Upload
zainal-ariffin-ishak
View
83
Download
7
Embed Size (px)
DESCRIPTION
penyenggaraan makmal
Citation preview
137
BAB 6
PENYENGGARAAN MAKMAL
Pengenalan
Penyenggaraan dapat ditakrifkan sebagai keseluruhan usaha teknikal dan pentadbiran
yang diambil bagi memelihara, mengekal dan memperbaiki sesuatu perkara atau
barangan. Dari aspek makmal, ianya dapat ditakrifkan sebagai langkah-langkah dan
pentadbiran yang terlibat di dalam memelihara, mengekal dan memperbaiki setiap dari
satunya termasuk bangunannya, mesin dan peralatan serta bahan atau barangan makmal
supaya ianya berfungsi, kukuh dan tahan lama. Penyenggaraan kini dilihat amat penting
dan mula diberi perhatian serius di dalam melaksanakannya. Melalui penyenggaraan,
fizikal makmal dan kemudahannya akan lebih terjaga elok, kadar kerosakannya lebih
terkawal dan jangka hayatnya akan bertahan lama. Secara keseluruhan, penyenggaraan
yang berterusan terhadap makmal akan mengekalkan kelancaran perjalanan aktivitinya
serta menjamin keselamatan serta keselesaan tenaga kerja makmal. Justeru itu ianya
lebih relevan kepada pulangan pelaburan dan nilainya sendiri.
Penyenggaraan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu penyenggaraan terancang
dan penyenggaraan tidak terancang. Secara keseluruhannya, kerja penyenggaraan akan
melibatkan kedua-dua kategori penyenggaraan ini.
1. Penyenggaran terancang
Penyengaraan ini merupakan usaha atau kerja yang dilaksanakan secara
terkawal dan dengan mengambil sebarang kemungkinan yang berlaku
pada masa hadapan. Ironinya, penyenggaraan bentuk ini adalah
berdasarkan kepada peristiwa lampau dan rekodnya. Penyenggaran dapat
ditentukan dan dijangka diperingkat awal lagi. Penyenggaraan jenis ini
lebih berbentuk usaha atau kerja yang yang dilaksanakan secara berkala
dan rutin. Penyenggaraan berkala dilaksanakan untuk satu sela tempoh
yang agak panjang iaitu secara tahunan dan tidak terlalu kerap manakala
penyenggaraan rutin pula dilakukan dalam satu sela tempoh yang lebih
138
pendek seperti bulanan, mingguan dan harian. Penyenggaraan yang
terancang ini boleh dilaksanakan bagi dua maksud iaitu:
i. Pencegahan
Penyenggaraan bermotif pencegahan bermaksud usaha atau kerja
yang dilaksanakan secara terancang melalui satu sela waktu yang
ditetapkan dengan mengikut prinsip-prinsip yang diterangkan
bagi sesuatu matlamat. Penyenggaraan pencegahan juga
bertujuan bagi mengurangkan kebarangkalian daripada
berlakunya kegagalan atau merosotnya prestasi.
ii. Pembaikan
Penyenggaraan yang bermotifkan pembaikan lebih bermaksud
usaha atau kerja yang dilaksanakan bagi membaiki sebarang
kerosakan yang menjejaskan operasi makmal sehingga ianya
dapat berfungsi kembali seperti sedia kala.
2. Penyenggaraan tidak terancang
Penyenggaraan jenis ini dilakukan umumnya tanpa mengikut sebarang
jadual atau perancangan tertentu dan biasanya lebih berbentuk
penyenggaraan kecemasan. Penyenggaraan ini kerap bersifat kritikal dan
amat penting yang menuntut tindakan segera atau ad-hoc dalam
mengatasi sebarang ganguan atau kerosakan yang tidak dijangka.
Keperluan penyenggaraan
Dari perspektif yang lebih luas, skop kerja menyenggara makmal meliputi usaha
menyenggara keseluruhan loji termasuk bangunan, mesin dan peralatan, bahan dan
barangannya. Keseluruhan rantaian ini perlu sentiasa bersedia untuk beroperasi dan
saling menyokong bagi memenuhi keperluan industri tersebut. Kegagalan dalam
melaksanakan penyenggaraan yang kompeten secara langsung akan menjejaskan operasi
dan proses kerja makmal, seterusnya pulangan pelaburan akan menjadi sukar.
139
Semakin besar modal hadapan yang diperlukan untuk membangunkan sesebuah makmal,
maka semakin besar pula pulangan yang diharapkan. Justeru itu loji mesti memenuhi
fungsi dengan sepenuhnya bagi mencapai pulangan tertinggi. Kebanyakan aset makmal
termasuk bangunannya mempunyai jangka hayatnya tersendiri, namun demikian adalah
mustahil bagi setiap aset ini mampu mencapai hayat yang sebegitu tanpa disenggara
dengan sempurna.. Justeru itu penyenggaraan amat diperlukan bagi menjaga setiap asset
ini sentiasa dalam keadaan baik dan dapat memenuhi fungsinya. Secara keseluruhannya,
penyenggaraan diperlukan bagi memenuhi tujuan berikut:
1. Mengekalkan nilai pelaburan
Membina bangunan dan memperlengkapkan peralatan makmal
memerlukan kos yang besar dan merupakan harta yang tinggi nilai
pelaburannya. Mengikut teori pelaburan, keadaan fizikal sesuatu item
yang baik dapat mengekalkan nilai pelaburan atau nilai semasanya. Oleh
itu segala aset makmal ini perlu di senggara secara baik dan berkesan
bagi memenuhi tujuan ini.
2. Mengekalkan rupa yang menarik
Makmal merupakan sebuah premis, di mana pelanggannya yang terdiri
dari ahli perniagaan atau orang awam umumnya sensitif dengan keadaan
dan persekitaran yang menarik. Rupa atau keadaan bangunan dan semua
peralatan di dalam makmal akan menggambarkan imej sesebuah makmal
itu sendiri. Makmal yang dibina dengan kos yang besar akan dipandang
rendah sekirannya kelihatan kotor dan buruk. Oleh itu penyenggaraan
amat diperlukan bagi mengekalkan imejnya.
3. Menjaga fungsinya
Makmal serta segala kelengkapannya perlu disenggara supaya fungsinya
dapat berterusan. Bangunannya mesti sentiasa di dalam keadaan yang
140
dapat memberi perkhidmatan dan melindungi segala peralatan serta
tenaga kerjanya. Setiap peralatan dan komponennya mesti sentiasa
berada dalam keadaan bersedia untuk digunakan serta berfungsi dengan
baik bagi mencapai matlamat makmal. Sebuah makmal yang baik
biasanya akan menjanjikan penghasilan sesuatu keluaran yang bermutu.
Aturcara penyenggaraan
Aturcara penyenggaraan makmal merupakan perancangan kerja penyenggaraan sama ada
mencegah, menjaga atau membaikpulih pada sepanjang hayat bangunan, mesin dan
peralatan, serta bahan atau barangan makmal. Perancangan perlu dirancang secara jitu
dan teliti agar mencapai objektif penyenggaraan itu sendiri seperti:
1. Menentukan dengan tepat hayat setiap item termasuk bangunan makmal itu
sendiri dan komponennya. Oleh itu setiap komponen-komponen tersebut
akan dapat diganti tepat pada waktu yang ditentukan.
2. Merancang sistem pemeriksaan atau semakan terhadap setiap item di dalam
makmal bagi mengelakan berlakunya kecacatan atau kemungkinan kecacatan
sebelum tiba masanya.
Kerja penyenggaraan akan menjadi lebih mudah untuk dikawal melalui aturcara
penyenggaraan ini. Bagi mencapai matlamat ini, aturcara penyenggaraan perlu
menyediakan jadual kitaran pemeriksaan mengikut waktu yang diperlukan dan ditetapkan.
Selain itu dengan adanya aturcara penyenggaraan, unjuran kos bagi kerja penyenggaraan
juga dapat disediakan. Aturcara penyenggaraan dapat disediakan dengan berpandukan
kepada rekod penyenggaraan yang lepas. Begitu pun beberapa perkara seperti yang
digariskan di bawah perlu dikenalpasti dalam menyediakan aturcara penyenggaraan iaitu:
1. Menetapkan satu piawaian penyenggaraan yang dikehendaki.
2. Menetapkan kitaran pembaharuan dan akan dinyatakan di dalam jadual
kitaran, umpamanya untuk tempoh lima tahun, sepuluh tahun dan
sebagainya.
141
Adakah Penyenggaraan dirancang ?
ya Tidak
Adakah Sebarang kegagalanJalankan penyenggaraan
membaiki
Adakah kecacatan
memberi kesan serius
ya
Tidak
Jalankan penyenggaraan
mencegahJalankan Penyenggaraan
dalam masa 24 jamAdakah ia mencemaskan?
Jalankan sebarang pemeriksaan atau yang perlu,
Pemeriksaan atau ujian, buat laporan
untuk rekod dan maklum balas maklumat
Jalankan Penyengaaraan
kecemasan segera
ya
ya
3. Jenis penyenggaraan yang akan dilaksanakan. Contoh; sama ada
penyenggaraan berkala, penyenggaraan mencegah atau penyenggaraan
kecemasan.
4. Menetapkan kitaran pemeriksaan atau cara mengawalnya adalah sepert
pada carta alir di bawah.
P
e
r
l
a
k
s
a
n
a
a
n
a
t
u
Rajah 6.1 Carta alir kerja penyenggaraan
142
Perlaksanaan aturcara penyenggaraan boleh dilakukan di dalam tiga keadaan iaitu:
1. Penyenggaraan berkala
Penyengaraan bentuk ini dilaksanakan secara berulang dalam satu jangka
waktu yang ditentukan mengikut jadual kitaran penyenggaraan seperti
yang telah dirancang. Penyenggaran ini lebih bermotifkan kepada satu
perkhidmatan yang diberikan kepada aset makmal supaya ianya terus
boleh berfungsi dengan baik. Ia boleh dilakukan dalam tiga keadaan iaitu
aturcara jangka panjang, aturcara tahunan dan aturcara jangka pendek.
i. Aturcara jangka panjang
Aturcara jangka panjang tergolong dalam penyenggaraan berkala.
Ia merupakan kerja utama untuk satu tempoh yang agak panjang
dan berdasarkan kepada satu masa optimum yang ditentukan
iaitu antara lima hingga sepuluh tahun. Ia sesuai bagi
menjalankan kerja pembaikan utama atau pembaharuan.
Penyenggaraan aturcara jangka panjang biasanya diaplikasikan
bagi kerja-kerja penyenggaraan bangunan, sistem penyamanan
udara, mesin-mesin dan pelbagai lagi.
ii. Aturcara tahunan
Aturcara tahunan disediakan bagi menetapkan anggaran yang
tepat bagi jumlah penyenggaraan yang perlu dilakukan bagi
tempoh satu tahun tertentu. Butiran kerja yang perlu
dilaksanakan adalah berdasarkan kepada pemeriksaan tahunan
dan penyenggaraan akan dilakukan pada tahun yang berikutnya.
Penyenggaraan aturcara tahunan diaplikasikan kepada bangunan,
mesin, peralatan, bahan dan barangan makmal.
143
iii. Aturcara jangka pendek
Penyengaraan jenis ini lebih berbentuk kerja rutin yang
dilaksanakan mengikut jadual yang dirancang bagi
penyenggaraan bulanan, mingguan dan harian. Penyenggaraan
ini dirangka dengan butiran seperti tarikh mula dan tarikh siap,
jumlah tenaga kerja dan isipadu kerja mengikut jenis aktiviti
makmal. Penyenggaran rutin ini akan menjadi lebih mudah
untuk dikawal dengan menggunakan carta bar yang ditentukan
aktiviti senggara bulanan, mingguan dan harian.
2. Penyenggaraan mencegah
Penyenggaraan bentuk ini tidak dilakukan secara berulang-ulang, tetapi
dilakukan adalah untuk mencegah dari terjadinya kerosakan yang lebih
teruk dan seterusnya kos pembaikan akan menjadi tinggi. Penyenggaraan
mencegah biasanya diaplikasikan kepada mesin dan peralatan makmal
bagi menghindar dari kerosakan kepada mesin atau peralatan yang boleh
memberi risiko kepada keluaran dan keselamatan tenaga kerja.
3. Penyenggaraan luar jangkaan
Penyenggaraan luar jangkaan atau tidak diduga ini dijalankan apabila
berlakunya kerosakan luar jangkaan pada bangunan, mesin dan peralatan
makmal. Penyenggaraan ini memerlukan satu tindakan segera bagi
memastikan aktiviti makmal tidak terjejas dan merugikan industri. Ada
juga penyenggaraan yang terpakasa dilakukan kepada makmal dan
peralatannya yang rosak akibat bencana alam seperti banjir, ribut atau
kesan dari gempa bumi. Umumnya penyenggaraan bentuk ini
memerlukan peruntukan ad-hoc bagi melaksanakannya.
144
Penyenggaraan bangunan
Umumnya kerja senggara bangunan makmal bukannya menjadi tanggung jawab pegawai
makmal. Tetapi bagi memastikan makmal terus dapat bertahan dan berfungsi dengan baik,
seorang pegawai makmal perlu sensitif tentang keadaan fizikal makmal bagi memastikan
aktiviti makmal tidak terganggu atau terhenti akibat hilangnya keupayaan bangunan itu
sendiri. Kealpaan seorang pegawai makmal tentang keupayaan makmal untuk berfungsi
akan hanya merugikan industi untuk satu tempoh yang agak lama. Seorang pegawai
makmal perlu dilatih supaya faham tentang selok belok keupayaan bangunan dan tahu
skop kerja penyenggaraan bangunan makmal seandainya penyenggaraan bangunan
terpaksa dilakukan.
Kebanyakan bangunan dapat bertahan atau mencapai hayat fizikal selama antara 40
hingga 80 tahun dan hayat fizikal dikira tamat apabila sesuatu bangunan itu tidak lagi
ekonomik untuk disenggara. Namun demikian, mustahil bagi bangunan mencapai hayat
yang begitu lama tanpa dilakukan penyenggaraan dengan sempurna. Lazimnya terdapat
banyak faktor yang boleh mencacatkan bangunan baik dari segi fungsinya maupun
fizikalnya. Oleh itu penyenggaraan amat diperlukan dan memenuhi prinsip am bangunan
bagi menjaga keseluruhan bangunan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan memenuhi
fungsinya.
Operasi penyenggaraan bangunan
Fizikal bangunan makmal mempunyai pelbagai komponen dan kemudahan yang mana
setiap satu darinya menuntut kerja-kerja penyenggaraan. Masalah yang lebih rumit ialah
bagaimana untuk menjaga segala kemudahan makmal dari sebarang tindakan vadalisma,
penyalahgunaan atau tindakan yang tidak bertanggung jawab yang menyebabkan
kerosakan. Kerja penyenggaran keseluruhan makmal mungkin dapat dikurangkan
seandainya segala kemudahan bangunan digunakan secara berhemah serta dijaga dengan
baik . Tindakan sebegini boleh mengelakan kos operasi penyenggaraan menjadi tinggi.
Secara umumnya, langkah teknikal yang boleh dilaksanakan dalam kerja penyenggaraan
dapat dibahagikan kepada empat orerasi iaitu:
145
1. Penampalan
Penampalan adalah merupakan kerja penyenggaraan kecil fizikal
makmal yang dilakukan pada lantai, dinding dan bumbung bangunan. Ia
merupakan tindakan sementara bagi membaiki kebocoran atau keretakan
kecil yang tidak memberi kesan buruk kepada struktur dan penghuni
bangunan.
2. Penggantian
Komponen-komponen bangunan perlu diganti apabila bahan tersebut
didapati tidak lagi sesuai untuk digunakan. Seandainya penggantian tidak
dilakukan, bahan tersebut tidak akan memenuhi fungsi yang dikehendaki,
kos penyenggaraan menjadi tinggi sekiranya terus digunakan, tidak
selesa atau memberi imej buruk kepada umum.
3. Pemeliharaan dan penjagaan
Pemeliharaan dan penjagaan merupakan langkah awal yang perlu
diambil bagi memastikan bangunan setiasa dapat berfungsi dengan baik.
Ia bertujuan untuk melindungi bahan daripada kerosakan, mengekalkan
rupa menarik bahan dan tahan lama. Penjagan boleh dilakukan dengan
menggunakan bahan atau teknik tertentu sebelum sesuatu kerosakan
berlaku.
4. Servis dan cuci
Walaupun skop kerja servis dan cuci ini di anggap mudah dan berasingan,
namun ia tetap merupakan sebahagian dari kerja penyenggaraan yang
dituntut pada bangunan. Kerja yang lebih berbentuk penyenggaraan rutin
dengan kekerapan yang ditentukan ini adalah bagi memastikan keberihan
dan keselamatan kerja di makmal terjamin.
146
Penyenggaraan Elektrik
Kerja penyenggaraan pepasangan dan kelengkapan elektrik bagi bangunan makmal
adalah bertujuan bagi memastikan segala kelengkapan elektrik dan tenaga kerja berada
pada paras selamat dan terjamin. Penyenggaraan yang dijalankan secara terancang dan
teratur terhadap sistem pepasangan eletrik akan mengurangkan ganguan bekalan elektrik
serta menyebabkan segala peralatan mencapai hayat yang panjang. Jika ini dapat
dilakukan secara kompeten maka kos penyenggaran elektrik akan dapat dikurangkan.
Begitu pun penyengaraan pepasangan elektrik tidak boleh dilakukan dengan sewenang-
wenangnya, ia perlu akur dan memenuhi kehendak Akta Bekalan Elektrik 1990 dan
Peratura-Peraturan Elektrik 1994. Peraturan ini menetapkan kerja penyenggaraan elektrik
hanya boleh dilakukan setelah pemeriksaan dan ujian bagi maksud penyenggaraan seperti
yang dinyatakan di bawah dipenuhi:
1. Sesuatu pemasangan hendaklah disenggara dalam keadaan baik dan
berfungsi, langkah-langkah pengawasan hendaklah dipatuhi pada setiap
masa untuk mencegah bahaya.
2. Tanggungjawab untuk menyenggara pemasangan perlu mengikut cara
yang dikehendaki di dalam sub peraturan (1), iaitu hendaklah terletak
pada pemunya, pengurusan atau ejennya, mengikut mana-mana yang
berkenaan.
3. Sesuatu pemasangan, selain daripada pemasangan domestik hendaklah
diperiksa dan diuji oleh seorang yang kompeten sekurang-kurangnya
setiap lima tahun atau bila-bila masa yang diarah oleh pengarah.
4. Mana-mana geganti dan peranti pelindung sesuatu pemasangan
hendaklah diperiksa, diuji dan ditentu ukur oleh orang kompeten
sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun atau bila-bila masa yang
diarah oleh pengarah.
147
Apa yang dimaksudkan sebagai orang yang kompeten adalah terdiri daripada orang-orang
yang berkelayakan seperti:
1. Jurutera perkhjidmatan elektrik.
2. Jurutera elektrik kompeten.
3. Penyelia elektrik.
4. Penjaga jentera.
5. Pendawai.
6. Pencantum kabel.
Tidak seorang pun kecuali mereka yang kompeten atau orang yang bertindak di bawah
orang kompeten, boleh melaksanakan apa-apa kerja pembaikkan, pengantian,
penyenggaraan atau pembersihan mana-mana kelengkapan yang menjadi sebahagian
daripada pemasangan. Tenaga kerja di bawah kawalan hanya boleh memulakan
penyenggaraan sehingga arahan bertulis dikeluarkan oleh orang kompeten itu kepada
orang di bawahnya. Semasa kerja penyenggaraan elektrik hendak dilaksanakan, beberapa
keadaaan perlulah dielakan. Akta Elektrik 1990 menetapkan bahawa sebarang kerja
penyenggaraan elektrik mestilah memenuhi piawaian dan beberapa aspek perlu
dititikberatkan seperti yang dinyatakan di bawah:
1. Peralatan elektrik tidak melebihi beban.
2. Tidak terlampau panas.
3. Tiada percikan api (sparkling).
4. Tiada sambungan longgar
5. Tidak berlaku sentuhan tidak baik.
6. Pengalir di bawah tegangan.
7. Tiada lembapan.
8. Pembumian tidak berkesan.
9. Pengalir neutral litar terbuka.
10. Usia pengalir litar lama atau usang.
Pelbagai bentuk kerosakan atau kegagalan berfungsi boleh berlaku bagi kelengkapan dan
pepasangan eletrik di dalam makmal. Seseorang pegawai makmal perlu dilatih supaya
dapat memahami senario kerosakan kelengkapan elektrik di makmal. Begitu pun
148
berdasarkan rekod lama, dibawah ini disenaraikan antara kerosakan yang biasa berlaku ke
atas kelengkapan dan pepasangan elektrik.
1. Litar pintas.
2. Litar terbuka.
3. Beban berlebihan.
4. Suhu lebih/terbakar.
5. Kemasukan air/lembapan.
6. Panahan petir.
7. Bocor ke bumi.
8. Rosak ke bumi.
9. Sambungan longgar.
10. Pealatan/ komponen rosak.
11. Single phasing.
12. Turutan fasa terbalik.
Segala masalah atau kepincangan pada sistem pepasangan dan kelengapan elektrik di
makmal boleh menjejaskan perjalanan aktiviti di makmal, justeru itu iaanya perlu
disenggara dengan kekerapan yang betul. Peraturan ada menyebut kekerapan kerja
senggara sebagai ”Kekerapan pemeriksaan dan pengujian berkala ditentukan oleh jenis
pemasangan, kegunaan dan operasinya, kekerapan senggaranya dan pengaruh atau kesan
luar”. Begitu pun menurut panduan kekerapan pemeriksaan dan ujian telah menetapkan
jangka masa maksima di antara pemeriksaan bagi makmal industri adalah lima tahun.
Penyenggaran Mekanikal
Banyak kemudahan mekanikal seperti lif, alat pencegahan kebakaran, motor hidrulik,
enjin pembakaran, turbin, pemacu motor elektrik dan pelbagai lagi yang membantu
pelaksaanaan aktiviti makmal. Kemudahan mekanikal ini perlu disenggara dengan baik
bagi memastikan ianya dapat berfungsi seperti yang dikehendaki. Adalah terlalu rumit
dan komplikated untuk menyenaraikan prosedur dan amalan penyenggaraan bagi semua
kemudahan mekanikal yang terdapat di dalam makmal. Begitu pun amalan penyenggaran
yang akan dibincangkan hanya bertumpu kepada kemudahan mekanikal yang penting
seperti lif dan sistem pencegahan kebakaran yang mana dua kemudahan mekanikal ini di
149
akses oleh tenaga kerja dan orang awam yang berurusan dengan makmal. Penyenggaraan
bagi dua kemudahan ini memerlukan kepakaran khas dan menuntut kos yang tinggi.
Penyenggaraan sistem pencegahan kebakaran
Setiap makmal wajib mengadakan satu sistem bagi pencegahan kebakaran sebagai
langkah menjaga keselamatan aset, tenaga kerja dan orang awam yang berurusan dengan
makmal. Pelbagai bentuk dan jenis sistem pencegahan kebakaran yang terdapat dipasaran
masa kini dan adalah menjadi tanggungjawab makmal bagi menentukan jenis dan bentuk
yang sesuai dengannya. Sistem pencegahan kebakaran memerlukan penjagaaan dan
penyenggaraan yang rapi dan berkala. Ia mesti menepati jadual kitaran pemeriksaan dan
diuji mengikut jangka masa yang dirancang bagi memastikannya sentiasa bersedia untuk
menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.Terdapat pelbagai jenis sistem
pencegahan kebakaran yang perlu kita tahu dan boleh disesuaikan dengan keperluan
makma seperti 1) sistem gelung hos, 2) sistem pancur basah, 3) sistem pemercik, 4)
sistem semburan automatik, 5) sistem pengera kebakaran, 6) sistem penggera asap, 7)
sistem pecah kaca, 8) sistem gas karbon dioksida dan 9) sistem pemadam api.
Kaedah penenyenggaran bagi sistem pencegahan kebakaran akan menjadi lebih berkesan
jika satu senarai semak butiran kerja dikepilkan bersama-sama jadual pemeriksaan dan
pengujian bagi mengelakan dari terlepas pandang. Di bawah ini adalah contoh kerja
penyenggaraan bagi dua sistem pencegahan kebakaran berbeza dan penggera yang biasa
digunakan di dalam makmal industri.
1. Sistem gegelung hos yang disokong engin diesel.
i. Engin diesel dan sistem berkaitan.
a. Periksa minyak engin dan tukar jika perlu.
b. Periksa enjin dan paip minyak.
c. Periksa penapis udara dan tukar jika perlu.
d. Periksa fungsi motor starter.
e. Periksa penyuntik diesel.
f. Periksa tangki diesel dan tambah jika perlu.
150
g. Periksa sistem penyejukan enjn.
h. Periksa bateri dan unit charger.
i. Periksa komponen enjin yang lain.
ii. Piping dan fittings.
a. Bersihkan kotor dalam paip.
b. Bersih dan selaraskan nozzle dan hose reel.
c. Periksa sprinkler pastikan dalam keadaan baik.
d. Periksa operasi sprinkler injap alarm .
e. Periksa injap kupu-kupu bateri berfungsi baik.
f. Periksa jika berlakunya angin terperangkap dalam paip.
g. Periksa flexible coupling berkeadaan baik.
h. Periksa injap bebas angin berfungsi dengan baik.
iii. Water tank
a. Periksa tangki jika ada kebocoran.
b. Periksa injap bebola dalam tangki beroperasi
c. Periksa semua injap berada dalam keadaan baik.
d. Periksa penyukat paras air berfungsi.
e. Periksa jika ada sebarang kekaratan dalam tangki.
f. Periksa elektrod atau foat switch berfungsi baik.
2. Sistem karbon dioksida.
a. Periksa panel kawalan berfungsi dengan baik.
b. Periksa buzzer berfungsi dengan baik.
c. Periksa alarm dan uji berbunyi.
d. Periksa pengesan haba dan asap.
e. Periksa operasi manual key switch.
f. Periksa bateri dalam panel cukup kuasa.
g. Periksa fire curtain solenoid berfungsi baik.
h. Periksa selinder CO2 tiada bocor.
i. Periksa komponen lain seperti paip, flexible hose,
nozzle dan injap silinder berkeadaan baik.
151
3. Sistem penggera kebakaran.
a. Periksa semua bulb samada berfungsi dengan baik.
b. Periksa buzzer berfungsi baik
c. Periksa alarm bell- uji bunyi.
d. Periksa pengesan haba dan asap.
e. Periksa operasi break sistem.
f. Periksa zone, power, charger card berada dalam
keadaan baik.
g. Periksa mimic diagram berfungsi.
h. Periksa interface unit berfungsi baik.
i. Periksa link ke bomba berkeadaan baik.
Penyenggaraan Lif
Penggunaan tangga bagi pergerakan vertikal dalam bangunan bertingkat kadangkala amat
meletihkan. Bagi mengatasi isu ini, perkhidmatan lif diperlukan bagi pengguna untuk
bergerak dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain, manakala lif istimewa akan
digunakan bagi pengangkutan barang. Lif ini mestilah dipastikan supaya berupaya
beroperasi dengan baik terutamanya semasa waktu-waktu puncak iaitu waktu pengguna
ramai menggunakannya.
Lif juga memerlukan perhatian, penjagaan dan penyenggaraan yang rapi kerana ia
merupakan kemudahan yang dipasang pada struktur bangunan. Pemasangan ini hanyalah
untuk membolehkan ianya bekerja, tetapi keupayaan lif haruslah mengikut kehendak
citrasa pengunanya dan bebanan yang bakal ditampung oleh lif tersebut. Pembinaan lif
amat komplek dan memerlukan kepakaran jurutera mekanikal dan elektrik. Kebanyakan
lif masa kini menggunakan sistem sub-hidrolik. Oleh itu sebelum pembinaan bangunan
yang melibatkan lif dilakukan, perancangan yang rapi bagi pembinaan lif perlu
mengambilkira bagi kerja-kerja penyenggaraannya. Apabila kerja-kerja penyenggaraan
akan dilakukan, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian pada sebelum,
semasa dan selepas penyenggaraan iaitu aspek keselamatan, kebolehpercayaan, operasi
dan ekonomi.
152
1. Aspek keselamatan.
Penyenggaraan harus memastikan pintu lif sentiasa seperti biasa tanpa
membahayakan pengguna dan lif dapat bergerak dengan baik. Sistem
brek keccemasan perlu diperiksa setiap kali dan dipastikan ianya
berfungsi apabila diperlukan pada saat kecemasan.
2. Aspek kebolehpercayaan
Lif diperlukan untuk beroprasi secara berterusan dan aspek ini menjadi
terpenting dalam pembinaan lif. Faktor usia menjadi sebab lif boleh
gagal, Namun, jurutera telah membuat satu program penyenggaraan yang
setiap pemasangan untuk meminimumkan perubahan terhadap penutupan
jadul operasi lif.
3. Aspek Operasi
Penyenggaraan akan menjanjikan lif beroperasi dengan baik dan
meninggalkan kesan yang berguna kepada pengguna.
4. Aspek ekonomi
Penyenggaraan harus menitikberatkan aspek ini. Ianya perlu mengesan
dan membetulkan pemasangan sebelum lif beroperasi dan mengelakan
kegagalan berlaku pada tidakbalas geseran pada rantai yang boleh
menjejaskan operasi lif. Cara ini akan mengurangkan kos pengendalian
dan pembaikan serta gangguan operasi dapat dikurangkan.
Skop kerja penyenggaraan lif
Pemeriksa atau penyenggara lif perlu biasa dengan operasi lif tersebut dan menitikan
aspek keselamatan yang tinggi. Ia perlu melakukan pemeriksaan dengan sikap penuh
disiplin dan berhati-hati bagi mengelakan sebarang risiko pada dirinya dan orang ramai
semasa kerja penyenggaraan dilakukan. Penyenggara perlu menjauhi daripada benda-
benda yang licin seperti minyak atau gris dan sentiasa memakai cermin mata keselamatan
semasa menyenggara bahagian atas lif.
153
Kebolehfungsian lif adalah disebabkan oleh kerja pemasangannya berjaya dan semua
peralatan dapat berfungsi dengan baik. Namun, semua peralatan tersebut perlu dipastikan
memiliki piawaian dan perlu melalui proses pemeriksaan bagi memastikan semuanya
dapat berfungsi dengan baik secara berterusan. Antara peralatan lif yang perlu disenggara
dan kerosakan perlu dilihat adalah:
a. Semua peralatan mekanikal seperti pintu lif, suis, tempat
memilih stesen, pemegang lif dan sebagainya.
b. Saling kunci adalah bertujuan untuk memastikan pintu lif benar-
benar rapat sebelum lif beroprasi.
c. Kren dan tali besi mesti bebas dari karat dan pemakaiannya.
d. Tali untuk getaran dan pemakaiannya.
e. Rails untuk proses pembetulan.
f. Gibs.
g. Kasut panduan supaya lif berada dalam landasan.
h. Pintu lif hanya berfungsi dengan arahan komputer.
i. Minyak gris perlu sentiasa diletakan bagi mengelakan geseran,
j. Ketegangan tali.
k. Debris atau kebocoran air.
Bilik operasi lif adalah bilik kawalan yang bertindak sebagai pemberi arahan lif supaya
berfungsi dengan baik. Ia juga menetukan lif dapat bergerak dari satu tingkat ke tingkat
yang lain menurut permintaan pengguna. Penyenggaraan juga perlu dilakukan bagi bilik
ini dan antara bahan-bahan yang perlu diperiksa adalah:
a. Enjin dan penjana.
b. Pemakaian bearing.
c. Brek.
d. Dear dan skru.
e. Bekas minyak gear.
f. Suis.
g. Alat kawalan.
h. Govoner berfungsi sebagai penentu kedudukan lif supaya berada di
tempat yang betul.
154
Penyenggaraan mesin dan peralatan
Mesin dan peralatan adalah merupakan nadi yang menghidupkan sesebuah makmal.
Tanpa mesin dan peralatan, makmal pasti tidak akan mampu melaksanakan
semua aktivitinya apatah lagi untuk mencapai tujuan dan matlamatnya. Sama
seperti bangunan, mesin dan peralatan juga perlukan satu sistem penyenggaraan
yang terancang bagi memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan baik,
selamat dan boleh bertahan dalam tempoh masa yang panjang. Penyenggaraan
yang berkesan terhadap semua mesin dan peralatan, bukan sahaja dapat
mengekalkan nilai pelaburan makmal, malah ia juga akan meningkatkan hayat
fizikal serta fungsi sesebuah mesin dan peralatan tersebut.
Bagi tujuan penyenggaraan, adalah lebih praktikal jika keseluruhan mesin dan peralatan
makmal ini di kelompok atau diklusterkan mengikut fungsi dan peranannya.
Contoh; mesin atau peralatan bagi tujuan memotong di klusterkan dalam satu
kumpulan, mesin dan peralatan menggerudi di klusterkan dalam kumpulannya
dan begitulah seterusnya bagi semua mesin dan peralatan makmal yang lain.
Dengan pengklusteran ini, segala mesin dan peralatan akan disenggara mengikut
kluster masing-masing. Rasionalnya, segala mesin dan peralatan di dalam kluster
yang sama akan disenggara dengan tatacara yang sama atau hampir sama.
Pada asasnya, sesebuah mesin atau peralatan makmal boleh disenggara melalui tiga
konsep iaitu 1) pemeliharaan dan penjagaan, 2) Cuci dan servis, dan 3)
penggantian. Ketiga-tiga konsep ini sesuai di aplikasikan kepada semua mesin
dan peralatan yang digunakan di dalam makmal melalui kaedah penyenggaraan
rutin, mingguan, bulanan atau tahunan yang mana sesuai agar semua mesin dan
peralatan ini sentiasa bersedia untuk di gunakan pada bila-bila masa yang
diperlukan.
1. Pemeliharaan dan penjagaan
Pemeliharaan dan penjagaan adalah merupakan langkah-langkah yang
perlu diberi perhatian yang wajar terhadap semua mesin dan peralatan
155
makmal. Usaha ini adalah bertujuan untuk melindungi mesin dan
peralatan ini daripada rosak atau gagal berfungsi. Penjagaan boleh
dilakukan dengan bahan-bahan dan teknik-teknik tertentu melalui proses
penyenggaraan rutin, mingguan, bulanan atau tahunan agar semua mesin
dan peralatan makmal dapat bertahan lama.
2. Cuci dan servis
Walaupun cuci dan servis mesin serta peralatan makmal dilihat seperti
sebahagian daripada operasi berkala, tetapi ia adalah merupakan perkara
pokok dalam penyenggaraan. Operasi ini adalah merupakan
penyenggaraan harian yang perlu dilaksanakan sebaik sahaja penggunaan
sesebuah mesin dan peralatan makmal itu tamat. Perlaksanaan ini dapat
membantu mempercepatkan aktiviti makmal kerana segala mesin dan
peralatan ini sentiasa bersedia untuk digunakan pada kesokan harinya.
3. Penggantian
Apabila sesuatu unsur, bahan atau bahagian pada sesebuah mesin atau
peralatan didapati sudah tidak lagi sesuai untuk digunakan atau telah
menurun darjah kecekapannya, maka ianya perlulah di baiki atau diganti.
Antara sebab penggantian perlu dilakukan adalah apabila unsur-unsur ini
tidak lagi memenuhi fungsinya atau sekiranyanya terus digunakan akan
menyebabkan kos penyenggaraan menjadi lebih tinggi dari yang
sepatutnya.
Pemeriksaan dan ujian mesin
Setiap mesin dan peralatan perlu melalui satu kaedah pemeriksaan dan ujian bagi memastikan
setiap satu daripadanya berada dalam keadaan baik, berfungsi dan selamat untuk digunakan. Bagi
memastikan proses ini terancang , dilaksanakan dan terkawal maka satu jadual pemeriksaan dan
ujian berkala perlu diwujudkan. Begitu pun adakalanya pemeriksaan dan ujian secara rawak perlu
dilakukan terhadap mesin dan peralatan makmal bagi memastikan langkah-langkah pengawasan
dipatuhi dan penyenggaraan telah dilakukan dengan berkesan. Pemeriksaan dan ujian terhadap
mesin dan peralatan makmal hendaklah dipertanggungjawab dan dilaksanakan hanya kepada
156
orang kompeten atau orang yang bertindak di bawah orang kompeten yang dilantik. Setiap
pemeriksaan, ujian dan pelaksanaan kerja senggara mesin dan peralatan perlulah terlebih dahulu
merujuk kepada manual arahan yang dibekalkan bersama-sama mesin dan peralatan tersebut bagi
tujuan keselamatan.
Penyenggaraan bahan
Bahan mentah yang dibekalkan kepada makmal juga perlukan kerja senggara agar hayat dan
pusing guna bahan tersebut dapat menjamin ’kesegarannya’. Pelbagai bahan-bahan makmal yang
terlibat di dalam aktiviti makmal sesuai dengan makmal dan latar belakang bidang industrinya.
Justeru itu pelbagai kaedah boleh digunakan untuk kerja senggara bahan dan ianya perlu
dibezakan dengan berasaskan kepada jenis, sifat, tempoh hayat, kaedah penstorannya, kaedah
perlindungannya dan pelbagai lagi ciri-ciri yang terdapat pada bahan-bahan makmal tersebut.
Kaedah penstoran yang betul dan berkesan secara tidak langsung juga dapat membantu
meningkatkan tahap kesegaran dan tempoh hayat fizikal bahan tersebut. Seperti mesin dan
peralatan makmal, bahan juga memerlukan satu kaedah serta jadual pemeriksaan dan ujian bagi
memastikan kesegarannya sentiasa menepati piawaian yang dikehendaki.
Bagi bahan-bahan makmal yang perlu dibekalkan dalam kuantiti yang besar, kaedah dan kawalan
pengeluarannya perlulah dibuat secara terancang dan sentiasa perlu merujuk kepada sistem stok
atau inventori yang telah ditetapkan. Bagi memudahkan sistem pengeluaran bahan ini dari stor
secara berkesan, sistem masuk dulu-keluar dulu (MDKD) adalah yang terbaik untuk digunakan
bagi mengawal sambil menyenggaranya. Begitu pun kerja penyenggaraan bahan makmal secara
keseluruhannya akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan seandainya sistem penstoran telah
dilakukan dengan baik, berkesan serta selamat.
157
Rumusan
Cabaran utama pengurusan penyenggaraan ialah untuk meningkatkan kesedaran diri kepada
tenaga kerja dan juga semua pengguna lain tentang pentingnya tanggung jawab ini. Budaya
senggara, sikap cintai persekitaran dan menghapuskan budaya musnah laku perlu sentiasa
dipupuk dan diamalkan pada setiap tenaga kerja. Kerja penyenggaraan memerlukan daya usaha
dan komitmen semua pihak baik diperingkat up-stream maupun diperingkat down-stream. Ia
memerlukan visi dan perancangan dengan mengambilkira satu bentuk perlaksanaan yang
berterusan.