24
1 SISTEM PENGENDALIAN UNIX BAB 10

bab10_UNIX.ppt

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: bab10_UNIX.ppt

1

SISTEM PENGENDALIAN UNIX

BAB 10

Page 2: bab10_UNIX.ppt

2

Pengenalan Sistem UNIX adalah satu sistem yang

unik disebabkan 3 perkara berikut: Tidak bersandar kepada sesuatu jenis

komputer ataupun CPU ataupun dengan lebih jelas tidak bersandar kepada perkakasan.

Kemudahalihan dari sistem besar sehinggalah ke sistem pengguna tunggal.

Mempunyai utiliti yang berkuasa.

Page 3: bab10_UNIX.ppt

3

Ciri-ciri di atas mementukan cara perlaksanaan dalam 4 pengurusan yang utama iaitu pengurusan ingatan, pengurusan pemproses, pengurusan peranti dan pengurusan fail.

Namun begitu ianya juga mempunyai beberapa kekurangan iaitu tidak mesra-pengguna dan juga tiada mempunyai sebarang piawaian.

Page 4: bab10_UNIX.ppt

4

Senibina UNIX

b

program aplikasi

cc

program aplikasi

cpp

comp

as

ld

sh

nroff

who

a.out

date

wc

grep

ed

vi

ls

kernel

perkakasan

Page 5: bab10_UNIX.ppt

5

Kernel akan berinterkasi dengan peranti jika diminta oleh aturcara

Aturcara seperti who, ed dan yang setara dengannya akan mengaktifkan panggilan sistem untuk berinterkasi dengan kernel.

Panggilan sistem ini akan mengarahkan kernel untuk membuat pelbagai operasi untuk aturcara yang memanggil dan menukarkan data di antara kernel dan aturcara yang memanggil. Aturcara pemanggil ini dinamakan arahan.

Page 6: bab10_UNIX.ppt

6

Pengurusan Ingatan UNIX mempunyai cara pengurusannya

yang tersendiri kerana ia berupaya melakukan kerja dalam mod berbilang aturcara.

Cara pengurusan ingatan yang digunakan adalah ‘Swapping’ dan penghalamanan permintaan.

Ianya bergantung kepada saiz aturcara yang hendak dilarikan.

Page 7: bab10_UNIX.ppt

7

Swapping akan menjadi pilihan terbaik jika aturcara adalah bersaiz kecil dan proses di dalam sistem adalah sedikit.

Dalam kaedah swapping, aturcara yang hendak dilarikan hendaklah dimuatkan keseluruhan ke dalam ingatan.

Polisi yang digunakan adalah round-robin.

Page 8: bab10_UNIX.ppt

8

Penghalaman permintaan memerlukan konfigurasi perkakasan yang rumit.

Ianya juga boleh mengakibatkan pembaziran sistem yang tinggi dan jika proses yang terlibat terlalu banyak boleh menyebabkan sistem gagal berfungsi sama sekali.

Page 9: bab10_UNIX.ppt

9

Pengurusan Pemproses Di antara tugas-tugas yang perlu

dilakukan adalah: Pengagihan CPU Penjadualan proses Melayan permintaan proses

Page 10: bab10_UNIX.ppt

10

Jadual Proses Ianya menyimpan maklumat-

maklumat berikut: Pengenalan proses Pengenalan pengguna Alamat proses Saiz proses Maklumat penjadualan

Page 11: bab10_UNIX.ppt

11

Untuk proses yang berkongsi kod, jadual proses akan mempunyai sub jadual yang dipanggil jadual teks yang mana ianya mengandungi: Alamat ingatan untuk kod yang

dikongsi Pembilang (untuk mengira

penggunaan kod yang dikongsi)

Page 12: bab10_UNIX.ppt

12

Jadual Pengguna dimiliki oleh setiap proses yang aktif menyimpan maklumat-maklumat

berikut: Pengenalan pengguna Pengenalan kumpulan pengguna Penunjuk kepada fail yang digunakan Penunjuk kepada direktori semasa Senarai kepada setiap layanan kepada

sampukan

Page 13: bab10_UNIX.ppt

13

Cara pengurusan : Melaksanakan proses yang mempunyai

keutamaan yang tinggi dahulu Proses yang banyak menggunakan masa

CPU akan mempunyai keutamaan yang rendah

Sistem mengemaskini nilai nisah masa prosesan berbanding dengan masa proses tersebut berada dalam sistem untuk setiap saat

Page 14: bab10_UNIX.ppt

14

Jika beberapa proses mempunyai keutamaan yang sama, maka proses-proses ini digilirkan dengan menggunakan kaedah round-robin

Dalam memilih proses yang berada dalam baris-gilir SEDIA, pengurus pemproses akan memilih proses yang paling lama berada dalam ingatan sekunder

Untuk mengeluarkan proses yang berada dalam ingatan(sedia untuk dilarikan), pengurus proses akan memilih proses yang menunggu penggunaan I/O ataupun yang terbiar

Page 15: bab10_UNIX.ppt

15

Nilai keutamaan akan dikira semula jika terdapat proses yang menunggu penamatan I/O dan tidak bersedia untuk dilarikan bila CPU diperuntukkan.

Ini adalah untuk mengenalpasti proses yang tidak aktif dan juga untuk menghindar terjadinya dikriminasi untuk proses yang terikat I/O

Page 16: bab10_UNIX.ppt

16

Pengurusan Peranti Satu sifat UNIX yang unik adalah ia

melayan peranti-peranti sama seperti ia melayan fail-fail biasa tetapi setiap fail peranti akan diberi Pengenalan. Pengenalan ini mengandungi maklumat

seperti identiti peranti dan ianya disimpan dalam direktori peranti.

Alat yang digunakan untuk menyeliakan penghantaran data kepada peranti dipanggil pemacu peranti dan ianya adalah sebahagian daripada kernel.

Page 17: bab10_UNIX.ppt

17

2 sistem pengurusan I/O Sistem blok I/O

digunakan oleh peranti yang boleh dialamatkan oleh turutan blok 512 bait.

membolehkan pengurus peranti melakukan penimbalan untuk mengurangkan trafik I/O.

polisi LRU (Least Recently Used) digunakan dalam proses penimbalan.

Page 18: bab10_UNIX.ppt

18

Sistem aksara I/O satu sub rutin akan meletakkan aksara ke

dalam baris-gilir dan satu sub rutin lain akan mengambil aksara tersebut

baris-gilir mempunyai masukan yang dipanggil “raw queue’ dan keluaran yang dipanggil “canonical queue”.

Tujuannya adalah untuk melakukan proses penurutan di antara kelajuan masukan pengguna dengan talian komunikasi

Page 19: bab10_UNIX.ppt

19

Setiap peranti mempunyai: kelas atau sistem blok I/O atau aksara

I/O. nombor major peranti – indeks untuk

tatasusunan bagi mencapai kod yang setara bagi pemacu peranti.

nombor minor peranti – dihantar kepada pemacu sebagai argumen dan ia digunakan untuk mencapai peranti yang sama.

Page 20: bab10_UNIX.ppt

20

Antaramuka UNIX adalah sistem

berorientasikan arahan oleh itu ianya tidak mesra pengguna. Arahan yang digunakan adalah pendek dan ini menjimatkan penggunaan aksara.

Contoh : pengguna tatatanda $.

Page 21: bab10_UNIX.ppt

21

Secara amnya penggunaan arahan UNIX adalah seperti berikut:

arahan argumen nama fail arahan - arahan UNIX yang sah seperti ls argumen - kadangkala diwajibkan

kadangkala adalah pilihan seperti ls –a, -a adalah merupakan pilihan dan ianya tidak diwajibkan

nama fail - merupakan nama relatif ataupun nama sebenar

Page 22: bab10_UNIX.ppt

22

Arahan akan diterjemahkan dan seterusnya dilarikan oleh shell yang dikenali sebagai Penterjemah Arahan

UNIX boleh melarikan 2 arahan dengan serentak, ini dapat dilakukkan dengan meletakkan simbol paip iaitu | di antara 2 arahan tersebut.

Page 23: bab10_UNIX.ppt

23

Contoh : who | sort – akan melaksanakan arahan

who dan seterusnya mengisihkan hasilnya Arahan-arahan penapisan seperti wc dan

sort. grep - “global regular expression and

print” adalah untuk mencari rentetan aksara dalam sesuatu fail ataupun keluaran 

pg atau more - untuk mengawal paparan fail yang panjang

Page 24: bab10_UNIX.ppt

24

nohup - “no hangup” arahan yang digunakan untuk melarikan program yang besar tanpa menunggu sehingga ianya selesai

nice - untuk menyatakan kepada sistem bahawa program yang akan dilarikan tidak tergesa-gesa memerlukan sumber dan seterusnya meletak keutamaannya ke tahap yang rendah.