Bab_6.JRouss_JLocke.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/27/2019 Bab_6.JRouss_JLocke.pdf

    1/16

    Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

    1

    BBBAAABBB 666:::

    RRROOOUUUSSSSSSEEEAAAUUU &&& LLLOOOCCCKKKEEE

    Setelah selesai bab ini anda akan dapat:

    Membincang tentang riwayat hidup Rousseau

    Menilai pandangan Rousseau tentang asuhan kanak-kanak

    Menganalisis pendapat Rousseau tentang perkembangan manusia

    Menjelaskan cadangan Locke tentang kesihatan dan pemakanan

    Menilai kurikulum yang dicadangkan Locke

    RINGKASAN BAB

    6.1Siapakah Rousseau?6.2Falsafah pendidikan menurut

    Rousseau

    6.3Perkembangan manusia6.4Siapakah Locke?6.5Matlamat pendidikan menurut

    Locke

    6.6Asuhan kanak-kanak6.7Kurikulum menurut Locke

    Kata Kunci

    Ringkasan

    Rujukan

    Bab ini memberi perhatian kepada pandangan dan hujah-hujah yang dibentangkan oleh

    ahli falsafah Perancis, Jean Jacques Rousseau dan ahli falsafah Inggeris, John Locke.

    Rousseau mengaggap manusia secara semula jadi adalah baik dan perlu dilindungi

    daripada pengaruh tidak sihat. Oleh itu, kanak-kanak perlu dididik dan diasuh di

    persekitran desa sebelum didedahkan kepada dunia sebenar. Locke pula tidak setuju

    dengan pandangan idea semula jadi yang terdapat dikalangan manusia. Sebaliknya

    manusia dianggap sebagai helaian kertas yang bersih dimana segala pengalamandicatatkan.

    Bab 1:

    Pengenalan

    Bab 2:

    Perspektif Awal Tentang Kurikulum

    Bab 3:

    Confucius dan Mencius

    Bab 4:

    Al-Farabi dan Ibnu Sina

    Bab 5:Socrates, Plato & Aristotle

    Bab 6:

    Jean Rousseau & John Locke

    Bab 7:

    Paulo Freire dan Ivan Illich

    Bab 8:

    Rabindranath Tagore and Vivekananda

    Bab 9:Kemahiran Abad ke21

  • 7/27/2019 Bab_6.JRouss_JLocke.pdf

    2/16

    Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

    2

    Jean Jacques Rousseau dilahirkan di Geneva,

    Switzerland pada 28 June, tahun 1712. Sembilan

    hari kemudian, ibu beliau meninggal dunia dan

    diasuh oleh bapanya seorang pembuat jam. Beilau

    diajar oleh bapanya berkenaan sastera Greece dan

    Roman. Bapanya telah berkelahi dengan serang

    Kapten Peranchis dan terpaksa melarikan diri

    daripada Geneva ketika dia berumur 10 tahun. Bapa

    saudaranya seorang pembuat jam telah

    mengambilalih mengasuh Rousseau yang

    mengajarnya sastera Greek dan Roman.

    Rousseau juga menjadi seorang perantis pengukir.

    Walau pun beliau tidak menentang bekerja sebagai

    perantis, beliau menganggap bapa saudara seorang

    yang kejam dan tidak bertimbang rasa. Pada umur

    16 tahun, beliau meninggalkan Geneva dan

    berpindah ke Annecy dan telah berkenalan dengan seorang wanita Perancis daripada

    keluarga aristokrat (baroness) bernama Francoise-Louise de Warens, tiga belas

    tahun lebih tua daripada Rousseau. Francoise-Louise telah menjadi kekasih Rousseaudan melalui pengaruhnya telah menerima pendidikan dan menjadi seorang budiman

    (nobleman). Beliau telah mengkaji hasil karya Aristotle, menguasai Bahasa Latindan seni. Rousseau mencari nafkah dengan bekerja sebagai setiausaha, guru dan

    gubahan musik.

    Pada tahun 1742, Rousseau berpindah ke Paris untuk menjadi seorang pemuzik dan

    penggubah muzik dan kemudian ke Venice untuk berkhidmat di Duta Perancis.

    Beliau kembali ke Paris dan berkenalan dengan seorang pembantu hotel bernama

    Therese Levasseur yang menjadi isterinya. Mulai tahun 1750, Rousseau menghasilkan

    pelbagai karya dalam bidang politik, seni, sain, ekonomi dan pendidikan.

    Pada tahun 1761 beliau menghasilkan novel Julie or the New Heloise yang telahmenjadi karya terlaris dalam abad. Pada tahun 1761, beliau menerbitkan dua hasil

    falsafah The Social Contract dan Emile. Bagaimana pun, pentadbiran di Parismengutuk kedu-dua buku ini kerana pandangan beliau tentang agama dan beliau telah

    melarikan diri daripada Perancis dan menetap di Switzerland. Pada tahun 1764, beliau

    menulis autobiografinya bertajukConfessions. Beliau telah meninggalkan Switzerlandkerana berselisih faham dengan pihak berkuasan dan berpindah ke Berlin dan Paris

    dan akhirnya menetap di England dengan jemputan David Hume. Kemudian beliau

    telah berkelahi dengan Hume dan kembali ke Perancis dan meninggalkan dunia pada

    tahun 1778.

    6.1 SIAPAKAH ROUSSEAU?

    Jean Jacques Rousseau

    1712-1778

  • 7/27/2019 Bab_6.JRouss_JLocke.pdf

    3/16

    Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

    3

    Pada tahun Mei, 1762, Rousseau menghasilkan buku bertajukEmileyang merupakanfalsafah pendidikan beliau (lihat Rajah 6.1). Buku ini telah diharamkan oleh pihak

    pentadbiran di Paris kerana ia mencabar prinsip-prinsip agama. Buku ini ialah

    berkenaan cerita seorang lelaki muda bernama Emile yang telah diasuh olehRousseau.

    Rajah 6.1 Emileoleh Rousseau

    Emile diasuh di kawasan desa kerana Rousseau berpendapat manusia yang diasuh dibandar akan mempelajari tabiat-tabiat fizikal dan intelektual yang tidak sihat.

    Rousseau mengandaikan dirinya sebagai pekebun (gardener) yang menyuburkanEmile supaya menjadi seorang yang bertamadun. Menurut Rousseau, secara semula

    jadi, manusia adalah baik. Adalah sukar bagi seseorang itu menjadi seorang yang

    bertamadun sekiranya dia diasuh di bandar. Oleh itu, adalah lebih baik bahawa

    seseorang itu dididik di kawasan desa berhampiran hutan. Menurutnya, sosialisasi dan

    AKTIVITI PEMBELAJARAN

    Perihalkan riwayat hidup Rousseau sehingga beliau

    meninggalkan dunia pada tahun 1778.

    6.2 FALSAFAH PENDIDIKAN ROUSSEAU

  • 7/27/2019 Bab_6.JRouss_JLocke.pdf

    4/16

    Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

    4

    masyarkat moden yang menyebabkan kewujudan persaingan, ketidaksamaan antara

    manusia dan watak ego di kalangan manusia.

    Emile bermula dengan mempelajari nilai-nilai moral sejak zaman kanak-kanak hinggaperingkat dewasa. Adalah menjadi tanggungjawab tutor untuk menyelia dan

    memanipulasi persekitaran dengan cara tertentu bagi mengajar nilai-nilai moral

    berkenaan kesucian, kejujuran dan rendah diri. Rousseau percaya bahawa watak

    seorang pelajar perlu diperkembangkan untuk memastikan dia mempunyai harga diri

    dan kemoralan yang sihat. Ini akan memastikan pelajar akan terus berbudi mulia

    walaupun dalam masyarakat berkucar-kacir dan tidak sempurna.

    Dalam penulisannya bertajuk Discour se on the Origin of I nequali ty Among Men

    pada tahun 1753, Rousseau mencadangkan bahawa manusia secara semulajadi adalah

    penakut, kerap memincilkan diri, ingin keamanan, pendiam dan tidak bimbang

    tentang masa depan mereka.

    Dua prinsip yang mendorong tindakan manusia ialah Kepentingan diri dan Belas

    Kasihan. Contohnya, kepentingan diri mendorong manusia membunuh seperti

    membunuh haiwan untuk makanan. Belas kasihan ialah ciri semula jadi yang yang

    membuat seseorang tidak ingin melihat orang lain menderita. Rousseau dikritikkerana menyamakan manusia dengan haiwan. Bagaimana pun, beliau menjawab

    dengan mengatakan bahawa manusia mempunyai kebolehan penakulan tetapi

    keupayaan ini tidak terbentuk ketika individu itu masih kecil.

    Pada April, 1762, Rousseau menerbit sebuah buku bertajukThe Social Contractyangmembentang hujah-hujah beliau tentang falsafah politik.

    Rajah 6.2 Rousseau sebagai

    pekebun

    AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) MengapakahEmile diasuh di desa dan tidak di bandar?b) Apakah ciri-ciri semula jadi manusia menurut Rousseau?

    Adakah anda bersetuju?

  • 7/27/2019 Bab_6.JRouss_JLocke.pdf

    5/16

    Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

    5

    Rousseau telah membahagikan perkembangan manusia kepada LIMA peringkat:

    Peringkat 1: Bayi (0 hingga 2 tahun). Mulai daripada peringkat awal lagi,manusia perlu diberikan kebebasan untuk berdirkari dan tidak bergantung

    pada orang lain. Mereka perlu diajar untuk menumpukan keinginan mereka

    mengikut had kuasa mereka. Ini akan membuat mereka tidak ingin atau mahu

    sesuatu yang tidak dalam kuasa mereka untuk memiliki. Kanak-kanak mesti

    dibenarkan mempamerkan tabiat-tabiat semula jadi dan dibenarkan mengikut

    kehendak masing-masing apabila dia memahami batasan-batasan.

    Peringkat 2: Alam Semulajadi (2 hingga 12 tahun). Pada peringkat ini,kanak-kanak tidak menerima apa jua pendidikan moral atau pembelajaran

    verbal. Minda kanak-kanak dibiarkan tanpa digangggu dan fokus ialah

    terhadap perkembangan jasmani atau fizikal terutama kelima-lima deria.

    Peringkat 3: Pra-Remaja (12-15 tahun). Pada peringkat ini, individudigambarkan sebagai liar lagi mulia (noble savage) dan kekuatan fizikalmenjadi lebih ketara. Aktiviti fizikal lebih bercorak mental atau intelektual

    dan individu mempunyai kapasiti untuk memberi perhatian yang mampan dan

    guru haruslah bertindak sewajarnya. Pengalaman dan emosi adalah penting ke

    arah menjadikan individu itu seorang dewasa. Individu harus didedahkankepada pelbagai pengalaman dan emosi yang dia memahami tetapi harus

    mengelak daripada pengalaman dan emosi yang tidak difahami. Rousseau

    membenarkan Emile hanya membaca buku bertajuk Robinson Crusoe kerana

    dia ingin menyemai tabiat bersendirian dan berdikari (Boyd 1956: 69).

    Apakah kaitan cerita Robinson Crusoe dengan nilai-nilai ini?

    Peringkat 4: Akil Baligh (15-20 tahun). Rousseau percaya bahawa apabilamile mencapai umur 15 tahun, tahap penakulannya lebih mantap. Kini beliaudapat berurusan dengan emosi-emosi remaja yang dianggap berbahaya, serta

    isu-isu moral dan agama.

    Peringkat 5: Dewasa (20-25 tahun). Pada peringkat ini. Emile diperkenalkankepada seorang wanita bernama Sophie sebagai temannya. Dia mempelajari

    tentang cinta dan kini bersedia kembali daripada desa ke masyarakat

    seterusnya. Adalah harapan Rousseau, dengan didikan yang diberikan selama

    ini di persekitaran desa, Emile tidak mudah terpedaya dengan pengaruh-pengaruh masyarakat.

    PENDIDIKAN UNTUK PEREMPUANDalam bukunya bertajukSophie, Rousseau telah membentang hujah-hujahnya tentang

    pendidikan untuk perempuan. Beliau menekankan perbezaan peranan antara lelaki

    dan perempuan yang perlu diberi perhatian dalam pendidikan.

    6.3 PERKEMBANGAN MANUSIA MENURUT ROUSSEAU

  • 7/27/2019 Bab_6.JRouss_JLocke.pdf

    6/16

    Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

    6

    Lelaki dianggap sebagai kuat dan aktif manakala perempuan dianggap sebagailemah dan pasif.

    Lelaki harus mempunyai kuasa muktamad manakala perempuan mestimematuhi dan tidak menentang kuasa lelaki (Everyman edn: 322).

    Sehingga umur 10 tahun, kanak-kanak perempuan diajar bermain dengan anakpatung, diajar melukis,menulis, mengira dan membaca. Selepas umur 10

    tahun, kanak-kanak perempuan diajar seni perhiasan, agama dan bagaimana

    melayan lelaki.

    Sebagai kesimpulan, Emile mewakili lelaki yang ideal manakala Sophiemewakili perempuan ideal yang dipatuh kepada suaminya.

    REAKSI TERHADAP HUJAH-HUJAH ROUSSEAUHujah-hujah Rousseau tentang pendidikan telah dikritik sebagai tidak praktikal dan

    tidak boleh dilaksanakan.

    John Locke dilahirkan pada 29 August, 1632 di

    Wrington, England. Ibunya meninggal dunia ketika

    beliau masih kecil dan diasuh oleh bapanya seorang

    peguam. Bapanya ialah seorang yang tegas danmempercayai kanak-kanak tidak boleh dimanja.

    Locke diajar di rumah kerana dia sentiasa sakit.

    Pada tahun 1647 ketika Locke berumur 15 tahun,

    beliau dihantar ke sekolah Westminster di London.

    Di Westminster, beliau bertumpu kepada

    mempelajari bahasa klasik Latin dan Greek, serta

    bahasa Hebrew (Bahasa Ibrani). Beliau seorang

    yang sungguh tekun dan pada tahun 1652 diberikan

    biasiswasa untuk belajar di Christ Church di

    Oxford. Pada tahun 1656 beliau telah bergraduat

    JOHN LOCKE

    (16321704)

    AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Sejauh manakah anda bersetuju dengan peringkat-peringkat perkembangan manusia yang diutarakan oleh

    Rousseau?

    b) Apakah peranan wanita menurut Rousseau?

    6.4 SIAPAKAH JOHN LOCKE?

  • 7/27/2019 Bab_6.JRouss_JLocke.pdf

    7/16

    Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

    7

    dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan dua tahun kemudian memperolehi Ijazah

    Sarjana Sastera.

    Mata pelajaran lain yang dipelajari ialah matematik, astronomi, sejarah, Bahasa Arab,

    falsafah, botani, kimia dan perubatan. Semasa beliau di Oxford, beliau telah

    menyimpan buku nota tentang perubatan yang terdiri daripada resipi-resipi perubatan

    tradisional yang dikumpulkan oleh emaknya. Locke telah membaca dengan meluas

    tentang perubatan dan pada tahun 1675, dianugerah Ijazah Sarjana Muda Perubatan

    daripada Universiti Oxford.

    Pada akhir hayat, Locke telah menetap di sebuah pekan kecil bernama Oates, di

    Essex, dua puluh batu daripada London. Walau pun beliau diserangi penyakit asthma,

    menghadapi masalah kedengaran serta kaki yang sentiasa bengkak, Locke tidak putus

    asa dan terus menulis. Beliau telah menulis tentang pendidikan, falsafah, politik dan

    giat menjawab kritik-kritiknya semasa di Oates. Pada 28 Oktober, 1704, beliaumeninggal dunia tanpa berkhawin. Beliau dikebumikan berdekatan sebuah gereja di

    High Laver (Lihat Rajah 6.3).

    Rajah 6.3 Makan John Locke

    HASIL KARYATidak satu hasil karya Locke diterbitkan sehingga beliau berumur enam puluh

    tahun. Hasil karya beliau utama ialah: (Lihat Rajah 6.4)

    Two Treatises of Government yang membincang tentang politik danditerbitkan pada tahun 1690. Beliau menulis tentang kerajaan sah dan kerajaan

    yang tidak sah dan menyokong pemberontakan terhadap kerajaan-kerajaan

    yang zalim dan kejam.

    Essay Concerning Human Understanding(yang dipanggil Essay) diterbitkanpada tahun 1690 yang mengambil masa 20 tahun untuk menulis. Karya ini

    adalah tentang teori pengetahuan.

    Some Thoughts Concerning Education (yang dipanggil Thoughts) diterbitkanpada tahun 1693. Hujah-hujah beliau berkenaan pendidikan adalah

    EPITAPHNear this place lies JohnLocke. If you wonder whatkind of man he was, theanswer is that he was onecontented with his modestlot. A scholar by training,he devoted his studieswholly to the pursuit oftruth. Such you may learnfrom his writings.

  • 7/27/2019 Bab_6.JRouss_JLocke.pdf

    8/16

    Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

    8

    berdasarkan pengalaman beliau sebagai tutor dan pengaruh kawan-kawannya

    (Lihat Rajah 6.4).

    John Locke dianggap pendidik unggul dan hasil penerbitan beliau telah

    membentangkan hujah-hujah beliau tentang teori pengetahuan, nasihat kepada ibu

    bapa tentang asuhan kanak-kanak dan mata pelajaran yang harus diajar.

    Teori pengetahuan bermakna bagaimana pengetahuan

    yang diperolehi oleh seorang manusia. Locke bermula

    dengan menolak doktrin idea semula jadi (innateness),

    yang diutarakan oleh Plato. Menurut Locke, istilah "idea"ialah sensasi, memori, imaginasi, perasaan dan emosi

    yang dipunyai oleh seseorang. Beliau menolak konsep

    innatism yang mencadangkan bahawa manusia dilahirkandengan idea semula jadi.

    Jika innatism adalah benar, semua manusia akan bermula sebagai sama. Innate ialahsesuatu yang terdapat pada seseorang secara semula jadi. Jika kita memerhatikan

    sekumpulan kanak-kanak, kita sedar bahawa mereka adalah tidak sama.

    Locke mencadangkan bahawa minda kita adalah suatu

    tabula rasa. Perkataan Latin yang bermakna batu tulisbersih (clean slate). Seperti sehelai kertas putih yang

    Rajah 6.4 Hasil Karya John Locke

    6.5 PENDIDIKAN MENURUT LOCKE

  • 7/27/2019 Bab_6.JRouss_JLocke.pdf

    9/16

    Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

    9

    mana apa-apa pun tidak ditulis atau minda yang tidak mempunyai apa jua sensasi,

    memori atau pengalaman pun.

    Menurut Locke perbezaan personaliti atau perwatakan, kebolehan mental, sikap dan

    persepsi adalah hasil pendedahan daripada persekitaran (iaitu nuture) dan bukansesuatu semula jadi (iaitu nature).

    Sekiranya kita mempunyai idea semula jadi atau innateess, kita tentu sedartentangnya. Memang jelas menurut Locke, bahawa kanak-kanak akan sedar tentang

    idea semula jadi yang dimilikinya. Mereka menguasai idea-idea atau pengetahuan

    sepanjang hayat. Adalah mustahil seseorang itu boleh memiliki pengetahuan tentang

    sesuatu yang dia tidak sedar.

    Penolakan konsep idea semula jadi atau innateness diperluaskan ke prinsip-prinsipmoral. Contohnya, konsep keadilan tidak merupakan konsep sejagat atau universal.

    Semua manusia menguasai pengetahuan atau ilmu daripada pengalaman seharian.

    Bagaimana pun, beliau mengakui kewujudan idea semula jadi kerana terdapat

    sesetengah kanak-kanak yang lebih cekap dalam bidang tertentu sejak kecil lagi

    Pandangan Locke tentang perkembangan mental, kerohanian dan fizikal kanak-kanak

    adalah berdasarkan pengetahuan beliau tentang falsafah, psikologi, perubatan dan

    pegangan agama. Beliau menekankan pentingnya memerhati kanak-kanak dan

    menyesuaikan pendidikan dengan keperluan dan keupayaan mereka. Menurut Locke,

    sembilan puluh peratus seseorang itu sama ada baik atau jahat adalah hasil dariapda

    pendidikan (Thoughts, s. 1).

    KESIHATAN DAN NUTRISI (PEMAKANAN)

    Kanak-kanak memerlukan udara yang nyaman, bersenam dan tidur yangcukup serta makanan yang sederhana dan tidak boleh minum wain atau

    alkohol (Thoughts, s. 30).

    Beliau menasihatkan bahawa kanak-kanak daripada keluarga kaya memakaipakaian yang nipis dan berlubang atau tidak memakai kasut untuk menguatkan

    AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Perihal secara ringkas riwayat hidup John Locke.

    b) Terangkan teori pengetahuan yang dicadangkan oleh

    oleh Locke.

    c) Sejauh manakan anda bersetuju dengan konsep tabula

    rasa?

    6.6 NASIHAT LOCKE KEPADA IBU BAPA

  • 7/27/2019 Bab_6.JRouss_JLocke.pdf

    10/16

    Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

    10

    tapak kaki mereka dan merasa perasaan orang miskin yang tidak mempunyai

    kasut.

    Locke mengutarakan faedah meminum air sejuk dan pentingnya kanak-kanakdiajar berenang yang dapat meningkatkan kesihatan individu (Thoughts, s. 8).

    Makanan untuk kanak-kanak, menurut Locke, harus sederhana tetapiberkhasiat. Beliau mencadangkan kurang penggunaan gula, garam dan rempah

    dalam makanan.

    Beliau menasihatkan kanak-kanak makan buah-buahan seperti epal, pir,strawberi, ceri dan, goseberi. Bagaimana pun beliau tidak menyokong makan

    tembikai, pic, plum dan anggur.

    Pakaian tidak terlalu ketat, baik pun bagi lelaki mahu pun perempuan.

    Untuk menyiapkan kanak-kanak menghadapi kesukaran fizikal, beliaumencadangkan mereka tidur di atas katil yang kecil dan tidak selesa; serta

    waktu makan yang tidak tetap.

    ASUHAN KANAK-KANAK

    Menurut Locke, ibu bapa harus mengasuh anak-anak mereka dengan tegas danpengawasan rapi mulai daripada awal lagi. Kemudian mereka boleh

    melonggarkan disiplin apabila kanak-kanak lebih matang (Thoughts, s. 40).

    Beliau mengkritik ibu bapa yang terlalu manja anak-anak mereka.

    Locke tidak menyokong hukuman fizikaltetapi mencadangkan aplikasi amalan

    peningkatkan harga diri dan penghinaan.

    Ibu bapa hendaklah menjadi teladan yang

    baik dan melarang campur tangan pembantu

    rumah mengasuh kanak-kanak yang boleh

    menjejas autoriti ibu bapa (Thoughts, s. 68).

    Beliau menasihatkan ibu bapa dan tutoruntuk mengkaji dengan teliti anak-anak

    mereka dan mengetahui sikap dan apa yang

    mereka tidak suka. Menurutnya, kanak-

    kanak akan didorong untuk belajar dua kali

    ganda sekiranya dia minat (Thoughts, s. 74).

    Alat permainan (toys) haruslah terdiri daripada yang murah dan tidak mudahpecah; lebih baik jika alat permainan itu reka bentuk oleh kanak-kanak itu

    sendiri (Thoughts, s. 74).

  • 7/27/2019 Bab_6.JRouss_JLocke.pdf

    11/16

    Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

    11

    Locke mencadangkan pelajar dididik oleh tutor dan tidak dihantar ke sekolah.Adalah digalakkan apabila kanak-kanak mula bercakap, dia dikelilingi oleh

    dewasa bijak yang dapat mendorongnya supaya tidak terpengaruh oleh tabiat-

    tabiat negatif (Thoughts, s. 90).

    Beliau menasihatkan ibu bapa untuk membelanja melantik seorang tutor untukanak-anak mereka. Tutor atau ibu bapa mesti melayan segala pertanyaan dan

    soalan yang dikemukakan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak hendaklah diajar

    tidak zalim terhadap haiwan atau kanak-kanak lain serta mengajar mereka

    nilai kebenaran (value of truth).

    Perlu ditegaskan bahawa hujah-hujah oleh Locke ditujukan kepada keluarga yang

    berada dan tahap sosioekonomi tinggi. Bagaimana pun hujah-hujah beliau tentang

    pendidikan boleh diaplikasi kepada semua. Nasihat beliau kepada ibu bapa tentangtabiat-tabiat baik yang perlu diperkembangkan seperti harga diri dan denda boleh

    diaplikasi kepada semua lapisan masyarakat.

    STRATEGI MENGAJAR

    Locke berpendapat pengajaran hendaklah bermila dengan menggunakanperkataan dan bahasa yang mudah dengan menggunakan pengetahuan sedia

    ada pelajar.

    Guru hendaklah menekankan hubung kaitan di antara topik dan di antara matapelajaran.

    BAHASA INGGERIS

    Kanak-kanak perlu diajar membaca sejak awal lagi; apabila mereka bermulabelajar bercakap. Bagaimana pun, pembelajaran tidak harus membebankan

    hingga pelajar putus asa. Adalah lebih baik untuk pelajar tangguhkan

    pembelajaran selama setahun daripada membuat mereka membenci belajar.

    AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Adakah anda bersetuju dengan pandangan Locke tentangasuhan kanak-kanak?

    b) Senaraikan cadangan Locke berkenaan kesihatan dannutrisi (pemakanan). Adakah anda bersetuju?

    6.5 KURIKULUM MENURUT LOCKE

  • 7/27/2019 Bab_6.JRouss_JLocke.pdf

    12/16

    Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

    12

    Pembelajaran haruslah menyeronokan (Learning should be fun!) dandicadangkan menggunakan permainan untuk menguasai abjad.

    Buku-buku yang digunakan oleh pelajar haruslah menarik dan mengandungigambar, terutama gambar-gambar haiwan (Thoughts, s. 156).

    Penulisan harus bermula dengan mengajar kanak-kanak memegang pen ataupensel dengan betul dan bermula dengan menyalin huruf-huruf saiz besar

    kepada kertas.

    Daripada menguasai kemahiran menulis,kanak-kanak dibawa kepada kemahiran

    melukis. Melukis ialah suatu kemahiran

    yang sangat berguna ketika seseorang itu

    mengembara. Dia membolehkanseseorang membuat lakaran bangunan

    serta mesin-mesin dan fenomena-

    fenomena lain yang menarik.

    Menurut Locke, lukisan yang baik adalah lebih berguna menyampaikansesuatu idea berbanding dengan beberapa muka surat penulisan.

    Locke juga menggesa pelajar menguasai trengkas (shorthand) yang dapatmembantu membuat nota dengan pantas.

    C) BAHSA PERANCIS DAN LATIN

    Sebaik sahaja kanak-kanak telah menguasai Bahasa Inggeris, mereka harusbermula belajar Bahasa Perancis menggunakan kaedah perbualan. Setelah

    mereka boleh bercakap dan membaca dengan baik Bahasa Perancis, mereka

    digalakkan mengambil masa satu atau dua tahun belajar Bahasa Latin. Bahasa

    Latin adalah sangat berguna bagi seorang budiman (gentleman) dan juga diajarmenggunakan kaedah perbualan (Thoughts, s. 164),

    Locke tidak bersetuju dengan pandangan bahawa untuk mempelajari BahasaInggeris atau apa bahasa pun, pelajar harus didedahkan kepada peraturan-

    peraturan tatabahasa. Jika Bahasa Inggeris boleh diperlajari secara semula

    jadi, ia harus diaplikasi kepada penguasaan bahasa-bahasa lain.

    Beliau menentang amalan menulis ayat-ayat panjang dan rangkap-rangkappanjang dalam Bahasa Latin. Jika terdapat kesukaran mendapatkan seorang

    tutor yang boleh mengajar menggunakan kaedah perbualan, Locke

    mencadangkan penggunaan buku-buku mudah dan menarik dalam Latin. Di

    celah ayat-ayat dalam Latin, ditulis terjemahan literal dalam Bahasa Inggeris.

  • 7/27/2019 Bab_6.JRouss_JLocke.pdf

    13/16

    Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

    13

    Bahasa Latin masih penting untuk profesion tertentu dan melanjutkanpelajaran ke universiti kerana kebanyakkan kuliah dan buku terdapat dalam

    Latin.

    Bagaimana pun, Locke sedar bahawa mempelajari bahasa Latin dan Perancismengambil terlalu banyak masa, terutama bagi pelajar lelaki yang lebih minat

    dengan bekerja sebagai peniaga dan petani. Adalah lebih berfaedah sekiranya

    mereka ini mempelajari menulis dan perakaunan yang tidak diajar di sekolah-

    sekoalah pada ketika itu.

    Locke juga ragu tentang mempelajari sesuatu dengan menghafal seperti latihtubi yang digunakan dalam menguasai Latin.

    D) GEOGRAFI, KIRA-KIRA, ASTRONOMI, GEOMETRI, SAINS &SEJARAH

    Mata pelajaran yang dianggap penting oleh Locke ialah geografi, kira-kira,astronomi, geometri, sains and sejarah. Beliau sungguh tertarik dengan

    pengajaran sejarah kerana mempelajari sejarah akan membawa kepada

    mempelajari undang-undang dan kerajaan. Mata pelajaran ini penting untuk

    mereka yang akan bekerja dengan kerajaan, pejabat jaksa pendamai atau

    menjadi ahli parliamen (Thoughts, s. 184).

    Beliau juga mencadangkan mempelajari logik dan retorik kerana kedua-dua

    mata pelajaran ini melatih penakulan dan kemahiran memberi ucapan yangpenting dalam bidang politik(Thoughts, s. 193).

    E) MENARI, MELAWAN PEDANG, PERNIGAAN & BERKEBUN

    Menari digalakkan dikalangan kanak-kanak tetapi bermain alat muzik tidakdigalakkan kerana ia membazirkan masa (Thoughts, s. 197).

    Locke mengalakkan pelajar di ajarmelawan pedang (fencing) dan

    menunggang kuda. Bagaimana pun,

    beliau khuatir melawan pedang boleh

    menyebabkan pertarungan di kalangan

    pelajar. Oleh itu, beliau mencadangkan

    gusti sebagai alternatif.

    Locke juga menasihatkan pelajarmenguasai dua atau tiga kemahiran pertukangan yang berguna apabila

    keadaan ekonomi merosot. Juga ia menggalakkan pelajar melibatkan diri

    dengan aktiviti fizikal dan tidak semata-mata bertumpu kepada membacabuku.

  • 7/27/2019 Bab_6.JRouss_JLocke.pdf

    14/16

    Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

    14

    Locke, sendiri seorang pekebun danmencadangkan pelajar terlibat dengan

    menanam pokok dan bunga. Beliau juga

    mencadangkan pelajar terlibat dengan

    kegiatan pengukiran kayu dan logam

    (Thoughts, s. 204). Pelajar juga digalakkanmempelajari perakaunan yang dapat

    membantu mereka dalam perniagaan.

    Walau pun Locke menegaskan kepentinganrekeasi, beliau menegor penglibatan denganaktiviti-aktiviti seperti bermain terup dan biji

    dadu.

    Beliau juga mencadangkan pelajar berumur di antara 7 hingga 14 tahunbersama tutor, hendaklah mengembara ke luar negara. Tujuannya ialah untuk

    menguasai bahasa asing dengan cepat and lebih berkesan

    .

    AKTIVITI PEMBELAJARAN

    a) Apakah kaedah mengajar yang dicadangkan Locke?b) Apakah pendapat Locke tentang pembelajaran bahasa?c) Bincangkan mata pelajaran yang mesti diajar? Apaka

    rasionalnya?

  • 7/27/2019 Bab_6.JRouss_JLocke.pdf

    15/16

    Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

    15

    Jean Jacques Rousseau dilahirkan di Geneva, Switzerland pada 28 June, tahun1712.

    Pada tahun 1761 beliau menghasilkan novel Julie or the New Heloise yangtelah menjadi karya terlaris dalam abad.

    Pada tahun Mei, 1762, Rousseau menghasilkan buku bertajuk Emile yangmerupakan falsafah pendidikan beliau.

    Emile diasuh di kawasan desa kerana Rousseau berpendapat manusia yangdiasuh di bandar akan mempelajari tabiat-tabiat fizikal dan intelektual yang

    tidak sihat.

    Rousseau mencadangkan bahawa manusia secara semulajadi adalah penakut,kerap memincilkan diri, ingin keamanan, pendiam dan tidak bimbang tentang

    masa depan mereka.

    Lelaki harus mempunyai kuasa muktamad manakala perempuan mestimematuhi dan tidak menentang kuasa lelaki

    Menurut Locke, kanak-kanak memerlukan udara yang nyaman, bersenam dantidur yang cukup serta makanan yang sederhana dan tidak boleh minum wain

    atau alkohol.

    Menurut Locke, ibu bapa harus mengasuh anak-anak mereka dengan tegas danpengawasan rapi mulai daripada awal lagi.

    Locke berpendapat pengajaran hendaklah bermila dengan menggunakanperkataan dan bahasa yang mudah

    Ringkasan

    Kata Kunci

    Emile Locke Asuhan tegasSophie Tabula rasa Idea semula jadiPerancis Innateness KesihatanRousseau Desa Latin

    Belas kasihan Akil baligh Perkembangan manusia

  • 7/27/2019 Bab_6.JRouss_JLocke.pdf

    16/16

    Bab 6: Jean Jacques Rousseau and John Locke

    16

    Buku-buku yang digunakan oleh pelajar haruslah menarik dan mengandungigambar, terutama gambar-gambar haiwan.

    Sebaik sahaja kanak-kanak telah menguasai Bahasa Inggeris, mereka harusbermula belajar Bahasa Perancis menggunakan kaedah perbualan.

    Bahasa Latin masih penting untuk profesion tertentu dan melanjutkanpelajaran ke universiti kerana kebanyakkan kuliah dan buku terdapat dalam

    Latin.

    Beliau juga mencadangkan mempelajari logik dan retorik

    REFERENCES

    Aldrich, R. John Locke. PROSPECTS: the quarterly review of education), vol. 24,

    no. 1/2, 1994, p. 6176. Paris, UNESCO: International Bureau of Education

    Soetard, M. (1994). Jean Jacques Rousseau. PROSPECTS: quarterly review of

    comparative Education. vol. XXIV, no. 3/4, 1994, p. 423-38.Paris: UNESCO:

    International Bureau of Educatio

    Warrington. J. (1959).Politics are taken from the translation by for EverymansLibrary, London, Dent & Sons

    William D. Ross theNichomachean Ethics are from the translation by Sir in `TheWorld Classics series, London, Oxford University Press, 1954, reprinted in 1963.