19
1 Bab 1: Lokasi & Bentuk Muka Bumi Bab 2: Iklim & Tumbuhan-Tumbuhan Asal Bab 3: Tamadun Awal Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia Bab 5: Agama-Agama Asia Bab 6: Globalisasi Bab 7: Kerjasama Serantau Bab 8: Ekonomi Bab 9: Politik & Konflik BAB 5: AGAMA-AGAMA DI ASIA 5.1 Apakah Agama? 5.2 Taburan Agama-Agama di Asia 5.3 Islam 5.4 Buddhaisme 5.5 Hinduisme 5.6 Shintoisme 5.7 Taoisme 5.8 Kristian 5.9 Judaisme 5.10 Kepercayaan Animisme 5.11 Dialog antara Agama Ringkasan Rujukan Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: a) Menerangkan kepelbagaian agama yang dianuti oleh penduduk Asia b) Membincangkan secara ringkas ciri-ciri agama di Asia c) Menganalisis taburan agama-agama yang dianuti oleh pendudukan Asia d) Menjelaskan konsep dialog antara agama

Bab 5.Agama.penduduk.asia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bab 5.Agama.penduduk.asia

1

Bab 1: Lokasi & Bentuk Muka Bumi Bab 2: Iklim & Tumbuhan-Tumbuhan Asal Bab 3: Tamadun Awal Bab 4: Bahasa-Bahasa Asia Bab 5: Agama-Agama Asia Bab 6: Globalisasi Bab 7: Kerjasama Serantau Bab 8: Ekonomi Bab 9: Politik & Konflik

BAB 5: AGAMA-AGAMA DI ASIA

5.1 Apakah Agama? 5.2 Taburan Agama-Agama di Asia 5.3 Islam 5.4 Buddhaisme 5.5 Hinduisme 5.6 Shintoisme 5.7 Taoisme 5.8 Kristian 5.9 Judaisme 5.10 Kepercayaan Animisme 5.11 Dialog antara Agama

Ringkasan Rujukan

Se Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

a) Menerangkan kepelbagaian agama yang dianuti oleh penduduk Asia b) Membincangkan secara ringkas ciri-ciri agama di Asia c) Menganalisis taburan agama-agama yang dianuti oleh pendudukan Asia d) Menjelaskan konsep dialog antara agama

Page 2: Bab 5.Agama.penduduk.asia

2

Agama ialah pengakuan bahawa Tuhan mempunyai

kuasa mutlak yang mempengaruhi tindak-tanduk

manusia (Beazley, 1982). Pengakuan kewujudan

Tuhan dipamerkan dengan pelbagai kaedah dan

amalan.

Hampir semua agama mempunyai konsep ciptaan

manusia dan bumi oleh satu tindakan Tuhan atau

beberapa fasa ciptaan tindakan Tuhan. Semua

agama menuju ke arah mencari kebenaran (truth)

dengan tujuan menjawb pelbagai pertanyaan

manusia. Bagaimana manusia wujud? Apakah

pahala bagi manusia yang baik? Mengapakah manusia mati? Apa akan terjadi kepada

manusia setelah mati? Mengapa sesetengah manusia sungguh kejam dan zalim? Mengapakah

manusia menderita?

Agama tidak hanya menjawab soalan-soalan seperti di atas tetapi memberi manusia kekuatan

dan kegigihan untuk meneruskan dalam kehidupan mereka, terutama pada masa-masa

kesusahan dan keperitan. Dalam semua agama, Tuhan dilihat sebagai penyayang dan serba

mengetahui dan berada disisir manusia selama-lamanya. Hampir semua agama

mempengaruhi kehidupan sosial penganutnya. Ini dicerminkan dengan amalan dan ritual

yang dilakukan oleh penganutnya pada kelahiran anak, perkhawinan, pengebumian dan adat-

istidat lain. Contohnya, agama Islam mewajibkan ummahnya sembahyang lima kali sehari

dan agama Hindu melarang penganutnya makan daging lembu.

Penduduk Asia yang berjumlah 3 billion manusia, mengamalkan berbagai-bagai agama dan

kepercayaan. Agama merupakan sistem kepercayaan dan amalan di kalangan sesuatu

masyarakat serta membentuk sikap, percayaan dan perlakuan penganutnya. Agama

menenetukan cara hidup penganutnya dengan pelbagai upacara, pantang larang dan

organisasi sosial. Lihat Rajah 4.4 yang menunjukkan taburan agama-agama utama di benua

Asia. Agama-agama yang dianuti oleh penduduk ialah:

5.1 PENGENALAN

Semua agama berasal di benua Asia.

Daripada Asia Barat wujudnya agama Islam, Kristian & Judaisme

Daripada India wujudnya agama Hinduisme, Buddhisme, Jainisme & Sikkhisme

Daripada Asia Timur wujudnya agama Shintoisme, Taoisme dan Confucianisme

4.2 PENGENALAN KEPADA AGAMA DI ASIA

Islam

Buddhisme

Hinduisme

Shintoisme

Kristian

Sikkhisme

Zoroastrian

Kerpercayaan

puak-puak tertentu

Page 3: Bab 5.Agama.penduduk.asia

3

Rajah 5.1 Peta Menunjukkan Taburan Agama Penduduk Asia D

a) Apakah yang fahamkan sebagai ‘agama’? b) Dengan merujuk kepada Rajah 5.1;

i. Senaraikan negara-negara yang paling ramai umat Islam ii. Nyatakan kawasan paling ramai penganut agama Kristian di Asia

iii. Namakan negara yang paling ramai menganuti agama Shintoisme. iv. Apakah agama yang paling ramai dianuti di India?

Page 4: Bab 5.Agama.penduduk.asia

4

Agama Islam berlandaskan kepada keesaan Allah SWT, Rukun Islam, Rukun Iman serta

mengenengahkan hubungan baik antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah

SWT. Islam menekankan konsep pahala, dosa, syurga, neraka, dunia akhirat serta

kerpercayaan bahawa semua kejadian adalah penciptaan Allah SWT. Islam mementingkan

akidah dan syariah yang menjadi teras dalam kehidupan penganutnya. Agama Islam

disebarkan di Tanah Arab kira-kira 1400 tahun dahulu. Sebelum kedatangan Islam, orang

Arab menganut pelbagai agama dan kepercayaan. Agama Islam diwahyukan oleh Allah

kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ajaran agama Islam ini mendapat tentangan hebat daripada

kaum Quraisy di Mekah. Mereka menentang ajaran agama Islam kerana mereka masih

berpegang teguh kepada amalan dan kepercayaan nenek moyang dan penyembahan berhala.

Dua aspek penting yang terkandung dalam agama Islam ialah:

Akidah, iaitu kepercayaan manusia terhadap Allah SWT.

Syariah iaitu undang-undang dan hukum Islam yang terkandung dalam al-Quran dan

Sunnah (Hadith)

Ajaran Islam berasaskan LIMA Rukun Islam iaitu:

1. Syahadah – mengucapkan 2 kalimah syahadah iaitu : tiada Tuhan melainkan Allah

dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

2. Solat – menunaikan sembah 5 waktu sehari semalam.

3. Zakat – orang Islam diwajib memberi zakat kepada orang yang miskin

4. Menunaikan fardu haji ke Mekah bagi orang yang mampu

5. Puasa – mewajibkan berpuasa pada bulan Ramadan

Dan ENAM Rukun Imam

1. Percaya kepada Allah

2. Percaya kepada Malaikat

3. Percaya kepada Kitab-kitab Allah

Gambar 5.1 Setiap tahun berjuta-juta umat Islam menunaikan fardu haji di tanah suci Mecca, Arab Saudi

4.3 AGAMA ISLAM

Page 5: Bab 5.Agama.penduduk.asia

5

4. Percaya kepada Nabi dan Rasul

5. Percaya kepada Hari Kiamat

6. Percaya kepada Qadak dan Qadar

Agama Islam tersebar luas ke Asia Tenggara, Asia Barat dan Eropah.

Agama Islam merupakan agama yang mempunyai penganut yang paling ramai di Asia

Hampir 25% atau 1 billion orang di Asia menganuti agama Islam. Negara-negara yang

mempunyai penduduk beragama Islam yang paling ramai ialah di Arab Saudi, Yemen, Oman,

Qatar, Iran, Iraq, Afghanistan, Pakistan, Bangladesh, Malaysia, Filipina Selatan, Indonesia,

Turkemistan, Kazakhstan, Kryghstan, Uzbekistan dan Tajikistan. Tahukah anda India

mempunyai kira-kira 177 juta penduduk beragama Islam!

Lihat Jadual 5.1. Indonesia mempunyai penganut Islam yang paling rama, iaitu 204.8 juta

penganut dan dikuti oleh Pakistan (178.0 juta penganut), India (177.0 juta penganut) dan

Bangladesh (148.6 juta penganut). Negara-negara lain yang mempunyai penganut Islam yang

ramai ialah Iran, Afghanistan, Iraq, Uzbekistan, Arab Saudi, China dan Malaysia. Kira-kira

20% penduduk di India dan 2% penduduk di China adalah orang beragama Islam.

Daripada kira-kira satu bilion umat Islam di Asia, 80% berpegang kepada mazhab Sunni dan

20% berpegang kepada mazhab Shia. Paling ramai penganut mazhab Shia ialah di Iran dan

Bahrain. Juga terdapat sebahagian penduduk di Afghanistan dan Pakistan yang terdiri

daripada penganut mazhab Shia.

Jadual 5.1 Negara-Negara Asia yang Mempunyai Umat Islam yang Ramai

Negara Bilangan penganut Islam Peratus (%) penganut Islam dalam negeri

Indonesia 204.8 88

Pakistan 178.0 96

India 177.0 17

Bangladesh 148.6 90

Iran 74.8 98

Afghanistan 32.4 99

Iraq 31.1 99

Uzbekistan 26.8 96

Arab Saudi 25.5 99

China 23.3 2

Malaysia 17.2 62

Page 6: Bab 5.Agama.penduduk.asia

6

AGAMA-AGAMA DI IRAN

Pada awalnya, majoriti penduduk Iran adalah penganut

agama Zoroastrianisme atau Majusi dan minoriti

beragama Judaisime dan Kristian. Zoroastrianisme

adalah agama purba Parsi yang diasaskan oleh

Zoroaster atau Zarathustra dan suatu ketika dahulu

adalah agama yang paling ramai penganutnya pada

tahun 600 SM.

Ahura Mazda ialah Tuhan agama Zoroastrianisme

yang melambangkan segala yang baik dan kejahatan

sentiasa cuba memusnahkan kebaikan. Kitab utama

agama ini dipanggil Avesta. Agama ini merupakan

agama yang utama di Timur Tengah dan Asia Tengah,

namun pada hari ini, penganutnya adalah minoriti

dimana kebanyakan mereka bertumpu di India dan

sekumpulan kecil di Iran. Pada tahun 637 Kalifah

Umar telah menyerang dan menakluki Iran dan

mengakhiri kegemilangan Empayar Sassanid dan

seterusnya memusnahkan agama Zoroastrianisme

beransur-ansur apabila kaum Parsi memeluk agama

Islam.

Kira-kira 98% penduduk Iran menganuti agama Islam yang terbahagi kepada 90% yang

berpegang kepada mazhab Syiah dan 8% berpegang kepada mazhab Sunah (Lihat Jadual 5.2).

Mereka yang beraliran Sunnah terdiri daripada orang Turkomen, Arab dan Kurdis yang

tinggal di barat daya, tenggara dan timur laut Iran. Kebanyakan penduduk Iran pada mulanya

berpegang kepada mazhab Sunnah sehingga abad ke 17 apabila dinasti Safawiyah (yang

memerintah daripada tahun 1501 hingga 1736) menjadikan Syiah sebagai agama rasmi Iran

dengan tujuan menyatukan bekas empayar Parsi dan membentuk identiti bangsa Parsi.

Jadual 5.2 Agama-agama di Iran

Juga terdapat kumpulan-kumpulan minoriti penganut agama Judaisme (15,000) yang

merupakan Yahudi Iran dan Kristian (10,000). Agama Yahudi merupakan antara agama yang

paling tua di Iran. Ia dipraktikan sebelum kedatangan Islam dan hari ini dijanjikan

Peratus (%)

Islam - Syiah

- Sunnah

90

8

Lain-Lain

Zoroastrianisme (25,000)

Judaisme (15,000)

Kristian (10,000)

2

Rajah 5.1 Peta Iran

Page 7: Bab 5.Agama.penduduk.asia

7

perlindungan dibawah pemerintahan Republik Islam Iran. Di Teheran sahaja, terdapat 11

rumah ibadat Yahudi. Kumpulan

[SILA BACA NOTA TAMBAHAN – AGAMA DI IRAN]

AGAMA-AGAMA DI INDONESIA

Sebelum kedatangan agama Islam dan Kristian, sebahagian besar penduduk Indonesia adalah

penganut agama Hinduisme dan Buddhisme. Agama-agama ini dibawa oleh pedagang-

pedagang daripada India pada abad ke2 ke Sumatera, Jawa dan Sulawesi. Beberapa empayar-

empayar seperti Srivijaya, Majapahit dan Sailendra telah wujud sehingga abad ke 14. Antara

candi-candi Buddhisme terkenal ialah Borobudur yang didirikan semasa pemerintahan

empayar Sailendra di pulau Jawa (Lihat Gambar 5.2).

Empayar Majapahit yang memerintah pada abad ke14 dikatakan sebagai zaman paling

gemilang dalam sejarah Indonesia. Pada abad yang sama Islam diperkenalkan dengan

kedatangan pedagang-pedangang daripada India, khususnya daripada Gujarat. Islam

disebarkan dengan bermula di pantai barat Sumatera dan kemudian disebarkan ke timur Jawa

(Lihat Rajah 5.2).

Rajah 5.2 Peta Indonesia

Gambar 5.2 Candi Borobodur Buddhisme yang kini menjadi tarikan pelancong

Page 8: Bab 5.Agama.penduduk.asia

8

Dengan kedatangan agama Islam beberapa perajaan Islam telah wujud yang

dikenali sebagai Demak, Pajang, Mataram dan Banten.

Seperti dinyatakan lebih awal, Indonesia ialah negara yang mempunyai penganut Islam yang

terbesar bukan sahaja di Asia tetapi diseluruh dunia. Sebelum kedatangan agama Islam dan

Kristian, penduduk Indonesia menganuti Hinduisme dan Buddhisme. Agama-agama ini

dibawa ke Indonesia pada abad ke 2 selepas masihi. Pedagang-pedagang India yang

membawa Hinduisme ke pulau Sumatra, Jawa dan Sulawesi.

Jadual 5.3 Agama-agama di Indonesia

Nota: Peratusan ini adalah anggaran dan mungkin berbeza dalam sesuatu tulisan.

Lihat Rajah 5.3. Agama Islam ialah agama yang dominan di Indonesia dan diikuti oleh agama

Kristian (12.3%) yang terdiri daripada mazhab Protestan dan mazhab Katolik. Paling ramai

penganut agama Hindu dijumpai di pulau Bali yang berjumlah 10.0 juta (1.7%). Hinduisme

yang diamalkan di Bali berlainan daripada amalan di India. Contohnya, Hinduisme di Bali

tidak mengamalkan sistem kasta dan epik-epik Mahabharata dan Ramayana dipamerkan

menggunakan wayang kulit dan tarian. Agama-agama lain yang dianuti penduduk Indonesia

ialah Buddhisme dan Confucianisme yang terdapat dengan ramai di bandaraya Jakarta.

[SILA BACA NOTA TAMBAHAN – AGAMA DI INDONESIA]

Peratus (%)

Islam 85.1

Kristian 12.3

Hinduisme 1.7

Buddhisme 0.7

Confucianisme 0.2

a) Senaraikan lima Rukum Islam dan enam Rukun Iman. b) Bagi pelajar beragama Islam, sila terangkan maksud “Rukun Iman” ke6 berkenaan

‘Qadar’ dan ‘Qadak’ kepada pelajar bukan Islam. Bagi contoh spesifik. c) Apakah agama yang dianuti penduduk Iran sebelum kedatangan agama Islam? d) Manakah agama Hindu diamalkan di Indonesia?

Page 9: Bab 5.Agama.penduduk.asia

9

Agama Buddha ialah agama yang berasaskan kepada ajaran Siddhārtha Gautama yang lahir

pada kurun ke-5 SM di India. Walau pun Buddhisme atau agama Buddha bermula di India

hanya 10% penduduk menganuti agama berkenaan di India. Buddhisme yang disebarkan ke

seluruh Asia telah diterima oleh ramai penduduk di Asia Tengah, Asia Tenggara dan Asia

timur Asia. Kini, agama Buddha terdiri daripada dua mazhab utama; iaitu Buddhisme

Theravadin dan Buddhisme Mahayana.

Buddhisme Theravadin dianuti oleh penduduk di Thailand, Myanmar dan kawasan-kawasan tertentu di Cambodia & Laos

Buddhisme Mahayana dianuti oleh penduduk di Nepal, Bhutan, Sikkim, Mongolia dan kawasan barat China.

Lihat Rajah 5.1 yang menujukkan taburan kedua-dua mazhab Buddhisme. Perbezaan yangg

nyata antara kedua-dua mazhab ini ialah; Buddhisme Theravadin lebih menekankan

kehidupan secara bermasyarakat; sementara Buddhisme Mahayana menekankan pencapaian

dan tindakan individu.

Buddha memperkenalkan EMPAT Prinsip Kebenaran Yang Mulia (Four Principles of

Virtious Truth). Bahawasanya:

1) Hidup ini penuh dengan kesengsaraan, kepahitan dan penderitaan, iaitu semua

yang hidup harus menghadapi umur tua, penyakit dan mati.

2) Manusia menderita kerana nafsu untuk memperoleh kekayaan dan keseronokan

untuk keselesaan hidup.

3) Manusia mesti mengawal nafsu untuk melepaskan diri daripada kesengsaraan.

4) Cara untuk mengawal nafsu dan seterusnya kesengsaraan ialah dengan mengikut

Jalan Lapan Lapis seperti berikut:

1) Pengetahuan yang Baik

2) Kelakuan yang Baik

3) Keinginan yang Baik,

4) Pengucapan yang Baik,

5) Kehidupan yang Baik,

6) Pemikiran yang Baik

7) Usaha yang Baik

8) Pertapaan yang Baik.

Melalui jalan ini seseorg penganut Buddha dapat menikmati nirvana dan membuang semua

kesengsaraan. Pencapaian nirvana ini membolehkan seseorang Buddha menjadi boddhisatva.

Sebahagian besar penduduk di Thailand, Myanmar, Cambodia, Laos, Vietnam dan Sri Lanka

adalah penganut Buddhisme (Lihat Jadual 5.4). Di Sri Lanka, 69% adalah penganut agama

Buddha dan bakinya terdiri daripada penganut agama Hindu, Islam dan Kristian. Kira-kira

4.4 AGAMA BUDDHA

Page 10: Bab 5.Agama.penduduk.asia

10

separuh orang Mongolia menganuti agama Buddha berbanding dengan 35% di Vietnam, 23%

di Korea Selatan dan 19% di Malaysia.

Jadual 5.4 Peratus Penduduk Beragama Buddha di Negara Tertentu

Agama Hindu tidak miliki tarikh permulaan atau pengasas tertentu seperti agama lain dan

dianggap sebagai agama tertua di dunia yang berasal daripada India. Penganut Hindu

berpegang kepada TIGA penjelmaan Tuhan,

Brahma (Dewa Pencipta)

Vishnu (Dewa Perlindung)

Siva (Dewa Pemusnah)

Agama Hindu berpegang teguh kepada kitab-kitab agama Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda,

Atharva, Raamayana dan Bhagavad Gita. Kitab-kitab ini menyatakan bagaimana upacara-

upacara keagamaan, tafakur (meditation) dan sebagainya harus dilakukan. Penganut agama

Hindu terbahagi kepada DUA mazhab utama iaitu,

Saivisme (penganut Dewa Siva),

Vaishnavisme (penganut Dewa Vishnu).

Thailand 95% Sri Lanka 69%

Myanmar 89% Mongolia 50%

Cambodia 98% Taiwan 35%

Jepun 85% Vietnam 80%

Laos 95% Korea Selatan 23%

Cina 2% Malaysia 19%

4.5 AGAMA HINDU

a) Siapakah pengasas Buddhisme? b) Namakan dua mazhab utama Buddhisme serta perbezaanya. c) Menurut Buddhisme mengapakah manusia menderita? d) Senaraikan 8 Jalan Lapis. e) Kawasan manakah mempunyai paling ramai penganut Buddhisme?

Page 11: Bab 5.Agama.penduduk.asia

11

Juga terdapat mazhab-mazhab kecil lain seperti Ganapathy, Saura dan Sakhta. Salah premise

penting dalam Hinduisme ialah “samsara” yang ditafsirkan sebagai kelahiran, kehidupan,

kematian dan kelahiran semula. Untuk mencapai kelahiran semula yang sempurna, seseorang

harus melakukan amalan-amalan yang baik dan berbakti semasa hidup. Setelah melalui

beberapa kelahiran semula seseorang itu akhirnya sampai ke tahap „nirvana‟ yang merupakan

penyatuan dengan Tuhan. Oleh itu sepanjang hayat, manusia hendaklah:

sentiasa mempunyai hubungan rapat dengan Tuhan

elak daripada mementingkan diri sendiri

berusaha memahami diri sendiri

tidak mementingkan kebendaan

Paling ramai penganut Hinduisme dijumpai di India. Adalah dianggarkan kira-kira 77%

penduduk India menganuti agama Hindu (Lihat Rajah 5.5.). Perlembangan India telah

mengistiharkan negara ssebagai republik sekular yang berpegang kepada hak asasi untuk

setiap rakyat menganuti agama masing-masing.

Jadual 5.5 Agama-Agama di India

Selain agama Hindu, kira-kira 17%

penduduk adalah penganut agama

Islam, 3% penganut agama Kristian

dan 1.5% menganuti agama Sikh atau

Sikkhisme. Agama-agama lain yang

dianuti penduduk India ialah

Zoroastrianisme dan Jainisme.

Sikkhisme adalah agama yang

diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak

Dev yang lahir pada 1469. Selepas

beliau meninggal pada tahun 1539,

penggantinya diberi pa ngkat „Guru‟

dan terdapat sepuluh orang Guru

daripada wilayah Punjab di India.

Peratus (%)

Hinduisme 77.0

Islam 17.0

Kristian 3.0

Sikkhisme 1.5

Buddhisme 0.8

Rajah 5.3 Peta India

Page 12: Bab 5.Agama.penduduk.asia

12

Perkataan „guru‟ berasal dariapda perkataan bahasa Sanskrit yang bernaksud „pengajar‟ atau

„mentor‟. Kitab suci penganut Sikkhisme ialah „Guru Granth Sahib‟. Tradisi dan ajaran

agama ini berkait dengan sejarah, masyarkat dan budaya di Punjab. Orang Sikh percaya

kepada satu Tuhan yang dipanggil Waheguru. Rumah ibadat orang Sikh dipanggil gurdwara

dan gurdwara yang paling suci, Gurdwara Emas terletak di Amritsar di Punjab, India.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sikkhisme, Rujuk kepada:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sikhisme

Shinto bermaksud “jalan dewa-dewa” dan

shintoisme ialah agama yang diiamalkam

oleh 83% penduduk Jepun (Lihat Rajah 5.4).

Shintoisme agak unik, kerana ia hanya

terdapat di Jepun sahaja. Asas Shintoisme

ialah menyembah nenek moyang (ancestral

worship) serta alam semulajadi. Juga

ditekankan dalam Shintosime ialah

keagungan Maharaja. Shintoisme bukan

agama yang terdiri daripada kepercayaan atau

pengajaran yang teratur berbanding dengan

agama-agama seperti Islam atau Buddhisme.

Shintoisme memberi tumpuan kepada

pelbagai jenis kuasa yang digelar “Kami”

yang merupakan unsur-unsur alam semula

jadi seperti petir, langit dan bumi. Penganut

harus menikmati dan menghargai kejadian-kejadian alam tersebut dan tidak ketakutan.

Mereka harus mempunyai perasaan yang halus terhadap alam sekitar. Walau pun Shintoisme

tidak mengutarakan sesuatu falsafah atau pengajaran moral tertera, penekanan diberi kepada

kebersihan dan kesucian.

Upacara pemujaaan adalah mudah hanya bertepuk tangan dengan tujuan menarik dewa dewi,

tundukkan kepala dan menyembah. Penekanan ialah terhadap „pertumbuhan‟ dan bukan

kepada „pemusnahan‟. Untuk mengalakan pertumbuhan, upacara berdoa dan berterima kasih

diadakan pada musim menuai. Untuk elak pemusnahan upacara pembersihan dan

keselamatan diadakan pada masa menghadapi penyakit dan kematian.

Bagi masyarakat Jepun, agama ini dapat satukan masyarakat malah memainkan peranan

dalam kebangkitan semangat kebangsaan.Agama ini dijadikan sebahagian kaedah yanh

sangat berkesan dalam kebangkitan perasaan taat setia kepada kerajaan Raja Meiji. Kerajaan

Meiji telah keluarkan satu deklarasi yang mengumumkan bahawa agama ini menjadi asas

dalam dasar pemerintahan agama.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Shintoisme, Rujuk kepada:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Shinto

4.6 SHINTOISME

Rajah 5.4 Peta Jepun

Page 13: Bab 5.Agama.penduduk.asia

13

Confucianisme diasaskan di China oleh Confucius atau Kung Fu Tzu pada abad ke 6 sebelum

masihi. Kini dianggarkan terdapat hampir 6 million orang yang menganut ideologi ini.

Majoritinya penganut ideologi ini menetap di China, Taiwan, Vietnam, Singapure, Malaysia

dan Jepun. Confucianisme diperkenalkan di Jepun pada zaman feudalisme melalui Korea

pada abad ke4. Confucianisme memberi penekanan kepada beberapa akhlak mulia seperti

berikut:

Rén (Perikemanusiaan) Yì (Keadilan) Lǐ (Sopan Santun) Zhì (Pengetahuan atau Ilmu) Xìn (integriti) Zhōng (Kesetiaan) Xiào (Sayang kepada Ibu Bapa)

Buku-buku yang menjadi teras Confucianisme ialah Klasik Sajak, Buku Dokumen, Buku

Upacara, Buku Muzik, I Ching dan Buku Musim Bunga dan Musim Luruh. Idea utama

dalam Confucianisme ialah hubungan manusia iaitu hubungan antara pemerintah & rakyat,

ayah & anak, suami & isteri, kakak & adik dan kawan sesama kawan. Confucianisme

menekankan mewujud seorang yang berakhlak mulia dengan berpegang kepada nilai-nilai

kemanusiaan, berbudi bahasa, kasih sayang, kerajinan dan baik hati.

Taoisme merupakan firman berdasarkan ajaran Lao Tze. Ajaran ini lebih mekankan kepada

keharmonian dengan alam semesta. Ia cuba menyatukan kehidupan manusia di dunia dengan

peraturan alam semesta dan keharmonian diantaranya. Perkara yang ideal bagi penganut

amalan ini ialah manusia seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia dan

kehidupan secara sederhana. Kerajaan yang paling berkesan bagi penganut taoisme ialah

kerajaan yang paling sedikit memerintah.

4.7 CONFUCIANISME

4.8 TAOISME

a) Jelaskan secara ringkas asas-asas kepercayaan Hinduisme & Shintoisme b) Nyatakan kawasan-kawasan yang penganut agama-agama ini paling ramai.

Page 14: Bab 5.Agama.penduduk.asia

14

Agama Kristian mengutamakan kepercayaan kepada hubungan dengan Tuhan daripada

upacara keagamaan dengan berasaskan Kitab Injil yang diturunkan oleh Tuhan dan adalah

ajaran muktamad. Agama Kristian berpegang kepada kepercayaan bahawa hanya terdapat

satu Tuhan dalam bentuk tiga orang, iaitu Bapa, Anak (Yesus Kristus atau Jesus Christ) dan

Roh Kudus. Terdapat TIGA Mazhab utama:

Katolik – paling ramai ialah mazhab ini

Ortodoks – ini terdapat dengan meluas di Timur Tengah

Protestan – ini terbahagi kepada beberapa aliran pemikiran seperti Luteran,

Metodis dan sebagainya.

Ajaran Kristian menganggap Tuhan sebagai

penyayang, pemurah, pengampun dan pengasih.

Di antara negara-negara Asia, penganut agama

Kristian hanya majoriti di Filipina dan Timor

Leste (Lihat Jadual 5.5).

Jadual 5.6 Peratusan Penganut Kristian

Negara Peratus

Filipina 90.5

Timor-Leste 98.0

Korea Selatan 29.0

Kazakhstan 25.0

Singapura 18.0

Kazakhstan 17.0

Hong Kong 17.1

Syria 10.0

Malaysia 9.2

Indonesia 9.0

Jordan 6.0

China 3.5

4.9 AGAMA KRISTIAN

Rajah 5.5 Peta Filipina

Page 15: Bab 5.Agama.penduduk.asia

15

Adalah dianggarkan hampir 30% penduduk di Korea Selatan dan 25% di Kazakhstan

menganuti agama Kristian. Peratusan yang menganuti agama Kristian di Malaysia dan

Indoneis adalah hampir sama (iaitu dalam lingkungan 9%).

Majoriti penganut agama Kristian di Filipina terdiri daripada mazhab Katolik dan lebih

kurang 5% terdiri daripada penganut agama Islam. Penduduk tempatan telah memeluk agama

Kristian yang dibawa oleh penjajah Sepanyol yang menakluki Filipina di antara tahun 1521

hingga 1898. Sebelum kedatangan penjajah Sepanyol, ramai di antara penduduk Filipina

menganuti agama Hinduisme dan Buddhisme. Sebahagian besar penduduk beragama Islam

tinggal di selatan Filipina, di pulau Mindanao. Agama Kristian disebarkan ke kawasan-

kawasan lain di Asia oleh mubaligh-mubaligh Kristian.

Teras kepercayaan Judaisme wujudnya Tuhan Maha Esa,

pencipta dunia yang menyelamatkan Bani Israel

penindasan di Mesir. Tuhan telah menurunkan Rukun-

Rukun kepada Nabi Mua yang dipanggil Torah yang

menjadi panduan hidup kaum Yahudi.

Judaisme berasaskan kepada Tanakh yang merupakan

satu kitab besar yang terdiri dari 24 buah kitab yang

dihimpun kepada 3 kumpulan:

Torah (Undang-undang)

Nevi'im (Kitab Para Nabi)

Ketuvim (Kitab Literatur dan Sejarah)

Kebanyakan penganut Judaisme mengikuti undang-

undang pemakanan yang termaktub di dalam Torah yang

melarang campuran susu dengan daging. Daging babi,

keldai, kuda, arnab dan makanan laut bercengkerang

seperti udang, ketam, kerang dan sotong juga adalah

terlarang dalam Judaisme. Makanan yang disediakan

menurut undang-undang tersebut serta daging yang

disembelih oleh pihak Rabbi dipanggil Kosher. Budak-

budak lelaki juga dikhatankan (sewaktu umur 8 hari).

Terdapat tiga mazhab utama dalam Judaisme:

Judaisme Ortodoks

Judaisme Reformasi

Judaisme Konservatif

4.10 JUDAISME

Rajah 5.6 Peta Israel

Page 16: Bab 5.Agama.penduduk.asia

16

Kini terdapat kira-kira 13.4 juta penduduk dunia terdiri daripada penganut Judaisme dan 42%

tinggal di Israel, 42% tinggal in Amerika Syarikat & Kanada dan baiknya tinggal di Eropah.

Lihat Jadual 5.7. Kira-kira 75.4% penduduk Israel menganuti Judaisme dan 16.9% menganuti

agama Islam dan 2.1% adalah penganut Kristian.

Selain, agama-agama yang dibincangakan dalam bab ini, penduduk Asia turut menganut

kepercayaan animisme. Amalan ini melibatkan kepercayaan kewujudan benda-banda ghaib

yang akan mempengaruhi kehidupan harian. Ia melibatkan amalan menyembah makhluk

halus serta nenek moyang dengan harapan keluarga mereka tidak diganggu oleh makluk-

makluk berkenaan. Contohnya, untuk mengelakkan daripada bencana alam seperti kemarau,

banjir dan wabak penyakit.

Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai

merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia

primitif purba kala. Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi,

seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar, mempunyai semangat yang mesti

dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka

daripada semangat dan roh jahat. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama,

antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu. Selain daripada jiwa dan roh yang

mendiami di tempat-tempat yang dinyatakan di atas, kepercayaan animisme juga

mempercayai bahawa roh orang yang telah mati boleh masuk ke dalam tubuh haiwan.

Kepercayaan animisme diamalkan oleh puak dan suku kaum yang tinggal di kawasan bukit,

lembah dan hutan-hutan terpencil di pulau-pulau Indonesia dan Filipina, di kawasan

pergunungan Vietnam, Thailand, Laos, Myanmar dan Cambodia. Kerapa kali puak dan suku

kaum ini yang memeluk agama Islam, Kristian, Hinduisme atau Buddhisme masih terus

mengamal kepercayaan animisme.

Agama Peratus

Judaisme 75.4

Islam 16.9

Kristian 2.1

Druze 1.7

4.10 KERPERCAYAAN ANAMISME

Jadual 5.7 Agama-Agama di Israel

a) Apakah perbezaan yang nyata di antara Confucianisme dan Taoisme? b) Nyatakan kitab-kitab yang menjadi asas agama Kristian dan Judaisme. c) Bagaimana majoriti penduduk Filipina beragama Kristian? d) Senaraikan agama-agama yang dianuti penduduk Israel. e) Jelaskan kepercayaan animisme

Page 17: Bab 5.Agama.penduduk.asia

17

Daripada perbincangan dalam bab ini, jelas bahawa penduduk Asia menghadapi pelbagai

masalah soio-politik-budaya yang rencam. Hal ini memerlukan satu pendekatan bagi

menyatukan seluruh penduduk Asia dalam iklim yang harmoni. Pendekatan ini adalah

melalui mekanisme pembudayaan dialog antara agama. Manusia, ciptaan Tuhan mempunyai

pelbagai fitrah dan memerlukan agama untuk kesejahteraan hidup.

Perkataan „dialog‟ yang merupakan perkataan Bahasa Inggeris „dialogue‟ yang

berasal daripada perkataan Greek dialectic yang bermaksud discourse atau wacana

(Reese, 1996). Justeru. „dialogue‟ membawa maksud sesuatu pandangan, idea yang

dibincang untuk mencapai sesuatu kesimpulan atau matlamat yang bermanfaat

kepada pihak-pihak yang terlibat.

Dalam bahasa Arab, dialog disebut al-hiwar yang ditakrifkan sebagai kembali semula

atau dirujuk semula.

Swidler (2003) mentakrifkan dialog sebagai perbincangan mengenai sesuatu perkara

antara dua orang atau lebih yang berbeza pandangan dengan tujuan utama setiap

pihak dapat mempelajari daripada pihak lain agar mereka boleh berubah dan

berkembang maju.

Menurut Azizan Baharuddin (2005), dialog adalah suatu bicara dengan pihak yang

berfikiran berbeza daripada kita dengan tujuan utamanya belajar cara berfikir yang

berlinan dan baru, suatu cara untuk melihat alam dan kehidupan serta maknaknya,

buka debat untuk mengalahkan dan menundukkan orang lain.

Pendek kata, „dialog‟ bermaksud bercakapan, perbulalan atau apa sahaja bentuk pertuturan

serta pertukaran pendapat, perbincangan, perundingan antara dua pihak atau lebih mengenai

sesuatu isu secara terbuka. Semua pihak mesti mendengar dengan perasaan yang empati

supaya dapat difahami kedudukan pihak lian dengan setepat yang mungkin dan menonjolkan

suatu perlakuan yang begitu murni dan bermoral iaitu menuntuk manusia mengatasai

tanggapan negatif dan rendah diri serta bersift jujur dan ikhlas. Dialog adalah satu elemen

komunikasi dan medium interaksi yang melibatkan pertemuan dan perbincangan mengenai

sesuatu isu yang menimbulkan perbezaan pendapat, kesangsian dan salah faham di antara

pelbagai masyarakat yang tinggal bersama. Dialog tidak hanya terbatas pada perkara yang

membincangkan konflik dan kemelut masyarakat tetapi dialog juga berperanan dalam

memupuk persefahaman dan perkongsian hidup bersama (Rahimin Affandi Abd. Rahim,

Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail & Nor Hayati Mohd Dahlal, 2011).

Dialog agama merupakan mekanisme berkesan dalam melahirkan perpaduan kaum dan

agama. Ia perlu diterima secara positif dan selektif oleh penganut agama. Dalam berdialog,

4.11 DIALOG ANTARA AGAMA

Page 18: Bab 5.Agama.penduduk.asia

18

terdapat etika khusus yang perlu dipatuhi oleh pihak-pihak tertentu. Pihak-pihak yang terlibat

dengan dialog agama perlu mengakui tentang elemen universal yang wujud di antara agama

dunia tanpa melibatkan persoalan kepercayaan sesuatu agama. Ia merangkumi penekanan

kepada sistem moral yang baik, penekanan kepada hukuman terhadap sesuatu perbuatan yang

buruk, sikap alami terhadap alam semesta, penekanan kepada soal penyucian diri untuk

tujuan kebaikan dan penekanan kepada budaya ilmu. Ia memerlukan sikap toleransi antara

penganut agama untuk mengelak sebarang konflik.

Secara asasnya, dialog itu perlu disertai oleh golongan pakar dan penganut yang komited,

mengenal pasti isu yang didialogkan untuk kepentingan manfaat bersama, diiringi dengan

sifat yang baik dan ingin belajar yang tinggi, lebih memberikan penekanan kepada isu-isu

persamaan tentang bagaimana agama boleh menyelesaikan masalah manusia, tidak

mengandungi unsur perdebatan yang boleh menjatuhkan maruah penganut yang lain, tidak

bertujuan memperkecilkan dan mengubah sesuatu pegangan agama pihak yang lain, serta

tidak mempertikaikan bahagian agama yang bersifat tetap dan tidak boleh berubah

(Mohamad Khatami, 1998). .

Agama ialah pengakuan bahawa Tuhan mempunyai kuasa mutlak yang

mempengaruhi tindak-tanduk manusia

Agama tidak hanya menjawab soalan-soalan seperti di atas tetapi memberi

manusia kekuatan dan kegigihan untuk meneruskan dalam kehidupan mereka,

terutama pada masa-masa kesusahan dan keperitan.

Agama Islam berlandaskan kepada keesaan Allah SWT, Rukun Islam, Rukun

Iman serta mengenengahkan hubungan baik antara manusia dengan manusia dan

manusia dengan Allah SWT.

Hampir 25% atau 1 billion orang di Asia menganuti agama Islam.

Pada awalnya, majoriti penduduk Iran adalah penganut agama Zoroastrianisme

Sebelum kedatangan agama Islam dan Kristian, sebahagian besar penduduk

Indonesia adalah penganut agama Hinduisme dan Buddhisme.

Agama Buddha ialah agama yang berasaskan kepada ajaran Siddhārtha Gautama

yang lahir pada kurun ke-5 SM di India.

Agama Hindu berpegang teguh kepada kitab-kitab agama Rig Veda, Sama Veda,

Yajur Veda, Atharva, Raamayana dan Bhagavad Gita.

Page 19: Bab 5.Agama.penduduk.asia

19

Kini, agama Buddha terdiri daripada dua mazhab utama; iaitu Buddhisme

Theravadin dan Buddhisme Mahayana.

Sikkhisme adalah agama yang diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak Dev yang

lahir pada 1469.

Shinto bermaksud “jalan dewa-dewa” dan shintoisme ialah agama yang

diiamalkam oleh 83% penduduk Jepun.

Confucianisme diasaskan di China oleh Confucius atau Kung Fu Tzu pada abad

ke 6 sebelum masihi.

Kepercayaan animisme melibatkan kepercayaan kewujudan benda-banda ghaib

yang akan mempengaruhi kehidupan harian.

Swidler (2003) mentakrifkan dialog sebagai perbincangan mengenai sesuatu

perkara antara dua orang atau lebih yang berbeza pandangan dengan tujuan utama

setiap pihak dapat mempelajari daripada pihak lain agar mereka boleh berubah

dan berkembang maju.

Beasley, M. (1982). Religions of the World: A Global Perspective in The Atlas of

Mankind. London: Rand McNally.

Religions of Asia. Wikipedia http://www.wikipedia.com

Rahimin Affandi Abd. Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail dan Nor Hayati Mohd

Dahlal (2011). Dialog antara agama: Realiti dan prospek di Malaysia. Kajian Malaysia,

Vol. 29, No.2, 91–110.

Mohammad Khatami. 1998. Membangun dialog antara peradaban: Harapan dan

tantangan. Bandung: Mizan.