3
BAGAIMANA PENDIDIKAN BOLEH MENGUBAH PERPADUAN? Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan: 1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua - Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini & bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah. - Sekolah Wawasan adalah tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolah Wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah. - Mereka berpeluang untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain dan akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. - Dengan ini Sekolah Wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepatkan integrasi nasional. 2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama - Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini. - Bahasa Malaysia adalah medium paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia 1

Bagaimana Pendidikan Boleh Mengubah Perpaduan -Point

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Bagaimana Pendidikan Boleh Mengubah Perpaduan -Point

Citation preview

Page 1: Bagaimana Pendidikan Boleh Mengubah Perpaduan -Point

BAGAIMANA PENDIDIKAN BOLEH MENGUBAH PERPADUAN?

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua

ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni

masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup

bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai

sebagai rakyat Malaysia.

Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah

menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor

unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara

bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan:

1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua

- Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum

yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-

sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris.

Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan.

Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini &

bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah.

- Sekolah Wawasan adalah tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi

antara kaum. Sekolah Wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid

pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin,

padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah.

- Mereka berpeluang untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain

dan akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama

kaum lain.

- Dengan ini   Sekolah Wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan

seterusnya mempercepatkan integrasi nasional.

2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama

- Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum

dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini

mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

- Bahasa Malaysia  adalah medium paling penting untuk menyatupadukan masyarakat

berbilang kaum di Malaysia

- Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang

bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara.

- Melalui penggunaan dan penghayatan Bahasa Malaysia yang bersepadu, semangat

bersatu padu dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh

kerajaan akan dapat dilaksanakan.

1

Page 2: Bagaimana Pendidikan Boleh Mengubah Perpaduan -Point

- Bahasa Malaysia juga digunakan di semua sekolah kebangsaan sebagai mata

pelajaran wajib, manakala bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah

Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing

wajib mengajar Bahasa Malaysia kepada pelajarnya.

3) Kurikulum yang sama

- Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar

yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Kurikulum juga berperanan

untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan

perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga

rakyat yang terlatih untuk keperluan negara di samping menghasilkan modal insan

yang terlatih untuk keperluan negara.

- Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan

dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan.

Ianya berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) mulai tahun 1983.

- Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran

dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan

pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama

dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan

saling menghormati antara satu sama lain.

- Setiap subjek yang diajar di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek

pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama  diberikan

keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi

kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi serta moral para pelajar.

4) Sukatan pelajaran yang seragam

- Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak

adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi

mewujudkan perpaduan negara.

- Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat

pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat

perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang

berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam

membolehkan pandangan dunia setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak

mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.

2

Page 3: Bagaimana Pendidikan Boleh Mengubah Perpaduan -Point

5) Peperiksaan yang seragam

- Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para

pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh

menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan

keperibadian yang sama.

- Kelulusan kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia menjadi

satu keperluan bagi mendapat jawatan ataupun untuk diserap ke jawatan tetap.

Kelulusan Bahasa Malaysia pada peringkat kemahiran bertutur juga menjadi syarat

untuk lulus dalam peperiksaan ijazah di universiti.

3