3
BACAAN BIODATA TOKOH MURID…..ABD. AZIZ BIN ABDUL RAHMAN Tersebutlah kisah sebuah cerita Seorang putera lahir ke dunia Menjadi harapan ayah dan bonda Semoga berjaya kelakmu jua Tanggal 5 Mac 1994 tepat jam 7.00 petang bertempat di Hospital Besar Bintulu Sarawak bergemalah tangisan si kecil seorang putera yang amat dinantikan kehadirannya. Beliau merupakan putera sulung kepada pasangan En. Abdul Rahman b. Abu Bakar dan Pn. Asimah bt. Atan selepas ketiga-tiga anak pasangan itu sebelum ini adalah puteri-puteri belaka. Beliau adalah anak ke 4 daripada 9 orang adik beradik. Beliau dididik dengan penuh kasih sayang oleh ayah ,ibunya dan ditatang bagai minyak yang penuh.Pekerjaan ayahnya sebagai seorang anggota polis mempengaruhi sikap dan kelakuannya.Didikan ayah dan ibu yang penuh dengan disiplin menjadikan beliau seorang anak yang mudah diasuh dan mempunyai jati diri yang tinggi. Besar harapan mereka agar dewasa kelak putera mereka ini akan menunjukkan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi sebagaimana kakak-kakak beliau sebelum ini. Pada zaman kanak-kanaknya beliau dan keluarganya menetap di Bintulu Sarawak kerana mengikut ayahnya yang bertugas sebagai anggota polis di sana. Melangkah kaki sebagai murid tahun 4 di sekolah ini kerana mengikut keluarganya yang dapat bertukar ke semenanjung selepas lebih 10 tahun merantau di Sarawak. Kehadirannya di sekolah ini amat bererti .Bermulalah langkahnya mengorak kejayaan demi kejayaan . Beliau telah menunjukkan potensi yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum. Sepanjang 3 tahun di sekolah ini bermula dari tahun 4, 5 dan 6 keputusan setiap peperiksaan yang diambil amat membanggakan.Beliau sentiasa berada di 3 tangga teratas kedudukan di dalam kelas.Kecemerlangannya juga terserlah dalam bidang ko kurikulum. Beliau sering mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

Bacaan Biodata Tokoh Murid

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bacaan Biodata Tokoh Murid

BACAAN BIODATA TOKOH MURID…..ABD. AZIZ BIN ABDUL RAHMAN

Tersebutlah kisah sebuah ceritaSeorang putera lahir ke dunia

Menjadi harapan ayah dan bondaSemoga berjaya kelakmu jua

Tanggal 5 Mac 1994 tepat jam 7.00 petang bertempat di Hospital Besar Bintulu Sarawak bergemalah tangisan si kecil seorang putera yang amat dinantikan kehadirannya. Beliau merupakan putera sulung kepada pasangan En. Abdul Rahman b. Abu Bakar dan Pn. Asimah bt. Atan selepas ketiga-tiga anak pasangan itu sebelum ini adalah puteri-puteri belaka. Beliau adalah anak ke 4 daripada 9 orang adik beradik. Beliau dididik dengan penuh kasih sayang oleh ayah ,ibunya dan ditatang bagai minyak yang penuh.Pekerjaan ayahnya sebagai seorang anggota polis mempengaruhi sikap dan kelakuannya.Didikan ayah dan ibu yang penuh dengan disiplin menjadikan beliau seorang anak yang mudah diasuh dan mempunyai jati diri yang tinggi. Besar harapan mereka agar dewasa kelak putera mereka ini akan menunjukkan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi sebagaimana kakak-kakak beliau sebelum ini.

Pada zaman kanak-kanaknya beliau dan keluarganya menetap di Bintulu Sarawak kerana mengikut ayahnya yang bertugas sebagai anggota polis di sana. Melangkah kaki sebagai murid tahun 4 di sekolah ini kerana mengikut keluarganya yang dapat bertukar ke semenanjung selepas lebih 10 tahun merantau di Sarawak. Kehadirannya di sekolah ini amat bererti .Bermulalah langkahnya mengorak kejayaan demi kejayaan . Beliau telah menunjukkan potensi yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum. Sepanjang 3 tahun di sekolah ini bermula dari tahun 4, 5 dan 6 keputusan setiap peperiksaan yang diambil amat membanggakan.Beliau sentiasa berada di 3 tangga teratas kedudukan di dalam kelas.Kecemerlangannya juga terserlah dalam bidang ko kurikulum. Beliau sering mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah. Beliau pernah menyertai Public Speaking,Pertandingan Pidato,menyertai Kuiz Kesihatan,menyertai Pertandingan Berzanji di peringkat Zon mahupun Daerah.

Selain itu penglibatan dalam bidang sukan juga boleh dibanggakan. Beliau pernah mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga Zon Bandar dalam acara padang dan balapan. Selain itu beliau juga pernah mewakili sekolah dalam Pertandingan Bola Baling dan Bola Sepak.

Page 2: Bacaan Biodata Tokoh Murid

Sesungguhnya bakat seni beliau juga berjaya dicungkil oleh pihak sekolah di mana beliau adalah anggota kumpulan zapin sekolah yang mengharumkan nama sekolah kerana berjaya menyandang Naib Johan Pertandingan Zapin Peringkat Negeri Johor pada tahun 2004.Sesungguhnya kejayaan ini amat membanggakan pihak sekolah.

Bintang tujuh sinar berseriBulan purnama datang menerpa

Ajaran guru hendak dicariMana yang dapat janganlah lupa

Jawatannya sebagai Ketua Pengawas dan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah telah berjaya mendidiknya menjadi pemimpin yang berwibawa.Ketokohan beliau dalam memimpin menjadikan beliau dihormati di kalangan kawan-kawan dan disayangi di kalangan guru-guru.

Beliau yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pensyarah ini sentiasa menunjukkan sahsiah yang baik walau di mana sahaja beliau berada. Di sebalik sikapnya yang lemah lembut itu beliau adalah pengawas yang tegas semasa menjalankan tugas.Dengan segala kesungguhan yang ada akhirnya beliau berjaya mendapat 5 A dalam peperiksaan UPSR yang lalu.Tawaran melanjutkan pelajaran ke sekolah berprestij ( Sekolah Tuanku Abdul Rahman STAR Ipoh ) bagaikan bulan jatuh ke riba dan peluang ini tidak disiakan. Walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga demi sebuah cita-cita beliau sanggup menghadapinya. Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian beliau.

Semoga beliau akan meneruskan kecemerlangan walau di mana beliau berada.Semoga beliau akan terus berusaha dalam hidupnya dan memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam setiap bidang yang diceburi di masa akan datang.Semoga kejayaan dan dedikasinya akan menjadi contoh dan teladan kepada murid-murid lain.Pihak sekolah dan guru-guru sentiasa akan mendoakan kejayaannya di masa mendatang. Semoga apabila dewasa nanti diharapkan beliau akan dapat berbakti untuk agamanya, bangsanya, negaranya dan kedua ibu bapanya yang telah banyak berkorban untuk beliau. Sesungguhnya kejayaan bagi seorang guru itu apabila setiap anak didiknya berjaya dengan caranya sendiri.Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda.Dengan segala kesungguhan yang ada beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Murid untuk tahun 2006. Tahniah diucapkan kepada adik ABDUL AZIZ B. ABDUL RAHMAN.Dengan ini

Page 3: Bacaan Biodata Tokoh Murid

majlis dengan berbesar hati menjemput dan mempersilakan wakilnya En. Abdul Rahman b. Abu Bakar bapa kepada adik Abdul Aziz b. Abdul Rahman untuk tampil menerima anugerah bagi pihak anaknya.