Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    1/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    158

    BBBaaabbb 999:::

    AAANNNAAALLLIIISSSIIISSS DDDAAANNN IIINNNTTTEEERRRPPPRRREEETTTAAASSSIII MMMAAARRRKKKAAAHHHPPPEEENNNTTTAAAKKKSSSIIIRRRAAANNN &&& MMMEEELLLAAAPPPOOORRR PPPEEENNNTTTAAAKKKSSSIIIRRRAAANNN PPPEEELLLAAAJJJAAARRR

    Di akhir bab ini, anda harus boleh:

    Membezakan antara statistic deskriptif dan inferensial

    Mengukur berbagai ukuran tercondong pusat

    Menerangkan kegunaan markah standard

    Menghitung mata z dan mata T

    Menerangkan ciri-ciri lengkung normal

    Menerangkan peranan norma dalam ujian standard

    Menerangkan bagaimana hasil pentaksiran digunakan

    Menyenaraikan jenis-jenis maklumat yang terdapat dalam laporan pentaksiran

    Membincangkan format laporan pentaksiran

    Menerangkan perlunya kerahsiaan

    BAB SEPINTAS LALU

    9.1 Mengapa Gunakan Statistik?

    9.2 Menerangkan Markah Ujian

    Tercondong pusat

    Penyerakan

    Pencongan

    9.3 Mata Standard

    Mata z

    MataT9.4 Lengkung Normal

    9.5 Norma-norma9.6 Letakkan Pensil Di bawah

    9.7 Bagaimanakah Hasil Pentaksiran

    Pelajar Digunakan?

    9.8 Siapakah Pembaca Yang

    Disasarkan Dalam Laporan

    Pentaksiran Pelajar?

    9.9 Apakah Jenis Maklumat Yang

    Harus Dimasukkan Dalam

    Laporan Pentaksiran Pelajar?

    9.10 Apakah Format Laporan

    Pentaksiran Pelajar?

    9.11 Bagaimanakah Maklumat Dalam

    Laporan Pentaksiran PelajarDigunakan?

    9.12 Kerahsiaan

    Ringkasan

    Istilah Penting

    Rujukan

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    2/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    159

    Semua data yang anda telah kumpulkan tentang ujian prestasi pelajar

    akan terpaksa dianalisis. Dalam bab ini kita akan menumpukan kepada analisis

    dan interpretasi data yang anda telah kumpulkan tentang pengetahuan, kemahiran

    dan sikap pelajar anda.

    Anda menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang anda telah

    kumpulkan tentang pelajar anda secara kuantitatif dan secara kualitatif. Untukanalisis data kuantitatif, berbagai alat statistik digunakan. Contohnya, statistik

    digunakan untuk menunjukkan agihan markah dalam ujian geografi dan purata

    markah yang diterima oleh pelajar.

    Selepas mengumpul dan menganalisis data pentaksiran pelajar yang

    dikumpul, langkah seterusnya adalah untuk menyediakan maklumat tersebut

    kepada pihak berkepentingan yang berkenaan seperti ibubapa, pentadbir sekolah,

    pihak berkuasa, bakal majikan dan komuniti. Format laporan dan maklumat yang

    dimasukkan akan bergantung kepada pembaca yang disasarkan. Maklumat harus

    disampaikan dalam suatu bentuk yang dapat menggalakkan pembaca tersebut

    membaca dan memahami laporan tersebut. Tahap perincian yang dimasukkan

    dalam laporan akan bergantung kepada permintaan pembaca dan samada ia akan

    digunakan dengan berkesan.

    Bab 1: Pengenalan

    Bab 2: Memutuskan apa yang akan ditaksir

    Bab 3: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Objectif

    Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Karangan

    Bab 5: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Projek dan Amali

    Bab 6: Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Pencerapan, Ujian

    Lisan, dan Portfolio

    Bab 7: Kebolehpercayaan dan Kesahan Kaedah Pentaksiran

    Bab 8: Analisis Item

    Bab 9: Analisis Pemarkahan Ujian dan Melaporkan Pentaksiran Pelajar

    9.1 APAKAH ITU STATISTIK?

    Bagi sesetengah orang, perkataan statistik selalunya dikaitkan dengan

    nombor sementara sesetengah berpendapat bahawa seseorang itu harus bagus dalam

    matematik untuk memahami dan menggunakan statistik. Kedua-dua persepsi iniadalah tidak sepenuhnya tepat. Statistik adalah lebih lagi daripada sekadar nombor.

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    3/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    160

    Tentunya, ia melibatkan menghimpun, mengklasifikasi dan mentabulasi nombor-

    nombor tetapi yang lebih penting adalah bagaimana kita menganalisis data untuk

    tujuan membuat keputusan dan membuat generalisasi. Malah, ramai diantara kita

    menggunakan statistik tanpa menyedarinya. Sebagai contoh, apabila kita mengatakan

    tentang mata purata matematik, pendapatan per kapita ibubapa dalam sebuah daerah,

    peratus pelajar yang mendapat A, kita menggunakan bahasa statistik. Apakah itu

    statistik?

    American Heritage Dictionary mentakrifkan statistic sebagai:

    "Suatu koleksi, penyusunan, dan interpretasi matematik tentang data

    numerik, khususnya analisis ciri-ciri populasi dengan membuat

    inferensi daripada persampelan." (diterjemah)

    The Merriam-Websters Collegiate Dictionary mentakrifkan statistic sebagai

    suatu cabang matematik berkaitan koleksi, analisis, interpretasi, dan

    persembahan data numerik yang banyak". (diterjemah)

    Jon Kettenring, President American Statistics Association mentakrifkan statistik

    sebagai

    "suatu sains mempelajari daripada data. Statistik adalah penting untukmengendali sebuah kerajaan dengan baik, pembuatan keputusan asas

    dalam industri, dan komponen utama dalam kurikulum pendidikan

    pada semua peringkat." (diterjemah)

    Pendeknya, statistic adalah berkaitan analisis, interpretasi dan persembahan

    data. Ia dapat diaplikasikan dalam berbagai disiplin akademik daripada sains-sains

    fizikal dan sosial kepada kemanusiaan. Statistik digunakan dengan meluas oleh

    penyelidik-penyelidik dalam pendidikan dan guru-guru dalam bilik darjah. Dalammengaplikasi statistik dalam pendidikan, kita bermula dengan sebuah populasi untuk

    dikaji. Ini mungkin seluruh pelajar Tahun 5 sekolah rendah di Malaysia yang

    mungkin lebih kurang 500,000 orang murid di seluruh negara. Oleh sebab faktor

    practikal, daripada mengumpul data tentang seluruh populasi, kita selalunya memilih

    atau mengeluarkan sebuah subset daripada populasi yang dipanggil sebuah sampel.

    Dalam erti kata lain, 40 orang murid Tahun 5 yang anda ajar adalah sebuah sampel

    populasi murid-murid Tahun 5 dalam negara ini. Data yang anda kumpul tentang

    pelajar dalam kelas anda boleh dikenakan DUA jenis analisis statistik bergantung

    kepada tujuan anda:

    Statistik Deskriptif:Anda menggunakan teknik-teknik statistic ini untuk menerangkan

    bagaimana pencapaian pelajar anda. Sebagai contoh, anda menggunakan

    teknik statistik deskriptif untuk membuat ringkasan data dalam suatu cara

    yang berguna samada secara numeric atau grafik. Matlamatnya adalah untuk

    mempersembahkan data yang dikumpulkan agar ia dapat difahami oleh guru,

    pentadbir sekolah, ibubapa, komuniti dan Kementerian Pelajaran. Teknik-

    teknik deskriptif yang biasa digunakan adalah min atau purata serta sisihan

    piawai. Data mungkin juga dipersembahkan secara grafik dengan

    menggunakan berbagai jenis carta dan graf.

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    4/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    161

    Statistik Inferensial: Anda menggunakan teknik-teknik statistik inferensialapabila anda ingin membuat inferensi tentang populasi berdasarkan sampel

    anda. Anda menggunakan statistic inferensial apabila anda ingin mencari

    tentang perbezaan antara kumpulan pelajar, hubungan antara pemboleh ubah

    atau apabila anda ingin meramal tentang prestasi pelajar. Sebagai contoh, anda

    ingin mencari samada pencapaian pelajar-pelajar lelaki lebih baik daripada

    perempuan atau samada terdapat hubungan antara prestasi dalam pentaksiran

    kerja kursus dan peperiksaan akhir. Statitik inferensial yang selalu digunakan

    adalah ujian t, ANOVA dan regresi linear.

    9.2 MENGAPA GUNAKAN STATISTIK?

    Misalnya, anda telah memberikan sebuah ujian geografi yang terdiri daripada

    30 soalan aneka pilihan kepada sebuah kelas dengan 40 orang pelajar di akhir

    semester dan anda mendapat markah untuk setiap pelajar yang merupakan sebuah

    sampel ukuran keupayaan pelajar. Perlakuan yang diuji mungkin keupayaanmenyelesai masalah dalam geografi seperti membaca peta, glob dan interpretasi graf.

    Salah seorang pelajar anda bernama Mei Ling telah menjawab 9 soalan dengan betul

    sementara Lina menjawab 18 soalan dengan betul.

    Adakah ini bermakna bahawa pengetahuan dan kemahiran tentang geografi Linaadalah lebih baik daripada Mei Ling?

    Adakah ini bermakna bahawa pengetahuan dan kemahiran tentang geografi Lina

    adalah dua kali ganda pengetahuan dan kemahiran Mei Ling?

    Apakah markah-markah 9 dan 18 dalam peratusan?

    Markah-markah ini adalah sukar untuk diinterpretasi kerana mereka adalah

    markah mentah. Markah mentah

    mungkin mengelirukan sekiranya ia

    tidak merujuk kepada suatu unit.

    Dengan itu, masuk akal sekiranya

    anda mengalihkan markah tersebut

    kepada suatu unit seperti peratusan

    dan anda mendapat 30% untuk Mei

    Ling dan 60% untuk Lina.

    Malahan penggunaan

    peratusan mungkin juga kurang

    bermakna. Misalnya, denganmendapat 60% dalam ujian geografi

    mungkin dianggap baik sekiranya

    ujian tersebut merupakan sebuah ujian

    yang sukar. Sebaliknya, sekiranya ujian tersebut dianggap senang, maka 60%

    mungkin dianggap sekadar sederhana. Dalam erti kata lain, untuk mendapatkan

    gambaran yang lebih jelas tentang markah yang diterima oleh pelajar dalam ujian

    geografi tersebut, guru harus:

    Cari pelajar manakah yang menerima markah tertinggi dalam kelas danbilangan soalan yang dijawab dengan betul.

    Cari pelajar manakah yang menerima markah terendah dalam kelasdan yang dijawab dengan betul.

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    5/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    162

    Cari bilangan soalan yang dijawab dengan betul oleh semua pelajardalam kelas.

    Ini menunjukkan bahawa markah yang diterima oleh seorang pelajar dalam

    sebuah ujian harus diteliti dengan cermat. Tidak memadai untuk sekadar melapor

    markah yang diterima. Maklumat tambahan harus diberi tentang markah yang

    diterima, dan untuk melakukan ini anda harus gunakan statistik

    9.3 MENERANGKAN MARKAH UJIAN

    Mari kita mengandaikan bahawa anda baru sahaja memberikan sebuah ujian

    Bahasa Inggeris kepada sebuah kelas 35 orang pelajar Tahun 1 sekolah menengah.

    Selepas menanda skrip-skrip tersebut, anda mendapat suatu set markah untuk setiap

    orang pelajar dalam kelas, dan anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana

    prestasi pelajar anda. Lihat Gambarajah 9.1 yang menunjukkan tebaran markah yang

    diperolehi pelajar dalam ujian tersebut. Lajur kekerapan menunjukkan bilanganpelajar yang mendapat markah bagi setiap markah yang ditunjukkan dan peratusan

    ditunjukkan dalam lajur peratusan. Anda boleh menerangkan markah-markah ini

    menggunakan DUA jenis ukuran, iaitu Tercondong Pusat dan Penyerakan.

    A) TERCONDONG PUSAT:

    Terma tercondong pusat merujuk kepada nilai pertengahan dan diukur

    menggunakan min, median dan mod. Ia merupakan suatu indikasi lokasi markah-

    markah. Setiap daripada ketiga-tiga ukuran dihitung dengan cara yang berlainan, dan

    yang mana satu harus digunakan bergantung kepada situasi dan apa yang anda ingintunjukkan (Ebel, 1979).

    i) Min: Min merupakan suatu ukuran tercondong pusat yang paling selalu digunakan.

    Apabila kita memperkatakan purata, kita selalunya merujuk kepada min. Min

    adalah jumlah kesemua nilai (markah) dibahagikan dengan jumlah bilangan item

    (pelajar) dalam suatu set. Keputusannya dipanggil min aritmetik. Dengan

    menggunakan data daripada Gambarajah 9.1 dan mengaplikasi formula di bawah,

    anda boleh mengitung min.

    X 35 + 40 + 41 + 75 2148Min = = = = 53.22N 35 40

    ii) Median: Median ditentukan dengan menyusun markah yang diterima daripada

    nilai yang terendah kepada tertinggi dan mengambil markah yang di pertengahan

    urutan tersebut. Seperti contoh dalam Gambarajah 9.1, median adalah 53. Median

    adalah mata yang membahagikan markah di bawah 50% daripada 50% yang di atas.

    Terdapat 17 orang pelajar dengan markah kurang daripada 53 dan 17 orang yang

    markahnya lebih daripada 52. Sekiranya terdapat bilangan pelajar yang genap, tidak

    aka nada suatu titik di pertengahan. Maka, anda hitungkan median dengan mengambil

    min kedua-dua titik pertengahan, i.e. bahagikan jumlah kedua-dua markah dengan 2.

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    6/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    163

    iii) Mod: Mod adalah mata yang paling selalu berlaku dalam sesuatu set data.Objek

    manakah yang paling kerap tampak dalam set data anda? Dalam Gambarajah 9.1, mod

    adalah 57 kerana 7 orang pelajar telah menerima markah tersebut. Walau

    bagaimanapun, anda boleh juga mendapat lebih daripada satu mod. Sekiranya anda

    mendapat dua mod maka ia adalah bimodal.

    Markah Kekerapan Peratusan

    35 1 2.9

    41 1 2.9

    42 1 2.9

    43 1 2.945 3 8.6

    46 1 2.9

    47 1 2.9

    49 2 5.7

    50 2 5.7

    51 4 11.4

    52 1 2.953 2 5.7

    54 1 2.9

    57 7 20.060 1 2.9

    62 1 2.9

    63 1 2.9

    64 1 2.9

    66 1 2.9

    71 1 2.9

    75 1 2.9

    Jumlah 35 100.0

    Gambarajah 9.1 Penyerakan Markah Bahasa Inggeris Yang DiTerima

    Dalam Kalangan 35 Orang Pelajar

    MEDIAN

    MODIa paling kerap

    berlaku;

    i.e. 7 kali

    17

    17

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    7/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    164

    B) PENYERAKAN:

    Walaupun min memberitahu kita tentang purata prestasi sebuah kumpulan, ia tidak

    memberitahu kita bagaimana rapat kepada purata atau min markah yang telah

    diterima pelajar. Contohnya, adakah setiap pelajar mendapat markah 80% dalam ujian

    tersebut ataupun adakah markah-markah berserakan daripada 0 sehingga 100 peratus.

    Penyerakan adalah agihan markah-markah dan adalah salah satu ukuran yang

    digunakan untuk menerangkan serakan adalah julat dan sisihan piawai.

    i) Julat: Julat markah-markah dalam sebuah ujian merujuk kepada markah terendah

    dan tertinggi yang diterima dalam ujian tersebut. Julat adalah jarak di antara ekstrem-

    ekstrem dalam sebuah penyerakan. Sebagai contoh, markah tertinggi yang diterima

    adalah 75 dan markah terendah yang diterima adalah 40. Maka julat adalah 75 40 =

    35

    Bahasa Malaysia

    75.070.065.060.055.050.045.040.035.0

    Bahasa Malaysia12

    10

    8

    6

    4

    2

    0

    Std. Dev = 8.53

    Mean = 53.2

    N = 35.00

    Markah Bahasa Malaysia

    Gambarajah 9.2

    Graf Menunjukkan

    Penyerakan Markah

    Bahasa Malaysia

    9.1 AKTIVITI

    a) Gambarkan bagaimana statistik berguna semasa

    menganalisis markah yang diterima oleh pelajar dalam

    kelas.

    b) Apakah perbezaan antara min, median dan mod?

    c) Bincangkan perbezaan antara statistik deskriptif dan

    statistik inferential.

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    8/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    165

    MarkahX

    X X ( X X )

    34 3539 = - 4(-4) = 1639 3939 = 0 (0) = 0

    45 4539 = 6 (6) = 3640 4039 = 1 (1) = 132 3239 = -7 (-7) = 4942 4239 = 3 (3) = 937 3739 = -2 (-2) = 444 4439 = 5 (5) = 2536 3639 = -3 (-3) = 941 4139 = 2

    (2) = 4Jumlah 390

    Min (X) =N =

    3910

    ( X X ) = 153

    Gambarajah 9.2 Markah-markah Dalam Ujian Sains Yang Diterima

    Oleh 10 Orang Pelajar

    ii) Sisihan Piawai: Sisihan Piawai merujuk kepada banyak mana markah-markah

    yang diterima oleh pelajar melencong atau menyimpang daripada min. Gambarajah9.1 adalah suatu set markah-markah yang diterima oleh 10 orang pelajar dalam

    sebuah ujian sains. Berdasarkan markah mentah, anda dapat hitungkan sisihan piawai

    menggunakan formula yang diberikan di bawah (Gronlund, 1988).

    Sisihan Piawai = ( X X ) = 153 = 17N 1 9

    = 4.12

    Langkah pertama dalam menghitung sisihan piawai adalah dengan mencari

    min, iaitu 390 dibahagikan dengan 10 = 10.

    Seterusnya dengan menolak min daripada setiap markah dalam lajur yangberlabel X X . Perhatikan bahawa semua nombor dalam lajur ini adalah

    positif. Perbezaan yang dikuasakan seterusnya dijumlahkan dan punca kuasa

    dihitungkan.

    Sisihan Piawai adalah punca kuasa yang positif bagi 153 dibahagikan dengan

    9 dan adalah 4.12.

    Untuk memahami dengan lebih mendalam apa yang dimaksudkan dengan

    sisihan piawai, rujuk kepada Gambarajah 9.3 yang menunjukkan serakanmarkah-markah dengan min yang sama tetapi sisihan piawai yang berbeza.

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    9/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    166

    Untuk Kelas A, dengan sisihan piawai 4.12, lebih kurang 68% (1 sisihanpiawai) pelajar telah mendapat antara 34.88 dan 43.12 markah.

    Untuk Kelas B, dengan sisihan piawai 2, lebih kurang 68% (1 sisihan piawai)

    pelajar telah mendapat antara 37 dan 41 markah.

    Untuk Kelas C, dengan sisihan piawai 1, lebih kurang 68% pelajar telahmendapat antara 38 dan 40 markah.

    Gambarajah 9.3 Penyerakan Markah Dengan Sisihan Piawai Yang

    Berbeza

    Perhatikan bahawa lebih kecil sisihan piawai, markah akan lebih berkemungkinanberlonggok di sekitar min dan sebaliknya. Dengan itu, tidak memadai untuk kita

    hanya meneliti min sahaja kerana sisihan piawai dapat memberikan maklumat tentang

    serakan markah-markah di sekeliling min. Kelas manakah anda rasa telah mendapat

    pencapaian yang lebih baik? Min tidak memberitahu kita kelas mana yang telah

    mendapat pencapaian yang lebih baik. Kelas C telah mendapat pencapaian yang

    terbaik kerana lebih kurang dua pertiga () pelajar telah mendapat markah di antara38 dan 40.

    Kelas B 37.00 39 41.00 SP = 2.00

    Kelas C 38.00 39 40.00 SP = 1.00

    Kelas A 34.88 39 43.12 SP = 4.12

    SEMAK KENDIRI 9.1

    a) Apakah perbezaan di antara julat dan sisihan piawai?

    b) Apakah perbezaan di antara sisihan piawai 2 dan sisihan piawai

    5?

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    10/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    167

    PENCONGANPencongan merujuk kepada simetri suatu serakan. Suatu serakan dikatakan

    terpencong sekiranya satu daripada ekornya adalah lebih panjang daripada yang satu

    lagi. Rujuk kepada Gambarajah 9.4(a) yang menunjukkan serakan markah-markah

    yang diterima oleh 38 orang pelajar dalam ujian Sejarah. Terdapat pencongan negatif

    kerana ia mempunyai ekor yang mengarah kepada arah negatif. Apakah maksudnya?

    Ia bermaksud bahawa lebih ramai pelajar mendapat markah yang tinggi dalam ujian

    Sejarah tersebut yang menunjukkan bahawa samada ujian tersebut terlalu senang

    ataupun kaedah mengajar dan bahan yang digunakan Berjaya menghasilkan hasil

    pembelajaran yang diinginkan.

    History Scores

    90.080.070.060.050.0

    History Scores20

    10

    0

    Std. Dev = 9.79

    Mean = 80.9

    N = 38.00

    Gambarajah 9.4 (a) PenconganNegatif

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    11/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    168

    Rujuk kepada Gambarajah 9.4(b) yang menunjukkan serakan markah-markah

    yang diterima oleh 38 orang pelajar dalam ujian Biologi. Terdapat pencongan positi f

    kerana ia mempunyai ekor yang lebih panjang di arah positif. Apakah maksudnya? Ia

    bermaksud bahawa lebih ramai pelajar mendapat markah rendah dalam ujian biologi

    yang menunjukkan bahawa ujian tersebut terlalu susah. Sebaliknya, ia mungkin jugabermaksud bahawa soalan-soalan ujian tidak jelas ataupun kaedah mengajar dan

    bahan gagal menghasilkan hasil pembelajaran yang diinginkan.

    Biology Scores

    65.060.055.050.045.0

    Biology Scores16

    14

    12

    10

    8

    6

    4

    2

    0

    Std. Dev = 6.26

    Mean = 51.3

    N = 38.00

    Gambarajah 9.4 (b) Pencongan Positif

    9.1 AKTIVITI

    Seorang guru telah mentadbir sebuah ujian Bahasa Inggeris

    kepada10 orang murid dalam kelasnya. Murid-murid itu

    telah mendapat markah-markah berikut: 14, 28, 48, 52, 77,

    63, 84, 87, 90 dan 98. Bagi penyerakan markah berikut,

    cari yang berikut:a) min

    b) median

    c) julat

    d) sisihan piawai

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    12/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    169

    9.3 MARKAH STANDARD

    Selepas memberikan ujian, ramai guru akan melaporkan markah mentah yang

    diterima oleh pelajar. Contohnya, Zulinda, seorang pelajar tingkatan IV telah

    mendapat markah berikut dalam peperiksaan akhir semester: 80 untuk Sains

    72 untuk Sejarah

    40 untuk Bahasa Inggeris

    Dengan markah mentah tersebut sahaja, apakah yang dapat anda katakana tentang

    pencapaian Zulinda dalam ujian-ujian tersebut ataupun kedudukannya dalam kelas?

    Sebenarnya, tidak banyak yang anda akan dapat katakan. Tanpa mengetahui

    bagaimana markah mentah tersebut dibandingkan dengan penyerakan markah untuk

    setiap mata pelajaran, adalah sukar untuk kita

    membuat rumusan yang bermakna tentang

    prestasinya secara bandingan dalam setiap ujiantersebut. Bagaimanakah anda menjadikan markah

    mentah tersebut lebih bermakna?

    Andaikan bahawa markah untuk ketiga-tiga

    ujian tersebut mempunyai penyerakan yang lazim.

    Min dan sisihan piawai ketiga-tiga ujiantersebut adalah seperti berikut:

    o Sains: Min = 90 dan Sisihan Piawai

    = 10

    o Sejarah: Min = 60 dan Sisihan

    Piawai = 12

    o Bahasa Inggeris: Min = 40 dan

    Sisihan Piawai = 15

    Berdasarkan kepada maklumat tambahan tersebut, pernyataan apakah yang dapat anda

    buat tentang prestasi Zulinda dalam setiap ujian tersebut? Berikut adalah beberapa

    kesimpulan yang dapat anda buat:

    Zulinda telah mendapat markah terbaik dalam mata pelajaran Sejarah danmarkah mentahnya sebanyak 72 markah jatuh pada satu sisihan piawai di atas

    min.

    Markah yang kedua terbaiknya adalah dalam mata pelajaran Bahasa Inggerisdan markah mentahnya sebanyak 40 markah jatuh tepat pada min dalam

    penyerakan markah. Akhir sekali, walaupun markah mentahnya untuk mata pelajaran Sains adalah

    80 markah, ia jatuh pada satu sisihan piawai di bawah min.

    A) MATA ZDengan mengalih markah mentah Zulinda kepada mata z, kita dapat katakana

    bahawa pencapaiannya adalah:

    Mata z +1 untuk Sejarah

    Mata z 0 untuk Bahasa Inggeris

    Mata z - 1 untuk Sains

    Apakah mata z? Bagaimanakah kita menghitung mata z? Mata z adalah sejenismarkah standard. Terma markah standardadalah suatu nama umum untuk mengubah

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    13/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    170

    markah mentah kepada suatu skala yang lain menggunakan min dan sisihan piawai

    yang ditentukan terlebih dahulu. Mata Z memberitahu berapa sisihan piawai jauhnya

    daripada min letaknya markah tersebut. Mata Z boleh jadi positif atau negatif. Mata z

    yang positi menunjukkan bahawa nilainya adalah di atas min sementara nilai mata z

    yang negatif menunjukkan bahawa nilai tersebut adalah di bawah min. Matazadalah

    markah mentah yang telah diubah atau dialih kepada suatu skala dengan min yang

    ditentukan terlebih dahulu di antara 0 dan sisihan piawai yang ditentukan terlebih

    dahulu pada 1. Mata z sebanyak 6 bermaksud bahawa markah tersebut adalah 6

    sisihan piawai di bawah min.

    Formula yang digunakan untuk mengalihkan markah mentah kepada mata z

    melibatkan menolak min daripada markah mentah tersebut dan membahagikannya

    dengan sisihan piawai.

    Mari kita gunakan formula ini untuk mengalih markah Kumar sebanyak 52 yang

    diterimanya dalam ujian geografi. Min untuk ujian tersebut adalah 70 dan sisihan

    piawai adalah 7.5.

    __XX 5270 18

    z = = = = 2.4

    SD 7.5 7.5

    Mata z yang dihitung untuk markah mentah sebanyak 52 adalah 2.4 yang

    bermaksud bahawa markah Kumar untuk ujian Geografi terletak pada 2.4 sisihan

    piawai di bawah min.

    CONTOH: Menggunakan mata z untuk membuat keputusan

    Seorang guru telah menjalankan dua buah ujian Bahasa

    Melayu kepada pelajar kelas Tingkatan Empat A, Tingkatan

    Empat B dan Tingkatan Empat C. Dua pelajar terbaik dalam

    Tingkatan Empat C adalah Seng Huat dan Mei Ling. Guru

    merancang untuk memberi hadiah kepada pelajar terbaik

    dalam Bahasa Melayu dalam Tingkatan Empat C tetapi dia

    tidak pasti siapa pelajar yang lebih baik di antara mereka.

    Ujian 1 Ujian 2

    Seng Huat 30 50Mei Ling 45 35

    __

    X X

    z =SD

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    14/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    171

    Min 42 47

    Sisihan Piawai 7 8

    Guru tersebut boleh menggunakan min untuk menentukan siapa yang lebih baik.

    Tetapi, kedua-dua pelajar mempunyai min yang sama. Bagaimanakah harus guru

    membuat keputusan? Dengan menggunakan mata z dapat memberitahu guru jauh

    manakah daripada min markah-markah dua orang pelajar itu dan dengan itu siapa

    yang telah mencapai prestasi yang lebih baik. Dengan menggunakan formula di atas,

    guru menghitung mata z seperti ditunjukkan di bawah:

    Ujian 1 Ujian 2 JUMLAH

    Seng Huat 3042 = 1.71 5047 = 0.375 1.34

    7 8

    Mei Ling 4542 = 0.43 3547 = 1.50 1.07

    7 8

    Selepas meneliti jadual di atas, guru mendapati bahawa Seng Huat dan Mei Ling

    mendapat mata z yang negative bagi jumlah kedua-dua ujian. Walau bagaimanapun,Mei Ling telah mendapat mata z yang lebih tinggi (1.07) berbanding mata z

    keseluruhan Seng Huat (1.34). Dalam erti kata lain, markah keseluruhan Mei Ling

    lebih hampir daripada min dan dengan itu guru merumuskan bahawa Mei Ling telah

    mendapat pencapaian lebih baik daripada Seng Huat.

    Mata Z adalah secara bandingan lebih mudah untuk digunakan tetapi ramai

    pendidik kurang selesa menggunakannya, terutamanya apabila markah ujian didapati

    dalam nombor negatif. Adakah anda gemar sekiranya markah matematik anda

    dilaporkan sebagai 4? Untuk sebab itu, mata T merupakan kaedah lain kepada

    markah standard.

    B) MATA TMata T telah digubal oleh W. McCall dalam tahun 1920an dan merupakan salah satu

    markah standard yang biasa digunakan sekarang. Mata T digunakan dengan meluas

    dalam psikologi dan pendidikan, khususnya semasa melapor prestasi dalam ujian

    standard (Nitko, 1983). Mata T adalah markah standard dengan min 50 dan sisihan

    piawai 10. Formula untuk menghitung mata T adalah:

    T = 10 (z) + 50

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    15/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    172

    Sebagai contoh, seorang pelajar mendapat mata z 1.5 dan untuk mengalihkan itu

    kepada mata T anda menghitungkannya seperti berikut:

    T = 10 (z) + 50 = 10 (1.0) + 50 = (10) + 50

    = 40

    Apabila mengalihkan mata z kepada mata T, anda harus berhati-hati agar tidak

    menghilangkan semua nilai negatif. Dengan menghilangkan nilai-nilai negative akan

    menghasilkan markah yang sama sekali berbeza.

    9.4 LENGKUNG NORMAL

    Lengkung normal (juga dikenali sebagai lengkung loceng) merupakan suatu

    lengkung hipotetikal yang mewakili semua fenomena yang berlaku yang normal.

    Dalam suatu penyerakan yang normal, min, median dan mod mempunyai nilai yang

    sama. Adalah diandaikan bahawa sekiranya kita mengambil sebuah sampel sesuatu

    ciri seperti ketinggian lelaki Malaysia, anda akan dapati bahawa purata ketinggian

    mereka adalah 5 kaki 4 inci. Walau bagaimanapun, akan terdapat beberapa orang

    lelaki yang secara bandingan lebih rendah dan bilangan yang sama di antara mereka

    lebih tinggi. Dengan membuat plot ketinggian semua lelaki Malaysia mengikut

    kekerapan berlakunya, anda dapat jangkakan menerima suatu lengkungan yang seperti

    lengkungan penyerakan normal. Gambarajah 9.5 menunjukkan lengkunganpenyerakan normal untuk IQ berdasarkan kepada Wechsler Intelligence Scale for

    Children. Dalam suatu penyerakan yang normal, lebih kurang dua pertiga ()daripada individu akan mempunyai IQ di antara 85 dan 115 dengan min 100. Menurut

    the American Association of Mental Retardation (2006), individu-individu yang

    mempunyai IQ kurang daripada 70 mungkin dapat diklasifikasikan sebagai terencat

    mental ataupun tercabar mentalnya dan mereka yang mempunyai markah IQ lebih

    daripada 130 mungkin boleh dianggap sebagai berbakat.

    Sama juga, markah ujian yang mengukur sesuatu ciri seperti kefasihan bahasa,

    keupayaan kuantitatif ataupun kecelikan sains sesuatu populasi tertentu boleh

    dijangka menghasilkan sebuah lengkungan normal. Lengkungan normal dapatdibahagikan mengikut sisihan-sisihan piawai (i.e. 4, 3 +3 dan 4) yang

    9.2 AKTIVITI

    Co Alihkan mata z berikut kepada mata TMata Z Mata T

    + 1.0 _____

    2.4 _____

    + 1.8 _____

    Kenapakah anda harus gunakan mata T dan bukan mata z semasa

    melaporkan prestasi pelajar dalam bilik darjah?

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    16/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    173

    ditunjukkan pada paksi horizontal. Ruang dalam lengkungan antara sisihan-sisihan

    piawai ditunjukkan dalam peratusan pada gambarajah. Sebagai contoh, ruang di

    antara min dan sisihan piawai +1 adalah 34.13%. Sama juga, ruang di antara min dan

    sisihan piawai1 adalah juga 34.13%. Dengan itu, ruang di antara sisihan piawai 1

    dan sisihan piawai +1 adalah 68.26%. Ini bermaksud bahawa dalam sebuah

    penyerakan yang normal, 68.26% individu akan mendapat markah di antara sisihan-

    sisihan piawai1 dan +1.

    Dalam menggunakan lengkungan normal, adalah penting untuk membuat

    perbezaan di antara nilai-nilai sisihan piawai dan markah-markah sisihan piawai.

    Suatu nilai sisihan piawai adalah konstan dan ditunjukkan pada paksi horizontal

    dalam Gambarajah 9.5. Sebaliknya, markah sisihan piawai adalah markah yang

    diterima apabila kita menggunakan formula sisihan piawai (yang kita telah

    bincangkan terlebih dahulu). Sebagai contoh, sekiranya kita menerima suatu sisihan

    piawai bersamaan dengan 5, maka markah untuk 1 sisihan piawai adalah 5 dan

    markah untuk 2 sisihan piawai adalah 10, markah untuk 3 sisihan piawai adalah 15

    dan seterusnya. Nilai sisihan piawai1,2, dan3 akan mempunyai markah negativeyang sama negatif iaitu5,10 dan15.

    Perhatikan bahawa dalam Gambarajah 9.5, mata z ditunjukkkan daripada + 1

    kepada +4 dan 1 kepada 4 dengan min sebagai 0. Setiap senggang adalah

    bersamaan dengan satu sisihan piawai. Sama juga, mata T dilaporkan daripada 10

    hingga 90 (senggang 10) dengan min ditentukan pada 50. Setiap senggang 10 adalah

    bersamaan dengan satu sisihan piawai.

    -4 -3 -2 -1 0 +1 +2 +3 +4

    10 20 30 40 50 60 70 80 90Mata T

    Mata Z

    Sisihan

    Piawai-4s -3s -2s -1s Min +1s +2s +3s +4s

    Gambarajah 9.5 Lengkungan Penyerakan Normal

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    17/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    174

    9.5 NORMA-NORMA

    Dalam pentaksiran merujuk norma, prestasi individu dinilai berbanding

    dengan prestasi orang lain. Ujian merujuk norma jarang digunakan di Malaysia tetapidi Amerka Syarikat, ujian-ujian standard digunakan dengan meluas. Kemungkinan,

    disebabkan sistem pendidikan yang nyah pusat, pentaksiran berasaskan sekolah

    diamalkan dengan meluas. Tidak ada peperiksaan kebangsaan seperti PMR atau SPM

    seperti di Malaysia. Dengan itu, guru di Amerika Syarikat yang ingin mengetahui

    bagaimana prestasi pelajar mereka berbanding dengan pelajar lain dalam negara,

    bergantung kepada ujian merujuk norma untuk membandingkan prestasi pelajar

    mereka dengan prestasi pelajar lain dalam kumpulan norma.

    Apakah itu norma-norma? Norma adalah ciri-ciri sebuah populasi yang

    dianggar dengan tepat daripada ciri-ciri sebuah sampel subset populasi (dipanggil

    sampel atau sampel norma). Berdasarkan sampel norma, norma dapat dihasilkan.

    Contohnya, sekiranya anda mendapat norma keupayaan membaca kanak-kanakberlainan kumpulan umur, anda akan boleh membandingkan prestasi seorang budak

    berumur 7 tahun dalam kelas anda dalam ujian keupayaan membaca dengan seluruh

    populasi. Dalam erti kata lain, anda boleh tentukan samada budak berumur 7 tahun itu

    membaca pada tahap kanak-kanak berumur 7 tahun dalam negara ini. Dalam

    menentukan norma-norma ini anda perlu pastikan bahawa sampel norma adalah

    mewakili populasi.

    Keupayaan Membaca (Umur 8 Tahun)

    Markah Peratusan

    50 96

    49 9048 84

    47 78

    46 70

    47 66

    46 58

    45 50

    44 45

    Jadual 9.1 Norma Untuk Ujian Keupayaan Membaca

    Perwakilan: Apabila anda membandingkan pelajar anda dengan seluruh

    populasi, anda perlu memastikan bahawa sampel norma adalah mewakili populasi

    tersebut. Dalam erti kata lain, individu yang diuji dalam sampel norma mesti terdiri

    daripada kumpulan umur yang berkenaan, dengan mengambil kira perbezaan jantina,

    lokasi geografi dan perbezaan budaya. Sebagai contoh, kanak-kanak berumur 8 tahun

    yang dipiilih daripada sampel norma harus mencerminkan kanak-kanak berumur 8

    tahun dalam negara mengikut jantina (lelaki dan perempuan), lokasi geografi (Bandar

    atau luar bandar) dan perbezaan budaya. Misalnya, sampel norma terdiri daripada

    3000 kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia dengan 500 kanak-kanak untuk setiap

    kumpulan umur (7 tahun = 500 kanak-kanak, 8 tahun = 500 dan seterusnya). Sampelnorma harus terdiri daripada kanak-kanak daripada semua negeri di Malaysia,

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    18/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    175

    termasuk semua kumpulan kaum dalam negara, diambil daripada latar belakang sosio-

    ekonomi yang berbeza dan lokasi geografi. Berdasarkan sampel norma 3000 orang

    kanak-kanak sekolah rendah, norma hipotetikal berikut tentang keupayaan membaca

    dalam Bahasa Malaysia untuk kanak-kanak Malaysia dapat dihasilkan (lihat

    Gambarajah 9.1).

    Darjat Peratus (peratusan) digunakan dalam ujian-ujian standard yang

    membolehkan guru membandingkan prestasi pelajar mereka dengan kumpulan norma.

    Seorang murid berumur 8 tahun yang mendapat markah sebanyak 48 dalam ujiannya

    mempunyai darjat peratusan 84. Ini bermaksud bahawa murid itu membaca pada

    suatu tahap yang sama ataupun lebih baik daripada 84% murid-murid berumur 8

    tahun yang lain dalam ujian tersebut. Sama juga, seorang murid berumur 8 tahun yang

    mendapat darjat peratusan sebanyak 45 membaca sama dengan atau lebih baik

    daripada 45% murid-murid berumur 8 yang lain dalam sampel norma.

    Untuk menggunakan norma dengan berkesan, anda harus pasti bahawa sampel

    norma adalah bersesuaian dengan tujuan pengujian dan juga dengan orang yang diuji.

    Sekiranya anda menyedari bahawa ujian norma adalah tidak memadai, anda harusberhati-hati kerana anda mungkin mendapat maklumat yang mengelirukan tentang

    keupayaan pelajar anda. Organisasi yang bertanggungjawab untuk membina norma-

    norma harus menyatakan dengan jelas kumpulan-kumpulan yang diuji kerana anda

    ingin pastikan bahawa sampel norma adalah serupa dengan pelajar anda. Dalam erti

    kata lain, sampel norma harus terdiri daripada orang yang sama jenis dalam proporsi

    yang sama sepertimana dalam populasi yang dirujuk. Sampel norma harus cukup

    besar untuk menjadi stabil dalam jangka waktu yang lama.

    999...666LLLeeetttaaakkkkkkaaannn PPPeeennnsssiiilll DDDiii BBBaaawwwaaahhh!!!

    Letakkan Pensil Di Bawah adalah suatu frasa yang biasadigunakan untuk menandakan berakhirna suatu sesi

    pengujian. Tetapi, program pengujian anda tidak berakhir

    dengan mengucapkan perkataan-perkataan itu. Sebenarnya,

    ia adalah permulaan suatu rancangan menyeluruh untuk

    melapor keputusan pentaksiran anda ataupun program

    pentaksiran anda. Penggunaan terancang dan aktif keputusan

    ujian merupakan suatu bahagian penting dalam proses

    pengajaran. Tidak memadai dengan hanya menganalisis data

    pentaksiran dan melapor keputusannya kepada pelajar.

    Sekiranya inilah halnya, maka proses pentaksiran tidak lengkap.

    SEMAK KENDIRI 9.1

    a) Senaraikan beberapa ciri-ciri lengkungan normal.b) Apakah norma? Bagaimanakah norma-norma digunakan?

    c) Adakah anda berpendapat kita harus adakan ujian standard

    dengan norma-norma untuk pengukuran berbagai jenis

    keupayaan?

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    19/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    176

    9.7 Bagaimanakah Keputusan Pentaksiran Pelajar Digunakan?

    Selepas menganalisis data pentaksiran yang anda telah kumpulkan di akhir semester

    atau di akhir tahun, tugasan seterusnya adalah untuk menyediakan sebuah laporantentang maklumat untuk memperbaiki keputusan-keputusan dan membantu pihak

    sekolah atau institusi memperbaiki dan membantu pelajar belajar dengan lebih lagi

    (Morris Fritz-Gibbon dan Freeman, 1987). Berdasarkan laporan tersebut sekolah atau

    institusi akan dapat menentukan:

    sejauhmana ia telah memenuhi semua hasil pembelajaran atau objektif,

    kekuatan dan kelemahan individu bidang pelajaran,

    keperluan pembelajaran pelajar

    samada individu pelajar harus di beri promosi kepada gred atau tahap

    bahagian mana kurikulum sekolah perlukan bantuan.

    Keputusan-keputusan ini adalah penting dan pendidik harus berfikir dengan dalamtentang bagaimana mereka akan melapor keputusan pentaksiran dan kepada siapa

    mereka akan melaporkannya. Mereka merupakan satu-satunya sumber maklumat

    yang dapat dicapai oleh beberapa pembaca tentang pembelajaran pelajar yang

    sebenar. Dengan itu, pendidik harus mereka bentuk dan menyedia laporan tentang

    keputusan pentaksiran dengan berhati-hati. Sekiranya tidak, mereka mungkin

    mengelirukan pembaca dan meyebabkan mereka mentafsir serta menggunakan

    keputusan pentaksiran itu dengan salah.

    9.8 Siapakah Pembaca Yang Ditujukan Dalam Laporan

    Pentaksiran?

    Semasa menyediakan laporan pentaksiran, anda harus sedar siapa pembaca

    kerana terdapat ramai pihak berkepentingan yang terlibat dalam mana-mana sekolah

    atau institusi pendidikan. Mana-mana laporan yang melapor keputusan pentaksiran

    akan bergantung kepada apa yang pembaca berkenaan inginkan dan perlukan. Di

    antara pembaca-pembaca adalah:

    pelajar

    tenaga pengajar

    jawatankuasa penyemak kurikulum

    pentadbir sekolah

    daerah sekolah

    ibubapa

    pihak berkuasa kerajaan

    guru-guru

    persatuan atau kesatuan

    komuniti

    badan akreditasi

    Anda harus sedar apa yang setiap ahli pembaca ingin tahu dan apa yang anda ingin

    agar mereka tahu. Anda harus tentukan jenis data yang mereka faham, berapa banyak

    maklumat yang mereka perlukan, format apakah yang paling berkesan (penceritaan,ringkasan, graf & carta, numerikal). Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    20/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    177

    menghasilkan hanya satu laporan yang ditujukan kepada berbagai pembaca dan dalam

    keadaan-keadaan lainnya anda mungkin menghasilkan beberapa laporan, setiap satu

    ditujukan kepada satu kumpulan pembaca.

    9.9 Jenis Maklumat Apakah Yang Harus Dimasukkan Dalam

    Laporan Pentaksiran?

    Bergantung kepada pembaca, sebuah laporan pentaksiran boleh memuatkan maklumat

    yang cukup untuk menjawab empat soalan asas:

    Yang paling penting adalah untuk menentukan siapakah yang memerlukan maklumat

    tersebut. i.e. apakah yang diperlukan oleh pembaca. Tidak kira siapa pembacanya,

    adalah penting untuk memastikan bahawa maklumat tersebut akan memberikan

    pemahaman yang bermakna kepada mereka tentang

    prestasi institusi pendidikan dan pelajar-pelajar berkenaan.

    Berikut adalah komponen-komponen penting yang harus

    dimasukkan dalam laporan tersebut:

    Apakah yang pelajar telah pelajari dan

    keberkesanan sekolah. Dalam erti kata lain, proporsi

    pelajar yang memenuhi hasil pembelajaran dan objektif.

    o Peratus yang memenuhi jangkaan

    sepenuhnya

    o Peratus yang memenuhi jangkaan

    o Peratus yang tidak memenuhi jangkaan

    Data demografi yang membantu menjelaskan

    populasi sekolah dan mengenal pasti masalah ataukeperluan khusus (e.g., kadar mobiliti, proporsi pelajar

    daripada keluarga berpendapatan rendah).

    Indikator-indikator lain tentang keberkesanan sekolah (e.g., kehadiran,

    keciciran, dan kadar graduasi; penganugerahan akademik; kepuasan),

    Analysis-analisis yang menunjukkan proporsi pelajar dalam berbagai

    kumpulan (e.g., tahap pendapatan, kumpulan minoriti, pelajar dengan

    keperluan khas) yang memenuhi objektif/hasil pembelajaran

    9.10 Apakah Format Laporan Pentaksiran?

    1. Apakah yang telah kita lakukan?

    2. Kenapa kita melakukannya?

    3. Apakah maklumat yang telah kita dapati?4. Bagaimanakah akan kita gunakannya?

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    21/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    178

    Format laporan pentaksiran akan mempengaruhi motivasi pembaca untuk membaca

    laporan tersebut dan juga persepsi yang pembaca perolehi daripada laporan tersebut.

    Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa mereka bentuk laporan:

    Tahap perincian

    o Ada pembaca yang lebih suka ringkasan yang ringkas, mudah dibaca.

    o Ada pembaca yang inginkan banyak butiran.

    o Mungkin perlu untuk menyediakan berbagai laporan untuk pembaca

    yang berlainan.

    Elakkan melapor keputusan yang boleh dikaitkan dengan individu guru.

    Kemungkinan pembaca menginterpretasi keputusan sebagai suatu indikator

    keberkesanan individu guru.

    Putuskan samada setiap hasil pembelajaran akan sentiasa dilaporkan secara

    berasingan atau harus disekalikan.

    Putuskan sekiranya setiap gred akan selalu dilaporkan secara berasingan

    Carta, graf, dan jadual akan digunakan

    o Alat Visual akan digunakan untuk mempersembahkan marklumatdengan lebih berkesan dan bermakna berbanding teks.

    o Alat Visual harus digunakan dengan cermat sebab carta dan graf

    kadang kala mengelirukan (e.g. skala yang digunakan lebih kecil

    daripada julat markah dalam ujian)

    Harus ada keseimbangan antara carta, graf, dan jadual dengan teks

    o Ada orang yang lebih suka meneliti carta, graf, atau jadual untuk

    mendapat maklumat kuantitatif.

    o Ada orang mungkin bosan apabila maklumat diulang-ulang dalam teks.

    o Ada orang yang perlukan maklumat tentang konteks yang

    dipersembahkan dengan nombor dan dimasukkan dalam teks.

    Contoh:Carta Pie adalah cara yang

    sangat bagus untuk

    menunjukkan bahagian-

    bahagian daripada

    keseluruhan. Ia menekankan

    dapatan umum, tetapi tidak

    membuatkan perbezaan kecil

    nampak ketara. Carta Pie

    dengan lebih daripada lima

    atau enam cebisan harus

    dielakkan. Kerana itu, carta

    pie hanya digunakan untuk

    data kategorikal dengan

    bilangan nilai atau kategori yang secara bandingannya kecil. Gunakan carta bar

    apabila anda menunjukkan beberapa kategori.

    Contoh:

    Carta bar selalu digunakanuntuk membandingkan di

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    22/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    179

    antara kumpulan. Carta jenis ini, seperti juga carta pie, digunakan dengan data

    kategorikal, dan boleh melakarkan sehingga lebih kurang 15 kategori dengan

    berkesan. Carta bar membuatkan perbezaan kecil antara kategori nampak jelas.Pilihan format laporan harus berdasarkan bahan dalam laporan dan pembacanya.

    Laporan penuh berguna kepada pembaca yang berminat mendapatkan perincian

    tentang pentaksiran tersebut. Ia juga boleh dijadikan rekod lengkap tentang aktiviti-

    aktiviti pentaksiran. Ringkasan pentaksiran digunakan untuk menekankan dapat-

    dapatan tertentu, untuk memfokus kepada isu-isu khusus, dan untuk meringkaskan

    aktiviti-aktiviti pentaksiran kepada pembaca yang kurang minat membaca laporan

    lengkap. Keputusan juga boleh digunakan dalam nota pentaksiran, risalah, atau

    hebahan untuk menghebahkan sebuah projek pentaksiran atau dapatan ataupun

    menekankan sesebuah program. Laporan web memberikan capaian yang mudah

    kepada berbagai jenis pembaca, menyediakan data yang khusus dan interaktif, serta

    membolehkan pembaca menjawab soalan yang ditujukan khas kepada yangberkenaan.

    Data dipersembahkan sebagai perbandingan dengan standard dan jangkaanatau dengan keputusan daripada tahun-tahun sebelumnya; ataupun dengan

    pentaksiran negeri atau ujian-ujian merujuk norma komersial.

    Pernyataan-pernyataan berkenaan kenapa sesetengah pelajar tidak memenuhi

    hasil pembelajaran/objektif, dan penjelasan tentang usaha-usaha untuk

    memperbaiki pembelajaran pelajar (akan datang, sekarang, atau yang lepas).

    Panjangnya laporanElakkan membenarkan laporan menjadi begitu panjang

    sehinggakan tidak ramai yang akan membacanya.

    Untuk membantu pembacaan susunkan dan buatkan indeks laporan supaya

    pembaca dapat mencari maklumat yang mereka perlukan dengan mudah. Alat-

    alat seperti ringkasan eksekutif dengan muka surat atau rujukan nombor bab

    serta jadual-jadual terperinci tentang kandungan boleh menambah

    keberkesanan laporan.

    9.11 Bagaimanakah Maklumat Dalam Laporan Pentaksiran

    Digunakan?

    Orang yang menggunakan keputusan pentaksiran selalunya membuat rumusan

    tentang domain-domain kandungan yang jauh lebih luas daripada apa yang

    sebenarnya terkandung dalam pentaksiran. Sebagai contoh, mereka memnuat

    pernyataan-pernyataan tentang pencapaian pelajar dalam sejarah dunia atau sainspersekitaran berdasarkan kepada respon-respon kepada hanya beberapa soalan ujian

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    23/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    180

    yang dipaksa pilih. Ataupun, mereka membuat pernyataan umum tentang kemahiran

    menulis pelajar berdasarkan kepada respon-respon kepada satu galakan yang

    memerlukan hanya penulisan ekspositoi, atau tentang keupayaan seni berdasarkan

    kepada sebuah lukisan sebuah rumah. Contoh-contoh ini dengan jelas mewakili

    generalisasi-generalisasi yang tidak cocok. Generalisasi-generalisasi lain yang kurang

    sesuai juga mungkin dibuat dan didapati terlalu lambat bahawa tidak cukup

    pentaksiran dibuat tentang semua pelajar. Sumber-sumber kesalahan mungkin datang

    daripada satu situasi pengujian dan dibawa kepada yang lain. Sekiranya kesalahan

    datang daripada sumber-sumber maklumat yang berlainan seperti prosedur

    pentaksiran yang berlainanberlaku secara rawak, mereka mungkin saling

    memenuhi. Oleh sebab itu, interpretasi dan penggunaan pentaksiran mungkin dapat

    diperbaiki sekiranya ia berasaskan kepada banyak sumber maklumat.

    Sumber maklumat yang banyak akan juga membantu memenuhi kekurangan

    yang maklumat diberi tidak cakupi tentang hasil pembelajaran (Freeman and Lewis.

    1998). Ia berlaku kerana, seperti yang telah dibincangkan dalam bahagian-bahagian

    sebelum ini tentang generalisasi, pentaksiran tersebut telalu ringkas dan mencakupihanya segelintir kandungan. Ataupun, mungkin juga kandungan termasuk

    pengetahuan dan kemahiran, dan prosedut pentaksiran berlainan digunakan (seperti

    sebuah ujian kertas-dan-pensil dan sebuah peperiksaan berasaskan perlakuan) harus

    digunakan dengan berbeza pembahagian. Namun begitu, sumber-sumber yang

    berbagai harus membolehkan pendidik membuat interpretasi dan penggunaan yang

    sah.

    Untuk menjelaskan lagi, kita boleh membuat rumusan yang lebih tepat tentang

    pengetahuan dan kemahiran pelajar berkaitan sebuah perang saudara daripada

    keuputusan beberapa pentaksiran yang setiap satunya menumpu kepada aspek-aspek

    berlainan peperangan tersebut. Pentaksiran-pentaksiran tersebut terdiri daripada

    beberapa jenis, seperti ujian aneka pilihan atau memadankan dan esei-esei tentangsebab-sebab peperangan, keadaan sosial semasa peperangan, ataupun impak

    peperangan kepada negara. Secara bersama, pentaksiran-pentaksiran tersebut

    mencakupi peperangan tersebut dengan lengkap. Beberapa pentaksiran berasaskan

    perlakuan mungkin dapat digunakan--contohnya, memerlukan pelajar memenuhi saru

    tahap pentaksiran sahaja setelah menentukan bahawa penggunaannya adalah

    bersesuaian.

    Tenaga pengajar, kakitangan, dan pentadbir yang terlibat dalam perancangan

    pentaksiran akan lebih mungkin menggunakan keputusan tersebut. Dapatan harus

    dikongsikan dengan ahli fakulti semasa menulis laporan yang boleh menghasilkan

    perbincangan pada peringkat mesyuarat fakulti ataupun perhimpunan tahunan.

    (Apakah yang disampaikan oleh laporan tersebut tentang kursus atau program anda?Apakah perubahan-perubahan yang mungkin dapat dilakukan? Bagaimanakah jabatan

    kita dapat menggunakan keputusan-keputusan tersebut dengan sebaik mungkin?)

    Laporan-laporan atau persembahan-persembahan tambahan boleh disediakan untuk

    pembaca berlainan, bergantung kepada keperluan pentaksiran.

    9.12 Kerahsiaan

    Kerahsiaan adalah sangat penting dalam melapor keputusan pentaksiran.

    Siapakah akan dapat capaian kepada keputusan-keputusan tersebut? Laporan terbukamungkin bersesuaian sekiranya suatu pentaksiran menumpu kepada sebuah program

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    24/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    181

    seluruh university dan keputusan-keputusan dikembangkan pada tahap seluruh

    univerisiti. Melapor kepada pengarah program sahaja mungkin paling sesuai

    sekiranya pentaksiran menumpu kepada memperbaiki sesebuah program. Kumpulan

    pentaksir juga mesti peka terhadap kerahsiaan peserta. Data perlu dikembangkan

    untuk melindungi individu-individu dan komen-komen serta respon kajiselidik yang

    bersifat terbuka disemak untuk menghilangkan pengenalan individu.

    RINGKASAN

    Statistik adalah suatu sains matematikal tentang analisis, interpretasi dan

    persembahan data.

    Data yang dikumpul tentang pelajar boleh dikenakan analisis statistik, yang

    memenuhi dua tujuan: deskriptif dan inferens.

    Terma tercondong pusat merujuk kepada nilai pertengahan dan diukur

    menggunakan min, median dan mod. Ia merupakan suatu petunjuk tentang lokasi

    markah-markah.

    Min adalah jumlah semua nilai (markah) dibahagikan dengan jumlah bilanganitem (pelajar) dalam suatu set.

    Julat markah dalam sebuah ujian merujuk kepada markah terendah dan tertinggiyang diterima dalam ujian tersebut.

    Sisihan piawai merujuk kepada banyak mana markah-markah yang diterima oleh

    pelajar menyimpang atau terkeluar daripada min.

    Pencongan merujuk kepada suatu simetri penyerakan.

    Pencongan yang negative mempunyai ekor yang lebih panjang pada arah negatif.

    Pencongan positif mempunyai ekor pada arah positif.

    Markah standard merujuk kepada markah mentah yang telah dialihkan daripadasatu skala kepada skala yang lain menggunakan min dan sisihan piawai.

    10.1 AKTIVITI

    a) Jenis laporan pentaksiran apakah yang disediakan oleh

    institusi anda?

    b) Berapa banyak maklumat dalam pentaksirankah yang

    digunakan?

    c) Siapakah yang menggunakan maklumat dalam laporan

    pentaksiran?

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    25/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    182

    Mata Z memberitahu berapa sisihan piawai jauhnya daripada min letaknya sebuah

    markah.

    Mata T adalah suatu markah standard dengan min 50 dan sisihan piawai 10.

    Lengkungan normal (juga dipanggil lengkungan loceng) merupakan suatulengkungan hipotetikal yang sepatutnya mewakili semua fenomena lazim yang

    berlaku.

    Dalam pentaksiran merujuk norma, prestasi seorang individu dinilai dengan

    bandingan dengan prestasi orang lain.

    Norma-norma adalah ciri-ciri suatu populasi yang dianggar dengan tepat daripada

    ciri-ciri sebuah subset yang mewakili populasi (dipanggil sampel atau sampel

    norma).

    Penggunaan terancang dan aktif keputusan ujian merupakan sebahagian pentingproses pengajaran.

    Matlamat laporan pentaksiran adalah untuk memperbaiki keputusan-keputusandan membantu sekolah atau institusi memperbaiki dan membantu pelajar belajar

    dengan lebih lagi.

    Pendidik harus mereka bentuk dan menyediakan laporan tentang keputusan

    pentaksiran dengan cermat.

    Semasa menyediakan laporan pentaksiran, kita harus peka tentang siapa

    pembacanya.

    Format laporan pentaksiran akan mempengaruhi motivasi pembaca untuk

    membaca laporan tersebut serta persepsi yang pembaca perolehi daripada laporan

    tersebut.

    Orang yang menggunakan keputusan pentaksiran selalunya membuat rumusan

    tentang domain kandungan yang lebih luas daripada yang sebenarnya tercakup

    dalam pentaksiran.

    Kerahsiaan adalah sangat penting dalam melapor keputusan pentaksiran.

    ISTILAHPENTING

    Statistik deskriptif Sisihan piawai Mata T

    Statistik inferensial Julat Lengkungan Normal

    Tercondong pusat Norma-norma Pencongan PositifMin Penyerakan Pencongan negatif

    Median Mata z Markah standard

    Letakkan Pensil Di Bawah Pihak berkepentingan

    Alat visual Panjangnya laporan Format laporan

    Laporan pentaksiran Kerahsiaan

  • 7/28/2019 Bab 9 Analisis Interpretasi Markah Pentaksiran Melapor Pentaksiran Pelajar

    26/26

    Bab 9: Analisis dan I nterpretasi Markah Pentaksir an & Melapor Pentaksir an

    Pelajar

    183

    RUJUKAN:

    Ebel. L. (1979). Essentials of educational measurement. Englewood Cliff, NJ:

    Prentice-Hall.

    Gronlund, N. (1988). How to construct achievement tests. Engelwood Cliffs,

    NJ: Prentice-Hall.

    Nitko, A. (1983). Educational tests and measurement: An introduction. New

    York: Harcourt Brace Jovanovich.

    Morris, L., Fritz-Gibbon, C. and Freeman, M. (1987). How to communicate

    evaluation findings. Newbury Park: SAGE Publications.

    Freeman, R., & Lewis, R. (1998). Planning and implementing assessment.

    London: Kogan Page Limited.