12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 5 A Nama : _____________________________

Tahap SM Modul A Nama · Bahagian B : Karangan -Karangan Jenis Surat Rasmi Pengerusi, , Badan Bertindak, Kampung Petani Jaya, 08200 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pentadbir Tanah,

  • Upload
    others

  • View
    22

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tahap SM Modul A Nama · Bahagian B : Karangan -Karangan Jenis Surat Rasmi Pengerusi, , Badan Bertindak, Kampung Petani Jaya, 08200 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pentadbir Tanah,

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM4

Modul 5A

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM Modul A Nama · Bahagian B : Karangan -Karangan Jenis Surat Rasmi Pengerusi, , Badan Bertindak, Kampung Petani Jaya, 08200 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pentadbir Tanah,
Page 3: Tahap SM Modul A Nama · Bahagian B : Karangan -Karangan Jenis Surat Rasmi Pengerusi, , Badan Bertindak, Kampung Petani Jaya, 08200 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pentadbir Tanah,

Kertas 1 Karangan Jenis Bahan Rangsangan Latihan: Lihat gambar di bawah. Huraikan pendapat anda tentang manfaat perkhidmatan penerbangan tambang rendah. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 dengan 250 patah perkataan. [30 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM405A 1Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 4: Tahap SM Modul A Nama · Bahagian B : Karangan -Karangan Jenis Surat Rasmi Pengerusi, , Badan Bertindak, Kampung Petani Jaya, 08200 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pentadbir Tanah,

Peta Minda/Rangka

Program Bahasa Malaysia Edubest SM405A 2Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 5: Tahap SM Modul A Nama · Bahagian B : Karangan -Karangan Jenis Surat Rasmi Pengerusi, , Badan Bertindak, Kampung Petani Jaya, 08200 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pentadbir Tanah,

Bahagian B : Karangan -Karangan Jenis Surat Rasmi Pengerusi, , Badan Bertindak, Kampung Petani Jaya, 08200 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pentadbir Tanah, Pejabat Daerah Kuala MudaYan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman 10 OGOS 2010. Tuan, Rayuan Menangguhkan Perobohan Rumah di Kampung Petani Jaya Berhubung dengan perkara di atas, saya selaku wakil penduduk Kampung Petani Jaya ingin mengemukakan rayuan kepada pihak tuan. Rayuan tersebut berhubung dengan perobohan rumah di Kampung Petani Jaya bagi membangunkan projek perumahan kos mewah. Sebagai penghuni asal kampung ini, kami berharap agar rayuan ini dapat dipertimbangkan dengan rasional berdasarkan penjelasan yang berikut. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan, kami telah menerima notis perpindahan daripada pihak pejabat tanah pada-5 Ogos yang mengarahkan semua premis dan bangunan kediaman di Lot 86, Mukim Bakar Arang dipindahkan atau dirobohkan. Alasan notis tersebut menyatakan bahawa kami telah mendiami di atas tanah tersebut secara TOL dan tiada geran hak milik dikeluarkan kepada penduduk. Tanah tersebut juga bakal dimajukan sebagai tapak projek perumahan kos mewah dan pusat beli-belah oleh sebuah syarikat perumahan terkemuka di bandar ini. Memandangkan arahan ini dikeluarkan secara serta-merta, kami merayu kepada pihak tuan agar menimbangkan arahan tersebut semula dengan mengambil kira masalah yang dihadapi oleh penduduk. 3. Kami telah mengusahakan tanah tersebut sejak 20 tahun yang lalu. Berpegang pada peribahasa "berbudi kepada tanah, lambat-laun tanah tidak akan menipu”. Kami telah mengusahakan kawasan ini yang dahulunya adalah sebahagian daripada tanah paya dan tanah terbiar. Pada peringkat awal penerokaan, kami telah mendapat keizinan secara TOL daripada pejabat tanah. Oleh ha1 yang demikian, kami telah menduduki tanah tersebut secara sah dan sebarang arahan perpindahan hendaklah mengikut cara yang betul. Antara prosedur yang harus dipatuhi oleh pejabat tanah termasuklah mengeluarkan notis pindah kepada setiap penduduk bukan seperti notis yang diberi,

Program Bahasa Malaysia Edubest SM405A 3Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 6: Tahap SM Modul A Nama · Bahagian B : Karangan -Karangan Jenis Surat Rasmi Pengerusi, , Badan Bertindak, Kampung Petani Jaya, 08200 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pentadbir Tanah,

iaitu satu notis untuk keseluruhan penduduk. Selain itu,, kami tidak dijanjikan sebarang pampasan dan tempat tinggal alternatif. Sebagai rakyat sah negara ini, kami layak mendapat hak yang sepatutnya kami peroleh. Kami tidak sewajarnya diusir dengan sewenang-wenang. 4. Untuk makluman, hampir seratus peratus penduduk di sini adalah golongan yang berpendapatan rendah. Kami tidak mampu untuk membiayai segara urusan perpindahan yang menelan belanja yang besar selain sukar mencari kediaman alternatif bagi seisi keluarga. Malahan tiada rumah kos rendah dibina di kawasan berhampiran dengan kampung ini. Projek perumahan seumpama itu hanya dibina di kawasan bandar Sungai Petani. Sekiranya arahan ini tidak ditarik balik, kami pasti menghadapi pelbagai kesulitan termasuklah mencari tempat tinggal alternatif yang sememangnya memerlukan belanja yang besar. 5. Situasi pada masa ini juga amat rumit memandangkan musim peperiksaana akan menjelang tiba yang bermula dengan peperiksaan UPSR diikuti PMR, SPM, dan seterbsnya STPM. Sekiranya kami terpaksa berpindah, sudah pasti anak-anak kami menghadapi masalah besar untuk membuat persediaan terakhir untuk menghadapi peperiksaan. Setiap iliu bapa tentulah menaruh harapan yang amat tinggi terhadap anak-anak agar mereka dapat inengubah nasib keluarga dan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik daripada yang kami alami ltini. Kami juga selalu berpegang pada kata-kata Hamka, iaitu "Ilmu merupakan harta anda yang kekal". Justeru, saya berharap pihak tuan dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap masa depan anak-anak penduduk di kawasan ini. 6. Selain itu, kami juga ingin melahirkan perasaan kecewa terhadap tindakan pejabat daerah yang boleh disifatkan sebagai ''kera di hutan disusui, anak di pangkuan mati kelaparan". Hal ini demikian kerana pihak berkuasa lebih mementingkan keuntungan besar dengan mengutamakan projek mewah. Sepatutnya, projek yang bakal dibangunkan di atas tanah tersebut mengambil kira kepentingan penduduk asal. Misalnya, rumah kos rendah dan sederhana perlu diwujudkan agar dapat memberikan keadilan kepada semua pihak. Dalam ha1 ini, saya yang mewakili 100 keluarga di sini berharap agar arahan untuk memindahkan dan merobohkan kediaman kami dibatalkan dan memberikan pertimbangan untuk mewujudkan projek rumah mampu milik untuk penduduk asal di kawasan ini. 7. Sesungguhnya, kami bukan menentang usaha gembangunan, tetapi sebagai penduduk asal kami memerlukan jaminan agar kami tidak menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak yang tertentu. Kami juga mengaku dan sedar, tiada sesuatu apa-apapun yang boleh mengatasi undang-undang dan peraturan. Oleh itu, saya dengan rendah diri merayu agar arahan tersebut ditangguh lebih dahulu sebelum beberapa prosedur penting dipatuhi oleh semua pihak. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan tugas,

Program Bahasa Malaysia Edubest SM405A 4Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 7: Tahap SM Modul A Nama · Bahagian B : Karangan -Karangan Jenis Surat Rasmi Pengerusi, , Badan Bertindak, Kampung Petani Jaya, 08200 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pentadbir Tanah,

`b[W mT^jTa ........................................................... (MOHD ZAKWAN BIN ZULKIFLI) Pengerusi, Badan Bertindak, Kampung Petani Jaya. Latihan : Andaikan bahawa anda Pengerusi Persatuan Pengguna. Sejak akhir-akhir ini, anda mendapati para peniaga begitu ghairah menaikkan harga barang dengan sesuka hati. Langkah para peniaga menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna. Tulis surat kepada pihak berkuasa untuk mengadukan hal tersebut.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM405A 5Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 8: Tahap SM Modul A Nama · Bahagian B : Karangan -Karangan Jenis Surat Rasmi Pengerusi, , Badan Bertindak, Kampung Petani Jaya, 08200 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pentadbir Tanah,

Peta Minda

Program Bahasa Malaysia Edubest SM405A 6Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 9: Tahap SM Modul A Nama · Bahagian B : Karangan -Karangan Jenis Surat Rasmi Pengerusi, , Badan Bertindak, Kampung Petani Jaya, 08200 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pentadbir Tanah,

Peribahasa

*E ekor anjing berapa pun dilurut akan dia, tiada juga betul Maksud: Orang yang bertabiat buruk itu walau bagaimanapun diperbaik akan tetap jahat juga. elok bahasa kan bekal hidup, elok budi kan bekal mati Maksud: Orang yang baik budi bahasa akan disayangi oleh orang ketika hidup dan dikenang oleh orang sesudah mati. elok basa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati Maksud: Orang yang baik bahasanya akan menjadi kesayangan orang sewaktu hidup dan akan sentiasa dikenang sesudah mati. elok berarak di hari panas Maksud: Orang akan berasa sukacita dan beruntung kalau maksud tercapai. elok berbini orang tua, perut kenyang pengajar dapat Maksud: Sindiran, cemuhan, atau pembelaan diri kepada orang yang berkahwin dengan perempuan yang lebih tua daripadanya. elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat Maksud: Kalau hendak berbuat sesuatu hendaklah dirundingkan dengan kaum keluarga supaya pekerjaan itu selamat. elok lenggang di tempat datar Maksud: Bersuka-sukaan biarlah kena pada tempat dan masanya. elok palut, pengebat kurang Maksud: Tampaknya bagus tetapi keadaan sebenarnya belum begitu baik. emas berpeti, kerbau berkandang Maksud: Harta benda harus dijaga mengikut keadaan masing¬-masing supaya selamat.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM405A 7Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 10: Tahap SM Modul A Nama · Bahagian B : Karangan -Karangan Jenis Surat Rasmi Pengerusi, , Badan Bertindak, Kampung Petani Jaya, 08200 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pentadbir Tanah,

emas disangka loyang Maksud: Oleh sebab miskin dan melarat, orang menyangkanya jahat. embacang buruk kulit Maksud: Nampak buruk tetapi sebenarnya baik. embun di hujung rumput Maksud: Tidak kekal. empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit Maksud: Perselisihan yang tidak dapat didamaikan lagi; aturan yang tidak dapat diubah. empat gasal, lima genap, dikendur berdenting-denting, ditegang berjela-jela Maksud: Tutur kata orang yang bijaksana itu selalu tersembunyi maksud yang tersirat. empat sudah bersimpul satu Maksud: Kesempurnaan yang diperoleh daripada empat orang, iaitu yang berilmu, berakal, mahir, dan rajin. enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diperkatakan Maksud: Nasihat yang baik perlu diulang menyebutnya. enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Maksud: Orang yang mementingkan diri sendiri; tidak bermuafakat dalam sesuatu perbincangan, berpegang pada pendapat masing-masing sahaja. enau mencari sigai Maksud: Perempuan mencari lelaki. enau sebatang dua sigainya Maksud: Seorang perempuan menduakan suaminya; suatu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM405A 8Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 11: Tahap SM Modul A Nama · Bahagian B : Karangan -Karangan Jenis Surat Rasmi Pengerusi, , Badan Bertindak, Kampung Petani Jaya, 08200 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pentadbir Tanah,

enggan berdayung hanyut serantau Maksud: Jika tidak tahu dan malas berusaha, celaka akan menimpa sekaum. enggan seribu daya, mahu sepatah kata Maksud: Jika tidak mahu biasanya banyaklah soal jawabnya, tetapi jika hendak sedikit sahaja jawabnya. enggang apa kepada enggang, orang apa kepada orang Maksud: Senang dan susah kita, kita yang merasakannya, susah dan senang orang, orang itulah yang merasai atau masing-masing menjaga hal sendiri. enggang lalu aral jatuh, anak raja mati ditimpanya Maksud: Menerima akibat kerana kebetulan berada di tempat kejadian itu. enggang lalu ranting patah Maksud: Menerima tuduhan melakukan sesuatu keburukan kerana kebetulan berada di tempat kejadian. enggang sama enggang, pipit sama pipit, mana boleh terbang bersama-sama Maksud: Perjodohan sesuatu yang tidak sama padan manakan boleh diteruskan. engkap bagai rumput di tengah jalan Maksud: Hidup merana kerana terlalu miskin atau sakit yang bersangatan. engkau belum mencapai kayuh, aku sudah sampai ke seberang Maksud: Orang yang bijaksana akan segera mengetahui maksud atau tujuan sesuatu itu hanya daripada cakap dan gerak-geri seseorang. entimun bongkok Maksud: Tidak masuk hitungan dalam pergaulan. eram telur orang Maksud: Mengahwini perempuan yang telah mengandungkan anak orang lain.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM405A 9Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 12: Tahap SM Modul A Nama · Bahagian B : Karangan -Karangan Jenis Surat Rasmi Pengerusi, , Badan Bertindak, Kampung Petani Jaya, 08200 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pentadbir Tanah,

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my