Upload
azhar-abdullah
View
218
Download
19
Embed Size (px)
DESCRIPTION
anatomi da fisiologi
Citation preview
1
~ISI KANDUNGAN~
BIL PERKARA HALAMAN
1. ISI KANDUNGAN 1
2. PENGHARGAAN 2
3. PENGENALAN 3
4. OBJEKTIF 4
5. KEMAHIRAN ASAS BADMINTON 5 - 8
6. BAHAGIAN OTOT YANG TERLIBAT 9 - 12
7. FUNGSI OTOT YANG TERLIBAT 13
8. BAHAGIAN SENDI YANG TERLIBAT 14 - 16
9. FUNGSI SENDI YANG TERLIBAT 17
10. BAHAGIAN TULANG YANG TERLIBAT 18
11. FUNGSI TULANG YANG TERLIBAT 19 - 20
12. MEKANISME PERGERAKAN 21 -22
13 BIBLIOGRAFI 23
2
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya, kerana dapat menyiapkan tugasan PJM 3106 Anatomi dan Fisiologi ini. Ucapan
berbanyak-banyak terima kasih untuk Pensyarah, En Mohamad Sobri Bin Harun kerana
telah banyak membantu saya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar serta
bimbingan daripada encik amatlah saya hargai.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
kerana telah banyak memberikan bantuan dan kerjasama kepada saya sepanjang
melaksanakan tugasan ini. Bantuan daripada rakan-rakan semua amatlah saya hargai.
Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam membantu saya melaksanakan kerja kursus ini secara langsung atau
tidak langsung. Sumbangan kalian kepada saya amatlah besar. Tanpa kalian sudah
tentu tidak akan sempurna tugasan ini. Hanya Allah sahajalah yang mampu membalas
jasa baik kalian. Terima kasih semua.
3
PENGENALAN
Permainan badminton merupakan sukan yang popular di Malaysia yang
mempunyai ramai pengikutnya. Badminton adalah sejenis permainan yang melibatkan
banyak otot, tulang dan sendi. Dalam permainan badminton, servis merupakan
kemahiran yang sangat penting kerana tanpa kemahiran servis yang betul seseorang
tidak dapat memulakan permainan badminton dengan baik. Secara umumnya terdapat
dua jenis servis iaitu servis tinggi dan servis rendah. Servis rendah digunakan adalah
untuk melungsurkan bulu tangkis meniti bahagian atas jaring sehingga pihak lawan
tidak dapat menyerang balas dengan pukulan ke bawah. Manakala servis tinggi pula
biasanya diamalkan dalam permainan perseorangan. Dengan melakukan servis tinggi
pihak lawan terpaksa bergerak ke bahagian belakang gelanggang untuk membalas
servis itu.
Tugasan yang dihasilkan ini, kita akan memfokuskan kajian dalam kemahiran
membuat servis tinggi dan mengenalpasti otot-otot, tulang-tulang dan sendi-sendi yang
terlibat semasa membuat servis tinggi dalam permainan badminton.
4
OBJEKTIF
Memahami kemahiran-kemahiran dalam permainan badminton
Mengenalpasti mekanisme pergerakan dalam servis tinggi badminton dari segi
penglibatan otot-otot, tulang dan juga sendi.
Mengenalpasti fungsi-fungsi otot utama, bahagian sendi dan tulang yang terlibat
dalam kemahiran servis tinggi.
Melabel dan melukis tulang, sendi dan otot yang terlibat dalam permainan
badminton yang difokuskan kepada kemahiran asas iaitu servis tinggi.
5
KEMAHIRAN ASAS BADMINTON
Badminton adalah satu permainan yang melibatkan kemahiran memukul,
menerima dan mambalas pukulan. Pemain pula perlu bijak menggunakan kebolehan
untuk melakukan serangan balas yang biasanya serangan dibuat dengan pukulan yang
kencang. Gerakan bulu tangkis adalah laju, tajam dan mengelirukan pihak lawan. Oleh
itu, setiap pemain perlu menggunakan koordinasi badan yang baik semasa membuat
pukulan. Ini membolehkan pemain membuat pukulan dengan tepat ke ruang kosong
gelanggang lawan dan menyukarkan pukulan itu dibalas oleh pemain lawan.
Selain itu, pemain juga perlu menguasai kemahiran untuk menerima dan
membalas pukulan lawan sambil bergerak dengan cepat. Kemahiran ini memerlukan
imbangan badan yang baik untuk mengelakkan daripada terjatuh. Imbangan badan
dapat membantu pemain bergerak pantas dan bersedia untuk menerima dan membalas
setiap pukulan daripada pihak lawan. Permainan badminton ini memerlukan ketahanan
fizikal yang tinggi untuk untuk bertahan dalam permainan dalam jangka masa yang
panjang.
i. Cara memegang raket
Setiap pemain badminton perlu mengetahui teknik memegang raket
badminton yang betul sebelum memulakan permainan. Rasionalnya
permainan seseorang itu bergantung kepada cara pegangan raket
badminton. Cara pegangan raket yang salah boleh menyebabkan
kecederaan pada pergelangan tangan pemain.
Terdapat tiga cara pegangan asas iaitu:
1) Pegangan depan (forehand grip)
2) Pegangan kilas (backhand grip)
3) Pegangan rata (flatgrip)
6
ii. Membuat servis
Servis adalah kemahiran utama dalam permainan badminton. Servis digunakan
untuk mendapatkan mata.
Terdapat dua jenis servis iaitu servis rendah dan servis tinggi
a) Servis rendah depan
Cara melakukan servis rendah depan adalah dengan cara menolak bulu tangkis
melepasi jarring.
7
Servis rendah depan
b) Servis rendah kilas
Cara servis ini memerlukan pemain berdiri berhampiran dengan garis depan
petak servisnya. Badan dan kedudukan adalah hampir dengan mengiring jaring.
Bahagian pemegang raket perlu mengarah ke atas jari pada pemegang raket .
Servis rendah kilas
8
a) Servis tinggi
Pemain akan menghantar bulu tangkis ke hujung gelanggang lawan. Bulu
tangkis akan dihantar jauh dan tinggi melepasi lawan dan jatuh menjunam. Sevis
ini sesuai untuk acara perseorangan dan beregu.
Servis tinggi
9
KEMAHIRAN SERVIS TINGGI
BAHAGIAN OTOT YANG TERLIBAT
Dalam permainan badminton, pelbagai jenis otot yang terlibat seperti otot
bahagian atas dan bahagian bawah anggota badan. Namun, otot yang penting terlibat
adalah trisep, bisep, deltoid, latissimus dorsi, pektoralis major, Flexor carpi radialis dan
trapezius.
Pandangan hadapan
10
Pandangan belakang
FASA : PERSEDIAAN (Memegang raket)
JENIS PERGERAKAN OTOT TERLIBAT
a) Pergerakan ekstensi dan fleksi pada otot
tangan dan jari
Tangan ~ Humerus, radius, ulna,
karpal, metacarpal dan falanks
(tulang jari)
11
Otot metacarpal dan falanks
bertindak meregang untuk
membolehkan tangan
menggenggam raket dengan posisi
yang baik.
FASA : PERLAKSANAAN (Membuat servis tinggi)
JENIS PERGERAKAN OTOT TERLIBAT
a) Pergerakan fleksi semasa
menghayunkan raket dengan kuat.
Tangan ~ Trapezius, lassitimus dorsi,
pektolaralis major, deltoid, triceps dan
biceps.
Otot trapezius, lasitimus dorsi dan
pektolaralis major menguncup (fleksi)
membolehkan lengan dihalakan ke arah
hadapan bertujuan untuk memukul bulu
tangkis.
Otot deltoid akan merapat atau aduksi
supaya lengan dapat diturunkan kesisi
badan.
12
Otot biceps akan mengendur manakala
otot triceps akan menguncup bertujuan
meluruskan lengan semasa memukul bulu
tangkis.
FASA : SELEPAS SERVIS (Pukulan lajak)
JENIS PERGERAKAN OTOT TERLIBAT
a) Pengenduran dan penguncupan otot Tangan ~ triceps dan biceps
Otot biceps akan mengendur manakala
otot triseps menguncup supaya lengan
boleh dibengkokkan.
FUNGSI OTOT YANG TERLIBAT
BAHAGIAN OTOT YANG TERLIBAT FUNGSI
Trapezius Membantu deltoid menghalakan
tangan kearah hadapan dan ke arah
13
belakang melalui proses penguncupan
atau relaksasi. Antagonis bagi
pektoralis major dan latissimus dorsi.
Pektoralis Major Membantu menggerakkan tangan
kearah belakang atau ke hadapan
melalui proses penguncupan atau
relaksasi. Antagonis bagi trapezius.
Latissimus Dorsi Otot yang membantu menggerakan
tangan kearah hadapan atau ke
belakang melalui proses penguncupan
atau relaksasi. Antagonis bagi
trapezius.
Deltoid Otot yang membolehkan lengan
diangkat kearah dari sisi badan atau
merapat kembali ke sisi badan ke
hadapan atau kebelakang melalui
proses abduksi atau aduksi.
Biceps Membolehkan tangan dibengkokkan
atau diluruskan.
Triceps Membolehkan tangan dibengkokkan
atau diluruskan.
BAHAGIAN SENDI YANG TERLIBAT
14
BAHAGIAN SENDI YANG TERLIBAT
KEMAHIRAN SERVIS TINGGI
SENDI LESUNG
SENDI ENGSEL
SENDI KONDIL
15
FASA JENIS SENDI TERLIBAT
a) Permulaan (Memegang raket) Sendi Kondil Sendi Pelana
b) Perlaksanaan (Membuat servis
tinggi)
Sendi Engsel
16
Sendi siku
Sendi lesung
17
FUNGSI SENDI TERLIBAT
BAHAGIAN SENDI YANG TERLIBAT FUNGSI
Sendi Lesung Sendi yang membenarkan pergerakan lengan
ke arah luar dari badan sama ada ke
belakang atau ke hadapan. Sendi ini
membenarkan pergerakan pada semua satah.
Sendi Engsel Sendi yang membenarkan tangan
dibengkokkan atau diluruskan dalam satu
arah sahaja. Ia membenarkan pergerakan
pada satu satah sahaja.
Sendi Kondil Sendi yang membenarkan pergelangan
tangan melakukan ekstensi, fleksi atau hyper-
ekstensi. Sendi kondil membenarkan
pergerakkan pada dua satah.
18
BAHAGIAN TULANG TERLIBAT
KEMAHIRAN SERVIS TINGGI
Tulang yang terlibat
Humerus
Skapula
Radius
Ulna
scapula
Radius
UlnaKarpus
Humerus
Metakarpus
Falanks
19
Tulang Karpus
Metakarpus
Falanks
FUNGSI TULANG YANG TERLIBAT
BAHAGIAN TULANG YANG TERLIBAT FUNGSI
a) Scapula Tulang yang bersambung dengan
humerus untuk membentuk sendi lesung
dan bergerak secara memanjang apabila
lengan ditarik atau diturunkan.
b) Humerus Tulang yang bersambung dengan scapula
pada bahu dan lengan radius dan ulna
pada siku serta menyokong bahagian
tersebut. Terdapat dua bonggol yang
disebut turberkel dikepala humerus yang
berfungsi sebagai pelekatan otot dan
ligamen
c) Radius dan Ulna Merupakan lengan bawah dan terdiri
daripada dua batang tulang yang tersusun
hamper selari serta berpaut pada dua
hujungnya. Tulang ini lebih besar di
bahagian bawahnya.
Bahagian atas ulna bersendi dengan
troklea dan fosa olekranon, manakala
hujung bawah bahagian bersendi dengan
20
tulang-tulang karpus.
d) Tulang Karpus Merupakan tulang pergelangan tangan
dan terdiri daripada lapan tulang kecil
yang disusun dalam dua baris.
e) Metakarpus Metakarpus atau tapak terdiri daripada
lima tulang. Kepala Metakarpus
merupakan buku lima yang bersendi
dengan tulang jari yang disebut falanks.
Tulang ini berfungsi untuk memegang dan
mengenggam raket.
21
MEKANISME PERGERAKAN
Semasa fasa persediaan ini iaitu ketika tangan memegang raket, pemain perlu
berada dalam keadaan bersedia untuk dihayunkan ke belakang. Ini melibatkan otot-
otot seperti trapezius, latissimus dorsi dan pektoralis major. Otot-otot tersebut akan
mengendur atau ekstensi bagi membolehkan tangan dihalakan kearah belakang. Otot
deltoid akan meregang atau abduksi untuk mengangkat lengan kearah luar dari sisi
badan.
Selain itu, otot bisep akan menguncup manakala otot trisep akan mengendur
supaya lengan boleh dibengkokkan. Ketika servis dimulakan bahagian pinggang akan
dipusingkan sedikit untuk persediaan membuat pukulan. Otot yang terlibat adalah otot
Gluteus maksimus dan otot Gluteus medius yang ada pada bahagian belakang iaitu
tulang punggung.
Terdapat dua sendi yang terlibat iaitu sendi lesung dan sendi engsel. Sendi
lesung yang terdapat pada bahu membenarkan pergerakan tangan kearah luar dari
badan iaitu kearah belakang. Sendi engsel yang terdapat pada siku pula membenarkan
tangan dibengkokkan. Sendi lesung melibatkan tulang scapula dengan humerus.
Manakala sendi engsel melibatkan tulang humerus dan ulna.
Dalam fasa pelaksanaan pula ialah fasa servis, dimana raket dihayunkan ke
bawah dan kehadapan. Otot trapezius berada dalam keadaan rileksasi manakala otot
pektoralis major dan latissimus dorsi berada dalam keadaan menguncup yang
membolehkan tangan ditarik ke bawah. Otot deltoid pula berada dalam keadaan
adduksi untuk menghalakan tangan kembali rapat kearah sisi badan. Otot biceps pula
dalam keadaan rileksasi dan otot triceps dalam keadaan menguncup menyebabkan otot
biceps memanjang dan otot triceps memendek. Keadaan ini membolehkan tangan
22
diluruskan. Selain itu pergelangan tangan berada dalam keadaan hyper-ekstensi untuk
membolehkan tangan memukul bulu tangkis.
Terdapat tiga sendi yang terlibat iaitu sendi lesung, sendi engsel dan sendi
kondil. Sendi lesung terdapat pada bahu membenarkan tangan yang tadinya berada
dibelakang bergerak kearah bawah dan kehadapan. Sendi engsel yang terdapat pada
siku pulamembenarkan pergelangan tangan diluruskan. Sendi kondil pula
membenarkan pergelangan tangan berada dalam keadaan hyper-ekstensi untuk
membolehkan tangan memukul bulu tangkis dengan kuat. Sendi lesung melibatkan
tulang scapula dengan humerus, sendi engsel melibatkan tulang humerus dan ulna
manakala sendi kondil melibatkan tulang radius dengan karpal.
Fasa terakhir ialah fasa ikut lajak bagi memastikan bulu tangkis yang dipukul
tepat kearah sasaran. Raket terus dihayun ke atas mengikut arah pergerakkan bulu
tangkis dan bergerak tinggi melepasi aras bahu. Otot trapezius masih dalam keadaan
rileksasi serta otot pektoralis major dan latissimus dorsi masih berada dalam keadaan
menguncup membolehkan tangan dihayunkan ke atas. Otot yang banyak berfungsi
dalam fasa ini ialah otot biceps dan triceps. Otot biceps berada dalam keadaan
menguncup manakala otot triceps dalam keadaan rileksasi menyebabkan otot biceps
memendek dan otot triceps memanjang. Keadaan ini membolehkan tangan
dibengkokkan untuk menghayun raket mengenai bulu tangkis mengikut lajak supaya
menepati sasaran.
23
BIBLIOGRAFI
Amran Lee Abdullah, P. Sundaralingam, (2007). Siri Pendidikan Jasmani dan Sukan
Badminton, Sutrapadu Sdn. Bhd.: Petaling Jaya.
Choe Hin, Quek Y.H., Chia L.T., Choo Y.T.(1999), Biologi Fkus SPM, Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.: Selangor.
Mohd Zairi Husain, (2009), Asas Anatomi dan Fisiologi, Meteor Doc sdn. Bhd. :
Selangor.
Peter Ling C.C., Tan K. L., (2012), Biologi SPM Whizz Thru, Oxford Fajar Sdn.Bhd :
Selangor.
24