7

BAB 3 *SAMBUNGAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BAB 3 *SAMBUNGAN
Page 2: BAB 3 *SAMBUNGAN

Prinsip Kepimpinan Menurut Perspektif Barat

11 Prinsip Tentera Amerika

(11 Principles of Leadership, US Military 1983)

Memahami diri anda sebagai pemimpin. Pemimpin hendaklah

pasti apakah kekuatan dan kekurangan diri mereka. Jika terdapat

kekurangan, pemimpin hendaklah mengatasinya.

Menguasai kemahiran teknikal. Kemahiran teknikal termasuklah

kemahiran komputer adalah penting dan menjadi asas kecekapan

kerja. Kegagalan menguasainya boleh menyebabkan pemimpin

dianggap ketinggalan zaman.

Mencari peluang untuk menjalankan tanggungjawab dan jika

diberi, terima tanggungjawab menurut kemampuan anda.

Pemimpin tidak boleh menolak tanggungjawab, kerana kesediaan

menerima tanggungjawab adalah berkaitan dengan integriti

kepimpinan. Di samping itu kesediaan menerima tanggungjawab

adalah kesediaan menerima pengalaman baru.

Berupaya menyelesai masalah dan membuat keputusan dengan

cekap. Pemimpin perlu membuat keputusan dan menyelesai

masalah dengan cekap terutama dalam situasi kecemasan. Dalam

keadaan kecemasan masa adalah sangat berharga dan kelewatan

menyelesai masalah boleh menyebabkan kerugian.

Page 3: BAB 3 *SAMBUNGAN

Prinsip Kepimpinan dari Sudut Perspektif Islam

(Bersumberkan Quran dan Hadith)

Kepercayaan dan pengabdian penuh kepada Allah. Pemimpin

diharapkan dapat membezakan antara yang benar dengan yang

salah (mungkar). Dalam kaitan ini, tanpa komitmen pemimpin

terhadap pengendalian akhlak seperti kejujuran dan kebenaran

sangat penting.

Kepimpinan adalah pelaksanaan amanah dan risalah yang

mempunyai kesinambungan dengan tradisi kepimpinan antara

Anbiya dan Rasul. Lantas itu kepimpinan adalah berteraskan

kepada keikhlasan tanpa mementingkan diri, penindasan,

keangkuhan, riak, tamak, kuasa, haloba, dengki dan rasuah.

Memberikan, memperlihatkan dan berkongsi hala tuju ataupun

wawasan dengan organisasi dan pengikut mereka. Pemimpin

islam perlu mempunyai kebolehan untuk memimpin selain

berupaya serta berani mengarahkan tindakan supaya matlamat

tertentu dicapai. Nabi Muhammad S.A.W. melakukan perkara di

atas dalam peperangan Khandaq.

Mengambil peranan utama dalam mencorakkan dan mengekalkan

budaya organisasi mereka. Daripada perspektif Islam budaya

ialah sistem nilai dan kepercayaan yang dikongsi sama bagi

mengekalkan norma-norma pekerti yang berteraskan al-Quran

dan Hadis. Dalam konteks ini pemimpin perlu menjadi model

sebagai pemimpin Islam tulen bukannya menggunakan

penampilan Islam secara luaran bagi mengaburi pandangan orang

lain.

Page 4: BAB 3 *SAMBUNGAN

Berperanan mewujudkan daya mapan organisasi untuk jangka

panjang. Salah satu resipi kemapanan di sini ialah seruan supaya

pengorbanan jiwa dan raga dibuat untuk mendapat ganjaran yang

tidak ternilai pada hari kiamat, bukannya ganjaran kebendaan

dunia yang sementara.

Menyediakan ruang dan mengalu-alukan pandangan yang

membina. Sememangnya tugas orang Islam memberi nasihat

sesuai dengan ‘amar makruf nahi mungkar’ (menyeru kebaikan

menghalang keburukan).

Pemimpin memulakan, membimbing dan mengawal perubahan

demi mencapai objektif yang ditetapkan. Manusia biasanya

menolak perubahan dengan berbagai-bagai alasan. Pemimpin

yang baik hendaklah menjadi pendidik melalui teladan dan Nabi

Muhammad S.A.W. ialah contoh terbaik.

Mempunyai nilai-nilai murni kepimpinan seperti keyakinan,

keadilan, pengorbanan, petah dan tegas membuat keputusan.

Berdasarkan pelbagai tafsir al-Quran dan syarah Hadis dapat

dirumukan bahawa terdapat 25 sifat kepimpinan sempurna yang

perlu ada pada kepada kepimpinan islam. Antaranya termasuk

berkebolehan, berani, tenang, boleh diharap, ikhlas, jujur, rendah

diri, dan bersemangat. Aspek ini adalah berkaitan dengan akhlak

yang berteraskan kepada keimanan. Pemimpin hendaklah

bertakwa dan menjauhkan diri dari kemurkaan Allah S.W.T.

Page 5: BAB 3 *SAMBUNGAN

Kepimpinan berfungsi sebagai tonggak utama keberkesanan dalamsesebuah organisasi, maka Adair (1996) telah menggariskan fungsi

kepimpinan ini terbahagi kepada tiga komponen utama; fungsitugasan, fungsi kupulan, fungsi terhadap individu

Fungsi tugasan:

Memahami tugas, merancang pelbagai rancangan bagi

menyelesai tugasan, menerangkan anggota pasukan tentang tugas

dan peranan mereka, memperuntukkan sumber, memberi tugasan,

menerang matlamat tugasan, mengawal perjalanan kerjaq,

membuat penilaian proses dan membuat penilaian akhir.

Fungsi kumpulan:

Pemimpin menjadi contoh kumpulan, pengekalan disiplin

anggota, membina semangat memastikan kumpulan bergerak

memberi galakan, memberi motivasi kepada kumpulan,

berkomunikasi secara terbuka, memberi latihan jika perlu,

menyelesai konflik, dan melantik pembantu pemimpin.

Fungsi terhadap individu:

Melibatkan anggota pasukan dalam perbincangan dan aktiviti,

mengawal anggota yang terlalu aktif atau agresif, bersedia untuk

mengguna kemahiran individu, berusaha melibatkan anggota

yang kurang aktif, menggunakan kemahiran khusus individu,

meningkatkan kemahiran individu, memberi maklum balas yang

konstruktif, memberi pujian dan sokongan, mengelak bias kepada

individu tertentu dan mengelak dari menyebelahi individu

tertentu.

Page 6: BAB 3 *SAMBUNGAN

Membangunkan Kemahiran Kepimpinan

(Kemahiran yang perlu ada pada seorang pemimpin)

Kemahiran mentadbir atau mengurus:

Mengurus manusia - mengamalkan management by walking

about. Bukan sekadar menjadi pemerhati pada perkara yang

sedang berlaku di bawah seliaan atau jagaannya.

Mengurus sumber – mengurus manusia, kewangan, bekalan,

peralatan, ruang atau apa sahaja yang diperlukan oleh organisasi

untuk beroperasi. Mengurus sumber juga bermakna pemimpin

perlu mempunyai kemahiran untuk mendapat dan membahagikan

sumber.

Menunjukkan kompetensi teknikal – mempunyai pengetahuan

yang mendalam mengenai kerja.

Kemahiran mengkonsepsi (mengenai bekerja dengan konsep

dan idea) – terbahagi kepada tiga bahagian:

Menyelesaikan masalah – Keupayaan kognitif pemimpin untuk

mengambil tindakan pembetulan dalam apa jua situasi untuk

mencapai objektif dan ini termasukalh kemahiran dalam memilih

penyelesaian terbaik dari semua alternatif yang ada.

Perancangan strategik – merupakan aktiviti kognitif. Pemimpin

perlu mempunyai pelan tindakan berasakan sumber dan

kakitangan yang ada untuk mencapai matlamat.

Mencipta wawasan yang mana memerlukan keupayaan kognitif

dan kosepsi yang istimewa untuk menggerakkan organisasi ke

arah satu nilai dan ideals yang akan membawa mereka ke masa

hadapan.

Page 7: BAB 3 *SAMBUNGAN

Kemahiran intrapersonal:

Kemahiran menangani manusia (people skills), yang membantu

pemimpin untuk bekerja secara berkesan dan subordinat, rakan

sebaya dan pegawai atasan untuk untuk mencapai matlamat

organisasi. Kemahiran ini terbahagi kepada tiga bahagian:

• Sensitif kepada persekitaran sosial- pemimpin sensitif mengenai

bagaimana ideanya dapat dipadankan dengan idea orang lain.

Pemimpin mempunyai kesedaran tentang apa yang dipentingkan

oleh subordinat, apa yang memotivasikan mereka, bagaiman

mereka untuk menangani perubahan dan sebgainya.

• Mnunujukkaqn kepintaran emosi (bagaimana mengurus emosi).

• Mengurus konflik interpersonal dengan menggunakan pendekatan

komunikasi yang praktikal seperti:

o Differentiation- proses mendefinisikan sifat konflik dan

menjelaskan kedudukannya dalam hubungan antara orang

yang berkonflik.

o Fractionation- mengandungi mesej-mesej yang

diungkapkan antara dua pihak yang berkonflik dengan

tujuan mengekalkan imej kendiri yang positif semasa

berkonflik seperti pemgucap bersetuju dengan pendapat

yang diutarakan oleh pihak lawan tanpa membuatkannya

merasa kurang bijak.