Upload
zaimah5982
View
282
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
BCT 310 – KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN
AUDIT KESELAMATAN
Majlis Keselamatan dan Kesihatan Industri Kimia
“suatu pemeriksaan kritikal yang sistematik dengan objektif untuk meminimumkan kerugian ”
Piawai British BS 8800: 1996
“pemeriksaan sistematik di mana mungkin, bebas untuk menentukan sama ada aktiviti dan hasilnya berkaitan, menepati kiraan yang telah dirancang
dilaksanakan dengan cekap dan adalah sesuai untuk mencapai objektif dan dasar organisasi.”
Siri Penilaian Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (Occupational Health and Safety
Assesment Series) OHSAS, 18001: 1999
“pemeriksaan yang sistematik untuk menentukan samada aktiviti dan hasil yang berkaitan, menepati kiraan yang telah dirancang dan
perkiraan perlaksanaan secara berkesan dan sesuai dengan dasar dan objektif organisasi.”
memeriksa dan menilai status pencapaian pengurusan Keselamatan dan kesihatan pekerjaan berdasarkan amalan sebenar
Memberikan maklumbalas yang boleh disahkan kepada majikan berdasarkan pemeriksaan dan penilaian tersebut
Mengesahkan tahap perlaksanaan terhadap keperluan, standard, prosedur dan garis panduan
Mencadangkan sebarang perubahan dan pemantauan yang perlu
Menaikkan standard keselamatan dan kesihatan sejajar dengan dasar dan objektif organisasi.
Objektif
menentukan sama ada sistem pengurusan yang ada mampu mencapai standard yang diperlukan
menentukan kelemahan dan kekuatan sistem pengurusan
menentukan sama ada organisasi benar-benar melaksanakan dan mencapai apa yang dirancang.
Peranan Audit Keselamatan
Peningkatan Berterusan
Semakan Pengurusan
Tindakan Pemeriksaan &
Pembetulan
Semakan status awal
Dasar KKP
Perancangan
Implementasi dan Operasi
Audit Pengurusa
n
Audit Hazard Khusus
Audit Teknikal
& Proses
Jenis Audit Keselamatanmelihat rekabentuk, pembinaan dan operasi kemudahan untuk memastikan ia memenuhi keperluan terkini undang-undang, standard dan kod amalan
memastikan keperluan syarikat, mengenai sesuatu hazard dipenuhi.
menilai terhadap dasar dan objektif syarikat
PROSES AUDIT
Implementasi
Penilaian &
Laporan
Tindakan Hasil Audit
Perancangan
Latarbelakang berkenaan dengan tempat yang perlu diaudit seperti pelan keselamatan dan kesihatan, deskripsi tugas dan tanggungjawab pekerja, manual keselamatan dan kesihatan, prosedur dalam operasi kerja, kewangan dan konklusi daripada laporan audit sebelumnya;
Keperluan kepada tenaga kepakaran seperti berapa ramai juru audit diperlukan dan kelayakan mereka dan samada perlu atau tidak mengambil juru audit luar;
Keperluan komunikasi yang mana mesyuarat perlu dilakukan dengan pihak atasan pengurusan, seterusnya temubual dengan responden tertentu, lawatan, pemeriksaan dan pembentangan hasil.
Perancangan
Kajian Awal
•Temubual•Perbincangan dengan kumpulan pekerja tertentu•Pemerhatian dan penilaian secara ringkas dokumen terlibat
Program Audit
•Maklumbalas dari pihak pengurusan•Prosedur kerja•Jadual kerja•Data kemalangan
Melaksanakan Audit
•Tempoh masa audit•Jadual masa pengauditan•Persetujuan oleh juru audit dan juga pihak yang diaudit bagi mengelakkan gangguan kerja yang tidak sepatutnya.
Implementasi
Penilaian dan laporan perlu berasaskan fakta dan maklumat yang didapati semasa proses audit berjalan.
Kepakaran dan pengalaman amat penting bagi juruaudit kerana tujuan audit ialah untuk mengenalpasti kelemahan dan memantau pencapaian di dalam sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan, seterusnya mencadangkan langkahlangkah pembaikan bukannya bertujuan untuk menuding jari mencari kesalahan orang.
Penilaian & Laporan
Kandungan Lengkap Laporan Audit
•Skop dan objektif audit•Perincian pelan audit•Senarai juruaudit terlibat•Tarikh, tempat dan masa audit dilaksanakan•Dokumen rujukan yang digunakan dalam pengauditan•Senarai aktiviti ketidakpatuhan yang kritikal (critical non-compliance)•Kelemahan dan kekuatan perkara yang diaudit•Cadangan penambahbaikan•Aspek yang ditekankan : kos, tempoh masa utk membaiki kelemahan dan halangan yg wujud
Menurut Peraturan 14(1), ahli JKKP perlu mengetahui berkenaan dengan hasil audit, di mana seseorang majikan perlu membuat satu mesyuarat untuk memberitahu jawatankuasa dan juga membincangkan berkenaan dengan hasil audit.
Majikan perlu menyebarkan maklumat laporan akhir audit kepada JKKP seterusnya pelan tindakan akan dirancang dan dibangunkan bagi menangani kelemahan yang dapat dikenalpasti melalui audit.
Berdasarkan Peraturan 14(2), majikan akan mengarahkan JKKP untuk mengambil tindakan yang difikirkan perlu dan sesuai. Pada waktu yang sama, sebarang langkah pembaikan yang diambil akan dipantau perkembangannya
Tindakan terhadap hasil audit