60
[DOCUMENT TITLE] [Document subtitle] 0

Bagi Karangan Bahagian B

Embed Size (px)

DESCRIPTION

m

Citation preview

Page 1: Bagi Karangan Bahagian B

0

[Document title]

[Document subtitle]

Page 2: Bagi Karangan Bahagian B

Isi kandungan

1

Page 3: Bagi Karangan Bahagian B

Teknik Menjawab Karangan Kertas 11. Bagi karangan Bahagian B, anda perlu menulis karangan anda melebihi 350 patah

perkataan2. Bagi memastikan karangan anda pada tahap cemerlang,

pastikan karangan anda mempunyai tujuh perenggan atau melebihi tiga muka surat.

3. Saya mencadangkan anda menulis perenggan pendahuluan dalam anggaran 70 patah perkataan, isi dalam anggaran 80 patah perkataan (80 X 5 isi = 400) dan penutup dalam anggaran 70 patah perkataan.

4. Jadi, jumlah keseluruhan karangan anda ialah 500 patah perkataan dan memenuhi kehendak arahan soalan.

5. Anda boleh menggunakan formula ini apabila menjawab karangan:

2

PeringatanTerdapat lima dimensi yang diambil kira dalam penyediaan soalan bagi Bahagian B iaitu : diri sendiri keluarga masyarakat/negara antarabangsa

Isi = AT + AH + AC + AP

Ayat Topik (AT) Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah

ringkas, padat dan jelas. Ditulis pada permulaan ayat. Menjadi pencetus idea untuk pengembangan

ayat seterusnya.

Ayat Huraian (AH) Terdiri daripada satu hingga lima ayat. Dihuraikan secara mendalam menggunakan

formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)

Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara menggunakan penanda wacana yang sesuai.

Ayat Contoh (AC) Anda boleh memberikan sekurang-kurangnya

satu contoh. Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan

dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak soalan.

Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum AP.

Ayat Penegas (AP) Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap

isi. AP menegaskan semula AT dengan

menggunakan ayat berbeza tetapi masih mengekalkan maksud yang sama dengan AT.

Penutup = AK + AC + AH

Ayat Kesimpulan (AK) Terdiri daripada satu hingga dua ayat . Merumuskan keseluruhan karangan. Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah).

Ayat Cadangan (AC) Terdiri daripada satu hingga dua ayat. Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan. Tidak memerlukan huraian panjang.

Ayat Harapan (AH) Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha

menangani isu yang dibincangkan. Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC. Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.

Pendahuluan = PU/DEFINISI + AH + AC + AA

Penyataan Umum (PU) / Definisi Terdiri daripada satu ayat sahaja. Ditulis berdasarkan tajuk.

Ayat Huraian (AH) Terdiri daripada satu hingga tiga ayat. AH1 : Senario / perkembangan isu yang

dibincangkan pada masa ini. AH2 : Faktor / Kepentingan / Kesan kepada

individu / keluarga / masyarakat / negara (bergantung kepada dimensi soalan).

AH3 : Kesinambungan daripada ayat huraian 2 dan boleh menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)

Ayat Contoh (AC) Anda boleh memberikan satu atau melebihi

satu contoh. Pastikan contoh yang diberi sesuai dan

relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak soalan.

Ayat Arah (AA) Menyatakan pendirian anda sama ada

bersetuju atau tidak dengan soalan secara umum.

Perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan.

Anda boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung kepada kreativiti anda.

Page 4: Bagi Karangan Bahagian B

6. Kelebihan menggunakan formula dalam aktiviti mengaranga. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan.b. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.c. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.d. Perenggan yang seimbang dan sekata.e. Komponen karangan lengkap – ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan

kesimpulan.7. Sesebuah karangan yang cemerlang harus memenuhi kriteria-kriteria yang berikut :

a. Sekurangnya-kurangnya menuis dua ungkapan menarik seperti peribahasa, hadis, cogan kata, kata-kata orang ternama, pantun dan seumpamanya.

b. Sekurang-kurangnya terdapat dua variasi ayat seperti ayat tanya, ayat majuk, ayat aktif, ayat pasif dan seumpamanya.

c. Sekurang-kurangnya terdapat dua kosa kata berdarjat tinggi seperti macapada ini, anjakan paradigma, menggembleng sinergi dan sebagainya.

d. Karangan mesti ditulis berselang sebaris antara perenggan.e. Lima perenggan isi mesti terdiri daripada isi pokok, huraian, contoh dan penegas.f. Setiap ayat yang ditulis mesti mempunyai subjek dan predikat yang lengkap.

3

Page 5: Bagi Karangan Bahagian B

Tema: Pencemaran1. Terdapat banyak tema yang disediakan untuk menjawab soalan kertas 1, bahagian b

dan diantaranya ialah pencemaran.2. Di dalam kotak di bawah telah beberapa isi-isi penting disediakan untuk digunakan

untuk menjawab tajuk-tajuk soalan yang tertentu.3. Penc

emaran

dapat memberi impak yang amat besar kepada Negara. Antaranya ialah:a. Mendatangkan banyak penyakitb. Boleh menyebabkan bencana alamc. Menyebabkan keseimbangan alam sekitar

terjejas d. Menjejaskan sektor pertanian negarae. Sektor perlancongan terganggu

4

Punca Pencemaran Air:

Pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut.

Sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air.

Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada pencemaran air.

Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai Punca Pencemaran Udara:

Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun.

Pembebasan asap kenderaan bermotor. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Kebakaran Hutan. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik

terma.

Peringatan:

Terdapat tiga soalan lazim yang keluar daripada soalan ini iaitu:a) Punca pencemaranb) Kesan pencemaranc) Langkah mengatasi pencmaran

Page 6: Bagi Karangan Bahagian B

4. Semenjak beberapa tahun ini, fenomena jerebu yang teruk sering berlaku pada penghujung tahun.

5. Hal ini akan memberikan impak yang negative kepada semua orang terutamanya pelajar-pelajar sekolah.

6. Jadual di bawah menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang boleh digunakan untuk mengetahui akan status jerebu pada tempat kediaman anda.

7. Di samping itu, pencemaran sungai juga telah mencapai tahap yang kritikal di mana banyak hasil pembuangan domestic dan hasil buangan daripada kilang-kilang.

8. Hal ini menyebabkan kualiti sungai-sungai di Malaysia menjadi semakin teruk dan tercemar.

5

Bacaan IPU Status0-50 Baik51-100 Sederhana101-200 Tidak sihat201-300 Sangat tidak sihat>301 Berbahaya

Page 7: Bagi Karangan Bahagian B

9. Oleh sebab itu, kita hendaklah menggembleng tenaga untuk menangani masalah ini.10. Antara langkah yang boleh dilakukan untuk menangani masalah ini ialah:

6

Langkah untuk menangani masalah pencemaran:

Page 8: Bagi Karangan Bahagian B

11. Graf di sebelah menunjukkan statistik bagi pencemaran pada tahun 1900 hingga 2009.

a. Melalui graf tersebut, kia dapat menafsirkan bahawa masalah pencemaran semakin bertambah parah dari tahun ke tahun.

b. Hal ini akan menjejaskan pelbagai ekosistem yang terdapat di dalam negara.c. Oleh itu, kita hendaklah berindak sekarang untuk mengekalkan kelestarian alam

sekitar. 12. Di bawah saya selitkan beberapa karangan tentang punca, kesan dan cara mengatasi

pencemaran.

Punca pencemaran alam sekitarsu-isu tentang pencemaran alam sekitar kerap berlaku di negara kita. Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang sering berlaku

di negara kita antaranya ialah pencemaran air sungai dan pencemaran udara. Isu pencemaran alam sekitar ini sememangnya tidak boleh dipandang ringan oleh setiap lapisan masyarakat masyarakat. Tahukan anda apakah punca pencemaran alam sekitar ini? Terdapat beberapa sebab terjadinya pencemaran alam sekitar di negara kita.

I

7

Page 9: Bagi Karangan Bahagian B

Sebab utama pencemaran alam sekitar berlaku adalah kerana sikap individu sendiri. Terdapat individu yang mengambil mudah tentang aspek kebersihan lalu membuang sampah ke dalam sungai. Individu yang membuang sampah ke dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi dengan sampah sarap lalu sungai menjadi kotor. Selain itu, perbuatan membuang puntung rokok ke dalam semak pula akan menyebabkan kebakaran yang boleh mencemarkan udara.

Selain itu, sikap masyarakat juga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan ahli masyarakat menganggap sungai sebagai tempat untuk membuang sampah dan tempat menyalurkan air yang kotor atau sisa kumbahan dari rumah mereka. Masyarakat juga tidak mahu membersihkan sungai yang dipenuhi rumput, timbunan lumpur atau timbunan sampah . Akhirnya, sungai akan menjadi semakin cetek dan kotor hingga boleh menyebabkan banjir kilat apabila hujan turun dengan lebat dan berterusan.

Sikap pekerja syarikat perkapalan juga boleh menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Terdapat segelintir pekerja syarikat perkapalan yang membuang minyak hitam ke dalam laut semasa kapal sedang belayar. Tujuan pekerja ini membuang minyak hitam ke dalam laut adalah untuk menjimatkan kos melupuskan minyak hitam. Akibatnya, air laut akan tercemar dan hidupan laut seperti ikan, sotong dan udang akan mati atau tercemar.

Di samping Itu, sikap pekerja di sektor pertanian juga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Terdapat segelintir pekerja di sektor pertanian yang membuang sisa racun rumpai ke dalam sungai dan perbuatan ini boleh menyebabkan air sungai tercemar. Selain itu, terdapat juga pekerja di sektor pertanian yang membakar hutan bagi membersihkan tanah untuk bercucuk tanam. Hutan yang terbakar ini akan mengeluarkan asap yang tebal lalu berlakulah jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Sikap negatif sesetengah pegawai penguatkuasa alam sekitar juga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Terdapat segelintir pegawai penguatkuasa yang tidak menjalankan tugas mereka dengan baik dan amanah. Sebagal contoh, pihak yang mencemarkan alam sekitar tidak dikenakan tindakan yang sewajarnya. Oleh itu, mereka akan mengulangi perbuatan mereka ini hingga keadaan alam sekitar menjadi semakin teruk dan menyusahkan banyak pihak.

Terdapat beberapa sebab yang membawa kepada berlakunya pencemaran alam sekitar. Oleh itu, semua pihak mesti berganding bahu untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar kerana pencemaran alam sekitar boleh membawa banyak masalah kepada masyarakat dan negara.

8

Page 10: Bagi Karangan Bahagian B

Kesan Pencemaran Udara kepada Manusia dan Alam Sekitar

encemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya merupakan bahan buangan industri, asap ekzos kenderaan,

tindakan pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara. Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk menangani pencemaran.

PKesan utama pencemaran udara adalah ke atas

kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.

Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udar a mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam.

Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.

Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-

9

Page 11: Bagi Karangan Bahagian B

bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.

Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara me ningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.

Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada umat manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih keiat perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.

Langkah Mengatasi Pencemaran Sungaiungai merupakan nadi kehidupan semua benda hidup termasuk manusia, haiwan dan hidupan lainnya. Sungai memberikan sumber air bersih kepada kita untuk menyempurnakan kegiatan asas harian kita untuk minuman, memasak makanan

dan mandi. Sejak zaman dahulu sungai menjadi jalan perhubungan dan pengangkutan dari satu destinasi ke destinasi lain. Malahan sungai juga memberi sumber makanan yang kaya dengan protin kepada manusia. Selain itu sungai yang bersih juga dapat menyumbang hasil pendapatan kepada negara melalui produk pelancongan berasaskan sungai. Namun begitu, selaras dengan peralihan zaman, masalah pencemaran air semakin menjadi-jadi. Pencemaran yang berlaku telah mengakibatkan kawasan tadahan air dimusnahkan. Hal ini juga telah banyak memberikan implikasi yang buruk kepada manusia dan hidupan lain, terutamanya hidupan akuatik. Sejurusnya, kita perlu sediakan payung sebelum hujan dengan mengadakan langkah pengawalan kebersihan sungai dari sekarang. Antara langkah-langkah mengatasinya dapat dijelaskan pada perenggan-perenggan selanjutnya.

S

Langkah primer ialah kerajaan perlu mengadakan Kempen Cintai Sungai. Kempen Cintai Sungai telah dimulakan sejak tahun 1993 yang dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. Kempen ini menumpukan kepada aktiviti-aktiviti gotong-royong membersihkan sungai. Selain dapat merapatkan hubungan antara masyarakat, aktiviti

10

Page 12: Bagi Karangan Bahagian B

gotong-royong juga dapat menyemai sikap menyintai sungai kita dalam kalangan masyarakat setempat. Selain membersihkan sungai, aktiviti ini turut membabitkan kerja-kerja pengindahan sungai seperti penyediaan kemudahan rehat di sungai-sungai berkenaan. Antara sungai-sungai yang terlibat termasuklah Sungai Muar dan Sungai Batu Pahat. Aktiviti ini seharusnya diadakan secara berkala sepanjang tahun dan melibatkan perbagai kategori dimana setiap kategori akan dipertandingkan bagi memupuk minat masyarakat setempat ke arah menyintai sungai. Antara kategori tersebut ialah Kategori Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kategori Sekolah dan Kategori Perlancongan. Selain itu, kempen ini diperbagaikan dengan aktiviti ceramah-ceramah kesedaran di peringkat sekolah, pertandingan mewarna, ekspedisi sungai, gotong-royong dan sebagainya. Jelaslah melalui Kempen Cintai Sungai bukan sahaja dapat mendidik tetapi juga mendewasakan masyarakat tetang kepentingan sungai dalam kehidupan.

Seterusnya, pihak kerajaan perlu mengadakan undang-undang melarang pembuangan sampah-sarap domenstik ke dalam sungai. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sampah ditakrifkan sebagai semua bahan buangan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau dalam bentuk gas yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekeliling yang akan menyebabkan pencemaran. Sampah domestik boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu organik, inorganik dan sampah sarap yang bersaiz besar. Sebagai contohnya, sampah jenis organik seperti plastik dan kertas. Sampah inorganik pula terdiri daripada kaca, tin alumunium, dan contoh sarap yang bersaiz besar ialah barangan perabot dan sampah tanaman. Pelepasan sampah ke dalam sungai akan menjejaskan penembusan sinaran matahari dan kadar kandungan oksigen yang terlarut dalam air. Alga dan lelumut yang menjadi sumber makanan hidupan akuatik juga akan terjejas. Akibatnya kelangsungan rantaian makanan hidupan sungai musnah. Kedegilan masyarakat membuang sampah merata-rata perlu dikenakan hukuman yang berat dan setimpal seperti saman wang tunai dan hukuman penjara serta mengadakan khidmat sosial secara percuma dalam tempoh yang telah ditetapkan. Justeru itu, cadangan mengadakan program mendidik pesalah dengan memperbagaikan kegunaan sampah dan pengurusan secara positif seperti proses kitar semula dan membuat baja kompos sebagai satu langkah yang bijak. Pelaksanaan undang-undang akan memastikan persekitaran sungai yang harmoni dapat diwujudkan.

Selanjutnya, peranan pihak media massa juga ditagih dalam menangani isu pencemaran sungai. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar. Sejak dahulu lagi, semua masyarakat menyedari bahawa media massa memainkan peranan penting dalam mempengaruhi, membentuk dan mengubah cara pemikiran pembacanya. Apa sahaja ditayangkan dan dihebahkan akan menjadi ikutan masyarakat. Televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Sudah pasti info mengenai keadaan sungai yang semakin tercemar serta langkah untuk menjaganya dapat diakses dengan mudah. Sejurusnya, media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu

11

Page 13: Bagi Karangan Bahagian B

pencemaran sungai diseluruh negara melalui slot-slot iklan dan dalam siaran-siaran di televisyen. Salah satu rancangan televisyen dikenali Program Aduan Rakyat TV3 menjadi tatapan ramai. Hal ini disebabkan rancangan ini telah banyak membantu menyelesaikan pelbagai polemik dalam negara seperti gejala rasuah dan pembalakan haram. Justeru itu, program ini perlu mengupas dan membuat pendedahan pula tentang pencemaran sungai secara kerap. Hal ini disebabkan, penyelesaian kepada segala masalah ini dapat diselesaikan secara tuntas apabila pihak pelaku, pemilik tanah dan pihak berkuasa tempatan dilibatkan bersama. Jelaslah, media massa juga dapat memainkan peranannya dalam memastikan sungai sentiasa bersih.

Sejurusnya, peranan pihak sekolah wajar terlibat sama dalam memupuk nilai-nilai murni dalam penjagaan sungai. Anak murid sedari usia muda perlu diberi kesedaran tentang kepentingan sungai bak kata pepatah melentur buluh biarlah ketika rebung. Poster-poster yang menyentuh isu pencemaran sungai perlu digantung dan ditampal di sudut-sudut khas dalam sekolah. Program 5 minit tentang sungai wajar diadakan. Pembelajaran berkenaan topik sungai juga banyak disentuh dalam subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Geografi dan Sejarah. Secara tidak langsung sungai telah menjadikan alat pendidikan yang merentasi kurikulum untuk mengembangkan pemupukan nilai positif terhadap sungai. Dalam pedagogi bahasa, pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan Kajian Masa Depan membolehkan murid dengan bimbingan guru membuat ekspedisi menjelajah sungai di kawasan tempat tinggal masing-masing. Khidmat Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan boleh diminta sebagai salah satu aktiviti Khidmat Masyarakat. Sebagai contohnya, beberapa aktiviti yang sesuai boleh dilakukan seperti melihat punca pencemaran, mengenalpasti komuniti, memungut sampah, menebas rumput di pinggir dan membersihkan taman sekitar Sungai Tengkorak di Pasir Gudang. Hasil laporan beserta refleksi yang disiapkan kemudiannya diberi markah dan sijil sebagai penghargaan kepada murid. Tidak cukup dengan aktiviti di dalam dan luar sekolah, pihak sekolah boleh mengadakan ekspedisi keluar negeri seperti melawat sungai yang paling tercemar dan sungai yang terurus dengan baik seperti Sungai Gombak dan Sungai Melaka. Pelajar dapat membezakan kandungan sampah terampai, saiz sungai, kedalaman sungai dan kepelbagaian aktiviti ekonomi di sekitar tebing sungai. Jelaslah, sekolah dapat menyedarkan masyarakat tentang sungai sejak dari usia muda.

Kesimpulannya, semua pihak perlu mengembleng tenaga untuk mengatasi isu ini. Kita perlu bermusahabah diri dan tepuk dada tanya selera. Apakah yang dimahukan oleh masyarakat sekarang dengan sungai bak mutiara di depan mata mereka? Jika mahu memastikan Sungai Tengkorak, Sungai Segget dapat dinikmati akan kewujudannya pada hari ini berterusan sehingga ke zaman anak cucu kita, langkah proaktif pemeliharaan sungai perlu dilakukan dari sekarang. Semuanya bergantung kepada kerjasama dari semua pihak iaitu pihak kerajaan yang mempunyai kuasa dan sumber kewangan, masyarakat yang memberi sumbangan sumber manusia dan pihak individu yang memberi

12

Page 14: Bagi Karangan Bahagian B

tenaga dan idea. Jika pihak dari bawahan iaitu individu menyokong program memelihara sungai dari tercemar sasarannya pasti akan berjaya umpama bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

13

Page 15: Bagi Karangan Bahagian B

Tema: Masalah Remaja1. Tema yang seterusnya ialah masalah remaja. Soalan yang lazim ditanya untuk

menjawab karangan bertemakan masalah remaja ialah:a. Punca masalah remajab. Kesan masalah remaja c. Cara mengatasi masalah remaja

2. Bagi soalan punca dan langkah mengatasi masalah remaja, anda boleh menggunakan isi penting di bawah untuk membantu anda menjawab soalan karangan yang bertemakan masalah remaja.

14

Punca Masalah Remaja

1. Kurangnya pendidikan keagamaan menjadi punca utama peningkatan gejala sociala) agama merupakan asas dan panduan hidup, Rasulullah sebagai contoh terbaikb) tercari-cari identiti jalan hidup dan lebih cenderung untuk terpengaruh dengan budaya

negatif Barat berbanding mentaati perintah agama2. Sikap keluarga dalam mendidik dan mengasuh anak masing-masing

a) Ibubapa yang tidak begitu perihatin tentang sifat dan kelakuan anak-anak: alasan terlalu sibuk bekerja

b) Anak-anak mereka terlalu bebas; berrisiko tinggi terlibat dalam gejala yang tidak baik3. Pengaruh rakan sebaya; membentuk perilaku remaja yang masih mentah

a) Mereka lebih mesra dengan rakan mereka berbanding ibubapab) Lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga

4. Mempunyai perasaan ingin tahu yang cukup kuata) Mendorong para remaja untuk mencuba sesuatu: apa sahaja yang berlaku di sekeliling akan

mampu menarik perhatian mereka b) Masalah mula timbul apabila mereka ingin mencuba perkara-perkara yang negative

5. Media massa memaparkan budaya hidup bebas dan bersosial; mempengaruhi minda golongan muda a) mempengaruhi minda rakyat dengan perlakuan yang tidak senonoh: corak pergaulan, cara

berpakaian dan gaya hidup cara Barat

Cara Mengatasi

1. Memperkukuhkan unit keluarga dengan menanamkan nilai-nilai agama dan akhlak yang baik2. Ibu-bapa terutamanya ibu-ibu perlu memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan

mental, fizikal dan spiritual ahli keluarga3. Ibu-bapa harus lebih pro-aktif dalam memantau aktiviti anak-anak4. Bahan-bahan dan siaran-siaran media massa yang mengandungi unsur-unsur ganas dan seks

Page 16: Bagi Karangan Bahagian B

3. Jika masalah ini berlarutan, banyak kesan yang buruk akan timbul. Antaranya ialah:

4. Graf di sebelah menunjukkan statistik masalah sosial remaja pada tahun 2007 hingga Oktober 2010.

13. Daripada statistik di sebelah kita dapat menyimpulkan bahawa masalah gejala sosial sudah bermula sejak dari dahulu lagi

15

Cara Mengatasi

1. Memperkukuhkan unit keluarga dengan menanamkan nilai-nilai agama dan akhlak yang baik2. Ibu-bapa terutamanya ibu-ibu perlu memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan

mental, fizikal dan spiritual ahli keluarga3. Ibu-bapa harus lebih pro-aktif dalam memantau aktiviti anak-anak4. Bahan-bahan dan siaran-siaran media massa yang mengandungi unsur-unsur ganas dan seks

Akibat Penyalahgunaan Dadah:

1. Dari segi tingkahlaku:

Akibat Merokok:

1. Dari segi Kesihatan

Page 17: Bagi Karangan Bahagian B

14. Selain itu, masalah ini menjadi semakin serius hasil daripada penyalahgunaan bahan-bahan tertentu oleh para remaja.

15. Oleh itu, kita hendaklah bersatu padu supaya kita dapat mengatasi masalah ini pada suatu hari nanti.

16. Seterusnya, karangan di bawah boleh dijadikan sebagai rujukan untuk menjawab karagan yang bertemakan masalah remaja.

Faktor Masalah Remajaerita Harian,12 Julai 2001 lalu telah melaporkan bahawa dalam tempoh 10 tahun antara tahun 1989 hingga tahun 1998,kadar jenayah membabitkan remaja meningkat sebanyak 35 peratus bagi lelaki dan 25 peratus bagi

perempuan.Statistik ini menunjukkan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan “pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara”.Persoalannya,jika remaja kita musnah sebagai akibat keseronokan yang sementara ini,siapakah yang akan terus memperjuangkan nasib negara kita? Justeru,senario ini mencetuskan kebimbangan kepada semua pihak termasuklah golongan ibu bapa,guru,masyarakat,dan negara. Tidak dinafikan,pelbagai usaha telah digembleng bagi mengatasi kemelut ini.Namun begitu,apakah punca kepada kegagalan tersebut?

B

Kemelut ini sebenarnya bermula daripada diri remaja itu sendiri.Perkataan remaja atau adolescene berasal dari perkataan Latin iaitu “adolescere” yang bermaksud “membesar” atau “membesar menjadi matang”.Menurut Kamus Dewan,Edisi Ketiga,remaja merupakan seorang yang mulai dewasa,sudah akil baligh,dan sudah cukup umur untuk berkahwin.Dari segi perspektif Islam pula,remaja dianggap sebagai mereka yang sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh.Pada peringkat ini,golongan remaja mengalami peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa.Apabila mengaitkan diri remaja dengan gejala sosial yang semakin berleluasa pada hari ini,kita dapat melihat sikap ingin mencari sesuatu yang baharu atau sikap ingin tahu yang ada dalam diri remaja sebagai satu faktor yang utama.Sikap ingin tahu memang wujud dalam diri remaja.Lazimnya mereka gemar mencuba sesuatu yang baharu.Setiap perkara yang terlarang,itulah yang ingin diterokai oleh mereka.Contohnya,fenomena lumba haram yang terjadi akibat keinginan remaja untuk menunjukkan belang mencerap keseronokan bersama rakan sebaya.Selain itu,masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah juga adalah daripada sikap ingin tahu yang tidak kena pada tempatnya.Menurut Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi,masalah dadah yang merupakan masalah utama,masih merupakan ancaman besar negara.Hal ini membuktikan,betapa seriusnya masalah dadah.Lebih-lebih lagi,gejala ini melibatkan golongan remaja.

16

Page 18: Bagi Karangan Bahagian B

Selain itu,remaja kini lebih suka kepada cabaran dan mudah terikut atau terpengaruh dengan gaya dan cara hidup orang lain.Kita dapat lihat pada hari ini,budaya asing semakin mempengaruhi hampir semua aspek kehidupan remaja seperti cara pemakaian,makanan mahupun cara pemikiran.Remaja seolah-olah mengagung-agungkan budaya asing.Mereka beranggapan bahawa budaya asing yang diikuti adalah cara hidup moden yang seiring dan sesuai dengan dunia yang kini semakin canggih dan moden.Sebaliknya,mereka menganggap bahawa cara hidup berlandaskan ajaran agama adalah kuno dan tidak lagi boleh diguna pakai pada zaman moden ini.Justeru,hal ini menyebabkan remaja tidak mempunyai pegangan dalam hidup dan bertindak menjalani kehidupan mengikut cara mereka sendiri.Apabila keadaan ini terjadi,remaja akan mudah terjebak dengan pelbagai gejala yang tidak sihat.Antara contoh yang paling releven ialah budaya ‘black metal’ dalam kalangan remaja yang lahir sebagai akibat daripada pengaruh budaya asing.

Di samping itu,ibu bapa turut menjadi faktor perdana apabila membincangkan isu yang melibatkan remaja.Hal ini kerana ibu bapa sering dikatakan sebagai individu yang dekat dengan remaja dan banyak mempengaruhi proses pembentukan diri remaja.Namun begitu,ibu bapa kini mengabaikan tanggungjawab dan peranan mereka terhadap anak-anak.Hal ini kerana ibu bapa kini rakus mengejar kemewahan dan kebendaan semata-mata untuk memenuhi naluri mereka.Keadaan ini menyebabkan remaja membesar tanpa belaian kasih sayang dan perhatian daripada kedua ibu dan bapa.Di sinilah timbulnya perasaan seolah-olah diri remaja tidak dihargai dan terabai.Lebih-lebih lagi,apabila remaja berhadapan dengan masalah keluarga.Menurut Dr. Syed Hasan Ahmad,apabila remaja membuat andaian bahawa ibu bapa cuai dalam tanggungjawab mereka dan berlaku perkara tidak diingini dalam keluarga terbabit,remaja itu akan berasa marah,kecewa,dan memendam perasaan. Justeru,remaja mengambil kesempatan keluar untuk meneroka dunia yang penuh dengan penipuan dan jenayah kerana mereka merasakan kehidupan menjadi kosong sebagai akibat keperluan emosi mereka yang tidak dipenuhi dengan belaian kasih sayang oleh ibu bapa.Hal ini membuktikan bahawa ibu bapa merupakan aset signifikan dalam membentuk diri remaja. Disuntik nilai tambahnya,kurang didikan agama dan moral turut menjadi punca gejala sosial dalam kalangan remaja.Pendidikan agama dan moral perlu diberi keutamaan sejak anak-anak masih kecil lagi kerana didikan yang cukup dan sempurna menjadi benteng yang kukuh untuk menangkis segala anasir yang tidak baik seperti merokok,melepak,dan kegiatan lumba haram.Melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan peribahasa yang menjelaskan kepada kita betapa pentingnya anak-anak dididik sejak kecil dengan didikan agama dan moral.Akhbar Utusan Malaysia,30 September 2002,menyatakan bahawa sikap terpedaya dan sukar mengawal nafsu dikenalpasti sebagai antara punca utama berlakunya gejala kehamilan luar nikah yang seterusnya mengundang gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja.Di sini kita dapat melihat peranan didikan agama dan moral dalam diri remaja kerana kita yakin dan percaya bahawa apabila mereka mengetahui hukum-hukum

17

Page 19: Bagi Karangan Bahagian B

agama,sudah pasti mereka tidak akan menjerumukan diri ke dalam perkara yang ditegah oleh Tuhan.Selain itu,Nabi Muhammmad S.A.W. sendiri mengingatkan kita agar meninggalkan akhlak yang buruk demi melahirkan jiwa yang bersih dan tenang.Izharnya,mereka yang terlibat dengan gejala sosial adalah mereka yang tidak menghayati ajaran agama.Ingatlah “agama tanpa ilmu adalah buta,,manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh”.

Tambahan pula,selain ibu bapa,rakan sebaya turut menjadi punca berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja.Hal ini kerana rakan sebaya merupakan individu yang rapat dengan remaja selain ibu bapa.Malah remaja kini lebih banyak meluangkan masa dengan rakan berbanding dengan keluarga.Hal ini menyebabkan remaja terlalu mempercayai rakan sehingga sanggup melakukan apa sahaja bersama-sama tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan tersebut.Selain itu,remaja takut diri mereka akan dipinggirkan daripada kumpulan rakan-rakan sekiranya tidak mengikut perbuatan mereka.Contohnya,apabila sekumpulan pelajar merokok,pasti remaja dalam kumpulan tersebut akan didesak supaya melakukan perbuatan yang sama.Keadaan ini akan menimbulkan konflik dalam diri

remaja yang tidak mahu disisihkan atau dianggap tidak berani mencuba.Akhirnya,remaja akan memilih untuk menyertai rakan dengan mengikut perbuatan mereka itu.Dalam hal ini,remaja perlu sedar bahawa mereka perlu bijak memilih rakan.Hal ini kerana apabila berkawan dengan penjual minyak wangi,harumnya akan melekat pada badan kita,manakala apabila berkawan dengan tukang besi,bahang kepanasan akan turut kita rasai.Jelaslah bahawa rakan sebaya turut memainkan peranan yang penting dalam pembentukan diri remaja.

Di samping itu,pihak sekolah lebih mementingkan prestasi akademik pelajar berbanding pembentukan sahsiah diri pelajar.Berdasarkan makalah yang dipetik daripada Dewan Masyarakat keluaran bulan Mei 2004,terdapat sekumpulan pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pendang,yang bertindak ganas memukul seorang pelajar lelaki sehingga patah tulang rusuk kanannya.Apabila disiasat,puncanya begitu remeh namun kemelut yang dicetuskan menggemparkan negara berikutan persepsi pelajar sekolah yang cemerlang akademiknya turut terlibat dalam gejala yang tidak sihat seumpama ini.Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa remaja kini hanya diberi penekanan terhadap prestasi akademik dan tidak diberi penekanan terhadap pembentukan sahsiah diri remaja.Keadaan inilah yang menyebabkan berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja.

Akhir sekali,banyak faktor yang menyebabkan gejala sosial dalam kalangan remaja.Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dengan sempurna supaya dapat mengelakkan fenomena ini daripada terus berleluasa.Gejala-gejala sosial ini sememangnya boleh ditangani andai terdapat sinergi daripada semua pihak.Bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Sesungguhnya,remaja merupakan harapan bangsa.Oleh itu,masalah yang membabitkan golongan remaja tidak wajar dibiarkan begitu sahaja tanpa ada titik noktahnya.

18

Page 20: Bagi Karangan Bahagian B

Kesan Buruk Masalah SosialMasalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan

kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan Negara. Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menanganani permasalahan yang kian meruncing ini, ini menjadikan pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat kita sendiri.Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.

Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.

Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain

Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak

19

Page 21: Bagi Karangan Bahagian B

bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.

Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.

Kesimpulannya, isu gejala sosial sering kita dengar telah mendatangkan kebimbangan walaupun kita telah mengetahui punca kepada masalah ini dan kita juga telah nampak kesan-kesan yang kita hadapi sekarang seperti kes pembuangan bayi, mat rempit, pelacuran dan sebagainya tapi kita masih tidak dapat mengatasi masalah ini walaupun kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen tapi masih tidak berjaya dan adakah ini berpunca undang-undang Malaysia yang masih tidak di perketatkan ataupun berpunca dari sikap ibu bapa yang tidak peduli dan sibuk mencari duit hingga tidak tahu apa yang masalah anak mereka ataupun berpunca dari dari masyrakat sekeliling yang cuba lepas tangan dengan menunding jari ke arah orang lain ataupun guru-guru yang tidak mengajar dengan baik tentang adab-adab pergaulan sesama remaja ataupun diri sendiri yang patut dipersalahkan kerana tersalah pilih kawan seperti kata-kata perumpamaan ini "jika kita berkawan dengan anak penjual minyak wangi akan mendapat bau wangi tapi kalau kalau kita berkawan dengan anak penjual kambing kita akan mendapat bau busuknya" atau berpunca pada sikap diri sendiri yang mencuba sesuatu benda baru tapi memikirkan kesannya pada diri kita. Walaupun kita menunding jari diantara satu sama lain masalah ini tidak selesaikan kerana untuk mengatasi maslah ini kita hendaklah bekerjasama antara kita seperti kata perumpamaan ini "bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh". Oleh itu hendaklah kita bekerjasama sesama kita tanpa perlu menunding jari antara kita.

20

Page 22: Bagi Karangan Bahagian B

Langkah Mengatasi Masalah SosialPada era globalisasi ini, gejala sosial dalam kalangan remaja begitu

membimbangkan dan berleluasa. Secara umumnya, gejala sosial ini dikaitkan dengan perlakuan negatif yang dilakukan oleh remaja marcapada in. Malah, gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan tetapi juga membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Hal ini berlaku kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana. Oleh itu, langkah-langkah segera perlu diambil oleh pihak berkenaan untuk mengekang kemelut ini daripada terus menular

Pada hemat saya, peranan diri sendiri merupakan peranan utama bagi mengatasi gejala sosial ini. Hal ini demikian kerana apa-apa yang dilakukan adalah berdasarkan kehendak dan kemahuan diri sendiri. Sekiranya diri sendiri tidak mahu melakukan itu, maka kita tidak akan melakukannya. Sudah terang lagi bersuluh, sesetengah kajian menyatakan apa-apa yang berlaku atas kemahuan diri sendiri. Oleh itu, kita perlulah muhasabah diri sebelum menunding jari kepada sesiapa. Dengan ini, kebejatan moral dalam kalangan remaja boleh dikurangkan seterusnya dapat membuka jendela kepada kemajuan dan pembangunan negara

Selain itu, peranan ibu bapa juga penting dalam mengekang masalah gejala sosial ini. Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja adalah sedikit. Sebaliknya, ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi ‘rakan anak-anak’. Sebagai contoh, kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Di samping itu, ibu bapa juga harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Sebagai contoh, mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan intelektual. Dengan ini perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mampu membina jati diri sendiri. Sehubungan dengan itu, institusi kelurga penting. Paling penting perlu dititik beratkan ialah soal agama. Ibu bapa perlulah mendidik dan mengajar mereka dengan didikan agama yang kamil kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini bersesuaian dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya

Seterusnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa media massa juga menyemai benih-benih salah laku dalam kalangan remaja. Saluran media massa seperti televisyen, filem dan majalah perlu mendidik remaja agar tidak terlibat dengan kemelut kebejatan moral. Sebagai contoh, siaran yang memaparkan remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagi motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja juga sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka. Sebaliknya dasawarsa ini, remaja mudah terikut-ikut dengan watak pelakon yang membawa aksi negatif ini, malah, mereka juga berasa bangga. Hal ini tidak wajar. Sebaliknya, aksi yang baik perlulah dipamerkan di media massa untuk diikut oleh mereka. Tuntasnya, media massa memang berperanan untuk mengurangkan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja hingga ke peringkat akar umbinya.

Selain peranan ibu bapa dan media massa, masyarakat sekitar juga tidak boleh lepas tangan bagi menyelesaikan masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja ini.

21

Page 23: Bagi Karangan Bahagian B

Janganlah mengambil jalan mudah dengan bersikap menutup sebelah mata apabila terserempak dengan remaja yang terlibat dengan kemelut kebejatan moral. Sebaliknya, masyarakat seharusnya menegur tindakan golongan remaja ini. Jika sekiranya teguran ini tidak dapat diterima, laporkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang selanjutnya. Tanggapan bahawa usaha untuk memerangi masalah moral ini hanyalah terletak kepada pihak kerajaan semata-mata tidk sewajarnya berlaku. Setiap anggota masyarakat perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing. Sikap mementingkan diri bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlulah dikikis dalam diri. Dengan ini, usah membanteras kemelut kebejatan akhlak ini berjaya.

Walhasil, pelajar-pelajar khususnya remaja mesti dikekang daripada melibatkan diri dala kegiatan sosial yang negatif. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka merupakan orang yang bakal mengambil alih bagi menerajui pucuk kepimpinan negara. Hal ini persis peribahasa peribahasa pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Segenap lapisan masyarakat mesti menggembleng tenaga demi membanteras kegiatan sosial yang negatif ke akar umbi. Kemelut ini nescaya dapat ditangani dengan adanya penggemblengan tenaga daripada semzzua pihak kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Oleh itu, marilah kita bersama-sama bekerjasama seperti kata perumpamaan ini “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” untuk menangani masalah keruntuhan akhlak ini daripada terus menular.

22

Page 24: Bagi Karangan Bahagian B

Tema: Pelancongan1. Sebum menjawab soalan bertemakan pelancongan, anda perlu tahu akan kepentingan

Malaysia sebagai destinasi pelancongan.sendiri dan kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

2. Di bawah saya letakkan isi-isi penting yang boleh digunakan untuk membuat karangan bertemakan pelancongan mengikut soalan-soalan tertentu:

3. Graf di bawah menunjukkan statistik kedatangan pelancong asing ke Malaysia pada tahun 2003 hingga 2010.

23

Peranan pelbagai pihak untuk menggalakkan industri pelancongan di Malaysia.

1. Mempromosikan produk pelancongan kepada warga dunia

2. Kerajaan hendaklah sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan produk pelancongan negara agar tidak terlalu bergantung kepada produk sedia ada

3. Para pengusaha pelancongan telah diseru agar meningkatkan kualiti perkidmatan mereka.

Kelebihan melancong dalam negara.

1. Berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat akan destinasi pelancongan, kebudayaan, dan warisan negara.

2. Mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara.

3. Dapat menjimatkan kos.4. Mampu menjadi wadah untuk

merapatkan hubungan kekeluargaan.Kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

1. Malaysia memiliki pelbagai tempat yang menarik yang mampu menggamit kedatangan pelancong asing

2. masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kamu dan latar belakang mewujudkan pelbagai budaya yang mewakili setiap kaum dari seluruh Asia.

3. kemudahan infrastruktur yang kondusif untuk para pelancong seperti sistem pengangkutan dan tempat penginapan.

4. sikap rakyat Malaysia yang ramah dan berbudi bahasa. Keramahan warga tempatan menyebabkan warga asing berasa bahawa kehadiran mereka sangat dialu-alukan di negara ini.

Page 25: Bagi Karangan Bahagian B

4.

Menurut graf di atas, kadar kedatangan pelancong asing ke negara kita bertambah dari tahun ke tahun.

5. Hal ini dapat memberikan kesan yang positif kepada pembangunan negara.

24

2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 20100

5,000,000

10,000,000

15,000,000

20,000,000

25,000,000

30,000,000

10,500,000

15,700,000 16,400,000 17,400,00020,900,000 22,000,000

23,600,000 24,600,000

Jumlah kedatangan pelancong dari tahun 2003-2010

Tahun

Jum

lah

pela

ncon

g

Page 26: Bagi Karangan Bahagian B

25

Con

toh

K

ara

ng

an

Page 27: Bagi Karangan Bahagian B

Peranan pelbagai pihak untuk menggalakkan industri pelancongan di Malaysia.

Dasawarsa, sektor pelancongan telah diiktiraf sebagai antara penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini terbukti apabila Kementerian Pelancongan melaporkan bahawa sebanyak 30 juta pelancong asing telah berkunjung ke Malaysia pada tahun 2011 dan berjaya menjana pendapatan sebanyak RM40 bilion. Bagi tujuan promosi pula, sebanyak RM150 juta telah diperuntukan untuk mempromosikan Malaysia di luar negara. Oleh yang demikian, bagi memastikan sektor pelancongan terus mekar, pelbagai pihak perlu memainkan peranan yang aktif untuk berganding bahu memajukan sektor ini.

Dalam usaha untuk memasarkan jenama Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang patut dikunjungi, kerajaan melalui pelbagai agensinya begitu agresif mempromosikan produk pelancongan kepada warga dunia kerana kata orang tak kenal, maka tak cinta. Tamsilannya, baru-baru ini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menganjurkan acara “Malaysian Kitchen” di kota London untuk memperkenalkan kepelbagaian makanan tempatan kepada warga Britian. Acara ini didapati telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga negara berkenaan. Selain itu, Kementerian Pelancongan juga aktif menyertai pameran-pameran pelancongan terutama di pasaran baharu yang berpotensi besar seperti negara-negara Timur Tengah dan Eropah Timur. Tuntasnya, promosi yang telah diatur sudah pasti akan merancakkan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada masa yang sama juga kerajaan sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan produk pelancongan negara agar tidak terlalu bergantung kepada produk sedia ada. Marcapada, terdapat pelbagai produk pelancongan yang cuba diteroka dan dimajukan untuk memenuhi citarasa pelancong yang pelbagai kerana rambut sama hitam, hati lain-lain. Antara lain, kerajaan mula menonjolkan pelancongan sukan melalui penganjurkan banyak acara sukan bertaraf antarabangsa seperti Formula One dan Tour De Langkawi. Malahan, kerajaan tidak ketinggalan memajukan sektor ekopelancongan lantaran kekayaan khazanah alam semula jadi di Malaysia seperti Taman Negara Belum dan Taman Negara Kinabalu yang telahpun diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Tidak ketinggalan, kerajaan juga menggalakkan agropelancongan menerusi acara-acara sepeti Pesta Buah-buahan Tempatan dan Pesta Flora. Dalam tempoh terdekat ini pula, kerajaan telah bersedia untuk memajukan pelancongan kesihatan lantaran kemajuan negara dalam bidang perubatan. Di samping itu, pelancongan pendidikan turut disediakan bagi menarik minat pelajar asing menimba ilmu di menara gading tempatan yang menawarkan pelbagai kursus bertaraf dunia. Deduksinya, produk pelancongan yang pelbagai ini amat sesuai dengan moto Kempen Zoom Malaysia, iaiatu “Segala-galanya terdapat di Malaysia”.

Selain kerajaan, para pengusaha pelancongan telah diseru agar meningkatkan kualiti perkidmatan mereka. Oleh yang demikian, operator pelancongan perlu bergerak seiring dengan prakarsa kerajaan menarik kemasukan pelancongan dengan memastikan perkhidmatan yang ditawarkan selari dengan harapan pelancong yang datang. Kita tidak mahu senario, indah khabar dari rupa akan menjahanamkan usaha promosi yang telah dilakukan. Maka, para pengusaha tempat penginapan hendaklah menyediakan kemudahan yang kondusif selari dengan kehendak pelancong sama ada melibatkan hotel bertaraf lima bintang mahu pun penginapan inap desa. Seterusnya, para pengusaha pengangutan awam

26

Page 28: Bagi Karangan Bahagian B

seperti pemandu teksi dan bas pelancongan diingatkan agar menyediakan perkhidmatan pada kadar yang berpatutan dan memberikan layanan yang mesra kepada para pelancong. Sikap buruk sesetengah pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam amat kita kesali kerana telah merosakkan imej negara. Kita tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tidak kurang penting ialah kebersihan tandas-tandas awam perlu dititikberatkan kerana elemen berkenaan akan menggambarkan mentaliti rakyat tempatan. Tegasnya, pengusaha pelancong yang bertindak sebagai barisan hadapan industri pelancongan wajar menyediakan perkhidmatan yang bertaraf dunia sesuai dengan taraf negara sebagai negara membangun yang sedang menuju ke arah sebuah negara maju.

Tidak dapat kita nafikan bahawa masyarakat setempat menjadi tulang belakang kepada usaha mengangkat nama Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia. Oleh itu, mahajana hendaklah menyokong aktiviti pelancongan domestik kerana bertepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi. Sementalahan pula, sebagai tuan rumah kepada para pelancong, warga tempatan hendaklah mempamerkan sikap ramah dan berbudi bahasa bagi memastikan para pelancong selesa dan berasa kehadiran mereka dialu-alukan. Di samping itu, jika merancang untuk bercuti dan melancong, rakyat tempatan hendaklah menjadikan destinasi pelancongan tempatan sebagai pilihan. Mereka janganlah bersikap seperti kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan apabila terlalu taksub untuk melancong ke luar negara. Intihanya, warga tempatan diharapkan agar lebih bersikap patriotik untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.

Konklusinya, budaya bahu-membahu antara pihak kerajaan, swasta, dan warga tempatan penting demi kelangsungan sektor pelancongan domestik. Kita berkeyakinan bahawa pada masa akan datang adalah tidak mustahil industri pelancongan tempatan akan standing dengan negara-negara yang telah sedia tersohor dalam bidang pelancongan. Oleh itu, kita berharap agar destinasi pelancongan seperti Pulau Langkawi akan setanding dengan Pulau Bali di Indonesia. Akhirul kalam, impak daripada kemakmuran sektor pelancongan sudah pasti akan menguntungkan rakyat tempatan yang akan menerima tempias limpahan rezekinya.

Kelebihan melancong dalam negara.

Kata orang, “Jauh berjalan, luas pandangan” yang bermaksud semakin banyak kita mengembara, maka semakin banyaklah pengalaman yang ditimba. Oleh itu, ada orang yang suka melancong ke luar negara untuk melihat budaya dan rupa bentuk bumi negara orang. Namun begitu, yang menjadi tanda tanya, wajarkah kita mengenepikan destinasi pelancongan di negara sendiri apabila berhajat untuk berdarmawisata? Oleh yang demikian, kita harus sedar bahawa banyak kemaslahatannya jika kita sebagai warga Malaysia melancong dalam negara.

Sedar atau tidak, apabila kita melancong dalam negara, kita sebenarnya berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat akan destinasi pelancongan, kebudayaan, dan warisan negara. Tamsilannya, negara kita kaya dengan pelbagai keindahan khazanah

27

Page 29: Bagi Karangan Bahagian B

alam semula jadi seperti Taman Negara Mulu, Taman Negara Kinabalu, Melaka Bandar raya Bersejarah, dan Georgetown yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Sementelahan pula, masyarakat majmuk di negara kita telah mewujudkan kepelbagaian budaya dari segi kesenian, perayaan, dan makanan. Dengan kata lain, kita akan lebih memahami budaya dan adat resam pelbagai kaum rakyat Malaysia jika melancong dalam negara. Oleh yang demikian, akan timbullah perasaan bangga dan cinta akan tanah air. Pendek kata, usahlah kita bersikap seperti lembu yang sentiasa melihat rumput di seberang lebih hijau daripada rumput-rumput yang sedang diragut.

Di samping itu, pertambahan bilangan pelancong domestik mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini, secara tidak langsung akan menambah peluang pekerjaan dan perniagaan. Misalnya, industri perhotelan, taman tema, restoran, dan pusat beli-belah yang sinonim dengan industri pelancongan akan menawarkan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan jika sektor ini berkembang. Pelbagai bidang kerjaya boleh dicipta daripada bahagian pengurusan hinggalah ke bahagian khidmat pelanggan. Buktinya, sektor pelancongan telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM40 bilion keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun 2011. Izharnya, bagi menjamin sektor ini terus menyumbang kepada KDNK, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada kemasukan pelancong asing yang dipengaruhi oleh banyak faktor seperti wabak penyakit dan keselamatan global. Tuntasnya, pelancong tempatan memberikan impak yang besar kepada kemajuan industri pelancongan domestik.

Jika kita renungkan sejenak, kita akan mendapati bahawa apabila kita melancong dalam negara kita dapat menjimatkan kos. Realitinya, jika berhajat untuk melancong ke luar negara, kita memerlukan bajet yang besar untuk tambang pengangkutan, tempat penginapan, dan makan minum. Hal ini, akan lebih membebankan jika melibatkan kadar tukaran wang kerana kadang kala negara yang ingin kita lawati, kadar tukaran wangnya lebih tinggi daripada mata wang kita misalnya, Jepun, Korea, Singapura dan Britian. Kelebihan yang kita peroleh apabila melancong dalam negara ialah ghalibnya kita diberikan potongan harga atau diskaun oleh pihak hotel atau pihak pengurusan taman tema. Malahan, kita boleh memandu kenderaan sendiri untuk bergerak dari suatu destinasi ke suatu destinasi, bukankah itu akan menyelamatkan bajet kita. Deduksinya, jika hendak melancong ukurlah baju di badan sendiri kerana jika kita melancong dalam negara, kita tidak perlu berbelanja besar.

Tambahan pula, aktiviti melancong dalam negara mampu menjadi wadah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Hal ini disebabkan kos melancong dalam negara yang secara relatifnya lebih murah daripada melancong ke luar negara. Oleh itu, ibu bapa boleh membawa ahli keluarga dalam bilangan yang lebih besar, terutamanya anak-anak. Pada kesempatan ini, sambil berseronok mengunjungi pelbagai destinasi pelancongan pilihan, ibu bapa dapat meluangkan masa dengan anak-anak dan sekali gus akan memperkukuh ikatan kekeluargaan ibarat sambil menyelam minum air. Ringkasnya, ketika musim cuti sekolah, ibu bapa ambillah peluang yang ada untuk membawa anak-anak melancong untuk menyuburkan ikatan ukhuwah antara ahli keluarga kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Konklusinya, pelancong domestik mampu memacu kepada iklim ekonomi yang memberangsangkan. Pada masa yang sama dapat menyemai semangat patriotik yang

28

Page 30: Bagi Karangan Bahagian B

seterusnya memperkukuh jati diri rakyat tempatan. Oleh itu, pelbagai prakarsa untuk memajukan industri pelancongan domestik hendaklah disokong oleh warga tempatan demi kelestarian industri berkenan. Janganlah kita menjadi sokong yang membawa rebah. Akhirul kalam, melanconglah agar kita tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

Marcapada, sektor pelancongan telah diiktiraf sebagai antara penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini terbukti apabila Kementerian Pelancongan melaporkan bahawa sebanyak 30 juta pelancong asing telah berkunjung ke Malaysia pada tahun 2011 dan berjaya menjana pendapatan sebanyak RM40 bilion. Bagi tujuan promosi pula, sebanyak RM150 juta telah diperuntukan untuk mempromosikan Malaysia di luar negara. Statistik yang ditunjukkan menunjukkan bahawa negara kita semakin mendapat tempat dalam kalangan warga asing untuk dilawati. Persoalannya, apakah keistimewaan Malaysia yang menyebabkan pelancong asing memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka?

Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia memiliki pelbagai tempat yang menarik yang mampu menggamit kedatangan pelancong asing. Kita berasa bertuah kerana bumi tercinta ini memiliki pantai yang memutih dan indah dengan udaranya yang nyaman seperti Pantai Chenang di Langkawi, Pantai Teluk Chempedak di Pahang dan Pantai Karambunai di Sabah. Bagi pencinta hidupan marin, maka sudah pasti mereka boleh memilih destinasi selaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai antara yang tercantik di dunia seperti Pulau Sipadan di Sabah dan Pulau Perhentian di Terengganu. Selanjutnya, untuk para pencinta alam semula jadi, Malaysia mempunyai hutan rimba yang berusia jutaan tahun, tamsilannya Hutan Belum di Perak, Mensilau-Basin di Sabah dan Hutan Endau-Rompin di Pahang. Sementelahan, Bandar raya Bersejarah Melaka dan Georgetown yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO menjanjikan keterujaan kepada para pelancong yang menyukai tempat-tempat bersejarah dan kehalusan estetika dalam seni bina silam. Pendek kata, “macam-macam ada di Malaysia!”

Keistimewaan Malaysia yang seterusnya ialah masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kamu dan latar belakang mewujudkan pelbagai budaya yang mewakili setiap kaum dari seluruh Asia. Fenomena inilah yang menyebabkan Kementerian Pelancongan telah memilih slogan “Malaysia Truly Asia” atau “Malaysia ialah Asia” sebagai slogan untuk Kempen Pelancongan. Suatu perkara yang tidak dapat disangkal ialah warna-warni kebudayaan rakyat Malaysia dari segi sambutan hari-hari perayaan, pakaian, makanan, kesenian dan pertuturan sudah pasti memberikan pengalaman yang berbeza kepada para pelancong, contohnya sambutan Citrawarna Malaysia dan “Malaysian Kitchen” memberi ruang untuk para pelancong memahami kebudayaan rakyat Malaysia. Tegasnya, para pelancong asing hanya perlu ke Malaysia jika mahu mengenali kebudayaan masyarakat di Asia.

Selain itu, salah satu daya tarikan yang ada di Malaysia ialah kemudahan infrastruktur yang kondusif untuk para pelancong seperti sistem pengangkutan dan tempat penginapan. Bagi memudahkan para pelancong dari luar, syarikat penerbangan nasional, iaitu Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia bersedia untuk membawa pelancong dari serata dunia ke destinasi pelancongan di Malaysia. Di samping itu, jaringan lebuh raya dan rel seperti sistem transit aliran ringan (LRT), komuter, dan monorel menyenangkan mobiliti para pelancong. Manakala, dari segi tempat penginapan terdapat pelbagai kategori berdasarkan bajet masing-masing tersedia, daripada hotel bertaraf lima bintang, motel, inap desa hinggalah asrama yang berkos rendah.

29

Page 31: Bagi Karangan Bahagian B

Intihanya, kemudahan prasarana yang berkualiti telah memastikan para pelancong selesa berada di negara kita.

Satu lagi elemen yang tidak kurang penting ialah sikap rakyat Malaysia yang ramah dan berbudi bahasa. Keramahan warga tempatan menyebabkan warga asing berasa bahawa kehadiran mereka sangat dialu-alukan di negara ini. Malah, para pelancong juga berasa selamat ketika melancong di sini disebabkan mereka mudah untuk mendapatkan bantuan jika menghadapi sebarang masalah. Sikap rakyat Malaysia itu menyebabkan pelancong asing terdorong untuk berkunjung berkali-kali ke Malaysia. Izharlah bahawa, mahajana ibarat duta kecil yang berperanan untuk menjaga imej negara di mata para pelancong.

Kesimpulannya, Malaysia berpotensi untuk menjadi destinasi wajib kepada warga asing yang mahu berdarmawisata. Oleh yang demikian, kerjasama antara semua pihak sama ada pihak kerajaan, swasta dan orang ramai harus diperkukuh demi kelangsungan industri pelancongan di negara ini kerana jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Tuntasnya, kita berharap kedatangan pelancong asing ke negara kita akan bertambah tahun demi tahun sejajar dengan pelbagai usaha yang dilakukan bagi menarik mereka untuk berkunjung ke sini.

30

Page 32: Bagi Karangan Bahagian B

Tema: Teknologi1. Teknologi amat membantu kehidupan manusia sejak berabad-abad tahun dahulu.2. Teknologi bermaksud pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses

untuk menyelesaikan masalah manusia.3. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan

prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.

4. Terdapat pelbagai pembinaan teknologi yang dapat memudahkan kerja manusia sekarang seperti penggunaan pelbagai alatan robotik di dalam kilang yang dapat memudahkan kerja manusia dan dapat menghasilkan produk dalam kuantiti yang besar.

5. Namun begitu, pembinaan pelbagai teknologi juga memberi kesan yang buruk terhadap manusia. Antara kelebihan dan keburukan teknologi ialah:.

31

Kelebihan Teknologi:

1. Dapat menjadikan masyarakat lebih bermaklumat.

2. Dapat menjimatkan masa 3. Dapat berkongsi maklumat secara tepat dan

efisien4. Proses komunikasi telah menjadi lebih

murah, cepat dan juga efisien.5. Teknologi maklumat telah membolehkan

semua proses perniagaan dikomputerkan yang mana perniagaan tersebut mendapat pulangan yang tinggi

6. Mencipta peluang pekerjaan yang baru

Keburukan Teknologi:

1. ramai remaja terikut dengan budaya barat.2. Kemajuan teknologi menyebabkan banyak

jenayah siber berlaku3. Peningkatan pelbagai gajet menyebabkan

kurangnya pergaulan sosial di antara para remaja

4. Penggunaan tenaga nuklear oleh saintis mampu mengancam banyak nyawa manusia

5. Pembinaan pelbagai teknologi telah menyebabkan banyak pencemaran yang berlaku seperti pencemaran udara yang disebabkan oleh pembuangan gas monoksida ke udara oleh kenderaan

Page 33: Bagi Karangan Bahagian B

6. Ramai yang telah menyalahgunakan teknologi untuk kegunaan mereka sendiri. statistik di bawah menunjukkan laporan penyalahgunaan internet dan media sosial.

7.

Menurut statistik di atas, terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh penjenayah siber untuk melaksanakan rancangan mereka .

8. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati apabila menggunakan gadget di atas talian supaya segala maklumat peribadi tidak dapat diambil oleh penjenayah tersebut.

32

2005 2006 2007 20080

100

200

300

400

500

600

700

800

900

1000

Statistik laporan penyalahgunaan internet dan media sosial

PencerobohanPenipuanPenggodamGangguan siberLain-lain

Tahun

Jum

lah

kes

Page 34: Bagi Karangan Bahagian B

33

Conto

h

Kara

ng

an

Page 35: Bagi Karangan Bahagian B

Kebaikan dan Keburukan Teknologi Kepada Masyarakat

ebelum menganalisis kebaikan dan keburukan teknologi maklumat, adalah sangat penting untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan teknologi dan juga untuk mengetahui kenapa ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada masa kini

teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan juga ia digunakan untuk proses komunikasi dan juga proses penyelesaian masalah dalam tugasan.

SKehadiran teknologi dalam pekerjaan dapat mengubah masyarakat supaya ia dapat

menjadikan masyarakat lebih bermaklumat. Pada dahulu kala kita dapat melihat semua kerja dilakukan atau dibuat secara manual dan juga secara fizikal yang memerlukan tenaga manusia. Akan tetapi dengan kewujudan teknologi yang lebih canggih, semua kerja dapat dibuat atau dilakukan dengan baik berdasarkan bantuan teknologi; misalnya dengan satu klik sahaja pada tetikus (mouse), semua kerja dapat disiapkan.

Dengan penggunaan teknologi dalam pekerjaan, kita boleh menjimatkan masa di mana proses perniagaan dapat disiapkan dalam beberapa minit sahaja dan juga dapat dikemaskinikan dalam masa yang singkat mengikut arus teknologi. Kemajuan teknologi sekarang dapat dilihat melalui penembusannya dalam setiap aspek kehidupan harian dari perniagaan hingga ke gaya hidup masyarakat.

Kini, alat-alat komunikasi seperti komputer peribadi, telefon bimbit, mesin faks, e-mail dan internet bukan sahaja menjadi sebahagian daripada kehidupan kita, tetapi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Tujuan artikel ini ditulis juga adalah untuk memfokuskan impak teknologi dalam alam pekerjaan terhadap masyarakat.

Antara kebaikan teknologi adalah seperti globalisasi, komunikasi, dari sudut keberkesanan kos, mengurangkan jurang budaya, meluangkan lebih masa dan mencipta peluang pekerjaan yang baru. Globalisasi ini bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi - ekonomi di dunia ini untuk menjadi satu sistem yang bersifat saling bergantung antara satu sama lain.

Ini dapat dibuktikan lagi dengan berkongsi maklumat secara tepat dan efisien malah ia dapat mengurangkan halangan-halangan dan sekatan geografi. Dunia kini dibangunkan dalam “Global Village” dengan bantuan tenologi yang membolehkan negara - negara kurang maju seperti Chile dan negara-negara maju seperti Jepun yang berbeza dari segi jarak dan juga bahasa perantaraan yang berbeza untuk berkongsi idea dan informasi antara satu sama lain.

Komunikasi pula, dengan bantuan teknologi, proses komunikasi telah menjadi lebih murah, cepat dan juga efisien. Sekarang kita dapat berkomunikasi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menghantar teks mesej atau pun dengan kiriman e-mail. Teknologi ini juga membuka peluang untuk berhubung dari muka ke muka iaitu komunikasi secara terus dari bahagian - bahagian yang berbeza di seluruh dunia. Teknologi ini juga digunakan dalam dunia pekerjaan melalui video conferencing yang membolehkan pengurus-pengurus dari negara - negara lain untuk turut serta menghadiri mesyuarat.

Dari sudut keberkesanan kos, teknologi maklumat telah membolehkan semua proses perniagaan dikomputerkan yang mana perniagaan tersebut mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakan peralatan mesin - mesin yang berteknologi. Pada masa yang sama ia juga dapat meningkatkan produktiviti yang mana meningkatkan keuntungan kepada perniagaan.

Mengurangkan jurang budaya pula ialah yang mana teknologi maklumat telah membantu mengurangkan jurang budaya dengan membantu masyarakat dari budaya yang berbeza,

34

Page 36: Bagi Karangan Bahagian B

berkomunikasi antara satu sama lain dan membolehkan pertukaran idea dan pandangan dalam meningkatkan kesedaran dan mengurangkan prejudis.

Antara kebaikan lain adalah meluangkan lebih masa iaitu teknologi maklumat memberikan peluang bagi perniagaan untuk beroperasi selama 7 hari dan 24 jam di seluruh dunia. Ini bermakna sesuatu perniagaan boleh dibuka pada bila-bila masa, di mana-mana dan membuat pembelian dari negara yang berbeza serta mudah dan selesa. Masyarakat juga dapat menikmati perkhidmatan penghantaran terus ke muka pintu.

Mencipta peluang pekerjaan yang baru pula ialah teknologi yang merupakan kebaikan utama yang mencipta peluang perniagaan yang baru dan menarik. Antara pekerjaan - pekerjaan yang diwujudkan dengan kehadiran teknologi iaitu ‘Computer Programmers’, ‘System Analyzers’, ‘Hardware and Software Developers’ dan ‘Web Designer’.

Walaupun di sini kita menghujahkan atau melihat teknologi memberikan kebaikan dan kepuasan kepada semua pihak, tetapi jika dikaji secara mendalam terdapat juga keburukan yang berselindung disebaliknya. Antaranya ialah, kita boleh dapati iaitu hak persendirian, budaya dominasi, kekurangan dalam keselamatan pekerjaan dan juga pengangguran.

Hak persendirian ialah yang mana dengan kehadiran teknologi, proses komunikasi menjadi lebih cepat, lebih mudah dan lebih selesa. Walaubagaimanapun ia juga membangkitkan isu hak persendirian (privacy). Dalam dunia yang semakin maju ini, masyarakat berasa risau apabila maklumat peribadi di dedahkan menjadi maklumat awam. Ini kerana kemajuan teknologi ini membolehkan data - data persendirian yang disimpan dalam komputer atau telefon bimbit dicerobohi oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab.

Dari pandangan dominasi budaya pula ialah walaupun teknologi maklumat menjadikan dunia ini ‘Global Village’, ia juga menyebabkan berlakunya dominasi budaya yang dianggap sebagai kelemahan atau keburukan yang paling dahsyat. Sebagai contoh salah satu isu yang semakin dibangkitkan ialah pengaruh budaya U.S yang mana dapat dilihat di negara kita, ramai remaja terikut dengan budaya barat. Kebanyakkan remaja sekarang terikut dengan gelagat, cara pemakaian dan mengikut gaya budaya barat.

Di samping itu, Bahasa Ingeris juga dijadikan sebagai bahasa primer dalam komunikasi perniagaan dan dalam semua aspek seperti pembelajaran dan sebagainya. Dalam konteks pengangguran, teknologi telah menyebabkan berlakunya peningkatan dalam pengangguran. Ini telah menyebabkan berlakunya ‘downsizing’ dan ‘outsourcing’. Kebanyakkan pekerja yang mahir dan separa mahir telah kehilangan pekerjaan dan secara tidak langsung terjadinya pengangguran. Ini kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka telah digantikan dengan penggunaan peralatan pemesinan yang lebih canggih..

Sebagai kesimpulannya, walaupun kita bersetuju dengan dakwaan bahawa teknologi memberikan kebaikan kepada semua pihak, tetapi tanpa disedari ia juga telah memberikan impak yang lebih besar kepada masyarakat.

35

Page 37: Bagi Karangan Bahagian B

Karangan B SPM : Faedah-faedah Menguasai Teknologi Maklumat Kepada Golongan Remaja

          Pada era globalisasi ini, teknologi maklumat merupakan wadah yang penting dalam meniti kehidupan seharian. Penggunaan teknologi ini sudah menjadi alah bias tegal biasa kepada setiap individu marcapada ini. Mereka yang tidak mengikuti peredaran zaman ini diibarat katak di bawah tempurung. Malah, bukan golongan dewasa sahaja yang telah menguasai teknologi maklumat ini, bahkan golongan remaja, kanak-kanak dan juga golongan lain. Majoriti masyarakat kini menggunakan khidmat teknologi ini untuk melakukan banyak perkara dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Mereka yang celik IT tidak akan mensia-siakan peluang keemasan ini untuk mengorak langkah maju ke hadapan. Kewujudan teknologi maklumat ini adalah seiring dengan peredaran zaman. Terdapat banyak faedah menguasai teknologi maklumat ini kepada golongan remaja.

          Lontaran pendapat saya yang pertama, penguasaan teknologi maklumat kepada golongan remaja ialah dapat menambahkan kenalan. Hal ini disebabkan oleh kewujudan laman-laman social seperti ‘Twitter’ , ‘facebook’ , ‘Instagram’ , ‘Skype’ dan lain-lain membolehkan kita menambahkan kenalan baru supaya minda lebih terbuka. Sebagai contoh, sistem ‘Facebook’ membolehkan kita menambahkan kenalan hanya dengan ‘click’ ‘add friend’. Dengan hanya itu, senarai rakan akan bertambah. Lama-kelamaan akan ada seorang yang menghantar pesanan. Dengan itu, kita dapat menambahkan kenalan.

          Selain menambahkan kenalan, renaja juga dapat mengeratkan hubungan walaupun terpisah. Seb agai contoh, apabila kita melangkah masuk ke sekolah peringkat menengah, kita akan meninggalkan rakan kita di sekolah rendah kerana masing-masing masuk ke sekolah yang berlainan. Kita akan berasa sedih kerana tidak dapat lagi berhubung dan akan berpisah. Selain berhubung melalui telefon, remaja juga boleh berhubung melalui maya melalui aplikasi ‘whatsapp’ , ‘We Chat’ dan lain-lain lagi. Dengan itu, walaupun terpisah beribu batu, remaja masih boleh berhubung antara satu sama lain. Kerinduan akan dapat diluahkan. Apabila hendak berjumpa, mereka dapat menetapkan masa dan tempat dengan cepat walaupun tidak bersua muka. Jadi, mereka tidak perlulah terkejar-kejar masa hanya kerana mahu berjumpa untuk menetapkan tarikh dan tempat pertemuan. Oleh itu, kerja menjadi lebih cepat dan mudah. Disebabkan itu juga, perhubungan yang erat akan dapat terjalin walaupun terpsah oleh geografi dan tidak dapat bersua muka selalu.

          Lontaran pendapat saya yang ketiga ialah remaja khususnya pelajar dapat mencari maklumat dengan mudah. Tamsilnya, apabila guru memberi tugasan kepada pelajar, sekiranya pelajar itu tidak tahu, dia boleh mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan itu hanya dengan menaip dantekan butang ‘Enter’. Maka, akan keluarlaah paparan-paparan yang dikehendaki. Dengan itu, dapatlah tugasan yang diberi disiapkan dan dihantar pada masa yang ditetapkan. Namun, pelajar tidak boleh tersilap langkah. Jika tidak paparan yang tidak baik akan menghiasi sudut mindanya. Apabila sudah terjadinya sebegini, minda mereka akan tertutup dan penuh dengan perkara-perkara yang

36

Page 38: Bagi Karangan Bahagian B

boleh membawa kepada kancah yang tidak sihat. Dengan itu, kebejatan moral akan berleluasa dan bakal meruntuhkan imej negara yang harum di persada dunia. Oleh itu, remaja haruslah bijak dalam mengendalikan Internet. Jelaslah, penguasaan teknologi maklumat mampu memudahkan remaja khususnya pelajar mencari maklumat.

          Lontaran pendapat saya yang terakhir ialah sistem pembelajaran secara maya terlaksana. Sistem ini membolehkan pelajar belajar sepanjang masa tidak kira di sekolah mahupun di rumah. Tamsilnya, sesetengah guru di sekolah harian menggunakan konsep pembelajaran secara maya. Pelajar boleh mengakses masuk laman sesawang seperti VLE Frog untuk proses pembelajaran. Tidak pula di Sekolah Bestari dan juga kluster, mereka menggunakan sepenuhnya khidmat pembelajaran maya. Di samping itu, sekiranya guru tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah, sesi pembelajaran dan pengajaran boleh diteruskan. Pelajar hanya perlu masuk ke makmal computer. Pelajar dan guru tersebut akan saling mengajar dan belajar hanya dengan cara itu. Maka, masa tidak akan disia-siakan dan input pelajaran boleh masuk. Izharnya, penguasaan teknologi maklumat dapat meneruskan sesi pembelajaran secara maya.

          Konklusinya, dunia tanpa sempadan dapat dibentuk sekiranya remaja menguasai teknologi maklumat. Tetapi, penguasaan ini mestilah ke arah yang positif. Janganlah ke lembah yang tidak sihat. Faedah-faedah yang ada perlulah diambil dan diguna kea rah yang betul supaya kerosakan akhlak dibendung daripada menular. Oleh itu, remaja perlulah berfikir di luar kotak dan bijak menggunakan kemudahan yang ada.

Sains dan Teknologi: Suatu kelebihan atau kemudaratan?

alam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah dihujung jari. Sains dan teknologi membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan. Kemajuannya tidak boleh dinafikan. Namun, dalam pada itu, ada juga yang menafikan tentang

kesan sains dan teknologi. Pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang kesan sains dan teknologi sama ada membawa kepada kemajuan mahupun kemusnahan alam sejagat.

DTidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri pentingnya dalam

pembangunan masyarakat sejagat. Namun ia juga tidak dapat disangkal mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar mahupun sosial. Semua ini tidak dapat dielakkan kerana kadang- kadang manusia sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan sehinggakan alpa dengan kesan buruk yang bakal menimpa. Segala penemuan dan ciptaan sains dan teknologi yang lahir dari akal manusia kadang tersasar dengan tujuan sebenar kerana tidak mengikut lunas-lunas yang telah digariskan oleh Islam. Tidak hairanlah jika kini banyak pengamalan sains dan teknologi juga mengundang kepada kemudaratan jika batas- batas penerokaan ilmu sains tidak menepati apa yang telah Islam utarakan.

Kini, ciptaan yang cukup canggih hasil penemuan manusia dalam teknologi pertahananmampu melindungi negara daripada diserang musuh. Pelbagai bentuk alat pertahanan

37

Page 39: Bagi Karangan Bahagian B

daripada senjata sehinggalah alat kelengkapan perang turut mengiringi kemajuan sains dan teknologi. Dari satu sudut, ia mungkin membawa kebaikan kepada negara tapi jika difikirkan mungkin banyak lagi kesan yang timbul akibat penggunaan alat canggih hasil kemajuan sains dan teknologi. Pernahkah terfikir, bahawa kecanggihan alatan perang boleh membawa kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar dan juga banyaknya jiwa yang terkorban dek kerakusan manusia sendiri. Contohnya, kesan penggunaan bom atau senjata api boleh memusnahkan alam sekitar. Walaupun sekadar untuk menguji keupayaan sesuatu ciptaan, kadang- kadang ia mengundangkan kepada kemusnahan alam sekitar seperti membawa kepada pencemaran alam. Sementara itu, tahap kepakaran yang tinggi dan peralatan canggih diperlukan untuk membina sendiri sebuah bom nuklear.

Kini kawalan terhadap bahan radioaktif sebenarnya amat longgar memandangkanamalannya kian meluas. Kesan daripada letupan bom kotor mungkin tidak sedahsyat bom nuklear tetapi boleh menyebarkan bahan radioaktif dan menyebabkan radiasi ke kawasan yang lebih luas. Sudah tentu ia memberi kesan psikologi terhadap masyarakat yang kurang pengetahuan mengenai keselamatan sinaran. Mungkin ia juga menimbul kekalutan dan ketakutan yang akan menjejaskan kegiatan sesebuah masyarakat. Usaha pembersihan kawasan yang dicemari radiasi juga menelan belanja yang tinggi dan membabitkan tenaga kerja yang ramai dan peralatan yang canggih. Bukankah ia akan memberi kesan kepada ketenteraman awam, menyebabkan kegawatan ekonomi negara malah ia turut tersebar melalui tiupan angin dan tekanan udara ke negara yang bersempadan. Kesan inilah yang turut dibimbangi oleh banyak pihak kerana penyalahgunaan kemajuan teknologi yang sedia ada.

Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkansemua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan. Dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, jalan dakwah terbuka luas untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat. Namun di sebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi tersebut kini, terselit suatu keburukan yang jarang sekali difikirkan kerana ia timbul tanpa disedari. Ramai muda mudi kita terpengaruh dengan kelebihan teknologi maklumat. Kesannya kepada pembangunan sosial generasi kita terlalu besar di mana mereka leka dengan teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni. Contohnya, internet yang merupakan gedung ilmu, tetapi kadangkala muda mudi kita menyalahgunakan kelebihannya dengan melayari laman- laman web yang berunsur lucah dan tidak berakhlak. Ini akan mempengaruhi fikiran golongan tersebut dan akan merosakkan pembangunan nafs mereka.

Kemajuan teknologi maklumat juga mendatangkan kesan buruk apabila kini berlaku pula pencerobohan maklumat yang disebut sebagai "penggodam" di mana maklumat sulit sesebuah negara boleh diceroboh dengan mudah. Melalui teknologi terkini juga, pengubahsuaian ke atas sesuatu gambar boleh dibuat. Kadangkala ia memberi kesan buruk kerana boleh menyebabkan fitnah.

Kini bioteknologi memacu negara ke arah pembangunan. Bidang kejuruteraan makanan menerusi teknologi terkini mampu menghasilkan makanan ubahsuaian genetik (Genetically Modified Food) yang mempunyai ciri- ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu, mudah, murah serta meningkatkan pengeluaran tanaman contohnya beras

38

Page 40: Bagi Karangan Bahagian B

perang, tomato dan cili. Makanan yang dihasilkan adalah sama tetapi mempunyai sifat- sifat yang berbeza yang dimasukkan dengan pelbagai gabungan gen organisma lain. Apa yang menjadi persoalan ialah sumber genetik yang digunakan untuk menghasilkan makanan ubahsuaian tersebut dikhuatiri daripada benda-benda yang dilarang oleh syarak. GMF juga memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana mengandungi bendasing (allergen) yang tidak diketahui kesan buruknya.

Isu pengklonan juga mendapat perhatian hangat dari semua pihak. Hasil kemajuan teknologi mampu memindahkan genetik dari satu organisma ke organisma lain. Ini akan menghasilkan satu organisma yang sama dengan yang induk. Isu ini agak dibimbangi kerana takut disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk tujuan pengklonan manusia. Hal ini terlalu menyimpang dari landasan agama yang sebenar. Begitu juga dengan teknologi "stem cell" yang banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit. Namun apa yang dikhuatiri jika penggunaan "embryonic stem cell" bakal disalahgunakan juga untuk pengklonan manusia.

Natijah daripada kemajuan sains dan teknologi kini sememangnya banyak membawa kepada kebaikan disamping terselit juga keburukan. Pokok pangkalnya, apa jua kemajuan yang dicapai perlulah berlandaskan nilai- nilai Islam dan mengikut batas- batas penerokaan ilmu yang telah ditetapkan. Barulah kemajuan dan pembangunan yang kita capai tidak terpesong dan tidak mendatangkan keburukan kepada ummah kerana kadangkala keburukan itu sebenarnya kita juga yang menciptakannya.

39

Page 41: Bagi Karangan Bahagian B

Tema: Perpaduan1. Perpaduan atau solidariti dapat didefinisikan

sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.

2. Semangat perpaduan ini hendaklah diterapkan di dalam setiap lapisan masyarakat agar kita dapat mencapai wawasan 2020.

3. Dengan menerapkan semangat ini kepada masyarakat, pembangunan dalam negara akan meningkat dan rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan.

4. Antara kepentingan perpaduan kaum terhadap negara ialah:

40

Peristiwa 13 Mei 1969

Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda.

Kepentingan Perpaduan Kaum

1. Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara

2. Semangat perpaduan di antara kaum juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawat negara kita.

3. Perpaduan kaum dapat mewujudkan masyarkat yang saling menghormati4. Perpaduan kaum turut membangunkan ekonomi negara5. Perpaduan kaum juga dapat mewujudkan masyarkat yang saling menghormati 6.

Page 42: Bagi Karangan Bahagian B

Tema: Pengangkutan

41