Upload
losy-weng
View
131
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
bahan pembelajaran
Citation preview
Bab 3: Perkembangan Kognitif
1
BBBaaabbb 333:::
PPPEEERRRKKKEEEMMMBBBAAANNNGGGAAANNN KKKOOOGGGNNNIIITTTIIIFFF PPPiiiaaagggeeettt dddaaannn VVVyyygggoootttssskkkyyy
Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh:
Mentakrif perkembangan kognitif
Menerangkan penjelasan tentang pembelajaran mengikut Piaget
Menilai teori perkembangan kognitif Piaget
Menyenaraikan implikasi teori Piaget dalam bilik darjah
Membincangkan teori sosiobudaya Vygotsky dan peranan budaya
Bab ini meneliti perkembangan kognitif kanak-kanak, menumpukan kepada teori
perkembangan kognitif Piaget. Piaget menjelaskan pembelajaran manusia sebagai terdiri
daripada empat elemen utama: skema, asimilasi, penyesuaian dan keseimbangan.
Interaksi keempat-empat elemen tersebut membawa kepada teori perkembangan kognitif
beliau yang terdiri daripada tahap-tahap berikut: sensorimotor, praoperasi, operasi
konkrit dan operasi formal. Teori beliau adalah berasaskan kajiannya tentang anak-
anaknya dan masih sah sehingga hari ini. Juga dibincangkan dalam bab ini adalah teori
sosiobudaya Vygotsky yang menekankan peranan budaya dalam perkembangan kanak-
kanak.
RINGKASAN BAB
3.1 Teori pembelajaran oleh Piaget a) Skema b) Asimilasi c) Akomodasi d) Keseimbangan
3.2 Teori perkembangan kognitif Piaget
a) Sensorimotor b) Praoperasi c) Operasi konkrit d) Operasi formal
3.3 Teori Piaget dalam bilik darjah 3.4 Teori sosiobudaya Vygotsky
Ringkasan
Istilah Penting
Rujukan
Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Perkembangan Fizikal &
Pertumbuhan
Bab 3: Perkembangan Kognitif Piaget & Vygotsky
Bab 4: Perkembangan Kognitif Pemprosesan Maklumat
Bab 5: Perkembangan Moral
Bab 6: Perkembangan Emosi
Bab 7: Perkembangan Bahasa
Bab 8: Perkembangan Sosial
Bab 9: Pengaruh Keluarga
Bab 10: Pengaruh Di Luar Keluarga
Bab 3: Perkembangan Kognitif
2
3.1 Teori Pembelajaran oleh Piaget
Jean Piaget, seorang yang berasal daripada
Switzerland telah bermula sebagai seorang ahli biologi dan
telah mendapat ijazah kedoktoran beliau pada umur 21
tahun. Teori pembelajaran beliau telah berasas kepada
pemerhatian dan penerangan tentang tiga orang anak-
anaknya. Piaget sangat berminat dengan cara kerang-
kerangan mengubahsuai diri mereka dengan
persekitarannya. Dengan menggunakan idea daripada
biologi, Piaget telah memperkenalkan dua proses utama,
iaitu Penyusunan dan Penyesuaian.
Penyusunan atau Organisasi merupakan ciri-ciri dalaman suatu organisma yang membolehkannya
bertindak untuk menyusun persekitarannya yang
merupakan suatu proses luaran.
Penyesuaian atau Adaptasi merupakan keupayaan untuk memuatkan diri dalam persekitaran yang merupakan suatu proses luaran.
Daripada sudut biologi penyusunan tidak dapat dipisahkan dengan
penyesuaian kerana keduanya merupakan proses yang saling melengkapi dalam suatu
mekanisma. Piaget (1985) telah mencadangkan bahawa pembelajaran adalah
berlelaran, di mana maklumat yang baru dibentuk untuk muat dengan pengetahuan
sedia ada seseorang, dan pengetahuan sedia ada itu sendiri diubahsuai untuk
menyesuaikan maklumat yang baru. Teori pembelajarannya adalah berdasarkan
kepada empat konsep asas: skema, asimilasi, akomodasi dan keseimbangan.
1. SKEMA
Piaget percaya bahawa akal manusia mengandungi skema sepertimana badan
mengandungi perut di dalamnya yang bertanggungjawab untuk mencerna ataupun
buah pinggang yang bertanggungjawab untuk membuang kumuhan daripada darah.
Skema merupakan struktur mental ataupun kognitif yang membolehkan seseorang
mengadaptasi dan menyusun persekitarannya. Ia adalah seperti sebuah cabinet yang
mengandungi banyak fail dan setiap fail mewakili suatu skema. Apabila seorang bayi
dilahirkan, ia mempunyai beberapa skema umum dan sambil anak itu membesar, dia
mendapat skema tambahan dan skema-skema tersebut menjadi lebih murni.
Misalnya, pada saat dilahirkan skema seorang bayi bersifat refleksif seperti
menghisap dan menggenggam. Refleks menghisap merupakan suatu skema dan bayi
itu akan menghisap apa sahaja yang diletakkan kedalam mulutnya seperti puting
ataupun jari. Bayi tersebut tidak dapat membezakan kerana ia hanya mempunyai satu
skema menghisap. Lama kelamaan, bayi tersebut belajar membezakan di mana objek yang mengeluarkan susu diterima sementara objek bukan susu ditolak. Pada
ketika ini, bayi tersebut mempunyai dua skema menghisap, satu untuk objek yang
mengeluarkan susu dan satu lagi untuk objek yang tidak mengeluarkan susu.
Jean Piaget
1896-1980
Bab 3: Perkembangan Kognitif
3
Gambarajah 3.1 Seorang Kanak-kanak Kecil Bertemu Seekor Lembu
Buat Kali Pertama
Gambarajah 3.1 menunjukkan pertemuan pertama seorang kanak-kanak kecil
dan dia tidak mempunyai suatu skema bagi pengalaman ini. Kanak-kanak itu melihat
seekor lembu dan berkata Hello Sang Anjing. Pada pendapat anda kenapa ini berlaku? Kanak-kanak tersebut melihat suatu objek (lembu), yang disaring melalui
koleksi skemanya, sehingga dia menjumpai satu yang nampaknya sesuai. Kepada
kanak-kanak itu, objek tersebut (lembu) mempunyai semua ciri-ciri seekor anjing ia cocok dengan skema anjingnya dengan itu kanak-kanak tadi merumuskan bahawa objek tersebut adalah seekor anjing. Kanak-kanak itu telah menggabungkan objek
(lembu) ke dalam skema anjingnya. Anda mungkin pernah melihat ini berlaku dalam
kalangan kanak-kanak kecil dan ibubapanya cuba sedaya upaya untuk membetulkan
anaknya.
Adalah tidak tepat sekiranya kita memikirkan bahawa skema tidak berubah,
atau bahawa kanak-kanak telah ditakdirkan menyebut lembu sebagai anjing sehingga
akhir hayatnya. Jelas sekali, ini tidak berlaku. Sambil kanak-kanak itu manjadi
semakin mahir dalam membezakan antara objek, skemanya bertambah banyak
(pelbagai). Apabila dia semakin boleh membuat generalisasi di antara objek, skema
menjadi lebih murni.
Skema anjing
- mempunyai empat kaki
- lebih besar daripada
kucing
- mempunyai dua telinga
- berbulu
Hello Sang
anjing!
Bab 3: Perkembangan Kognitif
4
2. ASIMILASI
Asimilasi merupakan suatu proses kognitif di mana seorang itu
menggabungkan maklumat ataupun pengalaman baru ke dalam skema tersedia
ataupun sedia ada. Ini merupakan suatu proses memasukkan maklumat baru ke dalam
struktur kognitif sedia ada. Asimilasi sentiasa berlaku kerana manusia sentiasa
memproses berbagai jenis maklumat dan pengalaman. Skema yang sedia ada atau
tersedia adalah ibarat sebuah belon yang semakin membesar dan membesar dengan
pertambahan ataupun asimilasi maklumat dan pengalaman baru. Terdapat perubahan
kuantitatif tetapi tiada perubahan kualitatif. Tidak terdapat skema baru yang
dihasilkan kerana skema yang lama digunakan.
Lihat Gambarajah 3.2 yang menunjukkan seorang kanak-kanak menghadapi
tiga bentuk bulatan yang berlainan. Oleh kerana dia mempunyai suatu skema bentuk
bulat yang sedia ada, walaupun ketiga-tiga bentuk bulatan tersebut berbeza, ia
diserapkan ataupun dimuatkan ke dalam skema bentuk bulatan yang sedia ada. Terdapat perubahan kualitatif apabila suatu skema bertambah besar untuk
memasukkan ataupun menyerapkan maklumat baru itu.
3. AKOMODASI
Apabila berhadapan dengan maklumat ataupun pengalaman baru, seorang
individu cuba untuk menyerapkannya ke dalam suatu skema yang sedia ada seperti
yang dibincangkan sebelum ini. Kadang kala ini tidak dapat dilakukan kerana tidak
terdapat suatu skema sedia ada untuknya. Di dalam situasi seperti ini, individu
tersebut mempunyai dua pilihan. Dia boleh mencipta suatu skema baru dan maklumat
ataupun pengalaman baru itu dapat dimuatkan di dalamnya. Ataupun, dia boleh
mengubah suatu skema sedia ada supaya maklumat ataupun pengalaman baru tersebut
boleh dimasukkan di dalamnya. Kedua-duanya adalah suatu bentuk akomodasi.
Dengan itu, akomodasi adalah penciptaan suatu skema baru ataupun pengubahan
suatu skema yang lama. Kedua-dua tindakan ini menghasilkan suatu perubahan
ataupun perkembangan dalam suatu skema, ataupun pembentukan suatu skema.
Gambarajah 3.2
Asimilasi ke dalam
skema bentuk bulat
Bab 3: Perkembangan Kognitif
5
Lihat Gambarajah 3.3 yang menunjukkan seorang kanak-kanak menghadapi
tiga buah bentuk bulat yang berlainan. Kerana dia tidak mempunyai suatu skema
sedia ada tentang bentuk bulat, tiga skema baru telah dibentuk. Terdapat perubahan kuantitatif kerana lebih banyak skema telah dibentuk.
4. KESEIMBANGAN
Bayangkan apa yang berlaku apabila seseorang yang hanya menyerap dan
tidak pernah menyesuai ataupun seseorang yang hanya menyesuai dan tidak pernah
menyerap? Hasilnya amat buruk sekali. Dengan itu, harus ada keseimbangan di antara
kedua-dua proses tersebut. Keseimbangan adalah perseimbangan di antara asimilasi
dan akomodasi. Ketidakseimbangan adalah apabila asimilasi dan akomodasi tidak
seimbang. Apabila ketidakseimbangan berlaku, seseorang akan cuba mendapatkan
keseimbangan; iaitu, untuk terus menyerap ataupun menyesuai. Misalnya, seorang
pelajar apabila menemui maklumat baru cuba menyerap maklumat tersebut ke dalam
skema sedia ada. Sekiranya dia berjaya, keseimbangan tercapai. Sekiranya pelajar
tersebut tidak dapat menyerap maklumat tersebut, dia akan cuba menyesuaikannya
dengan mengubah skema ataupun membentuk suatu skema baru. Sekiranya maklumat
baru dapat disesuaikan, keseimbangan tercapai. Menurut Piaget, pembelajaran
berlangsung dengan cara ini daripada lahir seterusnya sepanjang kedewasaan.
Gambarajah 3.3
Akomodasi dengan
pembentukan suatu
skema baru
3.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Apakah suatu skema?
b) Bagaimanakan asimilasi berbeza daripada penyesuaian?
c) Apakah anda rasa akan berlaku sekiranya seorang kanak-
kanak hanya menyerap ataupun hanya menyesuai?
d) Jelaskan kenapa seorang kanak-kanak yang melihat
seorang bayi mengatakan ia sebuah patung.
Bab 3: Perkembangan Kognitif
6
3.2 Teori Perkembangan Kognitif Piaget
Istilah kognisi telah diambil daripada perkataan Latin cognoscere yang
bermakna untuk mengetahui atau untuk mengenali atau untuk mengkonseptualisasi. Ia merujuk kepada proses mental suatu organisma untuk belajar, mengingat, melihat, menyelesaikan masalah dan berfikir tentang suatu
gagasan maklumat. Pakar mengatakan bahawa kognisi berkembang dalam peringkat
dengan tahap kerumitaan yang meningkat dan dengan itu diberikan frasa
perkembangan kognitif yang merupakan tahap-tahap yang dilalui oleh seorang kanak-kanak semasa mengkonsepsikan dunia pada peringkat umur yang berlainan.
Menurut Piaget, kanak-kanak memeroleh fakta, konsep, prinsip dan teori
melalui proses asimilasi dan akomodasi yang berterusan yang membawa kepada
pertambahan abstraksi dan perluasan skema. Dia mengatakan bahawa perkembangan
kognitif individu berkembang melalui EMPAT tahap (lihat Gambarajah 3.4).
Gambarajah 3.4 Tahap-tahap Perkembangan Kognitif Piaget
[sumber: Tiffany Davis, Meghann Hummel, dan Kay Sauers (2006)]
TAHAP 1: Tahap Sensorimotor (0 2 tahun) Tahap pertama dalam teori Piaget berlaku daripada lahir sehingga lebih kurang umur
dua tahun dan berpusat kepada bayi cuba memahami dunia. Semasa tahap
sensorimotor, pengetahuan bayi tentang dunia adalah terhad kepada persepsi deria dan
aktiviti motornya.
Bab 3: Perkembangan Kognitif
7
Antara 0 sehingga 6 bulan, kanak-kanak menggunakan kemahiran semula jadinya dan keupayaan seperti menghisap, menggenggam, melihat dan
sebagainya. Misalnya, seorang kanak-kanak akan dengan bertujuan
mengangkat sebuah permainan untuk meletakkannya ke dalam mulutnya.
Antara 7 sehingga 12 bulan, kanak-kanak itu mungkin menggabungkan skemanya untuk mencapai suatu tindakan yang dikehendakinya. Dia
menjelajah persekitarannya dan boleh menghubung kaitkan bahawa
sesetengah objek mempunyai ciri-ciri tertentu. Sebagai contoh, seorang kanak-
kanak mungkin menyedari bahawa permainan berdetar akan membuat bunyi
apabila digoncang.
Antara 13 sehingga 18 bulan, kanak-kanak itu memulakan suatu jangka waktu cuba-cuba dan eksperimentasi. Misalnya, seorang kanak-kanak
mungkin mencuba berbagai jenis bunyi dan aksi sebagai suatu cara untuk
mendapatkan perhatian seorang dewasa.
Antara 19 sehingga 24 bulan, kanak-kanak itu mula membentuk symbol bagi mewakili acara atau objek tertentu dan memahami dunia melalui operasi
mental dan bukannya melalui aksi semata-mata.
Pengekalan Objek (Object Permanance):
Menurut Piaget, Pengekalan Objek merupakan
kesedaran atau kefahaman seorang kanak-kanak
bahawa sebuah objek terus wujud walaupun ia tidak
dapat dilihat ataupun didengar. Bagi seorang bayi kecil,
apabila sebuah permainan ditutup dengan sehelai kain,
bayi tersebut terus berhenti dan nampak hilang minat
dengan permainan tersebut (lihat gambar). Kanak-
kanak ini belum lagi menguasai konsep pengekalan
objek. Bagi bayi yang lebih besar, apabila sebuah
permainan ditutup kanak-kanak itu akan mencarinya
dengan aktif, kerana menyedari bahawa objek tersebut
terus wujud. Pengekalan objek merupakan salah satu
pencapaian yang terpenting buat seorang bayi, kerana
tanpa konsep ini, objek akan mempunyai kewujudan
yang berasingan dan kekal.
TAHAP 2: Tahap Praoperasi (2 6 tahun) Tahap praoperasi berlaku di antara umur dua dan enam tahun. Perkembangan
bahasa merupakan salah satu tanda utama bagi jangka waktu ini. Piaget memerhatikan
3.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Terangkan keupayaan kognitif kanak-kanak kecil pada
tahap sensorimotor.
b) Apakah pengekalan objek?
c) Pada pendapat anda kenapakah ia berlaku di tahap
sensorimotor?
Bab 3: Perkembangan Kognitif
8
bahawa kanak-kanak dalam tahap ini belum lagi faham logik konkrit. Apakah yang
dimaksudkan? Mereka tidak dapat memanipulasi maklumat secara mental, dan tidak
dapat menerima pandangan orang lain dan dengan itu mereka adalah egosentrik.
Mereka mempunyai pandangan tentang dunia yang 'mementingkan diri', yang bermaksud bahawa mereka mempunyai kesukaran memahami bahawa orang lain
mungkin melihat sesuatu dengan cara yang berlainan, dan dengan itu mempunyai
pandangan yang berbeza.
Piaget telah menggunakan beberapa teknik yang kreatif dan cerdik bagi
mengkaji keupayaan mental kanak-kanak. Salah satu teknik yang terkenal dalam
mengkaji keegosentrikan melibatkan penggunaan paparan pemandangan gunung-
ganang tiga-dimensi (lihat Gambarajah 3.5).
Kanak-kanak diminta memilih sebuah gambar yang menunjukkan pemandangan yang mereka telah perhatikan. Kebanyakan kanak-kanak
berupaya membuat perkara ini tetapi dengan kesukaran.
Seterusnya, kanak-kanak diminta memilih sebuah gambar yang menunjukkan apa yang orang lain telah perhatikan semasa melihat gunung tersebut daripada
sudut pandang yang berbeza.
Gambarajah 3.5 Ujian 3 Gunung Piaget
Hampir kesemua kanak-kanak telah memilih pemandangan yang
menunjukkan pandangan mereka sendiri gunung tersebut. Menurut Piaget, kanak-
kanak mengalami kesukaran ini kerana mereka tidak dapat menghayati perspektif
orang lain.
Bab 3: Perkembangan Kognitif
9
Suatu lagi eksperimen yang terkenal melibatkan menunjukkan pemahaman
seorang kanak-kanak tentang KONSERVASI (atau pengabadian). Di dalam satu
eksperimen pengabadian, cecair yang sama banyaknya dituangkan ke dalam dua
bekas yang serupa (lihat Gambarajah 3.6). Cecair di dalam salah satu bekas tadi
kemudiannya dituangkan ke dalam sebuah cawan yang berlainan bentuknya, seperti
sebuah cawan yang tinggi dan tirus, ataupun sebuah cawan yang pendek dan luas.
Gambarajah 3.3 Tugasan Pengabadian Piaget
Kanak-kanak kemudiannya ditanya cawan yang manakah yang menyimpan
cecair yang paling banyak. Walaupun setelah melihat bahawa jumlah cecair
kesemuanya sama, kanak-kanak akan selalunya memilih cawan yang nampak lebih
penuh. Piaget telah menjalankan beberapa eksperimen yang serupa tentang
konservasi atau pengabadian nombor, panjang, isipadu, berat, jumlah, dan kuantiti.
Piaget telah menemui bahawa tidak ramai kanak-kanak telah menunjukkan
kefahaman tentang pengabadian sebelum mencapai umur lima tahun.
KONSERVASI (Conservation) atau Pengabadian merupakan keupayaan
untuk mengingat apa yang tetap sama dan apa yang berubah dalam sesuatu
objek selepas beberapa perubahan telah dibuat kepada objek tersebut. Suatu
tugasan pengabadian menguji kebolehan seorang kanak-kanak menyedari
bahawa ada ciri-ciri yang diabadikan (ataupun disimpan) atau tidak berubah
selepas suatu objek itu mengalami suatu transformasi fizikal. Contohnya,
segumpal selut dilenyek menjadi bentuk seekor ular dan seorang kanak-
kanak ditanya yang mana mempunyai lebih selut didalamnya; gumpalan tadi
ataupun ular tadi.
Bab 3: Perkembangan Kognitif
10
TAHAP 3: Tahap Konkrit (6-11 tahun)
Pada tahap ini, akomodasi bertambah. Kanak-kanak membentuk keupayaan
untuk berfikir secara abstrak dan membuat pertimbangan yang rasional tentang
fenomena yang konkrit atau dapat diperhatikan, di mana sebelumnya dia terpaksa
memanipulasi secara fizikal untuk dapat memahami. Di dalam mengajar kanak-kanak
ini, memberikannya peluang untuk bertanya soalan dan menjelaskan kepada anda
tentang perkara akan membenarkannya untuk memanipulasi maklumat secara mental.
Pada tahap ini, kanak-kanak mula berfikir secara logik, dan menyusun pemikirannya
dengan koheren. Walau bagaimanapun, mereka hanya boleh memikirkan tentang
objek fizikal yang sebenar, dan tidak dapat menangani pemikiran abstrak. Mereka
menghadapi kesukaran memahami konsep yang abstrak ataupun hipotetikal.
Tahap ini juga mempunyai ciri-ciri utama kehilangan pemikiran egosentrik.
Kanak-kanak ini mempunyai keupayaan untuk menguasai kebanyakan jenis
eksperimen pengabadian, dan mula memahami kebolehbalikan. Pengabadian
merupakan kesedaran bahawa kuantiti ataupun jumlah tidak berubah apabila tidak ada
yang ditambah ataupun ditolak daripada sebuah objek atau suatu koleksi objek-objek,
walaupun terdapat perubahan dalam bentuk ataupun susunan ruangan. Tahap operasi
konkrit juga dicirikan oleh keupayaan kanak-kanak untuk mengkoordinasi dua
dimensi sebuah objek secara serentak, menyusun struktur dalam urutan, dan megubah
urutan antara item dalam suatu siri. Kanak-kanak tersebut mempunyai keupayaan
penyelesaian masalah konkrit. Kebolehan melabel berkategori seperti "nombor"
ataupun "haiwan" sekarang tersedia kepada kanak-kanak tersebut.
Logik:
Piaget telah menentukan bahawa kanak-kanak dalam tahap operasi konkrit boleh
dikatakan pandai menggunakan logik induktif. Logik induktif melibatkan berfikir
daripada pengalaman yang khusus kepada suatu prinsip yang umum. Sebaliknya,
kanak-kanak dalam peringkat umur ini mempunyai kesukaran menggunakan logik
deduktif, yang melibatkan penggunaan suatu prinsip umum untuk menentukan hasil
suatu kejadian yang khusus.
Klasifikasi:
Kanak-kanak dalam tahap operasi konkrit juga mempunyai keupayaan untuk
menstruktur objek secara hierarki, yang dikenali sebagai klasifikasi. Ini termasuk
memikirkan pengkelasan, e.g. memahami suatu objek sebagai sebahagian daripada
suatu subset yang termasuk di dalam suatu set utama, dan ini ditunjukkan dalam
tugasan pengkelasan Piaget, meminta kanak-kanak untuk mengenal pasti, daripada
3.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Jelaskan keupayaan kognitif kanak-kanak pada tahap
praoperasi.
b) Apakah tugasan konservasi atau pengabadian?
c) Cubalah tugasan konsrvasi atau pengabadian dengan
kanak-kanak berumur 4 tahun bagi melihat samada ia
benar. Mungkin anda telah menemui seorang yang sangat
cerdik!
Bab 3: Perkembangan Kognitif
11
beberapa manik berwarna putih dan coklat yang diperbuat daripada kayu, samada
terdapat lebih manik yang berwarna putih ataupun coklat (Piaget, 1965).
Pensirian (Seriation):
Pensirian merupakan satu lagi keupayaan baru yang terbentuk semasa dalam tahap ini,
dan ia merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk menyusun objek berurutan
berasaskan suatu ciri sifat sepunya. Suatu contoh yang mudah adalah dengan
meletakkan beberapa batang kayu mengikut urutan berat. Suatu keupayaan baru yang
penting yang terbentuk daripada hubungkait antara pensirian dan klasifikasi adalah
penomboran. Sementara kanak-kanak pra-operasi jelasnya berupaya untuk mengira,
hanya dalam tahap operasi konkrit barulah menjadi boleh mengaplikasikan operasi
matematik, yang timbul daripada keupayaan mereka menyusun benda-benda
mengikut nombor (pensirian) dan untuk memisahkan nombor kepada set dan subset
(klasifikasi), yang membolehkan pendaraban yang rumit, membahagi dan sebagainya.
Kebolehbalikan (Reversibility): Lagi satu keupayaan baru yang dibentuk dalam tahap operasi konkrit adalah
kebolehbalikan. Ia merujuk kepada keupayaan untuk menjejak ke belakang secara
mental, dan adalah sangat membantu kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah dan
juga dalam pengetahuan tentang cara mereka menyelesaikan masalah. Contohnya, di
dalam sebuah tugasan pengabadian, perubahan yang dibuat dapat dibalikkan bagi
mendapatkan semula sifat yang asal. Daripada segi pengetahuan tentang cara
menyelesaikan masalah mereka sendiri, mereka boleh menjejak langkah-langkah
mental yang mereka ambil, yang membantu dalam mencapai tahap refleksi yang baru.
Sebahagian besar daripada pentakrifan ciri-ciri tahap ini dapat difahami daripada segi
kanak-kanak mengatasi kekangan dalam tahap pra-operasi. Kanak-kanak dalam tahap
pra-operasi mempunyai beberapa kekangan kognitif yang seterusnya diselesaikan, dan
yang pentingnya, kebolehan mengatasi kekangan ini bukanlah disebabkan
penambahbaikan yang perlahan dalam keupayaan yang kanak-kanak itu telah pun ada.
Sebaliknya perubahan tersebut adalah anjakan kuantitatif yang tulen, sejajar dengan
pemerolehan keupayaan baru. Kanak-kanak dapat memberikan justifikasi kepada
jawaban yang mereka berikan.
Tugasan Mudah Piaget
1. Yang manakah lebih berat; satu kilogram bulu ayam ataupun satu kilogram batu?
2. Sekiranya Mike lebih tinggi daripada Lina, dan Lina lebih rendah daripada Kim. Siapakah yang paling
rendah? Siapakah yang paling tinggi?
Bab 3: Perkembangan Kognitif
12
TAHAP 4: Ciri-ciri Tahap Operasi Formal (12 ke atas)
Tahap operasi formal bermula pada umur lebih kurang dua belas hingga dan
berlangsung sehingga dewasa. Pada jangka waktu ini, orang membentuk keupayaan
untuk berfikir tentang konsep yang abstrak. Kemahiran seperti pemikiran logik,
pertimbangan deduktif, dan perancangan sistematik juga timbul dalam tahap ini.
Logik:
Piaget percaya bahawa logik deduktif menjadi penting dalam tahap operasi formal.
Logik deduktif memerlukan keupayaan untuk menggunakan prinsip umum bagi
menentukan hasil yang khusus. Jenis pemikiran ini melibatkan situasi hipotetikal dan
selalunya diperlukan dalam sains dan matematik.
Katakanlah kita memberitahu seseorang pernyataan berikut:
1. Kalau anda mengetuk sekeping kaca dengan tukul, kaca tersebut akan pecah. 2. Zaki mengetuk kaca tersebut dengan tukul.
Rumusan yang betul adalah bahawa kaca tersebut telah pecah yang merupakan rumusan yang akan dibuat oleh kebanyakan remaja pada tahap operasi formal.
Responden ini telah membuat rumusan tersebut berdasarkan logik dan bukan
berdasarkan pengalaman.
PEMIKIR ABSTRAK
Apabila seorang itu adalah seorang pemikir konkrit, pemikirannya terhad kepada apa yang berada di hadapannya, apa yang ada di sini dan sekarang. Secara perbandingan, seorang pemikir abstrak dapat memerhati maksud yang pelbagai untuk suatu perkataan ataupun konsep. Pemikir seperti ini dapat melihat corak melewati yang jelas dan dapat menyelesaikan masalah yang kompleks.
3.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Jelaskan keupayaan kognitif kanak-kanak pada tahap
operasi konkrit.
b) Apakah yang dapat dilakukan oleh seorang kanak-kanak
yang berada dalam tahap ini?
c) Cuba tugasan pengabadian ini ke atas seorang kanak-
kanak berusia 7 tahun untuk melihat sekiranya ia benar.
Mungkin anda telah pun menemukan seorang lagi yang
sangat pintar!
Bab 3: Perkembangan Kognitif
13
Pemikiran Abstrak:
Walaupun kanak-kanak selalunya berfikir dengan sangat konkrit dan khususnya pada
peringkat awal, keupayaan berfikir tentang konsep abstrak timbul dalam tahap operasi
formal. Tanpa bergantung semata-mata kepada pengalaman lepas, kanak-kanak mula
mempertimbangkan hasil yang mungkin dan kesan daripada tindakan. Jenis pemikiran
ini penting dalam perancangan jangka panjang.
Penyelesaian Masalah:
Dalam peringkat awal, kanak-kanak menggunakan cuba-cuba untuk menyelesaikan
masalah. Dalam tahap operasi formal, keupayaan untuk menyelesaikan masalah
dengan sistematik dengan logical dan berkaedah mula timbul. Kanak-kanak pada
tahap operasi formal dalam perkembangan kognitif selalunya boleh merancang
dengan pantas suatu pendekatan yang tersusun kepada menyelesaikan suatu masalah
(Inhelder & Piaget, 1958).
Ringkasan Perkembangan Kognitif Emapat Tahap oleh Piaget
Tahap Anggaran Umur Ciri-ciri
Sensorimotor Daripada lahir
sehingga 2 tahun
Pengetahuan bayi tentang dunia adalah
berdasarkan deria dan kemahiran motornya.
Di akhir jangka waktu ini, bayi
menggunakan perwakilan mental dan
memahami pengekalan objek
Praoperasi 2 sehingga 6 tahun Kanak-kanak belajar untuk menggunakan
symbol seperti perkataan dan nombor bagi
mewakili aspek-aspek dunia, tetapi
menghubungkait dunia hanya melalui sudut
pandangnya sendiri
Operasi
Konkrit
7 sehingga 11 tahun Kanak-kanak memahami dan mengaplikasi
operasi logical kepada pengalaman, dengan
syarat ia tertumpu kepada apa yang ada di
sini dan sekarang
Operasi formal Remaja dan
seterusnya
Remaja ataupun dewasa berfikir secara
abstrak, membuat jangkaan terhadap situasi
hipotetikal, dan berfikir secara deduktif
tentang apa yang berkemungkinan
[sumber: R. Kail (2008). Children and their development. Pearson International,
m/s 177]
3.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Jelaskan keupayaan kognitif kanak-kanak pada tahap
operasi formal.
b) Apakah yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak dalam
tahap ini?
c) Berikan seorang kanak-kanak beberapa tugasan bagi
melihat sekiranya mereka boleh berfikir secara abstrak
boleh menyelesaikan masalah.
Bab 3: Perkembangan Kognitif
14
3.3 Teori Piaget Dalam Bilik Darjah
Kecerdasan dilihat oleh Piaget sebagai mempunyai tiga komponen:
kandungan, fungsi dan struktur. Kandungan merujuk kepada kelakuan yang dapat
diperhatikan, yang mencerminkan aktiviti intelektual (e.g. menyelesaikan suatu
masalah fizik, menulis sebuah esei). Kandungan kecerdasan, disebabkan sifatnya,
sangat berbagai mengikut umur dan berbeza bagi setiap kanak-kanak. Fungsi merujuk
kepada ciri-ciri aktiviti intelek; khususnya, asimilasi dan akomodasi. Struktur
merujuk kepada keupayaan menyusun pada otak ataupun skema. Dalam erti kata lain,
kecerdasan dapat ditakrifkan daripada segi asimilasi dan akomodasi.
Piaget tidak menjuruskan kajiannya kepada pendidikan dan pengajaran, tetapi
teorinya tentang bagaimana kanak-kanak memeroleh pengetahuan dan membesar
secara intellect jelas memberikan banyak perkara yang berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran. Persekitaran pembelajaran (khususnya dalam tadika dan sekolah
rendah) harus menyokong kanak-kanak memeroleh pengetahuan dangan bertindak
terhadap persekitaran melalui tindakannya. Dalam erti kata lain, persekitaran
pembelajaran haruslah berasaskan tindakan. Misalnya, kanak-kanak harus mendapat
kontak fizikal dengan konsep seperti pokok, rumput, kucing, ayam dan sebagainya.
Hanya dengan menunjukkan gambar pokok dan membaca tentang pokok kepada
kanak-kanak tidak memadai.
Persekitaran pembelajaran harus berorientasikan penemuan di mana kanak-kanak digalakkan untuk memulakan dan menyelesaikan aktiviti mereka
sendiri.
Gunakan strategi pengajaran yang membuatkan kanak-kanak sedar tentang konflik dan ketidak konsistenan dalam pemikiran mereka: i.e. kanak-kanak
mesti mengalami ketidakseimbangan, ataupun suatu ketidakseimbangan antara
skema yang sedia ada dan maklumat baru yang bakal diserapkan supaua
mereka dapat bergerak ke arah keseimbangan dan tahap pertumbuhan intelek
yang lebih tinggi.
o Gunakan masalah untuk menghadapi atau mencabar pengetahuan lampau ataupun skema pelajar. Kadang kala kanak-kanak tidak sedar
bahawa mereka mempunyai skema yang relevan dan menjawab dengan
pantas bahawa mereka tidak tahu.
o Gunakan teknik penyoalan yang sesuai bagi membantu pelajar untuk mengeluarkan salah faham dan pertimbangan salah yang mereka ada.
o Mendiagnos apa yang kanak-kanak sudahpun tahu dan bagaimana mereka berfikir. Kandungan tidak diperkenalkan sehingga kanak-
kanak itu sudah bersedia secara kognitif untuk memahaminya atau
mempunyai skema yang relevan untuk menyerap ataupun
menyesuaikan maklumat yang baru.
Interaksi kanak-kanak dengan rakan sebaya adalah suatu sumber perkembangan intelek yang penting: interaksi dengan rakan sebaya adalah
penting untuk membantu kanak-kanak berkembang secara intelek.
Persekitaran pembelajaran harus menggalakkan penemuan kendiri yang aktif: permainan mewakili dengan baik semua ciri-ciri yang diperlukan dalam
pengajaran yang diilhamkan oleh Piaget.
Bab 3: Perkembangan Kognitif
15
Sumbangan Piaget Kepada Perkembangan Kanak-kanak
Sumbangan Piaget kepada pendidikan dan khususnya perkembangan kanak-kanak
sangat penting seperti berikut:
Piaget telah menunjukkan kenapa proses kognitif; i.e. cara seorang kanak-kanak berfikir adalah penting dalam perkembangan. Yang lebih penting, dia
telah menawarkan beberapa kaedah yang dapat digunakan untuk mengkaji
proses-proses tersebut.
Piaget memberikan suatu pandangan baru tentang kanak-kanak. Dia telah menekankan konstruktivisme, suatu pandangan bahawa kanak-kanak
merupakan peserta yang aktif dalam perkembangan mereka sendiri. Kanak-
kanak membina pemahaman yang semakin canggih tentang dunia mereka
sambil mereka membesar. Walau bagaimanapun, ada ahli sains yang telah
mengkritik teorinya kerana dia tidak meletakkan menekankan peri pentingnya
persekitaran sosiobudaya [yang telah ditekankan oleh Vygotsky yang akan dibincangkan kemudian]. Misalnya, apabila kanak-kanak mula memahami
dunianya, interaksi dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan guru-guru
memainkan peranan yang penting.
3.4 Teori Sosiobudaya Vygotsky
Usaha Lev Vygotsky (1896-1934) telah
menjadi asas kepada banyak usaha penyelidikan dan
teori dalam perkembangan kognitif dalam beberapa
dekad yang lalu, khususnya dalam apa yang sekarang
dikenali sebagai Teori Sosiobudaya. Teori Vygotsky
menekankan peranan utama interaksi sosial dalam
perkembangan kognisi (Vygotsky, 1978), kerana beliau
yakin bahawa komuniti memainkan peranan utama
dalam proses "pembinaan maksud".
Vygotsky menyatakan bahawa "pembelajaran
adalah perlu dan merupakan suatu aspek yang sejagat
dalam proses perkembangan fungsi psikologi manusia
yang disusun secara budaya " (1978, m/s 90, diterjemah).
Kanak-kanak merupakan hasil daripada budaya mereka. Perkembangan kognitif
3.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Bagaimanakah anda mengaplikasikan teori Piage tentang
pembelajaran dalam bilik darjah?
b) b) Berikan contoh-contoh bagaimana anda telah c) menggunakan idea Piaget dalam bilik darjah. c) Senaraikan sumbangan Piaget kepada perkembangan
kanak-kanak
Lev Vygotsky
1896-1934
Bab 3: Perkembangan Kognitif
16
kanak-kanak datang daripada interaksi sosial dan konteks budaya di mana kanak-
kanak itu tinggal. Tidak ada satu prinsip (seperti penyeimbangan Piaget) dapat
menerangkan perkembangan ini. Perkembangan individu tidak dapat difahami tanpa
merujuk kepada konteks sosial dan budaya di mana ia berlaku. Proses mental yang
lebih tinggi pada individu datangnya daripada proses sosial. Teori Vygotsky
memberikan lebih penekanan kepada budaya memberi kesan/membentuk
perkembangan kognitif, dan menumpukan kepada peranan bahasa dalam
perkembangan kognitif.
Vygotsky percaya bahawa kanak-kanak kecil mempunyai sifat ingin tahu dan
adalah terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka sendiri serta dalam penemuan
dan perkembangan pemahaman ataupun skema yang baru. Walau bagaimanapun,
Vygotsky lebih menekankan kepada sumbangan sosial kepada proses perkembangan.
Menurut Vygotsky (1978), banyak pembelajaran yang penting oleh kanak-kanak
berlaku melalui interaksi sosial dengan seorang pembimbing yang mahir.
Pembimbing tersebut mungkin memberikan model kelakuan dan/atau pengajaran
verbal kepada kanak-kanak tersebut. Vygotsky merujuk kepada ini sebagai dialog
kooperatif atau kolaboratif. Kanak-kanak tersebut cuba memahami tindakan atau
pengajaran yang diberikan oleh pembimbing (selalunya ibubapa atau guru) kemudian
menginternalisasi maklumat tersebut, dan menggunakannya untuk memandu atau
mengatur perlakuannya sendiri.
ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL
Bagi mendapatkan pemahaman tentang teori Vygotsky tentang perkembangan
kognitive, seseorang mesti memahami konsep Zon Perkembangan Proksimal (ZPD).
Menurut Vygotsky, Zon Perkembangan Proksimal merupakan
"jarak di antara tahap perkembangan sebenar yang
ditentukan oleh penyelesaian masalah berdikari dan tahap
potensi perkembangan yang ditentukan dengan
penyelesaian masalah dengan bimbingan orang dewasa,
ataupun secara berkolaborasi dengan rakan sebaya yang
lebih berupaya" (Vygotsky, 1978, m/s 86, diterjemah).
Gambajarajah 3.4 Zon
Perkembangan Proksimal
Bab 3: Perkembangan Kognitif
17
Lihat Gambarajah 3.4. Ia merujuk kepada apa yang seorang kanak-kanak boleh buat
secara berdikari (Apa yang saya boleh buat) dan apa yang seorang kanak-kanak
boleh capai dengan bimbingan dan galakan (Apa yang saya boleh buat dengan
bantuan) daripada seorang dewasa atau rakan sebaya dan apa yang kanak-kanak
tidak boleh buat (Apa yang saya tidak boleh buat). Baca contoh ini.
Dalam contoh di atas, kanak-kanak tersebut tidak dapat menyelesaikan susun suai
gambar tersebut dengan bersendirian dan mungkin mengambil masa yang lama untuk
berbuat demikian (kalau pun siap), tetapi dia berupaya menyelesaikannya berikutan
interaksi dengan ayahnya, dan telah membina kecekapan dalam kemahiran ini yang
akan diaplikasikan dalam menyelesaikan susun suai gambar akan datang. Dalam zon
perkembangan proksimal, pemberian bantuan yang sesuai (perancah), memberikan
kanak-kanak itu lonjakan yang cukup bagi mencapai tugasan menyelesaikan susun
suai gambar tersebut.
Vygotsky percaya bahawa apabila seorang pelajar berada dalam zon perkembangan
proksimal bagi suatu tugasan, memberikan bantuan (sokongan) yang sesuai ataupun
perancah akan memberikan pelajar tersebut cukup "lonjakan" bagi mencapai tugasan
tersebut. Apabila pelajar itu, dengan manafaat perancah, telah menguasai tugasan
tersebut, perancah itu dapat kemudiannya dialihkan dan pelajar tersebut akan
seterusnya boleh menyelesaikan tugasan tersebut sekali lagi dengan bersendirian.
Dalam bilik darjah, pelajar yang diberikan sokongan yang sesuai pada ketika yang
betul, akan boleh mencapai tugasan yang tanpa bantuan tersebut menjadi terlalu susah
bagi mereka.
Vygotsky juga melihat interaksi dengan rakan sebaya suatu cara yang berkesan untuk
membentuk kemahiran dan strategi. Beliau mencadangkan agar guru menggunakan
latihan pembelajaran kooperatif di mana kanak-kanak yang kurang cekap
Shaffer (1996) memberikan contoh seorang
budak perempuan yang diberikan sebuah susun
suai gambar pertamanya. Dengan bersendirian,
dia berprestasi rendah dalam mencuba
menyelesaikan masalah tersebut. Kemudian
ayahnya duduk bersamanya dan menerangkan
ataupun menunjukkan beberapa strategi asas,
seperti mencari semua kepingan sudut/bucu dan
memberikan beberapa kepingan kepada kanak-
kanak tersebut untuk dicantumkan sendiri serta
memberikan galakan semasa dia membuatnya.
Sambil kanak-kanak itu menjadi lebih mahir, si
bapa membenarkan kanak-kanak itu bekerja
dengan lebih berdikari. Menurut Vygotsky, jenis
interaksi sosial yang melibatkan dialog kooperatif
atau kolaboratif seperti ini mempromosi
perkembangan kognitif.
Bab 3: Perkembangan Kognitif
18
berkembang dengan bantuan rakan sebaya yang lebih berkemahiran - dalam zon
perkembangan proksimal.
Bukti Tentang Vygotsky dan ZPD
Freund (1990) telah menjalankan suatu kajian di mana kanak-kanak disuruh
menentukan item perabut yang mana harus diletakkan dalam setiap daripada rumah
patungan. Ada kanak-kanak telah dibenarkan untuk bermain dengan ibunya dalam
situasi yang serupa sebelum mereka mencubanya sendiri (zon perkembangan
proksimal) sementara yang lain dibenarkan bekerja bersendirian (Pembelajaran
penemuan Piaget). Freund mendapati bahawa mereka yang pernah bekerja dengan ibu
mereka (ZPD) telah menunjukkan pembaikan yang paling ketara berbanding
percubaan pertama mereka. Rumusannya adalah bahawa pembelajaran terbimbing
dalam ZPD telah membawa pemahaman/prestasi yang lebih tinggi daripada bekerja
bersendirian (pembelajaran penemuan).
Vygotsky dan Bahasa
Vygotsky meletakkan penekanan yang banyak kepada peranan bahasa dalam
perkembangan kognitif. Beliau menyatakan bahawa bahasa merupakan cara orang
dewasa menyampaikan pengetahuan dan maklumat kepada kanak-kanak. Melalui
bahasa pemikiran dan pemahaman perkembangan kognitif kanak-kanak dapat
dipertingkatkan dan ini dikembangkan melalui interaksi sosial. Hanya melalui
interaksi dengan orang lain barulah komunikasi dapat berlaku yang membawa kepada
pemikiran yang lebih tinggi.
RINGKASAN
Dengan menggunakan idea daripada biologi, Piaget telah memperkenalkan dua proses utama, iaitu Penyusunan dan Penyesuaian.
Skema merupakan struktur mental atau kogniti yang membolehkan seseorang menyesuaikan dan menyusun persekitarannya.
Asimilasii merupakan proses kognitif dengan mana seseorang menggabungkan maklumat ataupun pengalaman baru ke dalam skema sedia ada.
Akomodasi merupakan penciptaan suatu skema baru atau pun mengubahan skema yang lama.
3.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Jelaskan hujah Vygotsky tentang perkembangan kognitif.
d) b) Apakah zon perkembangan proksimal? e) c) Berikan contoh bagaimana anda mengaplikasi konsep
f) ZPD. d) Sejauhmana pentingkah bahasa dalam perkembangan
kognitif menurut Vygotsky?
Bab 3: Perkembangan Kognitif
19
Keseimbangan merupakan imbangan antara asimilasi dan akomodasi. Ketidakseimbangan merupakan keadaan tidak seimbang antara asimilasi dan
akomodasi.
Pengekalan objek merupakan kesedaran seorang kanak-kanak ataupun pemahamannya bahawa objek terus wujud walaupun ia tidak dapat dilihat ataupun
didengar.
Istilah kognisi dicedok daripada perkataan Latin cognoscere yang bermaksud untuk mengetahui atau untuk mengenali atau untuk mengkonsepsi.
Pengabadian merupakan keupayaan untuk mengingat apa yang tidak berubah dan apa yang berubah pada objek setelah perubahan telah dilakukan kepada objek
tersebut.
Dalam tahap sensorimotor, pengetahuan bayi tentang dunia terhad kepada deria persepsi dan aktiviti motor.
Dalam tahap praoperasi kanak-kanak belum memahami logik konkrit dan tidak dapat memanipulasi maklumat secara mental, dan tidak boleh menerima
pandangan orang lain dan dengan itu egosentrik.
Dalam tahap konkrit, kanak-kanak boleh berfikir secara abstrak dan membuat pertimbangan yang rasional tentang fenomena yang konkrit ataupun dapat
diperhatikan.
Dalam tahap operasi formal, orang membina keupayaan untuk berfikir tentang konsep yang abstrak.
Teori perkembangan sosiobudaya Vygotsky menekankan peranan utama interaksi sosial dalam perkembangan kognisi.
Zon Perkembangan Proksimal merupakan suatu konsep penting yang berkaitan dengan perbezaan antara apa yang kanak-kanak boleh capai secara bersendirian
dan apa yang kanak-kanak itu boleh capai dengan bimbingan dan galakan
daripada seorang rakan yang berkemahiran.
ISTILAH PENTING
Penyesuaian Keseimbangan Tugasan pengabadian
Penyusunan Sensorimotor Pemikiran abstrak
Skema Praoperasi Sosiobudaya
Asimilasi Konkrit Zon perkembangan
proksimal Penyesuaian Operasi formal
Bab 3: Perkembangan Kognitif
20
RUJUKAN:
Kail, R. (2008). Children and their development. Pearson International
Freund, L. (1990) Maternal regulation of children's problem-solving behaviour and its impact on children's performance. Child Development, 61, 113-126.
Inhelder, B. and J. Piaget (1958). The Growth of Logical Thinking from Childhood to Adolescence. New York: Basic Books.
Piaget, J. (1936) Origins of intelligence in the child. London: Routledge & Kegan Paul
Piaget, J. (1952). The Origins of Intelligence in Children. New York: International University Press. (Original work published 1936.)
Schaffer, R (1996) Social Development. Oxford: Blackwell.
Vygotsky, L.S. (1962). Thought and Language. Cambridge, MA: MIT Press.
Vygotsky, L. S. (1978) Mind in society: The development of higher psychological processes. Cambridge, MA: Harvard University Press.