasilkan reka bentuk yang dikehendaki.
Pendekatan metodologi produk adalah berdasarkan kajian idea yang terdahulu, teori,
ciptaan dan pembangunan dalam kerja-kerja yang berkaitan dalam bidang ini yang telah
dilakukan dalam bab sebelum ini.
27
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
RAJAH 3.2.1 BANANA SLICER MACHINE
28
3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Objektif projek ini adalah untuk mereka bentuk mesin penghiris pisang yang baru
untuk kegunaan dirumah. Konsep ini dibangunkan berdasarkan ergonomik dan
pengendalian mudah peralatan. Berikut adalah langkah mereka bentuk mesin, pemilihan
bahan, fabrikasi mesin, analisis prestasi. Proses terakhir ialah perbincangan dan cadangan.
Selain itu, carta aliran adalah sejenis rajah yang mewakili suatu aliran atau
proses di mana ia ditunjukkan dalam pelbagai jenis kotak dan susunannya dihubungkan
dengan anak panah. Gambaran rajah dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang
timbul secara selangkah demi selangkah. Operasi proses diwakili dalam bentuk kotak dan
anak panah yang menghubungkannya mewakili aliran kawalan data. Aliran data tidak
selalunya diwakili dalam carta aliran, berbanding dengan gambar rajah aliran data
sebaliknya, mereka tersirat oleh turutan operasi. Carta aliran telah digunakan dalam
menganalisis, mereka bentuk, mendokumentasi atau menguruskan proses atau program
dalam pelbagai bidang.
Pada permulaan, telah dibincang untuk memilih tajuk projek. Pemilihan projek
ini, berdasarkan permasalahan yang berlaku di persekitaran yang mendatangkan
kepayahan atau kesusahan pada seseorang. Selepas itu, beberapa idea telah diperkenalkan
dan dibincangkan bersama penyelia.
Persepakatan untuk menghasilkan satu alat penambahbaikkan iaitu mesin
menghiris kerepek pisang menggunakan kaedah manual berjalan dengan lancar. Selepas
itu, mencari skop dan objektif daripada penghasilan projek. Skop dan objektif ini adalah
berdasarkan permasalahan yang berlaku.
Pembentangan projek satu, melibatkan beberapa perkara iaitu pengenalan projek,
skop, objektif, penyataan masalah, kajian literasi, metodologi, lukisan berbantu komputer
dan lain-lain. Selepas projek diluluskan dan diterima, pelaksanaan aktiviti projek seperti
proses mereka bentuk dibuat untuk penghasilan projek. Apabila projek telah siap,
semakan projek dilakukan oleh penyelia supaya projek yang dilakukan berfungsi seperti
yang dirancangkan.
29
Penghasilan laporan projek untuk menganalisis data-data yang terdapat pada
projek yang diciptakan. Selepas penghasilan ini, pembentangan kedua diadakan untuk
mengetahui tentang pelaksanaan projek. Penyerahan projek dan laporan akhir adalah
proses akhir selepas pembentangan diadakan.
3.3.1 Carta Alir
Carta 3.2.1: Carta Alir Projek
Belajar tentang pelbagai jenis
pemotongan/penghirisan mesin
Reka bentuk
mesin
Penyataan
Masalah
Fabrikasi
Ujian mesin dan
analisis
Pemilihan bahan
Perbincangan dan
cadangan
30
3.4 INSTRUMEN KAJIAN
Terdapat beberapa komponen yang akan digunakan di dalam penghasilan projek akhir
ini. Komponen yang akan digunakan juga perlulah memenuhi piawaian keselamatan dan
kehendak yang diperlukan. Antara komponen yang akan digunakan ialah:
I. Gerudi Tangan
Rajah 3.4.1 Gerudi Tangan
Kegunaan gerudi ini adalah untuk menebuk lubang. Ianya digunakan bagi memasukkan
skru untuk penyambungan satu kepingan besi kepada kepingan besi yang lain.
31
II. Skru
Rajah 3.4.2 Skru
Skru juga digunakan dalam penghasilan projek akhir ini. Kegunaannya untuk
mengikat komponen – komponen yang diperlukan pada mesin. Hasil bahan yang
digunakan akan menghasilkan projek yang lebih kemas dan lebih kukuh berbanding
menggunakan alat yang lain. Ini juga memudahkan proses pemasangan projek.
Penggunaan alat ini kelihatan, lebih teratur dan tersusun.
32
III. Spana
Rajah 3.4.3 Spana
I. Spana boleh laras
a. Untuk membuka bolt atau nat pelbagai saiz tanpa menukar spana yang
berlainan.
II. Spana gelang
a. Mempunyai kedua-dua hujung bergelang (Soket) untuk mencengkam bolt
dan nat selain ianya selamat digunakan.
III. Spana gabung
a. Mempunyai kedua-dua hujung yang berlainan jenis iaitu terbuka dan
bergelang.
33
IV. Penyambungan Kimpalan (TIG)
Rajah 3.4.4 Penyambungan Kimpalan (TIG)
34
Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan kepada bahan yang lain
dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses
pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya
sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan
juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Proses kimpalan
yang dilakukan ialah kimpalan TIG (Tungsten Innert Gas). Setelah proses kimpalan ini
dilakukan permukaan yang dikimpal akan di grinder bagi memastikan kekemasan pada
projek dapat dilakukan.
V. Pita Pengukur
Rajah 3.4.5 Pita Pengukur
Gambar di atas digunakan untuk tujuan pengukuran panjang. Unit yang
digunakan ialah imperial (inci dan kaki) dan juga metrik (sentimeter dan meter).
Seterusnya ketepatan pengukuran ialah sehingga 0.1 cm.
35
VI. Bolt dan Nat
Rajah 3.4.6 Nat dan bolt
Bolt dan nat turut digunakan sebagai bahan pengikat bahagian besi. Bolt ini panjangnya
12mm untuk tujuan menggantungkan objek atau bahagian tertentu.
VII. Pemutar Skru
Rajah 3.4.7 Pemutar Skru
Gambar di atas merupakan sejenis alatan tangan yang digunakan untuk
melonggarkan dan mengetatkan skru. Seterusnya, ianya digunakan dengan cara memutar
pemegangnya pada arah lawan jam untuk melonggarkan dan arah jam untuk mengetatkan
skru. Skru pemutar ini juga mempunyai bahagian hujungnya yang dibentuk mengikut alur
skru bagi memudahkan skru dapat dilonggarkan dan diketatkan.
36
VIII. Mesin Pencanai
Rajah 3.4.8 Mesin Pencanai
Mesin pencanai digunakan untuk memotong besi-besi mengikut saiz yang diperlukan.
Selain itu, mesin ini mempunyai saiz yang besar dan diletakkan di satu tempat.
3.5 Kaedah analisis data
Jenis Pisang Kedudukan
pemotongan
Setting Tebal Hirisan
Pada Mesin (mm)
Melintang Menegak
Pisang Nangka - 2
- 2
Pisang abu - 2
- 2
Pisang nipah - 2
- 2
Dari jadual diatas, dapat dilihat bahawa ketebalan hasil hirisan pisang mendekati
ketebalan yang diinginkan. Perbezaan hasil dapat terjadi saat pengukuran mahupun
setting posisi pisau yang kurang sempurna. Tetapi secara umumnya, ketebalan yang
37
dihasilkan telah sesuai dengan spesifikasi awal rancangan. Analisis kos produksi mesin
penghiris pisang ini hanya difokuskan pada kos pembuatan prototaip. Kos keseluruhan
pembuatan prototaip mesin ini lebih kurang RM500.00 sahaja.
3. 6 Rumusan
Hasil daripada pemasangan dan ujikaji ini kami dapati projek akhir kami ini
berfungsi dengan lancar dan teratur. Ujian ini juga membuktikan ianya memenuhi
kehendak objektif projek penghiris pisang ini. Penghasilan makanan ini juga boleh
dikategorikan sebagai pengeluaran bagi sumber ekonomi Negara. Selain itu, projek ini
juga dapat memberi kesan positif kepada pekebun - pekebun industri kecil sederhana
dikawasan pedalaman.
Setelah menjalankan kaedah-kaedah menyiapkan projek, didapati banyak unsur-
unsur atau elemen - elemen yang penting harus dijalankan ketika melakukan projek ini
contohnya carta alir. Carta alir adalah proses permulaan dimana ia menunjukkan dari
mula sampai tamat penghasilan projek. Selain itu, langkah-langkah kerja haruslah
dijalankan dengan betul dan cermat supaya penghasilan projek berjalan dengan lancar.
Akhir sekali, ialah pengrekodan data. Pengrekodan data ini haruslah diambil dengan tepat
supaya dapat dibandingkan dengan lebih jelas dari segi masa dan sudut antara projek lain.
Berdasarkan hasil kaedah penghasilan ini, dapat diinovasikan sebuah mesin
penghiris pisang menggunakan kaedah manual dimana pembandingkan dari segi masa
dan penggunaan tenaga kerja. Langkah - langkah kerja yang tertib dan kemas,
memudahkan pembuatan terhadap projek dan mempercepatkan lagi kerja dari segi masa
pembuatan dengan menyiapkan dari awal yang dijangkakan.
Akhir sekali, kaedah persiapan projek ini diharap dapat membantu penghasilan
projek dan dapat menghasilkan projek yang berkualiti dan bermutu. Projek ini berharap
dapat memberi manfaat dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi pada masa kini
dan akan datang.