Upload
azlina2012
View
2.369
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Citation preview
Bab Enam: Pembentukan Kerajaan
Islam dan Sumbangannya
1.Nyatakan intipati khutbah akhir Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 10H.-Pada musim haji tahun 10Hmempunyai mesej penting kepada umat Islam-Gesaan umat Islam supaya bersatu padu-Mencintai perdamaian-Berpegang kepada agama Islam dengan berteraskan al-Quran dan sunnah
2.Mengapakah khutbah ini dianggap sebagai asas kekuatan umat Islam? -Selepas Nabi Muhammad s.a.w. wafat umat Islam menghadapi masalah mendapatkan calon penggantinya -Ini kerana sebelum ini baginda wafat tidak pernah menamakan bakal penggantinya
-Timbul golongan yang mengaku dirinya nabi
-Timbul golongan enggan membayar zakat
-Timbul golongan yang murtad atau keluar dari agama Islam
-Mereka ini dikenali sebagai golongan al-Riddah
3.Nyatakan khalifah-khalifah Al-Rasyidin.1. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq 623-634M2. Khalifah Umar bin al-Khattab 634-644M3. Khalifah Uthman bin Affan 644-656M4. Khalifah Ali bin Abu Talib 656-661M
4.Apakah yang anda faham tentang khalifah.-Mengikut bahasa Arab bererti pengganti-Pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan sebelumnya yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
-Konteks agama pengganti bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam yang disampaikan Nabi Muhammad s.a.w.
-Serta tanggungjawab mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam
5.Nyatakan syarat-syarat yang perlu untuk menjadi seorang khalifah.-Lelaki yang merdeka-Beragama Islam-Memiliki pengetahuan tentang agama Islam-Mematuhi perintah Allah s.w.t.-Sanggup melaksanakan ukum Allah s.w.t.-Bersifat adil terhadap masyarakat
-Mempunyai akhlak yang mulia dan baik
-Mempunyai tubuh badan yang sihat dan sempurna
-Berfikiran cerdas
-Warak (seseorang yang taat dan patuh kepada hukum Allah dan menjauhi segala laranganNya)
-Pandai mentadbir kerajaan
6.Bagaimanakah seorang khalifah al-Rasyidin dilantik?1. Secara Musyawarah atau syura-Semasa perlantikan khalifah Abu Bakar al-Siddiq-Golongan Ansar daripada Bani Saadah mahu melantik khalifah dari golongan mereka-Dengan cadangan Saidina Umar dan persetujuan ramai Abu Bakar dilantik sebagai khalifah
-Musyawarah adalah perundingan untuk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara
2. Cadangan Satu Nama daripada kalifah terdahulu
-Pelantikan Saidina Umar bin al-Khattab
-Namanya diusulkan oleh Abu Bakas sebelum kewafatannya
3. Pemilihan daripada beberapa orang calon
-Pelantikan Saidina Uthman bin Affan
-Terdapat 6 nama diusulkan
-Khalifah Uthman telah terpilih
4. Pencalonan oleh sekelompok masyarakat
-Khalifah Ali bin Abu Talib
-Semua proses melalui syura dan baiah (angkat sumpah atau lafaz taat setia) semasa dilantik
7.Apakah yang dimaksudkan dengan baiah?-Baiah bermaksud upacara angkat sumpah taat setia yang diberikan kepada seseorang yang dilantik sebagai pemimpin-Terdapat baiah disertai nama Allah s.w.t. Sebagai sokongan
8.Huraikan kepentingan syura dan baiah.-Dapat menjamin pelantikan bakal pentadbir yang tepat, berkelayakan dan berhemah tinggi-Kesannya pentadbiran kerajaan menjadi lebih lancar-Pemimpin dilantik perlu berusaha menjadi pemimpin yang cemerlang
-Serta berkemampuan membawa
kebahagiaan umat Islam di dunia dan
Akhirat
-Syura membawa kepada permaufakatan
-Malaysia mengamalkannya dalam proses
menuntut kemerdekaan daripada British
hingga kini
9.Jelaskan tugas khalifah al-Rasyidin dalam pemerintahan kerajaan Islam.-Memelihara kedudukan agama Islam-Mentadbir negara mengikut hukum syariah yang berpandukan al-Quran dan sunah-Menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi supaya berlaku keseimbangan rohani dan jasmani -Dalam politik memastikan kelicinan pentadbiran
-Mempertahankan negara daripada ancaman musuh
-Melantik dan melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
-Bidang sosial bertanggungjawab menjaga
kebajikan rakyat agar dapat menikmati
kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat
-Menjaga dan meneruskan ajaran Allah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad
-Mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah @ syura
-Memantapkan sistem perundangan Islam
-Bidang ekonomi bertanggungjawab
menguruskan hal ehwal kewangan dan
perbendaharaan negara
-Menguruskan baitulmal
-Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat
1. Kharaj
- Cukai hasil tanah
- Dikenakan kepada bukan Islam
2. Jizyah
- Cukai dikenakan kepada individu bukan Islam
- Individu yang berlindung di negara Islam
3. Zakat
-Pengeluaran sebahagian harta, ternakan dan tanaman
-Dikenakan kepada orang Islam
10.Siapakah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.-Keturunan Bani Tamin-Dilahirkan tahun 573M-Nama sebenar Abdullah bin Abu Quhafah-Digelar al-siddiq bermakna yang membenarkan kerana sentiasa meyakini kebenaran kata-kata Nabi Muhammad s.a.w.-Bersifat ikhlas, jujur dan setia kepada baginda
11.Apakah cabaran yang dihadapi oleh khalifah Abu Bakar al-Siddiq?-Perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad -Kewujudan golongan Islam murtad-Golongan al-Riddah yang menyalahtafsirkan ayat al-Quran-Tidak mahu membayar zakat
-Mempertahankan Madinah dari ancaman kuasa luar iaitu Parsi di sebelah Timur dan Rom Timur (Byzantine) di sebelah barat.-Khalid bin al-Walid menentang tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan berjaya kalahkan musuh
12.Mengapakah khalifah Abu Bakar al-Siddiq digelar ”Penyelamat Umat Islam”?-Berjaya mengatasi masalah perpecahan umat Islam tentang masalah pelantikan khalifah-Bertindak tegas terhadap golongan murtad-Bertindak tegas terhadap nabi palsu
-Bertindak tegas terhadap golongan tidak mahu membayar zakat
-Mempertahankan Madinah dari ancaman Parsi di sebelah Timur dan Rom Timur (Byzantine) di sebelah barat.
-(Semua sumbangan Abu Bakar)
13.Jelaskan sumbangan khalifah Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah al-Rasyidin yang pertama.-Berjaya mengatasi masalah perpecahan umat Islam tentang masalah pelantikan khalifah-Bertindak tegas terhadap golongan murtad-Bertindak tegas terhadap nabi palsu-Bertindak tegas terhadap golongan tidak mahu membayar zakat
-Mempertahankan Madinah dari ancaman
Parsi di sebelah Timur dan Rom Timur
(Byzantine) di sebelah barat.
-Berusaha melicinkan pentadbiran dengan
membahagikan Tanah Arab kepada 10
wilayah
-Wilayah Makkah, Taif, Yaman, al-Jund,
Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zahid, Hadhramaut dan Nijran
-Amir dilantik mengetadbir setiap wilayah
-Memperkenalkan bayaran gaji tentera melalui harta rampasan perang
-Memperkenalkan umdamg-undang tanah
-Menjaga hak rakyat terutama golongan mawali
-Mawali ialah bukan orang Arab yang beragama Islam
-Mawali memiliki keistemewaan seperti orang Arab tetapi dikenakan cukai tambahan
-Mengumpulkan tulisan al-Quran
-Memerintahkan Zaid bin Thabit menghimpunkan tulisan al-Quran pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang serta menyalin semula
-Kerana kematian hafiz al-Quran dalam menentang golongan al-Riddah
-Salinan al-Quran disimpan oleh Khalifah Umar , Hafsah (isteri nabi Muhammad s.a.w.) dan Khalifah Uthman bin Affan
14.Ceritakan latar belakang khalifah Umar al-Khattab.-Keturunan Bani Adi-Dilahirkan tahun 583M-Nama sebenarnya Umar bin al-Ktattab bin Naufal keturunan Quraisy-Besifat tegas, berani dan berterus terang
-Pelantikannya dicadangkan oleh Khalifah
Abu Bakar sewaktu beliau sakit
-Cadangan ini dipersetujui para sahabat
dan orang ramai
-Pemerintahannya dianggap zaman
keemasan kerajaan Islam Madinah
15.Mengapakah zaman khalifah Umar al-Khattab dianggap zaman keemasan kerajaan Islam Madinah?1. Bidang Politik-Memperkenalkan dasar pentadbiran -Memperkenalkan pelantikan pegawai-Menubuhkan majlis syura dianggotai golongan Muhajirin dan Ansar-Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan kawasan untuk melicinkan pentadbiran
-Antaranya Makkah, Madinah, Kufah, Palestin, Jazirah dan Basra
-Melantik wali @ gabenor sebagai ketua
-Wali bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima tentera
-Menubuhkan jabatan seperti Jabatan tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara
-Setiap jabatan diketuai katib @ setiausaha
-Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain bertujuan mengelakkan salah laku hakim
-Hakim diberi gaji bulanan tinggi iaitu 500 dirham
2. Bidang Sosial
-Dalam pendidikan mengembangkan pengajaran al-Quran
-Tempat pembelajaran di kawasan masjid
-Guru agama dihantar ke pelbagai wilayah
-Contoh Abu Sufyan dihantar mengajar orang Badwi di kawasan pedalaman
- Memperkenalkan kalendar Islam dengan tahun Hijrah sebagai mula pengiraan
-Menyusun sistem tentera dengan tentera tetap dan tentera sukarela
-Tentera tetap diberi gaji dan pakaian seragam
-Markas tentera dibina di bandar utama-Kubu pertahanan dibina di sempadan
menghadap negara musuh seperti Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah
3. Bidang Ekonomi
-Membina terusan dan tali air untuk menambahkan hasil pertanian
-Contoh Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di Mesir
-Rakyat digalakkan meneroka tanah baru dan tanah terbiar untuk pertanian
-Perkenalkan cukai jizyah kepada golongan zimmi
-Golongan zimmi bukan Islam tapi rela hidup di bawah pentadbiran Islam
-Mereka hidup aman tanpa membayar zakat dan perkhidmatan tentera
-Cukai kharaj dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah
-Barli dikenakan kharaj satu dirham, gandum dua dirham dan anggur 10 dirham
-Menubuhkan baitulmal untuk mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui kharaj dan jizyah
-Kerana sumbangan digelar Amirul Mukminin @ Panglima Agung Mukmin
16.Huraikan sumbangan khalifah Umar al-Khattab. -Jawapan sama dengan soalan 15-
17.Ceritakan siapakah khalifah Uthman bin Affan.-Dari keluarga Bani Umaiyah-Lahir 576M-Namanya Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah-Terkenal sebagai hartawan yang dermawan -Seorang yang lemah lembut dan bertolak ansur-Mempunyai sifat simpati yang tinggi terhadap golongan memerlukan
-Digelar Zun Nurain (mempunyai dua cahaya) kerana mengahwani dua puteri rasulullah setelah seorang darinya meninggal dunia
-Menjadi khalifah melalui majlis syura daripada 6 orang calon
-Ali dan Uthman mendapat undi sama banyak dalam Majlis Syura
-Abdul Rahman bin Auf sebagai pengerusi meminta pandangan ramai dan bersetuju dilantik Saidina Uthman sebagai khalifah ke tiga
18.Jelaskan sumbangan khalifah Uthman bin Affan.-Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afganistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli-Membina angkatan tentera laut Islam yang pertama dalam pemerintahan Khulafa al-Rasyidin-Menyelaraskan bacaan ayat al-Quran kerana berlaku pelbagai cara bacaan-Mengisytiharkan sebuah al-Quran iaitu Mushaf Uthamani yang diguna kini
-Beliau membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat untuk kemudahan pengembara
-Meningkatkan ekonomi dengan
mengukuhkan baitulmal untuk
membaiyai pembangunan negara
-Dan memperkukuhkan angkatan laut Isla
seperti membeli peralatan senjata dan
kapal
-Mengekalkan jizyah yang dikenakan
kepada penduduk bukan Islam yang
merupakan sumber pendapatan Baitulmal
19.Ceritakan latar belakang khalifah Ali bin Abu Talib.-Lahir pada tahun 602M-Berasal dari keluarga Bani Hashim keturunan Quraisy-Terkenal dengan keberanian dan kepahlawanannya-Berwatak tegas-Mempunyai pengetahuan luas dalam perundangan Islam-Menjadi khalifah selepas Uthman meninggal
20.Huraikan sumbangan khalifah Ali bin Abu Talib.-Pakar dalam selok-belok hukum menyebabkan beliau banyak membantu menyelesaikan masalah masyarakat dan undang-undang Islam-Berusaha mengekalkankestabilan dan keharmonian negara-Contoh dalam peperangan Siffin yang hampir dimenangi tetapi sanggup berdamai kerana pihak lawan mengangkat al-Quran tanda berdamai
-Telah membina markas tentera di Parsi dan sempadan Syaria
-Beliau meneruskan kutipan jizyah untuk mengembangkan ekonomi negara
-Buktinya surat yang dihantar kepada al-Asytar agar golongan zimmi dikenakan cukai jizyah
21.Galurkan proses pembentukan kerajaan Bani Umaiyah.-Sempena nama Umaiyah bin Abu Shams bin Abdul Manaf-Seorang tokoh peniaga dipandang tinggi-Pengasasnya Muawiyah bin Abu Sufyan melalui penyerahan kuasa Hassan bin Ali -Penyerahan kuasa bertujuan mengelakkan perpecahan umat Islam berterusan-Tempoh pmerintahan 661M hingga 750M-Pusat pemerintahan di Damsyik
-Merupakan tahap pertama dengan gelaran khalifah
-Tahapke dua di Sepanyol diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil/Abdul Rahman 1
-Berpusat di Cordova dengan Andalusia menjadi ibu kota
-Tempoh pemerintahan 756M hingga 1031M
-Masa ini pemimpin menggunakangelaran amir
22.Di manakah pusat pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah?1.Tahap pertama-Muawiyah bin Abu Sufyan-Berpusat di Damsyik2. Tahap Kedua-Abdul Rahman al-Dakhil atau Abdul Rahman I-Berpusat di Cordova dan ibu kotanya ialah Andalusia
23.Mengapakah pusat pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah terpaksa bertukar dari Damsyik ke Cardova? -Disebabkan jatuhnya kerajaan Bani Umaiyah di Damsyik-Mendapat serangan daripada kerajaan Bani Abbasiyah-Hampir semua keluarga Bani Umaiyah dibunuh-Hanya Abdul Rahman dapat melarikan diri ke Sepanyol dan mengasaskan kerajaan di Cardova
24. Berikan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama dalam bidang politik
-Sistem Khalifah iaitu pelantikan khalifah sebagai ketua.
-Sistem Wazarah merupakan pelantikan wazir untuk mengetuai sistem pentadbiran peringkat pusat dan gabenor peringkat wilayah
-Sistem Urusetia di mana pegawai dilantik menguruskan surat menyurat, mengumpul rekod dan sebagainya
-Sistem Hijabah iaitu seorang pegawai ditugaskan memeriksa sesiapa yang mahu berjumpa khalifah, menjaga keselamatan dan pemegang amanah
-Penubuhan empat buah jabatan iaitu cukai, surat menyurat, urusan am dan urusan cap mohor pemerintah
-Memperkemaskan sistem ketenteraan dengan penubuhan Jabatan Ketenteraan untuk pertahanan negara
25. Jelaskan sumbangan Bani Umaiyah tahap pertama dalam ilmu pengetahuan
-Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu
-Lahir ramai tokoh ilmuan
-Contohnya Khalil ibn ahmad (pakar bahasa), Sibawayhi (nahu Arab) dan Umar ibn Abi Rabi’ah (sasterawan)
-Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi negara
-Memperkenalkan baris pada tulisan al-Quran
-Melahirkan tokoh ilmu agama hasil kepesatan ilmu agama
-Contohnya Hassan al-Basri dan Ibn Zahat al-Zuhri
-Pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh al-Walid bin Abdul Malik
-Pembinaan hospital penyakit kusta oleh Khalifau Umar Abdul Aziz
-Perkembangan ilmu bidang kimia
-Perkembangan ilmu bidang astronomi
-Buku rujukan dalam pelbagai ilmu diterjemah ke dalam bahasa Arab
-Ibn al- Nafis betulkan kesilapan Galen berhubung sistem pengedaran darah
-Beliau adalah pakar bedah yang menghasilkan buku teknik pembedahan
-Beliau menghasilkan buku iaitu al-Shamil fis Sina’ah al-Tabuyah (Kajian Umum Profesion Kedoktoran)
26.Senaraikan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama dalam bidang perundangan.
-Hakim menggunakan hukuman berdasarkan ijtihad berpandukan al-Quran dan sunah @ ijmak
-Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak
-Hakim bebas dan tidak cenderung mana-mana aliran politik pemerintah
-Seorang hakim mesti adil tanpa mengira latar belakang
27.Nyatakan peranan Cardova sebagai pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah di Andalusia.-Merupakan pusat pengajian tinggidiasaskan Abdul rahman 111-Menubuhkan pepustakaan yang diasaskan oleh al-Hakam 11-Masa ini terdapat 17 buah pusat pengajian tinggi dan 70 buah pepustakaan-Berkembang ke Seville, Toledo dan Granada
-Menjadi pusat penterjemahan karya Yunani ke bahasa Arab
-Beri peluang orang Arab mempelajari ilmu daripada buku terjemahan
-Masa ini Cordova sebagai pusat kegemilangan ilmu
-Serta menjadi jambatan pengetahuan antara dunia Islam dengan orang Eropah
28. Nyatakan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua dalam bidang seni bina.
-Pembinaan masjid Cordova
-Mempunyai manara yang tingginya sekitar 36 meter
-Kubah masjid beralaskan kayu berukir
-Mempunyai 1293 tiang yang diperbuat daripada marmar
-Masjid ini diterangi dengan 4700 buah lampu yang memerlukan 11 tan minyak setahun
29.Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ekonomi di Andalusia.-Baitulmal ditubuhkan yang mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangi pendapatan dan perbelanjaan negara-Sumber pendapatan Negara daripada kharaj, jizyah, zakat, usyur dan Ghanimah-Cardova menjadi pusat ekonomi dan perdagangan antarabangsa-Perkembangan perusahaan tembikar di Andulusia
-Serta perkembangan dalam perusahaanperhiasan daripada perak dan emas-Perkembangan kegiatan memproses kulit-Perkembangan kegiatan membuat senjata-Kemajuan dalam sektor pertanian-Membina sistem saliran untuk menyuburdan memajukan pertanian-Penyelidikan untuk mendapatkan benihberkualiti supaya hasil pertaniandipertingkatkan
30.Jelaskan faktor penentangan terhadap Kerajaan Bani Umaiyah dari dalam dan luar negara.-Orang Islam bukan keturunan Arab (golongan mawali) menganggap mereka didiskriminasikan.-Mereka tidak mendapat jawatan yang selayaknya -Mereka dikenakan cukai yang lebih tinggi-Mereka menyokong gerakan Abbasiyah-Para Khalifah mengabaikantanggungjawab terhadap rakyat
-Terdapat khalifah yang mengabaikan
ajaran Islam
-Pemilihan khalifah secara warisan
ditentang puak Syiah dan Khawarij
-Ali bin Abdullah berkempen atas nama
Ahlul Bait untuk mendapatkan sokongan
rakyat menetang kerajaan Bani Umaiyah
-Bani Abbasiyah berakhir apabila ibu kotanya ditawan oleh tentera Monggol yang dipimpin Hulagu Khan
31.Bagaimanakah Kerajaan Bani Abbasiyah ditubuhkan? -Gerakan Revolusi Abbasiyah ditaja oleh Ali bin Abdullah-Mulanya gerakan dijalankan secara sulit-Gerakan secara terbuka pada zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz-Meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait iaitu keluarga Nabi Muhammad
-Pusat operasi gerakan ini ialah di Khurasan, Kufah dan Humaimah
-Gerakan ini diperkukuhkan dengan keanggotaan dua orang pahlawan besar
-Kerajaan Bani Abbasiyah mengambil
sempena nama al-Abbas iaitu nama
Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.
-Kerajaan Abbasiyah mengamalkanpemerintahan bercorak warisan- Pada masa pemerintahan Abu Jaafar al- Mansur pusat pemerintahanBerpindah dari Damsyik ke Baghdad-Zaman kegemilangan kerajaan
Abbasiyah semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun.
32.Siapakah khalifah yang terkenal semasa pemerintahan kerajaan Abbasiyah.-Khalifah Harun al-Rasyid-Khalifah Abdullah al-Makmun-Khalifah Abu Jaafar al-Mansur
33.Jelaskan peranan Baitulhikmah dalam pemerintahan kerajaan Abbasiyah?-Menterjemah karya falsafah dan sains daripada bahasa Yunani-Usaha penterjemahan juga dibuat daripada bahasa Sanskrit dan Suriani-Merupakan pusat pengajian tumpuan para ilmuan -Kerja-kerja pemterjeman dijalankan lebih sistematik -Kerja-kerja penterjemahan berjalan secara kumpulan
-Kerja penterjemahan diawasi oleh seorang penyelaras
-Cara menterjemah ialah membuat pemanbahbaikan terhadap karya asal
-Membuat keterangan dan ulasan terhadap karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
-Orang Islam memelihara warisan ilmu daripada lenyap ketika Eropah dilanda Zaman Gelap
-Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap
-Tahap pertama ialah mencatat segala idea atau percakapan
-Tahap kedua mengumpul idea yang serupa ke dalam sebuah buku
-Tahap ketiga ialah mengarang dan
mengatur segala yang dicatat ke dalam
bahagian dan bab yang berbeza antara
satu sama lain
-Terdapat penglibatan ulama dalam penulisan
-Ulama menyusun Hadis
-Ulama menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, taksir dan sejarah
-Antara tokoh ialah Imam Malik menyusun buku al-Muwatta dan Ibn Ishaq menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w.
34.Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah dalam perkembangan ilmu pengetahuan.-Kota Baghdad sebagai pusat intelektual -Peranan sebagai pusat penyebaran ilmu-Menjadi pusat aktivati penterjemahan karya asing kedalam bahasa Arab-Di sini ditubuhkan Baitulhikmah-Merupakan institusi keilmuan diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid dan berkembang pesat semasa pemerintahan al-Makmum
- Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap
-Tahap pertama ialah mencatat segala idea atau percakapan
-Tahap kedua mengumpul idea yang serupa ke dalam sebuah buku
-Tahap ketiga ialah mengarang danmengatur segala yang dicatat ke dalambahagian dan bab yang berbeza antarasatu sama lain- Penglibatan ulama dalam penulisan
-Menyusun hadis, fikah, tafsir dan sejarah-Melahirkan ulama terkenal-Imam Malik, Ibn Ishaq, Abu Hunaifah, Iman
Syafie dan Iman Ahmad bin Hambali-Mereka membuat pemisahan antara ilmu
tafsir, sirah dan hadis-Membuat pembaharuan karya yang
diterjemahkan ke bahasa Arab secara memuatkan keterangan dan ulasan
-Memelihara warisan ilmu daripada lenyap kerana mereka menerima ilmu sewaktu Zaman Gelap di Eropah
35.Huraikan latar belakang Kerajaan Turki Uthmaniyah. -Bermula sebagai sebuah kerajaan kecil di barat Anatolia-Terletak di bawah pengaruh Saljuk-Kerajaan Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran-Walaupun Anatolia kecil tetapi berjaya menguasai kerajaan lain-Akhirnya membentuk kerajaan Uthmaniyah
36.Huraikan proses pembentukan Kerajaan Turki Uthmaniyah.-Bermula sebagai sebuah kerajaan kecil di barat Anatolia-Terletak di bawah pengaruh Saljuk-Kerajaan Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran-Pengasasnya Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah-Uthman ialah amir/gabenor Saljuk di barat Anatolia
-Pada tahun 1301 Uthman menewaskan Byzantine/Rom Timur
-Kesannya ramai ghazi dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman dalam mempeluaskan kawasan penaklukannya
-Uthman meluaskan kawasan takluknya sekitar Anatolia
-Menjadikan Bursa ibu negerinya
-Tahun 1326 Uthman meninggal dunia dan perluasan kuasa diteruskan oleh Orhan 1
-Orhan 1 berjaya menguasai Marmara, Pantai Aegean, Ankara dan Gallipoli
-Masa Murad 1 dan Bayezid 1 kerajaan ini menguasai Balkan Selatan dan Utara Bulgaria
-Masa Mehmed 11 tahun 1453 berjaya menawan Istanbul atau Constantinople
-Zaman pengukuhan empayar bermula masa Mehmed 11 sehingga kematian Suleiman 1 1566
-Empayar ini berlanjutan hingga abad ke-20
37.Jelaskan sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah terhadap perkembangan Islam.-Mampu bertahan selama 600 tahun
-Menakluki sebahagian Eropah -Menwujudkan Empayar Islam-Istanbul menjadi pusat pentadbiran dunia Islam-Menjadi pelindung umat Islam seluruh dunia-Apabila Sultan Selim I berjaya menguasai Makkah
-Memperkenalkan Kanun Suleiman
-Sistem perundangan yang
mempertahankan nyawa dan harta benda
individu tanpa mengira bangsa dan agama.
-Memperkenalkan jawatan dalam pentadbiran Islam
-Contohnya kadi dan mufti
-Jawatan Sheikh-ul-Islam sebagai ketua ulama diperkenalkan untuk mengeluar fatwa
-Koleksi fatwa oleh Sheikh-ul-Islam digunakan sehingga hari ini
-Istanbul menjadi pusat pertemuan perdagangan Timur dan Barat
-Membentuk jalinan Perdagangan Dunia Islam yang berpusat di Istanbul
-Memperkenalkan dasar sosial Islam berasaskan kecermerlangan individu.
-Membawa mobiliti sosial yang lebih luas dalam masyarakat.
-Mengembangkan ilmu Islam di Eropah.
-Memperkenalkan sistem pendidkan madrasah.
-Menubuhkan sekolah pengetahuan akademik dan kolej perubatan
-Mempelopori penulisan ensaiklopedia.
-Menubuhkan perpustakaan di masjid , hospital dan rumah
-Sumbangan dalam seni bina masjid.
38.Apakah yang anda faham dengan semangat Ghazi yang diamalkan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah.
-Semangat menjadi pahlawan yang sanggup berkorban untuk menyebarkan agama Islam
39.Apakah yang dimaksudkan dengan Janissari?-Kumpulan tentera elit yang terlatih dalam ketenteraan-Diberi latihan ketenteraan sejak zaman kanak-kanak-Diajar selok belok, taktik dan teknik peperangan
40.Jelaskan faktor-faktor yang membolehkan empayar Turki Uthmaniyah berjaya menyebarkan Islam ke Eropah.-Kota Constantinople ditakluki oleh tentera Islam-Orang Islam mempunyai akidah yang kukuh-Orang Islam mempunyai akhlak yang tinggi-Tentera Islam mempunyai semangat Ghazi-Tentera Islam mempunyai peralatan senjata moden-Contohnya penggunaan meriam besar
-Mempunyai tentera elit Janissari-Mempunyai tentera darat yang kuat-Contohnya tentera berkuda (infantry)-Memiliki armada laut yang kuat-Contohnya terdapat 300 buah kapal
mengawal di Laut Meditteranean-Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah-Kejatuhan kerajaan Byzantinememudahkan penyebaran Islam ke Balkan-Penyalahgunaan kuasa pihak gereja-Kesannya ramai penganut Kristian menganut
Islam
-Dasar sosial Islam yang berasaskan
kecemerlangan individu menarik minat
orang Kristian memeluk Islam
-Kerajaan Uthmaniyah menjalankan dasar
berteraskan diplomasi dan toleransi
-Masy Balkan tidak dipaksa memeluk Islam
-Membina semula kemudahan untuk rakyat
-Contohnya sekolah , rumah sakit dan kawasan perdagangan
-Penghijrahan orang Turki dan pendakwah kekawasan Balkan
-Ahli sufi berperanan menyebarkan Islam
41.Huraikan faktor yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.-Terdapat permimpin yang lemah dalam pemerintahan-Keruntuhan sistem pungutan cukai-Berlakunya pemberontakan dalam negara-Pertambahan penduduk yang sangat pesat menyebabkan sukar di kawal
42.Bilakah tamadun Islam mula bertembung dengan tamadun lain di dunia? -Masa khalifah Umar, penaklukan Mesir oleh Amr ibn al-As-Kesannya berlaku pertembungan dengan tamadun Yunani –Rom di Mesir-Perluasan Islam ke Baghdad menyebabkan pertembungan dengan tamadun Parsi-Bani Umaiyah menakluk Qayrawan di Utara Afrika 670M dan tiba di Sepanyol 711M mula bertembung dengan Eropah
43.Bagaimanakah tamadun Islam bertembung dengan tamadun lain di dunia?-Melalui perdagangan dan perniagaan-Melalui hubungan diplomatik-Melalui penaklukan dan ketenteraan-Melalui pertembungan kebudayaan-Melalui pertembungan intelektual
44.Jelaskan cara berlakunya pertembungan tamadun Islam?1. Melalui perdagangan dan perniagaan-Nabi Muhammad s.a.w. Pernah berniaga ke Syam/Syaria-Penguasaan Teluk Turki, Laut Merah dan Timur Mediterranean membolehkan berlakunya perdagangan jarak jauh-Abad ke 7 orang Islam menetap dan berdagang di Canton China menyebabkan berlakunya pertembungan dengan tamadun China
2. Melalui hubungan diplomatik
-Bani Umaiyah menghantar peneroka ke utara Selat Gibraltar di Selatan Sepanyol dan mereka bertemu dengan orang bukan Islam di Cordova, Valencia dan Rhonda dengan membust hubungan diplomatik
-Kesannya wujud persefahaman orang bukan Islam tentang cara hidup, pandangan politik, keagamaan, ekonomi dan pentadbiran orang Islam
3. Melalui penaklukan dan ketenteraan -Oleh kerajaan Khulafa al-Rasyidin, Bani
Umaiyah, Abbasiyah dan Turki Utahmaniyah
-Kuasai Iraq dan Iran bertembung dengan tamadun Parsi & saling mempengaruhi
-Kesannya berlaku interaksi & asimilasi tamadun Islam dengan tamadun lain
-Menakluki Mesir dan Afrika Utara, Islam bertembung dengan tamadun Eropah terutamanya Rom iaitu empayar Byzantine
4. Melalui pertembungan kebudayaan
-Kemasukan Islam ke Sepanyol membawa kebudayaan baru
-Bahasa Arab menjadi bahasa utama di Sepanyol melalui Bani Umaiyah di Cordova
-Lahir golongan Mozarab iaitu orang tempatan beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab
5. Pertembungan intelektual
-Berlaku antara ahli fikir Islam dan bukan Islam
-Ilmuan Islam mendalami ilmu dan keilmuan tamadun Eropah
-Berjaya memperkembangkan keilmuan menurut pandangan intelektuan Islam
45.Nyatakan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia kepada peradaban manusia.-Kesan dari segi agama dan kepaecayaan-Perluasan kuasa dan perkembangan politik-Kesan dari segi pertembungan ekonomi-Proses urbanisasi-Pertembungan intelektual-Kesan pertembungan senibina-Kesan dalam bidang kesusateraan-Bidang pengembaraan dan penerokaan
46.Huraikan kesan pertembungan tamadun Islam kepada peradaban manusia dari segi keagamaan. -Membawa nilai akidah iaitu percaya kepada Allah s.w.t.-Sistem perundangan berdasarkan al-Quran dan hadis sebagai panduan-Berasaskan kepada akidah dan syariah-Tidak terbatas kepada bangsa, kaum dan kawasan geografi serta tidak menghapuskan cara hidup, adat dan budaya masyarakat setempat
47.Huraikan kesan pertembungan tamadun Islam dari segi perluasan kawasan dan perkembangan politik. -Perluasan kawasan penyebaran Islam dan kawasan diperintah orang Islam-Wujud kerajaan Islam seperti kerajaan Delhi Mughal di India-Masyarakat Islam yang kekal di China walaupun tiada pembentukan kerajaan Islam
-Kerajaan Umaiyah, Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah mengamalkan sistem kerajaan pusat yang kuat tetapi berbeza segi institusi dan organisasi-Terdapat persamaan amalan politik dalam dunia Islam seperti sistem berasaskan akidah dan syariah
48.Jelaskan kesan pertembungan tamadun Islam dari segi ekonomi. -Orang Islam menguasai perdagangan-Pemerintah memastikan keselamatn laluan perdagangan di kawasan naungannya-Membolehkan aktiviti ekonomi dan perdagangan berjalan licin-Contoh, Turki Uthmaniyah mempunyai armada laut bagi memastikan keselamatan kapal-kapal
-Abad ke 7 pedagang Islam sampai ke India, Ceylon, Kepulauan Melayu dan China di Timur-Di Barat sampai ke Sepanyol, selatan Perancis, Armenia dan selatan Gurun Sahara di benua Afrika
-Zaman Uthmaniyah, Istabul sebagai pusat aktiviti perdagangan dan perniagaan
-Kedudukan yang strategik sbagai jambatan antara dunia Timur dan Barat melalui kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, Laut Mediterranean dan Laut Hindi
49.Bagaimanakah proses urbanisasi di Eropah dipengaruhi oleh Islam?-Mempengaruhi proses ubnanisasi dan organisasi sosial di bandar dan kawasan sekitar Eropah-Penyelarasan undang-undang yang saksama seperti di Balkan semasa Turki Uthmaniyah -Kesan utama dari segi kebudayaan di mana Islam mempengaruhi pendidikan iaitu kurikulum berbentuk agama serta bidang sains, matematik dan teknologi
-Masa Abbasiyah pelajar institusi Islam diwajibkan belajar ilmu mantik, matematik, geografi, sejarah, sains fizikal dan biologi
-Pengaruhi cara berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik
-Masa Bani Umaiyah di Sepanyol, bukan Islam mengamalkan cara hidup Islam seperti bertutur bahasa Arab dan berpakaian secara Islam
-Tatasusila kehidupan orang Islam mempengaruhi kehidupan oarang Eropah sehingga bertersan ke pertengahan Zaman Renaissance
-Golongan yang memainkan peranan ialah Mudejar iaitu orang Islam setempat minoriti tinggal di kawasan pemerintahan Kristian
50.Jelaskan kesan pertembungan tamadun Islam dalam bidang intelektual. -Cendekiwan Islam dan bukan Islam bertukar maklumat dan teks penulisan-Hasil terjemahan dari Greek spt Aristotle, Plato, Galen dan Hippocrates -Proses terjemahan semakin meningkat dengan penubuhan baitulhikmah oleh Harun al-Rasyid -Bahan penulisan dari tamadun lain disimpan dan dikaji oleh cendekiawan Islam
-Terjemahan karya bukan Islam menghasilkan budaya ilmu dan intelktual sangat tinggi di kalangan orang Islam
-Lahir tokoh Islam seperti Zakaria al-Razi bidang perubatan dgn karya Al-Hawi dan ensiklopedia perubatan, penterjemah karya Galen iaitu ahli perubatan Greek
-Al-Zahrawi sangat arif bidang kajian perubatan dan farmasi
-Matematik dan astronomi ialah al-Khawarizmi, al-Battani, Abu Ishaq al-Biruji dan al-Bitruni
-Pemikiran politik ialah al-Farabi, al-Miskawayh dan al-Mawardi
-Ilmu mantik dan falsafah ialah Ibn Sina, al-Kindi, Fakhr al-Din, al-Razi, Ibn al-Arabi, Ibn Rushd dan Imam Ghazali
51.Huraikan kesan pertembungan tamadun Islam dalam bidang senibina.-Kesenian Islam seperti senibina Masjid Cordova di Sepanyol, Masjid Sultan Ahmed (Biru) di Istanbul dan Istana Alhambra di Granada-Tema senibina kepada tauhid dan akidah
52.Huraikan kesan pertembungan tamadun Islam dalam bidang kesusasteraan.-Bidang kesusasteraan - puisi dan novel-Omar Khayyam menulis Ruba’iyah-al-Jahiz menulis Kitab al-Bayan-Jalal ad-Din Rumi menulis puisi bertema ketuhanan dan hubungan manusia dengan Tuhan
53.Jelaskan kesan pertembungan tamadun Islam dalam bidang pengembaraan dan penerokaan di luar naungan Islam.-Ibn Battuta 1304 -1377M mengembara ke China, India dan Afrika-Catatan Ibn Battuta sangat dihargai dari segi ketepatan fakta kawasan dilawati-Tulisannya menjadi rujukan hingga hari ini -al-Mascudi 945M mengembara ke cHina, Parsi, India dan Timur Afrika-Ibn Fadhlan mengembara ke Utara Eropah abad ke-12